Parenting Maznah Ibrahim @ehsabar Channel on Telegram

Parenting Maznah Ibrahim

@ehsabar


Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Parenting Maznah Ibrahim (Malay)

Parenting Maznah Ibrahim adalah sebuah saluran Telegram yang menghimpunkan ibu bapa dan individu yang berminat dalam pendidikan hati, emosi, dan spiritual anak-anak. Dikendalikan oleh pengguna dengan nama ehsabar, saluran ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dalam bidang psikologi, parenting, dan kesihatan mental untuk membantu ibu bapa memahami anak-anak mereka dengan lebih baik. Dengan fokus pada pendidikan emosi dan spiritual, saluran ini menjadi tempat yang baik untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk membina hubungan keluarga yang lebih kukuh. Dapatkan tips dan panduan berguna dari Maznah Ibrahim serta kongsikan pengalaman anda dengan komuniti yang memahami dan sokong anda dalam perjalanan membesarkan anak-anak yang sihat dan bahagia. Sertai kami di Parenting Maznah Ibrahim untuk menjadi ibu bapa yang lebih berpengetahuan dan berkesan!

Parenting Maznah Ibrahim

13 Feb, 14:36


4 Tips Persediaan Mental Emosi anak Kembali ke Sekolah.

Boleh baca tips saya di setiap foto ini ya.

https://www.facebook.com/share/p/164e52SuX2/?mibextid=oFDknk

Parenting Maznah Ibrahim

13 Feb, 12:51


2 Minggu Lagi - Healing & Transformasi

Join Webinar Emosi Besar Kita bulan ini – kita guna *ekspresi seni* untuk luahkan rasa & fikiran, agar hati lebih lega. 🎨

Apa yang anda akan dapat:
Kenali ‘coping skill’ sesuai utk cabaran anda
Jumpa kekuatan tersembunyi & cara baru fahami perasaan
Praktikal & boleh diguna segera selepas webinar

Kita akan explore teknik visual & kinestetik (otak kanan), termasuk topik:
🌟 Mengurus rasa bersalah & keraguan diri
🌟 Membina keyakinan

Jangan lepas peluang ni utk healing & transformasi melalui seni. ❤️

👉 Daftar sekarang: https://webinar.maznahibrahim.com/emosi

Yuran: RM59 sahaja (terhad!)

Ambil langkah pertama utk jemput inspirasi. Jangan tunggu lagi! 🚀

#WebinarEmosi #HealingThroughArt

Parenting Maznah Ibrahim

08 Feb, 04:38


Ibu Bapa, Sampai Bila Nak Terus Rasa Bersalah?

Anda cuba jadi ibu bapa terbaik, tapi dalam diam...

Rasa bersalah makin menghantui – "Adakah saya cukup luangkan masa dengan anak-anak?"
Terbeban dengan ‘standard masyarakat’ – "Apa kata orang kalau cara saya berbeza?"
Keyakinan makin pudar – "Adakah keputusan saya sebagai ibu bapa ini betul?"

Setiap hari, tanggungjawab yang tiada hentinya dan kurangnya sokongan sosial menjadikan tekanan ini semakin berat.

Dan yang lebih menyedihkan… emosi ini turut menjejaskan hubungan anda dengan anak-anak.

Tapi ada cara untuk keluar dari kitaran ini.

Anda tak perlu hadapi semuanya sendirian.

*Apa yang akan dikongsikan:*
✔️ Memahami Emosi Negatif Ibu Bapa
✔️ Mengurus Rasa Bersalah dan Keraguan Diri
✔️ Menangani Kesedihan dan Keletihan
✔️ Alat Praktikal untuk Pengurusan Emosi

Sertai Puan Maznah dalam Webinar Hands On ini:

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/emosi

Parenting Maznah Ibrahim

01 Feb, 01:51


Webinar Terbaru Bulan Ini

Pendaftaran Early Bird dibuka sekarang!

KLIK >>https://webinar.maznahibrahim.com/emosi

Early Bird ini hanya dibuka hanya untuk waktu terhad.

Istimewa - Kali ini berbeza sedikit, saya akan gunakan Kaedah Ekspresi Seni (biasanya saya guna dalam sesi terapi sahaja)

Jadi anda akan dapat pengalaman secara 'hands on'.

Maklumat lanjut boleh rujuk di dalam link di atas.

Parenting Maznah Ibrahim

30 Jan, 08:37


Mesej saya untuk semua ibu ayah yang rasa sentiasa ada cabaran dan diuji dalam perjalanan keibubapaan kita.
Saya mendoakan kita semua tetap kekal tabah dan dimudahkan semua urusan.
Kekal berpegang eguh kepada tali yang kukuh bersama prinsip yang baik.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
.

Parenting Maznah Ibrahim

22 Jan, 11:03


Peringatan untuk diri kita sendiri, iaitu berusaha menjadi dan berkata seperti apa kita mahu anak berkata dan jadi.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan

Parenting Maznah Ibrahim

04 Jan, 00:45


Last call - Webinar Malam ini

Ada yang bertanya: “Webinar ini sesuai ke untuk anak saya yang baru 5 tahun?”

Jawapannya: Sesuai! Mengetahui lebih awal membantu kita bersedia dengan respon yang tenang dan hikmah bila situasi berlaku.

Sama seperti kita belajar teknik CPR sebelum berlaku kecemasan – persediaan awal membantu kita bertindak dengan tenang bila situasi genting terjadi.

Komponen pertama webinar ini fokus pada pencegahan – membina perisai awal untuk elak konflik jadi lebih teruk.

Jom, daftar sekarang & jumpa malam ini

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/buli
.
>Rakaman disediakan

Parenting Maznah Ibrahim

28 Dec, 13:57


Pendaftaran early bird webinar Buli dan Persediaan Anak kini dibuka.

👉 Yuran istimewa RM49 sahaja!

Tarikh: 4 Januari (Sabtu)
Masa: 8:45pm

Tapi... Tawaran ini hanya sah sehingga 12 malam, 31 Disember 2024.

Adakah anda betul-betul bersedia untuk pastikan anak anda:
✔️ Tidak menjadi mangsa buli?
✔️ Tidak menjadi pembuli?
✔️ Tahu cara bertindak jika situasi buli berlaku?

Dalam webinar ini, anda akan belajar:
Cegah sebelum ia berlaku – cara bina keyakinan diri dan skil sosial anak.
Kenal tanda-tanda awal – anak mungkin dibuli atau membuli.
Tindakan segera – apa yang ibu bapa perlu buat untuk bantu anak dengan bijak.
Solusi jangka panjang – lindungi anak secara emosi, mental, dan sosial.

Sesuai untuk:
Ibu bapa dengan anak bawah 13 tahun terutama yg ada anak-anak yang akan masuk sekolah menengah, darjah 1, atau asrama tahun depan.
Ibu bapa yg bimbang tentang risiko buli kepada anak.
Ibu bapa yg mahu bersedia awal

Daftar» https://webinar.maznahibrahim.com/buli

Cegah sebelum terlambat.

Parenting Maznah Ibrahim

28 Dec, 02:40


"Mak... Ayah... anak-anak kita kuat ke untuk hadapi dunia yang penuh cabaran ni? 😟

Zaman sekarang, isu buli dah jadi macam perkara biasa.

📌 Di sekolah, di asrama, malah di media sosial sekalipun, anak-anak kita terdedah kepada risiko ini.

Dan kita selalu terfikir...

👉 Bagaimana jika anak kita menjadi mangsa?
👉 Atau lebih merisaukan... bagaimana jika anak kita pula yang jadi pembuli?

Kita tak nak perkara ini terjadi, kan? Sebab kesannya bukan main-main :-

Keyakinan diri anak kita hancur.
Prestasi akademik terganggu.
Emosi anak berubah, dan kita sendiri pun tak tahu nak buat apa.

Saya bercadang untuk buat webinar berkaitan buli untuk membantu anda memahami isu ini dan persiapkan anak dengan cara yang betul.

Jom kita sama-sama.

'Stay tune' malam ini 8.30 malam saya akan buka pendaftaran 'Early Bird' ye.

#CegahSebelumParah

Join group whatsapp ini jika tak mahu terlepas

👉🏻https://chat.whatsapp.com/JUW9PTnpfyeJQGFAIHve20
.
.

Parenting Maznah Ibrahim

29 Nov, 08:13


[Malam esok]

Jangan ketinggalan webinar live untuk bulan ini.

Daftar >>
https://webinar.maznahibrahim.com/dengarlah


.

Parenting Maznah Ibrahim

24 Nov, 08:26


Transgenerational Trauma. Bilakah mahu mula ubah? Sekarang.

Betapa kita berusaha untuk 'break the cycle', pada ketika ini, kerana kita sendiri akan nampak kesan anak dimarahi teruk kerana emosi ibu bapa sendiri (tanpa penerangan jelas dan logik), kepada 'circle' anak itu sendiri;
- dia kepada adiknya
- dia kepada rakannya
- dia kepada ibu bapa pula

Belajar bersabar dan lebih berhemah dalam menyantuni anak walau dia masih bayi.

Sebagai individu dewasa, kita sendiri boleh refleksi sendiri kelayakan kita menguruskan emosi dengan menghambur kepada anak kecil jauh bawah usia adalah tidak sesuai sama sekali.

Urus emosi sendiri dengan sebaiknya.

Tarik nafas,
Hembus,
Syukur kerana boleh 'pause' dan tak teruskan yang tidak baik kepada anak.


Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan

Parenting Maznah Ibrahim

17 Nov, 12:12


5 ALTERNATIF KEPADA 'TAK BOLEH' agar anak-anak bijak kita kurang buat hal dan boleh beri kerjasama kepada kita.

(Kita Usaha untuk guna alternatif yang lebih positif dan baik, ok)
.

1. Berbanding berkata tidak/jangan, beritahu apa yang BOLEH atau yang KITA MAHU DIA BUAT.

Cth
Jangan panjat, katakan "Turun, sayang, sofa untuk diduduk. (Nanti petang kita gi panjat kat playground)".

Jangan sepak, katakan "Kaki untuk jalan atau lari bukan sakitkan badan orang lain".
.
.

2. Berbanding JANGAN/BERHENTI MERENGEK, katakan:

"Cuba Adik cakap betul-betul apa yang Adik mahu, Mama akan lebih faham kalau Adik cakap elok-elok".
.
.

3. Berbanding Mama TAKKAN BELIKAN X (apa yang anak nak sangat), katakan "Mama TAK DAPAT belikan barang X, TAPI APA KATA MAMA BELI yang Y ni atau kita buat Z sendiri 😍".
.
.

4. Berbanding Jangan sedih/marah-marah, tetapi katakan :

"Jika mama jadi abang, mama pun akan rasa sangat marah, tapi mama akan beritahu orang tu tak boleh rampas, minta elok-elok, .... bukan pukul dia".
.
.

5. Berbanding "Papa tak boleh main dengan adik sekarang", katakan :

"BOLEH, kita main itu selepas Papa siapkan sikit lagi kerja ini/ sembang 5 minit dengan uncle ni. Sementara tu adik main dulu / buat xxxxx dulu, ok. Adik ingatkan Papa kalau Papa terlupa. TQ Sayang!".
.
.
.

Beri RUANG,
ALTERNATIF & SOLUSI,
bukan tutup terus.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Sertai saya dalam webinar terbaru untuk bulan November ini.

Kali ini kita akan fokus topik komunikasi ibu bapa - anak.

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/dengarlah

.
.

Parenting Maznah Ibrahim

09 Nov, 23:38


[Early Bird Dibuka]

Seringkali, ibu ayah berdepan dengan kesukaran berkomunikasi dengan anak, di mana mesej yang disampaikan tidak sampai, dan respon anak pula tidak seperti yang diharapkan.

Ini menyebabkan ketegangan, menjauhkan hubungan, dan membuatkan anak berasa tidak difahami, serta ibu ayah merasa seperti 'gagal' dalam mendidik.

Namun, sebenarnya masalahnya bukan pada anak, tetapi pada cara kita menyampaikan mesej.

Anak hanya akan bertindak mengikut apa yang kita harapkan apabila kita menggunakan pendekatan yang lebih tepat, baik, dan berkesan.

Sertai puan Maznah dalam webinar terbaru untuk bulan november ini.

Kali ini kita akan fokus topik komunikasi ibu bapa - anak.

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/dengarlah

p/s: yuran early bird dibuka hanya untuk 40 terawal sahaja.

Parenting Maznah Ibrahim

29 Oct, 02:06


[Webinar Percuma]

Jika anda free sekarang, boleh jemput sertai webinar ini ye.

https://meet.google.com/tgo-umqy-baa

Parenting Maznah Ibrahim

26 Oct, 06:16


[Last Call]

Gambar di atas adalah sebahagian daripade slide untuk webinar malam ini.

Jika anda belum mendaftar, boleh terus ke link ini:

https://webinar.maznahibrahim.com/stres

Jumpa anda malam ini 👍🏻😊

p/s: Nota pdf dan rakaman akan diberikan

Parenting Maznah Ibrahim

25 Oct, 01:29


[Malam Esok]

Kita jumpa malam esok ye 😊👍

Daftar di sini >>
https://webinar.maznahibrahim.com/stres

Parenting Maznah Ibrahim

21 Oct, 02:04


[Sabtu Ini]

Jom sertai saya dalam webinar terbaru saya sabtu ini:

Jika anda belum mendaftar, boleh terus klik link di bawah:

KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/stres

p/s: daftar segera sebelum yuran meningkat lagi.

Parenting Maznah Ibrahim

11 Oct, 11:50


Akan Dibuka 9.30 Malam ini

Pendaftaran Webinar terbaru untuk bulan ini akan dibuka sebentar lagi.

Macam biasa, daftar awal untuk dapatkan yuran Early Bird.

Nantikan ye. .👍🏻😊

Parenting Maznah Ibrahim

06 Oct, 07:16


Orang sabar akan menang akhirnya.
Bijak pada strategi bukan pada peperangan fizikal dan emosi.

Terima sahaja ter'kalah' sebab tak beritahu awal-awal kepada anak akan syarat atau batasan yang kita nak tetapkan buat mereka.

Jadi, pada momen seterusnya, kita siap sedia dengan perisai: beritahu peraturan/batasan kita mahu perkenalkan kepada anak.
.

Contoh,
Beritahu tutup skrin pada pukul 7 malam.
Mandi dulu baru tengok tv.
Kerja sekolah siap kita ke taman permainan.
Hadiah tertentu bila capai tertentu.
Phone ibu 10 minit aja, alarm bunyi pulangkan semula, dan request lagi baru dapat lagi.

Ini bagi menyediakan minda anak untuk apa tidak boleh dan apa boleh.
.

Jika tidak, bersedialah, drama ketegangan akan berlaku, kerana anak tidak tahu setakat mana dia boleh langkaui kita, atau anak sengaja test batasan kita, atau anak sedang beremosi besar serta tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan mengenai batasan (yang baru nak disebutkan) lagi.....

Maznah Ibrahim,
T.mazn.me/chan
.

Parenting Maznah Ibrahim

05 Oct, 05:04


6 Kunci Ibu Bapa Boleh Terus Kekal Positif:

Sabar itu dalam tindakan,

dan sebenarnya bermula dengan NIAT iaitu mahu sabar, kekal tenang dan PERCAYA bahawa "aku boleh sabar". Sebab itu saya letak "Fikir: Sabar" dahulu sebab manusia ini kekuatannya adalah pada akal fikiran yang matang rasional berbeza dari makhluk ciptaan Allah yang lain...
.

Tindakan RESPONSIF bukan reaktif.

Sebagai manusia biasa, memang kita mudah reflek secara spontan dari tekanan diberikan oleh persekitaran termasuk anak-anak. Reaktif bermaksud reaksi kita berkemungkinan 'sama' level dengan permintaan atau tekanan dari anak-anak. Maka berbalik kepada poin pertama tadi, iaitu, kita perlu respon sama usia kita, tunjukkan contoh kita sebagai Ibu dan Ayah yang jauh lebih usia dari anak-anak yang belum matang dalam usia dan pengalaman kehidupannya.
.

Bicara Kita, perlu DENGAR dahulu, baru respon.

Ini agar kita fahami benar-benar apa yang nak disampaikan oleh si anak, walau anak bayi yang beri petunjuk klu bukan lisan. Mendengar adalah skil penting dan ia perlu dilatih; DENGAR ISI apa nak disampaikan sebenarnya dan DENGAR EMOSI anak yang tidak diungkapkan. Kadangkala anak cakap lain, tapi maksud dia adalah lain. Tapi bila kita mampu dengar EMOSI anak, dan sebut semula perasaan dia, kita akan lebih efektif dalam memahami dan memenuhi keperluan si anak.
.

'Pause', Berhenti Sebentar dengan Tarik Nafas Dalam-dalam.

Ini akan membantu kita dalam mempraktikkan 'respon', bukan 'react' tadi. Saya akui kita semua amat pantas dalam bertindak kerana faktor zaman masa kini yang serba laju, dan mencabar. Namun dengan belajar 'pause' sekejap, kita akan bantu banyak diri kita agar tidak tersilap dalam sebutan dan perkataan, sehingga menyesal di kemudian hari nanti.
.

'Self Care'; Jaga Makan, Tidur dan 'Exercise'.

Ini keperluan asas fizikal tubuh kita, yang mana mungkin kita mudah tertekan sebab kita lapar atau terlalu kenyang (jadi malas/ berat), kita salah makan, atau salah cara makan, dan kandungan pemakanan kurang seimbang. Kita kurang tidur atau terlebih tidur, dan kita sudah lama tidak bersenamn fizikal. Kesemuanya menyebabkan tenaga kita tidak seimbang, serabut, dan kelam kelibut. Senaman, tidak perlu terlalu lama, mulakan dengan no 1, iaitu 1 kali seminggu (30 minit berjalan kaki), atau satu kali sehari selama 10 minit atau 1 minit berjalan dalam hayunan tangan dan kaki (jalan setempat).
.

Koneksi dengan Tuhan.

Ini sebenarnya amat penting dan 'core' kepada kestabilan diri ibu ayah. Dengan kembali kepada Pencipta kita, kita sebenarnya akan lebih terpandu dalam setiap urusan harian kita. Berdoa dan dekatkan diri dengan Tuhan. Lakukan amalan tertentu secara rutin dan berkesan, kecil dan konsisten ya.
.
.
Saya ambil berat kesejahteraan anda, sebab anda dan anak-anak anda adalah persekitaran dalam zaman masa yang sama kita duduki. Ia tetap beri kesan kepada keseluruhan ekosistem kita.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan

Parenting Maznah Ibrahim

29 Sep, 02:16


Terima kasih atas usaha kita setiap hari demi perkembangan terbaik anak-anak kita.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

Parenting Maznah Ibrahim

28 Sep, 02:55


Tool #2 yang akan dikongsikan malam ini adalah yang mungkin kita perlukan dalam memahami isi hati keperluan utama anak kita.
InsyaAllah mudahan apa yang misteri tu terjawab dan kita penuhkan tangki emosi keperluan anak kita ya.

#ParentingMaintenance
#PreventiveMaintenance dalam keibubapaan masa kini
#PredictiveMaintenance dalam keibubapaan masa kini

Jangan terlepas peluang:

Webinar Parenting Maintenance|

https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance

Parenting Maznah Ibrahim

25 Sep, 14:30


Sudah tentu kita kisah, seperti kita menjaga alatan/benda kesayangan kita...

Daftar segera: >> Webinar Parenting Maintenance
.

Parenting Maznah Ibrahim

18 Sep, 21:07


Melalui anak, kita belajar untuk banyak bersabar.

Maznah Ibrahim
.

Parenting Maznah Ibrahim

16 Sep, 05:24


Semalam, 14 September 2024 saya menonton filem ‘Wild Robot’ bersama anak-anak dan suami.

Di sini saya senaraikan 9 poin yang saya perolehi dari filem ini untuk kita sama-sama pelajari.

https://maznahibrahim.com/ulasan-filem-wild-robot-dari-perspektif-keibubapaan/

Parenting Maznah Ibrahim

08 Sep, 21:25


Rumahku Syurgaku

Emosi dan 'mood' anak-anak kita dalam seminggu.

Positifnya: anak-anak suka dan rasa selamat duduk di rumah,

Kebimbangannya: anak-anak tidak gembira belajar di sekolah? 😱

Bukanlah begitu, perhatikan yang sekurang-kurangnya:

i. mereka berjaya pergi ke sekolah setiap hari, kecuali sebab kesihatan dan hal lain yang diizikan;

ii. dapat 'pick up' apa diajar oleh gurunya;

iii. apabila ada isu rakan sebaya / guru, mereka masih boleh 'handle' atau hadap.

Maka, oklah,
Normal lah tu, yang bekerja pun sama juga kan 🫣🤭

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan

Parenting Maznah Ibrahim

08 Sep, 10:31


Kita selalu diajar tentang perbezaan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK,
yang mana kita dinasihatkan mendahulukan KEPERLUAN kerana ia perlu.
Ia asas. Kemudian barulah kehendak.

Namun anak-anak apabila 'buat hal',
bawah dasarnya adalah kerana menagih perhatian.

Sama ada mereka 'nak perhatian', atau mereka 'perlukan perhatian'?

.
Anak kecil dan warga emas,
perkembangan mereka ada kesamaan, iaitu mereka PERLUKAN perhatian kita. Mereka 'fragile', sensitif, pemerhati kuat, keupayaan dan sumber terhad.

Layanilah dengan sebaiknya sementara masih ada peluang;
yang warga emas sebab MASA (hujung usia),
yang anak kecil pun, sama, masa,
iaitu 'MASA EMAS' sewaktu pertumbuhan kritikal usia mereka, 'golden age'.

.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan