Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia @yayasanikhlasmalaysia Channel on Telegram

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

@yayasanikhlasmalaysia


Mendapat Pengecualian Cukai
LHDN.01/35/42/51/179-6.8139

Peduli dan Perihatin

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia (Malay)

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia adalah saluran Telegram yang dikenali sebagai badan kerohanian yang diiktiraf dan dipercayai di Malaysia. Dengan niat yang ikhlas dan penuh kepedulian, yayasan ini berusaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Dengan lesen pengecualian cukai LHDN.01/35/42/51/179-6.8139, Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia menjalankan pelbagai program kebajikan dan amal untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Salurkan sumbangan anda melalui Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia dan sertailah usaha mereka dalam membina sebuah masyarakat yang lebih baik dan berwawasan. Dengan moto 'Peduli dan Perihatin', yayasan ini memastikan setiap sumbangan yang diterima digunakan dengan teliti dan memberi impak yang positif kepada mereka yang menerima bantuan.

Sertai Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia. Mari bersama-sama menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua!

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

20 Feb, 01:05


🤝 Yayasan Ikhlas x Marrybrown | Santuni Mangsa Kebakaran Tawau 🔥

Pada 17 Februari 2025, Yayasan Ikhlas bersama Marrybrown telah menghulurkan bantuan kepada 124 mangsa kebakaran di Kampung Jati Batu 5 dan Kampung Sri Aman Batu 3, Tawau.

Penyerahan bantuan berlangsung di Dewan Kampung Sri Aman Batu 3 dan disempurnakan oleh Tuan Osman, wakil Marrybrown Sabah.

Melalui inisiatif ini, kit kebersihan dan keperluan makanan asas telah disalurkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Semoga sedikit bantuan ini dapat memberi sinar harapan dan kekuatan buat mereka untuk bangkit semula.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan misi kemanusiaan ini! 💙🙏

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

19 Feb, 02:34


🌟 KARNIVAL KERJAYA OKU 2025 🌟

Jom sertai Karnival Kerjaya OKU 2025 yang bakal berlangsung di:

📍 Pusat Komuniti Sentul Perdana
📅 20 Februari 2025 (Khamis)
9:30 pagi - 4:00 petang


Acara ini khas buat anda yang mencari peluang pekerjaan, latihan kemahiran, dan rangkaian sokongan dalam dunia kerjaya! Pelbagai majikan, agensi, dan pakar industri akan bersama untuk membuka lebih banyak pintu rezeki kepada komuniti OKU.

Temu duga terbuka
Bengkel pembangunan kerjaya
Perkongsian daripada majikan mesra OKU
Khidmat nasihat & sokongan profesional

Jangan lepaskan peluang ini! Mari bersama mencipta masa depan yang lebih cerah. 🌿💼

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

19 Feb, 01:59


There’s no need to feel sad, as everything is part of His perfect plan for us.

📲 Follow us for the latest updates, or visit fidyahonline.com to offer your support.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

18 Feb, 06:34


🏠 Harapan Baru untuk Cik Asamariah 💙

Pada 7 Februari yang lalu, Team Ikhlas Besut bersama wakil Yayasan Ikhlas telah menziarahi Cik Asamariah @ Shamsiah binti Jusoh, yang tinggal seorang diri di rumah usang yang terjejas akibat banjir MTL 2024/25.

Keadaan rumah yang semakin uzur dengan bumbung bocor dan dinding reput membuatkan setiap hujan turun menjadi satu kebimbangan buat beliau.

Atas keprihatinan Sukarelawan Team Ikhlas Besut, Projek Baik Pulih Rumah telah digerakkan untuk membantu Cik Asamariah mendapatkan tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa.

Jom bersama Yayasan Ikhlas dalam misi ini. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru buat mereka yang memerlukan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

18 Feb, 06:05


PNB & Yayasan Ikhlas Santuni 200 Pelajar Terjejas Banjir 🎒📚

Yayasan Ikhlas dengan tajaan dana Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah menyampaikan Bantuan Persekolahan kepada 200 pelajar dari 18 sekolah di Kubang Pasu, kawasan yang kerap dilanda banjir sejak November 2024.

Majlis diadakan di PPD Kubang Pasu, Jitra, dengan kehadiran Tuan Rizal Mohamed Ali, Ketua Kelestarian dan Pelaburan Sosial PNB, serta wakil Yayasan Ikhlas.

Selain itu, menerusi Projek Bantuan Bencana, PNB telah menaja sebanyak RM581,260, memberi manfaat kepada 9,150 penerima di 7 negeri.

Semoga bantuan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar terus berjaya.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

18 Feb, 02:05


Kegembiraan Buat Anak Asnaf Chow Kit 🌟

Pada 15 Februari 2025, 28 kanak-kanak asnaf bersama 12 dewasa memulakan perjalanan penuh makna ke Port Dickson.

Di Pantai Teluk Kemang, mereka menikmati aktiviti seronok seperti "pas tepung dalam mangkuk" dan "bola beracun", diikuti kegembiraan mandi laut. 🌊

Setelah makan tengah hari dan solat di Masjid Tentera, lawatan diteruskan ke Muzium Tentera dan Muzium Kota.

Selesai solat di Masjid Sendayan, mereka menikmati hidangan nasi Arab dan menerima hadiah serta pek makanan. 🎁

Rombongan pulang ke Chow Kit dengan hati penuh kegembiraan dan harapan baru.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik asnafjalanan.com untuk memberi bantuan sekarang.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

07 Feb, 07:09


PELUANG KERJAYA BERSAMA YAYASAN IKHLAS!

Kami mencari individu yang berdedikasi, bersemangat, dan ingin menjadi sebahagian daripada pasukan kami dalam membawa perubahan kepada masyarakat! 🌍❤️

KENAPA ANDA PATUT SERTAI KAMI?

Gaji bulanan RM2,500 - RM3,300
Caruman KWSP, PERKESO & SIP
Peruntukan perubatan untuk kesihatan anda
Elaun tambahan jika bekerja di luar kawasan

📌 Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster.

💡 Jangan lepaskan peluang ini! Hantar permohonan anda sekarang dan sertai pasukan yang penuh dengan nilai kemanusiaan & impak positif!

📩 CARA MEMOHON:
Hantarkan resume & dokumen berkaitan ke [email protected]

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

06 Feb, 22:15


#seikhlasjumaat | Tidur Beralaskan Batu, Bertemankan Dingin Malam

Di kala kita lena di katil empuk, ada yang berbumbungkan langit. Di kaki lima, di lorong sepi—itulah tempat mereka berlindung dari hujan dan panas.

Hari ini, kita ada peluang untuk membantu.

Sedekah anda bukan sekadar memberi makanan atau pakaian, tapi membawa harapan dan sinar baru buat mereka.

Ayuh! Hulurkan sumbangan anda bagi projek-projek Yayasan Ikhlas

Link: asnafjalanan.com

Yayasan Ikhlas
📌 Maybank 5628 3463 6228
📌 Ref: SEIKHLAS JUMAAT

Kerana sekecil-kecil pemberian, bisa menjadi sebesar-besar rahmat. 💙

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

06 Feb, 08:05


💬 Janganlah KECAM sis ni... 😅"

Tak semua sukarelawan baru macam sis ni, ek!

Ada yang datang penuh semangat, ada yang masih takut-takut... tapi yang penting, semua nak buat baik! ❤️

Jadi, KOMEN lah sikit – siapa ada pengalaman paling tak boleh dilupakan sepanjang jadi sukarelawan?

Jatuh longkang ke, kena kejar ayam ke, atau moment paling menyentuh hati? 🥹

Jom sertai keluarga sukarelawan hari ini dan rasai sendiri keindahan memberi!

🔗 https://t.me/+UVpGtYYg_483N2U1

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

06 Feb, 04:03


UBAT PSIKIATRI: PERLU SEUMUR HIDUP? 🤯

Aku kena makan ubat selamanya ke?
Aku ni betul-betul sakit mental ke sampai kena ubat?
Anak aku dah nampak okay, boleh tak stop dulu ubatnya?

Soalan macam ni selalu bermain di fikiran pesakit dan keluarga. Tapi, apa sebenarnya fungsi ubat psikiatri? Bolehkah penyakit mental sembuh sepenuhnya?

Jom dapatkan jawapan terus dari pakar dalam WEBINAR ANJUNG SIHAT SIRI 1 🧠

📅 Tarikh: 15 Februari 2024
Masa: 8.30 - 10.00 malam
💻 Medium: Zoom

🔗 Daftar sekarang: https://forms.gle/hsYiQezrWi6y6oY29
📢 Join group WhatsApp: https://chat.whatsapp.com/FGxJpjpxc616KSRI6it9zb

Jangan biarkan persoalan terus menghantui. Fahami & bantu diri serta orang tersayang! 💙

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Feb, 04:32


Cuti Sekolah Lebih Seronok di ANJUNG KREATIF!

📣 Ibu bapa, jom jadikan cuti sekolah anak-anak lebih ceria & bermanfaat dengan aktiviti kreatif yang menyeronokkan! 🎨📚

Tarikh: 8 Februari 2025
Umur: 9 - 14 tahun


📍 Lokasi: Pusat Komuniti Anjung Budi (https://maps.app.goo.gl/Jxp3iXHzY7KHe6ah9 )

💡 Kenapa Anak Anda Wajib Sertai?
Aktiviti interaktif & kreatif yang menyeronokkan!
Bantu tingkatkan keyakinan & kemahiran sosial!
Cuti sekolah lebih bermakna bersama kawan-kawan!

📌 DAFTAR SEKARANG! 👉 https://forms.gle/U9Sk5KnZe6MvteD26

💰 Yuran Penyertaan:
🔹 Maybank – Persatuan Kaunseling & Kesihatan Keluarga
🔹 562021677823

Jangan biarkan cuti sekolah berlalu tanpa pengalaman berharga! Jom sertai dan cipta kenangan bermakna.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Feb, 01:59


Trust the Almighty’s plan. He will guide us to something better. Just have faith.

📲 Follow us for the latest updates, or visit fidyahonline.com to offer your support.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

04 Feb, 01:59


🌿 Gelagat Anak-Anak Orang Asli di Sunathon Perdana Muallaf 2025 🌿

Program Sunathon Perdana Muallaf 2025 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Pandak Hamid, OAOCS Bawong dengan 54 peserta dikhatankan.

Ada yang berlari ketakutan, ada yang malu-malu, dan tak kurang yang berani memberi semangat kepada kawan-kawan. 😂💪

Paling mencuit hati, ada peserta yang cuba melarikan diri sebaik melihat kawannya selesai dikhitan!

Mujurlah dengan pujukan, gurauan, dan hadiah, semua akhirnya berjaya dikhatankan. 🎉

Semoga anak-anak ini membesar sihat dan berjaya dunia akhirat! 🤲💙

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama sama menjayakan program ini.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Feb, 06:59


☀️ Projek Solar ke-3 di Pulau Jampiras! 📚🌱

Alhamdulillah, projek pemasangan solar ketiga di Sekolah Pulau Jampiras berjaya dilaksanakan! 💡

Memberi manfaat kepada 146 pelajar dan 3 orang guru, projek ini membuka lebih banyak peluang pendidikan buat anak-anak di sana.

Terima kasih kepada semua penyumbang, terutama EXIM BANK atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada kami di Yayasan Ikhlas. 💙

Bersama, kita terus menerangi masa depan mereka!

📲 Ikuti kami Yayasan Ikhlas untuk memgetahui perkembangan projek dan bantuan terkini.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Feb, 03:59


Aktiviti Menarik Cuti Sekolah untuk Anak-anak!

📣 Ibu bapa, jom manfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan menyertai ANJUNG KREATIF – program santai, interaktif dan penuh keseronokan! 🎨📖

Tarikh: 8 Februari 2025
Umur: 9 - 14 tahun


📍 Tempat: Pusat Komuniti Anjung Budi
📌 Lokasi: https://maps.app.goo.gl/Jxp3iXHzY7KHe6ah9

💡 Kenapa Anak Anda Patut Sertai?

Aktiviti kreatif yang menyeronokkan!
Bina keyakinan dan kemahiran sosial!
Cuti sekolah lebih bermakna & bermanfaat!

🔗 Daftar Sekarang: https://forms.gle/U9Sk5KnZe6MvteD26

💰 Yuran Penyertaan:
🔸 Maybank – Persatuan Kaunseling & Kesihatan Keluarga
🔸 562021677823

Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja! 🎉 Ajak anak-anak dan kawan-kawan mereka untuk bersama-sama mencipta pengalaman yang bermakna!

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Feb, 01:29


🌙 Program Israk Mikraj di Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda 🌙

Pada 31 Januari 2025, Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda telah mengadakan Program Israk Mikraj yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar intern dari IPDAS, Keningau.

Program ini diisi dengan tazkirah ringkas, persembahan Qasidah, Sketsa, dan Sajak daripada para pelajar, menjadikannya sebuah pengalaman bermakna dan penuh hikmah.

Semoga program ini bukan sahaja menambah ilmu, tetapi juga mengeratkan ukhuwah antara kita.

Mari jadikan setiap momen sebagai langkah menuju kebaikan! 🌿💫

📲 Ikuti kami Yayasan Ikhlas untuk memgetahui perkembangan projek dan bantuan terkini.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

31 Jan, 07:03


🤲 Misi Bantuan: 600 Pek Makanan Disalurkan kepada Mangsa Banjir di Samarahan & Kuching

Pada 30 Januari 2025, pasukan kami telah bergerak untuk menyampaikan bantuan pek makanan kepada mereka yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan di Samarahan dan Kuching.

🌊 Musibah ini telah memberi kesan kepada ratusan keluarga, memaksa mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti:

📍 Dewan Entingan
📍 PPS SK Endap
📍 PPS SJKC Chong Hua, Batu Kawa
📍 Dewan Haji Bin Ahmad, Segedup
📍 Kampung Nangka

Dengan izin Allah dan sokongan semua pihak, kami berjaya menyampaikan 600 pek makanan untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan. 💖

Setiap sumbangan anda membawa harapan kepada mereka yang memerlukan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

30 Jan, 21:59


💛 JUMAAT: PELUANG KITA MEMBERI 💛

Hari ini, bukan tentang berapa banyak yang kita ada, tapi berapa banyak yang kita sanggup berkongsi.

Jumaat adalah hari istimewa. Bukan sekadar hari untuk berdoa lebih atau membaca Surah Kahfi, tapi juga hari untuk memberi dengan hati yang lapang.

Sedikit atau banyak, setiap sumbangan membawa makna.

Salurkan bantuan anda hari ini:

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: SEIKHLAS JUMAAT

Atau klik:
📲 fidyahonline.com

Kerana dalam rezeki kita, ada bahagian mereka. Dan dalam memberi, ada keajaiban yang kita tak sangka. 🌿

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

29 Jan, 06:11


📢 JAWATAN KOSONG MENANTI ANDA! 📢

Kami di Yayasan Ikhlas membuka peluang kepada individu yang komited, berdedikasi, dan berminat untuk menyertai pasukan dinamik kami.

FAEDAH-FAEDAH DIPEROLEH:
√ Gaji bulanan RM 2,500 - RM 3,300
√ Caruman KWSP, PERKESO dan SIP
√ Peruntukan perubatan
√ Mendapat elaun jika bekerja di luar kawasan

📌 Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster.

Jangan tunggu lama! Hantar permohonan anda hari ini.

👉 CARA MEMOHON:
Hantarkan resume dan dokumen berkaitan ke [email protected]

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

23 Jan, 02:05


Fidyah untuk Orang Sakit: Cara Melunaskan dengan Mudah 🤲❤️

Bagi mereka yang uzur dan tidak mampu berpuasa, fidyah adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Ia menjadi ganti atas puasa yang tidak dapat ditunaikan, sekaligus membantu mereka yang memerlukan.

Kami menyediakan platform mudah untuk anda menunaikan fidyah, dengan memastikan sumbangan anda sampai kepada yang berhak.

Jangan biarkan kewajipan ini tertangguh ‼️

📲 Untuk maklumat lanjut klik fidyahonline.com

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

22 Jan, 02:02


Each morning is a gift - a chance to make a difference, inspire, and enjoy the day. 🌅

📲 Follow us for the latest updates, or visit asnafjalanan.com to offer your support.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

21 Jan, 02:04


Fidyah Terakhir, Tanda Kasih Seorang Anak

Di saat seorang ibu menghampiri detik terakhirnya, tanggungjawab fidyah menjadi amanah yang perlu disempurnakan.

Sebagai anak, inilah masa untuk melunaskan hutang ibadahnya – tanda cinta dan bakti yang tiada pengganti.

🌾 Bayarkan fidyah hari ini, kerana setiap butir yang kita sumbangkan adalah hadiah ketenangan buat mereka.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik fidyahonline.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

18 Jan, 03:05


Kisah Peduli: Bantuan Tiba Sebelum Musibah Melanda ‼️

Pada 17 Januari 2025, CDA-ERT Yayasan Ikhlas bersama APM Daerah Besut dan Jawatankuasa Masjid Lapan Kubah menyerahkan Bug Out Bag (BOB) kepada 50 keluarga di Kampung Lapan Kotak.

Dengan nilai keseluruhan RM11,500.00, BOB ini adalah hasil sumbangan penuh keikhlasan daripada Diversatech Fertilizer dan seluruh penyumbang budiman Yayasan Ikhlas.

“Ini lebih dari sekadar bantuan. Ia lambang kasih sayang dan keprihatinan masyarakat,” kata salah seorang penerima, dengan air mata kegembiraan di pipi.

Bencana mungkin tidak dapat kita elak, tetapi kita mampu bersedia dan membantu.

Terima kasih kepada anda yang terus memberikan sokongan, memastikan cahaya harapan sentiasa menyinari mereka yang memerlukan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

17 Jan, 04:02


Masih ramai yang keliru nak kira fidyah 🤯

https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fcara-kira-fidyah%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

17 Jan, 03:49


📢 JAWATAN KOSONG MENANTI ANDA! 📢

Kami di Yayasan Ikhlas membuka peluang kepada individu yang komited, berdedikasi, dan berminat untuk menyertai pasukan dinamik kami.

FAEDAH-FAEDAH DIPEROLEH:
√  Gaji bulanan RM 2,500 - RM 3,300
√ Caruman KWSP, PERKESO dan SIP
√ Peruntukan perubatan
√ Mendapat elaun jika bekerja di luar kawasan

📌 Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster.

Jangan tunggu lama! Hantar permohonan anda sebelum 31 Januari 2025.

👉 CARA MEMOHON:
Hantarkan resume dan dokumen berkaitan ke [email protected]

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

16 Jan, 22:03


KEMULIAAN DALAM MEMBERI MANFAAT ❤️

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."
(Riwayat Ibn Hibban)

Jadilah insan yang memberi manfaat! 💝

Sertai usaha dan inisiatif kami dalam memberikan sokongan berterusan kepada golongan yang memerlukan.

🌟 Ayuh hulurkan sumbangan anda sekarang!

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: SEIKHLAS JUMAAT

Atau klik:
📲 fidyahonline.com

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

16 Jan, 02:06


Fidyah untuk Ibu Menyusu 🤱❤️

Sebagai ibu yang menyusu, anda memberikan yang terbaik untuk si kecil.

Namun, jika ada hari-hari puasa yang tidak dapat ditunaikan, fidyah adalah cara untuk menyempurnakan tanggungjawab ini.

Kami memudahkan urusan fidyah anda, agar hati tenang dan amal terus mengalir.

Lengkapkan tanggungjawab ini dengan penuh ikhlas, demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik fidyahonline.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

15 Jan, 06:03


MESYUARAT TAHUNAN PIBG PUSAT PEMBELAJARAN ISLAM AL-HUDA 2025

Pada 11 Januari 2025, Mesyuarat Tahunan PIBG pertama PPIAH Pekan 2 telah berlangsung dengan jayanya.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk:
Menjelaskan yuran dan takwim sekolah bagi tahun 2025.
Mengukuhkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga.

Dalam suasana penuh muafakat, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikongsikan demi kebaikan anak-anak kita.

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua, yang menjadi inspirasi untuk kami terus merancang program terbaik demi anak-anak kita.

Semoga usaha bersama ini diberkati dan melahirkan generasi cemerlang dunia akhirat. 🌟

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

14 Jan, 08:12


Kadangkala Kita Susah, Tapi Ada yang Lebih Berat Ujiannya 🥺

Pernahkah anda merasa hidup begitu mencabar hingga sesuap nasi pun menjadi perjuangan?

Mungkin kita rasa susah, tapi di luar sana ada yang lebih hebat diuji.

Jika anda pernah melalui pengalaman getir, kongsikan di ruangan komen 📝.

Kisah anda mungkin menjadi inspirasi dan penguat semangat untuk orang lain yang sedang berjuang.

Sama-sama kita saling menguatkan 💪💕.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik fidyahonline.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

14 Jan, 06:02


Fidyah untuk yang Telah Tiada ⁉️

Walaupun orang yang kita sayangi telah tiada, tanggungjawab kita sebagai waris tetap berterusan.

Salah satu cara terbaik untuk menyempurnakan kewajipan yang tertinggal adalah dengan membayar fidyah.

Kami sedia membantu memudahkan urusan ini, agar anda dapat melaksanakan tanggungjawab dengan hati yang tenang dan amal yang berterusan.

Segera selesaikan pembayaran fidyah, dan biarkan pahala mengalir untuk mereka yang telah pergi.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik fidyahonline.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

14 Jan, 02:05


#misibanjir | CDA-ERT Yayasan Ikhlas Johor Bahru: Terus Membantu Mangsa Banjir 🌧

Pada 12 Januari 2025, Yayasan Ikhlas Johor terus menyokong mangsa banjir di Kota Tinggi dengan beberapa inisiatif:

🍴 Pengedaran 20 Pek Makan Malam kepada anggota APM di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Tinggi.

🍴 Pengedaran 30 Pek Makan Tengahari kepada penduduk Kg Lukut, diserahkan kepada Ketua Kampung, Encik Amran.

🛍 Penyerahan barangan keperluan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi.

Antara barangan yang diserahkan:

- 50 set kain batik
- 18 set kain pelikat
- 54 helai tuala mandi
- 32 set tuala wanita
- 35 set pampers

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Setiap sumbangan, sekecil mana pun, memberi harapan dan kekuatan kepada mereka yang memerlukan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

13 Jan, 03:06


Jangan Tangguh! Tunaikan Fidyah Anda Hari Ini

Fidyah adalah tanggungjawab yang WAJIB dilunaskan bagi mereka yang meninggalkan puasa dan belum menggantikannya hingga Ramadan berikutnya.

Setiap saat penangguhan adalah beban yang perlu ditanggung!

🌙 Terdapat 4 golongan yang dikenakan untuk membayar fidyah (rujuk poster untuk butiran).

Dengan menunaikan fidyah, anda bukan sahaja membersihkan tanggungjawab tetapi juga membantu mereka yang memerlukan.

❗️ Jangan berlengah lagi. Tunaikan segera sebelum terlambat!

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik fidyahonline.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

12 Jan, 05:51


#misibanjir | Pengedaran Pek Makanan : CDA-ERT Yayasan Ikhlas Johor Bahru

Pada 11 Januari 2025, sebanyak 100 pek makanan malam telah berjaya diedarkan kepada penghuni dan petugas di PPS Dewan Komuniti Ulu Pandan.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan misi ini.

Sokongan anda telah membawa senyuman dan harapan kepada mereka yang memerlukan.

📲 Ikuti kami Yayasan Ikhlas untuk memgetahui perkembangan projek dan bantuan terkini.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

11 Jan, 12:07


#misibanjir | Pengumpulan Sumbangan Banjir 2.0: Bersama Bantu Mangsa Banjir di Johor ⛈️

Bantu mangsa banjir! Sehingga kini, 1,291 mangsa telah dipindahkan ke 22 PPS di Johor. Ayuh salurkan bantuan keperluan asas.

Musim banjir telah menguji ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.

Mari kita bersama bantu mereka dengan menyumbang barang keperluan (rujuk poster untuk senarai).

📍 Lokasi Pengumpulan:
Balairaya Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru


📅 Tarikh: 12 Januari 2025, Ahad
Masa: 8.00 Pagi - 5.30 petang


Setiap sumbangan, kecil atau besar, mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang terkesan. Jangan lepaskan peluang untuk berbakti dan menjadi asbab kegembiraan mereka.

📞 Hubungi:
Khairul: 010-3030758
Herwan: 019-7217454

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

09 Jan, 22:05


SEBAIK-BAIK REZEKI DIMULAI DENGAN SEDEKAH 💎

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka nescaya Allah akan menggantikannya; dan Dia - lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki" (Saba' : 39)

Tidak akan berkurang harta mereka yang bersedekah.

Jadikan hari yang barakah ini lebih bermakna dengan berkongsi kebahagian bersama mereka yang memerlukan.

- - - - -

Ayuh! Hulurkan sumbangan anda bagi projek-projek Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: SEIKHLAS JUMAAT

Atau klik:
📲 fidyahonline.com

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

06 Dec, 03:17


#misibanjir | Pengumpulan Barang Sumbangan Banjir di Masjid Sultanah Bahiyah

Ayuh Kedah! Kita Bangkit Bersama, Bantu Mereka Yang Memerlukan! 🤝❤️

Mari kita bersama membantu mereka melalui Misi Bantuan Bencana Banjir dengan menyumbangkan barang keperluan khususnya di Kedah.

📍 Lokasi Pengumpulan:
Pekarangan Masjid Sultanah, Jalan Sultanah, 05100 Alor Setar

📅 Tarikh: 5 Disember 2024 sehingga 7 Disember 2024
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang

📞 Hubungi: 010-3030421 (Fakhrurrazi)

Setiap sumbangan, kecil atau besar, mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang terkesan.

📲 Klik https://yikhlas.fund/asBanjir untuk menyalurkan bantuan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Dec, 09:11


#UpdateBanjir|Dapur Ikhlas, Menyentuh Hati di PPS SMKA Lati 🍛

Dapur Ikhlas Yayasan Ikhlas terus beroperasi di PPS SMKA Lati, Pasir Mas menyediakan makanan buat 398 mangsa yang masih berada di sini.

Setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi tanda kasih dan sokongan anda kepada mereka yang memerlukan.

🤲 Teruskan menyokong dan bersama sama kami dalam menjayakan misi ini

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Dec, 05:57


#UpdateBanjir|Ceria di PPS SK Gunong, Alor Setar 🎨

Seramai 25 kanak-kanak di PPS SK Gunong terlibat dalam aktiviti Kit Emosi yang interaktif dan bermanfaat.

Suasana menjadi lebih ceria dengan penyertaan ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepada anak-anak mereka.

Turut memeriahkan program ini ialah Dr. Murizah Md Zain, Duta Yayasan Ikhlas, yang bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti untuk memberi sokongan kepada komuniti.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Dec, 01:06


#UpdateBanjir|Senyuman Terukir di PPS SK Jalan Datuk Kumbar 😊

Pada sesi petang 4 Disember 2024, Pasukan Yayasan Ikhlas Alor Setar telah menceriakan 40 orang kanak-kanak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Aktiviti Kit Emosi yang dijalankan bertujuan membantu mereka meluahkan perasaan dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.

Ibu bapa juga turut serta, mewujudkan suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan.

Senyuman kecil, impak besar.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

04 Dec, 11:28


#misibanjir | Semangat Keikhlasan: Bantuan untuk Mangsa Banjir Kelantan

Pasukan Yayasan Ikhlas bersama Ustaz Lah, kami berganding bahu untuk menyediakan barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. 💪

Setiap kotak bukan sekadar berisi keperluan asas, tetapi juga harapan dan doa dari hati kami untuk mereka yang sedang diuji. 🤲

Terima kasih kepada anda yang telah menyumbang.

Bantuan ini hanya mungkin dengan sokongan anda semua.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

04 Dec, 10:32


#misibanjir| Air Surut, Harapan Kembali Menyala

Pada 3 Disember 2024, air banjir mulai surut di beberapa kawasan di Kedah, memberi sedikit kelegaan kepada penduduk yang terjejas.

Walaupun keadaan mulai pulih, mereka masih memerlukan sokongan untuk membina semula kehidupan yang terjejas.

🌤 Air mungkin surut, tetapi beban mereka masih berat.

Yayasan Ikhlas terus berusaha menyalurkan bantuan—dari makanan asas hingga sokongan moral.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

04 Dec, 02:02


In this verse,

Allah invites believers to do good, announcing that He loves those who do acts of good deeds.

Allah loves all His creatures, but the good doers among them receive the special love and pleasure of God

Yayasan Ikhlas
Your Trusted Humanitarian Partner

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

04 Dec, 01:31


#misibanjir|Bekalan Air Mineral & Kit Kebersihan Diri untuk PPS SK Taman Rakyat

Pasukan CDA Yayasan Ikhlas Alor Setar terus menyantuni mangsa banjir di PPS SK Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah.

Sebanyak 240 botol air mineral dan 60 kit kebersihan diri telah diagihkan kepada setiap keluarga di pusat pemindahan ini.

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dan memastikan keperluan asas terus terjaga.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjadikan usaha ini satu kenyataan. Bersama, kita kuat menghadapi ujian ini! 💙

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Dec, 08:18


#misibanjir|Keceriaan Buat Anak-Anak di PPS SMK Baroh Pial

Pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas terus menceriakan suasana di PPS SMK Baroh Pial dengan aktiviti Kit Emosi! 🎨

Anak-anak teruja mewarna, melukis, dan melakukan aktiviti pemanasan badan yang menyeronokkan.

Setiap senyuman mereka adalah hadiah bermakna di tengah situasi mencabar.

Usaha ini bertujuan membantu mereka melupakan seketika tekanan akibat banjir dan memberi ruang untuk mengekspresikan diri melalui kreativiti dan pergerakan.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Dec, 07:11


📢 𝐉𝐨𝐦 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 🌟

Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Bilal bin Jailani memaklumkan keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah semakin stabil, membolehkan usaha pemulihan dimulakan.

Walaupun menghadapi cabaran besar, semangat bersama dan sokongan anda semua membawa perubahan positif dalam proses pemulihan yang berjalan lancar.

Tekan pautan di bawah untuk mendengar mesej 👇🏼

🔗 https://www.facebook.com/share/1AFrcRYJnn/

Mari kita teruskan memberikan sokongan – setiap bantuan anda adalah langkah penting untuk mengembalikan harapan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Dec, 04:03


Bantuan Kritis yang Menyelamatkan Nyawa!

https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fmisi-banjir-pantai-timur-hari-ke-6-misi-menyelamat-dan-bantuan%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Dec, 03:13


#misibanjir|Ketika Banjir Menguji, Farah Lee Hadir Membawa Sinar Keceriaan Buat Si Kecil

Di tengah cabaran banjir di Terengganu, Farah Lee membawa senyuman kepada kanak-kanak yang terkesan.

Farah Lee mencipta momen kecil yang penuh makna—melihat wajah ceria di sebalik keletihan.

"Setiap senyuman mereka adalah hadiah terindah," ujar Farah, yang terinspirasi untuk terus menyebarkan kebaikan walau dalam apa jua keadaan.

Terima kasih, Farah Lee atas kehadiran dan sumbangan yang penuh makna serta semua yang terus memberi! 🌟

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

03 Dec, 02:35


#misibanjir|Di Sebalik Banjir Sinar Harapan Terpancar 🌈

Prof. Dr. Zainur Rashid berkongsi pengalaman menyentuh hati menyantuni mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan, terutama kanak-kanak yang terkesan.

Wajah kecil mereka memancarkan keletihan, namun dengan bantuan dan doa yang dihulurkan, sinar harapan kembali terpancar.

Setiap usaha ini mengingatkan kita pentingnya solidariti dan kasih sayang dalam mengharungi ujian.

Terima kasih atas sokongan anda yang membantu kami menceriakan hati mereka. 💙

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

02 Dec, 09:13


#misibanjir | [Update] Alhamdulillah, bantuan telah tiba! 🙏🚚

Lori barang bantuan yang dikumpulkan di Masjid Hasanah selamat sampai ke destinasi di Pasir Mas, Kelantan pada jam 8.00 pagi tadi.

Perjalanan dimulakan pada jam 10 malam semalam, dan dengan izin Allah, bantuan sampai tepat pada waktunya.

Pihak Yayasan Ikhlas telah menempatkan dan menyerahkan bantuan di Pusat Kumpulan Operasi Bencana (PKOB) Pasir Mas.

Mengikut SOP, barang bantuan akan diuruskan dan disalurkan oleh pihak JKM ke kawasan-kawasan PPS di sekitar Pasir Mas untuk memastikan pembahagian yang teratur dan tiada pertindihan.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menyokong!

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

02 Dec, 08:43


#LiveUpdateBanjir | Prof Dr Zainur Rashid, Sentuhan Kasih di Tengah Bencana

Prof. Dr. Zainur Rashid tidak hanya memberi bantuan, tetapi juga memberi perhatian penuh kepada mangsa banjir yang merupakan pesakit strok, memastikan setiap keperluan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Yang lebih mengharukan, seorang jururawat dari klinik berdekatan turut hadir di pusat PPS, siap sedia memberikan bantuan.

Dan lebih mengejutkan, jururawat tersebut adalah bekas junior Prof. sendiri!

Kisah ini mengingatkan kita bahawa dalam setiap cabaran, ada tangan yang saling menyokong, dan kasih sayang yang menghubungkan kita semua.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

29 Nov, 12:54


🌊 Mereka di Zon Merah Memerlukan Kita: Jom Hulurkan Bantuan! 🌊

Banjir di Kelantan semakin meruncing, dan ramai keluarga kehilangan segala-galanya.

Dalam saat genting ini, mereka memerlukan bantuan daripada kita. Ayuh, jadilah sinar harapan bagi mereka yang sedang diuji.

📦 Sumbangkan hari ini dan bersama kita ringankan beban mereka! 🙌

📲 Klik misibantuan.com untuk menyumbang atau ikuti laman sosial kami untuk perkembangan terkini.

Bersama kita ringankan beban mereka dan bawa sinar harapan di tengah musibah ini.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

29 Nov, 09:02


#LiveUpdateBanjir | Tinjauan Terkini di Kampung Gaung, Pasir Mas

Pasukan kami kini berada di Kampung Gaung, Pasir Mas, salah satu kawasan yang teruk terjejas akibat banjir.

Paras air terus meningkat, menenggelamkan kediaman dan memaksa penduduk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

📲 Klik misibantuan.com untuk menyumbang atau ikuti laman sosial kami untuk perkembangan terkini.

Bersama kita ringankan beban mereka dan bawa sinar harapan di tengah musibah ini.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

29 Nov, 07:44


#LiveUpdateBanjir | [Dari Atas Kapal Terbang] Lihatlah Keadaan Banjir di Kelantan

Pemandangan dari udara ini benar-benar menginsafkan—hamparan air yang menenggelamkan rumah, ladang, dan jalan raya.

Ribuan keluarga kini bergelut untuk meneruskan kehidupan di tengah musibah ini.

💔 Mereka kehilangan tempat tinggal, keperluan asas, dan sangat memerlukan bantuan kita untuk bertahan.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama, kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

29 Nov, 07:37


#misibanjir | Pengumpulan Barang Sumbangan Banjir di Masjid Al-Hasanah

Musim banjir telah menguji ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.

Mari kita bersama membantu mereka melalui Misi Bantuan Bencana Banjir dengan menyumbangkan barang keperluan.

📍 Lokasi Pengumpulan:
Pusat Sembelihan, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

📅 Tarikh: 29 November 2024 sehingga 1 Disember 2024
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang


Setiap sumbangan, kecil atau besar, mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang terkesan. Jangan lepaskan peluang untuk berbakti dan menjadi asbab kegembiraan mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

29 Nov, 03:50


#misibanjir | “Encik Okay Tak? Kenapa Sampai Menggigil ni?”

Pasukan Yayasan Ikhlas sedang membuat tinjauan di Ladang TDM. Tiba-tiba, sebuah bot menghampiri dengan seorang remaja di dalamnya.

“Saya dok biase air tinggi gini... Saya cuma nak balik rumoh ja,” katanya dengan suara terketar-ketar.

Nafasnya kelihatan berat, dadanya berombak ketakutan. Tanpa berlengah, Leftenan Muda Hanizam segera memapahnya ke tempat selamat.

Walaupun kelihatan seperti situasi biasa, ia mungkin menakutkan bagi mereka yang mengalami thalassophobia—ketakutan terhadap air dalam jumlah besar.

💙 Banjir bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga emosi.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

28 Nov, 08:03


#LiveUpdateBanjir | Ikuti Perkembangan Banjir di Kelantan Bersama Pasukan Yayasan Ikhlas, Redha

Nak tahu situasi terkini tentang banjir di Kelantan?

Sertai kami bersama Pasukan Yayasan Ikhlas, Redha yang berada di lokasi untuk membawa laporan semasa dan usaha membantu mangsa banjir.

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

28 Nov, 04:01


#misibanjir |🌊 Bantuan Ke Dungun: Doakan Misi Ini 🤲

Yayasan Ikhlas bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah tiba di Daerah Dungun dan kini bergerak ke kawasan yang sedang dinaiki air.

Link Tiktok : https://www.tiktok.com/@yayasanikhlas/video/7441888360190283016?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Mohon doa semua agar perjalanan mereka dipermudahkan dan misi bantuan berjalan lancar. 🙏

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

28 Nov, 03:41


🌊 [Terkini] Banjir di Kampung Lati, Pasir Mas

Air semakin naik sehingga paras pinggang, menyebabkan keadaan menjadi semakin cemas.

Team Yayasan Ikhlas bersama pasukan RES-K kini sedang membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di sekitar kampung, khususnya mereka yang masih belum berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Semoga usaha ini dipermudahkan dan semua mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.

Mohon doa dan sokongan anda untuk meringankan ujian mereka. 🙏

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

28 Nov, 01:54


🔴 [Terkini] Perkembangan Kawasan Banjir

Keadaan banjir semakin membimbangkan di beberapa kawasan.

Air terus naik, dan ramai penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

"Ya Allah, lindungilah mereka yang terkesan. Kuatkan hati mereka dan permudahkan urusan bantuan."

📲 Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misibantuan.com untuk membantu. Bersama kita ringankan beban mereka.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

27 Nov, 07:06


🌧 𝐃𝐨𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐚𝐭: 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 🤲

Hujan adalah rahmat, namun boleh menjadi ujian. Dalam derasnya hujan, marilah kita memohon perlindungan dan berdoa

Di samping itu, marilah kita mendoakan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir:

"Ya Allah, permudahkanlah urusan saudara kami yang diuji banjir. Lindungilah mereka, kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka."

Sebarkan kebaikan ini, bersama kita mohon hujan membawa rahmat, bukan musibah. 💙

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

27 Nov, 02:28


Allah never abandons those who are patient. 🌿

He is always there to help believers who wait on Him with patience.

Even in difficult times, remember—it’s only temporary, and something greater is on the way, Insya-Allah 🌈

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

26 Nov, 07:33


🔺 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍, 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 🔺

Kunjungan hormat Yayasan Ikhlas ke APM Marang, Terengganu membuka peluang kerjasama strategik dalam menghadapi cabaran Monsun Timur Laut (MTL).

Perbincangan dan persiapan rapi telah diadakan, dengan pihak APM menyatakan komitmen untuk bergerak seiring bersama Yayasan Ikhlas demi melindungi komuniti yang terkesan.

Dengan sinergi ini, kami yakin setiap usaha akan menjadi sinar harapan bagi mereka yang memerlukan. 🌧

📲Ikuti Sosial Media Yayasan Ikhlas untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan projek dijalankan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

25 Nov, 22:16


#TVAlHijrah | 🌾 Fidyah: Sedikit Dari Kita, Bermakna Buat Mereka 🌾

Bayangkan, sebungkus beras yang kita sumbangkan menjadi penawar lapar buat keluarga asnaf. Walaupun kecil di mata kita, ia besar maknanya buat mereka.

Jom bersama Ustaz Hanafiah Malek, Pendakwah Selebriti

📺 Slot Assalamualaikum, TV Al-Hijrah
📆 26 November 2024
8.27 pagi

Yayasan Ikhlas telah 15 tahun membantu asnaf dan fakir miskin, masuk ke pedalaman, menaiki bot dan sampan, demi memastikan fidyah anda sampai terus ke tangan mereka yang memerlukan.

💕 Sedikit dari kita, bermakna buat mereka. 💕

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

#YayasanIkhlas #Fidyah #BantuAsnaf #TVAlHijrah

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

25 Nov, 12:41


Tanpa Dokumen dan Tanpa Harapan? Anak Borneo juga Mahukan Pendidikan

https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fdiskusi-pendidikan-sabah-2024-ke-arah-penyelesaian-komprehensif-isu-pendidikan-borneo%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

23 Nov, 03:02


Saya Tiada Ayah, Tapi Saya Punya Kekuatan untuk Teruskan Hidup..

https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fkegigihan-pelajar-asnaf-kisah-kejayaan-seorang-anak-yatim-yang-menginspirasikan%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

22 Nov, 02:34


🌪 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐋𝐀𝐆𝐈 🌪

Kg Persiaran Bakau Batu 3, Sandakan dilanda musibah kebakaran yang memusnahkan 4 buah rumah. Tragedi ini menjejaskan 8 keluarga yang kini kehilangan tempat berteduh. 🏚💔

Kebakaran sekitar jam 2 petang itu berpunca dari sebuah workshop, menyebabkan api merebak dengan cepat dan turut membakar beberapa kenderaan.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa, namun kehilangan ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam. Semoga ada hikmah di sebalik ujian ini. 🤲🏼

Yayasan Ikhlas Sandakan segera turun padang menyantuni mangsa kebakaran, menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Kami komited membantu kluster bencana, selaras dengan perjuangan kami sebagai badan kemanusiaan yang peduli dan prihatin. ❤️‍🔥

Teruskan bersama kami dengan menyumbang agar lebih ramai asnaf dapat dibantu! 🤝

📲Ikuti Sosial Media Yayasan Ikhlas untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan projek dijalankan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

21 Nov, 23:45


#tvalhijrah

📚 𝐓𝐚𝐣𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫: 𝐔𝐛𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐀𝐬𝐧𝐚𝐟 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡! 📚

Adakah anda tahu bahawa ramai anak-anak asnaf di luar sana masih bergelut untuk mendapatkan pendidikan?

Kempen Taja Belajar adalah usaha kita bersama untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

Jom ketahui lebih lanjut tentang kempen ini! Saksikan Slot Assalam di TV Al-Hijrah,

📅 22 November 2024
🕘 9.12 pagi

Bersama panel hebat, Ustaz Hanafiah Malek, kita akan bincangkan bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada perubahan ini.

Hantarkan cahaya ke hujung dunia melalui 👉🏻 tajabelajar.com

Jangan lupa tonton dan kongsikan! 💖

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

#TajaBelajar #PendidikanUntukSemua #YayasanIkhlas #TVAlHijrah

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

21 Nov, 07:02


#misibanjir |𝐃𝐈𝐓𝐂 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

⛺️ 437% Melebihi Kapasiti Penginapan (dan mungkin lebih)

"Kalau awak datang semalam, kemah-kemah dibuka melimpah ruah sampai ke luar."
Demikian luahan JPKK Teluk Kalung, menggambarkan realiti getir mangsa banjir di DITC Kemaman.

"Dah tak ada lagi penjarakan antara khemah kat sini," tambah Pak Hamdan ketika menyambut kehadiran pasukan kami.

Hari ini, Yayasan Ikhlas hadir untuk menyantuni mangsa dengan sumbangan seperti:

✔️ 20 set kelengkapan bayi
✔️ 106 helai pakaian lelaki
✔️ 660 pasang baju wanita
✔️ 63 helai tudung

Keseluruhan sumbangan bernilai RM195,280 – tanda kasih dan sokongan buat mereka yang sedang diuji.

Jadilah sebahagian daripada misi ini!

Klik sekarang 📲 misibantuan.com dan bersama kita ringankan beban mereka. ❤️

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

21 Nov, 02:38


RANDEX 2024: Yayasan Ikhlas Siap Siaga, Malaysia Bersedia?

https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Frandex-2024-yayasan-ikhlas-perkukuh-usaha-pengurusan-bencana%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

20 Nov, 03:31


🌙 #CountingDaysRamadan 🌙

100 hari lagi sebelum Ramadan tiba!

Bulan penuh rahmat semakin mendekat, adakah kita sudah bersedia? Ini saat terbaik untuk:

Perbaiki solat dan amalan harian.
Lunaskan hutang puasa yang masih berbaki.
Rancang matlamat Ramadan – sedekah, tilawah, atau amal kebaikan lain.

Jangan tunggu esok untuk berubah. Persiapkan hati dan diri, agar Ramadan kali ini menjadi yang paling bermakna. 💖

Mulakan langkah hari ini, kerana setiap detik adalah peluang.

📲Ikuti Sosial Media Yayasan Ikhlas untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan projek dijalankan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

20 Nov, 02:17


This verse reminds us of the great rewards and goodness that come from sincerely believing in Allah and following the Prophet Muhammad.

Let Allah's love and mercy guide everything we do in this life. 💖

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

19 Nov, 03:25


𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓

Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas Sandakan telah menyantuni sebuah keluarga yang ditimpa musibah pada Jumaat lalu.

Rumah seorang bapa tunggal dan anak perempuannya (tingkatan 4, SMK Gum-Gum) runtuh akibat ribut kencang.

Tragedi berlaku ketika mereka sedang tidur, namun syukur si bapa sempat menyedari rumah bergoyang dan menyelamatkan diri bersama anaknya. 🏚💔

Kini, mereka menumpang di rumah saudara sementara menanti bantuan. Yayasan Ikhlas akan terus berusaha meringankan beban mereka.

Terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa bersama kami. 🤲🏼❤️

📲Ikuti Sosial Media Yayasan Ikhlas untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan projek dijalankan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

18 Nov, 03:32


📍𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒 : 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒𝐀𝐍

Yayasan Ikhlas Semporna telah menghadiri Diskusi Pendidikan anjuran I-Guru Sabah di Hotel Pan Borneo, Kota Kinabalu.

Diskusi ini bertujuan menangani isu keciciran pendidikan di Sabah, dengan penyertaan 6 pakar yang membentangkan cadangan penyelesaian.

Sepanjang sesi tersebut, pelbagai idea bernas dikongsikan dan akhirnya, sebanyak 7 cadangan solusi telah digariskan untuk menangani masalah pendidikan tanpa mengira status kewarganegaraan.

Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, turut menyokong kerjasama semua pihak bagi mencapai penyelesaian terbaik.

Yayasan Ikhlas berkomitmen untuk terus menyokong usaha meningkatkan pendidikan di Sabah.

📲Ikuti Sosial Media Yayasan Ikhlas untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan projek dijalankan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

14 Nov, 03:46


𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐍𝐆𝐎 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅

Yayasan Ikhlas baru-baru ini menyertai Mesyuarat Hala Tuju NGO yang diadakan di Pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Sabah.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil daripada 7 NGO untuk membincangkan usaha pendidikan bagi kanak-kanak bukan warganegara.

Encik Endi dan Encik Muhammad Fauzi mewakili YI, turut berkongsi pengalaman menguruskan Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda serta projek pendidikan di pedalaman Pulau Semporna.

Encik Malai Aswad menyambut baik kerjasama NGO serta merancang mesyuarat berkala bagi memastikan program pendidikan mematuhi undang-undang.

Semoga kerjasama ini dapat terus menyokong pendidikan anak-anak asnaf dan bukan warganegara di Sabah, serta membawa manfaat kepada komuniti yang memerlukan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

13 Nov, 05:16


This verse reminds us of Allah’s immense power and that every believer will face tests and challenges. 🌿

These tests are there to strengthen our faith and shape our character. 💪

So, let’s face life’s hardships with courage, knowing Allah’s wisdom is always at work. Trust Him. 🤲❤️

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

13 Nov, 03:51


Eh, dah nak masuk 16 November rupanya! Kita ada acara best minggu ni! 🎉

Acara apa tu? 🤔

Jom sertai program kesihatan mental, Minda Sihat, Keluarga Hebat di Dewan Seminar, Masjid Al-Hasanah. 🕌

Pelbagai aktiviti menarik menanti—cabutan bertuah, saringan kesihatan mental, permainan VR, dan banyak lagi! 🎁🩺🕹

Cepat, tandakan kalendar untuk 16 November ni.

Masuk PERCUMA je! Jangan lepaskan peluang ini!

⚡️𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚:
Link Pendaftaran: https://forms.gle/XSgjCyn2c7xZVBLg9
Pertanyaan: wasap.my/60172774511 (Cik Ain)

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

12 Nov, 12:32


Bukan Alasan! Ibu Bapa Sibuk Pun Boleh Buat..

https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2F5-tips-self-care-mudah-untuk-ibu-bapa-sibuk%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

12 Nov, 03:57


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑

Kepada semua pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda, Pekan 2 dan Kuala Bibang bagi tahun 2024

Ya Allah, lapangkanlah dada mereka, kuatkan ingatan mereka, lancarkan tulisan mereka, dan ilhamkan jawapan yang terbaik.

Mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, maka kurniakanlah kejayaan yang cemerlang buat mereka.

Allah Yuftah ‘Alaikum! 🌟

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

11 Nov, 06:33


🚨 Program Baiki Motosikal Mangsa Banjir di Alor Setar 🚨

Pada 9 November 2024 — CDA-07 Yayasan Ikhlas Alor Setar telah menganjurkan Program Baiki Motosikal Mangsa Banjir

Program tersebut berlangsung selama dua hari di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Setar, Kedah, dengan kerjasama APM Kota Setar, IKBN Jitra, dan Penghulu Daerah Kota Setar.

Melalui inisiatif ini, sebanyak 159 buah motosikal milik mangsa banjir berjaya dibaiki oleh para pelatih dari IKBN Jitra.

Program ini bertujuan meringankan beban mangsa bencana dalam menjalani kehidupan harian mereka selepas banjir melanda.

Terima kasih kepada PNB atas sokongan dana serta semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. 🙏💙

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

10 Nov, 03:08


𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒌 𝒊𝒃𝒖 𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 '𝑷𝒂𝒓𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒕𝒚𝒍𝒆'?

Ibu ayah tahu tak yang setiap daripada anda mempunyai gaya keibubapaan yang tersendiri.

Gaya ini boleh memberi pengaruh kepada pembentukan emosi, personaliti, tingkah laku dan sosial anak - anak.

Menarik kan?

Mungkin sebab itulah, anak kita tak sama perangainya dengan anak orang lain.

Jadi, berminat nak kenal gaya keibubapaan masing-masing dan dapatkan ilmu serta tips parenting secara santai?

Jom sertai kami dalam slot 𝑮𝒂𝒚𝒂 𝑲𝒆𝒊𝒃𝒖𝒃𝒂𝒑𝒂𝒂𝒏 bersama Kaunselor Zumasni.

📅 Tarikh: 16 November 2024
Masa: 8:30 pagi - 1.00 petang
🏢 Tempat: Dewan Seminar, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

📞 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮:
Link Pendaftaran: https://forms.gle/XSgjCyn2c7xZVBLg9
Pertanyaan: wasap.my/60172774511 (Cik Ain)

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

08 Nov, 07:53


𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄: 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐋 & 𝐓𝐀𝐋𝐊 🎉

Apa yang buat program ni lain dari yang lain? Suasana santai untuk remaja luahkan rasa, belajar cara atasi tekanan, dan bina keyakinan diri – semuanya dalam suasana yang fun dan mesra!

📅 16 Nov 2024
8:30 pagi - 1.00 petang
📍 Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

🔥 Hari ini hari terakhir untuk harga Early Bird! Daftarkan anak anda sekarang dan beri mereka pengalaman yang bermanfaat untuk mental dan emosi mereka. 🌈

📲 Link Pendaftaran: https://forms.gle/XSgjCyn2c7xZVBLg9
📩 Pertanyaan: wasap.my/60172774511 (Cik Ain)

#TeenCircle #KesihatanMentalRemaja #ChillAndTalk #DaftarSekarang

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Nov, 12:32


𝐏𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐗𝐭𝐫𝐚: 𝐓𝐚𝐜𝐤𝐥𝐞 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐒𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢🌱

Nak tahu cara terbaik bantu anak hadapi cabaran kesihatan mental?

Kami bawakan forum khas untuk ibu bapa bersama dua panel hebat – Imam Muda Ashraf yang akan bercerita tentang isu kesihatan mental dari sudut agama. Manakala Prof Madya Dr Ku Suhaila Ku Johari, dari UKM, seorang kaunselor berpengalaman dalam sandtherapy & art therapy.

Ketahui isu-isu yang remaja sering pendam dan bagaimana ibu bapa boleh menjadi sokongan terbaik buat anak-anak. 💪

💡 Daftar sekarang untuk slot istimewa ini.
Link Mendaftar: https://forms.gle/XSgjCyn2c7xZVBLg9

Tempat adalah terhad!

#ParentingXtra #KesihatanMental #TackleCabaran #TemuiSolusi #ForumIbuBapa #SupportAnak #DaftarSekarang

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

05 Nov, 04:02


“Allahu Akbar! Itulah Penyebab Saya Memeluk Islam..”
https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fcahaya-surau-menarik-saya-kisah-orang-asli-memeluk-islam%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

04 Nov, 05:32


𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇

"Kasih yang disemai, kebahagiaan yang dituai. 💖"

Alhamdulillah, Program Jalinan Kasih di Pusat Jagaan Mahmudah pada 31 Oktober lalu berlangsung penuh kemesraan dan kebahagiaan.

Kali ini, Kelab Sukarelawan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut serta, memberi sinar kebahagiaan kepada para penghuni di sini.

Program dimulakan dengan sarapan bersama, diikuti gotong-royong membersihkan kawasan dan menyediakan makan tengah hari.

Kami turut disajikan dengan perkongsian berinspirasi oleh Encik Redha bersama pelajar-pelajar UTHM yang menyentuh hati semua yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga. Semoga usaha ini terus membawa sinar kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. 🌸💫

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

01 Nov, 09:28


𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐍𝐃𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟒 🚨

Yayasan Ikhlas telah menyertai Rakan Nadma Disaster Emergency Simulation Exercise (RANDEX) 2024, sebuah program latihan untuk meningkatkan pengurusan bencana.

Pada 27 hingga 30 Oktober 2024, Yayasan Ikhlas diwakili oleh Leftenan Muda (PA) Hanizam Azman sebagai fasilitator, bersama Leftenan Muda (PA) Syahrul Iezam dan En Hassriq Hafize.

RANDEX melibatkan pelbagai agensi dalam mensimulasikan senario bencana nyata, termasuk bencana alam dan insiden buatan manusia.

Program ini bertujuan menguji dan meningkatkan koordinasi, komunikasi, serta strategi tindakan balas dalam situasi kecemasan.

Penglibatan Yayasan Ikhlas dalam RANDEX 2024 diharapkan dapat memperkukuh ketahanan dan kesiapsiagaan komuniti, terutama dalam menghadapi situasi banjir.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

26 Oct, 01:14


1 Daripada 3 Rakyat Malaysia Berjuang Sendirian: Krisis Kesihatan Mental yang Terabai?

Baca artikel penuh sekarang👇🏼
🔗 yayasanikhlas.org.my/memperkasa-wanita-melalui-kesejahteraan-mental/

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

25 Oct, 00:49


#tvalhijrah | 𝐑𝐨𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡: 𝟒𝐱𝟒 𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐌𝐮

Banjir baru-baru ni buatkan kita sedar betapa pentingnya kenderaan pacuan 4 roda untuk bantu masyarakat Orang Asli di pedalaman. Bukan sekadar membawa pendakwah masuk, tetapi juga untuk urusan jenazah.

Jom sama-sama tonton dan lihat macam mana kita boleh turut serta membantu!

📆 Tarikh: 25 Okt 2024 (Jumaat)
Masa: 9.43 pagi
📺 Slot: Assalamualaikum, TV Al-Hijrah

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

#RodaKasih #MisiMualaf #OrangAsli #TVAlHijrah

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

24 Oct, 11:59


Banjir Terburuk telah Melanda Kampung Orang Asli di Kuala Mu
https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fbanjir-terburuk-dalam-10-tahun-melanda-kampung-orang-asli-perak%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

23 Oct, 02:18


The verse reminds us,

That true happiness comes from being kind to others. 🤍🤍

By striving to be good, we fulfill Allah's commands and find joy in knowing we are doing good.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

22 Oct, 03:44


Dah Kena Banjir, Sekarang Pelajar SMK Gum-Gum Tak Mampu Beli Kalkulator
https://t.me/iv?url=https%3A%2F%2Fyayasanikhlas.org.my%2Fyayasan-ikhlas-pnb-bantuan-bencana-warga-gum-gum%2F&rhash=ba323895587ce6

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

18 Oct, 12:01


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐏𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐆𝐈𝐀𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀 📚

Pada 27 September 2024, Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) dari Pekan 2 dan Kuala Bibang mengadakan lawatan rasmi ke GIATMARA Semporna.

Lawatan ini bertujuan mempererat hubungan dan meneroka kerjasama dalam kemahiran serta vokasional, sambil memahami peranan GIATMARA dalam pembangunan modal insan.

Disambut oleh Ustaz Rusme, lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai kursus Pendawai Elektrik dan Jahitan Pakaian & Fesyen, diikuti lawatan ke bengkel jahitan dan elektrik.

Para pelajar berpeluang menyaksikan latihan praktikal dan peralatan moden yang digunakan.

PPIAH dan Yayasan Ikhlas mengucapkan terima kasih kepada GIATMARA Semporna atas layanan baik.

Kami berharap lawatan sebegini dapat membuka jalan untuk program kerjasama masa depan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

17 Oct, 06:06


🚨 𝐁𝐏𝐌𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝟏𝟔𝟎 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 🚨

Pada 12 Oktober 2024, Yayasan Ikhlas dengan sokongan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah membantu 160 keluarga asnaf di Pontian.

Sumbangan bernilai RM38,720 diberikan dalam bentuk Bakul Makanan bernilai RM242 setiap satu dan pek makanan panas.

Keluarga-keluarga dari lapan kampung sekitar Pontian, termasuk Kampung Tanjung Piai dan Kampung Sungai Chengkeh, hadir di Kompleks Penghulu Mukim Serkat untuk menerima bantuan tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah dan kepimpinan BPMB, mencerminkan keprihatinan mereka terhadap komuniti asnaf.

Yayasan Ikhlas terus komited menjalankan amanah ini, membawa bantuan kepada yang memerlukan dengan sokongan rakan korporat.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

17 Oct, 02:15


🌧 Banjir boleh berlaku bila-bila masa. Adakah anda sudah bersedia? 🌊

Ketika bencana ini melanda, pengetahuan adalah kunci untuk keselamatan! 📚

Kami telah menyediakan poster "Do's and Don'ts Ketika Banjir" untuk membantu anda dan keluarga menghadapi situasi ini dengan lebih baik.

Ambil sedikit masa untuk membaca poster ini dan berkongsi dengan rakan-rakan serta keluarga anda. Kesedaran bersama dapat menyelamatkan nyawa!

Untuk membuat persiapan jom klik begkecemasan.com

Bersama-sama, kita hadapi bencana ini dengan lebih bersedia! 💪❤️

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

16 Oct, 10:03


#BeritaRTM |PROJEK AIR BERSIH SIK KEDAH KEPADA 500 PENDUDUK KAMPUNG

Air adalah nadi kehidupan, namun bagi 500 penduduk di Sik, Kedah, akses kepada air bersih masih menjadi cabaran.

Yayasan Ikhlas melalui Projek Air Bersih komited untuk membawa perubahan. Dengan kerjasama rakan strategik, kami menyediakan air bersih yang berkualiti demi kesejahteraan komuniti ini.

Projek ini bukan sekadar membekalkan air, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup – memastikan keluarga dapat memasak, mencuci, dan membesarkan anak-anak dengan lebih sihat. Kami percaya setiap insan berhak menikmati keperluan asas ini. Bersama-sama, kita membina masa depan yang lebih baik.

Anda boleh tekan link dibawah untuk menyaksikannya!

🔗 https://youtu.be/xgvY1ihgPAk

Jangan lupa 'LIKE DAN SUBSCRIBE' channel Yayasan Ikhlas di YouTube.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

15 Oct, 03:56


𝐏𝐍𝐁 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝟒𝟐𝟐 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍

Yayasan Ikhlas, dengan sokongan Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah menyantuni 422 penerima dalam Majlis Bantuan Banjir di SMK Gum-Gum, Sandakan.

Puan Felicia, Pengetua SMK Gum-Gum, menyatakan, "Kalkulator mahal, dan ramai ibu bapa tidak mampu membelinya. Kami terharu dengan bantuan PNB dan Yayasan Ikhlas kepada pelajar."

Bantuan ini merangkumi 150 pelajar yang menerima bantuan persekolahan dan 272 penerima Pek Ikhlas dari Kg Gum-Gum, sebuah kawasan yang sering terkesan oleh banjir.

Delegasi PNB, diketuai oleh Puan Nimmi Kamal, telah menziarahi rumah pelajar dan asnaf di kawasan tersebut.

Melalui Projek Bantuan Banjir PNB 2024 Fasa 1, sumbangan bernilai RM290,000 telah berjaya disalurkan di Sabah dan Sarawak.

Yayasan Ikhlas berkomitmen untuk meneruskan usaha membantu masyarakat melalui kerjasama strategik korporat.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂