#BroSyariefShares @brosyariefshares Channel on Telegram

#BroSyariefShares

@brosyariefshares


A brother that loves to share.. 🤓
<< linktr.ee/brosyarief >>

#BroSyariefShares (English)

Are you looking for a channel that is filled with positivity, knowledge, and shared experiences? Look no further than #BroSyariefShares! This channel, managed by user @brosyariefshares, is dedicated to sharing valuable insights, life lessons, and personal stories from a brother who loves to share. With a touch of humor and a lot of heart, you can expect to find posts that will inspire, motivate, and entertain you. Whether you're interested in self-improvement, daily reflections, or simply want to connect with a like-minded community, #BroSyariefShares has something for everyone. So, if you're ready to join a supportive and uplifting channel that celebrates the joys of sharing, make sure to click the link here and start enjoying the positive vibes today!

#BroSyariefShares

13 Jan, 13:43


#PesanTuhan “Baca!” [al-‘Alaq(96):1]. Ibrah: Pentingnya baca. Ia wahyu pertama. Ia perintah-Nya. Pendek. Panjang. Menarik. Bosan. Rajin. Malas. Sentap. Tak rasa apa. Tugas kita tetap sama: Baca! #BSS

#BroSyariefShares

10 Jan, 04:05


#PesanNabi

Nabi saw istighfar & taubat setiap hari

‎وَاللَّهِ إِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً‏

“Demi Allah, aku selalu (beristighfar) memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya, dalam sehari lebih dari 70 kali!”

[HR al-Bukhari] #BSS

Hikmah pesannya: Walau terpelihara dari dosa & dijamin syurga, baginda tetap memohon ampun & bertaubat kepada-Nya, tanda pengabdian & kesyukuran. Hebat sunnah baginda. Contoh terbaik kita. Istighfarlah! Bertaubatlah!

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

06 Jan, 11:17


#FaedahSesiBSS

Sesi Khutuwat ilas-Sa’adah semalam menyentuh 3 topik.

:: Pertama - Kejujuran ::

Ia merupakan akhlaq yang utama & asas bagi keimanan.

Menghias diri dengan sifat jujur merupakan kurniaan agung Tuhan buat hamba.

Malah Allah sebutkan seseorang hamba itu menjadi selamat di akhirat kerana sifat jujur, firman-Nya:

قالَ اللَّهُ هذا يَومُ يَنفَعُ الصّادِقينَ صِدقُهُم

“Allah berfirman (kepada Nabi Isa): Hari kiamat ini adalah hari di mana orang-orang jujur akan mendapat manfaat kerana kejujuran mereka.”

[al-Maidah(5):119] #BSS

:: Kedua - Memenuhi janji ::

Sifat insan beriman itu ialah menepati janjinya, bukan memungkirinya.

Malah Nabi saw sebutkan antara sifat munafiq ialah suka memungkiri atau melanggar janji.

Allah sendiri memerintahkan untuk menepati janji kerana ianya akan dipersoalkan di akhirat.

وَأَوفوا بِالعَهدِ إِنَّ العَهدَ كانَ مَسئولًا

“Penuhi janji kalian, kerana janji itu nanti akan dipertanggungjawabkan (di akhirat).”

[al-Isra(17):34] #BSS

:: Ketiga - Para Nabi suka membantu orang ::

Antara sifat utama para Nabi ialah mereka sentiasa berusaha berkongsi manfaat & membantu meringankan, malah menghilangkan beban masalah.

Sebagaimana Nabi Yusuf membantu abang-abangnya dengan menyediakan bekalan ketika musim kemarau walaupun abang-abangnya yang mencampak dia ke dalam pergi.

Nabi Musa tanpa diminta membantu dua wanita yang terpinga-pinga kerana kawasan mengambil air sesak, lalu dia sendiri proaktif mengambil air untuk ternakan mereka.

Apatah lagi Nabi kita, Muhammad saw, sangat prihatin akan keperluan umatnya dan bersungguh membantu orang yang kesusahan dan memerlukan.

Itulah 3 topik yang sempat disentuh semalam. Kita akan sambung Ahad hujung minggu ini pula, In Sya Allah.

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

02 Jan, 02:53


#FaedahSesiBSS

Sebelum ini Ibn Rejab sebutkan dua golongan malang kerana dari awal ingkar atau di hujung hidup mula kufur.

Golongan ketiga (3) pula merujuk kepada orang yang sepanjang hidupnya bergelumang dengan maksiat & kelalaian.

Kemudian, Allah kurniakan taufiq di hujung usia kehidupannya untuk bertaubat & melakukan amal soleh.

Beruntungnya mereka. Semoga kita digolongkan dalam kalangan mereka agar sentiasa ingat untuk bertaubat. #BSS

Ibn Rejab kemudiannya menyarankan supaya membaca doa berikut:

اللهمَّ اجْعَلْ خيرَ عملي خاتمتَهُ وخيرَ عمري آخرَهُ

ALLAHUMMAJ’AL KHAYRA ‘AMALI KHAATIMATAHU, WA KHAYRA ‘UMRIY AAKHIRAHU!

Ertinya: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik amalku, di penghujungnya & jadikan waktu terbaik bagi umurku, di penghujungnya!”

[Lathoif al-Ma’arif]

<<subscribebss.wasap.my>>
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

30 Dec, 23:25


#FaedahSesiBSS

Tadi kami baca kitab Lathoif al-Ma’arif, di bab akhir tentang taubat.

Penulisnya, Ibn Rejab menyebutkan, ‘Insan dalam usahanya bertaubat, ada beberapa kelompok:

(1) Mereka yang tidak mendapat taufiq untuk benar-benar bertaubat. Seluruh hidupnya penuh maksiat. Ini keadaan orang yang sengsara.

(2) Lebih buruk lagi, orang yang dipermudah beramal baik di awal hidupnya, tetapi di hujung umurnya dia melakukan maksiat & mati dalam keadaan itu, betapa malangnya!’

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Semoga Allah lindungi kita dari tergolong dalam dua kelompok di atas.

Kelompok ke-3 akan bersambung esok, In Sya Allah.

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

27 Dec, 08:30


#FaedahSesiBSS
#NotaTerjemahanBSS

Berat bila terkumpul 2 beban di saat nyawa ditarik

Ibn Rejab menyebutkan,

وأعلم أن الإنسان ما دام يُؤمَّل الحياة فإنه لا يقطع أمله من الدنيا،

Ketahuilah bahawa selama mana manusia fokus mengharapkan kehidupan di dunia semata-mata, dia tidak akan memutuskan angan-angannya terhadap dunia.

وقد لا تسمحُ نفسه بالإقلاع عن لذّاتها وشهواتها من المعاصي وغيرِها، ويرجّيه الشيطان التوبة في آخر عمره،

Jiwanya tidak akan rela untuk meninggalkan keseronokan dan kepuasannya, dalam bentuk maksiat dan selainnya.

Syaitan pula berterusan menghasutnya menangguhkan taubat sehingga ke hujung usia.

فإذا تيقَّنَ الموتَ وأيسَ من الحياة؛ أفاقَ من سَكرَتِه بشهوات الدنيا،

Apabila dia mula yakin akan hakikat kematian dan hilang pengharapannya terhadap kehidupan, barulah dia tersedar daripada mabuknya dengan kepuasan duniawi.

فندِمَ حيثُ لا ينفعُه ندمُه، وكادَ يَقتُلُ نفسَهُ حَسرَةً،

Dia akan menyesal pada waktu yang penyesalannya tidak lagi bermanfaat, sehingga ia hampir membunuh dirinya kerana sangat menyesal.

وطَلبَ الرجعةَ إلى الدنيا ليتوبَ ويعملَ صالحاً، فلا يُجابُ إلى ذلك،

Dia akan meminta untuk kembali ke dunia supaya dia dapat bertaubat dan melakukan amal soleh, namun permintaan itu tidak akan diterima.

فيجتمعُ عليه سَكرَةُ الموتِ مع حَسرَةِ الفَوتِ.

Maka, berkumpullah padanya [1] kesakitan dek sakaratul maut dengan [2] penyesalan berat kerana peluang yang telah terlepas.

[Lathoif al-Ma'arif]

Faedah:

Ingatlah hakikat kita akan ke mana sesudah ini, dan sedarlah apa yang kita kejar ini hanya fatamorgana.

Taubat & istighfarlah dari apa saja bentuk dosa & kesilapan, jangan diremeh, jangan ditangguh.

Jangan biar 2 perkara itu terkumpul di saat segala-galanya telah terlambat.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_ان_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

25 Dec, 09:42


#PesanNabi

Insan beriman itu bergaul & bersabar

‎الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ، وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ، وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai & bersabar dengan kerenah mereka, akan mendapatkan ganjaran yang lebih besar berbanding seseorang yang tidak mahu bergaul & tidak mahu bersabar dengan mereka!“

[HR Ibn Majah. al-Arnauth: Sahih] #BSS

Hikmah pesannya: Hakikat insan itu ‘datang bersambut, pergi berhantar’; bukan dicipta untuk bersendiri. Agama menuntut interaksi disadur kesabaran agar saling prihatin, mengimbangi & melengkapi. Ganjarannya dijamin hebat!

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

23 Dec, 03:32


#PesanNabi

Formula ke syurga dengan sejahtera

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

”Wahai semua, (1) sebarkanlah salam, (2) berikanlah makan & (3) solatlah di waktu malam tatkala semua orang sedang tidur; nescaya kalian akan masuk ke dalam syurga dengan selamat sejahtera!”

[HR Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani]

Hikmah pesannya: Puncak kesejahteraan insan pada menjejakkan kaki di syurga-Nya. Antara formulanya: [1] Sebarkan salam, [2] Beri makan (sedekah, belanja) & [3] Bangun bertahajjud sambil Allah sahaja yang memerhati..

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

20 Dec, 07:26


🤲🏻 Bagaimana mahu meyakini doa dijawab? 🤲🏻

#NotaTerjemahanBSS (260317) (021119) 201224

RasululLah saw pernah berpesan,

‎ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ،

"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian yakin ianya akan dijawab.

‎وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

Ketahuilah bahawa Allah tidak akan menjawab doa dari hati yang lalai lagi leka (kerana tidak fokus ketika meminta)."

[HR at-Tirmizi. Dinilai Hasan] #BSS

Apa yang dimaksudkan dengan 'yakin ianya akan dijawab'?

Syaikh al-Mubarakfuri (w.1353H) menjelaskan maksudnya,

‎ أَيْ كُونُوا عِنْدَ الدُّعَاءِ عَلَى حَالَةٍ تَسْتَحِقُّونَ بِهَا الْإِجَابَةَ مِنْ إِتْيَانِ الْمَعْرُوفِ وَاجْتِنَابِ الْمُنْكَرِ

Ketika berdoa, hendaklah kalian dalam keadaan selayaknya menjadikan permintaan kalian berhak dijawab, (iaitu) dengan sentiasa usaha melaksanakan perkara makruf dan menjauhi kemungkaran,

‎وَرِعَايَةِ شُرُوطِ الدُّعَاءِ كَحُضُورِ الْقَلْبِ وَتَرَصُّدِ الْأَزْمِنَةِ الشَّرِيفَةِ وَالْأَمْكِنَةِ الْمُنِيفَةِ #BSS

Pastikan juga terpenuhinya syarat-syarat doa diterima seperti hadirnya (fokus di dalam) hati, dan engkau pilih sela waktu yang istimewa (seperti hujung malam, ketika hujan) dan di tempat-tempat yang ada kelebihan (seperti di masjid, dll),

‎وَاغْتِنَامِ الْأَحْوَالِ اللَّطِيفَةِ كَالسُّجُودِ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ حَتَّى تَكُونَ الْإِجَابَةُ عَلَى قُلُوبِكُمْ أَغْلَبَ مِنَ الرَّدِّ

Malah, (kalian) rebut peluang keadaan yang terbaik seperti ketika sujud, dan pelbagai lagi keadaan-keadaan lain sehinggalah perasaan di dalam hati kalian itu merasakan doa kalian itu dijawab, jauh lebih kuat berbanding ianya ditolak.

‎ أَوْ أَرَادَ وَأَنْتُمْ مُعْتَقِدُونَ أَنَّ اللَّهَ لَا يُخَيِّبُكُمْ لِسَعَةِ كَرَمِهِ وَكَمَالِ قُدْرَتِهِ وَإِحَاطَةِ عِلْمِهِ لِتَحَقُّقِ صِدْقِ الرَّجَاءِ وَخُلُوصِ الدُّعَاءِ #BSS

Ataupun kalian berdoa dalam keadaan yakin bahawa Allah tidak akan menghampakan kalian, kerana luasnya sifat pemurah-Nya, sempurnanya kudrat-Nya, betapa jangkauan ilmu-Nya meliputi segalanya; demi merealisasikan tulusnya pengharapan dan ikhlasnya doa (yang diminta),

‎لِأَنَّ الدَّاعِيَ مَا لَمْ يَكُنْ رَجَاؤُهُ وَاثِقًا لَمْ يَكُنْ دُعَاؤُهُ صَادِقًا

Sesungguhnya, seorang yang berdoa itu, selama mana pengharapannya itu tidak kuat kebergantungannya kepada-Nya, hakikatnya permintaan doanya tidak benar-benar tulus & jujur.

[Tuhfatul Ahwazi]
__
#BroSyariefShares
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<t.me/brosyariefshares>>

#BroSyariefShares

18 Dec, 05:37


#PesanTuhan “Kiamat itu pasti akan datang. Tiada keraguan padanya!” [al-Hajj(22):7]. Faedah: Akhirat itu pasti, tidak syak lagi. Kenapa nak lari dari realiti? Bersiaplah wahai diri! #BSS

#BroSyariefShares

18 Dec, 00:48


#PesanTuhan

Mudahnya berdoa menyeru nama-Nya, bukan selain-Nya..

قُلِ ٱدۡعُوا۟ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُوا۟ ٱلرَّحۡمَـٰنَۖ أَیࣰّا مَّا تَدۡعُوا۟ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَاۤءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ

"Katalah (wahai Muhammad): Serulah Allah! atau Serulah ar-Rahman! Apapun nama yang kalian seru, panggillah.. kerana Allah memiliki nama-nama yang terindah!"

[al-Isra'(17):110] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Betapa luas rahmat-Nya, Tuhan tidak membataskan interaksi langsung antara Dia & hamba-Nya. Tinggal menyeru nama-Nya & memohon kepada-Nya. Jauhi syirik dengan menyeru selain-Nya.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

12 Dec, 09:41


Hidup ni antara ‘nak’ atau ‘tak nak’.

Nak taat atau tak nak.

Nak taubat atau tak nak.

Nak ilmu atau tak nak.

Nak syurga atau tak nak.

Nak seribu daya,

tak nak seribu alasan.

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

12 Dec, 08:45


#PesanNabi

Jangan abai 2 nikmat ini

‎نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat yang sering diabaikan oleh ramai orang, iaitu: (1) KESIHATAN & (2) WAKTU LAPANG!”

[HR al-Bukhari] #BSS

Hikmah pesannya: Bila diuji hingga terkesan mental & fizikal; kita berharap segera sembuh & diberi kelapangan. Andai kini kita sihat & lapang, syukurilah dengan amal & ketaatan tulus kerana-Nya.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

10 Dec, 02:00


#FaedahSesiBSS

Doa ketika menanggalkan pakaian

Nabi saw berpesan, “Halangan antara penglihatan jin dan aurat anak Adam ialah dengan membaca doa ini apabila seseorang muslim hendak menanggalkan pakaiannya,

بِسْمِ اللَّهِ الذي لا إِلهَ إلاَّ هُوَ

BISMILLAHILLAZI LA ILAAHA ILLA HUWA

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tiada tuhan yang layak disembah selain-Nya.”

[HR Ibn Sunni, nukilan dari kitab al-Azkar]

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

19 Nov, 12:57


#BroBelajarApaHariNi

Semasa sesi bacaan Lathoif al-Ma’arif awal pagi tadi, rasa tersentak.

Ibn Rejab menukilkan kata-kata Khalifah al-‘Abdi (seorang penyair di zaman Umawi).

Dia menyebutkan: Kalau Tuhan itu hanya disembah apabila boleh dilihat, nescaya tiada siapa akan menyembah-Nya.

Namun orang-orang beriman memilih untuk BERFIKIR tentang tanda-tanda kebesaran Tuhan di dunia ini.

Kita tak perlukan kepada ‘mesti nampak baru percaya’, kerana kita dikurnia akal fikiran untuk merenung & memproses hikmah segala kejadian.

Lalu membentuk kesimpulan bahawa mustahil segala aturan di dunia ini berdiri sendiri tanpa ada kuasa pencipta & pentadbirnya.

Itu yang berlaku kepada kita selama hidup ini dalam keadaan kita tidak melihat apapun dari hal ghaib seperti Tuhan, malaikat, dsbg.

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

18 Nov, 12:21


Nak masuk syurga kan?

Ia bukan percuma.

#BSS

#BroSyariefShares

17 Nov, 05:03


#FaedahSesiBSS
#NotaTerjemahanBSS

Hubungan demam di dunia dengan neraka di akhirat

Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) menyebutkan,

‎ومما يدل أيضا في الدنيا على وجود النار ويذكر بها الحمى التي تصيب بني آدم وهي نار باطنة

Antara perkara yang berlaku di dunia sebagai bukti kewujudan neraka dan mengingatkan kita kepada api neraka ialah demam yang menimpa anak Adam.

‎فمنها نفحة من نفحات سموم جهنم ومنها لفحة من لفحات زمهريرها

Ada demam yang panas dari cebisan api neraka yang panas dan ada demam sejuk berasal dari kawasan neraka yang sejuk membeku (zamharir).

‎وقد روي في حديث خرجه الإمام أحمد وابن ماجه: أنها «حظ المؤمن من النار»

Terdapat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad & Ibn Majah yang menyebutkan bahawa demam itu bahagian dari api neraka bagi orang beriman.

‎المراد أن الحمى تكفر ذنوب المؤمن وتنقيه منها كما ينقي الكير خبث الحديد

Maksudnya, demam dapat menghapuskan dosa & membersihkan diri mukmin itu sebagaimana alat peniup api tukang besi berfungsi membersihkan kotoran besi.

‎وإذا طهر المؤمن من ذنوبه في الدنيا لم يجد حر النار إذا مر عليها يوم القيامة لأن وجدان الناس لحرها عند المرور عليها بحسب ذنوبهم

Apabila mukmin itu suci dari dosa di dunia, dia tidak akan merasakan panasnya neraka kelak ketika melintasinya.

Ini kerana mereka hanya dapat merasakan panasnya neraka ketika melintasinya sesuai mengikut kadar dosa mereka.

‎فمن طهر من الذنوب ونقي منها في الدنيا جاز على الصراط كالبرق الخاطف والريح ولم يجد شيئا من حر النار ولم يحس بها

Siapa yang dibersihkan & disucikan dari dosa ketika di dunia, dia akan dapat melintasi sirat bagaikan kilat atau angin, tanpa terkesan apatah lagi merasakan kepanasan neraka walau sedikitpun.

‎فتقول النار للمؤمن: جز يا مؤمن فقد أطفأ نورك لهبي

Neraka pun mengatakan kepada orang yang beriman itu: ‘Lintaslah wahai mukmin, cahayamu telah memadamkan nyalaan apiku’.

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Faedah: Bila diuji dengan kesakitan seperti demam, bersabarlah & berdoa agar ja menjadi penghapus dosa.

Semoga dengan sabar menghadapi ujian kesihatan, ia menjadi sebab kita dapat melintasi sirat tanpa rasa panas.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

15 Nov, 00:49


#PesanNabi

Rezeki terbaik..

خَيْرُ الرِّزْقِ مَا يَكْفِى

“Sebaik-baik rezeki itu adalah apa yang mencukupi.”

[HR Ahmad] #BSS

Hikmah pesannya: Cukup itu mengundang syukur. Tak lebih sampai terbazir, tak kurang sampai terabai. Sambil kita terus yakin & bergantung hanya kepada-Nya.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

13 Nov, 04:57


Hidup ni.

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

05 Nov, 07:30


#NotaRenunganBSS

*Jomlah jadi yang terbaik..*

Pesan Nabi saw:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

_“Orang yang terbaik dalam kalangan kalian ialah orang yang [01] mempelajari & [02] mengajarkan al-Quran.”_

[HR al-Bukhari]

Ramai tahu hadis ni, malah ramai juga yang hafal.

Tapi ramai memberi perhatian pada bahagian pertama sahaja.

Hanya baca, hafal, ulang ulang ulang, sambil cuba tadabbur.

Lalu mengabaikan bahagian kedua yang menjadi pelengkap.

Untuk kongsikan agar orang lain turut mendapat manfaat Quran.

Ungkapan ‘خيركم’ itu peluang untuk menjadi yang terbaik.

Nabi saw yang tawarkan, maknanya ia untuk kejayaan di ‘sana’.

Maknanya ia patut direbut semua yang mahukan kelebihan ini.

Sayangnya ramai lebih teruja sibuk merebut manfaat buat diri.

Merendah diri konon tak layak melengkapkan tuntutan berkongsi.

Tapi mereka mendabik dada sebagai hamalatul quran.

Apa yang mereka kejar dengan separuh tuntutan itu sahaja?

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

04 Nov, 22:05


#FaedahSesiBSS

Pesan Sy. Dr Abdul Muhsin al-Qasim,

‘Engkau tidak akan tahu bila malaikat maut akan datang menjemputmu.

Apabila roh engkau dicabut nanti, seluruh keluarga, kerabat & kenalanmu akan kembali sibuk dengan dunia ini selepas mengebumikan engkau. #BSS

Kesibukan di dunia ini akan berterusan, menyebabkan mereka pasti akan terleka dari mendoakan engkau selepas kematianmu.’

[Khutuwat ilas-Sa’adah]

Faedah: Bekal utama ke akhirat ialah amal soleh hasil usaha kita sendiri. Bersiaplah.

#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

31 Oct, 04:06


#PesanNabi

Soalan bocor ‘exam’ di akhirat nanti..

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

“Antara amalan yang pertama dihisab bagi seseorang hamba di akhirat nanti ialah SOLAT. Andai ianya elok, maka dia akan selamat. Sekiranya ia rosak, maka dia akan rugi.”

[HR at-Tirmizi] #BSS

Hikmah pesannya: Andai soalan peperiksaan di dunia ini bocor & kita tidak bersedia, pasti dikecam. Soalan di akhirat telah lama bocor. Pastinya kita tak patut remehkan, apatah lagi mengabaikannya. Jagalah solat!

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

27 Oct, 13:00


Jom sambung baca kitab Sirah Adam, karangan Syaikh Solah al-Khalidi.

Malam ni kita akan baca perkongsian beliau tentang:

• Tabiat jin & penciptaan mereka.
• Kaitan iblis, jin & syaitan
• Manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Kita mula 9.15 malam ni, In Sya Allah.

Ini linknya: meet.google.com/eua-hhmn-niq

#OfficeOfJamalullailChair
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

22 Oct, 02:32


#PesanNabi

Apa yang Nabi saw risaukan menimpa umatnya

‎مَا أَخْشَى عَلَيْكُمُ الْفَقْرَ، وَلَكِنْ أَخْشَى عَلَيْكُمُ التَّكَاثُرَ، وَمَا أَخْشَى عَلَيْكُمُ الْخَطَأَ، وَلَكِنْ أَخْشَى عَلَيْكُمُ الْعَمْدَ

“Aku bukan takutkan kefakiran menimpa kalian, tapi aku takut kalian sibuk berlumba menambah harta. Aku juga tidak risau kalian tersilap, tapi aku risau kalian sengaja melakukan kesalahan."

[HR Ahmad. Hadis sahih] #BSS

Hikmah pesannya: Kefakiran bukan kesalahan, malah ia ujian supaya berserah kepada Tuhan. Adapun kekayaan mudah membutakan insan dari hakikat pengabdian. Begitu juga tersilap terlalai itu biasa, selama mana kita mengakui lalu perbaiki. Namun jika sengaja, maka itu tercela di sisi-Nya.

<<subscribebss.wasap.my>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

20 Oct, 13:06


#JomHadirMalamNi

Siri Kisah Nabi Adam
‘Aturan Kehidupan di Muka Bumi’
9.15 - 10.15 malam
https://meet.google.com/kqd-cvop-izr

#SemuaDijemputSertai

#BroSyariefShares

20 Oct, 11:28


📖 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐙𝐇𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐌𝐔𝐓𝐓𝐀𝐐𝐈𝐍 📖

Assalamualaikum wrt. wbt. semua🤗

BSS mengadakan sesi bacaan Kitab Nuzhatul Muttaqin secara mingguan bagi menghuraikan kandungan hadis di dalam Riyadhus Solihin karya Imam An-Nawawi. Perincian sesi seperti di bawah:

📆 Hari : Setiap Ahad
🕐 Masa : 7:40 malam hingga Isya'
🏢 Fizikal: Masjid SHAS UIAM (Left Wing - Berdekatan Penghadang Ruangan Muslimah)
📍Online: Google Meet
👤Bimbingan: Bro Syarief

𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀

Ayuh daftar segera!
🔗https://forms.gle/bANLLmQTipMtkmsy8

Sekian. Wassalam😊

#BSS
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

18 Oct, 06:09


Hidup = Sabar #BSS

#BroSyariefShares

15 Oct, 00:59


#PesanTuhan

Matlamatnya ke ‘sana’. Medannya di ‘sini’.

‎وَابتَغِ فيما آتاكَ اللَّهُ الدّارَ الآخِرَةَ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا #BSS

“Usahalah meraih segala yang Allah sediakan untuk engkau di negeri akhirat (berbentuk ganjaran), namun jangan pula engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini (agar ditunaikan hak-haknya)”

[Al-Qasas(28):77] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Matlamat mukmin itu jelas. Perjalanan sebenarnya mengejar keselamatan di akhirat, yang pasti & abadi. Dunia ini pula laluannya sebagai medan ujian; memenuhi tuntutan, menjauhi larangan, mengumpul kekuatan, mempertahan keimanan.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

06 Oct, 03:35


KULIAH BERSIRI: BEGITU RUPANYA KISAH NABI ADAM

Assalamualaikum WBT.

Office of Jamalullail Chair akan mengadakan sebuah perkongsian bermanfaat mengenai kisah mengenai Nabi Adam AS menggunakan buku karangan Dr. Solah 'Abd al-Fattah al-Khalidi. Berikut ialah butiran program:

🗓️Hari: Setiap Ahad (bermula 6 Okt)
⏱️Masa: 9.00pm - 10.00pm
📍Platform: Google Meet
👤Penyampai: BroSyarief

Mari sama-sama sertai program ini bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang manusia pertama iaitu Nabi Adam AS serta memaknainya dalam kehidupan seharian.

📝 Terbuka kepada semua.

Pautan untuk mendaftar:
🧷 bit.ly/BRKA24

Sebarang persoalan, hubungi:
📲 03-64212341

Jazakumullahu khayra . Wassalam.

#BroSyariefShares

04 Oct, 08:04


#NotaTadabburBSS
#NotaTerjemahanBSS

Apa lagi selepas kebenaran, kalau bukan..

Firman Allah swt,

فَماذا بَعدَ الحَقِّ إِلَّا الضَّلالُ

“Apa lagi yang ada selepas (menolak) kebenaran, kalau bukan kesesatan?”

[Yunus(10):42]

Pesan Ibn ‘Asyur rhm.,

فَالْمَعْنَى لَا يَكُونُ إِثْرَ انْتِفَاءِ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ إِذْ لَا وَاسِطَةَ بَيْنَهُمَا. #BSS

Maknanya, tiada kesan lain selepas menafikan kebenaran, melainkan kesesatan, kerana tiada apa-apa di pertengahan antara kedua-duanya.

فَلَمَّا كَانَ اللَّهُ هُوَ الرَّبُّ الْحَقُّ تَعَيَّنَ أَنَّ غَيْرَهُ مِمَّا نُسِبَتْ إِلَيْهِ الْإِلَهِيَّةُ بَاطِلٌ.

Apabila (kita sedar) Allah sendiri merupakan Tuhan yang Maha Benar, maka jelaslah bahawa apa-apa yang diberi nilai ketuhanan selain-Nya ialah kebatilan. #BSS

وَعَبَّرَ عَنِ الْبَاطِلِ بِالضَّلَالِ لِأَنَّ الضَّلَالَ أَشْنَعُ أَنْوَاعِ الْبَاطِلِ.

Allah sebutkan kebatilan dengan istilah ‘kesesatan’ kerana istilah ‘itu adalah seburuk-buruk jenis kebatilan.’

[at-Tahrir wat-Tanwir]

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

27 Sep, 02:22


#FaedahSesiBSS

| Zikir itu tak putus, tak berakhir |

Pesan Ibn Rejab rhm,

'Segala bentuk amalan ada penghujungnya. Sedangkan zikir tiada istilah selesai dan tamat baginya.

Amalan kebaikan akan terputus dengan terputusnya dunia dan tiada langsung peluang beramal di akhirat.

Adapun zikir, ia tidak pernah terputus.

Seorang mukmin itu hidup dengan zikir, mati dengan zikir dan bangkit di akhirat dengan zikir.'

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Faedah: Zikir bukan mainan bibir semata. Ia adalah interaksi antara hamba dengan Tuhan menjadikannya sentiasa berpaut pada tali-Nya.

Bermula dari ingatan, menyedari hakikat ikatan hamba dengan Tuhan, menjadikan segala kebergantungan hanya kepada-Nya.

Interaksi zikir ini terus relevan walau selepas terpisah roh dari jasad, sehinggalah kebangkitan dan pertemuan dengan-Nya.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

23 Sep, 05:14


Seseorang yang menjaga hak Allah SWT dalam erti mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, maka Allah SWT akan menjaga zuriat keturunannya setelah dia meninggal dunia.

Inilah faedah yang dikeluarkan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali daripada firman Allah SWT :

وَكَانَ أبُوهُمَا صَالِحًا

Terjemahan : Dan bapa mereka berdua itu merupakan seorang lelaki yang soleh (semasa hayatnya).

Surah al-Kahf (82).

Kata Ibn Rajab Al-Hanbali :

إِنَّهُمَا حُفِظَا بِصَلَاحِ أَبِيهِمَا

Terjemahan : Dua anak yatim tersebut dipelihara (oleh Allah SWT) disebabkan kesolehan bapa mereka berdua.

Bahkan kenyataan seumpamanya telah lebih awal dikeluarkan oleh Imam Sa’id bin al-Musayyib, yang mana beliau berkata kepada anak lelakinya :

لَأَزِيدَنَّ فِي صَلَاتِي مِن أجْلِكَ ، رجَاء أَنْ أحفَظَ فِيكَ

Terjemahan : Aku akan memperbanyakkan solatku untuk kamu, dengan harapan kamu akan dipelihara (oleh Allah SWT).

Kemudian Ibn al-Musayyib pun membaca firman Allah SWT dalam Surah al-Kahf tersebut.

Rujukan Jami’ al-‘Ulūm wal-Hikam, Ibn Rajab (1/586).

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

#BroSyariefShares

12 Sep, 15:10


#PesanTuhan

| Ramai dok buat, takkan la salah!? |

‎وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ

“Seandainya engkau mengikut sahaja kebanyakan orang di atas muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah.”

[al-An’am(6):116] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Kebenaran bukan diukur pada KUANTITI; ramai pengikut, besarnya organisasi, banyaknya like, share, dsbg. Ia terletak pada KUALITI disiplin ilmu sambil terus membaiki diri, berpandukan wahyu.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

09 Sep, 12:36


Solatlah!

#BroSyariefShares

09 Sep, 06:29


#NotaTadabburBSS
#NotaTerjemahanBSS

Teruskan usaha menyampaikan

Firman-Nya swt,

‎فَلَعَلَّكَ بَـٰخِعٌۭ نَّفْسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَسَفًا

“Barangkali engkau hendak membinasakan dirimu sendiri kerana terlalu kecewa dengan berpalingnya mereka, jika mereka tidak mahu beriman dengan kata-kata (al-Quran) ini.”

[al-Kahf(18):6] #BSS

Syaikh as-Sa'diy rhm. ketika mentafsirkan ayat di atas menyebutkan,

‘Orang yang diperintahkan untuk menyeru sekalian makhluq kepada Allah, mestilah menyampaikan (mesej agama ini) dan berusaha memenuhi setiap sebab yang boleh membawa kepada hidayah.

Dia juga mesti berusaha menutup jalan-jalan kesesatan dan penyelewengan semampu mungkin, sambil bertawakal kepada Allah (sama ada hasil usahanya diterima atau tidak).

Andai mereka (yang diseru) mendapat petunjuk, baguslah. Jika sebaliknya, tak perlulah bersedih dan kecewa; kerana ia akan melemahkan diri, menghilangkan kekuatan & tidak memberi faedah.

Malah, dia perlu meneruskan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Apapun yang selain itu (diterima atau tidak, dll), maka itu di luar kawalannya (untuk dia sibuk risaukan).’

[Taysir al-Karim al-Rahman]

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_ان_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

02 Sep, 03:41


#PesanTuhan

Berat penyesalan dek salah pilih kawan

يَـٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًۭا لَّقَدْ أَضَلَّنِى عَنِ ٱلذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَآءَنِى

"(Penghuni neraka mengeluh:) Malangnya aku! Kalaulah dahulu aku tidak berkawan dengan si fulan. Dia telah menyesatkan aku dari peringatan (al-Quran) selepas peringatan itu sampai kepadaku."

[al-Furqan(25):28-29] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Perihal berkawan bukan hal remeh. Ia boleh menjadi penentu nasib di akhirat. Ikutlah pesan Tuhan & Rasul dalam memilih kawan, agar tidak berakhir dengan penyesalan.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

30 Aug, 07:31


#FaedahSesiBSS

Gembira bukan kerana Allah

Ibn Rejab menukilkan pesanan salah seorang ilmuan, katanya:

‘Seseorang itu bergembira kerana sesuatu selain Allah hanyalah berpunca kerana kelalaiannya terhadap Allah.

Orang yang lalai itu seronok dengan hiburan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal itu seronok dengan (ketaatan kepada) Tuhannya.’

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS Faedah: Apabila seseorang itu bergembira kerana urusan selain berkait Tuhan, dia sebenarnya bergembira kerana mengabaikan hak Tuhan.

Apabila dia tidak ingat Allah, maka sumber kegembiraannya datang dari hiburan & kelalaian yang mengikut hawa nafsu semata.

Sedangkan orang yang berakal waras, akan hanya bergembira dengan mentaati dan mencari keredhaan Tuhannya.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

30 Aug, 07:31


Iman naik & turun..

#BroSyariefShares

26 Aug, 03:51


#NotaTadabburBSS
#NotaTerjemahanBSS

Perniagaan terburuk yang merugikan

Firman Allah swt:

أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمْ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ

“Mereka itulah (yakni: para munafik) orang-orang yang membeli kesesatan dengan (mengorbankan) petunjuk (dari Tuhan).

Perniagaan mereka tidak mendatangkan keuntungan langsung, malah mereka langsung tidak memperoleh sebarang petunjuk.”


[al-Baqarah(2):16] #BSS

Syaikh as-Sa’diy rhm, ketika mentafsirkan ayat di atas, katanya:

‎رغبوا في الضلالة، رغبة المشتري بالسلعة، التي من رغبته فيها يبذل فيها الأثمان النفيسة.

Orang munafik menginginkan kesesatan seperti seorang pembeli teruja mendapatkan barang yang dijual sehingga dia sanggup membayar harga yang mahal untuk memilikinya.

‎وهذا من أحسن الأمثلة، فإنه جعل الضلالة، التي هي غاية الشر، كالسلعة، وجعل الهدى الذي هو غاية الصلاح بمنزلة الثمن،

Ini merupakan antara perumpamaan yang hebat di mana Allah menjadikan kesesatan yang merupakan seburuk-buruk kejahatan bagaikan barang dagangan; dan Allah jadikan petunjuk yang merupakan sehebat-hebat kebaikan bagaikan nilai harga.

‎فبذلوا الهدى رغبة عنه بالضلالة رغبة فيها، فهذه تجارتهم، فبئس التجارة، وبئس الصفقة صفقتهم

Lalu orang munafik itu sanggup memperdagangkan hidayah petunjuk kerana membencinya, untuk memiliki kesesatan kerana terliurkannya. Inilah jual beli yang mereka lakukan yang merupakan seburuk-buruk jual beli.

‎وإذا كان من بذل دينارا في مقابلة درهم خاسرا، فكيف من بذل جوهرة وأخذ عنها درهما؟

Sedangkan orang yang membelanjakan dinar (emas) untuk membeli (dirham) pun dianggap rugi, bagaimana pula orang yang membelanjakan permata untuk mendapatkan dirham (yang jauh lebih murah)?

‎فكيف من بذل الهدى في مقابلة الضلالة، واختار الشقاء على السعادة، ورغب في سافل الأمور عن عاليها؟

Bagaimana pula dengan orang yang membelanjakan hidayah petunjuk untuk kesesatan? Memilih kesengsaraan (neraka) berbanding kebahagiaan (syurga)? Menginginkan hal yang lekeh & rendah berbanding yang tinggi kedudukannya?

‎فما ربحت تجارته، بل خسر فيها أعظم خسارة.

Jual belinya langsung tidak menghasilkan keuntungan. Malah dia rugi serugi-ruginya.

[Taysir al-Karim ar-Rahman]

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

23 Aug, 06:01


#PesanNabi

Dari Jumaat, ke Jumaat

‎ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat fardhu 5 waktu, Jumaat hingga ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan; (segala amal padanya) menjadi penghapus dosa selama dia berusaha menjauhi dosa-dosa besar”

[HR Muslim] #BSS

Hikmah pesannya: Setiap sela waktu, Allah swt buka peluang diampun dosa. Jangan abai amal fardhu & jauhi maksiat. Penuhi Jumaat dengan ibadah, zikir, selawat, untuk menghadapi minggu itu sehingga Jumaat seterusnya.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

#BroSyariefShares

14 Aug, 02:15


#FaedahSesiBSS

Pesan Ibn Rejab al-Hanbali,

Maksiat itu sebab jauhnya (hubungan dengan Tuhan) dan terusir (dari rahmat-Nya).

Ketaatan itu pula sebab dekatnya (hubungan dengan Tuhan) dan meraih cinta-Nya.


[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Faedah:

Usahalah menghampiri dan meraih rahmat-Nya,

bukan sebaliknya menjauh dan terhalang dari redha-Nya.

Taat segala perintah-Nya. Jauhilah segala larangan-Nya.

Tiada pilihan lain selain tunduk kepada-Nya.

#BroSyariefShares