Tarbiah Sentap @tarbiahsentap Channel on Telegram

Tarbiah Sentap

@tarbiahsentap


Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~

Tarbiah Sentap (Malay)

Tarbiah Sentap adalah saluran Telegram yang menawarkan tarbiah, dakwah, dan hiburan Islami yang dipilih khas untuk anak muda. Dengan kandungan yang menyentuh hati dan memberikan pelbagai pandangan mengenai agama Islam, saluran ini berusaha untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelanggan. Tarbiah Sentap bertujuan untuk memberi pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam sambil menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan. Melalui video, gambar, dan teks yang memberi kesedaran, saluran ini membantu memperkuatkan iman dan memperluaskan pengetahuan mengenai agama. Bagi mereka yang mencari inspirasi dan motivasi dalam kehidupan harian, Tarbiah Sentap adalah pilihan yang tepat. Bergabunglah dengan saluran ini sekarang untuk mendapat manfaat daripada kandungan yang bermakna dan relevan untuk memperkukuhkan keyakinan anda dalam agama Islam.

Tarbiah Sentap

22 Jan, 06:27


sebab nampak ramai dah yang excited.. kita bagitahu awal lah bila buku ini akan terbit.

(sebenarnya kami juga tak sabar nak bagitahu ๐Ÿ™‚โ€โ†”๏ธ)

insyaAllah, diiizinkan... 25 Januari ini jam 9 Malam!

Tarbiah Sentap

22 Jan, 06:05


Pembukaan tahun 2025, Tarbiah Sentap bawakan buku genre novel dari penulis Najmi Fetih yang bertajuk "Aku Bukan Ustaz"

Najmi Fetih pernah menulis beberapa buah buku di bawah terbitan Tarbiah Sentap yang bertajuk Kerna Syurga Bukan Percuma sehingga siri yang keempat, Penjara, Patahnya Sayap Harapan, Agar Kau Bahagia dan Retaknya Sebuah Percaya.

Next posting kami akan persembahkan tentang apa buku ini. Mesti korang dah tak sabar kannn. Stay tuned!

Tarbiah Sentap

21 Jan, 12:46


Mungkin korang tak boleh teka tajuk lagi tapi dah boleh tahu siapa penulis ๐Ÿ‘€

Kami bawakan kali ini buku bergenre Novel! Tarbiah Sentap dikenali sebagai penerbit buku Novel Islamik ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Pun kalau ada watak percintaan, akhirnyaaa penulis akan membawa kita kembali kepada Sang Pencipta.

Pun kalau ada watak seseorang yang sedang putus asa dengan rahmat Allah, akhir penceritaan akan bawa untuk kita lebih mengenali Dia dengan berbekalkan taqwa dan juga tawakal.

Tarbiah Sentap

21 Jan, 08:33


malam ni nak reveal dah sikit - sikit untuk buku baru yang pertama ๐Ÿ‘€

Tarbiah Sentap

20 Jan, 13:14


Bismillah. Tak sabarnyaaa kami nak bermula fenomena baru untuk tahun ini! Akan terbit tak lama lagi.

Tarbiah Sentap

19 Jan, 13:27


Save post ini ya dan boleh dijadikan rujukan kalau korang nak buat pembelian koleksi Tarbiah Sentap yang paling best seller dan juga yang terbaru!

korang boleh lawati ke shopee dan tiktok shop Tarbiah Sentap, pilih sahaja mana - mana buku dan pembelian secara kombo semestinya lagi menjimatkan ๐Ÿ˜

Untuk tahun 2025 ini, kami akan terbitkan buku baru tidak lama lagi. Nantikan!

Tarbiah Sentap

18 Jan, 12:53


Alhamdulillah dan terima kasih semua atas sokongan untuk buku Tuhan, Aku Ingin Hijrah sepanjang tahun 2024 dan telah menjadi diantara yang best seller di online dan juga di bookstore!

Terima kasih juga kepada penulis, Ustaz Adnin... yang telah mencetuskan buku ini untuk menjadi semangat kita semua untuk berhijrah.

Kami mengharapkan semoga buku ini memberi manfaat, kebaikan dan rujukan buat mereka yang sedang tercari - cari jalan untuk berhijrah. Juga sentiasa mendoakan supaya kalian diberikan kekuatan dan istiqamah!

Nantikan... buku baru dari Tarbiah Sentap yang bakal terbit pada bulan ini.

Tarbiah Sentap

17 Jan, 12:41


Rezeki, jodoh dan ajal adalah perkara yang sudah ditetapkan Allah Swt sejak di Luh Mahfuz.

Setiap sesuatu yangditakdirkan untuk manusia menjadi rahsia-Nya kerana tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal berlaku dalam perjalanan hidup masing-masing.

Tarbiah Sentap

17 Jan, 04:34


Ya Allah, sampaikan aku ke bulan Ramadan dalam keadaan selamat. Ya Allah, selamatkan aku saat Ramadan dan selamatkan amal ibadahku di dalamnya sehingga menjadi amal yang diterima - HR At-Thabarani.

Tarbiah Sentap

16 Jan, 02:18


๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—ฒ๐—น-๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ ๐—ถ๐—ป๐—ถ

Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula Ahad ini setelah perunding proses damai mencapai kesepakatan, semalam.

Ini sekali gus akan menamatkan konflik lebih 15 bulan yang meragut lebih 46,000 nyawa.

Perjanjian yang dirundingkan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat itu melibatkan pengunduran tentera zinonis secara berperingkat dari Gaza serta pertukaran tahanan.

Tarbiah Sentap

15 Jan, 13:09


Penghantaran buku Tarbiah Sentap berjalan seperti biasa bermula hari isnin sehingga jumaat. Kalau nak dapatkan buku secepatnya boleh lah buat pembelian sebelum jam 12 tengahari!

Koleksi buku kami ni korang boleh dapatkan di mana bersama dengan harga diskaun?

Boleh dapatkan di link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://my.shp.ee/TnegNVn

Tarbiah Sentap

15 Jan, 07:55


1) Rukhsah Jamak dan Qasar diberikan untuk orang yang bermusafir hanyalah untuk musafir tujuan yang harus sahaja seperti pergi bekerja, belajar dan bercuti.

2) Keinginan tersebut gugur bagi musafir ke tempat maksiat. Mereka perlu solat seperti biasa dalam waktunya.

Kebenaran yang pahit untuk menerima tapi inilah hakikat yang nyata. Semoga kita boleh mengambil pengajaran dan ilmu ini untuk masa akan datang.

Tarbiah Sentap

14 Jan, 15:44


menantikan... Pengumuman gencatan senjata di Palestin.

Semoga sinar cahaya buat seluruh Umat ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tarbiah Sentap

14 Jan, 08:14


Kata ustaz, kalau ada amalan nak buat masa Ramadan nanti, mulakan dari sekarang.

Solat berjemaah di masjid, baca Al-Quran, tidur awal, bangun awal pagi untuk qiamullail, banyak bersedekah, jaga akhlak, berlapar dan lain lain.

Ramadan nanti dah terbiasa.

Tarbiah Sentap

11 Jan, 05:42


Orang-orang yang meninggal semalam itu rupanya sama seperti kita .Mereka sangkakan hari ini mereka masih hidup.

Tarbiah Sentap

11 Jan, 02:46


Mari mengisi hati kita dengan prasangka baik, harapan baik, keinginan baik dan tekad untuk menjadi lebih baik.

Tarbiah Sentap

10 Jan, 13:19


Kami ada buat flash sale sempena tahun baru tau....

kalau korang nak kumpul koleksi buku tarbiah sentap, ini lah masanyaa!

Boleh dapatkan di kesemua platform kami iaitu tiktok dan shopee. tekan je link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=ZS-8swyrUXXLTc

Tarbiah Sentap

10 Jan, 05:02


Memasuki bulan Rejab, bererti dah perlu beringatkan hubungan diri kita dengan Tuhan, memperbaiki langkah, mentaubati dosa dan menjadi hamba baik untukNya. Perjalanan menuju Ramadhan... sempatkan lah kami.

Tarbiah Sentap

09 Jan, 15:24


kalau belum, kami nak ajak korang ramai ramai tekan link di atas!

Terima Kasih terus menerus support Tarbiah Sentap

sokongan padu dari korang akan buatkan kami lebih semangat lagi dan lagi.

Doakan kami ๐Ÿฅฐ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tarbiah Sentap

09 Jan, 15:20


yang bestnyaaa tu kami juga release bersama lagu IT'S OKAY, korang boleh dengarkan disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://youtu.be/VzxxTmC3d0w?si=2C34cTugcNKBG218

Tarbiah Sentap

09 Jan, 15:18


boleh tonton di mana?

disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://youtu.be/9WjjwAzmJ3w?si=ePXtrcs6iYOHw5e0

Tarbiah Sentap

09 Jan, 15:18


untuk tahun 2025 Alhmdulillah, Tarbiah Sentap telah bermula dan akan konsisten dengan membawakan short filem dari Tarbiah Sentap Records ๐Ÿ”ฅ

buat semua followers kami,

terimalah short filem pertama untuk tahun ini iaitu It's Okay, Papa! yang telah pun release sebentar tadi.

kami mahu mengajak anda semuaa untuk menonton short filem ini dan semestinyaaa terus memberikan sokongan padu untuk kami menghasilkan banyak lagi karya dakwah yang hebat - hebat! dengan izin Allah...

Tarbiah Sentap

09 Jan, 15:00


vote dulu, kalau ramai baru kita cerita ๐Ÿ™‚โ€โ†•๏ธ

Tarbiah Sentap

09 Jan, 14:51


ada nak cerita sikit perjalanan Tarbiah Sentap permulaan 2025 ini, siapa nak tahu? ke dah tidur?

Tarbiah Sentap

09 Jan, 09:50


maka dalam tiap keterhijaban takdir :

jodoh, rezeki, ajal dan akhirat... tugas kita berprasangka baik, doa baik, ikhtiar baik, tawakal baik.

Tarbiah Sentap

09 Jan, 09:48


kita tenang, kerana semua ujian telah diukur dengan kadarnya.

Allah bukan hendak menguji kemampuan, melainkan menguji kemahuan untuk berjuang, untuk kembali padaNya dan bersandar padaNya.

Tarbiah Sentap

31 Dec, 04:08


2025 agak menarik. Kita masuk ke 2025 dengan terus berada di dalam Bulan Rejab.

Semoga kita semua disampaikan ke bulan Ramadan, aamiin

Tarbiah Sentap

25 Dec, 02:20


Tak lama dah kita akan menyambut bulan Ramadhan.

Tarbiah Sentap

24 Dec, 09:24


Jika dalam buku Tuhan, Aku Ingin Sembuh setiap subtopik mengikut bulan dari Januari sehingga Disember, dalam buku Tuhan, Aku Ingin Hijrah pula ada bulan islam bermula bulan Muharam sehingga Zulhijjah.

Berbeza kedua buku ini adalah buku Tuhan, Aku Ingin Hijrah lebih fokus kepada step untuk kita bermula berubah seperti menutup aurat, pornografi, taat kepada ibu bapa dan sebagainya.

Buku ini sangat sesuai untuk kesemua peringkat umur, lelaki dan wanita.

Dapatkan buku ini anda akan mendapat guideline cara penghijrahan yang betul dan kami doakan semoga selepas anda baca buku ini, anda boleh istiqamah โ˜บ๏ธ

Dapatkan di tiktok shop dan shopee Tarbiah Sentap.

Tarbiah Sentap

23 Dec, 12:45


kalau nak buat pembelian di shopee boleh disini : https://my.shp.ee/HXJJAKN

kalau di tiktok shop tarbiah sentap : https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=ZS-8sSLhyXNDNf

Tarbiah Sentap

23 Dec, 12:44


Sempena musim cuti sekolah dan akhir tahun, kami dari Tarbiah Sentap kini melancarkan Year End Sale untuk koleksi buku Tarbiah Sentap ๐Ÿ”ฅ

Anda boleh dapatkan buku kami di platform online shopee dan juga tiktok shop Tarbiah Sentap. Pembelian kombo lagi berbaloi. Semoga buku kami bermanfaat untuk semuaa. Selamat membaca โ˜บ๏ธ

Tarbiah Sentap

07 Dec, 13:07


Benarlah, sebaik-baik perhiasan di dunia adalah akhlak mulia.

Jika kita tidak beradab sedangkan kita berilmu, maka ertinya ilmu itu tidak berupaya mentarbiah diri kita.

Seseorang yang beradab padahal dia tidak berilmu maka itu lebih baik berbanding seorang yang berilmu tetapi tiada beradab.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw bersabda:

"Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan Allah benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuan." (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

Tarbiah Sentap

03 Dec, 13:50


Sepanjang perjalanan Tarbiah Sentap di Pesta Buku tahun 2024, terima kasih semuaaa! Ada rezeki kita jumpa lagi ๐Ÿฅฐ

Tarbiah Sentap

03 Dec, 03:02


Bismillah untuk hari Ketujuh, hari Terakhir Tarbiah Sentap di Pesta Buku Selangor.

Kami sangat berterima kasih kepada pengunjung yang tak henti dari hari pertama, Alhamdulillah.

Semoga koleksi buku kami bermanfaat untuk semua. Selamat Membaca!

Tarbiah Sentap

02 Dec, 02:36


Bismillah untuk hari Keenam.

berbaki 1 hari sahaja lagi kami akan berada di Pesta Buku Selangor. Jemput datang singgah untuk dapatkan koleksi buku Tarbiah Sentap.

Event terakhir untuk tahun ini ๐Ÿฅน

Tarbiah Sentap

01 Dec, 06:20


akhirnya dapat juga abang ni jumpa ustaz. semangat tu bawa kesemua buku yang dia beli masa hari pertama. terima kasih!

Tarbiah Sentap

01 Dec, 06:19


ingat tak hari pertama kami post abang ni excited beli buku tarbiah sentap

Tarbiah Sentap

01 Dec, 05:41


Antara buku best seller di booth Tarbiah Sentap!

Ramai yang tak lepaskan peluang untuk mendapatkan edisi buku Tuhan Aku Ingin Sembuh, Tuhan Aku Ingin Hijrah dan Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi juga koleksi buku Tarbiah Sentap yang lain!

Sebab hanya disini sahaja korang boleh dapat harga yang berbaloi dan menjimatkan. Berbaki lagi 2 hari ๐Ÿฅน Jemput datang!

Tarbiah Sentap

01 Dec, 04:03


ramainyaaaa orang datang booth kami hari ini ๐Ÿฅน terima kasih!

Tarbiah Sentap

01 Dec, 02:24


ustaz ada hari ini, sampai tengahari je... jemput lah datang โœจ

Tarbiah Sentap

01 Dec, 02:06


Bismillah untuk hari Kelima.

berbaki 2 hari sahaja lagi kami akan berada di Pesta Buku Selangor. Jemput datang singgah untuk dapatkan koleksi buku Tarbiah Sentap.

harga mur - mur ๐Ÿ˜ hanya di SIBF!

Tarbiah Sentap

26 Nov, 12:50


yang sedih tak dapat datang tu, nak Pesta Buku Online 2.0 ke? ๐Ÿ™‚โ€โ†”๏ธ

Tarbiah Sentap

26 Nov, 12:45


Akhirnyaaa. Kami dah bermulaaaa buat persediaan untuk esokk!

Dengan sukacitanya kami menjemput anda semua yang hadir ke Pesta Buku Selangor untuk singgah ke booth Tarbiah Sentap โ˜บ๏ธ๐Ÿ˜

Kami berkampung disini selama 7 Hari!

Boleh datang untuk dapatkan koleksi buku kami dengan harga akhir tahun yang paling menjimatkan, freegift dan juga berjumpa dengan Ustaz Adnin. Jumpa semuaa disana!

Tarbiah Sentap

25 Nov, 12:50


1 HARI JE LAGI! DAH BERSEDIA KE KORANG ๐Ÿฅฐ KITA JUMPA DI SIBF NANTI. JEMPUT DATANG KE BOOTH TARBIAH SENTAP (P35)

๐Ÿ“… 27 Nov - 3 Disember
๐Ÿ•ฐ๏ธ 10 pagi - 10 malam
๐ŸŽช No Booth P35
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap dengan harga yang jimat. Hanya di SIBF!

Tarbiah Sentap

25 Nov, 09:46


Untuk sesetengah perkara, kita mesti beri penjelasan.

Diam akan menyebabkan orang mudah salah faham dan salahkan kita.

Jadi, tolong diri kita agar tidak jadi mangsa. Tolong orang lain agar tidak salah sangka. Tolong explain.

Tarbiah Sentap

24 Nov, 17:00


๐Ÿฅน๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tarbiah Sentap

24 Nov, 05:04


Dah boleh mark dari sekarang ya korang nak dapatkan buku apa nanti di booth Tarbiah Sentap โ˜บ๏ธ๐Ÿ˜

Kami ada lebih 20 buah buku yang korang boleh dapatkan untuk jadikan pembacaan korang untuk berhijrah dan berubah menjadi baik ๐Ÿฅน

Kita jumpa di Pesta Buku Selangor nanti. Buat yang jauh dan tak dapat datang, kami akan adakan Pesta Buku Online 2.0.

Tarbiah Sentap

23 Nov, 23:22


Kalaulah kamu tahu betapa cepatnya kamu dilupakan setelah mati, nescaya kamu takkan ingin disebut-sebut manusia kecuali hanya redha Allah.

Tarbiah Sentap

23 Nov, 09:51


Adakalanya Allah jadikan satu peristiwa yang benar-benar menyebabkan kita rasa dizalimi, bukan untuk kita melihat betapa buruknya perlakuan penzalim itu tetapi untuk mendidik kita agar mampu memaafkan kesalahan manusia dan meredhai apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.

Sesungguhnya memaafkan kesalahan manusia itu mengundang keampunan Allah.

Yakinlah, memaafkan itu memberi ketenangan... bukan kerana kebaikan kita tetapi kerana Allah telah mengampunkan dosa-dosa kita.

Tarbiah Sentap

23 Nov, 06:49


Kalau ke Pesta Buku Selangor nanti, tak lengkap kalau tak datang ke booth Tarbiah Sentap!

Kami akan bawakan kesemua buku best seller dari penulis Tarbiah Sentap.

Pembelian terus disana confirm lahh korang akan dapat harga lain dari yang lain untuk pembelian setiap buku lagi lagi kalau korang dapatkan secara kombo ๐ŸŽ‰

Tarbiah Sentap akan berada di Pesta Buku Selangor (SIBF) yang akan diadakan pada :

๐Ÿ“… 27 Nov - 3 Disember
๐Ÿ•ฐ๏ธ 10 pagi - 10 malam
๐ŸŽช No Booth P35
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap dengan harga yang jimat. Hanya di SIBF!

Tarbiah Sentap

23 Nov, 02:52


Moga Allah panjangkn umur kita supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan Amin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tarbiah Sentap

22 Nov, 13:07


Terima kasih bebanyak yang telah support buku Tarbiah Sentap dari dulu sehingga sekarang ๐Ÿฅฐ

Alhamdulilah, dah berpuluh ribu buku kami telah terjual. Pelbagai genre korang boleh dapatkan antaranya adalah motivasi, novel, puisi, dan juga komik versi islamik!

Tarbiah Sentap akan berada di Pesta Buku Selangor (SIBF) yang akan diadakan pada :

๐Ÿ“… 27 Nov - 3 Disember
๐Ÿ•ฐ๏ธ 10 pagi - 10 malam
๐ŸŽช No Booth P35
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap dengan harga yang jimat. Hanya di SIBF!

Tarbiah Sentap

21 Nov, 12:46


Boleh tak bantu pilihkan bookmark mana yang cantik? ada beza di bookmark yang kanan

nak buat ni bagi hadiah untuk yang datang booth Tarbiah Sentap di SIBF ๐Ÿฅฐ

Tarbiah Sentap

21 Nov, 12:41


Nama pun kedai buku kan, ditanya lagi mendapat lah ๐Ÿ™‚โ€โ†•๏ธ

Save the date yah korang, lagi beberapa hari Tarbiah Sentap akan berada di Pesta Buku Selangor (SIBF) yang akan diadakan pada :

๐Ÿ“… 27 Nov - 3 Disember
๐Ÿ•ฐ๏ธ 10 pagi - 10 malam
๐ŸŽช No Booth P35
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap dengan harga yang jimat. Hanya di SIBF!

Tarbiah Sentap

21 Nov, 10:17


Apabila gelisah menimpa bertaubatlah. Rasakan semua kegelisahan itu berpunca daripada dosa-dosa. Justeru, bukan gelisah itu masalahnya, tetapi boleh jadi ia disebabkan adalah dosa-dosa mu.

Tarbiah Sentap

21 Nov, 02:11


Masih melangkah. Masih jatuh. Masih bangun kembali. Dan terus melangkah lagi...

Hendak mati dalam mujahadah, hendak berkubur di jalan Allah.

Tarbiah Sentap

20 Nov, 22:14


Ya Allah. Bukakanlah segala pintu rezeki untuk kami dari segala sudut sama ada rezeki wang ringgit, rezeki harta benda, rezeki kesihatan, rezeki kebahagiaan. Mewahkan rezeki kami semua. Aamiin.

Tarbiah Sentap

20 Nov, 12:57


haih Elyas ni, orang nak baca buku pun dah jadi tak terfokusss ๐Ÿ™‚โ€โ†•๏ธ

Temui Tarbiah Sentap di Pesta Buku Selangor (SIBF) yang akan diadakan pada :

๐Ÿ“… 27 Nov - 3 Disember
๐Ÿ•ฐ๏ธ 10 pagi - 10 malam
๐ŸŽช No Booth P35
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Jumpa anda semua disanaaa yah! ๐Ÿ˜

Tarbiah Sentap

20 Nov, 10:17


ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ู„ูŽุฏูู†ู’ูƒูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ูˆูŽู‡ูŽูŠูู‘ุฆู’ ู„ูŽู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑูู†ูŽุง ุฑูŽุดูŽุฏู‹ุง

Wahai Rabb kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan ini.

Tarbiah Sentap

19 Nov, 10:10


sebab Elyas pilih diatass, tak boleh lah dia nak ikut team jaga booth di Pesta Buku Selangor nanti! duduk je di opis diam diam ๐Ÿค

๐Ÿ“… 27 Nov - 3 Disember
๐Ÿ•ฐ๏ธ 10 pagi - 10 malam
๐ŸŽช No Booth P35
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Tarbiah Sentap

19 Nov, 05:45


Allah Taala akan melimpahkan keluasan bagi mereka yang berusaha mencari yang halal, paling tidak Allah akan memaafkan hamba-Nya ketika berkerja ditempat tempat itu kerana berusaha untuk mencari yang halal namun belum berhasil.

Semoga dengan menjauhi perkara syubhat itu dapat mengelakkan kita dari terjerumus kepada perkara yang haram.

Tarbiah Sentap

19 Nov, 01:34


Tiada siapa pun yang mendahului engkau, ataupun engkau yang mendahului sesiapa.

Setiap orang berjalan diatas takdir yang telah ditentukan keatas dirinya.

Apa yang terluput daripadamu, bukanlah bahagian rezekimu. Dan apa yang menjadi bahagianmu, ia pasti akan menjadi milikmu.

Tarbiah Sentap

17 Nov, 10:15


kalau ada rezeki tahun ni, datang lah ya. best ๐Ÿฅฐ

Tarbiah Sentap

17 Nov, 09:59


Kami tidak pernah melupakan kemeriahan daripada pengunjung yang telah datang ke booth Tarbiah Sentap pada tahun lepas! Terima kasihhh semua ๐Ÿ˜

Untuk tahun ini, kami berbesar hati menjemput anda sekali lagi yang hadir ke SIBF untuk singgah ke booth kami bagi mendapatkan kesemua koleksi buku best seller Tarbiah Sentap!

Juga boleh dapatkan tandatangan dan bergambar bersama Ustaz Adnin โ˜บ๏ธ

Pembelian terus disana confirm lahh korang akan dapat harga lain dari yang lain untuk pembelian setiap buku lagi lagi kalau korang dapatkan secara kombo ๐ŸŽ‰

No Booth Tarbiah Sentap : P35
Pesta Buku Selangor berlangsung bermula 27 Nov - 3 Dis 2024. Dari 10 pagi sehingga 10 malam. Jumpa disana!

Tarbiah Sentap

17 Nov, 04:22


Iman kita ada pasang surutnya. Jagalah diri kita daripada hasutan-hasutan jahat yang boleh memakan diri.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan di atas.

Tarbiah Sentap

17 Nov, 02:17


Jangan pernah merasa tertinggal, setiap orang punya proses dan rezekiNya masing - masing.

(Q.S : Maryam 4)

Tarbiah Sentap

11 Nov, 13:12


Anda boleh dapatkan di shopee dan tiktok shop

link shopee : https://my.shp.ee/2a9hsjr

link tiktok : https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=8rIzwCmttcv

Tarbiah Sentap

11 Nov, 13:11


Assalamualaikumwahmatullah semua, komno terbaik untuk bulan November telah kami lancarkan di kesemua platform Tarbiah Sentap.

Masa ini lah untuk korang dapat kumpul kesemua koleksi buku kami sementara tengah ada diskaun sekarang โ˜บ๏ธ๐Ÿ˜

Tarbiah Sentap

10 Nov, 10:28


Ya Allah, berikanlah akhir pada tahun ini dengan sesuatu yang membahagiakan hati kami.

Tarbiah Sentap

09 Nov, 12:42


Kena terima yang hidup di dunia ini hanya sementara, tujuannya adalah untuk mengumpul amal dan reda Tuhan sebagai bekalan di akhirat kelak.

‎Allah dah sebut yang kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya:

‎ูˆูŽู…ูŽุง ูฑู„ู’ุญูŽูŠูŽูˆูฐุฉู ูฑู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุข ุฅูู„ูŽู‘ุง ู…ูŽุชูŽูฐุนู ูฑู„ู’ุบูุฑููˆุฑู.

Tarbiah Sentap

07 Nov, 12:42


Elak penyesalan di Hari Akhirat.

Setiap kesalahan terus dipohon keampunan daripada Allah dan kemaafan dengan manusia agar perbuatan itu tidak dituntut ketika di akhirat kelak. Jika persediaan ini dibuat, maka insya-Allah akan terselamat daripada golongan yang menyesal di akhirat nanti.

Semoga kita sentiasa berada dalam pimpinanNya.

Tarbiah Sentap

05 Nov, 10:22


Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram , sebenarnya tidak dilarang.

Hanya syaratnya, pembicaraan yang dilakukan memenuhi ketentuan secara syara'

Tarbiah Sentap

04 Nov, 14:06


Laporan terbaru dari bedah siasat ke atas Jenazah Yahya Sinwar mendapati bahawa beliau tidak makan selama 3 hari sebelum beliau gugur dalam pertempuran dengan IDF

Tarbiah Sentap

04 Nov, 05:38


Telah berlangsung sekarang Pesta Buku Brunei dimana kami berada disini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 9 malam!

Jemput datang ke booth No 21 untuk dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap โ˜บ๏ธ๐Ÿ˜

Di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas!

Tarbiah Sentap

01 Nov, 13:04


Mujahadah melawan nafsu adalah sesuatu yang berat. Melawannya bukan sehari dua tetapi mungkin sepanjang hidup kita secara maksimal dalam meraih takwa kepada Allah.

Melawannya mesti diiringi dengan doa yang berterusan dan khusyuk kerana tanpa bantuan Allah memang kita tidak mampu menewaskan hawa nafsu yang terus hidup dan dalam pelbagai bentuk ini.

Mungkin doa ini boleh membantu kita untuk mendapat ketakwaan jiwa dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menganggu perjalanan mujahadah kita.

‎ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ู…ู‘ูŽ ุงู“ุชููŠู’ ู†ูŽูู’ุณููŠู’ ุชูŽู‚ู’ูˆูŽุงู‡ูŽุง ูˆูŽุฒูŽูƒู‘ููŠู’ู‡ูŽุง ุงูŽู†ู’ุชูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูŽู†ู’ ุฒูŽูƒู‘ูŽุง ู‡ูŽุง ุงูŽู†ู’ุชูŽ ูˆูŽู„ููŠู‘ูู‡ูŽุง ูˆูŽู…ูŽูˆู’ ู„ูŽุง ู‡ูŽุง.

Ya Allah, berikan kepada jiwaku ketakwaan. Sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik Dzat yang menyucikannya. Engkau adalah penolong dan pembelanya.

Tarbiah Sentap

31 Oct, 12:59


mahukan guideline untuk permulaan berubah dan berhijrah?

dapatkan koleksi buku kami di shopee Tarbiah Sentap :

https://my.shp.ee/ojXJKjd

Tarbiah Sentap

31 Oct, 12:58


MENGAPA kita memilih jalan untuk bertaubat? Kerana ia jalan ke syurga.

Hadis Nabi SAW menyatakan: โ€œPenyesalan itu adalah taubat.โ€ Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban. Namun tentu saja tidak cukup dengan menyesal, kita juga mesti berazam tidak mengulangi kesalahan itu.

Disini disertakan syarat dan cara untuk solat taubat. Semoga ianya bermanfaat.

Tarbiah Sentap

30 Oct, 05:14


๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐Š๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€ ๐Š๐€๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐๐”๐Š๐” ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ!

Dah boleh mark dah korang nak dapatkan buku apa semasa di pesta buku Brunei nanti ya? ๐Ÿ˜

Kami bawakan buku genre motivasi, komik, puisi dan juga novel. Kita ada koleksi buku daripada Ustaz Adnin, Aizuddin Hamid, Aniq Muhai, Syed Salahuddin, Abeben, Abemat dan banyak lagi!

Save the date 2 - 11 november ini, no booth 21. Ajak kawan kawan semua sekali serbu booth Tarbiah Sentap!

Tarbiah Sentap

28 Oct, 12:46


Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. (Qs. Al Ghafir: 44)

Tarbiah Sentap

27 Oct, 09:11


Masih adakah Taubat bagi dosa yang berulang?

Pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Kita jangan berputus asa dari rahmat Allah.

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Tarbiah Sentap

25 Oct, 12:34


Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan.

Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan

Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูŽู‚ู’ุจูŽู„ู ุชูŽูˆู’ุจูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูุบูŽุฑู’ุบูุฑู’

โ€œSesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnyaโ€ (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Tarbiah Sentap

25 Oct, 08:56


GILIRANMU (Fetya x Tarbiah Sentap)

Sudahkan anda mendengar lagu terbaru yang didedikasikan buat panglima Al-Syahid Yahya Al-Sinwar ini?

Dengarkan di YouTube:
https://youtu.be/VY6qfud3Pdc

Tarbiah Sentap

23 Oct, 10:29


Dalam semua anggota yang perlu ditutup bagi seorang wanita, ada satu anggota yang sering terlepas daripada menutupnya iaitu kaki.

Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita.

Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya.

Tarbiah Sentap

22 Oct, 13:15


๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐“๐€๐‘๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐๐“๐€๐ ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐Š๐„ ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ! ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ

Ada followers Brunei tak disini yang nak sambut kedatangan kami? Save The Date yah orang Brunei, Tarbiah Sentap bakal menggegarkan satu Brunei!

Jumpa semuaa di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 2 sehingga 11 November.

Kami akan bawakan kesemua buku best seller koleksi buku Tarbiah Sentap dan @ustazadnin selaku founder Tarbiah Sentap akan berada disana sepanjang hari! Nantikan update kami dari semasa ke semasa.

Ajak keluarga, kawan kawan serbu ke booth Tarbiah Sentap tau! Jumpa semua disana ๐Ÿ˜

Tarbiah Sentap

22 Oct, 07:10


Hadis Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa zahir di atas agama ini dan mampu mengalahkan musuh mereka. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang menentang mereka melainkan kesempitan hidup yang menimpa mereka, sehinggalah tiba perintah Allah (hampirnya hari kiamat) dan mereka tetap seperti demikian."

Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka itu?"

Rasulullah SAW menjawab: "Di Baitul Maqdis dan di pinggir-pinggir Baitul Maqdis."

(Riwayat Ahmad dan al-Tabarani. Hadis hasan)

Tarbiah Sentap

21 Oct, 13:23


Jom dengarkan lagu terbaru FETYA sempena kesyahidan Yahya Sinwar.

FETYA - GILIRANMU

https://youtu.be/amAAGvNApwY?feature=shared

Tarbiah Sentap

21 Oct, 04:41


link shopee Tarbiah Sentap :

https://my.shp.ee/Tfzext1

link tiktok shop Tarbiah Sentap :

https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=8qihhtfVJuq

Tarbiah Sentap

21 Oct, 04:40


Alhamdulillah untuk penghantaran koleksi buku Tarbiah Sentap yang telah pun bermula pada hari ini!

Terima kasih semua yang telah sudi mendapatkan buku kami, selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan koleksi kami, boleh dapatkan di shopee dan tiktok shop Tarbiah Sentap.

Tarbiah Sentap

20 Oct, 16:02


Seringkali aku berfikir, apa tujuan hidupku?

Padahal sudah jelas :

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alaamiin

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Tarbiah Sentap

19 Oct, 17:08


๐‰๐ข๐ค๐š ๐ญ๐š๐ค๐ฎ๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ญ๐ข,๐“๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐š ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ข๐ง๐ข, ๐๐š๐ฆ๐ฎ๐ง ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ ๐๐ข๐š ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐ˆ๐ฅ๐š๐ก๐ข

๐ƒ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š-๐๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ ๐š๐ฅ๐š ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข.

Tarbiah Sentap

19 Oct, 13:35


Sebelum tidur, niatkan diri kita untuk bangun tahajud. Tahajud adalah ubat ajaib untuk depresi, stress dan berbagai masalah. Sangat privasi, hanya antara dirimu, Tuhan dan airmatamu.

Tarbiah Sentap

19 Oct, 04:48


Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita tidak akan tega untuk terus bersengketa.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menghargai setiap pertemuan.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan bersedia memaafkan bahkan melupakan.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menekuni ketaatan dan meminggirkan kemaksiatan.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan banyak memberi dan kurang menerima.

Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan memandang segalanya penuh cinta...penuh hiba!

Tarbiah Sentap

18 Oct, 06:21


Kisah Seorang Artis Yang Mujahid

Beberapa hari yang lepas, penduduk Gaza dan Palestin berduka dan bersedih atas pemergian taulan yang mereka sayangi.

Beliau ialah al-Syahid Hamza Abu Qinas.

Hamza disayangi penduduk Gaza. Alunan suaranya yang lunak, membuatkan mereka menyenangi Hamza.

Beliau adalah penasyid Gaza. Tetapi ramai yang tidak tahu sisi Hamza yang lain.

Apabila beliau syahid, barulah Briged al-Qassam umumkan bahawa Hamza adalah ahli Unit Khas Sniper al-Qassam.

Beliau telah ikuti banyak siri operasi penting di sekitar Gaza. Hamza adalah pahlawan dan pelindung rakyat di sekitar kawasan Hospital Shifaโ€™, Sheikh Radwan dan Atatirah. Beliau syahid akibat luka berjihad, kemudian dibunuh oleh Dron pemusnah milik IOF.

Semoga Allah SWT terima jihad Hamza.

Kredit: Nafahat Jihadiah

Tarbiah Sentap

16 Oct, 04:59


Nama remaja yang dibakar hidup - hidup (videonya tular baru baru ini) adalah Shaban Al Dalou berusia 19 tahun yang ternyata adalah Hafiz Quran.

Shaban, kamu dicintai banyak orang. Al Fatihah ๐Ÿค

Tarbiah Sentap

15 Oct, 13:34


Menutup aurat adalah syarat sahnya solat. Maka jika terbuka satu dari aurat orang yang solat nescaya tidak sah solatnya.

- Samada terbuka aurat itu banyak atau sedikit.
- Samada berlaku pada lelaki atau perempuan.
- Samada yang solat itu dihadapan orang atau dalam tempat yang sunyi.
- Samada solat itu fardhu atau sunat atau solat jenazah dan tawaf dan sujud tilawah atau sujud syukur.

Jikalau seorang itu solat dalam keadaan menutup aurat kemudian selepas selesai dari solat baru ia sedar masa dalam solat tadi pakaiannya koyak yang nampak auratnya maka wajib ia ulangi solat tersebut atas pendapat mazhab. Meskipun dia mengetahuinya atau lupa atau tidak ia tahu langsung.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Tarbiah Sentap

13 Oct, 10:27


ุฅูู†ู‘ูู‰ ููŽุฑูŽุทููƒูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุญูŽูˆู’ุถู ุŒ ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุฑู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ ุดูŽุฑูุจูŽ ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุดูŽุฑูุจูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุธู’ู…ูŽุฃู’ ุฃูŽุจูŽุฏู‹ุง

โ€œAku menunggu kalian di telagaku. Siapa yang mendatangiku, dia akan minum airnya dan siapa yang minum airnya, tidak akan haus selamanya.

(HR. Bukhari 6583 dan Muslim 6108)

Hal ini menunjukkan rahmat dan kasih sayang Nabi saw kepada umatnya.

Sehingga Nabi Saw datang terlebih dahulu dan menanti umatnya, hingga umatnya boleh minum dari telaganya di hari yang sangat mengerikan iaitu tatkala di padang mahsyar ketika matahari turun dalam jarak satu milion, sehingga kita saat itu berada dibawah terik yang amat sangat panas dimana manusia kehausan pada saat itu.

Tetapi besarnya kasih sayang Nabi Saw membuat umatnya tak lagi kehausan untuk selamanya setelah minum dari telaganya.

Semoga Allah mudahkan kita untuk selalu beribadah dengan mengikuti tuntunan dari Nabi sesuai yang Beliau ajarkan kepada para sahabatnya untuk umat ini ๐Ÿคฒ๐Ÿป