RARE FOUNDERS™ @rarefounders Channel on Telegram

RARE FOUNDERS

@rarefounders


Nota harian usahawan sebenar bercerita tentang pengalaman sebenar usahawan yang bermula dengan perniagaan bermodal RM90 sehingga kini memiliki 15 perusahaan tanpa hutang.

RARE FOUNDERS™ (Malay)

RARE FOUNDERS™ adalah saluran Telegram yang mengumpulkan nota harian daripada usahawan sebenar yang berkongsi pengalaman mereka. Dari bermula dengan perniagaan bermodal RM90 hingga memiliki 15 syarikat tanpa hutang, pengguna saluran ini akan mendapat pelbagai cerita inspirasi dan motivasi daripada individu yang berjaya dalam dunia perniagaan. Saluran ini memberikan peluang unik untuk belajar dari kejayaan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan yang sebenar. Jika anda mencari motivasi, inspirasi, dan petua daripada individu yang telah berjaya dalam dunia perniagaan, RARE FOUNDERS™ adalah saluran Telegram yang sesuai untuk anda.

RARE FOUNDERS

14 Jan, 11:26


Laluan mencakar Langit di Panlong Ancient Road

Pernah tak kita membayangkan memandu seolah-olah sedang melayang di atas awan? Ini lah perasaan kami melalui laluan Panlong Ancient Road

Terletak megah di antara puncak-puncak Pergunungan Kunlun yang agung, jalan ini adalah sebuah keajaiban kejuruteraan yang akan membuatkan adrenalin kita melonjak. Dengan lebih daripada 600 selekoh tajam yang mengagumkan, Panlong Ancient Road bagaikan naga raksasa yang meliuk-liuk di atas awan.

Setiap selekoh adalah satu kejutan. Pemandangan alam yang terbentang luas di bawah akan membuatkan kita terpesona. Gunung-ganang yang menjulang tinggi,

Rasai sensasi kami melalui laluan di tepi langit dalam travelog terbaru kami, 9.00 pm di RareTV :

https://youtu.be/XUAYcqpB-hE?si=i21t2-fxQAMiuFIs

RARE FOUNDERS

07 Jan, 12:24


Karakoram: Dua Dunia Berbeza

Jika di Pakistan, kehidupan di Banjaran Karakoram masih terpaut 30 tahun ke belakang, bagaimana pula kehidupan penduduk Karakoram di sebelah China?

Dalam Episod 2 travelog kami, saksikan perbezaan yang begitu ketara antara dua negara yang berkongsi banjaran yang sama. Dari kemodenan prasarana hingga budaya harian, pengalaman ini pasti membuka mata kita

Tonton perjalanan kami di sini:
👉 https://youtu.be/N872lsBFnwU?si=M9fbL67rU6TqKZDE

RARE FOUNDERS

31 Dec, 12:07


Kembara Bermula di Xinjiang: Keajaiban di Bazar Berusia 2,000 Tahun

Hari pertama kami di Xinjiang penuh dengan rasa ingin tahu! Kali ini, kami meneroka keunikan makanan halal warga Kashgar di sebuah bazar berusia lebih 2,000 tahun. Agak-agak, apa hidangan istimewa yang berjaya kami jumpa? 🤔

Bersiap sedia untuk pengalaman penuh warna, rasa, dan cerita yang tak dijangka!

Jom layan kisah kami malam ini di:
👉 https://youtu.be/V44_63pvLlQ?si=jEi6w12s5Ih8RYmd

RARE FOUNDERS

27 Dec, 13:55


https://youtu.be/jZ-t7WLd_f4


Assalamualaikun, semua. Maaf ya semua ada masalah teknikal.
Jemput2 tonton video hari ni ke Georgia!

RARE FOUNDERS

24 Dec, 12:51


Xinjiang.
Namanya mungkin pernah singgah di telinga, tapi tahukah anda ada banyak cerita yang tersembunyi di tanah Rare ini? Sebuah wilayah yang berdiri megah sebagai daerah Islam di China, penuh dengan kisah yang jarang terungkap dan keindahan yang tidak tertandingi.

Dalam travelog terbaru kami, kami akan membawa anda merentasi padang pasir yang luas, gunung bersalji yang agung, dan budaya yang begitu kaya. Ini bukan sekadar perjalanan, tetapi satu penemuan luar biasa yang akan membuka mata kita

Saksikan sekarang dan mulakan pengembaraan kita ke tanah ini:
👉 https://youtu.be/-Fr0ZI8T0zQ?si=rLi1XoGrJkcgPt9t

RARE FOUNDERS

20 Dec, 12:55


Malam ni kita nak bawa semua meneroka bumi Morocco yang eksotik!

https://youtu.be/dUiZrH-ZkqI

RARE FOUNDERS

17 Dec, 13:32


Jika ditanya tentang perjalanan yang paling mengharukan, inilah salah satunya. Kami bertemu dengan seorang anak di Kampung Koh Panyi yang telah menjadi hafiz dan bercita-cita besar untuk terus memartabatkan agama Islam di sini.

Saksikan sendiri kedamaian dan keistimewaan Kampung Koh Panyi yang luar biasa melalui video ini.

👉 Klik untuk menonton

RARE FOUNDERS

13 Dec, 12:52


Ada Sebuah Kampung Melayu, Berdiri Megah di Atas Laut Thailand 🌊

Tahukah anda, di selatan Thailand tersembunyi sebuah kampung unik—berdiri di atas laut, dibina dengan penuh kesungguhan oleh 3 keluarga Melayu dari kepulauan Jawa. Kini, selepas lebih 200 tahun, warisan itu terus hidup.

Bagaimana agaknya kehidupan masyarakat Melayu di sini? Adakah mereka masih berpegang erat pada adat nenek moyang? Atau sudah terbentuk budaya baru yang tersendiri?

🔍 Kami bawakan anda ke sebuah kampung RARE yang penuh misteri ini.

📺 Tonton perjalanan epik ini hanya di YouTube RareTV:
🕘 9.00 malam
👉 Klik untuk menonton!

Jangan ketinggalan. Ini bukan cerita biasa!

RARE FOUNDERS

10 Dec, 13:11


https://youtu.be/zmyy6CNOEn0?si=jpjYadEVkUeWQIej

Assalamualaikum semua. Jemput tonton pukul 10pm nanti ya.

RARE FOUNDERS

06 Dec, 12:12


https://youtu.be/KRQ1oogXKFo?si=DPyDCF-_djfE81jt

Assalamualaikum semua, jemput tonton travelog terbaru kami malam ni ya

RARE FOUNDERS

13 Nov, 04:28


Kem cuti sekolah yang didik survival anak-anak dalam kehidupan. Fokus kepada pembudayaan kerja serta program kerohanian berasaskan Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup.

Untuk tahu lebih lanjut :

https://artman.fillout.com/Artcamp13
.
Nombor untuk dihubungi :

https://www.wasap.my/60102229089/artcampdisemberraz

RARE FOUNDERS

05 Nov, 06:34


Video Highlight Artcamp

https://youtu.be/CG9U-iDKm2A

RARE FOUNDERS

05 Nov, 06:30


Untuk ibu bapa ada masalah anak tak lekang dengan gajet boleh baca sampai habis.

Alam mencipta generasi muda yang rajin dan mampu menyelesaikan masalah.
.
Kita yang tentukan sama ada generasi kita terdidik melalui generasi dulang emas ataupun kepayahan hidup yang mematangkan jiwa anak-anak kita. Biasa kita dengar, langkah yang sukar ke sesebuah destinasi akan memberikan seribu kemanisan tatkala kita berjaya capai.
.
Ungkapan di atas terkait rapat juga dengan tekanan yang melahirkan mutiara. Kalau nak sesuatu nak tak nak memang kena taja kepayahan hidup. Nak taja kepayahan hidup sudah pasti kena biarkan anak bermain dengan alam. Kenapa alam? Alam akan mengajar kita berpikir sendiri. Alam ada cara tersendiri mendidik anak dalam proses kematangan dalam urusan laduni.
.
Kita bagi contoh gambar anak di bawah. Anak muda yang diberi peluang untuk menjaga lembu sejak dari kecil yang tidak faham bahasa. Kita sendiri yang kena ubah pendekatan untuk memastikan lembu yang kita jaga jinak dan segala urusan makan dan minum lembu tersebut terjaga. Mati lembu tersebut maknanya kita sebagai penanggungjawab gagal. Kenapa gagal? Kerana tiada disiplin. Daripada situasi di atas sahaja kita dapat kenal akhlak anak kita. Biar alam berbicara dan kita melentur kehidupan anak tersebut melalui alam.
.
Hujung tahun ni ARTCAMP CUTI SEKOLAH by Artman dan masuk BATCH ke-13. 6 Hari 5 malam. Program yang sarat dengan perkongsian rohani ditambah lagi dengan pembudayaan kerja dalam kehidupan seharian. Paling penting kita dekatkan diri anak dengan alam. Biar alam mendidik mereka dengan pantauan guru daripada RPWP.
.

Tekan link di bawah untuk mendaftar.

Untuk terus mendaftar:
https://artman.fillout.com/Artcamp13
.
Nombor untuk dihubungi :
https://www.wasap.my/60102229089/artcampdisemberRZ

RARE FOUNDERS

15 Oct, 12:41


https://youtu.be/Zw3qJBGtcd0?si=IsHSV-ha_oRerfXb

Malam ni kita nak melihat sebuah kota Turki yang pernah dilanda gempa bumi besar pada tahun 2023 iaitu Gaziantep!

RARE FOUNDERS

01 Oct, 13:05


https://youtu.be/FEXwzYVckqQ?feature=shared

Assalamualaikum, jemput tonton premiere RareTv malam ni jommm

RARE FOUNDERS

03 Sep, 12:15


https://youtu.be/tJe7lwUk98U?si=DUwmyW0apaSWhV8y

Malam ni kita nak bawa semua explore kecantikan kota klasik Selatan Turkiye yang ditengahnya ada 2 Air Terjun Cantik yang memukau. Jom layan pukul 9pm malam ni!

RARE FOUNDERS

29 Aug, 07:04


JUALAN RAHMAH DAGING SEGAR SEMPENA HARI MERDEKA
.
Sambutan sangat memberansangkan pada jualan minggu lalu dan ramai yang meminta agar diulangi Jualan Rahmah ini pada hujung bulan. Ada yang bersungut minggu lalu mereka masih belum terima gaji.
.
Ramai juga yang meminta agar RPWP mengadakan jualan di setiap hujung minggu secara tetap.
.
Atas rayuan itu, ditambah dengan semangat Hari Mereka, maka RPWP Agro Sdn. Bhd. memutuskan untuk mengulangi jualan ini sekali lagi. Semoga lebih ramai yang berpeluang menikmati diskaun sekitar 25% daging segar ini.
.
DAGING BOLEH DIDAPATKAN MULAI SEKARANG BAGI YANG MAHUKAN DAGING SEGAR BEKU KERANA LEBIHAN DAGING JUALAN MINGGU LALU MASIH ADA. DAGING SEGAR PANAS HANYA PADA HARI SABTU NANTI.
.
Alhamdulillah, rata-rata memuji kesegaran dan kualiti daging yang diterima minggu lalu. Di samping ia hasil ternakan di ladang sendiri, standard sembelihan dan pengurusan daging juga mengikut piawaian kesihatan yang sangat ketat oleh urusetia RPWP sendiri.
.
Jadikan belian khas sempena Hari Merdeka ini untuk santapan bersama keluarga dan jiran tetangga.
.

UNTUK TEMPAHAN SEGERA SILA KLINK LINK DI BAWAH :
https://forms.gle/D18ZdsY1xzQvxtKa9

Atau hubungi nombor tertera untuk sebarang pertanyaan:

Izzah - https://www.wasap.my/601113171527/DSTMerdeka
Azizool - https://www.wasap.my/60195588915/DSTMerdeka

.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.

RARE FOUNDERS

07 Aug, 12:35


https://youtu.be/asIUmBfc7TQ?si=Ui1vkWP9Pcl-SXEY

Malam ni episode terakhir pengembaraan kita di bumi Oman! Jemput tonton ya semua

RARE FOUNDERS

30 Jul, 13:02


Ingatkan Oman ni negaranya tandus dan gersang semata. Sekali bila jejak dah macam Terengganu rupa dia. Jom tonton travelog kami sekarang!

https://youtu.be/gnKmcf4_Gno?si=qvj754qbjAxW6FuV

RARE FOUNDERS

26 Jul, 10:49


Episod yang tak boleh dilepaskan kerana kami mengembara ke kota tercantik di Spain , RONDA

Jumpa malam ini :

https://youtu.be/r4JfNl6oI3M?si=aYBYoyFz5ZVME7s_

RARE FOUNDERS

23 Jul, 02:15


BERITA BAIK UNTUK JOIN TRIP RARETV

- 2 orang sahaja travel bersama Ashraf Akmal dan SN
- Destinasi : Georgia Asia Tengah - 12 Hari.
- Anggaran 20 Ogos - 2 September 2024.
- Penerbangan Turkish Airlines (tentative)
- Macam private trip sebab 4 orang jer. 2 orang krew, 2 org peserta
- Lelaki kedua-dua ATAU pasangan suami isteri yang sah
- Masuk RareTV - sesuai untuk peserta yang nak buat self branding seperti content creator, lawyer, doktor, atau usahawan yang ada produk. Orang kenal anda, orang beli produk anda.
- Trip yang ceria, meriah, gambar confirm cantik.
- Sambil trip boleh belajar fotografi dan video vlogging lagi

- AWAS, seat sangat limited. Jika ada 1 couple confirmed sahaja, trip terus SOLD OUT.
- Tidak camera shy
- Makan best bayangkan panggang kambing di pergunungan Caucasus bersempadan Russia

- Kos RM19,900 FULL BOARD - Berbaloi untuk trip sekecil 2 ORANG SAHAJA dan bayaran diakad untuk kebajikan asnaf & anak yatim.

Whatsap : 0172267533 (SN)

Tolong sebarkan.

RARE FOUNDERS

09 Jul, 12:54


https://youtu.be/nZgGJuNSaHA

Salam semua, malam ni kita sambung pengembaraan di bumi Oman. Jom layan premier pukul 9pm kejap lagi.
Jangan lupa ya untuk comment dan share video2 raretv 🙏🏻

RARE FOUNDERS

04 Jul, 06:38


PANGGILAN AKHIR PENYERTAAN KELAS HUJUNG MINGGU

Penyertaan masih dibuka bagi yang ingin melengkapkan diri dengan ilmu asas penggunaan kamera dan juga fungsi manual. Tidak cukup dengan itu kita sambung pula kelas petang untuk pelajari teknik penghasilan gambar yang baik dengan komposisi yang mudah untuk menghasilkan gambar yang bermakna dan cantik.

Apa yang bakal dipelajari?

1. Teknikal kamera
2. Komposisi dalam fotografi
3. Penggunaan cahaya yang tepat
4. Outdoor Shooting
5. Sesi teori
6. dan banyak lagi!

Tekan link di bawah untuk mendaftar. Tempat adalah terhad.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi admin di sini:
https://www.wasap.my/60102229089/kelaskajang

RARE FOUNDERS

25 Jun, 12:32


https://youtu.be/RanUYySqG0w

Assalamualaikum semua. Malam ni kita ada tayangan premier, berkongsi cerita kembara kami selama 6 hari di bumi Oman, yang jarang diceritakan kepada kita.

sebuah bumi arab yang tandus tetapi menyimpan 1001 khazanah alam yang indah. 6 hari? tak cukup sebenarnya tetapi sedikit sebanyak kami cuba rakam sebaik yang mungkin pengalaman di bumi yang diberkati ini.

Jemput sama2 tonton, comment, like dan SHARE ya.

Tindakan SHARE dan COMMENT di youtube video kami ini sangat membantu dan memberi semangat buat kami untuk terus berkarya dan berkongsi manfaat perjalanan kembara kami. InshaaAllah. little effort tetapi besar impaknya

RARE FOUNDERS

03 Jun, 23:46


Qurban Perdana bersama RPWP masih dibuka.
.
Alhamdulillah pada tahun ini ibadah Qurban akan berlangsung seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah pastinya lembu dan kambing yang bakal dikorbankan pada tahun ini adalah ternakan yang diternak sendiri oleh Warga RPWP di Lenggeng, Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan umum, pengurusan ternakan dilakukan bersama anak-anak RPWP sendiri yang menjadikan projek ini sebagai laluan pendidikan dalam pengurusan ternakan dan berurus niaga.
.
Bagi yang pernah bersama-sama RPWP dalam ibadah qurban tahun-tahun sebelum ini sudah pasti tahu bagaimana tegasnya para penghuni RPWP dan para sukarelawan dalam menguruskan ibadah korban.
.
Kebersihan merupakan perkara asas yang paling penting dalam hal ini. Pemakaian ‘mask’, kebersihan peralatan dan tapak pengurusan daging korban menggunakan alat pembasmi kuman bagi mengelakkan lalat menghinggap pada daging korban.
Perkara ini sememangnya tidak boleh diambil mudah bagi setiap individu yang diamanahkan untuk mengendali daging korban.


LINK UNTUK MENDAFTAR :
https://bit.ly/QurbanPerdanaRPWP2024
Sekiranya ingin berhubung terus dengan wakil kami boleh terus hubungi Cikgu Harraz di 019-4775641.