Aiman Psikologi @aimanpsikologi Channel on Telegram

Aiman Psikologi

@aimanpsikologi


Mental Health Advocate | Aktif berkongsi ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia melalui https://akademi.aimanpsikologi.com

Aiman Psikologi (Malay)

Aiman Psikologi adalah saluran Telegram yang memfokuskan kepada advokasi kesihatan mental. Dikelolakan oleh seorang pakar psikologi yang berpengalaman, saluran ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia kepada masyarakat. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, saluran ini memberi tumpuan kepada isu-isu kesihatan mental dan memberikan panduan serta tips bagi meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental. Melalui pautan ke laman web https://akademi.aimanpsikologi.com, pengguna saluran dapat mengakses lebih banyak maklumat serta sumber pembelajaran yang berkaitan dengan bidang psikologi. Jika anda berminat untuk memahami lebih mendalam mengenai psikologi dan meningkatkan kesihatan mental anda, sertai Aiman Psikologi sekarang untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan dan panduan yang bermanfaat.

Aiman Psikologi

06 Jan, 12:20


"Adakah anda masih terperangkap dengan kenangan pahit masa kecil?"

Tahukah anda, luka emosi yang tak dirawat boleh memberi kesan mendalam kepada kehidupan anda hari ini β€” cara anda berhubung, membuat keputusan, malah cara anda mendidik anak-anak.

Tetapi ia tidak perlu berterusan begitu.

Pada 24 & 25 Januari ini, kami akan bawakan Webinar "From Pain To Power" bersama psikologis klinikal, Aiman Amri!

Program transformasi eksklusif selama _dua malam_ yang akan membantu anda:

βœ… Memahami punca sebenar mengapa anda masih terikat dengan luka masa lampau

βœ… Mengenali strategi untuk berdamai dengan kenangan pahit

βœ… Menukar pengalaman pahit menjadi kekuatan untuk masa hadapan

Tempat adalah terhad untuk memastikan setiap peserta mendapat tumpuan yang sewajarnya.

Daftar senarai menunggu sekarang, untuk dapat akses awal apabila kita buka pendaftaran minggu depan!

πŸ”— https://tinyurl.com/pain-power-wait

"Jangan biarkan luka masa lampau terus membelenggu hidup anda sekarang. Anda layak untuk bebas dan bahagia."

Aiman Psikologi

14 Dec, 01:54


πŸ—£οΈ "Trauma kita bukan takdir anak-anak kita." - Nota dari webinar Dr Rostam tentang pemulihan trauma dalam keibubapaan.

Kajian menunjukkan 64% orang dewasa pernah mengalami pengalaman trauma semasa kecil (ACE - Adverse Childhood Experience), tetapi kita boleh memutuskan kitaran ini.

Petanda trauma memberi kesan pada gaya keibubapaan:
πŸ”΄ Terlalu mengawal/protective
πŸ”΄ Reaksi marah yang tidak setimpal
πŸ”΄ Susah memberi kasih sayang
πŸ”΄ Perfectionist dengan anak
πŸ”΄ Anxiety berlebihan

Cara memutuskan kitaran trauma:

1️⃣ Kesedaran & Penerimaan
- Akui trauma yang ada
- Fahami kesannya pada tingkah laku
- Dapatkan bantuan profesional

2️⃣ Praktik Keibubapaan Positif
- Fokus masa kini, bukan masa lalu
- Belajar kawal reaksi spontan
- Komunikasi terbuka dengan anak
- Wujudkan ruang selamat untuk emosi

3️⃣ Sokongan Pasangan
- Fahami trigger masing-masing
- Beri ruang untuk pulih
- Jaga kesihatan mental sendiri
- Dapatkan bantuan profesional bila perlu

Petanda kita mula pulih:
βœ… Kurang teringat trauma
βœ… Emosi lebih stabil bila teringat
βœ… Trauma tak ganggu hubungan dengan orang lain

Ingat: Matlamat kita bukan jadi "perfect parents", tapi "good enough parents" yang sentiasa berusaha memberi yang terbaik sambil mengakui dan belajar dari kesilapan.

Pemulihan trauma mengambil masa, tapi setiap langkah kecil ke arah pemulihan adalah hadiah untuk generasi akan datang.

Masih boleh tonton rakaman kalau nak. Nota catatan penuh juga diberi, file PDF dengan 11 muka surat.

https://tinyurl.com/kkm-24

Aiman Psikologi

10 Dec, 16:13


Bayangkan anda jatuh masa kecil, luka di lutut. Tapi anda tak bersihkan, tak sapu ubat.

Lepas beberapa hari, luka itu mula bernanah. Semakin lama dibiarkan, semakin sakit.

Luka kecil itu akhirnya jadi besar dan mempengaruhi cara anda berjalan – bukan kerana kaki anda lemah, tapi kerana luka itu tidak pernah dirawat.

Luka emosi pun sama.

Kesan Membesar Dengan Luka Emosi Yang Tak Dirawat

Pernah rasa seperti ada sesuatu yang menahan anda daripada bahagia sepenuhnya?

βœ”οΈ Anda selalu rasa tak cukup bagus.
βœ”οΈ Susah nak bina hubungan yang sihat.
βœ”οΈ Emosi tak menentu – ada hari terlalu sedih, ada hari tak rasa apa-apa langsung.

Ini semua mungkin tanda luka emosi zaman kecil yang tak dirawat. Ia bukan salah anda, tapi ia masih menghantui kehidupan dewasa anda.

Bagaimana Luka Emosi Membentuk Kehidupan Dewasa Anda?

1️⃣ Terperangkap Dalam Pemikiran Negatif
Selalu rasa bersalah, tak cukup bagus, dan sering membandingkan diri dengan orang lain.

2️⃣ Hubungan Yang Tidak Stabil
Sukar mempercayai orang lain atau terlalu bergantung pada mereka untuk rasa selamat.

3️⃣ Emosi Yang Sukar Dikawal
Kadangkala anda mudah tersentuh, kadangkala tak mampu langsung menunjukkan perasaan.

4️⃣ Tak Dapat β€˜Closure’ Dari Masa Silam
Kenangan lama terus menghantui. Walaupun cuba melupakan, ia tetap membelenggu anda.

Ada Harapan Untuk Anda

Melalui Konvensyen Kesihatan Mental "Sembuh Bersama", anda boleh mula memahami dan merawat luka lama ini dengan bantuan pakar bertauliah.

πŸ’‘ Apa Yang Anda Akan Pelajari?

βœ”οΈ Cara mengurus pemikiran dan emosi yang bercelaru.

βœ”οΈ Teknik membina hubungan sihat dengan diri sendiri dan orang lain.

βœ”οΈ Panduan praktikal untuk capai β€˜self-love.’

βœ”οΈ Cara mencari β€˜closure’ supaya luka lama tidak lagi menyekat kebahagiaan anda.

Selepas Sertai Konvensyen, Anda Akan Dapat:

✨ Faham Cara Urus Pemikiran – Tidak lagi terperangkap dalam fikiran negatif.

✨ Pandai Validasi Emosi Diri – Anda tahu bagaimana menghormati dan mengurus emosi anda sendiri.

✨ Capai Self-Love – Belajar mencintai diri tanpa bergantung kepada pengiktirafan orang lain.

✨ Jumpa β€˜Closure’ Luka Lama – Berdamai dengan masa lalu dan melangkah ke depan dengan tenang.

3 Slot Eksklusif Yang Akan Mengubah Perspektif Anda:

πŸ—“ 13 Disember: "Membaiki Sistem Kekeluargaan Sebagai Dewasa"
βœ”οΈ Belajar memaafkan keluarga dan diri sendiri.

πŸ—“ 14 Disember: "Bantuan Kecemasan Psikologi Kepada Luka Emosi"
βœ”οΈ Teknik kendali tekanan dan memupuk self-love.

πŸ—“ 15 Disember: "Broken People Heals Broken People"
βœ”οΈ Sokongan komuniti yang membantu anda sembuh.

Daftar Sekarang – https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/kkm24

Harga asal RM69, kini hanya RM19 untuk 3 malam penuh panduan dan inspirasi.

Aiman Psikologi

03 Dec, 14:24


Ini kisah Nadia yang ada sejarah luka emosi sejak zaman kanak-kanaknya, dan bagaimana perubahan mula berlaku dalam hidupnya sebagai seorang dewasa.

(Walaupun ini kisah fiksyen, tetapi diinspirasikan daripada simptom yang benar)

----

Nadia memandang skrin telefonnya buat kali ke-20 dalam masa sejam.

Masih tiada sebarang notifikasi dari Amir. Teks WhatsApp yang dihantarnya tadi masih bluetick. Jarinya mengetuk-ngetuk meja kerja dengan resah, fikirannya mula membayangkan pelbagai senario.

"Mungkin dia dah jumpa orang lain. Mungkin dia dah tak nak dengan aku lagi. Mungkin..."

Minda Nadia tak berhenti berfikir dengan pelbagai firasat, prasangka, perasaan, sehingga dia terasa berat kepala.

"Nadia, presentation untuk meeting petang nanti dah siap?"

Suara Lisa, rakan sekerjanya, memecahkan lamunan Nadia yang sedang overthinking itu.

Dia cuba memberikan senyuman profesional, walaupun dadanya terasa seperti mahu meletup dengan kebimbangan.

Berdegup dengan laju jantungnya, dup dab dup dab dup dab..

"Ya, almost done. Bagi aku lima minit lagi."

Lisa mengangguk dan berlalu pergi. Nadia menghela nafas panjang, cuba untuk fokus pada slide presentation di hadapannya. Jarinya kekal di atas keyboard, tetapi tak menaip apa-apa huruf.

Nombor-nombor dan graf di skrin komsputer itu seolah-olah menari-nari, kabur dalam pemikirannya yang berkecamuk.

"Breathe in, breathe out. Again.. Macam yang Dr. Sarah ajar.."

Sudah enam bulan Nadia menghadiri sesi terapi dengan Dr. Sarah, seorang pakar psikologi klinikal.

Beliau bantu Nadia untuk sedar bahawa simptom mood swings dan anxiety attacks yang dialaminya ini, sangat berkait rapat dengan trauma attachment beliau semasa kecil.

Memori itu datang tanpa dijemput - dirinya berusia lima tahun, duduk memeluk lutut di sudut bilik tidur, menutup telinga dari jeritan pertengkaran ibu bapanya di tingkat bawah.

Kadang-kala, kedengaran bunyi meja dan kerusi terhempas ke lantai.

Dirinya ketakutan, kesedihan, kerisauan dan pelbagai lagi emosi yang singgah dengan kadar yang menyesakkan.

Selang beberapa hari, kadang-kadang mak akan menghilang berhari-hari. Kadang-kadang ayah pula yang pergi.

Tak pernah ada kestabilan. Tak pernah ada jaminan siapa yang akan ada di rumah bila dia pulang dari sekolah.

Yang dia tahu, mak dan ayahnya jarang sekali berada serentak di rumah bersama.

Telefon Nadia bergetar. Mesej dari Amir.

"Sorry lambat reply. Tadi ada meeting panjang. Jom makan lunch?"

Gelombang lega memenuhi dadanya, diikuti dengan rasa malu yang familiar.

Of course Amir ada meeting tadi.

Of course dia bukannya mesej perempuan lain.

Of course ada sebab yang logik.

Tapi kenapa susah sangat untuk otak Nadia proses benda simple macam ini?

Kenapa perlu jauh overthinking dan rasa insecure dengan hubungan sendiri?

Di restoran, Amir memerhati wajah Nadia dengan teliti. Dia dah belajar untuk membaca perubahan mood isterinya ini.

"Ada something mengganggu fikiran you?"

Nadia menggeleng, mencucuk-cucuk salad di hadapannya.

"Takde apa-apa. Just... you know. The usual."

Amir menghulurkan tangannya ke seberang meja, menggenggam jari Nadia dengan lembut.

"Hey, kita dah bincang pasal ni kan? I rather you tell me what's going on in that head of yours than try to guess."

Air mata mula bergenang di mata Nadia.

"I just... Bila you tak reply text tadi, my mind started going to dark places. I know it's not rational. I know you ada meeting. Tapi..."

Kata-kata Nadia terhenti di situ.

"Tapi part of you still scared yang I akan hilang macam mak ayah dulu?"

Amir melengkapkan ayatnya dengan penuh pemahaman.

Nadia mengangguk perlahan, air matanya menitis ke atas salad yang tidak disentuh.

"You know what Dr. Sarah kata,"

Amir mengingatkan dengan lembut.

"These reactions... they're not crazy. They're your brain's way of trying to protect you from feeling hurt again."

Di sebalik air mata, satu senyuman kecil terukir di bibir Nadia, tanda sedikit lega.

How did she get so lucky to find someone who understand?

Yang tak lari bila dia tunjuk keserabutan dalam kepalanya?

----

Aiman Psikologi

03 Dec, 14:24


Malamnya, dalam sesi terapi mingguan dengan Dr. Sarah, Nadia berkongsi tentang insiden tadi.

"Saya nampak progress, Nadia,"

Dr. Sarah memberikan senyuman ikhlas.

"In the past, you would have sent twenty panic texts. Today you managed to hold back, to rationalize, to communicate your feelings clearly with Amir. And this is a huge achievement."

"Tapi bila akan berhenti? Bila saya tak perlu rasa macam nak panik setiap kali seseorang tak balas teks?"

"Healing isn't linear, Nadia. Kita tak boleh expect yang satu hari tiba-tiba semua perasaan sebegitu akan hilang. What we're working towards is learning to manage them better, to understand them, to not let them control your life."

Respons Dr. Sarah melekat dalam minda Nadia.

Dalam perjalanan pulang, dia memandu dalam senyap, memikirkan perjalanannya setakat ini.

Ya, dia masih ada hari-hari di mana emosinya turun naik seperti roller coaster. Masih ada waktu di mana ketakutan untuk ditinggalkan terasa terlalu real, terlalu overwhelming.

Tapi dia juga ada Amir yang tak pernah jemu mengingatkan yang dia tak perlu perfect.

Dia ada Dr. Sarah yang membantu dia memahami 'the roots of her chaos'.

Slowly but surely, dia mula belajar skil untuk memandu emosi dalam keserabutan dalamannya.

Mungkin ini yang dipanggil healing.

Not an absence of pain, but a presence of understanding.

Not a perfect stability, but a progress towards better days.


-----

Kisah luka emosi oleh Nadia ini bukannya asing.

Tetapi kita terasa ia seperti jarang didengari kerana ramai yang berjuang dalam diam sahaja, tanpa menunjukkan sisi luka ini kepada orang sekeliling.

Nanti kita akan kupas lebih mendalam topik ini ketika Konvensyen Kesihatan Mental pada 13, 14 dan 15 Disember ini.

Info lanjut πŸ‘‡πŸΌ
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/kkm24/

Aiman Psikologi

02 Dec, 13:33


Semoga kisah perubahan dan penyembuhan Sarah ini juga dapat berlaku kepada diri anda melalui Konvensyen Kesihatan Mental "Sembuh Bersama" pada 13, 14 dan 15 Disember ini.

Info lanjut:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/kkm24/

Aiman Psikologi

02 Dec, 13:33


Kisah Sarah yang alami luka emosi sepanjang membesar, sehingga buatkan dia menjadi seseorang yang selalu terasa kosong walaupun dah capai macam-macam "kejayaan".

Sarah ini seorang eksekutif korporat yang berjaya di mata orang lain. Dengan gaji enam angka, rumah banglo di kawasan elit, dan kerjaya yang sedang meningkat naik, ramai yang melihatnya mempunyai "perfect life".

Tetapi, setiap malam apabila pulang ke rumah, Sarah bergelut dengan rasa kosong yang susah dia nak jelaskan.

Hari itu, seperti biasa, Sarah duduk berhadapan Dr. Mira, psikologis klinikal yang telah membantunya sejak enam bulan lalu.

"Minggu ini Adam bertanya bila saya bersedia untuk berkahwin."

Sarah memulakan perbualan, jarinya bermain dengan tali loket yang sentiasa dipakainya - hadiah terakhir dari neneknya.

"Dan bagaimana perasaan awak tentang itu?" tanya Dr. Mira dengan lembut.

Sarah menghela nafas panjang.

"Saya... saya tak tahu. Adam lelaki yang baik. Dia faham saya, dia sabar, dia..."

Sarah terhenti seketika, air mata mula bergenang, tetapi tak mengalir. Hanya bertakung di kelopak matanya.

"Tapi setiap kali hubungan kami semakin serius, saya mula rasa tak selesa. Saya mula cari-cari kesalahan dia. Kadang-kadang saya sengaja buat drama supaya dia marah dan tinggalkan saya."

Terasa sunyi satu bilik, kerana Sarah diberi ruang untuk meluahkan.

Dr. Mira mengangguk memahami.

"Sarah, mari kita bincang tentang apa yang berlaku apabila awak berumur lapan tahun. Boleh?"

Sarah mengangguk lembut. Dia menutup mata, kenangan yang cuba dipendam selama ini mula timbul.

Dia masih ingat hari itu - hari bapanya berkemas dan meninggalkan rumah selepas pertengkaran besar dengan ibunya.

Sarah kecil merayu bapanya untuk tak pergi, tetapi dia hanya menepuk kepala Sarah dan berkata,

"Don't worry, Daddy akan balik nanti."

Tetapi, 'nanti' itu tak pernah-pernah tiba.

Sejak peristiwa itu, ibunya banyak berubah. Wanita yang ceria selama ini dan suka memasak, suka bercerita sebelum tidur, kini lebih banyak mengurung diri dalam rumah.

Bila Sarah menangis mencari perhatian, ibunya akan marah,

"Berhenti jadi budak manja! Tengok apa dah jadi dengan mummy bila terlalu bergantung dengan orang!"

Sehingga sekarang ayat itu melekat dalam memori Sarah.

"Jangan manja sangat!"
"Berhenti menangis."
"Asyik susahkan mak."


Perlahan-lahan, Sarah membesar dengan belajar bahawa bila tunjuk emosi itu, adalah tanda kelemahan seseorang. Signal bahawa seseorang itu perlu pendam dan simpan, jangan tayang.

Dia belajar untuk jadi kuat, berdikari, dan yang paling penting - tak terlalu rapat dengan sesiapa.

Cemerlangnya Sarah dalam pelajaran dan kerjaya, itu ialah cara dia nak buktikan yang dia kuat dan tak perlukan sesiapa.

"Tapi Sarah," suara Dr. Mira yang lembut, singgah ke telinganya.

"Bukankah penat menjadi kuat setiap masa?"

...

...

Air mata yang ditahan-tahan selama ini akhirnya mengalir.

"Penat sangat doktor. Kadang-kadang saya tengok couple lain yang boleh bergantung antara satu sama lain, yang boleh tunjuk kelemahan tanpa rasa takut... Saya pun nak rasa macam tu. Tapi setiap kali Adam tunjuk dia sayangkan saya, setiap kali dia kata dia nak jaga saya... saya rasa macam nak lari."

"Apa yang awak takutkan, Sarah?"

"Saya takut..." Sarah mengesat air mata. Dengan suara sedikit serak, dia menyambung,

"Saya takut bila saya dah buka hati, bila saya dah percaya sepenuhnya... Dia akan pergi. Macam daddy. Dan saya akan jadi macam mummy."

...

...

Kisah Sarah adalah kisah ramai orang dewasa yang bawa luka emosi dari zaman kanak-kanak.

Walaupun dari luar kelihatan berjaya dan kuat, tetapi dewasa ini sering bergelut dengan ketakutan untuk membina hubungan intim yang mendalam.

Tetapi Sarah juga bukti bahawa penyembuhan itu tak mustahil. Dengan bantuan terapi, sokongan orang yang tepat seperti Adam, dan keberanian untuk berhadapan dengan luka lama,

Sarah mula belajar bahawa selamat untuk membuka hatinya semula.

Selamat untuk bergantung kepada orang lain.

Dan yang paling penting, selamat untuk mencintai dan dicintai.

----

Aiman Psikologi

28 Nov, 12:30


Tahu tak apa soalan paling kerap ditanya tentang Konvensyen Kesihatan Mental ini?

"Berbayar ke? Berapa yuran untuk sertai konvensyen ni?"

Bayangkan, webinar 3 malam bersama 3 panel bertauliah dalam industri kesihatan mental:

- Doktor pakar perunding psikiatri
- Kaunselor pakar dan pengamal psychological first aid
- Psikologis klinikal yang kerap kendali kes childhood trauma

Mereka akan berkongsi 3 perspektif berbeza tentang perjalanan penyembuhan seorang dewasa daripada luka emosi zaman kanak-kanaknya.

Anda rasa berapa yurannya?

(Hint: Sangat tak masuk akal dan macam terlalu rendah!)

Boleh layari sendiri laman web kami dan tengok berapa yurannya.

Mesti anda akan terkejut 😁

Klik sini πŸ‘‡πŸ½
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/kkm24/

(Psst.. Sebab kami nak pastikan ilmu ini sampai kepada SEMUA πŸ™Œ)

⏰ PENDAFTARAN KINI DIBUKA
(Daftar di link yang sama)

Jumpa anda di sana!

Aiman Psikologi

28 Nov, 08:30


PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

Selama 3 malam, 3 panel bertauliah dalam industri kesihatan mental,

Akan berkongsi 3 topik berbeza berkaitan hidup sebagai dewasa yang ada sejarah luka emosi dari zaman kanak-kanak

(dan apa yang kita boleh buat sekarang).

Info lanjut:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/kkm24/

Aiman Psikologi

27 Nov, 08:31


Penantian semakin berakhir untuk pendaftaran ke Konvensyen Kesihatan Mental dan Keahlian Akademi. πŸŽ‰

Kami nak maklumkan butiran penting untuk pelancaran ini:

βœ… Pendaftaran bermula jam 8.30 malam ini, Rabu 27 November 2024

βœ… Link untuk daftar ada dalam group waiting list kita.

Belum masuk? Kat sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

βœ… Ada lebih 900 orang dalam senarai menunggu, dan tempat untuk daftar keahlian kami hanya buka untuk 100 orang sahaja.

βœ… Selepas selesai pendaftaran ke Konvensyen, barulah anda akan dibawa ke pautan untuk daftar keahlian Akademi.

βœ… Konvensyen ini webinar bersifat one off, keahlian Akademi pula bersifat komuniti tertutup dengan perkongsian bulanan bersama panel-panel pakar.

Harap ini menjawab persoalan dan membantu proses anda nak daftar malam ini.

Masuk senarai menunggu sekarang untuk dapat akses awal!
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Kami tak sabar menunggu kehadiran anda ke komuniti ini, seiring dengan perjalanan penyembuhan kita sebagai dewasa yang ada luka-luka emosi sejak zaman kanak-kanak dulu.

8.30 malam ini pendaftaran akan dibuka (khas untuk waiting list sahaja)

Jumpa malam ini!

Aiman Psikologi

27 Nov, 03:09


Kenapa saya sering fokus kepada isu dewasa yang ada sejarah luka emosi sejak zaman kanak-kanak?

Daripada rawatan terapi, webinar umum, sehingga ke penulisan di media sosial, topik luka emosi ini yang banyak saya fokus.

Sepanjang pengalaman saya yang terhad dalam dunia kesihatan mental ini, saya perasan satu benda.

Majoriti kes dewasa yang ada isu kecelaruan mental, walaupun pelbagai jenis diagnosis mereka alami,

Daripada kemurungan, kegelisahan, bipolar, trauma dan macam-macam lagi,

Kebanyakan mereka berkongsi satu faktor yang hampir sama, iaitu sejarah zaman kanak-kanak yang penuh dengan luka-luka emosi.

- Hidup dibanding-bandingkan,

- Diabai emosi dan fizikal,

- Kerap kali dipukul dikeji,

Peristiwa pahit zaman kanak-kanak yang mereka alami di zaman silam ini tetap memberi kesan kepada hidup sebagai dewasa sekarang.

- Emosi mudah bercelaru,

- Kejayaan yang selalu rasa tak cukup,

- Pemikiran negatif yang memakan diri,

Ini hanya sebahagian daripada kesan luka-luka emosi ini kepada pemikiran seorang dewasa.

Jadi sebab itulah banyak fokus saya 1-2 tahun ini ke arah topik ini.

Supaya dengan harapan, lebih ramai peka dengan keseriusan isu ini, dan lebih ramai sedar luka emosi yang mereka alami.

Sebab langkah pertama dalam perjalanan penyembuhan kita, bermula dengan menyedari dan mengakui dulu yang kita sedang tak okay.

Dan ini okay saja, asalkan kita berusaha untuk menjadi okay semula.

☺️

#MendewasaDenganLuka
#SembuhBersama

Aiman Psikologi

25 Nov, 12:30


Apa beza "Konvensyen Kesihatan Mental" dengan "Keahlian Akademi Kesihatan Mental"?

Kedua-dua ini ialah projek oleh kami, khas untuk dewasa-dewasa yang ada sejarah luka emosi sejak zaman kanak-kanak dan nak belajar cara mengurus emosi, sehingga mampu berdamai dengan luka lama itu.

Kedua-duanya akan dilancarkan pada Rabu ini, 8.30 malam.

Nampak macam sama, tetapi berbeza.

Untuk mudah faham, kami buat infografik ini untuk tunjukkan perbezaannya.

Ada apa-apa nak tanya?

----

Nota:
Sebenarnya, tak perlu pilih pun tak apa, sebab boleh ambil kedua-duanya sekali!

Nantikan pengumuman kami ya, Rabu ini akan dibuka pendaftaran.

Klik sini untuk sertai group waiting list, supaya tak terlepas info.

https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

24 Nov, 12:30


3 HARI LAGI PELANCARAN KONVENSYEN KESIHATAN MENTAL

Program online yang akan berlangsung pada pertengahan Disember ini, acara tahunan oleh Akademi Kesihatan Mental.

Dah bersedia?

Tahun ini tema "Sembuh Bersama", bersama 3 panel bertauliah dalam industri kesihatan mental berkongsi topik hidup sebagai dewasa yang ada sejarah luka emosi dari zaman kanak-kanak (dan apa yang kita boleh buat sekarang).

1st Slot, "Membaiki Sistem Kekeluargaan Sebagai Individu Dewasa"
- Bersama Dr Rostam, Pakar Perunding Psikiatri
- Perspektif terapi interpersonal dan bagaimana ia menjadi penyumbang kepada perjalanan penyembuhan kita.

2nd Slot, "Bantuan Kecemasan Psikologi Kepada Luka Emosi Sendiri"

- Bersama Dr Pau Kee, Pakar Kaunseling dan pengamal Psychological First Aid
- Teknik mengendali simptom emosi bercelaru, pemikiran overthinking dan konsep self-love sebagai prinsip penyembuhan.

3rd Slot, "Broken People Heals Broken People", Peranan Komuniti Yang Memahami
- Bersama Aiman Amri, Psikologis Klinikal
- Peranan sistem kawan, pasangan dan komuniti yang alami luka emosi sama, dalam proses saling menyembuhkan antara satu sama lain.

Pendaftaran akan dibuka pada Rabu ini, jam 8.30 malam.

Jemput masuk waiting list supaya tak terlepas pengumuman daripada kami!

https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

21 Nov, 13:00


Simpan tarikh siap-siap!

Konvensyen Kesihatan Mental ini ialah acara tahunan kami.

Tahun ini, dengan tema "Sembuh Bersama":

- 3 panel bertauliah dalam industri kesihatan mental

- Berkongsi 3 topik tentang luka emosi zaman kanak-kanak kita dulu

- Berjalan selama 3 malam

Pendaftaran akan dibuka tak lama lagi!

Boleh masuk senarai menunggu siap-siap, supaya tak terlepas bila dah buka pendaftaran nanti πŸ‘‡πŸΌ

https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

20 Nov, 13:26


Esok pagi ada program online FREE, kalau berminat jemput hadir!

Topik, seperti dalam poster.

Link pendaftaran:
https://zoom.us/meeting/register/tJUpdOCqpz8oEtGWK89t8AnVk3vo-GBnT8XS

Aiman Psikologi

04 Nov, 13:45


"Tak payah drama sangat. Nanti besar sikit kau faham la susah macam mana pun hidup ini."

"Aku dulu tak cepat koyak macam kau. Hidup ini keras. Tahan je lah."

Pernah tak anda menangis, tetapi terus dilabel sebagai "anak manja"?

Atau pernah rasa sedih, tetapi disuruh "berhenti merajuk"?

Dalam budaya kita di Malaysia, ini corak yang sangat biasa - iaitu menidakkan emosi anak-anak.

Kita dibesarkan dalam persekitaran di mana "anak lelaki tak boleh nangis" dan "anak perempuan kena jadi yang paling sabar/mengalah."

Mungkin ibu bapa kita tak bermaksud jahat pun. Tetapi tanpa disedari, apabila emosi kita sentiasa ditolak dan dinafikan, ia membentuk satu luka emosi yang dalam.

Bayangkan waktu kecil dulu, setiap kali kita cuba luahkan perasaan:

"Tak payah sedih, ada benda lagi teruk dalam dunia ini"

"Sudahlah tu, nanti besar sikit kau faham"

"Kenapa nak marah? Tak ada sebab pun"

Bila sudah dewasa, kita pun menjadi individu yang:

* Susah nak kenal emosi sendiri
* Rasa bersalah bila ada perasaan 'negatif'
* Selalu pendam semuanya sendirian

Ini dipanggil 'emotional neglect' - satu bentuk trauma yang senyap tetapi kesannya mendalam dan membentuk diri kita yang dewasa sekarang.

Tetapi, emosi itu cuma emosi, tak ada baik atau buruk.

Setiap emosi yang kita ada - sedih, marah, kecewa, takut - semuanya ada fungsi tersendiri.

Bila kita menafikan emosi ini, sebenarnya kita menafikan sebahagian daripada diri kita sendiri.

Langkah pertama untuk mengubati luka emosi kita, adalah sedar.

Sedar yang perasaan kita alami ini wujud, sah dan penting.

Belajar mengenal emosi sendiri.
Belajar memberikan ruang untuk rasa.
Belajar yang "tak apa" untuk rasa "tak okay".

Kita berhak untuk rasa.
Kita berhak untuk luah.
Kita berhak untuk sembuh.

Okay? πŸŽ‰

Kurang sebulan saja lagi pelancaran komuniti Akademi Kesihatan Mental "Sembuh Bersama"!

Sedikit terlewat berbanding pelan asal 1 November sebab faktor tak dapat dielakkan.

Siapa yang dah ready nak join? πŸ™‹πŸ»β€β™‚οΈπŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ

Jemput masuk waiting list siap-siap
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

06 Oct, 12:56


"Saya garang-garang depan anak ini kalau stres kerja je, tapi sebenarnya sayang. Ada masa saya senyum manjang dengan dia, siap main sama-sama."

Tiada masalah untuk kita rasa tertekan dengan kerja, itu normal.

Tetapi, jangan dilepaskan tekanan itu kepada orang yang tak bersalah, iaitu ahli keluarga sendiri.

Tahu tak?

Anak-anak kecil kita ini, belajar konsep mengurus emosi daripada ibu bapa sendiri, sebab itu golongan yang paling dekat dengan mereka sepanjang membesar.

Kalau regulasi emosi kita pun ke laut,

- Marah sikit dah terus nak tengking dan pukul,
- Sedih sikit terus menangis merajuk dengan anak sendiri,
- Kemudian bila dah ok buat-buat tak ada apa-apa berlaku dan ignore saja (tak minta maaf, tak debrief betul-betul),

Anak-anak kita ada potensi untuk membesar dengan "anxious attachment".

Apa benda tu?

Iaitu gaya seseorang berhubungan sosial dengan orang lain.

Antara ciri-ciri individu yang ada "anxious attachment":

1. Selalu rasa insecure dan takut dengan hubungan romantik/kawan, takut kena tinggal, takut kena reject.

2. Jadi people-pleaser, sanggup korbankan diri sendiri asalkan orang sekeliling berpuas hati dengan dia.

3. Rasa gelisah dengan pasangan sendiri kalau ada apa-apa berlaku (contoh, pasangan senyap lepas balik kerja, terus dia salahkan diri, tanya ada buat salah ke? tak cukup ke? apa patut dia buat?)

Semua ini terjadi, antara penyumbangnya:

- Ada unpredictability dalam hubungan bersama ibu bapa dulu, iaitu rasa tak pasti mak ayah hari ini nak sayang ke, marah ke, geram ke, tenang ke?

- Kerap kena "silent treatment" bila buat salah, mak ayah buat-buat dia tak wujud, tak layan dan tak pedulikan (walaupun ada depan mata) sebagai hukuman, tapi tak terangkan apa yang dia silap dan perlu perbetulkan

- Selalu diugut untuk abaikan (nanti buang kat tepi jalan, jual kat jiran, tinggal kat rumah seorangan -walaupun ini gurauan, tapi kesan psikologinya sangat besar pada anak-anak kecil)

Sebab anak-anak ini sangat perlukan attachment, iaitu hubungan baik dengan seseorang yang mereka percaya.

Saat kita rosakkan atau hancurkan pertalian ini, akan menjadi episod yang boleh melukakan emosi mereka dan beri kesan bila dewasa nanti.

Hati-hati lah ya.

Kalau kita risau dan nak lindungi anak-anak daripada bermain pisau atau gunting tajam sebab boleh terluka badan, komitmen sama patut kita buat supaya mereka tak cedera emosi juga.

========

Tinggal kurang sebulan saja lagi sebelum pelancaran Akademi Kesihatan Mental "Sembuh Bersama".

Dijangka 1 November akan menjadi tarikh bersejarah, wujudnya sebuah platform komuniti secara dalam talian

Khas untuk golongan dewasa yang ada luka emosi sejak kanak-kanak, dan nak belajar daripada pakar cara mengurus emosi itu dan berdamai dengannya.

Excited tak? 😁

Masuk senarai menunggu untuk pelancaran ini nanti:
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

04 Oct, 12:19


Ada webinar percuma malam ini, pihak kami minta izin untuk iklankan di sini.

Jemput hadir bagi yang berkelapangan, untuk belajar topik Suicide Prevention.

https://meet.google.com/cgu-eftz-vsu

8.30 - 9.30 pm

πŸ‘πŸ½

Aiman Psikologi

04 Oct, 12:19


*Join Us for a Life-Saving Webinar: Spot the Signs!*

We're hosting *"A Practical Guide to Suicide Prevention"* to equip you with the tools and knowledge to help those around you. Whether you're a parent, friend, teacher, or simply someone who wants to make a difference in your community, this session is for YOU.

Spot the Sign: A Practical Guide to Suicide Prevention
Friday, October 4 Β· 8:30 – 9:30pm
Time zone: Asia/Kuala_Lumpur
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/cgu-eftz-vsu


Who Should Attend:
🌿 Concerned Family Members & Friends
🌿 Educators & Caregivers
🌿 Mental Health Advocates
🌿 HR Professionals & Leaders
🌿 Anyone Interested in Mental Health

Join our webinar this Friday. Let’s come together to foster healing and well-being. πŸ’œ

Aiman Psikologi

23 Sep, 04:20


Pernah tak, rasa diri macam tak pernah cukup, tak pernah lengkap, walaupun dah cuba sehabis baik nak jadi berjaya?

Boleh jadi dalam akademik, kerja, atau hubungan dengan kawan-kawan sekalipun.

Waktu kanak-kanak dulu, kalau hidup selalu dibandingkan dengan orang lain, kena kritik melampau dan tak diberi pujian/penghargaan atas usaha keras kita (terutama daripada ibu bapa sendiri), ia boleh tinggalkan kesan yang mendalam.

Sebab waktu kita membesar, baru nak 'develop' identiti diri.

Jadi apabila asyik dibandingkan dengan kejayaan dan perkembangan orang sekeliling (adik-beradik lain, anak jiran, kawan sekolah, cucu abang posmen dll), ada potensi untuk kanak-kanak itu membesar dengan melihat kesempurnaan itu terletak dalam diri orang lain, bukan atas dirinya.

Perasaan "tak cukup baik" ini selalunya daripada luka emosi zaman kecil kita dulu, tanpa disedari.

Mengikut teori "attachment", kanak-kanak yang dibesarkan tanpa sokongan emosi yang cukup, mereka membesar dengan rasa tak selamat dan ragu-ragu dengan nilai diri sendiri.

Bahasa mudahnya, dia rasa macam tetap tak cukup, sebab kayu ukur "cemerlang" itu terletak pada orang lain yang dibandingkan itu.

Anak-anak yang alami 'insecure attachment' kerap membesar dengan rasa rendah diri, lemah jati diri dan banyak 'self-doubt' dalam pemikiran.

Ia mempengaruhi cara kita melihat diri sendiri dan pencapaian sebagai orang dewasa.

Dalam terapi psikodinamik contohnya, individu yang alami luka emosi ini akan kenalpasti punca rasa dalaman ini dan kupas macam mana ia berkaitan dengan pengalaman zaman kanak-kanak.

Dalam terapi itu juga, mereka belajar untuk menghargai diri sendiri dan lepaskan pengaruh negatif itu daripada terus menjadi beban kepada emosi sendiri di masa sekarang.

Sebab masa lampau ialah pengajaran, bukan penjara untuk kita πŸ™‚

---------

Tinggal sebulan saja lagi sebelum pelancaran Akademi Kesihatan Mental. Dengan tema "Sembuh Bersama", AKM ialah komuniti yang nak sama-sama belajar cara berdamai dengan luka emosi zaman silam kita dulu.

Jemput masuk waiting list kat sini, akan terus dapat update nanti πŸ™‚
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

12 Sep, 03:06


Pelancaran secara rasmi untuk komuniti Akademi Kesihatan Mental ini, akan dibuka pada penghujung Oktober ini.

Dengan tema "Sembuh Bersama", semoga salah satu asbab untuk lebih ramai berani dapatkan bantuan secara profesional.

Jemput singgah sistem baru:
www.kesihatanmental.com

Aiman Psikologi

12 Sep, 03:05


Kalau anda pernah langgan apa-apa kursus/rakaman oleh Aiman Psikologi, mesej ini untuk anda.

Bermula September 2024, sistem baru untuk semua kursus, webinar, rakaman dll oleh Aiman Psikologi telah sedia untuk diakses, oleh peserta sebelum ini.

1. Ambil masa hampir 5 bulan untuk siap, sejak Mac lepas. Mohon maaf atas masa ini, ramai tak dapat akses kursus yang telah dilanggan dulu.

2. Jenama juga telah ditukar daripada Akademi AP kepada Akademi Kesihatan Mental. Antara servis ditawarkan nanti:

- Komuniti tertutup
- Ujian saringan online
- Rawatan psikoterapi

3. Fokus utama, ke arah komuniti tertutup, bukan lagi sekadar program one-off, untuk pastikan perjalanan kesembuhan itu ada 'continuity'.

Tetapi, ia bukan sebagai pengganti terapi, sebaliknya 'supplementary' dan psiko-pendidikan.

4. Komuniti ini akan fokus kepada isu berkaitan luka emosi zaman kanak-kanak dulu dan bagaimana kesannya kepada alam dewasa kita sekarang.

5. Kalau anda pernah langgan kursus sebelum-sebelum ini, sila semak emel anda. Ada pengumuman penting tentang ini. Kalau tiada dalam Inbox, semak di Promotion atau Spam.

Pelancaran secara rasmi untuk komuniti Akademi Kesihatan Mental ini, akan dibuka pada penghujung Oktober ini.

Dengan tema "Sembuh Bersama", semoga salah satu asbab untuk lebih ramai berani dapatkan bantuan secara profesional.

Jemput singgah sistem baru:
www.kesihatanmental.com

Aiman Psikologi

06 Sep, 10:05


JUMPA MALAM INI, WEBINAR PERCUMA!

Bersama Aiman Psikologi, seorang psikologis klinikal yang akan kongsikan topik mendewasa dengan luka-luka emosi.

Kerjasama dengan Kiddocare, syarikat terkemuka di Malaysia yang menawarkan servis babysitter kepada ibu bapa yang memerlukan.

πŸ—“οΈ Jumaat, 6 September 2024
πŸ•˜ 9.00 - 10.30 malam
πŸ“ Google Meet

Daftar melalui apps Kiddocare.

Tetapi ada yang tak berjaya daftar.

Jadi boleh isi Google Form ini, sebagai alternatif:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdiJZUXRLBwX7bE0bIoqS3H0-CjKoZER3jNd_VQl6yT7lV95A/viewform?usp=sf_link

Jumpa malam ini!

-Akademi Kesihatan Mental-

Aiman Psikologi

03 Sep, 07:49


FREE WEBINAR - Calling for Parents!

Ada tak sesiapa di sini, ada anak-anak dan anda juga pernah alami luka emosi sewaktu kecil dulu?

Pernah terfikir tak macam mana pengalaman zaman silam kita ketika kanak-kanak dulu boleh membentuk gaya parenting kita sekarang?

Jumaat ini ada webinar topik ini bersama @kiddocaremy

Percuma saja.

1. Install apps Kiddocare dan daftar akaun anda

2. Tengok kategori "Join Our Community" dalam apps

3. Masukkan butiran anda dan tekan 'Submit'

Jumpa Jumaat ini ya!

Aiman Psikologi

03 Sep, 04:14


Salam semua.

Pihak Akademi Kesihatan Mental (AKM) berhasrat nak anjurkan webinar PERCUMA pada Khamis ini (5 Sept), jam 9-10 malam,

Berkaitan topik "Membesar Dalam Persekitaran Yang Toksik" dan kaitannya dengan luka emosi seorang kanak-kanak sehingga dewasa.

Percuma saja, tiada bayaran, tetapi hanya untuk yang dalam group waiting AKM sahaja πŸ˜‰

Jemput masuk group itu di sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

30 Aug, 10:29


β€œAnxiety itu emosi normal manusia. Ia jadi bermasalah bila dah berlebihan dan berpanjangan, sampai menyakitkan diri kita.”

Kami pernah jemput seorang psikologis klinikal untuk sesi soal jawab secara live tentang isu Anxiety.

Katanya, setiap daripada kita akan mengalami perasaan risau, takut, resah, cuak, gabra dan sebagainya, sebahagian daripada keperluan manusia untuk dapat terus hidup.

- Nampak anjing liar? Rasa anxiety itu buatkan kita akan lawan atau lari.

- Ada peperiksaan semakin dekat? Emosi risau itu buatkan kita belajar sungguh-sungguh.

- Ada deadline mendatang? Perasaan takut itu jadikan kita kerja keras.

Pendek kata, anxiety ini satu emosi biasa yang semua akan alami, sebagai salah satu kriteria menjadi manusia yang ada cabaran hidup tertentu.

TETAPI,

Ada sesetengah kita yang emosi Anxiety nya melebihi normal, dan berpanjangan pula itu.

Sampai tahap, bagi kesan berlarutan pada fizikalnya, sehingga sakit dada, sesak nafas, susah tidur, tangan menggigil, dan banyak lagi.

Dan ini jadi lebih mencabar apabila individu ini membesar dengan keluarga yang terus menerus buatkan dia hidup dalam kerisauan dan ketakutan. Semua ini bakal membentuk cara dia beremosi, bertingkah laku dan berfikir apabila melangkah dewasa nanti.

Dalam webinar β€œGrowing Up With Difficult People” nanti, Dr Melissa, seorang Pakar Psikiatri akan kupas lebih lanjut tentang ini, dan apa yang kita boleh buat SEKARANG, untuk bantu diri kita.

Webinar ini RM19 saja, kos rendah supaya lebih ramai dapat manfaatnya.

Info lanjut, klik sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/difficult-people/

Aiman Psikologi

29 Aug, 04:02


Pernah tak anda alami situasi begini?

- Rasa macam ada benda tak kena
- Mudah rasa panik
- Jantung berdegup laju
- Nafas pendek dan cepat
- Tangan menggigil-gigil
- Berpeluh-peluh
- Perut memulas
- Susah nak tidur malam

Emosi manusia ini unik, dan berkuasa sebenarnya. Perasaan resah dan gelisah ini, walaupun sejenis emosi, tapi boleh bagi kesan pada fizikal kita.

Pakar panggil ini "simptom fisiologi".

Sebab sesuatu yang berlaku kat emosi kita, boleh pengaruhi pemikiran dan tubuh badan kita juga, sehingga ke tingkah laku kita. Sebab mental dan fizikal saling berkait rapat.

Bayangkan ya,

Kalau hidup kita terlalu kerap kena berdepan dengan "ancaman" kat tempat kerja atau belajar, contohnya:

1. Tugasan terlalu banyak dan tarikh hantar pula dekat-dekat

2. Expectation yang tinggi daripada orang sekeliling

3. Komitmen berderet-deret

Sampaikan kita tak ada peluang nak berhenti sekejap, dan tarik nafas.

Sebab kalau kita rehat, kerja akan semakin bertimbun dan jadi lebih banyak.

Jadi kita rasa kita kena "terus bergerak".

Semua tekanan begini, boleh buat kita rasa resah, gelisah dan mudah panik.

Lalu, muncul pula pemikiran yang risau dan negatif pula, lagi mengeruhkan keadaan.

Lebih menyedihkan, apabila semua simptom ini kita alami sepanjang kita membesar sejak zaman kanak-kanak dulu,

dan ia terus menerus membentuk cara kita beremosi dan berfikir apabila melangkah alam dewasa sekarang.

πŸ₯²

Nanti ada Pakar Psikiatri yang lebih 10 tahun pengalaman akan kongsikan dalam webinar β€œGrowing Up With Difficult People”, cara untuk bebaskan diri kita daripada cengkaman orang toksik sebegini.

Info lanjut:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/difficult-people/

Aiman Psikologi

28 Aug, 11:40


1 JAM SAJA LAGI PELANCARAN!

8.30 malam ini dah boleh daftar ke webinar "Growing Up With Difficult People", bersama Dr Melissa, pakar psikiatri dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri.

Pakej Super Early Bird boleh dapat serendah RM15 saja:

1. Akses live dalam Zoom
2. Rakaman selama 30 hari
3. Slide diberikan (jika speaker buat slide)

Semua ini hanya serendah RM15 saja, dan hanya dibuka kepada yang dalam waiting list sahaja πŸ˜‰

Join waiting list kat sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

28 Aug, 04:57


Tiga perkara yang wajib kita tahu berkaitan penyembuhan daripada luka emosi zaman kanak-kanak kita dulu.

Yang nombor 3 ini paling penting sebenarnya πŸ‘‡πŸΌ

Definisi:
Luka emosi ini merujuk kepada episod atau memori yang kita alami sepanjang kita membesar dulu. Boleh jadi penderaan, trauma, persekitaran keluarga yang toksik, atau apa saja, asalkan ia memberi kita tekanan emosi yang berpanjang dan tak sihat (ini kata kunci penting!).

Sepanjang proses penyembuhan ini, kita kena sedar yang ia bukan bersifat mutlak, dan β€˜confirm’.

Maksudnya, ada tiga poin kat sini:

1. Zaman silam kanak-kanak kita membentuk cara kita beremosi, berfikir dan bertingkah laku pada alam dewasa, tetapi ia bukan semata-mata menjelaskan dan faktor penyumbang, selain elemen lain juga, seperti kawan-kawan, pasangan, personaliti kita, persekitaran tempat kerja, dan banyak lagi.

2. Langkah pertama untuk berdamai dengan kecederaan emosi zaman silam kita ini adalah dengan menyedari dulu apa emosi, pemikiran dan tingkah laku kita terhadap sesuatu situasi itu dan bukan lagi dialami secara automatik seperti sebelum ini. Lepas dah β€˜sedar’, barulah kita boleh masuk ke proses β€˜respons’.

3. Perjalanan penyembuhan ini ialah satu proses, bukan satu titik mutlak. Bermaksud, kita akan sentiasa bergerak ke arah penyembuhan tersebut dan ia tak berlaku dalam satu malam. Teruskan setiap langkah dan usaha kita, walau sekecil mana pun, dalam usaha penyembuhan diri kita, agar tak diteruskan kitaran sama kepada generasi selepas kita, insya Allah.

"Our past is part of us, but it does not define our present and dictate our future."

Dalam webinar β€œGrowing Up With Difficult People” nanti, seorang Pakar Psikiatri yang berpengalaman lebih 10 tahun akan kongsikan:

- Bagaimana persekitaran β€˜sukar’ yang kita alami sejak kecil dulu boleh beri kesan ke alam dewasa kita sekarang.

- Apa yang kita boleh buat untuk mulakan proses β€˜healing’ luka emosi diri sendiri ini.

Pendaftaran akan dibuka malam ini.

Join waiting list siap-siap kat sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

26 Aug, 03:54


Kebelakangan ini semakin ramai mula peka dengan faktor persekitaran kita membesar ketika kanak-kanak dulu. Kan?

Luka-luka emosi yang dialami, memang kita tak nafi ada kesan kepada cara kita berfikir, beremosi dan bertingkah laku apabila dah dewasa sekarang.

Tetapi, usah dilupakan juga faktor lain seperti persekitaran sosial tempat kerja sekarang, peranan pasangan, siapa kawan, personaliti diri kita sekarang, daya ketahanan mental (resilience), dan banyak lagi.

Jadi, jangan kita terlalu terikat kepada masa lampau sahaja, fokus juga dengan apa yang kita ada di masa sekarang.

Ia juga sebahagian daripada faktor tambahan yang boleh bantu untuk kita berjaya maju ke depan.

Yang penting, kita sedar yang masa lampau bukan penentu segala-galanya.

Ia ada peranan juga sebagai menyumbang, tetapi bukan semata-mata penyebab.

----

Topik webinar 14 September ini,

"Growing Up With Difficult People",
bersama Pakar Psikiatri yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri.

Berminat nak join tak? πŸ˜‰

Join free waiting list kat sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/op/senarai-menunggu-akademi

Aiman Psikologi

18 Aug, 11:25


Untuk yang nak belajar cara kawal panas baran dalam diri itu, sesuai sangat join webinar begini.

Perkongsian oleh psikologis klinikal berdaftar.

Daftar sini πŸ‘‡πŸΌ
https://sekolahminda.onpay.my/order/form/siri-celik-emosi/1

Aiman Psikologi

07 Aug, 04:55


Hari ini peluang terakhir untuk dapatkan harga early bird RM19 ke webinar "Surviving Childhood Trauma" bersama Dr Rozanizam, pakar psikiatri.

Bermula esok, harga akan kembali ke asal, iaitu RM39.

Dalam webinar ini, Dr Rozanizam akan berkongsi:

1. Kesan 'Childhood Trauma' pada emosi dan personaliti ketika alam dewasa sekarang

2. Cara memahami dan teknik berdamai dengan luka silam anda

3. Konsep menjaga batasan (boundary) dalam berhadapan 'trigger' anda

4. Prinsip "From victim to survivor" - Pembinaan daya ketahanan mental yang positif

Semua ini anda akan dapat dengan yuran serendah RM19 saja!

Daftar segera:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/surviving-childhood-trauma/

Aiman Psikologi

05 Aug, 11:56


Bayangkan jari kita terluka kerana terkena serpihan kaca dari gelas yang pecah di dapur.

Dengan d*r@h yang masih mengalir, adakah menyembunyikan tangan kita dalam poket itu tindakan yang terbaik sebagai respons?

Ya la, orang tak nampak kita terluka, kita pun boleh berlakon seperti tak ada apa-apa. Poket seluar dah mula basah dengan merah d@rah, buat-buat tak nampak saja.

Kira dah selesai la kan?

Everything is well? Hmm..

Pelik pula bunyinya kalau begitu cara kita urus luka fizikal di tangan. Lebih mengeruhkan keadaan ada lah.

Luka tak sembuh-sembuh,
Kaca terus melekat di tapak tangan,
Silap hari bulan, menjadi jangkitan pula sebab tiada tindakan untuk rawatnya.

Tetapi kenapa kalau luka emosi, respons begini yang biasa kita buat?

Suppress, sembunyikan perasaan, dan anggap seperti tiada ada apa-apa yang berlaku. Dengan harapan, sakit itu akan hilang bila kita cuba lupakan.

Tanam jauh-jauh dalam minda,
Jangan beri peluang untuk kita rasa sakit itu.

Tetapi kan, minda kita tak pernah lupa.

Mungkin sakit itu 'hilang' sekarang, tetapi satu hari nanti, dia akan muncul semula dengan lebih sakit berbanding asalnya.

Luka emosi sepanjang kita membesar dulu, kalau tak dibiarkan sebarang bantuan, ada potensi untuk 'merosakkan' cara kita berfikir, beremosi dan bertingkahlaku apabila dewasa nanti.

Selagi mana kita tak belajar untuk berhadapan sakit emosi itu, selagi itulah kita akan terus 'terperangkap' dalam dunia silam kita, dan tak dapat 'move on'.

Nak 'melawat' semula episod silam itu, memang sakit, pedih nak ingat semula. Tetapi, macam luka di tangan tadi pedih bila kita lap, basuh dan letak dettol, tapi itu lah sebahagian daripada proses untuk sembuh.

Sebahagian daripada proses menyembuhkan luka emosi kita, ialah untuk lawati semula dan berdamai dengannya.

Supaya masa silam itu tak terus mempengaruhi masa kita sekarang dan menentukan masa depan kita.

Ia sukar, tetapi tak mustahil :)

Peluang terakhir untuk belajar topik ini daripada pakar psikiatri Dr Rozanizam, dalam webinar "Surviving Childhood Trauma" pada 9 Ogos ini.

Rakaman diberikan.

Malam ini tamat pakej early bird RM19, sebelum kembali ke harga asal RM39 esok hari.

Daftar segera πŸ‘‡πŸ»
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/surviving-childhood-trauma

Aiman Psikologi

03 Aug, 13:39


I am looking for myself,
I am working my hardest,
I am trying my best.

Yet, I feel like I'm still not enough?


----

Pernah berperasaan dan berfikiran sebegini?

Rasa tak sempurna nilai, kurang berbanding orang lain, sehingga sentiasa rasa tak pernah cukup, adalah sesuatu yang sihat, kalau hasilnya menjadikan kita produktif dan nak buat yang terbaik.

Tetapi kalau menjadikan pengalaman kita itu negatif, terutama dah buat sehabis baik 99% pun, akhirnya yang kesilapan kecil 1% itu yang kita sentiasa terfikir dan menyesal buat,

Maksudnya ada something yang kita perlu 'selesaikan' yang terjadi sejak zaman kita membesar dulu.

Antara penyumbang besar yang membentuk cara kita berfikir dan beremosi bila dewasa ini, ialah daripada pengalaman kita waktu membesar dulu.

Mungkin kita alami pengalaman pahit yang berlarutan, sehingga terluka emosi sehingga menjadi dewasa.

Sebelum kita belajar untuk 'berdamai' dengan luka emosi itu, penting kita fahami dulu konsepnya, terutama daripada perspektif psikologi dan kesihatan mental.

"When you forgive, you heal. When you let go, you grow."

No amount of praise or motivation can fill the empty void inside you, if you rarely being appreciated by the most important person to you.

Part of finding closure, is recognizing that the most important person to you, is yourself.

---

Tinggal 6 hari saja lagi webinar "Surviving Childhood Trauma" akan berlangsung.

Disampaikan oleh doktor pakar psikiatri yang berpengalaman mengendali kes trauma kanak-kanak dan remaja, selama 1 jam setengah Dr Rozanizam akan berkongsi ilmu yang praktikal untuk topik ini.

Early Bird RM19 sahaja, sebelum kembali ke harga asal RM35 pada 5 Ogos ini.

Kalau belum daftar, klik sini cepat, sebelum tiket early bird tamat:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/surviving-childhood-trauma

Aiman Psikologi

30 Jul, 13:35


Pendaftaran webinar "Surviving Childhood Trauma" kini dibuka!

Link daftar di sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/surviving-childhood-trauma

Sehingga 10.30 malam saja, kami berikan diskaun khas!

Dengan hanya RM15:
- Dapat akses webinar secara live bersama pakar
- Webinar selama 1 jam 30 minit
- Rakaman selama 30 hari untuk ulang kaji semula

Daftar segera sebelum ia kembali ke harga RM19 pada jam 10.30 malam, dan harga asal RM35 pada 5 Ogos ini.

Jemput daftar ya!
https://akademi.aimanpsikologi.com/sp/surviving-childhood-trauma

-Akademi Kesihatan Mental-