Jentik Hati @jentikhatiofficial Channel on Telegram

Jentik Hati

@jentikhatiofficial


Setiap kali memikirkan masalah segera ingat Allah dan berselawat. InsyaAllah kita akan kuat.

Jentik Hati (Malay)

Jentik Hati adalah satu saluran Telegram yang mempunyai tujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pengikutnya. Dengan moto 'Setiap kali memikirkan masalah segera ingat Allah dan berselawat. InsyaAllah kita akan kuat.', saluran ini bertujuan untuk membantu pengikutnya menenangkan hati dan memperkuat iman. Dengan menyebarkan perkongsian kebaikan dan keinsafan, Jentik Hati mengajak semua untuk sentiasa mengingati Allah dalam setiap detik kehidupan. Pengikut saluran ini akan mendapat pelbagai perkongsian motivasi, kata-kata semangat, serta nasihat-nasihat berharga untuk menghadapi cabaran kehidupan. Jentik Hati juga akan berkongsi selawat dan doa-doa yang bisa memberi ketenangan dan kekuatan kepada pengikutnya. Jadi, jika anda memerlukan suntikan motivasi dan ingin menguatkan hati anda, jom sertai saluran Telegram Jentik Hati hari ini!

Jentik Hati

20 Nov, 15:03


Alahai.. habislah sis lepas nie. 🤭😂 Semua hak abah akan bertukar tangan pada majikan baru. 😅🤣 Nak salah kan abah dah terlambat, sabar jelah. 🥹🤧
.
.
Kredit Video : TT imboredhmm

Jentik Hati

20 Nov, 14:41


Tengok raut wajah mak ayah dia terus bergenang air mata. 🥺🤧 Betapa bangga mereka melihat kejayaan anaknya. Alhamdulillah.. 🥹🥰 Sangat memberi inspirasi untuk turut berjaya dalam bidang apapun yang diceburi. 🙌🏻 Tahniah di atas kejayaan, semoga terus success berbakti buat ibubapa, bangsa dan negara. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT aimanariffinnnn @aimanariffinnn

Jentik Hati

20 Nov, 14:07


Solat itu adalah benda wajib yang setiap umat Islam wajib lakukan. Kalau kau malas solat, mulalah Allah tarik ketenangan hatimu. Apa yang kau lakukan pun serba tak kena seperti ada yang kurang.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

20 Nov, 13:30


Tiba-tiba diberikan jalan, tiba-tiba diberi khabar baik, dan tiba-tiba segala hal baik terjadi.

Sesungguhnya tidak ada yang tidak mungkin jika Allah berkehendak. Jangan berhenti berdoa walaupun terlihat mustahil. Kerana tiada yang mustahil bagi Allah.

Yang menolongmu itu Allah. Yang menyembuhkan sakitmu itu Allah. Yang memberimu rezeki itu Allah. Yang melindungimu itu Allah. Dan yang menyelesaikan masalahmu itu Allah.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

20 Nov, 12:54


Sumpah tak kuat tengok.. 🥺😭 Dari awal sampai akhir tengok air mata tak henti mengalir. 🤧 Sungguh abang anak yang hebat, sanggup berkorban demi apapun demi menjaga mak. Beruntungnya dapat melayani mak dengan baik ini. 🙌🏻 Semoga mak abang diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh dari penyakit yang dihadapi. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT amirmoktar86 @amir_moktar5656

Jentik Hati

20 Nov, 11:32


Satu-satu dugaan datang. Tak tahu nak hadap macam mana lagi. Terkadang rasa berat sangat nak tanggung semua ni.

Nak menangis pun dah tak mampu. Tak ada air mata. Nak bernafas pun rasa sesak. Allah..

Waktu-waktu macam ni tak ada siapa dapat bantu.

Ingat satu saja. Allah.

Dugaan dan ujian yang kita sedang hadap ni pun Dia yang beri. Makanya, dengan Dia saja kita minta pertolongan. Minta diringankan.

Terkadang kita kecewa dan kecil hati kerana dugaan yang datang tanpa henti itu kita rasa hanya kita sahaja. Padahal, Dia beri dugaan sebab Dia tahu kita mampu.

Dia beri sebab Dia nak kita sentiasa ingat Dia. Dekat dengan Dia. Ujian tanda Allah sayang.

Ujian datang kepada kita bukan saja-saja, Allah sedang menilai dan nak beri apa yang kita minta. Allah nak tinggikan darjat kita dengan menundukkan kita di sejadah.

Berbisiklah, "Ya Allah, beri aku kekuatan. Beri aku gantian atas dugaan ini dengan sesuatu yang lebih baik lagi."

Di suatu hari nanti, pasti ujian yang telah kita hadap ini akan kita ingat dan bantu kita untuk jadi lebih baik lagi.

Kuat tidak datang dengan sendiri. Tenang pasti akan menyusul nanti. "Lahaulawalaquwataillah billah..."

Jentik Hati

20 Nov, 10:25


Rasa penat dengan hidup yang penuh dengan ujian dan cabaran? Hari-hari kita struggle, tapi nampak tak ada penyelesaian. Dalam buku ini kita akan belajar cara untuk tenangkan hati dan berserah pada Allah. 🥹🫶🏻

Klik link ini untuk dapatkan buku Buku "Tahan & Tenang Nanti Datang Senang" 👉🏻 https://s.shopee.com.my/2qCn7XqRKj

Jentik Hati

20 Nov, 09:32


Dapat pasangan yang tepat dan baik akan membuatkan jiwa, fikiran kita jadi tenang dan tenteram. Sebab itu kena pilih pasangan hidup betul-betul. Jangan tergesa-gesa dek kerana perlian orang.

Jodoh akan datang pada waktunya. Allah akan mendatangkan seseorang yang tepat untuk kita disaat kita sudah layak untuk menerimanya.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

20 Nov, 08:08


Mengulang-ulang doa itu ibarat mengayuh basikal, suatu saat nanti ia tetap akan membawa dirimu ke arah yang ingin dituju.

Jangan pernah berhenti berdoa.

Apapun itu, tidak perduli seberapa mustahil kelihatannya, tidak perduli seberapa jauh atau tidak mungkin, atau bahkan tak terbayangkan sekalipun. Sebab, bagi Allah tidak ada yang mustahil. Jadi jangan pernah menyerah untuk berdoa.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

20 Nov, 05:25


POV naik pentas konvokesyen 🤩 MasyaAllah.. macam ni rasa dia. 🥹🥰 Tahniah telah berjaya! Semoga terus success untuk bidang yang diceburi. 👏🏻Semoga ada rezeki buat yang tengok ini untuk merasainya. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT shazrulnajmi1

Jentik Hati

17 Nov, 01:12


MasyaAllah.. Tengok ni aksi pantas staff BHP ni, Azri, yang berjaya mengawal situasi kecemasan dengan cekap! 🤩👏🏻 Terbaik dan Terima kasih Azri, kerana menjaga keselamatan semua di BH Petrol Jalan Mawai. Kami bangga dengan anda! 🫡
.
.
Kredit Video : TT bhpetroljalanmawai

Jentik Hati

16 Nov, 22:20


Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat subuh di Masjid ni.

Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat subuh di masjid amalan rutinnya.

Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil, yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.

Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.

Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.

Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.

Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.


Kredit : Mona

Jentik Hati

16 Nov, 15:27


Untuk kau yang sedang menggelupur bergelut dengan kekecewaan, untuk kau yang sedang berdepan dengan hakikat kehilangan, pesanan ini untuk kau.

Memang. Kadang-kadang, kau rasa macam tak boleh hidup tanpa seseorang. Dia masuk dalam hidup kau perlahan-lahan ... beri perhatian, beri kasih sayang dan tambah lagi dengan segala macam pengorbanan.

Akhirnya, diam tak diam, dia dah macam ada makam tertentu dalam hati kau. Punyalah kau sayang sampai rasa susah sangat nak buang.

Nah! Apabila kau sudah terlebih sayang, inilah masanya Allah akan uji. Inilah masanya kau kena terima hakikat yang kalau kau sayang bunga, bunga akan mati. Kalau kau sayang manusia, dia juga akan pergi.

Allah akan hantar macam-macam asbab untuk pisahkan kau daripada dia. Akhirnya yang tinggal siapa? Hanya Allah! Masa itu baru kau tersungkur atas sejadah!

Menangislah! Tak mengapa. Menangis akan buat kau lega. Tapi jangan lupa. Baiki balik apa yang dah nak rebah. Apa dia?

Hubungan kau dengan Allah.

Manusia, apabila dia rasa selesa dengan apa yang dia ada, memang dia mudah lupa diri. Sebab itu, Allah sentap hatinya sesekali.

Kau pun manusia. Sebab itu Allah uji. Allah sentap hati kau supaya kau tahu untuk kembali pada Dia. Supaya kau tak fikir yang kau boleh bergantung hidup pada sesiapa.

Hanya Allah! Ingat. Ini soal akidah! Kalau rosak akidah, macam mana kau nak masuk syurga Allah?

Jadi, kalau kau sedang merana sebab ditinggalkan sekarang, kau kena faham, ujian ini sebab Allah sayang.

Bertahanlah. Esok lusa apabila kau dah sedar, Allah mungkin kembalikan semula orang yang kau sayang itu. Ataupun, Allah akan gantikan dengan orang yang jauh lebih baik.

Untuk hari ini, satu saja kau kena buat. Lap air mata dan jalani hidup kau macam biasa. Tak mengapa kalau peritnya masih terasa. Tak mengapa.

Itu semua mula-mula sahaja. Lama-lama nanti, kau akan biasa.

Ingat. Ini ujian. Sebenarnya ini cuma cerita antara kau dengan Tuhan. Orang lain itu cuma pelakon tambahan.

Jadi, jangan marah sesiapa. Jangan berdendam dengan sesiapa. Cuba ikhlaskan hati. Cuba sedaya upaya.

Ingat pesan tadi. Mula-mula memang perit sikit, rasa sunyi, rasa sakit. Tapi tak lama lagi, kau dah tak peduli. Sebab apa? Sebab Allah ada.

Apabila kau dah mula yakin sepenuhnya yang Allah pemegang kebahagiaan kau, maka kau tak akan pertikaikan apa-apa lagi. Asalkan Allah ada dalam hati, kau takkan sunyi.

Jadi, cubalah bertahan. Biarkan masa membantu luka kau sembuh perlahan-lahan. Ingatlah. Dalam hidup kau, bukan hanya ada perasaan. Bahkan, ada Tuhan!

Jentik Hati

16 Nov, 14:35


Berhentilah menjadi orang yang selalu ada, tidak semua orang ada untuk kita. Kadang kita terlalu menjaga hati orang lain. Sampai kita terlupa yang hati kita sendiri yang lagi banyak terluka.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

16 Nov, 13:31


Allahu.. macam ni rupanya kerja PPK waktu malam dekat Hospital. 😅😣 Tertanya-tanya kenapa tempat laluan tu selalu gelap. 😭
.
.
Kredit Video : TT takieyaaaa

Jentik Hati

16 Nov, 12:31


Letakkan Allah yang pertama di dalam hati. InsyaAllah bila kita berusaha menjadi hamba yang Allah cinta, Dia akan menghadirkan insan-insan yang baik, yang turut mencintai-Nya dalam kehidupan kita.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

16 Nov, 11:03


Setiap kata-kata kita adalah doa. Dan apa yang kita katakan itu, akan berbalik kepada kita juga. 🤲

Jentik Hati

16 Nov, 09:46


Sekuat manapun hati kau, setabah manapun diri kau, kau tetap manusia biasa yang akan menangis bila sudah terlalu letih untuk menanggung segala kesakitan.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

16 Nov, 08:19


Allahu.. bergenang air mata tengok reaksi anak saat melepaskan ayah dia pergi bertugas. 🥺😭 Yang tengok pun rasa sebak, mesti si anak ini lagi sedih berganda. 😣 Semoga anak ini kuat semangat dan bersabar, ayah berkhidmat untuk negara. Pasti nanti akan kembali bersatu semua. ❤️🫶🏻
.
.
Kredit Video : TT choclatestawberiess

Jentik Hati

16 Nov, 06:55


Andai jatuh, bangkitlah.
Andai kecewa, sabarlah.
Andai menangis, senyumlah kembali.
Andai hilang harapan, berdoalah.

Allah sentiasa ada, tetap bahagia. 😊🤲

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

16 Nov, 00:38


"Hargai Nikmat Allah dalam Kehidupan Seharian"

Dalam perjalanan hidup ini, seringkali kita terlupa untuk merenung sejenak segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Setiap nafas yang kita hirup, setiap rezeki yang kita nikmati, semuanya datang daripada kasih sayang dan rahmat-Nya. Namun, adakah kita benar-benar menghargainya?

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

“Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya)” (Surah An-Nahl, ayat 53).

Firman ini mengingatkan kita bahawa segala yang kita miliki hanyalah pinjaman sementara daripada-Nya. Rezeki yang diberi setiap hari, makanan yang mengenyangkan, tidur yang lena, dan kesihatan yang baik, semuanya adalah anugerah Allah. Bukan kerana usaha kita semata-mata.

Namun, kita sering alpa, masih lalai dalam menunaikan solat di awal waktu, padahal itulah tanda syukur kita kepada Pencipta. Bukankah tiba masanya untuk kita berubah? Untuk kita lebih menghargai nikmat yang diberi dengan lebih mendekatkan diri kepada-Nya? Setiap detik yang kita lalui adalah peluang, peluang untuk kembali kepada Allah dan memperbaiki diri.

Mari kita renungkan kembali, setiap nikmat adalah tanda kasih sayang Allah. Dan tanda syukur kita adalah dengan taat dan patuh kepada-Nya, memanfaatkan setiap detik yang diberikan dengan penuh ketaatan dan kesedaran. Hargailah setiap saat, kerana setiap nikmat adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Jentik Hati

15 Nov, 14:54


Umumya kata orang mereka mengejar wang ringgit.
Sebenarnya mereka mencari kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka. Berkorban untuk berpisah bukan mudah. 🥺😭
.
Dimana pun berada, tanggungjawab pada sang Pencipta tetap dijaga. Alhamdulillah.. Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah. Aamiin ya rabb.. ❤️🤲
.
.
Kredit Video : TT pajey_555

Jentik Hati

15 Nov, 14:20


Seronok tengok persahabatan mereka ni. 🥹😍 Geng susah senang sama-sama waktu belajar, takkan lah dah tinggal sorang bila dekat nak konvo. Mestilah nak sambut sama-sama, baru cukup korum. 🥰🫶🏻 Tahniah semua! Semoga persahabatan terus erat dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.. ❤️🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT adamfitrii11 @adam.fitri_

Jentik Hati

15 Nov, 13:31


Ada yang nampak sangat bahagia, tapi rupanya dia tengah sembunyikan rasa sakitnya. Ada yang nampak diam, tapi sebenarnya dia ada sejuta kata yang nak diluahkan. Ada yang selalu nasihat orang untuk terus kuat, tapi sebenarnya dia sendiri lemah.

Masing-masing punya cerita..

Semua berjalan mengikut aturan takdirNya. Allah tidak pernah salah dalam menentukan takdir untuk hamba-Nya, tetapi Allah menciptakan doa yang lebih kuat daripada takdir. Teruslah berdoa, kerana dengan berdoa sesuatu yang terlihat tak mungkin dapat menjadi mungkin.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

15 Nov, 11:40


Jangan terlalu memegang erat dengan apa yg kita miliki untuk detik ini, takut hati tak redha untuk melepaskan bila tiba masa utk dilepaskan.

Nak genggam? Cukup genggam erat dalam lafaz doa yang tersimpan.

Serahkan segalanya pada Allah, biar DIA yang susun atur cerita kehidupan kita.

Dan satu yang perlu kita semat dalam hati baik-baik. Tak semua yang kita mahukan itu adalah yang terbaik buat kita. Dan apa yang sudah tertulis dalam helaian takdir hidup kita, sudah tentu itulah yang terbaik buat diri kita dunia akhirat.

Kerana apa? Kerana penulis cerita hidup ini adalah DIA. Dan sesungguhnya DIA benar-benar Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap satu hamba kesayanganNya.

Teruskan Melangkah Walau Berkali Kau Rebah Terus Bertabah Meski Hatimu Lukanya Parah Allahkan Ada Bersama Kita.

Jentik Hati

15 Nov, 10:20


MasyaAllah.. baru tahu ada tempat macam nie. 😍🥰 Rasa selamat kucing2 jalanan kalau lah buat banyak tempat macam ni.. 🥹
.
.
Kredit Video : TT geeabdulll

Jentik Hati

15 Nov, 09:50


Mak.. oo Mak.. rindunya balik kampung nak panggil Mak, nak cari Mak kat mana. 🥺😭 Betul lah, tiang seri rumah itu adalah “mak”. Tiada mak maka hilanglah seri sebuah rumah itu. 🤧
.
.
Kredit Video : TT zawatilamalrahman

Jentik Hati

15 Nov, 08:17


Hidup adalah ujian. Susah pun ujian. Senang pun ujian. Miskin pun ujian. Kaya pun ujian. Orang baik pun diuji. Orang jahat pun diuji.

Kalau kita rasa susah macam mana pun, ingatlah “bersama kesusahan ada kemudahan”. Allah tak akan beri ujian yg tak kena dengan kemampuan kita 💪🏻

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

15 Nov, 06:04


Takdir itu milik Allah, tapi usaha dan doa itu milik kita. Jika semuanya tidak sesuai dengan rencana, percayalah kehendak Allah lebih indah dari yang kita duga.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

15 Nov, 04:32


Pencinta kucing pasti mengerti.. 🥺🤧 Walaupun kadang terluka dicakar, tapi terluka disebabkan kehilangannya lagi menyakitkan dan meninggalkan trauma untuk kembali memiliki. 😭
.
.
Kredit Video : TT ebelaccc

Jentik Hati

05 Nov, 13:01


Kata Ibnu Atthaillah as-sakandari ; "Berhati-hatilah apabila kebaikan Allah selalu kau dapatkan bersama dengan maksiat yang terus kau lakukan.

Berhati-hatilah! Boleh jadi, itu adalah awal kehancuranmu secara perlahan-lahan."

Buat maksiat - hidup senang.
Hak Allah tak jaga - hidup bahagia.
Solat jarang-jarang - hidup aman.

Ini bukan nikmat, tapi istidraj. Hati-hati, takut Allah hadirkan satu waktu yang buatkan kita benar-benar terduduk dan sudah tidak tahu cara 'berdiri'.

Jentik Hati

05 Nov, 12:07


Allahuakbar.. ujian buat abang nie. 🥺 Terima kasih dekat sekeliling yang tolong, terutama sekali kepada dua abang india yang bantu keluarkan dari lori. Salute! 🫡🥹 Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT iskandar_zul90

Jentik Hati

05 Nov, 11:29


Surah Al-Baqarah, ayat 286 :

Allah dah berfirman, Allah takkan uji kita jika kita tak mampu. Kuatkanlah semangatmu.

Jika terdetik rasa sedih, kecewa, gelisah, stress, depressed, tak tenang,

Teruslah sujud pada Allah & minta pertolongan dariNya. 🥺🤲

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

05 Nov, 09:23


Kadang peluang ini datang sekali dalam hidup, raikan waktu bersama-sama. 🥺🥹
.
.
Kredit X : _Nazrin96

Jentik Hati

05 Nov, 07:41


Buku ni tepat untuk sesiapa yang sedang dilanda masalah. Banyak membantu menenangkan. 🥹❤️

Jom sama sama hayati buku ni, dapatkan buku ini sekarang 😊👇🏻
📖 Buku "Tahan & Tenang Nanti Datang Senang"
https://s.shopee.com.my/2qCn7XqRKj

Jentik Hati

05 Nov, 07:05


Yakin pada Allah.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Ingatlah, Allah adalah Sebaik-baik Perancang. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kita perlu usaha, doa dan tawakkal. ❤️🤲

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

05 Nov, 05:26


MasyaAllah.. terbaik cikgu. 🥹👏🏻 Walaupun nampak kecik, impak dia besar sebenarnya. Kadang-kadang ada orang akan kata ; “seterika je pun, hak tu pun tak boleh nak beli.. tapi percayalah bagi mereka yang betul-betul struggle mereka memang akan penting bende lain-lain dahulu.. 😔😭 Semoga dengan pemberian cikgu ini membawa erti kebahagiaan buat mereka. ❤️🫶🏻 Tahniah! Baru murid seronok dan gembira. 🤩🥰 Semoga dilimpahi rezeki seperti air yang sentiasa mengalir. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT msaidiyusof

Jentik Hati

04 Nov, 22:45


Semoga kita ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang benar. Aamiin..❤️🤲

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

04 Nov, 14:45


Percayalah, suatu saat nanti semua kesabaran kita selama ini pasti akan terbalaskan dengan suatu hal yang membahagiakan. ❤️

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

04 Nov, 13:33


Allahu.. sebak tengok. 🥺😭 Balik je sekolah minta ibu bawa pergi rumah ayah. Nak pergi baca doa katanya. 🥹 Berlari dia macam ayah ada depan mata minta peluk. 🤧
.
Semoga adik terus kuat, doa terus. InsyaAllah suatu masa nanti akan kembali bersatu dengan ayah di syurga nanti. Aamiin.. 🤍🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT janhafzan

Jentik Hati

26 Oct, 07:19


Berbuatlah kebaikan.

Walau sikit tak banyak. Walau kecil tak besar.
Biarlah orang tak nampak. Yakinlah, Allah nampak.

Bercita-citalah untuk ke syurga.
Nak jadi baik, kena berperang dengan kejahatan.
Kena dekati dan rapati kebaikan.
InsyaAllah, lama-lama jadi lebih baik.

Usahalah walau susah dan sakit.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

25 Oct, 15:00


Buku ni tepat untuk sesiapa yang sedang dilanda masalah. ❤️
Dapatkan buku ini sekarang 👇🏻

📖 Buku "Tahan & Tenang Nanti Datang Senang"
https://s.shopee.com.my/2qCn7XqRKj

Jentik Hati

25 Oct, 14:25


Allahuakbar.. kuatnya angin. 🥺 Takutnya tengok cuaca sekarang, memang diluar jangka. 😣😭 Semoga kita semua terhindar dari perlara yang tidak diingini. Aamiin.. 🤲🏻
.
Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzhalimin
.
Maksud : “Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
.
.
Kredit Video : TT sitikhadijah.puncakalam

Jentik Hati

25 Oct, 13:57


Kita sangka bahawa Allah menahan segala apa yang kita inginkan, namun hakikatnya Allah menangguhkannya pada suatu masa lain ; mengurniakan sesuatu yang lebih indah berbanding apa yang kita minta.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

25 Oct, 13:03


KERAMATNYA DOA IBU!

1. Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya. Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya. Seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh. Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan. Imam al Qurtubi berkata marah ibu bukan benci/tak suka tandanya sayang.

2. Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah. Anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah. Ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi. bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja. Doa ibu sangat penting. kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap anaknya.

3. Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu. Kata Ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya. Keberkatan hidup, keredhaan hidup anaknya. Kehilangan seluruh hidupnya, anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari mulut ibunya. jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya.

4. Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan jantung anak terasa jentung dirinya. Anak adalah pesaka bila ibu dan ayah dah mati. Bila anak anak Adam mati terputus segala amalan anak Adam kecuali tiga perkara dan antaranya doa anak yang soleh. Bila ibu doakan perkara yang tak baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya. Bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan. Contohnya ketika marah kita doakan anak kita sakit kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit. Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik.

5. Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita. Kucuplah dahinya, peluklah ibu. Saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya. Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih. Sungguh besar jasa ibu.

6. Uwisah Al Qarni bukanlah sahabat nabi tetapi hidupnya sangat berkat kerana besar jasanya sehingga sanggup mendukung ibunya menunaikan haji. Lihatlah contoh kisah Juraish yang sibuk beribadat sehingga tidak mempedulikan ibunya sehingga ibunya berdoa semoga Juraish ditimpa ujian. Akhirnya juraish menerima akibatnya. Doa ibu sangat berkat dan afdal. Kalau ibu berdoa kebaikan hidup anaknya maka insyaAllah kebaikan akan tunaikan tetapi kalau seorang ibu berdoa keburukan maka Allah akan tunaikan. Kata ulama, janganlah sesekali berdoa keburukan buat anaknya kerana akan merosakan seluru hidup.

7. Soalan ada orang kata baik anak mati dulu dari ibu kerana ibunya boleh doakannya. Jawapan hidup mati ini hak dan milik Allah. Takdir Allah kita tak tahu. Ada ibu dah pergi anak masih hidup manakala ada anak masih hidup ibu sudah mati. Kata Ustaz yang paling penting ialah doa anak yang soleh sangat diperlukan bila kita dah mati. Hidup manusia ini bila dah kehilangan ibunya apabila diragut kematian maka hilanglah salah sesuatu keberkatan hidup anaknya. Anak dah tak boleh berjasa dalam hidupnya. Ibu dah tak boleh mendoakan keberkatan buat anaknya.

8. Soalan bila terlalu marah akan keluar perkataan yang tak baik dari ibu terhadap anaknya. Contohnya keluarkan membodohkan anaknya. Bila ibu kata bodoh tak berguna terhadap anak anda akan bodoh sehingga akhir hayatnya. Akibatnya bila kita tua Allah bayar tunai anaknya tak akan mempedulikan ibunya kerana anaknya bodoh dan tidak berguna. Kedua dua anak beranak akan merana akibat kata kata ibu yang tak menahan sabar. Nabi ada bersabda jangan berdoa buruk terhadap anak dan keluarga kita.

9. Kalau kita marah sekalipun ingatlah marah itu dari syaitan. Kalau ibu marah sekali pun tolonglah doakan kebaikan buat anaknya. Doa ibu adalah pintu segalanya buat anaknya.

Jentik Hati

25 Oct, 11:36


Pastinya pekerjaan terbaik di tempat terbaik. 🥹 Rezeki tidak ternilai dia bekerja di rumah Allah SWT, dan setiap detik pun dia mendapat kan pahala yang seluas lautan. 🥰❤️ Dia mungkin tidak mendapatkan kebahagiaan duniawi kebanyakan manusia di luar sana, tetapi dia sudah dijanjikan kebahagiaan akhirat dengan menjadi penjaga rumah Allah. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT sennybputra

Jentik Hati

25 Oct, 09:02


Setiap orang punya jalan hidup masing masing, jangan suka membandingkan, nanti akan ada saatnya kamu.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

25 Oct, 08:16


Antara salah satu buku terbaik untuk kita dalam proses menambahbaik kualiti solat harian kita. Boleh jadi ada ilmu yang kita terlepas pandang, dalam buku ini lengkap semua panduan solat kita. Semoga kita dapat menjadi kuantiti dan kualiti solat kita serta dapat mencapai khusyuk dalam solat.

Buku "Fahami Bacaan Solatmu" beli disini 📖👉🏻 https://s.shopee.com.my/9f39qzwTDp

Jentik Hati

21 Oct, 15:17


Siapa sangka.. Tanah perkuburan yang dulunya terasa sunyi dan menyeramkan kini berubah suasana apabila insan tersayang bersemadi di sana.

Suasana yang syahdu, mengiringi kita dengan ketenangan yang mendalam, di mana derai air mata bersulam rindu bertukar menjadi kekuatan.

Di bawah bayangan pepohon, di antara batu nisan, kita berbicara dalam hati, mengingatkan diri bahawa kasih sayang itu kekal, walaupun jasad sudah tiada.

Tempat ini bukan lagi sekadar perhentian terakhir, tetapi sebuah taman memori di mana kita menyedari betapa berharganya setiap detik yang kita habiskan bersama mereka.

Ayah.. ibu.. dan semua insan yang telah pergi lebih terdahulu dari kita.

Di sinilah, di tanah ini, kita menemukan bahawa kehidupan bukan sekadar yang ada di dunia, tetapi juga dalam hati kita, selamanya.

Al-Fatihah 🤍🤲🏻

Jentik Hati

21 Oct, 14:37


Kepada yang nak berubah. Jika kamu ada niat nak berubah. Melangkahlah tanpa henti. Percaya! Allah akan bantu kalian dalam penghijrahan kalian.

Berubahlah dengan mula jaga solat 5waktu, berubahlah dengan mula tutup aurat dan sebagainya. Kerana yang penting perubahan kita itu berterusan. Bukan berubah secara mendadak dan esok lusa turn semula ke lembah jahiliyyah.

Berubah ni kadang-kadang memang perlu kepada paksaan. Paksa diri kita untuk buat kebaikan semampu mungkin.

Bila kita asyik paksa dan paksa nanti keikhlasan dalam mentaati perintah Tuhan itu akan hadir dengan sendirinya. Dan ketika itu bila kita cuba nak kembali kepada diri yang dulunya kita akan rasa tak tenang. Kita rasa seolah jiwa tak tenteram.

Apapun niat itu 'kunci utama'.

Kalau niat kita berubah kerana Allah, hijrah itu akan sampai kepada Allah, kalau niat kita berubah kerana dunia, hijrah kita akan sampai kepada dunia tapi tidak kepada Allah. Dan begitulah sebaliknya.

Kata Nabi SAW:

"Innama a'malu bin niat". Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat.

Sahabat, jom baiki niat kita, cekal serta tabahlah dalam mengharugi tiap ujian yang bakal menyapa.

Semoga tiap yang berubah, berubah kerana Allah, Lillahi Ta'ala. Bukan kerana manusia, mak ayah, kekasih dan sebagaikan. Doakan saya juga ya. Insya Allah kita semua masuk Syurga Allah.

Share andai bermanfaat. 🙂

Jentik Hati

21 Oct, 14:32


Jumpa jugak action figure Vanness & Froggy dari Lawak Kampus. Rare item ni.. Dapatkan sekarang sebelum habis! 😍👉🏻 https://s.shopee.com.my/AKIkgqwBPY

Jentik Hati

21 Oct, 13:43


Hanya pada Allah kita boleh bercerita panjang lebar, tanpa menutupi apapun yang pada manusia kita malu untuk mengungkapkan. Hati ini milik Allah, seberat apapun beban yang kita rasa, serahkanlah pada-Nya. Sebab hanya Dia yang mampu menenangkan kegelisahan dan memberi jalan terbaik bagi setiap hamba-Nya.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

21 Oct, 12:38


Terbaik lah abang ni, tak ada nak marah-marah sebab benda dah jadi. 🤩👏🏻 Terus cari jalan penyelesaian. 👍🏻
.
.
Kredit Video : TT tuan_naza

Jentik Hati

21 Oct, 12:03


Solat itu adalah tiang agama. Tapi bukan setakat laksana je, kena usaha bagi faham maksud setiap ayat kita baca dalam solat. Buku yang patut korang ada untuk belajar/khusyuk dalam solat. 😊👍🏻 Beli sini 👉🏻 https://s.shopee.com.my/4AfxHftIO3

Jentik Hati

21 Oct, 10:47


Hati abang ni lembut sebenarnya.. tu yang mudah menangis walaupun orang luar. 🥺🥹 Didoakan buat abang dan akak semoga dikurniakan rezeki zuriat. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT miela_hanif

Jentik Hati

21 Oct, 09:23


"Me time" ni penting untuk kita sebenarnya. Sebab tu masa yang untuk kita tenangkan diri. Jauhkan diri dari orang sekeliling. Pergi sendiri, jalan sendiri, kemana-mana sendiri, atau melakukan hal lain sendiri.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

21 Oct, 07:47


Lelaki, sabarlah dengan kerenah dan kemarahan wanita yang kau sayang. Walaupun dia mengungkit sesuatu itu bukan dari hati tapi dari emosi yang tidak stabil mereka..

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

21 Oct, 05:07


Nak main kat luar, tapi hujan.. 🥺🥲 Tunggu esok pulak ya dik, kan tak pasal-pasal demam. 😅
.
.
Kredit Video : TT almukhriz

Jentik Hati

19 Oct, 22:50


Gaji RM2,500 sebulan adalah rezeki.
Dapat baca Quran, rezeki.

Anak-anak sihat, rezeki.
Dapat solat berjemaah awal waktu, rezeki.

Kenderaan tak rosak, rezeki.
Sihat kesihatan, rezeki.

Dapat bersama keluarga, rezeki.
Rumah selesa, rezeki.

Boleh tidur nyenyak, rezeki.
Ada kawan-kawan yang baik, rezeki.

Yang penting, syukur.
Alhamdulillah.. 🤲🏻

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

19 Oct, 15:33


Sedikit ujian yang Allah beri tidak terbandingkan dengan nikmat yang dirasai.
Maka nikmat TuhanMu manakah yang hendak kau dustakan?

Bahagia sebenar itu apabila kita mencintai Allah. Bahagia itu bila kita kembali pada Allah. Kita kembali pada Allah, rahmat Allah memenuhi kehidupan kita.

Apabila Allah sayang kita, mudahlah segala-galanya. Apabila Allah kasih kita, hidup kita akan bahagia. Kita taat perintah Allah, hidup kita akan bahagia. Kita memperbaiki amalan hidup kita, kita akan bahagia.

“…Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”
(Surah Al-A’raaf 7:56)

Kredit : imanimex

Jentik Hati

19 Oct, 14:27


Dunia ini adalah persinggahan sementara, dan inilah rumah terakhir kita yang sebenar. Andai ditakdirkan kita meninggal dunia pada malam ini, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya!? 🥺😭
.
Ya Allah, jemputlah kami dalam keadaan taat padaMu. Semoga pengakhiran kita semua nanti adalah baik di sisi Allah SWT, diterima semua amal ibadah kita dan mendapat keampunan serta merupakan pengakhiran yang baik buat kita semua. Aamiin.. 😢🤲
.
.
Kredit Video : TT hazriel41 @iez.mizal_

Jentik Hati

19 Oct, 14:13


Kehidupan kita penuh dengan ujian, tetapi melalui tadabbur Al-Quran kita bukan sahaja belajar menghadapi rintangan, malah menemui kekuatan untuk terus bertahan. Buku "Tahan Dan Tenang Nanti Datang Senang' memberi kita 40 infografik tadabbur yang mengingatkan kita betapa setiap kesulitan ada kemudahan jika kita bersabar dan berserah kepadaNya.

Buku ni tepat untuk sesiapa yang sedang dilanda masalah. ❤️
Dapatkan buku ini sekarang 👇🏻

📖 Buku "Tahan & Tenang Nanti Datang Senang"
https://s.shopee.com.my/9pKenWVIJx

📖 Buku "Tahan & Kekal Tenang Nanti Datang Senang"
https://s.shopee.com.my/AUbgaVv9Xv

Jentik Hati

19 Oct, 13:52


“Banyak betul ujian hidup ni.”

Kita rasa ujian kita tak pernah habis dan ada je kesusahan datang menimpa.

Ingatlah yang Allah janjikan kepada kita satu perkara:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا

“Maka sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan.” (al-Sharh: 5)

Tak cukup sekali.

Allah ulang lagi janji yang sama:

إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرࣰا

“Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan.” (al-Sharh: 6)

Supaya kita tenang dan yakin bahawa selepas kesusahan akan ada kemudahan.

Pertama perasan tak yang Allah guna kata sendi مع yang bermaksud bersama.

Kenapa bukan بعد yang bermaksud selepas?
Bukan ke selepas kesusahan baru ada kemudahan?

Kesusahan dan kesenangan adalah dua perkara yang bertentangan.

Di sini Allah nak bagitahu kita sesuatu. Dengan Dia gunakan kata sendi مع iaitu bersama, nak tunjukkan betapa dekatnya kemudahan selepas kesusahan.

Seolah-olahnya kemudahan itu ada bersama kesusahan ketika sedang ia berlaku.

Kedua. Perhatikan kalimah العسر diulang dua kali dan kalimah يسرا pun diulang dua kali.

Kalimah العسر datang dalam bentuk makrifah (kata nama khas).
Kalimah يسرا datang bentuk dalam nakirah (kata nama am).

Ada beza maksud ke dalam dua bentuk ini?

Ada. Kaedah bahasa Arab sebut:

“Kalau kata nama khas diulang dua kali maka ia adalah satu perkara yang sama.
Kalau kata nama am diulang dua kali ia adalah dua perkara yang berbeza.”

Mungkin belum jelas lagi.

Saya nak teruskan. Baca perlahan-lahan ya.

Kalimah العسر yang diulang dua kali dalam ayat 5 dan 6 itu ialah satu kesusahan yang sama.
Manakala kalimah يسرا yang diulang dua kali dalam ayat yang sama ialah dua kemudahan yang berbeza.

Maksudnya di sini ialah:

Ada satu kesusahan dan dua kemudahan.

Jadi apa yang Allah nak bagitahu kita pada ayat ini:

Setiap kali ada satu kesusahan, sebenarnya akan ada dua kemudahan yang mengiringinya. Satu kesusahan takkan dapat kalahkan dua kemudahan.

Kemudahan itu sebenarnya lebih banyak daripada kesusahan.

Jadi setiap kita kali lalui kepayahan dan kesusahan, ingatlah ayat ini : ‘Bersama’ kesusahan pasti ada kemudahan. Bagi setiap kesusahan, Allah jadikan dua kemudahan yang akan iringinya.

Kredit : Fb Fakhri Fadzli

Jentik Hati

19 Oct, 12:36


Ajaibnya hidup ini dengan "doa". Entah berapa kali, kita berjaya keluar daripada kesusahan kerana doa-doa kita kepada Tuhan.

Walaupun saat diuji, kita merasakan seperti tiada jalan keluar, Allah melorongkan jalan penyelesaian.

Hadapkan wajah kebelakang, dan lihatlah kesusahan yang telah kita lalui. Telah pun ditukar ganti dengan kebahagiaan. Alhamdulillah..

Mungkin sekarang, kita semakin tenggelam dengan kesenangan. Doa-doa itu semakin kita lupakan, sebagaimana lupanya kita kepada Tuhan. Allahuakbar..

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

19 Oct, 10:49


MasyaAllah.. bagus sungguh cikgu. 🥹 Mengajar dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. ❤️🥰 Semoga guru-guru masuk syurga tanpa hisab. Aamiin.. 🤲🏻
.
.
Kredit Video : TT armaddilo_

Jentik Hati

19 Oct, 10:01


Betul lah orang selalu cakap, kalau dah pasang niat nak halalkan hubungan, urusan dipermudahkan.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

19 Oct, 08:21


Nak kenal seseorang, kena berkawan dengan orang tu sendiri. Jangan dengar dari mulut orang lain. "Rumors" can come in 2 ways. Either from someone who can't have them, Or, From someone who don't want you to be close to them.

Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

Jentik Hati

19 Oct, 07:04


Tips bila jumpa anjing, berjoget lah sama-sama dia. 🤭🤣 Confirm lepas ni jadi kawan. 😂
.
.
Kredit Video : TT nrdahliarostam