FAQ FF & LEAF @fffaqff Channel on Telegram

FAQ FF & LEAF

@fffaqff


Soalan Femes Yang Selalu Customer Tanya! Refer Sini Ye💃🏻

FAQ FF & LEAF (Malay)

FAQ FF & LEAF adalah saluran Telegram yang memberikan jawapan kepada soalan-soalan popular yang sering ditanya oleh pelanggan. Dengan mengandungi perkataan 'FAQ' yang merujuk kepada Frequently Asked Questions dan 'FF & LEAF' yang mungkin merujuk kepada Fast Food & Leisure, saluran ini memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmatan tertentu. Dengan menyediakan jawapan yang tepat dan terperinci, pelanggan boleh mendapatkan kefahaman yang lebih baik tentang perkhidmatan yang mereka gunakan. FAQ FF & LEAF adalah tempat yang sempurna untuk mendapatkan jawapan kepada sebarang soalan yang mungkin anda miliki tentang produk atau perkhidmatan tertentu. Jadi, jangan ragu untuk menyertai saluran ini dan dapatkan jawapan kepada soalan anda dengan mudah dan pantas!

FAQ FF & LEAF

13 Dec, 11:38


FAQ: Hair Serum

1. Apa itu hair serum?
Hair serum adalah produk rambut berasaskan cecair yang mengandungi bahan aktif untuk melindungi, melembapkan, dan memperbaiki rambut. Ia berfungsi sebagai lapisan pelindung pada rambut, menjadikan rambut lebih licin, lembut, dan bersinar.

2. Siapa yang sesuai menggunakan hair serum?
Hair serum sesuai untuk semua golongan, termasuk:
• Orang dewasa dengan rambut rosak, kering, atau kusut.
• Kanak-kanak dengan rambut kasar atau mudah kusut
• Mereka yang terdedah kepada panas matahari atau alat pemanas rambut.

3. Bagaimana cara menggunakan hair serum?
• Basuh rambut seperti biasa dan keringkan hingga lembap.
• Ambil beberapa titis serum di tapak tangan.
• Gosokkan pada tapak tangan dan sapu rata ke hujung rambut (elakkan kulit kepala).
• Biarkan rambut kering secara semula jadi atau gunakan alat pengering.

4. Berapa kerap perlu guna hair serum?
Hair serum boleh digunakan setiap hari selepas mencuci rambut atau bila-bila masa rambut terasa kering dan kusut.

5. Adakah hair serum sesuai untuk kanak-kanak?
Ya, selamat kerana hair serum faith fleur bebas dari bahan kimia berbahaya seperti paraben, sulfat, dan alkohol.

6. Apakah manfaat hair serum untuk rambut?
• Melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan.
• Melindungi rambut daripada kerosakan akibat haba dan pencemaran.
• Menjadikan rambut lebih bersinar dan licin.
• Membantu memperbaiki rambut yang rosak atau kering.

7. Adakah hair serum boleh menyebabkan rambut berminyak?
Tidak, jika digunakan dengan betul. Gunakan hanya beberapa titis dan fokus pada hujung rambut, bukan kulit kepala, untuk mengelakkan rambut terasa berat atau berminyak.

8. Adakah hair serum menggantikan perapi rambut?
Tidak. Hair serum digunakan sebagai tambahan kepada perapi. Ia memberikan perlindungan tambahan selepas mencuci rambut.

9. Berapa lama hair serum mengambil masa untuk menunjukkan hasil?
Kesan segera boleh dilihat pada kelembutan dan kilauan rambut selepas penggunaan pertama. Untuk manfaat jangka panjang seperti rambut lebih sihat, penggunaan konsisten diperlukan.

10. Adakah perlu bilas hair serum selepas sapuan?
Tidak. Hair serum adalah produk tanpa bilas (leave-in), jadi biarkan ia meresap ke rambut untuk hasil terbaik.

11. Bolehkah hair serum digunakan pada rambut basah atau kering?
Hair serum lebih efektif digunakan pada rambut yang lembap selepas mandi, tetapi boleh juga digunakan pada rambut kering untuk mengawal kekusutan sepanjang hari.

FAQ FF & LEAF

25 Nov, 11:34


Friendly Ask Question Prospek Agen

1) Ada Minimum Order Quantity (MOQ) tak?
- tiada MOQ untuk semua level

2) Order kena guna sistem centralized lagi ke?
- tidak, semua boleh order melalui upline leader masing masing

3) Jadi Agen wajib pegang stock ke?
- kalau ada modal dan suka ada stok di tangan, boleh pegang stock
- kalau belom ada modal, nak santai santai boleh collect order dan minta leader/hq uruskan postage kepada customer/team

4) Boleh ambik agen/dropship tak bawah saya?
- untuk EP, hanya boleh ada dropship.
- untuk level EEP dan ke atad boleh ada agen & dropship

5) HQ/Leader boleh postkan stok sy terus kepada team/customer tak?
- Boleh sangat! Bagi je order dan alamat 😘

6) Harga hair serum tu kekal ke atau akan naik?
- harga hair serum sebenar RM20, HQ akan kekalkan promosi harga RM10/sm RM15/ss dan $12 Sgpore/Brunei

7) Boleh ke saya nak join sebab nak beli untuk pakai sendiri je?
- Boleh beli dengan harga agen untuk pakai sendiri, mana tahu kalau nak buat duit lebih boleh share manfaat dengan kawan, jiran tetangga dan pak guard ke kann.

Ha ini lah soalan soalan yang selalu ditanya oleh orang yang nak join agen Faith Fleur. Kalau ada soalan lain lagi nak tanya silakan, mami mary akan jawab 😘

#FAQFaithFleur
#TrustedHairCareBrand
#faithfleurbyctymary

FAQ FF & LEAF

12 Nov, 07:10


FAQ about Scalp & Hair tonic Faith Fleur:

1. Apa itu scalp & hair tonic?
Hair tonic adalah produk perawatan rambut yang umumnya berbentuk cair dan digunakan untuk merawat kulit kepala, meransang pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut.

2. Bilakah waktu sesuai untuk menggunakan scalp & hair tonic?
Selepas mandi dan ketika rambut dalam keadaan lembap.

3. Bagaimana cara menggunakan scalp & hair tonic?
Hair tonic di semburkan ke kulit kepala dan rambut selepas mencuci rambut kemudian urut lembut untuk meratakan dan meningkatkan penyerapan.

4. Apa manfaat utama scalp & hair tonic?
Hair tonic membantu merangsang pertumbuhan rambut dan merawat kulit kepala.

5. Apakah scalp & hair tonic sesuai untuk semua jenis rambut?
Tergantung pada kondisi kulit kepala dan masalah yang dihadapi. Contohnya untuk kulit kepala terlalu kering tidak digalakkan menggunakan scalp & hair tonic

6. Berapa kerap sebaiknya menggunakan scalp & hair tonic?
Frekuensi penggunaan tergantung kepada jenis rambut dan kondisi kulit kepala. Untuk Faith Fleur Scalp & Hair tonic boleh digunakan setiap hari, 2 kali sehari jika anda mempunyai masalah rambut gugur yang teruk.

7. Boleh kah scalp & hair tonic membantu mencegah rambut gugur?
Sudah tentu boleh. Scalp & Hair tonic berfungsi untuk menguatkan akar rambut dari gugur.

8. Boleh kah scalp & hair tonic digunakan bersamaan dengan produk perawatan rambut lain?
Boleh, tetapi pastikan untuk membaca petunjuk penggunaan produk.

9. Apakah hasil dari scalp & hair tonic terlihat secara instan?
Beberapa orang mungkin melihat hasil instan seperti kilau rambut, sementara manfaat jangka panjang seperti pertumbuhan rambut mungkin memerlukan penggunaan yang konsisten dalam jangka waktu tertentu.

10. Berapa lamakah nak nampak hasil pertumbuhan rambut dan lebat?
Pertumbuhan rambut memerlukan penggunaak yang konsisten dalam jangka masa tertentu. Contoh dari pengalaman customer kami, hasil paling cepat dalam masa 2 minggu dan paling lama selama 6 bulan ke 1 tahun.

Disclaimer : Keputusan individu mungkin berbeza-beza bergantung pada banyak faktor yang menyumbang kepada rangsangan rambut untuk pertumbuhan

FAQ FF & LEAF

16 Jan, 23:18


Channel name was changed to «FAQ CTYMARY»

FAQ FF & LEAF

24 May, 18:02


Ade feedback, lepas pakai shampoo faith fleur tiba tiba ade kelemumur. Mula pakai nak selesaikan masalah rambut gugur jer!

Kyam jawab untuk semua ye.

Ade 2 kemungkinan disini.

1) walaupon dah konsisten 2,3 minggu, still tak berkurang. Mungkin shampoo tak sesuai dengan sistur, hormon manusia berbeza2. Ade orang sesuai ade yang tidak. Sebab tu, shampoo wujud pelbagai jenis dan brand.

2) tindak balas dari penggunaan shampoo ade bahan kimia sebelom ni. Nasihat kyam, cuba guna 2,3 minggu dulu, bersulamkan serum faith fleur sekali. Tengok hasil macam mane. Untuk memulihkan memang makan masa, yela seumur hidup sisturr, sisturr pakai shampoo ade bahan kimia, nak reverse action balik memang makan masa. Kita tak boleh expect guna seminggu nak nampak kesan sedangkan sebelom ni 23 tahun kita guna benda bahaya kat kepala kita ni.

Sabar dan istiqomah, kalau tak sabar. Sudah, stop dan teruskan bertukar tukar shampoo anda sampai lah bila bila sebabnyaa, bertukar tukar shampoo dengan kerap takan menyelesaikan masalah sisturrr.

Sekian ikhlas dari kyam.

#faithfleurbyctymary