AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم) @mfazilmu Channel on Telegram

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

@mfazilmu


Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-

Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya.

نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم) (Malay)

Selamat datang ke AL-MAFAZ: المَفَاز (Fawaid Ilmu: فوائد العلم), sebuah saluran Telegram yang menghimpunkan faedah ilmu dari Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi - حفظه الله. Saluran ini dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya. Dengan akses kepada pengetahuan agama yang mendalam dari seorang Ustaz yang dihormati, anda pasti akan mendapati kandungan yang bernilai dan bermakna di sini. Ilmu adalah cahaya dan dengan menyertai saluran ini, anda akan sentiasa diberi pencerahan dan panduan dalam kehidupan harian anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkayakan diri anda dengan ilmu yang bermanfaat. Sertai kami hari ini dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang meminati pembelajaran ilmu agama. نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

07 Jan, 04:46


Aku hanya ingin menari dengan tinta di lembaran sunyi,
Bukan berwajah di kaca atau bersuara di layar sepi.
Biarlah kata-kata menjadi saksiku, tanpa perlu aku dilihat atau ditonton waktu.

I only wish to dance with ink on silent pages,
Not to appear on screens or echo through empty stages.
Let my words bear witness to my soul,
Without the need to be seen or watched as a whole.


M.FAZ

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

06 Jan, 06:32


WALI DARIPADA WALI-WALI ALLAH

Kata Al-'Allamah Al-Muhaddis Syeikh Muhammad bin Ali bin Adam Al-Ithyubi rahimahullah (wft:1442H):


‏الَّذِي يَطْلُبُ الْعِلْمَ فِي هَذِهِ الأَيَّامِ مَعَ وُجُودِ الْفِتَنِ الْكَثِيرَةِ, يَعْتَبِرُ وَلِيًّا مِنْ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ !.


" Sesiapa yang menuntut ilmu pada zaman ini dengan adanya pelbagai fitan (ujian dan pancaroba), dia boleh dianggap sebagai salah seorang wali daripada wali-wali Allah.!"

[ Al-Fawaid al-'Ilmiyah wa Durar al-Tarbawiyah hal 19 ]

Catatan:

1. Maksud wali Allah ialah setiap mukmin yang bertakwa dan dia bukan Nabi. Takrif ini berdasarkan ayat 62-63 Surah Yunus. Sesiapa sahaja yang beriman dan bertakwa dia mendapat jaminan wilayah yakni: perlindungan, pertolongan dan pembelaan daripada Allah Tabaraka wa Taala.

2. Untuk mencapai keimanan dan ketakwaan tiada jalan pintas melainkan dengan menuntut ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

3. Menuntut ilmu di saat zaman fitan antara nikmat yang harus disyukuri. Bagi penuntut ilmu hendaklah menghargai nikmat ini dengan terus menerus bersemangat menuntut ilmu sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian kerana ia adalah asbab mendapatkan rahmat dan wilayah daripada Allah.

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam kalangan wali-wali Allah Tabaraka wa Taala.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

05 Jan, 01:18


Press the ❤️ icon if you want this book to be published in English.

-Admin-

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

04 Jan, 23:57


HADIAH UNTUK ANAK PEREMPUAN

“ Adalah menjadi kebiasaan orang-orang yang memiliki maruah untuk menjaga hati wanita kerana kelemahan mereka; oleh itu, digalakkan bagi seorang lelaki apabila memberikan sesuatu kepada anak-anaknya, hendaklah dia memulakan pemberian tersebut dengan anak perempuannya.”

[ Al-Alusi, Ruh al-Ma’ani [4/279] ]

Catatan:

Ini juga berdasarkan banyak hadis-hadis yang sahih menunjukkan kelebihan anak perempuan berbanding lelaki. Lihat Ulama menjadikan menjaga dan mendahulukan anak perempuan dalam pemberian termasuk daripada maruah seorang lelaki. Jagalah dan hargailah anak perempuan anda!

Wallahualam.

M.FAZ

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

04 Jan, 03:28


Tiga alamat Allah SWT menerima taubat kita menurut penghulu tabi'in, Sa'id bin Jubair rahimahullah:

‎خوفُ أن لا تُقبل، ورجاء أن تُقبل، وإدمان الطاعات

‎1) Rasa takut taubat tidak diterima.
‎2) Mengharap agar taubat diterima.
‎3) Melazimi ketaatan.

‎[ Al-Kasyf wal Bayan 9/350 ]

‎1) Al-Khauf (Takut) 2) Al-Raja' (Pengharapan) 3) Al-Mahabbah (Kecintaan). Tiga perkara ini adalah rukun ibadah.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

03 Jan, 12:09


WASILAH DAKWAH DAN TUJUAN PENULISAN

Tujuan penulisan tidak seharusnya hanya untuk memenuhi kehendak menulis semata-mata atau sekadar bersaing, tetapi ia mesti didorong oleh keperluan sebenar kepada hasil penulisan tersebut. Mengenai keperluan ini, Haji Khalifah berkata:

“ Penulisan terbahagi kepada tujuh kategori, dan seorang ilmuwan yang berakal tidak akan menulis kecuali dalam salah satu daripadanya. Ia adalah: sesuatu yang belum pernah dibincangkan, maka dia menciptanya; sesuatu yang tidak lengkap, maka dia menyempurnakannya; sesuatu yang sukar difahami, maka dia menjelaskannya; sesuatu yang panjang, maka dia meringkaskannya tanpa mengurangi maknanya; sesuatu yang berselerak, maka dia menghimpunkannya; sesuatu yang bercampur aduk, maka dia menyusunnya; atau sesuatu yang terdapat kesilapan oleh penulis sebelumnya, maka dia memperbetulkannya. Selain itu, setiap penulis dalam bidang yang telah didahului oleh orang lain harus memastikan bahawa karyanya mempunyai lima manfaat utama: mengeluarkan sesuatu yang sulit difahami, menghimpunkan perkara yang berselerak, menjelaskan sesuatu yang samar, memperbaiki susunan dan gaya penulisan, atau menghilangkan pengulangan dan pemanjangan yang tidak perlu.”

Kerja dakwah adalah urusan perdagangan dengan Allah, bukan perdagangan material dengan dirham dan dinar. Perdagangan material yang bebas berasaskan persaingan di mana hanya yang terkuat akan bertahan. Namun, kerja dakwah berbeza. Apabila seorang pendakwah melihat orang lain telah menjalankan sesuatu tugas yang ingin dilakukannya, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah kerana orang lain telah melaksanakan tugas tersebut bagi pihaknya. Bidang dakwah adalah luas, maka carilah ruang yang lain. Maksudnya, bukan menjadi tujuan pendakwah untuk merendahkan martabat orang lain atau memusnahkan keperibadian mereka, tetapi mereka saling menyokong, memperkukuhkan, menyempurnakan, mendekatkan, mengarahkan, memberi nasihat, dan tidak membuka aib sesama mereka.

Min Wasail ad-Da’wah, Dr Muhammad bin Abd Aziz Al-Thuwaini hal 13.

Catatan:

Pesanan berharga ini wajar dijadikan peringatan bagi semua yang terlibat dalam bidang penulisan dalam dakwah dan penerbitan.


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

03 Jan, 07:50


AL-QASS (QUSSAS: TUKANG CERITA) DALAM KALANGAN SAHABAT NABI

Menghina tukang cerita (Al-Qaas: Jamak Qussas) secara mutlak adalah berlawanan dengan Sunnah Nabi ﷺ dan para sahabat. Para Ulama menggelarkan beberapa orang sahabat Nabi dengan gelaran أول من قص " Orang yang terawal menjadi Tukang Cerita " atau أول قاص في الإسلام
" Pencerita pertama dalam Islam".

Contohnya:

1) Al-Aswad bin Sari' bin Hamir bin 'Ubadah al-Tamimi r.a (wft:36 atau 42 Hijrah). Kata Al-Hafiz Al-Zahabi :

صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم هو أول من قص بجامع البصرة

Beliau ialah sahabat Rasulullah ﷺ, orang pertama yang menceritakan (kisah-kisah Nabi dan sahabat atau peperangan baginda dll) di Jami' (Masjid) Basrah.

[ Tarikh al-Islam 2/393 ]

2) Tamim bin Aus bin Kharijah Al-Dari, Abu Ruqayyah r.a. (wft:40H)

Beliau diungkapkan sebagai sahabat pertama yang menceritakan kepada Nabi ﷺ tentang hadis Dajjal dan Al-Jassasah. Beliau juga disebutkan oleh para Ulama sebagai antara tukang cerita yang pertama dalam Islam dan lebih mulia beliau orang pertama menceritakan kepada Nabi ﷺ tentang Dajjal dan Nabi ﷺ mendengar dan mengakuinya.

[ Rujuk Al-Isobah fi Tamyiz al-Sohabah 1/367, Raf'u al-Khilabah hal 575 ]


Catatan:

Cuma yang perlu kita berhati-hati di akhir zaman adalah tukang cerita yang seperti pemungut kayu api di waktu malam. Mereka yang tidak tahu membezakan antara yang sahih lemah dan palsu. Mereka yang jahil tentang ilmu dirayah dan riwayah. Mereka ini langsung tidak boleh dibandingkan dengan generasi terbaik iaitu para sahabat Nabi. Jika hendak mencari tukang cerita, carilah mereka yang bermanhaj dengan manhaj Sahabat Nabi sama ada dalam ilmu akidah, riwayah atau dirayahnya.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

03 Jan, 07:15


NOVEL DAN WASILAH DAKWAH

Soalan:

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Ustaz.

Apa hukum menyibukkan diri dengan novel dan kisah fiksyen?. Adakah ia dikira bidaah?. Benarkah ia termasuk wasilah dakwah yang diharuskan?.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Asal bagi seorang penuntut ilmu adalah menyibukkan diri dengan ilmu dan wasilah yang membawa kepada ilmu serta menyeru kepadanya. Ini adalah tanggungjawab seorang muslim.

Namun apabila berbicara tentang wasilah (medium) dakwah. Para Ulama berbeza pendapat adakah wasilah dakwah ini tauqifi (terhenti kepada nas) atau terbuka dengan ruang ijtihad. Yang sahih, ia perlu diperincikan, kerana apabila sesuatu tidak diperincikan maka ia akan terjatuh kepada kerancuan dan kezaliman.

Antara fiqh yang perlu diperincikan dalam wasilah dakwah adalah kemampuan seorang pendakwah memahami fungsi kisah dan peranannya serta kemampuannya menggunakan keseluruhan jenis kisah untuk menyampaikan dakwah kepada Asnaf al-Mad'uwin (sasaran pendakwah). Ini tidak dinafikan memerlukan kebijaksanaan dan taufiq daripada Allah.

Perkara pertama yang perlu difahami adalah pembahagian kisah:

1) Kisah realistik (الواقعية). Ini contohnya adalah kisah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta athar para salaf. Ini adalah prioriti utama bagi seorang pendakwah. Contohnya Kitab Al-Bidayah wa Nihayah oleh Al-Hafiz Ibnu Kathir. Inilah yang telah kita dengan sahabat-sahabat kita berusaha menyebarkan dan menterjemahkannya. Dan ini adalah usul utama yang wajib dikuasai pendakwah. Walhamdulillah tempah dan dapatkan Kisah Nabi Hud dan Soleh a.s yang diterjemahkan oleh Karya Pis di sini:

https://karyapis.com/product/kisah-nabi-hud-salih/?aff=belibuku

2) Kisah fiksyen (الخيالية). Ini contohnya banyak dalam masyarakat kita dan ia telah diterima di seluruh dunia. Ia mempunyai pelbagai tema. Ulama yang mengharamkan kisah fiksyen apabila ia melibatkan penyelisihan terhadap akidah yang sahih, menyeru kepada pengagungan terhadap kesyirikan dan kekufuran (seperti ilmu sihir, astrologi dan seluruh wasilahnya),atau tema cinta yang terlarang, menyeru kepada zina, muqaddimahnya dan seluruh dosa-dosa yang ditegah agama dan fitrah. Adapun jika fiksyen itu mengajak kepada kemajuan urusan dunia seperti sains, fizik dan ilmu-ilmu duniawi yang lain yang ada kebaikan kepada manusia maka ia kembali kepada keharusan. Ini perlu diperincikan.

3. Kisah yang menggabungkan antara realiti dan fiksyen (امتزج فيها الواقع بالخيال). Ini juga hukumnya sama dengan jenis kedua, bagi seorang pendakwah yang telah menguasai ilmu Amsal dan al-Qasas (dalam kategori pertama) insya Allah akan mampu untuk menggunakan wasilah ini. Wasilah ini juga sebenarnya sering disalah fahami oleh segelintir penuntut ilmu dan pendakwah sehingga mereka beranggapan ia adalah sama seperti kisah khurafat dan pendustaan. Namun jika kita meneliti maksud Amsal (perumpamaan) dalam bahasa arab juga mengandungi maksud kisah maka akan jelas bahawa wasilah ini sama sahaja seperti wasilah kedua, bahkan ia dilihat boleh dimanfaatkan apabila seorang pendakwah melihat ada maslahat tertentu untuk menyampaikan mesej dakwah kepada para pembaca secara umum.

Saya menasihati penyoal untuk mendaftar di program DPIYT untuk mempelajari subjek tentang ilmu usul dakwah dan wasilah dakwah dengan lebih terperinci. Kerana betapa ramai di luar sana apabila bercakap tentang dakwah, mereka sendiri jahil tentang dakwah, usul dan wasilahnya lalu dengan tanpa rasa malu sering menghukum sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka dalam isu ini sebagai sesat dan menyeleweng.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

02 Jan, 03:08


Menurut kajian Dr Fatin Abd Rahman Al-Tabnari (Profesor di Institute of Children, Ain Syams Universiti, Mesir), kes-kes keganasan seksual yang melibatkan kanak-kanak secara umum mewakili 18% daripada keseluruhan kes yang berkaitan kanak-kanak, 75% dari kes kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan seksual, penjenayahnya mempunyai hubungan kekerabatan dengan mangsa.

Sebab utama yang menyebabkan kes berlaku adalah faktor keluarga tidak sedar anak mereka diperlakukan sedemikian, kanak-kanak itu sendiri yang tidak tahu dirinya diperlakukan dengan salah, kemudian faktor takutkan aib keluarga terbongkar lebih-lebih lagi penjenayah merupakan kaum keluarga terdekat.

Rujuk: Al-Taharrush al-Jinsi khatarun yuwajihu Tiflak oleh Dr Samihah Mahmud Gharib, hal 7 & 8.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

01 Jan, 05:41


MINTA PERLINDUNGAN ALLAH UNTUK KESELAMATAN ANAK-ANAK KITA

Antara sunnah Nabi Muhammad ﷺ dan sunnah Nabi Ibrahim alaihissalam adalah membaca doa perlindungan untuk anak-anak kecil.

Daripada Ibn Abbas r.a katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ
الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ

Adalah Nabi ﷺ membacakan isti'azah (memohon perlindungan) untuk Al-Hasan dan Al-Husain

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku memohon perlindungan untuk kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang Maha Sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa, dan daripada setiap (pandangan) mata yang boleh memudaratkan

Kemudian Nabi ﷺ bersabda:

كَانَ أَبُوكُمْ يُعَوِّذُ بِهِمَا إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ

Dahulu bapa kamu (Nabi Ibrahim) membaca doa perlindungan ini kepada Nabi Ismail dan Ishak

[ HR Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad, asalnya dalam sahih Al-Bukhari no: 3371 dengan lafaz yang sedikit berbeza ]

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar meminta perlindungan daripada syaitan, ia termasuklah syaitan dalam kalangan manusia dan jin. Termasuk syaitan dalam kalangan manusia adalah para penjenayah yang menzalimi kanak-kanak.

Dikatakan juga maksud Hammah dalam hadis tersebut adalah:

كل نسمة تهم بسوء

" Setiap jiwa yang menginginkan kejahatan (terhadap anak-anak)"

[ Rujuk Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari ]

Termasuk tanggungjawab ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil adalah mencari asbab yang boleh menjadi pelindung kepada anak-anak mereka daripada mata-mata yang jahat. Antaranya adalah dengan mengelakkan memaparkan gambar anak-anak mereka di media sosial secara publik, kerana ia termasuk dalam makna dan maksud asal hadis memohon perlindungan Allah tersebut.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

30 Dec, 14:50


BERLEPAS DIRI DARIPADA KESYIRIKAN SEBELUM TIDUR

Antara sunnah yang diajarkan Nabi ﷺ kepada sahabatnya adalah membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. Dan ia dibaca setelah membaca azkar (zikir-zikir dan bacaan lain sebelum tidur).

Dalilnya, daripada Farwah bin Naufal daripada bapanya katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِنَوْفَلٍ : " اقْرَأْ ( قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ )، ثُمَّ نَمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا ؛ فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنَ الشِّرْكِ ".

Bahawasanya Nabi ﷺ berpesan kepada Naufal:

" Bacalah ( Qul ya aiyyuhal kaafiruun.. ) kemudian tidurlah dengan pengakhiran surah ini (yakni: jadikan surah ini bacaan terakhirmu sebelum tidurmu) kerana sesungguhnya ia adalah pembebasan daripada kesyirikan".

[ HR Abu Daud, Al-Tirmidzi, Al-Darimi, sahih menurut Syeikh Husain Salim Asad Al-Darani dan Al-Albani, hasan menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar, Syeikh Syu'aib al-Arnauth rujuk Sahih al-Jaami' 1/257, Al-Futuhat al-Rabaniyyah 3/155 ]

Kata al-Mubarakfuri ketika menjelaskan maksud pembebasan daripada kesyirikan:

مفيدة للتوحيد

" Ia berfaedah untuk (pengukuhan dan penjagaan) Tauhid "

Semoga diberikan taufik dan bantuan Allah Taala untuk mengamalkan sunnah ini.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

30 Dec, 14:34


AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم) pinned Deleted message

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

30 Dec, 13:09


https://youtube.com/live/n6_iJKPUPU4?feature=share

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

30 Dec, 05:07


MALAIKAT MENDEKATI PEMBACA AL-QURAN

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

‏"الملائكة تدنو من قارئ القرآن، وتستمع لقراءته، كما في حديث أُسيد بن حُضير لما كان يقرأ، ورأى مثل الظُّلة فيها مثل المصابيح، فقال النبي
ﷺ : تلك الملائكة".

Malaikat mendekati pembaca al-Quran, dan mendengar bacaannya sebagaimana dalam hadis Usaid bin Khudair ketika beliau membaca al-Quran, beliau melihat seperti awan padanya terdapat cahaya seperti lampu pelita lantas sabda Nabi ﷺ : Itulah malaikat!

[ Ighasatul Lahfan 1/92 ]


Catatan:

1. Imam Al-Bukhari meletakkan hadis tersebut dalam Kitab Fadail al-Quran, Bab turunnya ketenangan dan malaikat ketika pembacaan al-Quran.

2. Ulama tidak sepakat adakah hadis ini khusus menunjukkan kelebihan Usaid atau umum kepada seluruh pembaca al-Quran. Yang sahih, ianya umum dari satu sudut iaitu turunnya ketenangan dan
mendekatnya malaikat kepada pembaca al-Quran berlaku kepada semua pembaca al-Quran yang soleh dan baik bacaannya, sebahagian ulama menambah baik suaranya, kerana Usaid memiliki suara yang merdu berdasarkan lafaz hadis تِلْكَ الْمَلَائِكَةُ دَنَتْ لِصَوْتِكَ " Itulah malaikat yang mendekati kerana suaramu".

3. Adapun dapat melihat umpama awan yang ada padanya cahaya pelita itu hanya khusus kepada Usaid bin Khudair dan ia adalah bentuk karamah untuk Usaid.

4. Jawapan Nabi ﷺ " Itulah malaikat". Bermaksud apa yang Usaid nampak hanyalah kesan kehadiran mereka, bukan melihat malaikat dalam rupa asal atau ia dapat dilihat oleh Nabi ﷺ dan hanya dapat dilihat oleh Usaid seumpama awan-awan berdasarkan lafaz hadis bahawa Usaid melihat:

مِثْلُ الظُّلَّةِ فِيهَا أَمْثَالُ الْمَصَابِيحِ،

Seperti awan padanya ada seperti pelita-pelita bercahaya..

5. Malaikat lebih besar, mulia dan hebat penciptaan dan fizikalnya berbanding jin dan syaitan, justeru dapat difahami kehadiran mereka dapat menggerunkan syaitan-syaitan dalam kalangan jin, inilah antara sebab mengapa rumah para pembaca al-Quran atau mereka yang membaca al-Quran di rumah-rumah mereka dapat menggerunkan syaitan dalam kalangan jin sehingga mereka melarikan diri. Di sana ada dalil yang khusus membuktikan syaitan dalam kalangan jin akan mengecil sehingga sebesar lalat apabila seseorang individu menyebut nama Allah.


Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

30 Dec, 02:59


Bantahlah orang yang mengharuskan berdoa meminta daripada malaikat atau orang soleh & Nabi yang sudah wafat dengan dua ayat:

1) An-Najm ayat 26. Malaikat perlu minta izin dan reda Allah untuk beri syafaat.

2) Ali-Imran ayat 169. Syuhada' mendapat rezeki di sisi Allah bukan memberi rezeki.

Tidak perlu ada sijil pun jika hendak membantah kebodohan orang yang musyrik kepada Allah.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

26 Dec, 03:07


FAEDAH TADABBUR: USUL ISTIQAMAH: TEGUH DAN LURUSNYA HATI DI ATAS TAUHID DAN ISTIGHFAR

Firman Allah Taala:

قُلۡ إِنَّمَاۤ أَنَا۠ بَشَرࣱ مِّثۡلُكُمۡ یُوحَىٰۤ إِلَیَّ أَنَّمَاۤ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱ فَٱسۡتَقِیمُوۤا۟ إِلَیۡهِ وَٱسۡتَغۡفِرُوهُۗ وَوَیۡلࣱ لِّلۡمُشۡرِكِینَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu, maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang lurus,serta beristighfarlah. Maka
celakalah bagi orang yang mempersekutukanNya.


[ Fussilat:6 ]

Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:

‏ أصلُ الاستِقَامَة؛ استقامَةُ القَلب على التوحيد!

Asal bagi Istiqamah adalah keteguhan hati di atas Tauhid!

[ Jaami' al-'Ulum wa al-Hikam 1/511 ]

Catatan:

Jika seseorang hendak Istiqamah di atas ajaran Islam, belajarlah tauhid, dalami dan laziminya serta beristighfarlah kepada Allah agar diberikan keampunan dan keteguhan serta mati di atasnya.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

26 Dec, 03:06


TOLEH YANG DISEMBAH

Antara fiqh Syeikh Abdul Rahman bin Hamd Al-Jutaili rahimahullah (wft:1404H) yang menarik perhatian saya dan jarang saya jumpa dalam mana-mana syarahan bagi kitab Tauhid adalah kenyataan beliau ketika menjelaskan makna syirik:

هو اتخاذ الأنداد والشركاء لله من أي نوع من أنواع المعبودات سواء صالحين أو طالحين أو أحجارا أو رسلا أو شجرا أو ملائكة فكل هذه الأشياء إذا صرفت لها أي نوع من أنواع العبادة التي لا يجوز صرفها إلا لله فقد أشركت..

Syirik itu adalah menjadikan tandingan-tandingan dan sekutu-sekutu bagi Allah daripada mana-mana jenis sembahan sama ada orang soleh atau toleh (orang yang jahat) atau batu-batu, para rasul, pokok-pokok dan malaikat. Semua perkara ini jika kamu memalingkan untuknya mana-mana jenis ibadah yang tidak boleh ditujukan melainkan hanya untuk Allah semata-mata maka kamu telah melakukan syirik.

Rujuk Ifadah al-Mustafid bisyarh Kitab al-Tauhid hal 14.


Catatan:

Orang soleh yang disembah semua orang sedia maklum dan ia kebanyakannya berlaku kepada golongan musyrikin yang mutaqaddimin (terawal), adapun orang toleh yang disembah maka ia kebanyakannya berlaku kepada golongan musyrikin mutaakhirin.

Perhatikan!!


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

23 Dec, 22:55


FAEDAH TADABBUR: WASILAH DAKWAH

Firman Allah Taala menjelaskan wasilah dakwah yang ditempuh oleh Nabi Nuh a.s:

ثُمَّ إِنِّیۤ أَعۡلَنتُ لَهُمۡ وَأَسۡرَرۡتُ لَهُمۡ إِسۡرَارࣰا

Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka, dan aku sampaikan kepada mereka dengan diam-diam (rahsia)

[ Nuh:9 ]

Kata Imam Al-Biqa'i al-Syafi'i rahimahullah (wft:885H):

أيْ دَعَوْتُ كُلَّ واحِدٍ مِنهم عَلى انْفِرادِهِ [ لِيَكُونَ -] أدْعى لَهُ وأجْدَرَ بِقَبُولِهِ النَّصِيحَةَ، وأدَلَّ عَلى الإخْلاصِ، وكُلُّ ذَلِكَ ما فَعَلْتُهُ إلّا لِأجْلِ نَصِيحَتِهِمْ، لا حَظَّ لِي أنا في ذَلِكَ، ولَمّا كانَ تَحَيُّنُ الإنْسانِ لِيَكُونَ وحْدَهُ لَيْسَ عِنْدَهُ أحَدٌ ولا [ هو -] مُشْتَغِلٌ بِصارِفٍ مِمّا يَعْسُرُ جِدًّا فَلا يَكادُ يُصَدِّقُ أكَّدَهُ فَقالَ: ﴿إسْرارًا﴾ ولِيَدُلَّ بِتَأْكِيدِهِ عَلى تَأْكِيدِ ما قَبْلِهُ مِنَ الأفْعالِ، والظّاهِرُ مِن حالِهِ ومِن هَذا التَّرْتِيبِ مِمّا صَرَّحَ بِهِ مِنَ الِاجْتِهادِ أنَّهُ سارَ فِيهِ عَلى مُقْتَضى الحِكْمَةِ، فَدَعا أوَّلًا أقْرَبَ النّاسِ إلَيْهِ وأشَدَّهم بِهِ إلْفًا، ثُمَّ انْتَقَلَ إلى مَن بَعْدَهم حَتّى عَمَّهُمُ الدُّعاءُ، وكانَتْ هَذِهِ الدَّعْوَةُ سِرًّا كُلُّ واحِدٍ مِنهم عَلى حِدَتِهِ لِيَعْلَمُوا نُصْحَهُ ولا يَحْمِلُ أحَدٌ مِنهم ذَلِكَ عَلى تَبْكِيتٍ ولا تَقْرِيعٍ


Maksudnya: Aku telah menyeru setiap seorang daripada mereka secara berasingan agar lebih mudah baginya untuk menerima seruan dan nasihatku, lebih menunjukkan keikhlasan, dan lebih memungkinkan penerimaan mereka terhadap nasihat. Semua itu aku lakukan semata-mata demi maslahat dan kebaikan mereka, tanpa sebarang kepentingan peribadi daripadaku.

Apabila seseorang itu menunggu waktu yang sesuai untuk mendekati seseorang dalam keadaan dia bersendirian, tidak ada orang lain bersamanya, dan tidak disibukkan dengan hal-hal lain, perkara ini biasanya sukar untuk dicapai. Maka, perkara itu ditekankan dengan firman Allah: “secara rahsia (إسرارًا)”, untuk menunjukkan keperluan mendalam terhadap pendekatan tersebut serta menguatkan usaha yang dilakukan sebelum ini.

Melalui keadaan dan susunan ini, serta apa yang dinyatakan dengan jelas tentang usaha baginda, dapat dilihat bahawa baginda menjalankan dakwah dengan penuh hikmah. Baginda memulakan dakwah dengan orang yang paling hampir dengannya, yang paling rapat dan mempunyai hubungan baik dengannya, kemudian berpindah kepada yang lain secara bertahap, sehingga dakwah itu meluas kepada semuanya.

Dakwah ini dilakukan secara rahsia, di mana setiap orang dipanggil secara peribadi, agar mereka menyedari keikhlasan nasihat baginda dan tidak ada seorang pun daripada mereka yang menganggapnya sebagai celaan atau teguran yang kasar.

[ Rujuk Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayaat wa al-Suwar 20/436 ]

Catatan:


1. Termasuk wasilah bermanfaat pada zaman ini adalah tulisan yang berbentuk amsal (perumpamaan), nasihat, kisah pendek atau prosa sastera yang tidak menyentuh peribadi khusus namun ia mendalam dan menyentuh hati individu dalam menyampaikan mesej dakwah yang jelas.

2. Al-Israr di sini boleh masuk dalam kategori tulisan yang ditujukan kepada hati mad'u secara khusus iaitu ketika dia bersendirian. Dan ia boleh berlaku secara pembacaan melalui penulisan yang hikmah atau kisah atau perumpamaan yang mendalam dan memberi kesan kepada pembacanya yang jauh daripada hiruk pikuk orang ramai, itulah salah satu daripada maksud Al-Israr kerana ia datang dalam ayat tersebut dengan taukid (penegasan).

3. Justeru pendakwah perlu menyelami wasilah dakwah, dan tidak hanya berasa selesa dengan satu wasilah sahaja ketika menyampaikan mesej dakwah.

4. Kepentingan mempelajari dan memperhalusi ilmu wasilah dakwah, bahayanya mengabaikan ilmu ini sehingga menjadikan seseorang bertindak ekstrem dalam penyampaian dakwah dan ketiadaan hikmah dalam menyampaikannya lalu dia mula bertindak menyalahkan mad'u atau orang lain ketika dakwahnya tidak diterima atau ditolak.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

21 Dec, 13:09


https://www.youtube.com/live/_SU_N4eqvCY?si=Cs5HCWU3ByC6vIy6

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

20 Dec, 15:04


SEBURUK-BURUK MURABBI

Kata Imam Al-Zahabi rahimahullah (wft:748H):

" Maka engkau adalah SEBURUK-BURUK MURABBI (guru dan pendidik) wahai muslim jika engkau tidak menegah ahli keluargamu dan anak-anakmu daripada hal tersebut (perayaan kaum musyrikin), dan engkau tidak mengenalkan mereka bahawa perayaan tersebut adalah perayaan Nasrani, tidak halal bagi kita untuk menyertai mereka dan menyerupai mereka di dalamnya."

[ Tasyabbuh al-Khasis bi Ahlil Khamis fi radd al-Tasyabbuh bil Musyrikin, tahqiq Ali Hasan abd Hamid, Daar Ammar, cetakan pertama 1408H/1988M ]

Catatan: Larangan ini termasuklah pada perayaan-perayaan adat dan agama kaum musyrikin yang lain.

MFAZ

*Ulang siar, catatan asal bertarikh 21 Disember 2020

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

19 Dec, 10:45


Antara sifat orang yang merealisasikan Tauhid adalah mereka golongan yang teguh dengan Tauhid walaupun sedikit sahaja yang menuruti jalan kebenaran dan mereka tidak cenderung atau condong kepada pangkat jawatan dan pemerintahan, tidak juga condong dan cenderung kepada peniaga-peniaga yang hidup mewah dan melampaui batas, tidak juga berubah-ubah pendirian seperti ulama yang terfitnah dengan pangkat jawatan dan harta benda.

Rujuk : Al-Tamhid li Syarh Kitab Al-Tauhid

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

19 Dec, 07:23


MINTA DAN MENGADULAH KEPADA ALLAH. JANGAN TERBIASA MEMINTA DAN MENGADU KEPADA MAKHLUK.

Sabda Nabi ﷺ :

مَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ، لَمْ تُسَدَّ فَاقَتُهُ، وَمَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِاللَّهِ، فَيُوشِكُ اللَّهُ لَهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ آجِلٍ

Barangsiapa yang mengalami kesusahan dan kesempitan dalam hidup lalu dia menzahirkan kesusahannya dan mengadu kesempitannya kepada manusia tidak akan selesai kesempitan dan kesusahannya, barangsiapa yang mengalami kesempitan lalu dia mengadu kepada Allah maka Allah akan segera memberikannya rezeki sama ada cepat atau lambat.

[ HR Al-Tirmidzi, Abi Daud & An-Nasaie sahih ]

Catatan:

Maksud

: ( من نزلت به فاقة )
أي حاجة شديدة وأكثر استعمالها في الفقر وضيق المعيشة

Hajat yang sangat diperlukan, faaqah banyak digunakan untuk merujuk kepada kefakiran dan kesempitan hidup.

( فأنزلها بالناس )
أي عرضها عليهم وأظهرها بطريق الشكاية لهم وطلب إزالة فاقته منهم

Iaitu dia menampakkan kepada manusia (kesusahannya) dengan cara mengadu kepada mereka dan meminta agar manusia menghilangkan kesusahannya.

( لم تسد فاقته )
أي لم تقض حاجته ولم تزل فاقته وكلما تسد حاجته أصابته أخرى أشد منها

Iaitu tidak akan selesai hajatnya dan sentiasalah dia dalam keadaan susah dan sempit, setiap kali hajatnya cuba diselesaikan dia akan ditimpa kesempitan lain yang lebih dahsyat.

[ Rujuk Tuhfah Al-Ahwadzi ]

Boleh jadi kesempitan yang lebih dahsyat itu bermaksud tiada ketenangan dalam hidup, tiada keberkatan dalam rezeki akibat dia menipu orang lain, tiada kecukupan dan tidak diberikan kepuasan, menjadi tamak haloba, banyak berhutang dengan orang lain, terjebak dalam perkara yang haram, syubhah dan seumpamanya.

Benarlah sabda Rasulullah ﷺ.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

19 Dec, 07:18


DOA PERLINDUNGAN DARIPADA KEZALIMAN SULTAN, PEMERINTAH, PEMBANTU MEREKA DAN ORANG-ORANG ZALIM

Kata Abdullah bin Mas'ud r.a:

إذا كانَ على أحدِكم إمامٌ يخافُ تَغطرُسَهُ أو ظلمَهُ فليقلِ

Apabila salah seorang kamu ada pemimpin yang dibimbangi kesombongannya atau kezalimannya maka ucapkanlah:

اللَّهمَّ ربَّ السَّمواتِ السَّبعِ وربَّ العرشِ العظيمِ كن لي جارًا من فلانِ بنِ فلانٍ وأحزابِهِ من خلائقِكَ أن يفرطَ عليَّ أحدٌ منْهم أو يَطغى عزَّ جارُكَ وجلَّ ثناؤُكَ
ولا إلَهَ إلَّا أنتَ


Ya Allah Tuhan bagi tujuh petala langit, Tuhan bagi Arasy yang Agung, lindungilah daku daripada fulan bin fulan dan kumpulannya daripada makhluk-makhlukmu agar mana-mana dalam kalangan mereka tidak menzalimiku atau melampaui batas, Maha Agung perlindunganMu, Maha Agung pujian buatMu dan Tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Engkau.

[ Al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlak 1047, Sahih Al-Adab al-Mufrad no:545, Sahih Al-Targhib no:2237, Majma' al-Zawaid 10/140, Bazlul Ma'un no:94, hasan menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ]

Dalam lafaz Al-Baihaqi:

وشرِّ الجنِّ والإنسِ وإخوانِهم وأتباعِهم

Lindungilah aku daripada kejahatan jin, manusia dan saudara-saudara serta pengikut-pengikut mereka.

[ Rujuk Al-Da'awat al-Kabir 2/62 ]

Gantikan fulan bin fulan itu dengan nama yang kita kehendaki untuk dijauhkan dan dilindungi daripada kejahatan dan kezaliman mereka.

Doa ini juga sahih secara mauquf daripada Ibnu Abbas, Ibnu Umar dengan lafaz yang berbeza.

Jika kita menghayati doa ini kita dapat lihat bagaimana kesan Tauhid dalam doa para sahabat Nabi serta pergantungan penuh mereka kepada Allah Azza wa Jalla dalam setiap keadaan.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

18 Dec, 23:25


KEBENARAN ITU BERAT, JANGAN BERATKANNYA LAGI DENGAN AKHLAK BURUK KALIAN!

Kata Al-'Allamah Al-Albani rahimahullah:

" الحق ثقيلٌ ،فلا تثقلوهُ أكثر بسوءِ أخلاقكم ،كنتُ أعتقدُ أن المشكلةَ في الأمةِ ،مشكلةُ عقيدةٍ ! ،وتبينَ لي أنها
عقيدة⁩ ⁧ وأخلاق⁩ "

" Kebenaran itu berat, maka janganlah kalian memberatkannya lagi dengan keburukan akhlak kalian, dahulu aku meyakini bahawa kemusykilan dalam umat ini, hanyalah kemusykilan dalam akidah, dan jelas bagiku bahawa (ia sebenarnya) kemusykilan akidah dan akhlak!"

[ Silsilah al-Huda wa an-Nur no:900 ]

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

01 Dec, 09:56


PELAKON, BAKAT KEMUNAFIKAN & KEFAJIRAN YANG SEMPURNA

Kita hidup di zaman ghurbah (keterasingan agama), iaitu asingnya orang yang ingin beragama dengan agama yang benar, asingnya mereka yang ingin memperjuangkan sunnah, di zaman para penyanyi dan pelakon diangkat dan dipuja. Ulama dan ahli ilmu dihina dan dicela.

Tidak menghairankan jika si pelakon pandai berlakon, si penyanyi pandai menyanyi. Kerana itu memang tabiat dan sudah menjadi darah dagingnya.

Namun paling menghairankan adalah orang yang dianggap "Ustaz" dan "Berilmu" juga galak ingin berlakon.

Mungkin sudah kehabisan modal, tiada kitab mampu disyarah, tiada ayat Quran yang mampu ditafsir, tiada hadis dan athar yang mampu dihurai. Atau mungkin memang tiada kemampuan kerana kejahilan. Ya lakonan adalah modal terakhir dan paling mudah, tidak perlu bersengkang mata membuat bacaan atau rujukan namun segera mendapat "pujian" dan "sanjungan" ramai!.

Imam Sufyan al-Tsauri rahimahullah pernah menangis, lalu berkata:

بلغني أن العبد أو الرجل إذا كمل نفاقه ملك عينيه فبكى

Telah sampai kepadaku (daripada Salaf) mereka mengatakan: bahawa seorang hamba atau lelaki (atau perempuan) apabila telah sempurna kemunafikannya maka dia mampu mengawal kedua matanya sehingga boleh menangis (dengan mudah)

[ Syu'ab al-Iman lil Baihaqi 1/535 ]

Daripada Syu'aib al-Jubba'ie katanya:

إِذَا كَمُلَ فُجُورُ الْإِنْسَانِ، مَلَكَ عَيْنَيْهِ، فَمَتَى شَاءَ أَنْ يَبْكِيَ بَكَى

Apabila kefajiran (kejahatan) seorang manusia itu telah sempurna, dia mampu menguasai kedua matanya, bila dia suka untuk menangis maka dia boleh menangis.

[ Al-Zuhd li Ibn al-Mubarak hal 42 ]

Maksudnya, kemampuan berlakon seperti menangis, ketawa dan mengubah watak dalam sekelip mata dan seumpamanya adalah tanda kesempurnaan kemunafikan dan kefajiran (kejahatan) seseorang di sisi salaf. Semakin seseorang itu pandai berlakon, mampu mengawal riak wajah, air matanya semakin sempurna tanda kemunafikan dan kefajirannya.

Kita hidup di zaman ramainya pelakon dan sedikit sahaja mereka yang jujur dan ikhlas. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kemunafikan dan cabang-cabangnya.

Tidak perlu menangis di hadapan manusia dan kamera, tapi tangisilah dosa-dosa diri sendiri di hadapan Allah Taala ketika kamu bersendirian.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

01 Dec, 04:13


FAEDAH HADIS: MENGAPA ULAMA SALAF TERDAHULU MENGATAKAN NABI ISA A.S AKAN MENIKAHI WANITA SUKU JUZAM?

Antaranya riwayat Nu'aim bin Hammad Al-Khuzaie rahimahullah (wft:288H):

بَلَغَنِي أَنَّ» عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ، إِذَا قَتَلَ الدَّجَّالَ رَجَعَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ، فَيَتَزَوَّجُ إِلَى قَوْمِ شُعَيْبٍ خَتَنِ مُوسَى، وَهُمْ جُذَامٌ، فَيُولَدُ لَهُ فِيهِمْ، وَتُقِيمُ تِسْعَ عَشْرَةَ سَنَةً لَا يَكُونُ أَمِيرٌ وَلَا شُرَطِيُّ، وَلَا مَلِكٌ

Telah sampai kepadaku bahawa Isa bin Maryam, setelah membunuh Dajjal, akan kembali ke Baitul Maqdis. Kemudian, baginda akan berkahwin dengan kaum Syu’aib, mertua Nabi Musa, iaitu dari kalangan suku Juzam. Dari perkahwinan itu, baginda akan dikurniakan anak-anak di kalangan mereka, dan akan menetap selama sembilan belas tahun, di mana pada masa itu tidak akan ada seorang pemimpin, pegawai, atau raja.

[ Al-Fitan 2/578 ]

Catatan:

1. Nu'aim bin Hammad Al-Khuzai'e seperti kata Imam Al-Zahabi sebagai Al-Hafiz, guru kepada Imam Al-Bukhari dan Al-Bukhari berhujah dengan riwayatnya namun Ulama Hadis yang lain berbeza dalam penilaian terhadapnya. Al-Daruqutni mengatakan beliau Nu'aim adalah Imam dalam Sunnah namun banyak wahm (dalam riwayat hadis).


2. Riwayat ini diterima oleh Nuaim bin Hammad dari sudut maknanya (bukan dari sudut sanad jika ia dinilai dengan penilaian muhaddisin kemudian), kerana ada hadis yang sahih iaitu Nabi ﷺ bersabda:

الإيمانُ يَمَانٍ، هكذا إلى لَخْمٍ وجُذامٍ.

Iman itu Yaman, begitu juga kepada suku Lakhm dan Juzam.

[ HR Ahmad no: 13346, isnadnya sahih menurut Syeikh Syu'aib al-Arnauth ]

Sebahagian Ulama antaranya Abul Abbas Al-Qurtubi memaksudkan orang Islam dalam hadis-hadis akhir zaman seperti mimpi mereka tidak akan berdusta khusus merujuk kepada mereka yang beriman kepada Nabi Isa a.s.

2. Dalam riwayat Imam Muslim no: 2942 berkenaan kisah Tamim al-Dari r.a melihat Dajjal di sebuah pulau, beliau menyebutkan kepada Nabi ﷺ bersamanya ketika menaiki kapal tersebut adalah 30 orang yang beragama Nasrani (ketika itu: sebelum Islam) dalam kalangan suku Lakhm dan Juzam. Mereka ini adalah 30 orang sahabat Tamim al-Daari r.a yang telah melihat Dajjal dan Jassassah.

3. Dalam catatan Ulama Nasab antaranya Abul Abbas al-Qalqasyandi, memang suku Lakhm dan Juzam antara ahli dan mahir dalam peperangan. Justeru sebahagian Ulama Salaf antaranya Nu'aim bin Hammad pada zahirnya meyakini daripada keturunan mereka ini akan lahir pengikut-pengikut dan tentera Nabi Isa a.s yang akan menentang Dajjal dan daripada situlah mengapa Nu'aim bin Hammad Al-Khuzai' membawa balaghaat daripada Salaf (atba' tabiin) bahawa Nabi Isa a.s pada akhir zaman setelah selesai memerangi Dajjal akan mengahwini wanita daripada suku Juzam.

Tawjih sebegini penting untuk mereka yang ada pengetahuan tentang athar salaf dan belajar nasab Arab, adapun ia tidak akan bermanfaat bagi dua golongan:

1) Mereka yang menilai sanad sahaja namun tiada kemampuan untuk menganalisis makna matan (teks) athar atau hadis, atau terlalu kaku dalam menilai perawi dalam kalangan ulama hadis, perbahasan sebegini tidak akan memberi faedah ilmu kepada mereka. Tetapi bak kata salaf: قد أحسن من انتهى إلى ما سمع " Sungguh sangatlah baik orang yang berhenti pada apa yang didengarinya."

2. Golongan perosak seperti kumpulan pseudo sejarah dan teori konspirasi, apa-apa riwayat fitnah akhir zaman keluar daripada mereka maka berhati-hati kerana mereka sendiri tidak akan faham maksud yang sebenar melainkan takwilan yang batil dan ia sebenarnya akan memudaratkan mereka.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

01 Dec, 02:42


[فصل]

[في جذام أخي لخم]

وهو جذام بن عمرو بن مالك بن عدي بن الحارث بن مرة بن أدد بن زيد. ومرة هذا أخو طيء ومذحج.

ومن بطون جذام جشم بطن. وزيد بطن، وحرام بطن.

ومن بطون جشم شنوءة بطن، وبنو مالك بطن، وبنو أسلم بطن.

وقال السويدي: بنو أسلم دخلوا في بني جذيمة بن جرم بن ثعل من طيء.

ومن بطون جذام: بنو عتيب بطن. قال أبو عبيد:وعتيب هم الذين ينسبون في بني شيبان. وعتيب بن عوف من بني شيبان، وهم من جذام ولهم تنسب جفرة عتيب بالبصرة.

ومن بطون زيد بن جذام: بنو بعجة بطن من زيد، ومن بطون زيد هلبا بطن من بعجة.

المنتخب في ذكر نسب قبائل العرب للمغيري ص ٥٣

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

01 Dec, 01:10


Insya Allah kuliah bermula lewat sedikit kerana ada masalah teknikal

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

30 Nov, 06:14


https://www.facebook.com/share/p/18dJymMwJs/?mibextid=WC7FNe

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

29 Nov, 14:42


JIKA SEMUA ORANG TIDAK MAMPU MEMAAFKAN KESALAHAN & MENUTUP KETERGELINCIRANKU MAKA AKU LARI MENCARI KESELAMATAN

Kata Imam Sufyan al-Tsauri rahimahullah (wft:162H):

‏ما وجدتُ مَن يغفر لي ذنباً، ولا يستر عليّ زلة؛ فرأيتُ في الهرب من النّاس سلامة.

" Aku sudah tidak menemui ada orang yang mampu mengampuni kesalahanku , tidak juga kutemui mereka yang menutup ketergelinciranku, maka aku melihat melarikan diri daripada manusia (sedemikian sifat dan perangainya) adalah keselamatan".

[ Al-Adab al-Syariah 3/471 ]

Catatan:

1. Beliau ialah Sufyan bin Said bin Masruq Al-Tsauri, Abu Abdillah Al-Kufi. Beliau digelar oleh Syu'bah, Yahya bin Ma'in, Sufyan bin 'Uyainah, Ibnu Yaman dan ramai lagi dalam kalangan Ahli Hadis sebagai Amirul Mukminin fi Hadis dan Hafiz Faqih lagi Abid. Merupakan pemimpin bagi orang beriman dalam hadis di zamannya. Beliau Imam dalam zuhud, warak, fiqh dan ibadah.

2. Beliau termasuk dalam tabaqat ketujuh dalam kalangan perawi hadis, iaitulah tabaqat Kibar Atba' Tabiin. Beliau 10 tahun lebih tua berbanding Sufyan bin Uyainah.

3. Beliau antara Ulama yang mempunyai mazhab tersendiri kerana menguasai al-Quran, al-Sunnah dan gedung ilmu dan athar para sahabat dan termasuk mujtahid mutlak. Beliau seorang yang mustajab doanya apabila berdoa.

4. Beliau antara Ulama Rabbani yang mengamalkan ilmunya, tidak takutkan orang-orang yang mencela, dikatakan beliau tidak suka mendekati majlis umara'(pemerintah) pada zamannya kerana beliau tidak akan mampu menahan dirinya melainkan pasti beliau akan mengingkari kemungkaran yang ada. Kisah beliau dengan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur menunjukkan betapa tegasnya pendirian beliau dengan ilmunya. Beliau melarikan diri daripada jawatan-jawatan qada' yang ditawarkan kepadanya beberapa kali sehinggalah Allah menyelamatkan beliau daripada fitnah-fitnah tersebut.

5. Perkataan beliau ini boleh difahami dengan beberapa makna, yang pertama beliau seakan-akan memberitahu kepada murid-muridnya bahawa hakikat zamannya yang telah berubah, manusia mula mencari-cari ketergelinciran orang alim untuk dibesar-besarkan berbanding kemungkaran itu sendiri, manusia di zamannya mula memandang serong terhadap ulama yang tidak sukakan jawatan pemerintahan atau tawaran daripada khalifah. Perkataan beliau ini juga merujuk kepada pembantu-pembantu Khalifah yang sentiasa mencari-cari kesalahan ketergelinciran Al-Tsauri supaya beliau dapat dihukum atau dipenjara kerana mereka tidak berpuas hati mengapa orang yang sealim Al-Tsauri ini tidak mahu mengambil jawatan daripada Khalifah.

6. Beliau antara ulama yang berpandangan Uzlah disyariatkan ketika tersebarnya kezaliman pemerintah, maksiat dan dosa tidak dapat diingkari dan manusia sudah mengabaikan dan meremehkan agama mereka sebagaimana Mazhab sebahagian Sahabat Nabi. Sebahagian ulama mengatakan sebahagian Salaf terdahulu melarikan diri daripada manusia bukan kerana beranggapan diri mereka suci atau mulia, namun mereka ingin mencari keselamatan dan menjaga agama mereka, dan mereka takut sama ada keburukan mengenai mereka atau mereka yang menimpakan keburukan kepada manusia.

7. Imam Sufyan bin 'Uyainah rahimahullah pernah bermimpi setelah kewafatan Sufyan al-Tsauri beliau melihat Sufyan Al-Tsauri lalu berpesan kepadanya:

أقلل من معرفة الناس

" Sedikitkan (dirimu) untuk mengenali manusia". (yakni: jangan banyak bergaul dengan semua jenis manusia, pilihlah sahabatmu!).

Imam Abdullah bin Al-Mubarak juga pernah bermimpi menemui Sufyan Al-Tsauri, lalu ditanyakan kepada beliau: Apa yang telah Allah lakukan kepadamu?.". Jawab Sufyan Al-Tsauri:

لقيت محمد وحزبه

" Aku menemui Muhammad dan pengikutnya (Sahabat Nabi & Ashabul Hadis)".

Demikian juga dalam riwayat lain, Sufyan Al-Tsauri mengatakan: Aku dimaafkan Allah kerana aku menuntut ilmu hadis!"

[ Rujuk Al-Manamat Ibn Abi al-Dunya hal 47-48, no:44-46, sanadnya sahih ]


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

29 Nov, 14:05


ZUHUD YANG PALING SUSAH DIAMALKAN OLEH MEREKA YANG BERGELAR PEMIMPIN, ALIM, MUFTI, USTAZ ATAU PENDAKWAH.

Soalan:

Assalamualaikum ust, dalam kuliah ust tempoh hari, ustaz ada sentuh tentang zuhud yang semua orang boleh buat dan zahirkan di hadapan manusia, boleh ust jelaskan zuhud yang tak ramai orang boleh buat termasuk orang alim, ulama dan pendakwah kalau tak salah ust bagitahu tentang kalam imam sufian sauri, boleh ust jelaskan lagi perkataan beliau?. Jzkkllah khaira.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ya ada dua perkataan Imam Sufyan Al-Tsauri rahimahullah dalam perkara ini.

Pertama riwayat Yusuf bin Asbat: katanya : Aku telah mendengar Sufyan yakni Al-Tsauri rahimahullah berkata:

ما رأيت الزهد في شيء أقل منه في الرئاسة ، ترى الرجل يزهد في المطعم والمشرب والمال والثياب ، فإن نوزع الرئاسة ، حامى عليها ، وعادى

“ Aku tidak pernah melihat sesuatu pun yang paling kurang padanya sifat zuhud seperti dalam urusan kepimpinan. Engkau akan melihat seseorang itu mampu bersikap zuhud dalam (hal) makanan, minuman, harta, dan pakaian. Namun, apabila kedudukan kepimpinannya dipertikaikan daripadanya, dia akan mempertahankannya dengan bermati-matian, malah bermusuhan kerana itu .”

[ Siyar 'Alam an-Nubala' 7/261 ]

Realiti ini boleh kita lihat dalam konteks pertelingkahan segelintir orang yang dianggap ilmuwan, penunggang agama dan pihak yang melihat harta dan kuasa adalah segala-galanya, asatizah yang terfitnah dengan kemasyhuran dan seumpamanya kebanyakannya berlegar kepada untuk mendapat tempat dalam masyarakat dan sebahagian lagi sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan akidah atau berlaku zalim apabila jawatan dan kerusi pengajian, pengikut dan anak-anak muridnya digugat oleh pihak lain yang dianggap musuh.

Kedua, perkataan beliau apabila ditanya tentang zuhud, jawab beliau:

سقوط المنزلة

" Gugurnya kedudukan (yakni: cintakan kepimpinan, kedudukan dan kemasyhuran daripada hati)"

[ Hilyah al-Awliya' 7/16, Siyar 7/260 ]

Pengamalan zuhud ini boleh dilihat kepada akhlak Nabi kita ﷺ ketika ditawarkan untuk menjadi Nabi dan Raja lalu baginda menolak melainkan memilih Nabi dan hamba Allah iaitu akhirat, lihat juga bagaimana cucunda Nabi ﷺ Hasan memilih untuk menyerahkan khilafah kepada Muawiyyah untuk mengelak perpecahan, demikian Husain yang syahid ketika mempertahankan kebenaran juga Khalifah Umar bin Abd Aziz dan inilah zahir mazhab Imam Sufyan al-Tsauri dan empat Imam Mazhab yang muktabar dan saya melihat ia adalah antara satu tawjih yang sejahtera di saat berlaku zaman fitnah bagi mereka yang ingin menjauhi fitnah kepimpinan, kemasyhuran dan seumpamanya semampu mungkin semata-mata demi menjaga agamanya.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

29 Nov, 13:23


IBARAT BERJALAN DI ATAS PASIR

Kata Abdullah bin Mas'ud r.a:

المخلص لربه كالماشي على الرمل لا تسمع خطواته ولكن ترى آثاره

Orang yang ikhlas (murni hanya) kepada Tuhannya itu ibarat orang yang berjalan di atas pasir, tapak kakinya tidak didengari, tetapi engkau dapat melihat kesan-kesan jejak tapak kakinya.

[ Jaami' al-Uluw wa al-Hikam hal 202 ]

Catatan:

1. Ikhlas adalah intipati Tauhid. Cukuplah surah yang dipenuhi hanya dengan nama dan sifat-sifat Allah dinamakan dengan surah al-Ikhlas, kerana ikhlas itu tauhid dan tauhid itu ikhlas.

2. Betapa mencabarnya di zaman kita hari ini untuk mencapai keikhlasan kerana semua manusia hari ini berlumba-lumba untuk menzahirkan keikhlasan mereka di hadapan manusia namun sangat sedikit yang benar-benar ikhlas iaitulah mereka yang merealisasikan tauhid dan menjauhi kesyirikan.

3. Peringatan agar kita semua tidak memfokuskan natijah dalam amalan iaitu kesan tetapi teruskanlah berusaha mencapai keikhlasan dan usah pedulikan akan kesan seperti penerimaan manusia, penghargaan, pengikut, jawatan dan pangkat.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

28 Nov, 14:52


NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAUDARA PENUNTUT ILMU AGAR MENJADI CERDAS!

Soalan:

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Melihat situasi pertelingkahan antara asatizah dan penuntut ilmu sunnah dan salafi, apakah nasihat Ustaz kepada kami?.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Nasihat saya kepada diri sendiri dan para sahabat penuntut ilmu agar bertakwa kepada Allah dan sibukkan diri dengan menuntut ilmu, bukan menuntut "Isu", atau menyebarkan persepsi buruk sesama saudara seakidah dan semanhaj dan mengeruhkan lagi keadaan.

Antara punca utama perbalahan yang berlaku sesama penuntut ilmu atau golongan separa matang dalam ilmu dan dakwah kebanyakannya adalah bermula dengan isu "Dunia", isu kepentingan "Bisnes" "Mencari Populariti" "Berebut murid" "Berebut Projek" sehingga menatijahkan fenomena merajuk mencari peluang untuk melepaskan rasa tidak puas hati dan seumpamanya atau mereka yang terikat dengan kepentingan tersebut lalu cuba menarik isu dunia dan peribadi tersebut kepada isu "Manhaj". Atau boleh jadi ada isu dalam manhajnya yang menyeleweng lalu menarik kepada isu dunianya. Semua itu ada kelaziman antara satu sama lain.

Suka untuk saya kongsikan kalam Imam Al-Syafi'i rahimahullah dan penjelasan Al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah:

Kata Imam Al-Syafi'i rahimahullah:

يحتاج طالب العلم إلى ثلاث خصال:
‏أولها: طول العمر والثانية: سعة اليد والثالثة الذكاء".

Seorang penuntut ilmu memerlukan tiga sifat:
Yang pertama: panjang umur,
Yang kedua: keluasan rezeki,
Dan yang ketiga: kecerdasan.

Kedua-dua sifat itu dijelaskan oleh Al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah:

أما طول العمر فقصد به: دوام الملازمة للعلم، وأراد بسعة اليد: أن لا يشتغل بالاحتراف وطلب التكسب،فإذا استعمل القناعة أغنته عن كثير من ذلك".


" Adapun panjang umur, yang dimaksudkan ialah melazimi (istiqamah) dalam menuntut ilmu. Dan maksud keluasan rezeki ialah agar tidak disibukkan dengan pekerjaan dan usaha mencari nafkah (sehingga memutuskan daripada menuntut ilmu). Jika seseorang itu mengamalkan sifat qanaah (berasa cukup), ia akan mencukupkan dirinya daripada banyak perkara (kesibukan) tersebut .”

[ Al-Faqih wal Mutafaqqih hal 266 ]

Lihat keluasan rezeki disitu tidak ditafsirkan dengan "Kemewahan" atau "Kekayaan" seperti yang difahami ramai manusia hari ini sehingga mereka menggunakan ilmu pula untuk mengaut kekayaan dan menzalimi orang lain. Namun maksudnya agar melazimi sifat qanaah dan jangan tamak haloba dengan sesuatu yang bukan hak kita.

Saya tambahkan penjelasan ketiga iaitu kecerdasan, maksudnya penuntut ilmu perlu cerdas, jangan sampai dia mudah ditunggang oleh kehendak orang ramai dan kehendak orang yang berharta atau penguasa, hendaklah dia menjadi cerdas dan tidak terpengaruh dengan godaan kedua-dua golongan tersebut yang terlalu ramai hari ini yang sentiasa mencari peluang. Kerana nama dan populariti serta kekayaan di dunia hanyalah bersifat sementara sedangkan keredaan dan apa yang ada di sisi Allah itulah yang kekal abadi.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

28 Nov, 13:52


SANGKA BAIK TERHADAP SAUDARA

‏عن يونس بن عبيد أنه أصيب بمصيبة، فقيل له: ابن عون لم يأتِك. فقال: إنّا إذا وثقنا بمودة أخينا لم يَضرّه أن لا يأتينا.

Daripada Yunus bin 'Ubaid, diriwayatkan bahawa beliau ditimpa musibah, lalu dikatakan kepadanya: " Ibnu 'Aun tidak datang menziarahimu."

Beliau menjawab:

" Sesungguhnya apabila kita yakin akan kasih persahabatan saudara kita, maka tidak mengapa -tidak mudarat pun persaudaraan tersebut- jika dia tidak datang kepada kita."


[ Raudah al-'Uqala' hal 241 ]

Catatan:

Kerana mungkin saudara kita itu ada keuzuran yang tidak mahu dia khabarkan kepada kita atau diketahui orang lain. Bersangka baiklah dengan saudara dan sahabat kita.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

28 Nov, 13:07


ANTARA TANDA ILMU YANG BERMANFAAT

Kata Imam Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah (wft:795H):

‏ومن علامات العِلْم النافع: 
‏أنَّه يدل صاحبه عَلَى الهرب من الدُّنْيَا، وأعظمها الرياسة والشهرة والمدح.


Antara tanda-tanda ilmu yang bermanfaat: Ia menunjukkan kepada pemiliknya untuk lari dari dunia, dan yang paling besar daripadanya adalah kepimpinan, kemasyhuran, dan pujian.

[ Fadhl 'Ilmi al-Salaf hal 31 ]

Catatan:

1. Sebahagian golongan penuntut ilmu atau mereka yang menisbahkan diri kepadanya apabila mendengar perkataan "Lari daripada dunia" mereka terus membayangkan ia adalah bidaah kesufian atau sikap ekstrem. Namun mereka tidak memahami maksud lari daripada dunia adalah bukan bermaksud meninggalkan keseluruhan urusan dunia, namun sebahagiannya yang bersifat boleh merosakkan ilmu dan kemurnian seseorang iaitu terbatas kepada tiga "Kepimpinan", "Kemasyhuran" dan "Pujian" atau apa sahaja urusan dunia yang dapat melalaikan dan menyesatkan seseorang.

2. Kenyataan Imam Ibnu Rajab ini merujuk kepada pemahaman para ulama salaf tentang seluruh nas daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memerintahkan agar zuhud terhadap dunia dan mencela ahli dunia. Yang dimaksudkan ahli dunia adalah mereka yang melebihkan dunia berbanding akhirat. Bukan mencela dunia secara total.

3. Kepimpinan yang dicela di sini adalah kepimpinan yang boleh mengubah agama seseorang dan prinsip-prinsipnya. Dan termasuklah kepimpinan dalam agama iaitu merujuk jawatan-jawatan qadi, imam, mufti lantikan pemerintah yang jika ia diperoleh oleh seseorang ia akan mengubah prinsip dan agamanya demi memenuhi kehendak pemerintah atau orang ramai.

4. Perkara ini dapat dilihat diamalkan oleh ramai ulama salaf pada zaman fitan (fitnah-fitnah) bermaharajalela apabila mereka melarikan diri daripada jawatan kepimpinan, kemasyhuran dan pujian orang ramai semata-mata untuk menjaga agama mereka.

5. Ceteknya pemahaman golongan mutaakhirin yang melihat kemuliaan seorang ahli ilmu atau agama itu terbatas hanya kepada jawatan dan kemasyhurannya di sisi masyarakat sehingga nilai seorang itu mulia atau tidak dinilai pada pangkat dan jawatan yang disandang sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pangkat jawatan dan kemasyhuran di sisi manusia.


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

28 Nov, 08:33


TIADA KEBAIKAN APABILA AMALAN KEBAIKAN DISEBUT-SEBUT

Seorang lelaki pernah berkata kepada Qadi Ibnu Syubrumah rahimahullah (wft:144H):

‏"فعلتُ بفلان كذا،
‏وأعطيتُ فلانا كذا،
‏وخدمتُ فلانا بكذا ،

" Aku telah melakukan kepada fulan hal sedemikian (yakni kebaikan),

Aku telah berikan kepada fulan sekian dan sekian,

Aku telah berkhidmat kepada fulan dengan sedemikian dan sedemikian

Lalu jawab Qadi Ibnu Syubrumah:

لا خير في المعروف إذا أُحصِي.

" Tiada kebaikan dalam perkara makruf jika ia disebut-sebut "


[ 'Uyun al-Akhbar 3/179 ]

Catatan:

1. Qadi Ibnu Syubrumah, nama penuhnya Abdullah bin Syubrumah bin Tufail bin Hasan. Beliau ialah faqih Kufah, Imam al-'Allamah. Antara faqih Iraq yang menghimpunkan fiqh, hadis, zuhud dan warak. Dikatakan oleh guru kami ketika perbuatan meminum nabiz diharuskan dan diringankan oleh ramai ulama dan fuqaha' kufah, Ibnu Syubrumah bertindak hanya meminum air dan susu sebagai bentuk warak beliau terhadap hal tersebut.

2. Maksud perkataan beliau ini jelas tiada kebaikan dalam amalan kebaikan yang disebut-sebut oleh pelakunya sendiri kerana ia adalah termasuk bentuk mengungkit-ungkit kebaikan sendiri atau termasuk bentuk ujub terhadap diri sendiri. Sebaliknya Salaf terdahulu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan amalan kebaikan mereka sebagaimana mereka menyembunyikan dosa dan keburukan diri mereka.

3. Tiada yang dapat selamat pada hari ini daripada menunjuk-nunjuk kebaikannya sendiri atau menyebut-nyebutnya sama ada melalui tulisan, gambar, atau seumpamanya melainkan orang yang dirahmati oleh Allah Tabaraka wa Taala.



Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

28 Nov, 05:43


MUSUH YANG DATANG MENGEJUT

Bersama dengan segala marabahaya gharbi (pemikiran barat), segelintir pendakwah bertindak seakan-akan ancaman barat itu tidak wujud, mereka kurang mengikuti perkembangan semasa, politik dan perancangannya, tidak berusaha untuk memikirkan (perancangan dan strategi) untuk membantah pemikiran-pemikirannya (yang sesat) seakan-akan mereka tidak pernah mendengar apa yang diungkapkan alim jazirah arab Syeikh Al-Si'di rahimahullah:

"Mengetahui keadaan (perihal: perancangan, uslub dan wasilah) golongan kuffar itu termasuk pintu jihad yang teragung".

Maka disebabkan ghaflah, mereka hanya sibuk memerangi golongan yang sama bersama mereka dalam barisan kebangkitan Islam, mengkritik kesalahan terutamanya dalam masalah akidah ialah perkara yang wajib dan amal yang agung, tetapi mengkritik kesalahan kaum muslimin itu satu isu yang lain, menyibukkan diri dengan (berusaha membantah) bahaya yang datang dengan mengejut dan tiba-tiba itu juga satu isu lain (yang perlu difahami dan diberikan fokus).

- Dr Ja'afar Syeikh Idris, Sira' al-Hadaaraat bain 'Awlamah Gharbiyyah wa Ba'th Islami-

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Nov, 00:13


FAEDAH ATHAR: KESAN APABILA ILMU YANG DITUNTUT BUKAN UNTUK DIAMALKAN

Kata Ali bin Abi Talib r.a:

يا حملةَ العِلمِ اعملُوا به ؛ فإنما العالِمُ من عملَ ، وسيكونُ قومٌ يحملون العِلمَ يُباهي بعضُهم بعضًا حتى إنَّ الرجلَ ليغضبُ على جليسِه أن يجلسَ إلى غيرِه ، أولئِك لا تصعدُ أعمالُهم إلى السماءِ

Wahai para penuntut ilmu, amalkanlah ilmu yang kamu pelajari; sesungguhnya orang yang benar-benar berilmu ialah orang yang mengamalkan ilmunya. Akan muncul suatu kaum yang membawa ilmu, tetapi mereka saling berbangga antara satu sama lain. Sehingga ada seorang lelaki yang marah kepada temannya hanya kerana temannya itu duduk bersama orang lain. Mereka inilah yang amalan mereka tidak akan diangkat naik ke langit.

[ Musnad Al-Darimi no: 394, Jaami' Bayan al-'Ilmi wa Fadlih no: 1237, Al-Jaami' li Akhlak al-Rawi no:22, Iqtida' al-'Ilm al-'Amal no:9, mauquf munqati' menurut Al-Albani, hasan mauquf menurut Al-Hafiz Khatib al-Baghdadi dan maknanya sahih ]

Catatan:

1. Athar ini diriwayatkan dengan sanad yang lemah. Namun ia mempunyai syawahid daripada athar-athar dan hadis yang sahih. Antaranya riwayat Ibnu Majah no: 209 dengan sanad yang hasan: من تعلم العلم ليباهي به العلماء أو يماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله جهنم!

2. Salah seorang perawi dalam athar ini ialah Yahya bin Ja'dah al-Makhzumi, tabiin yang tsiqah menurut Imam An-Nasaie, Abu Hatim al-Razi, Ibnu Hibban dan Al-Hafiz Ibnu Hajar. Nenek beliau ialah Ummu Hani' binti Abi Talib r.a sepupu kepada Ali bin Abi Talib r.a. Beliau ada meriwayatkan daripada beberapa orang sahabat dengan riwayat yang mursal antaranya Ibnu Mas'ud. Zahir alasan ini menyebabkan riwayat beliau daripada Ali diterima sebagai penyokong oleh Imam Al-Darimi, Al-Khatib al-Baghdadi dan Al-Hafiz Ibnu Abdil Bar. Wallahualam.

3. Maksud saling berbangga antara satu sama lain adalah kerana mereka menuntut ilmu bukan kerana Allah, Imam Al-Darimi meletakkan dalam muqaddimah Sunannya dalam bab التوبيخ لمن يطلب العلم لغير الله " Bab Ancaman keras terhadap mereka yang menuntut ilmu kerana selain Allah".

4. Maksud amalan mereka itu tidak akan diangkat naik ke langit adalah amalan menuntut ilmu mereka dalam majlis tersebut tidak akan diterima oleh Allah. Hal ini berdasarkan lafaz Al-Darimi: أُولَئِكَ لَا تَصْعَدُ أَعْمَالُهُمْ فِي مَجَالِسِهِمْ تِلْكَ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى. Boleh juga bermaksud mereka menuntut ilmu namun tidak mengamalkan apa yang mereka tuntut lalu amalan mereka tidak diterima oleh Allah.

5. Dalam lafaz Al-Darimi dijelaskan maksud athar ini: Mereka itu golongan yang ilmu tidak melewati tenggorokan mereka (ilmu tidak masuk ke dalam hati dan membekas), amalan mereka menyalahi ilmu yang mereka pelajari, hati-hati mereka bertentangan dengan penampilan zahir mereka. Yang zahir maksudnya mereka ini seperti golongan yang berbangga dengan majlis ilmu, gemar berbangga dengan sanad dan ijazah, gelaran yang mereka ada, khatam kitab, bermajlis dengan majlis fulan dan alan namun kosong hati mereka dengan ilmu yang mereka pelajari apatah lagi ia tidak diamalkan dan diperjuangkan. Kebanyakan ulama memaksudkan mereka adalah ahli dunia, ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

24 Nov, 03:11


Shaykh Abdullah Guennoun rahimahullah berucap di hadapan Raja Maghribi terdahulu, Hassan II, tentang manhaj Salaf yang menetapkan sifat ketinggian Allah di atas langit dan menyebutkan Kitab Al-Hafiz Al-Zahabi iaitu Al-'Uluw li 'Ali Al-Ghaffar . Ini terjadi dalam salah satu pelajaran yang disiarkan secara langsung di salah satu saluran TV Maghribi.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

22 Nov, 12:13


FAEDAH TADABBUR: MAKSUD KEBERKATAN SESEORANG DI SISI SALAF

Firman Allah Taala:

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

Dan Dia menjadikan aku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada..

[ Maryam:31 ]

Kata Ibnu Mas'ud r.a maksudnya: " Yang mengajar (mua'llim) dan mendidik (muaddib)".

Kata Mujahid: " Pengajar kebaikan (mu'alimm al-khair)" dalam riwayat Laith: " Banyak memberi manfaat kepada manusia"

Kata Ata':

: أَدْعُو إِلَى اللَّهِ وَإِلَى تَوْحِيدِهِ وَعِبَادَتِهِ.

" Aku mengajak kepada Allah dan kepada Tauhid dan ibadah kepadaNya".

Keberkatan seseorang adalah bergantung sejauhmana dia menegakkan amar makruf nahi mungkar. Ini juga termasuk tafsiran Imam Sufyan al-Tsauri.

Sahl al-Tustari menjelaskan:

وَجَعَلَنِي آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ، وَأَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ، وَأُرْشِدُ الضَّالَّ، وَأَنْصُرُ الْمَظْلُومَ، وَأُغِيثُ الْمَلْهُوفَ.

“ Dan Dia menjadikan aku menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, membimbing orang yang sesat, membantu orang yang dizalimi, serta memberi pertolongan kepada yang memerlukan.”

Dinukilkan ijmak oleh Wuhaib bin al-Ward (wafat:153H) ulama dalam kalangan tabaqat atba' tabiin:

وَقَدْ أَجْمَعَ الْفُقَهَاءُ عَلَى قَوْلِ اللَّهِ: ﴿وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ﴾ ، وَقِيلَ: مَا بَرَكَتُهُ؟ قَالَ: الْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ، أَيْنَمَا كَانَ.

“ Dan para fuqaha telah bersepakat mengenai firman Allah: " Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada". Lalu ditanyakan: Apakah keberkatannya itu? Dijawab: Keberkatannya ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran di mana sahaja dia berada.”

Fakhruddin Al-Razi rahimahullah ada menyebutkan satu wajah tafsir yang menarik tentang ayat ini, iaitu katanya ketika menjawab pengutusan Nabi Isa a.s di saat berlaku penyelewengan dalam kalangan orang Yahudi dan tidak berbaki orang yang teguh dengan kebenaran (Tauhid) melainkan sedikit:

أنَّ البَرَكَةَ في اللُّغَةِ هي الثَّباتُ وأصْلُهُ مِن بُرُوكِ البَعِيرِ فَمَعْناهُ جَعَلَنِي ثابِتًا عَلى دِينِ اللَّهِ مُسْتَقِرًّا عَلَيْهِ


“ Sesungguhnya al-barakah dalam bahasa ialah keteguhan, dan asal-usulnya diambil daripada perbuatan unta duduk tetap (buruuk al-ba’ir). Maka maknanya ialah: ‘Dia menjadikan aku tetap teguh di atas agama Allah dan tetap berpegang kepadanya.’”

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

وهذا يدُلُّ على أن تعليم الرجل الخير هو البركة التي جعلها الله فيه؛ فإنّ البركة حصول الخير ونماؤه ودوامه، وهذا في الحقيقة ليس إلا في العلم الموروث عن الأنبياء وتعليمه؛ ولهذا سمى سبحانه كتابه: مباركًا

“Ini menunjukkan bahawa mengajarkan kebaikan oleh seseorang adalah keberkatan yang Allah kurniakan kepadanya. Sesungguhnya keberkatan itu ialah tercapainya kebaikan, perkembangannya, dan kekekalannya. Hakikatnya, keberkatan ini hanya terdapat dalam ilmu yang diwarisi daripada para nabi dan pengajarannya. Oleh sebab itu, Allah SWT menamakan kitab-Nya sebagai Mubarak (yang penuh keberkatan).”


[ Rujuk Tafsir Al-Sam'ani, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Kabir, Ibn Abi al-Dunya Al-Amr bil Makruf 2/193, Tafsir Al-Tabari 15/530, Miftah Dar al-Sa'adah 2/170-171 ]


Catatan:

Tiada seorang pun dalam kalangan ulama Salaf dan Khalaf yang memahami keberkatan itu bermaksud ada pada batang tubuh, jasad, air liur, peluh, janggut seseorang kecuali pada Nabi-Nabi sahaja dan apabila mereka mentafsirkan maksud berkat kesemuanya merujuk kepada penyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Justeru sesiapa yang membawa tafsiran keberkatan seseorang individu itu dengan selain atau berlawanan dengan tafsiran di atas maka dia telah menyanggahi ijmak ulama salaf dan telah tersesat daripada jalan yang lurus.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

22 Nov, 06:46


MEMELUK SAUDARA YANG BARU BALIK DARIPADA MAKKAH DENGAN KEYAKINAN DIA MEMBAWA KEBERKATAN : PENJELASAN KONSEP KEBERKATAN

Soalan:

Apa hukum jika seseorang yang memeluk dan salam saudaranya yang baru balik daripada Makkah dengan niat untuk mengambil keberkatan daripadanya?

Jawapan:

Asal hukum bersalaman, memeluk, atau mencium pipi, dahi, tangan sesama saudara kita dan seumpamanya apabila mereka baru pulang dari permusafiran hukumnya harus.

Namun perlu diperbetulkan konsep apabila ada tambahan dengan niat "Ingin mengambil keberkatan" daripada batang tubuhnya. Ini perlu dilihat daripada dua sudut:

1) Jika keberkatan yang diyakini itu adalah dari sudut keyakinan kita bahawa saudara kita yang baru balik itu balik daripada Makkah mengerjakan haji, umrah dan keberkatan itu ada pada amalan dan kebaikannya, serta terhapus dosa-dosanya sepanjang di sana, kemudian kepulangan dan keberadaannya itu dapat memberi kebaikan, nasihat, inspirasi untuk kita turut sama mendapat kebaikan dan mencontohi kebaikannya, itu tidak mengapa.

2) Jika keberkatan yang diyakini itu adalah dari sudut batang tubuhnya, anggota badannya itu sendiri secara 'ain mempunyai keberkatan ini adalah salah.

Dalilnya, Nabi ﷺ bersabda:

حَيَّ علَى أهْلِ الوَضُوءِ (حي هلا على الوضوء) ، البَرَكَةُ مِنَ اللَّهِ

Ke marilah, (bersegeralah) untuk mengambil wuduk (yang penuh keberkatan) wahai ahli wuduk! Keberkatan itu daripada Allah!.

[ HR Al-Bukhari no: 5639 ]

Kata Syeikh Abd Aziz Al-Rajhi:

أن البركة من الله وأن النبي ﷺ سبب، ولكن النبي مبارك، جعل الله فيه بركة في يده وفي جسده وما لامس جسده

Bahawasanya keberkatan itu (hanya) daripada Allah, dan Nabi ﷺ adalah sebab (yang menyampaikan keberkatan), tetapi Nabi sendiri penuh keberkatan, Allah jadikan padanya keberkatan di tangannya, di jasadnya dan apa yang disentuh jasadnya.

[ Minhah al-Malik al-Jalil Syarh Sahih Muhammad bin Ismail, jilid 10 hal 148 ]

Jadi hadis ini mengisyaratkan kepada kita keberkatan yang mutlak datang daripada Allah, dan untuk menetapkan sesuatu perkara itu berkat atau tidak wajib terhenti kepada nas (dalil). Dan Allah hanya menjadikan batang tubuh Nabi kita ﷺ sahaja yang mempunyai keberkatan, adapun selain Nabi Muhammad ﷺ sebaik mana amalannya, sesoleh mana sekalipun tidak boleh diqiyaskan dengan keberkatan yang khusus seperti ada di batang tubuhnya.

Itulah maksud bila Nabi ﷺ menegaskan keberkatan itu daripada Allah!, maksudnya aku sendiri tidak boleh menjadikan sesuatu itu berkat melainkan dengan izin Allah.

Konsep ini difahami oleh para sahabat Nabi dengan baik kerana mereka sama sekali tidak mengqiyaskan keberkatan batang tubuh yang ada pada Nabi ﷺ itu ada juga pada Abu Bakar, Umar atau Ali r.a.

Jika kita faham konsep ini maka akan jelaslah betapa bahayanya mengqiyaskan keberkatan secara mutlak kepada batang tubuh dan jasad manusia selain Nabi seperti yang banyak dilakukan oleh pengikut ajaran sesat yang bertabarruk dengan jasad, janggut atau tangan dan kaki pemimpin yang mereka kuduskan.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

21 Nov, 08:49


MELURUSKAN FAKTA TENTANG HADIS SAHIH BUKHARI

- Imam Bukhari (256H) rahimahullah telah menulis Sahih Bukhari.

- Ada sedikit hadis dalam Sahih Bukhari yang dikritik oleh para huffaz. Antara huffaz yang mengkritiknya adalah Abu Hatim Ar-Razi (277H), Ad-Daraqutni (385H) dan lain-lain.

- Ibnu Hajar (852H) telah mengumpulkan SEMUA hadis Sahih Bukhari yang telah dikritik.

- Ibnu Hajar telah mengumpulkan hadis-hadis yang dikritik oleh Ad-Daraqutni rahimahullah

- Ibnu Hajar juga telah mengumpulkan hadis-hadis yang dikritik oleh para penilai hadis selain daripada Ad-Daraqutni.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Muqaddimah Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari yang dikenali Hadyus Sari telah menyebutkan satu fasal.

Beliau berkata:

 الفصل الثامن في سياق الأحاديث التي انتقدها عليه حافظ عصره أبو الحسن الدارقطني وغيره من النقاد، وإيرادها حديثا حديثا على سياق الكتاب وسياق ما حضر من الجواب عن ذلك. اهـ.

"(Fasal Kelapan) dalam menyebutkan hadis-hadis yang dikritik oleh pakar hadis pada zamannya, Abul Hasan Ad-Daraqutni dan selain beliau, penyebutannya hadis demi hadis dengan turutan sebutan dalam kitab (Sahih Bukhari), serta jawapan bagi kritik padanya."

Kemudian Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

 وعدة ما اجتمع لنا من ذلك مما في كتاب البخاري وإن شاركه مسلم في بعضه مائة وعشرة أحاديث، منها ما وافقه مسلم على تخريجه وهو اثنان وثلاثون حديثا، ومنها ما انفرد بتخريجه وهو ثمانية وسبعون حديثا. اهـ.

"Bilangan yang terkumpul bagi kami daripada hadis yang dikritik itu dalam kitab Sahih Bukhari - walaupun ada yang sama dengan Sahih Muslim pada sebahagiannya- adalah 110 hadis. Antaranya ada yang Muslim sepakat dengan Bukhari dalam meriwayatkannya, iaitu 32 hadis. Antaranya, hadis yang Bukhari bersendiri meriwayatkannya adah 78 hadis."

Di akhir fasal tersebut, Ibnu Hajar rahimahullah berkata

 هذا جميع ما تعقبه الحفاظ النقاد العارفون بعلل الأسانيد المطلعون على خفايا الطرق وليست كلها من أفراد البخاري بل شاركه مسلم في كثير منها.. وليست كلها قادحة بل أكثرها الجواب عنه ظاهر والقدح فيه مندفع، وبعضها الجواب عنه محتمل، واليسير منه في الجواب عنه تعسف، كما شرحته مجملا في أول الفصل وأوضحته مبينا أثر كل حديث منها، فإذا تأمل المنصف ما حررته من ذلك عظم مقدار هذا المصنف في نفسه وجل تصنيفه في عينه وعذر الأئمة من أهل العلم في تلقيه بالقبول والتسليم وتقديمهم له على كل مصنف في الحديث والقديم. اهـ.

"Ini adalah SEMUA hadis yang diberikan komentar kepada Imam Bukhari oleh para HUFFAZ penilai hadis yang pakar dalam ilal sanad (kecacatan sanad hadis), yang meneliti jalur-jalur yang tersembunyi..."

-Antara tempoh wafat Imam Bukhari dan Ibnu Hajar adalah 596 tahun.

- Dalam tempoh tersebut, hadis tersebut tidak termasuk dalam hadis yang dikritik oleh mana-mana penilai hadis.

- Sepanjang tempoh itu, hadis
itu kekal sebagi hadis yang diterima oleh umat secara ijmak bahawa ia adalah hadis yang sahih.

Al-Qastallani (923H) berkata:

وقد علم أن الإجماع واقع على تلقي كتابيهما بالقبول والتسليم، إلا ما انتقد عليهما فيه.

"Sesungguhnya telah diketahui bahawa IJMAK BERLAKU terhadap kedua-dua kitab ini (Sahih Al-Bukhari dan Muslim) dengan penerimaan KECUALI APA YANG DIKRITIK. (Irshad al-Sari 1/21)

- Selepas lebih kurang daripada 1 abad (1000 tahun) hadis ini kekal sebagai hadis yang sahih secara ijmak, muncul Al-Gumari (1327-1412H) yang mengkritik hadis ini.

-Kritikan yang tiada pendahulu ini, diikuti oleh majhul dalam ilmu kritikan hadis, lalu dikutip oleh "pengutip-pengutip sampah" dari Malaysia.


Safir al-Hadith wa Salsabil al-Isnad

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

20 Nov, 11:44


https://www.youtube.com/live/Bpu5OktATqI?si=sD0JerC5LW63pvv8

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

20 Nov, 11:21


Pra-pendaftaran bagi Asasi Pengajian Islam 2025 kini telah dibuka!

Buat semua pencinta ilmu yang sedang menantikan pengambilan baru Asasi Pengajian Islam Yayasan Ta'lim, sukacita kami umumkan pengambilan 2025.

Program ini memberikan ilmu asas agama yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, sesuai untuk semua latar belakang.

Pengajian Hujung Minggu (3 jam pengajian setiap Sabtu & Ahad)
📚Tempoh - 1 Tahun (2 Semester)
💻Pengajian yang fleksible - Online via Zoom
📹Akses kepada Video & Audio Recording

🖱️Klik di sini untuk pra-pendaftaran - https://bit.ly/APIYT2025_PreRegistration

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

19 Nov, 01:47


HAKIKAT ILMU

Kata Al-'Allamah Hafiz bin Ahmad al-Hakami rahimahullah (wft:1377H):

ولا بحمل شهادات مبهرجة ... بزخرف القول من نثر ومنتظم

بل خشية الله في سر وفي علن ... فاعلم هي العلم كل العلم فالتزم


"Dan bukanlah (hakikat ilmu itu) dengan memikul sijil-sijil yang indah ... dengan perhiasan kata-kata dari prosa dan puisi

Tetapi dengan khashyah (takut) kepada Allah secara rahsia dan secara terang-terangan ... ketahuilah itu adalah ilmu, bagi segala ilmu, maka lazimilah ia "

[ Syarh Manzumah al-Mimiyah fi al-Adab al-Syar'iyyah lil Khudair 8/1 ]

Catatan:

Syeikh Hafiz al-Hakami merujuk kepada buah hasil ilmu yang hakiki adalah rasa khashyah (takutkan) Allah, bukan semata-mata berbangga dengan gelaran, sijil akademik, ijazah sanad dan seumpamanya. Syeikh merujuk kepada maksud firman Allah Taala:

إِنَّمَا یَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰۤؤُا۟ۗ

Sebenarnya orang yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu.

[ Fatir:28 ]

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

18 Nov, 14:53


MENUNTUT, MUDARASAH, MUZAKARAH DAN MENGKAJI ILMU ITU IBADAH DAN JIHAD

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (wft:751H):

وإنما جُعِلَ طلبُ العلم من سبيل الله لأنَّ به قِوامَ الإسلام، كما أنَّ قِوامَه بالجهاد، فقِوامُ الدِّين بالعلم والجهاد.

والمقصودُ أنَّ سبيلَ الله هي الجهادُ وطلبُ العلم ودعوةُ الخلق به إلى الله، ولهذا قال معاذٌ رضي الله عنه:«عليكم بطلب العلم؛ فإنَّ تعلُّمَه لله خشية، ومدارستَه عبادة، ومذاكرتَه تسبيح، والبحثَ عنه جهاد»

" Sesungguhnya menuntut ilmu di jalan Allah adalah tonggak Islam, sebagaimana agama ditegakkan dengan ilmu dan jihad. Maksud jalan Allah adalah jihad dan menuntut ilmu, serta berdakwah (mengajak) manusia kepada Allah. Oleh sebab itu, Muaz (bin Jabal r.a) berkata:

" Tuntutlah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah khashyah (hasilnya menjadikan kamu takutkan Allah), mudarasahnya (saling mempelajarinya) adalah ibadah, muzakarahnya (saling ulangkaji dan mengulanginya) adalah tasbih, mencari (dan mengkajinya) adalah jihad. "

[ Miftah Dar al-Sa'adah 1/191-192 ]


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

18 Nov, 04:20


Untuk dapatkan buku boleh beli di pautan di bawah:

https://karyapis.com/product/akidah-salaf-dan-para-ahli-hadis/?aff=belibuku

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

18 Nov, 04:20


KENYATAAN IMAM AL-SOBUNI RAHIMAHULLAH TERHADAP MEREKA YANG BERDUSTA ATAS NAMANYA: IAITU MENDAKWA BELIAU ASY'ARI

Kata Imam Abu Uthman Ismail bin Abd Rahman Al-Sobuni rahimahullah (wft:449H) ketika menyifatkan seluruh tuduhan dan gelaran buruk ahli bidaah terhadap Ahli Sunnah, Athar dan Ashabul Hadis:

وكل ذلك عصبية، ولا يلحق أهل السنة إلا اسم واحد، وهو أصحاب الحديث.

Dan semua itu adalah sikap asabiyah (fanatik), dan tidak melekat (bergabung) Ahli Sunnah melainkan (dengan) satu nama sahaja: iaitu Ashabul Hadis


[ Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith hal 305, Dar al-'Asimah ]

Catatan:

1. Konteks kenyataan Imam Al-Sobuni ini adalah setelah beliau menukilkan perkataan Imam Abu Hatim al-Razi berkenaan gelaran Ahli Bidaah terhadap Ahli Sunnah dan Athar adalah Hasyawiyyah, Qadariyyah, Mujbirah, Musyabbihah, Nabitah dan Nasibah. Tiada di situ gelaran Asya'irah ditujukan kepada ahli athar dan hadis. Jika Al-Sobuni seorang Asya'ari sebagaimana di dakwa segelintir mereka yang terdesak sudah tentu beliau akan menyebutkannya. Namun jelas terpancar kebanyakan golongan mutaakhirin yang menisbahkan kepada Asya'irah hari inilah yang gencar menuduh akidah Ashabul Hadis sebagai Hasyawiyyah dan Musyabbihah.

2. Nama Kitab beliau jelas dapat difahami semua orang yang berakal dan boleh membaca iaitu Aqidah Al-Salaf wa Ashabul Hadith. Dimana bukti menunjukkan beliau mengaku sebagai Asya'irah? ia tiada lain melainkan hanyalah telahan golongan mutaakhirin yang syaz.

3. Seluruh catatan dan nukilan tarjamah (biografi) Ulama yang sezaman yakni murid-muridnya atau setelah beliau menyifatkan beliau sebagai Salafi akidah, Imam Ahli Athar, Syeikhul Islam. Tiada mana-mana bukti yang konkrit yang menunjukkan dakwaan beliau seorang Asy'ari melainkan hanyalah telahan golongan yang terdesak.

4. Kenyataan beliau di atas sebenarnya menjawab seluruh telahan dan dakwaan dusta ke atas beliau hari ini, kerana bagi beliau seluruh penamaan dan nisbah gelaran selain kepada Ahli Sunnah, Athar dan Hadis adalah termasuk asabiyah (fanatik) boleh difahami daripada perkataan beliau juga termasuklah penamaan dan gelaran Asya'irah kerana ia jelas penisbatan kepada seorang individu dan bukan mewakili kepada Sunnah, Athar ataupun hadis Nabi ﷺ.

Inilah zahir perkataan Imam Al-Sobuni dan demikianlah yang dikhabarkan oleh guru-guru dan masyaikh kami yang mengajar kami tentang kandungan akidah Imam Al-Sobuni iaitu Akidah Salaf dan Ashabul Hadis.


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

17 Nov, 01:12


*AlBaraka Relief*
_albarakarelief.org.my_

🇾🇪 *Yaman* sangat mengharapkan bantuan kita. Jika tidak, banyak, sedikit pun kita boleh buat mereka tersenyum.

❄️ *Musim sejuk* akan bermula tak lama lagi. Selain makanan, selimut merupakan keperluan utama waktu itu.
Sepanjang seminggu lalu, kita telah menghantar lebih *RM25 ribu* ke sana.

📲 Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

💸 Salurkan bantuan ke akaun Maybank *Albaraka Relief,* *_5686 2105 5155_* dengan meletakkan referens *aid4yemen* .

*Abu Muhammad Akbar Azmi*
_Pengerusi AlBaraka Relief & Alumni Pelajar Yaman_

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

16 Nov, 23:42


Kata Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah:

ومن علامات العلم النافع أن صاحبه لا يدعي العلم ولا يفخر به على أحد ولا ينسب غيره إلى الجهل إلا من خالف السنة وأهلها فإنه يتكلم فيه غضبا لله لا غضبا لنفسه ولا قصدا لرفعتها على أحد

" Antara tanda-tanda ilmu yang bermanfaat pemiliknya tidak mendakwa dan menganggap diri sudah memiliki ilmu juga tidak berbangga dengan ilmunya terhadap orang lain, dan tidak menisbahkan kejahilan kepada orang selainnya kecuali mereka yang menyelisihi Sunnah dan ahlinya, maka dia perlu bercakap dan menegur berkenaannya (penyelisihan itu) dalam keadaan marah kerana Allah bukan marah kerana untuk mempertahankan dirinya sendiri tidak juga bertujuan untuk meninggikan diri dan kedudukannya terhadap orang lain"

فضل علم السلف على علم الخلف ص 85


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

16 Nov, 11:40


AHLI BIDAAH & ORANG JAHIL YANG MENYERUPAI ALIM ULAMA

Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:

‏ أهل البدع والضلالة ومن تشبه بالعلماء وليس منهم ، فيجوز بيان جهلهم ، وإظهار عيوبهم ، تحذيراً من الاقتداء بهم .

Ahli bidaah dan kesesatan, serta mereka yang menyerupai para ulama tetapi sebenarnya bukan dalam kalangan mereka, maka harus untuk menjelaskan kejahilan mereka dan menzahirkan keaiban mereka sebagai peringatan agar (manusia) tidak mencontohi (kejahatahan) mereka.

[ Al-Farqu Baina an-Nasihah wa al-Ta'yir hal 36 ]

Wallahualam.

MFAZ.‏

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Nov, 14:01


HADIS LAKNAT ALLAH KE ATAS YAHUDI & NASRANI MENJADIKAN KUBUR PARA NABI & ORANG SOLEH MEREKA SEBAGAI TEMPAT IBADAT: KRITIKAN RINGKAS KE ATAS KENYATAAN DR YUSRI JABR

1. Kenyataan dan kritikan seorang tokoh yang bernama Dr Yusri Jabr terhadap hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim khususnya hadis tentang laknat Nabi ﷺ terhadap Yahudi dan Nasrani kerana menjadikan kubur para Nabi dan orang soleh mereka sebagai tempat ibadat sebenarnya adalah bersifat tidak ilmiah, bias dan terzahir ciri-ciri intellectual myopia (minda sempit atau rabun kerana hanya melihat maklumat yang sesuai dengan kepercayaannya sahaja) bahkan sangat berbahaya apabila jelas-jelas menolak hadis yang muhkam kerana hadis tersebut diucapkan oleh baginda ﷺ ketika baginda gering dan hampir kewafatannya (menunjukkan ia bukan hadis yang mansukh), ia mencapai tahap tertinggi dari sudut kesahihannya dan yang telah diriwayatkan secara mutawatir.

2. Bagi sesiapa sahaja yang ada asas dalam ilmu hadis, pernah menelaah kitab-kitab hadis yang muktabar seperti Al-Sahihain (Al-Bukhari & Muslim) juga baki Kutub al-Sittah & Tis'ah ( Abu Daud, Al-Tirmidzi, An-Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad dll) tidak akan asing dengan hadis tersebut. Ditambah lagi dengan nikmat teknologi seperti enjin carian Maktabah Syamilah, Baahis al-Hadith Durar al-Saniyah dll pasti akan merasa janggal dan pelik dengan kenyataan Dr Yusri tersebut.

3. Kenyataan beliau kononnya Yahudi dan Nasrani membunuh Nabi mereka dan bukan mengagungkan kuburan Nabi mereka juga menunjukkan kejahilan beliau yang bersifat "murakkab" kerana seakan-akan beliau tidak pernah menelaah kitab-kitab tafsir yang muktabar tentang ayat 21 surah Al-Kahfi, iaitu perbezaan pendapat dalam kalangan mufassirin salaf tentang siapakah yang mengucapkan perkataan perintah untuk membina masjid di kubur atau di hadapan gua Ashabul Kahfi, ada tiga pendapat: 1) Muslimin 2) Ahli Syirik 3) Pemerintah di zaman tersebut. Jika diteliti Al-Hafiz Ibnu Kathir mentarjihkan mereka adalah pemerintah di zaman tersebut, dan pemerintah di zaman tersebut jelas mengikut satu pendapat salaf beragama Nasrani dan Nasrani turut sesat mengikuti kebiasaan Yahudi dalam membina masjid di kuburan. Asasnya menunjukkan mufassirin menerima hadis yang ditolak oleh Dr Yusri itu untuk mengistinbat dan mentarjih tafsiran mereka. Justeru dimana asas penolakan Dr Yusri tersebut jika hendak dibandingkan dengan penerimaan ulama salaf terhadap makna hadis tersebut?.

4. Jika kita teliti pula penjelasan dalam kalangan Syurrah hadis (pensyarah hadis) kita juga tidak akan dapati mereka mengkritik atau menghukum hadis tersebuf sebagai syaz bahkan mereka menerima kesahihannya serta berhujjah dengannya. Contohnya Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah ketika mengulas panjang tentang maksud hadis ini lalu beliau menjelaskan:

لَمَّا أَفْرَدَ الْيَهُودُ فِي الْحَدِيثِ الَّذِي بَعْدَهُ قَالَ: قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ، أَوِ الْمُرَادُ بِالِاتِّخَاذِ أَعَمُّ مِنْ أَنْ يَكُونَ ابْتِدَاعًا أَوِ اتِّبَاعًا، فَالْيَهُودُ ابْتَدَعَتْ وَالنَّصَارَى اتَّبَعَتْ، وَلَا رَيْبَ أَنَّ النَّصَارَى تُعَظِّمُ قُبُورَ كَثِيرٍ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ الَّذِينَ تُعَظِّمُهُمُ الْيَهُودُ.


Apabila disebut secara khusus tentang kaum Yahudi dalam hadis yang selepasnya, baginda berkata: “kubur nabi-nabi mereka.” Atau yang dimaksudkan dengan “menjadikan” itu lebih umum, sama ada ia merupakan inovasi (ibtida':bidaah) atau ikutan (ittiba'). Maka kaum Yahudi membuat bidaah tersebut dan kaum Nasrani mengikutinya. Tidak diragukan lagi bahawa kaum Nasrani juga mengagungkan kubur banyak nabi yang diagungkan oleh kaum Yahudi.

[ Rujuk Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari 1/533 ]

Jelas Al-Hafiz Ibnu Hajar sendiri menyebutkan realiti yang dinafikan oleh Dr Yusri atau yang sengaja diselewengkan oleh Dr Yusri.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Nov, 14:01


5. Mereka yang belajar asas perbandingan agama, atau boleh merujuk kitab-kitab Yahudi dan Nasrani sama ada dalam bahasa asal mereka atau terjemahan dan jika dia faham betul selok belok sejarah penyelewengan dalam Yahudi dan Nasrani dengan benar, nescaya akan jelas dan mengatakan kenyataan Dr Yusri itu sangat bercanggah dengan realiti sejarah dan fakta dalam Yahudi dan Nasrani sendiri. Dan teks-teks tersebut bukan susah untuk dicapai pun di zaman kini. Saya cukupkan dengan satu sahaja teks daripada Injil Matthews dalam bahasa Yunani contohnya:

Οὐαὶ ὑμῖν, γραμματεῖς καὶ Φαρισαῖοι ὑποκριταί, ὅτι οἰκοδομεῖτε τοὺς τάφους τῶν προφητῶν καὶ κοσμεῖτε τὰ μνημεῖα τῶν δικαίων,

Woe unto you, scribes and Pharisees, hypocrites! because ye build the tombs of the prophets, and garnish the sepulchres of the righteous

Celakalah kamu, wahai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, wahai kamu orang-orang munafik, sebab kamu membangun makam nabi-nabi dan memperindah tugu orang-orang saleh [ Matthews 23:29 ]

Bagi sesiapa yang mengkaji sejarah Nabi Isa a.s akan tahu bahawa musuh utama dakwah Tauhid Nabi Isa a.s adalah Yahudi beraliran dan bermazhab Farisi (Pharisee) dan mereka inilah yang membuat bidaah membina makam-makam dan memperindahkannya serta menyembahnya sehinggakan Nabi Isa a.s melaknat mereka. Dipendekkan cerita aliran Farisi ini adalah Kuburi dalam kalangan Yahudi (untuk mudah faham).

Justeru teks ini juga jelas membuktikan kesahihan hadis yang dikritik oleh Dr Yusri tersebut dari sudut maknanya menepati apa yang dinyatakan oleh Nabi ﷺ tentang laknat ke atas Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para Nabi dan orang soleh mereka sebagai tempat ibadat.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Nov, 07:11


KALIAN DIBERI REZEKI DAN DIBANTU OLEH ALLAH DISEBABKAN OLEH ORANG-ORANG YANG LEMAH DALAM KALANGAN KALIAN

Apabila melihat fenomena orang-orang berpengaruh, kaya diangkat, dikejar dan dihampiri bahkan diberi pula gelaran "Ilmiah" atau "Profesor" kemudian disangka ia adalah sebab kemenangan dan rezeki, ia jelas berbeza sama sekali dengan apa yang disabdakan oleh baginda Nabi ﷺ.

Tidak terlepas fenomena ini berlaku kepada orang agama dan ilmuwan yang berlumba-lumba inginkan tempat dan kedudukan di sisi orang kaya, berpengaruh dan ada jawatan dengan sangkaan itulah satu-satunya faktor kemenangan dan rezeki!

Suatu hari Saad bin Abi Waqqas r.a melihat atau menyangka beliau mempunyai kedudukan lebih berbanding seseorang yang di bawah kedudukannya, lalu Nabi ﷺ menegur Saad:

هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلَّا بِضُعَفَائِكُمْ ؟

Bukankah kalian diberikan pertolongan dan diberikan rezeki disebabkan oleh orang-orang yang lemah dalam kalangan kalian?

[ HR Al-Bukhari no: 2896 ]

Dijelaskan maksud hadis ini dalam lafaz riwayat Imam An-Nasaie:

إِنَّمَا يَنْصُرُ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ بِضَعِيفِهَا ؛ بِدَعْوَتِهِمْ، وَصَلَاتِهِمْ، وَإِخْلَاصِهِمْ ".

Sesungguhnya Allah membantu umat ini disebabkan oleh orang yang lemah, disebabkan doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka!

[ HR An-Nasaie no: 3178 ]

Dalam riwayat Imam Abu Daud:

ابغوني الضُّعفاءَ، فإنَّما تُرزَقونَ وتُنصَرونَ بضُعفائِكُم

Carikanlah kepadaku orang-orang yang lemah (untuk dijaga dan dilimpahkan ihsan), kerana sesungguhnya kalian diberikan rezeki dan diberikan pertolongan disebabkan (keberadaan) orang-orang yang lemah dalam kalangan kalian!.

[ HR Abu Daud no: 2594 ]

Kata Ibnu Battal rahimahullah ketika menjelaskan hadis ini:

أن الضعفاء أشد إخلاصا في الدعاء وأكثر خشوعا في العبادة لخلاء قلوبهم عن التعلق بزخرف الدنيا

Orang-orang yang lemah lebih kuat keikhlasannya dalam doa dan lebih khusyuk dalam ibadah kerana kosongnya hati-hati mereka daripada pergantungan dengan segala perhiasan dunia.

[ Rujuk Fathul Bari Syarh Sahih ak-Bukhari ]

Catatan:

1. Hadis ini jelas menunjukkan bantuan, rezeki dan pertolongan Allah akan bersama dengan orang-orang yang lemah, ditindas dan mereka yang nampak lekeh di sisi manusia kerana disebabkan keikhlasan doa, ibadah dan kemurnian hati mereka. Berbeza dengan sangkaan ramai manusia hari ini.

2. Hadis ini bukanlah menunjukkan orang yang kuat, kaya atau berpengaruh itu tidak boleh menjadi asbab kepada kemenangan dan bantuan Allah namun ia jelas menunjukkan teguran Nabi ﷺ jika ada bentuk penghinaan atau merasa sombong terhadap golongan yang lemah dan ditindas maka kemurnian doa mereka yang lemah itu lebih kuat berbanding kesombongan orang yang kuat, kaya atau berpengaruh.

3. Peringatan daripada Nabi ﷺ agar sentiasa melazimi sifat tawaduk dan larangan menghina atau memperlekeh manusia lain terutama terhadap mereka yang dipandang lemah atau lekeh di sisi manusia kerana tiada jawatan, harta atau pengaruh di sisi manusia.

4. Pengajaran untuk kita agar tidak melihat faktor kemenangan, rezeki dan pertolongan Allah hanya tertumpu kepada pergantungan terhadap orang kaya, berpengaruh atau orang yang berkuasa semata-mata kerana rezeki dan kemenangan itu hanyalah mutlak milik Allah!


Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Nov, 03:22


https://youtu.be/2b2QjibYBV0?si=W6oNjt2DUz-gyu-p

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Nov, 03:18


📣 The Straight Path Convention 2024 – Prophetic Legacy: Empowering Next Gen! 📣
We are excited to bring you The Straight Path Convention's 10th anniversary, with the theme: “PROPHETIC LEGACY: Empowering Next Gen”! This year's convention promises to be a transformative experience, featuring internationally renowned scholars and speakers, delivering high-quality lectures on Islam, rooted in the Qur’an and Sunnah.
Our incredible lineup includes:
Ustadh Hisham Abu Yusuf
Sheikh Bilal Ismail
Dr. Sajid Umar
Dr. Hassan Akbar
Dr. Ibrahim Nuhu
🎤 Brother Hamza Tzortzis will be moderating this year's powerful sessions!
Join us in Kuala Lumpur this November for a spiritually enriching experience as we explore how to prepare the next generation to lead with faith, wisdom, and resilience in a challenging world.
📅 Don’t miss out – secure your tickets today!
Scan the QR code in the video or click the link:
https://ticket.thestraightpath.com.my/.../prophetic...
#tspconvention
#propheticlegacy


Admin Al-MAFAZ

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Nov, 02:35


AHLI HADIS YANG SEBENAR YANG MENGIKUTI HADIS ZAHIR DAN BATIN.

Antara salah faham segelintir penuntut ilmu dan masyarakat, mereka hanya nampak Ahlul Hadis yang dimaksudkan sebagai Firqah An-Naajiah (kelompok yang selamat) adalah mereka yang berkecimpung dalam bidang hadis semata-mata, yang ada ijazah, master, dan PHD dalam ilmu hadis atau mereka yang banyak ijazah sanad hadisnya.

Mereka terlupa berapa ramai yang sibuk berkecimpung dalam ilmu hadis dan mendakwa mereka berpegang dengan manhaj ahli hadis namun terperangkap dalam lembah syubhat dan kesesatan ilmu kalam, menyeru kepada sikap ghuluw kepada orang soleh, beristighasah memohon kepada orang yang sudah mati, ta'til dan ilhad (menafikan dan menyelewengkan) sifat-sifat Allah Ta'ala, menolak autoriti hadis ahad dalam akidah, menolak autoriti ijmak, menyeru kepada bidaah dan lain-lain lagi penyelewengan dalam akidah dan syariat.

Benar kata Waki' rahimahullah :

من طلب الحديث كما جاء فهو صاحب السنة، ومن طلبه ليقوي به رأيه،فهو صاحب بدعة

" Barangsiapa yang menuntut (ilmu) hadis sebagaimana ia datang maka dia ialah Ahli Sunnah, dan barangsiapa yang menuntutnya hanya untuk menguatkan pendapatnya maka dia ialah ahli bidaah "

[ Zammul Kalam Wa Ahlihi hlm 198, Cet.Dar Al-Imam Al-Awwal Riyadh 2012 ]

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah :

ونحن لا نعني بأهل الحديث المقتصرين على سماعه، أو كتابته أو روايته، بل نعني بهم: كل من كان أحق بحفظه ومعرفته وفهمه ظاهراً وباطناً، واتباعه باطناً وظاهراً

" Kami tidak memaksudkan Ahli Hadis itu hanya terhad kepada golongan yang hanya sibuk mendengarnya, menulisnya atau meriwayatkannya, bahkan yang kami maksudkan mereka itu ialah: Sesiapa sahaja yang paling berhak dalam menjaganya, mengenalinya dan memahaminya secara zahir dan batin dan mengikutinya secara batin dan zahir. "

[ Majmuk Al-Fatawa 4/95 ]

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

11 Nov, 09:28


BENARKAH AKIDAH IMAM AL-BUKHARI MUFAWWIDAH ASYA'IRAH?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz, ada dakwaan mengatakan Imam Al-Bukhari juga Asya'irah, katanya dalam kalangan Muwaffidah Munazzihah dalam kalangan Asya'irah. Mohon Ustaz jelaskan.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ini jelas dakwaan dusta dan melampau serta terdesak datang daripada golongan yang jahil dan tiada rasa malu. Imam Al-Bukhari (wft:256H) akidahnya adalah akidah Salaf dan para Ahli Hadis. Secara ringkas jawapan ana:

1. Imam Al-Bukhari lahir pada tahun 194 Hijrah dan wafat pada tahun 256 Hijrah. Manakala Abul Hasan Al-Asy'ari, Imam yang dinisbahkan kepadanya mazhab Asya'irah lahir pada tahun 260 Hijrah dan wafat pada tahun 324 Hijrah. Persoalannya bagaimana seorang Imam yang mulia mengikut atau menepati mazhab seorang tokoh yang lahir empat tahun setelah kewafatannya?. Ini fakta paling asas yang wajib masyarakat umum hadamkan sebelum mempercayai kekarutan dakwaan tersebut.

2. Untuk mengetahui Akidah Imam Al-Bukhari mestilah merujuk tulisan asal beliau dan murid-murid beliau. Antaranya Al-Jaami' al-Sahih yakni Sahih al-Bukhari. Rujuklah Kitab Tauhid iaitu kitab terakhir dalam Sahih al-Bukhari, rujuk juga Kitab Al-Iman daripada Sahih beliau dan kitab-kitab akidah beliau seperti Khalq Af'alu al-'Ibad, ia jelas bantahan beliau terhadap Jahmiyyah dan Ashab Ta'til. Lihat apa kata para pentahqiq yang adil dan terpecaya, bukan hanya mendengar dakwaan dusta daripada mereka yang pandai mendakwa tanpa membawa bukti dan tiada malu menipu orang yang jahil.

3. Untuk mengetahui Akidah Imam Al-Bukhari perlu lihat kesan akidahnya yang dibawa oleh murid-murid beliau, antara murid besar beliau ialah Imam Muslim bin Hajjaj An-Naisaburi (wft:261H) Imam Abu Hatim al-Razi (wft:277H), Al-Imam Ibnu Abi 'Asim (wft:287H) pengarang Al-Sunnah , dan lain-lain, demikian juga Imam Muhammad bin Ishak Ibnu Khuzaimah (wft:311H), rujuklah Kitab Tauhid dan kitab-kitab akidah yang dikarang oleh murid-murid Imam Al-Bukhari ini yang sangat banyak nescaya akan jelas apa itu hakikat akidah Imam Al-Bukhari.

4. Imam Al-Lalakaie Al-Syafi'i rahimahullah (wft:418H) memasukkan akidah beliau sebagai akidah yang diikuti dan diriwayatkan daripada golongan Salaf dan para Ahli Hadis iaitu mereka tidak mentakwil sifat-sifat Allah Taala dan tidak juga mentafwidh makna namun mentafwidh hakikat dan kaifiyat.

Nasihat dan seruan ana, jika pendakwa tersebut dengan berani mendakwa dengan dakwaan sedemikian mintakan bukti dan fakta bukan hanya berani mendakwa sesuatu pendustaan tanpa membawa bukti. Bagi ahli ilmu khususnya dalam kalangan Ahli Sunnah dan Ahli Hadis wajib untuk menjelaskan penipuan dan pendustaan ini dan tidak boleh hanya membiarkan pendustaan ini disebarkan kepada masyarakat, kerana dakwaan dan tohmahan terhadap akidah seseorang tokoh adalah sesuatu yang berat implikasinya kerana ia adalah satu bentuk pendustaan yang nyata.



Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

10 Nov, 23:33


FAEDAH ATHAR: DOA IMAM AHMAD BIN HANBAL AGAR DIPELIHARA ALLAH DARIPADA SUKA MEMINTA DARIPADA ORANG LAIN

Imam Abu Nu'aim al-Asbahani meriwayatkan dengan sanadnya sehinggalah sampai daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal rahimahullah katanya:

كُنْتُ أَسْمَعُ أَبِي كَثِيرًا يَقُولُ فِي سُجُودِهِ

Aku sering mendengar bapaku (yakni: Imam Ahmad bin Hanbal) banyak berdoa dalam sujudnya:

اللَّهُمَّ كَمَا صُنْتَ وَجْهِي عَنِ السُّجُودِ لِغَيْرِكَ فَصُنْ وَجْهِي عَنِ الْمَسْأَلَةِ لِغَيْرِكَ

" Ya Allah sebagaimana Engkau telah menjaga wajahku daripada sujud kepada selainMu maka peliharalah wajahku daripada meminta (sesuatu) kepada selainMu "

فَقُلْتُ لَهُ:أَسْمَعُكَ كَثِيرًا تَقُولُ فِي سُجُودِكَ فَعِنْدَكَ فِيهِ أَثَرٌ، فَقَالَ لِي:

Lalu aku bertanya kepadanya: Aku selalu mendengar banyak sekali engkau membaca doa tersebut dalam sujudmu, adakah engkau (wahai ayahku) ada sandaran (doa tersebut) daripada athar? Maka jawab beliau kepadaku:

نَعَمْ، كُنْتُ أَسْمَعُ وَكِيعَ بْنَ الْجَرَّاحِ كَثِيرًا مَا يَقُولُ هَذَا فِي سُجُودِهِ، فَسَأَلْتُهُ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ: نَعَمْ، كُنْتُ سَمِعْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيَّ يَقُولُ هَذَا كَثِيرًا فِي سُجُودِهِ فَسَأَلْتُهُ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ: نَعَمْ، كُنْتُ أَسْمَعُ مَنْصُورَ بْنَ الْمُعْتَمِرِ يَقُولُ هَذَا كَثِيرًا

Ya, aku telah mendengar Waki' bin al-Jarrah banyak mengucapkan doa ini dalam sujudnya, lalu aku bertanyakannya sebagaimana engkau bertanya kepadaku, lalu dia menjawab: Ya, aku telah mendengar Sufyan al-Thauri banyak mengucapkan doa ini dalam sujudnya lalu aku bertanyakannya sebagaimana engkau bertanya kepadaku lalu dia menjawab: Ya, aku telah mendengar Mansur bin al-Muktamir banyak mengucapkan doa ini (juga dalam sujudnya)"

[ Hilyah al-Awliya' 9/233, Manaqib al-Imam Ahmad Ibnul Jauzi hal 392 ]

Catatan:

1. Doa ini sampai kepada Atba' Tabiiin iaitu Imam Mansur bin Al-Muktamir (wft:132H). Al-Hafiz Al-Zahabi menyebutkan beliau ialah Imam bagi ilmu dan termasuk Kibar Al-Huffaz athbat (sempurna keadilan dan dabitnya). Menunjukkan antara Mazhab Imam Ahmad beliau sangat mendahulukan athar dalam setiap perkara termasuk dalam pemilihan lafaz doa.

2. Bagaimana didikan Imam Ahmad terhadap anaknya agar bertanya sumber athar dalam setiap perkara termasuk dalam lafaz doa.

3. Banyak meminta apa-apa hajat kepada manusia termasuk perkara yang boleh mengurangkan kesempurnaan Tauhid dan boleh menjatuhkan air muka (maruah), kerana asalnya seorang hamba dia wajib meminta hanya kepada Tuhannya.

4. Dalam hadis Nabi ﷺ antaranya dalam Jaami' Al-Tirmidzi no: 650, 651 dan 681, Abu Daud dalam Sunannya no:1639 dan selainnya disebutkan golongan yang suka meminta harta benda manusia tanpa hak dan hajat yang terdesak atau dengan tujuan untuk bermewah-mewahan (sedangkan dia sudah mencukupi) dia akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan tiada sepotong daging pada wajahnya, juga mencakar wajahnya sendiri. Inilah salah satu hikmah mengapa Salaf meminta dalam doa mereka agar dijaga wajah mereka daripada meminta kepada selain Allah.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

10 Nov, 12:11


FAEDAH HADIS: KISAH ARAB BADWI DAN DOA NABI ﷺ KETIKA MENZIARAHINYA

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أَعْرَابِيٍّ يَعُودُهُ. قَالَ : وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَى مَرِيضٍ يَعُودُهُ قَالَ : " لَا بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ". فَقَالَ لَهُ : " لَا بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ". قَالَ : قُلْتَ : طَهُورٌ ؟ كَلَّا بَلْ هِيَ حُمَّى تَفُورُ - أَوْ تَثُورُ - عَلَى شَيْخٍ كَبِيرٍ، تُزِيرُهُ الْقُبُورَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " فَنَعَمْ إِذَنْ ".

Bahawa Nabi ﷺ pernah menziarahi seorang Arab Badwi yang sedang sakit. Adalah Nabi ﷺ ketika menziarahi orang sakit, baginda akan berkata: “Tidak mengapa, semoga menjadi penyuci dosa, insyaAllah.” Maka baginda pun berkata kepadanya: “Tidak mengapa, semoga menjadi penyuci dosa, insyaAllah.” Lelaki itu menjawab: “Penyuci dosa engkau katakan ? Tidak! Bahkan ini adalah demam yang sedang membara atau bergejolak pada seorang lelaki tua, yang akan membawanya ke kubur.” Maka Nabi ﷺ pun bersabda: “Kalau begitu, baiklah.”

[ HR Al-Bukhari no: 3616 ]

Catatan:

1. Termasuk Sunnah Nabi ﷺ adalah mengucapkan doa la ba'sa tohurun insya Allah ketika menziarahi pesakit. Dan ia bermaksud jelas mengingatkan kepada seorang yang diuji dengan kesakitan bahawa penyakitnya itu menjadi sebab kepada penyucian dosa.

2. Jawapan arab badwi kepada Nabi ﷺ : “Penyuci dosa engkau katakan ? Tidak! Bahkan ini adalah demam yang sedang membara atau bergejolak pada seorang lelaki tua, yang akan membawanya ke kubur.” menunjukkan penentangan beliau terhadap ucapan tersebut, ia ada dua kemungkinan mengapa si badwi itu membalas dengan demikian, pertama kerana dia seorang badwi dan badwi dikenali dengan kekerasan hati, atau kerana kesombongannya terhadap ucapan Nabi ﷺ itu. Kemungkinan yang lain boleh jadi kerana kesakitannya dia tidak dapat bersabar lalu membalas doa Nabi ﷺ itu dengan kasar. Kesemua kemungkinan tersebut terzahir pada jawapan kasarnya itu.

3. Hadis ini menunjukkan ramai manusia ketika dalam keadaan sakit, tidak mampu bersyukur atau bersabar dengan ujian yang menimpanya bahkan hanya semata-mata melihat sisi kesakitan tanpa melihat sisi rahmat Allah dalam ujian penyakit. Jika ini berlaku ketika di zaman Nabi ﷺ , maka tidaklah menghairankan jika di zaman kita ini ada yang mempertikaikan pula doa atau ucapan baik yang diungkapkan berdasarkan hadis Nabi ﷺ yang jelas memperingatkan tentang dosa.

4. Jawapan Nabi ﷺ : “Kalau begitu, baiklah.” Menunjukkan akhlak baginda yang tinggi, baginda tidak membalas jawapan kasar Badwi tersebut, tetapi hanya menjawab dengan jawapan yang ringkas iaitu membiarkan arab badwi tersebut dengan kemarahan dan ketidaksabarannya. Sebahagian ulama menjelaskan dengan tambahan riwayat menunjukkan jawapan Nabi ﷺ tersebut menunjukkan Arab Badwi tersebut jelas jahil dan sombong tentang hakikat penyakit dan kaitannya dengan dosa dan takdir, lantas Nabi ﷺ hanya membiarkan Badwi tersebut dengan sangkaan buruknya itu terhadap penyakitnya sendiri yang dia hanya melihat sakitnya itu membawanya kepada kematian semata-mata.

5. Pengajaran kepada kita semua, betapa ramainya manusia hari ini yang bersikap persis seperti Badwi tersebut, apabila disampaikan hadis Nabi ﷺ mereka menolak dan sombong bahkan membantah pula apa yang jelas dan sahih datang daripada Nabi ﷺ .


Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

10 Nov, 06:15


BENARKAH KETIKA MENZIARAHI PESAKIT TIDAK BOLEH SEBUT DAN INGATKAN DIA TENTANG DOSA & PAHALA?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz, benarkah dakwaan jika kita menziarahi orang yang sakit jangan sesekali ingatkan dia tentang sakit boleh hapuskan dosa dan mendapat pahala atau sebut tentang syurga dan neraka, kerana takut boleh mengguris perasaannya atau seakan-akan menghukumnya sebagai pendosa ?. Kerana saya pernah dengar kenyataan ini daripada seorang penceramah di tempat saya. Benarkah dakwaan ini? Mohon penjelasan Ustaz.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Tidak benar dakwaan tersebut, Imam Abu Daud rahimahullah dalam Sunannya dalam Kitab al-Janaaiz Bab 'Iyadah an-Nisa' membawakan hadis daripada Ummu al-'Alaa al-Ansariyah r.a katanya:

عَادَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مَرِيضَةٌ، فَقَالَ : " أَبْشِرِي يَا أُمَّ الْعَلَاءِ ؛ فَإِنَّ مَرَضَ الْمُسْلِمِ يُذْهِبُ اللَّهُ بِهِ خَطَايَاهُ كَمَا تُذْهِبُ النَّارُ خَبَثَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ".

Rasulullah ﷺ pernah melawatku dan ketika itu aku dalam keadaan sakit, lalu sabda baginda: " Bergembiralah wahai Umma 'al-'Alaa' kerana sesungguhnya penyakit (yang menimpa) seorang muslim, Allah akan menghilangkan dengan (sebabnya) dosa kesalahannya sebagaimana api menghilangkan kotoran emas dan perak".

[ HR Abu Daud no:3092, sahih, rujuk Al-Sahihah no: 714 ]

Ummu al-'Alaa' r.a termasuk sahabat wanita yang berbaiah kepada Nabi ﷺ sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafiz al-Munziri, hadis ini jelas menunjukkan keharusan bahkan digalakkan untuk mengembirakan hati pesakit dengan kata-kata yang baik antaranya dengan mengingatkan tentang dosa dan pahala sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ, dan hal tersebut bukanlah suatu perkara yang bersifat menghukum atau bersangka buruk dengannya.

Jika dia seorang muslim ingatkan dia tentang perkara tersebut, seorang muslim yang baik tidak akan sesekali akan terasa atau tersinggung jika diingatkan dia tentang dosa dan pahala walaupun apa sekalipun keadaannya termasuklah ketika sakit.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

10 Nov, 04:41


FAEDAH TADABBUR: USUL ISTIQAMAH: TEGUH DAN LURUSNYA HATI DI ATAS TAUHID DAN ISTIGHFAR

Firman Allah Taala:

قُلۡ إِنَّمَاۤ أَنَا۠ بَشَرࣱ مِّثۡلُكُمۡ یُوحَىٰۤ إِلَیَّ أَنَّمَاۤ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱ فَٱسۡتَقِیمُوۤا۟ إِلَیۡهِ وَٱسۡتَغۡفِرُوهُۗ وَوَیۡلࣱ لِّلۡمُشۡرِكِینَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu, maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang lurus,serta beristighfarlah. Maka
celakalah bagi orang yang mempersekutukanNya.


[ Fussilat:6 ]

Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:

‏ أصلُ الاستِقَامَة؛ استقامَةُ القَلب على التوحيد!

Asal bagi Istiqamah adalah keteguhan hati di atas Tauhid!

[ Jaami' al-'Ulum wa al-Hikam 1/511 ]

Catatan:

Jika seseorang hendak Istiqamah di atas ajaran Islam, belajarlah tauhid, dalami dan laziminya serta beristighfarlah kepada Allah agar diberikan keampunan dan keteguhan serta mati di atasnya.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

10 Nov, 04:41


ULAMA YANG BENAR, ULAMA SUNNAH, ULAMA TAUHID.

Kata Al-'Allamah Bin Baz rahimahullah:

أمَّا علماءُ الحق، علماءُ السُّنة، علماءُ التوحيد، فهم قليلٌ في كل مكان!


Ulama yang benar itu ulama sunnah, ulama tauhid, mereka itu sangat sedikit di setiap tempat!

[ Majmuk al-Fatawa 1/33 ]

Catatan:

Mereka yang menyeru manusia kepada kebenaran, kepada sunnah dan tauhid di saat ramai ulamanya yang menyeru kepada kebatilan, bidaah dan kesyirikan.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

08 Nov, 11:47


KEADAAN AGAMA MANUSIA MAKIN BURUK. KIAMAT MAKIN DEKAT, DUNIA DIKEJAR NAMUN SEMAKIN JAUH DARIPADA ALLAH

Soalan:

Assalamualaikum ust, adakah sandaran yang sahih kenyataan yang menyatakan akhir zaman keadaan agama manusia makin teruk dan buruk?. Adakah maksudnya ramai manusia menjadi jahat dan hanya tinggal sedikit orang beriman?. Adakah ia juga boleh bermaksud ahli bidaah semakin bermaharajalela dan ahli sunnah semakin sedikit?

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ya. Ia adalah perkataan Nabi kita Muhammad ﷺ kepada para sahabatnya.

Seorang tabiin, Al-Zubair bin 'Adi mengatakan:

 أَتَيْنَا أنَسَ بنَ مَالِكٍ، فَشَكَوْنَا إلَيْهِ ما نَلْقَى مِنَ الحَجَّاجِ، فَقالَ: اصْبِرُوا؛ فإنَّه لا يَأْتي علَيْكُم زَمَانٌ إلَّا الذي بَعْدَهُ شَرٌّ منه، حتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ. سَمِعْتُهُ مِن نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ.

Kami mendatangi Anas bin Malik, lalu kami mengadu kepadanya tentang apa yang kami hadapi daripada (kezaliman) Al-Hajjaj, lalu kata Anas: " Bersabarlah kalian, kerana sesungguhnya tidak datang kepada kamu satu zaman melainkan zaman setelahnya lebih buruk daripadanya sehinggalah kalian bertemu dengan Rabb kalian. Aku telah mendengarnya daripada Nabi kalian ﷺ.

[ HR Al-Bukhari no: 7068 ]

Dalam lafaz yang lain:

لا يأتي عليكم عامٌ ولا يومٌ إلَّا والذي بعده شرٌّ منْهُ ، حتى تَلْقَوْا ربَّكم

Tidak datang kepada kamu satu tahun tidak juga satu hari melainkan tahun dan hari setelahnya lebih buruk daripadanya sehingga kalian bertemu dengan Rabb kalian.

[ Sahih al-Jaami' no: 7576 ]

Penjelasan kepada keadaan ini adalah fitnah-fitnah yang berlaku di akhir zaman termasuklah fitnah tentang agama, tersebarnya bidaah, kesyirikan dan maksiat sebagaimana hadis-hadis akhir zaman yang sangat banyak.

Dijelaskan juga dalam satu riwayat daripada Nabi ﷺ :

اقتَرَبتِ السَّاعةُ، ولا يَزدادُ النَّاسُ على الدُّنْيا إلَّا حِرْصًا، ولا يَزْدادون مِن اللهِ إلَّا بُعدًا.

Kiamat semakin mendekat, namun tidak bertambah manusia kepada dunia melainkan ketamakan, dan tidak menambahkan mereka daripada Allah melainkan kejauhan.

[ HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no:8130, 7917, Ibn Abi al-Dunya dalam Al-'Uqubat no:286, Ibnu Abi Asim dalam Al-Zuhd no:279, Sahih al-Jaami no:1146, Silsilah al-Sahihah no:1510 ]

Namun perlu difahami, hadis ini bukan bermaksud tiada langsung orang yang baik atau beriman namun bilangan mereka sedikit jika hendak dibandingkan dengan golongan yang sebaliknya. Demikian juga Ahli Sunnah, jika diteliti athar-athar daripada salaf memang ia merujuk nisbah ahli sunnah jika hendak dibandingkan kepada ahli bidaah dan maksiat lebih sedikit berbanding penentang mereka, namun dalam hadis lain disebutkan jaminan kelompok yang memperjuangkan dan menzahirkan kebenaran tetap akan ada dan mereka mendapat penjagaan dan pertolongan daripada Allah sehinggalah kiamat.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

07 Nov, 06:11


Faedah Athar

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

إن إلياسَ هو إدريسُ ويعقوبُ هو إسرائيلُ

Sesungguhnya Ilyas adalah Idris dan Yaakub adalah Israil.

[ Musykil al-Athar 14/385, Fath al-Bari 6/430, Tahzib al-Tahzib 7/83, al-Dur al-Mantsur 10/86, sanadnya hasan menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar & Syeikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan perawinya tsiqaat ]

Catatan:

1) Dalam athar Ibnu Mas'ud r.a ini menunjukkan pandangan sahabat Nabi ini bahawa Nabi Idris dan Nabi Ilyas adalah individu yang sama. Ilyas adalah Idris yakni nama lain beliau seperti nama lain bagi Nabi Yaakub ialah Israil. Tanpa menafikan ada juga pendapat salaf yang lain mengatakan Idris dan Ilyas adalah dua individu yang berbeza.

2) Apabila dirujuk semula jawapan saya tentang hikmah dan mengapa Nabi Idris a.s diangkat ke langit, adakah semata-mata asasnya adalah kenyataan Ali bin Jahm atau ada pendapat dalam kalangan sahabat Nabi, jawapan saya ya, athar Ibnu Mas'ud r.a ini adalah salah satu asasnya.

3) Jika Idris dan Ilyas adalah individu yang sama, maksudnya perlu penjelasan pula tentang peristiwa penyembahan berhala Baal yang dinyatakan dalam Surah al-Saaffat ayat 123-127. Dalam kalangan mufassirin mereka menyebutkan Ilyas diutuskan dalam kalangan Bani Israil.

4) Kemungkinan juga Idris dan Ilyas berkongsi pada nama kedua atau nama lain yang sama, namun tetap merujuk kepada individu yang berbeza. Ini satu tawjih terhadap pandangan Ibnu Mas'ud r.a tersebut.

5) Jika berdasarkan zahir pendapat Ibnu Mas'ud r.a di atas maka benarlah Nabi Idris a.s ditolak dan ditentang oleh kaumnya sendiri sehingga tiada seorang pun yang mengikutinya, cuma perlu diperincikan maksud risalah dan nubuwwah di situ kerana konteks ayat berkenaan Ilyas beliau ialah Rasul manakala Idris jika menurut sebahagian ulama beliau hanyalah Nabi, namun tawjih dari sudut bahasa sahaja mungkin boleh merungkai kekeliruan istilah tersebut.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

07 Nov, 05:41


*Kelas Ngaji Online*

1-to-1 Personal Class (Talaqqi)
45min/sesi
Online melalui aplikasi Google Meet
Terbuka untuk *kanak-kanak & dewasa*

*Tenaga Pengajar:*
Tuan Akmal Zakaria
•⁠ ⁠Sarjana Muda Universiti Islam Madinah, Arab Saudi bidang Dakwah dan Usuluddin
•⁠ ⁠Diploma Kolej Hafiz, Klang bidang Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat
•⁠ ⁠Pemegang Sanad Bacaan Hafs 'an 'Asim

*Objektif:*
- Bacaan Huruf & Baris yang betul
- ⁠Makhraj yang betul
- ⁠Waqaf & Ibtida' yang betul
- Tartil (Lancar) membaca
- ⁠Taghanni & Tahsin yang terbaik

*Slot yang Terbuka:*
Sesi Pagi: 9:00AM - 9:45AM
Sesi Pagi: 10:00AM - 10:45AM

Sesi Petang: 2:00PM - 2:45PM
Sesi Petang: 3:00PM - 3:45PM
Sesi Petang: 5:00PM - 5:45PM

Sesi Malam: 9:00PM - 9:45PM
Sesi Malam: 10:00PM - 10:45PM

Belum pasti perlu sertai Kelas Ngaji Online atau tidak?

Sertai dahulu Sesi Penilaian Ngaji (15min) secara *percuma.*

Daftar di bawah:
https://forms.gle/uXVvEhujeyYCL3bN7

kelasngajionline.onpay.my

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

07 Nov, 02:48


PESAN IBU IMAM SUFYAN AL-THAURI

Ibu Sufyan al-Tsauri rahimahullah berpesan kepada anaknya:

‏ يا بني! خذ هذه عشرة دراهم وتعلَّم بها عشرة أحاديث ، فإن رأيت أنها تغيِّر في مشيتك وحديثك وأخلاقك فتوكل على الله ،وأنا أعينك بِمِرْجَلي وإلا فاتركه ؛ فإني أخشى أن يكون وبالًا عليك يوم القيامة


“Wahai anakku! Ambillah sepuluh dirham ini dan belajarlah dengannya sepuluh hadis. Sekiranya kamu mendapati ia mengubah cara jalanmu, percakapanmu, dan akhlakmu, maka bertawakallah kepada Allah, dan aku akan membantumu dengan kudratku. Jika tidak, tinggalkanlah ia; sesungguhnya aku khuatir ia akan menjadi beban ke atasmu pada Hari Kiamat.”

Siyar 'Alam An-Nubala 8/408


Catatan:

1. Sufyan al-Thauri (wft:161H), siapa tidak kenal beliau, beliau ialah Imam Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Al-Lalakaie dalam Syarh Usul 'Itiqad Ahli Sunnah memasukkan akidah beliau dalam kalangan akidah yang diikuti oleh ulama setelahnya.

2. Keberkatan pesanan dan wasiat seorang wanita dan ibu yang solehah kepada anaknya. Lihat bagaimana nasihat seorang ibu kepada anaknya agar belajar dan menuntut ilmu supaya si anak boleh beramal dan memperbaiki akhlak dan tingkah laku dengan ilmunya tersebut. Di sini petunjuk yang jelas bagaimana Ilmu Salaf terdahulu berlegar kepada amalan bukan seperti ilmu khalaf yang berlegar kepada keangkuhan, berbangga-bangga dengan gelaran serta menyibukkan diri dengan perdebatan.

3. "Maka bertawakallah kepada Allah, dan aku akan membantumu dengan kudratku" perkataan ibu Sufyan al-Tsauri ini menunjukkan nilai Tauhid yang kukuh daripada seorang ibu. Beliau mendidik anaknya agar bergantung diri kepada Allah dan dalam masa yang sama beliau akan mengerahkan segala kudratnya untuk membantu anaknya itu.

4. "Jika tidak, tinggalkanlah ia; sesungguhnya aku khuatir ia akan menjadi beban ke atasmu pada Hari Kiamat.” Maksudnya jika ilmu yang dipelajari oleh anaknya itu tidak boleh mengubah akhlak dan peribadinya menjadi lebih baik maka ibunya suruh meninggalkannya kerana ia akan menjadi hujah akan mendakwanya di akhirat kelak akibat tidak mengamalkan ilmu.

5. Kelebihan ilmu salaf berbanding ilmu golongan kemudian, yang hanya mementingkan pencapaian dunia dan penerimaan ramai namun tidak memikirkan natijah dan akibat apabila tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari di akhirat kelak.


Wallahualam


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

06 Nov, 05:19


Ini adalah apa yang terzahir setakat pengetahuan ana.

Dan fakta sebegini tidak boleh difahami dengan baik melainkan perlukan penjelasan lebih terutamanya berkaitan sejarah awal anak-anak Adam. Dan Allah lebih mengetahui tentang kebenarannya.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

06 Nov, 05:19


MENGAPA NABI IDRIS A.S DIANGKAT KE LANGIT DAN HIKMAHNYA ?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz, Ustaz ada sebutkan Nabi Idris a.s diangkat ke langit dan diwafatkan di sana kerana beliau tiada pengikut dan ditolak oleh kaumnya, apakah ada dalil atau ulasan ulama yang menjelaskan hal tersebut dan hikmahnya?. Jazakumullah khaira.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ya. Dalilnya firman Allah Taala tentang Nabi Idris alaihissalam:

وَرَفَعۡنَـٰهُ مَكَانًا عَلِیًّا

Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.

[ Maryam:57 ]

Jumhur Ulama Salaf menyebutkan tempat yang tinggi tersebut adalah langit keempat. Ini juga dibuktikan berdasarkan hadis Israk dan Mikraj adalah langit keempat, dan ada juga riwayat daripada sebahagian sahabat menyebutkan lagit keenam.

Kata Sejarawan Islam, Ali bin al-Jahm (wft:249H):

أول المبعوث إلى العباد وآمر بالخير والرشاد، وأول الناس قرا وكتبا، وعلم الحساب لما حسبا، فلم يطعه أحد من أهله، واختلطوا بقاين ونسله، فرفع الله إليه عبده، من بعد ما اختار المقام عنده

Dan Nabi pertama diutus (setelah Syits) dalam kalangan hamba yang memerintahkan kebaikan dan bimbingan, yang terawal mampu membaca dan menulis (yakni Nabi Idris) , serta dia mengetahui perhitungan dan mengira. Maka tiada seorang pun dalam kalangan kaumnya yang mentaatinya, dan mereka bercampur dengan keturunan Qayn/ (yang ditegah Syits dan Adam kerana menyeleweng daripada Tauhid (wasiat Adam dan Syits). Kemudian Allah mengangkat hambaNya (Idris) kepadaNya setelah dia memilih tempat di sisiNya.

[ Urjuzah fi Tarikh al-Khulafa' hal 38-39, Tahqiq Yusuf al-Sanari, Institute of Arabic Manuscripts, cetakan pertama 1439H/2018 ]

Fakta yang disebutkan oleh Ali bin Jahm ini jika diteliti dengan mendalam ia menyamai dengan sabda Nabi ﷺ tentang Nabi-Nabi yang diperlihatkan oleh baginda, antaranya hadis Ibnu Abbas r.a, Nabi ﷺ bersabda:

والنَّبيُّ ليسَ معهُ أحَدٌ

Ada Nabi yang tiada bersamanya walaupun seorang pengikut.

[ Sahih al-Bukhari no: 5752 ]

Wajah dilalahnya daripada hadis ini, Nabi ﷺ menyebutkan Nabi tersebut pada susunan terawal antara Nabi-Nabi yang ada pengikut sedikit dan hanya beberapa orang antaranya di bawah sepuluh. Nabi Nuh a.s yang berdakwah 950 tahun pun menurut riwayat Ibnu Abbas r.a hanya mempunyai 80 orang pengikut, sedangkan baginda adalah Rasul pertama diutuskan, maka logiklah kalau Nabi Idris a.s yang diutuskan sebelum itu sebagai Nabi tidak mempunyai pengikut.

Sebelum diutuskan Nabi Nuh a.s, Nabi Idris a.s diutuskan untuk meneguhkan wasiat Syits namun baginda ditolak dan ditentang, lalu Allah mengangkat baginda ke langit dan dimatikan di sana. Itu jika kita teliti maksud kisah tersebut

Logiknya lagi, jika Nabi Idris a.s ada pengikut sudah tentu peribadi beliau tidak diperselisihkan dalam kalangan ulama dan generasi selepasnya dengan banyak sekali. Fakta membuktikan banyak kisah-kisah mitos dan tokok tambah yang mengaitkan Nabi Idris a.s. Justeru Allah menjelaskan kedudukannya diangkat tinggi berbanding seluruh dakwaan dan tokok tambah tentang beliau seakan-akan hendak menolak dakwaan dusta tentang beliau. Rujuk juga Al-Bidayah wa Nihayah tentang ulasan Al-Hafiz Ibnu Kathir tentang dikaitkan peribadi Nabi Idris dengan tokoh mitos Hermes.

Kemudian dari sudut pemahaman, jika kita teliti kisah Nabi Isa a.s dan bandingkan dengan fakta tentang Nabi Idris, Nabi Isa juga mendapat tentangan hebat dan diangkat ke langit, kerana bilangan pengikutnya lebih sedikit berbanding penentang, demikian juga kisah Ashabul Kahfi yang dimatikan (ditidurkan) selama lebih 300 tahun kerana mereka ingin menyelamatkan agama mereka daripada kezaliman raja yang musyrik. Nabi Musa dan Harun minta untuk diwafatkan setelah penentangan keras Bani Israil akan perintah jihad, demikian juga pilihan Nabi kita Muhammad ﷺ dengan al-Rafiq al-'Ala (teman yang tertinggi: Allah dan kaum mukmin), yakni baginda memilih negeri akhirat berbanding dunia. Semua kisah ini membuktikan kemenangan yang hakiki adalah apabila Allah mengangkat atau mematikan hambaNya dan menerimanya di sisiNya bukan penerimaan di sisi manusia.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

06 Nov, 03:34


GARIS MASA PENYELEWENGAN DALAM AKIDAH SERTA NERACA KEBENARAN

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Merujuk garis masa kesesatan yang Ustaz sentuh dalam kuliah Sirat tempoh hari, Ustaz ada sebut semakin jauh sesuatu ajaran atau akidah daripada ajaran dan akidah Nabi dan sahabat semakin sesatlah ajaran dan akidah tersebut, boleh ustaz huraikan lagi menurut huraian ulama ahli sunnah supaya lebih jelas?, jazakallah khaira.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ya, asas dan neraca kenyataan tersebut adalah firman Allah Taala dalam Surah al-Taubah ayat 100 iaitu:

وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ

Serta orang yang mengikuti mereka ( Nabi dan Sahabat) dengan Ihsan (kebaikan)

Jelas Imam Al-Si'di rahimahullah ketika mentafsirkan maksud ikutan dengan Ihsan:

بالاعتقادات والأقوال والأعمال، فهؤلاء، هم الذين سلموا من الذم، وحصل لهم نهاية المدح، وأفضل الكرامات من اللّه‏.‏

“Dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan ihsan” dalam Iktikad (akidah), ucapan, dan amalan. Maka mereka inilah yang selamat daripada celaan, dan mendapat pujian yang tertinggi serta kemuliaan yang terbaik daripada Allah.

[ Rujuk Taysir al-Kalam al-Rahman ]

Maksudnya mereka inilah yang akan mendapat keredaan Allah, syurga dan itulah al-Fauz al-'Azim (Kejayaan teragung)

Adapun asas garis masa penyelewengan dalam akidah berlaku adalah dalam tempoh sepuluh kurun atau lebih kurang 1000 tahun setelah pengutusan seorang dalam kalangan para Nabi dan Rasul asasnya adalah hadis Abu Umamah al-Bahili r.a dan rujuk di sini: https://t.me/mfazilmu/828

Neraca kebenaran pula dijelaskan oleh Nabi ﷺ tentang perintah berpegang teguh dengan Sunnah Nabi dan Sunnah Khulafa' al-Rasyidin, juga golongan yang selamat disebutkan Nabi ﷺ adalah apa yang aku dan para sahabatku berpegang dengannya, dan hadis-hadis berkenaan hal tersebut sangatlah banyak.

Jelas Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

"كل من كان إلى الرسول صلى الله عليه وسلم وأصحابه والتابعين لهم بإحسان أقرب، كان أقرب إلى كمال التوحيد والإيمان والعقل والعرفان، وكل من كان عنهم أبعد كان عن ذلك أبعد".

“ Setiap orang yang lebih dekat kepada Rasulullah ﷺ, para sahabatnya, dan mereka yang mengikuti mereka dengan ihsan, maka dia lebih dekat kepada kesempurnaan tauhid, keimanan, akal, dan pemahaman. Dan setiap orang yang lebih jauh daripada mereka, maka dia lebih jauh daripada perkara tersebut.”

[ Minhaj al-Sunnah 3/293 ]

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

05 Nov, 00:52


Ulama dan mukmin yang benar tidak mahu dikenali dengan gelaran yang dikejar atau yang didakwa (walaupun mereka layak), namun kebenaran dibuktikan dengan kekuatan iman dan amalan bukan semata-mata gelaran.

Bayangkan seorang ulama yang hebat hanya meletakkan pekerjaannya sebagai: " Penuntut Ilmu".

Jauh beza hari ini dengan golongan yang tiada malu meletakkan gelaran Syeikh, Ustaz, Tuan Guru dan seumpamanya namun hakikatnya mereka jauh sekali daripada hakikat gelaran tersebut.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

03 Nov, 02:12


TIGA GOLONGAN AHLI SYURGA

Nabi ﷺ bersabda:

وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ : ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ، وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ، وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ

Ahli syurga itu ada tiga golongan:

1. Pemerintah yang adil, suka bersedekah dan mendapat taufik (petunjuk dan bimbingan Allah)
2. Seorang lelaki yang penyayang, lembut hatinya bagi setiap kaum kerabatnya dan muslim (yang lain)
3. Orang yang 'Afif (berbudi luhur), muta'affif (menjaga kehormatan diri daripada perkara haram) yang memiliki tanggungan yang ramai.

[ HR Muslim no: 2865 ]

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

28 Oct, 01:22


CARILAH ISTIQAMAH BUKAN KARAMAH (KEMULIAAN)

Kata Wahb bin Munabbih rahimahullah:

لا تعجب ممن تميل به الدنيا، ولكن اعجب ممن استقام

Janganlah kamu merasa kagum dengan mereka yang cenderung kepada dunia, tetapi kagumlah dengan mereka yang istiqamah (tetap di atas jalan kebenaran)

[ Hilyah al-Awliya' 4/51 ]

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: kata sebagahagian Hukama':

كن صاحب الاستقامة، لا طالب الكرامة، فإن نفسك متحركة في طلب الكرامة، وربك يطالبك بالاستقامة

Jadilah orang yang Istiqamah (atas Tauhid dan Sunnah), bukan pencari Al-Karamah (Kemuliaan), kerana nafsumu sentiasa mendorongmu untuk mencapai kemuliaan sedangkan Rabbmu menuntutmu agar Istiqamah (tetap dan sentiasa konsisten di atas jalan kebenaran)

Dan aku telah mendengar Syeikhul Islam rahimahullah berkata:

أعظم الكرامة لزوم الاستقامة

" Karamah (kemuliaan) yang paling agung adalah melazimi al-Istiqamah (terus teguh di atas Tauhid dan Sunnah)

[ Madarij al-Salikin 2/106 ]

Semoga Allah mengurniakan kita semua Istiqamah di atas Tauhid, Sunnah serta Manhaj Salaf al-Ummah.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

26 Oct, 23:52


MENGAPA PEMAHAMAN SAHABAT LEBIH UTAMA BERBANDING SELAIN MEREKA?

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

أَفْهَامُ الصَّحَابَةِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ - فَوْقَ أَفْهَامِ جَمِيعِ الْأُمَّةِ، وَعِلْمِهِمْ بِمَقَاصِدِ نَبِيِّهِمْ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَقَوَاعِدِ دِينِهِ وَشَرْعِهِ، أَتَمَّ مِنْ عِلْمِ كُلِّ مَنْ جَاءَ بَعْدَهُمْ....وَلَمْ يَرْتَضُوا لِأَنْفُسِهِمْ عِبَارَاتِ الْمُتَأَخِّرِينَ وَاصْطِلَاحَاتهمْ وَتَكَلُّفَاتِهِمْ، فَهُمْ كَانُوا أَعْمَقَ الْأُمَّةِ عِلْمًا، وَأَقَلَّهُمْ تَكَلُّفًا. وَالْمُتَأَخِّرُونَ عَكْسُهُمْ

Pemahaman para sahabat -keredaan Allah bersama mereka- melangkaui pemahaman seluruh umat manusia, ilmu mereka terhadap maqasid (tujuan-tujuan yang diajarkan) Nabi mereka dan kaedah-kaedah agama dan syariatNya lebih sempurna berbanding golongan yang datang setelah mereka....mereka (para sahabat) tidak sesekali reda untuk diri mereka dengan ibarat-ibarat, istilah-istilah dan takallufat (perbuatan memberat dan menyusah-nyusahkan) golongan mutaakhirin. Mereka itu (yakni: para sahabat) adalah golongan yang paling mendalam ilmu dalam kalangan umat manusia, dan merekalah yang paling sedikit takalluf (menyusah dan memberat-beratkan dalam urusan agama) sedangkan (keadaan) golongan mutaakhirin adalah berlawanan dengan mereka (para sahabat Nabi).

[ Al-Turuq Al-Hukmiyyah fi Siyasah Al-Syar'iyyah hal 106 ]

Catatan:

Kalam Ibnul Qayyim rahimahullah asasnya ada banyak sama ada dalil-dalil daripada Al-Quran, Al-Sunnah mahupun athar Salaf. Yang paling sama adalah perkataan masyhur Abdullah bin Mas'ud r.a.

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah mengarang kitab Fadl Ilmi Salaf 'ala Ilmi Khalaf dalam rangka untuk menyedarkan hakikat keutamaan ilmu salaf berbanding khalaf.

Berdasarkan kenyataan Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, kesempurnaan pemahaman para Sahabat Nabi berpaksikan dua asas:

1. Pemahaman mendalam terhadap maqasid agama yang ditunjukkan Nabi ﷺ.

2. Sedikitnya takalluf (perbuatan menyusahkan dan memberat-beratkan diri) dalam pemahaman dan pengamalan dalam agama.

Pengabaian dan kesesatan majoriti golongan mutaakhirin (khalaf) terhadap keutamaan ini berpunca daripada dua faktor:

1. Jauhnya mereka daripada jalan dan manhaj dalam agama yang sempurna iaitu manhaj Salaf iaitu jalan Nabi dan sahabatnya.

2. Sikap Takalluf (memberat-beratkan dan menyusahkan diri) dalam pemahaman dan pengamalan terhadap agama yang berpunca daripada tersebarnya bidaah dan ikutan terhadap hawa nafsu.

Kesimpulannya, semakin dekat seseorang dengan pemahaman para sahabat maka semakin sempurnalah pemahaman dan pengamalannya terhadap agama. Semakin jauh daripada pemahaman Sahabat maka semakin berkuranglah pemahaman dan (kualiti serta ketepatan) pengamalan agamanya.

Wallahu'alam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

26 Oct, 23:42


ILMU ITU APA YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA SAHABAT NABI ﷺ

Baqiyah bin Al-Walid rahimahullah (wft:197H) pernah berkata:

Al-Auzaie pernah berpesan kepadaku:

يا بقية لا تذكر أحدا من أصحاب نبيك إلا بخير . يا بقية العلم ما جاء عن أصحاب محمد ﷺ وما لم يجئ عنهم فليس بعلم

Wahai Baqiyah, janganlah engkau menyebut berkenaan seseorang pun dalam kalangan para sahabat Nabimu melainkan kebaikan. Wahai Baqiyah, ilmu itu apa yang datang daripada para sahabat Muhammad ﷺ , apa yang tidak datang daripada mereka maka ia bukanlah ilmu!

[ Siyar 'Alam an-Nubala' 6/549 ]


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 22:49


MUQATIL BIN SULAIMAN: KENYATAAN AL-HAFIZ MUHAMMAD BIN ALI Al-DAWUUDI

Kata Al-Hafiz Muhammad bin Ali Al-Dawuudi rahimahullah (wft:945H) berkenaan Muqatil bin Sulaiman:

" Mereka mendustakannya, memboikotnya, menuduhnya dengan tajsim, beliau daripada tabaqat ketujuh (atba' tabi'in), wafat pada tahun 150 hijrah, meriwayatkan daripada Mujahid, Ata bin Abi Rabah, Abi Ishak Al-Sabi'i, Al-Dahhak Ibn Muzahim, Muhammad bin Muslim Al-Zuhri dan ramai lagi selain mereka.

Dan meriwayatkan daripadanya Baqiyyah bin al-Walid Al-Himsi, Abdul Razzak bin Hamaam Al-Son'ani, Harma Ibn Umarah dan ramai lagi selain mereka, dan beliau (Muqatil) termasuk dalam kalangan Ulama yang dihormati.

Berkata Al-Zahabi dalam "Tabaqat al-Huffaz" setelah menjelaskan biografi Muqatil bin Hayyan: Adapun Muqatil bin Sulaiman Al-Mufassir maka beliau ialah (tokoh) pada zaman itu, dan beliau matruk al-hadis (ditinggalkan riwayat hadisnya), dan beliau dicemari (dituduh) dengan tajsim sedangkan beliau termasuk dalam wadah-wadah ilmu, lautan dalam tafsir.

[ Rujuk: Tabaqat al-Mufassirin lil Hafiz Al-Dawuudi, tahqiq Dr Ali Muhammad Umar, jil 2 hal 272 ]


Catatan:

Cuba lihat bagaimana Ulama apabila berinteraksi dengan tuduhan terhadap ulama. Inilah neraca keadilan yang dizahirkan hanya oleh Ulama Ahli Sunnah dan tiada ciri-ciri ini pada ahli bidaah dan hawa nafsu.


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 22:49


TUDUHAN TASYBIH/TAJSIM TERHADAP MUQATIL BIN SULAIMAN: KENYATAAN SYEIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYYAH

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wft:728H):

وَأَمَّا مُقَاتِلٌ فَاللَّهُ أَعْلَمُ بِحَقِيقَةِ حَالِهِ. وَالْأَشْعَرِيُّ يَنْقُلُ هَذِهِ الْمَقَالَاتِ مِنْ كُتُبِ الْمُعْتَزِلَةِ، وَفِيهِمُ انْحِرَافٌ عَلَى (مُقَاتِلِ بْنِ سُلَيْمَانَ، فَلَعَلَّهُمْ زَادُوا فِي النَّقْلِ عَنْهُ، أَوْ نَقْلُوا عَنْهُ، أَوْ نَقَلُوا عَنْ غَيْرِ ثِقَةٍ، وَإِلَّا فَمَا أَظُنُّهُ يَصِلُ إِلَى هَذَا الْحَدِّ . وَقَدْ قَالَ الشَّافِعِيُّ: مَنْ أَرَادَ التَّفْسِيرَ فَهُوَ عِيَالٌ عَلَى مُقَاتِلٍ، وَمَنْ أَرَادَ الْفِقْهَ فَهُوَ عِيَالٌ عَلَى أَبِي حَنِيفَةَ.

وَمُقَاتِلُ بْنُ سُلَيْمَانَ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مِمَّنْ يُحْتَجُّ بِهِ فِي الْحَدِيثِ - بِخِلَافِ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ فَإِنَّهُ ثِقَةٌ - لَكِنْ لَا رَيْبَ فِي عِلْمِهِ بِالتَّفْسِيرِ وَغَيْرِهِ وَاطِّلَاعِهِ

Adapun Muqatil, maka Allah lebih mengetahui akan hakikat keadaannya. Al-Asy'ari menukilkan maqalat ini (tasybih yang dinisbahkan kepada beliau) daripada kitab-kitab Muktazilah, dan pada mereka itu (golongan muktazilah) adanya penyelewengan terhadap Muqatil bin Sulaiman, berkemungkinan mereka itu (muktazilah) menokok tambah dalam menukilkan tentangnya, atau menukilkan daripada mereka yang tidak boleh dipercayai, aku tidak yakin beliau itu sampai kepada batas ini (tasybih/tajsim). Al-Syafi'i telah berkata: " Barangsiapa inginkan tafsir maka hendaklah dia bergantung kepada Muqatil, barangsiapa yang inginkan fiqh maka hendaklah dia bergantung kepada Abu Hanifah.

Dan Muqatil bin Sulaiman, walaupun beliau tidak termasuk dalam kalangan mereka yang dijadikan hujjah dalam hadis, -berbeza dengan Muqatil bin Hayyan kerana beliau tsiqah (dalam hadis)-, tetapi tiada keraguan tentang ilmunya (yakni Muqatil bin Sulaiman) dalam tafsir dan selainnya serta telaahnya (yang luas)

[ Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 2/618-619 ]

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 22:49


لم يلد ولَمْ يُولَدْ، ولَمْ يَكُنْ لَهُ كفوا أحد) فمن قال غير ذلك فقد كذب

Aku hanya berkata: " Katakanlah (wahai Muhammad) (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah Al-Samad, Dia tidak beranak dan diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya "

Barangsiapa yang mengatakan selain (akidah berdasarkan ayat ini) maka dia berdusta.

[ Tahzib al-Kamal 28/439 ]

9. Nasihat saya agar berhati-hati dalam menukilkan tuduhan yang tidak ditahqiq tentang status akidah seseorang ulama, tambahan pula Muqatil bin Sulaiman rahimahullah termasuk dalam tabaqat atba' Tabiin, dan dipuji tafsirnya oleh Imam Al-Syafi'i rahimahullah. Dan lebih merbahaya lagi tuduhan tasybih/tajsim ini sebenarnya adalah tuduhan takfir ke atas beliau, justeru berhati-hatilah dalam menjatuhkan hukuman kepada seorang ulama yang sudah meninggal dunia.

Jika kita marah orang seperti Mohib Khouli membangkitkan kata-kata dan tuduhan yang tidak adil terhadap Imam Abu Hanifah rahimahullah maka demikian jugalah sikap kita perlu adil dan saksama terhadap tokoh seperti Muqatil bin Sulaiman rahimahullah.

Rujuk juga tulisan saya yang ada kaitan dengan isu ini: https://t.me/mfazilmu/1556

Semoga Allah merahmati Imam Muqatil bin Sulaiman.

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 22:49


BENARKAH TUDUHAN MUQATIL BIN SULAIMAN SEBAGAI MUSYABBIHAH/MUJASSIMAH?

1. Telah sampai kepada saya tulisan Dr Mohd Khafiz Soroni dalam artikel beliau yang disiarkan dalam harian metro bertarikh 10 Disember 2023 yang jelas menuduh Muqatil bin Sulaiman sebagai membawa fahaman musyabbihah dan mujassimah.

2. Yang sahih Muqatil bin Sulaiman Al-Balkhi rahimahullah (wft:150H) berlepas diri daripada tuduhan tasybih atau tajsim. Tuduhan tersebut sebenarnya datang daripada musuh-musuh beliau dalam kalangan Jahmiyyah kemudian dinukilkan tanpa tahqiq, kerana beliau banyak membantah keraguan golongan Jahmiyyah di zamannya. Nukilan Imam Abu Hanifah rahimahullah tentang beliau tidak diterima bulat-bulat oleh ahli tahqiq.

3. Muqatil bin Sulaiman dalam periwayatan hadis riwayatnya memang lemah, namun dalam tafsir beliau ialah Imam dalam tafsir. Ini seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Dr Abd Rahman Al-Syihri-hafizahullah-. Demikian juga Syeikh Dr Musa'id al-Tayyar-hafizahullah- mengatakan tentang Muqatil bin Sulaiman:

مقاتل بن سليمان البلخي ( ت 150هـ ) من أبرز المعتنين بتفسير القرآن بالقرآن، وهو من أشهر مفسري أتباع التابعين.

Muqatil bin Sulaiman Al-Balkhi (wft:150H) termasuk dalam kalangan tokoh terkemuka yang sangat mementingkan (metod) mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, beliau ialah ahli tafsir yang paling masyhur dalam kalangan Atba' Tabi'in. Rujuk pautan ini: https://t.me/at6MT/1842

4. Imam Al-Syafi'i rahimahullah (wft:204H) sendiri memuji tafsir Muqatil bin Sulaiman. Diriwayatkan daripada Al-Rabi' bin Sulaiman katanya aku telah mendengar Al-Syafi'i berkata:

من أراد التفسير فعليه بمقاتل بْن سُلَيْمان

Barangsiapa inginkan tafsir maka hendaklah dia melazimi (tafsir) Muqatil bin Sulaiman

[ Tahzib al-Kamal fi asma' al-Rijal 28/436 ]


5. Antara ulama yang menyatakan Muqatil bin Sulaiman bebas daripada tuduhan tajsim dan tasybih ialah Imam Abul Husain Al-Malati (wft:377H) dalam Kitabnya Al-Tanbih hal 70, demikian juga Al-Syahrastani dalam Al-Milal wa An-Nihal, Kata Al-Syahrastani rahimahullah (wft:548H):

فأما أحمد بن حنبل وداود بن علي الأصفهاني وجماعة من أئمة السلف فجروا على منهاج السلف المتقدمين عليهم من أصحاب الحديث مثل: مالك بن أنس، ومقاتل بن سليمان، وسلكوا طريق السلامة

Adapun Ahmad bin Hanbal, Daud bin Ali Al-Asfahani dan Jamaah dalam kalangan Imam Salaf, mereka berada di atas Minhaj Salaf mutaqaddimin (yang terdahulu) sebelum mereka dalam kalangan Ashabul Hadis seperti: Malik bin Anas dan Muqatil bin Sulaiman, mereka itu menelusuri jalan yang selamat (dalam akidah)

[ Al-Milal wa An-Nihal 1/104 ]


6. Walaupun riwayat beliau dalam hadis disepakati akan kelemahannya. Namun tafsir beliau tetap dinukilkan oleh Imam-Imam ahli hadis dan sunnah dalam kitab-kitab mereka seperti Abu Ubaid al-Qasim bin Salaam (wft:224H) dalam kitabnya An-Nasikh wal Mansukh, Al-Tabari (wft:310H) dalam tafsirnya, Abd Razzak al-Son'ani (wft:211H) dalam Musannafnya, Abu Bakr An-Naqqash (wft:351H) dalam Tafsirnya, Al-Baihaqi (wft:458H) dalam Sunannya, Al-Baghawi (wft:516H) dalam Tafsirnya, Al-Aajurri (wft:360H) dalam Al-Syariah, Ibnu Battah al-Ukbari (wft:387H) dalam Al-Ibanah al-Kubra dan ramai lagi.


7. Dr Jabir bin Idris bin Ali dalam kitabnya Maqalat al-Tasybih wa Mauqif Ahli Sunnah minha 1/232-340. Beliau menyenaraikan tiga bukti kukuh yang menunjukkan Muqatil bin Sulaiman rahimahullah bebas daripada tuduhan tersebut:

a) Kebanyakan nukilan tentang tajsim/tasybih tersebut adalah bersifat hikayat atau nukilan yang tidak diselidiki kebenarannya.

b) Muqatil sendiri menafikan tuduhan tasybih/tajsim kepada beliau.

c) Kitab tafsir beliau yang sampai kepada kita hari ini membuktikan tafsiran-tafsiran beliau terhadap ayat-ayat sifat adalah menepati tafsiran Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu mazhab salaf.

8. Antara bukti paling kukuh menunjukkan Muqatil bin Sulaiman rahimahullah berlepas diri daripda tuduhan tajsim/tasybih adalah kenyataan beliau sendiri, dikatakan Khalifah ketika itu bertanya beliau tentang tuduhan tasybih terhadap beliau, lalu jawab Muqatil rahimahullah:

إنما أقول: (قل هو اللَّه أحد. اللَّه الصمد.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 22:33


https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=419

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 10:39


BOLEHKAH MEMBACA TASBIH, TAHMID, TAHLIL DAN, TAKBIR UNTUK ELAK GANGGUAN DALAM SOLAT KETIKA MENJADI MAKMUM?

Soalan:

Semasa kita menjadi makmum, kita mendengar imam baca surah atau ayat yang tidak pernah kita baca atau kita terlupa ayat tersebut tentang maknanya, bolehkah kita membaca zikir-zikir seperti Tasbih, Tahmid, Takbir dan Tahmid, untuk mengelakkan hati lalai ketika solat?

Jawapan:

Firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟
لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah ia serta diam (dan perhatikanlah dengan teliti) semoga kamu dirahmati.

[ Al-'Araf:204 ]

Sabda Rasulullah ﷺ :

إذا قرأ الإمامُ فأنصِتوا

Apabila imam membaca (surah dalam solat) maka hendaklah kamu diam!

[ HR Ibnu Majah no:847, An-Nasaie no: 921, Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/156, Sahih al-Jaami' no:728 ]

Ayat dan hadis ini jelas memerintahkan agar kita dengar serta diam ketika dibacakan al-Quran, dalil ini merujuk kepada bacaan Imam dalam solat iaitu solat jahriyah (Subuh, Maghrib, Isyak, Jumaat dan Solat dua Hari Raya dan sebahagian lagi menambahkan dalam Khutbah Jumaat) sebagaimana dalam riwayat Ibnu Abbas r.a daripada Sa'id bin Jubair.

Manakala gangguan berbentuk pemikiran, was-was atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu solat kita yang sunnahnya adalah membaca isti'azah (A'uzubillah minas syaitan al-rajim) kemudian berhenti untuk melayan perasaan atau was-was daripada syaitan tersebut.

Berdasarkan hadis Abu Hurairah r.a tentang syaitan akan datang membawakan keraguan tentang Tuhan atau was-was dalam iman, lalu Nabi ﷺ bersabda:

فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ

Apabila sampai kepadanya (gangguan, was-was dan keraguan tentang Tuhan) maka hendaklah dia beristi'azah (memohon perlindungan) dengan Allah dan hendaklah dia berhenti! (yakni: berhenti melayan pemikiran atau gangguan dan was-was tersebut)

[ HR Al-Bukhari no:3276, Muslim no: 134 ]

Ada riwayat yang lain pula memerintahkan agar meludah tiga kali dengan isyarat sebanyak tiga kali jika gangguan itu sampai tahap menimbulkan syak atau keraguan terhadap bilangan rakaat, namun jika dalam solat berjemaah ia tidak sesuai untuk dilakukan kerana mungkin boleh mengganggu jemaah yang ada disebelah kita, jadi cukup untuk mengatasi masalah tersebut dengan membaca Isti'azah dan berhenti melayan pemikiran atau kelalaian tersebut, fokuskan semula untuk mendengar bacaan Imam walaupun kita tidak faham apa yang imam baca kerana semata-mata mendengar bacaan Imam dan diam sudah memastikan kita untuk mendapatkan rahmat Allah Taala.

Kata Abdullah bin Mas'ud r.a:

أنصِتْ للقرآن كما أُمِرْتَ؛ فإنّ في الصلاة شُغلًا، وسيَكفيك ذاك الإمامُ

Diamlah untuk (mendengarkan bacaan) al-Quran sebagaimana engkau diperintahkan, kerana sesungguhnya dalam solat itu ada pekerjaan (kesibukan untuk menghayati makna bacaan), dan Imam akan mencukupkan kepadamu akan hal tersebut (yakni kesibukan selain daripada fokus kepada mendengar bacaan)

[ HR Ibnu Abi Syaibah 1/376, Al-Tabarani dalam Al-Awsat no:8049 ]

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

25 Oct, 06:25


ADAKAH BENAR HAIWAN KORBAN KITA AKAN DITUNGGANGI DI ATAS SIRAT NANTI?

Soalan:

Assalamualaikum. Benarkah jika mereka yang sering menjalankan ibadat korban di bulan Haji, mereka akan menunggang haiwan korban tersebut di atas Sirat nanti?

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Tak benar, kerana hadis yang dijadikan sandaran berkenaan kelebihan tersebut adalah sangat lemah bahkan sebahagian ulama menghukumkan ia sebagai palsu.

Lafaz hadisnya:

استفرهوا أو عَظِّموا ضَحاياكم؛ فإنَّها على الصِّراطِ مَطاياكم.

" Agungkanlah korban-korban kalian, kerana sesungguhnya ia akan menjadi binatang tunggangan kamu di atas Sirat ".

Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus no:268, dihukumkan riwayat ini dengan dha'if jiddan (sangat lemah) oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam al-Talkhis al-Habir 4/1484, Al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah no:80 dan Al-Albani dalam Silsilah Al-Da'ifah no:1255. Ibnu Uthaimin menyebutkan dalam Syarh Muslim 4/111 sebagai maudhu' (palsu).

Syeikh Soleh bin Abd Aziz Alu Syeikh menyebutkan hadis ini tidak sahih untuk dijadikan sandaran untuk menyatakan kelebihan haiwan korban atau kelebihan mengagungkannya.


Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

24 Oct, 14:28


PENGUMUMAN KULIAH BARU

Kuliah bersiri ini akan menyentuh secara terperinci tentang konsep titian al-Ṣirāṭ, satu aspek penting dalam akidah yang menghubungkan Padang Mahsyar dan syurga, dengan neraka Jahannam di bawahnya. Perbahasan mengenai al-Ṣirāṭ ini adalah sebahagian daripada tuntutan keimanan terhadap perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya, mengajak kita memahami kehidupan akhirat yang penuh dengan realiti yang tidak dapat dijangkau oleh akal, melainkan melalui pedoman wahyu.

Fokus kuliah ini ialah bagaimana seorang muslim dapat mencapai istiqamah di atas jalan yang lurus, menghindari kesesatan dan penyelewengan dalam akidah dan amalan agar mendapat kejayaan hakiki iaitu selamat melintasi al-Sirat dan menuju ke syurga abadi.

Ikuti kuliah ini yang ini akan bermula pada 25 Oktober 2024, setiap hari Jumaat, di sampaikan oleh Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi pada pukul 10.30 pg - 12.00 tgh.

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/8HXMiCrB9uNAHfLLA?g_st=iw

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

24 Oct, 10:27


Pandangan Syeikh ini sangat halus dan teliti, kerana jika kita ingin menilai nilai ilmu agama yang diajarkan oleh para guru ia tidak mungkin boleh dinilai dengan duit ringgit dan seluruh harta benda dan dunia ini, justeru ia adalah termasuk dalam makna Al-Ta'awun (saling tolong menolong dalam kebaikan).

5. Warak dan zuhudnya Ulama terdahulu daripada mendekati pintu-pintu fitnah antaranya adalah jawatan-jawatan lantikan pemerintah yang mungkin akan mengubah prinsip agama atau menyebabkan mereka hanya berdiam diri daripada kemungkaran atau menzalimi manusia lain.

6. Keharusan mengambil bayaran dalam Ta'lim dan pengajaran al-Quran sekadar hajat dan bukan dengan melampaui batas. Inilah mazhab jumhur ulama antaranya Imam Malik dan Al-Syafi'i.


Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

24 Oct, 10:27


TA'LIM LEBIH BAIK DARIPADA BERGANTUNG TERHADAP PARA PEMERINTAH: TAHQIQ SYEIKH AL-SYINQITI RAHIMAHULLAH BERKENAAN BAYARAN UNTUK TA'LIM DAN PENGAJARAN ILMU AGAMA

Kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

التَّعْلِيمُ أحَبُّ إلَيَّ مِن أنْ يَتَوَكَّلَ لِهَؤُلاءِ السَّلاطِينِ، ومِن أنْ يَتَوَكَّلَ لِرَجُلٍ مِن عامَّةِ النّاسِ في ضَيْعَةٍ، ومِن أنْ يَسْتَدِينَ ويَتَّجِرَ لَعَلَّهُ لا يَقْدِرُ عَلى الوَفاءِ فَيَلْقى اللَّهَ تَعالى بِأماناتِ النّاسِ، التَّعْلِيمُ أحَبُّ إلَيَّ.

Al-Ta'lim (memfokuskan diri dengan mengajar agama) lebih aku sukai daripada bergantung kepada para sultan (yakni: mengambil jawatan daripada pemerintah), atau bergantung kepada seorang lelaki awam di ladang, atau daripada berhutang dan berniaga yang mungkin tidak mampu dilangsaikan, lalu bertemu Allah Taala dengan amanah-amanah manusia (yang tidak dapat ditunaikan). Al-Ta'lim lebih aku sukai.

[ Al-Aadab al-Syariah 1/73 ]

Kata Al-'Allamah Syeikh Al-Syinqiti rahimahullah:

الَّذِي يَظْهَرُ لِي - واللَّهُ تَعالى أعْلَمُ - أنَّ الإنْسانَ إذا لَمْ تَدْعُهُ الحاجَةُ الضَّرُورِيَّةُ فالأوْلى لَهُ ألّا يَأْخُذَ عِوَضًا عَلى تَعْلِيمِ القُرْآنِ، والعَقائِدِ، والحَلالِ، والحَرامِ، لِلْأدِلَّةِ الماضِيَةِ، وإنْ دَعَتْهُ الحاجَةُ أخَذَ بِقَدْرِ الضَّرُورَةِ مِن بَيْتِ مالِ المُسْلِمِينَ؛ لِأنَّ الظّاهِرَ أنَّ المَأْخُوذَ مِن بَيْتِ المالِ مِن قَبِيلِ الإعانَةِ عَلى القِيامِ بِالتَّعْلِيمِ لا مِن قَبِيلِ الأُجْرَةِ. والأوْلى لِمَن أغْناهُ اللَّهُ أنْ يَتَعَفَّفَ عَنْ أخْذِ شَيْءٍ في مُقابِلِ التَّعْلِيمِ لِلْقُرْآنِ، والعَقائِدِ، والحَلالِ والحَرامِ، والعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى.


Apa yang nampak jelas bagi saya – dan Allah Taala lebih mengetahui – ialah sekiranya seseorang itu tidak didesak oleh keperluan yang mendesak, maka lebih utama baginya untuk tidak mengambil sebarang bayaran sebagai imbalan mengajar al-Quran, akidah, perkara halal dan haram, berdasarkan dalil-dalil yang telah disebutkan. Namun, jika dia berada dalam keadaan terdesak, maka dia boleh mengambil sekadar mana yang diperlukan daripada Baitul Mal (perbendaharaan umat Islam), kerana yang nampak jelas ialah apa yang diambil daripada Baitul Mal adalah berupa bantuan untuk menunaikan tanggungjawab pengajaran, bukan upah. Dan lebih utama bagi mereka yang telah diberikan kekayaan oleh Allah untuk menjaga diri daripada mengambil apa-apa balasan sebagai upah mengajar al-Quran, akidah, perkara halal dan haram. Dan Allah Taala lebih mengetahui.

[ Adhwa' al-Bayan 3/30-31 ]

Catatan:


1. Pandangan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah tentang Ta'lim dan mengambil bayaran daripada Ta'lim itu lebih disukai berbanding bergantung kepada pemerintah merujuk kepada zaman beliau iaitu apabila tersebarnya bidaah dalam kalangan ulama yang terpengaruh dengan bidaah Muktazilah akhir sekali mereka hanya mendiamkan kebatilan dalam kalangan pemerintah. Ia juga bukan bermaksud haram seorang ulama bekerja atau menjabat jawatan daripada pemerintah namun sebaliknya jika hal tersebut boleh mengubah prinsip agamanya maka hukumnya boleh jatuh kepada makruh atau haram.

2. Maksud perkataan Imam Ahmad ini merujuk kepada Ahli Ilmu, atau sesiapa yang dibukakan Allah dengan kefahaman ilmu agama hendaklah dia memfokuskan kepada al-Ta'lim (proses pengajaran) sambil berwaspada daripada terlalu bergantung dengan pemerintah (yakni: ingin menjabat jawatan tertentu) atau perniagaan sehingga menyibukkan dirinya daripada al-Ta'lim. Hal ini akan mensia-siakan ilmunya.

3. Seorang alim tidak mungkin akan berkhidmat dengan menyebarkan ilmunya jika dirinya disibukkan dengan jawatan atau perniagaan. Hal ini adalah realiti pada zaman Imam Ahmad bagaimana dengan zaman kita hari ini?

4. Bayaran yang diberikan kepada guru yang mengajarkan al-Quran atau ilmu agama tidak sepatutnya difahami ia sebagai upah imbalan (harga atau nilai) , namun disebutkan oleh Syeikh Al-Syinqiti sebagai:

مِن قَبِيلِ الإعانَةِ عَلى القِيامِ بِالتَّعْلِيمِ لا مِن قَبِيلِ الأُجْرَةِ

Bantuan untuk menunaikan tanggungjawab pengajaran, ia bukan upah (nilai atau harga).

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

24 Oct, 04:26


HUKUM HANYA MENISBAHKAN DIRI KEPADA ASY'ARI DAN ALIRAN AL-ASYAIRAH YANG MANA SATU YANG BENAR?

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, saya tertarik dengan hujah ustaz tentang hukum menisbahkan diri kepada Asyairah sebagai bidaah yang Ustaz sebutkan dalam kuliah Amsal pagi tadi, benarkah ada Asyairah yang menepati Ahli Sunnah wal Jamaah?

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ya, apa yang saya sebutkan itu sebenarnya adalah nas perkataan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, dan beliau antara ulama yang paling alim tentang Asya'irah dan seluruh cabang dan alirannya.

Kata beliau:

وَكَانَ يَحْيَى بْنُ عَمَّارٍ يَقُولُ: الْمُعْتَزِلَةُ الْجَهْمِيَّة الذُّكُورُ وَالْأَشْعَرِيَّةُ الْجَهْمِيَّة الْإِنَاثُ. وَمُرَادُهُمْ الْأَشْعَرِيَّةُ الَّذِينَ يَنْفُونَ الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةَ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مِنْهُمْ بِكِتَابِ " الْإِبَانَةِ " الَّذِي صَنَّفَهُ الْأَشْعَرِيُّ فِي آخِرِ عُمْرِهِ وَلَمْ يُظْهِرْ مَقَالَةً تُنَاقِضُ ذَلِكَ فَهَذَا يُعَدُّ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ؛ لَكِنَّ مُجَرَّدَ الِانْتِسَابِ إلَى الْأَشْعَرِيِّ بِدْعَةٌلَا سِيَّمَا وَأَنَّهُ بِذَلِكَ يُوهِمُ حُسْنًا بِكُلِّ مَنْ انْتَسَبَ هَذِهِ النِّسْبَةَ وَيَنْفَتِحُ بِذَلِكَ أَبْوَابُ شَرٍّ


Dan Yahya bin 'Ammar pernah berkata: Muktazilah adalah Jahmiyyah lelaki, dan Asya'irah adalah Jahmiyyah perempuan.” Apa yang dimaksudkannya adalah Asya'irah yang menafikan sifat-sifat khabariyah. Adapun sesiapa yang berpegang kepada kitab “Al-Ibanah” yang disusun oleh Al-Asy’ari (Imam Abul Hasan) pada akhir hayatnya, dan tidak menzahirkan pendapat yang bertentangan dengan itu, maka dia dianggap sebagai sebahagian daripada Ahli Sunnah. Namun, hanya sekadar menyandarkan diri kepada Al-Asy'ari adalah satu bidaah, terutamanya kerana hal tersebut boleh menimbulkan sangkaan baik kepada semua yang menyandarkan diri kepada nisbah tersebut dan boleh menyebabkan terbuka dengannya pintu-pintu keburukan.

[ Majmuk al-Fatawa 6/359-360 ]

Yahya bin Ammar (wafat 422H) beliau ialah Imam Ahli Hadis di zamannya. Perbahasan tentang aliran-aliran dalam Al-Asya'irah itu sendiri sangat panjang jika hendak dibahaskan di sini. Tetapi ini sahaja sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita betapa pihak yang menyokong pembatasan aliran tersebut dalam takrif Ahli Sunnah wal Jamaah gagal menjelaskan perincian ini dengan sebaiknya malah menambahkan lagi kekeliruan.

Kesimpulannya Asya'irah yang dikira sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mereka yang benar-benar mengikuti pandangan Imam Abul Hasan al-Asy'ari dalam Kitab al-Ibanah dan kitab-kitab terakhir beliau yang menepati akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kemudian Ibnu Taimiyyah menjelaskan semata-mata menyandarkan diri kepada Asy'aari adalah bidaah kerana ia tidak pernah ditunjukkan oleh dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah atau pemahaman para sahabat Nabi dan Salaf al-Soleh bahkan bertentangan dengannya. Perkataan Ibnu Taimiyyah ini juga jelas merentasi zaman, apabila kita melihat banyak aliran-aliran sesat seperti Al-Arqam, tarikat-tarikat sesat yang hanya mendakwa mereka Asya'irah namun tetap membawa ajaran yang menyanggahi al-Quran al-Sunnah dan Ijmak Salaf.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

21 Oct, 01:14


TAWADUK

Kata Fudail bin 'Iyadh rahimahullah apabila ditanya tentang tawaduk:

أن تخضع للحق وتنقاد له، ولو سمعته من صبي قبلته، ولو سمعته من أجهل الناس قبلته

" Engkau tunduk kepada kebenaran dan menyerahkan diri kepadanya, sekalipun engkau mendengarnya (yakni: kebenaran itu) daripada seorang kanak-kanak engkau tetap menerimanya, dan sekalipun engkau mendengarnya daripada orang yang paling jahil engkau turut menerimanya".

[ Al-Tawaduk wa al-Khumul Ibn Abi al-Dunya hal 118, Hilyah al-Awliya' no:11639, Al-Ihya' 3/362 ]

Catatan:

1. Tawaduk sebagaimana ditakrifkan oleh salaf bermaksud tunduk dan menerima kebenaran walaupun daripada sesiapa pun yang membawa dan mengatakannya tanpa meremehkan kedudukan penyampai kebenaran tersebut. Ada juga ulama yang mengatakan tawaduk itu adalah kesedaran seseorang bahawa dirinya sendiri tidak lebih mulia atau lebih bagus daripada orang lain.

2. Tawaduk hari ini semakin jarang diamalkan apabila manusia menjadikan tembok pangkat, jawatan, harta benda, gelaran, pengaruh dan status sosial sebagai neraca utama untuk menerima kebenaran. Termasuklah dalam jawatan ilmu dan agama, betapa ramai mereka yang bergelar Profesor, Dr, Mufti dan Ustaz yang apabila sampai kepadanya kebenaran daripada mereka yang lebih rendah statusnya daripada dirinya lalu dia menolak kebenaran tersebut. Mereka yang selamat adalah sesiapa yang dirahmati Allah.

3. Tawaduk juga susah diamalkan apabila manusia melihat kebenaran itu hanya dimiliki oleh kumpulannya, partinya, penyokong atau gengnya sahaja. Ini juga menyebabkan ramai yang tidak boleh menerima kebenaran apabila kebenaran itu datang daripada lisan musuh atau seterunya.

4. Tawaduk adalah natijah tauhid dan tahqiqnya. Semakin seorang hamba mentauhidkan Allah maka semakin dirinya akan tawaduk kepada kebenaran. Sebaliknya semakin seseorang meremehkan tauhid dan perhambaannya kepada Allah maka semakin dia akan jauh daripada tawaduk.

5. Perkataan Fudail dan salaf tentang tawaduk ini sebenarnya berlegar kepada hadis Nabi ﷺ yang bermaksud: " Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain". Kerana lawan kepada tawaduk adalah al-Kibr (sombong).

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

19 Oct, 02:02


MEMBELA DAN MENYELAMATKAN ORANG YANG DIZALIMI ADALAH IBADAH YANG AGUNG

Apabila ada pihak dalam kalangan umat Islam membongkar kesesatan ajaran sesat, membantu orang yang dizalimi dalam kalangan mereka yang terperangkap dalam kesesatan masih ada golongan buta yang mendakwa sebaliknya.

Golongan ini seakan-akan hanya melihat ibadah itu terbatas dengan ritual zikir yang khusus semata-mata. Mungkin bagi mereka zikir "Hu" lebih agung berbanding membantu orang yang dizalimi, atau mencium tangan tuan guru, membaca kisah wali dan bertabarruk dengan jubah dan serban tuan guru itu lebih besar fadilatnya berbanding membantu orang yang dizalimi dan dalam kesusahan.

Lihat sahaja sikap golongan tersebut ketika pihak yang mereka tuduh sebagai "Wahhabi" mula membongkar ajaran sesat ini, mereka pula seperti acuh tidak acuh bahkan masih ada beranggapan isu ajaran sesat ini tidak serius, bagi mereka golongan "Wahhabi" yang mula membongkar kesesatan GISBH ini lebih merbahaya daripada kesesatan GISBH itu sendiri. Wallahul Musta'an.

Kata Sahabat Nabi yang mulia, Al-Baraa' bin ' Azib r.a :

أَمَرَنَا بِاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ، وَعِيَادَةِ الْمَرِيضِ، وَإِجَابَةِ الدَّاعِي، وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ،

Kami diperintahkan (Rasulullah ﷺ) untuk mengiringi jenazah, menziarahi orang yang sakit, menyahut jemputan dan membantu orang yang dizalimi..

[ HR Al-Bukhari no: 1239 ]

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

مِنْ أعظم العبادات :سدُّ الفاقات ، وقضاء الحاجات ، ونصر المظلوم ، وإغاثة الملهوف.

Antara ibadah yang paling besar: Menutup kesusahan (orang lain), memenuhi keperluan, menolong orang yang dizalimi dan menyelamatkan orang yang dalam kesusahan.

[ Majmuk al-Fatawa 28/243 ]

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

18 Oct, 23:36


PENGUMUMAN KULIAH BARU

Kuliah bersiri ini akan menyentuh secara terperinci tentang konsep titian al-Ṣirāṭ, satu aspek penting dalam akidah yang menghubungkan Padang Mahsyar dan syurga, dengan neraka Jahannam di bawahnya. Perbahasan mengenai al-Ṣirāṭ ini adalah sebahagian daripada tuntutan keimanan terhadap perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya, mengajak kita memahami kehidupan akhirat yang penuh dengan realiti yang tidak dapat dijangkau oleh akal, melainkan melalui pedoman wahyu.

Fokus kuliah ini ialah bagaimana seorang muslim dapat mencapai istiqamah di atas jalan yang lurus, menghindari kesesatan dan penyelewengan dalam akidah dan amalan agar mendapat kejayaan hakiki iaitu selamat melintasi al-Sirat dan menuju ke syurga abadi.

Ikuti kuliah ini yang ini akan bermula pada 25 Oktober 2024, setiap hari Jumaat, di sampaikan oleh Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi pada pukul 10.30 pg - 12.00 tgh.

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/8HXMiCrB9uNAHfLLA?g_st=iw

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

16 Oct, 09:30


ANTARA DUA SEBAB SESEORANG TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN

Kata Al-'Allamah Syeikh Abd Rahman bin Yahya Al-Mu’allimi, rahimahullah:


بعض أسباب عدم الاعتراف بالحق منها :

‏١- أن يرى الإنسان أن اعترافه بالحق يستلزم اعترافه بأنه كان على باطل.

‏٢- أن يكون قد صار له في الباطل جاه وشهرة ومعيشة، فيشق عليه أن يعترف أنه باطل فتذهب تلك الفوائد.

Sebahagian sebab seseorang itu tidak mahu mengakui kebenaran adalah:

1. Seseorang itu melihat bahawa pengakuannya terhadap kebenaran akan membawa kepada pengakuan bahawa dia sebelum ini berada dalam kebatilan.

2. Seseorang itu telah mendapat kedudukan, kemasyhuran, dan kehidupan dunia daripada kebatilan tersebut, maka dia merasa sukar untuk mengakui bahawa itu adalah kebatilan kerana takut kehilangan manfaat-manfaat tersebut.

[ Al-Tankil Jil 2, hal 180 ]


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

14 Oct, 02:02


ELAKKAN MENJADIKAN MIMPI SEBAGAI MODAL UNTUK MENARIK PERHATIAN RAMAI ATAU DEMI KANDUNGAN DI MEDIA SOSIAL

1. Antara perkara merbahaya yang sering dipandang remeh oleh sebahagian pembuat kandungan dan pengamal media adalah bermain-main dengan mimpi. Mimpi manusia dijadikan sebagai modal cerita yang disebarkan seakan-akan ia adalah seperti isyarat istimewa atau dengan niat baik sebagai pengajaran.

2. Dalam syariat, mimpi jika ia baik maka tidak boleh diceritakan melainkan hanya kepada orang terdekat yang dicintai dan dipercayai, atau alim yang nasih (menasihati). Jika ia mimpi yang buruk maka jangan sesekali menceritakan kepada sesiapa pun serta mintalah perlindungan kepada Allah nescaya ia tidak boleh memudaratkan.

3. Nabi Yaakub a.s menasihati Yusuf agar tidak menceritakan mimpinya kepada saudara-saudaranya sendiri kerana ia akan membawa kepada hasad dengki dan tipu daya daripada mereka. Jika saudara terdekat pun tidak dibenarkan untuk menceritakan mimpi bagaimana boleh disebarkan kepada seluruh khalayak?.

4. Antara petunjuk Salaf yang boleh diamalkan dalam berinteraksi dengan mimpi adalah apa yang diungkapkan oleh Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah. Beliau pernah ditanya tentang sebuah mimpi, lalu kata beliau:

ﺍﺗﻖِّ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻴﻘﻈﺔِ ﻻ ﻳﻀُﺮُّﻙَ ﻣﺎ ﺭﺃﻳﺖَ ﻓﻲ
ﺍﻟﻤَﻨﺎﻡ!

Bertakwalah kepada Allah dalam keadaan sedarmu, nescaya apa yang engkau lihat dalam mimpimu itu tidak akan memudaratkanmu!

[ Hilyah al-Awliya' 2/273 ]

Maksudnya sibukkan dengan ketaatan di alam nyata, istiqamah di atas tauhid dan sunnah bukan hanya sibuk bermimpi!

5. Yang terakhir, jangan sesekali terpedaya dengan mimpi seseorang, sebaik mana pun seorang manusia dia tidak akan terlepas daripada al-ghurur (terpedaya) dengan syaitan ataupun hawa nafsu. Suatu hari datang seorang lelaki menemui Imam Ahmad bin Hanbal lalu dia berkata: " Sesungguhnya aku melihat (dalam mimpiku) engkau berada dalam syurga!"

Lalu jawab Imam Ahmad:

الرؤيا تسر المؤمن ولا تغره قد كان يُرى لفلان ماتقول وهو اليوم يَرى رأي الخوارج

" Mimpi itu menggembirakan seorang mukmin, bukan memperdayakannya, dahulu orang ramai juga bermimpi melihat si fulan seperti apa yang kamu katakan (dia dalam syurga) sedangkan dia hari ini berpandangan seperti pandangan Khawarij!".

[ Siyar 'Alam an-Nubala' 11/227 ]

Maksudnya jangan sesekali terpedaya dengan mimpi sesiapa pun, termasuk mimpi diri sendiri, fokuskan kepada ketaatan, melazimi tauhid dan sunnah serta memperbaiki diri dan menyibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat bukan hanya lena dibuai mimpi!

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Oct, 13:25


SEBAB UTAMA KESYIRIKAN KAUM NABI NUH DAN PENTINGNYA ILMU TAUHID

Soalan:

Salam Ustaz, ustaz ada sebut dalam daurah pagi tadi punca utama berlakunya syirik dalam umat Nabi Nuh a.s bukan semata-mata kerana mereka membuat patung?, jadi apakah punca utamanya, dan apakah maksud ilmu dilupakan dalam athar Ibnu Abbas r.a itu?


Jawapan:

Antara beberapa faedah yang ditekankan dalam daurah Kisah Nabi Nuh a.s anjuran Karya Pis/Akademi Sunnah pagi tadi adalah pemahaman yang benar terhadap athar Ibnu Abbas r.a iaitu athar:

فلم تُعبد حتى إذا هلك أولئك، ونسخ العلم، عبدت .

Patung-patung orang soleh itu pada awalnya tidak disembah, sehingga apabila orang-orang (soleh) yang mula-mula meletakkan patung-patung itu meninggal dunia, dan ilmu mengenainya dilupakan, patung-patung itu disembah.

[ Rujuk Al-Bidayah wa An-Nihayah Kisah Nabi Nuh, hal 62/63 cetakan Karya PiS Sdn Bhd ]

Apakah maksud Ibnu Abbas apabila ilmu mengenainya dilupakan?

Maksud ونسخ العلم ini dalam lafaz lain dengan ungkapan وتنسخ العلم.

Kata Syeikh Abd Aziz al-Rajhi:

يعني زال العلم من قوله : نسخت الشمس الظل يعني أزالته، وفي لفظ آخر ونسي العلم.

Maksudnya, ilmu telah hilang, berasal dari ungkapan (arab): “Matahari menghilangkan bayang-bayang,” yakni matahari telah menghilangkannya. Dalam lafaz yang lain, disebut “dan ilmu telah dilupakan.”

[ Minhah al-Malik al-Jalil syarh Sahih Muhammad bin Ismail 8/1127 ]

Maksud ilmu di sini ada dua: Iaitu:

1) Ilmu tentang tauhid. Iaitu hak Allah ke atas para hamba. Dan ilmu inilah yang diwasiatkan oleh Nabi Adam a.s kepada Nabi Syits dan zuriat keturunannya sehinggalah Nabi Nuh a.s diutuskan. Dan inilah ilmu yang dimaksudkan oleh Allah taala bila menceritakan kepada kita seruan dan dakwah Nabi Nuh a.s sehinggalah Nabi Muhammad ﷺ.

2) Ilmu tentang tujuan utama orang-orang soleh itu membuat patung-patung orang soleh sebelumnya adalah untuk mengingatkan dan memotivasikan mereka dalam amalan soleh dan bukan untuk disembah. Namun maksud kedua ini tidak bertepatan dengan maksud dan tujuan utama penceritaan dakwah Nabi Nuh a.s iaitu Tauhid.

Jadi jika kita dapat faham maksud sebenar ilmu telah hilang atau dilupakan adalah maksud yang pertama iaitu ilmu tentang Tauhid. Iaitu Tauhid Uluhiyah yakni mengesakan Allah dalam ibadah.

Dan daripada pemahaman ini kita dapat simpulkan punca utama berlaku kesyirikan adalah apabila ilmu tentang tauhid dilupakan dan diabaikan sehingga ia semakin hilang dalam dada manusia lalu mereka bersikap melampaui batas terhadap orang soleh dan membuat patungnya untuk disembah. Buktinya jelas, Ibnu Abbas r.a dalam athar tersebut menyebutkan generasi pertama yang membuat patung-patung tersebut tidak menyembahnya namun setelah generasi berikutnya mengabaikan ilmu tauhid sehingga ia dilupakan barulah ia disembah.

Faedahnya kita dapat lihat dalam sejarah setelahnya sehinggalah pengutusan Nabi kita Muhammad ﷺ punca kesyirikan ini berlaku adalah sikap melampaui batas (ghuluw) terhadap orang soleh. Dan realiti ini kita tidak mungkin boleh ingkari dalam masyarakat kita hari ini pun sudah ada yang menyembah orang soleh atau wali dengan mengalihkan peribadatan kepada selain Allah.

Justeru betapa pentingnya menghidupkan ilmu Tauhid yang sahih dalam masyarakat bermula dengan diri kita sendiri dan dalam keluarga kita sendiri agar ia tidak diabaikan dan dilupakan kerana kejahilan tentang Tauhid adalah sebab utama berlakunya kesyirikan.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

13 Oct, 11:57


MENDAHULUKAN URUTAN TASBIH KE ATAS TAKBIR DAN TAHMID DALAM ZIKIR

Soalan:

Bolehkah urutan hadis yang sebut urutan zikirnya dengan takbir dahulu, tasbih dan tahmid diucapkan dengan urutan lain contohnya tasbih dahulu (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) kemudian takbir (Allahu Akbar) dan seumpamanya?

Jawapan:

Boleh untuk mendahulukan mana-mana dahulu lafaz sama ada takbir dahulu, atau tasbih dahulu atau tahmid dahulu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Samurah bin Jundab r.a bahawa Nabi ﷺ bersabda:

أَحَبُّ الكَلامِ إلى اللهِ أرْبَعٌ: سُبْحانَ اللهِ، والْحَمْدُ لِلَّهِ، ولا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، واللَّهُ أكْبَرُ، لا يَضُرُّكَ بأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ.

Perkataan yang paling dicintai oleh Allah ada empat: Subhanallah (tasbih), dan Alhamdulillah (tahmid), dan Laa Ilaaha Illallah (tahlil) dan Allahu Akbar (takbir), tidak memudaratkanmu dengan mana satu (lafaznya) yang kamu mulakannya.

[ HR Muslim no: 2137, Ibnu Majah no:3811 ]

Kata Ibnul Malik:

يعني بدأت بسبحان الله أو بالحمد لله أو بلا إله إلا الله أو بالله أكبر جاز

Yakni, jika kamu mulakan (dahulu) dengan subhanallah atau dengan alhamdulillah atau dengan laa ilaaha illallah atau dengan Allahu Akbar ia adalah harus.

[ Mirqah al-Mafatih 4/1593 ]

Kata Al-'Allamah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:

يعني أن الترتيب ليس بشرط فيمكن أن تقول الله أكبر ولا إله إلا الله والحمد لله وسبحان الله يمكن أو تخالط بينها المهم أن تقولها وإنما نص الرسول عليه الصلاة والسلام على ذلك لئلا يكلّف الإنسان نفسه في مراعاة الترتيب


Maksudnya urutan bukanlah syarat (untuk mendapatkan pahala zikir tersebut). Maka, boleh kamu menyebut “Allahu Akbar”, “La ilaha illallah”, “Alhamdulillah”, dan “Subhanallah” dalam mana-mana urutan, atau kamu boleh mencampurkan (urutan) antara ungkapan-ungkapan tersebut. Yang penting ialah kamu menyebutnya. Rasulullah ﷺ menyebut susunan itu hanya supaya manusia tidak memberatkan diri mereka dalam menjaga susunan dan urutan tertentu.

[ Syarh Bulugh al-Maram 28/10 ]


Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

12 Oct, 23:23


HUKUM UCAP ALHAMDULILLAH DALAM PERLAKUAN MAKSIAT

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, apa hukum seorang yang menang anugerah dalam maksiat mengucapkan Alhamdulillah?.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Hukum asal bagi seseorang yang melakukan maksiat lalu berzikir seperti mengucapkan Alhamdulillah kerana kegembiraan adalah haram dan penuturnya berdosa.

Kata Al-'Allamah Abdullah bin Abd Rahman Bafadl Al-Hadrami Al-Syafi'i (wft:918H) -rahimahullah-:

أحكام الحمد أربعة: الوجوب كما في خطبة الجمعة، الحرمة عند الوقوع بالمعصية فرحاً بها، الندب في كل حال، الكراهة كالحمد في الأماكن المستقذرة كالمزبلة

Hukum hakam Al-Hamd (ucapan Alhamdulillah) itu ada empat: Wajib sebagaimana dalam Khutbah Jumaat, Haram ketika terjerumus dengan kemaksiatan dan bergembira dengannya, Al-Nadb (sunat) dalam setiap keadaan, makruh seperti ucapan Al-Hamd di tempat-tempat yang kotor seperti sampah.

[ Rujuk Al-Bayan wa Al-Ta'rif bi Ma'ani wa Masaail wa Ahkam Al-Mukhtasar Al-Latif hal 36 ]

Namun perlu juga diperincikan lagi pada tiga keadaan:

1. Jika penutur tersebut mengucapkan "Alhamdulillah" sambil bergembira dengan maksiat yang dia menyangka hal tersebut bukan maksiat kerana perbuatan tersebut adat kebiasaan yang sudah sebati dan berlegar dalam lisan orang islam ia sia-sia, perbuatannya itu tidak berpahala dan dia kekal berdosa atas perbuatan kemaksiatannya dan wajib kepadanya bertaubat.

2. Jika penutur tersebut mengucapkan "Alhamdulillah" sambil bergembira dan berbangga dengan maksiat setelah dia tahu hal tersebut adalah maksiat dan dosa. Maka ini hukumya lebih berat berbanding yang pertama. Dibimbangi dia terjatuh dalam kekufuran. Wal'iyazubillah.

3. Jika penutur tersebut mengucapkan "Alhamdulillah" dengan tujuan Istihza' (mempermainkan dan bersenda gurau) dengan agama atau dia menghalalkan kemaksiatan tersebut maka hukumnya haram dan penuturnya boleh jatuh kufur. Wal'iyazubillah.

Makhul Al-Azdi pernah bertanya Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a:

Apa pandanganmu tentang seorang pembunuh orang, peminum arak dan penzina berzikir dengan menyebut nama Allah? sedangkan Allah berfirman: فاذكروني أذكركم " Sebutlah dan ingatlah namaKu, Aku akan sebut (dan ingati) kalian"?

Jawab Umar:

إِذَا ذَكَرَ اللَّهَ هُوَ، ذَكَرَهُ اللَّهُ بِلَعْنَتِهِ حَتَّى يَسْكُتَ

Jika dia menyebut (mengingati) Allah (dalam keadaan maksiat tersebut), Allah akan menyebutnya dengan laknatNya sehinggalah dia diam (daripada ucapan zikirnya itu dan bertaubat)

[ Tafsir Ibn Abi Hatim 1/260, isnadnya sahih, disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir rahimahullah dalam Umdah Al-Tafsir 1/198 ]

Wallahu'alam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

12 Oct, 04:34


Menurut Syeikh Dr Muhammad bin Abdillah bin Ali al-Khudairi -hafizahullah- riwayat Israiliyyat dalam Tafsir al-Tabari sahaja ada lebih kurang 1500 riwayat, 700 daripadanya adalah maqbul (diterima), 700 lagi adalah dalam kategori al-maskutu 'anhu (didiamkan-yakni tidak ditolak dan diiyakan- boleh diriwayatkan) manakala baki lagi iaitu hanya lebih kurang 60 (yakni tidak sampai 100) riwayat sahaja yang mungkar (ditolak).

- Rujuk Liqa' ahli Tafsir ke-70, beliau antara ulama yang pakar tentang tafsir Tabiin

Catatan:

Jika ini adalah nisbah riwayat Israiliyyat menurut kajian beliau maksudnya betapa batilnya seruan golongan yang mendakwa perlu menolak seluruh riwayat Israiliyyat sama ada dalam Tafsir atau Tarikh. Ini juga menunjukkan betapa seruan menolak riwayat Israiliyyat secara total akan menyebabkan ilmu salaf akan tertolak dengan sendirinya serta ia menyalahi hadis Nabi ﷺ tentang keizinan meriwayatkan daripada Bani Israil.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

11 Oct, 01:28


PENGHUNI SYURGA YANG PALING SEDIKIT!

Pernah diceritakan seorang wanita solehah bertanyakan suaminya tentang semua hadis Nabi ﷺ yang menyebutkan tentang wanita. Lalu si suami hanya membacakan hadis-hadis yang menggembirakan si isterinya. Lalu si isteri yang cerdik mula meminta agar suaminya membacakan hadis yang sebaliknya yakni yang akan menyebabkan dirinya merasa bimbang dan sedih serta tidak terlalu bergembira.

Maka jawab si suami: " Baik kalau itu permintaan kamu saya ingin kisahkan tentang satu kisah:

كانَ لِمُطَرِّفِ بنِ عبدِ اللهِ امْرَأَتَانِ، فَجَاءَ مِن عِندِ إحْدَاهُمَا، فَقالتِ الأُخْرَى: جِئْتَ مِن عِندِ فُلَانَةَ؟

Dahulu (yakni pada zaman sahabat Nabi) ada seorang tabiin bernama Mutarrif bin Abdillah, beliau mempunyai dua orang isteri, suatu hari beliau datang daripada salah seorang daripada kedua isterinya lalu berkatalah isterinya yang lain: " Adakah engkau datang daripada fulanah (yakni isterimu yang satu lagi)?

Jawab Mutarrif:

جِئْتُ مِن عِندِ عِمْرَانَ بنِ حُصَيْنٍ، فَحَدَّثَنَا أنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ قال:

(Tidak), aku datang daripada Imran bin Husoin lalu beliau telah menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ أَقَلَّ سَاكِنِي الْجَنَّةِ النِّسَاءُ

Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita!

[ HR Muslim no: 2738, Ahmad no: 19837, 19916, 19986 ]

Mendengar hadis ini si isteri itu terus terdiam dan menangis.


Catatan:

1. Hadis ini menjelaskan tentang sifat kecemburuan seorang isteri terhadap suaminya serta bersangka buruknya seorang isteri terhadap suami dan isterinya yang lain. Kecemburuan yang melampaui batas hanya akan mengundang sangka buruk serta kebencian antara satu sama lain.

2. Kebijaksanaan Mutarrif bin Abdillah menutup sikap sangka buruk isterinya dan perasaan rasa selesanya dengan perkataan sebaik-baik manusia iaitu baginda Nabi Muhammad ﷺ.

3. Hadis ini wajib diimani dengan zahirnya iaitu wanita memang adalah penghuni syurga yang paling sedikit jika hendak dibandingkan dengan lelaki kerana sifat mereka yang lemah, cepat terpengaruh dengan nafsu, kebatilan dan hasutan syaitan. Termasuk daripada hikmah seorang suami atau lelaki dan ketua keluarga adalah membiarkan hadis ini kepada zahirnya dan tidak ditakwil semata-mata untuk memuaskan hati sang isteri atau kaum wanita.

4. Kelebihan tabiin yang mulia Mutarrif bin Abdillah, menunjukkan tidak semua orang lelaki itu kecenderungannya yang besar hanya kepada wanita, boleh jadi kecenderungan seorang lelaki yang soleh itu terhadap ilmu lebih daripada kecenderungannya terhadap wanita termasuklah isterinya. Buktinya kita dapat lihat bagaimana Mutarrif menjawab beliau datang daripada rumah sahabat Nabi iaitu Imran bin Husoin r.a iaitu mendengar hadis Nabi ﷺ bukan seperti sangkaan isterinya bahawa dia datang dari rumah isteri yang satu lagi.

5. Larangan bersangka buruk terhadap orang yang soleh dan mereka yang kecenderungan mereka adalah mendengar petunjuk dan ilmu yang bermanfaat terutamanya hadis-hadis Nabi ﷺ melebihi wanita dan dunia seluruhnya.

6. Hadis ini tidak bertentangan dengan hadis-hadis dan ayat-ayat yang memerintahkan agar melayani wanita dengan makruf dan baik, namun ia adalah pukulan untuk wanita-wanita yang tidak bersyukur dengan kebaikan suami seperti hadis-hadis amaran Nabi ﷺ yang lain berkenaan hal tersebut.


Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

10 Oct, 22:25


TOLEH YANG DISEMBAH

Antara fiqh Syeikh Abdul Rahman bin Hamd Al-Jutaili rahimahullah (wft:1404H) yang menarik perhatian saya dan jarang saya jumpa dalam mana-mana syarahan bagi kitab Tauhid adalah kenyataan beliau ketika menjelaskan makna syirik:

هو اتخاذ الأنداد والشركاء لله من أي نوع من أنواع المعبودات سواء صالحين أو طالحين أو أحجارا أو رسلا أو شجرا أو ملائكة فكل هذه الأشياء إذا صرفت لها أي نوع من أنواع العبادة التي لا يجوز صرفها إلا لله فقد أشركت..

Syirik itu adalah menjadikan tandingan-tandingan dan sekutu-sekutu bagi Allah daripada mana-mana jenis sembahan sama ada orang soleh atau toleh (orang yang jahat) atau batu-batu, para rasul, pokok-pokok dan malaikat. Semua perkara ini jika kamu memalingkan untuknya mana-mana jenis ibadah yang tidak boleh ditujukan melainkan hanya untuk Allah semata-mata maka kamu telah melakukan syirik.

Rujuk Ifadah al-Mustafid bisyarh Kitab al-Tauhid hal 14.


Catatan:

Orang soleh yang disembah semua orang sedia maklum dan ia kebanyakannya berlaku kepada golongan musyrikin yang mutaqaddimin (terawal), adapun orang toleh yang disembah maka ia kebanyakannya berlaku kepada golongan musyrikin mutaakhirin.

Perhatikan!!


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

09 Oct, 23:26


FAEDAH ILMU HADIS: MAKSUD 'AN (عن) DI SISI ULAMA MUTAQADDIMIN.

1. Dalam kuliah sirah Nabi ﷺ baru-baru ini saya ada menjelaskan tentang beberapa tanda-tanda (alamat atau dalail) yang tidak sahih diriwayatkan berkenaan peristiwa kelahiran Nabi ﷺ antaranya bergegarnya tiang-tiang istana Kisra (Raja Parsi) serta terpadamnya api majusi di kuil-kuil di sekitarnya ketika kelahiran Nabi ﷺ.

2. Saya menegaskan tentang ada riwayat yang tidak sahih daripada sudut riwayat (hadis kerana tidak menepati syarat-syarat kesahihan) namun ia diterima dari sudut perkhabaran, hikayat dan penceritaan dari sudut tarikh (sejarah) atau tanda-tanda kenabian (Dalaail an-Nubuwwah).

3. Contoh yang lain riwayat Hasan bin Tsabit r.a tentang bintang Ahmad yang dilihat oleh ulama Yahudi pada malam-malam sebelum atau semasa kelahiran Nabi ﷺ adalah hasan riwayatnya, namun jika ia diteliti tetap sama daripada sudut ia diterima bukan semata-mata berdasarkan satu riwayat namun ia disokong oleh syawahid lain.

4. Contoh yang lain riwayat Ali bin Abi Talib r.a daripada datuknya Abdul Mutallib tentang peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad ﷺ yang ada padanya Dalaail an-Nubuwwah (tanda-tanda kenabian) antaranya penemuan dan penggalian semula telaga zam-zam setelah ia tertimbus zaman berzaman sehinggalah ditemui semula oleh Abdul Mutallib.

5. Jika diteliti riwayat tersebut ia jelas ada inqita' (terputus sanadnya) antara Ali dan datuknya Abdul Mutallib. Namun ia tetap diterima kerana bukan semua sighah 'An (عن) itu dimaksudkan oleh Salaf sebagai maksud riwayat secara tahdis (iaitu menurut syarat periwayatan hadis).

Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:

كان القدماء كثيرا ما يقولون "عن فلان"، ويريدون الحكاية عن قصته، والتحديث عن شأنه، لا يقصدون الرواية عنه

" Ulama Salaf terdahulu (para sahabat dan tabiin) banyak mereka menyebutkan " 'An fulan" " Daripada Fulan", dan yang mereka maksudkan adalah hikayat tentang kisahnya, dan penceritaan tentang urusan atau peristiwanya bukan mereka maksudkan riwayat daripadanya".

[ Syarh 'Ilal al-Tirmidzi 1/380 ]

6. Apabila kita memahami isu ini dengan baik maka akan jelaslah betapa rapuhnya asas sebahagian penulis atau golongan yang bertindak semberono memasukkan beberapa tanda-tanda kenabian atau peristiwa sirah dan sejarah sebagai tidak sahih atau palsu tanpa memperincikan isu teknikal ini sekaligus menimbulkan salah faham dan buruk sangka terhadap ulama sirah atau sejarawan dalam kalangan Salaf.

Wallahualam.


MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

09 Oct, 13:20


Antara sifat orang yang merealisasikan Tauhid adalah mereka golongan yang teguh dengan Tauhid walaupun sedikit sahaja yang menuruti jalan kebenaran dan mereka tidak cenderung atau condong kepada pangkat jawatan dan pemerintahan, tidak juga condong dan cenderung kepada peniaga-peniaga yang hidup mewah dan melampaui batas, tidak juga berubah-ubah pendirian seperti ulama yang terfitnah dengan pangkat jawatan dan harta benda.

Rujuk : Al-Tamhid li Syarh Kitab Al-Tauhid

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

08 Oct, 23:19


PANTAI KESELAMATAN DAN OMBAK HAWA NAFSU

Kata Al-Hafiz Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:

الاِستِقامَةُ والثَّبات لا قُدرَةَ للعبدِ عليهِ
بنَفسِه، ولِذلِك يحتاجُ أن يسألَ ربَّهُ الثّبات؛ كَمْ مِنْ عامِلٍ يَعملُ الخَيْر، إذا بقِيَ بيْنهُ وبيْنَ الجنَّة ذِراع، وشارَفَ مَركَبهُ ساحِلَ النَّجاة، ضرَبهُ مَوجُ الهَوَى فغَرِق

“ Istiqamah dan keteguhan tidak dapat dicapai oleh hamba dengan usahanya sendiri. Oleh itu, dia sentiasa memerlukan untuk memohon kepada Tuhannya keteguhan.

Berapa ramai orang yang melakukan kebaikan, apabila dia hampir sampai ke syurga, antara dia dan syurga hanya tinggal sehasta sahaja, dan dia sudah hampir ke pantai keselamatan, tiba-tiba dia dipukul oleh ombak hawa nafsu lalu dia tenggelam.”

[ Majmuk Rasaail al-Hafiz Ibnu Rajab 1/339 ]

Wallahualam.

MFAZ.

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

07 Oct, 23:22


DOA TABIIN: HAJATKU AGAR ALLAH AMPUNIKU

Seorang tabiin yang mulia, Amir bin Abd Qays al-Tamimi rahimahullah ketika waktu pagi beliau akan mengucapkan:

اللَّهُمَّ إِنَّ النَّاسَ قَدْ اِنْتَشَروُا لِحَوَائِجِهِمْ ،

‏وَإِنَّ حَاجَتيِ أَنْ تَغْفِرَ ليِ


Ya Allah, sesungguhnya manusia bertebaran untuk mendapatkan hajat-hajat mereka,

dan sesungguhnya hajatku (pula) adalah agar Engkau mengampuniku.

[ Al-Zuhd li Ibn Abi 'Asim hal 225 ]

Catatan:

1. Abu 'Amr Amir bin Abd Qays al-Tamimi al-Anbari al-Basri. Beliau digelarkan oleh Kaab al-Ahbar sebagai " Rahib umat ini". Kata Al-Zahabi: Qudwah (contoh ikutan), Wali, Zahid (seorang yang zuhud). Beliau wafat pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.

2. Padankan mafhum doa beliau ini dengan salah satu lafaz zikir pagi yang sering diucapkan oleh baginda Nabi kita Muhammad ﷺ iaitu antaranya adalah doa memohon keampunan iaitu وأبوء لك بذنبي فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت. Iaitu pengakuan dosa dan permohonan keampunan.

3. Fadilat memulakan zikir, doa dan amalan pekerjaan di waktu pagi antaranya dengan memohon keampunan serta melazimi lafaz dan pemahaman terhadap zikir-zikir nabawi.

4. Fiqh dan pemahaman Salaf antaranya mereka melihat keampunan Allah lebih diharapkan berbanding rezeki dan hajat-hajat lain. Kerana ia adalah pembuka kepada seluruh hajat. Hal ini diisyaratkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim dalam karya-karya mereka.



Wallahualam.


MFAZ.