Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengenai penubuhan badan khas untuk "memudahkan pemindahan penduduk Gaza secara sukarela" menunjukkan kesinambungan dasar pengusiran yang telah lama wujud sejak Nakba 1948. Dasar penghapusan etnik ini bukanlah sekadar wujud 100 tahun yang lalu, namun ia boleh dilihat berkesinambungan daripada pemikiran konsep Goyim yang mendasari worldview bangsa Yahudi.
Konsep Goyim yang menjawab persoalan tentang manusia lain digunakan pihak Zionis untuk membenarkan dominasi terhadap bukan Yahudi. Dalam beberapa teks Talmud, seperti Sanhedrin 59a, terdapat petikan yang menyatakan bahawa "membunuh Goyim adalah seperti membunuh haiwan liar." Ayat ini secara jelas menunjukkan pandangan mereka terhadap manusia lain secara hina atau kebinatangan mempengaruhi tindakan mereka selama ini.
Sejak Nakba, Israel didasari konsep Goyim telah menggunakan pelbagai cara untuk mengusir rakyat Palestin, termasuk serangan ketenteraan, sekatan ekonomi, dan polisi penempatan haram. Kini, dengan alasan "pemindahan sukarela," Gaza menjadi sasaran terbaru dalam strategi yang bertujuan untuk mengosongkan wilayah tersebut daripada penduduk asalnya. Ini mencerminkan pola yang telah lama berlaku dalam sejarah penjajahan Zionis.
Beberapa kajian, termasuk yang diterbitkan oleh Ilan Pappé dalam The Ethnic Cleansing of Palestine (2006), mendokumentasikan bagaimana pembersihan etnik dilakukan secara sistematik sejak 1948 melalui pembunuhan beramai-ramai, perobohan kampung, dan pengusiran secara paksa. Laporan dari organisasi hak asasi manusia seperti Human Rights Watch dan B'Tselem (badan pemerhati hak asasi Palestin di Israel) juga menyimpulkan bahawa tindakan Israel terhadap Palestin boleh dikategorikan sebagai apartheid dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Dasar pengusiran yang kini diberi label sebagai "pemindahan sukarela" sebenarnya meneruskan agenda pembersihan etnik yang telah lama berlaku. Konsep Goyim menjadi asas untuk merendahkan kemanusiaan rakyat Palestin, menjadikan mereka sasaran eksploitasi dan penghapusan secara sistematik. Sejarah dan bukti-bukti akademik menunjukkan bahawa ini bukan sekadar satu pemindahan, tetapi satu bentuk kolonialisme pemukim yang berterusan.
———————————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://t.me/AkalWahyuOfficial