DBPMalaysia @dbpmalaysia Channel on Telegram

DBPMalaysia

@dbpmalaysia


Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.

[+] Info
prpm.dbp.gov.my
kndbp.dbp.gov.my
lamanweb.dbp.gov.my
www.facebook.com/DBPMalaysia
twitter.com/DBPMalaysia
www.instagram.com/dbpmalaysia
www.youtube.com/@DBPMalaysia
tiktok.com/@dbpmalaysia

DBPMalaysia (Malay)

Selamat datang ke DBPMalaysia - saluran Telegram rasmi untuk Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. Kami adalah sumber maklumat utama untuk segala perkara berkaitan Bahasa Melayu. Jika anda ingin mendapatkan info terkini, kunjungi laman web rasmi kami di prpm.dbp.gov.my, kndbp.dbp.gov.my, dan lamanweb.dbp.gov.my. Selain itu, jangan lupa ikuti kami di media sosial seperti Facebook di www.facebook.com/DBPMalaysia, Twitter di twitter.com/DBPMalaysia, Instagram di www.instagram.com/dbpmalaysia, dan YouTube di www.youtube.com/@DBPMalaysia. Kami juga aktif di TikTok di tiktok.com/@dbpmalaysia. Jadi, jom sertai kami sekarang untuk mengikuti perkembangan terkini dalam dunia Bahasa Melayu! Mari kita jaga dan memartabatkan Bahasa Melayu bersama-sama!

DBPMalaysia

22 Nov, 06:32


Info Susastera kali ini menampilkan maklumat tentang Sasterawan Negara Anwar Ridhwan. Beliau terbukti sebagai seorang sasterawan yang berbakat besar dan luas sumbangannya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Beliau menerima SEA Write Award pada tahun 2002 dan menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 2009 yang membawa gelaran Sasterawan Negara Ke-10.

Untuk mengetahui kembara kepengarangan Sasterawan Negara Anwar Ridhwan dalam tempoh lima dekad dalam lima genre penulisannya, anda boleh susuri Info Susastera yang dipaparkan dalam Dewan Sastera November 2024.

Info Susastera ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dengan kerjasama Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBPMalaysia

21 Nov, 12:42


Kata Nama Gelaran Bahagian 1 dan 2

#BahasaJiwaBangsa

DBPMalaysia

21 Nov, 05:54


Persatuan Munsyi Dewan (Jawi) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah akan mengadakan Majlis Apresiasi Wibawa Jawi, pada 30 November 2024 (Sabtu), pukul 9.30 pagi, di Balai Bagaton, DBP Cawangan Sabah bagi memberikan pengiktirafan kepada Puan Lorenica Frenila, atas usaha beliau memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar khususnya di SK Bawang, Beluran.

DBPMalaysia

21 Nov, 02:23


Dengarkan sesi perkongsian oleh Encik Mohd Fadzli Tajuid, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP dalam rancangan bual santai Cakna Bahasa pada pukul 2.30 petang di Bernama Radio.

Anda juga boleh tonton siaran langsung melalui Facebook DBPMalaysia, Facebook DBPNiaga dan Facebook Bernama Radio.

Topik hari ini: Istilah Semasa

#DBP #DBPNiaga #DewanBahasadanPustaka #BernamaRadio

DBPMalaysia

20 Nov, 12:13


Keputusan Kuiz Bahasa dan Sastera bersempena dengan Bulan Bahasa dan Kebangsaan 2024, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!

#BahasaJiwaBangsa

DBPMalaysia

20 Nov, 12:12


Pantun

#Pantun
#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa

DBPMalaysia

20 Nov, 08:59


Saksikan video animasi cerita rakyat Sabah oleh Johan Cabaran Animasi Cerita Rakyat Sabah, Mohd Hafizuddin Syahmi.

Video ini telah disesuaikan semula untuk siaran media sosial DBP.

DBPMalaysia

20 Nov, 03:37


https://www.facebook.com/share/v/19Xt1h6PVx/?mibextid=WC7FNe

Ayuh, dengarkan siaran program “Apa Kata Kita?” melalui segmen Segar Minda pada setiap hari Rabu, minggu pertama, pukul 11.30 pagi, di SabahFM!

Program ini dibawakan khas oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

DBPMalaysia

19 Nov, 14:21


Dua Pengarang Utara Penerima SEA Write Award 2022 dan 2023

Layari: https://dewansastera.jendeladbp.my/2024/11/19/15219/

DBPMalaysia

19 Nov, 14:17


Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Osman bin Ayob sebagai penerima Anugerah S.E.A. Write Award (Malaysia) 2022 dan Puan Siti Zaleha binti M. Hashim sebagai penerima Anugerah S.E.A. Write Award (Malaysia) 2023.

DBPMalaysia

19 Nov, 08:21


Ayuh, dengarkan siaran program “Apa Kata Kita?” melalui segmen Segar Minda pada setiap hari Rabu, minggu pertama, pukul 11.30 pagi, di SabahFM!

Program ini dibawakan khas oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

DBPMalaysia

19 Nov, 08:00


Telusuri keunikan negeri Sabah melalui Warita Bayu. Pelbagai tema seperti bahasa, sastera, budaya dan sejarah akan dikongsikan.

#WB2024
#MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#DBPSabah

DBPMalaysia

19 Nov, 03:45


Kursus Penulisan Profesional Dokumen Rasmi (Surat Rasmi dan Memo)

Tarikh: 19 dan 20 November 2024
Tempat: Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Menara Chulan, Kuala Lumpur
Penceramah: Encik Mohd Rosle bin Said
Peserta: 20 orang kakitangan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan berbahasa dalam penulisan dokumen rasmi seperti surat rasmi dan memo.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh Akademi DBP, sila hantar e-mel kepada [email protected] atau hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 0201/0213/0232.

DBPMalaysia

19 Nov, 03:30


Kunjungan Datuk Speaker YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, bersama-sama dengan YBhg. Puan Rafidah Maqbool Rahman, Setiausaha Dewan ke reruai Jualan Buku DBP.

DBPMalaysia

19 Nov, 02:51


Kursus Penulisan Kertas Cadangan dan Minit Mesyuarat

Tarikh: 14 dan 15 November 2024
Tempat: Dewan Warisan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
Penceramah: Puan Maslijan binti Abd. Rasad
Peserta: 40 orang kakitangan SESB

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam menghasilkan penulisan kertas cadangan dan minit mesyuarat yang baik dan berkesan.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh Akademi DBP, sila hantar e-mel kepada [email protected] atau hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 0201/0213/0232.