Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. @zainurrashid Channel on Telegram

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

@zainurrashid


Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, juga dikenali sebagai @zainurrashid. Dalam saluran ini, anda akan mendapati pengetahuan, pandangan, dan pengalaman yang luas daripada Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin sendiri. Beliau adalah seorang cendekiawan terkemuka yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan. Saluran ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan, memperluaskan pemikiran, dan memberi manfaat kepada masyarakat umum.

'Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia.' Frasa ini menjadi panduan bagi Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, yang percaya bahawa kebaikan yang kita lakukan semasa hidup akan membawa kejayaan dan kehormatan ketika kita meninggal dunia. Bagi Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain adalah tugas utama yang perlu dihayati oleh setiap individu. Dengan motto 'Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain,' Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mengajak semua untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan kebaikan dengan orang sekeliling.

Sertai saluran Telegram ini untuk mendapatkan perkongsian ilmiah, informasi berguna, dan pandangan yang mendalam daripada seorang cendekiawan terkemuka. Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan memperluaskan pengetahuan anda dengan mengikuti @zainurrashid di saluran Telegramnya. Bersama-sama, kita dapat memperkaya minda, memperluas wawasan, dan menjadi lebih berjasa kepada masyarakat. Mari kita jadikan hidup kita bermakna dengan memberi manfaat kepada sesama manusia, dan meninggalkan warisan yang mulia untuk kita semua. Selamat menyertai saluran ini dan selamat berjelajah ilmu pengetahuan bersama Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin!

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Nov, 10:21


Terkini : Banjir teruk di Terengganu :

Yayasan Ikhlas santuni mangsa banjir di Kemaman, Terengganu.


Hari ini, Yayasan Ikhlas hadir untuk menyantuni mangsa dengan sumbangan seperti:

✔️ 20 set kelengkapan bayi
✔️ 106 helai pakaian lelaki
✔️ 660 pasang baju wanita
✔️ 63 helai tudung

Keseluruhan sumbangan bernilai RM195,280 – tanda kasih dan sokongan buat mereka yang sedang diuji.

Jadilah sebahagian daripada misi ini!

Jom bersama Yayasan Ikhlas meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir di Terengganu.

Klik sekarang 📲 misibantuan.com dan bersama kita ringankan beban mereka. ❤️

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Nov, 09:08


Wakil Palestin ke PBB, Majed Bamya:

"Adakah mereka (Israel) mempunyai hak untuk membunuh dan hak yang kami (Palestin) ada hanyalah untuk mati?"

Sumber: TRT World
t.me/duniapalestin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Nov, 09:04


Izzuddin Al-Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland pada 29-30 Ogos 1896.

Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/kolumnis/3078/

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Nov, 08:12


#misibanjir |𝐃𝐈𝐓𝐂 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

⛺️ 437% Melebihi Kapasiti Penginapan (dan mungkin lebih)

"Kalau awak datang semalam, kemah-kemah dibuka melimpah ruah sampai ke luar."
Demikian luahan JPKK Teluk Kalung, menggambarkan realiti getir mangsa banjir di DITC Kemaman.

"Dah tak ada lagi penjarakan antara khemah kat sini," tambah Pak Hamdan ketika menyambut kehadiran pasukan kami.

Hari ini, Yayasan Ikhlas hadir untuk menyantuni mangsa dengan sumbangan seperti:

✔️ 20 set kelengkapan bayi
✔️ 106 helai pakaian lelaki
✔️ 660 pasang baju wanita
✔️ 63 helai tudung

Keseluruhan sumbangan bernilai RM195,280 – tanda kasih dan sokongan buat mereka yang sedang diuji.

Jadilah sebahagian daripada misi ini!

Klik sekarang 📲 misibantuan.com dan bersama kita ringankan beban mereka. ❤️

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Nov, 08:11


Video:

Warga Teluk Kalong Mandiri Urus Banjir!

#yayasanikhlas

LIKE & COMMENT anda amat dihargai 😄

https://vt.tiktok.com/ZSjHm7YYr/

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

20 Nov, 23:03


Sebelum Perang Taufan al-Aqsa,

Di antara negara yang paling banyak membantu Palestin sama ada melalui bantuan kemanusiaaan oleh NGO dan 'asylum' kepada pemimpin perjuangan Palestin, khususnya Hamas adalah :

1- Turkiye
2- Qatar
3- Malaysia
4- Algeria
5- Indonesia
6- Ireland

Satu demi satu bentuk bantuan ditutup dan 'protection' terlerai dek tekanan rangkaian Dajjal moden yang dikepalai regim Israel, USA dan sekutu mereka.

Namun, mereka lupa....

Mereka merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allah jua yang terbaik !

https://t.me/zainurrashid

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

20 Nov, 03:35


🌙 #CountingDaysRamadan 🌙

100 hari lagi sebelum Ramadan tiba!

Bulan penuh rahmat semakin mendekat, adakah kita sudah bersedia? Ini saat terbaik untuk:

Perbaiki solat dan amalan harian.
Lunaskan hutang puasa yang masih berbaki.
Rancang matlamat Ramadan – sedekah, tilawah, atau amal kebaikan lain.

Jangan tunggu esok untuk berubah. Persiapkan hati dan diri, agar Ramadan kali ini menjadi yang paling bermakna. 💖

Mulakan langkah hari ini, kerana setiap detik adalah peluang.

📲Ikuti Sosial Media Yayasan Ikhlas untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan projek dijalankan.

𝒀𝒂𝒚𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝑹𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Nov, 20:01


SEDEKAH SUBUH UNTUK KENDERAAN DAKWAH ORANG ASLI

Bayangkan setiap hari memandu kereta 2-4 jam atas jalan tanah merah, berlumpur dan sempit diapit pula gaung yang dalam dan curam. Paling membimbangkan binatang buas turut menggunakan laluan yang sama.

Bukan sekadar kenderaan, tetapi ianya seperti nyawa mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Inilah kenderaan yang akan membawa anak-anak Orang Asli ke sekolah, guru agama dapat sampaikan dakwah dengan lebih kerap dan penghantaran bantuan yang lebih mudah untuk mereka.

👉Jom Sedekah Subuh untuk Infaq Kenderaan Dakwah Orang Asli
https://yikhlas.fund/Infaq-4x4
https://yikhlas.fund/Infaq-4x4

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga"
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Nov, 14:03


✍️ Tragedi Sakina Mansour: Ketabahan Wanita di Tengah Konflik Berdarah

Jurnalis Lebanon, Sakina Mansour, terkorban bersama dua anak lelakinya dan beberapa ahli keluarganya dalam serangan udara Israel yang menghancurkan bandar Joun di Lebanon. Pemergian Sakina melambangkan satu tragedi yang amat dikenali di rantau ini, di mana wanita sering kali menjadi saksi dan mangsa utama dalam konflik berpanjangan. 🕊️

Seperti wanita-wanita Palestin yang berani dan tabah menghadapi kehilangan serta penderitaan, kisah Sakina mencerminkan keberanian wanita dalam menghadapi kekacauan dan ketidakadilan. 🌹 Mereka menjadi simbol kekuatan—walau dikelilingi bahaya dan kepiluan, mereka tetap berdiri teguh, melindungi kebenaran dan memberi suara kepada yang tertindas.

📮SUBSCRIBE
t.me/pertubuhannisaalkhair

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Nov, 11:33


Situasi genting yang berlaku di Palestin ketika ini tidak menghalang seorang warganya meneruskan pengajian sehingga berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru-baru ini.

Imad Sulaiman Abedalmohsen Salem, 52, yang berasal dari Baitul Laham di Tebing Barat, Palestin menamatkan pengajian peringkat PhD di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam universiti berkenaan selama tiga tahun.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/3029/

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Nov, 02:47


Kepimpinan masa depan,

Saya bertugas sebagai Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hosp Tuanku Jaafar Seremban dan Professor of Obstetrics & Gynaecology di IMU sejak 2 dekad yang lalu.

Selain daripada melatih pelajar-pelajar perubatan dan doktor-doktor junior dalam membina kerjaya mereka, saya juga berusaha membimbing mereka kepada pembinaan kepimpinan masa depan buat rakyat dan negara.

Semalam, saya hadiri AGM Muslim Students Society of IMU,

Beginilah keputusan pemilihan committe members of MSS of IMU.

President - Samira Isaak (Somalia - USA)
Vice President - Razzi (Malaysia)
Secretary - Syakirah (Brunei)
Event Manager - Zafraan (Maldives)
Social media - Subhana (Bangladesh)
Treasurer - Dania (Sudan - UAE)
Public relations - Naadir (Sri Lanka)

Jelas kelihatan, truly international❤️

Saya berharap agar saya juga dapat menyumbang kepada agenda melahirkan pewaris kepemimpinan masa depan di negara-negara mereka di dunia antarabangsa.

Zainur Rashid Z

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

18 Nov, 20:08


SEDEKAH SUBUH PROJEK AIR BERSIH

Selama 44 tahun penduduk beberapa kampung di Sik dan Baling Kedah terpaksa menggunakan air yang keruh dan berisiko tinggi dalam kehidupan mereka!!

Jadikan setiap titis air bersih yang bakal mereka nikmati sebagai jariah dan pahala terbaik buat kita.

👉 Rebut segera peluang Sedekah Subuh Projek Air Bersih bersama Yayasan Ikhlas
https://yikhlas.news/Air-Bersih
https://yikhlas.news/Air-Bersih

“Tidak ada sedekah yang lebih utama daripada memberikan air minum.”
(H.R. Ahmad)

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

18 Nov, 10:00


Seharum Kasturi,

Remaja ini bernama Misk, atau dalam bahasa Melayu bererti kasturi.

3 bulan yang lalu, bapanya syahid dibom regim zionis Israel ketika sedang sujud dalam solat subuhnya.

Misk dipelihara oleh bapa saudaranya, Mahmud al 'Amudi, seorang wartawan.

Hari ini dengan bangganya, wartawan Mahmud al 'Amudi berkongsikan berita bahawa selepas 3 bulan kesyahidan ayahnya, Misk kini telah pun berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al Quran.

Sumber : Mahmud al 'Amudi