Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ @taufan_alaqsa Channel on Telegram

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

@taufan_alaqsa


Menyampaikan berita sahih dan terkini Palestin.

From the river to the sea, Palestine will be free!

Kongsikan channel ini seluasnya πŸ‡΅πŸ‡Έ

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ (Malay)

Selamat datang ke Taufan Al Aqsa! Channel telegram yang menyampaikan berita sahih dan terkini mengenai Palestin. Dari sungai hingga ke laut, Palestin pasti akan merdeka! Channel ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu di Palestin dan menggalakkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin. Dengan menyertai channel ini, anda akan mendapat akses kepada berita terkini, perkembangan politik, dan juga cerita dari penduduk tempatan. Jom kongsikan channel ini seluasnya agar lebih ramai yang dapat mendapat maklumat yang benar dan berkualiti mengenai Palestin. Sertai sekarang dan bersama-sama kita berdiri bersama rakyat Palestin! πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Jan, 04:57


Batalion ke-50 Briged Nahal tentera penjajah Zionis telah meninggalkan utara Gaza, beberapa jam sebelum gencatan senjata bermula.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Jan, 04:02


Wartawan di Gaza menyanyi dan bersorak beberapa jam sebelum gencatan senjata berkuat kuasa, menandakan tamatnya 16 bulan serangan paling kejam penjajah Zionis terhadap rakyat Palestin direkodkan dalam sejarah.

Semoga Allah melindungi dan merahmati semua penduduk Gaza 🀲

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Jan, 03:38


Gencatan senjata akan berkuat kuasa beberapa jam lagi.

Apa kata pemimpin dunia?

#gencatansenjata

Sumber: MyCARE

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

16 Jan, 07:00


Kenyataan Rasmi Sempena Pengumuman Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza

⭕️ Perjanjian ini adalah hasil daripada ketahanan luar biasa rakyat Palestin dan penentangan berani pejuang-pejuang kami selama lebih 15 bulan.

⭕️ Perjanjian untuk menghentikan pencerobohan ke atas Gaza ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk rakyat kami, perjuangan kami, umat Islam, dan dunia secara keseluruhan.

⭕️ Perjanjian ini adalah tanggungjawab kami terhadap rakyat kami yang tabah di Gaza untuk menghentikan pencerobohan rejim Zionis, menghentikan pertumpahan darah, dan pembunuhan beramai-ramai.

⭕️ Kami merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Arab, Islam dan antarabangsa yang bersolidariti dengan Gaza dan berdiri bersama rakyat kami membantah pencerobohan dan pembunuhan yang berlaku.

⭕️ Kami mengucapkan terima kasih kepada mediator yang telah melakukan usaha yang besar untuk mencapai persetujuan ini, terutamanya Qatar dan Mesir.

Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyah (Hamas), 15 Jan 2025

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Jan, 11:02


Gaza mendambakan kehidupan!

Meskipun Gaza kini dipenuhi dengan kesengsaraan, terdapat waktu-waktu kegembiraan kerana kami tahu, pengakhiran bakal tiba tidak lama lagi.

Semoga Allah permudahkan dan perkenankan 🀲

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Jan, 08:31


πŸ“ Qabatiya, selatan Jenin.

Pentadbiran penjajah Zionis mengakui 2 orang daripada mereka cedera parah selepas para mujahidin meletupkan bahan letupan di dalam kenderaan penjajah.

Allahu Akbar!

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Jan, 08:08


RANGKUMAN TERKINI - 07:10 GMT, RABU, 15 JANUARI 2025

✍️ Tentera penjajah Zionis memperhebatkan serangan mereka ke atas Gaza, membunuh empat rakyat Palestin di Rafah, tiga di kem pelarian Bureij dan tujuh di pusat perlindungan sekolah di Bandar Gaza.

✍️ Di sebalik serangan ini, pengantara mendakwa perjanjian gencatan senjata lebih dekat berbanding sebelum ini, dengan butiran draf perjanjian mendedahkan bahawa Hamas akan membebaskan 33 tawanan sebagai pertukaran untuk ratusan rakyat Palestin yang ditahan penjajah dalam jangkamasa 6 bulan pertama.

✍️ Ribuan pendatang haram Zionis berdemonstrasi di Tel Aviv menuntut perjanjian dilakukan, manakala ratusan di Baitulmaqdis menggesa Netanyahu untuk menolaknya.

✍️ Agensi kemanusiaan PBB, OCHA, memberi amaran bahawa hospital, air dan sistem sanitasi Gaza di ambang kehancuran akibat krisis bahan api yang semakin teruk.

✍️ Save the Children mengecam penggunaan senjata letupan oleh tentera penjajah Zionis, melaporkan bahawa serangan sedemikian menyebabkan purata 475 kanak-kanak di Gaza hilang upaya setiap bulan tahun lalu (15 kanak-kanak setiap hari) dengan kemungkinan cacat seumur hidup.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

14 Jan, 12:43


πŸ‡΅πŸ‡ΈApakah status rundingan gencatan senjata Gaza? 

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari telah mengulas mengenai rundingan gencatan senjata Gaza yang sedang berlangsung. Beliau memberi gambaran bahawa rundingan tersebut berada dalam pusingan terakhir. 

Berikut adalah beberapa perkara penting daripada kenyataan beliau: 

⭕️ Kita kini lebih dekat berbanding sebelumnya dengan perjanjian gencatan senjata dan semua isu utama telah diselesaikan. 

⭕️ Pemerhati harus tetap berhati-hati sehingga ada pengumuman rasmi mengenai gencatan senjata. 

⭕️ Qatar menggesa 'Israel' dan HAMAS untuk menandatangani perjanjian ini secepat mungkin agar penduduk Gaza dapat menikmati ketenangan yang sangat diperlukan. 

⭕️ Kedua-dua pentadbiran Presiden AS Biden dan Presiden AS yang akan datang, Trump terlibat dalam rundingan gencatan senjata ini. 

⭕️ Qatar menegaskan bahawa penjajahan 'Israel' di Gaza mesti dihentikan dan terbuka kepada semua penyelesaian yang sesuai, menghormati hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin. 

Sumber: Al Jazeera / CGM

#gencatansenjata

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 07:57


Selepas pengumuman tidak rasmi mengenai pembunuhan 4 askar Zionis dan mencederakan kira-kira 30 yang lain dengan kecederaan yang berbeza hari semalam:

πŸ”» Kenyataan dari media Ibrani: "Bagaimana Hamas boleh menyediakan serangan hendap untuk pasukan tentera dikala operasi intensif di utara Semenanjung Gaza masih diteruskan"

Allahu Akbar!

Sumber: Shehab

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 05:32


Sebuah pameran gambar didedikasikan buat para syuhada Gaza di Tunisia.

Sekiranya anda mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu demi Palestin tetapi tiada pengetahuan yang mendalam, jangan segan silu untuk menghubungi mana-mana NGO yang memperjuangkan hak rakyat Palestin di kawasan anda.

Jom sama-sama menjentik semula semangat masyarakat Malaysia demi pembebasan Palestin kerana Malaysia dan Palestin, berpisah tiada.

Malaysia and Palestine: Together as One πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 05:05


Darah-darah memercik di ambulans ketika mereka memindah mereka yang syahid dan cedera di bandar Gaza.

Masihkan anda ingin menjadi golongan yang hanya melihat?


Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 04:35


Genosid tentera penjajah Zionis ke atas Gaza meninggalkan ribuan syahid sekaligus memusnahkan keluarga Palestin. Lebih 10,015 siri genosid telah didokumentasikan, dengan seluruh keluarga sengaja disasarkan.

Laporan mendedahkan bahawa 7,182 siri genosid telah dilakukan terhadap keluarga, menghapuskan 1,600 daripada mereka sepenuhnya daripada rekod pendaftaran negara.

Jumlah ini adalah jumlah yang berjaya direkodkan, terdapat kes-kes yang belum berjaya didokumentasikan oleh Jabatan Media, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Ya Allah, rahmati mereka yang syahid dan berikan kesabaran yang besar buat mereka yang ditinggalkan 🀲

Sumber: Al-Mayadeen

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 04:03


Kepada Masyarakat Tanjung Bungah, Penang..

"No Other Land" memberi penerangan tentang perjuangan masyarakat Palestin di Masafer Yatte dan ikatan yang tidak dijangka antara aktivis Basel & wartawan Israel Yuval.

Jom bersama kami pada 25 Januari 2025 (Sabtu), 1.00 petang di 16, Lebuh Permai 5, Tanjung Bungah, Penang.

β€œPenyertaan anda adalah satu tindakan aktivisme. Sama ada anda menonton, belajar atau menyokong, semua aktiviti ini dialu-alukan. Jom menonton filem sambil menikmati tembikai, kopi dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti perkongsian mengenai perjuangan ini”

Untuk menempah tempat, jangan teragak-agak untuk berhubung dengan aktivis kami di Pulau Pinang, Cathie Sanchez di wa.me/60175792152

Sumber: BDS Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 03:32


Sumber kepimpinan dalam Briged Al-Qassam memberitahu Al-Jazeera bahawa kebanyakan tawanan Zionis di kawasan Briged Utara Gaza kini berada dalam senarai hilang disebabkan oleh serangan berterusan penjajah Zionis ke atas kawasan tersebut.

Sumber itu menegaskan bahawa mereka telah memberi amaran berulang kali dan telah memperingatkan tentang akibat ini. Namun, Netanyahu terus mengabaikan dan berdegil melarikan diri daripada isu ini dengan caranya sendiri yang unik.

Sumber: Al-Jazeera / DP

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Jan, 03:11


Situasi yang amat pilu melihat seorang ayah mengucapkan selamat tinggal kepada anak prempuannya selepas tentera penjajah Zionis membunuh anak kecil itu dengan menjatuhkan bom ke atas khemah-khemah di Deir al-Balah, tengah Gaza.

Semoga Allah merahmatimu dan memberikan kenikmatan buat ahli keluargamu kelak duhai anak 🀲

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 11:06


Laporan dari media Zionis Yedioth Ahronoth:

10 tentera penjajah Zionis mati sewaktu menyertai operasi di Beit Hanoun yang bermula sejak 2 minggu lalu.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 10:56


Ujian demi ujian

Selepas anak lelakinya dibunuh oleh rejim Zionis, hari ini, Dr Hussam Abu Safiya menerima sebuah lagi khabar sedih apabila ibunya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pada saat ini, tidak ada khabar berita tentang Dr Hussam dan semestinya, tidak dapat bersama-sama untuk mengebumikan ibunya.

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 10:38


πŸ“ MalmΓΆ, Sweden πŸ‡΅πŸ‡Έ

"Kebisuan tidak akan melindungi anda"

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 09:02


Tiba-tiba akaun rasmi β€œisraelarabic” memuatnaik sebuah gambar yang telah diubahsuai di Instagram yang memanggil peta tersebut sebagai β€œKerajaan Israel” yang merangkumi sebahagian kawasan Jordan, Lubnan, Syria dan Mesir.

Propaganda ini mulai ditiupkan pada waktu yang sama ketika Netanyahu menyebut akan kemungkinan sesuatu yang baharu di Asia Barat. Begitu juga dengan kempen media yang mengatakan Mesir telah melanggari perjanjian Kem David 1978 untuk menjustifikasikan β€˜perluasan’ mereka.

Percayalah, Zionis tidak hanya akan sekadar β€˜berpuas hati’ dengan hanya mendapatkan Palestin secara keseluruhannya, mereka mahu kuasai negara Arab yang lain.

Bila lagi negara-negara Arab yang masih pasif nak bangun dan bangkit?

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 08:35


3 orang pengganas Zionis dirakam memukul seorang wanita Palestin sebelum membuka tudung beliau di Bandar Qalansawe yang dijajah.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 08:06


Pegawai-pegawai perubatan dan para aktivis mengambil bahagian di dalam demonstrasi yang diadakan di Ottawa, Kanada. Demonstrasi yang menuntut agar Dr Hussan Abu Safiya dibebaskan dan genosid Zionis ke atas Gaza dihentikan serta-merta.

#ceasefirenow

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 07:35


Subuh di Masjid Al-Aqsa yang diberkati hari ini. Semoga Allah memberikan peluang buat kita semua menunaikan solat berjamaah di masjid ini selepas pembebasan tanah Palestin daripada tangan-tangan durjana.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Jan, 07:01


πŸ”΄ Briged Al-Qassam berjaya merampas beberapa buah dron pihak musuh selepas pertempuran di Jabalia, utara Gaza.

#mujahidin

Allahu Akbar! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

08 Jan, 12:02


Seorang bapa memeluk anaknya buat kali terakhir sebelum pengebumiannya selepas dia dibunuh dalam serbuan penjajah Zionis yang menyasarkan kawasan Mawasi di Khan Younis.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 05:34


"Keadaan yang selamat mesti diberikan kepada kami agar bantuan yang boleh menyelamatkan nyawa dapat terus menyelamatkan nyawa", kata Pengarah Eksekutif WFP.

Konvoi Progran Makanan Sedunia PBB (WFP) yang membawa bantuan, 8 orang kakitangan serta bertanda dengan jelas ditembak oleh penjajah Zionis.

Sumber: Anadolu Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 05:08


Pentadbiran tentera Zionis telah memberi amaran kepada anggotanya bahawa mereka berisiko ditangkap jika melakukan perjalanan ke luar negara, selepas salah seorang tenteranya melarikan diri dari Brazil ketika disiasat atas kemungkinan jenayah perang di Gaza, lapor media tempatan semalam, menurut Anadolu.

Organisasi hak asasi manusia telah menjejaki tentera dan memfailkan kes undang-undang terhadap mereka kerana terlibat dalam perang yang sedang berlangsung di wilayah Gaza, menurut akhbar Haaretz Israel.

Tuntutan undang-undang dilaporkan telah difailkan di Afrika Selatan, Sri Lanka, Belgium, Perancis, dan Brazil.

Laporan itu menyatakan bahawa amaran tentera tersebut ditujukan terutamanya kepada tentera simpanan, memandangkan anggota aktif tidak dibenarkan ke luar negara tanpa kelulusan terlebih dahulu.

Sumber: Middle East Monitor / DP

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 04:23


Terima kasih Mattie Willson diatas pengorbanan anda!

Mattie Willson merupakan salah seorang aktivis Amerika yang menjalani mogok lapar selama 12 hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakatnya mengenai kebuluran terancang penjajah Zionis yang dahsyat ke atas penduduk Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 04:23


πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Kalian sungguh hebat rakyat Malaysia!

Asbab sumbangan kalian, kita mampu menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan kemudahan seperti laptop dan internet bagi kegunaan para pelajar universiti di Gaza.

Tujuan projek ini untuk memfokuskan pembelajaran atas talian bagi pelajar universiti di Gaza. Dengan bantuan ini, mereka mampu untuk menyambung pengajian yang telah lama tertangguh akibat genosid.

Untuk fasa awal, projek ini disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin dan pelajar akan menyambung pembelajaran atas talian di universiti di Tebing Barat dan negara Arab yang lain.

Pelaksanaan projek ini akan berjalan selama 3 semester yang membenarkan pelajar untuk mendaftar maksimum 9 jam akademik.

Projek ini memberi manfaat kepada seramai 300 pelajar universiti di Bandar Gaza. Semoga projek ini dapat merapatkan lagi jurang pendidikan yang telah lama ditinggalkan akibat genosid yang berlaku.

Alhamdulillah, tiada yang sia-sia dan tiada yang mustahil jika kita sentiasa berusaha dan bertawakal. Teruskan menyokong penduduk Gaza! πŸ•Š

Sumber: Cinta Gaza Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 04:23


Tentera penjajah Zionis mengakui bahawa mereka menceroboh kem pelarian Balata di Nablus yang dijajah menggunakan ambulan.

Kamera litar tertutup daripada sebuah kedai merakamkan jenayah tersebut yang mengakibatkan pembunuhan seorang warga emas wanita berumur 80 tahun dan seorang pemuda.

Sumber: Anadolu Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 02:35


Sekurang-kurangnya tujuh bayi maut di Gaza akibat cuaca sejuk dan tempat perlindungan yang tidak mencukupi, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/3548/

Sumber: Dunia Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

07 Jan, 01:44


Jurucakap Briged Al-Qassam Abu Obaida memberi amaran bahawa β€œselagi musuh [Zionis] meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan pencerobohan di Gaza dan Tebing Barat, mereka akan membayar harga yang tinggi dalam darah tentera dan pendatang asingnya, dan tidak akan menikmati keselamatan sehingga rakyat kami menikmatinya."

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

06 Jan, 10:53


Kebakaran berlaku di dalam sebuah rumah di kem pelarian Jenin semasa Pihak Berkuasa Palestin (PA) meneruskan kempen mereka mengekang operasi-operasi pasukan pejuang Palestin menentag penjajah di kem itu untuk hari ke-32 berturut-turut.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

05 Jan, 03:36


Penyampai radio Palestin, Abdullah al-Maghari menjadi tuan rumah program radio "Hadith al-Nas" (Bicara Rakyat) sebagai cara untuk "lebih dekat dengan rakyat" dari khemahnya.

Antara inisiatif beliau agar rakyat Palestin meluahkan perasaan mereka memerangi kekurangan elektrik, bunyi bising dan kemusnahan genosid.

Hadith al-Nas menerima panggilan daripada orang ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka, serta melaporkan berita perang yang lebih meluas dan menyediakan hiburan untuk kanak-kanak.

Setiap daripada kita mempunyai kuasa. Jom bertindak!

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

05 Jan, 02:00


Tentera penjajah Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai, melakukan serangan udara menyasarkan kenderaan milik pekerja bantuan di Jalan Salah Al-Din di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian 5 anggota keselamatan.

Pasukan tentera penjajah Zionis telah meningkatkan sasaran mereka secara sengaja dan sistematik terhadap pasukan keselamatan dan pekerja bantuan bertujuan untuk menyebarkan huru-hara.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

05 Jan, 01:30


Aktivis mengadakan perarakan di Michigan, Amerika Syarikat sebagai solidariti dengan Dr. Hossam Abu Safiya, yang diculik oleh tentera penjajah Zionis dari Hospital Kamal Adwan di Gaza, menuntut agar beloau segera dibebaskan.

Keadaan dan kesihatan Dr Hossam Abu Safiya masih belum diketahui.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

05 Jan, 01:01


Tahun baru, genosid yang sama masih berterusan!

Selama 457 hari, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza telah menanggung jenayah Zionis tanpa henti. 2023 dan 2024 adalah tahun kekejaman yang tidak terkata.

2025 mesti menjadi tahun akauntabiliti dan berakhirnya jenayah ini!


Sumber: Euro-Med Monitor

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

05 Jan, 00:30


Pengebumian rakyat Palestin yang dibunuh akibat serangan udara penjajah Zionis yang menyasarkan beberapa kawasan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

05 Jan, 00:18


Seorang tentera penjajah Zionis telah menyiarkan rakaman mereka memusnahkan bangunan kediaman di utara Gaza.

Dalam 15 bulan genosid Zionis ke atas Gaza, tentera penjajah telah memusnahkan infrastruktur awam daripada kediaman hingga ke hospital, sekolah dan tempat perlindungan PBB, tanpa berkecuali.

Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa pada 1 Disember 2024, hampir 70 peratus struktur di Gaza sama ada musnah atau rosak.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Jan, 05:36


456 hari berlalu, apakah yang telah kalian (penduduk bumi) lakukan kepada kami?

Keganasan tidak pernah berhenti. Kepada siapa lagi harus mereka berteriak dan merayu?

Lakukan sesuatu untuk mereka kerana tindakan kita akan diperhitungkan kelak oleh Yang Maha Esa.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Jan, 05:17


Tontonan dan komen kalian sepanjang 2024 merupakan sinar harapan untuk Dr Ziad dan seluruh penduduk Gaza.

Dr Ziad baca setiap komen kalian dengan penuh keikhlasan dan menunjukkannya kepada masyarakat di sini. Mereka semua menghargainya.

Penduduk Gaza berbesar hati akan kebersamaan kalian bersama-sama mereka sepanjang tempoh peperangan ini.

Dr Ziad mengucapkan terima kasih kepada semua followers daripada Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan seluruh dunia.

Terima kasih kerana bersama kami dan tidak melupakan kami.

Semoga tahun 2025 menjadi tahun yang lebih baik buat penduduk Gaza dan kalian semua.

Link: https://vt.tiktok.com/ZS6DG4J63/

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Jan, 03:03


β€œSaya tidak akan meninggalkan negara saya. Saya mahu terus berkhidmat kepada rakyat saya.”

Dr. Hussam Abu Safia telah diculik oleh tentera penjajah Zionis pada 27 Disember 2024 dan dilaporkan ditahan di kem penjara Sde Teiman yang terkenal di negara haram 'Israel'.

Dalam temu bual eksklusif, isterinya berkata beliau memilih untuk tinggal di Gaza demi negara dan rakyatnya meskipun pilihan itu amat bahaya kepada dirinya serta ahli keluarganya.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Jan, 02:30


Utara Gaza, hancur dan musnah.

Video yang dirakam oleh tentera penjajah Zionis menunjukkan kemusnahan skala besar di kem pelarian Jabalia hasil tangan mereka, puak durjana.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Jan, 02:02


Tengah malam semalam, sekitar jam 1 pagi tiba-tiba isteri meminta saya 'topup' aplikasi untuk membuat panggilan antarabangsa, katanya dia perlu menelefon ibunya sekarang juga.

Saya akur kemudian mendengar perbualannya, rupa-rupanya dia nak bercakap dengan emak saudaranya, mengucapkan takziah dan tahniah. Minggu lepas sepupu si isteri, Raed berada di sebelah sebuah kereta yang tiba-tiba dibom penjajah. Dia terkena serpihan bom sehingga terlantar di atas katil dan tidak dapat bergerak.

Keadaannya bertambah buruk, organ-organnya mula berhenti berfungsi dan semalam kami dimaklumkan bahawa Raed telah pun syahid. Tak sampai dua bulan lepas, adiknya bernama Muhammad juga telah syahid bermakna dua orang anak telah terkorban di dalam selang waktu dua bulan.

Sebab itu pertukaran tahun kali ini tak dapat saya rasai. Hakikatnya di sana tidak ada apa-apa pun yang berubah. Saya hanya mampu membelek gambar-gambar lama, melepaskan kerinduan kepada bau bumi itu, kerinduan mengusap kepala anak-anak di sana dan belajar dari penduduknya yang hidup mereka sentiasa disulami jihad.

Ya, semua yang kalian nampak di dalam video ini termasuk pejabat kita di sana, sudah menjadi abu. Kebetulan antara video lama yang saya jumpa ialah video pasukan polis di Gaza sedang berlari di awal pagi.

Mereka tak memerlukan azam baru kerana keazaman mereka membebaskan tanah air sudah menjadi sebahagian darah daging mereka. Kita yang memerlukan suntikan semangat, daya penolak dan lautan doa supaya tahun ini kita dapat memastikan apa yang paling penting untuk kemanusiaan perlu dicapai dengan apa cara sekali pun :

STOP THE GENOCIDE!

Tonton video ini dan bayangkan anda di sana. Kini, semua itu tiada lagi...

Sumber: Nadir Al Nuri

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Jan, 01:45


KENYATAAN MEDIA DARIPADA NGO MALAYSIA

LAWATAN USS CARL VINSON

Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap ribuan rakyat Palestin yang tidak bersalah, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang awam oleh tentera Israel di Gaza hanya boleh berlaku dengan kerjasama dan sokongan aktif kerajaan dan tentera AS.

Oleh itu, kami ingin menyuarakan kekecewaan kami dengan keputusan kerajaan Malaysia, yang walaupun lantang menyokong perjuangan Palestin, namun mengambil sikap β€˜berurusan-seperti-biasa’ dengan tentera AS. Ini kerana ia telah membenarkan kapal induk tentera laut USS Carl Vinson dan kapal tentera laut AS yang lain berlabuh di Pelabuhan Kelang.

Keputusan ini adalah seolah-olah memberi isyarat yang jelas bahawa sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak perlu dipandang serius oleh Amerika Syarikat. Ia juga memberi isyarat bahawa tentera mana-mana negara yang dengan berani melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan banyak resolusi PBB dengan membolehkan penyembelihan kejam oleh Israel terhadap rakyat Palestin, masih dialu-alukan oleh kerajaan Malaysia.

Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk segera mengamalkan konsistensi dalam dasarnya ke arah perjuangan rakyat Palestin yang adil dan sah, untuk mengotakan kata-katanya dan seterusnya memaklumkan kepada kerajaan AS bahawa selepas ini, tiada satu pun kapal dan aset tenteranya dialu-alukan untuk melawat perairan negara kita – sehingga dan melainkan AS menghentikan keterlibatan aktifnya dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

3 Januari 2025

Jom bantu sebarkan kenyataan ini agar kepimpinan Malaysia cakna yang kita (rakyat Malaysia) berdiri teguh bersama perjuangan pembebasan Palestin!

Sumber: BDS Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 11:01


"Saya merayu kepada semua manusia agar memberikan tekanan agar bapa saya dibebaskan sebelum beliau menemui nasib seperti doktor-doktor dan pekerja perubatan yang lain"

Anak kepada Dr. Hussam Abu Safiya mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan bagi membebaskan bapanya, pengarah Hospital Kamal Adwan, yang ditahan di penjara Sde Teiman yang terkenal di tanah haram Zionis Israel dengan layanan kejam terhadap banduan.

Pada hari Sabtu, tentera penjajah Zionis berkata bahawa mereka menahan Abu Safiya kerana disyaki "sebagai pengganas Hamas," tanpa memberikan sebarang bukti.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 10:48


Biro Perangkaan Pusat Palestin:

Penduduk Semenanjung Gaza berkurangan sebanyak 6% menjelang akhir tahun 2024, dengan penerusan pencerobohan kejam Zionis terhadap Semenanjung, yang membawa kepada kesyahidan 45,484 rakyat Palestin sehingga akhir Disember 2024.

Sumber: Cinta Syria Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

30 Dec, 10:00


Rakaman visual menunjukkan pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hussam Abu Safiya, berjalan tanpa bersenjata menghadap kereta kebal penjajah Zionis sebelum ditangkap.

Menurut saksi, tentera penjajah Zionis menyebat Dr. Hussam Abu Safiya dengan kabel elektrik.

Menurut seorang tahanan yang dibebaskan, Dr. Hussam Abu Safiya telah dipindahkan ke penjara Sde Teiman (tempat rakyat Palestin telah diliwat dan diseksa).

Dr. Adnan Al-Bursh telah dihukum mati di penjara yang sama. Kita tidak boleh membiarkan Dr. Hussam menghadapi nasib yang sama.

Sumber: Suppressed News / Cinta Gaza Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

30 Dec, 09:52


Ini ialah potongan ucapan Dr. Hussam Abu Safiya untuk rakyat Malaysia yang sempat dirakam oleh pekerja CGM di Gaza sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 yang lepas.

Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong dan berdiri bersama-sama saudara kami yang ditindas di Palestin. Semoga Allah melindungi beliau sekeluarga.

Sedih mendengar ucapan daripada Dr Hussam Abu Safiya yang kini sedang diseksa oleh penjajah Zionis.

Sumber: Cinta Gaza Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 08:31


Seorang banduan warga emas Palestin yang dibebaskan oleh tentera penjajah Zionis menceritakan keadaan tidak berperikemanusiaan dan penyeksaan kejam yang dialami oleh banduan di penjara Zionis selepas diculik oleh tentera itu semasa genosid yang masih berterusan di Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 08:01


Pesuruhjaya Agung UNRWA:

⭕️ Kanak-kanak Gaza mati beku kerana kesejukan dan kekurangan tempat berteduh

⭕️ Selimut musim sejuk dan bekalan tersekat selama berbulan-bulan menunggu kelulusan untuk memasuki Gaza.

⭕️ Kami memerlukan gencatan senjata dan aliran bekalan penting dengan segera, termasuk bekalan musim sejuk.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 07:31


Doktor dan aktivis Norway, Mads Gilbert mengecam jenayah yang dilakukan oleh penjajah Zionis terhadap Hospital Kamal Adwan dan menyerbu fasiliti di utara Gaza, menyeru tindakan segera daripada masyarakat Barat untuk menghentikan pelanggaran ini dan menyelamatkan pasukan perubatan dan orang awam di kemudahan utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 07:01


Keluarga Palestin yang berteduh di dalam khemah mengalami keadaan sukar menghadapi suhu beku dan ketiadaan bekalan asas.

Bayangkan sekiranya khemah mereka bocor, apa lagi yang boleh melindungi mereka daripada cuaca serta pengeboman yang tiada henti?


Hasbunallah wa nikmal wakil

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 06:32


"Keadaan kami adalah seperti ini (jauh lebih buruk dari apa yang kita boleh lihat di dalam video)... Anak-anak saya basah kuyup"

Mereka basah kerana tiada tempat perlindungan yang betul-betul selamat, khemah-khemah yang ada hanya sekadar sehelai kanvas menutupi kepala.

Antara soalan yang ditanya kepada ibu ini oleh tentera penjajah Zionis adalah "Pilih, samada awak inginkan anak-anak ataupun pakaian"

Pakaian ibarat makanan di Gaza dengan ketiadaan alat pemanas dan cuaca yang amat sejuk. Bukti bahawa pihak penjajah ingin membunuh dan menghapuskan penduduk Palestin.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 06:01


Kita dan anak-anak kita mempunyai makanan mewah di bumi Malaysia.

Apa khabar anak-anak di Gaza?

Tiada apa yang boleh dimakan di sana. Lihatlah kesusahan anak-anak bernafas kerana kekurangan zat nutrisi.

Meskipun jauh dari kita, namun kita hidup pada zaman yang sama. Jom bertindak membantu mereka.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 05:40


Kita sedang hidup dalam Nakbah 2.0 dan selepas 450 hari, 46 ribu syuhada' dan 2 juta orang berhijrah, kita masih belum mampu menghentikan genosid yang berterusan.

Kita perlukan jawapan di hadapan Allah tetapi sebelum itu, kita memerlukan jawapan di hadapan anak cucu kita.


Sumber: Nadir al-Nuri

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

28 Dec, 05:22


Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP

Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan untuk menyokong penduduk di Gaza.

"Kami mengulangi seruan kami untuk akses yang selamat dan berterusan serta pemulihan undang-undang dan ketenteraman.

"Gencatan senjata lebih diperlukan berbanding sebelumnya," tegas WFP di platform X

Sumber: Awani News

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 14:29


Seorang wartawan mendokumentasikan cubaan tindakan tentera penjajah Zionis untuk melanggarnya dengan jip tentera sewaktu beliau sedang bersiaran langsung membuat liputan berita di Tulkarm.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 14:03


Sumber Zionis, Siaran Kan melaporkan bahawa seorang pegawai tentera ditembak di Koridor Netzarim, tengah Gaza.

Gambar pertama yang diterbitkan oleh Briged Al-Qassam, operasi kerjasama diantara briged berkenaan dengan Briged Al-Quds mengakibatkan pembunuhan seorang pegawai tentera penjajah Zionis.

Pejuang yang bersama penduduk awam Palestin, berhadapan dengan kepungan dan serangan tanpa henti berjaya membunuh pegawai tentera dan terus menerus memberikan kerugian yag besar buat penjajah. Semoga Allah melindungi mereka.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 13:31


Sela, bayi berumur 2 minggu, syahid akibat kesejukan yang malampau

Sela dan keluarganya terpaksa hidup di dalam khemah 'asal ada' di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis akibat daripada pengeboman dan kemusnahan yang dilakukan oleh tentera penjajah Zionis.

Sumber: Anadolu Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 13:01


Bekas Ketua Mossad, Danny Yatom:

Kita sepatutnya membuat kesimpulan sejak dahulu lagi bahawa penggunaan kekerasan meletakkan banduan (tawanan Zionis) dalam risiko.

Kami telah menyedari selama lebih daripada setahun bahawa tekanan ketenteraan ke atas Hamas tidak banyak membantu dalam mengembalikan tawanan.

Kita perlu mencapai perjanjian pertukaran dan meninggalkan Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 12:31


πŸ”΄ Rakaman Briged Al-Qassam menyerang hendap tentera penjajah Zionis di timur bandar Beit Lahia, utara Gaza.

Kumpulan pejuang masih hidup dan terus berjuang mengusir penjajah Zionis dari Gaza.

Hasbunallah wa nikmal wakil.

#mujahidin

Sumber: Shehab News Agency / Terkini Palestin

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 12:03


Kesyahidan wartawan bermaksud dunia kehilangan pena dari Gaza.

Penduduk Palestin yang berada di Hospital Kamal Adwan dan sekitarnya menghadiri majlis pengkebumian para wartawan yang dibunuh tentera penjajah Zionis di kem pelarian Nuseirat pagi tadi.

Semoga Allah menggantikan yang lebih baik buat ahli keluarga para syuhada.
🀲

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 03:41


Senarai kerosakan di Gaza akibat daripada serangan berterusan penjajah Zionis.

Menurut data terkini dari Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kerajaan Palestin setakat 1 Disember.

Sumber: Al Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 03:15


RANGKUMAN TERKINI, AHAD, 1 DISEMBER 2024

✍️ Rejim Zionis telah membunuh seramai 10 orang penduduk awam Palestin dalam sebuah serangan di Beit Lahia, utara Gaza dan pada waktu yang sama, membunuh 4 orang lagi dalam serangan berasingan di perkampungan Sir, Tebing Barat.

✍️ Dr Munir Al-Bursh, pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa rejim penjajah β€œdengan sengaja menggunakan senjata yang dilarang undang-undang antarabangsa” di Gaza yang menyebabkan keseluruhan badan mangsa β€œberasap” setelah terkena tembakan tersebut.

✍️ UNRWA telah menggantung sebarang penghantaran bantuan melalui Karem Abu Salem, iaitu sebuah lintasan di antara Gaza dan Zionis, memetik bahawa keadaan keselamatan kakitangan semakin terancam. Wartawan Al Jazeera di lapangan berkata kumpulan yang menyerang lori kemanusiaan ini dibiayai oleh negara haram Zionis.

✍️ Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan berkata kepada media AS bahawa White House kini bertungkus-lumus untuk mendapatkan gencatan dan pembebasan tahanan di Gaza. Namun perjanjian tersebut β€œmasih belum siap”.

✍️ Gencatan pihak Hezbollah dengan Zionis masih diteruskan walaupun rejim Zionis melancarkan serangan baharu di selatan Lubnan dan mendakwa bahawa mereka telah berjaya menyasarkan pembunuhan ahli kumpulan gerakan Hezbollah.

✍️ Houthi mengakui serangan mereka ke atas kapal perang AS dan 3 lagi kapal mereka, beberapa jam setelah mereka melancarkan peluru berpandu β€˜hypersonic’ ke tengah negara haram Zionis.

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 02:41


Tukang masak dan pengasas bersama Gaza Soup Kitchen, Mahmoud Almadhoun dibunuh dalam serangan dron di utara Gaza pada hari Sabtu.

Organisasi terbabit mempercayai bahawa "beliau dibunuh kerana dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk menyelesaikan masalah di Hospital Kamal Adwan dan memastikan krew mempunyai apa sahaja yang mereka perlukan," merujuk kepada kemudahan perubatan yang dikepung di Beit Lahiya.

Utara Gaza berada di bawah serangan bertubi-tubi Zionis dan kepungan tentera penjajah sejak 5 Oktober. Pihak penjajah Zionis menghalang kemasukan makanan, air dan ubat-ubatan. Kumpulan hak asasi manusia menyifatkan tindakan penjajah Zionis ini adalah bertujuan untuk membersihkan keseluruhan kawasan utara Gaza daripada penduduknya.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 02:20


β€œSaya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada wanita hebat Gaza, kepada puluhan ribu yang telah dibunuh, kepada lebih ramai lagi yang telah cedera.”

Peguam hak asasi manusia Ireland Blinne NΓ­ GhrΓ‘laigh, yang merupakan sebahagian daripada pasukan Afrika Selatan yang memfailkan tuduhan genosid terhadap Zionis 'Israel' kerana serangan berterusan ke atas Gaza, mendedikasikan kemenangan Anugerah Antarabangsa Wanita Tatler Ireland 2024 kepada wanita Gaza dan Palestin.

Memasuki tahun yang ke-24, Anugerah Irish Tatler Women of the Year ialah platform asal dan paling dihormati untuk pencapaian wanita di Ireland. Anugerah ini meraikan bakat, kepintaran dan inovasi merentas 19 kategori seperti perniagaan, media, kesihatan, STEM, fesyen dan muzik.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 02:02


14 orang dibunuh dalam serangan udara penjajah Zionis ketika menunggu bantuan makanan di selatan Khan Younis pada hari Sabtu.

Antara penduduk Palestin yang dibunuh ialah kakitangan Save the Children, Ahmad Faisal Isleem Al-Qadi, 39 tahun. Beliau dibunuh ketika sedang pulang dari masjid untuk isteri dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Al-Qadi merupakan seorang yang pekak, adalah anggota Save the Children kedua yang dibunuh di Gaza sejak genosid Zionis bermula.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 01:40


Menjawab kepada soalan pembaca kami berkaitan adik Ayham al-Salaymeh.

Ayham al-Salaymeh yang berusia 14 tahun memulakan hukuman penjara setahun di dalam penjara penjajah Zionis bermula Ahad, selepas menjalani hukuman tahanan rumah selama 14 bulan di atas tuduhan membaling batu ke arah pendatang haram Zionis.

Bapa Ayham, Nawwaf al-Salaymeh, membawa beliau melawat sekitar Baitulmaqdis buat kali terakhir kerana tiada jaminan bahawa Ayham akan keluar daripada penjara berkenaan dalam keadaan sihat.

Abang Ayham, Ahmed, yang setahun lebih tua daripadanya, dibebaskan dari penjara penjajah Zionis November 2023 di bawah perjanjian gencatan senjata di antara Hamas dan penjajah Zionis. Beliau juga didakwa dengan pertuduhan yang sama iaitu membaling batu ke arah pendatang haram Zionis.

Sepanjang Ahmed ditahan, lawatan keluarga dinafikan oleh pihak penjajah kerana bapanya, Nawwaf merupakan salah seorang bekas tahanan dan ibunya pula memegang ID Tebing Barat.

Dengan pelbagai peraturan yang dikenakan oleh pihak penjajah, tidak mungkin sama sekali bapa Ayham dapat melawatnya semasa beliau berada di dalam tahanan.

Marilah kita berdoa agar keluarga Ayham dan keluarga semua tahanan Palestin di penjara penjajah Zionis diberikan kesabaran.

Semoga Allah memelihara dan mencukupkan segala keperluan semua para tahanan Palestin di penjara penjajah Zionis.

Sumber: MEE / MEMO

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 01:20


Menteri Keselamatan Negara Haram Zionis, Itamar Ben-Gvir, mengumumkan hasratnya untuk mengharamkan azan di masjid-masjid di dalam wilayah Palestin yang dijajah, menyifatkan azan sebagai "bising".

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 01:01


Seorang askar Zionis, Ilay, yang dilaporkan menyertai perang Zionis ke atas Gaza, diserang ketika sedang bercuti di Thailand.

Sekumpulan pelancong Jerman menyerangnya secara fizikal selepas mengetahui dia berasal dari 'Israel'. Ilay berkata, "Saya merasakan mereka secara khusus mencari orang 'Israel'."

Susulan kejadian itu, penjajah Zionis mengeluarkan amaran menasihatkan pendatang haram Zionis 'Israel' di Thailand dan Asia Tenggara supaya sentiasa berhati-hati di kawasan awam.

Sumber: Al Mayadeen

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 00:40


Zalim dan terus zalim

Tentera penjajah Zionis meletupkan blok perumahan di Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Dec, 00:23


Bapa kepada Ayham Al-Salaymeh mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya sebelum anaknya itu memasuki penjara penjajah Zionis untuk menjalani hukuman 12 bulan.

Ayham Al-Salaymeh merupakan kanak-kanak yang masih berusia 14 tahun dan beliau berasal dari Baitulmaqdis yag dijajah.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

01 Dec, 12:29


Kegilaan apakah ini?

Seorang pemuda Palestin yang terperangkap di utara Gaza dibunuh semalam selepas bom asap tentera penjajah Zionis mengenai dan meletup di kepalanya di kawasan Beit Lahyia.

Selama lebih daripada 52 hari, tentera penjajah Zionis telah mengepung utara Gaza dan melaksanakan "General Plan" mereka, di mana penjajah Zionis memaksa penduduk awam Palestin keluar dari rumah dan tempat perlindungan masing-masing.

Penduduk awam Palestin diserang dalam perhimpunan awam seperti ketika mereka mendapatkan air atau keluar mencari makanan.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

01 Dec, 12:29


UNRWA mengumumkan bahawa Gaza telah berhadapan dengan pengeboman awam paling berat sejak Perang Dunia II.

Dalam satu kenyataan memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, UNRWA menekankan "kesengsaraan pelarian Palestin", menyifatkannya sebagai "krisis pelarian yang paling lama tidak dapat diselesaikan dalam sejarah."

β€œSepanjang tahun lalu, Gaza telah mengalami pengeboman paling intensif terhadap orang awam sejak Perang Dunia Kedua,” kata kenyataan itu.

Sumber: Al Mayadeen

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

01 Dec, 10:40


Maysara Salah, salah seorang wartawan Quds News Network telah meninggal dunia semalam akibat kecederaan yang dialaminya selepas ditembak oleh tentera penjajah Zionis di utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

01 Dec, 10:25


"Jenayah 'Israel' telah terbongkar. Fahamilah bahawa usaha untuk menutup kritikan terhadap 'Israel' tidak dapat menghentikan kebenaran daripada didedahkan"

Ahli parlimen Australia, Mehreen Faruqi menggesa kerajaannya untuk campur tangan di dalam menghentikan peperangan dan menangkap Netanyahu.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

01 Dec, 10:09


"Ya Allah, kuatkanlah imanku Ya Allah. Kurniakanlah kepadaku kesabaran."

Dengan hati yang hancur, seorang ibu berduka dan menangisi dua orang anak lelakinya, yang dibunuh dalam serangan udara penjajah Zionis di Semenanjung Gaza.

Empat tahun lalu, Ahmad menderma buah pinggang kepada ibunya, namun kini dia dibunuh tanpa belas kasihan, meninggalkan bahagian dirinya di dalam tubuh ibunya yang dikasihi.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

30 Nov, 06:18


Genosid tentera penjajah Zionis ke atas sebuah keluarga di Beit Lahiya, utara Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

30 Nov, 05:40


Jurucakap Pertahanan Awam di Gaza:

⭕️ Lebih daripada 60 ribu manusia di utara Gaza berlapar tanpa makanan dan minuman.

⭕️ Dalam tempoh 50 hari, tentera penjajah Zionis mencederakan lebih daripada 10 ribu manusia di utara Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

30 Nov, 05:20


Khadija Hamid, seorang jurugambar dipaksa untuk keluar daripada kem pelarian Jabalia oleh tentera penjajah Zionis.

Tentera penjajah Zionis dengan pelbagai cara memaksa penduduk Gaza di utara untuk keluar daripada situ. Meskipun terlalu bahaya, Khadija Hamid nekad untuk mendokumentasikan perjalanan beliau keluar dari kem pelarian Jabalia.

Semoga Allah memelihara mereka semua 🀲

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

30 Nov, 04:46


Dr. Munir al-Borsh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, melaporlan kepada Al-Jazeera:

⭕️ Senjata yang belum pernah dilihat sebelum ini digunakan oleh tentera penjajah Zionis, menjatuhkan bom tangan dengan bunyi yang amat menakutkan. Apabila orang awam berada lebih kurang 200-300 meter dari kawasan berkenaan, kesemua daripada mereka dibunuh.

⭕️ Genosid di utara Gaza tidak dapat kami laporkan secara rasmi kerana penjajah Zionis mengebom blok kediaman, membunuh semua penduduk yang berada di situ dan kami hanya mengetahui kejadian tersebut selepas beberapa hari.

⭕️ Penjajah Zionis menggunakan senjata yang menyasarkan bangunan kediaman, menghancurkan bangunan menjadi serpihan kecil dan runtuhan. Kami amat memerlukan suruhanjaya penyiasatan antarabangsa untuk membongkar jenayah yang dilakukan penjajah Zionis terhadap penduduk Palestin.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Nov, 10:53


Di Beit Lahia, utara Gaza, tentera penjajah Zionis memerangkap sekitar 5,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di 3 buah sekolah tanpa makanan mahupun minuman.

Selepas berhari-hari kelaparan, terutamanya dengan kehadiran kanak-kanak dan orang tua di kalangan mereka, sesetengah daripada mereka yang berkemampuan keluar untuk mencari makanan, tetapi mereka yang keluar tidak pernah kembali.

Sumber: Euro-Med Monitor

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Nov, 10:19


Gambaran keseluruhan serangan tentera penjajah Zionis semalaman ke atas kem pelarian Bureij, tengah Gaza, mengakibatkan pertumpahan darah orang awam yang tidak berdosa.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 16:32


Laporan oleh pasukan FactCheck - Berita Channel 4 menggariskan bilangan trak bantuan yang memasuki Gaza, menunjukkan bahawa Zionis telah gagal memenuhi sasaran AS sebanyak 350 trak setiap hari.

Bulan lalu, pentadbiran Biden menghantar surat memberi amaran kepada pentadbiran Zionis supaya meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza atau berisiko menilai semula sokongan tentera AS kepada mereka.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 16:02


Tentera penjajah Zionis secara intensif melepaskan bom asap di sekitar sekolah yang melindungi keluarga yang kehilangan tempat tinggal di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 15:31


"Serang hendap dalam serangan hendap" ...

Laporan dari media Zionis, Yedioth Ahronoth: Seorang pegawai dan tiga askar dalam unit khas "Lotar" tentera pasukan penjajah terbunuh dalam serangan hendap yang dilakukan oleh Briged Qassam semasa mereka membuat serangan hendap untuk memerangkap pejuang penentang di Jabalia.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 15:02


Laporan dari Kementerian Kesihatan di Gaza pada hari ke-408 Genosid Zionis:

β­• Penjajah Zionis melakukan 6 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam lalu, mengakibatkan 47 kematian dan 139 orang cedera.

β­• Angka kematian rakyat Palestin yang berjaya didokumenkan kini mencecah 43,846 individu dibunuh dan 103,740 yang lain cedera sejak 7 Oktober 2023.

β­• Ramai mangsa masih tidak dapat dikesan, sama ada tertimbus di bawah runtuhan atau bertaburan di jalanan, dan pasukan penyelamat dan pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mereka.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 14:31


Nelayan di Gaza meraikan hasil tangkapan yang banyak, memberikan harapan di tengah-tengah kekurangan makanan yang kritikal di pasaran akibat sekatan dan genosid Zionis yang berterusan.

Ya Allah, cukupkanlah keperluan mereka 🀲

Sumber: QNN / DP

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 14:01


πŸ”΄πŸ”»Briged Saraya Al-Quds mendedahkan video mereka mengebom posisi artileri penjajah Zionis di kem ketenteraan Fajjah, timur Gaza.

Allahu Akbar πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

#mujahidin

Sumber: Al-Jazeera

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 13:32


Pasukan tentera penjajah Zionis telah menutup sebuah kafe di kawasan Al-Masara di Baitulmaqdis yang dijajah, memaksa pemiliknya mengosongkan premis itu.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 13:00


'Mereka (penjajah Zionis) membunuh penduduk Palestin tanpa bergerak seinci pun'

"Di sebelah salah seorang mangsa, terdapat satu beg tepung. Kelihatan beliau telah berjaya mengambil beg tepung itu dari rumahnya, tetapi tentera penjajah menembaknya ketika dia ingin kembali ke tempat perlindungan,"
kata salah seorang saksi di utara Gaza.

Euro-Med Monitor mendokumentasikan berpuluh-puluh pembunuhan yang disengajakan dan hukuman mati di lapangan baru yang dilakukan oleh pasukan penjajah terhadap ramai orang awam di utara Gaza.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada peningkatan berterusan dan rangka kerja genosid yang lebih luas, dilakukan terhadap rakyat Palestin selama lebih 13 bulan.

Di antara pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh tentera penjajah Zionis - bermula daripada mengebom rumah dengan penduduk di dalamnya, kepada genosid orang awam yang berlindung di tempat perlindungan, dan menyasarkan perhimpunan dan kenderaan - pasukan lapangan Euro-Med Monitor mendokumentasikan insiden pembunuhan langsung yang mengerikan dan pelaksanaan di luar undang-undang terhadap orang awam oleh askar Zionis, dilakukan tanpa sebarang justifikasi.

Sumber: Euro-Med Monitor

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 12:31


Jumlah pendatang Zionis yang meninggalkan negara haram mereka dan berpindah ke Kanada telah meningkat sebanyak 500% sejak Oktober 2023.

Sekitar 8000 pendatang telah pun berpindah ke Kanada sejak awal tahun ini berbanding hanya 1,505 orang pada tahun 2022.

Kini, lebih ramai pendatang bersama dengan keluarga telah memulakan hidup baru di Kanada dan dijangka lebih daripada 10,000 yang kini sudah tidak mahu pulang ke β€˜negara’ haram mereka.

Sumber: Shehab / TP

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 12:12


Pendatang haram Zionis mencabut pokok zaitun milik warga Palestin di Bandar Turmus Ayya, timur laut Ramallah, Tebing Barat yang dijajah.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 11:01


Bagaimana penjajah Zionis boleh membiarkan 2.3 juta rakyat Palestin di Gaza kebuluran dalam masa yang amat singkat dan menyeluruh?

"Kami tidak pernah menyaksikan kadar kebuluran yang amat pantas dalam sejarah moden," Pelapor khas PBB untuk hak makanan.

PBB melaporkan kempen kebuluran Zionis di Gaza tidak bermula pada 7 Oktober 2023.

Sumber: MEMO

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

17 Nov, 10:12


Penjajah Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di utara Gaza, mengebom sebuah bangunan di Beit Lahiya dan membunuh lebih 70 orang pelarian Palestin yang sedang mendapatkan perlindungan.

Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam Gaza, berkata pasukannya tidak dapat sampai ke lokasi serangan.

β€œJabatan kami menerima rayuan daripada penduduk sebuah rumah yang dibom oleh tentera penjajah Zionis di Beit Lahiya, tetapi kami tidak boleh bergerak untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza Munir al-Bursh memberitahu Al Jazeera bahawa "pasukan tentera penjajah Zionis dengan sengaja mengebom orang awam pada larut malam supaya tiada sesiapa dapat menyelamatkan mereka."

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

16 Nov, 10:21


Perdana Menteri Negara Haram Zionis, Benjamin Netanyahu sedang meneruskan "perang abadi" di Semenanjung Gaza yang didorong oleh kepentingan peribadi, terutamanya untuk mengekalkan kelangsungan politiknya, menurut seorang penganalisis tentera Zionis.

β€œ3 kepentingan peribadi Netayahu untuk meneruskan "perang abadi" ialah, pilihan raya awal, penubuhan suruhanjaya siasatan negeri untuk menyiasat kegagalan yang membolehkan pembunuhan beramai-ramai 7 Oktober, dan permulaan keterangan dalam perbicaraan jenayahnya pada awal bulan depan,” kata Amos Harel dalam akhbar Zionis Haaretz.

Sumber: Anadolu Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

16 Nov, 10:01


Siren berbunyi secara berterusan di kawasan "Krayot", pelabuhan Haifa dan di kawasan Galilee, utara tanah Palestin yang dijajah.

Semoga Allah menambahkan rasa ketakutan di dalam diri mereka.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

14 Nov, 01:10


Tentera penjajah Zionis meletupkan bangunan kediaman di kawasan timur laut kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 12:02


Selamat tinggal kekanda, teman sepermainanku. Semoga kita berjumpa di syurga.

Perpisahan sayu buat adik ini kepada saudara lelakinya, yang dibunuh penjajah Zionis melalui serangan udara di Khan Younis.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 11:41


Penjajah Zionis menjadikan sebuah rumah di kampung Burqa, utara Nablus yag dijajah sebagai pos ketenteraan sewaktu mereka menceroboh perkampungan terbabit.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 11:21


Penduduk tempatan memeriksa kemusnahan berikutan perobohan rumah, telaga air dan bilik untuk aktiviti pertanian oleh tentera penjajah Zionis di bandar Beit Ummar, utara Hebron yang dijajah.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 11:01


Briged Al-Qassam | 🫑 πŸ”΄

πŸ”»Sebuah pesawat quadcopter penjajah Zionis dirampas semasa misi risikan di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

#mujahidin

Sumber: Briged Al-Qassam

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 10:41


Pemuda ini membangunkan kaedah unik untuk membersihkan air dan menjadikannya boleh diminum di tengah-tengah krisis air di Gaza akibat genosid penjajah Zionis.

Semoga Allah merahmati beliau dan melindungi penduduk Gaza.

Sumber: AJEnglish

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 10:21


Hakikatnya Zionis Laknatullah yang penuh tipu helah

Kononnya mereka telah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki utara Gaza.

Bantuan tersebut telah akhirnya tiba di kawasan Beit Hanoun, dengarkanlah suara gembira penduduk Gaza ketika bantuan tersebut tiba… 😞

Namun, beberapa jam kemudian, IOF telah melancarkan pengeboman di sana yang membunuh puluhan keluarga awam.

Askar-askar telah membakar sekolah, memusnahkan bantuan yang baru tiba dan menghalau penduduk yang ada untuk segera ke selatan.

Dimanakah keadilan untuk penduduk Palestin?

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 10:01


Bagi kami (rakyat Palestin), pendidikan adalah harapan dan simbol keteguhan kami

Nisreen Shehada, seorang pelajar Palestin dan pencipta kandungan berjaya meraih biasiswa untuk pengajian sarjana dalam kesihatan awam di Imperial College, salah sebuah universiti terkemuka di UK.

Beliau menceritakan kepada TRT World liku perjuangan beliau dan keluarganya sewaktu genosid Zionis yang masih berterusan di Gaza untuk mencapai impiannya.

β€œTidak kira berapa banyak kesusahan yang mereka (penjajah Zionis) kenakan ke atas kami, kami tetap teguh membina semula Gaza dan kami akan kembali”


Sumber: TRT World

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 09:41


Quadcopter Zionis akan berlegar selepas serangan udara untuk menembak sesiapa sahaja yang masih bernyawa di Gaza

Pakar bedah British terkenal Nizam Mamode, yang baru pulang dari tempoh bekerja di Hospital Nasser di Gaza, memberi keterangan di hadapan Parlimen UK mengenai keadaan semasa penjagaan kesihatan di Gaza.

Mamode berkata bahawa quadcopter penjajah Zionis akan tiba selepas serangan udara dilancarkan di Gaza untuk "memilih" dan "menembak" orang awam yang cedera, termasuk kanak-kanak.

Sumber: Middle East Monitor

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 09:22


Bridged Al-Qassam | 🫑πŸ”₯

0:10 – Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

β€œDan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu.”

Kami kini berada di barisan hadapan kem Jabalia

Bersama kami dalam operasi hari ini adalah seorang Mujahideen berusia 60 tahun yang enggan hidup dalam kehinaan dan beliau telah meminta untuk bersama-sama berjihad di jalan Allah SWT. Semoga Allah SWT mengurniakan penghormatan kepadanya. InsyaAllah.

Dan kami akan mengalahkan tentera musuh yang menyasarkan wanita dan kanak-kanak serta yang telah melakukan kekejaman hari demi hari.

Dengan bantuan dan kekuatan yang diberikan Allah SWT, KAMI AKAN TUNJUKKAN NERAKA KEM JABALIA kepada tentera musuh. InsyaAllah.

#mujahidin

Sumber: Terkini Palestin

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 09:02


β€œKami mahukan ilmu pengetahuan. Kami mahukan pendidikan”

Ujar seorang warga tua Palestin yang mengecam tindakan rejim Laknatullah yang sengaja menafikan hak pendidikan kanak-kanak di Gaza dengan memusnahkan sekolah dan tempat belajar.

Lelaki Palestin ini juga percaya bahawa ilmu adalah lebih penting daripada makanan mahupun minuman.

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

13 Nov, 08:41


Ingat lagi bagaimana sabun, air bersih dan pembersih tangan (hand sanitizer) membantu kita semua dalam menangani Covid-19 yang membunuh?

Dengan sekatan ke atas sebarang produk membersih oleh penjajah Zionis, penyakit kulit berjangkit merebak dengan cepat di Gaza.

Akses terhad kepada air, keadaan tidak bersih dalam khemah sempit dan kemusnahan sistem kumbahan dan sanitasi Gaza memburukkan lagi keadaan. ⁣

Penjajah Zionis menyekat organisasi kemanusiaan daripada menghantar sabun ke Gaza serta merampas sabun-sabun yang cuba dibawa masuk oleh petugas kemanusiaan.

Sumber: AJ+

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Nov, 00:56


Tentera penjajah Zionis meneruakan pengeboman rumah-rumah masyarakat awam Palestin di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 13:55


Rakaman video daripada UNRWA menunjukkan tahap kemusnahan di Gaza disebabkan oleh genosid dan pengeboman tentera penjajah Zionis.

Sumber: Al Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 11:21


Wikipedia secara rasminya telah menambah "Gaza Genocide" pada halaman senarai genosidnya menandakan perubahan besar dalam cara mendokumenkan serangan dan pencerobohan penjajah Zionis ke atas Gaza di platform ensiklopedia dalam talian terbesar di dunia itu.

Perubahan ini berikutan undian komuniti dalam kalangan penyumbang ensiklopedia itu yang ditulis dan disunting oleh badan sukarelawan antarabangsa.

Pada halaman "Gaza Genocide" ia menyatakan bahawa "Pakar, kerajaan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan pertubuhan bukan kerajaan telah menunjukkan 'Israel' melakukan genosid terhadap rakyat Palestin semasa pencerobohan dan pengebomannya di Semenanjung Gaza dalam perang yang masih berterusan."

Syabas Wikipedia πŸ‘

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 11:02


RANGKUMAN TERKINI - JUMAAT, 8 NOVEMBER 2024

✍️ Sekurang-kurangnya 60 lelaki dan wanita Jordan telah menyertai mogok lapar terbuka untuk menuntut penarikan balik kepungan penjajah Zionis di utara Semenanjung Gaza

✍️Sekurang-kurangnya 13 serangan udara dilancarkan ke atas pinggir bandar selatan Beirut.

✍️President Amerika Syarikat, Donald Trump berkata kepada Presiden Palestin bahawa dia (Trump) komited untuk menamatkan perang Gaza.

✍️Tentera penjajah Zionis telah menahan lapan rakyat Palestin dari Tabaqa, barat daya bandar Hebron, Tebing Barat yang dijajah, lapor berita Wafa.

✍️Terdapat "kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di kawasan" di utara Gaza, lapor sebuah jawatankuasa pakar keselamatan makanan global.

✍️Pasukan Jenayah Perang Polis Metropolitan telah berkongsi "sebilangan kecil rujukan" dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ( ICC) sejak serangan Hamas ke atas Israel Oktober lalu dan perang berikutnya ke atas Gaza

✍️Jentolak tentera penjajah Zionis memusnahkan sebahagian daripada struktur PBB di selatan Lubnan.

✍️Pejabat Hak Asasi Manusia PBB telah mengesahkan 8,119 kematian warga Palestin di Gaza. Pembunuhan warga Palestin ini dilakukan dalam tujuh bulan yang pertama genosid Zionis ke atas kawasan itu.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 10:40


Siasatan baharu Euro-Med Monitor mendedahkan bahawa penjajah Zionis mengebom beberapa bangunan kediaman milik satu keluarga, mengorbankan lebih daripada 40 orang.

Apabila saudara-mara mereka cuba mencari dan mengebumikan jenazah ahli keluarga selepas serangan itu, penjajah Zionis menyerang ahli keluarga yang berbaki dan membunuh 20 orang lagi.

Genosid Shaheibar, yang dilakukan oleh tentera penjajah Zionis di Gaza tahun lepas.

Sumber: Euro-Med Monitor

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 10:21


Tindakan kejam baru tentera penjajah Zionis.

Penjajah Zionis menggunakan kayu bercahaya untuk mengenal pasti penduduk Palestin yang dipaksa berpindah, mengancam mereka dengan pengeboman jika mereka meninggalkan atau kehilangan kayu bercahaya berkenaan mereka.

Kayu lampu itu, pada asalnya direka untuk melihat dalam gelap, digunakan oleh tentera penjajah Zionis untuk mengenal pasti rakyat Palestin yang telah disoal siasat selepas mereka dipaksa meninggalkan rumah mereka di Jabalia.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 10:10


Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya melaporkan:

πŸ”΄ Buat kali ketiga tentera penjajah Zionis menghalang kemasukan delegasi perubatan pembedahan ke kawasan itu.

πŸ”΄ Rejim Zionis berterusan menghalang kemasukan bekalan perubatan yang diperlukan di Hospital Kamal Adwan.

πŸ”΄ Kru ambulans di utara Gaza telah diarahkan oleh rejim Zionis untuk menghentikan operasi mereka, menghalang mereka daripada sampai kepada mangsa. Kes kebuluran juga telah mula tiba di hospital.

Sumber: TP / QNN

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Nov, 01:40


Lebih 110,000 pesakit Palestin di Gaza mengharungi kematian tanpa bekalan ubat selepas serangan sistematik penjajah Zionis ke atas hospital sejak permulaan pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan di Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

04 Nov, 10:52


"Ini adalah harga (pengorbanan) yang kami (orang-orang kebenaran) mesti bayar demi kebebasan, negara dan agama kami. Ini adalah tanah kami"

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hossam Abu Safiya mengimbau kenangan ngeri malam anaknya Ibrahim dibunuh selepas kempen kejam pengepungan dan tembakan oleh tentera penjajah Zionis.

Dr. Safiya sejak itu telah kembali bekerja di hospital dan berjanji bahawa dia 'tidak akan berhenti' menyediakan perkhidmatan perubatan kepada rakan-rakan Palestin di Gaza.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 10:02


Rakyat Palestin berduka mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa mangsa yang syahid di dalam genosid Zionis ke atas kem pelarian Al-Bureij, Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 09:30


Media penjajah Zionis: Seorang askar mati dibunuh dengan letupan bom tangan Jumaat malam lalu di utara Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 09:01


Kanak-kanak Palestin terus bermain dengan tanpa rasa takut walaupun kedengaran bunyi tembakan kuat daripada tentera penjajah Zionis di kejiranan Al-Zaytoun, Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 08:31


Tentera penjajah Zionis menghalang pelajar untuk sampai ke Sekolah Haj Ziad Jaber dengan meletakkan pagar berduri di kejiranan Jaber, Hebron yang dijajah.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 08:02


Hasil keangkuhan bangsa perosak.

Kemusnahan secara menyeluruh bangunan perumahan di kem pelarian Al-Nuseirat, Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 07:20


Dr. AndrΓ© berkata bahawa pekerja penjagaan kesihatan asing di Gaza dialu-alukan dengan gembira oleh rakyat Palestin.

Beliau menegaskan bahawa tidak seperti bagaimana Netanyahu dan sekutunya menggambarkan rakyat Palestin sebagai haiwan, rakyat Palestin mahu hidup dengan aman, mengusahakan tanah mereka dan menikmati kehidupan normal.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 04:31


Impiannya adalah untuk merasai semula rasa daging dan tembikai.

Jalal, kanak-kanak Palestin yang dipaksa berpindah daripada kem pelarian Jabalia, berkongsi senyumamnya dengan dunia bersama rakan-rakan yang lain meskipun cedera di bahagian perutnya belum pulih.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 04:02


Pasukan tentera penjajah Zionis menggunakan Meshek Afar Ltd, sebuah syarikat awam, untuk meratakan rumah penduduk Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Salah seorang pekerja yang ditempatkan di syarikat itu menyataka akan merobohkan sebuah masjid di Rafah esok.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 03:30


Beribu-ribu pendatang haram Zionis turun ke jalanan Tel Aviv dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan pada malam Sabtu, menyeru kerajaan haram mereka untuk mempersetujui perjanjian yang akan membebaskan tawanan yang berada di Gaza.

Protes itu susulan skandal baru-baru ini, di mana seorang anggota pejabat Perdana Menteri Haram 'Israel' didapati telah membocorkan dokumen kepada media antarabangsa bulan lalu dengan tujuan untuk mensabotaj perjanjian gencatan senjata.

Ini berlaku di saat penjajah Zionis meningkatkan serangan yang dahsyat di utara Gaza, dalam kempen ketenteraan mereka untuk mengosongkan kawasan yang didiami oleh 400,000 penduduk awam Palestin.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 02:01


Doktor yang pulang dari Gaza membentangkan bukti krisis kemanusiaan kepada (ICC) dan kepada pegawai Afrika Selatan mengenai pelanggaran 'Israel' terhadap Konvensyen PBB 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

AndrΓ© menekankan bahawa pihak di seluruh dunia gagal untuk menegakkan undang-undang ini dan terus berdiam diri mengenai penderitaan rakyat Palestin.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 01:31


15 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan kemanusiaan telah mengeluarkan rayuan untuk gencatan senjata serta-merta dan perlindungan untuk orang awam di Gaza.

Organisasi-organisasi ini menyeru penjajah Zionis untuk menamatkan serangannya ke atas Gaza dan menggambarkan keadaan di utara Gaza sebagai "apokaliptik."

Mereka mengesahkan bahawa "bantuan kemanusiaan tidak dapat memenuhi skala keperluan kerana kepungan haram yang amat ketat dari penjajah Zionis," dengan keperluan seperti makanan dan bekalan perubatan masih tidak tersedia, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat "sengaja diserang" semasa cuba menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 01:05


Bantahan aman di hadapan Kedutaan Jerman pada Jumaat lepas.

Beberapa fakta tentang sumbangan Jerman kepada genosid rejim Zionis di Gaza:

πŸ“Œ Jerman adalah pembekal senjata kedua terbesar (30%) kepada Zionis selepas Amerika Syarikat.

πŸ“Œ Nilai senjata yang dibekalkan kepada Zionis mencecah $370 juta bersamaan RM1.6 bilion

πŸ“Œ Jerman menggantung penjualan senjata kepada Zionis pada pertengahan September ekoran desakan daripada pihak antarabangsa tetapi telah menyambungnya semula pada pertengahan Oktober ketika tular Zionis telah mengaktifkan 'General's Plan' untuk menghalau rakyat Palestin dariwilayah utara Gaza.

Sumber: MyCARE / BDS Malaysia

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 00:30


Satu demonstrasi diadakan di bandar Seoul, Korea Selatan sebagai tanda solidariti kepada Palestin dan Lubnan serta mengecam serangan berterusan pengganas penjajah Zionis.

Sumber: DP / Shehab Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

03 Nov, 00:01


Tentera penjajah Zionis terpaksa mengerahkan askar untuk mengawasi ruang udara mereka selepas pertahanan digital Zionis gagal mengesan kemasukan drone dan peluru berpandu Hizbullah.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Nov, 23:30


Penjajah Zionis merakam video mereka memusnahkan bangunan perumahan di Bandar Rafah, selatan Gaza dan memuatnaik video itu di media sosial.

Inilah kebangaan penjajah Zionis, bangsa perosak.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Nov, 23:01


"Burung di Gaza mempunyai sayap, namun mereka enggan terbang pergi"

Penduduk utara Gaza mengubah dinding rumah mereka yang musnah menjadi mural menyatakan ketahanan dan ketabahan mereka mempertahankan bumi Gaza.

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 11:31


Penjajah Zionis durjana menahan sejumlah pemuda dari Badar Anata, timur Baitulmaqdis yag dijajah dan mengumpulkan mereka di satu rumah di bandar berkenaan.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 11:01


Adakah anda masih ingat siapakah yang dituduh melakukan jenayah antarabangsa dari pihak Palestin, sedangkan tiada bukti nyata dan mereka dengan berlandaskan undang-undang berhak mempertahankan bumi Palestin dengan senjata.

Mereka kini sudah syahid.. Semoga Allah merahmati mereka.

Kini yang tinggal penjenayah nyata yang tidak tahu malu..

Mahkamah Jenayah Antarabangsa kini ditekan masyarakat antarabangsa kerana menangguhkan waran tangkap untuk pemimpin negara haram Zionis 'Israel' selama lima bulan.

Membuatkan dunia mempunyai kepercayaan bahawa ICC seolah-olah tertakluk kepada tekanan Barat, manakala 'Israel' berterusan melakukan jenayah terhadap orang awam, dengan lebih 7,000 rakyat Palestin dibunuh sejak masa itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sumber berita: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 10:35


Menurut Jerusalem Post, 15 lagi askar penjajah Zionis menandatangani surat menyatakan mereka enggan meneruskan perkhidmatan tanpa perjanjian pertukaran tawanan.

Mereka menuruti 138 askar penjajah Zionis yang telah menurunkan tandatangan; 2 daripada 15 askar penjajah ini sedang berkhidmat; dan tidak ada daripada mereka ini askar wanita.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 08:31


Seorang wanita Palestin menceritakan keadaan seram dan kejam yang dialami oleh penduduk Palestin yang dipaksa berpindah sewaktu mereka meninggalkan kawasan kejiranan mereka di Beit Lahia.

Tentera penjajah Zionis meletakkan senjata ke kepala mereka, mengancam dan memaksa penduduk Palestin meninggalkan utara Gaza, mengarahkan mereka menuju ke selatan melalui pos pemeriksaan yang telah tentera penjajah Zionis sediakan.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 08:01


KISAH DARI NERAKA, APA YANG SEDANG BERLAKU DI JABALIA SAAT INI

Tulisan ini dikongsikan oleh ahli pasukan CGM melalui whatsapp. Dia selamat dilepaskan dari kepungan di sana semalam:

.........................................................

Assalamualaikum, apa khabar adik-beradik saya?

Alhamdulillah saya, ibu dan anak saya selamat. Ayah saya diculik penjajah, suami saya tak tahu khabarnya kerana dia masih di utara, moga kami dapat kembali ke sana semula.

Semalam kami anggap macam hari qiamat saat kami duduk bertindih-tindih di atas satu sama lain, saya doakan kalian tak akan melalui apa yang kami lalui semalam. Mati sentiasa di hadapan mata dan saya berkali-kali merayu kepada tentera penjajah, ambil saja nyawa kami supaya kami tak terus menanggung azab.

Mereka meletakkan wanita di sekolah dan lelaki di tempat lapang lalu dikepung lelaki dengan benteng-benteng pasir. Kami hanya dapat mendengar jeritan dan suara kesakitan mereka menggelupur disiksa. Wanita yang berada di sekolah pula menjerit dengan sekuat hati memanggil nama anak-anak lelaki dan suami mereka yang sedang diazab sehingga koyak-rabak tubuh mereka. Pada masa sama kereta kebal meledakkan peluru ke arah kami, diikuti tembakan dron dan sniper.

Kemudian kereta kebal mengiringi kami ke sekatan pertama sambil tembakan menakutkan dilepaskan di atas kepala kami, tentera penjajah juga tak putus mencaci dan menghina kami dengan bermacam cacian. Mereka menakutkan kami dan mengatakan, ucapkan selamat tinggal kepada suami kamu, kamu tak akan jumpa suami kau lagi. Ucapkan selamat tinggal kepada utara Gaza, utara Gaza dah jadi milik kami. Dan mereka memaki negara-negara Arab, mereka sebutkan hah nangislah, nangislah, mana umat Islam yang nak bantu kau? Semuanya dah dalam poket kami.

Kemudian kami dibawa ke sekatan kedua di dalam lubang besar yang dikelilingi benteng pasir dan kereta kebal yang mengepung, sniper pula berjaga di bangunan-bangunan sekitar lubang. Tentera penjajah berada di celah-celah kami, menembak menakutkan kami dan memukul kami dengan senjata mereka. Kereta kebal pula mundar-mandir sehingga asap tebal dan pasir yang terbang membuatkan kami sesak nafas dan tak dapat melihat apa-apa di hadapan kami. Ibu saya dan anak saya terbenam di bawah pasir lalu saya menggali pasir dengan kedua-dua tangan walaupun tak melihat apa-apa untuk memastikan mereka tak mati tertanam hidup-hidup.

Kemudian kami dibawa ke sekatan ketiga pula di mana kami ditelanjangkan, tiada seurat benang pun di tubuh kami.

Setiap inci tubuh, rambut dan pakaian kami digeledah dan disentuh entah untuk mencari apa oleh pasukan infantri mereka. Kami berjalan dan melihat segala bentuk penyiksaan tanpa ada sesiapa pun bertanya tentang kami, dari jam 6 subuh sehingga 4 petang tak ada sesiapa yang melihat apa yang berlaku kepada kami.

Untuk mengatakan kami hidup semula setelah mati adalah terlalu kecil untuk menggambarkan apa yang kami lalui, kalaulah kami dibunuh ia adalah lebih mulia untuk kami. Aku malu dengan diri sendiri, bagaimana mereka berjaya mengeluarkan kami dari utara Gaza, tempat aku bertahan selama satu tahun satu bulan, aku sudah berazam tak akan meninggalkannya tetapi mereka berjaya juga menghalau kami keluar akhirnya.

.........................................................

Semoga Allah mengampunkan kita dan terus memberikan kita kekuatan untuk memperjuangkan hak mereka 🀲

Sumber: Nadir Al-Nuri / CGM

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 07:31


"Mereka semua telah menjadi abu!"

Rakaman keadaan ngeri selepas genosid penjajah Zionis yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah semalam di kem pelarian al-Maghazi, tengah Gaza.

Mereka yang dibunuh, telah terbakar dan menjadi abu.

Sumber : Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

25 Oct, 07:05


Anak-anak di Gaza kini

Tentera penjajah Zionis membunuh anak-anak ketika mereka sedang tidur.

Anak-anak ini tidak membawa peluru berpandu, tidak menembak peluru, tidak memasang bom dan sama sekali tidak memakai tali pinggang letupan.

Mereka tidak dapat berbisik-bisik bermain seperti anak-anak dunia yang lain. Zaman kanak-kanak mereka dirobek, dinodai dan dicuri seakan-akan mereka dihukum mati oleh kekotoran, kekejian kaum Zionis yang terkutuk.

Zionis membunuh mereka secara khianat dan jenayah mereka bagi kaum Zionis adalah, anak-anak ini mencerminkan orang Islam yang setia. Anak-anak adalah pemilik sebenar tanah ini, tanah Palestin.

Bangkitlah manusia, Gaza semakin berdarah, diiringi darah dari Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Lubnan.

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

24 Oct, 11:02


Saksikan salah seorang mujahid kebangaan umat Islam, penentang kebatilan memanjat kenderaan tentera penjajah Zionis lalu membakarnya di kem pelarian Jabalia.

Allahu Akbar!

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

#mujahidin

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

24 Oct, 10:40


Renungan buat kita di bumi aman Malaysia

Nampak macam sedih dan seram, mereka dipaksa berpindah dalam keadaan sedemikian rupa, seolah berada di Padang Mahsyar, tak peduli orang lain dah, hanya dipaksa menyelamatkan diri sendiri.

Tetapi hakikatnya mereka beruntung kerana di Padang Mahsyar sebenar nanti, laluan mereka terbentang indah dan pintu syurga dibuka luas untuk menerima kehadiran mereka.

Semoga Allah kumpulkan kita dengan mereka di akhirat kelak kerana di sana, orang Islam akan dikumpulkan dengan siapa yang mereka kasihi di dunia Ψ§Ω„Ω…Ψ±Ψ‘ Ω…ΨΉ Ω…Ω† Ψ£Ψ­Ψ¨

Teruskanlah berkasih-sayang untuk mereka.

Sumber: Nadir Al-Nuri

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

24 Oct, 10:27


Warga Palestin bekerjasama, dengan hanya berbekalkan peralatan paling minima tanpa perlindungan berjaya menyelamatkan wartawan Tareq Duqos yang ditimpa runtuhan rumahnya selama beberapa jam.

Rumah Tareq disasarkan dan diserang melalui udara oleh tentera penjajah Zionis di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

24 Oct, 10:27


Video yang diterbitkan pada 14 Oktober 2024 menunjukkan tentera penjajah Zionis meletupkan robot yang dikawal dari jarak jauh. Robot ini mampu meletupkan 7-8 bangunan sekaligus dan disasarkan kepasa rakyat awam Palestin yang enggan mematuhi arahan penjajah untuk berpindah keluar dari utara Gaza.

Robot berklasifikasi tentera ini secara terang-terangan diharamkan di sisi undang-undang antarabangsa.

Bacaan lanjut: https://euromedmonitor.org/en/article/6502

Sumber: Euro-Med Monitor

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 14:33


Al-Jazeera menerbitkan rakaman video menunjukkan jenazah syuhada yang ditemui dari jalanan kem pelarian al-Balad, Jabalia.

Mereka syahid akibat daripada tembakan tentera penjajah Zionis yang menyasarkan orang awam termasuk kanak-kanak ketika mereka sedang cuba mendapatkan air.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 14:25


Euro-Med Human Rights Monitor:

"Mereka yang menolak pemindahan paksa di Gaza dianggap sebagai pengganas oleh tentera penjajah Zionis, dan ramai daripada mereka telah dibunuh di bahagian utara Semenanjung Gaza."

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 14:22


Briged Al-Qassam 🫑 | πŸ”΄

πŸ”» Mujahidin berjaya merampas dron penjajah Zionis semasa sedang melakukan operasi risikan di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

#mujahidin

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 14:16


Rakyat Palestin di kem pelarian Jabalia, utara Gaza sedang mati kelaparan akibat kepungan dan serangan tentera penjajah Zionis yang kini memasuki hari ke-17.

17 hari rakyat awam di utara Gaza tiada sedikit pun bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan komunikasi termasuklah perkhidmatan internet.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 14:11


Artis grafiti meningkatkan kesedaran dengan melukis mesej sokongan untuk Palestin dan Lubnan di dinding-dinding bandar Dakar, Senegal sebagai tindak balas kepada serangan penjajah Zionis yang belum reda setelah lebih setahun berterusan.

Sumber: Anadolu Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 14:07


Saksi melaporkan bahawa tentera penjajah Zionis memaksa orang awam Palestin yang berlindung di sekolah Krizem kelolaan PBB untuk keluar daripada bangunan sekolah. Lalu mereka disasarkan dengan artileri berat, membunuh sekurang-kurangnya 7 orang dan mencederakan puluhan lagi.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 11:47


Sumber perubatan:

πŸ’’ 640 syahid akibat pencerobohan tentera penjajah Zionis di kem pelarian Jabalia, utara Gaza selama 17 hari berturut-turut

πŸ’’ 41 syahid akibat genosid Zionis ke atas Gaza sejak subuh tadi, 33 daripada mereka di utara Gaza

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 11:42


Pelapor Khas PBB Francesca Albanese mengecam serangan penjajah Zionis, hukuman mati, pemindahan paksa secara besar-besaran, dan penderaan teruk terhadap orang awam Palestin.

Beliau menekankan apa yang berlaku di Gaza adalah "bukti yang memalukan kepada kegagalan global untuk melindungi hak asasi manusia."

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 11:35


"Pada masa ini, tentera penjajah Zionis sedang membakar sekolah Hamad bersebelahan hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza. Api merebak ke generator hospital. Rayuan segera dibuat untuk menyelamatkan pesakit yang masih berada di dalam hospital"

- Aktivis Saeed Al-Za 'anin

Sumber: Quds News Network

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 11:02


Menarik bila mendengar kronologi Al-Jazeera tentang saat-saat akhir YS.

YS bersama 2 lagi mujahidin sedang berlegar di kawasan Tal As-Sultan di Rafah. Kawasan Tal As-Sultan adalah kawasan panas sejak awal genosid – ia menjadi pentas peperangan di antara tuan tanah dan penjajah berkali-kali selain menjadi sasaran berterusan bedilan roket dan mortar.

Entah apa yang sedang dilakukan YS bersama komander Tal As-Sultan, Abu Yusuf. Barangkali mereka sedang berpusing dari lokasi kubu mujahidin ke lokasi lain, meninjau keadaan para pemuda dan meniup semangat ke dalam diri mereka.

Tiba-tiba mereka bertemu dengan kumpulan Zionis - pertempuran hebat berlaku dan ketiga-tiga mujahidin terpaksa berpecah. YS mengengsot masuk ke sebuah rumah, duduk di sofa dalam keadaan cedera parah, memikirkan tindakan seterusnya.

Dron penjajah datang meninjau melihat keadaan sang mujahidin yang belum dikenali identitinya. Kayu dilemparkan YS sebagai langkah akhir menyatakan amarah kepada penjajah yang telah begitu lama menjarah tanah airnya, bumi barakah.

Dron terbang keluar, maklumat disampaikan kepada pusat kawalan, kereta kebal digerakkan ke lokasi dan bedilannya memusnahkan rumah tempat YS berlindung.

Beliau syahid dan anjing-anjing penjajah mencari jenazahnya sebelum dikenal-pasti siapakah pemilik tubuh tersebut.

Subhanallah.

Macam dalam filem tetapi ia benar-benar berlaku.

Paling menakjubkan ia mematahkan segala tuduhan penjajah tentang pimpinan mujahidin.

Mereka tidak menyorok di dalam terowong malah berada di barisan paling hadapan.

Mereka tidak menggunakan rakyat sebagai benteng berlindung tetapi mereka berada di tempat kosong yang jauh dari penduduk.

Mereka tidak hidup senang tetapi tangkas berjuang, melihat pejuang di benteng-benteng pertahanan dan meniupkan semangat supaya mereka sanggup terkorban di jalan berduri yang panjang.

Beberapa hari selepasnya, tuan rumah tempat YS berlindung, berkongsi video rumahnya sebelum perang, dan dengan penuh bangga menyatakan bahawa rumahnya tempat sang singa terkorban.

Beruntunglah engkau duhai Sinwar, sepanjang hidup berjuang, mati menjadi inspirasi dan legasi untuk generasi pembebas akan datang.

Semoga kami menurut langkahmu kelak, ameen Ya Rab.

Sumber: Nadir Al Nuri

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 10:55


Media Zionis, Haaretz:

πŸ”»Seorang pegawai dalam pasukan rundingan memaklumkan kepada keluarga tawanan di Gaza bahawa Hamas tidak berpecah selepas pemergian Sinwar, dan mereka terus bekerja dan keadaan mereka stabil.

πŸ”»Seorang pegawai dalam pasukan rundingan memaklumkan kepada keluarga tawanan di Gaza bahawa kedudukan Hamas dalam rundingan tidak menjadi lemah dan mungkin menjadi lebih tegas. Mesti ada fleksibiliti dalam 'kerajaan Israel' untuk meneruskan rundingan dan membawa pulang tawanan.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 10:43


πŸ’’ Untuk 17 hari berturut-turut, dengan lebih kurang 200,000 orang awam Palestin dikepung dan dibom dalam masa yang sama di utara Gaza, terutama di kem pelarian Jabalia tanpa seorang pun bertindak menghentikan kekejaman ini.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 10:32


Sumber perubatan: 33 syahid akibat serangan penjajah Zionis ke atas Gaza sejak subuh, 27 daripada rakyat Palestin yang syahid adalah daripada utara Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Oct, 10:29


Wakaf Islam di Baitulmaqdis: Lebih daripada 1,000 pendatang haram Zionis dan Yahudi ekstrim menceroboh Masjid Al-Aqsa sejak pagi tadi.

Sumber: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 03:01


πŸ’’ Seorang kanak-kanak kecil menjadi sasaran peluru hidup oleh dron Zionis. Apabila orang ramai cuba menyelamatkan kanak-kanak itu, tentera penjajah Zionis sekali lagi menyerang dengan menjatuhkan bom/peluru berat lalu membunuh dan mencederakan yang lain.

Sumber: Anadolu Agency

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 02:40


Wartawan Palestin, Fadi Alwhidi dilaporkan koma akibat kesihatannya yang merosot teruk kerana kepungan berpanjangan tentera penjajah Zionis di utara Gaza dan kehabisan bahan api.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 02:20


Saya tidak fikir kehilangan Yahya Sinwar akan memberi kesan yg ketara kepada kekuatan Hamas sebagai pasukan pejuang.

Dua hari lepas, Penganalisis Tentera di Electronic Intifada, Jon Elmer berkata:

β€œIsrael berkata mereka mempunyai kawalan operasi ke atas Jabalia pada bulan November 2023. Mereka kembali pada bulan Mei 2024 tetapi berhadapan serangan brutal oleh Briged Pejuang..kemudian mereka kembali pada hujung minggu ini & mereka telah dilanda 50 operasi kualitatif sejak Ahad sedozen lagi….Bahkan Israel baru keluar dari Rafah, hari-hari terakhir mereka berada di Rafah, mereka sekali lagi dipukul oleh Briged Pejuang.”


Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/analisis/2566

Sumber: Dunia Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 02:00


Ruang Seni Universiti Belanda membuat simulasi video and audio keadaan genosid Zionis di Gaza.

Mari kita kerahkan tenaga dan fikiran kita untuk sentiasa menyampaikan dan menyedarkan masyarakat mengenai ribuan nyawa yang dibunuh dengan kejam di Gaza.

Sumber berita: Al-Jazeera

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 01:48


Kita dikejutkan dengan kematian Yahya Sinwar panglima Hamas.

Baru saja beliau menjawat jawatan itu selepas peninggalan Ismail Haniyeh.

Jelas dalam rakaman bagaimana Yahya Sinwar tetap berjuang membaling kayu kepada drone dengan tangan kiri, sedang tangan kanannya sudah cedera.

Inilah manifestasi berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Kematiannya sangat mulia. Dan ketika mendengar berita cara kematian beliau, saya tak habis-habis teringat tentang kisah sahabat Nabi iaitu Ja'far tadi.

Moga-moga Allah kurniakan syahid kepada Yahya Sinwar.

Insyaallah, kehidupan di sana lebih nyaman dan mendamaikan.

Tiada lagi Israel. Tiada lagi musuh.

Moga Yahya Sinwar pun digantikan tangannya dengan sayap, terbang di dalam syurga bersama para syuhada'.

(3/3)

[Nukilan : Yazid Hamka di X]

Sumber: Terkini Palestin

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 01:46


Panji (bendera) umat Islam dipegang oleh Ja'far, sebagai mana yang Nabi arahkan.

Dia pegang bendera dengan tangan kanan, sambil terus berperang.

Tangan kanan Ja'far dilibas sehingga putus.

Sebelum panji jatuh, dia pegang guna tangan kiri pula dan terus mara.

Tangan kiri pula ditetak hingga putus.

Tetapi panji takkan dilepaskan.

Kedua-dua bahagian atas lengan yang masih ada, digunakan untuk kepit panji supaya terus tegak berkibar.

Tanda Islam tidak akan sesekali jatuh.

Dia terus mara, sehinggalah dia sendiri terkorban syahid di jalan Allah.

Tugas kepimpinan disambung oleh Abdullah bin Rawahah, yang juga kemudian syahid.

Khalid al-Walid menggantikan tugasan itu, menjadi panglima dan menyusun kembali ketumbukan tentera umat Islam.

Akhirnya umat Islam memenangi Perang Mu'tah.

Dan berita kemenangan ini sampai kepada Rasulullah yang berada di Madinah.

Islam menang lagi. Alhamdulillah.

Satu hari, Rasulullah menyebut tentang Ja'far.

"Tadi aku masuk ke dalam syurga. Aku lihat suasana di dalamnya. Dan aku melihat Ja'far sedang terbang bersama para malaikat dengan dua sayap."

[Jami' Saghir 4367, Sahih Jami' 3363]

Tangan Ja'far yang terputus dan dikorban dalam perjuangan, Allah telah gantikan dengan dua sayap.

Rasulullah lihat Ja'far terbang gembira bersama para malaikat di dalam syurga.

(2/3)

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 01:43


Kesyahidan Yahya Sinwar dan Ja'far

Awal tahun 8 Hijrah, Rasulullah gerakkan tentera untuk memerangi Rom (Byzantine) di Syria.

Baginda lantik Zaid bin Harithah sebagai panglima perang. Tetapi baginda bagi satu pesanan dan arahan yang sedikit aneh.

Kata baginda, andai Zaid bin Harithah gugur, Ja'far bin Abi Talib perlu menjadi pengganti. Andai Ja'far pun syahid, gantikan dengan Abdullah bin Rawahah. Andai dia pun gugur, pilih mana yang masih berbaki.

Zaid -> Ja'far -> Abdullah

Mereka faham, kalau arahan begini keluar daripada sabda baginda, maknanya peperangan yang bakal mereka hadapi sangat dahsyat dan ramai yang akan gugur.

Kedua-dua pasukan bertemu di Mu'tah.

3000 umat Islam menentang 100 000 tentera kafir.

Memang, pertempuran sangat sengit.

Zaid, panglima pertama dah jatuh gugur dan mati syahid.

(1/3)

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 01:40


β€œKami tidak melihat tanda-tanda bahawa 'Israel' melakukan genosid di Gaza,” kata jurucakap Kementerian Luar Jerman Sebastian Fischer semasa taklimat akhbar di Berlin.

Jerman mengesahkan sokongan mereka, tanpa belah bahagi terhadap pencerobohan "Israel" ke atas Gaza, walaupun jumlah kematian orang awam semakin meningkat.

Sebastian Fischer memberikan komentar berikutan serangan udara penjajah Zionis ke atas khemah yang melindungi penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Hospital Al-Aqsa di tengah Gaza, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang awam syahid dan banyak kecederaan.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan orang awam Palestin terbakar hidup-hidup, manakala penyelamat berusaha menyelamatkan orang lain dan mengawal kebakaran di halaman hospital. Kejadian ini berlaku sejurus selepas satu lagi genosid yang mengorbankan 22 orang, termasuk 15 kanak-kanak, di sebuah sekolah UNRWA di kem pelarian Nuseirat, yang turut melindungi orang awam yang kehilangan tempat tinggal.

Sumber: Al-Mayadeen

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 01:32


Pakar PBB telah menyatakan bahawa petani Palestin di Tebing Barat yang dijajah menghadapi musim zaitun paling berbahaya sepanjang tahun ini disebabkan oleh ugutan, akses terhad kepada tanah, gangguan kejam, dan serangan oleh pendatang haram Zionis yang bersenjata.

Pagi semalam, seorang wanita Palestin berusia 60 tahun ditembak dan dibunuh oleh tentera penjajah Zionis di kampung Faqqua, timur laut Jenin di Tebing Barat yang dijajah.

Serangan itu susulan insiden di mana tentera penjajah Zionis melepaskan tembakan ke arah demonstrasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Anti-Penjajahan dan Tembok (Colonization and Wall Resistance Commission) untuk membantu petani dari kampung Kafr al-Labad, timur Tulkarm memetik buah zaitun dari tanah mereka.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 23:30


"Sesiapa yang ada air, tolong padamkan api!"

"Tidak ada air untuk memadamkan api yang merebak, ya Allah!"


Pengepungan semasa kem pelarian Jabalia di utara Gaza oleh tentera penjajah Zionis merupakan satu bentuk 'ghettoization', apabila penjajah Zionis melarang kemasukan sebarang barangan ke utara Gaza sambil meletupkan kawasan kediaman dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 23:09


πŸ”» Pasukan khas Zionis diperangkap dalam salah satu rumah pra-dibom berhampiran Persimpangan Al-Saftawi, barat kem Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

00:14 - "Barang anda akan dikembalikan kepada anda."

00:20 - Menyediakan serangan hendap.

0:21 - "Pemantauan akan dibuat dari lorong-lorong selamat antara rumah sehingga serangan hendap kedua."

00:33 - "Demi Allah, kami akan rasakan kamu ditimpa malapetaka dan kengerian. Para pejuang heroik kami bekerja di bawah pengawasan dron [anda] dan deruan peluru."

00:42 - Memerangkap rumah dengan peluru berpandu MK82 dari sisa musuh. (Peluru berpandu IOF yang tidak meletup) "Ke neraka adalah takdir mereka."

01:09 - "Tanamlah, tanamlah."

01:17 - "Kami tidak peduli, di sini kami tidak lebih daripada 6 atau 7 meter [daripada musuh]. Kami mahu menyalakan mereka, bukan membiarkan mereka menyala, kami mahu menyalakannya. Kami bersedia untuk mereka, kami merancang dan menyediakan untuk mereka pelbagai jenis kematian, insya Allah."

01:29 - Saat pasukan musuh memasuki rumah yang diperangkap.

01:46 - Meledakkan rumah terhadap pasukan musuh. "Allah Maha Besar."

02:06 - Bertembung dengan pasukan sokongan pada hari berikutnya.

02:26 - "Di mukanya, jika dia mahu menyusup dari sini ke menara, ia akan mengewapkannya.

02:34 - Meletupkan alat letupan anti-personel terhadap pasukan infantri.

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

#mujahidin

Sumber: Qassam Malaysia

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 17:01


Majulah Wahai Yahya

Lagu yang Fetya tak sempat rakam.πŸ‘‡

Kita minta bantuan Ai - https://aimusic.so/music/1014932-%D9%82%D8%B5%D9%81%D9%83%D9%85-%D8%AA%D9%84-%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D8%A8

Majulah wahai Yahya
Menghidupkan Haniyah
Terbunuh lagi ke syurga
Oh israel bunuhlah

Strategi dan bertahap
Muslihat dan perangkap
atas bawah terowong menghendap
Majulah Yahya terus merentap

Ω‚ΩΨ΅ΩΩΩŽΩƒΩΩ… Ψͺِل اَبيب Ψ£Ψ³Ω‡Ω€ΩŽΩ„ΩŽ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω†Ψ§ مِن Ψ΄ΩΨ±Ω’Ψ¨ΩŽΨ©Ω Ψ§Ω„Ω…Ω“Ψ§Ψ‘
Meledak lebih mudah
Dari mereguk air
meroket lebih mudah
Dari mereguk air
Menyerang lagi mudah
Dari terhegeh-hegeh dengan musuh

Penerus terbaik dari Pendahulu terbaik
Sinwar, Simple, tenang, ayoh!

Sumber: Fetya / DP

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 16:44


Zionis sengaja menerbitkan video saat-saat akhir sebelum mereka membunuh Yahya Sinwar dengan niat ingin memalukannya.

Hakikatnya, ia telah menunjukkan kepada dunia bahawa inilah pemimpin pejuangan yang sebenar.

Video ini menjadi bukti kepada kata-kata β€œberjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir”

Semoga Allah SWT mencucuri roh Yahya Sinwar dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Terkini Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 16:32


Rakaman video menunjukkan saat anggota pertahanan awam Gaza mengambil jenazah kanak-kanak daripada runtuhan rumah yang menjadi sasaran serangan udara penjajah Zionis di kejiranan Al-Nasr di Gaza pada Khamis.

Sejak 7 Oktober 2023, 42,438 rakyat Palestin di Gaza telah dibunuh oleh tentera penjajah Zionis dengan lebih 99,246 cedera dan sekurang-kurangnya 10,000 masih hilang, mungkin tertimbus di bawah runtuhan.

Sumber: Middle East Eye

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 16:16


πŸ”΄Pergerakan Hamas

Kami meratapi pemimpin syahid Mahmoud Hamdan β€œAbu Yousef”, komander Batalion Tel Sultan di Rafah, yang syahid semasa mara dan tidak berundur, bertempur dengan tentera penjajah di kawasan kejiranan Tel Sultan, bersama ketua Taufan Al-Aqsa, pemimpin mujahid yang syahid Yahya Sinwar.

Laman Web Rasmi - Pergerakan Hamas

#mujahidin

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 16:03


Tentera penjajah Zionis memutuskan sepenuhnya komunikasi dan internet dari utara Gaza, di tengah-tengah kepungan teruk dan pengeboman tanpa henti di kawasan itu, mengasingkannya dari seluruh Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 15:46


πŸ”΄Antara intipati ucapan Dr Khalil Al-Hayya di Al-Jazeera:

⭕️ Yahya Sinwar adalah kesinambungan kepada kafilah para syuhada yang agung, mengikut jejak langkah Sheikh Ahmad Yassin.

⭕️ Darah para syuhada akan terus menyinari jalan dan menjadi pendorong kekuatan dan keteguhan kami.

⭕️ HAMAS akan terus maju sehingga tertegaknya negara Palestin di seluruh tanah Palestin dan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.

⭕️ Kesyahidan Yahya Sinwar dan pemimpin lain yang mendahului beliau akan menguatkan lagi gerakan kami.

⭕️ Tawanan penjajah tidak akan kembali melainkan dengan penghentian serangan ke atas Gaza, pengunduran penuh serta pembebasan tawanan kami dari penjara.

⭕️ Sinwar syahid dalam keadaan berhadapan musuh, tidak berundur, berada di barisan hadapan pertempuran dan bergerak di antara lokasi-lokasi pertempuran.

Sumber: Al-Jazeera / CGM

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 15:31


πŸ”΄Timbalan ketua pergerakan Hamas di Gaza, pemimpin Mujahid Khalil Al-Hayya

"Kami berkata kepada mereka yang menangisi tawanan Zionis bahawa mereka tidak akan kembali melainkan perang berhenti, keluar dari Gaza, dan kembalinya tawanan Palestin."

β€œSalam sejahtera ke atasmu, wahai Abu Ibrahim, lelaki yang suci dan bertakwa. Salam sejahtera ke atasmu, seorang pemimpin dan syuhada di taman-taman abadi, insya-Allah. Sejarah akan menulis bahawa anda menulis baris pertama tahap pembebasan.

Sumber: Shehab Agency / TP

https://t.me/taufan_alaqsa

Taufan Al Aqsa πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 15:16


Ucapan Panglima Hamas, Al-Mujahid Yahya Al-Sinwar buat rakyat Malaysia dalam sebuah majlis pada tahun 2022.

Sumber: Dunia Palestin

https://t.me/taufan_alaqsa