Self Care by Kak Eli @selfcaredanrelationship Channel on Telegram

Self Care by Kak Eli

@selfcaredanrelationship


Tentang kesihatan fikiran & waktu

Self Care by Kak Eli (Malay)

Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan diri? Bagi sesetengah individu, penjagaan diri mungkin bermaksud mengambil masa untuk mengambil berjalan-jalan, membuat mandi berbusa panjang, atau menghadiri spa. Bagi yang lain, penjagaan diri mungkin bermaksud menjaga kesihatan fikiran dan waktu. Itulah yang kita dapatkan daripada saluran Telegram 'Self Care by Kak Eli'. Saluran ini, di bawah pengurusan Kak Eli, bertujuan untuk menyediakan sumber maklumat dan tip berguna mengenai penjagaan diri, kesihatan mental, serta cara menguruskan masalah hubungan. Dengan menyarankan amalan-amalan kesihatan fikiran dan memberikan panduan untuk menjaga waktu dengan bijak, saluran ini memberikan sumber yang bermanfaat kepada pengikutnya. Jadi, jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan kualiti hidup anda dengan penjagaan diri, kesihatan mental, dan pengurusan waktu, jom sertai saluran 'Self Care by Kak Eli' untuk mendapatkan panduan dan sokongan yang anda perlukan!

Self Care by Kak Eli

26 Mar, 06:05


Kadang-kala, yang perlu rehat itu bukan badan, tapi jiwa.

Pernah kita tidur lama, tapi makin rasa penat.

Saya belajar ilmu baru hari ni, rupanya ada tujuh jenis rehat ni.

1. Rehat fizikal. Tidur, bersenam, teknik pernafasan, dan lain-lain.

2. Rehat mental. Diam, menulis jurnal, teknik masa kerja pomodoro, dan lain-lain.

3. Rehat sosial. Bersama haiwan peliharaan, ambil masa bersendiri, luahan hati dengan orang tersayang, dan lain-lain.

4. Rehat sensori. Tutup lampu, tutup alat-alat yang ada.

5. Rehat rohani. Syukur, sabar, solat, zikir, dan lain-lain.

6. Rehat emosi. Ekspresi emosi, tak fikir nak kena gembirakan orang lain, terapi, buat jurnal, dan lain-lain.

7. Rehat kreatif. Layan hobi, berkawan dengan alam, berkebun, melukis, buat karya seni, dan lain-lain.

Kita hidup bukan sekadar untuk makan minum, tapi kena isi akal dengan ilmu, kena isi ruh dengan ketaatan dan ketakwaan, hati perlu ditanam dengan iman, nafsu perlu kita kawal dari perkara yang tidak baik.

Apabila kita faham, akal, jasmani, hati, ruh dan nafsu kita perlukan rehat, kita akan menikmati dan memahami, bagaimana Ramadan dan tarawih itu menjadi 'kerehatan' seorang Muslim.

Ia merangkumi ketujuh-tujuh kerehatan yang ada.

Masyaa Allah.

Kredit: facebook

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:53


Doa yang baik-baik aku hadiahkan untuk sang ibu dan si anak.

Semoga Allah angkat segala kusut dalam jiwa mereka.

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:48


Bukan salah mak juga sebenarnya. Banyak sangat trauma hidup yang berlaku tak pernah diproses, tak pernah dirawat begitula kesudahannya.

Cuma aku tak berapa paham kita ni dah 2024. Punya la banyak awareness. Mak bukan orang tak sekolah. Educated orangnya.

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:47


Doktor psikiatri tu cakap kat aku tadi, waktu budak tu keras berdiri pandang mak dia tu adalah dimana dia dalam keadaan โ€œdissociate stateโ€

Dalam bahasa mudah faham ialah dia tengah disconnect dari semua benda.

Kesalahan dia yang mak nya sebut-sebut tadi bukannya budak tu jahat, tapi,

โ€œNak attention โ€œ (aku menyahut)

Doktor pandang aku dan kata betul, anak tu nak attention. Anak tu tengah mintak perhatian dari ibu dia.

Sedihnyaaa ๐Ÿ˜ญ

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:44


Kelakar juga tadi, pakcik masjid dan makcik-makcik berteori tentang gangguan jin,

Yang muda-muda sikit macam aku ni berbincang tentang cemana nak bagi semua orang setuju yang anak ni kena naik ambulans. Hospital ayuh.

๐Ÿ˜‚

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:30


Mak ada trauma dari kecil, tak dirawat tak diproses. Aku dengar jiran bercerita tadi sebab depa dah berjiran lama tak tak berani nak tegur dan tak tahu bagaimana nak bantu.

Dipersembahkan pula segala duka lara dan kemarahan tu pada sang anak.

Yang dari kecik terluka fizikal dan mental, menjadikan anak itu begitu sekarang.

Kitaran ni akan berulang-ulang. Selagi tak dirawat. So aku kekal dengan jawapan masalah ini iaitu:

Usahakan appointment dengan psikologis dan kaunselor dulu. Bukannya bomoh. ๐Ÿ˜ฉ

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:28


Selesai tanggungjawab aku dah.

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:28


Aku takleh la. Pening.

Aku tunggu doktor tu sampai je tadi. Sampai je terus aku cakap

I think u have to do something. Bla bla bla briefing sikit apa terjadi tadi dan doktor bersetuju bawa anak naik ambulans (dia sebut juga hospital mana yang available untuk kes gini)

tapi dia nak bercakap dengan mak nya dulu.

So aku pun balik sebab ada anak-anak kat rumah.

Self Care by Kak Eli

07 Mar, 15:27


Ada sorang kakak jiran tu cakap, dah dari maghrib terbiar kat luar mana tak datang iblis?

Mak nya kekal muka seposen.

9,667

subscribers

280

photos

2

videos