Kali ini pula apabila kita mengatakan hadis Sahih al-Bukhari tentang hal dibincangkan ini sahih bahkan bertaraf Mutawatir, ada pula yang berhujah ia belum "ijmak" sepakat lagi akan kemutawatirannya. Subhanallah.
Ke mana kita hendak bawa perbahasan agama ini? Kita semua akan berdiri menjawab ini pada Allah di akhirat kelak.
Saya bawakan 1 teks untuk nyatakan ijmak ke atas hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim terhadap hadis-hadis yang tidak dikritik oleh ilmuwan silam untuk tidak hampakan saudara semua. Al-Qastallani berkata:
وقد علم أن الإجماع واقع على تلقي كتابيهما بالقبول والتسليم، إلا ما انتقد عليهما فيه.
Maksudnya: Telah diketahui bahawa IJMAK BERLAKU terhadap kedua-dua kitab ini (Sahih Al-Bukhari dan Muslim) dengan penerimaan KECUALI APA YANG DIKRITIK. (Al-Qastallani, Irshad al-Sari, jil. 1, hal. 21)
Hadis yang dibincangkan sehari dua ini termasuk dalam hadis-hadis yang tidak dikritik oleh mana-mana ulama silam selama ribuan tahun. Ia termasuk dalam ijmak bahawa hadis ini sahih.
Adapun hadis-hadis yang lain dalam Sahihain seperti dalam bab Maghazi, Muallaq dan seumpamanya masih terdapat kritikan ulama silam padanya seperti yang saya telah tuliskan sebelum ini.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/15cyMz8kEv/