Kalam Ulama' @kalamparaulama Channel on Telegram

Kalam Ulama'

@kalamparaulama


Menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah/video dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صل الله عليه وسلم

جزكم الله خيرا كثيرا ...

Kalam Ulama' (Malay)

Kalam Ulama' ialah satu saluran Telegram yang menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah, video, dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صلى الله عليه وسلم. Dalam saluran ini, anda akan mendapati pelbagai nasihat dan pengajaran dari para ulama' yang berpengalaman. Tausiyah yang disampaikan akan membantu memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri kepada agama. Melalui video dan qasidah, anda juga akan merasai keindahan dalam mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jadi, jom sertai Kalam Ulama' dan terokai hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Sertai kami sekarang untuk mendapatkan faedah ilmiah dan rohani yang bermanfaat. Jazakumullahu khayran katheera.

Kalam Ulama'

13 Feb, 04:59


JEMPUTAN KHAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa hormat, kami daripada Urusetia Rubat Ad Dhia Ul Lami' ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri Majlis Ziarah Kubra yang akan diadakan di Makam Kg. Hulu Melaka bagi memperingati dan menziarahi Habib Abdullah bin Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim pada:

Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
Masa: 6.00 Petang - 7.00 Petang
Tempat: Makam Kg. Hulu Melaka

Istimewa bersama:
Habib Umar Al Jailani


Majlis ini akan diadakan dengan penuh keberkatan, di mana kita akan bersama-sama mengenang jasa dan keilmuan yang ditinggalkan oleh Habib Abdullah bin Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim serta menerima nasihat dan doa dari Habib Umar Al Jailani. Marilah kita semua bersama-sama menyemarakkan majlis ini dengan doa, ziarah, dan tazkirah yang bermanfaat.

Kalam Ulama'

24 Jan, 05:52


‏إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah kembali ke rahmatullah seorang wali Allah, sesepuh bumi Tarim sebentar tadi dalam usia mencecah 100 tahun di rumahnya.

Al-Marhum Syeikh Omar yakni bapa saudara kepada Habib Musa Kazim Jaafar as-Saggaf (kekanda kepada ibu Habib Kazim).

Ketika mudanya beliau berkhidmat di Masjid Baalawi berpuluh-puluh tahun dan sempat bertemu ramainya alim ulama Hadramaut hatta ulama dunia.

Diceritakan juga, al-Allamah Habib Omar jika ingin keluar bermusafir berdakwah ke luar negara, beliau akan bertemu al-Marhum untuk meminta doa. Subhanallah.

Antara nasihat al-Marhum yang kami terima dalam ziarah tahun lepas "banyakkan lah berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan jika boleh beriktikaf di Masjid Baalawi"

Moga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh auliaNya. Amin

#WafatnyaUlamak

Kalam Ulama'

17 Jan, 04:53


Untuk para pencari harta ingatlah kalam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad,

"Yang bukan milikmu tidak akan sampai kepadamu, yang sudah menjadi bahagianmu sudah pasti akan kau dapati.

Jangan berlebihan mencari harta dunia, kerana sebaik-baiknya harta yang mendatangkan manfaat ialah amal soleh."

#KalamUlama

Kalam Ulama'

10 Jan, 03:49


Seorang hamba, yang sedang dirundung kesulitan, mengeluh dengan berbagai cara, kepada Rabb-nya. Dan Rabb berkata,

"Bukankah dengan semua derita dan sakitmu engkau menjadi taat dan berdo'a dengan berendah-hati kepada-Ku; Seharusnya yang engkau keluhkan adalah semua kelimpahan yang engkau terima, yang menyebabkan engkau menjauh dari pintu-Ku."

Sejatinya, musuhmu adalah ubat bagimu: dia ramuan penyembuhmu, dia hadiah untukmu, dia yang menguasai hatimu; kerana dia, engkau bergegas berkhalwat bersama Rabb-mu dan sepenuh diri berusaha mencari Rahmat-Nya.

Mawlana Jalaluddin Rumi ~

Kalam Ulama'

10 Jan, 03:49


BERSEGERALAH MENUJU KE MASJID.

“Jumaat adalah anugerah Allah khusus kepada ummat Nabi Muhammad ﷺ tidak diberikan kepada ummat yang lain. Jumaat itu adalah disebutkan Sayyidul Ayyam. Jumaat itu ada saat ijabah disebutkan yang sepatutnya pada hari itu tidak kamu sibukkan dengan urusan dunia. Akan tetapi, sibukkan dengan urusan akhirat.

Itu yang sepatutnya dilakukan dan hendaklah kamu bersegera menuju untuk menunaikan solat Jumaat walaupun kamu itu pergi kepada solat Jumaat itu sebelum tergelincir matahari sebelum masuk waktu Zohor. Kena pergi awal.

Di dalam hadis Baginda Nabi ﷺ memberikan akan nilai ganjaran pahala seorang yang pergi solat Jumaat. Kata Nabi ﷺ,

“Bagi orang yang pergi paling awal akan mendapatkan nilai pahala seperti seekor unta. Bagi orang yang kemudian setelahnya akan mendapatkan besar ganjaran pahala seperti seekor lembu."

Kepada orang yang setelahnya akan mendapatkan nilai ganjaran pahala seperti seekor kambing. Kemudian lagi setelah itu akan mendapatkan nilai seperti seekor ayam dan orang yang sudah hampir ketikamana Khatib nak naik ke atas mimbar maka dia mendapatkan nilai ganjaran pahala seperti telur. Dan Malaikat akan tunggu di depan pintu masjid untuk nak mencatatkan ganjaran tersebut dan apabila khatib naik ke atas mimbar maka Malaikat pun akan duduk untuk mendengar khutbah.

Bermakna orang yang datang setelah itu sudah terhenti catatan ganjaran yang diberikan. Orang yang pergi ketika khutbah dah tak dapat ganjaran pahala apa-apa dah. Ruginya kita pergi solat Jumaat tapi tak mendapatkan ganjaran pahala yang begitu besar yang diberikan percuma pada setiap hari Jumaat.

Sehingga para ulama membahagikan waktu itu kepada 5 waktu yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ. Di antara mereka ada yang berpendapat kalau di antara Subuh dan Zohor itu ada 7 jam. Kalau pergi ke masjid pukul 7.00 pagi - 8.30 pagi baru dapat pahala unta. Kalau pergi ke masjid 8.30 pagi - 10 pagi nilainya adalah seperti lembu. 10 pagi - 11.30 pagi dapat kambing. Kalau 11.30 pagi - 1 petang dapat ayam. Kalau setelah itu dapat telur.

Maka ada di antara mereka yang setelah Subuh kemudian balik mandi siap kemudian terus ke masjid duduk di dalam masjid daripada pukul 8 pagi kerana mereka memahami daripada maksud itu.

Akan tetapi, ada Ulama yang mengatakan,

"Tak adalah sampai pagi begitu untuk mendapatkan ganjaran seperti unta tapi ianya adalah peringkat yang awal iaitu kita kalau pergi masjid, tengok masjid kosong lagi orang tak ramai lagi boleh bilang pakai jari. Itulah orang yang akan mendapatkan nilai seperti unta. Kemudian setelah itu, orang dah mula datang maka akan berubah ganjaran pahalanya yang akan didapatkan."

Bermakna itu adalah merupakan kesungguhan seseorang itu untuk nak beribadah, nak dapatkan nilai ganjaran pahala yang dijanjikan oleh hadis Nabi ﷺ.”

Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

04 Jan, 04:06


Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiyAllahu‘anhu berkata,

“Janganlah kamu menjadi orang yang suka terburu-buru gemar menyebarkan keburukan (perkara keji) dan membongkar rahsia orang lain.

Sesungguhnya di belakang kamu ada bala’ (ujian dan fitnah) yang amat pedih yang menjadikan mereka merungut (menyesal) serta akan timbul pelbagai perkara yang berlarutan dan fitnah yang amat besar.”

Al-Adabul Mufrad, Imam al-Bukhari ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

04 Jan, 04:06


Kotoran dosa akan menghalang seseorang daripada menjadi alim dan kotoran dosa juga akan menghalang seseorang untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

Ustaz Wadi Annuar ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

31 Dec, 05:20


Meninggalkan dunia yang berlebihan akan menimbulkan hilangnya rasa syukur. Dan berlebih-lebihan dalam memanfaatkan dunia akan membawa kepada kezaliman. Manusia sebaiknya menggunakan nikmat Allah سبحانه وتعالی dengan sebaik-baiknya sesuai petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Imam Ibnu Atha'illah As-Sakandari رضى الله عنه ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

31 Dec, 05:19


Jangan iri hati bila lihat orang yang tidak taat mendapat banyak nikmat. Kita kena ingat adanya konsep istidraj. Allah beri banyak sebelum menghukum.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

28 Dec, 04:55


PESAN TG PAKSU MID.

”Walaupun dia berlagak dengan jubah dan serban, dia bukannya ada ilmu apa pun. Ular kalau baru tumbuh siong memang suka patuk
sana sini, bukan ada pantang larang langsung. Sama jugak ayam, kalau baru tumbuh susuh dan baru pandai berkokok, memang galak sangat,
ligan sana ligan sini, pukul sana pukul sini. Kokok berderai derai, ekor penuh tahi. Ukurlah
baju di badan sendiri.

Nak buat baik bukan mudah. Dalam 28 huruf, hanya ALIF saja yang tak bengkok, yang lain
semua bengkok. Jadilah kita seperti huruf Alif. Jangan dok kona sana kona sini, bengkok sana bengkok sini.

Jangan dok bohong kata cinta kat Nabi atau Syeikh, selagi tak sanggup terima bala dan
fakir macam Para Sahabat.”

(Kerabat Paloh)

#KalamUlama

Kalam Ulama'

25 Dec, 04:10


Ada kalanya Tuhan-mu memberikanmu kekayaan di dunia ini, akan tetapi Dia tidak memberikanmu taufiq dan hidayahNya.

Dan ada kalanya, Tuhan-mu tidak memberikanmu kesenangan di dunia ini. Akan tetapi Dia memberikanmu taufiq dan hidayahNya.

Demikian, mana yang lebih baik?

Jika kamu mengerti.

Syeikh Ibnu Atha'illah As-Sakandari ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

23 Dec, 04:08


Mengenai ucapan hari Natal, hal itu dilarang dan haram hukumnya jika diniatkan untuk memuliakan agama lain, namun jika diniatkan untuk menjalin hubungan baik agar mereka tertarik pada Islam atau tidak membenci Islam, maka hal itu ada sebahagian ulama yang memperbolehkan.

Habib Munzir Al Musawa ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

19 Dec, 14:46


Azam setiap pagi dengan 3 perkara,

1. Menjaga pandangan
2. Pendengaran
3. Pertuturan

Apa maknanya? Hendaklah setiap daripada kita menjaga 3 perkara ini.

- Menjaga matanya dari melihat perkara yang diharamkan Allah.

- Menjaga telinga daripada mendengar sesuatu yang tidak disukai Allah seperti mengumpat, mengadu domba dan kata-kata kesat.

- Menjaga lidahnya dari berkata sesuatu yang tidak disukai Allah seperti mencerita keburukan manusia, menyakiti hati, menutur kata-kata kesat dan membuat pembohongan.

Apabila seseorang itu telah menjaga dan menyucikan pandangannya, pendengarannya dan pertuturannya maka di situ dia telah mensucikan hatinya.

Al-Habib Ali Al Jufri ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

18 Dec, 13:56


Takziah atas Pemergian Al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Bin Tengku Mahit Jumat

Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Bin Tengku Mahit Jumat atas pemergian beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Al-Fadhil Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Bin Tengku Mahit Jumat, dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Kami turut mendoakan agar keluarga beliau diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala amal jariah beliau menjadi penerang di alam barzakh dan membawa beliau kepada kebahagiaan yang abadi di sisi Allah.

اللهم اغفر له وارحمه، وعافه واعفُ عنه، وأكرم نزله، ووسِّع مدخله، واغسله بالماء والثلج والبرد، ونقِّه من الذنوب والخطايا كما يُنقَّى الثوب الأبيض من الدنس.
اللهم جازه بالحسنات إحسانًا، وبالسيئات عفوًا وغفرانًا.
اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة، ولا تجعله حفرة من حفر النار.

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid
Pengerusi Yayasan Ar Riayah

Kalam Ulama'

14 Dec, 16:40


Mohon sahabat-sahabat doakan kesihatan al-Habib Muhammad al-Mahdaly yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas dikejarkan semalam kerana masalah kesihatan yang serius. Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan dan kesembuhan kepada al-Habib. Amin

Kalam Ulama'

08 Dec, 02:36


Pelajari satu tauladan;

Berhati-hati dengan apa yang kita keluarkan daripada mulut kita kerana setiap perkataan & sebutan adalah doa. Apabila ia disebut, seolah-olah ia merupakan harapan kita. Dan Allah SWT berfirman;

"Mintalah, nescaya akan Aku perkenankan."

Dan Allah sepasti-pastinya akan memperkenankan, sama ada ia baik atau buruk, lambat atau cepat, dengan cara-Nya sendiri.

Kalam Ulama'

07 Dec, 05:42


انا لله وانا اليه راجعون

Kalimantan Selatan, Indonesia - Menerima berita dukacita seorang lagi Ulama telah pergi meninggalkan kita iaitu Amu Mu'allim Syeikh Dr. Kiyai Saberan Affandi bin Haji Afandi kembali ke pangkuan Sang Pencipta-Nya pagi tadi jam 12.20 pagi, Sabtu 7 Disember 2024 dalam usia 82tahun di Amuntai, Kalimantan Selatan, Indonesia. Sebuah Kehilangan yang Mengharukan buat kita semua.

Almarhum bukan sekadar seorang ulama besar, beliau adalah abang ipar kepada Guru Mulia kita, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, dan teman akrab Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki Rahimahullah.

Beliau pernah menuntut ilmu di tiga universiti utama:

1) Islamic University Madinah (S1)
2) King Abdul Aziz University Makkah (S2)
3) Ummul Qura University Makkah (S3)

Beliau dikatakan menjadi rakyat Indonesia pertama yang meraih gelaran PhD dalam bidang hadis dari Universiti Ummul Qura pada tahun 1982, dengan tesis bertajuk "Marwiyyat Ash-Shahabi al-Jalil Abi Sa'id al-Khudri fi Musnad al-Imam Ahmad"

Hidupnya adalah bukti nyata pengabdian kepada agama. Waktunya habis untuk menyampaikan ilmu, berkhidmat kepada umat, dan menebar manfaat di mana sahaja beliau berada tanpa meletakkan sebarang imbuhan atau mengharapkan pujian..

Hanya redha Allah Ta'ala & Rasūlullāh ﷺ yang mereka inginkan. Semoga Allah Ta’ala merahmati beliau, mengampuni segala kekhilafannya, dan menempatkannya di kalangan para kekasih-Nya termasuk Guru Mulia Kecintaan Umat, Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah.

Kalam Ulama'

05 Dec, 04:06


"Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan dikembalikan."

Dengan berat hati, dukacita dikhabarkan bahawa, Mawlana Shaykh Hisham Kabbani, telah berpulang ke Rahmat Allah, berpindah ke Rafiqil A'la.

Semoga Allah meninggikan darjatnya, mengampunkan segala dosanya, dan mensucikan ruh dan rahsianya.

Menghimbau hal ini, kami mohon semua menghadiahkan bacaan Surah al-Fatihah, Surah Yasin, Surah al-Mulk, Tahlil, Zikir, Khatam, dan memberi makan atas nama Mawlana.

Allah, terimalah kekasih Nabi-Mu ini dengan semulia-mulia keadaan.

Kalam Ulama'

20 Nov, 05:57


𝟯 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗗𝗔𝗬𝗔.

Ibn Mas'ud RA berkata;

Betapa ramai manusia yang istidraj dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Betapa ramai manusia yang mendapat cubaan melalui pujian orang lain kepadanya.

Betapa ramai manusia tertipu dengan keaibannya yang disembunyikan oleh Allah.

Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Kitab Nasa'ihul 'Ibad ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

07 Nov, 12:32


Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

Sayyidina Umar bin Al-Khattab رضى الله عنه ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

28 Oct, 05:38


https://vt.tiktok.com/ZSjNHnUCK/

Kalam Ulama'

17 Oct, 04:21


Jika Al HAQ menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka DIA akan memberikan hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-NYA dan memberikan sinar kedalam Hati mereka.

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

16 Oct, 06:33


Shaaban Ahmad Al-Dalou, 19 tahun, seorang pelajar jurutera perisian & juga penghafal Al-Quran, adalah pemuda yg dilihat terbakar hidup-hidup dalam pembunuhan beramai-ramai membakar khemah orang yg dipindahkan di Hospital Al-Aqsa Martyrs' di Deir al-Balah di tengah-tengah Semenanjung Gaza malam tadi, kali ke-7 dibom.

Ibunya Alaa Al-Dalou telah syahid bersamanya. Shaaban sebelum ini terselamat drpd serangan IOF ke atas sebuah masjid di seberang hospital di mana 20 orang mati syahid minggu lalu.

#KalamUlama

Kalam Ulama'

16 Oct, 06:33


Orang yang paling beradab adalah orang yang dapat menahan diri apabila berhadapan dengan orang yang tidak beradab.

Maulana Jalaludin Rumi ‎~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

13 Oct, 11:45


Wanita diperintah tutup dirinya (tutup auratnya) agar dia tak terdedah kepada fitnah. Wanita hari ini tak menghormati dirinya dengan mendedahkan dirinya sehingga dia diganggu oleh lelaki yang fasiq.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

13 Oct, 11:44


𝗡𝗔𝗙𝗦𝗨.

Nafsu adalah ibarat kuda liar, sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan.

Walau bagaimanapun dengan latihan yang betul, ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi banyak manfaat.

Seorang cendekiawan Islam berkata,

“Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan celakalah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan.”

Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى mengatakan,

“Kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat.”

Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى juga mengatakan,

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Di dalam kitab “Al-Asas fit Tafsir”, Said Hawa pernah berkata,

“Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan hawa nafsu supaya ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.”

#KalamUlama

Kalam Ulama'

12 Oct, 13:59


Rahmat Allah begitu besar sehingga kamu dilarang untuk melihat pada tingkah laku luaran seseorang, mengkritik perbuatan buruk mereka dan memanggil mereka gila. Biarkan mereka, mereka mempunyai Tuhan untuk mengadili mereka.

Lihatlah pada diri kamu sendiri, pastikan diri kamu bertingkah laku baik dan jangan mencampuri urusan orang lain. Tugas kamu adalah mengurus diri kamu sendiri, perbaiki diri kamu dan tinggalkan orang lain kepada Tuhannya.

Sheikh Hisham Kabbani ق

#KalamUlama

Kalam Ulama'

02 Oct, 09:08


HINDARI CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN.

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan,

“Syarat cinta adalah engkau mempunyai keinginan bersama Dzat Yang kaucintai. Lalu, engkau tak berpaling dari-Nya, baik karena dunia, akhirat ataupun makhluk. Kecintaan kepada Allah bukanlah sesuatu yang ringan sehingga bisa diklaim oleh setiap orang.

Betapa banyak orang yang mengklaim cinta kepada Allah, tetapi justru jauh dari-Nya? Begitu banyak orang yang tidak mengklaim cinta kepada Allah, tetapi justru ada di sisi-Nya?

Maka, janganlah meremehkan seorang Muslim pun, sebab berbagai rahasia Allah tersebar pada mereka. Bersikaplah tawadhu dan jangan bersikap takabur atas hamba-hamba Allah. Sadarilah kelalainmu! Sebab engkau tidak lain kecuali berada dalam kelalaian yang sangat parah; seolah-olah shirat benar-benar telah terperikan dan tergambarkan pada dirimu dan seolah-olah engkau telah melihat tempatmu di surga. Ini sebuah keterpedayaan yang sangat luar biasa.”

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

28 Sep, 04:36


Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali رحمة الله تعالى mengatakan zikir dengan kalimah tauhid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut martabat atau maqam masing-masing.

Pertama, zikir dengan nafi dan ithbat iaitu, “La ilaha illah”. Kemudian nafi tanpa ithbat iaitu zikir dengan nama, “Allah”. Seterusnya isyarat dengan dhamir atau kata ganti nama, “Hu”.

Yang pertama bertujuan untuk memberi kesedaran dan keluar daripada kelalaian. Kedua untuk memperkukuhkan kehadiran dan ketiga sebagai sebab untuk keluar daripada apa yang selain-Nya.

Lihat Al-Burhan ‘ala Manzilah al-Ihsan, hlm. 77 ~

Kredit : Kalam Sufi

#KalamUlama

Kalam Ulama'

26 Sep, 11:48


Kata Prof Dr Buya Hamka,

Di antara makhluk dan sang Khaliq itu ada perjalanan yang harus ditempuh. Inilah yang kita katakan tarekat.

#KalamUlama

Kalam Ulama'

26 Sep, 11:47


Mengapa semuanya mesti diniatkan untuk Allah?

Sebabnya, dalam hidup ini apa yang kita lakukan bukan kerana Allah pasti akan binasa.

Tidak kekal.

Hanya niat kerana Allah sahaja yang kekal. Hanya yang kita tujukan pada Allah swt akan berbuah, bertambah dan kekal abadi hingga ke negeri akhirat.

Jadi, apa yang kita buat lalu diniatkan kerana Allah itu hakikatnya adalah untuk diri kita sendiri esok di sana.

#KalamUlama

Kalam Ulama'

22 Sep, 15:55


Sekarang bukanlah waktu untuk fikir anak-anak kamu kerja apa, sebaliknya kamu kena fikir bagaimana untuk nak menyelamatkan anak kamu pada akhir zaman ini.

Tuan Guru Ustaz Sidek Nor ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

19 Sep, 12:16


Allah ﷻ berfirman,

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّـكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

(QS. Ibrahim: Ayat 7)

#KalamUlama

Kalam Ulama'

10 Sep, 15:17


2 langkah saja menuju ke Syurga Allah, pertama berbuat ketaatan dan yang keduanya tinggalkan maksiat.

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al Jailani رحمه الله ~

Kalam Ulama'

10 Sep, 15:02


Seorang lelaki berkata kepada Zuhair Ibnu Nu'aim رحمة الله تعالى,

"Wahai Abu Abdurrahman, engkau ingin memberikan wasiat?"

Dia menjawab,

"lya, waspadalah engkau. Jangan sampai Allah mencabut nyawamu sedangkan kamu tenggelam dalam kelalaian."

Aina Nahnu min Haa'ulaa'i, hal. 142 ~

#KalamUlama

Kalam Ulama'

10 Sep, 15:02


𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡.

Ada tiga cara untuk kita menghadapi dasyatnya fitnah akhir zaman.

1. At-Talaqqi, iaitu belajar dengan seorang guru yang mempunyai sanad dan jelas sanad keilmuannya.

2. At-Taroqqi, iaitu peningkatan kualiti diri di hadapan Allah dengan berbagai bentuk ibadah, bahkan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ sebaiknya kita perbanyakkan jika belum mendapatkan guru yang mampu membimbing, kerana selawat adalah guru ketika seseorang tidak memiliki guru.

3. At-Tawaqqi, iaitu penjagaan diri dari berbagai bentuk kemaksiatan.

Wasiat Habib Abu Bakar Adni Al Masyhur ~

#KalamUlama