PETUA DAN PENJAGAAN @petuadanpenjagaan Channel on Telegram

PETUA DAN PENJAGAAN

@petuadanpenjagaan


KETAHUI
Ubat2 dan petua2 tradisional warisan kita.
TIPS DAN MACAM2 INFO KESIHATAN ADA DALAM NI JUGAK.
.
PREVENTION IS BETTER THAN CURE. AMALKAN LA IN SHAA ALLAH.. BERMANFAAT.

PETUA DAN PENJAGAAN (Malay)

PETUA DAN PENJAGAAN is a Telegram channel dedicated to sharing traditional remedies and tips for health and well-being. The channel username, @petuadanpenjagaan, reflects its focus on providing knowledge about various traditional medicines and practices that have been passed down through generations. In this channel, you can find tips and information on maintaining good health, as well as preventive measures to avoid illnesses. As the saying goes, prevention is better than cure, and by incorporating these practices into your daily life, you can benefit from improved well-being. Join PETUA DAN PENJAGAAN today to learn more about our rich heritage of remedies and care for your health in a holistic way.

PETUA DAN PENJAGAAN

29 Jun, 07:33


Messages in this channel will be automatically deleted after 1 day

PETUA DAN PENJAGAAN

29 Jun, 07:12


7 CARA HILANGKAN GEGATA DENGAN BERKESAN

RUJUK DI
SINI

PETUA DAN PENJAGAAN

29 Jun, 07:12


Messages in this channel will no longer be automatically deleted

PETUA DAN PENJAGAAN

04 Sep, 16:25


.
Petua kencing kotor dan kencing tidak lawas disamping menurunkan kolesterol
@PetuaDanPenjagaan

Barli homemade sedap untuk menyejukkanbadan juga
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan

Rendam barli 5 min untuk buang kotoran... cuci bersih barli... masuk kedlm periuk tmbah air n daun pandan... masak sampai barli kembang bru masukkn kismis gula batu n kundur... siap tuk di hidang..

Kredit : azrina len

PETUA DAN PENJAGAAN

02 Sep, 16:16


Messages in this channel will be automatically deleted after 1 day

PETUA DAN PENJAGAAN

16 May, 02:40


Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

Kredit: FB Makcik Kiah

PETUA DAN PENJAGAAN

11 Apr, 07:25


Tips bagi mengurangi kedut kat kulit.. senang sangat 😍

@PetuaDanPenjagaan
110422 | 2995

PETUA DAN PENJAGAAN

08 Mar, 03:26


Petua hilangkan Tumit Pecah

@PetuaDanPenjagaan
080322 | 3030

PETUA DAN PENJAGAAN

27 Feb, 03:46


Mak bidan share cara buat jamu untuk masalah Tombong. Semoga bermanfaat 😘

@PetuaDanPenjagaan
280222 | 3044

PETUA DAN PENJAGAAN

25 Feb, 03:40


Air Rebusan Daun Pandan untuk mengurangkan stress 😘

@PetuaDanPenjagaan
250222 | 3049

PETUA DAN PENJAGAAN

24 Feb, 02:40


Botol isi air warna merah lah... air campuran cuka lah.. itulah inilah πŸ˜… kita cuba yang ni pulak Elak Kucing pancut merata πŸ˜„

@PetuaDanPenjagaan
240222 | 3055

PETUA DAN PENJAGAAN

22 Feb, 12:35


1001 manfaat Barli ❀️

@PetuaDanPenjagaan

PETUA DAN PENJAGAAN

22 Feb, 03:31


Petua penyimpanan udang segar agar sentiasa segar. 🦐

@PetuaDanPenjagaan

PETUA DAN PENJAGAAN

21 Feb, 12:34


Petua untuk menghalang cicak 🦎 berkembang biak kat rumah kita πŸ₯°

@PetuaDanPenjagaan

PETUA DAN PENJAGAAN

21 Feb, 02:42


Mata Panda 🐼? Kita ikhtiar guna cara ni yang mudah dan jimat 😍

@PetuaDanPenjagaan
210222 | 3071

PETUA DAN PENJAGAAN

20 Feb, 13:10


Nak sihat dalaman dan kulit cantik pinkish? Amalkan petua ni 😘

@PetuaDanPenjagaan
200222 | 3071

PETUA DAN PENJAGAAN

19 Feb, 12:40


Urutan muka untuk anti-aging

@PetuaDanPenjagaan