Ad-Dien Abdul Kadir @addien90 Channel on Telegram

Ad-Dien Abdul Kadir

@addien90


Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!

Ad-Dien Abdul Kadir (Malay)

Ad-Dien Abdul Kadir adalah seorang penulis, editor, dan mantan editor Majalah Solusi & al-Ustaz. Dengan pengalaman luas dalam bidang penulisan dan penyuntingan, Ad-Dien Abdul Kadir telah mencipta saluran Telegram bernama @addien90. Saluran ini mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, pemikiran tentang kehidupan, dan perkongsian ilmu daripada beliau. Dengan mengikut saluran ini, anda akan mendapat akses kepada pandangan unik dan pengetahuan yang disampaikan oleh Ad-Dien Abdul Kadir. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran ini dan teroka dunia pemikiran beliau. Ahlan wa sahlan (Selamat datang)!

Ad-Dien Abdul Kadir

27 Nov, 14:42


Kata Nabi ﷺ, kaki kita semua tak akan berganjak pada hari kiamat sampai Allah soal 5 perkara;

1. Umur, usia hidup dihabiskan untuk apa?

2. Ilmu, apa yang diamalkan?

3. Harta, dari mana dapat?

4. Harta, ke mana dibelanjakan?

5. Setiap anggota badan, apa yang telah dibuat?

Kalau kita sendiri yang audit dan tanya diri sendiri dengan jujur, kita sendiri tahu kita tak dapat jawab dan lulus cemerlang. Bayangkan di akhirat nanti yang tanya, audit dan soal siasat 5 soalan ini adalah Allah s.w.t yang Maha Tahu, Maha Melihat dan Tak Pernah Lupa semua yang kita buat.

Semoga Allah ampuni dosa dan silap kita selama hidup ini.

📝 Addien Abdul Kadir

Ad-Dien Abdul Kadir

26 Nov, 11:54


“Orang Mukmin rasa dosanya seperti dia sedang duduk di bawah gunung, sentiasa bimbang gunung itu runtuh menimpanya. Adapun orang derhaka rasa dosanya cuma seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menghalau dengan tangannya.”

- Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu

Ad-Dien Abdul Kadir

21 Nov, 14:05


Perangai kebanyakan orang berhutang. Kata Nabi ﷺ :

‎أن الرجل إذا غرم حدث فكذب ووعد فأخلف
‎Orang yang berhutang itu biasanya bila dia bercakap dia akan berdusta (dalam melunasi hutangnya), dan apabila dia berjanji membayar hutang, biasanya dia akan mungkiri. [Riwayat al-Bukhari]

Ad-Dien Abdul Kadir

19 Nov, 12:05


Kata Nabi ﷺ:

يقول العبد: مالي. مالي. إنما له من ماله ثلاث: ما أكل فأفنى. أو لبس فأبلى. أو أعطى فاقتنى. وما سوى ذلك فهو ذاهب، وتاركه للناس
‎“Seorang hamba berkata: Hartaku, hartaku. Padahal hartanya yang sebenar hanya tiga:

‎Yang dimakan hingga habis, yang dipakai hingga lusuh & yang disedekah lalu disimpan sebagai pahala. Selain itu, semuanya akan hilang dan dia meninggalkannya untuk orang lain.” [Riwayat Muslim]

Ad-Dien Abdul Kadir

15 Nov, 11:56


Kalau kitab sebelumnya kritikan keatas Orientalist, kitab ini pula kepada ilmaniyyah (sekularism). Orientalist dan sekular dua hal berbeza ya. Bahkan sekular turut kritik orientalist dalam beberapa sudut! Lazat.
——
Jazakumullahu khairan kepada orang paling berjasa membantu saya membeli semua kitab ini, Ustaz Zakuan Ismail dan Ustaz Musaddad Sha'lamī yang sedang belajar di Riyadh.

Itu sahajalah hasil tuaian saya di Maarad Riyadh baru-baru ini. Doakan saya diberikan taufik dan hidayah untuk terus belajar, membaca dan mengkaji sirah Nabi. Banyak lagi yang saya belum tahu tentang baginda Nabi.

Saya nak abadikan hidup dan menyumbang kepada ummat dalam sirah Nabi Muhammad ﷺ sampai akhir hayat insyaAllah.

Follow Simply Sirah tanda sokongan usaha saya dan rakan-rakan pencinta sirah Rasulullah ﷺ. 😇

Ad-Dien Abdul Kadir

15 Nov, 11:56


Book Haul Ma’radh ar-Riyadh ad-Duwali lil-Kitab (Pesta Buku Antarabangsa Riyadh 2024) berlangsung 26/9-5/10/2024. Kebetulan pula serentak dengan tarikh kelahiran, saya pun hadiahkan diri sendiri buku!

14 judul buah buku berjaya disambar. Semuanya tentang sirah Nabi Muhammad ﷺ.

1. Al-Tanwir fi Mawlid as-Siraj al-Munir karya Imam Ibn Dihyah al-Kalbi. Antara kitab nasab tertua dan detail tentang nasab dan istilah-istilah berkaitan. Ramai yang pandang sinis dan allergic dengan nama ini, padahal dalam ilmu ansab, tak ternilai sumbangan dan jasanya. 2 jilid.

2. Al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Cetakan Iqlid Ma’rifah, tahun 2024. 4 jilid hasil tahqiq Syaikh Husain bin Ukashah dibawah seliaan Syaikh Ali Muhammad al-Imran. Inilah kitab panas yang viral tahun ini. Iqlid ni khabarnya publisher baru. Nampak gayanya mereka akan jadi nama besar suatu hari nanti. Ibn Hisham adalah rujukan utama kelas sirah saya. Tahqiq sebegini diharapkan dapat mencerahkan banyak perkara.

3. Al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Cetakan Maktabah al-Asriyyah Lubnan. Tahqiq 2 ulama Lubnan iaitu Syaikh Muhammad Ali al-Qutb & Syaikh Muhammad al-Dali Baltah. 4 jilid juga. Ini pembelian tak dirancang. Awalnya saya mencari Tahqiq Ibn Hisham yang terkenal dan dikatakan paling bermutu iaitu terbitan Darul Faruq, Jordan tahqiq Syaikh Adil Murshid dan Syaikh Hammam Said. Tapi tak jumpa di Maarad!

4. ‘Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shamail wa al-Siyar karya Imam Ibn Sayyidin Nas. Kitab ini juga termasuk dalam rujukan utama kelas sirah saya. Terbitan Iqlid Ma’rifah juga, baru terbit tahun ini, 2024! 2 jilid.

5. Al-Sirah an-Nabawiyyah wa at-Ta’sis al-Akhlaqi karya Syaikh Taha Abdul Rahman, ahli falsafah moden terkenal. Saya sejujurnya kurang menekuni falsafah berbanding sirah. Izinkan saya mengenali beliau melalui karya sirahnya ini. Mungkin ada sudut falsafah menarik dan baru yang beliau sajikan.

6. Kitabah as-Sirah an-Nabawiyyah Lada al-’Arab al-Muhdathin Ittijahatuha wa Wazhaifuha karya Syaikh Dr. Hasan Buzainiyyah, sarjana Tunisia yang pakar dalam bahasa dan kesusasteraan Arab. Dengar tajuk je dah lazat!

7. Al-Imta’ bima Ta’allaqa bin-Nabi ﷺ min Ijma’ karya Syaikh Ahmad Ghanim Hasan al-Asadi. Beliau ulama sirah moden yang sedang meningkat naik sekarang. Saya ikuti kebanyakan karya sirahnya. Saya pernah cuba cuba nak kumpulkan ijmak sebegini, tapi beliau telah mendahului!

8. Sayyiduna an-Nabi al-Mukhtar ﷺ Awwal Muhandis wa Tabib Ba’da al-Hijrah karya Syaikh Mansur Abdul Baqi Bukhari. Kitab ajzak sirah macam ini sangat berharga. Kalau di Malaysia antara yang aktif menulis ajzak sirah ialah Ustaz Muhammad Luqman Makhtar dengan Asam Garam Rumah Tangga yang sudah mencecah 4 jilid! Saya insyaAllah akan keluarkan ajzak sirah sendiri, doakan.

9. Manhaj at-Tarbiyah an-Nabawiyyah li at-Tifl karya Syaikh Muhammad Nur bin Abdul Hafiz Suwaid. Ajzak sirah yang lazat. Walaupun saya uzzab tapi tetap kena baca untuk persiapan yang entah bila ahah!

10. Al-Sirah an-Nabawiyyah Manhajiyyat Dirasatiha wa Isti’radh Ahdathiha karya Syaikh Dr. Abdul Rahman Ali al-Hajji. Sejarawan Iraq yang saya baru kenali dan berjinak dengan karyanya.

11. Al-Sirah an-Nabawiyyah Ahdath wa Fiqh karya Syaikh Dr. Muhammad bin Abdullah al-Qannas. Kitab ini baru terbit tahun ini, 2024!

12. Al-Manhaj an-Naqdi fi Dirasat as-Sirah an-Nabawiyyah karya Syaikhah Dr. Haya binti Salman As-Sobah. Kitab kajian penting ini baru terbit tahun ini, 2024! Sekali lagi saya jumpa karya tulis ulama wanita berkaitan sirah, sebelum ini jumpa di PBAKL lepas, Alhamdulillah!

13. Hadm Shubuhat al-Mustashriqin Hawla Wujud Masadir Ta’allama Minha Khatam al-Nabiyyin karya Syaikh Dr. Ammar Muhammad al-Nahar. Kitab ini sangat penting bagi pengkaji sirah untuk nampak hakikat sebenar apa persepsi orientalists terhadap narasi sirah. Kitab macam ni sangat susah nak jumpa di Malaysia. Kalau siapa-siapa tahu, bagitahu saya, saya sambar terus.

14. Naqd al-Qira’ah al-’Ilmaniyyah li as-Sirah an-Nabawiyyah: ad-Dirasat al-‘Arabiyyah al-Mu’asirah Unmudhajan karya Syaikh Dr. Munir bin Hamid bin Faraj al-Buqami.

Ad-Dien Abdul Kadir

12 Nov, 13:06


Menurut Imam Ibn al-Jauzi, sesiapa ketika hidupnya banyak bercakap tentang kehormatan kaum muslimin (mengumpat), mencari-cari aib dan kesalahan orang lain dan selalu berkata keji/mulut jahat, maka ketika sakaratul maut pasti akan susah mengucap syahadah. [Bahr ad-Dumu’ 1/124]

Ad-Dien Abdul Kadir

10 Nov, 11:24


Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, tanda seseorang itu busuk hati/hati jahat ialah dengan jahatnya kata-kata yang keluar dari mulut serta banyaknya kejahatan dilakukan anggota badan kerana keadaan hati seseorang akan menzahirkan perbuatan luarannya. [Zad al-Ma’ad 1/67]

Ad-Dien Abdul Kadir

07 Nov, 00:21


Terima kasih yang join tempoh hari, jika berminat nak join mingguan dan bersama komuniti Sirah & Akhlak kami, boleh daftar di sini ya. Yuran bulanan hanya RM50 for both class!

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOkoB9Y1n9PFMRaEOakeDTRsSYYKh9WqpK9W7hhFz5AFqHw/viewform?fbclid=PAZXh0bgNhZW0CMTEAAaaNXWV34sVCRTxD17o8VmNT57bfZGogZ78rK2VbFZBRmMUG85cEKbmdPgE_aem_4HzxkzCvR0vdfnlmBYfYcQ

Ad-Dien Abdul Kadir

05 Nov, 13:34


Kelas Akhlak malam ni kami akan bahaskan tentang seorang perempuan Muslim zaman Nabi yang suka dan juga dicintai lelaki berbeza agama. Mungkin terpisah atau bersatu?

Kalau saya bagi free akses jam 9.30 malam, nak join tak? Link diletakkan di komen (akan dipadam segera elak hack)

Pautan kelas Akhlak minggu ke 37. Akan dipadam segera bila ada serangan/gangguan dari luar. Semoga bermanfaat dan selamat mendengar! Kalau nak join komuniti sirah & akhlak kecil kami, rujuk pin tweet saya ya!

meet.google.com/djo-pscn-iee

Ad-Dien Abdul Kadir

31 Oct, 09:43


Menurut Imam al-Mawardi, pekerjaan manusia yang paling penting berpusat pada tiga pekerjaan.

1. Pertanian
2. Perniagaan
3. Perindustrian/pembuatan barang

Dari tiga pekerjaan ini lahir banyak cabang pekerjaan dan hukum. Antara tiga kerja ini, yang paling afdal ialah pertanian.

Disisi mazhab Syafie, pertanian adalah sebaik-baik dan semulia pekerjaan kerana banyak dalil yang menyebutkan kelebihan bertani/bercucuk tanam. Selepas itu yang kedua afdal ialah pembuatan barang kemudian barulah perniagaan. [Raudhah al-Talibin 3/281]