Cinta Syria Malaysia @cintasyriamalaysia Channel on Telegram

Cinta Syria Malaysia

@cintasyriamalaysia


Inisiatif team Cinta Syria Malaysia untuk memberi mesej kemanusiaan dan kesukarelawanan. Kami kongsikan juga info projek dan berita semasa berkaitan Syria.

Cinta Syria Malaysia (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Cinta Syria Malaysia! Kami adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memberikan mesej kemanusiaan dan kesukarelawanan kepada masyarakat Malaysia. Saluran ini juga merupakan platform di mana kami berkongsi informasi mengenai projek-projek yang kami jalankan serta berita semasa yang berkaitan dengan keadaan di Syria. nnKami bertekad untuk membawa kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan untuk membantu saudara-saudara kita di Syria yang sedang menghadapi cabaran besar. Melalui saluran ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk turut serta dalam usaha kemanusiaan kita

Kami menerima sumbangan dari masyarakat untuk membantu rakyat Syria yang memerlukan bantuan. Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan dengan telus dan cermat untuk membantu mereka yang memerlukan. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan yang positif dalam kehidupan orang lain

Jadi, jom sertai kami di saluran Telegram Cinta Syria Malaysia dan bantu kami menyebarkan kasih sayang dan keamanan ke jauh sana di Syria. Bersama kita boleh memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan! Terima kasih kerana menyokong inisiatif kemanusiaan kami.

Cinta Syria Malaysia

14 Nov, 16:09


Akhbar zionis "Israel Today" mengulas mengenai serangan hendap di sempadan selatan Lubnan semalam, yang mengakibatkan 6 askar zionis terbunuh dan 1 cedera dari Briged Golani:

"Sekali lagi, satu pukulan dahsyat. Pertama, berita tentang satu peristiwa di selatan Lubnan; kemudian kamu mengetahui ada korban, kemudian kamu mengetahui jumlahnya, dan akhirnya, kamu mendapati ia adalah Briged Golani."

"Tanah Lubnan telah menjadi tepu dengan darah generasi pejuang Golani."

"Perjalanan kesedihan ini, berliku-liku melalui keluarga, rumah dan penempatan, menimbulkan beberapa pemikiran, dengan yang pertama, jelas ialah: Berapa lama lagi perkara ini akan berterusan?"

"Terdapat jurang antara pengisytiharan kemenangan dan realiti di lapangan, diserlahkan oleh peristiwa ini."

Cinta Syria Malaysia

14 Nov, 14:21


Serangan udara Israel menyasarkan sekolah Salahuddin di barat laut bandar Gaza.

Cinta Syria Malaysia

14 Nov, 09:13


Video yang sedang tular ketika ini.

Serangan udara dahsyat oleh Israel laknatullah ke atas kem di kawasan Mawasi Khan Younis, selatan Gaza.

Cinta Syria Malaysia

14 Nov, 02:01


Beberapa kumpulan bantuan antarabangsa melaporkan bahawa Israel gagal memenuhi permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan yang lebih besar ke Gaza.

Bulan lalu, AS memberikan tempoh 30 hari kepada Israel untuk meningkatkan secara signifikan jumlah bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke Gaza, dengan tarikh akhir berakhir pada hari Selasa.

“Israel bukan sahaja gagal memenuhi kriteria AS yang menunjukkan sokongan terhadap usaha bantuan kemanusiaan, tetapi pada masa yang sama melakukan tindakan yang memburukkan lagi keadaan di lapangan, terutama di utara Gaza,” kata laporan itu.

“Keadaan tersebut kini berada dalam keadaan yang lebih teruk berbanding sebulan lalu.”

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Cinta Syria Malaysia

12 Nov, 15:56


Terkini!

Dua ekor zionis, yang dikenal pasti sebagai anggota simpanan untuk penempatan “Nahariyya,” telah disahkan mati selepas roket Hizbullah menghentam bangunan di penempatan itu.

Bangunan yang terkena roket terbakar, menurut media zionis.

Cinta Syria Malaysia

12 Nov, 04:53


Gambar 🔞

Ketika ini, pada waktu subuh, IOF meneruskan pencerobohannya di Semenanjung Gaza, selepas melakukan pembunuhan beramai-ramai di rumah keluarga Shabat di Beit Hanoun, utara Semenanjung #Gaza, di mana tiada ambulans atau pertahanan awam.

Rumah keluarga Al-Kafarna turut menjadi sasaran di Beit Hanoun.

Dalam sejam terakhir, tembakan artileri IOF menyasarkan ke utara dan barat kem Nusseirat di tengah Semenanjung #Gaza, serta Tal Al-Hawa, selatan Bandar Gaza. Serangan udara menyasarkan rumah keluarga Abu Odeh di Nusseirat, mengakibatkan sejumlah syahid dan cedera.

Seorang syahid dan 4 cedera turut dilaporkan di rumah keluarga Al-Amsi di Jalan Jalaa, barat Kota Gaza, manakala IOF sedang merobohkan bangunan di Jabalia.

Cinta Syria Malaysia

12 Nov, 03:38


Bekas askar IDF, Daniel Norber menjadi Republikan pertama yang dipilih ke kerusi Long Island dalam lebih 50 tahun.

Cinta Syria Malaysia

12 Nov, 02:29


IOF telah memusnahkan lebih daripada 37 bandar di selatan Lubnan, dengan lebih 40,000 unit rumah hancur sepenuhnya.

Menurut data satelit, kira-kira 25% daripada semua bangunan di selatan Lubnan telah musnah atau rosak oleh IOF.

Video yang dilampirkan, antara lain yang dikongsi dengan bangga oleh askar IOF, menunjukkan detik ketika penjajah meletupkan seluruh kawasan kejiranan di dalam kampung termasuk Muhaibib (video 4), Meis Al-Jabal (video 5), ​​Odaisseh (video 7), Houla (video 10) dan banyak lagi.

Kemusnahan ini menjangkau kawasan sedalam tiga kilometer, memanjang dari Naqoura hingga ke pinggir Khiam.

Video dan gambar ini bukan dikongsi untuk menunjukkan putus asa atau kekalahan tetapi dengan kebanggaan, mencerminkan pengorbanan, ketabahan yang tidak berbelah bahagi, dan dedikasi kepada tujuan mulia tidak kira harganya. Mereka menunjukkan keikhlasan, kasih sayang, dan kesetiaan: "Dalam menyokong rakyat Palestin yang tabah di Semenanjung Gaza, menyokong pejuang berani dan terhormat mereka dalam mempertahankan Lubnan."

Di sebalik semua kemusnahan, perpindahan, dan serangan berterusan ke atas rakyat, pejuang enggan tunduk kepada musuh dan menegakkan janji pemimpin mereka yang syahid, Sayyed Hassan Nasrallah.

Cinta Syria Malaysia

12 Nov, 01:46


HARI TERAKHIR PENDAFTARAN ‼️
———
Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah.

Mari sertai kami dalam persidangan sulung anjuran Cinta Syria Malaysia dengan kerjasama MyAqsa Defenders sempena ulang tahun ke-10 CSM!

Dengan tema “Merealisasikan Hak Asasi Manusia Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”, persidangan ini menjadi platform penting untuk kita bincangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, khususnya cabaran komuniti pelarian di Malaysia.

Kami juga akan disertai oleh rakan-rakan NGO, ahli akademik, korporat, pemimpin komuniti, dan ‘influencer’ yang sudah lama bergiat aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.

Tandakan tarikh ini dalam kalendar kalian: 13 November 2024

Ayuh, bersama-sama kita pastikan perjuangan kemanusiaan ini terus bergerak ke hadapan. Langkah kecil anda hari ini boleh membawa perubahan besar pada hari esok.

Daftar sekarang melalui link bit.ly/persidangancsm

Jangan lepaskan peluang!

#salamkemanusiaan

Cinta Syria Malaysia

11 Nov, 10:50


Dua hari sahaja lagi!

Tentatif Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah

Kami bawakan khas untuk anda persidangan penuh inspirasi bertemakan “Merealisasikan Hak Asasi Manusia dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”. Jangan lepaskan peluang untuk bersama barisan pakar dalam perbincangan isu-isu kemanusiaan, hak asasi, serta pendidikan untuk golongan pelarian.

Tarikh: 13 Nov 2024
Masa: 8:30 AM - 5:30 PM
Lokasi: Auditorium Rashdan Baba, UPM Serdang Selangor.

Rancang masa anda dan sertai kami dalam pelbagai sesi bermanfaat, termasuk:
Forum bersama pakar
Pembentangan projek pendidikan
Ucapan inspirasi dari tokoh-tokoh kemanusiaan

Daftar sekarang di: bit.ly/persidangancsm

Ayuh, bersama kita memperjuangkan #SalamKemanusiaan dan membawa perubahan untuk dunia yang lebih baik!

Cinta Syria Malaysia

11 Nov, 08:00


Sumbangan Air Cooler Untuk Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia

Ada yang sudi bantu kami untuk beli 2 buah air cooler untuk kegunaan anak-anak di Sekolah KITA?

Kami selalu buat aktiviti di ruangan gabungan kelas-kelas belajar. Kami memang sengaja buat dinding boleh lipat untuk tujuan aktiviti yang perlu penglibatan semua pelajar.

Cuma, apabila kesemua 75 pelajar bersama guru berkumpul, pengudaraan di dalam ruang tidak selesa.

Baki Sumbangan : RM 775

Sumbangan setakat 4PM : RM 125

Cinta Syria Malaysia

11 Nov, 06:31


Sa'do Ali Abbas, 62 tahun baru-baru ini dibebaskan oleh tentera Israel di selatan Gaza selepas ditahan dalam keadaan cedera semasa serangan terbaru di Jabalia, utara Jalur Gaza.

Kini, beliau sedang menerima rawatan di Hospital Eropah di Khan Younis dan tidak mengetahui di mana keluarganya berada.

Cinta Syria Malaysia

11 Nov, 06:02


Tiga petugas perubatan dari Pihak Berkuasa Kesihatan Islam, Mohammad Aboud, Hussein Aboud, dan Hassan Dabbous —telah dibunuh dalam serangan udara oleh pesawat perang Israel di bandar Adloun, selatan Lebanon semalam.

Cinta Syria Malaysia

11 Nov, 05:32


Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mendakwa telah menyerang 15 askar Israel dengan roket antikereta kebal sebelum 'menghabiskan' mereka menggunakan bom tangan dan senjata ringan pada jarak dekat di Beit Lahiya, utara Gaza. Tiada komen diberikan oleh tentera Israel.

Sejak pencerobohan darat ke Gaza bermula pada Oktober 2023, sekurang-kurangnya 370 askar Israel telah dilaporkan terbunuh. Tentera Israel mendakwa telah membunuh sekitar 18,000 pejuang Palestin.

Cinta Syria Malaysia

09 Nov, 14:02


Allah, alhamdulillah seronoknya hari ni apabila satu lagi cita-cita saya tercapai.

Cita-cita nak memperkenalkan dan membawa minyak zaitun P terpaaaalung asli mendoniaa.

Saya boleh je jadi duta minyak zaitun sedia ada tapi bab berniaga ni saya cerewet sikit. Kalau nak jual dan claim barang tu baik, saya kena tahu sumbernya betul-betul dari mana dan kena jadi pengguna tegar terlebih dahulu.

Minyak zaitun ni memang makanan harian orang P. Semasa di G, setiap kali saya cerita tentang khasiatnya, orang akan tanya nak dapatkan di mana.

Hari ni alhamdulillah, dengan jenama sendiri 'Turath' yang bermakna warisan, kami berjaya hasilkan 500 botol pertama untuk kalian. Memang terhad sebab tak senang nak dapat kualiti ini di ladang kawasan Nablus di Tebing Barat sana.

Harganya RM110 sebotol untuk botol 500ml.

Mahal ke? Untuk yang biasa beli minyak zaitun dan tahu khasiatnya, agak murah kami letakkan harga pengenalan ini. Ni minyak extra virgin P tau, tak boleh banding dengan minyak zaitun Spain, negara lain atau yang perahan kedua dan ketiga.

Kalau kalian nak dapatkan boleh klik sini ezy.la/PalestinOliveOil

Terima kasih support bisnes kecil-kecilan kami, sambil bantu kami kita bantu juga perkasakan ekonomi orang tempatan di sana.

500 botol minyak zaitun P, up for grabs! 1, 2, 3 klik ezy.la/PalestinOliveOil go!

Cinta Syria Malaysia

09 Nov, 04:26


Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk mendaftar!

Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah.

Mari sertai kami dalam persidangan sulung anjuran Cinta Syria Malaysia sempena ulang tahun ke-10 kami! 

Dengan tema “Merealisasikan Hak Asasi Manusia Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”, persidangan ini menjadi platform penting untuk kita bincangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, khususnya cabaran komuniti pelarian di Malaysia.

Kami juga akan disertai oleh rakan-rakan NGO, ahli akademik, korporat, pemimpin komuniti, dan ‘influencer’ yang sudah lama bergiat aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.

Tandakan tarikh ini dalam kalendar kalian: 13 November 2024

Ayuh, bersama-sama kita pastikan perjuangan kemanusiaan ini terus bergerak ke hadapan. Langkah kecil anda hari ini boleh membawa perubahan besar pada hari esok.

Daftar sekarang melalui link bit.ly/persidangancsm

Jangan lepaskan peluang!

#salamkemanusiaan

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 23:26


Berkecai!

Dari telegram rasmi Briged Al-Qassam:

Saksikan pejuang mensasarkan kereta kebal zionis Merkava di sekitar kawasan Al-Khazindar barat laut Bandar Gaza.
Taufan Al-Aqsa.

Terjemahan:
0:15 - “[Kami] sedang menyediakan alat letupan Shawaz berimpak tinggi untuk memusnahkan kenderaan musuh.”
0:26 - "Tiada kekuatan selain Allah, Ya Allah, Ya Tuhan, lindungilah para pejuang."
0:49 - Pengalihan kenderaan musuh selepas disasarkan.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 23:09


Penyokong kelab bola sepak Maccabi Tel Aviv yang 'trauma' tiba di lapangan terbang Ben Gurion, Israel dari Amsterdam menyanyi:

Ole ole, ole ole ole.
Biarkan IDF menang & f orang Arab.
Ole ole, ole ole ole.
Kenapa ada sekolah di Gaza?
Tiada kanak-kanak lagi di sana!”

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 12:48


Pasukan penjajah Israel dengan kejam menyerang seorang pemuda Palestin ketika dia sedang solat di luar tembok kota lama Baitulmaqdis.

IOF tidak membenarkan kemasukan jemaah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Al Aqsa.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 12:23


Kartun yang tertulis:

Kayu Sinwar di Amsterdam.

Baik punya sindir 😂

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 12:13


Radio Tentera Israel:

Hubungan masih terputus dengan 3 warga Israel di Amsterdam, Belanda.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 12:10


Menteri Pertahanan Israel yang baharu, Yisrael Katz:

"Sama seperti yang saya nyatakan semasa saya menjadi Menteri Luar Negeri bahawa matlamat pertama ialah pemulangan tahanan - dan di sini juga, sebagai Menteri Pertahanan, saya meletakkan matlamat pemulangan tahanan di bahagian atas senarai keutamaan."

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 12:01


Ratusan rakyat Gaza cuba mendapatkan makanan melalui trak bantuan berikutan kebuluran yang berlaku di utara Gaza.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 10:05


Terkini!

Media Israel melaporkan bahawa jumlah zionis hilang di Amsterdam kini meningkat kepada 7, meningkat daripada 3 yang diumumkan sebelum ini.

Dianggarkan 10-20 rakyat Israel telah cedera dalam pertempuran di sana.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam apabila pergaduhan meletus selepas penyokong Israel mula membakar bendera Palestin dan melaungkan kata kata rasict kepada orang Arab sebelum dan selepas perlawanan bola sepak di mana pasukan Israel sedang bermain.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 09:50


Tentera Israel mengumumkan kematian Guy Shabtai dari Batalion 8207 akibat kecederaan serius yang dialaminya pada 26 Oktober semasa pertempuran di selatan Lubnan.

Bye, bye 👋

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 08:46


Video penyokong Maccabi Tel Aviv F.C. enggan berdiam diri selama seminit sebagai penghormatan buat mangsa banjir di Valencia semasa perlawanan.

Memang patut kena beduk.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 08:15


40 juta meter padu air sisa dibuang oleh penempatan Israel ke wilayah Palestin setiap tahun.


- Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 07:53


Terkini!

2,751 peminat Maccabi Tel Aviv sedang menunggu untuk diselamatkan dari Belanda.

Setakat ini, hubungan telah terputus dengan 7 warga Israel di Amsterdam, dan dianggarkan terdapat kira-kira 20 yang cedera dalam kejadian itu..

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 07:39


Lagi video zionis dipukul di Amsterdam.

10 "israelis" cedera di Amsterdam dengan tahap kecederaan yang berbeza-beza, dan dua masih hilang.

Penyokong israel diarah tinggal di hotel mereka.

Cinta Syria Malaysia

08 Nov, 07:19


Peristiwa di Amsterdam di mana berpuluh-puluh "israeli" cedera. 30 penunjuk perasaan telah ditangkap setakat ini. Dilaporkan zionis menghantar dua pesawat penyelamat 737 dengan segera seperti yang dilaporkan oleh pejabat Netanyahu. Beberapa "israel" dilaporkan hilang, dan hanya seorang telah ditemui.

Penyokong "israel" menurunkan bendera Palestin di sekitar bandar itu, tidak menghiraukan 1 minit penghormatan ke atas mangsa banjir di Valencia semasa di dalam stadium, dan melaungkan:

"F Palestin. Biar IDF menang untuk meniduri orang Arab. Tiada lagi sekolah di Gaza kerana tiada kanak-kanak lagi" sebelum mereka dipukul beramai ramai.

Padan muka!

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 13:00


Penduduk cuba mengeluarkan mereka yang syahid dari bawah runtuhan rumah yang dibom oleh penjajah dalam serangan ke atas Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 10:13


Pejuang menembak tentera penjajah di sekitar bandar Jenin.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 09:31


Tentera penjajah Israel mengeluarkan rakaman letupan dan pemusnahan keseluruhan kawasan kediaman di selatan Lubnan.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 09:15


Sumber Hebrew:

Askar dalam tentera penjajah, Santiago Ovadia, membunuh diri selepas pulang dari pertempuran di Semenanjung Gaza.

Bye, bye 👋

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 08:52


Rakaman menunjukkan detik-detik tentera Israel membunuh kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun, Abdallah Jamal Hawash di Nablus, Tebing Barat, minggu lalu.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 08:41


Agihan Kotak Makanan untuk Misi Musim Sejuk kali ini menyasarkan 693 keluarga yang tinggal di kem-kem pelarian Syria.

Setiap kotak makanan seberat 25 kg mengandungi pelbagai keperluan asas seperti beras, gula, minyak, kekacang, rempah dan bahan makanan lain. Satu kotak ini cukup untuk menampung 5 orang ahli keluarga dan bertahan selama sebulan.

Anda berpeluang menaja kotak makanan ini buat mereka yang memerlukan. Kos tajaan hanyalah RM56 per individu.

Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, akan membawa perubahan positif dalam menghangatkan musim sejuk mereka. Terima kasih atas usaha kalian yang membantu agar inisiatif ini dapat dilaksanakan.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun Maybank rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Nama Akaun Bank : WINTER 4 SYRIA
No Akaun : 550511620764
Rujukan : Winter

Atau klik link di winter4syria.com

Atau scan sahaja qr code di atas.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 08:15


Hanya kepada Allah SWT kita bergantung dalam setiap nikmat dan ujian hidup. Peringatan untuk sentiasa bertawakkal dan menginsafi bahawa tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 07:59


Sebuah jentolak tentera penjajah telah rosak oleh pejuang dan ditinggalkan oleh penjajah di kawasan kejiranan Al-Saftawi di utara Semenanjung Gaza.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 07:38


Askar penjajah mengarahkan perobohan Masjid Al-Shiyah di bandar Jabal Mukaber di Baitulmaqdis yang dijajah dalam tempoh 5 hari.

Untuk makluman masjid itu telah dibina sejak 20 tahun dan digunakan sebagai dewan solat dan tempat mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 05:18


Rakyat Mesir, Karma Garman mempersoalkan keputusan pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan kapal perang Israel melalui Terusan Suez, dan kita semua tahu di mana senjata itu akan digunakan.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 04:14


Fatima Bassam Abbas syahid akibat kecederaannya dalam serangan udara IOF di kawasan Galerie Semaan di pinggir selatan Beirut semalam.

Fatima berasal dari Zlayya di barat Bekaa. Dia bersama keluarganya, yang meninggalkan Dahiye dalam perjalanan ke Baabda untuk mencari tempat selamat untuk melarikan diri dari serangan udara. Pembedahan tidak berjaya untuk memastikan Fatima hidup. Jumlah korban dalam serangan itu ialah 2 mati syahid dan 15 cedera.

Moga Allah memuliakan para syuhada.

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 03:11


Pengarah Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, Dr. Hussam Abu Safiya, dalam panggilan kecemasan segera selepas pengunduran WHO dari hospital di utara Semenanjung Gaza:

Hospital Kamal Adwan menghadapi situasi yang sukar dan berbahaya, kerana kemudahan hospital telah menjadi sasaran tembakan meriam secara terus. Serangan telah diarahkan ke wad pesakit, taska kanak-kanak, halaman hospital, dan tangki air.

Kami terkejut bahawa tingkat tiga, yang terdapat kanak-kanak, terus dibom. Ada kanak-kanak yang cedera akibat tembakan, termasuk kecederaan serius.

Semuanya disasarkan. Seolah-olah Hospital Kamal Adwan sendiri sedang menghadapi pembunuhan beramai-ramai di dalamnya. Selepas kami mengucapkan selamat tinggal kepada WHO, mereka mula mengebom, membedil dari setiap sudut, dan kami tidak tahu dari mana dan bila!

Terdapat 120 cedera masih berada di dalam hospital, 19 di bahagian kanak-kanak dan 4 di wad bersalin. Hospital itu dibom dari semua arah.

Kami menuntut perlindungan untuk kakitangan perubatan di Kamal Adwan. Cukuplah. Hospital diserang secara direct. Kanak-kanak dibom. Apakah dosa mereka? Siapa yang mengambil berat tentang hak asasi manusia?!

Cinta Syria Malaysia

04 Nov, 02:45


Hizbullah punya video dah macam movie guys.

"Kami tidak akan meninggalkan medan perang. Kami tidak akan meletakkan senjata kami."

Imad 5.
Pertempuran Orang Perkasa.

Terjemahan:
0:22 - Fasiliti Imad 5.
0:31 - Gambar pemimpin Assyahid Sayyed Hassan Nasrallah. Teks itu tertulis: “Kami bersumpah demi darahmu.”
1:00 - Sayyed Hassan Nasrallah: “Kami di sini. Kita tidak boleh lemah, kita tidak boleh takut, dan kita tidak boleh menyerah. Kami di sini. Kami tidak akan meninggalkan medan perang, dan kami tidak akan meletakkan senjata kami.”

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 11:28


Dari telegram rasmi Briged Al-Qassam:

Pejuang menyasarkan kenderaan pengangkut tentera berperisai zionis menggunakan peluru Yassin 105 berhampiran persimpangan Saftawi di barat kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Taufan Al-Aqsa.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 07:41


Rakyat Palestin meninjau kemusnahan yang menimpa rumah orang awam selepas serbuan musuh ke atas kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 07:21


Patah tumbuh, hilang berganti.

Penduduk Palestin dari keluarga Shaqura sedang menggunakan semula batu-batu dari rumah mereka yang telah dirobohkan di kawasan al-Buraq, Khan Younis untuk membina tempat perlindungan sementara.

Usaha ini bertujuan menyediakan tempat tinggal bagi keluarga mereka di tengah-tengah genosida Israel yang berterusan.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:56


Tengah nak bercuti lah Min suruh exercise minda kan haha

Okaylah, 6 soalan je dulu! Nanti kalau Min rasa nak buat kuiz tiba-tiba, Min roger haha

Thank you semuaaaa yang jawab!

Selamat berehat semua

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:46


Kenapa bulan Mei dikenali sebagai bulan perjuangan Palestin?

Pada bulan ini, rakyat Palestin dan penyokong mereka memperingati pelbagai peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Palestin, termasuk pengisytiharan negara Israel pada 14 Mei 1948, yang dikenali sebagai Nakba (malapetaka) oleh rakyat Palestin.

Mei juga merupakan bulan di mana pelbagai aktiviti diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan untuk mengekalkan semangat perjuangan mereka bagi mendapatkan hak dan kebebasan.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:31


Okay sambung kuiz lagi sikit hehe 😍

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:26


Perjanjian Oslo adalah satu siri perjanjian yang ditandatangani antara Pihak Berkuasa Palestin (PLO) dan Israel pada tahun 1993, yang bertujuan untuk mencapai perdamaian dan penyelesaian konflik antara kedua-dua pihak.

Perjanjian ini menandakan pengiktirafan rasmi Israel terhadap PLO sebagai wakil rakyat Palestin dan memberikan kuasa autonomi kepada Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Gaza.

Ia juga menetapkan langkah-langkah untuk merundingkan status akhir antara Palestin dan Israel, termasuk isu-isu berkaitan sempadan, pelarian, dan status Al-Quds (Jerusalem).

Namun, pelaksanaan perjanjian ini menghadapi banyak cabaran dan konflik berterusan sehingga hari ini.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:21


Adakah Perjanjian Oslo ni perjanjian pertama?

Tidak...

Sebelum Oslo, terdapat beberapa usaha dan perjanjian lain, seperti Perjanjian Camp David pada tahun 1978, yang melibatkan Israel dan Mesir, serta perjanjian lain.

Tapi, Perjanjian Oslo adalah yang pertama di mana Israel secara rasmi mengiktiraf PLO sebagai wakil rakyat Palestin dan menawarkan langkah-langkah menuju pengiktirafan dan autonomi Palestin.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:16


Presiden Pertama palestin ialah Yasser Arafat.

Beliau juga adalah pemimpin Palestine Liberation Organization (PLO). Atau dikenali juga Pihak Berkuasa Palestin.

Yasser Arafat ni memainkan peranan penting dalam merundingkan perjanjian Oslo.

Cinta Syria Malaysia

02 Nov, 06:11


Hehe okay soalan 2,3,4 tu ada relation tau.

Jom Min share sikit 🙈

TAPI make sure dah jawab kuiz tuuu

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 15:22


121 syahid dalam serangan zionis di Semenanjung Gaza sejak subuh hari ini.

110 daripada syuhada dari utara Semenanjung Gaza akibat pembunuhan beramai-ramai IOF yang berterusan di bandar itu, 93 daripadanya dari Beit Lahia berikutan sasaran zionis terhadap rumah keluarga Abu Nasser yang mempunyai 5 tingkat.

Dua syahid dan ramai lagi cedera berikutan satu lagi zionis menyasarkan penduduk Palestin yang dipindahkan dalam khemah yang berlaku di Khan Younis, selatan Gaza (Media 2).

Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr. Munir Al-Bursh, meringkaskan apa yang berlaku di seluruh Semenanjung Gaza dengan berkata, “Orang ramai disembelih di jalanan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana seorang Muslim kini boleh duduk di antara anak-anaknya sambil bersarapan dan melihat darah mengalir di jalan-jalan Gaza.”

Moga Allah memuliakan para syuhada.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 14:21


Sejumlah orang syahid dan berpuluh-puluh cedera dilaporkan selepas pesawat zionis yang disokong AS mengebom berhampiran Pasar Al-Sahaba di Bandar Gaza, di mana ramai penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berada.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 13:58


Komunikasi telah terputus dengan sekurang-kurangnya 5 keluarga (20 orang) termasuk wanita dan kanak-kanak, dari bandar Al-Wazzani, yang bekerja dalam bidang pertanian di Wati Al-Khiam di selatan Lubnan.

Rumah mereka menjadi sasaran semasa pengeboman IOF petang tadi.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 13:15


Sumber Zionis melaporkan bahawa empat askar, termasuk seekor pegawai, terbunuh apabila rumah yang dipasang bahan letupan yang mereka masuki di utara Semenanjung Gaza diletupkan awal hari ini.

Allahuakbar!

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 12:53


Jumlah syuhada akibat pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Beit Lahia telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 93 syahid dan lebih 40 orang masih hilang.

Serangan IOF terhadap orang awam di utara Semenanjung #Gaza sedang berlangsung di tengah-tengah keruntuhan sepenuhnya sistem penjagaan kesihatan dan sebarang cara untuk menyelamatkan orang.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 11:18


Hizbullah telah menamakan Naim Qassem sebagai Pemimpin Hizbullah yang baharu, menggantikan Hassan Nasrallah.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 10:07


Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah.

Mari sertai kami dalam persidangan sulung anjuran Cinta Syria Malaysia sempena ulang tahun ke-10 kami! 

Dengan tema “Merealisasikan Hak Asasi Manusia Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”, persidangan ini menjadi platform penting untuk kita bincangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, khususnya cabaran komuniti pelarian di Malaysia.

Kami juga akan disertai oleh rakan-rakan NGO, ahli akademik, korporat, pemimpin komuniti, dan ‘influencer’ yang sudah lama bergiat aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.

Tandakan tarikh ini dalam kalendar kalian: 13 November 2024

Ayuh, bersama-sama kita pastikan perjuangan kemanusiaan ini terus bergerak ke hadapan. Langkah kecil anda hari ini boleh membawa perubahan besar pada hari esok.

Daftar sekarang melalui link bit.ly/persidangancsm

Jangan lepaskan peluang!

#salamkemanusiaan

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 09:15


Pengarah hospital lapangan di Gaza kepada Al-Jazeera:

Kami menyeru semua pakar bedah untuk kembali ke Hospital Kamal Adwan untuk cuba menyelamatkan mangsa yang cedera.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 09:01


Pengarah Hospital Kamal Adwan Dr. Hussam Abu Safiya kepada Al-Jazeera:

Kami tidak boleh merawat berpuluh-puluh orang yang cedera dalam pembunuhan beramai-ramai Beit Lahia kerana kekurangan sumber.

Tentera penjajah mengebom persekitaran hospital ketika hospital sedang merawat yang cedera akibat pembunuhan beramai-ramai di Beit Lahia.

Dunia mesti bertindak dan bukan hanya menonton pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Kebanyakan mereka yang cedera dalam pembunuhan beramai-ramai Beit Lahia mungkin mati syahid kerana kekurangan sumber.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 08:38


77 syahid manakala berpuluh-puluh orang hilang akibat pengeboman IOF sebuah bangunan lima tingkat yang dipenuhi orang yang kehilangan tempat tinggal.

Kebanyakan yang mati syahid adalah wanita dan kanak-kanak, dengan ketiadaan Pertahanan Awam selama lima hari terakhir. Satu-satunya hospital di kawasan itu, Hospital Kamal Adwan, tidak beroperasi kerana kepungan zionis dan penculikan kakitangannya.

Moga Allah memuliakan para syuhada.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 05:28


Adegan sukar.

Utara Gaza sedang dihapuskan. Syuhada dan cedera di bawah runtuhan dan di jalan raya di kem Jabalia memandangkan pengepungan berterusan dan kekurangan perkhidmatan perubatan.

Ya Allah, lindungi saudara kami di sana.

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 05:18


Kanak-kanak bermain buaian di celah khemah orang yang hilang tempat tinggal di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 04:22


Wartawan Anas Al-Sharif dari utara Semenanjung Gaza:

"Pembunuhan beramai-ramai berterusan di Kem Jabalia. Kami sedang mati. Itulah sahaja berita setakat ini."

Cinta Syria Malaysia

29 Oct, 03:31


Kehidupan Umm Khaled dan 10 orang anaknya penuh dengan kepayahan setiap kali musim sejuk tiba. Dalam kesejukan yang melampau, keluarganya terpaksa berjuang untuk menyediakan makanan.
 
Ketika hujan, mereka tidak dapat memasak di luar khemah walaupun mempunyai kayu api, dan mereka juga tidak dapat memasak di dalam khemah kerana  ketiadaan tong gas dan diesel.

Memasak menggunakan kayu api di dalam khemah amat berbahaya, kerana risiko kebakaran boleh mengancam nyawa mereka.

Mereka amat memerlukan bantuan dan belas ihsan dari orang ramai.

Marilah kita bersama-sama menyumbang wang ringgit untuk meringankan bebanan hidup mereka.

Sumbangan boleh dibuat ke : 

Akaun Maybank rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Nama Akaun Bank : WINTER 4 SYRIA
No Akaun : 5505 1162 0764
Rujukan : Winter

Atau klik link winter4syria.com

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 04:20


Rakyat Iran awal malam tadi menyindir serangan udara oleh "israel" yang diperkatakan oleh media Arab zionis dan zionis.

😂

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 03:10


Sumber Iran kepada Al-Mayadeen:

Semua sasaran musuh di sekitar Tehran ditembak jatuh.

Percubaan "Israel" untuk menyasarkan pangkalan pertahanan udara di sekitar wilayah Tehran gagal.

Pertahanan udara menembak jatuh dron "israel" yang cuba menyasarkan pangkalan tentera di timur wilayah Tehran.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 03:01


Serangan Israel ke atas Iran mengambil masa lebih lama daripada jangkaan kerana Israel terpaksa mempertimbangkan dengan amaran daripada negara-negara Teluk Arab untuk tidak menggunakan ruang udara mereka dalam serangan itu, sumber memberitahu Middle East Eye pada hari Jumaat.

Perancangan perang Israel kini mengambil kira jet pejuangnya terpaksa mengambil laluan berliku-liku di sekitar Teluk Arab untuk menyerang Iran, satu operasi yang memerlukan pengisian minyak di udara secara meluas, kata seorang pegawai dan dua bekas pegawai kanan AS memberitahu MEE dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:45


Iran:

Penjajah Zionis akan menerima tindak balas yang dahsyat kerana pencerobohannya ke atas Iran 🇵🇸🇮🇷

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:35


Jawatankuasa Penyelarasan Pejuang Iraq:

Jawatankuasa Penyelarasan Pejuang Iraq tidak terikat dengan sebarang sekatan. Jika tentera penjajah Amerika sekali lagi menyasarkan anak-anak kita di Iraq atau mengeksploitasi ruang udaranya untuk melakukan serangan terhadap Republik Islam Iran, tindak balas kita tidak akan mempunyai had.

"Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

12/8/2024

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:25


Agensi Berita Tasnim:

Keberkesanan sistem pertahanan di Tehran sehingga dilaporkan tiada letupan, kebakaran, atau kejadian serupa berlaku setakat ini.

Beberapa video menunjukkan tembakan pertahanan udara beraksi di sekitar Sepah Square; bagaimanapun, wartawan Tasnim yang datang ke Sepah Square dan sekitarnya mendapati tiada sebarang serangan atau insiden berlaku.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:20


Sumber Iran memberitahu berita Tasnim bahawa Iran bersedia untuk bertindak balas terhadap pencerobohan "israel", "seperti yang dinyatakan sebelum ini."

Mereka menambah: "Iran berhak untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencerobohan, dan tidak syak lagi bahawa 'israel' akan menerima reaksi terhadap sebarang tindakan yang diambil.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:14


Pertahanan udara Iran telah diaktifkan semula sekali lagi di bahagian Tehran.

Menurut koresponden Al-Mayadeen di Tehran, pencerobohan zionis ke atas Iran ketika ini telah dipintas melalui pertahanan udara jarak sederhana, yang merupakan jenis yang digunakan untuk menumpaskan peluru berpandu zionis di ruang udara Iran.

Pertahanan jarak jauh tidak digunakan, dan setiap peluru musuh berjaya ditembak jatuh.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:07


Gambar 13 pegawai dan tentera zionis dihantar ke neraka oleh pejuang di Gaza dan Lubnan dalam tempoh kurang 24 jam.

Bye, bye 👋🏻

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 02:01


Pejabat Menteri Pertahanan Yoav Gallant sedang melihat foto yang didakwa sebagai letupan di ibu kota Tehran, yang rupanya adalah gambar lama pada 3 tahun lalu.

Dari rakyat biasa sampai ke menteri pembohong.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 01:59


Pertahanan udara telah diaktifkan semula di timur Tehran, Iran.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 01:56


Berikutan kegagalan "serangan" ke atas Iran oleh IOF, yang dimainkan oleh media zionis dan barat untuk meningkatkan imej mereka, telah menjadi jelas bahawa ia tidak lain hanyalah aksi media untuk entiti zionis yang lumpuh.

Letupan berhampiran Tehran adalah kerana pertahanan udara, yang berjaya menggagalkan serangan itu, dan lapangan terbang beroperasi seperti biasa. Media Zionis, yang bertujuan untuk mereka reka, secara tidak masuk akal mendakwa bahawa 100 pesawat mengambil bahagian dalam pengeboman dan mengedarkan berita palsu lain.

Walaupun IOF menyerang beberapa kawasan di Syria, letupan yang kedengaran di Iraq adalah hasil daripada pengaktifan pertahanan udara Iran.

Walaupun begitu, jurucakap Kementerian Luar Iran Esmail Baghaei memberi amaran petang semalam: "Laporan New York Times mengenai Iran tidak bertindak balas terhadap serangan 'israel' terhad adalah mengelirukan dan sebarang serangan 'israel' akan disambut dengan tindak balas yang keras serta-merta."

Wartawan Al-Mayadeen di Tehran melaporkan: "Mesej ancaman yang dihantar oleh Iran melalui mediator telah berjaya menghalang entiti 'israel' daripada menyeberangi garis merah. Pematuhan 'Israel' terhadap amaran Iran telah mengenakan persamaan baru di rantau ini."

Ketua pengarang akhbar Al-Vefagh Iran, Mukhtar Haddad memberitahu Al-Mayadeen: "Ia adalah malam kegagalan 'israel' yang teruk di Iran."

Sementara itu, "israel" menutup ruang udaranya sehingga 8:30 pagi, dan Iraq telah menggantung lalu lintas udara di semua lapangan terbang sehingga diberitahu kelak.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 01:54


Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa pertahanan udara Iran berjaya beroperasi di atas Tehran.

Sumber kecemasan melaporkan bahawa setakat 3:22 AM, tiada insiden yang memerlukan bantuan kecemasan telah dilaporkan, dan keadaan di lapangan terbang Mehrabad dan Imam Khomeini kekal normal; penerbangan beroperasi dan daftar masuk penumpang diteruskan seperti biasa.

Cinta Syria Malaysia

26 Oct, 01:53


Terkini!

100 pesawat Zionis menyertai pengeboman terhadap Iran 🇮🇷 🇵🇸

Cinta Syria Malaysia

25 Oct, 13:32


Kami mencari 100 orang untuk infaq RM30 buat slot Makanan Panas untuk pelarian Syria pada musim sejuk nanti.

Hanya scan sahaja untuk menyumbang!

Atau ke winter4syria.com

Cinta Syria Malaysia

25 Oct, 12:32


Zionis mengesahkan kematian askar, Hillel Ovadia dari penempatan di utara Tebing Barat semasa pertempuran dengan pejuang di Semenanjung Gaza.

Bye, bye 👋🏻

Cinta Syria Malaysia

25 Oct, 10:11


Biasa anak-anak takut nak medical checkup kan?

Kali ini mereka seronok lain macam. Mana taknya, Klinik Putrijaya siap bawa badut dan buat aktiviti ‘face painting’ untuk anak-anak kami.

Para pelajar menjalani saringan kesihatan umum seperti pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), tekanan darah dan ujian penglihatan.

Jutaan terima kasih juga buat tim psikologi klinikal dari Jiwadamai yang bersama-sama untuk sesi mengenalpasti isu-isu berkaitan kesihatan mental dan emosi pelajar.

Terima kasih juga buat Onsur yang sudi menaja makanan tengah hari buat semua peserta pada hari ini.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 14:21


Pengarah Hospital Indonesia di utara Gaza menyatakan:

- Puluhan mangsa dan orang yang cedera berada di jalanan, dan tiada siapa yang dapat sampai atau menyelamatkan mereka.

- Musuh Israel menghalang Palang Merah Antarabangsa daripada memberikan makanan dan air kepada pasukan perubatan dan pesakit.

- Tentera Israel sedang mengepung hospital, di mana puluhan pesakit berada dalam keadaan kritikal.

- Musuh juga telah menghalang kemasukan bahan bakar dan bekalan perubatan ke hospital dan memutuskan bekalan elektrik.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 14:01


Wartawan Palestin, Mahmoud Abusalama merakamkan situasi kemusnahan di kem pelarian Jabalia, di mana tentera Israel merobohkan segala-galanya, memaksa penduduk untuk meninggalkan rumah mereka atau menghadapi kematian.

Setiap gambar menceritakan kisah kesedihan dan keputusasaan, di tengah-tengah kehancuran yang menghimpit kehidupan mereka.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 13:41


Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini:

Kakitangan kami di utara Semenanjung Gaza tidak dapat mencari makanan, air atau rawatan perubatan.

Bau jenazah ada di mana-mana kerana jenazah dibiarkan bergelimpangan di atas jalan raya atau di bawah runtuhan, dan misi untuk mengeluarkan mayat atau memberikan bantuan kemanusiaan ditolak.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 13:21


Bekas Menteri Keadilan Israel, Yossi Beilin, berharap lawatan Antony Blinken ke Israel dapat menyumbang kepada gencatan senjata, menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk menamatkan perang kerana semua pihak sedang menderita.

Mengenai pertempuran dengan Hezbollah, Beilin menolak idea "penghancuran Hezbollah" dan menekankan tuntutan agar Hezbollah mematuhi resolusi PBB 1701 dan berpindah ke utara Sungai Litani, membolehkan rakyat Israel yang telah meninggalkan rumah mereka di utara kembali.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 13:03


Kalau penjajah boleh tunjukkan kepada dunia kekejaman, penyiksaan dan pembunuhan yang mereka lakukan kepada dunia, kita juga sebagai orang Islam perlu tunjukkan kekuatan kita turun beramai-ramai melakukan solat hajat dan berdoa.

Semoga Allah menerima amalan kita. Semoga Allah menerima doa kita. Kita jumpa di sesi solat hajat yang seterusnya.

Tarikh: 24/10/2024.
Tempat: Surau Putra Al-Amin, P8, Putrajaya.
Masa: 7.00 malam sehingga selesai.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 12:45


Video menunjukkan serangan agresif Israel yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Ghobeiri, pinggir selatan Beirut, sehingga memusnahkannya sepenuhnya.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 12:41


Peminat bola sepak Tunisia menaikkan banner di stadium yang bertulis,

"Kayu tidak akan jatuh, Sinwar. Anak-anak Gaza akan terus berjuang!"

🔥🔥🔥

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 12:11


Di antara hujan peluru, seorang pejuang Hizbullah bertempur melawan tentera penjajah bersama keberanian yang tiada tandingannya.

Apabila mereka tidak dapat menghadapi singa ini, mereka menyerangnya dengan pesawat pengecut mereka.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 12:03


Penganalisis tentera Israel, Yoav Limor, menyatakan bahawa dalam tempoh 2 bulan, Shin Bet mendedahkan bahawa 10 warga Israel telah direkrut oleh Iran untuk operasi pengintipan.

Statistik ini dianggap mengejutkan dan membimbangkan, dengan kemungkinan terdapat lebih ramai mata-mata yang belum didedahkan. Limor menyifatkan ini sebagai fenomena yang berbahaya.

Ejen-ejen yang baru didedahkan telah beroperasi selama dua tahun tanpa dikesan, menunjukkan bahawa perisikan Iran telah meningkatkan dan mengubah cara mereka dalam menjalankan operasi pengintipan, termasuk penghantaran mesej, maklumat, dan pemindahan wang untuk mengelakkan dikesan oleh Shin Bet.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 11:41


Ini bukan wayang atau lakonan, tapi inilah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin yang terpaksa berpindah melarikan diri dari Beit Lahia, meninggalkan segala-galanya di belakang mereka.

Terpancar di wajah-wajah ketakutan, keletihan, dan harapan yang semakin pudar, ketika mereka berjuang tanpa henti untuk bertahan di tengah kemusnahan yang terus berlarutan.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 11:21


Jeneral simpanan dalam tentera penjajah, Pulau Giora, menyatakan bahawa meneruskan perang di Gaza selama enam bulan hingga setahun lagi tidak akan mengubah keadaan.

Sebaliknya, ia akan menyebabkan lebih banyak kematian tawanan dan askar.

Beliau menuntut perang dihentikan kerana beberapa sebab, termasuk tekanan besar terhadap askar dan keluarga mereka dari segi kewangan, sosial, dan ekonomi.

Perang ini juga membebankan Israel, menelan belanja setengah bilion shekel sehari, serta menghadapi tekanan antarabangsa.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 11:03


Penduduk Israel mengadakan persidangan 'persediaan untuk menetap di Gaza.'

Daniella Weiss, pengasas Nachala, sebuah organisasi penduduk Israel, berucap semasa persidangan di Be'eri, selatan Israel, pada 21 Oktober. Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, dan beberapa ahli parti Likud pimpinan Netanyahu turut berucap pada acara dua hari itu.

Ben Zion Gopstein, pengasas dan ketua Lehava, kumpulan yang tersenarai dalam senarai sekatan AS kerana terlibat dalam ancaman atau keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah juga hadir.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 10:41


Seorang kanak-kanak Israel memakai kemeja-T bertulis ‘Gaza adalah sebahagian daripada tanah Israel’ di sebuah persidangan yang menyeru penempatan semula Semenanjung Gaza yang dilanda perang.

Cinta Syria Malaysia

22 Oct, 10:20


Jarang kami nak dedahkan kisah-kisah sebegini. Tetapi inilah realiti di sebalik keceriaan anak-anak kami di sekolah. Setiap seorang daripada mereka menyimpan 1001 kisah yang berbeza.

Amira (bukan nama sebenar) terpisah dengan ibu kandungnya sejak 2021 setelah ibunya membuat keputusan untuk kembali ke Syria. Sejak itu dia tinggal bersama makciknya.

Setiap kali berbicara tentang ibunya, air mata Amira pasti tumpah. Kerinduan yang entah bila akan terubat. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupan di sini demi mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik.

Semangatnya dalam menuntut ilmu kini membuahkan hasil. bahasa Inggerisnya semakin lancar, satu pencapaian yang tidak kecil bagi seorang anak seusianya.

Terima kasih buat kalian yang baik hati menyumbang untuk keperluan pendidikan Amira dan rakan-rakannya yang lain. Setiap sen yang anda sumbangkan akan menjadi saham buat kalian di ‘sana’ kelak. InsyaAllah.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 17:35


Dua ekor lagi mati.

Ofir Berkovitch dan Elishai Young dari Batalion Berperisai ke-52 mati dalam pertempuran Jabalia, utara Semenanjung Gaza manakala dua pegawai cedera parah.

Bye, bye 👋🏻

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 17:19


Ya kami redha dengan pemergianmu. Tetapi entah, walaupun tak pernah berjumpa. Tetapi kuat sangat rasa rindu padamu.

Apatah lagi apabila kami semua menyaksikan keberanianmu berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Yahya Sinwar, kau selamanya hero kami semua. Moga Allah rezekikan kita berjumpa kelak di akhirat yang abadi ❤️

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 17:14


😭❤️

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 15:07


Tentera penjajah mengumumkan bahawa 53 askar cedera, termasuk 15 dalam keadaan kritikal, di pelbagai medan pertempuran dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 14:05


TIADA RASA TAKUT DI MATA YAHYA SINWAR DARI AWAL HINGGA AKHIR HAYATNYA.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 13:49


Sumber tempatan: Pihak keselamatan pihak berkuasa Palestin telah menahan dua pejuang yang dikehendaki oleh pihak penjajah, Ubada Al-Masri dan Bakr Abbas, selepas mengepung mereka selama beberapa jam dan berbalas tembakan di bandar Tubas.

Keadaan kesihatan mereka masih belum diketahui setakat ini.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 13:02


Pasukan pengkhianat Pihak Berkuasa “Palestin” terus mengepung dua pejuang Briged Tubas yang dikehendaki di sebuah bilik kecil di bandar itu.

Pertempuran bersenjata dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 12:40


Akhirnya! Seekor zionis mati akibat roket Hizbullah berhampiran Akka di barat laut Israel. Bilangan kecederaan di sana meningkat kepada 4, menjadikan jumlah kecederaan zionis dalam beberapa serangan roket terakhir (Haifa, "Shlomi", Akka) kepada 17.

Hizbullah telah melancarkan lebih 115 roket dalam sejam terakhir ke arah utara Israel.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 12:15


Roket jatuh di Haifa di kawasan "Krayot" ("Kiryat Motzkin") dan di Akka, di mana seekor zionis cedera parah selepas roket mengenai kenderaan mereka.

Allahuakbar!

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 12:01


12 zionis cedera akibat serangan roket di "Shlomi" (video 1-2) dan "Kiryat Ata" di Haifa (video 3-4) di barat laut Israel.

Allahuakbar!

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 11:45


Radio Tentera Penjajah:

Dron yang meletup di Caesarea (kediaman Sentanyahu) adalah jenis yang sama seperti dron yang menyerang kem Golani di Wadi Ara dan sukar untuk dipintas.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 11:08


“Mereka membunuh orang yang paling berharga buat saya."

Pesawat yang menjatuhkan airdrop membunuh seorang kanak-kanak di Khan Yunis selepas ianya jatuh di atas beliau.

Inilah yang berlaku apabila kotak dijatuhkan dan bukannya diserahkan melalui sempadan.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 10:48


Tahniah diucapkan kepada pelajar Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia, Ro’a Muhannad Al Hamad, atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa Ke-2 2024!

Pencapaian ini adalah bukti komitmen dan usaha gigih beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu di pentas antarabangsa.

Selamat maju jaya, Ro’a!

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 09:35


Satu lagi video dron Hizbullah yang jatuh di atas kediaman Netanyahu terbang melintasi kawasan berpenduduk di Israel dan tiada pun yang cuba menghalangnya.

Cinta Syria Malaysia

19 Oct, 08:15


Sekurang-kurangnya sebuah dron dari Lubnan meletup di "Caesarea," selatan Haifa, di kediaman Netanyahu, melintasi langit Israel 70km dari Lubnan tanpa dikesan.

Polis tiba di tempat kejadian, dan operasi itu telah diletakkan di bawah penapisan tentera, tetapi dron itu boleh dilihat dengan jelas dikejar oleh helikopter. Drone itu telah menjelajah ruang udara "israel" selama sejam sebelum mencapai sasarannya.

Berjuta-juta zionis menuju ke tempat perlindungan dalam beberapa jam kebelakangan ini kerana amaran peluru berpandu dan dron berulang kali berbunyi di tengah negara zionis.