Khairul Hakimin Muhammad @contentkhm Channel on Telegram

Khairul Hakimin Muhammad

@contentkhm


Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; https://linktr.ee/khairulhakimin

Whatsapp: 0122117994

contentkhm (Malay)

contentkhm adalah saluran Telegram yang bertujuan untuk membina content, berkongsi tips menulis, dan membina personal branding di media sosial. Saluran ini juga memuatkan kisah kejayaan serta aspek kemanusiaan yang penting. Dengan pelbagai informasi yang disediakan, pengikut saluran dapat memperoleh manfaat yang berguna untuk meningkatkan kemahiran menulis mereka, mempromosikan diri secara efektif di platform media sosial, serta mendapatkan inspirasi daripada kisah kejayaan orang lain. Selain itu, pengikut juga akan dihantar kemas kini tentang perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Khairul Hakimin Muhammad. Untuk maklumat lanjut dan untuk terus berhubung, pengikut boleh mengunjungi laman web Khairul Hakimin Muhammad melalui pautan yang disediakan. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk memperbaiki kemahiran menulis, membangunkan personal branding, atau mencari inspirasi, contentkhm adalah saluran Telegram yang sesuai untuk anda! Sertai sekarang untuk menikmati manfaat yang ditawarkan dan jangan lepaskan peluang untuk berkembang bersama komuniti yang positif dan proaktif. Whatsapp: 0122117994

Khairul Hakimin Muhammad

09 Nov, 11:24


Ini gambar bonda Tuan Nadir Al-Nuri duk angkut bubble wrap. Mereka usahakan minyak zaitun P sekarang. Mereka sekeluarga duk uruskan semua. Che dukla seronok tengok anaknya sendiri berniaga.

Ayuhlah kita sokong! Kita kena support. Ada lagi 120 botol ja lagi.

Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Klik sini ezy.la/PalestinOliveOil

Kasi habiskan terus jom! Ayuhhh!

Khairul Hakimin Muhammad

27 Oct, 01:30


Alhamdulillah. Kembali on track.

Semua saya buat adalah apa saya kongsikan dalam kelas konten YUDA.

Pengambilan November ialah pengambilan akhir tahun ini selepas itu saya berehat. Tak cukup 10 orang pun kita on aja. Siapa sertai dia untung. Semua hal nak buat duit dengan guna konten media sosial saya ceritakan semua.

Selepas ini, saya fokus kepada Konten Kembara bersama Traavella Tours pula bersama Mohd Faisal Yusuf dan jaga konten klien di belakang tabir untuk syarikat, produk, orang kenamaan dan selebriti.

Kelas Konten YUDA, klik sini: https://ezy.la/YUDA_November

Doakan kami terus pecut! Bismillah.

Khairul Hakimin Muhammad

24 Oct, 00:50


Bakal tiba. Kalau tengok penyediannya, lain macam.

Sikit masa lagi katanya.

Ada peminat burger ke dekat sini? Ayuh kita. Ini produk Malaysia 100%!

https://www.facebook.com/share/FiV61EocWzq4XZ1V/?mibextid=LQQJ4d

Khairul Hakimin Muhammad

01 Oct, 16:53


Ya, saya duk belakang tabir syarikat-syarikat. Saya pembina konten. Apa saya buat ini, saya kongsikan ilmunya dalam Kelas Konten YUDA. Sudah ada yang berjaya buat dan jana pendapatkan jagakan konten syarikat orang dengan pendapatan lebih RM100,000 setahun.

Duk rumah aja. Boleh layan anak, siap masak untuk suami bagai.

Itulah saya buat.

Sekiranya kalian dah ada bisnes,
Kelas Konten YUDA juga boleh bantu kalian untuk membina konten terancang. Dah ada yang jana jualan sampai 6-10k sehari. Ya Rabb alhamdulillah.

Sekarang harga kelas ada promosi sebab itu hari saya mencari duit untuk selesaikan hutang, esok kami akan kembalikan dengan harga asal.

Pengambilan terkini bulan November nanti.

Kelas selama 3 bulan. Ada 9 kelas.
Boleh tonton secara langsung atau rakaman.
100% online.

Link kelas sini

Boleh baca detail kelas di sini,
Ya 100% online.

https://ezy.la/YUDA_November

Daftar terus tau!

Khairul Hakimin Muhammad

30 Sep, 13:47


3 jam lagi harga naik ke RM99. Ruginya siapa tak dapatkannya sekarang!

Klik sini https://ezy.la/EbookInfluencerMarketing

3 Jam lagi
3 Jam lagi
3 Jam lagi

Khairul Hakimin Muhammad

28 Sep, 23:28


"Kena invest dekat influencer, baru bisnes kita orang nampak, tengok restoran sana tu, setiap minggu dia panggil, tengok berapa ramai orang datang."

Sifir ini ramai yang tak perasan.
Formula ini ramai terlepas pandang.

Dalam dunia pempengaruh, ada cara nak dapatkan jualan terancang menggunakan khidmat mereka.

Dari kosongnya orang datang,
Kepada penuhnya kedai.

Sebab itulah saya menulis tentang teknik ini. Supaya lebih ramai usahawan peka bagaimana nak gunakan khidmat mereka. Bukan main panggil, review.

Saya beri siap-siap 3 analisis utama tahun 2025.

- analisis influencer marketing di T*ktok
- analisis influencer marketing di FB
- analisis influencer marketing Yout*be.

Nak tahu berapa harga analisis ini? Haa tengok dalam link. Tapi kalian hanya perlu dapatkan naskhah saya sahaja, analisis itu saya beri percuma.

Dapatkannya di sini https://ezy.la/EbookInfluencerMarketing

Khairul Hakimin Muhammad,
Supaya kalian dapat lebih!

Khairul Hakimin Muhammad

28 Sep, 01:56


Jualan naskhah digital terbaharu saya itu sehingga 30hb sahaja tau. Hanya RM49 sahaja kalian akan dapat 3 analisis media sosial menggunakan pempengaruh untuk tahun 2025 yang berharga RM999.

Kena dapatkannya segera.

Naskhah digital terbaharu saya,

"Kitab Influencer Marketing"

Memahami bagaimana nak menggunakan pempengaruh bagi menaikkan jualan dan menyebarkan kewujudan kita di media sosial.

Saya berikan juga analisis tentang permainan media sosial bersama pempengaruh untuk tahun 2025 bagi platform:

- FB
- Tiktok
- Youtube

Klik sini https://ezy.la/EbookInfluencerMarketing

Jualan selama 4 hari sahaja tau! Selepas ini harga naik ke RM99!

Khairul Hakimin Muhammad

21 Sep, 11:14


1. Jumlah hutang dengan agensi kerajaan yang ini ialah RM287,241.00

2. Sebab kilang dah tutup, jualan pun dah tak ada, saya putuskan saya akan buat apa sahaja yang halal untuk bayar.

3. Ansuran bulanannya ialah RM28,000

4. Kami berjaya bayar RM251,225 sehingga November 2023. Ia sebanyak 8 dari 10 ansuran.

5. Nov 2023 Jualan merudum, kami sangkut nak bayar ansuran RM28,000 tersebut.

6. Lalu saya merayu-rayu untuk dijadualkan semula kerana baki RM56,000 waktu itu saya tak mampu bayar, hanya tinggal 2 ansuran sahaja.

7. Rayuan tidak dilayan dan kami kekal diminta untuk bayar dengan cara 2 ansuran tersebut. Tanya kawan-kawan di cawangan lain, ok ja dapat, tapi kenapa kami tak.

8. Saya pun gunakan khidmat peguam, Puan Raudah. Puan Raudah menghubungi pegawai, whatsapp, telefon semua tak berjawab.

9. Julai 2024 kami bayar RM5,000

10. Ogos 2024, kami bayar RM5,000

11. Masih tiada apa-apa jawapan dari pihak agensi ini.

12. Baki RM46,916 pada Ogos 2024. Saya berharap dalam 10 bulan, berakhirlah ansuran ini insya-Allah. Kalau ia bermula pada Nov 2023, memang dah nak habis dah kalau bayar RM5,000 sebulan.

13. Hari ini, adik saya beritahu di kampung ada surat saman sampai di sana. Buka punya buka, ya surat tuntutan kena selesaikan RM46,916 ini dalam tempoh 14 hari.

14. Surat bertarikh 10/9/2024, sampai harini 19/09/2024. Saya ada sekitar 5 hari sahaja lagi nak dapatkan RM46k

15. Saya hubungi team, untuk bantu saya jual ebook. Itu ja saya nampak sekarang

16. Jika tidak, saya akan bankrup dan dihalang ke luar negara sedangkan saya ada banyak klien untuk ke sana.

17. Saya amat berharap kalian dapat bantu saya. Saya jual 3 naskhah ebook ini dengan semurah RM1.

18.
Jika RM1, saya perlu 46,916 orang membeli
Jika RM10, saya perlu 4,691 orang membeli
Jika RM100, saya perlu 469 orang membelo
Jika RM1,000, saya perlu 47 orang membeli

19. Saya usahawan, saya nampak ini sahaja. Saya menjual untuk selesaikan hal ini.

20. Semoga sesiapa nak bantu saya, terus ke sini ya https://ezy.la/Kompilasi3Ebook

Saya perlu bantuan kalian. Untuk kali ini, saya nampak cara ini sahaja. Saya tak mahu ambil derma atau sumbangan. Saya jual ebook saya.

Terima kasih semua.
Dapat sebarkan pun sangat saya hargai

Semoga kalian terus beroleh rahmat, lindungan dan kemurahan rezeki.

Terima kasih ya.

Khairul Hakimin Muhammad

11 Sep, 22:10


Namanya rezeki.

Sifat paid review kami ialah awareness sahaja.
Kami selalu ada ketakutan kalau ada yang nak kami review tapi sibuk nak sales. Kami cakap terang, kalau nak sales, kami tak sesuai. Kena cari orang lain.

Rezeki Patin Pak Usop Temerloh:

1. Posting bergambar di FB, lebih 300 share, lebih 82,000 impression

2. Posting Reels FB, lebih 20,000 view.

3. Posting Reels IG, lebih 5,000 view.

4. Posting Tiktok, lebih 300,000 view dan FYP.

Itulah dunia paid review. Jadi begini, syukurnya alhamdulillah.

RM890, dapat 4 posting ini insya-Allah.
Saya suka review makanan, ia forte kami. Selain itu pun kami terima, tapi biasa kami tanya dulu sesuai ke tak dengan kami. Nak kami review, whatsapp ja ke ⁨012-211 7994⁩ ya.

1. Posting bergambar:

https://www.facebook.com/share/p/QkLS8YeHax8bAsML/?mibextid=WC7FNe

2. Reels FB https://www.facebook.com/share/r/9o8YoZug5F8yprho/?mibextid=WC7FNe

3. Reels IG https://www.instagram.com/reel/C_wl1l9tYkk/?igsh=MW5mYW9yNmE3ZGk0dQ==

4. Tiktok https://vt.tiktok.com/ZS2asoQff/

Khairul Hakimin Muhammad

23 Aug, 15:47


Selamat sampai Alor Setar. Esok pagi ada kelas konten di Changlun insya-Allah. Selesai ja, terus pulang ke Bangi. Ada syarikat mahu kelas konten khas untuk pasukan mereka, maka saya naik keretapi petang tadi ke sini.

Di KL Sentral tadi, ditegur seorang pengikut. Bersalam dan saya berjalan laju mencari air mineral. Masuk ja 7E, ditegur lagi.

Boleh pula sempat tanya struktur dalam konten. Saya jawablah serba sedikit walau rasa janggal ya amat jawab depan peti ais hahaha.

Semalam masa main badminton pun sama, si Irfan tanya macam mana nak menulis. Kita yang tak cukup nafas baru duk jap selepas melibas reket, dia minta kita jawab soalan dia.

Kemudian disambung Musa suruh semak tulisan dia. Hahaha cenggitu je depa ni. Saya pun baca dan komen.

Begitulah hidup sebagai pembangun konten, pembina karya dan penulis ayat iklan paling hesmes di Malaysia. Mana-mana orang tanya macam mana nak bangunkan itu ini di media sosial masing-masing.

Malas cakap panjang, hangpa semua masuk kelas ekspress isnin nanti. Istimewa saya buat untuk kalian.

Daftar di sini: https://ezy.la/KelasKontenEkspres

Khairul Hakimin Muhammad

12 Aug, 04:01


Salam. Saya jawab di sini. Ramai tanya tentang asas story telling di media sosial:

https://www.facebook.com/share/wfwwcbZ8FRP95hyw/?mibextid=WC7FNe

Khairul Hakimin Muhammad

05 Aug, 00:28


Nama saya Khairul Hakimin. Ini scammer tak guna.
Hati-hati ini scammer! Group itu pun scammer! Hati hati gais! Kasi report. Ini di Telegram

Khairul Hakimin Muhammad

01 Aug, 09:25


Terima kasih ya

Khairul Hakimin Muhammad

01 Aug, 09:25


Mayday mayday

Saya dah mula kena shadow banned kerana tulis pasal Ismail Haniyeh

Mohon bantuan kasi engage (like ke apa ke) 2 posting ini

https://www.facebook.com/share/p/3fgQkkvUht4Jg8b7/?mibextid=WC7FNe

https://www.facebook.com/share/p/UASdKHDegojq81q1/?mibextid=WC7FNe

Khairul Hakimin Muhammad

14 Jul, 07:10


Kawan-kawan, sudi-sudikan dapatkan naskhah terbaharu saya ya, "Ya Tuhan, Rezekiku Di Mana?"

Ebook ini boleh dibeli dengan harga serendah RM1. Ikut kalian nak beli harga berapa, saya terima aja.

Terima kasih ya

Klik sini https://ezy.la/YaTuhanRezekikuDimana

Khairul Hakimin Muhammad

08 Jul, 21:09


Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini.

6 bulan = 182.5 hari.

Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari.

182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini.

Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari.

182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini.

***

Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya.

Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content.

1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku.

2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word.

3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini).

4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja

5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya.

6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story.

7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content.

8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan.

9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up.

10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.”

Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi.

Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus.

Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kaya, mulakan sekarang. Nak kelas, terus ke sini https://ezy.la/YudaSesiPertamaOgos

Khairul Hakimin Muhammad

25 Jun, 21:57


reti nak buat hantaran media sosial
tak tahu nak buat topik apa
buat hantaran, tapi sendu
penat taip, like tak ada, share lagilah tak ada
follower tak naik-naik
nak menjual tapi tak tahu macam mana
macam mana nak dapat 100k follower pun tak tau
zero kos, tak ada duit nak pakai ads
konten pun tak tahu apa benda, tak faham

Kalau kalian di sini, saya boleh bantu. Modul saya ini digunakan oleh hampir semua pempengaruh di luar sana.

Sama ada mereka sendiri yang datang ke kelas saya, atau mereka hantar team untuk hadir.

tahu bagaimana nak kumpul 100,000 follower
senangnya menjual apabila dah tahu susunan topik
dah tahu apa strategi konten yang betul
dari 1 perkataan rupanya boleh jana 1,000 posting
jualan RM1k sehari boleh cecah RM50k sehari
senangnya membuat posting apabila dah ada topik betul

Semua ini saya bantu kongsikan ilmunya. Modul tersusun dan berstruktur. Tak ada sembang teori petik bintang di langit.

Ia ada langkah demi langkahnya.

Kelas fizikal terakhir. Selepas ini 100% secara online. Ha nak jumpa, ayuhlah.

29hb ini, sabtu. 2 jam sahaja kalian akan dapat rahsia pempengaruh membina konten tersusun di platform yang mereka pilih.

Ada 2 sesi.

Pilih salah 1, kelasnya di INSPEN, Kajang.

Ayuh sertai!

Sesi pagi ada lagi 141 kerusi
Sesi petang ada lagi 193 kerusi

Ayuhhh! Ini sesi terakhir untuk kelas fizikaaaal!

Klik sini: https://ezy.la/KelasBinaKontenJun

Daftar lekas! Sendiri tak dapat hadir, hantar pasukan andaaaa!

Khairul Hakimin Muhammad

24 Jun, 15:30


Soalan: Bang saya jual Takaful. Saya tak tahu bagaimana nak tulis #content apa di media sosial. Bila up pasal insuran, hal Takaful haram tak ada orang suka. Macam mana bang?

Jawapan: Asingkan content untuk kehidupan dan juga untuk jana wang. Tak boleh semua posting itu tentang duit duit duit. Ia akan ubah mentaliti orang lain kepada akaun media sosial kita.

Kalau hari-hari kita kemaskini tentang hal sama yang menjana duit, posting itu pula semuanya berbentuk iklan, maka orang akan kata akaun kita ini adalah KEDAI, bukan MANUSIA. Dan itu menyebabkan orang akan mula berundur perlahan-lahan.

Akaun kita ini kita yang jaga. Dan kita kena jadi manusia biasa.

Hal kehidupan, kita up content kehidupan. Tak perlu peribadi sangat. Sekadar kemaskini perkara yang orang boleh ikut dan faham terus. Dari situ akan naik rasa percaya.

Dari percaya, terus kepada setia.
Saat sudah setia, jual produk dan perkhidmatan.
Di situ akan mula jana kewangan.

Ingat kawan,

Susun posting. Sekejap-sekejap kehidupan, sekejap-sekejap iklan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jual buku, kelas dan periuk. Hihihi.
Nak ke kelas content, terus ke sini ya https://ezy.la/KelasBinaKontenJun

Khairul Hakimin Muhammad

23 Jun, 23:55


Sifir mudah mulakan bisnes.

Mesti produk yang diperlukan orang. Bukan kita yang suka tentang produk tersebut. Buang ayat ini dalam kepala “Saya buat bisnes ni sebab saya sendiri suka produk ini.” Dan gantikan dengan ayat “ramai orang perlukan produk ini, saya kena belajar dan sentiasa perbaharui ilmu tentangnya.”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat bisnes bukan sebab orang lain buat bisnes.

Khairul Hakimin Muhammad

22 Jun, 23:50


Kita tunjuk kereta baharu, tunjuk rumah terpaling besar, segala benda dibeli ditayang, sudah dikongsi semua, kemudian LHDN nampak, buat taksiran, kita marah. Pemilik bangunan nampak, naikkan sewa, kita marah.

Kawan-kawan,

Orang lain tayang, depa bayar je LHDN juta-juta setahun. Mereka ini dah sedia kenaikan sewa dalam tempoh 10-20 tahun.

Kita yang tak bersedia, jangan duk buat. Simpan baik-baik apa sahaja yang kita beli.

Tak semua benda kita wajar tayang. Kadang-kadang yang itulah bawa bala.

Ini orang tayang, kita pun sibuk nak tayang. Tumpang ombak katanya. Kita tak sedar dia bawa kapal persiaran. Jualan dia siap boleh bawa orang cruise antara negara, yang kita sampan kecil masih memancing ikan pesisir pantai kat kampung kita sahaja. Hah sekali badai je terbalik lemas terus sampai hilang kat dasar laut orang lain tak jumpa-jumpa dah.

Tengok diri sendiri dahulu ya.

Tanya diri sendiri nak like ke nak happy. Kalau sekadar nak like sehari, natijahnya sad hari-hari. Namun kalau nak happy hari-hari, simpan dan hayati keseronokan diri itu sesama keluarga sahaja. Itu jauh lebih bahagia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.
Bebel selepas subuh. Gituh.

Khairul Hakimin Muhammad

14 Jun, 23:12


Rutin ringkas orang berjaya:

- bangun awal.
- tahu apa yang nak dibuat pada hari tersebut.
- menunaikan kewajipan kepada Allah terlebih dahulu.
- menunaikan kewajipan kepada keluarga terlebih dahulu.
- menunaikan kewajipan kepada majikan dan tempat kerja.
- pergi kerja dengan semangat dan tanggungjawab.
- pulang kerja dengan harga diri dan penuh kekuatan kembali kepada keluarga.
- tidur dengan penuh rahmat dan kemaafan.

Dari mata kasar, nampak rutin itu adalah untuk orang lain. Namun, jika dilihat itulah kekuatan seseorang untuk dirinya sendiri.

Dia berjaya kerana dia ada rutin hebat yang sentiasa mendahului jiwanya untuk jadi terbaik setiap hari.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita tentukan rutin kita.