a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي @alarabiyyahlughati Channel on Telegram

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

@alarabiyyahlughati


Belajar Bahasa Arab

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي (Indonesian)

Selamat datang di kanal Telegram kami, a l - A R A B I Y Y A H - لُغتِي! Kanal ini didedikasikan untuk mereka yang ingin belajar Bahasa Arab dengan mudah dan menyenangkan. Dengan bergabung di kanal kami, Anda akan mendapatkan akses ke berbagai materi pembelajaran Bahasa Arab, mulai dari kosakata dasar hingga tata bahasa yang lebih kompleks

Siapa yang cocok untuk bergabung di kanal ini? Tentu saja, siapa pun yang tertarik untuk mempelajari Bahasa Arab, baik pemula maupun yang sudah memiliki pengetahuan dasar. Dengan metode pembelajaran yang interaktif dan menarik, kami siap membantu Anda dalam meraih kemahiran berbahasa Arab

Tidak hanya itu, kami juga menyediakan forum diskusi di kanal ini, di mana Anda bisa berbagi pengalaman, bertanya pertanyaan, atau bahkan berlatih berkomunikasi dengan anggota lainnya. Kami percaya bahwa belajar Bahasa Arab bukan hanya tentang menerima pengetahuan, tapi juga tentang mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari

Jadi, tunggu apalagi? Bergabunglah di a l - A R A B I Y Y A H - لُغتِي sekarang juga dan mulailah perjalanan Anda dalam menguasai Bahasa Arab secara efektif dan menyenangkan!

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

07 Feb, 00:20


Berkata Al-Imam Ats-Tsa’aalabiy rahimahullah:

كل بناء مربّع فهو كعبة

Setiap bangunan yang berbentuk persegi, maka ia disebut Ka’bah.

Tambahan: كعبة sendiri asal kata nya dari
كعب - يعكّب,
yang bermakna membuat bentuk kubus, atau menjadikan sesuatu berbentuk kubus. Dan dalam istilah lughawi, semua bangunan yang bentuknya kubus, boleh disebut dengan Ka’bah, namun penggunaan perkataan Ka’bah ini, sudah menjadi perkara yang ma’lum, ekslusif untuk Ka’bah yang ada di Masjidil Haram Mekkah.

📒 Fiqhul Lughoh Wa Sirrul ’Arabiyyah
m/s139

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Feb, 06:22


☆ لو كان الرزق بالتعب لنام الحمار على سرير من ذهب
ولنا في سيدنا إبراهيم عليه السلام و زوجه آية :
{قَالُوا لَا تَوْجَلْ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ}

☆#للتفاعل......☆

١ من الغلام العليم ؟
- سيدنا إسحاق عليه السلام .
- سيدنا إسماعيل عليه السلام .
- سيدنا يعقوب عليه السلام .

٢ ما علاقة المجاز المرسل في الآية الكريمة السابقة...؟
- سببية .
- مسببية .
- اعتبار ما كان .
- اعتبار ما سيكون .

دمتم سالمين
وائل ضياء الدين

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Feb, 02:24


Apa yang paling menggembirakan perempuan yang rendah ialah..
apabila dia melihat ada perempuan yang lebih rendah daripadanya..😁

Kredit:
Juariah Ismail

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Feb, 01:22


📌 Contoh² Isim Fa'il

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Feb, 00:58


Bulan Syaaban (شَعْبَان) menyusul selepas Rejab dlm kalendar Hijriyah.

Syaaban bermaksud, bercabang-cabang atau persimpangan. Di mana setiap kali ada cabang, mesti ada persimpangan.

Di bulan Syaaban ini orang Arab bersimpang-simpang ke sana dan ke sini untuk mencari air bagi persediaan bulan Ramadhan.

Bulan Siriyani yang bertepatan dengan Syaaban dipanggil Aazar (آذَار).

Kredit : ust Ashafizrol Abdul Hamid

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Feb, 00:53


Berkata Abu Bakar alWarraq alBalkhi rahimahullah:

"Rejab : Bulan menanam.
Sya'ban : Bulan menyiram.
Ramadhan : Bulan menuai."

(ruj. Latoif alMa'arif, alHafiz Ibn Rajab)

Moga kita diberikan kesempatan menikmati Ramadhan tahun ini, amin.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Feb, 00:51


Nota Bahasa Arab | Perbezaan di antara تَابَ عَلَى dan تَابَ إلي

__________

1. Di dalam al-Quran kita selalu jumpa perkataan تَاب يَتُوب ini. Ada yang berbunyi تَابَ إلى dan ada yang berbunyi تَاب إلى. Apakah perbezaannya?

Ringkasnya perkataan تَابَ إلى bermaksud “bertaubat kepada Allah” dan تَابَ عَلَى pula bermaksud “mengampuni / menerima taubat”. Cuba lihat ayat-ayat berikut :

وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا [الفرقان : 71]

“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;”

فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ [المائدة : 39]

“Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

2. Jika dilihat dengan lebih mendalam perkataan تَابَ يَتُوب تَوْبَة ومَتَابًا bermaksud “kembali / رَجَعَ”. Firman Allah s.w.t :

قُلْ هُوَ رَبِّي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ [الرعد : 30]

“Katakanlah: "Dialah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku."

Kesimpulannya maksud تَاب إلى الله adalah “kembali kepada Allah” setelah melakukan sesuatu dosa. Maksud تَابَ الله على عَبْدِهِ pula adalah “Allah kembali ke atas hambanya dengan rahmat”.

Berhubung تَاب yang tidak disusuli dengan إِلَى pula jika ia datang daripada hamba maka maksudnya adalah “kembali daripada..”. Contohnya :

إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا [الفرقان : 70]

“Melainkan orang yang kembali daripada kekufurannya dan beriman dan beamal soleh..”

3. Kata Imam al-Wahidi (w:468H) di dalam tafsir al-Wajiz :

{فإنَّ الله يتوب عليه} يعود عليه بالرَّحمة

Kata Imam Ibn ‘Atiyyah (w: 542H) dalam tafsir al-Muharrar al-Wajiz :

والتوبة من الله تعالى الرجوع على عبده بالرحمة والتوفيق، والتوبة من العبد الرجوع عن المعصية

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

03 Feb, 03:17


📌 Mamnu' min Sorf tentang nama² Nabi dan Malaikat

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

01 Feb, 15:13


Usah dengki dengan nikmat orang lain, kerana kamu tidak tahu apa yang Allah ambil dari dirinya.

https://t.me/alarabiyyahlughati

Usah bersedih dengan musibah yang menimpa, kerana kamu tidak tahu apa yang akan Allah berikan

Sesungguhnya hanya mereka yang bersabar diganjarkan pahala tanpa had.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Jan, 23:10


Time is precious, Don't waste it!

Masa itu berharga, Jangan sia-siakan!

الوقت ثمين فلا تضيعه!

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Jan, 23:03


TANGISILAH DIRIMU

‏أوصى الإمام أبو حنيفةَ تلميذَه أبا يوسفَ قائلًا :

‏من ظنَّ أنَّهُ يستغني عن التعلُّم ، فليبكِ على نفسه !

تاريخ بغداد 15/473

Al-Imam Abu Hanifah mewasiatkan kepada muridnya iaitu Abu Yusuf, dia berkata:

"Sesiapa yang menyangka bahawa dirinya tidak perlu belajar (ilmu agama), maka selayaknya dia menangisi dirinya"

📖Tarikh baghdad 15/473
┉┅━━━━━✺❁✺━━━━━┅┉┈

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Jan, 22:25


📚 العَلَمُ.
Nama Dan Gelaran

Al-'Alamu iaitu tanda nama yg digunakan bagi masyarakat Arab.

Terbahagi kepada tiga:

1. الإسمُ nama

2. الكُنِيَّةُ
kata nama yang dimulai dengan أبٌ atau أمٌّ

3. اللقَبُ Gelaran



📌 KAEDAH:

1) Sekiranya ditulis اسم bersama لقب maka hendaklah ditulis اسم dahulu.
Contoh:
جاءَ زيدٌ زينُ العابِدِينَ.


2) Sekiranya ditulis كنية bersama لقب maka boleh ditulis mana² dahulu.
Contoh:
جاء أبُو بَكْرٍ عالِمٌ.
atau boleh juga
جاء عالمٌ أبو بكرٍ.


3) Sekiranya ditulis اسم bersama كنية maka boleh ditulis mana² dahulu.
Contoh:
جاء زيدٌ أبو بكرِ.
atau boleh juga
جاء أبو بكرٍ زيدٌ.


Nota:
1. Semua إعراب perkataan kedua adalah بدل.

🍃🍃🍃

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Jan, 22:14


أتعرف ما هي الجاذبية الحقيقية يا نيوتن؟
Tahukah kamu apa daya tarikan yg sebenar wahai Newton?

دعني أقص لك قصة عنها :
Let me tell you a story about it :

هناك شيخ ضعيف جدا.. في الثمانين تقريبا عمره.. عندما ينام ذات ليلة.. فجأة استيقظ من نومه بعد ما سمع صوتا.. ”الصلاااااااة خير من النوم!“ .. بدون تضييع أي وقت.. هو فورا يتجه صوب الصوت.

Ada seorg lelaki tua yg sgt lemah.. umurnya dalam lingkungan 80-an.. ketika mana dia sedang tidur pada suatu malam.. tiba² dia telah terjaga dari tidurnya itu.. slps terdengar suatu suara
“Solat itu lebih baik ketimbang tidur”.
Maka tanpa membuang masa.. dia pun bersegera menuju ke arah suara tersebut..

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Jan, 22:10


Apa perbezaan antara مخطئ dan خاطئ ya?


Perbezaannya adalah :

1. Mukhti' (مخطئ) adalah ism fa'il dari أَخطأ, iaitu melakukan kesalahan yang tidak disengajakan.

Allah berfirman :
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

2. Khaati' (خاطئ) pula adalah ism fa'il dari خَطِئَ, iaitu melakukan kesalahan dengan sengaja.

Allah berfirman :
إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ


Sumber : نحو وصرف

#BelajarBahasaArab #BulbulArabiy

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Jan, 12:20


Empat perkara yang membunuh wanita :
♡ Pemergian kedua ibu bapanya..
♡ Melebihkan perempuan lain berbanding dirinya..
♡ Menidakkan masa depannya..
♡ Tipu daya dari lelaki yang dia cintai..

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

27 Jan, 10:57


SEDEKAH DARI HARTA YANG HARAM?

Berkata Ibnu Rajab Al-HanbalI rahimahullah:

Adapun sedekah dengan harta yang haram maka ia tidak dapat diterima, sebagaimana yang disebut dalam sahih Muslim, yang diriwayatkan dari Ibnu ’Umar radhiyallahu ’anhuma, dari Nabi ﷺ beliau bersabda:

Allah tidak menerima solat (seorang hamba) tanpa bersuci, tidak pula menerima sedekah dari harta ghulul (yakni harta yang diambil secara tidak sah dari hasil rampasan perang). Dan dalam dua kitab Sahih, dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu, dari Nabi ﷺ baginda bersabda:

Tidaklah seorang hamba bersedekah dari hasil yang baik (yakni halal) - dan tidaklah Allah menerima sesuatu kecuali dari sesuatu yang baik) - melainkan Yang Maha Pemurah akan mengambil sedekahnya dengan tangan kanan-Nya, hingga akhir hadis ).

📒 Jaami’ul ’Uluumi Wal Hikami 1/263

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

27 Jan, 10:50


Dua jumlah di atas, yang mana satu kah yang benar?

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Jan, 21:43


Nota Bahasa Arab | Perbezaan di antara بارك الله لك dan بارك الله عليك
_______

1. Kita sering mendengar ucapan
باركَ الله لك وبارَك عليك وجَمَع بينَكُما في خير
yang merupakan doa untuk pengantin baru yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Apakah maksud بارك لك dan بارك عليك?

Maksud بارَك الله لَكَ adalah “Moga Allah memberkati isterimu untuk kamu”. Sementara بارَكَ عليك pula bermaksud “Moga Allah memberkatimu untuk isterimu.”

Atau secara umunya bermaksud ;

“Moga Allah berkati pasanganmu untukmu dan berkatimu.”

2. Kata al-Sindiyy (w: 1138H) di dalam
حاشية السندي على سنن الترمذي
jld 2 hal 104 :

أي: باركَ اللهُ عليها لأجلكَ، وباركَ عليكَ لأجلها

“Moga Allah berkatinya untuk kamu / kerana kamu dan moga Allah berkati kamu untuknya / kerananya.”

Kata Ibn Raslan / Arsalan (w:844h), pengarang matan صفوة الزُّبَد di dalam شرح سُنَن أبي داود jld 9 hal 445 :

ثم يقول: (بارك الله لك) في أهلك (وبارك) لأهلك (عليك)

“Moga Allah berkati isterimu untuk kamu dan berkatimu untuk isterimu.”

Kata pengarang فيض القَدير, al-Hafiz al-Munawi (w: 1031) jld 1 hal 316 :

بارك الله لك في زوجِك

“Moga Allah berkati isterimu untukmu”

[ Perkataan أهل dan زوج merujuk kepada isteri. Contohnya
أن عائشة زوجَ النبي قالتْ
- HR Bukhari dan
كانَ النبيُّ يَكْرَهُ أنْ يَأْتِيَ الرَّجُلُ أهْلَهُ طُرُوقًا
- HR Bukhari. ]

3. Kesimpulannya adalah doa di atas dipohon untuk kedua-dua mempelai. Dipohon agar isteri diberkati agar kebaikannya dinikmati suami
(بارك الله لك)
dan dipohon juga agar suami diberkati agar kebaikannya dinikmati isteri (بارك عليك).

Keberkatan bermaksud kebaikan yang melimpah ruah dan tidak putus-putus. Tinggi nilai doa ini jika dihayati kehalusan maksudnya.

4. Kemudian didoakan pula agar kedua-dua mempelai disatukan dalam kebaikan
(جمع بينكما في خير).
Seolah-olah terdapat suatu tempat yang penuh dengan kebaikan kemudian didoakan agar mereka berdua ditempatkan di dalamnya. Mereka dikelilingi, ditenggelami dan diliputi oleh kebaikan.

5. Sebelum mengakhiri catatan ini saya ingin kongsikan lafaz hadis yang berbunyi
بارك اللهَ لكما في ليلَتِكُما
yang bermaksud "Moga Allah berkati malam kamu berdua untuk kamu berdua". Ada riwayat yang berbunyi
بارك الله لكما وبارك عليك
dengan lafaz كما di awal dan disusuli كَ. Ada juga yang sebaliknya. Jadi maksudnya adalah “Moga Allah berkati kedua-dua mempelai agar kebaikan mereka berdua saling dinikmati sesema mereka.”

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diulas berkenaan fi’il بارك ini dari sudut huruf jar yang menjadi perantaranya. Di antara في dan على khususnya. Tapi cukuplah sekadar ini dulu.

Ustaz Ashafizrol Abdul Hamid.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Jan, 16:44


Soalan:
Kenapa dalam hadith طلب العلم فريضة على كل مسلم, kenapa khabarnya فريضة muannath, sedangkan mubtada'nya muzakkar?

Jawapan:
Bukan semua khabar mufrad perlu disepadankan dengan mubtada'nya dari segi muzakkar dan muannath. Itu hanya untuk khabar mufrad dari kategori wasf sahaja iaitu isim fa'il, isim maf'ul, sifah musyabbahah, sighah mubalaghah, kerana wasf mengandungi dhamir seperti fiil.

Perkataan فريضة bukan wasf. Ia adalah isim yang asalnya wasf iaitu فريض atas wazan فعيل yang membawa makna maf'ul, iaitu مفروض (yang difardukan). Kemudian, huruf ة ditambah untuk memberi makna dan sifat 'isim' kpd perkataan tersebut.

Maka, فريضة ini sama seperti apa-apa isim memang ada ta' marbutah padanya, tak perlu kata طلب العلم فريض dengan membuang ة supaya sepadan dengan mubtada' nya.

Ini sama seperti isim lain yg muannth seperti جنة dlm hadith الصوم جنة. Puasa adalah penutup/perisai. جنة adalah isim merujuk kpd penutup kepala wanita Arab. Tak perlu kata الصوم جن untuk sepadankan mubtada' dan khabar.

Dr mohd ikhwan abdullah

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Jan, 10:12


📌🤲(3)TIGA DOA' MUSTAJAB.

📜Rasulullah ﷺ bersabda:
*"Ada tiga doa mustajabah yang tidak disangsikan lagi, iaitu
(1)doa orang teraniaya,
(2)doa orang dalam perjalanan(MUSAFIR), dan
(3)doa orang tua untuk anaknya,”.

[📗👤HR. Tirmidzi].

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Jan, 09:56


Nampak ada yang memberi kenyataan yang perkataan Fusha tu asalnya فصحة.

Sebenarnya itu isim tafdhil (اسم التفضيل) bagi muannats أفصح.

Di sini senarai dari bentuk asalnya sifat musyabbahah (الصفة المشبهة باسم الفاعل) sehingga ke isim tafdhil muannats:

1- كبير - أكبَرُ - كُبرَى
2- فصِيح - أَفصَحُ - فُصحَى
3- صغير - أصغَرُ - صُغرَى
4- طويل - أطوَلُ - طُولَى
5- عظيم - أعظَمُ - عُظمَى
6- حَسَنٌ - أحسَنُ - حُسنَى
7- قصير - أقصَرُ - قُصرَى
8- جميل - أجَملُ - جُملَى
9- مثيل - أمثَلُ - مُثلَى
10- ثقيل - أثقل - ثُقلَى

Penggunaan isim tafdhil ada beberapa keadaan.

1. Kalau digunakan secara nakirah, sentiasa guna bentuk mudhakkar (مذكر) dan mufrad tanpa mengira mubtadak.

Contoh
١- علي أكبر من عباس سنّا.
2- الطالبان أكبر من عليّ.
3- الطالبات أكبر من الطلاب في فصلنا.

2. Untuk menggunakan bentuk muannath, guna isim tafdhil dalam keadaan ma’rifah.

Contoh
1- الطالبة الكبرى في فصلنا خديجة.

Adalah salah kalau guna:

خديجة كبرى من أختها.


Oleh : ust Hazri Abdullah

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

18 Jan, 23:26


📌 Perbezaan Antara لكِنَّ dan لَكِنْ :

• Huruf لكِنَّ dengan tasydid beramal seperti إنّ menasabkan isim dan merafa'kan khobar.

Contoh :

لكنَّ المَطَرَ قليلٌ

• Adapun huruf لكِنْ dengan takhfif (tanpa tasydid) ia huruf istidrak tidak beramal.

Contoh :

سامي عالمٌ لكنْ أخُوه جاهلٌ

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

18 Jan, 08:20


"Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Robbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun."

📖 surah Nuh : 10

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

18 Jan, 02:54


Apa yang kau lahirkan akan menjadi debu. Apa yang kau bina akan hancur.
Apa yang kamu kumpulkan, akan ditinggalkan.
Apa yang kamu kerjakan, maka itu tercatat dalam buku catatan amal yang disimpan untuk Yaumul Hisab (Hari Perhitungan Amal).

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

18 Jan, 02:46


Nota Bahasa Arab | Perbezaan di antara حَيَّة, ثُعْبَان dan جَان
___________

1. Menurut ahli bahasa dan ilmuan-ilmuan tafsir, perkataan حَيَّة merujuk kepada ular secara umumnya, iaitu sejenis binatang menjalar yang tidak berkaki dan kulitnya bersisik. Perkataan ثُعْبَان pula bermaksud ular besar. Manakala perkataan جَانّ bermaksud ular kecil.

2. Ketiga-tiga perkataan di atas dikaitkan dengan kisah mukjizat tongkat Nabi Musa a.s yang bertukar menjadi ular. Firman Allah s.w.t :

فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ – طه : 20

“Lalu dia mencampaknya, maka tidak disangka-sangka ia menjadi seekor ular yang menjalar.”

فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ – الأعراف : 107

“Dia mencampak tongkatnya, maka tiba-tiba tongkat itu menjadi seekor ular besar yang jelas kelihatan.”

وَأَلْقِ عَصَاكَ ۚ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ – النمل : 10 / القصص : 31

“Dan campaklah tongkatmu itu. Saat dia melihatnya bergerak-gerak pantas bagaikan ular kecil …”

3. Persoalan yang mungkin timbul adalah berhubung ayat 10 surah al-Naml atau 31 surah al-Qasos di mana tongkat Nabi Musa a.s yang bertukar menjadi ular itu digambarkan seperti ular kecil (جَانّ) sedangkan dalam surah al-A’raf disebut dengan jelas bahawa ia bertukar menjadi ثُعْبَان, iaitu ular besar.

JAWAPAN :

Bayangkan seekor ular besar di depan mata anda. Biasanya ular besar akan menjalar dengan perlahan mengheret isi tubuhnya yang berat. Tapi berbeza dengan ular besar dalam kisah tongkat Nabi Musa a.s. Ia seekor ular yang sangat besar tapi bergerak pantas seperti ular kecil. Bayangkan seekor ular yang sangat besar berjalar-jalar lincah dan pantas seperti seekor ular kecil. Suatu permandangan yang benar-benar menakutkan.

4. Dalam ilmu balaghah perkara ini berkait dengan perbahasan menentukan aspek persamaan di antara musyabbah dan musyabbah bihi. Ular besar adalah musyabbah dalam ayat 10 surah al-Naml dan ular kecil adalah musyabbah bihi. Aspek persamaan di antara kedua-duanya bukan saiz tubuh, tapi pergerakan yang pantas.

5. Jika ada yang berkata, peristiwa tongkat Nabi Musa a.s dalam ayat 10 surah al-Naml atau 31 surah al-Qasos berlaku ketika baginda dalam perjalanan pulang ke Mesir, bukan di depan Firaun dan para ahli sihirnya. Mungkin semasa di depan Firaun menjadi ular besar dan semasa baginda bersendirian dalam perjalanan pulang ke Mesir menjadi ular kecil.

JAWAPAN : Telahan itu tidak tepat.

Ini kerana ayat 10 surah al-Naml atau 31 surah al-Qasos datang dalam bentuk perumpamaan (التشبيه), iaitu تهتزّ كأنها جانّ (bergerak-gerak pantas dan lincah seperti ular kecil). Jangan silap, bukan tongkat yang bagaikan ular kecil. Yang bagaikan ular kecil adalah ular besar yang asalnya adalah tongkat. Terdapat pengguguran frasa (الحَذْف) dalam ayat itu. Asalnya :

وألقِ عصاكَ (فألقاهَا فصارَتْ ثعبانًا) فلمَّا رآها تهتز كأنها جانّ

Perbahasan الحَذْف ini terdapat dalam علم المعاني. Banyak ayat al-Quran sifatnya begitu. Berhubung huruf ف yang terdapat pada ayat فَلَمَّا رآها تهتز كأنها جانّ ia adalah الفاء الفصيحة atau العاطفة.

Dalam I’rab kita akan kata,

الفاء : عاطفة على محذوف يَقْتَضِيهِ السِّيَاقُ، تقديره: فألقاها فصارت ثعبانًا / الفاء : فصيحة مُفْصِحَةٌ عن جُمَلٍ قد حُذفت تعويلا على دلالة الحالِ عليها وإشعارا بغايةِ سُرْعةِ تَحَقُّقِ مدلولاتِها

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

17 Jan, 23:25


'AISYAH UMMU 'ABDILLAH

Ummul mukminin, Aisyah binti Abu Bakr As-Siddiq radhiyallahu 'anhuma, beliau tidak memiliki anak, tetapi dia diberi kunyah Ummu 'Abdillah, kerana beliau merupakan makcik kepada Abdullah bin Az-Zubair, lalu diberi kunyah beliau terkait dengan Abdullah, kerana emak saudara itu berada di kedudukan yang setara dengan ibu,

https://t.me/alarabiyyahlughati

dan beliau termasuk siddiqah (wanita yang membenarkan dan mengimani apa yang diturunkan kepada Rasulullah ﷺ), anak perempuan dari seorang As-Siddiq (seseorang yang membenarkan dan mengimani apa yang diturunkan kepada Rasulullah ﷺ), yang merupakan isteri yang paling dicintai Nabi ﷺ.

🖋 Sheikh Soleh Al-Fauzan hafizhahullah dalam Syarhu 'Umdatil Ahkam 8

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

17 Jan, 23:12


📝 *TRIVIA*:
Disebutkan dalam footnote kitab al-Iqtirah fi Usul an-Nahwi & beberapa kitab lain spt kitab Taj al-'Arus, ada 13 pendapat ttg asal sebutan nama malaikat Jibril:

1) جبريل Jibrīl - kasroh jim- sebutan paling fasih
2) جبريل Jabrīl - fathah jim
3) جبرئيل Jabraīl - Fathah jim, tambahan hamzah
4) جبرئيل ,Jibraīl - Kasroh jim tambah hamzah
5) جبرئل Jabrail- Fathah jim, buang ya
6) جبرئل Jibrail- Kasroh jim, buang ya
7) جبرال Jabral - Fathah jim
8)جبرال Jibral - Kasroh jim
9) جبرييل Jabrail- Fathah jim, Tashil hamzah
10) جبرييل Jibrail - Kasroh jim, Tashil hamzah
11)جبرين Jabrin - Fathah jim, ganti nun


Kredit : Atika Zulbaha

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

16 Jan, 21:50


📌🤲SAAT MUSTAJAB DOA' PADA HARI JUMAAT.

📜TEKS/MATAN HADITH;

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال النبي ﷺ:
"يومُ الجمعةِ ثِنتا عشرةَ - يريدُ - ساعةً لا يوجَدُ مسلِمٌ يسألُ اللَّهَ عزَّ وجلَّ شيئًا إلَّا آتاهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ فالتمِسوها آخرَ ساعةٍ بعدَ العصرِ".

➡️TERJEMAHAN HADITH;
✔️👤Daripada Jabir bin Abdullah radhiAllahu 'anhu, beliau berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
_"Hari Jumaat itu ada dua belas jam; tidaklah seorang Muslim memohon sesuatu kepada Allah عزَّ وجلَّ pada waktu itu melainkan Allah عزَّ وجلَّ akan memberikannya. Maka carilah waktu itu pada akhir waktu selepas Asar ."_

📌📚SUMBER DAN STATUS HADITH:
☑️Sumber :
👥Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud (1048) dan al-Nasa’i (1389).
☑️Status Hadith :
👥Sahih menurut Syaikh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud (1048).

📝PERBENDAHARAAN KATA;

يومُ الجمعة
Hari Jumaat
ثِنتا عشرةَ
Dua belas
ساعةً
Jam atau waktu tertentu
يسألُ اللَّهَ
Memohon kepada Allah
فالتمِسوها
Carilah
آخرَ ساعةٍ
Waktu terakhir
بعدَ العصرِ
Selepas Asar

✔️🗣️PENJELASAN;
➡️📌Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dalam Islam, dan ia penuh dengan keberkatan serta kelebihan. Dalam hadith ini, Nabi ﷺ menjelaskan bahawa dalam tempoh dua belas jam pada hari Jumaat, terdapat satu waktu yang istimewa di mana doa seorang Muslim tidak akan ditolak. Nabi ﷺ menegaskan untuk mencari waktu ini pada akhir waktu selepas solat Asar.

➡️🤲Penjelasan ini menunjukkan kepentingan kita untuk berdoa dan memanfaatkan saat mustajab ini untuk memohon kebaikan dunia dan akhirat. Ia juga memperkukuh amalan sunnah untuk memperbanyakkan doa dan ibadah pada hari yang penuh barakah ini.

✔️📜PENGAJARAN HADITH:
☑️1. Hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keutamaan.
☑️2. Terdapat satu *waktu yang mustajab* untuk berdoa pada hari Jumaat, terutama pada akhir waktu selepas Asar.
☑️3. Kelebihan doa kepada Allah Ta'ala dan anjuran untuk tidak melepaskan peluang ini.
☑️4. Motivasi untuk memperbanyakkan ibadah pada hari Jumaat termasuk membaca Al-Quran, berselawat, dan berdoa.

📌🗣️NASIHAT IKHLAS;
Sebahagian masyarakat kita kurang memberikan perhatian kepada keutamaan hari Jumaat, terutamanya selepas solat Asar. Ada yang lebih sibuk dengan aktiviti duniawi tanpa mengambil peluang untuk berdoa pada waktu yang dijanjikan mustajab ini. Marilah kita memperbaiki diri dengan menghidupkan amalan sunnah ini dan memperbanyakkan doa, agar kita tidak terlepas daripada rahmat dan keberkatan yang Allah sediakan.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

15 Jan, 03:51


Wasiat Imam Malik kepada Imam Shafie (rahimahumallah)

" Jangan menetap di kampung, ilmu anda akan hilang, ingin maju, tinggalkan kampung-mu, kerana hasad dengki di kampung sudah menjadi penyakit sosial turun temurun "

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

15 Jan, 02:13


Berkata Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy rahimahullah:

Selepas membaca al Quran, tidak ada ibadah yang diucapkan dengan lisan, yang lebih utama daripada zikir kepada Allah Ta’ala, dan mendatangkan berbagai keperluan dengan doa-doa yang dipanjatkan secara ikhlas kepada Allah Ta'ala.

📒 Mukhtashar Minhaajil Qaashidin 55

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Jan, 01:24


Kita baca Quran yg dalam bahasa Arab.
Kita solat dalam bahasa Arab.
Kita zikir dalam bahasa Arab.
Kita baca doa-doa ajaran Nabi ﷺ dalam bahasa Arab.
Karangan para Salaf ditulis dalam bahasa Arab.
Amat sayang sekali jika kita tidak berikhtiar untuk menguasai bahasa ini dalam hayat kita.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

11 Jan, 00:28


Bagaimana kita nak i'rab
سورة المنافقون ,
سورة المؤمنون dan
سورة المطففين ؟


Bukankah sepatutnya disebut
سورة المؤمنين,
سورة المنافقين atau
سورة المطففين ؟

Jawapan :

Untuk memahami perkara ini, mula-mula kita perlu tahu bahawa asas penamaaan kebanyakan (bukan semua) surah dalam al-Quran adalah kerana kewujudan lafaz tersebut dalam surah berkenaan.

Cntohnya nama surah al-Munafiqun merujuk kepada perkataan المنافقون yg terdapat dalam ayat
إذا جاءك المنافقون قالوا نشهد أنك ...

Nama surah al-Mu'minum merujuk kpada kalimah المؤمنون yang terdapat dalam ayat
قد أفلح المومنون .

Surah al-Mutaffifin merujuk kepada perkataan المطففين yang terdapat dalam ayat
ويل للمطففين .

Proses ini dikenali sebagai حكاية (Hikayah), iaitu membuat cabutan kalimah atau ayat dari sesuatu teks dan kemudian digunakan semula di tempat lain dalam bentuknya yang asal tanpa sebarang pindaan.

Jadi i'rab قرأت سورةَ المؤمنون ialah :

المؤمنون : مضاف اليه مجرور بكسرة مقدرة على آخره، منع من ظهورها اشتغال المحل بحركة الحكاية

Dalam i'rab lafaz sebegini dipanggil lafaz mahkiy ( لفظ محكي). Lafaz Mahki di'rab dengan cara mentaqdirkan alamat asal irab, iaitu dammah, fathah dan kasrah, bukan alamat fariyyah. Maka atas sebab itu kita tidak mengatakan bahawa alamat jarnya adalah ya' muqaddarah hanya disebabkan المؤمنون adalah jamak muzakkar salim.

Sekiranya lafaz mahkiyy (perkataan yang dihikayatkan) itu mempunyai simbol i'rab yang selari dengan kedudukan i'rab semasanya, seperti al-mutaffifin, maka kita boleh irab secara taqdiri seperti di atas, atau irab zahir.

Semua ini hanyalah prosedur i'rab yang diperkatakan oleh ulama Nahu. Ia tidak melibatkan apa-apa kesan makna.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

08 Jan, 15:56


Terkadang kita keliru, tempat manakah sebaiknya digunakan ل.. dan tempat mana yg sebaiknya digunakan على ..?

Dalam kitab nahu, bahkan juga ada disebutkan dlm kitab² turath, ل kebiasan digunakan utk kebaikan, dan على kebiasaan digunakan utk keburukan..

Sebagaimana doa:

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة

Digunakan ل iaitu لنا pada kebaikan yakni terkait dgn بحسن.. dan digunakan على iaitu علينا pada keburukan yakni terkait dgn بسوء

Walau bagaimana pun, pengecualian drp kaedah tetap ada bila berlaku perselisihan dgn dalil quran dan hadis sebagaimana dalam lafaz selawat, jelas hadis menyebut
اللهم صل على محمد..
bukannya اللهم صل لمحمد..

Begitu juga dengan lafaz salam, hadis menyebut dgn lafaz
السلام عليكم...
Bukannya dengan السلام لكم..

والله أعلم

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

08 Jan, 12:06


Orang yang asyik dengan berbuat perbandingan, dia akan terhalang dari ketenangan.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Jan, 06:15


Berkata Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

Ketagihan mendengar muzik akan menjadikan hati terasa berat membaca Al-Qur'an dan benci mendengar lantunan ayat Al-Qur'an.

📖 Ighaatsatul Lahafaan 'An Mashaayidisy Syaithaan (Pertolongan Bagi Mereka Yang Memerlukan Bantuan Untuk Selamat Dari Jeratan Syaitan) 1/250

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Jan, 21:08


Jawapan : Lam 'Aqibah

Lam Aqibah atau Lam Shoiruraoh adalah lam yg menasabkan fi'il mudhori dengan bantuan أن yg disembunyikan secara jawazan (tidak wajib), lam ini bermakna "menjadikan atau mengakibatkan" berbeza dengan Lam Ta'lil yg maknanya "supaya, agar"

سرق اللص ليدخل السجن

"Pencuri itu mencuri sehingga menjadikannya/mengakibatkannya masuk penjara."

Jika Lam Ta'lil, maka maknanya lain :

"Pencuri itu mencuri supaya masuk penjara."

Sesuatu yg terjadi setelah Lam Aqibah adalah sesuatu yg tidak disengaja atau diniatkan, adapun setelah Lam Ta'lil adalah sesuatu yg disengaja atau diniatkan.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Jan, 12:14


إن: Sesungguhnya
السعاة: Hari kiamat itu
لآتية: Akan datang
لا: Yang tidak ada
ريب: Keraguan
فيها: Akan (terjadinya) hal tersebut
ولكن: Akan tetapi
أكثر: Kebanyakan
الناس: Manusia
لا: Tidak mau
يؤمنون: beriman

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Jan, 10:31


'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata:

Seburuk-buruk hari, tahun, bulan dan zaman adalah yang paling hampir dengan terjadinya kiamat.

📕 Al-'Uquwbaat 177

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Jan, 05:16


Setahun berlalu, Bangsa Palestin menderita dari agresi brutal Israel, tanah dirampas, anak-anak kecil dan manusia tidak berdosa terbunuh

" Ya Allah ! Jadikan tahu baru ini menjadi tahun rahmat buat mereka, dan hancurkan para teroris zionist itu "

Al-Azhar Al-Sharif

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Jan, 00:25


Kenali sahabat..
Dari tingkah lakunya..
Bukan dari kata-katanya..

Kenali orang yang mencintai...
Dari cara dia mengambil berat..
Bukan dari lisannya..

Tarjim by,
Juariah Ismail

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Jan, 23:06


أَعُوذُ : فِعْلٌ مُضَارِعٌ ، عَلَامَةُ مُضَارَعَتِهِ الهَمْزَةُ ، وَعَلَامَةُ رَفْعِهِ ضَمُّ آخِرِهِ ، وَهُوَ فِعْلٌ مُعْتَلٌّ ، لِأَنَّ عَيْنَ الفِعْلِ وَاوٌ ، وَالأَصْلُ (أَعْوُذُ) عَلَى مِثَالِ (أَفْعُلُ) فَاسْتَثْقَلُوا الضَّمَّةَ عَلَى الوَاوِ ، فَنُقِلَتْ إِلَى العَيْنِ ، فَصَارَتْ أَعُوذُ . . .
.

Kita dapat lihat di situ analisis yang dibuat oleh Ibn Khalawaih tidak terhad hanya pada aspek ilmu Nahu, malah mencakupi aspek yang dibahaskan dalam ilmu sorof. Namun kebanyakan ulama Nahu tidak berbuat begitu terutamanya yang terkemudian. Mereka mengehadkan analisis tersebut kepada aspek yang menjadi pokok perbincangan ilmu Nahu sahaja.
.

KETIGA : Istilah i’rab dengan maksud ketiga ini merupakan istilah yang sering dibahaskan oleh ulama-ulama Nahu. I’rab di sini mempunyai hubung kait dengan golongan kalimah yang digelar sebagai mu’rab (Arab: مُعْرَب) serta ia juga adalah lawan kepada istilah al-bina’ (Arab: البِنَاء). Jika pembaca ingat, sebelum ini pengarang mentakrifkan mu’rab sebagai kalimah yang huruf terakhirnya berubah-ubah disebabkan kemasukan amil yang berbeza-beza ke atasnya. Dalam bahasa Arabnya disebut مَا يَتَغَيَّرُ آخِرُهُ بِسَبَبِ العَوَامِلِ الدَّاخِلَةِ عَلَيْهِ.
.

Jika inilah takrif mu’rab (Arab : المُعْرَب), maka sayugianya takrif i’rab (Arab: الإعْرَاب) ialah تَغْيِير أَوَاخِرِ الكَلِمِ لِاخْتِلَافِ العَوَامِلِ الدَّاخِلَةِ عَلَيْهَا “Perubahan akhir kalimah disebabkan berbeza-bezanya amil yang memasukinya” seperti yang dikemukakan oleh al-Azhari (Arab: الأَزْهَرِي) dalam Syarah al-Tasrih (Arab : شَرْح التَّصْرِيح), al-Sabban (Arab: الصَّبَّان) dalam Hasyiah al-Sabban ‘ala Syarh al-Asymuni (Arab : حَاشِيَة الصَّبَّان عَلَى شَرْح الأَشْمُونِي) dan lain-lain termasuklah al-Shanhaji (Arab : الصَّنْهَاجِي) dalam al-Ajurrumiyyah (Arab : الآجُرُّومِيَّة). Tapi pengarang tidak berbuat begitu ketika menghuraikan matan Qatrunnada ini. Pengarang mengemukakan takrif lain, iaitu :


الإعْرَابُ أَثَرٌ ظَاهِرٌ أَوْ مُقَدَّرٌ يَجْلِبُهُ العَامِلُ فِي آخِرِ الكَلِمَة


“I’rab ialah kesan yang nyata atau diandaikan kewujudannya, yang dihasilkan oleh amil pada huruf terakhir kalimah”.
Beza di antara takrif ini dan takrif sebelum ini ialah takrif ini memberikan tumpuan kepada ‘kesan yang ditinggalkan oleh amil’. Manakala takrif sebelum ini memberi tumpuan kepada ‘aktiviti perubahan dari satu perubahan kepada satu perubahan yang lain disebabkan oleh kehadiran amil”.
.

Maksud أَثَر ظَاهِر ialah kesan yang dapat didengari. Contohnya جَاءَ زَيْدٌ, رَأَيْتُ زَيْدًا dan مَرَرْتُ بِزَيْدٍ. Apabila ia menyebut زَيْدٌ, زَيْدًا dan زَيْدٍ kita dapat mendengar dengan jelas bunyi dhammah, fathah dan kasrah pada huruf dal (د). Berbeza apabila dia menyebut جَاءَ الفَتَى, رَأَيْتُ الفَتَى dan مَرَرْتُ بِالفَتَى. Walaupun amilnya sama, iaitu جَاء, رَأَيْتُ dan البَاء الجَارَّة tapi kesannya tidak didengari. Kita tidak dengar bunyi dhammah, fathah dan kasrah pada huruf terakhir kalimah الفَتَى. Oleh itu kita mengandaikan kewujudan baris dhammah, fathah dan kasrah pada huruf terakhirnya. Kesan yang diandaikan kewujudannya inilah dinamakan أَثَر مُقَدَّر.

Kesimpulannya ialah أَثَر ظَاهِر adalah kesan nyata, manakala أَثَر مُقَدَّر pula adalah kesan yang tidak nyata dan diandaikan kewujudannya. Kemudian disebut dalam takrif bahawa kesan ini haruslah berpunca daripada amil. Disebut dalam takrif يَجْلِبُهُ العَامِل “dihasilkan oleh amil”. Keratan ini didatangkan adalah untuk memberitahu kita bahawa di sana terdapat kesan seperti dhammah, fathah dan kasrah pada huruf terakhir kalimah, namun ia bukan disebabkan oleh amil i’rab.


Contohnya baris dhammah yang terdapat pada huruf nun (ن) dalam ayat فَمَنُ أوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ berdasarkan qiraat Warsh (Arab : قِراءَة وَرْش). Baris dhammah tersebut dipindahkan daripada huruf hamzah selepasnya dan kemudian hamzah itu digugurkan. Begitu juga dengan baris fathah yang terdapat pada قَدَ افْلَحَ المُؤْمِنُون berdasarkan qiraat Warsh juga. Baris fathah itu dipindahkan daripada huruf hamzah yang terdapat selepasnya dan kemudian huruf hamzah itu digugurkan.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Jan, 23:06


Pengertian al-i’rab
............................................

Ramai orang sebut tentang i'rab, ramai orang belajar tentang i'rab, malah ada orang mengambil pendekatan belajar bahasa Arab melalui i'rab.

Apa itu i'rab ? Biar saya ringkaskan seperti berikut :


Apabila kita menelusuri penggunaan perkataan i’rab sebagai suatu istilah di dalam tulisan-tulisan yang mengkaji tentang bahasa Arab amnya dan ilmu Nahu khususnya, kita dapati istilah i‘rab (Arab: الإعْرَاب) ini digunakan untuk tiga maksud.


PERTAMA : Nama kepada ilmu yang kita kenali dengan nama Ilmu Nahu. Perkara ini disebut oleh al-Zajjaj (Arab: الزَّجَّاج) yang wafat pada tahun 337 hijrah di dalam kitabnya al-Idhah fi ‘ilal al-Nahw (Arab : الإيضَاح فِي عِلَل النَّحْو). Kata beliau وَيُسَمَّى النَّحْوُ إِعْرَابًا “ilmu Nahu itu dinamakan I’rab”. Maka oleh sebab itu kita dapati terdapat buku-buku Nahu terdahulu menggunakan perkataan i’rab sebagai judulnya. Contohnya Mulhat al-i’rab (Arab : مُلْحَة الإعْرَاب) oleh al-Hariri (Arab : الحَرِيريّ) w: 576.


KEDUA : Maksud kedua i’rab ialah proses menganalisis kalimah yang terdapat dalam ayat mengikut aturan dan istilah yang dibahaskan oleh ulama-ulama Nahu. Misalnya kita kata أَعْرِبْ جَاءَ زَيْدٌ, yakni i’rab ayat جَاءَ زَيْدٌ. Proses menganalisis ini adalah mempraktikkan segalai aturan ilmu Nahu dengan istilah-istilahnya sekali ke atas setiap unit yang terdapat dalam ayat.

Contohnya kita kata ini fa’il, hukumnya marfu’, alamat rafa’nya dhammah, sebabnya sekian dan sekian. I’rab dengan maksud seperti ini sudah mula dikenali sejak dari penghujung kurun pertama hijrah lagi. Misalnya kita lihat al-Farra’ (Arab : الفَرَّاء) w:207 di dalam Ma’ani al-Quran (Arab : مَعَانِي القُرْآن) memulakan tulisannya dengan berkata, تَفْسِير مُشْكِل إعْرَاب القُرْآنِ وَمَعَانِيهِ “mentafsirkan kemusykilan i’rab al-Quran dan makna-maknanya”. I’rab al-Quran di situ adalah menganalisis kedudukan setiap unit bahasa dalam sesebuah ayat. Kita dengan sendirinya akan tahu perkara ini apabila kita membaca tafsir al-Farra’ tersebut.


Selepas zaman al-Farra’, istilah ini mula digunakan secara meluas oleh ulama-ulama yang menghuraikan al-Quran dari sudut analisis kedudukan unit bahasa dalam ayat. Antara yang terawalnya ialah al-Nahhas (Arab: النَّحَّاس) w: 238 menerusi kitabnya yang berjudul I’rab al-Quran (Arab : إعْرَاب القُرْآن), Ibn Khalawaih (Arab: ابْن خَالَوَيْه) w: 370 menerusi kitab I’rab Thalathin Surah min al-Quran al-Karim (Arab: إعْرَاب ثَلَاثِينَ سُورَةً مِنَ القُرآنِ الكَرِيم) dan Makki bin Abi Thalib al-Qaisiyy (Arab : مَكِّيّ بن أَبِي طَالِب القَيْسِي) w: 437 menerusi kitab Musykil I’rab al-Quran (Arab : مُشْكِل إعْرَاب القُرآن). Kata al-Damaminiyy (Arab : الدَّمَامِينِيّ) di dalam Tuhfat al-Gharib bi Syarh Mughni al-Labib (Arab : تُحْفَة الغَرِيب بِشَرْح مُغْنِي اللَّبِيب) :

(الإعراب) إِجْرَاءُ الأَلْفَاظِ المُرَكَّبَةِ عَلَى مَا تَقْتَضِيهِ صَنَاعَةُ العَرَبِيَّةِ ، كَمَا يُقَالُ : أَعْرَبَ القَصِيدَةَ ، إِذَا تَتَبَّعَ أَلْفَاظَهَا ، وَبَيَّنَ كَيْفِيَةَ جَرْيِهَا عَلَى عِلْمِ النَّحْوِ.


“I’rab ialah mencerakinkan lafaz-lafaz yang terdapat dalam struktur ayat berdasarkan aturan ilmu bahasa Arab, seperti apabila dikatakan; “Dia mengi’rab qasidah itu”, maka maksudnya dia mengikuti lafaz-lafaz qasidah tersebut dan menerangkan cara ia berfungsi mengikut ketetapan ilmu Nahu”.

Dengan apa yang diterangkan oleh al-Damaminiyy ini, kita dapat simpulkan bahawa i’rab dari sudut ini ialah proses menganalisis unit-unit bahasa yang terdapat dalam sesebuah ayat. Analisis ini hanya terhad pada sudut ilmu Nahu. Walaupun pada awalnya ada ulama yang membuat analisis berdasarkan kerangka yang lebih luas. Seperti Ibn Khalawaih ketika beliau mengi’rab lafaz al-isti’azah (Arab : لَفْظ الاستِعَاذَة). Analisis beliau dibuat berasaskan ilmu Nahu dan Sorof. Lihat contoh berikut :
.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Jan, 23:06


Begitu juga dengan baris kasrah yang terdapat pada huruf dal (د) dalam ayat الحَمْدِ لِلَّهِ mengikut qiraat yang membacanya kasrah. Baris kasrah ini dinamakan baris ikutan (Arab : حَرَكة الاتِّبَاع). Jadi semua baris atau kita namakannya sebagai ‘kesan’ (Arab : أَثَر) dalam ketiga-tiga contoh di atas walaupun dapat dilihat atau didengari dengan nyata, tapi ia bukan disebabkan oleh amil i’rab.
.

Catatan Ashafizrol Ab Hamid

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Jan, 23:03


Sambungan...


Sekarang kita lihat pula perkataan دلِيل تفصِيلِيّ. Ulama usul memanggil dalil-dalil fekah dengan dalil tafsili. Yakni dalil khusus yang terpakai pada sesuatu perkara sahaja. Contohnya dalil puasa Ramadhan, iaitu مَنْ شهد منكم الشهرَ فليَصُمه. Dalil ini hanya terpakai kepada kewajipan puasa bulan Ramadhan. Ia tidak merata ke seluruh perkara seperti dalil ijmali. Contoh dalil ijmali adalah الأصل في الأمر للوجوب. Dalil ini jika diumpamakan seperti baju sebelum ini, ia tidak dipotong khas untuk satu perkara sahaja malah terpakai pada seluruh lafaz amar dengan mengambil kira perincian-perinciannya.

Jika ثوب مُفَصَّل hanya betul-betul muat dengan tubuh penempahnya maka begitu juga ayat من شهد منكم الشهر فليصمه, iaitu dalil tafsili hanya terpakai pada asasnya sebagai dalil untuk kewajipan puasa Ramadhan.

Bila seseorang cakap اشرح بالتفصيل maksudnya dia minta kita letakkan semua butiran pada setiap sudut agar liputan maksudnya tidak terlalu luas.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Jan, 23:02


Info bahasa Arab | Kaitan di antara دَلِيل تَفْصِيلِيّ dan ثَوب مُفَصَّل
________

Perkataan تَفْصِيل yang biasa diterjemahkan dengan maksud ‘terperinci’ asalnya merujuk kepada perihal meletakkan sesuatu tepat pada setiap sendi sesuatu yang lain dan sekaligus menghadkan liputan sesuatu yang lain tersebut.

Contohnya baju. Asalnya penjual memotong baju untuk menjualnya kepada sesiapa sahaja yang memiliki saiz yang sama. Berbeza dengan baju custom made di mana kainnya akan diletakkan tepat pada setiap sendi tubuh dan sekaligus menghadkan liputannya kepada penempahnya sahaja. Baju custom made dipanggil ثَوب مُفَصَّل menggunakan perkataan تفصِيل. Sekarang kita sudah tahu kenapa potong baju di kedai jahit dipanggil تفصِيل. Perkataan فَواصِل juga bermaksud sendi, pemisah dll.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Jan, 07:04


Kenapa Saidina Abdullah Bin Mas'ud r.a tidak dikira dalam kumpulan Abadilah Arba'ah? Kerana beliau wafat terlebih dahulu drp 4 Abdullah di atas.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

29 Dec, 01:42


Cara nak masuk meminang. Baca alhamdulillah. selawat, lepas tu masuk topik, “kami datang ni ada hajat…”

#Merawat_Jiwa_Jomblo

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

28 Dec, 04:52


Info Sorof | Huruf jar مِنْ bertemu dengan huruf sukun
____

K
etika hendak sambungkan nun mati yang terdapat pada huruf jar مِنْ dengan huruf mati yang terdapat pada pangkal kalimah selepasnya, nun mati مِنْ akan :

(1) Difathahkan jika kalimah selepasnya bermula dengan alif lam. Contohnya مِنَ النَّاس, مِنَ الصَّواعِق, مِنَ الثَّمَرات dan sebagainya.

(2) Difathahkan atau dikasrahkan apabila kalimah selepasnya tidak mempunyai alif lam dan bermula dengan hamzah wasal. Contohnya potongan hadis Ibn Mas’ud r.a yang berbunyi :

أَنَّ رَجُلًا أَصَابَ مِن امْرَأَةٍ قُبْلَةً

Terdapat dua cara untuk menyambung nun mati pada kalimah مِنْ dengan kalimah امْرَأة selepasnya. Pertama fathahkannya مِنَ امْرَأَةٍ dan kedua kasrahkannya, iaitu مِنِ امْرَأَة.

Dalam Alfiyyah Ibn Malik bab isim dhomir terdapat bait yang berbunyi :

كَاليَاءِ وَالكَافِ مِنِ ابْنِي أَكْرَمَكْ # وَاليَاءِ وَالهَا مِنْ سَلِيهِ مَا مَلَكْ

Seperti anda dapat lihat nun mati مِنْ dikasrahkan, iaitu مِنِ ابْنِي أَكْرَمَك. Anda mungkin biasa mendengar hadis-hadis seperti,

إنَّ الشَّيْطانَ يَجْرِي مِنَ ابْنِ آدَمَ مَجْرى الدَّمِ
فَمَنَعَهُ مِنَ ابْنِ السَّبيل
أَنَّ رسول الله انْصَرَفَ مِنَ اثْنَتَيْنِ

Semua itu harus dibaca dengan baris kasrah, iaitu مِنِ ابْنِ آدَم, مِنِ ابْنِ السَّبِيل, مِنِ اثْنَتَيْنِ. Ada yang mewajibkan namun ia bercanggah dengan amalan para perawi hadis atau ulamak-ulamak hadis dalam kitab-kitab hadis. sebentar lagi saya nyatakan asas amalan mereka tersebut.

Contoh-contoh lain ialah مِنِ انْطِلَاقِكَ, مِنِ انْفِتَاحِكَ dsb. Seperti mana boleh dikasrahkan ia juga boleh difathahkan, مِنَ انْطِلَاقِكَ, مِنَ انْفِتَاحِكَ. Kata Sibawaih dalam al-Kitab 4/155 :

وَقَدْ فَتَحَ قَوْمٌ فُصَحَاءُ فَقَالُوا: مِنَ ابْنِكَ، فَأَجْرُوهَا مُجْرَى مِنَ المُسِلمين

“Ada orang-orang Arab fasih yang menfathahkan huruf nun. Mereka mengungkapkannya مِنَ ابْنِكَ. Mereka samakannya dengan مِنَ المسلمين.”

Jadi kenyataan Sibawaih ini adalah asas kepada amalan menfathahkan nun mati dalam contoh-contoh seperti مِنَ امْرَأَة, مِنَ ابْنِ dll.

Oleh: ust Ashafizrol Abdul Hamid

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Dec, 09:10


Ungkapan "MasyaAllah Tabarakallah".😊

1. Bila kita terlihat sesuatu yang menggembirakan dan kita berharap agar ia terus begitu atau lebih baik, maka kita ucap :

ما شاءَ الله تَبارَك الله

2. Sekiranya apa yang kita lihat itu berkait dengan diri kita, seperti nikmat anak, keluarga atau harta, maka kita ucap :

ما شاءَ الله لا قوّةَ إلا بالله

Contoh (1)

Ali memberitahu anaknya mahir berbahasa Arab, maka kita pun kata,

ما شاء الله تبارك الله

Dalam budaya Arab, ungkapan ini sangat bermakna kepada Ali. Ungkapan ini menampakkan kita turut berkongsi kegembiraan itu. Jika diam, maka ia memberi kesan sebaliknya pada Ali.

Contoh (2)

Kita menceritakan tentang kejayaan anak kita kepada seseorang. Sambil menyebut kejayaannya itu, kita selitkanlah dengan ucapan,

ما شاء الله لا قوة إلا بالله

Dalam budaya Arab, bila ungkapan ini disebut, ia menampakkan kerendahan diri penutur. Menampakkan kehebatan anaknya itu dia kembalikannya kepada Allah s.w.t. Ini kesan ungkapan لا قوة إلا بالله (Tiada kekuatan melainkan dengan sebab Allah s.w.t).

Saya berikan contoh lain lagi bila nak sebut ما شاء الله تبارك الله.

1. Ali datang dan beritahu, "Aku dah naik pangkat!". Kita lantas sebut :

ما شاء الله تبارك الله ! مبارك !

"MasyaAllah Tabarakkallah ! Tahniah !"

2. Ini kereta kamu? Wah ! Cantiknya MasyaAllah Tabarakallah😊😊

3. "Ini anak saya. Dia dapat sambung belajar ke luar negara." Kita terus kata,

ما شاء الله تبارك الله ! متى تسافر؟

"MasyaAllah Tabarakkallah ! Bila nak berangkat?"

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Dec, 23:33


Nota Sorof | Fi'il mudhori' mudho'af (الفعل المضارِع المُضعَّف) : lazim dan muta'addi
__

Wa
zannya adalah يَفْعُل jika ia fi'il muta'addi. Contohnya يَدُقّ (mengetuk), يَدُلُّ (menunjukkan), يَسُرُّ (mengembirakan), يُبُثُّ (menyebabkan) dll.

Jika fi'il lazim maka wazannya adalah يَفْعِلُ. Contohnya يَقِلُّ(sedikit), يَخِفّ (ringan), يَئِنّ (mengerang) dll.

Jadi jika ada terjumpa fi'il mudho'af, pastikan terlebih dahulu statusnya sama ada lazim atau muta'addi. Huruf pertama selepas حروف المضارعة akan dibaca dhammah jika muta'addi dan akan dibaca kasrah jika lazim.

Lihat perkataan جَفَّ (kering), ia fi'il lazim. Maca mudhori'nya akan jadi يَجِفُّ. Perkataan بَلّ (membasahi sesuatu), ia fi'il muta'addi jadi mudhori'nya akan berbunyi يَبُلُّ.

Kalau terjumpa yang bunyinya fathah (يَفْعَل), maka biasanya fi'il madhinya adalah wazan فَعِلَ. Contohnya بَلّ di mana fi'il mudhori'nya berbunyi يَبَلُّ. Fi'il عَضَّ (menggigit), fi'il mudhori'nya adalah يَعَضُّ dengan bari's fathah kerana waza fi'il madhinya adalah فَعِلَ. Buktinya apabila kita masukkan تُ, maka sebutannya adalah عَضِضْتُ.

Jika seruis nak belajar sorof praktikal, jemput join KBA Aljahiz www.aljahiz.my/kba/ ambilan Jan 2025.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Dec, 09:41


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

23 Dec, 11:58


Jangan cakap يا الأستاذ ! Cakap يا أستاذ 😊

Partikel يا tidak akan hadir sebagai partikel seruan ke atas isim yang mempunyai alif lam KECUALI pada lafaz الله atau keperluan tertentu dalam syair.

Jadi kita tidak akan berkata seperti يا الشيخُ atau يا الأستاذُ, sebaliknya يا شيخُ atau يا أستاذُ. Dalam ilmu Nahu ia dipanggil منادى نكرة مقصودة. Ia isim nakirah, tapi merujuk kepada perujukan tertentu.

Jika kita menggunakan alif lam, seperti الشيخ atau الأستاذ, maka kita perlu buat sedikit tambahan selepas يا, iaitu أيها jika munada muzakkar dan أيتها jika munada muannath. Misalnya يا أيها الشيخ dan يا أيتها المرأة.

Hey awak !

يا رجلُ !
Ustaz !

يا أستاذُ !
Terima kasih ustaz

شكرا يا أستاذُ
Kata Ibn Malik :

وباضطرار خص جمع يا وأل**إلا مع الله ومحكي الجمل

والأكثر اللهم بالتعويض** وشذ يا اللهم في قريض

Hanya jika ada keperluan syair sahaja boleh dihimpunkan يا dan isim beralif lam, KECUALI dengan lafaz al-Jalalah (الله) dan jumlah hikayah.

Penggunaan kebanyakannya ialah اللهم (bukan يا الله) menggunakan pengganti, iaitu ّم. Penggunaan يا اللهم adalah syaz.

Jadi lepas ini saya harap tidak ada lagi yang menulis,
شكرا يا الشيخ,
أشكرك يا الأستاذ.
Tak perlu letak alif lam kalau guna يا.

Kalau nak letak alif lam juga, guna
يا أيها الشيخ atau
أيها الشيخ.

Tapi guna يا أستاذ lebih sesuai dalam konteks "Ustaz!" 😊

.........

Bagi yang mencari kelas Bahasa Arab atas talian, boleh lihat di sini www.aljahiz.my/kba/

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

23 Dec, 11:55


Makan nasi tak batal puasa.. 😂

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Dec, 01:18


Tasrif 10 tsulatsi mujarrod

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Dec, 01:08


Lafaz عليه السلام
biasanya kita sandarkan kepada para anbiya' selain Nabi Muhammad SAW ..

Dari segi tarkib arab, asalnya adalah السلام عليه.. tetapi mengikut kaedah bahasa arab, jika ma'mul didahulukan ke atas amil, maka ia terlebih mubalaghah dari sudut membatasi yakni الحصر .. maka jadilah عليه السلام...

Apakah pula maksudnya..?
Jika dilihat dari segi zahir, lafaz ini adalah lafaz khabariyyah yang hanya sekadar memberi pernyataan, bukan insyaiyyah yg menunjukkan kepada permintaan atau doa..

Tetapi, sebenarnya lafaz ini terkandung doa padanya.. inilah yg dikatakan
خبرية لفظا وانشائية معنى..
iaitu lafaznya adalah khabariyyah, tetapi yg dikehandaki adalah insyaiyyah..

Yang memberi maksud:
Berilah keselamatan ke atas Nabi..

والله أعلم ...
Oleh : ust Muhammad Zainuddin

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Dec, 01:05


🌏
Ahad 21 Jumadil Akhir 1446 |
Sunday 22 December 2024

📜 AL-ATSAR

قال الفضيل بن عياض رحمه الله: رهبة المرء من الله تعالى على قدر علمه بالله تعالى.

Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata:
Rasa takut seseorang kepada Allah Ta'ala adalah sesuai dengan kadar pengetahuannya tentang Allah Ta'ala.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

18 Dec, 02:11


SUNNAH RASULULLAH SAW

‏عن عبدالله بن زيد رضي الله عنه، قال: خرج رسول الله ﷺ ⁩ إلى المصلى يستسقي، فاستقبل القبلة، وحوَّل رداءه، وصلى ركعتين.

Dari Abdullah bin Zaid radhiyallahu 'anhu, dia berkata: "Nabi (ﷺ) pergi ke tempat solat dan berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Baginda menghadap kiblat dan membalikkan rida'nya (yg di dalam ke luar) dan melaksanakan dua rakaat.

###########

Klip video 👆solat istisqa' (minta hujan) yg dilaksanakan di Masjidil Haram pada 28 Nov 2024 yg lalu memaparkan imam Sheikh Maher dan para jemaah membalikkan rida' (jubah luar) masing² dan menghadap kiblat berdoa kepada Allah SWT.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

18 Dec, 01:14


اليوم العالمى اللغة العربية

18 Disember dipilih sebagai hari Bahasa Arab sedunia sempena pengiktirafan Bahasa Arab oleh United Nations pada 18 Dec 1973 sebagai salah satu bahasa antarabangsa.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

16 Dec, 22:41


Ibu ayah umpama dua mata..
Satu mata kanan dan satu lagi mata kiri..
Jika hilang salah satunya..
Maka lemahlah pandanganmu..
Jika hilang keduanya, jadilah engkau buta..

Maka jagalah keduanya seperti engkau menjaga dua matamu...
Dan sebutlah..
Tuhanku, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka memelihara diriku sedari kecil lagi..

Kredit : Juariah Ismail

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

16 Dec, 05:48


Gadis Syria "Lea Khairallah": Ahmed Al-Sharaa meminta saya dengan baik dan sebagai bapa untuk menutup rambut saya sebelum mengambil gambar dengannya.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Dec, 04:55


Ada 8 keadaan seseorang itu akan didoakan oleh malaikat dan sentiasa dibawah jagaan Malaikat :

1. Ketika berada di saf yg pertama sewaktu solat berjemaah.

2. Ketika duduk sebentar utk berizikir dan berwirid setelah menunaikan solat.

3. Ketika menziarahi orang yang sakit.

4. Ketika menziarahi saudaramu kerana Allah.

5. Ketika mendoakan kebaikan saudaramu dalam keadaan dia tidak mengetahuinya.

6. Ketika mengajar dan mengajak manusia utk perkara kebaikan.

7. Ketika tidur dalam keadaan bersuci (berwudhu sebelum tidur).

8. Ketika bangun utk bersahur.

Moga Allah jadikan kita tergolong dari kalangan mereka

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Dec, 04:54


Perbuatan melakukan 'aza' (عزاء) dipanggil ta'ziah (تعزية) atau bahasa Melayu kita biasa dengan takziah. Kata terbitan (مصدر) dari 'azzā (عزى).

Masyā Allāh. Antara kecantikan budaya Arab depa sentiasa penuh dengan doa dalam ucapan 😊.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Dec, 04:53


Hari 'aza'

'Aza' ( عزاء, bahasa arab) bermaksud takziah dalam bahasa melayu atau condolences dalam bahasa Inggeris. Bila tinggal di Makkah, barulah saya tahu istilah "hari 'aza' di mana bila ada kematian mereka mengkhususkan tiga hari untuk hari 'aza', iaitu hari di mana kita akan ziarah ahli keluarga si mati sebagai menyatakan simpati serta menenangkan mereka.

Sejak tinggal di Makkah, Alhamdulillah sudah beberapa kali juga saya hadiri hari 'aza' ini.
-------
Malam tadi sekali lagi hadiri majlis ini untuk ziarah sahabat saya, Bayan Al Omeiri serta ahli keluarganya. Bayan kehilangan ayah tercinta, Prof Muhammad bin Fawwaz Al Omeiri pada 9 Dis

Waktu 'aza' biasanya bermula dari Maghrib hingga Isyak. Ada kala ditetapkan antara pukul 4 petang hingga 10 malam. Terpulang pada tuan rumah. Bilangan hari ziarah ialah 3 hari. Malam tadi adalah hari terakhir 'aza'.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Dec, 04:41


Seorang ayah yg bijak nak bersantai dari gangguan anak-anaknya di rumah dengan menikmati tidur dan rehat.
Maka dia mengadakan pertandingan melukis "AYAH yang sedang TIDUR", dan masa diberikan selama 2 jam. 😁

(ساعَتَينِ = dua jam )

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Dec, 04:39


" Kami akan jadikan penjara Sednaya sebuah Muzium "

Ahmed Al-Shara' أحمد الشرع

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Dec, 06:35


📌 I'rob Dhomir Muttashil نَا :

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Dec, 06:14


Jangan diulangi kesalahan seperti di atas

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Dec, 01:48


✏️ اللهمّ ✏️

🔵 Asalnya ialah : يا الله

Kemudian dibuang huruf nida' (يا) dan digantikan dengan huruf mim yang bersyaddah pada hujung kalimah.

🔵 Kaedah i'rab :

منادى مبني على الضم في محل نصب على النداء والميم المشددة عوض عن ياء النداء

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Dec, 01:45


_كم عُمْرَ/كم مَضَى من عُمْرِكَ/كم سِنَّكَ._
Berapakah Umur.


📌 كم عمرك يا أحمد؟ سَمِعْتُ أنَّكَ أكْبَرُ مِنِّي بِسَنَةٍ، هل هذا صحيحٌ؟
Berapakah umur kamu Ahmad? Aku dengar engkau setahun lebih tua daripada aku, betul ker?

📌 اِسْمَعْ، كم مَضَى من عُمْرِ والِدِكَ؟
Dengar sini, Berapa umur ayah kamu?

📌 كم سِنَّكَ بِالتَّحْدِيدِ؟ أظُنُّكَ لم تتجاوَزْ الثَّلاثِينَ من العُمْرِ.
Berapa umur kamu exactly? Aku rasa kamu belum sampai 30 tahun pun.


👤👤👤👤👤👤👤👤

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Dec, 01:39


أسماء ما بين الأصابع.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Dec, 01:34


👆 Lihat Perbezaan istilah-istilah nahu di antara Kufah dan Basrah. Contoh :

Kufah Basrah
SIFAH NA'AT
TAUKID TASYDID

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

04 Dec, 01:29


فعل الأمر

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

03 Dec, 06:42


افلا ينظرون إلى الابل كيف خلقت.
(Apakah kamu tidak melihat unta, bagaimana ia diciptakan)
Al-Ghashiyah: 17

###########

Unta boleh minum air masin, walaupun dari Laut Mati, dan tekanan darahnya tidak naik kerana buah pinggangnya menapis air untuk meminumnya segar, jadi air dipisahkan dari garam.

Unta boleh memakan duri dan perut dan ususnya tidak rosak, kerana air liurnya seperti asam yang melarutkan duri, maka mereka memakannya seakan-akan roti dan doh.Oleh itu, jika duri jatuh pada kaki -kaki, air liur unta akan meleleh di atasnya, dan ia akan mencairkan duri.

Seekor unta mempunyai dua kelopak mata lutsinar dan satu lagi diperbuat daripada daging, maka ia dapat berjalan dengan debu padang pasir dan tidak rosak matanya kerana hanya menutup kelopak mata lutsinarnya sahaja.

#Betapa agungnya Tuhan kita
#Allah Maha Besar

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

03 Dec, 01:32


Info Nahu | Perbezaan di antara جَمِيعًا dan كُلّهم
___
-1. P
erkataan جَمِيعَا bermaksud “semuanya secara bersama-sama / semuanya (yakni tidak ada yang terkecuali)”. Firman Allah swt :
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَأْكُلُوا جَمِيعًا أَوْ أَشْتَاتًا – النور : 21
“Bukan menjadi satu kesalahan untuk kamu semua makan secara bersama-sama atau berasingan”. Firman Allah swt :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا – آل عمران : 103
“Berpeganglah dengan tali Allah secara bersama-sama dan jangan berpecah-belah”. Firman Allah swt :
أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا – البقرة : 148
“Di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan bawakan kamu semua.” Firman Allah swt :
أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا – البقرة : 165
“Kekuasaan itu adalah hak Allah kesemuanya”.
Walaupun tidak diterjemah “secara bersama” dalam ayat 148 al-Baqarah dan 165 al-Baqarah namun unsur kebersamaan tetap wujud. Yakni pada hari Kiamat kelak semuanya akan dibawa secara bersama oleh Allah ke padang Mahsyar. Begitu juga kekuasaan, dalam satu masa semuanya hak Allah swt di mana tidak ada unsur keterpisahan di dalamnya.

-2. Perkataan كلهم pula bermaksud “kesemua… (Perihal tidak ada yang terkecuali)”. Firman Allah swt :
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ – ص : 73
“Kesemua Malaikat sujud”
Ayat di atas menggambarkan para Malaikat semuanya sujud dan ia tidak menunjukkan mereka pada ketika itu berada di satu tempat bersama-sama.

-3. Jika anda sudah faham poin 1 dan 2, anda akan faham dengan lebih jelas firman Allah swt berikut :
لَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا – يونس : 99
“Kalau Tuhan kamu kehendaki nescaya seluruh penghuni bumi akan beriman semuanya secara bersama-sama.”

-4. Dari segi I’rab kalimah جميعًا dalam semua keadaan akan dii’rab sebagai حَال منصوب. Contohnya :
جاء الطلاب جَمِيعًا
جميعا : حال منصوب، أي : مُجْتَمِعينَ
Sementara كلهم pula jika berada di hujung ayat, ia akan di’rab sebagai تَوكيد. Contohnya :
جَاء الطلابُ كلُّهم
كلُّهم : توكيد مرفوع بالضمة

-5. Terjemahan ayat جاء الطلاب جميعًا adalah “Semua pelajar telah datang bersama-sama”. Ayat جاء الطلاب كلهم “Semua pelajar telah datang”.

✍️Ashafizrol abu hamid حفظه الله تعالى

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

27 Nov, 00:01


NAHU

Setiap dhamir yang bersambung dengan isim maka ia di irob sebagai mahalli jar mudof ilaih

Dan dhamir² yang bersambung dengan isim ada empat jenis, iaitu :

1. Ya' mutakallim

Contoh:
أبي، أمي،صديقي

2.Kaf mukhotobah

Contoh:
كتابك،سيارتك،بيتك

3.Ha' ghaib

Contoh:
قلمه، أخوه،زوجته

4. Na mutakallimin

Contoh:
مدرستنا،معلمنا،صديقنا

Penjelasan irob dhamir di atas :

Maka di irob: Dhamir muttasil mabni fi mahalli jar mudof ilaih

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Nov, 23:52


Guna panduan ☝️ berkenaan doa kpd org tua utk mufrad , musanna & jamak.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Nov, 00:12


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Nov, 00:41


رد - يرد

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Nov, 00:35


🌏 Senin, 23 Jumadil Awal 1446 | Monday, 25 November 2024

📜 AL-ATSAR

كان مالك بن دينار يقول: من لم يأنس بحديث الله عن حديث المخلوقين، فقد قل علمه، وعمي قلبه، وضيع أمره.

Malik bin Dinar pernah berkata:
"Sesiapa tidak merasa betah dengan kalam Allah dibandingkan pembicaraan makhluk, maka sungguh sedikit ilmunya, buta qalbunya, dan sia-sia urusannya."

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Nov, 00:20


Berkata ’Abdullah Ibn Al-Mubaarak rahimahullah:

Seseorang senantiasa berilmu selama dia menuntut ilmu, dan jika ia merasakan bahawa dia orang yang sudah berilmu, sungguh dia orang yang jahil (bodoh).

📒 Al-Mujaalasatu Wa Jawaahirul ’Ilm 2/186

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 23:59


Perbezaan kalimah قاسط dan مقسط

Kedua-duanya adalah isim fā'il, namun apakah perbezaannya?

1.
Qāsith قاسط : ialah isim fā'il daripada fi'il قسط
Maknanya : الجائر orang yang berbuat zalim/kejahatan

Firman Allah s.w.t :

{ وَأَمَّا ٱلۡقَٰسِطُونَ فَكَانُواْ لِجَهَنَّمَ حَطَبٗا }
[Surah Al-Jinn: 15]

Adapun org² yg menyeleweng dari jalan yg benar, maka mereka menjadi bahan bakar bagi neraka Jahannam. '

2.
Muqsith مقسط : ialah isim fā'il daripada fi'il أقسط
Maknanya : العادل orang yang berlaku adil
Firman Allah s.w.t :

{ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ }
[Surah Al-Mumtaḥanah: 8]

Allah tidak melarang kamu drpd berbuat baik dan berlaku adil kpd org² yg tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi org² yg berlaku adil.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 08:05


"Jika kamu merasa sakit, kamu masih hidup. Namun, jika kamu merasakan kesakitan orang lain, kamu manusia." - Leo Tolstoy

"إذا شعرت بالألم، فأنت حي. ولكن إذا شعرت بألم الآخرين، فأنت إنسان." - ليو تولستوي

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 06:32


I'rab شكرا جزيلا . 👆

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 04:46


10 cara utk kata "SAYA TIDAK TAHU" dlm bahasa Arab

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 04:41


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 04:39


"Asal nama Bulan-Bulan Arab"

أسباب تسمية الأشهر العربية

1. محرم
سمي بذلك لأن العرب كانت تحرم القتال فيه.

2. صفر
سمي بذلك لأن ديار العرب كانت تصفر خلاله بمعنى تخلو من أهلها، للبحث عن الطعام.

3. ربيع الأول
سمي بذلك لأن التسمية جاءت في فصل الربيع حيث كان الماء موجودًا، والنبات أخضر

4. ربيع الآخر
هو ذات السبب في تسمية ربيع الأول.

5. جمادى الأولى
.سمي بذلك لأن التسمية جاءت في فصل الشتاء حيث كان الماء يتجمد من شديد البرودة.

6. جمادى الآخر
هو ذات السبب في تسمية جمادى الأولى.

7. رجب
سمي بذلك لأن العرب كانوا يرجبون الأسنة من الرماح، بمعنى ينزعونها للسلام.

8. شعبان
سمي بذلك لأن العرب كانوا يتشعبون فيه للبحث عن الماء بعد انتهاء الأشهر الحرم.

9. رمضان
سمي بذلك لأن الاسم من الرمضاء، وهي شدة الحر.

10. شوال
سمي بذلك لأن الإبل كانت تشول فيه، بمعنى ترفع أذنابها طلبًا للتزاوج.

11. ذو القعدة
سمي بذلك لأن العرب كانت تقعد فيه عن القتال، وكان شهرًا حرامًا.

12. ذو الحجة
سمي بذلك لحدوث موسم الحج فيه.

---

Terjemahan:

Sebab Penamaan Bulan-Bulan Arab

1. Muharram
Dinamakan demikian kerana orang Arab mengharamkan peperangan pada bulan ini.

2. Safar
Dinamakan demikian kerana rumah-rumah orang Arab menjadi kosong pada bulan ini kerana mereka keluar mencari makanan.

3. Rabi'ul Awwal
Dinamakan demikian kerana penamaannya berlaku pada musim bunga, ketika air banyak dan tumbuh-tumbuhan menghijau

4. Rabi'ul Akhir
Nama ini diberikan atas sebab yang sama dengan Rabi'ul Awwal.

5. Jumada al-Awwal
Dinamakan demikian kerana penamaannya berlaku pada musim sejuk, ketika air menjadi beku akibat cuaca dingin.

6. Jumada al-Akhir
Nama ini diberikan atas sebab yang sama dengan Jumada al-Awwal.

7. Rejab
Dinamakan demikian kerana orang Arab mencabut mata tombak mereka sebagai tanda perdamaian.

8. Sya'ban
Dinamakan demikian kerana orang Arab berpecah untuk mencari air setelah bulan-bulan haram berakhir.

9. Ramadhan
Dinamakan demikian kerana berasal dari kata ramdha', yang bermaksud panas yang terik.

10. Syawal
Dinamakan demikian kerana unta menaikkan ekornya untuk menunjukkan keinginan mengawan.

11. Zulkaedah
Dinamakan demikian kerana orang Arab berhenti berperang pada bulan ini, yang juga merupakan bulan haram.

12. Zulhijjah
Dinamakan demikian kerana ia adalah bulan berlakunya ibadah haji.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 04:27


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Nov, 04:22


Jam dinding
Jam tangan
Jam penggera

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Nov, 06:50


Rasulullah SAW bersabda:

Wahai sekalian hamba Allah, teguhlah kalian (diatas agama)

📖 HR Muslim no.2937

Diantara perantara² terbesar meraih keteguhan:

1. Selalu menunaikan segala kewajiban (terutama solat wajib) pada waktunya

2. Menjaga solat sunat rawatib (12 rakaat)

3. Tidak mengabaikan solat witir walaupun cuma 1 rakaat

4. Berbekal dgn amalan tathawwu' ( sunnah), khususnya puasa & sedekah

5. Byk membaca Al-Qur'an, dan at least 1 juz setiap hari

6. Memperbanyak istighfar, semisal 100 kali, dan terus ditingkatkan setiap harinya

7. banyak berzikir, khususnya zikir pagi & petang, dan dzikir setelah solat

8. Mencurahkan segala kebaikan dan perbuatan baik

9. Sentiasa menjalin persahabatan dgn teman soleh hingga mati

10. Sentiasa berdoa meminta hidayah, keteguhan hati, kesehatan dan taufik setiap hari, yang dipanjatkan di waktu-waktu diijabah nya doa harian, iaitu: antara azan & iqamah, pada saat sujud, sebelum salam di waktu solat dan di pertengahan malam.

📲 Sumber: Twitt Asy-Syeh Abdullah

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Nov, 05:45


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Nov, 04:50


🌏
Selasa, 17 Jumadil Awal 1446 |
Tuesday, 19 November 2024


📜 AL-ATSAR

قال الفضيل بن عياض رحمه الله: لو أن لي دعوة مستجابة ما جعلتها إلا في إمام، فصلاح الإمام صلاح البلاد والعباد

Berkata al-Fudhayl bin 'Iyadh rahimahullah:
"Seandainya aku memiliki satu doa yang mustajab, aku tidak akan mempergunakannya kecuali untuk (mendoakan perbaikan) pemimpin. Kerana  baiknya seorang pemimpin membawa kebaikan bagi negeri dan penduduknya."

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Nov, 04:34


Biasanya pemenang itu matanya fokus kepada matlamat.
Manakala yang gagal pula matanya ke arah si pemenang.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

17 Nov, 04:16


Atho' Ibnu Abi Rabah Rahimahullah telah berkata : Lazimilah kamu terhadap saudara-saudara kamu 3 perkara

1) Jika mereka sakit maka ziarahilah mereka.
2) JIka mereka sibuk iaitu susah maka bantulah mereka.
3) Jika mereka lupa maka ingatkanlah mereka

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

17 Nov, 04:07


Info Nahu |
Apakah maksud amil (عَامِل) dalam ilmu Nahu?

__

1.
Dalam Nahu kita ada tajuk² besar seperti mubtada’, khabar, fa’il, naib fa’il, maf’ul bihi dan banyak lagi. Tajuk² besar ini mewakili unsur² yg terdapat di dalam ayat dari kaca mata ilmu Nahu. Maksudnya jika sesuatu perkataan itu berada di sekian tempat namanya fa’il dan kalau berada di tempat lain pula namanya mubtada’.

2. Semua yg tersebut di atas, iaitu mubtada’, khabar, fa’il dan banyak lagi yg tidak disebut TIDAK mungkin wujud secara tiba-tiba tanpa sebab atau punca. Khabar tak mungkin ada tanpa mubtada’. Fa’il tak mungkin wujud tanpa fi’il atau lafaz lain yg boleh berfungsi seperti fi’il sebelumnya. Naib fail tidak akan wujud tanpa fi’il mabni lil majhul sebelumnya. Begitu juga maf’ul bihi tidak mungkin wujud tanpa fi’il muta’addi.

3. Mubtada’, fi’il atau lafaz lain yg boleh berfungsi seperti fi’il yg terdapat sebelum fa’il, fi’il mabni lil majhul, fi’il muta’addi dan byk lagi semua itu adalah sebab atau punca wujudnya khabar, fa’il, naib fa’il, maf’ul bihi dan unsur² nahu lain yg membarisi tajuk utama ilmu Nahu. Penyebab atau punca inilah yg dipanggil عَامِل atau jamaknya عَوَامِل. Berikanlah apa² nama pun. Faktor, Perubah atau apa sahaja.

4. Mungkin ada yg tertanya jika kewujudan khabar berpunca daripada kewujudan mubtada’, bagaimana pula dengan kewujudan mubtada’ itu sendiri?

Jawapannya adalah punca kewujudan mubtada adalah tindakan penutur itu sendiri yg mulakannya sebagai sebutan ayat untuk menceritakan sesuatu tentangnya. Tindakan memulakan sebagai sebutan awal ini dipanggil الابتِدَاء. Jadi punca kewujudan mubtada’ adalah الابتِدَاء. Memandangkan punca itu tidak dapat dilihat dalam ayat, sebaliknya hanya difahami sahaja maka ulama Nahu memanggilnya عَامِل مَعْنَوِيّ (punca abstrak).

5. Kadang² kita dapat faham dgn jelas bahawa sesuatu kalimah itu adalah khabar atau cerita kepada sesuatu yg tertentu. Kita faham ia merujuk kpd mubtada’ tertentu yg merupakan punca kewujudannya atau amilnya. Namun mubtada’ tidak kelihatan dlm ayat. Maka di sinilah kita akan berkata bahawa kalimah terbabit adalah khabar kepada mubtada’ yang digugurkan. Dalam kes seperti ini jgn ada sesiapa pun yg berkata bahawa kewujudan khabar tersebut tidak berpunca daripada kewujudan mubtada’.

6. Ada fa’il mesti ada punca atau sebabnya. Punca atau sebab itu dipanggil عَامِل. Makin cekap seseorg mengenal pasti ‘amil bermakna makin tinggilah kemahiran nahunya. Fi’il adalah punca (عامل) kepada fa’il dengan syarat keberadaanya adalah sebelum fa’il. Fa’il (فاعِل) itu pula dipanggil مَعْمُول, iaitu pihak yg lahir daripada ‘amil.

7. Dari sudut kesan terhadap ma’mul (معمُول), amil boleh dibahagikan kpd empat. Amil yg memarfu’kan, amil yg memansubkan, amil yg memajrurkan dan amil yg memajzumkan. Yang dimarfu’, dimansub, dimajrur atau dimajzumkan oleh amil semuanya dipanggil ma’mul (مَعْمُول) dan ma’mul-ma’mul inilah yg membarisi tajuk² ilmu nahu.

Kredit : ust Ashafizrol Abdul Hamid

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

17 Nov, 03:23


🌏
Ahad, 15 Jumadil Awal 1446 |
Sunday, 17 November 2024

📖 AL-QURAN 

Firman Allah Ta'ala:

فَاِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلٰوةَ فَاذْكُرُوا اللّٰهَ قِيَامًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِكُمْ ۚ فَاِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ ۚ اِنَّ الصَّلٰوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتٰبًا مَّوْقُوْتًا

Maka apabila kamu telah selesai menunaikan solat, tetaplah ingat kpd Allah dalam keadaan kamu berdiri, duduk, maupun berbaring. Kemudian, apabila kamu telah merasa aman, maka laksanakanlah solat itu (sebagaimana mestinya). Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang telah ditentukan waktunya kpd org² yg beriman. 
[An-Nisa [4]:103]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

16 Nov, 06:41


Menurut Syeikh Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998), rezeki boleh dibahagi kepada 4 tingkatan:

Rezeki paling rendah : Harta (wang).

Rezeki paling tinggi : Kesihatan.

Rezeki paling baik : Anak² yg soleh/solehah.

Rezeki paling sempurna : Redha Allah SWT

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

16 Nov, 02:01


Hakikat yang menyakitkan dan sangat penting..

Ketika engkau meninggal dunia...
Mereka tidak akan sesekali membawamu pergi..
Ke tempat permainan..
Ke panggung wayang..
Ke tempat perhimpunan..
Sebaliknya mereka membawamu ke masjid..

Dan ahli keluargamu tidak akan sesekali mengajak ahli hiburan..
Tetapi mereka akan mengajak orang-orang soleh..
Untuk solat jenazah ke atasmu..
Serta berdoa untukmu..

Maka..
Perelokkanlah hubunganmu dengan masjid ketika engkau masih hidup..
Janganlah itu merupakan kali pertama engkau memasukinya ketika engkau telah berbungkus..

Dan perelokkan hubunganmu dengan orang soleh..
Janganlah itu menjadi permulaan perkenalanmu dengan mereka ketika engkau telah menjadi mayat yang kaku..

Ya Allah..
Sesungguhnya kami memohon padaMu taubat yang sebenar-benarnya sebelum mati..
Tiada Tuhan melainkan Allah..
Muhammad itu Pesuruh Allah..

Kredit : cg Juariah

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

16 Nov, 01:33


Purata kelajuan haiwan dan manusia

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

15 Nov, 22:51


🌏
Sabtu, 14 Jumadil Awal 1446 |
Saturday, 16 November 2024


📜 AL-ATSAR

قال الشافعي رحمه الله: إذا تكلمت فيما لا يعنيك ملكتك الكلمة ولم تملكها

Imam Syafi'e rahimahullah berkata:
"Jika engkau berbicara dgn sesuatu yg tidak bermanfaat bagimu, maka kata-kata itu yg akan menguasaimu dan engkau tidak dapat menguasainya."

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

15 Nov, 22:47


“الحمو الموت”
Maksud: “Ipar adalah maut.”

Apa maksud “الحمو الموت”?
Lihat syarah Ulama’ mengenai hadis riwayat al-Bukhari ini:

Berkata at-Tobari:
Maksudnya ialah bhw berdua-duaan seorg lelaki dgn isteri saudaranya atau anak saudaranya dianggap seperti maut. Org Arab menyifatkan perkara yg tidak disukai sebagai maut.

Ibn al-A‘rabi berkata:
Ia adalah ungkapan yg digunakan org Arab sebagai perumpamaan, seperti mereka berkata: “Singa adalah maut.” iaitu pertemuan dengannya membawa maut. Maknanya, berhati-hatilah dengannya seperti berhati² kamu terhadap maut.

An-Nawawi berkata:
Maksudnya ialah berdua-duaan dgn saudara suami lebih kerap berlaku berbanding berdua-duaan dgn org lain, dan keburukan lebih mudah terjadi daripadanya.
Fitnah juga lebih mudah terjadi kerana ia membolehkan lelaki itu mendekati isteri saudaranya dan berdua-duaan dengannya tanpa sebarang tegahan, berbeza dgn org luar/asing.

Kredit: Iqbal Razali

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

15 Nov, 10:38


41 hari sejak penghapusan utara Gaza

Pengepungan, kebuluran, pengeboman, pembunuhan, perpindahan. Operasi ketenteraan ketiga tentera pengganas Israel sejak 7 Oktober 2023.

80,000 dikepung
2,000 syahid
6,000 cedera
Beratus-ratus di bawah runtuhan
Beratus-ratus tahanan

- Menyasarkan semua pusat perlindungan dan sekolah
- Menyasarkan hospital dan menangkap kakitangan perubatan
- Memusnahkan semua ambulans, jentera bomba, dan kenderaan pertahanan awam
- Menghalang kemasukan bantuan dan bantuan perubatan

Sumber: Hamas

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

15 Nov, 00:13


Variasi sebutan perkataan “sekarang/now” dalam bahasa Arab mengikut lahjah (dialek) negara masing-masing.

Sebab itu waktu zaman belajar dahulu saya bingung ketika kawan Filistin minta datang ke fakulti beliau. Saya tanya dia امتى؟ ‘Bila?’ . Dia jawab ‘هلأ' (Halla’- Sekarang). Ingatkan dia maksudkan أهلا وسهلا.

Lahjah Mesir pula tidak asing lagi. Pertama kali dengar perkataan دلوقتي adalah dari Muhammad Al-Heneidy, pelawak popular Mesir yang bercakap sentiasa bersungguh-sungguh.

Warna-warni lahjah bangsa Arab dari benua yang pelbagai.👆

Oleh : Ahmad Syahmi

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Nov, 23:55


🌏
Jumaat, 13 Jumadil Awal 1446
Friday, 15 November 2024


📚 AL-HADIS

Masruq pernah bertanya kepada Aisyah radhiyallahu 'anha:

أَيُّ الْعَمَلِ كَانَ أَحَبَّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ الدَّائِمُ قَالَ قُلْتُ فَأَيَّ حِينٍ كَانَ يَقُومُ قَالَتْ كَانَ يَقُومُ إِذَا سَمِعَ الصَّارِخَ

"Amalan apakah yang paling dicintai oleh Nabi SAW?" Dia menjawab: "Yang dikerjakan secara berterusan (istiqamah) ".
Masruq bertanya lagi: "Pada waktu mana baginda biasanya bangun (untuk solat malam)?" Aisyah menjawab: "Baginda bangun bila mendengar teriakan (ayam berkokok)".
[HR. Bukhari 5980]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Nov, 23:07


﴿ رِجالٌ لاتُلهيهِم تِجارَةٌ وَلابَيعٌ عَن ذِكرِ اللَّهِ وَإِقامِ الصَّلاةِ ﴾

Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jualan dari mengingati Allah dan mendirikan solat”

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

14 Nov, 00:51


الاب علمنا كل شيء الا ان نعيش من دونه..
Ayah telah mengajar kami segalanya kecuali cara untuk tetap hidup tanpa nya.

|Omar  al qodiri

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

13 Nov, 11:51


Tiga golongan yang kalian jangan dekati mereka :
1. Kuda dari arah belakang
2. Lembu jantan dari arah depan
3. Orang jahil (murakkab) dari semua arah.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

13 Nov, 00:48


Kredit : Purnama Zaid

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

12 Nov, 23:53


Lapangan Terbang terbaik di dunia 2024 :

1. Hamada Qatar
2. Changi Singapura
3. Incheon Korea Selatan
4. Tokyo Hanida Jepun
5. Tokyo Narita Jepun
6. Charles de Gaulle Paris Perancis
7. Dubai UAE
8. Munich Jerman
9. Zurich Switzerland
10. Istanbul Turkiye

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

12 Nov, 23:42


🌏 Rabu, 11 Jumadil Awal 1446
Wednesday, 13 November 2024


📜 AL-ATSAR

قال مالك بن دينار رحمه الله: البكاء على الخطيئة يحط الخطايا كما تحط الريح الورق اليابس.

Malik bin Dinar rahimahullah berkata: "Menangisi kesalahan, dapat menghapus dosa-dosa, sebagaimana angin menggugurkan daun-daun yang kering."

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

12 Nov, 03:08


📌 Contoh² I'rob Isim Musanna yg terdapat dalam al-Qur'an :

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

11 Nov, 06:30


Haha
Antara sebab kena belajar bahasa Arab…

Jgn percaya 100% kpd terjemahan pakcik gugel

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

11 Nov, 02:06


Apa alasanmu wahai orang yang meninggalkan solat?

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 07:23


Ibnu Jamaah rahimahullah berkata,

‏أجـود الأوقـات للـحفـظ: الأسحـار،

‏وللـبحـث: الأبكـار،

‏وللـكتابة: وسط الـنهـار،

‏وللـمطـالـعة والـمذاكرة: اللـيل

📕 تذكرة السامع والمتكلم (صـ٨٩)

"Waktu terbaik menghafal adalah di waktu sahur, buat research (mengkaji) dan meneliti di waktu pagi, menulis di siang hari, dan membaca dan mengulangkaji pelajaran adalah di malam hari."

(Tadzkiratus Saami wal Mutakallim hal. 89)

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 07:06


💎 الْأَرْقَبُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الَّذِي لَهُ مَتْنٌ غَلِيظٌ.
(Al-Arqab): sebutan untuk pedang yg memiliki batang tebal.

💎 الدَّائِرُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الَّذِي تَقَادَمَ عَهْدُهُ فِي الْقِتَالِ.
(Al-Daa'ir): sebutan untuk pedang yg telah lama digunakan dalam pertempuran.

💎 بَلَارَكَ: هُوَ نَوْعٌ مِنْ سُيُوفِ الْهِنْدِ الثَّمِينَةِ.
(Balaarak): sejenis pedang India yg berharga.

💎 الدَّوَانُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الَّذِي لَا يَقْطَعُ.
(Ad-Dawaan): sebutan untuk pedang yg tidak tajam.

💎 السَّاذِجُ: نَوْعٌ مِنْ أَنْوَاعِ السُّيُوفِ الَّتِي تَخْلُو نَصَالُهَا مِنَ النُّقُوشِ.
(Al-Sadzij): jenis pedang yg tidak memiliki ukiran di bilahnya.

💎 مَهْدٌ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الرَّقِيقِ.
(Mahd): sebutan untuk pedang yang nipis.

💎 اللَّهَذَامُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الْحَادِّ.
(Al-Lahazam): sebutan untuk pedang yang tajam.

💎 الْقَرْضَابُ: السَّيْفُ الَّذِي يَقْطَعُ الْعَظْمَ لِقُوَّةِ ضَرْبَتِهِ.
(Al-Qardhab): pedang yg mampu memotong tulang kerana kekuatan libasannya.

💎 الضَّلْعُ: مِنْ أَنْوَاعِ السُّيُوفِ الَّتِي يَظْهَرُ بِهَا عُوَجٌ.
(Al-Dhal'): sejenis pedang yang memiliki lekukan.

💎 الْيَمَانِيُّ: نِسْبَةٌ إِلَى بِلَادِ الْيَمَنِ.
(Al-Yamani): merujuk kepada pedang yg berasal dari Yaman.

💎 الْمُدَجَّلُ: السَّيْفُ الْمُطَلِّي بِالذَّهَبِ.
(Al-Mudajjal): pedang yang disalut dengan emas.

💎 الْمَذْرَبُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ بَعْدَ أَنْ يُنْقَعَ فِي السُّمِّ، ثُمَّ يُشَحَّذُ.
(Al-Madzrab): sebutan untuk pedang yg telah direndam dalam racun, kemudian diasah.

💎 الرَّسُوبُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الَّذِي يَغُورُ فِي الضَّرْبَةِ.
(Ar-Rasub): sebutan untuk pedang yg menusuk begitu dalam pada setiap hunusan.

💎 الْمُعَمَّدُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الَّذِي يُسْتَخْدَمُ فِي قَطْعِ الْأَشْجَارِ وَنَحْوِهَا.
(Al-Mu'ammad): pedang yang digunakan untuk memotong pohon dan sejenisnya.

💎 الْمُرَهَفُ: وَهُوَ السَّيْفُ الرَّقِيقُ الشَّفْرَتَيْنِ.
(Al-Murhaf): pedang nipis dengan dua bilah.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 07:00


🗡 JENIS² PEDANG BESERTA NAMA NYA 🗡

💎 المُهَنْدُ: هُوَ السَّيْفُ المَصْنُوعُ مِنْ حَدِيدِ الْهِنْدِ.
(Al-Muhandu): pedang yg dibuat dari besi yg ditempa di India.

💎 الْبَارِقَةُ: هُوَ السَّيْفُ الَّذِي بِهِ لَمَعَانٌ وَبَرِيقٌ.
(Al-Baariqah): pedang yg memiliki kilauan dan cahaya.

💎 الزَّالِقُ: هُوَ السَّيْفُ الَّذِي يُسَهِّلُ خُرُوجَهُ مِنْ غُمُودِهِ.
(Az-Zaaliq): pedang yg mudah dikeluarkan dari sarungnya.

💎 الذِّكْرُ: هُوَ السَّيْفُ المَصْنُوعُ مِنَ الصَّلْبِ الْحَدِيدِ.
(Adz-Dzikr): pedang yg dibuat dari besi.

💎 الْمُشْمِلُ: هُوَ سَيْفٌ صَغِيرُ الْحَجْمِ إِذْ بِإِمْكَانِ الرَّجُلِ وَضْعُهُ فِي ثَوْبِهِ.
(Al-Musymil): pedang kecil yg dapat dimasukkan ke dlm jubah seseorang.

💎 حُسَامٌ: هُوَ السَّيْفُ الْحَادُّ فِي الْبَتْرِ.
(Husam): pedang yg tajam dalam memotong.

💎 الْمُفْقَرُ: هُوَ السَّيْفُ الَّذِي فِي نَصْلِهِ حُزُوزٌ.
(Al-Mufqar): Pedang yg memiliki alur di bilahnya.

💎 الْقَشِيبُ: يُطْلَقُ عَلَى السَّيْفِ الْمَصْنُوعِ حَدِيثًا.
(Al-Qasyiib): panggilan untuk pedang yg baru dibuat.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 06:53


Sesiapa yang mengikuti nafsu syahwatnya, maka sungguh dia telah menanam pohon penyesalan di dalam hatinya.

📒 Salwatul Ahzaan Lilijtinaabi ’An Mujaalasatil Ahdaatsi Wan Niswaani m/s 12

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 06:46


"Saluki" dianggap sebagai salah satu baka anjing tertua di dunia sejak lebih 5,000 tahun lalu, dan artifak dari Mesopotamia "negara antara dua sungai " purba dan makam Mesir menggambarkan anjing yang menyerupai saluki.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 05:46


WANITA SOLEHAH

Berkata Al-Allamah Ibnu Al Utsaimin Rahimahullah:

Jika seorang hamba diberikan taufik mendapat WANITA SOLEHAH dalam agama dan akalnya, maka dia telah memperolehi perhiasan dunia, kerana WANITA SOLEHAH itu akan menjaga untuknya harta dan anak-anaknya semasa ketiadaannya, begitu juga jika dia SOLEHAH pada akalnya, kerana dia akan mengurus untuknya dengan pengurusan yang indah di rumah dan akan mendidik anak-anaknya. Terasa bahagia jika memandangnya, jika kita tiada disisinya dia menjaga kehormatannya, jika diamanahkan sesuatu dia tidak akan khianat. Maka wanita seperti ini lah sebaik-baik perhiasan dunia.

📖SYARAH RIYADHUSHALIHIN 3/136.

┉┅━━━━━✺❁✺━━━━━┅┉┈

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 04:50


📌📌 Contoh bertemu 2 Sukun :

لَمْ يَقُلْ

Asalnya

لَمْ يَقُوْلْ

Oleh kerana 2 huruf sukun bertemu iaitu waw dan lam, maka dihapuskan yg pertama, jadilah يَقُلْ

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

10 Nov, 04:25


TEASER

Seorang guru Bahasa Arab berkahwin dengan wanita bernama Sukinah.

Selepas itu dia berkahwin lagi dengan wanita lain bernama Sukinah, krmudianpengajar tersebut menceraikan isteri pertamanya.

Kemudian ditanya, mengapa engkau menceraikan isteri pertamamu?

Guru itu menjawab :

إذا الْتَقَى السَّاكِنان حُذِف الأولى منهما

"Apabila bertemu dua sukun, maka dihapuskan sukun yg pertama."

😂

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

09 Nov, 08:07


🔴 Menteri Dalam Negeri Libya :-

" Perintah mengenakan hijab akan dilaksanakan. Bagi mereka yang bercakap tentang hak kebebasan peribadi boleh keluar dari negara ini dan hidup di Eropah. "

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

09 Nov, 05:35


🌏 Sabtu, 7 Jumadil Awal 1446
Saturday, 9 November 2024

📚 AL-HADIS

Anas bin Malik r.a. menceritakan pernah Rasulullah SAW dihidangkan susu perahan dari kambing peliharaan dan dicampur dengan air dari sumur di rumah Anas bin Malik. Lalu dihulurkan kepada Rasulullah SAW segelas maka baginda meminumnya. Hingga ketika baginda sudah melepas gelas tersebut dari mulutnya, di sebelah kirinya ada Abu Bakar r.a. manakala di sebelah kanannya ada seorang badwi.
Bimbang gelas itu diberikan kepada badwi itu, maka Umar r.a. berkata: "Berikanlah kepada Abu Bakar, wahai Rasulullah, yang ada di sebelah mu."
Namun baginda memberikannya kepada orang badwi yang berada di sebelah kanan baginda, seraya bersabda: 

الْأَيْمَنَ فَالْأَيْمَنَ

"Hendaklah didahulukan yang kanan , seterusnya ke kanan". 
[HR Bukhari 2181]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

08 Nov, 21:09


Wahai Tuhanku...
Engkau buanglah dari hatiku kecintaan (terhadap) segala sesuatu yg Engkau tidak sukai.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

07 Nov, 15:04


Do you know?

Pada era pemerintahan Uthmani, di pintu2 rumah ada 2 alat pengetuk pintu; satu yg kecil dan satu lagi yg besar.

Ketika pintu diketuk dgn pengetuk kecil -yg semestinya menghasilkan bunyi perlahan maka tahulah bhw si pengetuk pintu adalah seorg wanita. Then wanita di dlm rumah yg akan keluar membuka pintu.

Jika pintu diketuk dgn pengetuk besar -yg pastinya menghasilkan bunyi lebih kuat- akan diketahui bhw si pengetuk pintu adalah seorg lelaki. Maka lelaki di dlm rumah yg akan keluar membuka pintu.

Jika rumah yg di dlmnya ada ahli keluarganya yg sakit, akan diletakkan sejambak bunga merah di pintu, supaya mereka yg melewati, pembeli dan pejalan kaki tahu bhw ada orang sakit di dlm rumah tersebut justeru mereka tidak mengangkat/meninggikan suara.
ما شاءالله
Sumber : نصائح عامة
Terjemah : Luqman

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Nov, 03:17


Tanda-tanda i'rab

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Nov, 00:23


بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ

Bahkan Kami berkuasa menyusun (dgn sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yg lebih halus dari yg lain).

-Al-Qiyamah, Ayat 4

#########


Banānah(بنانة) = satu fingertip
Banan ( بنان ) = fingertips.

Disebut 2 kali dlm Qur’an dlm konteks yg sama.

Perkataan ini telah digunakan sebagai satu metaphor utk objek berbentuk pisang, dan kemudian digunakan dlm bahasa² di Eropah dari Arabic.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Nov, 00:22


Hujung jari

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Nov, 00:18


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

06 Nov, 00:06


Perhatikan garisan cap jari dengan teliti, siapa yang mampu menyusunnya dalam corak yang berbeza!

Dalam ruang kecil 1 inci, reka bentuk cap jari ni berbeza antara satu sama lain. Hanya Pencipta, Allah yang maha besar, yang boleh menyusun reka bentuk jari berbilion-bilion manusia dalam corak yang berbeza.

"Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

Bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya." (Surah Qiyamah: 3-4)

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

05 Nov, 23:32


🌏 Rabu, 4 Jumadil Awal 1446
Wednesday, 6 November 2024


📚 AL-HADIS

Khabbab bin al-Art r.a. berkata: Kami berhijrah bersama Rasulullah SAW mencari redha Allah, maka Allah yang akan memberi ganjaran. Di antara kami ada yang telah menemui ajal dan belum mencicipi ganjarannya (di dunia) sedikitpun. Contohnya Mush'ab bin 'Umair yang terbunuh dalam perang Uhud. Dia tidak meninggalkan apa-apa kecuali sepotong kain (untuk kafan). Jika kami menutup kepalanya, kedua kakinya tersingkap dan jika kami menutup kakinya, kepalanya tersingkap. Maka Nabi SAW bersabda: 

غَطُّوا بِهَا رَأْسَهُ وَاجْعَلُوا عَلَى رِجْلِهِ الْإِذْخِرَ أَوْ قَالَ أَلْقُوا عَلَى رِجْلِهِ مِنْ الْإِذْخِرِ

"Tutupilah kepalanya dengan kain dan tutupilah kakinya dengan izkhir (rumput berbau harum)." Atau baginda bersabda: "Gunakanlah izkhir untuk menutupi kakinya." 
[Sahih HR. Bukhari 3741]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

03 Nov, 22:37


Ketahuilah bahawa keberadaan ’Ulama merupakan suatu kenikmatan, maka orang yang berakal akan memanfaatkan nikmat tersebut sebelum nikmat ini menghilang dihadapannya, dan para penuntut ilmu yang memiliki keterikatan dengan para ’Ulama, mereka hendaklah meninjau (hal-hal ini) sebagaimana yang sudah kukatakan:

- karakter mereka
- bimbingan mereka
- petunjuk mereka

Dengan meninjau hal-hal tersebut, mereka dapat mengambil ilmu pada keterikatan mereka dengan para ’Ulama.

✍️ Asy-Syaikh Muhammad bin Haadi حفظه الله ووفقه

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 22:26


📚 AL-HADIS

صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَامَ قَائِمًا فَقَالَ عُدِلَتْ شَهَادَةُ الزُّورِ بِالْإِشْرَاكِ بِاللَّهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ ((وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ))
 
Nabi SAW pernah solat subuh; setelah selesai, baginda berdiri dan bersabda: "(Dosa) saksi palsu itu setara dengan syirik kepada Allah." Baginda ucapkan tiga kali, kemudian baginda membaca ayat al-Quran (yg maksudnya), "Maka jauhilah berhala² najis itu dan jauhilah perkataan dusta, dengan ikhlas kepada Allah dan tidak mempersekutukanNya" (QS 22:30-31).
[HR. Sunan Ibnu Majah 2363]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 15:14


Ahli neraka itu sama sekali tidak akan tidur, kerana terus menerus diseksa di neraka.

Ahli syurga juga tidak akan tidur kerana limpahan kenikmatan dan kerehatan yang tidak perlu kepada tidur.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga, dan lindunglah kami daripada api neraka.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 03:20


LAZATNYA TAUBAT MENGALAHKAN LAZATNYA MAKSIAT

Berkata Ibnu Al-Qoyyim Rahimahullah:

Sekiranya pemaksiat tahu bahawa kelazatan taubat dan kegembiraan yang diperolehi itu melebihi kelazatan maksiat dan kegembiraan yang diperolehinya berlipat ganda, pasti dia akan lebih bersegera kepada taubat melebihi segeranya untuk mendapatkan kelazatan maksiat.

📖KITAAB AR-RUH 248.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 03:17


📖 AL-QURAN

Firman Allah Ta'ala:

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍۢ ١٣ وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍۢ ١٤

Sesungguhnya orang² yang berbakti benar-benar berada dalam kenikmatan (syurga).
Dan sesungguhnya orang² yang derhaka benar-benar berada dalam neraka.
[QS al-Infithar 82:13-14]

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 03:15


TIKTOK 💃🕺
Mereka rasa ia adalah platform untuk  menjadi popular, namun ia sebenarnya telah menjadi satu tempat bisnes untuk wanita² menjual kehormatannya dan untuk laki² menjual martabatnya.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 02:47


Tidak Perlu Berdebat Dengan Orang Yang Ingin mencari kesalahan kita,
Cukup Katakan "Kamu Benar"
Selesai Masalah.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 02:42


Kata Imam alBukhari Rahimahullah :

Perkahwinan bagi pemuda pada zaman fitnah adalah menjadi lebih wajib daripada mengerjakan haji.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

02 Nov, 02:40


Dia kehilangan 9 ahli keluarganya. Dia menangis ketika berdoa dan berbicara kepada satu-satunya yang mendengarkan (Allah).

لقد فقد تسعة من أفراد عائلته، وهو يبكي ويصلي ويتحدث إلى من يسمعه فقط (الله).

He lost nine members of his family. He is crying while praying and speaking to the only one who is listening (Allah).

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

28 Oct, 00:42


📚 AL-HADIS

Abdullah bin 'Amru bin Al 'As berkata: "Seorang laki² datang menghadap Rasulullah saw lalu dia berkata: Aku berbai'at (berjanji setia) kepadamu untuk berhijrah dan berjihad, kerana inginkan pahala dari Allah." Baginda bertanya: 

فَهَلْ مِنْ وَالِدَيْكَ أَحَدٌ حَيٌّ قَالَ نَعَمْ بَلْ كِلَاهُمَا قَالَ فَتَبْتَغِي الْأَجْرَ مِنْ اللَّهِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَارْجِعْ إِلَى وَالِدَيْكَ فَأَحْسِنْ صُحْبَتَهُمَا

"Adakah salah seorang orang tua mu masih hidup?" Jawab orang itu: "Bahkan keduanya masih hidup." Beliau bertanya lagi: "Adakah kamu mengharapkan pahala dari Allah?" Jawabnya: "Ya!"  Baginda bersabda: "Pulanglah kepada kedua orang tuamu, lalu berbaktilah pada kedua²nya dengan sebaik²nya."
[HR. Muslim 4624]

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

28 Oct, 00:21


"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia."

📖 al-Kahfi 46

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

27 Oct, 06:54


Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah mengatakan:

المرض زكاة البدن، كما أن الصدقة زكاة المال، فكل جسم لا يشتكي كمِثل مال لا يُزَكَّى

"Sakit merupakan zakat (penyuci) bagi badan, sebagaimana sedekah adalah penyuci bagi harta. Setiap tubuh yang tidak pernah merasa sakit, ia seperti harta yang tidak pernah dizakati."

Adab al-Hasan al-Bashri wa Zuhduhu wa Mawa’izhuhu hlm. 53

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

27 Oct, 04:00


انا باقون
ما بقي الزعتر والزيتون
(Ana baaquun
ma baqia azza'tar wazzaitun)

Aku masih di sini, kekal selama mana ada za'tar dan zaitun.


Nota:
P4le5.t1n adalah isu umat
Sedetik pun jangan lupa, mesti diingat
Janji Allah benar, sebelum kiamat
Berdoa, berusaha, utk membebaskannya, walau dgn niat.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

27 Oct, 03:51


'Tempat ini ialah tempat manusia berada di dalamnya, mula merendahkan suara mereka dan meningkatkan tahap akal pemikiran mereka.'

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Oct, 22:34


أين يقضي الناس أوقاتهم⁉️
شاهد تغير النسبة من 1930 إلى 2024.
انتبه للفجوة التي حدثت عام 2010

Di mana orang menghabiskan waktu mereka?
Lihat peratusan perubahannya dari 1930 hingga 2024.
Perhatikan gap pada tahun 2010

الاصدقاء (rakan²)
الانترنت (Internet)
الجامعة (Universiti)
الجيران (Jiran)
الدين (Agama/Ibadah)
العائلة (Keluarga)
المدرسة (Sekolah)
المطاعم (Restoran)
زملاء العمل (Rakan sekerja)

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Oct, 22:24


📖 AL-QURAN 

Firman Allah Ta'ala:

وَمَنْ جَاهَدَ فَاِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهٖ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعٰلَمِيْنَ 

Dan sesiapa berjihad (bersungguh² di jalan Allah), maka sesungguhnya dia berjihad untuk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu apapun) dari alam semesta.
(Al-'Ankabut [29]:6) 

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Oct, 00:01


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

26 Oct, 00:00


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Oct, 23:58


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Oct, 03:51


Takdak seorang pun yang mengerti nilai seorang ibu...melainkan setelah kehilangannya.

Jika ibumu masih hidup.. ucapkanlah Alhamdulillah..

Dan jika ibumu sudah meninggal..
Doakan buatnya moga dikurniakan rahmat (dari Allah)..

Terjemahan oleh:
Juariah Ismail

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Oct, 03:47


Turkmenistan pernah menjadi satu-satunya negara di dunia yang tidak mengenakan bil elektrik, air dan gas kerana menganggap semua itu adalah sebahagian dari khidmat awam yang perlu diberi secara percuma.

(Gambar : تعلم اللغة العربية)

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

25 Oct, 03:43


Jamaknya berbeza bergantung kepada makna perkataan tersebut

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Oct, 03:29


Metafora perjuangan Yahya Sinwar, semoga Allah merahmati beliau dan dua sahabatnya Klip berdurasi dua minit memaparkan Sheikh Yahya, Rahimahullah dan dua rakannya berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Oct, 03:20


Alhamdulillah animasi asy-syahid Yahya Sinwar sudah ada terjemahannya.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

24 Oct, 02:41


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

23 Oct, 23:12


📖 AL-QURAN 

Firman Allah Ta'ala:

هٰذَا خَلْقُ اللّٰهِ فَاَرُوْنِيْ مَاذَا خَلَقَ الَّذِيْنَ مِنْ دُوْنِهٖۗ بَلِ الظّٰلِمُوْنَ فِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ 

Ini semua adalah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah kepadaku apa yg telah diciptakan oleh (sembahanmu) selain Allah. Bahkan sebenarnya org² yg zalim (mensyirikkan Allah) itu dlm kesesatan yg nyata. 
(Luqman [31]:11)

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

23 Oct, 12:09


Anak kecil ini dilihat mendukung adik perempuannya, berkaki ayam, untuk melarikan diri dari pasukan tentera pengganas ȴʂraeȴ.

Ya Rabb... Sedihnya....😢

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

23 Oct, 12:00


31°18'20.0"N 34°14'48.3"E

Inilah koordinat terakhir Yahya Sinwar, Abu Ibrahim. Pertempuran akhir. Di Jalan Ibn Sina di kawasan kejiranan Tal Al-Sultan Rafah, detik-detik terakhir Yahya Sinwar dan Mahmoud Hamdan di rumah keluarga Abu Taha. Sekiranya mereka berjalan hanya setengah kilometer ke barat—422 langkah—mereka akan tiba di Jalan Al-Quds. Tetapi mereka mempunyai perancangan yang lebih baik: syahid, di jalan menuju ke Al-Quds.

Pemilik rumah itu mengenali sofa terkenal tempat Sinwar syahid dan dinding rumah yang menjadi saksi nafas terakhir Sinwar. Di sana, mereka telah dipindahkan dua kali—sekali dalam Nakba 1948, seperti separuh daripada semua penduduk Gaza dalam buangan di tanah mereka sendiri.

Apabila mengetahui Yahya Sinwar duduk di atas kerusi di rumahnya, Mohammed Abu Taha menulis:

“Kami menulis kata-kata ini dengan penuh kebanggaan dan penghormatan tentang salah satu simbol jihad dan perjuangan, Assyahid Yahya Al-Sinwar, yang syahid di rumah sepupu saya, Ashraf Abu Taha, di kota Rafah.

Keluarga kami, keluarga Abu Taha, berbangga kerana telah menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini yang merangkumi keberanian dan keazaman golongan merdeka dari menghadapi penjajahan.

Malah kami berbangga kerana kayu terakhir yang digunakannya untuk menentang penjajah ini datang dari rumah kami.

Abu Ibrahim, yang mengorbankan nyawanya untuk tanah airnya, akan kekal sebagai simbol perjuangan.

Kesyahidan beliau di rumah kami adalah satu penghormatan bagi kami, dan ia mendorong kami untuk meneruskan jalan yang dilaluinya—jalan maruah dan kebanggaan.

Kami, keluarga Abu Taha, dalam semua kepelbagaian dan gabungan kami, menegaskan bahawa kami akan tetap berada di atas perjanjian, dan kami tidak akan melupakan pengorbanan para syuhada. Setiap syuhada adalah bintang di langit Palestin, dan setiap titisan darah yang tertumpah adalah suar yang menerangi jalan kita menuju kebebasan.

Semoga Allah merahmati syuhada Yahya Al-Sinwar dan memberikannya syurga."

Kemuliaan abadi kepada para syuhada. Semoga kita mengubah penjara menjadi muzium pembebasan dan membina semula rumah tangga kita yang rosak menjadi monumen ketabahan, lebih kuat dan lebih indah daripada sebelumnya.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Oct, 06:31


فعل الأمر
Kata Kerja Perintah
Imperative Verb

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Oct, 03:05


2 ayat 👇 ni sgt beza maknanya walaupun mcm tiada beza. Ramai tersalah.

١. القَلَمُ الّذي على المكتبِ جديدٌ.

٢. قَلَمُ الّذي على المكتبِ جديدٌ.

Perbezaan makna:
1. Pen yg di atas meja itu baru.

2. Pen (milik) org yg di atas meja itu baru.

Dlm ayat 1, الّذي على المكتبِ adalah sifat kpd pen. Jadi sifat pen adalah berada di atas meja.

Manakala dlm ayat 2, الّذي على المكتبِ adalah mudhof ilaih kpd pen. Antara kegunaan mudhof ilaih ialah untuk membawa makna pemilikan. Jadi ia bawa makna pen milik org yg di atas meja adalah baru. Pen tu tak berada di atas meja. Tapi pemiliknya berada di atas meja.

Maka قلم dlm ayat ke2 tak ada ال sebab ia adalah mudof.

Begitulah ayat dlm surah Al-Fatihah:
(صِرَ ٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ)

Kalimah صراط tiada ال sebab ia mudhof. Dan ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ adalah mudhof ilaih. Terjemahannya: jalan kpd org² yg engkau bagi nikmat". Frasa ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ bukan sifat kpd صراط.

والله أعلم.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Oct, 02:20


Aku tidak meninggalkan seorangpun namun aku tidak akan menahan-nahan sesiapa yang ingin pergi dariku

#abu halimah

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

22 Oct, 02:02


📚 AL-HADIS

Nabi saw bersabda: 

أَتِمُّوا الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَاكُمْ مِنْ بَعْدِ ظَهْرِي إِذَا مَا رَكَعْتُمْ وَإِذَا مَا سَجَدْتُمْ

"Sempurnakanlah ruku' dan sujud!
Demi (Allah) yang jiwaku di tangan-NYA, sungguh aku berupaya melihat kalian di belakangku ketika kalian ruku' dan sujud (dalam solat berjemaah)."
[HR. Shahih Bukhari 6153]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Oct, 14:14


Tidak mati seseorg itu melainkan dia sedang berada di antara dua solatnya iaitu solat yg dia telah tunaikan, dan solat yg dia sedang menunggu (untuk menunaikannya)..
Ketika kamu sedang solat, anggaplah ia solat terakhirmu.. maka kamu akan berasa lebih khusyu' (ketika menunaikannya) ..

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Oct, 10:46


Nota Kelas Bahasa Arab Siri 85
إعْرَابُ جَمْعِ المُذَكَّرالسَالِم
I’RAB JAMAK MUZAKKAR SALIM

Boleh bezakan perkataan Muslim, Muslimain, Muslimun, Muslimin, Muslimat, Mukmin, Mukninun, Mukminin, Mukminat dan banyak lagi ?

Jom bezakan dengan mengikuti Kelas Bahasa Arab @ Ghulam Al Dakwah

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Ya Rabb, tambahkanlah kepadaku ilmu (bermanafaat) -Surah Taha 20:114
‎اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا فَارْزُقْنَا الْإِسْتِقَامَةَ
Ya Allah, Engkau pencipta kami, rezekikan kami sifat istiqamah.

#تَقْسِيمُ الاِسْمِ إِلى
#مُفْرَدٍ
#جَمْع
#mufrad

#I'rab
#jamak
#mufrad
@highlight
https://linktr.ee/ghulamaldakwah
#bahasaarabonline
#easyarabic
#bahasaarabdasar
#bahasaalquran
#alquran

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Oct, 04:09


🌾 الغرباء 🌾
🖌 Al Imam Al Hafizh Ibnu Qutaibah rahimahullah berkata:

• Dahulu, seorang penuntut ilmu mendengar ilmu agar memperoleh ilmu, berilmu agar mampu mengamalkannya, dan mendalami agama Allah dalam rangka mengambil manfaat ilmu dan menyampaikannya kepada orang lain.
• Tetapi sekarang, seorang penuntut ilmu mendengar ilmu untuk sekadar mengumpulkannya, mengumpul ilmu agar disebut-sebut dan dipuji, dan menghafal ilmu agar mampu mengalahkan orang lain dan berbangga diri dengan ilmunya.

📚Al Ikhtilaf Fil Lafzh War Radd 'Alal Jahmiyyah  (hal. 18)

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Oct, 03:12


Pepatah baru Arab:
"Aku melontarnya dengan tongkat S*nw*r"

Maksudnya:
"Aku berusaha keras sehabis kudrat sehingga saat akhir penghujung nyawa."

Rahimakumullah wahai pahlawan!

Kredit: Fakhrurrazi Abu Bakar

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Oct, 03:05


📖 AL-QURAN

Firman Allah Ta'ala:

وَإِذَا رَأَوْكَ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَـٰذَا ٱلَّذِى بَعَثَ ٱللَّهُ رَسُولًا ٤١ إِن كَادَ لَيُضِلُّنَا عَنْ ءَالِهَتِنَا لَوْلَآ أَن صَبَرْنَا عَلَيْهَا ۚ وَسَوْفَ يَعْلَمُونَ حِينَ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ مَنْ أَضَلُّ سَبِيلًا ٤٢

Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu bahan ejekan (sambil mereka berkata): "Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya?
"Sebenarnya dia hampir² dapat menyesatkan kami dari tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya". Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa: siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.

[al-Furqan 25:41-42]

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

21 Oct, 00:02


Gambar ini memberitahu kita bahawa kematian yang baik tidak semestinya kematian yang disaksikan oleh saudara mara dan sahabat handai, disolatkan ramai orang, jenazah dikafankan, dimandikan dan diiringi ke tanah perkuburan.

Sebaliknya, kematian ini adalah sebaik-baik kematian, dalam keadaan bersendirian, tubuh terkoyak dan berlumuran darah, tidak ada yang memandikannya, tidak ada yang solatkannya, tiada kain kafan yang membaluti, tubuh diusung oleh makhluk yang paling hina di atas muka bumi dan entah dimanalah ia dikuburkan.

"Salam sejahtera untukmu wahai Yahya Sinxxr, perjalananmu telah berakhir, dan engkau telah menutup buku kehidupanmu dengan pengakhiran yang terbaik 'Syahadah - InsyaAllah."

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 15:51


Sayangilah sesiapa shj yg berada di muka bumi ini, mudahan2 sesiapa yg berada di langit pula mengasihimu.....

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 15:49


Buat pertama kalinya, berkumpul Jamak Mudzakkar Salim dengan Jamak Taksir.. 😂

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 15:32


Jika hidup, maka hiduplah dengan jiwa yang merdeka atau mati seperti Sinwar yang kekal teguh hingga ke akhirnya

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 04:57


https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 01:29


Berkata Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah:

Jika seorang hamba berdusta, malaikat akan menjauhi darinya sejauh 1 batu kerana bau busuk nya.

📖 Ad-Daa'u Wad Dawaa'u m/s 25

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 01:15


Berkata al- Imam an-Nawawi rahimahullah:

Diharamkan seseorang mendoakan keampunan dan sepertinya kepada orang yang mati dalam keadaan kafir.

📒 Al-Adzkaar Al-Muntakhabah Min Kalaami Sayyidil Abraar hlm.290

Jadi tidak boleh bagi seorang muslim mendoakan nasrani atau yahudi atau budha dan sepertinya dengan doa keampunan atau rahmat, walaupun menggunakan frasa RIP.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 00:04


📜 AL-ATSAR

سأل صالح أباه الإمام أحمد بن حنبل رحمه الله عن حديث ابن عباس: «إياكم والغُلو، فإنما أهلك من كان قبلكم الغُلو» فقال الإمام أحمد: " لا تغلو في شيء حتى الحب والبغض

Soleh bertanya kepada ayahnya, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, tentang hadis Ibnu Abbas: "Berhati-hatilah terhadap sikap berlebihan (ghuluw), kerana yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah sikap berlebihan." Imam Ahmad menjawab: "Janganlah bersikap berlebihan dalam hal apa pun, hatta dalam hal cinta dan benci."

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

20 Oct, 00:02


📚 AL-HADIS

Dari Anas dia berkata: Nabi SAW adalah sosok yang paling baik (perawakannya), paling dermawan dan paling berani. Pada suatu malam, penduduk Madinah dikejutkan oleh suatu suara, lalu orang-orang keluar ke arah datangnya suara itu. Di tengah jalan mereka bertemu dengan Rasulullah SAW yang telah mendahului mereka ke sumber suara itu, seraya bersabda:

لَنْ تُرَاعُوا لَنْ تُرَاعُوا وَهُوَ عَلَى فَرَسٍ لِأَبِي طَلْحَةَ عُرْيٍ مَا عَلَيْهِ سَرْجٌ فِي عُنُقِهِ سَيْفٌ

"Jangan takut! Jangan takut!" Baginda mengenderai kuda milik Abu Talhah, tidak membawa obor, sambil menyandang pedang.
[HR. al-Bukhari 2908]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 23:59


📖 AL-QURAN 

Firman Allah Ta'ala:

وَمَاذَا عَلَيْهِمْ لَوْ اٰمَنُوْا بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَاَنْفَقُوْا مِمَّا رَزَقَهُمُ اللّٰهُ ۗوَكَانَ اللّٰهُ بِهِمْ عَلِيْمًا

Dan apakah (bahayanya) bagi mereka jika mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Allah berikan kepada mereka? Dan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka. 
[an-Nisa 4:39]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:34


Rasulullah ﷺ bersabda:

Tidaklah seorang hamba ditimpa musibah, lalu ia berkata:

Allahumma'jurniy fii mushibatiy wakhlif liy khayran minha (Ya Allah, ganjarkanlah aku pahala pada musibah yang menimpaku, dan gantikanlah bagi ku dengan sesuatu yang lebih baik dari nya)

Melainkan Allah akan beri ganjaran pahala pada musibah yang menimpa nya, dan menggantikan bagi nya sesuatu yang lebih baik dari apa yang hilang dari nya.

📒 Diriwayatkan Oleh Imam Muslim

Doa ini boleh juga diaplikasikan seperti orang tua yang ditinggal wafat anak nya yang masih kecil, atau seorang suami/istri ditinggal wafat pasangan nya, atau misal seseorang kehilangan motor, dan lain nya.

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:30


Patah tumbuh, hilang berganti.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:26


Mati akibat tembakan meriam kereta kebal merkava IDF...
Lepas arwah dijumpai oleh drone dalam bangunan...IDF memotong 1 jari arwah untuk DNA...
jam tangannya diambil oleh tentera Isr##l sebagai Trophy

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:23


Jenazah Al-Syahid Yahya Al-Sinwar selepas berjuang hingga saat terakhir.

Sumber: حالات قسامية

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:15


Sebelum gugur, Abu Ibrahim sempat mengikat erat lengan atasnya dengan kabel untuk menghentikan pendarahan akibat lengan bawahnya hampir putus terkena amunisi musuh. Dengan tangannya yg satu lagi, beliau meneruskankan perjuangan melawan hingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Seakan melihat nyata untaian kalimat dalam nasyid lama:

إربط الجرح وقاوم 
وامسح الدمع الحزين 
Ikatlah lukamu dan teruslah melawan
Dan usaplah air mata kesedihan
لن ينال الحزن منا 
لن نساوم لن نلين
Tak akan didapati dari kami kesedihan
Kami tak akan kompromi dan melunak

أيها الثائر قل لي 
كيف ترجو الياسمين
Duhai pejuang katakanlah kepadaku
Bagaiman engkau mengharap melati
 
إن نثرت العزم يوما 
في دروب الخائفين
Jika suatu hari nanti engkau sebarkan tekad
Di jalan yang dilalui oleh para penakut.

(Rahimahullah wa taqabbalahu minasy syuhada)

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:12


Drone Hizbullah terbang di Caesarea dan jatuh di rumah Setanyahu

طائرة مسيرة لحزب الله تحلق في قيسارية وتسقط على منزل نتنياهو

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 16:00


As Syahid Ahmad Yasin - 22 Mac 2004
As Syahid Dr Abd Aziz Rantisi - 17 April 2004
As Syahid Ismail Haniyeh - 31 Julai 2024
As Syahid Yahya Sinwar - 17 Oktober 2024

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 15:55


As Syahiid *Yah ya

Mereka berbangga dapat membunuh beliau. Itu pun selepas setahun mereka tanpa henti membalun bumi itu.

Mereka mengeluarkan video detik akhir kematian beliau untuk memalukan beliau akan tetapi dunia menyaksikan keberanian dan kesetiaan beliau pada tanah bertuah itu.

Ketika itu beliau dipenuhi debu.
Keseorangan di atas kerusi.
Mukanya dililit kefiyeh.
Tiada rakan yang lain disisinya yang berkemungkinan semuanya sudah syahid.
Tangan beliau kelihatannya hanya sebelah sahaja yang berfungsi.
Beliau kelihatan tenang.

Apabila beliau sedar dan melihat ada dron menghampiri, beliau melemparkan kayu ke arah dron.

Itulah aksi terakhir beliau sebelum dibom dari kereta kebal.

Sehingga akhir hayat, tetap beliau berjuang. Tak pernah menyerah.

Beliau diserang pelbagai peluru.

Daripada banyak jenis senjata.
Dengan peluru berpandu.
Dengan dron.
Dengan kereta kebal.

Ditemani kefiyeh dan pelbagai kecederaan, tetap berjuang hingga akhir hayat.

Mereka kata beliau bersembunyi di sebalik terowong, tapi beliau berada di barisan depan menggempur musuh.

Mereka kata beliau menjadikan orang ramai sebagai perisai beliau, tapi beliau ditemui hanya keseorangan.

Mereka cipta pelbagai fitnah pada beliau, akhirnya satu demi satu fitnah itu terbongkar.

Di sisi beliau ketika syahid ditemui beberapa perkara.

– vest kombat
– senjata AK dengan peluru
– Mentos
– Sebotol kecil minyak wangi
– Sebuah buku kecil doa yang bertajuk
" himpunan zikir harian nabawi "
– Seutas tasbih
– mancis api
– Passport
– Beberapa keping duit
– kepit kuku
– lampu suluh
– jam

Beliau pernah berpesan.

" Kita semuanya takut mati. Kita takut kalau kita mati ketika kita tidur sepertimana unta mati. Kita takut mati kerana eksiden atau sakit seperti sakit jantung.

Akan tetapi ketahuilah, kita tak pernah takut untuk mati demi agama, negara dan tanah air kita. "

Di tempat yang lain beliau berkata.

" Aku lebih rela mati dibunuh musuh dan mendapat syahid daripada mati macam biasa. "

Semoga Allah merahmati beliau.

Hidup mulia, mati syahid

Hidup sebagai seorang hero, mati sebagai seorang lagenda.

Kredit to Suzaime Zakaria

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 15:29


Orang yg berilmu akan mengetahui hakikat dunia yg sebenar, dan ia tidak ada nilai sedikit pun apabila dibanding dengan akhirat.

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 14:51


Gambar ini dikongsi oleh pemilik rumah dimana Y@hya S!nwar menentang dan jatuh syahid .. pemilik rumah itu post gambar sofa yg As-Syahid Yahya duduk atasnya buat saat beliau yang terakhir di dalam dunia.. tuan rumah tulis ( sofa yg paling mulia dan suci di seluruh dunia berada di rumah kami ) 🥹🥹

TahreerGh Gh

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 04:54


📚 AL-HADIS

Dari An-Nadlr bin Anas dia berkata: "Ketika aku sedang duduk² bersama Ibnu Abbas, datanglah seorang laki² dari penduduk Iraq kepadanya dan berkata: "Aku melukis gambar² ini, lalu apa pendapatmu?"
Ibnu Abbas berkata: "mari!, mari!. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَوَّرَ صُورَةً فِي الدُّنْيَا كُلِّفَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْ يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخِهِ

"Sesiapa membuat suatu gambar (makhluk bernyawa) di dunia, maka pada hari kiamat akan dibebankan untuk meniupkan roh pada gambar tersebut, sedangkan dia tidak akan mampu."
[HR. Sunan Nasa'i 5263]

https://t.me/alarabiyyahlughati

a l - A R A B I Y Y A H - لُغَتِي

19 Oct, 02:06


Sekalipun di dalam perut ikan paus,
di sana tetap ada harapan..

Maka apa alasan kekecewaanmu ? ..