Jika surah al-Dhuha bertemakan وَلا تَحْزَنُوا , maka kehadiran al-Inshirah bertemakan أَلاَّ تَخَافُوا .
Jika surah 93 itu memotivasi Baginda dengan mengimbau masa lampaunya, maka surah 94 ini memotivasi Baginda dengan jaminan masa depannya.
Demikianlah indahnya jahitan antara kedua-dua surah ini.
Surah al-Dhuha mengenai mengurus emosi pada apa yang telah berlaku. Nabi SAW merasakan dirinya ditinggalkan Tuhan atau berlaku kesilapan dalam dakwah sehingga Tuhan tidak lagi menurunkan al-Quran.
Surah al-Sharah pula mengenai mengurus emosi pada apa yang akan berlaku. Surah ini bakal merawat konflik luaran menimpa Nabi SAW iaitu rasa takut pada apa akan menimpa agamanya, pasukannya dan ummatnya.
Demikianlah hubungan antara surah bertemakan KITA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA dengan surah bertemakan SEMUA YANG SESAK AKAN PERLAHAN REDA.
Jumaat yang diberkati, saya mahu bertemu anak-anak muda di PTSL UKM esok inshaallah. Moga andalah yang saya cari itu. Inshaallah