Lubuk Resepi Viral @lubukresepiviral Channel on Telegram

Lubuk Resepi Viral

@lubukresepiviral


Himpunan bapak segala resepi viral terkini, mahupun resepi2 dulu. Dari tempatan hingga western..
#lubukresepiviral

Lubuk Resepi Viral (Malay)

Selamat datang ke Lubuk Resepi Viral - saluran Telegram yang penuh dengan pelbagai resepi viral terkini dan juga resepi-resepi lama yang pasti menarik selera anda. Di sini, anda akan menjumpai himpunan bapak segala resepi viral dari pelbagai jenis masakan, sama ada dari tempatan mahupun dari barat. Dari makanan ringan sehingga hidangan utama, kami memastikan anda sentiasa berada di dalam 'loop' dengan resepi-resepi yang sedang menjadi kegilaan ramai. Apakah anda seorang yang gemar mencuba resepi-resepi baru atau hanya ingin mencari idea untuk memasak setiap hari, Lubuk Resepi Viral adalah tempat yang tepat untuk anda!

Dengan mengikuti saluran Telegram ini, anda akan sentiasa terkini dengan resepi-resepi yang sedang trending di kalangan pencinta masakan. Tanpa perlu merungut tentang kebosanan memasak atau mengejar trend makanan terkini, Lubuk Resepi Viral akan membawa anda ke dunia masakan yang penuh dengan kejutan dan kreativiti. Gabunglah dengan ribuan pengguna lain yang turut memanfaatkan keberadaan saluran ini untuk memenuhi hasrat masakan mereka. Jom sertai kami hari ini dan jadikan masakan anda lebih viral bersama Lubuk Resepi Viral! #lubukresepiviral

Lubuk Resepi Viral

08 Mar, 00:33


Resepi pizza mini. Jom try!

BAHAN-BAHAN
- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin

CARA-CARA
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190Β°C selama 20 minit.

TOPPING
* Tomato puri
* Vages campur
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis

Kredit: Natasha Jeffrey

Lubuk Resepi Viral

07 Mar, 23:32


RESEPI BENDI CELUR ALA CHICKEN RICE SHOP

Bahan-bahan dan cara-cara :
Bendi celur sekejap. Angkat terus masuk dalam rendaman air ais sejuk sekejap. Toskan.
Kemudian 10 ulas bawang putih dan udang kering sikit cincang gunakan chopper. Tumis garing, masukkan cili paste yg sedia untuk masak. Atau gantikan cili dgn chili flakes pun boleh. Masuk kicap cair sikit. Lepas garing siram atas bendi.

Credit : Nurhidayah Bt Sahak

Lubuk Resepi Viral

02 Mar, 11:35


Ramai ke peminat pajeri terung dlm ni?

Edit post sbb rmai yg minta resepi..cara saya

5 @ 6 biji Terung ~ goreng dulu dr warna asal btukar kpd warna coklat n agak lembut
*10 tangkai cili kering
*4,5 biji bawang merah (size sedang)
*3,4 ulas bawang putih
*udang kering
Blend bahan bertanda *
Rempah kari daging or rempah pajeri
1 @ 2 keping asam keping
1 @ 2 btg serai ~ ketuk
4 sekawan
Santan pekat
1 keping Gula nisan/kerek
Sedikit gula pasir
Garam scukup rasa

Tumis 4 skawan,serai n bahan blend smpai garing
Masukkn rempah kari, masukkn sdikit air utk elak kan rempah hangus/hangit ~ tumis smpai garing n pecah minyak
Masukkan gula pasir, gula kerek/nisan, asam keping & kerisik
Kemudian masukkn santan... Dah mdidih msukkn terung
Biarkan atas dapur,sesekali kacau..masak smpai kuah agak pekat
Perasakan dgn garam, cukup rasa
Siap

*sy suka pajeri rasa sedikit manis
*blh kurangkn @ lebihkan sukatan bahan ikut byk mna nak masak

Photos from Faridah Abdul Arif

Lubuk Resepi Viral

02 Mar, 11:34


Resepi Ayam Percik Kelantan
=====================

+Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4

+Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

+Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

+Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

+Nota:
Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

Jika suka, boleh juga ayam direbus/kukus dengan separuh dari bahan kuah.

Resepi Oleh Azie Kitchen

Lubuk Resepi Viral

01 Mar, 04:46


Msk lemak cili api kencur ikn kembung rebus..
Mtk izin dgn suami nk msk ikn ni...nsb baik dpt lampu hijauπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„...
Amk ms bertahun br dpt mkn.gembira x terkata😍😍😍
Maafkn sy andai jd persoalan pd semua dlm kenyaatan sy di atas....nnt bl2 sy kongsikn sbbnya.
.
RESEPI IKN KEMBUNG MSK LEMAK SY

Ikn kembung rebus dgrg...ketepikn
Cili api 13bjk*
Bwg bsr sebjk*
Bwg putih 3 ulas*
Kencur segenggam*
Kunyit hidup 1/2inci*
Halia 1inci*
Sntn 2cwn
Asam keping sz kck 2
Serbuk pasti sdp
Air
Tomato potong 4
Bendi 5
.
-blend bhn bertanda*bersm sedikit air.
-tumis bhn blend smpi pecah myk.
-masukkn 2 cwn air dgn asam keping...biarkn mendidih...5minit mcm tu
-masukkn bendi dan msk smpi empuk.
-masukkn sntn dgn ikn...biarkn mesra dlm 2 minit...
-perasakn dgn serbuk pasti sdp...
-masukkn tomato.biarkn dlm 2 minit mndidih dan ttp api...
Siap..
-
kredit : Hamizah Yatim

Lubuk Resepi Viral

01 Mar, 04:41


RESEPI SINGGANG AYAM ALA THAI

BAHAN-BAHAN :

~Bwg putih*
~Bwg merah*
~Halia*
~Lengkuas*
~Kunyit hidup*
~Serai di ketuk
~Cili api*
~Ayam di potong
~Air

CARA MEMASAK :

Blend halus semua bahan yang bertanda*

Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan blend sampai naik bau, masukkan ayam dan goreng sekejap.

Tambahkan air, buh garam & serbuk perasa.

Didihkan sampai ayam masak. Tutup api.

Dah siap....

Kredit : Empunya Resepi

Lubuk Resepi Viral

27 Feb, 08:46


Jelly buahπŸ₯πŸŠπŸ‰πŸ’πŸ“

Bahan2
1 bungkus jelly konnyaku(10gm)
Serbuk agar2 (3gm)
Gula 300gm
Air 1300ml
Perisa
Buah- buahan
Bekas jelly ball

Caranya
-dlm periuk campurkan air,serbuk jelly,serbuk agar2 & gula
-kacau rata
-bukak api perlahan
-masak smp mendidih
-masukkan perisa
-dlm bekas jelly ball..letak buah
-bila wap agar2 dah tiada,masukkan dlm bekas jelly
-isi separuh..tutup & tekan smp keluar dari lubang kecik2 tu

Lubuk Resepi Viral

26 Feb, 23:22


Buat sendiri lagi puas hati. Boleh cuba buka puasa nanti..

Air Berbuka Paling Sedap Lagi Segar

Bahan bahannya

Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang)
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
Air batu

Cara caranya :

Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya , letak biji selasih dan cincau dan nata de coco, perah kan limau nipis ikut suka nak masam macamana.

Air ini tiada nama, boleh minum ais jelly di mahkota parade , ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini .

Selamat mencuba.

Sumber : ameliatambyhussin , airtanganamelia

Lubuk Resepi Viral

25 Feb, 11:07


Tips Goreng Ayam Moist & Juicy

Ada yang tanya macam mana jimmy goreng ayam jadi moist dan juicy. Ni caranya, rendam ayam dalam air garam sejam, lepas tu toskan . Pastu letak kunyit, aji, garam dan sedap rasa. Marinate la sejam.
Baru goreng dengan api sederhana. Siap.

Lubuk Resepi Viral

24 Feb, 08:38


Simple menu dari pucuk ubi dari orang bagi. Pelbagaikan menu. Tak membazir pasti habis.

Pucuk ubi garing pedas cili api.

Resepi

A.
Goreng daun pucuk ubi sampai garing - asikan
Tos minyak nya.

B.
Cili api , ikan bilis, bawang putih -kisar kering
Tumis dgn sedikit minyak sampai garing
Jgn lupa Garam dan msg

C.
Bawang goreng sedikit

Nanti gaul sekali dah siap leh makan

Selamat mencuba

Lubuk Resepi Viral

24 Feb, 06:40


Resipi Somtam Mangga πŸ₯­

Bahan-bahan ✨
- 4 Biji Mangga
- Udang kering
- Bawang merah 1 biji
- Cili padi 5 biji
- Sos Cili Thailand

Cara Penyediaan ✨
1. Mula sagat mangga terlebih dahulu dan masukkan udang kering.
2. Campurkan bawang merah yang dipotong nipis nipis dan cili padi.
3. Letakkan sos Thail ni. Lepastu gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa dah.
4. Siap di gaul. Selamat mencuba semua.
Simple kan☺️

Sumber: Ameera (Facebook)