DARUL MUJTABA @darulmujtaba Channel on Telegram

DARUL MUJTABA

@darulmujtaba


Bismillah
Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.

DARUL MUJTABA (Malay)

Selamat datang ke DARUL MUJTABA! Anda sedang mencari tempat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sesama umat? Inilah tempat yang tepat untuk anda! 'Darul Mujtaba' bermaksud 'rumah yang penuh dengan orang yang dipilih' dan itulah yang kami cuba cipta melalui channel Telegram ini. Dengan mengucapkan 'Bismillah', kami memulakan setiap sesi perkongsian ilmu dengan semangat kasih sayang dan kecintaan kepada sesama kita. Channel ini dihasilkan dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan memberi inspirasi kepada semua yang menyertainya. Di sini, anda akan menjumpai pelbagai topik seperti motivasi diri, agama, kesihatan, motivasi kerja, dan banyak lagi. Siapa pun anda, jika anda mendambakan tempat di mana anda boleh belajar dan berkongsi, DARUL MUJTABA adalah jawapannya. Bergabunglah dengan kami hari ini dan mari kita saling memberi manfaat dan inspirasi untuk mencapai kebaikan bersama-sama!

DARUL MUJTABA

22 Nov, 00:27


*INFAQ JUMAAT~ MAJLIS LIQA' MAHABBAH SUFFIAH SENUSANTARA 2024*

Assalamualaikum semua yang dikasihi.

Menjelang majlis yang bakal berlangsung pada *29 November - 1 Disember 2024 di Puncak Bogor, Indonesia*

Pihak pengurusan memerlukan jumlah dana untuk beberapa menampung kos
🙏🏻🙏🏻

-*Ticket Kapal Terbang Para Masyaikh*
-*Transport Mereka Di Sana*
-*Penginapan DLL*

Anggaran Kos yang diperlukan berjumlah *RM35,000*

Sumbangan bagi menampung kos majlis dibuka kepada semua dan boleh disalurkan ke akaun berikut:

*Demujtaba Resources*
*5620 2169 7725*
*Maybank*

*Ref: LMS24*

Info lanjut sila hubungi :
Ucu Baihaqi : +60 19-490 8067
Along Wan : +60 18-227 4621

Jazakumullah Kheir

DARUL MUJTABA

18 Nov, 04:05


Disebalik kesusahan dan keperitan, akan membuahkan pengorbanan yang luar biasa, ketajaman & kecerdasan akal, jiwa yg bersifat rijal serta penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah.

- Kalam Ayahanda Walid.

DARUL MUJTABA

14 Nov, 05:16


Malam Esok,

Muslimin Muslimat di jemput hadir

DARUL MUJTABA

14 Nov, 02:40


PESAN GURU

Hiduplah dirimu dalam kebaikan namun pandanglah dirimu ahli maksiat di sisi الله hingga engkau sentiasa menangis dalam batin merintih memohon keampunan-Nya.

Jangan sekali ilmu dan amalmu membawa rasa kemuliaan diri, sesungguhnya perasaan serupa itu adalah tipudaya yang menjauhkan diri hamba itu dengan الله.

Carilah Guru yang mendidikmu memandang diri sebagai ahli maksiat bukannya ahli taat, menyatu sanad dengan jiwa Guru miliki sifat faqir akan menjadikan dirimu sentiasa merasa hina walaupun hidupmu penuh dengan kemuliaan.

Apa jua sifat dalam dada Guru akan mengalir pada qalbu muridnya bagaikan darah bapa mengalir pada anaknya, justeru itu bersama dengan para Arifbillah dan ulama Sufi, pasti membawa cahaya kerendahan pada hatimu.

Walid Ibrahim al-Malik

DARUL MUJTABA

13 Nov, 03:20


Syarat untuk mendapat pertolongan dariNya, ialah dengan memiliki kekuatan spritual (rohani) dan kekuatan akhlak.

Kekuatan spritual hanya akan diperolehi dengan memperbanyakan solawat pada Nabi SAW & bimbingan guru mursyid yang hak. Kesan daripada peningkatan spritual akan membuahkan akhlak & adab kehambaan.

Akhirnya, ia akan membawa kepada kebangkitan peradaban Nubuwwah.

UMAY

DARUL MUJTABA

12 Nov, 14:47


Al-Imam Bukhari, Mimpi Rasulullah & Isyarat Dalam Kehidupan Beliau.
Antara kelebihan al-Imam Bukhari Rhm ialah al-Imam sentiasa mendapat irsyad secara rohani oleh Baginda Rasulullah saw.

Ketika beliau masih kecil, Allah mengujinya dengan sakit mata sehingga al-Imam tidak dapat melihat. Ibu al-Imam selalu berdoa dan bermunajat, menangis memohon kepada Allah swt agar diberikan kesembuhan kepada anaknya.

Berkat amalan selawat, mujahadah dan riadhah ibunya, suatu malam Allah mimpikan ibunya dengan Rasulullah saw. Dalam mimpi tersebut al - Imam di sapu matanya oleh Sidna Rasulullah saw. Lalu, seketika bangun, ibunya melihat al-Imam sudah boleh melihat.

Ketika al-Imam menuntut ilmu, al-Imam juga bermimpi dengan Rasulullah saw. Dalam mimpinya, al-Imam melihat dirinya sedang menghalau lalat-lalat daripada hinggap ke wajah Rasulullah saw. Apabila mimpi ini di bawa kepada guru-guru beliau, para Masyaikh menakwilkan mimpi tersebut sebagai isyarat beliau akan menjadi orang yang akan menjaga hadis Rasulullah daripada termasuk hadis yang palsu.

Dan sebelum penghujung hayat Al-Imam, beliau bermimpi Rasulullah saw sebagai isyarat dalam pengakhiran hidup Beliau. Beliau melihat setiap kali Baginda saw melangkah, maka beliau akan mengikuti iaitu memijak tapak yang mulia itu. Ini sebagai isyarat kebenaran jalan yang al-Imam lakukan.

Alangkah mulianya diri al-Imam Bukhari. Hidupnya zahir dan batin sentiasa bersama dengan Rasulullah saw.

#internationalsamahadith2024 #imamalbukhari

DARUL MUJTABA

12 Nov, 10:01


Dia amat hampir dengan dirimu. Dia disebalik ketebalan nafsumu, kesombonganmu & keakuanmu - Ayahanda Walid Ibrahim Al-Malik .

Hanya dengan jalan penyucian jiwa dibawah tarbiah guru yang mursyid (limpahan Nur daripada dada Guru yang mursyid) akan menyingkap kembali rasa rindu, asyik dan nikmat memandang wajah Tajalli- Nya.

UMAY

DARUL MUJTABA

12 Nov, 07:40


Malam ini, jemput hadir.

DARUL MUJTABA

09 Nov, 11:42


Jangan beribadah karena mengharap pemberian, tetapi beribadahlah karena mengharap keridhaan-Nya. Ketika Allah telah ridha, maka kamu akan takjub dengan segala pemberian-Nya.

— Syaikh Mutawalli asy-Sya'rawi —

DARUL MUJTABA

09 Nov, 09:06


Berwudhulah dengan cinta, sebab shalat tidak diperkenankan bagi hati yang di dalamnya tak ada Cinta.

— Rumi —

DARUL MUJTABA

08 Nov, 08:02


Assalamualaikum di jemput semua hadir ke Majlis ilmu bersama dengan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Masa: Kuliah Maghrib
Tarikh: 13hb 11 2024 ( Rabu)
Tempat: Masjid Al Barakah Taman Sentosa Klang

Use Waze to drive to Masjid Al-Barakah: https://waze.com/ul/hw281hcu48
https://maps.app.goo.gl/DuNXUTQsJAoFvenj8

DARUL MUJTABA

07 Nov, 04:17


SABTU INI DI SANDAKAN, SABAH

DISKUSI KITAB: SOLAT SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH
9 November 2024
Pendaftaran Dibuka Buat Muslimin dan Muslimat

DARUL MUJTABA

06 Nov, 09:55


MALAM INI DI DENAI ALAM, SHAH ALAM

Muslimin Muslimat Dijemput Hadir

DARUL MUJTABA

05 Nov, 06:36


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

#darulmujtaba

DARUL MUJTABA

03 Nov, 14:11


PADAH APABILA MEREMEHKAN JASA
GURU
Al-Imam as-Syafie Berkata : Seorang yang meremehkan GURUNYA, maka ALLAH akan memberikan TIGA BALA' kepadanya :
1. Lupa akan ilmunya
2. Ditumpulkan lisannya
3. Diberikan kefaqiran ketika pengakhiran hidupnya

Moga kita semua dijauhkan dari SIFAT BURUK ini .

Setiap GURU tidak minta dimuliakan, namun kita sebagai MURID paling-paling tidak, jangan pernah MEREMEHKAN jasa mereka terhadap kita .

Kalau ditanya Apa jasa GURU yang paling besar terhadap kita !?

Jasa GURU paling besar ialah :
mereka adalah asbab kita keluar dari KEGELAPAN ( masalah hidup, kebodohan, kegagalan, kebinasaan) kepada CAHAYA ( kejayaan, pengetahuan, kebenaran , kebaikan) .

YA ALLAH, Muliakanlah Guru-Guru kami , berikan kesihatan pada mereka, selamatkan mereka dari segala keburukan dan akhiri kehidupan mereka dalam husnul Khatimah .

#darulmujtaba

DARUL MUJTABA

03 Nov, 11:05


Dalam ilmu tasawuf/tarekat, perdampingan dengan guru, sama ada secara zahir iaitu apa yang disebut sebagai "suhbah", terutamanya bagi yang tinggal berdekatan, atau secara rohani iaitu apa yang disebut sebagai "rabitah", terutamanya bagi yang tinggal berjauhan, adalah satu perkara yang sangat penting, dan menjadi salah satu kunci keberhasilan dan kejayaan. Ini berasaskan firman Allah swt yang bermaksud: wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang benar".

"Bersama-sama" dalam ayat ini telah dijelaskan oleh Syeikh `Abidullah al-Ahrar dengan makna bersama-sama secara zahir iaitu suhbah, dan juga bersama-sama secara rohani iaitu rabitah. Bersama-sama dengan awliya' (para wali), muttaqin (orang-orang yang bertaqwa) dan salihin (orang-orang soleh), menjadi sebab mendapat limpahan keberkatan kerohanian, selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: mereka itu (ahli zikir) adalah kaum/golongan yang mana orang yang mendampingi mereka, tidak mendapat kecelakaan.

Note: Perkongsian dari PM Dr. Abdul Manam

DARUL MUJTABA

02 Nov, 10:56


Himpunkan adab dalam hidupmu. Kerana mereka yang hidup tanpa adab, mereka ibarat haiwan yang menunggu hari kematian.

Ustaz Andak Hashim

DARUL MUJTABA

02 Nov, 10:55


Rasulullah adalah Cinta Allah yang paling Agung. Apakah engkau menyangka bahawa alam ini diciptakan tanpa Cinta ?

Kerana Cinta Allah mencipta kita. Atau kerana Rasulullah alasan kita dicipta.

_AH

DARUL MUJTABA

01 Nov, 02:54


MINGGU DEPAN DI SANDAKAN, SABAH

DISKUSI KITAB: SOLAT SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH
9 November 2024
Pendaftaran Telah Dibuka

DARUL MUJTABA

28 Oct, 01:28


Cinta adalah ketika Tuhan berkata padamu, "Aku telah menciptakan segalanya untukmu".

Lalu kau jawab, "aku telah meninggalkan segalanya untuk-Mu."

— Rumi —

DARUL MUJTABA

26 Oct, 12:20


Para perindu Allah memandang alam untuk melepaskan kerinduan kepada Allah.

Seorang kekasih melepaskan rindu kepada kekasihnya, maka dia akan melihat apa jua perkara yang berkaitan dengan kekasihnya.

Moga difahami.

UMAY
26 Okt 2024
Zawiyah Syeikh Abdul Malik Terengganu

DARUL MUJTABA

26 Oct, 03:35


*MAJLIS RATIB & MAULID OKTOBER 2024 MASJID PUNCAK ALAM*
____________________________________

Assalamualaikum Wrt Wbt

Kami dari pihak Masjid Puncak Alam mendoakan agar tuan/puan dalam keadaan sihat walafiat. Untuk pemakluman pihak MPA menjemput tuan/puan untuk turut serta ke Majlis Ratib dan Maulid Oktober 2024.

Majlis diadakan seperti ketetapan berikut :

*TARIKH :* 26 Oktober 2024
*HARI :* Sabtu
*MASA & TEMPAT :*
Selepas Solat Maghrib di Dewan Solat Utama (Bacaan Ratib Al-Attas)
& Selepas Solat Isyak di Marquee tent (Majlis Maulid & Tausiah)

Semoga tenaga & masa yang diluangkan diganjari dengan ilmu yang berkat & bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Insyaa Allah dipermudah segala urusan.

Sekian, terima kasih, wassalam.
____________________________________

𝐈𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢, 𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡 & 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢:
Aplikasi Telegram: https://t.me/MasjidPuncakAlam
Laman Sesawang: https://www.masjidpuncakalam.com

#MasjidPuncakAlam #JomKeMasjid

DARUL MUJTABA

24 Oct, 02:45


Semua dosa yang berasal dari syahwat diampunkan oleh Allah. Dan semua dosa yang berasal daripada keakuan tidak diampunkan Allah.

Kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam adalah daripada syahwat. Namun tetap dalam RahmatNya.

Kesalahan yang dilakukan oleh Iblis daripada pohon keakuan. Maka dia dilaknat selama-lamanya.

- Nashaihul Ibad.

DARUL MUJTABA

23 Oct, 08:42


Tunduknya Si Alim Kepada Seorang Buta Huruf.

Syeikh Abdul Wahab As-Sya'rani seorang alim, ditundukkan Allah kepada Gurunya seorang Ummi (buta huruf) iaitu Syeikh Ali Al-Khawwas.

Agaknya inilah dikatakan pujangga Sufi :

Ada mereka yang tiada lisan, tetapi ada hati.
Ada mereka yang ada lisan, tetapi tiada hati.

_Ustaz Andak Hashim

DARUL MUJTABA

23 Oct, 02:45


𝟵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗴𝗶 !!!
Assalamualaikum W.B.T
𝗞𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗨𝗛𝗜𝗗 𝗦𝗨𝗙𝗜 - 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟳

📚Pengajian Kitab Allah, Syariat & Hakikat II "Memandang Wajah TajalliNya, Suatu Pencerahan"
❤️Karya : Walid Ibrahim Al-Malik

🎀 𝐵𝑒𝓇𝓈𝒶𝓂𝒶 🎀 :
BABALONG IDRIS
~Timbalan Ketua Tanfiziah Nahdatul Ulama' Malaysia (NAAM)
~Mudir Madrasah Syeikhul Ariffien

🗓️𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 2 November 2024 (Sabtu/1hari)
Jam 8.00 pagi - Jam 11.00 malam

📍Bertempat di : Madrasah Syeikhul Ariffien Jasin Melaka

📢𝑩𝒂𝒈𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒖𝒍𝒊𝒕𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓, 𝒅𝒊𝒃𝒖𝒌𝒂 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒊𝒏𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒊𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝑻𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏. (Zoom)

🔰Pengajian Lanjutan/khatam kitab akan dibuat secara online Zoom jika tidak dapat dihabiskan dalam 1 hari.

🔰Hibah Pendaftaran - Rm 80.00 (Per Peserta/Tidak termasuk Harga Kitab)

🔰Makanan disediakan

📢Untuk Pendaftaran Whatsapp :
Anjang Muizz - http://www.wasap.my/60145007524
Along Firdaus - http://www.wasap.my/60102732821

‼️𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱‼️

📚Untuk Pembelian Kitab Hubungi : Ghazali - http://www.wasap.my/60173997027
*Dialu-alukan untuk membuat pembelian awal (Kitab akan di pos ke rumah @ yang ingin membeli Kitab di Madrasah)

ᴅɪᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ꜱᴇᴍᴜᴀ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ, ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴇʀꜱᴀᴍᴀ ᴍᴇᴍᴘᴇʟᴀᴊᴀʀɪ ɪʟᴍᴜ ᴛᴀᴜʜɪᴅ ꜱᴜꜰɪ ᴅɪꜱᴀᴍᴘɪɴɢ ᴘᴇɴɢɪꜱɪᴀɴ ʀᴏʜᴀɴɪ🌹

DARUL MUJTABA

22 Oct, 17:36


Whoever focuses on the world is a slave to the world, and whoever focuses on the hereafter is a slave to the hereafter, but whoever focuses on Allāh enslaves the world and the hereafter.

— Shams-i Tabrīzī, Maqalat-e Shams-e Tabrizi

DARUL MUJTABA

22 Oct, 11:47


Dunia ini menghampa kecuali al-Haqq, karena dalam sesaat dunia ini akan lenyap. Hapus keakuan, naik ke atas dan menyatulah dengan Sang Kekasih.
-MAHMUD SYABISTARI-

DARUL MUJTABA

22 Oct, 08:54


Sebaiknya Murid Hanya Belajar Dengan Seorang Guru (Mursyid)

Berkata Syeikh Abdul Wahab As-Sya'rani :

Di antara keharusan murid adalah memiliki satu guru sahaja. Jadi seorang murid jangan sesekali memiliki dua orang guru. Bangunan jalan kaum sufi berada di atas Tauhid murni.

Dalam futuhat al-Makkiyah ( bab 181), Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi menulis : Ketahuilah seorang murid hanya boleh memiliki satu Guru kerana itu lebih membantunya di jalan Sufi. Kami melihat, seorang murid tidak pernah beruntung sama sekali di tangan dua Guru. Sebagaimana keberadaan alam tidak berada di tangan dua Tuhan, orang mukallaf tidak berada pada dua tangan Rasul , seorang perempuan tidak berada pada dua tangan suami. Maka begitu juga seorang murid tidak boleh berada pada dua tangan guru.

(Al Anwarul Qudsiyyah fi Bayan Qawa'id As-Sufiyyah li Imam Sya'rani Rahimahullah)

Nota :

1. Yang dimaksudkan guru oleh al Imam adalah Guru Mursyid iaitu Guru Spiritual atau Rohani . Bukannya guru untuk kita belajar ilmu yang lain seperti ilmu alat, fadhu ain dan lain-lain.

2. Adapun guru taklim boleh ramai namun guru tarbiah ruhaniah mesti berdiri pada satu orang guru.

3. Bagi yang Gurunya telah wafat / meninggal dan si Murid belum mencapai wusul ilallah (sampai kepada makrifat yang dikehendaki) , maka sayugianya dia masih lagi mencari Guru lain untuk menyempurnakan perjalanannya.

Wallahualam.

_Ustaz Shikh Muhammad Norhashim

DARUL MUJTABA

22 Oct, 07:23


[CATATAN MAJLIS SELAWAT & TAUSIAH DI SINGAPURA]

Dr. UMAY, Simpang Bedok Singapura, 21.10.2024

Tujuan Allah menciptakan kita utk beribadah kpd Allah. Ibadah yg paling dikehendaki adalah ibadah makrifatullah, mencapai hakikat tauhid di sisi Allah SWT.

Semulia2 ibadat, setinggi2 ibadat adalah makrifatulalh.

Kebahagian insan itu sejauhmana makrifat kpd Allah.

Ini yg dibawa oleh Saidina Nabi SAW. Allah anugerahkan Syurga di dunia dan syurfa di akhirat nnt, syurga di dunia adalah syurga makrifat, ketika qalbu bersih, ketika qalbu menempuh tazkiyah sehingga Allah limpahkan asrar2 Allah. Ketika mana seseorg itu telah mencapai syurga ini, dunia atau yg lain sudah tdk ada nilai, tdk lg mampu membeli jiwanya lantaran jiwa nya sudah menikmati kebahagiaan yg hakiki.

Allah taala ciptakan dunia ini utk diriNya dikenali. Allah ciptakan semua nya utk hambaNya bermakrifat kepadaNya. Allah mahu diriNya diketahui akan kebesaranNya, kehebatanNya dsbnya. Arahkan / niatkn keseluruhan amal/perbuatan hanya utk Allah.

Selangkah meninggalkan Allah, selangkah menghampiri kemusnahan kerana telah meninggalkan segala2nya.

Bagi org sufi, ketika sudah mendapat Allah, telah mendapat segala2 walaupun dlm kedaifan krn ia tdk memberi kesan krn telah mencapai mutiara2 makrifat.

Sesungguhnya risalah yg dibawa oleh Nabi adalah benar, satu ketenangan, kejayaan yg hakiki. Jgn terpengaruh kebhagiaan yg dibawa oleh Barat. Jgn cenderungkan hati menganggapkan kebahagian itu dgn harta, pangkat, nama, pengiktirafan manusia pd diri kamu. Doktrin barat - Mereka yg miskin tidak bahagia.

Maka Allah ciptakan dunia ini utk kamu, jgn kamu arahkan hidup kpd makhluk. Ada yg hilang kenikmatan Allah dlm qalbu, kerana jd hamba kpd sesuatu yg dia sibuk, kalau sibuk dgn dunia, jd hamba kpd dunia. Oleh yg demikian, sibukkan dirimu dgn Allah. walau jasad sibuk dgn dunia, jgn putus dgn Allah dgn zikir qalbu - Allah Allah Allah. Ambillah talkin akan sesuatu amalan, sebenarnya dia tgh pindahkan Nur dlm dadanya kpd kamu, mengalir dari Nur mursyid, tabiin, sahabat, rasulullah. Inilah sanad yg menyatu rohanimu dgn rohani Rasulullah melalui pintu2 pewaris Nabi SAW.

Ketika nur telah menyatu dlm diri, maka terbit 3 hal - ketika serahkan diri pd Guru, ketika serahkan diri utk dirawati, dibimbingi guru mu, ketika hilangkan keegoan, ketika benar2 tawaduk, maka mengalirlah nur guru2 mu iaitu -

1) Semakin mesra rohani, allah akan campakkan asrar (rahsia2 Allah)ke dlm dirimu. Wajah rohani akan memandang Allah nnt. Bersihkan cerminan qalbu dgn selawat, ketika bersih, dpt menarik pantulan2 tajalli afaal sifat Allah Taala. Semakin berlaku permbukaan - maqam muqarabah maqam musyahadah…. Paling kurang kena capai wilayah muqarabah - sudah tdk ada diri lg. Selagi Allah masih di akal, tidak selamat. Kena pindah di dlm qalbu - wilayah zauqi wilayah rasa. Nak dpt tauhid ini, tdk memadai dgn khatam kitab tauhid krn zauqi akan dpt melalui dada guru. Ahwal qalbu tdk akan dpt melalui kitab. Perlu dipertalikan dgn pewaris2 Nabi. Bykkan selawat, Allah akan tunjukkan dan pertemukan dgn auliya2 dan arahkan hidupnya sehingga jumpa insan yg akan mewarnai/mencorakkan hidupnya tanpa disangka2.

2) Ketika nur semakin menyatu, semakin terbit akhlak pekerti muhammad. Org yg hatinya bersih Allah akan mempersalinkan dgn pekerti muhammad. Bukan berlakon2, tp Allah yg mempersalinkannya. Akhlak2 ilahiah, akhlak Tuhan. Akhlak ini mengalir dlm dada2 pewaris Nabi. Bertambah makrifat, semakin dlm ubudiyah pd Allah. Bkn lihat pd serban/ tasbih/ tp tgk pada akhlak. Kalau benar Allah ada dlm batinnya, pasti Muhammad ada dlm batinnya. Mana mungkin bercakap hakikat, tp akhlak tdk baik, bermakna itu masih wilayah ilmu.

3) Ketika benar hati telah menyatu, terbit jiwa yg penuh kerahmatan. Jiwa yg prihatin, kehalusan jiwa membawa kerahmatan, kebahagiaan, kecintaan. Org yg memberi manfaat kpd org lain. Cakna, prihatin, utamakan org lain lebih dari diri. Ini lah yg dikatakan tanda besar nur itu telah menyatu dlm dirinya.

-KChik Delma-

DARUL MUJTABA

19 Oct, 04:34


Guru terbahagi kepada dua yakni

1- Guru Ta'lim - Guru yang mengajarkan ilmu.

2- Guru Tarbiah (Murabbi) - Guru yang mengajarkan ilmu dan memberikan didikan adab kepada muridnya.

UMAY

DARUL MUJTABA

18 Oct, 19:08


Sayyed Ahmed Kamel al Husaini daripada Australia menziarahi Ayahanda Walid.

DARUL MUJTABA

18 Oct, 06:06


AYUH SELURUH WARGA SHAH ALAM!!!

SHAH ALAM BERSELAWAT

Semua dijemput hadir ke Program Bicara Ilmuwan dan Shah Alam Berselawat bersempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-24 yang akan di adakan pada :

📆 19 Oktober 2024 (Sabtu)
📳 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13 Shah Alam .

Peluang untuk menyaksikan alunan selawat, tausiah dan persembahan nasyid oleh @Rabbani, Aeydan, Along Gambus, Ammar Mukhlis, Nabhani, PU Amin, Guru Mulia Iqbal Zain al-Jauhari, Lah Ahmad , Yabang dan Syahdu Syahdan.

DARUL MUJTABA

18 Oct, 06:05


ESOK SUBUH DI BUKIT JALIL, KL
Masjid Talhah bin Ubaidillah
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir

DARUL MUJTABA

17 Oct, 10:10


Khamis, 17.10.2024 • Pengajian malam ini di SPAA. Semua dijemput hadir bersama keluarga.

Jamuan kambing disediakan.

#SurauPutraAlAmin
#KeArahPengurusanBertaraf5Bintang

DARUL MUJTABA

16 Oct, 06:58


KAMPUNG SERI GAMBUT BERSELAWAT

16 Oktober 2024
Rabu
Selepas Maghrib ~ 9.30 malam
"Qanaah Perhiasan Diri" Disampaikan Oleh Ustaz Iqbal Zain

Aturcara Program :
5.30 pm : Booth Jualan Dibuka
6.45 pm : Azkar Wirdul Latif
7.10 pm : Solat Maghrib Berjemaah
7.30 pm ~ 9.30 pm:
- Qasidah Pembuka
- Ceramah Ustaz Iqbal Zain
- Qasidah Penutup
*aktiviti mewarna Kanak² by little Caliph*

9.30 pm : Solat Isyak Berjemaah dan Majlis Bersurai.

DARUL MUJTABA

16 Oct, 04:38


Tiada ilmu seorang itu walaupun alim jika tiada Adab. Jauhi para ahli ilmu yang tiada Adab walaupun benar ilmu mereka kerana penyakit mereka akan mengalir kepada kita. Ia mematikan hati dan merosakkan adab.

Ia membawa rasa kebenaran dan keilmuan hanya milik mereka, memandang rendah orang lain, angkuh, riak dan hasad, suka berdebat ,membawa keresahan dan perpecahan masyrakat, suka bertelagah hal khilafiah, mudah syirik dan bidaahkan org berdasarkan pengetahuan mereka, suka membuka aib dan membesarkan kesalahan saudara Islam.

Imam Syafie, Imam Al ghazali, Imam Abu Hassan Asyaari dan para ulama yg tak sejalan dgn mereka di hina dan di serang apatah lagi para ilmuan kini.

Kita hadapi golongan sudah berkurun lamanya. Segala persoalan telah dijawab para alim ulama dgn jelas berdasarkan dalil Nas dan Hadis, namun apabila hati telah dihijab Allah sukar utk melihat kebenaran walaupun dihadapan mata.

_Walid Ibrahim Al Malik

DARUL MUJTABA

15 Oct, 00:48


Alhamdulillah, hari Ahad, 13 October, kami telah selesai menghantar bantuan asas kepada beberapa keluarga yang memerlukan di sekitar Lembah Klang. Setiap keluarga menerima barangan keperluan seperti beras, ayam, sayur-sayuran, tepung, minyak, gula, mi segera, dan beberapa barangan lain yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.

Melihat wajah-wajah penerima yang penuh syukur, kami tersentuh dengan kisah perjuangan mereka. Ada yang bekerja keras tetapi masih bergelut untuk menampung kehidupan keluarga. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka tidak pernah meminta lebih, cukup sekadar dapat makan dan berteduh. Keprihatinan kita bersama mampu memberi mereka sinar harapan untuk terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.

Namun, perjuangan ini belum selesai. Masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuan kita semua. Kami menyeru kepada orang ramai yang berkemampuan untuk turut sama menyumbang, walaupun sekecil mana sekalipun, kerana sedikit daripada kita mungkin membawa perubahan besar dalam hidup mereka.

Untuk sebarang sumbangan, anda boleh menyalurkan ke akaun berikut: Maybank: 5620 21697725 (Demujtaba Resources)
Atau QR di poster di bawah

Semoga segala kebaikan dan sedekah kita diterima oleh Allah SWT dan diberkati-Nya. Terima kasih atas sokongan anda

#muafakatkomuniti
#darulmujtaba