Kisah-kisah dalam Al-Quran @kisah_kisahdlmalquran Channel on Telegram

Kisah-kisah dalam Al-Quran

@kisah_kisahdlmalquran


Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.

Kisah-kisah dalam Al-Quran (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram 'Kisah-kisah dalam Al-Quran'! Di sini, anda akan menjumpai pelbagai kisah yang terdapat dalam Al-Quran yang penuh dengan hikmah dan pengajaran. Ilmu itu adalah milik Allah dan melalui pembacaan serta tadabbur terhadap setiap ayat Al-Quran, kita pasti akan mendapat keberkatan dan hidayah dari-Nya. Saluran ini adalah tempat di mana anda boleh berkongsi, menyalin, dan menyebarluaskan kisah-kisah Al-Quran kepada sesiapa sahaja yang berminat. Dengan mempelajari kisah-kisah ini, kita dapat memperkaya pengetahuan kita tentang ajaran Islam dan mendapatkan panduan hidup yang terbaik. Jadi, jom sertai saluran 'Kisah-kisah dalam Al-Quran' ini sekarang dan jadikan pembelajaran Al-Quran sebagai sebahagian daripada kehidupan kita untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kisah-kisah dalam Al-Quran

04 Feb, 14:31


📌 Road to Ramadan 2025
====================

Fuh.
Sangat berterima kasih pada team aplikasi Tarteel ni sebab bagi premium secara percuma bersempana bulan Shaban ni.

Boleh search ayat Quran hanya dengan baca sahaja, ala² Shazam (aplikasi yang digunakan untuk mencari tajuk lagu). Sangat sesuai pakai waktu tarawih nak tau imam tengah baca surah apa. Atau waktu team halaqah sedang bertadarus dan kita nak tahu sedang baca ayat dari surah mana.

Untuk versi premium pula, boleh buat juga sebagai semakan ayat hafazan kita. Nanti dia akan bagi feedback kalau kita ada tersalah baris, sebut tak betul atau tertinggal perkataan.

Boleh rujuk balik jugak lepas tu part mana kesalahan kita tu.

Try la godek² App ni. Sangat best!
Haritu local imam kat masjid sini pun recommend untuk jemaah guna App ni. 🤩🤩

C&P

Link iOS : https://apps.apple.com/app/id1391009396

Link android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmmoussa.iqra&hl=en

https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

29 Dec, 07:24


🔴7TH PAGE

Isi Kandungan Channel Kisah-kisah Di Dalam Al Quran

📌 Kisah Di Dalam Al Quran & Hadis

41. Hikmah Allah Tak Sebut Spesifik Nama Tokoh dan Lokasi dalam Al Quran

📌 Tazkirah

49. Proses Untuk Dapat Rahmat Allah
50. Perumpamaan Kehidupan Dunia
51. Antara Usia & Kekuatan
52. Rezeki Paling Mahal

📌 Hadis Palsu & Lemah Popular

30. Kisah Berkaitan Malaikat Maut Datang Ambil Nyawa Rasulullah
31. Kisah Hentakan Kaki Nabi Ismail Mengeluarkan Air Zam-zam

📌 Sirah Nabi

13. Perjanjian 'Aqabah Kedua

📌 Amalan Sunnah

24. Mengerjakan Sujud Syukur
25. Membaca Doa Selepas Wudhuk
26. Mendapat Pahala Tanpa Melakukan Amalan Ibadah
27. Sedekah Yang Tidak Memerlukan Duit

📌 Nota Motivasi Diri 27, 28, 29, 30, 31

📌 Lain-lain

71.Dakwah Kepada Non-Muslim
72.Garis Masa Hayat Rasulullah
73.Siri Video Pendidikan Rukhsah Ibadah Ketika Sakit

📌 Kuiz 148, 149, 150, 151, 152, 153, 154, 155, 156, 157, 158, 159, 160, 161, 162, 163, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177, 178, 179, 180, 181, 182, 183, 184, 185, 186, 187, 188, 189, 190, 191, 192, 193, 194

📌 Kuiz Surah Al Kahfi 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59

Kisah-kisah dalam Al-Quran

19 Nov, 04:31


Dan orang kafir dapat tak rezeki? Dapat.

Apa dia? Makan (وَيَأۡكُلُونَ).

Persoalannya, adakah makanan itu rezeki kalau kesudahannya masuk dalam api dan dibakar dalam api?

Bukan!

Rezeki ialah apa sahaja yang membawa kita kepada kebahagiaan yang kekal abadi iaitu iman dan amal soleh.

Sebab itu orang beriman tak takut lapar. Tapi orang beriman takut tak beriman dan takut tak dapat beramal.

Kenapa Allah perintah Nabi ﷺ dan para sahabat berhijrah ke Madinah? Adakah sebab tak cukup makan?

Tak! Tapi sebab kat Mekah tak sempurna ibadat mereka sedangkan mereka dicipta bukan untuk makan tapi untuk beribadat.

Jadi bila tempat itu tidak sempurna untuk beribadat, kena hijrah. Bukan pasal rezeki tapi pasal ibadat.

Dan bila Nabi ﷺ dan sahabat pergi ke Madinah, Allah jamin tak rezeki Nabi dan sahabat?

Jamin.

Wallahu a'lam.

Penulisan Asal

Jom belajar tadabbur Al Quran bersama Ustaz Abdul Muein.

Kuliah-kuliah ustaz banyak dapat mengubah "mindset" kita tentang dunia dan akhirat. Ini kerana isi kandungan kuliah ustaz adalah berdasarkan Al Quran. Kita direct faham apa yang dikehendaki oleh Allah kepada kita.

Jom kita baca, faham, tadabbur dan amalkan apa yang terkandung di dalam Al Quran.

Link kuliah Ustaz Abdul Muein
https://youtube.com/@ghulamaldakwah?si=YyhCRbkDtDftGJqQ

Kisah-kisah dalam Al-Quran

11 Nov, 06:32


📌𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞
𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗜𝗧


Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:

1⃣
تَعْدِلُ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ
Mendamaikan  antara 2 orang (yang sedang bertelagah) adalah satu sedekah

2⃣

وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ
تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ
Menolong orang lain adalah sedekah

3⃣

وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ
Bercakap perkataan yang baik juga adalah sedekah

4⃣

وَكُلُّ خَطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ
setiap langkah yang engkau gunakan untuk berjalan ke masjid untuk solat (berjemaah) adalah sedekah

5⃣

وَتُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ
mengalihkan sebarang benda yang menyakitkan di jalan juga adalah sedekah

(HR Bukhari & Muslim)
[ Kitab Al-Azkar Imam Nawawi ]

https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

08 Nov, 01:01


📌 Siri Video Pendidikan Rukhsah Ibadah Ketika Sakit

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HRPZ II menyediakan Siri Video Pendidikan sebagai satu wadah atau wasilah kepada kakitangan hospital, pesakit dan waris untuk mengetahui rukhsah ibadah ketika sakit.

Berikut adalah senarai Siri Video Pendidikan yang telah disediakan.

1. Rukhsah Wuduk
https://youtu.be/ABDDdE8BnsI

2. Rukhsah Wuduk (Memerlukan Bantuan)
https://youtu.be/ZJ0NpFnjefQ

3. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Muka Berbalut)
https://youtu.be/60G8ynBky-8

4. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Muka Berbalut)
https://youtu.be/sB2rzkg9psY

5. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Tangan Berbalut)
https://youtu.be/V1J3tYfF0jM

6. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Tangan Berbalut)
https://youtu.be/Gj1il98xfP4

7. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kepala Berbalut)
https://youtu.be/BFz1TTC9Ds0

8. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Kepala Berbalut)
https://youtu.be/XXiFTixbQXs

9. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kaki Berbalut)
https://youtu.be/LsJ9mx8KfL4

10. Rukhsah Tayammum
https://youtu.be/q4I8UKHR2bc

11. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Sujud)
https://youtu.be/XyypXcQyuN4

12. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Rukuk & Sujud)
https://youtu.be/EfpJYvrXcno

13. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Di Atas Kerusi)
https://youtu.be/36-B-pj2vJk

14. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Iftirasy)
https://youtu.be/J_RGgmze0Po

15. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Di Atas Katil)
https://youtu.be/bfhB-9iBM-c

16. Rukhsah Solat (Solat Secara Mengiring)
https://youtu.be/u3X4vay_-WI

17. Rukhsah Solat (Solat Menggunakan Isyarat Mata)
https://youtu.be/4kwQTSjpUhw

*Langkah-Langkah Menonton Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II*

i. Tekan atau klik pada setiap video di atas untuk menonton setiap situasi.
atau
ii. Tekan pautan berikut untuk menonton kompilasi video.
https://www.youtube.com/playlist?list=PLQC0UsULZnlcHiEQlRi-TC3WvYM2B67wg
atau
iii. Subscribe saluran rasmi Youtube HMI HRPZ II.
http://www.youtube.com/@HospitalMesraIbadahHRPZII

Semoga dengan adanya Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II ini, kakitangan HRPZ II dapat berkongsi ilmu ini dan beramal dengan waris dan pesakit yang menerima rawatan di dalam hospital.

Semoga ianya menjadi amal jariah yang berterusan.

https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

08 Nov, 01:01


Subscribe saluran rasmi
Youtube HMI HRPZ II.


http://www.youtube.com/@HospitalMesraIbadahHRPZII

Kisah-kisah dalam Al-Quran

06 Nov, 08:22


📌 Hadis Palsu & Lemah Popular

🔸Kisah Berkaitan Malaikat Maut Datang Ambil Nyawa Rasulullah

Kisah Pertama

“Malaikat Jibril AS datang menemui Rasulullah dan berkata: “Malaikat maut ada di pintu, meminta izin untuk menemuimu dan tidak pernah meminta izin kepada seorangpun sebelum daripadamu.” Lalu Rasulullah SAW mengizinkan malaikat maut untuk masuk.

Setelah malaikat maut masuk lalu berkata: “Salam ke atas kamu wahai Rasulullah. Allah telah mengutuskan aku untuk memberikan pilihan kepada mu di antara kekal tinggal di dunia atau bertemu dengan Allah.” Akan tetapi, Rasulullah memilih untuk bertemu dengan Allah SWT.

▪️Ulasan

Kisah di atas tidak diketahui akan asalnya di dalam kitab yang muktabar walaupun ia ada dinukilkan di dalam kitab-kitab yang terkemudian.

Kisah Kedua

Ada riwayat yang menyatakan malaikat maut datang menyerupai seorang Arab pedalaman. Lalu diberikan kepada Rasulullah SAW sebiji epal menjelang kewafatan baginda dan baginda menciumnya.

▪️Ulasan

Kisah ini tidak boleh dijadikan hujah kerana berdasarkan sebuah hadis rekaan.

Kisah Ketiga

Hadis panjang yang meriwayatkan tentang kisah malaikat maut mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW, lalu sahabat keluar seorang demi seorang untuk melihatnya tetapi tidak dapat melihatnya. Jadi, mereka mengetahui yang datang itu ialah malaikat maut dan mereka tunduk kepadanya.

▪️Ulasan

Hadis ini juga adalah sebuah hadis dusta berdasarkan kesepakatan ahli-ahli hadis. Walaupun begitu, al-Tabarani meriwayatkannya menerusi hadis Abd al-Mun'im bin Ideris daripada bapanya daripada hadis Wahab bin Munabbih daripada Ibn Abbas. Abd al- Mun'im seorang yang terkenal dengan pendustaannya.

Kisah Keempat

Begitu juga dengan hadis yang menceritakan kononnya Fatimah menangis apabila Rasulullah SAW wafat, sehingga menimbulkan rasa keluh kesah penduduk Madinah. Mereka terpaksa meletakkannya di dalam rumah yang khusus untuk orang yang sedih.

▪️Ulasan

Kisah ini juga sebuah kisah dusta. Hanya orang yang jahil sahaja meriwayatkan hadis seumpama ini atau orang yang mempunyai niat untuk menjatuhkan martabat Fatimah serta para sahabat baginda sahaja sanggup berbuat demikian.

🔹 Pengajaran

Berhati-hatilah dengan kisah-kisah palsu berkaitan sirah Rasulullah. Berfikirlah dengan kritis dan jangan dipengaruhi emosi.

Penyebar kisah-kisah palsu suka bermain dengan emosi agar mereka kekal relevan. Tiada tokok tambah, tiadalah sensasinya.

Mereka seolah-olah lupa ancaman Rasulullah kerana mereka memilih dunia berbanding akhirat.

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari]

🔺 Sumber
1. Artikel Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan
2. Buku 72 Kisah Para Nabi
Yang Tidak Boleh Dijadikan Hujah

https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

05 Nov, 06:13


NOTA MOTIVASI DIRI #30

Manusia terlampau mengejar dunia, sedangkan umurnya di dalam kubur lebih lama dari atas kubur.

https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

03 Nov, 02:16


PROSES UNTUK DAPAT RAHMAT ALLAH

Dalam surah Yunus (10:57), Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَشِفَآءٞ لِّمَا فِي ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ
.
Dalam ayat ini, Allah beritahu dengan jelas fungsi Al-Quran.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ

Wahai manusia

Bila Allah sebut wahai manusia, termasuklah orang kafir. Jadi, Al-Quran ini sebenarnya untuk semua orang. Bukan untuk orang Islam sahaja.

قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٞ

Telah datang kepada kamu مَّوۡعِظَةٞ

Apa makna مَّوۡعِظَةٞ?

Pengajaran, peringatan. Peringatan tentang apa?

Tentang hari akhirat, tentang dosa, tentang azab kubur. Kalau kamu buat dosa, kamu akan diazab.

Jadi, fungsi Al-Quran yang pertama ialah memberi peringatan. Dan peringatan itu bukan daripada orang biasa tapi,

مِّن رَّبِّكُمۡ

Daripada Tuhan kamu

Kenapa Allah sebut peringatan daripada Tuhan kamu? Kita dah tau kan Qur'an memang daripada Allah. Jadi, sebenarnya tak perlu sebut pun مِّن رَّبِّكُمۡ.

Tapi kenapa Allah sebut?

Sebenarnya Allah nak bagi tau, mau'izah ini ialah Al-Quran tapi Allah sebut sifat dia iaitu mau'izah (peringatan) sebab orang duk faham Qur'an ni untuk berkat, untuk pelaris perniagaan dan sebagainya.

Tak!

Pertama lagi Allah sebut Al-Quran ini peringatan. Nak mengingatkan kamu tentang matlamat hidup.

Dan peringatan ini daripada Tuhan kamu dan pasti akan berlaku. Kalau daripada manusia mungkin betul, mungkin salah. Mungkin manusia boleh laksanakan, mungkin tak mampu.

Tapi kalau Allah yang janji, ia pasti berlaku sebab Dia Rabb.

Yang kedua, وَشِفَآءٞ - penawar.

Di sini Allah sebut penawar kepada penyakit لِّمَا فِي ٱلصُّدُورِ - yang berada dalam hati.

Bermakna Allah nak beritahu, penyakit paling bahaya ialah penyakit hati.

Penyakit inilah yang menghalang manusia dapat mau'izah. Selagi ada penyakit dalam hati, dia tak akan dapat mau'izah (peringatan).

Qur'an hanya sekadar nak khatam, sekadar nak hafal, sekadar nak jadi alat pelaris.

Penyakit apa ni?

Cinta dunia, dengki, cemburu, dendam, tamak.

Yang ketiga, وَهُدًى - petunjuk. Apa makna petunjuk? Apa maksud Qur'an itu sebagai petunjuk?

Maknanya kita berilmu dan kita beramal dengan ilmu. Bila sebut sebagai petunjuk, Qur'an itu memberi ilmu kepada kamu dan kamu amalkan. Barulah Qur'an itu memberi petunjuk.

Kalau tak, hidayat itu tak lengkap dan ia hanya dipanggil hidayat ilmu.

Yang kita minta 17 kali sehari,

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus

Yang pertama, kita minta ilmu. Yang kedua, supaya Allah bagi taufik kepada kita untuk beramal.

Yang keempat, Qur'an sebagai وَرَحۡمَةٞ - kasih sayang Allah.

Semua orang nak kasih sayang Allah tapi prosesnya ini (mau'izah - syifaa' - hudan).

Ikut tertib. Daripada mau'izah kamu dapat peringatan, barulah penyakit kamu terawat (syifaa').

Setelah penyakit kamu terawat dan kamu ikut Al-Quran, barulah kamu dapat petunjuk.

Setelah kamu dapat petunjuk (berilmu & beramal), barulah dapat kasih sayang Allah. Inilah kemuncak proses ini.

Jadi, mustahil kita dapat rahmat Allah tanpa melalui proses ini dan sumbernya ialah Al-Quran.

Mustahil.

Sebab itulah hidup orang yang tak berpandukan Al-Quran, bila ada masalah dia rasa macam, Allah benci dia, Allah tak sayang dia.

Sebenarnya, dia yang tak sayang pada Tuhan dan tak sayang pada diri sendiri.

Kalau dia nak rahmat (kasih sayang) Allah, dia mesti bermula dengan menjadikan Al-Quran sebagai mau'izah. Jangan baca khatam, baca khatam. Lepas tu simpan.

Wallahu a'lam.

Penulisan Asal

📌 Jom belajar tadabbur Al Quran bersama Ustaz Abdul Muein.
Kuliah-kuliah ustaz banyak dapat mengubah "mindset" kita tentang dunia dan akhirat. Ini kerana isi kandungan kuliah ustaz adalah berdasarkan Al Quran. Kita direct faham apa yang dikehendaki oleh Allah kepada kita.

Jom kita baca, faham, tadabbur dan amalkan apa yang terkandung di dalam Al Quran.

Link kuliah Ustaz Abdul Muein
https://youtube.com/@ghulamaldakwah?si=YyhCRbkDtDftGJqQ

Kisah-kisah dalam Al-Quran

22 Oct, 07:23


Garis Masa Hayat Rasulullah