Aiman Banna @aimaanbanna Channel on Telegram

Aiman Banna

@aimaanbanna


27, Ayah 5 Anak, 2 Kucing
Aqidah & Fiqh - al-Shafi'i
Penterjemah B. Arab - Melayu
Penulis 30+ buku sejak 2014
Thalib di جامعة المدينة العالمية

Aiman Banna (Malay)

Salam sejahtera kepada semua pencinta ilmu dan kehidupan Islam! Saya dengan bangga ingin memperkenalkan kepada anda saluran Telegram yang penuh dengan maklumat berguna dan ilmu yang mendalam - Aiman Banna. Bagi sesiapa yang mencari panduan tentang aqidah dan fiqh al-Shafi'i, penterjemahan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, atau penulisan buku berkualiti sejak tahun 2014, ini adalah tempat yang tepat untuk anda. Aiman Banna, seorang ayah kepada 5 orang anak dan pemilik 2 ekor kucing, telah menjadi seorang thalib yang berjaya di جامعة المدينة العالمية. Dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan yang mendalam, beliau telah menulis lebih dari 30 buku yang membanggakan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran Telegram Aiman Banna (@aimaanbanna) untuk mendapatkan akses eksklusif kepada ilmu dan panduan yang dapat membimbing anda dalam kehidupan harian anda. Bergabunglah sekarang dan sertai komuniti yang aktif dalam mencari kebenaran dan pengetahuan. Jangan lepaskan peluang ini! Mari kita belajar bersama-sama di Aiman Banna!

Aiman Banna

31 Dec, 10:04


Review Squid Game 2? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

30 Dec, 06:09


Saya Salafi? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

30 Dec, 03:54


Tanya Soalan Agama Pada AI?#AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

30 Dec, 00:06


Adakah Muzik Haram?#AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

29 Dec, 14:31


Ibadah Semata Untuk Syurga?#AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

29 Dec, 13:33


Hina Agama Lain? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

29 Dec, 06:01


Adakah Saya Racist? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

29 Dec, 01:53


Makna Bismillah #AimanBanna #ProjekFahamQuran
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

28 Dec, 09:09


Allah Tak Jodohkan Dengan Orang Yang Kita Nak? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

28 Dec, 06:21


Mati Syahid Tapi Banyak Dosa? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

27 Dec, 03:29


Bakal Suami Follow Perempuan Seksi? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

27 Dec, 00:20


Solat Laju Tapi Bacaan Sempurna? #AimanBanna #TanyaAimanBanna
___

Follow Aiman Banna di media sosial.

Instagram:
instagram.com/aimaanbanna

Tiktok:
tiktok.com/@aimaanbanna

Aiman Banna

14 Jul, 13:42


Dapat RM150, hanya perlu dropship 10 buku SAHAJA?

Mari tambah income tanpa perlu pegang stok & post barang.

Jom, sertai dropship Inspirasee+ hari ini 😁

Kelebihan sekiranya anda sertai Dropship Inspirasee+:

1. Komisen yang tinggi.
2. Poster & copywriting disediakan.
3. Bimbingan & bantuan disediakan.

Khas untuk buku Solehah, anda boleh dapatkan RM150 untuk setiap 10 nashkah yang terjual!

Daftar percuma untuk 100 orang yang pertama. Orang yang ke-101 dan keatas, perlu bayar yuran RM50 😆

Jangan lepaskan peluang ini, daftar di Telegram rasmi Inspirasee+ sekarang di 011-5647 6710. (Hanya Telegram sahaja tempat berurusan Dropship Inspirasee)

Aiman Banna

09 Jul, 23:53


Kenapa Allah ABAIKAN Falesteen dizalimi? 🍉

Tengok video di sini:

https://vt.tiktok.com/ZSYV3ps2m/

Moga bermanfaat.

Aiman Banna

23 Jun, 15:18


Menjadi perempuan baik, tidaklah mudah... kan?

Dah cuba nak istiqamah,
tapi jatuh kembali kepada jahiliah dan maksiat.

Sebenarnya, bukan sebab Allah tidak terima perubahan dan hijrah kita, tapi mungkin kerana langkah nak menjadi solehah itu kurang tepat.

Kita tidak buat dengan ilmu yang betul, sepertimana yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.

Syukur alhamdulillah, hadir buku Solehah ini membantu ramai muslimah memahami bagaimana nak jadi solehah yang diredhai Allah, dan bagaimana nak mencapai istiqamah.

Ramai yang baca, dan katakan:

1. Menangis bila baca.
2. Buku yang lengkap dan terperinci untuk para Muslimah.
3. Tutorial A-Z yang bagus untuk bantu wanita berhijrah menjadi solehah.
4. Sebuah buku yang holistik (lengkap menyeluruh)

Hadiahkan buku ini untuk wanita yang tersayang, atau hadiahkan untuk diri awak sendiri, hehe.

Ada offer diskaun tinggi, free postage dan ada offer free gift limited edition. Offer ini terhad tau, siapa cepat dia dapat!

Dapatkan offer istimewa di sini:
https://inspirasee.onpay.my/order/form/buku-solehah

Moga buku ini bermanfaat untuk kita, di dunia dan akhirat, amin!

Aiman Banna

28 May, 13:22


𝐃𝐀𝐉𝐉𝐀𝐋, 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 & 𝐀𝐋-𝐊𝐀𝐇𝐅𝐈 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐄𝐄!

Dajjal itu benar.
Fitnahnya itu benar.
Kedatangannya benar.

Muslim terpedaya mengikut fitnahnya juga benar.
Muslim yang terselamat daripadanya juga benar.

Ada yang berjaya menghadapi ujian Tuhan di akhir zaman ini. Ada pula yang gagal dan tersungkur teruk akibatnya; akhirnya tergadailah tauhid dan keimanan!

Tapi, dengan rahmat dan kasih sayang al-Rahman, Allah bagi kita hadiah untuk menghadapi fitnah dan musibah yang besar ini. Hadiah ini merupakan penenang jiwa dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman.

Apakah hadiah tersebut? Hadiah bimbingan ilahi menghadapi al-Masih al-Dajjal di dalam surah ke-lapan belas al-Quran, itulah surah yang istimewa, surah al-Kahfi.

Oleh itu, buku ini memang dikhususkan untuk mereka yang nak memahami surah al-Kahfi, bukan sekadar menuturkan bacaan, berjuta ulangan tanpa jiwa, seperti burung kakak tua. Faham, muhasabah dan amalkan, inilah tadabbur yang diinginkan Tuhan daripada kita!

Moga kita selamat daripada fitnah
al-Masih al-Dajjal. Amin!

Temui kami di:

📍 WTC, KL
🗓️ 24 Mei - 2 Jun 2024
🕰️ 10 pagi - 10 malam
⛺️ Reruai 3113-3114, Dewan Tun Razak 3 (Sebelah Karangkraf, belakang Tarbiah Sentap)

Aiman Banna

20 May, 19:08


Asas menjadi suami sejati ialah, JANGAN GUNA BINI JADI CONTENT.

Janganlah kita normalisasikan sifat dayus tanpa kita sedari.

Apa kamu tak rasa apa apa ke isteri kamu ditatap oleh jantan lain, yang sudah pasti mata, nafsu dan otak lelaki akhir zaman ni pun kau pun tahu macam mana? Ke kamu bukan lelaki? Come on bro.

Ghirah ke atas zaujah ialah sunnah Rasulullah.

Tiada ghirah ialah tanda tidak jantan, dayus dan tiada common sense.

Jadilah Muslim yang Jantan, bukan bernilai syaitan.

الله المستعان

Yang berdakwah,
Aiman Banna.

Aiman Banna

19 May, 04:56


Duhai suami soleh,

Carilah nafkah,
sampai rebah.

Gugurnya peluh lelah,
air mata, jua darah,
tidak dipersampah,
setiap titisan itu ibadah;
jihad fi sabilillah.

Aiman Banna

16 May, 15:14


Apabila kita dalami kesemua kisah dalam surah al-Kahfi ini, kita akan dapati banyak persamaan antara 4 kisah tersebut. Di dalam bahagian ini, saya akan senaraikan beberapa persamaan yang ketara antara 4 kisah yang menakjubkan ini.

Persamaan yang paling saya suka ialah apabila kesemua watak penting dalam keempat-empat kisah ini berdakwah. Ya, ada persamaan yang sangat ketara antara mereka dalam menjalankan ibadah dakwah ila Allah.

Kisah 1: Ashabul Kahfi berdakwah kepada raja dan kaumnya.
Kisah 2: Si miskin berdakwah kepada si kaya.
Kisah 3: Khidir berdakwah fardhiyyah kepada Nabi Musa
Kisah 4: Dzulqarnain berdakwah dari barat ke timur.

Moga kita mencontohi mereka semua dengan melakukan dakwah semampu kudrat di tempat kita. Janganlah berikan bermacam jenis alasan untuk menidakkan kewajiban berdakwah ke atas umat Nabi Muhammad ini. Hayati dan tadabburlah ayat 110 dalam surah Ali-Imran untuk memahami pentingnya untuk amar makruf dan nahi mungkar.

- Petikan daripada buku "Dajjal, Muslim & al-Kahfi", karya Aiman Banna.
- Insya-Allah akan launch pada PBAKL 2024 ini. Doakan!

Aiman Banna

16 May, 08:56


Ni hangpa kena tau,

Ikan dalam kisah Nabi Musa dan Khidir tu, dia dah mati, dia dah dimasak, dah dimakan sebahagian, tapi dia boleh hidup balik dan gerak ke laut semula haha. Ini memang AJABA, isyarat seperti kemampuan Dajjal,

namun... Allahu Akbar min Kulli Syai' 😉

Teaser sikit buku PBAKL saya, "Dajjal, Muslim & al-Kahfi"

#DajjalMuslimDanAlkahfi

Aiman Banna

14 May, 01:38


Salah satu penyedap hati dan penguat hati sang ayah ialah:

Penat dan lelah mencari nafkah ini, ialah sedekah sepertimana sabda baginda. Pahala nafkah sedekah kepada isteri, anak & keluarga itu lebih utama, aula berbanding sedekah kepada selain itu.

Jangan rasa dirimu dipersia.
Setiap peluhmu bermakna di sisi-Nya...

Bahkan, niatmu mencari nafkah dengan peluh dan darah itu ialah Jihad fi Sabilillah, selagimana kamu berniat agar tidak perlu minta sedekah dan meminta-minta kepadanyang lain demi mencukupkan nafkah.

Teruskan berjuang duhai para ayah,
teruskan gagah duhai tentera panglima,
yang dirindukan, diharapkan keluarga.

- Abu Harith Aiman Banna.

Aiman Banna

25 Feb, 04:25


tika kumasih tadika
mencari sosok tubuh jejaka
Abah, kamu ada di mana?

dalam rumah ada Abah?
ada Abah? oh, aku tidak suka

akan minta kugarukan kepala
bila ada saja, uban mahu dicabut
dan kegemarannya, kaki mahu diurut

Abah keluar, kerja?
tiada di rumah? ok, aku suka suka suka.

kini anakku sudah lima
abah, kamu ada di mana?

aku mahu garu kepalamu
aku mahu cabut ubanmu
aku mahu urut kakimu

oh aiman, Abah ada
ada di





kubur sana.

di atas tanah merah
abah sudah tiada

air mataku saja yang ada
memori tiba
merobek jiwa

bermodal rindu
tidak mampu
kembalikan waktu
untuk bersamamu
duhai abahku

Aiman Banna

25 Feb, 04:06


Puisi Abah Yang Dirindukan.
Karya Aiman Banna.

kutulis puisi cinta
dengan dakwat air mata
kerana aku rindu dia
dengan dia kuingin bersama
kerana aku cinta dia
dia yang kupanggil Abah
yang kini sudah arwah

ini doa ikhlas dari anak keduamu Abah
moga Allah yang memiliki rahmah
redai Abah
cinta Abah
lalu kurnia jannah
kepadamu Abah

duhai Allah al-Rahman
ampunilah segala kesilapan
kami saksi Abah ayah baik
Abah dah buat yang terbaik
namun dia hamba-Mu, lemah
ada cacat cela, tidaklah sempurna
maka dengan 99 nama al-Husna
ampunilah, rahmatilah dia.

duhai al-Azim, Engkaulah saksi utama
bahawa Abah guru pertama yang ajar
kepada anaknya yang lima bahawa:
tiada tuhan
selain Allah
yang berhak
disembah
maka kurniakanlah pahala berterusan
lapangkanlah kuburnya di tanah merah
sehingga yang ganti: tanah jannah

Pasar Seni, KL.
25.02.24
15 Sha'ban 1445.