Ismaweb.net @ismaweb Channel on Telegram

Ismaweb.net

@ismaweb


Ismaweb.net (Indonesian)

Selamat datang di channel resmi Ismaweb.net! Kami adalah sumber terpercaya untuk berita dan informasi terkini seputar politik, ekonomi, dan budaya di Indonesia. Dengan lebih dari satu dekade pengalaman dalam jurnalisme, kami berkomitmen untuk memberikan konten yang berkualitas dan akurat kepada pembaca kami. Channel ini merupakan tempat yang tepat bagi mereka yang ingin tetap up to date dengan berita terkini yang sedang berkembang di Indonesia. Ismaweb.net juga menyajikan analisis mendalam atas berbagai isu politik dan ekonomi yang sedang terjadi. Jadi, jika kamu ingin selalu diperbarui dengan berita terkini dan menarik seputar Indonesia, bergabunglah dengan channel Ismaweb.net sekarang juga! Jangan lewatkan kesempatan untuk menjadi bagian dari komunitas yang peduli akan perkembangan terkini di Indonesia.

Ismaweb.net

20 Nov, 09:07


Sabah memerlukan 7,000 doktor bagi mencapai nisbah seorang doktor bagi setiap 500 penduduk seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ketika ini, hanya ada 554 doktor pakar dan 1,951 pegawai perubatan di Sabah.

"Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu, satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah," katanya, semalam.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 08:32


Syarikat penerbangan terkemuka Amerika Syarikat, Boeing, bakal memberhentikan lebih 2,500 pekerja di beberapa negeri termasuk Washington, Oregon, Carolina Selatan dan Missouri.

Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja globalnya, iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurut dokumen sumber manusia, hampir 2,200 pekerja di Washington serta 220 lagi di Carolina Selatan telah menerima notis pemberhentian kerja.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 08:14


https://www.ismaweb.my/2024/11/20/tun-m-sedih-pengorbanan-tun-daim-tak-diiktiraf-ketika-hidup/

Ismaweb.net

20 Nov, 08:06


Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan penggunaan soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas oleh orang ramai susulan laporan awal yang mendapati pendawaian tidak teratur pada perkakas itu punca seorang remaja maut direnjat elektrik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan yang remaja maut direnjat elektrik ketika mengecas telefon menggunakan pengecas USB dalam bas dinaikinya.

Justeru, beliau berkata, tindakan segera diambil dengan mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas pada 6 November lalu untuk menghentikan penggunaan semua soket terbabit dalam bas dengan serta-merta.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 07:17


Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand, sebuah kampung di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah korban dalam satu kenyataan berasingan, melaporkan jumlah awal tiga askar terbunuh dan lapan yang lain cedera, termasuk anggota tentera dan orang awam.

Kementerian itu kemudian melaporkan jumlah kecederaan awal seramai 17 orang tanpa memperincikan bilangan askar yang cedera.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 06:21


Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di Wilayah Gaza kerana bahan api yang tidak mencukupi. Pada masa ini, kami beroperasi dengan hanya sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan penyelamat," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Pertahanan Awam Gaza menekankan bahawa sejak pertengahan November, kru kecemasan tidak dapat menjawab banyak panggilan penduduk mahupun sampai ke lokasi serangan Israel.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 06:10


https://www.ismaweb.my/2024/11/20/warga-filipina-beli-mykad-palsu-harga-rm250-sekeping/

Ismaweb.net

20 Nov, 04:03


Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Harta berkenaan termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi membuat perintah itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah - apabila pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan prosiding terhadap Allahyarham susulan kematiannya.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 03:16


Israel merompak 100 lori bantuan makanan yang sepatutnya dihantar ke Gaza - sekali gus menghalang bantuan kemanusiaan daripada sampai kepada rakyat Palestin yang dilanda kesulitan.

Konvoi lori itu membawa makanan yang disediakan UNRWA dan Program Makanan Sedunia (WFP) dengan melalui laluan lintasan sempadan Kerem Shalom.

Bagaimanapun, lori-lori berkenaan telah disekat dan dilarikan oleh tentera Israel sebelum tiba di destinasi mereka di Gaza.

Tindakan ini menambah kesulitan kepada penduduk Gaza yang sudah lama berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, dan keperluan asas.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 02:57


https://www.ismaweb.my/2024/11/20/hamas-kecam-kenyataan-as-tuduh-perjuangan-rakyat-palestin-sebagai-keganasan/

Ismaweb.net

20 Nov, 02:40


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM23.5 juta) bagi setiap tebusan yang berjaya dikembalikan.

Katanya, mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar, termasuk bersama keluarga mereka.

Netanyahu membuat kenyataan tersebut semasa lawatan ke Gaza pada Selasa bersama Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dan ketua tentera Israel, Jeneral Herzi Halevi.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 02:18


https://www.ismaweb.my/2024/11/20/ahli-knesset-israel-gelar-netanyahu-pembunuh-bersiri-keamanan/

Ismaweb.net

20 Nov, 01:59


Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Terengganu menunjukkan peningkatan apabila 2,765 mangsa dipindahkan setakat 8 pagi ini.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 411 mangsa, malam tadi.

Kesemua mangsa daripada 603 keluarga itu kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 00:45


Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana stesen minyak kini mengalami banyak evolusi dengan adanya kafe dan kedai runcit.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan itu tidak membabitkan tambahan kuota pekerja asing.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 00:20


Seorang lelaki cedera dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hala ke utara, laluan Subang ke Damansara dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata laporan berkaitan kemalangan itu diterima pihaknya pada jam 8.56 malam.

Berikutan itu, katanya sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

20 Nov, 00:13


Pintu masuk rasmi di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan hanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain tiga ICQS itu, yang lain dianggap laluan tikus dan menggunakan laluan berkenaan untuk keluar atau masuk ke nagara ini adalah menyalahi undang-undang.

Ismaweb.net

19 Nov, 09:31


https://www.ismaweb.my/2024/11/19/separuh-abad-restoran-beroperasi-rupanya-guna-logo-halal-tidak-sah/

Ismaweb.net

19 Nov, 09:06


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel kerana ia merupakan sebuah negara haram.

Beliau berkata, Israel ditubuhkan secara haram tanpa pungutan suara dalam kalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia lakukan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

“Tidak pernah saya ‘ia kan’ adanya Israel atau hak untuk kawal keselamatannya.

“Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel. Israel memang negara haram,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

19 Nov, 08:10


https://www.ismaweb.my/2024/11/19/kpm-selesai-kajian-impak-mansuh-pt3-upsr/

Ismaweb.net

19 Nov, 08:03


Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin mahu pendakwaan membabitkan kegagalan mengisytiharkan harta dihadapi arwah suaminya itu diteruskan supaya keadilan terhadap pemimpin itu terbela.

Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid berkata, menjadi hasrat arwah suaminya supaya perbicaraan itu diteruskan di mahkamah sehingga tamat walau apapun terjadi.

"Daim sentiasa ternanti-nanti harinya di mahkamah dan penuh yakin akhirnya beliau akan dibuktikan tidak bersalah.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 09:07


"Ke mana sebenarnya hala tuju 'pendidikan kebangsaan' negara ini?

Adakah pembinaan sistem pendidikan kebangsaan negara kita di landasan yang tepat?

Jika tidak tepat, siapakah yang sepatutnya memperbetulkan semula hala tuju sistem pendidikan 'kebangsaan'?"

Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 08:17


https://www.ismaweb.my/2024/11/08/kemenangan-trump-takkan-bantu-selesaikan-konflik-di-palestin-hamas/

Ismaweb.net

08 Nov, 07:44


"Sekiranya sijil UEC diiktiraf, ia akan memberi kesan buruk terhadap perpaduan kaum serta mencabar kedaulatan negara.

Keharmonian negara pasti terjejas, jurang perbezaan di kalangan kaum akan semakin besar kerana perbezaan silibus dan bahasa. "

Ir. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim,
Penasihat Hal Ehwal Strategik ISMA

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 07:06


https://www.ismaweb.my/2024/11/08/serangan-al-qassam-berjaya-bunuh-tentera-israel/

Ismaweb.net

08 Nov, 06:41


Kerajaan mempunyai rancangan sandaran sekiranya keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin meruncing berikutan tindakan agresif Israel sehingga Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) membuat keputusan untuk berundur.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.

Beliau berkata keadaan yang berlaku sekarang adalah situasi sama ketika negara mula menghantar pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) buat kali pertama ke sana bagi tugasan pengaman.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 04:32


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada jam 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan terbabit bergerak ke arah barat berkelajuan 20 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 139 km/j.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 04:06


https://www.ismaweb.my/2024/11/08/uec-hanya-merendahkan-martabat-bahasa-melayu/

Ismaweb.net

08 Nov, 03:45


Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan peranan yang berkesan dalam menghentikan jenayah pendudukan di Semenanjung Gaza, terutama dengan meluasnya gelombang kebuluran dan hukuman kolektif terhadap dua juta rakyat Palestin.

Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), dalam pertemuan Mustafa dengan Ketua Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, Sigrid Kaag dan disertai Menteri Negara untuk Hal Ehwal Bantuan, Basil Nasser, di pejabatnya di Ramallah, Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.

Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat Palestin terhadap ketidakupayaan antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel, dan bahawa kenyataan serta kecaman sahaja tidak mencukupi untuk menangani genosid dan jenayah pembersihan etnik di Semenanjung Gaza.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 02:44


Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa menekap seterika pada tubuh pelatih junior tiba di kompleks mahkamah di sini, 9.47 pagi tadi.

Suspek yang berkemeja putih dan bergari tiba di mahkamah di sini, dengan diiringi anggota dan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Difahamkan, pegawai kadet berkenaan akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 02:09


Mahkamah Tinggi memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi berjumlah lebih RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana didapati bertanggungjawab memfitnah Pengerusi DAP itu.

Kenyataan fitnah itu adalah berhubung kenyataan mendakwa Guan Eng menyalah guna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri agar mengenakan cukai serta penalti terhadap Yayasan Albukhary.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 01:38


https://www.ismaweb.my/2024/11/08/kebuluran-di-gaza-tahap-maksimum/

Ismaweb.net

08 Nov, 00:51


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dalam siasatan melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Beliau berkata, siasatan polis dalam kes itu menemukan semua kriteria di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang melayakkan kegiatan GISBH dikategorikan sebagai kumpulan jenayah terancang.

"Yang pertama, pelakunya lebih daripada dua orang manakala yang kedua, ia membabitkan satu objektif, di sini eksploitasi kanak-kanak dan ketiga, ada elemen keuntungan dari segi material.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

08 Nov, 00:49


Ireland merancang untuk menyertai Afrika Selatan berhubung kes Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menjelang akhir tahun ini.

Kes tersebut melibatkan tuduhan pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb⁰

Ismaweb.net

08 Nov, 00:14


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan enam anggota MALBATT 850 cedera dalam insiden letupan berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah, jam 1.54 tengah hari semalam (7.54 malam waktu Malaysia).

Dalam kejadian itu, lima anggota membabitkan MALBATT 850-12 yang baru tiba ke negara itu mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (disyaki retak tangan kiri) dan seorang lagi anggota MALBATT 850-11.

Menurut kenyataan dikeluarkan ATM malam tadi, letupan itu menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

07 Nov, 23:45


Wanita Palestin ini pergi ke pasar, dan apabila dia pulang, dia terkejut mendapati suami dan anak-anaknya antara yang terbunuh dalam serangan udara Israel.

Rejim haram menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan orang awam yang terpaksa berpindah di kem pelarian Al-Shati di barat Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb⁰

Ismaweb.net

07 Nov, 09:03


Laporan siasatan kes buli membabitkan pegawai kadet tahun dua Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan dibentangkan pada Jumaat ini tidak termasuk siasatan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ia mungkin membabitkan siasatan dalaman universiti berkenaan membabitkan tindakan disiplin atau undang-undang.

Menurutnya, siasatan dilakukan polis adalah berbeza dengan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang mungkin membabitkan tindakan mahkamah.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

07 Nov, 08:02


Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.

Kelima-lima tertuduh, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39; Mohd Fouzi Md Nur, 44; Mohd Taufik Daud, 32; Khairul Azhar Rosli, 38; dan Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20; membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Menurut kertas pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa dengan sengaja mencederakan Alias Awang, 44, di bahagian peha kanan menggunakan sebilah pisau.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

07 Nov, 07:27


https://www.ismaweb.my/2024/11/07/hampir-14000-pesakit-kritikal-di-gaza-perlu-rawatan-segera/

Ismaweb.net

07 Nov, 07:04


Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres susulan kes renjatan elektrik meragut nyawa seorang remaja di Pulau Pinang Jumaat lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata larangan sementara itu dibuat sehingga siasatan berhubung insiden terbabit selesai.

"Buat masa ini, tidak boleh guna soket dalam bas ekspres buat sementara waktu kerana kita ingin dapatkan punca sebenar insiden ini," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

07 Nov, 06:19


Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat akses perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing selepas 1 Januari tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, keperluan pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform.

Fahmi berkata, pengguna masih boleh mengakses dan menggunakan platform berkenaan selepas peraturan itu berkuat kuasa.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

06 Nov, 04:00


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada di Mahkamah Shah Alam bagi sebutan kes menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada Julai tahun lalu.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb⁰

Ismaweb.net

06 Nov, 03:25


https://www.ismaweb.my/2024/11/06/dasarnya-eropah-sokong-kekejaman-israel-di-gaza-mereka-hipokrit/

Ismaweb.net

06 Nov, 02:41


https://www.ismaweb.my/2024/11/06/selepas-berbulan-bulan-bertelagah-netanyahu-pecat-menteri-pertahanan/

Ismaweb.net

06 Nov, 02:01


Johor akan menjadi negeri pertama menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor yang dilancarkan 3 November lalu.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, pelbagai projek baharu di negeri itu dijangka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

06 Nov, 01:16


Siapa Yoav Galant?

Dia adalah Menteri Pertahanan Israel. Dia yang menggelar rakyat Palestin dan pejuang Hamas sebagai 'manusia binatang'.

Setahun selepas penglibatannya dalam perang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza, berlaku perselisihan antara dia dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Kini, Galant dipecat dari kerajaan Netanyahu sebagai Menteri Pertahanan.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb⁰

Ismaweb.net

06 Nov, 01:01


TERKINI

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Galant.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb⁰

Ismaweb.net

06 Nov, 00:45


Berikut adalah nama-nama ahli keluarga Al-Barawi yang terbunuh dalam pengeboman Israel di rumah mereka di Beit Lahia, utara Gaza, semalam:

Iktimal Abu Sitta "Salman"
Moataz Al-Barawi dan isterinya Rania Al-Zain
Bilal Al-Barawi
Sufyan Al-Barawi
Samer Al-Barawi dan isterinya Hanadi Zahran
Mustafa Al-Barawi
Suwar Al-Barawi
Naseem Al-Barawi

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

06 Nov, 00:24


Penunjuk perasaan protes ketika demonstrasi di Tel Aviv selepas Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 09:03


Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya berikutan perbezaan harga petrol yang besar, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata berdasarkan data semasa, dianggarkan penggunaan petrol bagi segmen bukan warganegara, komersial dan aktiviti penyeludupan mencecah 40 peratus daripada kadar penggunaan keseluruhan petrol.

"Memandangkan tahap subsidi petrol RON95 sekitar RM20 billion setahun, jika ketirisan (subsidi petrol) terhadap warga asing, komersial dan golongan kaya dapat ditangani ia bakal menjana penjimatan sehingga RM8 billion setahun," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 08:32


Seorang Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam, Selangor di sini, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.

Tertuduh, Azizun Mohamad didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan wang sitaan berjumlah RM613,000, berkaitan dengan Op Green iaitu operasi agensi itu yang berjaya membongkar kes penipuan pendaftaran kenderaan diesel dalam sistem mySikap pada 2019.

Kesalahan berkenaan didakwa berlaku antara 1 Jun 2020 hingga 9 Februari 2024 di Cyberjaya.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun, sebatan dan boleh juga didenda.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 08:10


Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

Jumlah itu adalah daripada keseluruhan 34,714 cerun yang dipantau menerusi Peta Bahaya dan Risiko Cerun yang dibangunkan Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi 26,722 cerun di Semenanjung, selain Sabah (4,178), Sarawak (3,633) dan Labuan (181).

Sumber: Bernama

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 07:49


https://www.ismaweb.my/2024/11/05/perang-israel-cipta-generasi-anak-yatim-di-gaza/

Ismaweb.net

05 Nov, 06:44


Dua lagi kes strain virus Mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), lapor PA Media/dpa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes strain mpox Clade Ib yang disahkan di negara itu meningkat kepada tiga.

UKHSA memaklumkan bahawa risiko kepada populasi UK "kekal rendah" dan dua pesakit terbabit kini berada di bawah jagaan pakar di Guy's and St Thomas' NHS Foundation Trust, London.

Kes pertama negara itu dikesan di London minggu lalu, membabitkan seorang individu yang baru pulang dari percutian di Afrika dan tiba di UK pada 21 Oktober.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 06:13


https://www.ismaweb.my/2024/11/05/kerajaan-runding-dengan-ocean-infinity-cari-mh370-di-lokasi-baharu/

Ismaweb.net

05 Nov, 06:11


Kerajaan meraih penjimatan kira-kira RM600 juta sebulan hasil daripada penyasaran subsidi diesel, setakat ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini menjana penjimatan RM600 juta sebulan.

Katanya, kadar inflasi juga kekal pada tahap terkawal dengan baru-baru ini, menunjukkan penurunan susulan kenaikan Consumer Price Index (CPI) 2.0 peratus pada Julai 2024, 1.9 peratus untuk Ogos 2024 dan 1.8 peratus pada September 2024.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 04:30


Polis Kelantan akan menggunakan kemudahan dron yang lebih canggih dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau sempadan negara Malaysia-Thailand termasuk di laut dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dron tersebut mampu terbang sejauh 50 kilometer serta dilengkapi teknologi canggih termasuk penglihatan malam sekali gus memudahkan pemantauan dilakukan.

"PGU akan menerima dron lebih canggih, jadi kita akan meminta bantuan dari sana untuk bantu pantau sempadan negara.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 03:47


Polis mengesan satu video tular berhubung insiden pertengkaran antara pengguna jalan raya dan jurutol di sebuah plaza tol berhampiran Jalan Batu 9 Cheras.

Video itu memaparkan seorang lelaki keluar dari kenderaan dan menuju ke kaunter tol sambil memarahi jurutol.

Suspek dilihat bertindak menendang dinding kaunter tol tersebut dan kemudiannya beredar dari lokasi kejadian.

Mengkikut siasatan polis, punca kejadian kerana suspek ditegur mengetuk tempat kad 'Touch n Go' dengan kuat semasa menggunakan perkhidmatan itu.

Susulan itu, polis menahan lelaki berkenaan - yang juga mekanik berusia 31 tahun bersama sebuah kenderaan jenis Perodua Alza di sebuah taman perumahan di kawasan Hulu Langat, semalam.

Pemeriksaan awal ihak polis mendapati, ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain turut mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 03:29


🟢 Penyasaran subsidi diesel jana penjimatan RM600 juta sebulan setakat ini, kadar inflasi terkawal

🟢 Penjualan diesel di stesen minyak turun mendadak susulan penyasaran subsidi, cerminkan pengurangan aktiviti penyeludupan

🟢 Seramai 149,000 penerima individu, 65,000 penerima agri-komoditi MyBUDI diluluskan setakat 31 Okt lepas melibatkan bayaran RM160 juta

- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sumber: Bernama

Ismaweb.net

05 Nov, 03:17


Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak tahun lepas kepada 43,374 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, seramai 102,261 orang lagi cedera dalam serangan yang masih berlangsung.

Kementerian itu berkata ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke tempat mereka.

Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza sejak tahun lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

05 Nov, 02:46


Hamas semalam memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan rundingan di Kaherah dengan kumpulan saingan mereka di Palestin, Fatah, bagi membincangkan isu peperangan di Gaza dan mengatur gerak ke arah konsensus nasional.

"Satu mesyuarat diadakan bersama saudara pejuang-pejuang dalam gerakan Fatah atas jemputan Mesir yang bermurah hati.

"Mereka membincangkan pelbagai isu nasional, terutama peperangan di Gaza dan laluan untuk tindakan kebangsaan," kata pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan, dalam satu pesanan video.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

01 Nov, 01:02


Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di Sepanyol pada Khamis selepas ribut luar biasa mengorbankan sekurang-kurangnya 158 orang dan menyebabkan kemusnahan besar, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kerajaan wilayah, sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas, dengan kematian lain dilaporkan di Wilayah Cuenca, Albacete, dan Malaga.

Menteri Pertahanan Sepanyol Margarita Robles berkata, pihak berkuasa masih belum dapat memberikan angka tepat mengenai mangsa bencana tetapi menyatakan bahawa "ramai orang" masih belum ditemukan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

01 Nov, 00:33


Seorang pegawai kanan Hamas dilaporkan berkata, kumpulan itu menolak sebarang cadangan untuk menghentikan sementara pertempuran yang berlangsung lebih setahun di Gaza dan hanya menerima gencatan senjata kekal.

"Idea untuk menghentikan perang secara sementara, hanya untuk menyambung semula serangan kemudian, adalah sesuatu yang kami sudah nyatakan pendirian kami.

Hamas menyokong penamatan perang kekal, bukan sementara," kata pemimpin kanan pergerakan itu, Taher al-Nunu.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

01 Nov, 00:30


Pembinaan sekolah pertama untuk orang yang kehilangan tempat tinggal.

Akses diperlukan untuk mendidik lebih 1,500 orang di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

31 Oct, 10:17


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap perkhidmatan 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Sumber: Bernama

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 09:04


Seorang wanita yang dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan mengeksploitasi kanak-kanak, bulan lalu.

Asmat @ Asmanira Muhamad Ramly, 44, didakwa di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan, mengikut Seksyen 415/417 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Dia yang berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebat jika sabit kesalahan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan.

Wanita itu didakwa memperdagangkan 10 kanak-kanak berusia lapan tahun bagi maksud eksploitasi aktiviti menyalahi undang-undang di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang, dekat sini pada 11 September lalu.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 08:33


Serangan Israel ke atas Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 petugas bantuan dan empat kakitangan kesihatan sejak 3 Oktober 2024.

Ini termasuk tujuh kakitangan UNRWA dan tujuh lagi daripada NGO tempatan dan antarabangsa, menurut kenyataan agensi kemanusiaan PBB, OCHA.

Sejak Israel melancarkan perang ke atas Gaza tahun lepas, serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 322 petugas bantuan, termasuk 315 rakyat Palestin dan tujuh warga asing.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 08:02


Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Beliau berkata tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu itu daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R).

Justeru, Hui Ying berkata laporan polis telah dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja memanipulasi maklumat untuk menyemarakkan ketegangan antara kaum.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 07:37


Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan ribut petir sepanjang hari esok, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia, melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024, memaklumkan bahawa hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi, manakala Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.

Sementara itu, cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 07:02


Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China diusir keluar dari Sabah melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau ke negara asal mereka pada Selasa.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Saleha Habib Yussof berkata, program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.

"Semua tahanan ini hanya melibatkan dari Depot Imigresen Tawau dan telah dihantar pulang melalui udara dengan penerbangan secara terus ke Guangzhou melalui Lapangan Terbang Tawau.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 06:19


Prosiding bela diri kes salahguna kedudukan untuk memperoleh suapan dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak bermula 2 Disember ini.

Mahkamah turut menetapkan perbicaraan selama 97 hari bermula Disember sehingga November 2025 untuk Najib menjawab pertuduhan terhadapnya.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 04:41


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali hari ini memfailkan permohonan habeas corpus bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Permohonan bagi mencabar penahanan salah itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini bersama isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan Mohamad Suhaimi Mohd Sani, 28.

Mohamad Suhaimi dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi mengikut SOSMA, petang ini.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 03:43


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Najib kemudiannya diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan ketiga, bekas Presiden Umno itu memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 03:21


Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rang undang-undang yang diluluskan Parlimen Israel (Knesset) baru-baru ini yang mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) daripada beroperasi di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.

Kementerian Luar Malaysia, Wisma Putra pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan yang mengutuk tindakan ini sebagai serangan terang-terangan terhadap agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyifatkannya sebagai "satu penghinaan serius kepada masyarakat antarabangsa dan kehormatan sesebuah agensi kemanusiaan antarabangsa."

"Malaysia menegaskan lagi bahawa rejim Zionis Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, di mana kehadiran UNRWA diiktiraf menerusi satu perjanjian antara Palestin dan PBB," katanya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 02:40


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Mengikut sumber SPRM, beberapa siri serbuan telah dilakukan suruhanjaya itu dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan terbabit, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Sumber memaklumkan projek di bawah kementerian berkenaan berjumlah RM1.8 billion itu telah dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh 30 bulan bermula tahun 2021 hingga 2023.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 02:10


https://www.ismaweb.my/2024/10/30/hamas-sedia-bincang-perjanjian-baharu-tamatkan-perang-israel-di-gaza/

Ismaweb.net

30 Oct, 01:50


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong semalam, atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, operasi Op Kita Gempur yang bermula pada jam 8 malam dilakukan susulan aduan awam terhadap premis penyembelihan tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa pelanggaran lain, antaranya penyembelihan ayam di luar premis (kesalahan berulang), ketidakakuran besar, ketiadaan pemeriksa halal bagi proses penyembelihan dan pelanggaran amalan pengilangan baik (kebersihan).

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 01:21


Starbucks Malaysia menafikan dakwaan sebuah portal berita dalam talian bahawa ia telah menutup lebih 100 cawangan di negara ini.

"Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu. Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup, hanya buat sementara waktu," kata wakil Starbucks Malaysia.

Beliau berkata, penutupan sementara itu adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, membolehkan mereka menyelaraskan kedudukan secara lebih strategik, tanpa kehilangan pekerjaan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 00:51


Seramai 424 kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang sedang mengikuti program pemulihan oleh pasukan khas kerajaan Selangor akan dinilai dari semasa ke semasa bagi mendapatkan perkembangan terkini mereka.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata sekiranya ada dalam kalangan kanak-kanak itu masih dikategorikan kronik dan trauma, mereka akan dimasukkan ke program pemulihan lain.

"Mereka ini akan dinilai dari segi perkembangan. Sekiranya masih dalam kategorikan kronik dan trauma yang tinggi, mereka akan diletakkan dalam kategori program pemulihan lain berbanding anak lain yang 'moderate' atau 'mild'," katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 00:45


Serangan Israel di Gaza dan Tebing Barat telah mengorbankan lebih daripada 11,800 pelajar: Kementerian Pendidikan Palestin

Terbaharu, di Tebing Barat, 79 pelajar sekolah dan 35 pelajar universiti terbunuh, ratusan lagi cedera

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

30 Oct, 00:15


McDonald's mencatatkan penurunan jualan setanding global suku tahunan yang lebih besar daripada jangkaan, terkesan oleh trafik yang lebih lemah merentas pasaran utamanya walaupun ia meningkatkan promosi untuk menarik kembali pelanggan selepas kenaikan harga selama beberapa tahun.

Pendapatan bersih jatuh kepada AS$2.26 bilion, turun tiga peratus daripada tempoh sama tahun lalu.

Syarikat yang berpangkalan di Chicago itu memperoleh AS$3.23 sesaham yang diselaraskan pada suku dikaji, berbanding AS$3.19 tahun lalu.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

28 Oct, 01:41


Misteri sebuah lori yang terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan terjawab apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui 18,700 paket minyak masak dalam kenderaan terbabit dipercayai mahu diseludup ke negara jiran.

Rampasan dilakukan Batalion 7 jam 4 petang itu menerusi Op Taring Wawasan di pengkalan haram ayam di Kampung Terusan, di sini.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya memeriksa sebuah pengkalan haram atas maklumat berlakunya aktiviti penyeludupan minyak masak.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

28 Oct, 01:35


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap seekor ular sawa batik dianggarkan sepanjang tujuh meter dan seberat 240kg selepas membaham tiga ekor kambing milik penduduk Kampung Ngangah.

Gambar: JBPM Kuala Krai

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

28 Oct, 01:18


https://www.ismaweb.my/2024/10/28/mesir-usul-gencatan-senjata-sementara-di-gaza-untuk-pertukaran-tahanan/

Ismaweb.net

28 Oct, 00:40


Sebuah helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan, telah digerakkan untuk menghantar barangan keperluan pada hari pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke kawasan terjejas di Filipina.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan misi itu membabitkan penerbangan pergi balik Pangkalan Udara Villamor - Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol dengan membawa tiga unit bot angin berserta enjin sangkut dan 10 kotak peralatan menyelamat.

Menurutnya, semua barangan dihantar itu adalah untuk kegunaan di kawasan pedalaman dan sekitar bandar Legazpi di Bicol yang terjejas teruk akibat badai Taufan Kristine (Trami).

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

28 Oct, 00:20


Kejadian rempuhan bas di Geliiot di Tel Aviv, Israel.

50 orang cedera dan 10 orang dilaporkan parah. 20 orang dari yang cedera itu adalah dari kalangan tentera IOF.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

28 Oct, 00:03


Polis mengesahkan dua suspek ditahan susulan video tular yang memaparkan dua lelaki meletakkan kepala babi di sebuah kedai makan yang didakwa berlaku di bandar Teknologi Kajang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abd Yusof, berkata dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Oktober lalu susulan kejadian itu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

27 Oct, 08:11


BN tubuh sekolah politik latih golongan muda berpotensi jadi pelapis pemimpin parti termasuk sebagai calon PRU akan datang

- Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

26 Oct, 16:07


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.

Beliau berkata, MCMC sedang bekerjasama dengan Meta dan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

26 Oct, 16:04


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau berkata, program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

26 Oct, 05:03


🟢 PM Anwar berterima kasih kepada Ethiopia kerana menyokong Malaysia sebagai negara rakan BRICS

🟢 Malaysia boleh mempelajari banyak perkara dari Ethiopia dalam usaha memajukan ekonominya sambil memastikan keamanan dan kestabilan

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

26 Oct, 04:40


Sekolah perlu tangani aduan gangguan seksual dengan integriti berdasarkan garis panduan KPM - Fadhlina

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 09:03


Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan 300,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM330,000 dekat pengkalan haram Pos Rela, Pasir Mas pada Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan tersebut dilakukan kira-kira 1 pagi apabila pihaknya ternampak longgokan kotak berwarna coklat yang disembunyikan di kawasan semak semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak berkenaan ditemukan rokok putih berjenama TEX dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 08:32


Hujan lebat dan ribut diramal berlaku pada sebelah petang dan awal malam di negeri ini susulan ramalan cuaca signifikan berkenaan Ribut Tropika Trami yang sedang aktif di Laut China Selatan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, ribut itu dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam dan keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober depan.

Sehubungan itu, katanya, rakyat negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan kejadian garis badai yang akan menyebabkan berlakunya hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh terdekat.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 07:31


Polis mengesahkan perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera negara asing yang turut tular di media sosial, diadakan tanpa permit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, perarakan yang berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu berlangsung dari jam 8 malam hingga 11.30 malam semalam, dan disertai kira-kira 400 penonton.

"Polis telah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta untuk mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 06:35


Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Beliau berkata, tindakan mengibarkan bendera negara asing tidak sesekali dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 06:06


https://www.ismaweb.my/2024/10/25/muip-sedia-bantu-bekas-ahli-gisbh-hilang-pendapatan/

Ismaweb.net

25 Oct, 04:33


Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, di sini semalam.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira jam 7.10 pagi.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 04:03


https://www.ismaweb.my/2024/10/25/serangan-udara-israel-bunuh-3-petugas-media-di-selatan-lubnan/

Ismaweb.net

25 Oct, 03:31


Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.

"Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka,” kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 03:01


https://www.ismaweb.my/2024/10/25/bimbang-kanak-kanak-tertarik-uk-haramkan-penjualan-vape-pakai-buang/

Ismaweb.net

25 Oct, 02:40


Rundingan gencatan senjata Gaza dijangka disambung semula dalam beberapa hari akan datang, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap pada sidang media di Doha dengan Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdelrahman Al Thani, Blinken berkata perunding Gaza akan berkumpul "dalam masa terdekat."

"Kami bercakap tentang pilihan untuk memanfaatkan masa ini dan langkah seterusnya untuk menggerakkan proses ke hadapan, dan saya menjangkakan bahawa perunding kami akan berkumpul dalam beberapa hari akan datang", tambahnya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 02:02


https://www.ismaweb.my/2024/10/25/bawang-mcdonalds-diperiksa-selepas-wabak-e-coli-di-as/

Ismaweb.net

25 Oct, 01:46


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib semalam, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 01:20


Nestlé (Malaysia) Bhd meraih pendapatan RM4.75 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2024, merosot 11.4 peratus daripada angka tinggi bersejarah berjumlah RM5.37 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata walaupun pasaran eksport terus memperlihatkan dinamik yang kukuh, jualan domestik masih terjejas dibayangi sikap berhati-hati pengguna yang bimbang terhadap perbelanjaan dan kemampuan kewangan.

"Menjangkaui cabaran semasa yang dihadapi, Nestlé Malaysia tetap optimis untuk kembali ke landasan pertumbuhan mampan pada suku pertama 2025, disokong oleh asas syarikat yang kukuh dan tanda-tanda keyakinan pengguna yang meningkat secara keseluruhan," katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 00:48


https://www.ismaweb.my/2024/10/25/universiti-uk-digesa-hentikan-pelaburan-dengan-syarikat-sokong-genosid-di-gaza/

Ismaweb.net

25 Oct, 00:45


Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyerbu sebuah premis yang beroperasi di Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang yang didapati menjual barang-barang kawalan seperti gula, minyak masak dan gas petroleum cecair (LPG) selain barangan runcit lain, tanpa memilik lesen runcit barang kawalan berjadual yang sah.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam dalam kenyataan semalam berkata serbuan dilakukan oleh anggota penguat kuasa KPDN Selangor Isnin lepas susulan video tular di media sosial berkaitan seorang peniaga yang dikatakan menyorok bekalan minyak masak.

Beliau berkata pasukan serbuan telah bertindak menyita kesemua barangan di premis itu bersama beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan, dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM630.90, dan kertas siasatan telah dibuka.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

25 Oct, 00:13


Ketua Kesatuan Doktor Lubnan mengesahkan bahawa lima hospital tidak dapat beroperasi akibat serangan rejim Israel ke atas negara Arab itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Youssef Bakhash membuat kenyataan itu dalam satu wawancara dengan rangkaian TV Al Jazeera pada Rabu, sambil menambah bahawa 22 lagi hospital mengalami kerosakan dalam serangan Israel ke atas Lubnan.

Beliau juga menyatakan rejim Israel menyasarkan serangan kepada semua orang dengan sektor kesihatan turut terjejas secara langsung. Beberapa kakitangan perubatan telah syahid, manakala ratusan lagi cedera.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

24 Oct, 09:03


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mewujudkan satu peraturan baharu bagi memastikan tiada penyelewengan terhadap bekalan beras putih tempatan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap ke atas beberapa kilang padi yang didakwa menukar beras tempatan kepada beras import.

"Pertamanya kita kena siasat dulu, minta bahagian kawal selia padi dan beras dan sebagainya untuk pergi ke kilang-kilang padi ini melawat, adakah betul bahawa tuduhan ada campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

24 Oct, 08:30


Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang diramal membadai enam negeri, termasuk seluruh Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga jam 5 petang ini.

Selain Rompin di Pahang, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, beberapa daerah di Kedah dan Johor turut berpotensi terjejas akibat cuaca itu.

Di Kedah, katanya, cuaca itu diramal membadai kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

24 Oct, 07:33


Seramai 97,866 peminjam bagi pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) disenarai hitam," katanya Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada 197,348 peminjam aktif.

Katanya, tindakan menyenarai hitam peminjam dilakukan sebagai satu langkah pengukuhan kepada pembayaran pinjaman MARA.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

24 Oct, 06:43


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 09:04


Lebih 4.3 juta kenderaan memasuki negara ini melalui dua pintu sempadan Johor-Singapura dengan caj jalan (RC) sebanyak RM87,944,580.00 dikutip sehingga September tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata secara purata 16,107 kenderaan memasuki Malaysia dari Singapura, setiap hari.

Katanya, setiap hari dianggarkan 89,818 perjalanan dilakukan pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), bagi tempoh sama.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 08:32


Pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.

"Isu PTPTN ini menjadi isu yang agak lama dan semua parti pun meletakkan dalam manifesto masing-masing, termasuk sebelah sini (kerajaan) dan juga yang di sebelah sana (pembangkang).

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 08:20


Pegawai kanan tentera haram Israel yang terbunuh sejak serangan ganas 7 Oktober.

Sumber: Al-Jazeera

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 08:02


Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) meluluskan kawasan tanaman seluas 3,599 hektar untuk tanaman semula sawit di bawah program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) setakat Oktober lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin, berkata sebanyak 1,441 hektar tanah untuk tanaman semula sawit di bawah program itu sedang diproses, manakala 550 hektar pula di peringkat dalam perhatian.

"Bagi tahun ini, kita menyasarkan 5,900 hektar untuk tanaman semula sawit.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 07:20


Kerajaan dijangka meneroka pendekatan berbeza bagi memastikan subsidi RON95 disalurkan kepada golongan sasar dengan tepat dan berkesan, demikian menurut CGS International dalam nota kajiannya.

Ia susulan pengumuman dalam Bajet 2025 untuk memansuhkan subsidi RON95 bagi 15 peratus golongan berpendapatan tertinggi mulai pertengahan 2025.

"CGS International menjangkakan kerajaan mungkin meneroka pendekatan berbeza bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar dengan tepat dan berkesan," kata firma penyelidikan itu.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 06:32


Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM3.6 juta dalam tempoh bermula Januari sehingga September lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, rampasan itu membabitkan dadah yang dianggarkan seberat 789.2 kilogram dan 6,825.51 liter termasuk air ketum dan ubat batuk.

Beliau berkata, ia membabitkan jenis dadah seperti pil yaba, syabu, heroin, ganja, pil eramin 5, air ketum, daun ketum, ubat batuk dan pil psikotropik.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 04:07


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Arab Saudi memperluaskan program kad kesihatan digital haji bagi memastikan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada hampir tiga juta jemaah yang menunaikan haji setiap tahun.

Menurut kenyataan WHO, kad kesihatan haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

Kad terbabit merangkumi maklumat kesihatan penting seperti keperluan ubat, alahan, status imunisasi, dan masalah kesihatan sedia ada.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 03:52


https://www.ismaweb.my/2024/10/22/ini-kisah-derita-saya-sejak-israel-perang-gaza/

Ismaweb.net

22 Oct, 02:41


Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam serangan udara Israel lewat malam Isnin berhampiran sebuah hospital di ibu negara Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan seramai 24 lagi cedera dalam serangan udara yang menyasarkan kawasan sekitar Hospital Universiti Rafik Hariri di pinggir selatan Beirut.

Serangan turut menyebabkan kerosakan besar kepada hospital berkenaan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 02:01


https://www.ismaweb.my/2024/10/22/ruu-mufti-ulasan-terhadap-titah-dymm-raja-perlis-dan-kritikan-mufti-perlis/#google_vignette

Ismaweb.net

22 Oct, 01:51


Israel menyerang kira-kira 300 sasaran Hizbullah di Lubnan dalam tempoh 24 jam, dalam usaha menjejaskan kewangan kumpulan itu, tatkala Amerika Syarikat (AS) menggesa perang ditamatkan secepat mungkin.

Serangan ke atas cabang kewangan Hizbullah menandakan perluasan perang hampir sebulan di Lubnan dan pada masa sama, Israel terus menggempur Gaza lebih setahun.

Menurut tentera rejim Zionis, bilik kebal mengandungi peti besi bawah tanah dengan wang tunai dan emas bernilai puluhan juta dolar antara hampir 30 sasaran firma cabang kewangan yang ada kaitan dengan Hizbullah, Al-Qar al-Hassan, dimusnahkan sejak kelmarin.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 01:29


https://www.ismaweb.my/2024/10/22/israel-larang-bantuan-kemanusiaan-ke-utara-gaza-pbb/

Ismaweb.net

22 Oct, 01:11


Kanak-kanak Gaza dukung adik cedera selama 1 jam untuk sampai ke tempat selamat

Seorang kanak-kanak perempuan di Gaza dilihat mendukung adik perempuannya yang cedera di sepanjang jalan selepas adiknya dilanggar sebuah kereta.

Kedua-dua beradik yang telah kehilangan tempat tinggal itu berjalan selama satu jam untuk sampai ke kem pelarian di Bureij, Gaza Tengah.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 00:50


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan tuduhan melindungi sebuah kontena membawa muatan rokok kerana didakwa milik kerabat Diraja Perak.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin menyifatkan dakwaan itu sebagai tohmahan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan megesahkan satu laporan polis sudah dibuat.

Katanya, beliau sebagai Ketua Pengarah tidak mempunyai kuasa untuk mengecualikan atau melepaskan mana-mana pihak dari membayar cukai kerana ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 00:14


Harga minyak meningkat hari ini di tengah-tengah laporan berita bahawa Israel sedang menyediakan serangan besar ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Tehran pada 1 Oktober lalu, lapor Anadolu Agency.

Penanda aras minyak antarabangsa minyak mentah Brent meningkat 0.4 peratus kepada AS$73.13 setong pada 09.56 pagi waktu tempatan (0656 GMT), meningkat daripada penutupan sesi sebelumnya sebanyak AS$72.87.

Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) juga meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada AS$69.09 setong, berbanding AS$68.78 pada penutupan sesi sebelumnya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

22 Oct, 00:14


Seramai 1,135 penceroboh haram Israel dan pelampau Yahudi menceroboh Masjid Al-Aqsa pada hari kelima bersempena perayaan Yahudi Sukkot.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

21 Oct, 10:58


Tentera Israel memaksa penduduk awam Palestin yang berlindung di sebuah sekolah berhampiran hospital Indonesia untuk berpindah.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang terjejas.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

21 Oct, 09:58


Penduduk Palestin mula berpindah dan mencari Kawasan yang lebih selamat, membawa bersama barangan peribadi, berikutan serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia.

Keadaan di kawasan tersebut semakin tegang, mendorong ramai mencari perlindungan lain.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

21 Oct, 09:18


https://www.ismaweb.my/2024/10/21/who-isytihar-mesir-bebas-malaria/

Ismaweb.net

21 Oct, 09:02


Jumlah banduan yang ditempatkan di penjara di seluruh negara kini mencecah 87,000 orang iaitu melebihi kapasiti maksimum 74,000 orang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, usaha rentas agensi dan kementerian serta komuniti perlu dilakukan bagi mengelak dan mengatasi permasalahan yang lebih rumit di penjara waktu ini.

"Jabatan Penjara yang turut terbabit dalam menyelesaikan masalah sosial ini, kini penjara sudah disesakkan dengan 87,000 banduan, berbanding dengan maksimum kemuatan penjara hanya 74,000 orang.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

19 Oct, 15:07


TERKINI

Kebakaran berlaku di Sekolah Abu Hussein di kem Jabalia akibat serangan Israel yang berterusan di kawasan tersebut.

Keluarga-keluarga yang dipindahkan di sekolah itu merayu segera bantuan di tengah-tengah pengepungan ketat Israel di utara Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

19 Oct, 09:34


Masjid-masjid di seluruh dunia sedang bersiap mengadakan solat jenazah ghaib hari ini untuk lagenda mujahidin, As-Syahid Yahya Sinwar.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

19 Oct, 01:45


Gerakan Hamas dalam satu kenyataan berkata:

🟢 Benjamin Netanyahu berterusan menghalang perjanjian pertukaran, bukan As-Syahid Yahya Sinwar.

🟢 Cadangan pihak penjajah bahawa As-Syahid Yahya Sinwar menghalang perjanjian pertukaran adalah tidak benar.

🟢 Kepimpinan baharu akan diumumkan pada masa yang dianggap sesuai mengikut haluan pergerakan.

🟢 Pembunuhan Yahya Sinwar tidak akan mengubah apa-apa dalam persamaan rundingan dan apa yang dicadangkan oleh pihak penentangan.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 23:58


Demonstrasi besar-besaran di ibu kota Jordan, Amman bagi mengecam serangan berterusan berterusan Zionis di Gaza dan Lubnan.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 23:55


Lautan manusia di Yaman meratapi kesyahidan Yahya Al-Sinwar dan terus menyatakan sokongan dengan perjuangan Palestin.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 14:46


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Telah syahid panglima perang Taufan al-Aqsa, Yahya Sinwar "Abu Ibrahim".

Semoga Allah merahmatinya, dan ditempatkan di syurga yang tertinggi.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 13:09


https://www.ismaweb.my/2024/10/18/yahya-sinwar-syahid/

Ismaweb.net

18 Oct, 12:48


Panglima perang Taufan al-Aqsa, Yahya Sinwar disahkan syahid

Hamas dalam satu kenyataan berkata, Yahya merupakan salah seorang yang paling mulia dan paling berani, seorang lelaki yang mengabdikan hidupnya untuk Palestin dan memberikan jiwanya demi Tuhan di jalan pembebasannya.

Maka Tuhan mempercayainya, dan Allah memilihnya sebagai seorang yang syahid bersama para syuhada’ yang mendahuluinya.
 
Kami meratapi pemimpin negara yang hebat As-Syahid Mujahid saudara Yahya Al-Sinwar (Abu Ibrahim).

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 11:04


Bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 10:30


Lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 10:28


• Kampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit antaranya untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti. KPKT juga diberi tanggungjawab untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 10:07


• Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan antaranya SK Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor; SMK Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor; SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah; SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah; dan SK Dudong, Sibu, Sarawak.

• 2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara; ia membabitkan 1 bilion ringgit khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur:

Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU; dan 1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 10:01


🟢 Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

🟢 Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 09:59


• Kerajaan bersetuju memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.

• Tahun hadapan, 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 09:56


• Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit, ketimbang 58.7 bilion ringgit tahun ini – peruntukan tertinggi dalam sejarah.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 09:17


• Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 09:15


Belanjawan 2025

• Tahun hadapan, ikhtiar Sejati MADANI bakal diperhebat dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas. Lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI. Universiti dan institusi TVET juga dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti. Syarikat-syarikat mega diseru untuk terlibat sama dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan. Peruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI meliputi:

Pertama: 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli; manakala jawatankuasa kampung yang akan memutuskan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada komuniti masing-masing.

Kedua: 200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara yang diterajui pengurusan kementerian dan jabatan.

Ketiga: 100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET memberi khidmat TVET seperti baik pulih rumah dan pendawaian elektrik kepada komuniti.

Keempat: 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara melalui pelbagai program sosioekonomi.

Kelima: Saya amat menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations dan United Plantations yang sudi untuk mengambil pekebun kecil sawit angkat yang berjiran dengan ladang mereka. Syarikat ini sedia menyediakan bantuan meliputi bekalan benih terkini dan baja terbaik serta pematuhan piawaian mampan.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 09:14


Belanjawan 2025

• Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak.

• Transaksi mencurigakan lebih 380 juta ringgit berjaya disekat dalam membendung kes scam di Malaysia. Kendatipun demikian, isu scam masih dilihat parah dengan kes yang kian meningkat.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 09:04


Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dr Shahnaz Sulaiman, melalui penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini, membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.

Na'imah memfailkan permohonan untuk mengekalkan status quo dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan berhubung dakwaan LHDN bahawa beliau tidak menjelaskan cukai taksiran bernilai RM313.82 juta.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb

Ismaweb.net

18 Oct, 08:59


Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb