WACANASKSP @wacanasksp Channel on Telegram

WACANASKSP

@wacanasksp


Makluman rasmi SK Seri Permai PIBG/PIBK

WACANASKSP (Malay)

WACANASKSP, atau lebih dikenali sebagai 'wacana sekolah seri permai', merupakan saluran Telegram rasmi untuk Komiti Ibubapa Guru dan Kelab di Sekolah Kebangsaan Seri Permai. Saluran ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat rasmi berkaitan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan PIBK (Persatuan Ibu Bapa dan Kawan-Kawan) di sekolah tersebut. Dengan menyertai saluran ini, ibu bapa dan guru di SK Seri Permai dapat mendapatkan akses terus kepada perkembangan terkini di sekolah, program aktiviti yang akan diadakan, serta makluman penting lain yang perlu diketahui. Saluran ini juga menjadi tempat untuk berinteraksi dan bertukar pendapat bagi memastikan kejayaan pelajar di sekolah itu terjamin. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai WACANASKSP dan terus terhubung dengan komuniti pendidikan di SK Seri Permai!

WACANASKSP

23 Dec, 12:05


📌MAKLUMAN TERKINI BERKAITAN BAUCER BUKU MADANI

WACANASKSP

18 Dec, 06:18


Assalamualaikum dan salam sejahtera

👆Pemakluman Cuti.

Terima kasih.

WACANASKSP

18 Dec, 01:45


RINGKASAN MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 3 BAGI TAHUN 2024 🌹

📌 Tabung PIBG
Masih ada ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan PIBG RM70.

📌Etika Pakaian
Ibu bapa yang masuk ke kawasan sekolah diminta memakai pakaian sopan yang mengikut peraturan sekolah & premis kerajaan.

📌Buku Nota Diari 
Akan dijual di koperasi tahun hadapan & dimasukkan ke dalam senarai bayaran buku. Tujuan: mencatat nota program & amalan baik.

📌Penjagaan Meja & Loker
Kutipan RM5 untuk penyelenggaraan berakhir pada 20/12/2024 (Jumaat).

📌Sumbangan Smart TV
Selesai dengan jayanya untuk kelas Tahun 1 & 4.
Dana diperlukan untuk kelas Tahun 2 & 5.
Bagi ibubapa dan waris yang ingin membuat sumbangan, boleh terus berjumpa dengan GB atau YDP PIBG.

📌Keselamatan Laluan Lintas
Cadangan: Tambah polis bantuan/RELA & sukarelawan ibu bapa untuk menjaga laluan lintas secara berjadual.
Bagi ibu bapa yang berkelapangan untuk membantu, boleh hubungi terus dengan GB atau YDP PIBG.

📌Gotong-Royong Kawasan Laluan Lintas Hadapan Sekolah
Akan diadakan sebelum cuti sekolah dengan penglibatan PIBG & PIBKS dan semua ibubapa dan waris pelajar.

📌Papan Tanda Larangan
Peruntukan diperlukan untuk tambahan signboard seperti "Larangan Merokok" & "Kawasan Dilarang Parking".

📌Penetapan Laluan Lintas
Laluan motosikal & kereta akan ditetapkan semula selepas selesai aktiviti gotong-royong bagi tujuan keselamatan murid serta kenderaan yang lain.

📌Display/LCD Outdoor
Cadangan pemasangan "interactive display" bagi tujuan pemberitahuan & informasi kepada ibu bapa.

📌Bantuan Awal Persekolahan
Bayaran akan dikekalkan secara tunai.

📌Inisiatif Kelas Tambahan Secara Sukarela
Inisiatif kelas tambahan Sabtu/Ahad secara sukarela terbuka kepada ibu bapa mengikut kepakaran masing-masing.
Bagi ibu bapa yang berminat, boleh terus hubungi YDP PIBG.

📌Larangan Merokok
Ibu bapa dilarang merokok di kawasan sekolah, ini termasuk kawasan jalan tempat menunggu/parkir kereta di hadapan pintu masuk sekolah
seperti yang telah digazetkan sebagai harta KPM.

WACANASKSP

18 Dec, 01:43


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ☝️ untuk makluman semua ibubapa/waris SK Seri Permai. Sekiranya ada apa-apa pencerahan boleh hubungi terus GB atau YDP PIBG SKSP. TQ

WACANASKSP

12 Dec, 03:54


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman dan tindakan semua ibu bapa/penjaga

‼️‼️ Pengesahan Pilihan Kaedah Penerimaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ‼️‼️

🌹Merujuk Surat Siaran Bahagian Kewangan, KPM yang bertarikh pada 22 November 2024, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pelaksanaannya pada 2025 yang melibatkan warganegara bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.

🌹Sebelum pelaksanaan BAP Tahun 2025, pihak sekolah perlu mendapatkan pengesahan daripada ibu bapa / penjaga mengenai kaedah agihan BAP.

🌹Mohon ibu bapa/penjaga untuk mengisi borang pengesahan yg diberikan  dengan segera dan mengembalikannya kepada guru kelas  *sebelum atau pada 16 Disember 2024*.

🌹Dalam  mesy ajk PIBG Bil.3 iaitu pada  9.12.24,  pihak PIBG telah memutuskan utk memilih kaedah  *Serahan Tunai*.
Ianya bertujuan untuk memudahkan ibu bapa/penjaga menerima BAP secara langsung dan boleh diperoleh serta-merta, lebih mudah dan cepat.

🌹Oleh itu, pihak sekolah menggalakkan ibu bapa/penjaga memilih kaedah penerimaan BAP secara TUNAI *

‼️‼️Peringatan Mesra ‼️‼️

1️⃣  * Pihak sekolah memohon ibu bapa/penjaga memilih

PILIHAN : 
✔️ * SERAHAN  TUNAI *

Harap maklum dan terima kasih atas kerjasama yg diberikan 🙏

WACANASKSP

27 Nov, 00:03


[SEMAKAN KELAYAKAN BAGI PROGRAM PENGAYAAN CUTI SEKOLAH]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semakan keputusan bagi Program Pengayaan Cuti Sekolah boleh dibuat pada 27 November 2024.

Sila layari laman sesawang https://semak.permatapintar.ukm.my/ untuk membuat semakan.

#PERMATApintar
#bahagianPERMATA
#KPM
#7TerasKPM
#UKM
#UKMSharing
#UniversitiWatanKita
#PPCS

WACANASKSP

26 Nov, 08:25


📚 JOM SERBU SELANGOR INTERNATIONAL BOOK FAIR ! 📚 
Tawaran menarik menanti anda!  

📖 Pelbagai Ruang Program disediakan untuk anda : 
🔷Pentas Utama
🔷Ruang Piano
🔷Dewan
🔷Peringkat Kanak-kanak
🔷Pentas Foyer
🔷Mencari Harta Karun
🔷Bilik Fungsi

🔛 Layari Laman web untuk penerangan lanjut :

https://sibf.my/ms/programmes/?v=fa9b538b9c6e

🎉 Aktiviti Menarik Menanti Anda: 
📌 Bertemu penulis terkenal 
📌 Bengkel kreatif & interaktif 
📌 Hadiah eksklusif untuk cabutan bertuah 

📅 Tarikh: 27 NOV - 3 DIS
📍 Lokasi:PUSAT KONVENSYEN SETIA CITY 
🕒 Masa:9.00 PAGI - 10.00 MALAM

❤️Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu, inspirasi, dan hiburan di bawah satu bumbung!
❤️  Para waris yang berkelapangan dan berkesempatan jom bersama meriahkan di sana!


#sibf2024
#pestabuku
#bookfair
#generasimembaca

WACANASKSP

29 Oct, 12:37


Sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali bermula 30 Oktober 2024 (Rabu) hingga 3 November 2024 (Ahad).

Sekolah dibuka semula pada 4 November 2024 (Isnin).


Terima kasih.

WACANASKSP

26 Oct, 07:24


*JOM BUKA AKAUN TABUNG HAJI SECARA PERCUMA*

*MOBILE KAUNTER TABUNG HAJI*

Tarikh : 29 & 30 OKTOBER 2024
Tempat : MASJID UMAR IBNU AL-KHATTAB, BAYAN BARU
Time : 2.30 p.m- SELESAI

Dokumen IBU/AYAH perlu bawa ialah:

📌Sila Bawa
- *IC & Mykid Anak*
- *Salinan sijil lahir*
- *Telefon Bimbit*



Bagi membuka akaun anak2 bwh 18 Tahun:
📌 *IBU/BAPA sahaja perlu hadir ke kaunter Tabung Haji*
📌 *Wajib bawa bersama salinan photostate IC Penjaga dan Sijil Kelahiran Anak sahaja*

________
Lain2 Perkhidmatan Yang Disediakan :

📌Pendaftaran & Semakan Haji
📌Kemaskini Maklumat Peribadi
📌Pendaftaran *THiJARI*
📌Pendaftaran *TH KHAIRAT* (Khairat Kematian TH)*



*Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Encik Fahmy* 010-7751066

WACANASKSP

23 Oct, 01:57


Assalamualaikum dan salam sejahtera

👆Pemakluman Cuti Deepavali.

Terima kasih.

WACANASKSP

30 Sep, 04:26


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

🔖Berdasarkan Surat Siaran KPM Bil.9 Tahun 2024 : PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN RAKAMAN GAMBAR/VIDEO/AUDIO MURID SERTA MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL BAGI PROGRAM ANJURAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk memuat naik rakaman gambar / video / audio ke laman media sosial melalui Borang Akuan Kebenaran.

🔖Sehubungan itu, Borang Akuan Kebenaran Ibu Bapa /Penjaga akan diedarkan kepada murid-murid pada hari Isnin, 30/9/2024.

🔖Tiada sebarang paksaan dari pihak KPM untuk tuan/puan membenarkan / tidak membenarkan.

🔖Tuan/Puan perlu menghantar semula borang akuan yang telah lengkap diisi kepada guru kelas anak tuan/puan selewat-lewatnya pada hari khamis, 3/10/2024.

🔖Borang akuan ini sah digunakan dalam tahun semasa sahaja dan perlu mengisi semula pada tahun berikutnya.

Harap maklum dan terima kasih.

WACANASKSP

22 Sep, 06:26


📚🎒 SKIM AWAL PERSEKOLAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025
.
Skim tahunan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
.
Objektif utama skim ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
.
Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 23 September 2024 (Isnin) minggu hadapan.
.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2024 (Rabu).

Terima kasih.

WACANASKSP

18 Sep, 11:52


Photo from Sabarullah

WACANASKSP

18 Sep, 11:52


Assalamualaikum cerita SnET 2.0 inovasi saya dalam KOSMO hari ini. Harap semua doakan saya dan penyelaras dipermudahkan segala urusan.

WACANASKSP

13 Sep, 11:17


Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

WACANASKSP

13 Sep, 11:16


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Info berkaitan penyakit MPOX untuk perhatian semua sebagai langkah pencegahan.

Terima kasih.

WACANASKSP

13 Sep, 10:55


🫶🏻 Jaga kesihatan & keselamatan anda sepanjang cuti sekolah

🫰🏻 Mesti siapkan kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran anda

🎊 🎉Selamat bercuti kepada semua murid
.🎊🎉

#skspsekolahts25
#sksptop3intheworld
#letsreachthestars

WACANASKSP

12 Sep, 00:12


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah satu lagi kejayaan bersejarah dan gemilang SK Seri Permai inovasi saya Smart n Easy Table 2.0 (SnET2.0) diiktiraf oleh dunia luar apabila telah disiarkan dalam sebuah majalah di Negara Sepanyol keluaran bulan Jun 2024 yg lalu. Kejayaan ini untuk negara kita sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke 67 dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti. Saya juga telah mendapat satu jemputan Conference iaitu Special Invitation To The World Schools Summit 2024 yang akan berlangsung di Deria International School in Dubai, UAE pada 23 hingga 24 November nanti. InsyaAllah nama negara kita yg tercinta akan cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia. Kejayaan ini khas untuk seluruh warga SKSP juga para ibubapa, waris, JPNPP dan KPM. Semoga semua mendoakan agar semua urusan saya untuk ke sana dipermudahkan Allah.

WACANASKSP

11 Sep, 09:22


Assalamualaikum dan salam sejahtera

👆Pemberitahuan Cuti Persekolahan Penggal 2.

Terima kasih.