Diari Muslimah 👑 @queenofsister Channel on Telegram

Diari Muslimah 👑

@queenofsister


Hati ke Hati

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat

( HR Bukhari )

 @Diarimuslimahsharing_bot

Diari Muslimah 👑 (Malay)

Diari Muslimah 👑 adalah sebuah saluran Telegram yang menyediakan ruang untuk perempuan Muslim berkongsi pengalaman, tips, dan inspirasi dalam kehidupan harian. Dengan motto 'Hati ke Hati ❤️', saluran ini bertujuan untuk menyokong, memberi motivasi, dan menghubungkan sesama Muslimah di seluruh dunia. Dengan mengutip perkataan Rasulullah SAW, 'Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat', Diari Muslimah 👑 mendorong ahli saluran untuk berkongsi pengetahuan agama dan pengalaman mereka dalam memperkukuhkan iman dan kehidupan sehari-hari. Jadi, jika anda mencari tempat untuk mendapatkan inspirasi, bimbingan, dan sokongan dari komuniti Muslimah, sertai Diari Muslimah 👑 sekarang melalui @queenofsister. Sampaikan kebaikan dan berikan manfaat kepada yang lain melalui saluran ini!

Diari Muslimah 👑

23 Jan, 01:09


Dalam Quran ada menyebut:

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ اَجَلٌۚ فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ

Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.

* Surah Al A'raf *

Diari Muslimah 👑

23 Jan, 01:07


Salah satu sebab kenapa kita perlu bertaubat kerana kita tidak tahu bila saat ajal kita akan tiba.

Boleh jadi, selepas beberapa minit.
Boleh jadi juga, selepas beberapa jam.
Ataupun boleh juga ajal kita tiba beberapa bulan kemudian.

Kita tidak tahu, sama ada ajal kita akan tiba cepat ataupun lambat.

Diari Muslimah 👑

23 Jan, 00:41


Bertaubat bermaksud KEMBALI MENTAATI Allah SWT setelah melakukan dosa.

Diari Muslimah 👑

23 Jan, 00:40


وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ (١٣٣) الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ (١٣٤)‌
وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللّٰهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ(١٣٥)
اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا ۗ وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ(١٣٦)

133. Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa

134. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,

135. dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.


136. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal.

*Ali Imran: 133 - 136*

Diari Muslimah 👑

23 Jan, 00:10


。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH SWT
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Diari Muslimah 👑

20 Jan, 05:05


Korang kuat tau,
Moga sesiapa yang sedang ada masalah, moga Allah berikan kemudahan untuk korang.

Moga sesiapa yang sedang bjuang melawat sakit, moga Allah berikan korang kekuatan dan kesihatan.

Diari Muslimah 👑

20 Jan, 00:34


Moga semuanya baik-baik saja.

Diari Muslimah 👑

20 Jan, 00:34


Macam mana dengan hari- hari korang? Ok tak?

Diari Muslimah 👑

19 Jan, 13:59


Assalamualaikum korang

Diari Muslimah 👑

19 Jan, 04:36


Selamat bercuti memandang dah masuk musim cuti sekolah kan?

Diari Muslimah 👑

18 Jan, 23:18


Jaga solat. Ia umpama nyawa bagi agama seorang Muslim.

-Ustad Wadi Annuar-

Diari Muslimah 👑

16 Jan, 23:45


Kelebihan Berselawat

Daripada Abdullah bin 'Amr RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: "Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat."

[HR Muslim]

#ustazwadiannuar

Diari Muslimah 👑

15 Jan, 02:07


DO IT BEFORE ITS TOO LATE

1. Pastikan SOLAT DULU baru buat benda lain

2. Lepas solat, BACA QURAN ~ 2 MUKA SURAT ATAUPUN LEBIH

3. Pastikan TUTUP AURAT sebelum keluar Rumah

4. CARI MASA untuk DENGAR ceramah/tazkirah ~min 5 minit

5. Sebelum tidur, BACA ALMULK DULU

6. PALING PENTING!

TINGGALKAN MAKSIAT DAN DOSA YANG SERING KITA BUAT

7.PADAM APPS YANG TIDAK PENTING

8. PERBANYAKKAN zikir dan selawat ~min 100x

9. JAGA MULUT DAN TANGAN, JANGAN menyakiti orang lain

10.JANGAN SIBUK HAL ORANG LAIN, JANGAN MENGUMPAT DAN JANGAN HINA ORANG LAIN

--fay--

Diari Muslimah 👑

14 Jan, 13:20


Assalamualaikum, just mau share benda ni. Maybe korang bole buat juga..


Ataupun korang bole bagi sebarang cadangan ataupun topik yang mau dikongsikan @Diarimuslimahsharing_bot

Diari Muslimah 👑

07 Jan, 15:29


Doakan saya,
Saya pasti akan mendoakan kalian sahabat Diari Muslimah ❤️

Diari Muslimah 👑

07 Jan, 15:28


Pendek kata, moga di tahun 2025 ini misi utama kita adalah lebih di utamakan dengan hubungan baik dengan Allah dulu, setelah itu barulah manusia. Kemudian, hubungan baik dengan haiwan.


Ada yang kata, saya tak suka dengan haiwan. Ya, betul akan ada yang takut dengan haiwan yang tertentu. Contohnya, saya takut dengan kucing.

Tapi bukan dengan itu, kita jadikan alasan untuk berbuat jahat bahkan kejam dengan mereka. Kan?

Diari Muslimah 👑

07 Jan, 15:26


Jika dulu masa yang kita punya sering kita buang-buang dengan perkara yang tidak baik.

Moga ditahun ini, masa yang kita punya ini kita lakukan hal yang lebih baik seperti mendengar kuliah ataupun tazkirah. Bahkan perbanyakkan selawat dan juga zikir.

Diari Muslimah 👑

07 Jan, 15:24


Kalau dulu Auratnya masih tidak mencapai tahap yang sempurna,.

Moga ditahun ini, Aurat sudah di usahakan untuk jadi yg lebih sempurna ❤️

Diari Muslimah 👑

07 Jan, 00:07


Bacaan Quran,

Kalau dulu bacaan Quran nya, mungkin sekali seminggu ataupun dalam sehari 1 muka surat.

Moga ditahun ini, kita usahakn untuk baca 2 ataupun lebih muka surat. Dan alangkah baiknya jika kita khatam Quran setiap bulan.

Diari Muslimah 👑

07 Jan, 00:05


Bermula daripada SOLAT.

Kalau ditahun 2024, solatnya banyak yang dibiarkan terlepas.

Moga di tahun ini, solatnya juga turut di usahakan untuk full.

Diari Muslimah 👑

05 Jan, 15:21


Banyak benda yang perlu di buat untuk diri sendiri. Mahu ataupun tak, kena paksakan diri untuk lebih tegas dengan diri sendiri.

Diari Muslimah 👑

05 Jan, 15:20


Kalau ditanya tentang azam untuk 2025?

Diari Muslimah 👑

05 Jan, 15:19


For me, so far so good.

Diari Muslimah 👑

05 Jan, 15:18


So macam mana hari-hari korang?

Diari Muslimah 👑

05 Jan, 15:18


Page 5 of 365

Diari Muslimah 👑

31 Dec, 16:06


Bagi sesiapa yang telah berkahwin, moga diberikan kebahagiaan dunia akhirat.

Bagi sesiapa yang telah pun bertunang, moga dipermudahkan urusan korang untuk ke tahap yg selanjutnya.

Moga sesiapa yang belum bertemu jodoh, moga Allah berikan jodoh yang terbaik buat saya dan juga kalian ❤️

Diari Muslimah 👑

31 Dec, 16:04


Moga di tahun yang baru ini,

Kita semua diberikan kesihatan yang baik,
Untuk sesiapa yang sakit, moga Allah berikan kesembuhan.
Moga kita semua diberikan kebahagiaan dunia akhirat.

Diari Muslimah 👑

31 Dec, 16:02


Mungkin di tahun yang lalu,
Pelbagai hal yang kita lalui.

Ada sedih,
Ada suka,
Ada happy,
Ada kecewa,
Ada juga yang putus asa.

Tapi percaya lah setiap yang kita lalui ini akan membentuk siapa kita saat ini. Kan?

Diari Muslimah 👑

31 Dec, 16:01


Hari demi hari.

Diari Muslimah 👑

31 Dec, 16:01


Moga ditahun yang baru ini, kita semua dapat menjadi yang lebih baik lagi.

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 12:39


Boleh jadi yang dimaksudkan dengan mulut adalah kerana lisannya. Boleh jadi juga yang dimaksudkan dengan mulut adalah perutnya, kerana perut adalah sumbernya.

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 12:37


Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu masuk Syurga? Baginda menjawab,

"Taqwa kepada Allah dan berbudi pekerti mulia "

Ketika baginda ditanya tentang sesuatu yang paling menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam Neraka, Baginda menjawab

"2 lubang iaitu, mulut dan kemaluan."

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 12:24


Qabqab adalah perut, dzabdzab adalah kemaluan dan laqlaq adalah lisan. Kebanyakan manusia akan binasa dengan 3 syahwat ini.

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 12:23


Dalam sabda beliau yang lain,
"Barangsiapa yang menghindari kejahatan qabqab-nya, dzabdzab-nya dan laqlaq-nya, berarti ia telah menghindari semua kejahatan."

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 12:04


Diriwayatkan oleh Sahal ibn Saad as Saidi bahawa Rasululah SAW berkata,

"Barangsiapa yang menjaga diantara janggut dan kumisnya (Mulut) dan diantara kedua-dua kakinya (Kemaluan) maka Allah akan menjamin Syurga baginya."

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:59


Uqbah ibn Amir berkata, Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW

"Ya Rasulullah apakah keselamatan itu? Baginda menjawab, "Tahanlah lisanmu dan hendaknya rumah mu itu menyenangkan kerana zikir dan menangislah atas kesalahanmu kerana menyesal."

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:55


Daripada Ibn Sufian, bahawa ayahnya berkata ,

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW , "Wahai Rasulullah beritahukanlah kepadaku tentang Islam sesuatu yang aku tidak akan bertanya lagi kepada seseorang pun sesudah Engkau. Maka beliau berkta 'Katakanlah Aku beriman kepada Allah dan istiqomahlah!'" Kemudian ayah Ibn Sufian bertanya lagi, "Apakah gerangan yang harus aku pelihara?" Rasulullah SAW lantas menunjukkan lisannya dengan tangannya."

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:46


Maksudnya dia itu adalah kebijaksanaan dan keteguhan.

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:45


Oleh sebab itulah agama memuji sikap diam dan menganjurkannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

من صمت نجا
"Barangsiapa yang diam, nescaya dia akan selamat."

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:37


Tidak ada yang mampu terlepas darinya kecuali diam.

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:36


Hakikat lisan ni seperti anggota badan yang lain. Ia nampak biasa namun akan terlihat bahaya bila mengeluarkan kata-kata.

Diari Muslimah 👑

25 Dec, 11:19


。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
KEUTAMAAN DIAM

By: IMAM AL GHAZALI
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Diari Muslimah 👑

22 Dec, 13:26


Dua solat yang paling susah untuk dijaga oleh orang munafik adalah solat Isya dan solat Subuh.

#ustazwadiannuar

Diari Muslimah 👑

19 Dec, 15:11


Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala perintahnya dan saya akhiri dengan doa:

 اللَّهُمَّ آتِ نُفُوْسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah ketakwaan pada jiwa kami, dan bersihkanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang dapat membersihkannya. Engkaulah Pelindung dan Tuan kepadanya.”

Diari Muslimah 👑

19 Dec, 15:10


Ada laporan yang diterima daripada Abu Qasim al Junaid, beliau berkata "Malu adalah percantuman antara melihat pelbagai nikmat yang diberikan oleh Allah dan melihat kelemahan diri sendiri. Kemudian tumbuhlah sifat malu di antara dua keadaan itu."

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 01:20


❤️

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:39


Salah satu ketenangan yang kita semua akan dapat adalah apabila kita sudah melakukan yang Allah perintahkan.

Rasa tenang tu hanya ada ketika kita sudah melakukan hal-hal yang Allah cintai.

Kan?

Contohnya,

Solat. Bahkan ketika membaca Quran.

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:35


Hidup sebagai seorang muslim, merupakan hal yang hebat dalam hidup saya.

Sebab apa?

Dalam islam boleh saja buat apapun tapi ada batas,
Begitu juga nak bergembira kena ada batas,
Nak bersosial dalam hidup pun boleh tapi ada batas yang perlu kita buat.

Sebab apa?

Manusia mungkin akan jadi gila bila melakukan semua hal tanpa batas.

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:31


Begini,

Hidup ni tidak ada nilainya jika kita hidup seperti yang kita mahukan.

Enjoy sana sini,
Nak buat apapun, semua dbuat.
Bergembira tanpa batas,

24 jam yang kita punya, kita gunakan bebas nak buat apa.

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:28


Sedikit tambahan dari saya boleh kan?

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:25


Moga bermanfaat :)

Minta maaf sebab lambat post

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:20


3 KAEDAH

1. Mempelajari ilmu agama bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.
2. Merenungi tanda-tanda kebesaran Allah yang ada di sekeliling kita (makrifatullah).
3. Berusaha keras melakukan amal perbuatan yang baik secara ikhlas.

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:19


Manusia adalah makhluk yang sering lalai dan alpa. Kerana itu juga graf keimanan boleh jadi turun dan naik.

Bagi memastikan iman terus kekal kepada kedudukannya yang terbaik, serta bagi meningkatkan keimanan diri, berikut adalah 3 kaedah yang bole kita amalkan.

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:16


SEDIKIT TAMBAHAN:

(Yang saya dapat daripada sumber yang lain dan boleh memberikan kita panduan untuk meningkatkan iman kita semua)

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:14


Dalam riwayat Abu Hurairah R.A pula, Rasulullah SAW bersabda:

الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ

Maksudnya:

 “Iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Yang paling afdhalnya ialah ucapan ‘لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ’ dan yang paling rendahnya adalah membuang apa yang menyakitkan dari jalan. Dan malu itu sebahagian daripada iman.”

(Riwayat Muslim)

Diari Muslimah 👑

18 Nov, 00:09


Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَدْخُلُ أَهْلُ الجَنَّةِ الجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ، ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَـلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ. فَـــيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَـيُلْقَوْنَ فِي نَـهَرِ الحَيَا، أَوِ الحَيَاةِ – شَكَّ مَالِكٌ – فَـيَنْبُتُونَ كَمَا تَــــــنْـبُتُ الحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَـرَ أَنَّـهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً.
قَالَ وُهَيْبٌ: حَدَّثَـــنَا عَمْرٌو: الحَيَاةِ، وَقَالَ: خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ

Maksudnya: “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka.” Kemudian Allah SWT berfirman: ‘Keluarkan dari neraka sesiapa yang ada di dalam hatinya iman walaupun hanya sebesar biji sawi.’ Maka mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hitam legam lalu dicampakkan ke dalam sungai daripada titisan hujan atau sungai kehidupan – Malik ragu (tidak pasti yang mana satu daripada dua perkataan tadi telah disebutkan oleh perawi) – Lalu mereka tumbuh seperti tumbuhnya biji benih di pinggir tebing selepas surutnya banjir. Tidakkah engkau melihat bagaimana biji-biji benih itu keluar dalam keadaan warna kekuningan dan subur?”

Wuhaib berkata: ‘Amr menyampaikan kepada kami perkataan ‘الحياة’ (sungai kehidupan) dan berkata ‘خَرْدَلٍ مِنْ خَير’ (kebaikan seberat biji sawi) pada tempat ‘خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ’.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:59


Manakala berdasarkan al-Sunnah pula, sebagaimana Rasulullah SAW menyifatkan iman itu ada yang paling afdhal dan ada juga yang paling rendah, ada juga yang diumpamakan seperti biji sawi untuk menggambarkan sedikitnya nilai keimanan pada hati seseorang itu.

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:58


Dan juga firman Allah SWT:

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

(Surah al-Anfal: 2)

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:57


Dalam Quran ada menyebut;

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا۟ لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

Maksudnya: “Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: ‘Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya.’ Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: ‘Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)’.”

(Surah Ali ‘Imran: 173)

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:56


Iman itu seperti kata Imam Ahmad bin Hanbal, bukan sekadar i‘tiqad, bahkan termasuk ucapan dan juga perbuatan, Iman ini boleh bertambah dan juga berkurang.

Usul al-Sunnah )

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:55


Ibn ‘Abd al-Bar dalam kitabnya al-Tamhid berkata: “Iman menurut ulama’ Ahlus Sunnah di mana mereka adalah Ahlul Athar daripada ulama fiqh dan hadith, – mereka telah bersepakat, iman itu perkataan dan perbuatan dan tidak ada amalan kecuali dengan niat.

Iman menurut Ahlus Sunnah bertambah dengan ketaatan dan berkurang kerana maksiat. Segala ketaatan termasuk bahagian daripada iman.”

al-Tamhid, 9/238)

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:54


Imam Ahmad berkata: “Iman adalah perkataan dan amalan, boleh bertambah dan berkurang. ( al-Sunnah, 1/207)

Imam al-Bukhari dalam awal kitab sahihnya menyebut bahawa: “Iman itu perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang.”

Kemudian beliau berkata lagi: “Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah sebahagian daripada iman.”

Sahih al-Bukhari )

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 23:52


Iman pada bahasa ialah al-tasdiq (membenarkan).

Menurut Ibn Manzur, pengertian ini (al-tasdiq) telah disepakati oleh majoriti ilmuan Islam, seperti al-Asfahani, al-Qadhi Iyadh dan al-Tabari juga bersependapat bahawa makna iman dari sudut bahasa ialah membenarkan.

Hal ini juga seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir bahawa iman pada bahasa ialah membenarkan atau semata-mata membenarkan.

Lisan al-’Arab, 3/141; Mufradat Alfaz al-Quran, )

Diari Muslimah 👑

17 Nov, 10:49


。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

By: MAB
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Diari Muslimah 👑

03 Nov, 15:02


Dari dulu sampailah sekarang masih ada rasa yang sama iaitu apabila dekat dengan orang tua, dunia akan baik-baik saja.


Tapi bila mak ayak duk jauh, hidup ni rasa kosong.
Rasa masih perlukan mereka walaupun sudah sebesar ini.

Selalu doa macam ni,

Ya Rabb, berikan aku pekerjaan yang dekat dengan kedua orang tua ku. Aku ingin menjaga mereka dan aku ingin berada dekat dengan mereka. Bantu aku untuk bahagiakan mereka. Jadikan aku anak yang berbaikti untuk mereka."

Jadi kemarin bila balik lawat mereka satu benda yang saya sesali adalah masa. Masa sentiasa jadi terlalu cepat apabila bersama mereka dan masa sentiasa berasa tidak cukup apabila bersama dengan mereka.

Sebelum balik tadi, request 1 benda dengan mak

"Mak, bole tak mak masakkan telur dadar? Rindu dengan masakan mak. Lama sudah tak rasa masakan mama."

Masakan mak sentiasa menjadi kegemaran untuk saya walau apapun ia masak bahkan telur dadar sekalipun. Ia tetap menjadi masakan yang tersedap untuk saya.

Ayah pula,
Sentiasa menjadi tempat nasihat.

Rindu mak dan ayah ❤️

Moga ibu bapa kita diberikan ganjaran syurga tanpa hisab

-Fay-

Diari Muslimah 👑

03 Nov, 12:42


Dear muslimah, take note

Diari Muslimah 👑

02 Nov, 12:34


Bersyukurlah atas segala
Apa yang kita dapatkan
Karena semuanya begitu indah
Bersabarlah atas segala
Musibah yang menghampiri
Karena semuanya tak akan lama
Sedih sementara
Bahagia sementara
Sakit sementara
Sehat sementara
Miskin sementara
Kaya pun sementara
Dunia sementara
Akhirat slama lamanya
Berharaplah hanya kepada
Allah yang maha segalanya
Yakinkan hati hanya kepadanya
Dunia ini tempat meninggal
Bukanlah tempat kita tinggal
Kita semua akan kembali padanya
Sedih sementara
Bahagia sementara
Sakit sementara
Sehat sementara
Cantik sementara
Tampan pun sementara
Dunia sementara
Akhirat slama lamanya
Cantik sementara
Bahagia sementara
Sakit sementara
Sehat sementara
Miskin sementara
Kaya pun sementara
Dunia sementara
Akhirat slama lamanya

Diari Muslimah 👑

02 Nov, 12:34


Di antara banyaknya lagu,
Salah satu fav yang saya suka dan senang untuk dengar adalah lagu Dunia sementara akhirat selamanya.


Dan lirik lagu pun ada mesej yang mau disampaikan.

Diari Muslimah 👑

28 Oct, 13:34


"kenapa memilih untuk tidak terima sesiapa ataupun mencuba untuk mencari?"

Sebab ia bukan sesuatu yang mudah.
Kalau pilih baju pun, kadang bole menjadi lebih rumit dari yang dibayangkan.

Nampak cantik pada pandangan, tapi tidak sesuai dengan saiz yang ada.

Cantik dan saiz pun ada juga,
Tapi baju tu tidak selesa bila dipakai.

Begitu juga dalam memilih ataupun menerima seseorang.

Banyak benda yang difikirkan,
Bukan sekadar tanggungjawab sahaja,
Tapi banyak hal yang menakutkan buat saya.

Agama kata,
Pilihlah seseorang yang beragama. Tapi tidak semua yang punya pengetahuan agama akan praktikkan apa yang dimilikinya.

Susah dan menakutkan.
Ia tidak semudah ABC ya.

Kata mak,
Jangan terburu-buru dalam mencari.
Jangan asal terima sahaja sebab tengok kawan yang lain dah pun berumahtangga.

Mahukan seseorang yang boleh membimbing bahkan bole menjadi imam dalam setiap solat. Malah ia bole menerima setiap keburukan, kelemahan dan kebaikan dalam diri.

Bahkan bertanggungjawab dalam setiap hal, jujur, setia, tidak baran, boleh di ajak berbincang dan banyak lagi.

Paling diinginkan adalah keluarganya juga bole menerima seperti mana keluarga mereka sendiri.

Moga kita semua diberikan pasangan yang terbaik menurutNya.

-Fay-

Diari Muslimah 👑

15 Oct, 14:13


Dear muslimah

Diari Muslimah 👑

13 Sep, 12:21


Salah satu hal yang membanggakan bila nampak budak-budak kecil berlari untuk pergi ke masjid.

"Ya Rabb, berikanlah mereka kerajinan dan semangat untuk menunaikan kewajiban yang Engkau perintahkan"

Diari Muslimah 👑

04 Sep, 23:27


CARA MEMBERSIHKAN HATI ❤️