Anjung Husnul Khatimah @anjunghusnulkhatimah Channel on Telegram

Anjung Husnul Khatimah

@anjunghusnulkhatimah


Info terkini mengenai program kendalian DDHA

Anjung Husnul Khatimah (Malay)

Anjung Husnul Khatimah merupakan saluran Telegram yang menyediakan info terkini mengenai program kendalian Dato' Dr. Hajjah Adibah Hj. A. Bakar (DDHA), seorang usahawan dan pendakwah terkenal di Malaysia. Saluran ini adalah tempat terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti, ceramah, dan program-program yang dijalankan oleh DDHA. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan sentiasa berada di dalam lingkaran terkini mengenai perkembangan terkini dalam dunia pendakwah dan usahawan. nnSiapakah sebenarnya Dato' Dr. Hajjah Adibah Hj. A. Bakar (DDHA)? Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang perniagaan dan pendakwah. Melalui saluran Telegram Anjung Husnul Khatimah, anda akan dapat mengikuti perkembangan terkini mengenai program-program menarik yang dijalankan oleh beliau. nnSaluran ini juga menyediakan akses kepada video ceramah, artikel, dan info-info penting yang berkaitan dengan program kendalian DDHA. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran Anjung Husnul Khatimah dan teruskan memperkaya diri dengan ilmu dan maklumat yang disediakan. Berita terkini dan terhangat mengenai program-program kendalian DDHA hanya di hujung jari anda! Sertai kami sekarang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang cintakan ilmu dan keberkatan.

Anjung Husnul Khatimah

17 Nov, 22:54


☆Tadabbur Kalamullah ☆

وَلَا یَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡۘ إِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِیعًاۚ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui" [Surah Yūnus 65]

Sambung bicara mengapa Allah swt melarang nabi saw dan begitu juga orang-orang yang beriman daripada bersedih dan berdukacita apabila dicemuh oleh musuh-musuh Islam.

Kenapa tidak perlu bersedih? Ini kerana kekuasaan dan kemuliaan semuanya milik Allah swt. Maksud الْعِزَّةَ adalah القَهرُ (mengatasi), الغَلَبَة (mengalahkan), القُوَّة (kekuatan) dan المَنْعَة (menghalang).

Maka tidak perlu bersedih, muram, kecewa, berdukacita kerana semua kekuatan, kekuasaan ada pada Allah swt, maka para musuh dan penghina tidak dapat menghalang dan mengalahkan baginda saw dan juga para pejuang di jalanNya.

Mereka yang menentang ajaran yang disampaikan oleh baginda Nabi saw dan pewarisnya itu hendak menghina kita tetapi ingatlah bahawa kekuasaan dan kemuliaan yang sebenarnya milik Allah swt. Apabila para pejuang kebenaran dihina dan dikeji, mungkin akan ada rasa terhina, rasa tidak di hormati dalam hati kita. Maka, apa yang Allah swt sebut dalam ayat ini? Kekuasaan dan kemuliaan itu sememangnya hanya milik Allah swt. Sepenuhnya milik Allah swt dan bukannya pada tangan manusia dan bukan juga milik kita. Jangan kita rasa yang kita hilang sesuatu apabila orang menghina kita.

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" [Surah Āali-ʿImrān 139]

Golongan penentang merasakan mereka hebat, kuat, berkuasa dan ada kemuliaan. Anggapan mereka itu tersilap. Kekuasaan dan kemuliaan sebenarnya milik Allah semuanya (جَمِيعًا) dan Allah swt boleh bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Oleh itu, jangan sesekali takut, sedih, kecewa tetapi kuatkanlah semangat kerana kebenaran di tangan kita orang Islam dan orang mukmin.

یَقُولُونَ لَىِٕن رَّجَعۡنَاۤ إِلَى ٱلۡمَدِینَةِ لَیُخۡرِجَنَّ ٱلۡأَعَزُّ مِنۡهَا ٱلۡأَذَلَّۚ وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ لَا یَعۡلَمُونَ

"Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" [Surah al-Munāfiqūn 8]

Biarlah hari ini mereka hina dan ketawakan pejuang dan pendakwah Tauhid. Nanti di hari kiamat, orang beriman akan ketawakan mereka semula. Firman Allah swt:

فَٱلۡیَوۡمَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنَ ٱلۡكُفَّارِ یَضۡحَكُونَ

" Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu"

عَلَى ٱلۡأَرَاۤىِٕكِ یَنظُرُونَ

"Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya)"

هَلۡ ثُوِّبَ ٱلۡكُفَّارُ مَا كَانُوا۟ یَفۡعَلُونَ

"(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?" [Surah al-Muṭaffifīn 34-36]

♡Jika Nabi Muhammad saw pun dihina dan dicaci maki apatah lagi kita orang biasa yang hendak menyebarkan dakwah ini. Maka bersemangatlah, jangan sesekali berdukacita atas segala rintangan dalam menyebarkan dakwah dan kebenaran. Demi Islam!!♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

17 Nov, 22:51


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat

قَالَ سَأَلَ قَتَادَةُ أَنَسًا أَيُّ دَعْوَةٍ كَانَ يَدْعُو بِهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثَرَ قَالَ كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا يَقُولُ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
قَالَ وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ

Qatadah pernah bertanya kepada Anas; Wahai Anas, doa apa yang sering diucapkan Rasulullah?  Anas menjawab; Sesungguhnya Rasulullah SAW sering membaca doa yang berbunyi: Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka. Perawi hadits ini berkata; Ketika Anas hendak berdoa, maka ia sentiasa membaca doa tersebut. Dan ketika ia hendak membaca doa yang lain, maka ia selalu menyertakan doa tersebut. (HR Muslim No: 4855) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa adalah antara tuntutan seorang Mukmin

2.  Antara doa yang sering dibaca oleh Rasulullah untuk kita ikuti:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka

3.  Anas seorang sahabat Rasulullah sentiasa akan membaca doa ini walaupun dia membaca doa yang lain.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

16 Nov, 22:47


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَلَا یَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡۘ إِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِیعًاۚ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui" [Surah Yūnus 65]

Ayat ini berupa pujukan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw, para pejuang dan juga para pendakwah. Allah swt memujuk Nabi Muhammad saw dan begitu jugalah kepada para pendakwah yang menyeru kepada Tauhid, agar jangan merasa sedih, kecewa atau dukacita dengan kata-kata hina manusia kepada mereka.

Jangalah terlalu bersedih dengan tuduhan yang mereka lemparkan. Ini kerana baginda Nabi Muhammad saw pun telah ditolak dakwahnya, dikeji, dihina, dicaci, di tuduh dengan pelbagai tuduhan jahat bahkan dihalau oleh kaumnya sendiri. Begitu juga dengan kita yang menyebar ajaran Islam, berjuang untuk mendaulatkan Islam dan berdakwah mengajak manusia kepada Islam agar tabah dan sabar serta jangan terlalu bersedih hati atau berduka lara.

Mereka menuduh para pendakwah sebagai sesat, menyibuk hal orang dan memecah belahkan masyarakat. Memang sakit, kecewa dan pedih di hati. Akan tetapi Allah swt mengatakan, jangan berdukacita atau berduka lara dengan kata-kata mereka.

Allah swt memujuk Nabi Muhammad saw kerana baginda ditolak semenjak hari pertama baginda berdakwah lagi. Iaitu ketika baginda memanggil ahli keluarganya untuk hadir majlis kenduri dan baginda hendak menyampaikan ajaran Tauhid. Kemudian ketika baginda memanggil kaumnya dan baginda sampaikan ajaran dan pesanan dari atas bukit, maka mereka mula isytiharkan permusuhan dengan Nabi saw. Mereka mula menuduh dengan pelbagai tuduhan.

Maka Allah swt memujuk nabi saw dengan menurunkan firmanNya:

وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا یَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرࣰا جَمِیلࣰا

"Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik" [Surah al-Muzzammil 10]

Allah swt melarang baginda Nabi saw bersedih dengan berlebihan. Jangan dibiarkan perasaan sedih berlarutan sehingga merosakkan diri sendiri. Perasaan sedih yang keterlaluan boleh menyebabkan kehidupan terganggu dan tidak keruan. Ia boleh menyusahkan hidup apabila hilang fokus untuk melakukan sebarang pekerjaan. Tambahan pula syaitan amat suka kalau manusia bersedih dan merekalah antara sebab manusia bersedih. Firman Allah swt:

إِنَّمَا ٱلنَّجۡوَىٰ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ لِیَحۡزُنَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَیۡسَ بِضَاۤرِّهِمۡ شَیۡـًٔا إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri"
[Surah al-Mujādilah 10]

♡Pejuang dan pendakwah mesti kental. Tidak mudah panas dan koyak. Syaitan mahu kita bersedih supaya kita lemah semangat untuk berdakwah dan berjuang. Ramai yang sentap dan patah semangat ketika seruannya sering ditolak hingga meninggalkan dakwah selamanya. Maka syaitanlah yang menang. Oleh itu, jangan hiraukan mereka yang menentang itu tetapi fokus kepada tujuan utama iaitu menjaga agama dan teruskan beribadah♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

16 Nov, 22:45


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Adalah Ibadah

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ
وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Daripada Nu'man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya doa adalah ibadah." Kemudian baginda membaca firman Allah: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu." (Surah Al Ghafir; 60) (HR Ibnu Majah No: 3818) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa adalah sebahagian dari ibadah

2.  Muslim dituntut memperbanyakkan doa dalam setiap aktiviti, dari sekecil-kecil urusan seperti berdoa ketika masuk dan keluar rumah sehinggalah yang besar seperti mengurus negara.

3.  Allah tetap akan memperkenankan setiap permohonan doa hamba sama ada:

a.  Diperkenankan seperti mana yang dipohon semasa di dunia, atau
b.  Diperkenankan dengan dihindarkan musibah, atau
c.  Diperkenankan di akhirat dengan ganjaran pahala dan syurga

Ayuh perbanyakkan doa dan jangan berputus asa.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

16 Nov, 06:38


Pendaftaran untuk memiliki unit studio penginapan ini telah pun dibuka. untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai unit studio, syarat-syarat yang dikenakan serta maklumat mengenai harga dan cara bayaran boleh terus menghubungi talian berikut.
(Puan Suraya 018 264 8706)
sebarang maklumat tambahan, Sila hubungi terus talian berikut.
(DDHA - 019889 0147)

Anjung Husnul Khatimah

15 Nov, 22:49


☆Tadabbur Kalamullah☆

ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَٰنٖۗ

"Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik" [Surah al-Baqarah 229]
 
Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah menyebut di dalam tafsirnya bahawa masyarakat Arab jahiliyyah pada waktu dahulu tiada satu sistem yang teratur untuk perceraian. Mereka sesuka hati boleh menceraikan isteri mereka dan sesuka hati rujuk kepada mereka meskipun sudah seratus kali bercerai. Ianya seolah-olah tiada berkesudahan. Islam datang kemudiannya untuk mengajarkan bahawa talak yang boleh dirujuk adalah sebanyak dua kali dan jika tidak mahu untuk dirujuk maka lepaskanlah isteri tersebut dengan baik tanpa menzaliminya.

Ayat ini merupakan antara dalil pensyariatan talak bagi pasangan yang berkahwin namun tidak dapat mencari jalan keluar dalam menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. Sepertinya hati telah bercerai namun mulut belum melafazkannya lagi, maka cara terakhirnya adalah dengan bercerai.

Pun begitu, jika dapat di elakkan perceraian itu, maka carilah 1001 jalan untuk menyelamatkan rumahtangga tersebut. Ini kerana Islam melihat institusi kekeluargaan adalah satu institusi yang amat penting dalam melahirkan generasi-generasi yang hebat.

Mengetahui hakikat kehidupan berkeluarga, awal-awal lagi Islam telah meletakkan garis panduan dalam memilih pasangan agar bahtera perkahwinan yang bakal dilayarkan dapat belayar dengan aman. Sekiranya badai melanda di tengah-tengah pelayaran, nakhoda tahu akan tugasnya untuk mengendali dan memandu bahtera tersebut betul pada laluannya kembali.

Antara penyelesaian yang disarankan ialah dengan menjaga solat. Allah swt apabila bercerita ayat mengenai cerai seperti dalam surah  al-Baqarah (ayat 227-242), di celah ayat itu Allah swt menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat fardu lima waktu dan juga solat pertengahan (asar). Kemudian ayat itu membincangkan semula ayat mengenai cerai. Ulamak tafsir mengatakan sesiapa yang menjaga solat dengan sempurna, rumah tangga mereka akan kukuh dan bahagia.

Al-Imam Burhanuddin al-Biqa’i menjelaskan isu perceraian ini adalah satu masalah yang sangat kompleks serta memenatkan jiwa dan akal manusia. Lalu Allah menawarkan solusi dalam menghadapi kemelut ini dengan arahan supaya menjaga solat. Katanya:

أمور الطلاق دائماً تشغل الإنسان، وتجعله مهموماً في النهار والليل، فلذلك قال تعالى: حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ

"Urusan perceraian ini sentiasa memenatkan manusia (jiwa dan fizikalnya), perceraian menjadikan manusia resah siang dan malam lalu Allah membimbing manusia (dengan arahan menghadapi situasi runcing ini) dengan mendirikan solat" (Lihat: al-Biqa’i, Nuzum al-Durar)

Berkata Dr. Khalid al-Sabt:

إنه أورد ذكر الصلاة بين هذه الأحكام؛ ليدل على أن الاستعانة بالصلاة سبب للخروج من المشكلات التي تقع بين الناس

"Sesungguhnya Allah swt menyebutkan tentang arahan mendirikan solat dicelah perbincangan tentang hukum (perceraian) adalah bagi menunjukkan keperluan memohon bantuan dengan solat. Ia adalah jalan keluar kepada masalah yang dilalui oleh manusia".

Sebahagian yang lain berpandangan dengan sebuah hadis yang menyebutkan:

الَّذِي تَفُوتُهُ صَلاَةُ العَصْرِ، كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ

"Mereka yang meninggalkan solat asar, seumpama mereka terputus hubungan dengan ahli keluarga dan harta mereka" (HR al-Bukhari)

Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam mencapai kebahagiaan dan ketenteraman dalam sesebuah rumahtangga.

♡Hiduplah dalam suasana penuh kedamaian dan pertahankanlah keutuhan sesebuah perkahwinan. Namun, jika segala usaha telah dilakukan untuk mempertahankan institusi kekeluargaan itu namun hanya perceraian sahaja jalan keluarnya, maka Islam membenarkannya♡

Kredit;tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

15 Nov, 22:46


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Satu Pertiga Akhir Malam Yang Istimewa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Rabb kita Tabaraka wata'ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, lantas Dia berfirman; Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkan, siapa yang meminta sesuatu kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya." (HR Bukhari 5846) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Antara waktu mustajab doa ialah satu pertiga malam terakhir.

2.  Satu pertiga malam terakhir (bermula sekitar jam 3 pagi) antara waktu mustajab untuk berdoa:

a.  Sesiapa berdoa kepada Allah, akan dikabulkan

b.  Sesiapa yang meminta kepada Allah akan diperkenankan

c.  Sesiapa yang memohon keampunan akan diampunkan

Ayuh kita merebut peluang waktu istimewa mustajab doa di sepertiga malam terakhir dengan membanyakkan doa.

Kredit;hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

15 Nov, 04:02


Ayuh kita hayati Khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk "Hargai Kesihatan Elak Penyesalan” yang akan dibacakan di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan.

Semoga seluruh Warga Wilayah Persekutuan diberkati dan dirahmati sentiasa. Ameeen

Anjung Husnul Khatimah

15 Nov, 04:01


15.11.2024 (RUMI) GEJALA DADAH SEKALI CUBA MERANA SELAMANYA.pdf

Anjung Husnul Khatimah

14 Nov, 23:18


Untuk RENUNGAN bersama...

Hidup yang  kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,

Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),

Hidup yang tak tenang datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,

Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,

Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,

Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.

"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)

Jom perbaiki solat kita...

Anjung Husnul Khatimah

14 Nov, 23:13


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mulakan Doa Dengan Pujian Dan Selawat

عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ

Daripada Fadhalah bin 'Ubaid, ia berkata; ketika Rasulullah SAW duduk, tiba-tiba seseorang masuk dan melakukan solat dan berdoa; Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku. Kemudian baginda berkata: "Engkau telah tergesa-gesa wahai orang yang melakukan solat. Apabila engkau melakukan solat dan duduk maka pujilah Allah dengan pujian yang menjadi hakNya, dan berselawatlah kepadaku, kemudian berdoalah kepadaNya!" Kemudian terdapat orang lain setelah itu yang melakukan solat lalu memuji Allah, dan berselawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW berkata: "Wahai orang yang melakukan solat, berdoalah maka akan dikabulkan doamu!" (HR Tirmizi No: 3398)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa jangan tergesa-gesa dengan tidak menjaga adab berdoa.

2.  Apabila berdoa, hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah (ucapan Alhamdulillah) dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi baru diikuti dengan doa permohonan.

3.  Antara tempat dan waktu yang baik berdoa ialah selepas menunaikan solat.

4. Orang yang solat kemudian berdoa  memulakan dengan pujian pada Allah dan diikuti dengan doa, doanya akan dikabulkan.

Marilah kita menjaga adab-adab berdoa dengan mengiringi pujian pada Allah dan Selawat keatas Nabi SAW.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

14 Nov, 00:02


☆Tadabbur Kalamullah☆

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia" [Surah Yunus 64]

Apakah maksud الْبُشْرَىٰ?
Ada pendapat mengatakan ia adalah mimpi yang baik-baik (ru’ya solehah). Hal ini terdapat dalilnya di dalam hadis nabi saw.

Mimpi yang indah-indah itu yang memberi keseronokan kepada mereka. Mimpi itu akan memberitahu kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah benar. Ia adalah atas wahyu yang sedia ada, bukannya menjadi wahyu yang baru. Ia adalah hanya untuk memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan apa yang telah di usahakan.

Imam Ibnu Jauzi rahimahullah dalam Manaqib Imam Ahmad mengisahkan mimpi Imam Abdullah ibn Mubarak, katanya: "Aku bermimpi melihat Permaisuri Zubaidah dan aku bertanya, apa yang Allah lakukan terhadapnya?

Jawabnya: "Allah mengampunkan dosaku pada awal kapak/cangkul atau galian telaga yang menghala ke kota suci Makkah".

*Zubaidah - iaitu Amatul Aziz binti Ja’far bin Abi Ja’far al-Mansur, digelar dengan Zubaidah yang merupakan wanita penting bagi kerajaan Abbasiyah. Beliau merupakan cucu kepada pengasas kerajaan Abbasiyah, Khallifah Abu Ja’far al-Mansur dan juga permaisuri kepada Khalifah Harun ar-Rasyid. Di samping itu, beliau adalah ibu kepada Khalifah al-Amin.

*Permaisuri Zubaidah membina saliran dan telaga yang dikenali sebagai ‘Ain Zubaidah dan orang ramai menggelarkannya sebagai saqiyatu al-Hajij (perempuan yang memberi minum kepada jemaah haji). Mata Air Zubaidah terletak di wadi Nu’man. Dulu, dari sana airnya disalurkan hingga ke Arafah kemudian ke wadi ‘Uranah, lalu ke Makkah. Mata air Zubaidah dulu merupakan tempat yang sangat bermanafaat untuk penduduk Makkah dan jemaah haji.

Kemudian, Imam Abdullah ibn al-Mubarak bertanya apa sebab ada sedikit tompokan kuning pada wajah Zubaidah? Jawabnya: “Percikan api dengan sebab salah seorang yang mati di kalangan kami dikebumikan bersama kami yang bernama Bisyr al-Muraishi dan disambar dengan api. Menyebabkan gementar tubuhku.”

Kemudian, aku (Ibn Mubarak) bertanya: "Bagaimana kedudukan Imam Ahmad bin Hanbal?” Katanya: “Ketika ini Ahmad telah berpisah dan berada pada seekor burung dari permata yang putih yang ingin menziarahi Tuhan Yang Maha Perkasa". Lantas, aku bertanya: "Kenapa Imam Ahmad berada pada tahap itu?". Jawabnya: “Kerana kata-katanya bahawa al-Quran ialah kalam Allah yang bukan makhluk.”

Berdasarkan mimpi ini, jelas menunjukkan bahawa kapak atau cangkul yang digunakan untuk membuat telaga dan usaha yang dilakukannya telah mendapat keampunan Allah swt.

Adapun Bisyr al-Muraishi yang mendapat azab seksaan kerana beliau yang berkata al-Quran adalah makhluk dan menjadi penghujah utama bagi golongan Muktazilah yang menentang golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Mimpi Imam Abdullah Ibn Mubarak ini merupakan satu kegembiraan bagi orang yang mentaati Allah swt dan menunjukkan kebenaran bagi golongan yang bersedekah dan sesiapa yang melakukan kebaikan mewaqafkan sumber air kepada orang yang memerlukan serta kebenaran bagi mereka yang mempertahan dan memuliakan kedudukan al-Quran.

♡Moga kisah dan cerita mimpi daripada Imam yang soleh ini menjadi motivasi dan menambah semangat untuk kita sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan sebagaimana yang diperintahkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah saw♡

Kredit;tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

13 Nov, 23:43


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dua Sebab Doa Tidak Makbul

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ

Daripada Jabir RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau menolak keburukan darinya yang semisalnya selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau memutuskan hubungan kekerabatan." (Sunan Tirmizi No: 3303) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa dituntut kepada setiap Muslim

2.  Allah akan memperkenan doa apa yang dipohon oleh seseorang hamba atau dengan cara menggantikan dengan yang lebih baik atau menolak keburukan.

Allah akan memperkenan doa hamba dengan syarat:

a.  Tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa
b.  Tidak memutuskan hubungan silaturahim sesama kerabat

Hindarkanlah diri dari berdoa sesuatu yang dosa seperti memohon keburukan terhadap orang lain yang tidak bersalah. Berusahalah mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan dengan saudara mara dan kerabat seperti ibu bapa, datuk nenek, adik beradik juga sepupu dua pupu kita.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

12 Nov, 22:55


☆Tadabbur Kalamullah☆

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia" [Surah Yunus 64]

Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azhim, ketika menafsirkan ayat ini menyebut salah satu pendapat dengan menyertakan sebuah hadis daripada Sayidina ‘Ubadah bin al-Samit r.a, beliau bertanya kepada Rasulullah saw tentang ayat tersebut lalu Baginda saw menjawab:

هِيَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُؤْمِنُ أَوْ تُرَى لَهُ

"Ia adalah mimpi yang baik, yang orang Mukmin bermimpi dengannya atau diperlihatkan kepadanya".

Mimpi yang benar adalah satu perkara kemuliaan serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma, Rasulullah saw bersabda:

لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ

"Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu)" (HR Muslim)

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

"Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian…" (HR al-Bukhari)

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Rasulullah saw bersabda:

الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

"Mimpi baik yang berasal dari seorang yang soleh adalah satu bahagian dari 46 juzuk kenabian" (HR al-Bukhari)

Berdasarkan riwayat-riwayat ini, mimpi yang benar oleh orang soleh dengan menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan boleh menjadi pembawa berita gembira atau satu bentuk peringatan.

Ibrahim bin Basyar berkata: Aku mendengar Ibrahim bin Adham menceritakan: Telah sampai kepadaku bahawa Hasan al-Basri pernah melihat Nabi saw dalam mimpinya. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah, berilah aku nasihat. Baginda pun bersabda: "Barangsiapa yang hari-harinya sama (tidak ada peningkatan), maka dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang esoknya lebih buruk daripada hari ini, maka dia adalah orang yang terlaknat. Barang siapa yang tidak memeriksa kekurangan pada dirinya, maka dia akan sentiasa dalam kekurangan. Dan barangsiapa yang terus dalam kekurangan, maka kematian lebih baik baginya" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ wa Tabaqat al-Asfiya)

Dikisahkan bahawa Mus‘ab bin al-Muqaddam pernah bermimpi bahawa Baginda Rasulullah saw pernah memegang tangan Imam Sufyan al-Thauri. Ini sebagaimana kata beliau: Aku melihat Nabi saw dalam tidur sedang memegang tangan Sufyan al-Thauri dan membalasnya dengan kebaikan, sambil berkata: Baik jalannya. (Lihat: Hilyah al-Auliya’,)

♡Mimpi orang soleh dan mimpi yang benar adalah mimpi yang boleh dijadikan teladan dan panduan dalam kehidupan. Moga kita beroleh mimpi indah. Aamiiin♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

12 Nov, 22:53


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Keampunan

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Daripada Abu Bakr As Siddiq radliallahu 'anhu bahwa dia berkata kepada Nabi SAW: Ajarlah aku doa yang aku boleh baca dalam solatku.  Baginda menjawab: Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

(Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang)." (HR Bukhari No: 5851) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa adalah suatu tuntutan kepada kita sebagai hamba yang lemah

2.  Antara tempat untuk berdoa ialah  ketika sujud (dengan lafaz doa dalam bahasa arab) serta selepas salam.

3.  Antara doa yang diajar oleh Rasulullah untuk dibaca ialah doa memohon keampunan di atas kesilapan dan kesalahan sama ada disedari ataupun tidak:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang"

Ayuh kita hafal dan amalkan doa ini.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

11 Nov, 22:52


☆Tadabbur Kalamullah☆

لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

Apa yang dilihat di dalam mimpi terbahagi kepada tiga bahagian: 

1. Pertama: Mimpi baik sebagai khabar gembira dari Allah swt. 
2. Kedua: Mimpi buruk dari syaitan bertujuan mendatangkan rasa bimbang dan sedih kepada manusia. 
3. Ketiga: Disebabkan perkara yang bermain di fikiran manusia.

Daripada Sayidina Abu Salamah r.a, katanya:

لَقَدْ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا فَتُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ أَبَا قَتَادَةَ يَقُولُ وَأَنَا كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا تُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ اللَّهِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يُحِبُّ فَلَا يُحَدِّثْ بِهِ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ، وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَلْيَتْفِلْ ثَلَاثًا وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ

"Sesungguhnya aku pernah bermimpi suatu yang tidak elok, sehingga menyebabkan aku jatuh sakit, sehinggalah aku mendengar Abu Qatadah berkata: ”Aku juga sebelum ini pernah bermimpi buruk sehingga menyebabkan aku jatuh sakit. Lalu aku mendengar Nabi saw bersabda: Mimpi yang baik itu dari Allah, oleh yang demikian jika seseorang dari kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, maka jangan dia menceritakannya melainkan kepada sesiapa yang dia suka. Dan jika dia bermimpi sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meminta perlindungan dengan Allah dari kejahatan mimpi dan syaitan, dan meludah (meludah angin tanpa air liur) tiga kali, dan jangan dia menceritakannya kerana ia tidak akan memudharatkannya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sesuatu yang tidak disukai yang dilihat di dalam mimpi adalah dari syaitan bertujuan mendatangkan rasa sedih kepada orang yang beriman, dan semua itu tidak dapat memberi sebarang kemudharatan kepada orang yang beriman melainkan dengan keizinan dari Allah swt jua.

Dalam riwayat daripada Sayidina Jabir r.a berkata: "Suatu hari datang seorang Arab Badwi bertemu Nabi saw dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku telah bermimpi seolah-olah kepala aku dipancung dan jatuh bergolek. Mimpi itu meninggalakan kesan yang berat ke atasku. Lalu baginda saw bersabda: "Jangan kamu bercerita kepada orang ramai apabila apabila syaitan mempermainkanmu di dalam tidurmu" (HR Muslim)  

Maka, jika melihat sesuatu yang tidak baik di dalam mimpi, tindakan yang perlu dilakukan ialah tidak perlu menghiraukan mimpi tersebut dan jangan menyibukkan fikiran memikirkan nya. Juga tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang yang tidak menyukainya, agar jauh dari keburukan dan kejahatan seperti hasad atau seumpamanya.

Oleh yang demikian, seseorang hamba sewajarnya berterusan mentaati Allah swt dan menjauhi sebarang maksiat agar terus berada di dalam pemeliharaan dan perlindungan dari Allah swt. Berkata Imam Ibn Sirin rahimahullah:

اتق الله في اليقظة ، ولا تبال ما رأيت في النوم

"Bertakwalah kamu kepada Allah ketika jaga, justeru kamu tidak perlu  pedulikan apa yang kamu lihat di dalam mimpi" (Lihat: Syarh al-Sunnah oleh al-Imam al-Baghawi)

Bagi menghidari masalah mimpi buruk, antara cara yang boleh diamalkan ialah:

1. Membaca ayat-ayat pelindung
2. Sentiasa melazimi zikir pagi dan petang.
3. Melazimi bacaan surah al-Fatihah dan tiga Qul (al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas). Kaedah yang betul adalah dengan membaca tiga Qul ini dengan mengulanginya sebanyak tiga kali dan menyapunya keseluruh badan.
4. Membaca ayat kursi setiap kali selepas solat dan ketika hendak tidur.

♡Moga Allah swt melindungi kita semua daripada sebarang mimpi yang buruk. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pelindung dan tempat pergantungan♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

11 Nov, 22:50


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berwuduk Sebelum Tidur

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ بَاتَ عَلَى طُهُورٍ ثُمَّ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَسَأَلَ اللَّهَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا أَوْ مِنْ أَمْرِ الْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ

Daripada Muaz bin Jabal dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), kemudian ia terbangun di tengah malam, lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia atau perkara akhirat, niscaya akan di berikan kepadanya." (HR Ibnu Majah No: 3871) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab sebelum tidur adalah berwuduk terlebih dahulu.

2.  Muslim yang tidur dalam keadaan suci (berwuduk) kemudian bangun di malam hari untuk beribadat seperti solat sunat malam dan berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan apa yang dipinta dari perkara dunia (seperti rezeki, kesihatan atau kebahagiaan) mahupun urusan akhirat (seperti keselamatan, keampunan atau keredhaan Allah).

Ayuh pastikan berwuduk sebelum tidur serta bangunlah dimalam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ambillah peluang memanjatkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat khususnya sepertiga malam terakhir.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

11 Nov, 00:11


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

Daripada Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang memperelok akhlaknya." (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih

Pengajaran:

Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1.  Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.

a.  Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

b.  Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.

2.  Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)

3.  Memperelok akhlaknya.
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan  berhubungan dengan kawan dan lawan)

Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

09 Nov, 22:56


Berbuat Baik Kepada Haiwan: Kisah Teladan dari Rasulullah SAW

Seorang lelaki yang sedang dahaga mengisi kasutnya dengan air dari perigi untuk diminum. Ketika dia keluar, dia melihat seekor anjing yang kehausan lalu dia memberi anjing itu minum dari kasutnya. Dengan perbuatan ini, dia bersyukur kepada Allah dan Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Adakah kami juga mendapat ganjaran jika berlaku baik kepada haiwan?” Rasulullah menjawab, “Setiap yang bernyawa ada ganjarannya.” (HR al-Bukhari 2363)

Hidupkan rasa kasih sayang dan kebaikan, bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga kepada setiap makhluk ciptaan Allah SWT.

Semoga kita semua diberkati dengan ganjaran-Nya.

Anjung Husnul Khatimah

09 Nov, 22:54


☆Tadabbur Kalamullah☆

لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi.

Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang
pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar.

Sabda Rasulullah saw:

مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏

"Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw.

Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran:

1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat)

2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar
Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi,
sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi)

4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan 
seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin.

♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw.

Anjung Husnul Khatimah

09 Nov, 22:52


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi

حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa daripada bapanya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (Sahih Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hidup bermasayarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan.

2.  Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak.

3.  Bergaul serta bersama dengan orang  yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita.

4.  Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai.

Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita.

Kredit;hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

09 Nov, 00:01


☆Tadabbur Kalamullah☆

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" [Surah al-Aḥzāb 56]

Penggunaan lafaz fi’il mudari’ (kata kerja kini/present tense) dalam ayat ini memberi maksud bahawa Allah swt berselawat secara terus-menerus kepada Baginda, lalu Allah swt memerintahkan kita untuk turut berselawat kepada Baginda saw, meskipun selawat daripada Allah telah mencukupi. Ayuh, perbanyakkan selawat.

Berkata al-Imam al-Hafiz Ibn Jauzi rahimahullah:

‎وَاعْلَمُوا أَنه مَا من عبد مُسلم أَكثر الصَّلَاة على مُحَمَّد إِلَّا نور الله قلبه وَغفر ذَنبه وَشرح صَدره وَيسر أمره فَأَكْثرُوا من الصَّلَاة لَعَلَّ الله يجعلكم من أهل مِلَّته ويستعملكم بسنته ويجعله رفيقنا جَمِيعًا فِي جنته فَهُوَ المتفضل علينا برحمته

"Ketahuilah bahawa tidak ada mana-mana muslim yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw melainkan Allah swt akan menerangi jantung hatinya, mengampunkan dosanya, melapangkan dadanya, serta mempermudahkan urusannya. Maka perbanyakkanlah berselawat, mudah-mudahan Allah swt menjadikan kamu termasuk dalam ahli agama baginda, menjadikan kamu beramal dengan sunnahnya, serta menjadikan Rasulullah saw sebagai peneman kita semua di syurgaNya. Sesungguhnya Allah swt Maha Luas kurniaanNya kepada kita dengan rahmatNya".

Imam Ibn Jauzi turut menyenaraikan 10 karamah (kemuliaan) yang terhasil menerusi selawat ke atas Nabi saw. Katanya:

‎وَاعْلَمُوا رحمكم الله أَن فِي الصَّلَاة على سيدنَا مُحَمَّد ﷺ عشر كرامات إِحْدَاهُنَّ صَلَاة الْملك الْجَبَّار وَالثَّانيَِة شَفَاعَة النَّبِي الْمُخْتَار وَالثَّالِثَة الِاقْتِدَاء بِالْمَلَائِكَةِ الْأَبْرَار وَالرَّابِعَة مُخَالفَة الْمُنَافِقين وَالْكفَّار وَالْخَامِسَة محو الْخَطَايَا والأوزار وَالسَّادِسَة قَضَاء الْحَوَائِج والأوطار وَالسَّابِعَة تنوير الظَّوَاهِر والأسرار وَالثَّامِنَة النجَاة من عَذَاب دَار الْبَوَار والتاسعة دُخُول دَار الرَّاحَة والقرار والعاشرة سَلام الْملك الْغفار

"Ketahuilah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah bahawa pada berselawat ke atas Nabi Muhammad saw terdapatnya sepuluh kemuliaan:

Pertama: Kita mendapat selawat dari Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa.

Kedua: Kita mendapat syafaat dari Nabi saw.

Ketiga: Kita berpetunjuk dengan para malaikat yang mulia (kerana para malaikat turut berselawat ke atas Nabi saw).

Keempat: Menyelisihi golongan munafik dan golongan kafir (kerana berselawat merupakan arahan dan tuntutan kepada golongan beriman).

Kelima: Memadamkan dosa-dosa dan segala kotoran (yang telah kita lakukan).

Keenam: Dapat melunaskan segala hajat dan kehendak.

Ketujuh: Menerangi luaran dan dalaman diri.

Kelapan: Selamat dari azab pada hari akhirat.

Kesembilan: Masuknya kita ke dalam syurga yang penuh kerehatan dan kekal.

Kesepuluh: Mendapat salam daripada Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. (Lihat: Bustan Al-Wa’izhin, Ibn Al-Jauzi)

♡Jom pastikan diri kita setiap hari, setiap masa dan setiap waktu berselawat kepada junjungan mulia Sayidina Muhammad saw♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

08 Nov, 23:58


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keluasan Keampunan Allah

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan  berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu.  Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." (HR Tirmizi No: 3463) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.

2.  Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.

3.  Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nisa’ ayat: 110).

4.  Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:

عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله

“Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.” (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).

Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

08 Nov, 13:31


Pendaftaran untuk memiliki unit studio penginapan ini telah pun dibuka. untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai unit studio, syarat-syarat yang dikenakan serta maklumat mengenai harga dan cara bayaran boleh terus menghubungi talian berikut.
(Puan Suraya 018 264 8706)
sebarang maklumat tambahan, Sila hubungi terus talian berikut.
(DDHA - 019889 0147)

Anjung Husnul Khatimah

08 Nov, 04:54


Ayuh semua kita menghayati Khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk :” Integriti Teras Keharmonian Negara” di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan

Anjung Husnul Khatimah

07 Nov, 22:58


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"...Serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āali-ʿImrān 200]

Allah swt perintah kita supaya bertaqwa dan dengan taqwa kita akan berjaya.

Seruan Allah swt supaya orang yang beriman supaya menjadi orang bertaqwa bukan sekadar dalam ayat ini, tetapi dalam banyak ayat dalam kalamNya.

Hakikatnya, sifat taqwa ini perlu sentiasa di jaga dan ditingkatkan. Taqwa inilah yang sepatutnya menjadi tujuan utama kita dalam melaksana dan menyelesaikan pelbagai aktiviti dan tanggungjawab.

Sebagai pelajar, kita perlu belajar dengan rasa taqwa. Sebagai pekerja, kita bekerja dengan rasa taqwa. Sebagai peniaga, kita berniaga dengan rasa taqwa. Sebagai pemimpin, kita memimpin dengan rasa taqwa. Sebagai ahli pasukan, kita menjalankan peranan dengan rasa taqwa. Sebagai rakan, kita membantu rakan kita dengan rasa taqwa. Begitulah seterusnya dalam segala urusan dan perkara yang kita lakukan semuanya hendaklah di atas dasar taqwa.

Seandainya proses menjaga rasa taqwa berterusan dalam kehidupan kita, maka pasti sifat-sifat Mahmudah (sifat terpuji) akan semakin kukuh dan sifat-sifat mazmumah (sifat keji) semakin hilang. Dalam keadaan seperti inilah taqwa akan menjadi pemelihara dan perisai daripada segala godaan dunia dan kemaksiatan, dan seterusnya kita menjadi hamba Allah swt yang menjaga segala perintah dan larangan Allah swt dengan penuh berhati-hati.

Allah menyatakan dengan taqwa kita akan beroleh keuntungan, kejayaan. Kejayaan apa yang dijanjikan? Apakah sebenarnya kejayaan dan kemenangan dalam hidup ini? Siapakah insan yang berjaya dan menang dalam pertarungan kehidupan di dunia yang menipu dan memperdaya ini? Untuk menjawab hal itu, Allah swt yang menciptakan dan menempatkan kita di dunia ini memberikan jawapan sejelas-jelasnya dalam firmannya. 

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" [Surah Aali ‘Imran 185]

Berdasarkan ayat ini, kejayaan bagi seseorang ialah apabila dia selamat dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah kejayaan dan kemenangan bagi seseorang insan yang hidup atas muka bumi ini. Sehebat mana pun pencapaian seseorang atas dunia ini, jika tidak berjaya selamat dari neraka dan tidak berjaya masuk ke dalam syurga, maka kesemuanya itu sia-sia belaka.

قَالَ ٱللَّهُ هَـٰذَا یَوۡمُ یَنفَعُ ٱلصَّـٰدِقِینَ صِدۡقُهُمۡۚ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar" [Surah al-Māʾidah 119]

♡Allah swt menyediakan syurga sebagai satu tempat untuk mengiktiraf kejayaan hambaNya yang taat dan bertaqwa ketika hidup di dunia. Mereka yang mendapat kejayaan yang amat besar ini akan kekal berada dalam syurga dengan menikmati segala nikmat kurniaanNya selama-lamanya. Jom jadi orang bertaqwa!!♡

Kredi:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

04 Nov, 22:43


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَإِنَّ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَمَن یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُمۡ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِمۡ خَـٰشِعِینَ لِلَّهِ لَا یَشۡتَرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ

"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199]

Berdasarkan penerangan ayat di atas, maka kita dapat ketahui syarat-syarat untuk ahli kitab dikira sebagai orang beriman:
1. Beriman kepada Allah swt
2. Beriman kepada Nabi Muhammad swt dan kebenaran al-Quran
3. Beriman kepada kitab-kitab terdahulu yang tidak diubah isinya
4. Tidak menyembunyikan kebenaran demi pangkat dan kedudukan.

Allah swt mengatakan mereka khusyuk kepada Allah yakni merendahkan diri tunduk kepada Allah swt. Iaitu mereka tidak sombong untuk beriman kepada Allah. Mereka mentaati Allah swt kerana takut kepada Allah swt.

Mereka tidak mengubah ayat-ayat Allah dengan habuan dunia. Mereka tidak seperti Ahli Kitab yang lain yang menjual ayat-ayat Allah swt. Ini kerana ada para pendeta yang menjual ayat-ayat dari Kalam Allah yang suci untuk mendapatkan habuan dunia. Mereka beri fatwa yang dikehendaki oleh pengikut mereka, walaupun ianya berlawanan dengan apa yang ada dalam Kitab.

Larangan jual beli ayat Allah ini maksudnya ialah Allah melarang dari mengubah hukum Allah atau mengubah kandungan kitab Allah atau menyembunyikan ayat-ayat Allah daripada disampaikan kepada manusia atau memilih kufur kerana mementingkan habuan dunia dan meninggalkan beriman walaupun rugi di akhirat. Firman Allah swt:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلڪِتَـٰبِ وَيَشتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلاً‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأكُلُونَ فِى بُطُونِهِم إِلَّا ٱلنَّارَ

“Sungguhnya orang-orang yang menyembunyikan kebenaran yang telah diturunkan oleh Allah di dalam kitab dan membeli mereka itu dengannya akan habuan yang sedikit necasya mereka itulah orang-orang yang memakan mereka itu di dalam perut mereka itu akan api neraka" [Surah al-Baqarah 174]

Golongan Ahli Kitab yang akhirnya beriman dan masuk Islam, tidak melakukan perkara sedemikian. Mereka jujur dengan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Merekalah juga yang telah membongkarkan kesalahan-kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh ahli agama mereka. Inilah yang disebutkan Allah bahawa adanya Ahli Kitab yang benar-benar beriman kepada Allah swt dan dikurniakan ganjaran syurgaNya.

Hal ini disebabkan daripada amal kebaikan yang mereka lakukan, Allah swt akan kurniakan balasan baik kepada mereka. Allah swt tidak nilai pada zahir sama ada mereka itu berasal dari Ahli Kitab atau tidak. Penilaiannya ialah dengan mereka beriman dan berbuat kebaikan, maka Allah akan berikan balasan yang baik untuk mereka walaupun asalnya mereka adalah ahli kitab. Keimanan dan ketaqwaan itu yang dinilai bukannya bangsa, keturunan, kedudukan atau pangkat harta.

♡Ahli kitab yang beriman iaitu mereka yang beriman kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw serta tidak kekal dengan syariat rasul mereka yang terdahulu. Mereka ini sama hukumnya seperti muslim yang lain. Namun ahli kitab yang dikira kufur atau terkeluar dari Islam, iaitu ahli kitab yang kekal dengan agama Yahudi dan Nasrani serta enggan beriman kepada Nabi Muhammad saw dan syariatnya. Meskipun ahli kitab itu beriman dengan akidah dan syariat yang dibawa oleh nabi dan rasul mereka tanpa mengubah sedikit pun syariat dan kitab suci mereka, namun jika masih enggan beriman dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul, maka mereka tetap dikira sebagai kufur dan tidak layak masuk ke syurga Allah swt♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

04 Nov, 22:40


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bimbinglah Wanita Dengan Lemah Lembut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jiran tetangganya. Pergaulilah dan nasihati kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan memaksa, nescaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan berterusan dalam keadaan bengkok. Justeru pergaulilah wanita dan nasihatilah dia dengan penuh kebijaksanaan." (HR Bukhari No: 4787) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Tanggung jawab orang yang beriman adalah berbuat baik kepada jiran tetangga antaranya dengan menunaikan hak-haknya seperti tidak menyakitinya, menziarahi mereka ketika sakit serta memberi pertolongan jika ia memerlukan.

2.  Tanggungjawab lelaki beriman adalah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada kaum wanita yang terdiri daripada isteri dan anak-anak mereka khususnya.

3.  Sesuai dengan jiwa, sifat dan watak wanita yang lembut, pendidikan, bimbingan dan nasihat  yang diberi hendaklah dengan cara yang paling baik dan berlemah lembut. Perlu bersabar bersesuaian dengan kehalusan jiwa wanita.

4.  Jika kita mendidik wanita dengan memaksa, sama seperti memaksa tulang yang bengkok hujungnya untuk lurus, nescaya kita seolah-olah akan mematahkannya. Kita juga tidak boleh mendiamkan diri tanpa mendidik dan membimbing  kerana jika dibiarkan ia akan berterusan dalam keadaan bengkok.

5.  Sebagai suami, kita dilarang menyakiti isteri dengan apa juga cara termasuk mengabaikan tanggungjawab terhadapnya. Berlaku lemah lembutlah terhadap mereka.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

03 Nov, 23:13


8 TANDA IKHLAS

1⃣ Takutkan kemasyhuran, sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan

2⃣ Sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadah, tak dapat mengawal hati dari dimasuki oleh sifat megah dan ta'jub dengan diri sendiri (takut dosa tidak diampuni, takut kebaikan tidak diterima)

3⃣ Suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi daripada amalan yang dipenuhi iklan dan irama paluan kemasyhuran

4⃣ Sama sahaja beliau bekerja sebagai pemimpin atau ahli selagimana keduanya adalah berkhidmat kepada dakwahnya

5⃣ Tidak mengharapkan keredhaan manusia jika di sebaliknya adalah kemurkaan Allah

6⃣ Cinta dan benci, beri dan menahan, redha dan marah : semuanya kerana Allah dan agamanya

7⃣ Tak bersifat malas, lembab atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat dapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Allah tak tanya " kenapa mereka tak berjaya" tetapi Allah tanya "kenapa mereka tak bekerja"

8⃣ Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk bawa panji-panji beri saham kepada amal dan beri peluang kepada setiap orang yang berkebolehan menggantikan tempatnya.

kredit:Muhammad 'Abdullah Al-Khatib

Anjung Husnul Khatimah

03 Nov, 23:10


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَإِنَّ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَمَن یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُمۡ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِمۡ خَـٰشِعِینَ لِلَّهِ لَا یَشۡتَرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ

"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199]

Berkata Prof. Hamka: "Ayat ini berkenaan kisah Raja an-Najasyi Ashamah yang telah meninggal dunia. Sebelum beliau meninggal, beliau sempat memeluk Islam dan Nabi saw memberi arahan agar disolatkan jenazah ke atas beliau secara solat ghaib. Maka turunlah ayat ini ketika mana para sahabat sedang dalam keraguan, yang mana menjelaskan berkenaan adanya ahli kitab yang beriman kepada Allah swt, beriman kepada Nabi Muhammad saw serta al-Quran dan kepada pegangan asal mereka sendiri iaitu ajaran Nabi Isa Alaihissalam" (Lihat: Tafsir al-Azhar)

Allah swt ingatkan kita tentang adanya ahli kitab  yang beriman kepada Allah swt dan ada yang baik supaya kita tidak lupa. Bukanlah semua mereka orang yang jahat. Jangan kita pukul mereka semua sama rata dengan mengatakan mereka semuanya jahat dan menentang Allah dan Rasul.

Memang telah banyak disebutkan bahawa ramai dari kalangan mereka yang cuba hendak menjatuhkan Islam. Tetapi secara umum, pintu dan ruang untuk mereka masuk Islam sentiasa terbuka. Asalkan mahu beriman, maka diterima keimanan mereka. Bukanlah asal nama sahaja Ahli Kitab, terus mereka semua dimurkai dan dilaknat.
 
Walaupun mereka Ahli Kitab, ada dari kalangan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw iaitu al-Quran. Dari zaman Nabi saw, hinggalah zaman sekarang, ada sahaja golongan Ahli Kitab yang beriman dengan al-Quran. Biasanya mereka mengkaji agama kerana mereka tercari-cari agama apakah yang sebenar. Akhirnya, kerana mereka memang mahukan kebenaran, maka Allah swt telah temukan mereka dengan al-Quran. Setelah mereka mengkaji al-Quran, akhirnya mereka mengakui kebenaran dan kehebatan al-Quran serta beriman kepada Allah swt.

Hal ini kerana sebelum itu mereka telah beriman dengan kitab-kitab suci yang diturunkan untuk mereka seperti Taurat dan Injil. Mereka telah membaca dan mereka telah beriman dengan perkara-perkara akidah yang disampaikan di dalamnya.
Inilah kelebihan Ahli Kitab. Mereka beriman dengan dua Kitab. Kelebihan ini tidak ada pada kita, kerana kita hanya beriman dengan satu kitab sahaja.

Oleh kerana itu, mereka tidak akan rugi kalau mereka memeluk agama Islam. Malah mereka akan dapat lebih lagi daripada orang lain.

Firman Allah swt:

فَإِنْ ءَامَنُوا۟ بِمِثْلِ مَآ ءَامَنتُم بِهِۦ فَقَدِ ٱهْتَدَوا۟ ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا۟ فَإِنَّمَا هُمْ فِى شِقَاقٍ ۖ فَسَيَكْفِيكَهُمُ ٱللَّهُ ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

"Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 137]

♡Ahli Kitab yang beriman dan benar-benar taat mengerjakan ibadah kepada Allah swt, tidak menyembunyikan kebenaran, mereka akan mendapat kedudukan dan keuntungan yang tinggi dan akan beroleh ganjaran syurga kelak♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

03 Nov, 23:08


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Paling Sempurna Iman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ

Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya." (HR Tirmizi No: 1082) Status: Hadith Sahih

Pengajaran:
1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.

2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.

3.  Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.

4.  Lelaki beriman yang terbaik adalah yang paling baik akhlak terhadap isteri mereka.

5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

02 Nov, 22:53


Alhamdulillah

"Peluang Emas Setiap Hari: Jangan Lepaskan!"

Setiap hari yang kita lalui adalah anugerah tidak ternilai dari Allah SWT.

Ramai di antara kita lupa bahawa setiap hela nafas yang masih diizinkan oleh Allah itu adalah satu peluang untuk memperbaiki diri, menambah amal, dan kembali kepada-Nya dengan hati yang lebih suci.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Dua nikmat yang sering manusia lalai daripadanya: kesihatan dan waktu lapang." (HR. Bukhari)

Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya menghargai masa yang ada.

Jangan biarkan hari-hari berlalu tanpa amal dan ibadah.

Hidup ini singkat, dan tiada jaminan kita akan diberi kesempatan esok hari.

Setiap pagi yang kita bangun adalah panggilan Allah untuk kita memperbaiki kesalahan semalam dan melangkah ke arah yang lebih baik.

Sebagai Muslim, kita digalakkan untuk sentiasa berdoa agar diberi kebaikan dunia dan akhirat.

Antara doa yang Rasulullah ajarkan adalah:

اللّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat." (HR. Tirmizi)

Doa ini adalah perisai untuk kita, memohon agar setiap hari yang dilalui dipenuhi dengan rahmat, keberkatan dan keselamatan daripada sebarang keburukan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang setiap hari untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Masa yang diberi bukanlah untuk disia-siakan, tetapi untuk mengumpul bekalan menuju kehidupan abadi di akhirat.

Anjung Husnul Khatimah

02 Nov, 22:49


☆Tadabbur Kalamullah☆

لَـٰكِنِ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَا نُزُلࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۗ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَیۡرࣱ لِّلۡأَبۡرَارِ

"Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan)" [Surah Āali-ʿImrān 198]

Allah swt mengatakan, orang yang bertaqwa adalah mereka yang istiqamah menjaga hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam segenap hal kehidupan mereka, mereka akan memikirkan apakah hukuman dan syariat Allah swt dalam hal itu? Mereka taat kepada hukum Allah kerana mereka takut kepada Allah swt.

Balasan kepada orang yang bertaqwa itu, mereka akan dikurniakan dengan balasan syurga. Dan Allah swt menyebut tentang sungai-sungai yang mengalir dalam syurga itu sebagai penaik semangat untuk manusia memasukinya.

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

"Sesungguhnya Allah swt akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera" [Surah al-Hajj 23]

Imam Ibnu Kathir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan: "Ia (sungai-sungai) mengalir di dalamnya (Syurga), di seluruhnya dan di bahagian-bahagian sisinya. Sungai-sungai syurga juga mengalir di bawah pokok-pokoknya dan istana-istananya, dan mereka (penduduk Syurga) boleh mengalirkannya ke mana sahaja mereka mahu dan ke arah mana yang mereka kehendaki"

Demikian keadaan sungai-sungai Syurga, tersangat banyak, tersangat luas, indah, cantik, luar biasa dan hebat.

Sehinggakan Imam Ibnu Kathir mengatakan bahawa penduduk Syurga boleh mengalirkan sungai-sungai Syurga itu ke mana sahaja mereka mahu dan ke arah mana sahaja mereka kehendaki! Tersangat hebat nikmat kurniaan Allah kepada hambaNya yang bertaqwa.

Allah swt mengatakan bahawa mereka akan kekal selamanya di dalam syurga. Jika hanya duduk sekejap sahaja di tempat yang baik macam mana pun, itu bukan nikmat sebenar. Sebab kita tahu yang kita tidak akan kekal di dalamnya. Tetapi, Allah memberitahu kita yang penghuni syurga akan kekal di dalamnya. Jadi, penghuni syurga akan rasa tenang menikmati segala nikmat di dalam syurga itu, tanpa perlu risau yang mereka akan dikeluarkan dari tempat itu.

Ini semua kerana orang yang bertaqwa akan di layan sebagai tetamu istimewa Allah swt. Macam kita, kalau layan tetamu tentu akan lebih sikit dari hari-hari biasa. Ini memberi isyarat yang Allah akan layan penghuni syurga macam layan tetamu istimewa. Kalau kita pergi rumah orang-orang besar sebagai tetamu, tentulah layanan mereka akan hebat bukan? Sekarang Allah swt bagitahu, Dia yang akan menjadi tuan rumah, tentulah layanan kepada tetamuNya itu amat hebat sekali, tidak dapat dibayangkan.

Apa sahaja kurniaan Allah swt tentulah amat hebat sekali. Dan Allah telah berjanji untuk memberikan kepada mereka yang memiliki hati yang baik, yang berbakti selama mereka hidup di dunia dan sentiasa mentaatiNya.
 
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bertaqwa dan dikurniakan kita Syurga serta dapat menikmati keindahan sungai-sungai di Syurga dan segala nikmatnya. Aamiiin♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

02 Nov, 22:46


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Membantu Ibu Tunggal & Orang Miskin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ

Daripada Abu Hurairah ia berkata; Nabi SAW  bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang bersembahyang sepanjang malam atau  yang berpuasa sepanjang hari." (HR Bukhari No: 4934) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut agar berbuat baik kepada sesama makhluk.

2.  Antara perbuatan baik yang dilakukan ialah membantu golongan ibu tunggal yang lemah dan perlukan bantuan serta orang-orang miskin.

3.  Orang yang membantu ibu tunggal dan orang miskin yang serba kekurangan, ganjarannya seumpama orang yang berjihad dijalan Allah atau yang melakukan qiamullail sepanjang malam dan berpuasa sunat di siang hari.

4.  Pelbagai bentuk bantuan yang boleh dihulurkan seperti barangan dapur, pembiayaan sekolah anak-anak, peluang pekerjaan, memberi nasihat dan dorongan serta lain-lain.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

01 Nov, 22:48


☆Tadabbur Kalamullah☆

لَا یَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ فِی ٱلۡبِلَـٰدِ * مَتَـٰعࣱ قَلِیلࣱ ثُمَّ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

"Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan" [Surah Āali-ʿImrān 196-197]

Allah swt mengingatkan Nabi saw dan umat Islam agar jangan terpesona dengan bebasnya orang kafir itu bergerak di dunia ini dalam mengumpulkan harta. Mereka dilihat banyak mengumpul harta dan kekayaan dan boleh buat apa-apa dan pergi ke sana sini. Jangan terpesona dengan apa yang mereka ada dan bebasnya mereka kerana mereka tidak akan berjaya dan beroleh sebarang kebahagiaan bahkan mereka akan berdepan kesengsaraan.

Jangan sesekali umat Islam terpesona sehingga terikut jadi macam mereka pula. Sebagai orang Islam, kita boleh mencari harta dan kekayaan tetapi hendaklah melakukan infak dan membayar zakat serta melakukan kebajikan.

وَأَنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُوا۟ بِأَیۡدِیكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah al-Baqarah 195]

Orang kafir memang nampak macam senang sahaja di dunia ini. Mereka ada kekayaan, ada kuasa, ada kesenangan hidup dan sebagainya. Tengoklah bagaimana kayanya orang-orang Yahudi dan Kristian di dunia ini. Tapi jangan terpesona dengan kesenangan hidup mereka. Mereka senang di dunia sahaja dan akan merana di akhirat kelak.

Ketahuilah, kesenangan yang mereka ada itu hanya sementara sahaja. Sudahlah sementara, ianya sikit sahaja. Allah memaklumkan kita, apa sahaja kesenangan yang mereka ada itu sikit sahaja. Mungkin kita nampak mereka senang, tapi kesenangan yang mereka rasa itu hanya sementara dan sedikit sahaja.

Akhirnya, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam. Lafaz الْمِهَادُ asalnya bermaksud pelukan ibu. Sepatutnya pelukan ibu adalah tempat yang amat menyenangkan bagi seorang bayi, dia akan rasa tenang dan dapat tidur dengan nyenyak dalam pelukan ibunya.
Tetapi Allah swt gunakan perkataan itu dalam nada mengejek dalam ayat ini. Kerana sebenarnya, mereka tidak akan tenang langsung di neraka nanti.

Apa guna kesenangan yang sementara di dunia kalau akhirnya akan kekal di dalam azab neraka yang menyala-nyala selama-lamanya?

إِنَّ ٱللَّهَ لَعَنَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ وَأَعَدَّ لَهُمۡ سَعِیرًا * خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ لَّا یَجِدُونَ وَلِیࣰّا وَلَا نَصِیرࣰا

"Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang. Kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong" [Surah al-Aḥzāb 64-65]

♡Sebagai orang Islam, kita kena banyakkan infak untuk menjalankan jihad di jalan Allah, membantu orang yang memerlukan dan membantu gerak kerja kebajikan. Kita perlu tahu bahawa infak itu adalah untuk kebaikan kita kerana infak itu akan menjadi harta kita yang sebenarnya di akhirat kelak dalam bentuk ganjaran pahala dan kebahagiaan yang sebenar. Jangan terpedaya dengan kesenangan yang sedikit dan sementara!!♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

01 Nov, 22:45


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tanda Munafik Tulen

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Daripada Abdullah bin 'Amru bahawa Nabi SAW bersabda: "Empat perkara bila ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafik tulen, dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu sifat dari empat tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifak hingga dia meninggalkannya. Iaitu, jika diberi amanah dia khianat, jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia tidak menepati dan jika bertengkar ia curang (melampau)". (HR Bukhari No: 33)

Pengajaran:

1.  Munafik tulen bermaksud orang yang menjadi munafik sebenar.

2.  Sesiapa yang memiliki empat sifat ini, ia adalah munafik tulen.

3.  Jika seseorang itu memiliki satu daripada empat sifat tersebut, maka padanya ada sifat munafik sehinggalah ia meninggalkan sifat tersebut.

4.  Empat sifat munafik itu ialah:

a.  jika diberi amanah dia khianat,

b.  jika berbicara dia berbohong atau menipu,

c.  jika berjanji dia tidak menepati atau memungkirinya

d.  jika bertengkar dia melampaui batas

Moga Allah menjauhi kita dari sifat munafik.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

31 Oct, 22:56


"Selawat: Cahaya Penghapus Resah, Kunci Bersama Rasulullah ﷺ di Akhirat"

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم انك حميد مجيد

Setiap Muslim pasti merindui untuk bersama Rasulullah ﷺ di akhirat nanti, berada di bawah naungan Baginda, menikmati rahmat dan syafaat yang dijanjikan.

Namun, dalam dunia yang penuh cabaran dan ujian ini, rindu itu seringkali menjadi luka yang sukar diubati.

Maka, Allah dan Rasul-Nya telah memberi petunjuk yang jelas: perbanyakkan selawat.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barangsiapa berselawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." (Hadis Riwayat Muslim)

Selawat bukan sahaja penghubung kita dengan Rasulullah ﷺ, malah ia adalah cahaya yang menenangkan hati yang resah.

Setiap kali lidah kita melafazkan selawat, malaikat turut mendoakan kita, dan Allah menurunkan rahmat serta ketenangan.

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sempurna."

Selawat juga merupakan kunci yang membuka pintu untuk kita bersama Rasulullah ﷺ di akhirat kelak.

Sebagai umat yang merindui syafaat Baginda, kita diajar agar sentiasa melazimi selawat dalam kehidupan seharian.

Doa Sahih:

اللهم اجعلنا من الذين يستحقون شفاعة نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، وأدخلنا معه في الفردوس الأعلى، آمين.

"Ya Allah, jadikanlah kami dalam golongan yang layak menerima syafaat Nabi-Mu, Muhammad ﷺ, dan masukkanlah kami bersamanya di dalam syurga Firdaus tertinggi, amin."

Mari perbanyakkan selawat, kerana di setiap selawat yang kita lafazkan, ada ketenangan yang menanti dan ada pintu syurga yang terbuka luas untuk kita.

Anjung Husnul Khatimah

31 Oct, 22:53


Share 01.11.2024-JAWI-BAYARLAH-KEPADA-AMIL-YANG-DILANTIK-DI-SELANGOR.pdf

Anjung Husnul Khatimah

31 Oct, 22:51


Apa yang lebih menyayat hati, setelah melahirkan anak melalui pembedahan mereka terpaksa pulang dengan menuruni tangga dan kembali menghadap keadaan yang tidak aman di kem pelarian.

Mereka juga tetap istiqamah melaksanakan ibadah dan semua kewajipan agama yang diperintahkan Allah swt dengan sebaiknya walaupun berada dalam suasana peperangan dan tidak tenteram. Allahuakbar!!

♡Allah swt tidak membezakan pahala dalam beramal samada wanita atau lelaki. Semuanya dikurniakan ganjaran pahala dan syurga asalkan mahu beramal, berdakwah, berjihad dan berjuang di jalan Allah swt♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

31 Oct, 22:50


☆Tadabbur Kalamullah☆

فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّی لَاۤ أُضِیعُ عَمَلَ عَـٰمِلࣲ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضࣲۖ فَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ وَأُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِمۡ وَأُوذُوا۟ فِی سَبِیلِی وَقَـٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Āali-ʿImrān 195]

Segala amal kebaikan yang kita lakukan di dunia tidak akan sia-sia. Allah swt akan balas, tidak kira samada lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan persamaan taraf antara lelaki dan wanita. Sama-sama mudah untuk mendapatkan pahala. Islam tidak bezakan amal lelaki dan wanita. Ingatlah yang Allah swt Tuhan Maha Adil. Sesiapa sahaja ada peluang untuk mendapatkan pahala, asalkan mereka mahu berusaha. Lelaki dengan cara lelaki, perempuan dengan cara perempuan. Yang kaya dengan cara kaya dan yang miskin dengan cara miskinnya. Kita cuma perlu dapatkan ilmu sebanyak mungkin supaya kita tahu apakah yang patut kita lakukan diterima Allah, dan bagaimana melakukannya dengan cara terbaik.

Lihatlah keberanian luar biasa yang dipamerkan Muslimah Palestin. Di wilayah Sheikh Jarrah, pengusiran dan rampasan kediaman rakyat Palestin telah dilakukan dan Muslimah di sana turut lantang dan sentiasa bersedia menjadi benteng hadapan untuk mempertahankan kediaman dan tanah yang sememangnya adalah hak milik mereka sejak berketurunan lamanya. Sebuah portal akhbar dalam talian ‘Middle East Eye’ telah mengangkat nama Muslimah Palestin antaranya, Muna al-Kurd, Salwa Skafi dan Nuha Atieh sebagai lambang kecekalan wanita Sheikh Jarrah yang tidak akan berganjak daripada melindungi tempat tinggal mereka.

Keberanian dan kecekalan turut dizahirkan oleh seorang warga emas iaitu Dawlat Abdullah Al-Tanani, 66 tahun yang tidak mahu berganjak keluar dari kediamannya sehingga menyebabkan tentera Zionis Yahudi melepaskan seekor anjing dan mengigit beliau ketika tidur di atas katil. Beliau telah diheret dan ditarik sehingga ke pintu masuk. Kejadian tersebut telah menyebabkan kecederaan parah dan tiada sebarang rawatan yang diterima oleh beliau.

Selain itu, terdapat ramai Muslimah dari pelbagai peringkat usia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran walaupun berada di dalam penjara Israel. Contohnya, tahanan Abeer al-Kadhi, 46 tahun yang merawat keperitan hidup sepanjang berada di penjara dengan berdamping dengan al-Quran. Beliau telah menghafal al-Quran dalam tempoh 11 bulan sahaja walaupun ketika itu beliau menghidap penyakit kritikal dan ditekan oleh rejim Zionis dengan cara memindahkan beliau dari satu penjara ke penjara yang lain. Tidak ketinggalan seorang warga emas berumur 86 tahun iaitu Fatima Thabit yang menghafal keseluruhan al-Quran dan diberi penghormatan oleh Kementerian Wakaf Palestin sebagai Hafizah Tertua di Gaza.

Kisah ibu yang melahirkan anak tanpa ubat bius ketika dibedah turut diperhatikan. Wanita Palestin yang hamil terpaksa menjalani pembedahan dalam suasana hospital yang sesak dan kurang bersih. Bahkan ada yang terpaksa dibedah di bawah runtuhan bangunan.

Anjung Husnul Khatimah

25 Oct, 22:46


☆Tadabbur Kalamullah☆

یَـٰعِبَادِ لَا خَوۡفٌ عَلَیۡكُمُ ٱلۡیَوۡمَ وَلَاۤ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ * ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ مُسۡلِمِینَ * ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جُكُمۡ تُحۡبَرُونَ

"(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita". (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" [Surah az-Zukhruf 68-70]

Ayat ini menceritakan mengenai sifat orang yang bertaqwa dan balasan syurga serta pelbagai kesenangan untuk mereka.

Jom kenali seorang sahabat yang beriman dan dijanjikan syurga, iaitu Sayidina Waraqah bin Naufal r.a.

Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai al-Qurasyi al-Asadi. Beliau adalah sepupu kepada Sayidatina Khadijah r.ha, isteri Nabi saw. 

Beliau adalah salah seorang daripada empat orang, yang berkumpul pada hari perayaan Quraisy terhadap berhala-berhala mereka. Mereka berbicara sesama mereka dan bersepakat bahawa Quraisy telah menyimpang daripada agama Ibrahim, dan bahawasanya tidak ada erti menyembah berhala. Mereka pun pergi mencari agama Ibrahim yang sebenar. Mereka itu ialah Waraqah bin Naufal, ‘Ubaidullah bin Jahsy, Uthman bin al-Huwairith, dan Zaid bin ‘Amr bin Nufail. 

Pendapat yang kuat (rajih) ialah beliau merupakan seorang yang beriman dan tergolong dalam kalangan mereka yang mentauhidkan Allah, tetapi beliau tidak termasuk dalam kalangan sahabat kerana beliau meninggal dunia pada fatrah wahyu selepas kenabian dan sebelum turunnya risalah kerasulan.

Selain daripada itu, terdapat riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لَا تَسُبُّوا وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلَ فَإِنِّي قَدْ رَأَيْتُ لَهُ جَنَّةً أَوْ جَنَّتَيْنِ

"Janganlah kamu mencela Waraqah bin Naufal. Sesungguhnya aku melihat baginya satu syurga atau dua syurga" (HR al-Hakim)

Imam al-Munawi menukilkan daripada al-Iraqi yang menyebutkan: "Hadis ini menguatkan hadis lain yang disampaikan oleh beberapa ulamak bahawa Sayidina Waraqah r.a masuk Islam pada permulaan turunnya wahyu" (Lihat: al-Taisir bi Syarh al-Jami‘ al-Shaghir)

Di samping itu, terdapat juga riwayat  Hisyam bin ‘Urwah daripada bapanya: 

سَابَ أَخ لِوَرَقَة رَجُلًا فَتَنَاوَلَ الرَّجُل وَرَقَة فَسَبَّهُ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِأَخِيهِ : هَلْ عَلِمْتَ أَنِّي رَأَيْتُ لِوَرَقَةَ جَنَّةً، أَوْ جَنَّتَيْنِ» فَنَهَى رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ سَبِّهِ

Suatu ketika saudara Waraqah mencela seorang lelaki, lalu lelaki tersebut menemui Waraqah dan mencelanya. Berita ini sampai kepada Rasulullah SAW dan Baginda bersabda: ‘Apakah kamu tahu bahawa aku melihat bagi Waraqah satu syurga atau dua syurga?’ Lalu Rasulullah SAW melarang celaan kepada Waraqah" (Lihat: Usd al-Ghabah fi Ma‘rifah al-Sahabah dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Isabah)

Begitu juga riwayat daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.huma, katanya:

سُئِلَ النَبيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَرَقَةَ بْنِ نَوْفَلٍ، قَالَ: أَبْصَرْتُهُ فِي بُطْنَانِ الْجَنَّةِ عَلَيْهِ السُّنْدسُ

"Rasulullah saw ditanya tentang Waraqah bin Naufal. Baginda bersabda: ‘Aku melihatnya di tengah-tengah syurga yang di atasnya ada sutera" (Riwayat Abu Ya‘la)

♡Lakukanlah amal soleh dan jadilah insan yang taat lagi bertaqwa, InsyaAllah moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga FirdausNya. Aamiiin ♡

Kredit;tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

25 Oct, 22:42


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Hati

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَ أَمْوَالِكُمْ وَ لَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَ أَعْمَالِكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata: Nabi SAW telah bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, juga tidak kepada harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian”. (HR Muslim No: 2564). Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ganjaran pahala  di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar

2.  Penting setiap Muslim untuk menjaga niat dalam melakukan setiap amal agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT

3.  Kepentingan menjaga amalan hati terlebih mendahului daripada amalan yang dilakukan oleh anggota badan kerana hanya amalan yang  dilakukan dengan ikhlas akan diterima dalam setiap amalan yang disyariat.

4. Allah tidak mengukur kepada rupa seseorang juga harta yang dimiliki atau yang dikeluarkan, namun ia bergantung pada amal dan keikhlasan.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

24 Oct, 22:56


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Surah Āali-ʿImrān 169]

Orang yang mati syahid sentiasa hidup dengan bahagianya di alam barzakh dengan mendapat nikmat syurga terindah dan teristimewa.

Jom kita menelusuri kisah menarik tentang as-Syahid Sayidina Jaafar bin Abu Talib.

Sayidina Jaafar bin Abi Talib adalah saudara kepada Sayidina Ali bin Abi Talib dan sepupu kepada baginda Rasulullah saw. Beliau seorang yang amat dikasihi baginda. Sayidina Jaafar bersama orang Islam lain tinggal di Habsyah lebuh kurang 10 tahun. Pada tahun ke 7 hijrah, baru beliau berangkat meninggalkan Habsyah menuju ke Madinah.

Namun Sayidina Jaafar ditakdirkan tidak lama di Madinah. Pada tahun ke 8 Hijrah, baginda mengutuskan satu pasukan ke Mu’tah. Baginda menugaskan Sayidina Zaid bin Harithah sebagai panglima dan berpesan, jika syahid Zaid maka Sayidina Jaafar perlu menggantikan dan jika Sayidina Jaafar syahid maka Sayidina Abdullah bin Rawahah ganti. Benar sebagaimana disabda. Sayidina Zaid bin Harithah menemui syahid di sana. Panji yang dipegang segera disambut Jaafar dan terus meluru ke tengah kawanan musuh. Beliau bertarung sehingga putus tangan kanan yang memegang panji dicantas oleh tentera Rom. Panji itu segera di sambut panji dengan tangan kiri. Tetapi tangan kirinya juga telah dipotong selepas itu. Namun beliau tetap mempertahankan panji Islam itu dengan bahu dan tunggul tangan yang masih berbaki, sehingga beliau gugur syahid di tangan musuh.

Ringkas cerita, ketiga-tiga sahabat yang disebutkan baginda semuanya menemui shahid. Baginda sangat bersedih ketika menerima wahyu akan berita tersebut.

Sehingga saat Sayidina Jaafar terbunuh, beliau masih lagi mengangkat bendera pasukan Islam. Dikatakan bahawa seorang tentera Rom mencantas Sayidina Jaafar dengan satu pukulan yang kuat sehingga terbelah dua tubuhnya. Allah telah menggantikan untuk beliau dua sayap yang digunakannya untuk terbang ke mana sahaja di dalam syurga. Oleh kerana itu, beliau dikenali dengan gelaran “Ja‘far al-Tayyar” dan juga “Ja‘far Zu al-Janahain” (yang mempunyai dua sayap). (Lihat: al-Rahiq al-Makhtum)

Riwayat daripada Ibn Umar r.huma bahawa kami mendapati, di hadapan mayat Sayidina Jaafar, di antara bahunya terdapat sembilan puluh pukulan, daripada kesan tikaman dengan lembing dan juga pukulan dengan pedang. (Lihat: al-Thabat ‘inda al-Mamat)

Juga riwayat Ibn Abbas r.huma, bahawa Rasulullah saw bersabda:

 رَأَيْتُ جَعْفَر بِنْ أَبِي طَالِبٍ مَلَكاً يَطِيرُ فِي الجَنَّةِ مَعَ المَلَائِكَةِ بِجَنَاحَيْنِ

"Aku melihat Jaafar bin Abu Talib (menjadi) malaikat terbang di syurga bersama para malaikat dengan kedua sayapnya" (HR at-Tirmizi)

Rasulullah saw bersabda: 

دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَنَظَرْتُ فِيهَا فَإِذَا جَعْفَرٌ يَطِيرُ مَعَ الْمَلَائِكَةِ، وَإِذَا حَمْزَةُ مُتَّكِئٌ عَلَى سَرِيرٍ

"Aku memasuki syurga semalam (dalam mimpiku), lalu aku melihat Jaafar sedang terbang bersama para malaikat dan Hamzah berbaring di atas katil" (HR at-Tabarani)

♡Hebatnya perjuangan mereka sehingga berjaya beroleh syahid sebagaimana yang diimpikan♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

24 Oct, 22:53


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Meneroka Kebiasaan Baik

عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Dari Jarir bin Abdullah dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa mengadakan kebiasaan yang baik dalam Islam, lalu kebiasaan baik tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat untuknya pahala sebanyak yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikit pun pahala yang mereka peroleh. Sebaliknya, barang siapa mengadakan kebiasaan yang buruk dalam Islam, lalu kebiasaan buruk tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mereka peroleh sedikit pun.” (HR Muslim No 4830). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang memulakan sesuatu kebiasaan yang baik atau ilmu serta penghasilan baru yang bermanfaat dan diikuti oleh orang lain, dia akan mendapat ganjaran pahala sebanyak orang yang mencontohinya.

2.  Elakkan dari memulakan sesuatu yang buruk dan jahat kerana dibimbangi akan diikuti oleh orang lain dan kita turut akan mendapat ganjaran dosa.

3.  Contohkan sesuatu yang baik dan boleh diikuti oleh orang lain untuk kita memperolehi ganjaran pahala daripada setiap yang mencontohi secara bersambungan dan berterusan. Antaranya melalui penulisan, produk, amalan yang baik (tidak bercangah dengan syarak) dan bermanfaat.

4.  Pahala orang yang mengikut kebiasaan baik tidak akan berkurangan dengan sebab pahala yang diperoleh oleh orang yang memulakan.

JOM kita mulakan sesuatu amalan atau kebiasaan yang baik agar ia diikuti oleh orang lain untuk kita mendapat ganjaran berterusan sebanyak bilangan orang yang mengikuti.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

23 Oct, 22:48


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصِّدِّیقُونَۖ وَٱلشُّهَدَاۤءُ عِندَ رَبِّهِمۡ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ وَنُورُهُمۡۖ وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ

"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka" [Surah al-Ḥadīd 19]

Golongan as-Siddiqun الصِّدّيقونَ bermaksud mereka yang membenarkan agama. Ia adalah kalimah yang berasal daripada perkataan so-da-qa (ص د ق) yang bermaksud membenarkan. Kebenaran yang Allah swt sampaikan, mereka terima dan mereka amalkan. Kerana itulah Sayidina Abu Bakar r.a digelar as-Siddiq kerana beliau membenarkan segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Sifat mereka juga benar iaitu apa yang mereka cakap dan lakukan adalah sama. Tidaklah cakap di mulut lain tetapi di hati lain dan perbuatan pula lain. Mereka yang siddiq itu beriman sepenuhnya dengan Allah dan sangat teguh sifat benar mereka. Mereka sangat jujur dan tidak berbohong. Mereka yang sebegini telah diterima iman mereka. Mereka telah berada di peringkat iman yang tinggi.

Golongan kedua, Allah swt menyebut tentang mereka yang diberi kelebihan mati syahid di medan perang. Ini adalah kerana mereka beriman sungguh-sungguh dengan Allah swt dan para Rasul. Salah satu tanda-tanda meninggal dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) yang dijelaskan dalam sejumlah riwayat hadis adalah mati syahid di medan perang. Keadaan meninggal tersebut diistimewakan sebagaimana disebut dalam al-Quran mahupun hadis baginda saw.

Ayat diatas menyebut tentang golongan Siddiqiin dan golongan Syahidiin. Dan terdapat dalam surah an-Nisa' ayat 69 tentang pembahagian dua golongan ini. FirmanNya:
 
وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَهُ عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)".

Mereka yang siddiq dan syahid itu akan mendapat balasan pahala daripada Allah swt. Segala amal ibadah dan infaq mereka akan dibalas dengan pahala. Pahala itu pula telah disebut sebelum ini: amat banyak dan berganda-ganda dari segi kuantiti dan kualiti.

Allah juga menjanjikan mereka dengan kurniaan cahaya yang amat diperlukan di akhirat kelak. Iaitu merupakan cahaya semasa melintas Titian Sirat di mana cahaya di hadapan mereka dan di kanan mereka. Waktu itu keadaan amat gelap sekali dan semua orang memerlukan cahaya. Semua Muslim akan diberi cahaya tetapi cahaya orang munafik akan dimatikan. Ini antara kemuliaan bagi golongan siddiqiin dan syahid.

♡Semoga kita tergolong dalam kalangan siddiqiin dan syahidiin. Aamiiin♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

23 Oct, 22:45


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersyukur Atas Nikmat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ.

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan bentuk tubuh, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.” (HR Bukhari No: 6490). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah SWT juga memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian. Menerusi ujian tersebut Allah SWT akan menilai hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar-benar bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan.

2.Seorang yang benar-benar beriman akan memiliki hati yang sentiasa mengekalkan sifat syukur diatas segala nikmat dan rezeki yang dimiliki. Dia akan sentiasa menjauhi sifat hasad dengki terhadap nikmat yang diperoleh orang lain serta mengurangkan kerisauan hati daripada mengejar harta duniawi. Syukur dan sabar dengan ujian dan godaan duniawi seperti kemiskinan dan musibah boleh diperoleh secara memandang kepada orang lain yang lebih daif atau yang lebih rendah daripadanya.

3.Memandang kepada seseorang yang memiliki kelebihan harta dan tubuh badan akan menyebabkan bertambah keinginan atau kerunsingan yang membawa kepada kedengkian dan mengikis sifat syukur. Adapun jika memandang kepada seseorang yang kurang daripadanya, maka ia akan menjadikan seseorang itu lebih bersyukur, bertambah ketenangan dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT.

4. Seringlah memandang orang yang lebih rendah atau kurang daripada kita agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Namun dalam perkara yang berhubung dengan akhlak, ilmu dan ibadah maka lihatlah orang  yang lebih baik sebagai ikutan kita.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

22 Oct, 22:46


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصِّدِّیقُونَۖ وَٱلشُّهَدَاۤءُ عِندَ رَبِّهِمۡ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ وَنُورُهُمۡۖ وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ

"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka" [Surah al-Ḥadīd 19]

Kalimah syahid adalah suatu kalimah yang sangat disukai (dicintai) oleh Allah bahkan orang yang mati syahid dikurniakan darjat kedudukan tertinggi disisi Allah swt. Mereka juga akan beroleh pahala yang melimpah dan cahaya yang benderang.

Syahid secara bahasa merupakan kata dari perkataan sya-hi-da [شهد] yang bermaksud bersaksi atau hadir. Saksi kejadian, ertinya hadir dan ada di tempat kejadian. Istilah ini umumnya digunakan untuk menyebut orang yang meninggal di medan jihad dalam rangka menegakkan kalimah Allah.

Ulamak berbeza pendapat tentang mengapa mereka disebut syahid. Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan sekitar 14 pendapat ulamak tentang makna syahid. Antaranya ialah:

1. Kerana orang yang mati syahid hakikatnya masih hidup, seolah ruhnya menyaksikan, ertinya hadir. Ini merupakan pendapat An-Nadhr bin Syumail.

2. Kerana Allah dan para malaikatnya bersaksi bahawa dia ahli syurga. Ini merupakan pendapat Ibnul Anbari.

3. Kerana ketika ruhnya keluar, dia menyaksikan bahawa dirinya akan mendapatkan pahala yang dijanjikan.

4. Kerana disaksikan bahawa dirinya mendapat jaminan keamanan dari neraka.

5. Kerana ketika meninggal tidak ada yang menyaksikannya kecuali malaikat penyebar rahmat.

Dan masih terdapat beberapa pendapat lainnya yang diperincikan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.

Mulianya orang mati syahid sehingga terdapat hukum khusus untuk jenazah mereka.

1. Tidak dimandikan

Daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.huma, bahawa Nabi saw bersabda dalam isu jenazah perang Uhud:

لَا تُغَسِّلُوهُمْ، فَإِنَّ كُلَّ جُرْحٍ أَوْ كُلَّ دَمٍ يَفُوحُ مِسْكًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Jangan kalian mandikan mereka, kerana setiap luka atau darah, akan mengeluarkan bau harum minyak misk pada hari Kiamat" (HR Ahmad)

Dalam riwayat lain:

ادْفِنُوهُمْ فِي دِمَائِهِمْ

"Kuburkan mereka bersama darah mereka". Sayidina Jabir mengatakan: "Mereka tidak di mandikan" (HR al-Bukhari)

2. Boleh dimakamkan tanpa disolatkan. Namun boleh juga disolatkan.

Sayidina Jabir mengatakan:

وَأَمَرَ بِدَفْنِهِمْ فِي دِمَائِهِمْ، وَلَمْ يُغَسَّلُوا، وَلَمْ يُصَلَّ عَلَيْهِمْ

“Nabi saw memerintahkan agar memakamkan mereka (korban Uhud) bersama dengan darah mereka, tidak dimandikan dan tidak disolatkan" (HR al-Bukhari)

Sementara dalil mereka boleh dishalatkan, bahawa Nabi saw mensolatkan jenazah Hamzah bin Abdul Muthalib, bapa saudaranya yang meninggal ketika perang Uhud. Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan:

أنّ شهداء أُحد لم يغسّلوا، ودفنوا بدمائهم، ولم يُصَلَّ عليهم؛ غير حمزة

“Para syuhada' perang Uhud tidak dimandikan, mereka dikuburkan bersama darahnya, tidak disolatkan, selain Hamzah" (Sahih Sunan Abu Daud)

♡Banyak kemuliaan dan kelebihan orang yang mati syahid disisi Allah swt. Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang mati syahid. Aamiiin♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

22 Oct, 22:43


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Miliki Sifat Santun dan Malu

حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا

Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah 'azza wajalla." Saya bertanya, "Sifat apakah itu?" baginda menjawab, "Al Hilm (santun, tidak mudah marah) dan rasa malu." Saya bertanya lagi, "Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?" baginda menjawab: "Sejak lama." Saya berkata, "Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya." (Musnad Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:

a.  Al-Hilm iaitu sifat santun, mampu menahan emosi atau tidak mudah marah
b.  Malu iaitu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada  perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian.

2.  Antara bentuk malu:

a.  Malu melakukan kejahatan seperti mengadu domba
b.  Malu kerana merasa lemah
c.  Malu kepada diri sendiri

3.  Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:

اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا  فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ

Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)

4.  Milikilah iman yang sempurna dengan sifat malu untuk berbuat dosa seperti dosa mengadu domba dan membuat fitnah.

5. Marilah kita miliki sifat hilm mampu menahan emosi atau tidak mudah marah dan malu yang dicintai Allah.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

21 Oct, 22:56


Kepada yang nak berubah. Jika kamu ada niat nak berubah. Melangkahlah tanpa henti. Percaya! Allah akan bantu kalian dalam penghijrahan kalian.

Berubahlah dengan mula jaga solat 5waktu, berubahlah dengan mula tutup aurat dan sebagainya. Kerana yang penting perubahan kita itu berterusan. Bukan berubah secara mendadak dan esok lusa turn semula ke lembah jahiliyyah.

Berubah ni kadang-kadang memang perlu kepada paksaan. Paksa diri kita untuk buat kebaikan semampu mungkin.

Bila kita asyik paksa dan paksa nanti keikhlasan dalam mentaati perintah Tuhan itu akan hadir dengan sendirinya. Dan ketika itu bila kita cuba nak kembali kepada diri yang dulunya kita akan rasa tak tenang. Kita rasa seolah jiwa tak tenteram.

Apapun niat itu 'kunci utama'.

Kalau niat kita berubah kerana Allah, hijrah itu akan sampai kepada Allah, kalau niat kita berubah kerana dunia, hijrah kita akan sampai kepada dunia tapi tidak kepada Allah. Dan begitulah sebaliknya.

Kata Nabi SAW:

"Innama a'malu bin niat". Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat.

Sahabat, jom baiki niat kita, cekal serta tabahlah dalam mengharugi tiap ujian yang bakal menyapa.

Semoga tiap yang berubah, berubah kerana Allah, Lillahi Ta'ala. Bukan kerana manusia, mak ayah, kekasih dan sebagaikan. Doakan saya juga ya. Insya Allah kita semua masuk Syurga Allah.

Anjung Husnul Khatimah

21 Oct, 22:55


4. Allah tidak akan sia-siakan amalan mereka dan membayar dengan ganjaran yang termahal dan termulia.

وَٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَلَن یُضِلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ * سَیَهۡدِیهِمۡ وَیُصۡلِحُ بَالَهُمۡ * وَیُدۡخِلُهُمُ ٱلۡجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمۡ

Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka" [Surah Muḥammad 4-6]

♡Pengorbanan yang sudah dibuktikan oleh para pejuang di bumi Palestin tiada khilaf padanya melainkan ia syahid yang mulia di tingkatan darjat tertinggi disisi Allah swt. Berbahagialah wahai ibu-ibuku, bapa-bapaku, saudara-saudaraku, anak-anak kecilku dan seluruh pejuang di bumi Palestin dengan janji benar syurga yang tertinggi daripada Allah swt yang Maha Pengasih. Aamiiin♡

Kredit:tadabburkalamullah

Anjung Husnul Khatimah

21 Oct, 22:52


☆Tadabbur Kalamullah☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن یُقۡتَلُ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تُۢۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءࣱ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

Kematian yang paling dirindui dan didambakan oleh para pecinta akhirat, pecinta Allah dan RasulNya, pecinta kehidupan yang abadi disyurga kelak ialah mati syahid. Mati dalam keadaan penuh gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah swt. 

Diriwayatkan oleh Sayidina Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

"Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah swt, maka Allah swt juga gembira untuk bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya" (HR Muslim)

Dalam al-Quran, perkataan syahid di ulang sebanyak 35 kali dan perkataan syuhada' di ulang-ulang sebanyak 19 kali. Kalimah syahid dalam al-Quran lebih ditujukan atau difokuskan kepada syuhada' yang gugur syahid di medan jihad. Ayat di atas menceritakan secara langsung mengenai perang Uhud dan perang Badar.

Dalam al-Quran juga banyak disebut kelebihan mereka yang mati syahid, antaranya:

1. Mendapat keampunan dan rahmat Allah swt.

وَلَىِٕن قُتِلۡتُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَوۡ مُتُّمۡ لَمَغۡفِرَةࣱ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَحۡمَةٌ خَیۡرࣱ مِّمَّا یَجۡمَعُونَ

"Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup)" [Surah Āali-ʿImrān 157]

2. Beroleh rezeki, kenikmatan, kegembiraan dan keuntungan yang paling lumayan disisi Allah swt.

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ * فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ * یَسۡتَبۡشِرُونَ بِنِعۡمَةࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضۡلࣲ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman" [Surah Āali-ʿImrān 169-171]

3. Dihapuskan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga.

فَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ وَأُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِمۡ وَأُوذُوا۟ فِی سَبِیلِی وَقَـٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ

"Dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Āli-ʿImrān 195]

Anjung Husnul Khatimah

21 Oct, 22:49


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sifat Santun dan Berhati-hati

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَشَجِّ عَبْدِ الْقَيْسِ إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ

Daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai oleh Allah, iaitu, lemah lembut dan sifat berhati-hati (sabar)." (Sunan Tirmizi No: 1934) Status: Hadis hasan Sahih

Pengajaran:

1. Allah mencintai orang yang memiliki sifat:

a.Lemah lembut (santun)
b.Berhati-hati (sabar)

2.Menurut Said bin Ali Al-Qattani: Al-Hilm (lemah lembut) adalah sebagai penahan diri dari gejolak marah, iaitu suatu keadaan pertengahan antara 2 sifat negatif (marah dan hina).

3.Al-Hilm (lemah lembut) itu ialah menahan diri dari sifat amarah. Seorang yang memiliki sifat hilm adalah orang yang boleh menguasai dirinya dan mengendalikan emosinya serta menjaga ketenangan jiwanya (tidak bertindak terburu-buru).

4.Seorang yang memiliki sifat al-Hilm adalah orang yang berlapang dada dan hatinya sentiasa terbuka. Ia sangat mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, malah ia akan cepat merasa dan mengakui kesilapan jika tersilap.

5. Al-Anah - Sifat Berhati-hati (sabar) adalah sifat yang tidak tergesa-gesa atau terburu-buru. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu dengan tidak terus membuat tindakan atau menghukum tanpa memikirkan kesan baik dan buruk.

Marilah kita miliki sifat al-hilm iaitu mampu menguasai diri dengan tidak terburu-buru bertindak balas. Berusaha memiliki sifat al-Anah iaitu sentiasa berhati-hati menghadapi sebarang perkara dengan tidak bertindak dengan tergesa-gesa.

Kredit:hadisharian_ikram

Anjung Husnul Khatimah

20 Oct, 22:55


☆Tadabbur Kalamullah☆

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَاۤىِٕزُونَ

"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya" [Surah at-Tawbah 20]

Ayat ini menerangkan bahawa orang-orang yang beriman dengan sebenarnya akan mendorongnya dengan rela berhijrah meninggalkan kampung halamannya, harta kekayaan dan segala hasil usahanya, berpisah dengan anak isterinya, orang tua dan sanak saudaranya, mereka adalah orang-orang yang melaksanakan amal perbuatan yang berat dan memerlukan banyak pengorbanan. Apalagi jika amal-amal yang tersebut diikuti dengan jihad di jalan Allah iaitu dengan mengorbankan harta kekayaan dan jiwa raganya.

Bagi orang-orang yang berbuat demikian Allah akan memberikan penghargaan yang tinggi serta keberuntungan dan kebahagiaan yang paling istimewa disyurga kelak. Adapun orang-orang mukmin yang tidak berhijrah dan tidak berjihad di jalan Allah, meskipun mereka menyediakan minuman bagi para jemaah haji dan memakmurkan Masjidilharam, penghargaan Allah kepada mereka dan pahala yang diberikan kepada mereka tidak sebesar apa yang diterima oleh orang-orang yang hijrah dan berjihad di jalan Allah.

Jom kita hayati dan insafi kata-kata indah dalam surat yang dikirim oleh Imam Ibnu al-Mubarak kepada Imam Fudhail bin Iyad ketika beliau menyeru manusia kepada jihad:

يَا عَابِدَ الحَرَمَــيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا لَعَلِمْتَ أَنَّكَ فِي العِبَادَةِ تَلْعَبُ
أَوْ كَانَ يُتْعِبُ خَيْلَهُ فِي بَاطِلٍ فَخُيُوْلُنَا يَوْمَ الصَّبِيْحَةِ تَتْعَبُ            
رِيْحُ العَبِيْرِ لَكُمْ وَنَحْنُ عَبِيْرُنَا رَهَجُ السَّنَابِكِ وَالغُبَارُ الأَطْيَبُ
وَلَقَدْ أَتَانَا مِنْ مَقَالِ نَبِيِّنَا قَوْلٌ صَحِيْحٌ صَادِقٌ لاَ يُكْذَبُ:           
لاَ يَسْتَوِي وَغُبَارُ خَيْلِ اللهِ فِي أَنْفِ امْرِئٍ وَدُخَانُ نَارٍ تَلهبُ
هَذَا كِتَابُ اللهِ يَنْطِقُ بَيْنَنَا لَيْسَ الشَّهِيْدُ بِمَيِّتٍ لاَ يُكْذَبُ      

"Wahai  ahli ibadah di dua Tanah Haram, Kalaulah kamu telah menyaksikan kami, Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya, seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah.

Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras, maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras.

Ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil, maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan.

Bau wangi-wangian menjadi milikmu, sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan.

Dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda Nabi saw, sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan,

Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala.

Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong".

Menurut Ibn Khilikan: Abdullah bin al-Mubarak, adalah penghafaz al-Quran, syeikh Islam, mujahid (pejuang) Islam, ahli perniagaan, pengembara dan pengarang kitab Islam. Beliau juga adalah seorang pakar hadis, fiqh, bahasa Arab dan ahli sejarah bangsa Arab yang terkenal gagah perkasa dan pemurah. Beliau merupakan orang yang pertama menyusun sebuah kitab mengenai jihad dan menyeru manusia kepada jihad dengan semangat yang menyala-nyala.

Dikatakan oleh al-Hafiz Ibnu Asakir, selepas surat ini sampai kepada ‘Abid al-Haramain iaitu Imam Fudhail bin Iyadh, lantas berair kedua matanya.

♡Itulah nasihat daripada ulamak kepada semua manusia yang memberi makna mereka sentiasa pesan-memesan dan ingat-mengingat untuk membuat yang baik dan yang lebih baik dan seterusnya terbaik. Hal ini jelas menunjukkan kelebihan berjihad pada jalan Allah swt. Salam jihad fi sabilillah♡

Kredit:tadabburkalamullah