DEAR HATI 🌹💕 @DearHati @dearhati Channel on Telegram

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

@dearhati


"Usah ditanya mengapa mereka sering menyakitimu tetapi tanyalah pd diri, kenapa kau biarkan ia berlaku"

Sharing / idea
@DearHatiSharing_bot

IKLAN @PaidReviewPentagon_bot

Jom Join
@GayaSihatCantik @ResepiDuniaMasakan

@LantakAhh @OhMyQuotes

DEAR HATI (Malay)

DEAR HATI adalah saluran Telegram yang menjemput anda untuk merenung dan merenungkan makna di sebalik kehidupan. Dengan motto 'Usah ditanya mengapa mereka sering menyakitimu tetapi tanyalah pada diri, kenapa kau biarkan ia berlaku', saluran ini menyediakan ruang untuk berkongsi pemikiran dan idea. Anda juga boleh menemui bot @DearHatiSharing_bot untuk berkongsi lebih banyak idea. Selain itu, saluran ini juga mempromosikan saluran lain seperti @GayaSihatCantik dan @ResepiDuniaMasakan untuk menambah ilmu dan pengalaman anda. Jadi, jom sertai DEAR HATI sekarang untuk mendapatkan inspirasi dan motivasi dalam kehidupan anda! 🌹💕

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

04 Nov, 04:40


CHANNEL NAK DIJUAL

@LantakAhh Dgn @OhMyQuotes
1 channel RM120
2 channel RM200


@DearHati RM150


Berminat terus dm Cik aLyah
@CikAlyah
.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

30 Sep, 10:04


UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Wallahua'lam.
https://t.me/DearHati

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

20 Sep, 12:36


BERCERAI? RUJUK? NIKAH SEMULA?

Jangan berbaik kerana anak-anak. Anak2 akan membesar dan ada kehidupan sendiri. Masa tu, apa yg kita perlu, cumalah seorang lelaki yang setia menjaga sakit pening kita, kumpul pahala bersama dan hidup tenang berdua sehinggalah kita mengadap Sang Pencipta kembali. Semua manusia berhak mengecapi kebahagiaan.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

22 Jun, 23:30


PERJALANAN KITA INI
adalah ketentuan-Nya

BAIK ATAU TIDAK
itulah perjalanan-Nya,

SEDIH ATAU GEMBIRA
itu adalah kisah-Nya

MISKIN ATAU KAYA
itulah ujian-Nya,

SEDIKIT ATAU BANYAK
itu adalah pemberian-Nya

Dimata manusia
kita mungkin berbeda, tapi
dihadapan Allah,
kita semua sama.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

22 Jun, 23:15


Dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim,
aku tutup.pintu hati ku untuk
sesiapa yang ingin mendekati
ku dengan sekeras Surah
Al-Hadid, sehingga ada
seseorang yang berjaya
membukanya dengan
selembut Surah
Ar- Rahman...

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

05 Apr, 12:07


https://vt.tiktok.com/ZSFqwV9DG/

Sekarang saya faham dan merasakan apa yang pernah ayah rasakan dulu.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

25 Jan, 10:30


Sbb tak boleh terima hidayah Allah

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

18 Dec, 14:51


Jangan main gilak samaku 😏

https://vt.tiktok.com/ZSNgXgqcB/

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

08 Dec, 12:27


Ingat move on tu macam demam ke?
https://vt.tiktok.com/ZSN41KftK/

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

03 Dec, 08:19


Jangan rendahkan diri awak hanya kerana seseorang yang tidak tahu menghargai

@DearHati

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

01 Dec, 15:58


Si miskin yg sabar dan si kaya yang pemurah

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

03 Nov, 15:31


*Berita tergempar*

Kes Pelancong jepun ditetak di pantai Teluk Chempedak, oleh Penjenayah Warga Asing

Kuantan : Berita terkini yg berlaku di Pantai Teluk Chempedak Kuantan Pahang sebentar tadi. 31 OKt 2023 jam 01:48pm...Sekumpulan samseng; yang dipercayai warga asing telah memeras ugut seorang pelancong dari Jepun di Pantai Teluk Chempedak. Saksi di tempat kejadian memberitahu, dia melihat penjenayah-penjenayah itu meminta supaya pelancong Jepun itu menyerahkan semua wang, barang kemas, telefon bimbit serta kamera kepada samseng samseng tersebut, tetapi pelancong Jepun itu cuba melawan. Oleh kerana tidak dapat mengalahkan pelancong itu yang dipercayai pakar karate, mereka akhirnya telah menetak pelancong itu dengan menggunakan parang dan mereka beramai ramai mencampakkan pelancong itu ke dalam laut. Tatkala penjenayah-penjenayah itu cuba beredar, mereka dikejutkan dengan satu bunyi yang pelik lalu menoleh kearah bunyi pelik itu tadi dan mendapati ia datang dari arah pelancong Jepun tadi yg dibuang ke laut. Tiba tiba tanpa diduga oleh penjenayah, pelancong yg disangka telah mati itu telah bertukar menjadi ultromen taro!... Lalu bertempiaranlah mereka melarikan diri,

ewah! kusyuknya membaca yer...😄

siapa kata rakyat malaysia malas membaca ?.
#jgn marah jgn stress2 ya saya pn terkena jugak 😁😁

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

02 Nov, 16:35


Mereka berpegang kepada fanatik perkauman dan berjuang untuk kembali menubuhkan negara agung bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman AS yang pernah memerintah negara terbesar di dunia, padahal Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS menegakkan negara Islam yang beramal dengan Kitab Allah, bukan ditegakkan negara sekular.

Mereka melakarkan peta negara mereka dari Laut Mediterranean sehingga Laut Merah dan dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq.

Melalui perundingan antara ketua Pertubuhan Zionis Sedunia, Theodor Herzl dengan Menteri Luar British, Lord Balfour, Perisytiharan Balfour yang terkenal dimeteraikan. Perisytiharan itu menyerahkan Palestin yang dijajah oleh British mengikut pembahagian Perjanjian Sykes-Picot kepada kumpulan Zionis bagi menubuhkan negara yang bernama ‘Israel’ apabila British meninggalkannya.

British bertindak memberikan segala kemudahan memasukkan pendatang Yahudi dari seluruh pelosok dunia ke Palestin dan memberikan perlindungan kepada kumpulan pengganas Yahudi yang ditubuhkan dengan senjata dan harta. Tindakan ini adalah bagi melindungi kaum Zionis yang datang dan menghalau penduduk Arab secara kekerasan, di samping menggunakan kekayaan membeli tanah sebanyak-banyaknya bagi penempatan kaum Yahudi yang datang seramai-ramainya.

Kumpulan pengganas Haganah ditubuhkan pada tahun 1920 yang kemudian ditukar kepada nama Irgun, dengan mereka diberikan kemudahan senjata oleh penjajah British pada era pemerintahannya. Salah seorang pemimpinnya ialah Menachem Begin yang menjadi Perdana Menteri Israel ketika penubuhan negara haram itu pada tahun 1948 dengan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), secara membunuh dan menghalau rakyat Palestin serta merampas kediaman, kedai, dan kebun.

Adapun rakyat Palestin pula diharamkan memiliki senjata termasuk senjata kuno yang paling kecil atas nama menjaga keamanan, padahal sebenarnya mereka hanya ingin menjaga keamanan kumpulan Zionis tanpa apa-apa tentangan.

Kita menyaksikan tindakan ganas dalam peristiwa Deir Yassin pada tahun 1948, pembunuhan ganas Sabra dan Shatila pada tahun 1982, pembunuhan ramai jemaah yang bersolat di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994, dan lain-lain di hadapan masyarakat antarabangsa tanpa apa-apa tindakan terhadap Zionis dan bebas daripada hukuman jenayah.

Kumpulan Zionis berjuang menguasai ekonomi dan media serta mempengaruhi politik semua negara besar, seterusnya negara-negara di bawah pengaruh kuasa besar itu. Zionis dapat menguasai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jadi kita mesti berwaspada kalau ada pemimpin negara yang menjadi rakan IMF dan Bank Dunia.

Semua agensi media dan unit penting PBB berada di bawah pengaruh Zionis. Semua calon Presiden Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, dan negara Eropah juga ditentukan siapa calon yang kuat menyokong Israel.

Apabila berlaku kebangkitan rakyat Palestin yang disokong oleh umat Islam, kita menyaksikan situasi tersebut telah membahayakan negara haram Israel itu. Maka, usaha atas nama perdamaian dikendalikan oleh negara-negara besar untuk mempengaruhi negara Arab dan Islam yang dijadikan alat mereka bagi memberikan peluang kepada Israel menambah kekuatannya.

Alasannya, Israel berhak mempertahankan dirinya. Adapun rakyat Palestin tidak berhak berjuang mempertahankan hak mereka dari segi agama dan tanah air mereka, bahkan difitnah dengan jenama pengganas.

Negara-negara besar membekalkan Israel dengan segala jenis persenjataan, termasuk senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. Bahkan, setiap rakyat Yahudi dipersenjatai, malah semua pendatang juga diberikan latihan tentera. Maka, semua rakyatnya ialah tentera.

Adapun rakyat Palestin diharamkan bersenjata. Kaum Yahudi Zionis pula dipersenjatai termasuk pendatang yang bukan tentera dijadikan tentera juga.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

02 Nov, 16:35


Sebenarnya, merekalah yang melaksanakan Holocaust terhadap rakyat Palestin di dalam tanah air mereka yang dijadikan penjara, disekat segala kemudahan hidup, dan dibelasah dengan pembunuhan yang lebih kejam.

Amerika Syarikat dan Eropah yang lantang menjaga hak asasi manusia sepatutnya menghantar bantuan kemanusiaan. Akan tetapi, mereka menghantar kapal perang yang membawa senjata dan tentera atas nama perlindungan. Mereka turut bersama-sama melakukan keganasan jenayah perang dan mencabuli undang-undang antarabangsa yang mengawal peperangan supaya tidak melampau, tiba-tiba ikut serta melampau.

Media yang menembusi langit terbuka tanpa sempadan mendedahkan ke seluruh pelosok dunia, betapa ganasnya Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang berada di kawasan perlindungan sehingga di kawasan seperti hospital, rumah ibadat, dan sekolah, selain membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, dan pesakit.

Perbuatan ini mencetuskan kemarahan rakyat negara masing-masing yang masih berperikemanusiaan termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, bersama negara Arab dan Islam yang bersimpati dengan rakyat Palestin yang dizalimi. Paling menarik ialah tindakan beberapa negara Amerika Latin memutuskan hubungan diplomatik dan menghalau duta Israel.

Malangnya, ada pula negara Arab dan Islam masih melakukan normalisasi dengan Israel dan adanya NGO dan parti politik di Malaysia melarang takbir, termasuk melarang kanak-kanak sekolah yang bersemangat membawa senjata mainan kerana marah akan keganasan sehingga membakar bendera Israel dan bala tentera Ahzab yang membantunya.

Larangan mereka sangat berlawanan dengan firman Allah SWT:

﴿وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ ٦٠﴾

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa-apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu, dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa-apa saja yang kamu nafkahkan di jalan Allah, nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” [Surah al-Anfal: 60]

Sabda Rasulullah SAW:

عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ والفُروسِيَّةَ
“Ajarilah anak-anak kalian berenang, memanah dan menunggang kuda.” [Al-Suyuti, al-Jami‘ al-Saghir, No. 8166. Juga diriwayatkan dalam jalur dan lafaz yang lain dengan perbahasan para ulama’ hadis]

Masih ada lagi pewaris sistem pendidikan warisan penjajah yang melemahkan dan membodohkan umat Islam atas jenama perdamaian dan menentang keganasan, supaya tidak melawan pencerobohan keganasan penjajah dan tindakan zalim melampau yang dilakukan oleh mereka.

Jangan menjadi kalangan yang bermuka-muka kerana takut akan gelombang rakyat dengan berpura-pura dan bercakap bersama Palestin, sedangkan hati mereka bersama Zionis dan bala tentera Ahzab.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Rabi‘ al-Akhir 1445 / 1 November 2023

[Bil: 91 / 2023]

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

02 Nov, 16:35


Kemajuan teknologi yang menjadi ancaman kepada Israel diharamkan, para saintis ramai yang dibunuh dan hilang, malah kemajuan tenaga nuklear yang bertujuan keamanan bagi mendapatkan sumber tenaga turut dimusnahkan dengan serangan oleh Israel atau kuasa yang memiliki pangkalan tentera di sekitarnya, atas nama keamanan negara Israel.

Mereka sengaja mengambil tempat di beberapa negara untuk menjadi pangkalan tentera bagi menjaga keselamatan Israel dan kepentingan mereka, selain mencuri dan merompak sumber ekonomi untuk mereka.

Pada masa ini, kumpulan Islam dari Palestin seperti kumpulan Hamas dan Tanzim Jihad serta Hizbullah di Lubnan ditubuhkan yang bergerak mengikut hukum Islam yang mewajibkan berjihad. Mereka mendapat latihan tarbiah jihad dan persediaan senjata.

Kini, mereka bertindak apabila Israel sudah kemuncak melampau mereka dengan menceroboh Masjid al-Aqsa, menggali terowong di bawah tanah, masuk ke dalam masjid dan menyerang mereka yang sedang beribadat dan beriktikaf. Termasuklah mengatur upacara korban oleh pelampau Yahudi bagi merasmikan pembinaan Haikal (Kuil) Sulaiman di dalam Masjid al-Aqsa, serta membunuh rakyat Palestin secara terancang oleh pendatang Yahudi yang dipersenjatai dan dikawal oleh polis dan tentera Israel.

Apa yang dilakukan oleh kumpulan Islam itu merupakan satu tindakan yang sudah tiba pada masanya dan mengikut hukum al-Quran:

﴿۞إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٖ كَفُورٍ ٣٨ أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ ٣٩﴾

“Sesungguhnya, Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari ni‘mat. (38) Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya, mereka telah dizalimi. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. (39)” [Surah al-Hajj: 38–39]

Kumpulan Islam Hamas, Tanzim Jihad, dan Hizbullah melaksanakan operasi perang yang menepati perintah Allah SWT:

﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Rasulullah SAW mengarahkan larangan membunuh orang awam seperti orang tua, kaum wanita, kanak-kanak, dan paderi di gereja, rumah ibadat, dan lain-lain, hanya sasaran tentera sahaja yang diserang.

Hamas, Tanzim Jihad, dan Hizbullah yang berada di barisan hadapan mengikuti perintah Allah dan Rasul-Nya SAW. Berbeza dengan Israel yang bertindak balas menyerang Gaza, selatan Lubnan, dan Syria dengan menggempur sasaran awam yang diharamkan oleh Islam dan undang-undang antarabangsa.

Negara besar yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan diikuti oleh negara Eropah yang bersamanya juga melakukan jenayah perang apabila menghantar tentera dan senjata bagi membantu Israel, membenarkan segala tindakan jenayah perangnya, dan menggunakan kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang menghukum Israel. Mereka bertindak atas nama berhak mempertahankan negara haram Israel yang merompak dan melakukan jenayah perang terhadap penduduk asal Palestin yang berhak.

Sebaliknya, mereka menghukum rakyat Palestin yang berjihad bagi membebaskan tanah air dan mempertahankan tanah suci agama sebagai pengganas. Serangan menggila itu bukan sahaja disasarkan ke kawasan awam, malah termasuk hospital, rumah ibadat seperti masjid dan gereja, sekolah, dan khemah penempatan mangsa peperangan yang dimusnahkan rumah kediaman mereka.

Mereka melakukan propaganda melampau untuk menarik simpati antarabangsa kerana menjadi mangsa Holocaust iaitu pembunuhan beramai-ramai terhadap Yahudi oleh pihak Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

02 Nov, 16:35


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid032qcfXV8XDAEVZYuq4xE3SyznXsa6UvkayRfm7txGAcodbWxZ1HgagbTjLgEHxjJhl&id=100044222510324&mibextid=Nif5oz

Minda Presiden PAS

ISRAEL: PAKSI KEJAHATAN YANG DICIPTA

Negara penjajah Barat bertanggungjawab mencipta negara yang dinamakan Israel, bertujuan menjaga urusan bagi meneruskan penjajahan mereka yang zalim sejak beberapa abad yang lalu, selain menjaga kepentingan mereka dengan menghalalkan segala cara.

Maka, tidak hairanlah jika negara-negara yang terlibat itu memejamkan mata sahaja terhadap keganasan yang dilakukan oleh Israel di Gaza hari ini sehingga melanggar undang-undang antarabangsa yang telah mereka ciptakan bersama. Malah, perbuatan Zionis itu telah melampaui batas kemanusiaan dan mengatasi keganasan binatang liar yang paling ganas, apabila dilihat jumlah korban kanak-kanak, orang tua, kaum wanita, dan lain-lain.

Bukan sahaja kawasan kediaman awam, bahkan serangan ganas turut disasarkan ke atas rumah ibadat, hospital, dan sekolah yang sudah dikira sebagai jenayah perang mengikut undang-undang antarabangsa.

Negara besar dan sekutunya pada hari ini pernah mencipta sejarah hitam sewaktu mereka datang menjajah negara Asia, Afrika, Amerika, dan Australia. Mereka mengganas dan membunuh penduduk asal seperti membunuh binatang liar dengan lebih ganas, malah ada yang ditawan dan dijadikan hamba abdi yang dijual laksana barangan, selain merompak segala hasil tanah jajahan mereka.

Justeru, tidak hairanlah kalau mereka boleh menyokong Israel yang sedang mengganas sekarang, bahkan memayunginya dengan bantuan senjata serta sokongan politik dan media yang tidak berbelah bahagi demi menghalalkannya.

Di samping itu, mereka membuat kenyataan terbuka bahawa Israel berhak melakukan apa-apa sahaja kononnya kerana mempertahankan diri dan kedaulatannya yang haram. Sebaliknya, pihak yang melawan Israel pula semuanya dianggap sebagai pengganas.

Ada pula negara Arab dan Islam yang tidak tersentuh perasaan mereka dengan kenyataan tersebut dan melakukan normalisasi dengan negara Israel. Sebaliknya, rakyat Palestin yang mempertahankan diri dan tanah asal mereka dikecewakan dan dipersalahkan pula.

Penganut Islam yang membaca al-Quran, termasuk Yahudi yang membaca kitab Taurat yang asal dan tidak diubah mengetahui bahawa, bumi Palestin dipilih Allah menjadi bumi para anbiya’. Hal ini disebabkan Nabi Ibrahim AS telah melakukan hijrah ke Palestin sebelum adanya bangsa Yahudi di samping sudah ada penduduk asal di sana, malahan bangsa Arab juga adalah daripada zuriatnya.

Sejarah Bani Isra’il, mereka diperintahkan untuk bersama para rasul dan anbiya’ bagi menegakkan Kitab Allah yang adil kepada semua. Namun, apabila mereka melakukan khianat terhadap Allah dan para anbiya’, maka kelayakan mereka untuk mendiami bumi Palestin dibatalkan. Firman Allah SWT:

﴿... وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٦١﴾

“...Lalu ditimpakanlah ke atas mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]

Dalam kalangan penganut Yahudi bermazhab Neturei Karta mendedahkan bahawa, kitab Taurat mengharamkan mereka menubuhkan negara Yahudi kerana sebab tersebut (pengkhianatan terhadap Allah dan para anbiya’), nanti mereka akan mengulangi bencana yang akhirnya menguburkan bangsa Yahudi.

Kumpulan sekular Yahudi yang memisahkan agama daripada politik menubuhkan pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Zionis Sedunia.

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

31 Oct, 12:19


Firdaus Wong Wai Hung.

Suka saya ingatkan pada Nga Kor Ming, awak adalah Menteri di dalam kerajaan Malaysia & saya yakin dan pasti bahawa awak maklum akan pendirian kerajaan dalam isu keganasan Zionis dan Palestin iaitu kerajaan bersama rakyat Palestin.

Saya yakin awak juga tahu bahawa takrifan rasmi kerajaan pada Hamas adalah mereka dipanggil sebagai PEJUANG HAMAS bukannya militan mahupun ekstrimis sebagaimana takrifan kerajaan barat mahupun media barat.

Awak ni, Nga Kor Ming, Menteri Kabinet Malaysia atau Menteri Kabinet Israel atau Amerika Syarikat?

Kalau Menteri Kabinet Malaysia, maka sila ikut takrifan rasmi kerajaan.

Apabila pelajar sekolah memakai pakaian seperti PEJUANG HAMAS dalam Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, mereka bukan fahaman ekstrimisme & keganasan!

Mereka berpakaian seperti PEJUANG bukan ekstrismis! Apakah mereka dipanggil ‘fahaman ekstrimisme dan keganasan’ kerana berpakaian mirip MIRIP PEJUANG HAMAS atau kerana mereka membawa senjata mainan?

Kalau mirip PEJUANG HAMAS, maka anda salah kedana bercanggah dengan takrifan kerajaan HAMAS bukan pengganas. Kalau kerana mereka bawa senjata mainan, awak pun salah kerana ramai pelajar juga membawa senjata mainan ketika sambutan Hari Kebangsaan di sekolah!

Kita boleh memuji pelajar sekolah berjiwa pejuang apabila mereka memakai pakaian tentera & memegang senjata mainan yang boleh dibeli dengan mudah ketika sambutan Hari Kebangsaan mengapa standard berbeza awak gunakan apabila pelajar memakai pakaian mirip PEJUANG HAMAS!

Awak ni rakyat Malaysia, kita rakyat Malaysia, ikut takrifan rasmi kerajaan. Memakai pakaian mirip PEJUANG HAMAS bukannya faham ekstrimisme dan keganasan!

Awak nak guru-guru di sekolah itu dikenakan tindakan disiplin? Apa kesalahan mereka sehingga perlu dikenakan disiplin? Takrifan kerajaan ialah PEJUANG HAMAS & pelajar memakai mirip PEJUANG HAMAS tidak melanggar mana-mana akta!

Jikalau guru-guru itu dikenakan tindakan disiplin, adakah tindakan yang sama akan dikenakan kepada guru-guru seluruh Malaysia yang membenarkan pelajar membawa senjata mainan ketika sambutan Hari Kebangsaan?

PEJUANG HAMAS adalah pejuang kebebasan Gaza bukannya ekstrimisme dan keganasan!

Jikalau perlu dikenakan tindakan disiplin adalah awak bukannya guru-guru tersebut!

Kepada guru-guru terbabit, andai tindakan diambil terhadap anda, sila hubungi kami di wasap.my/601110500414 untuk kami mempertahankan hak anda dari individu seperti Nga Kor Ming ini.

Nga Kor Ming mesti meminta maaf & menarik balik keceluparannya ini!
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

30 Oct, 23:54


Ini ada lah group broadcast

*Fakta yg perlu di ambil berat*
*Dah Hampir berlaku kesemuanya* 😭😭😭

Pernah terbaca satu artikel dari seorangg bangsa cina berasal dari Perak dan sekarang menetap di US. Dalam artikel tersebut menceritakan bagaimana dan cara mereka untuk menghapuskan ORANG MELAYU di TANAH MELAYU @ MALAYSIA.

Pertama:
Kita beli tanah-tanah orang MELAYU. biar Orang Melayu tiada tanah.

Kedua:
Kita buat rumah-rumah mahal yang mana orang MELAYU tidak mampu beli. biar orang Melayu tiada tempat tinggal

Ketiga:
Kita kecilkan kuota pekerjaan orang MELAYU disemua syarikat. biar orang Melayu tiada kerja dan jadi miskin

Keempat:
Kita akan tukar mana-mana yang ada perkataan nama MELAYU. contohnya KTMB tukar pada nama yang tiada perkataan Melayu.

Kelima:
Kita masukkan orang cina dalam politik Orang MELAYU dan berbaik dgn Melayu supaya mendapat gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Dato dan VVIP. supaya orang Melayu akan hormat pada kita.

Keenam:
Kita mesti bagi rasuah pada pejawat awam kerana majarotinya Orang MELAYU. biar mereka menjadi hina pada bangsa lain.

Ketujuh:
Kita adu dombakan Orang MELAYU. biar mereka sesama mereka bergaduh.

Kelapan:
Kita ambil apa-apa projek yang ada dimalaysia. biar Orang Melayu tiada mendapat satu pun projek.

Kesembilan:
Kita jatuhkan Raja-Raja Orang MELAYU. supaya tiada lagi Orang Melayu miliki Raja dan kita jadikan republic.

Kesepuluh:
Kita jatuhkan AGONG orang MELAYU dan ASKAR MELAYU dengan cara halus. bila kesemuanya sudah jatuh. masa itulah keseluruhan Tanah Melayu @ Malaysia menjadi milik orang cina.

Tapi orang melayu x kisah pun.. lalai berpoya2.. mengundi masa PRU pun xnk.. sbb dah selesa dgn subsidi.. x faham apa tu politik dan apa impak politik terhadap kehidupan kita.. skrg bukan je jd kuli cina.. yg dah jd kuli Bangladesh pun dah ada.. X lama lagi ada yg jd kuli Rohingya ditanah air sendiri..

🐊

SEBARKAN
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

13 Jul, 05:00


Girls, hati-hati dengan permainan cinta. Jika kita bergaduh, dan kita meminta maaf, ada jenis pakwe akan cakap maaf kita terlalu murah. Asyik buat salah dan minta maaf. Jadi, uols jangan jadi murah bagi dia sentuh uols. Jenis jantan camtu akan blah camtu je sebijik spesies buaya.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

13 Jul, 04:56


Berat sekalipun hati untuk melepaskan dia tapi jika kehadiran kita buatkan dia rasa terbeban, berduka, mungkin sudah sampai masanya kita mengundurkan diri

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati

DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

13 Jul, 04:54


Orang kalau dah benci, kita cakap apa pun dia takkan nak dengar dah.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati