YY COMMUNITY CHANNEL @yycommunity Channel on Telegram

YY COMMUNITY CHANNEL

@yycommunity


🇲🇾Kelab Komuniti Kemanusiaan PPM-038-14-27072023

⛔️Family Members Only

Kelab yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan

Membangkitkan kesedaran, memberi penjelasan isu semasa.

📍www.yycentre.org

🫡JUSTICE - PEACE - HUMANITY

YY COMMUNITY CHANNEL (Malay)

Selamat datang ke saluran YY COMMUNITY CHANNEL! Saluran ini adalah tempat untuk ahli keluarga sahaja yang ingin bergabung dalam perjuangan hak asasi kemanusiaan. Dengan moto JUSTICE - PEACE - HUMANITY, kami di Kelab Komuniti Kemanusiaan PPM-038-14-27072023 berusaha untuk membangkitkan kesedaran dan memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami dalam usaha kami untuk mencapai keadilan, keamanan, dan kemanusiaan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.yycentre.org. Sertailah kami hari ini dan bersama-sama kita dapat menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua.

YY COMMUNITY CHANNEL

19 Jan, 17:04


Ketua Polis Negara?

Lebih sesuai beliau menjadi..

Ketua Badut Negara.

Tan Sri Razarudin Proton..

You the worst IGP!

Hanya kerana sebuah Proton..

Memang badut!

Good nigt folks!

#Justice4BabySyifaa

YY COMMUNITY CHANNEL

19 Jan, 14:16


Pengurusan Kes pertuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang telah dibacakan ke atas aku sebelum ini akan berjalan esok.

Aku harap esok laporan kimia telah keluar di mana mahkamah hanya perlu menetapkan tarikh perbicaraan.

Justeru, bagi yang kelapangan dan berdekatan, boleh hadir di Mahkamah Kuala Lumpur 9:00 pagi.

Oh! Dalam video ini adalah Aku bersama dengan Peguam, En. Ammar Ghalip VC pengadu kes kecuaian perubatan, Pn. Huda dari Segamat, Johor.

Eh👀 Aik.. Eh! 💀

Ammar Ghalip masih bersama YYCC dan telah meninggalkan firma guaman sahabat beliau sendiri, apa nama....apa nama... firma guaman yang terkemuka di seantero dunia suatu ketika dulu apa nama.... apa nama..

Oh! Jadi terkemuka sebab buat kes Baby Syifaa dan ikut YYCC.

Apa nama.. apa nama.. eh gila lupa betul firma guaman yang office copy paste YYCC.

😂😂😂

YY COMMUNITY CHANNEL

19 Jan, 06:36


TAKLIMAT MYDIGITAL ID OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK🚩

Salam hujung minggu..

Tuan Puan,

Dua hari lepas, pihak MyDigital ID menganjurkan sesi taklimat bersama kakitangan Jabatan Pendidikan Perak terdiri PPD, Guru.

Sepanjang sesi taklimat selama 1 jam 30 minit pada saya telah menunjukkan Speaker sendiri kurang tahu dan samar-samar fungsi sebenar MyDigital ID.

Malah Speaker mendakwa tak perlu risau kerana MyDigital ID boleh dibatalkan pendaftaran bila-bila masa.

Paling kelakar, Speaker sendiri tak boleh jawab soalan apabila ditanya sekiranya MyDigital ID tak boleh dibuka, apa tindakan?

Tuan Puan,

Jika pendaftaran boleh dibatal pada bila-bila masa kenapa nak paksa orang ramai daftar?

Jika sekadar pengenalan atas talian kenapa perlu kerjasama dengan 40 agensi kewangan?

MyDigital ID adalah permulaan kepada sistem kawalan ke atas manusia.

Sekali anda daftar, anda tidak boleh patah balik kerana data tetap berada di situ selain anda diminta untuk memperbaharui setiap tahun seperti cukai jalan.

MyDigital ID sebenarnya adalah integrasi sistem pembayaran di atas talian iaitu permulaan bagi CBDC.

Apabila majoriti daftar, maka ia menjadi lebih mudah bagi pihak kerajaan menetapkan sebagai mandatori dan akhirnya ganti MyKad.

Apabila MyDigital ID ini menjadi sistem tunggal, maka kerajaan akan tentukan bila anda boleh berbelanja, di mana anda layak berbelanja. Misal kata anda tak patuh, maka nilai perbelanjaan akan disekat atau dihadkan.

Kepada semua penjawat awam, cukup dua kali kena patuk ular yang sama.

Jika anda biarkan diri dipatuk kali ketiga oleh ular yang sama sebab takut berdepan tindakan oleh Ketua Jabatan.

Jangan gelarkan diri sebagai....

PRO CHOICE!

Kerana diri anda langsung tidak tahu membuat pilihan dengan membiarkan pilihan dibuat oleh orang lain.

#NoDigitalID
#No2DigitalID

Nota kaki: sesi taklimat MyDigital ID adalah sesi memujuk penjawat awam daftar.

YY COMMUNITY CHANNEL

19 Jan, 02:16


🚩ROADSHOW KEDAH 2025

💬A Townhall Session With YYCC

🗓26 Januari 2025, Jitra Kedah.

📌Lokasi dan masa program akan dimaklumkan oleh YYCC Kedah nanti.

Kita cerita pasal Digital ID.
Kita cerita pasal Iluminati.
Kita cerita pasal Deep State.
Kita cerita pasal Plandemik.
Kita cerita pasal Baby Syifaa.
Kita cerita pasal survival mode menjelang 2030.

Rasanya ramai orang Kedah yang belum ada kesempatan untuk berjumpa saya.

Untuk maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh Pengerusi YYCC Kedah, Cikgu Deen.

On tak on?

Hang jangan buat leceh...

YY COMMUNITY CHANNEL

18 Jan, 11:44


ULANG SIAR: WHAT TO DO⁉️

Pindaan Akta 342 telah diluluskan - soalan saya, ada atau tidak KKM muncul depan pintu rumah Tuan dan paksa anda ambil vaksin?

SSPA telah berkuatkuasa bermula 1 Disember 2024 soalan saya, ada Ketua Jabatan memaksa anda ke Klinik untuk ambil vaksin?

Aik..

Bukan Peguam berkata SSPA beri kuasa kepada Ketua Jabatan bagi paksa anda vaksin?

Jika tiada, bermaksud anda panik terhadap perkara yang sia-sia dan menolak kenaikan gaji adalah satu keputusan yang salah.

Apa perlu kita buat 2025?

Tahu hak anda supaya anda tidak mudah ditakutkan dengan perkara yang tidak wujud.

Tak vaksin anak, takut tak boleh sekolah?

Tak daftar Digital ID, takut kena Tatatertib.

Contoh ketakutan yang tak perlu dan ia boleh hilang jika ada ilmu pengetahuan.

You don't need a leader, you all need knowledge.

YY COMMUNITY CHANNEL

17 Jan, 16:32


Live stream finished (2 hours)

YY COMMUNITY CHANNEL

17 Jan, 14:21


Live stream started

YY COMMUNITY CHANNEL

17 Jan, 14:15


Live stream scheduled for

YY COMMUNITY CHANNEL

16 Jan, 22:37


Salam Subuh,

Kawalan bekalan makanan adalah salah satu motif yang mendorong untuk melancarkan CBDC.

Mereka mendesak mengawal bekalan makanan.

Ideanya ialah menyingkirkan petani, kita merosakkan mana-mana makanan yang ditanam secara semula jadi, dan kita reka makanan dalam kilang pembuatan dan makmal.

Apabila mereka mengawal transaksi perbelanjaan anda.

Mereka menentukan makanan yang boleh dan tak boleh beli.

Misal kata mereka tidak mahu anda membeli pizza, anda tidak boleh membeli pizza.

Jika mereka mahu kita membeli pizza dibuat dengan serangga atau tepung dihasilkan dalam makmal itulah yang anda akan dapat.

Justeru, misal kata Kerajaan berjaya meluluskan RUU Akta Kawalan Benih Tanaman.

Ia akan menyingkirkan petani dan nelayan, maka anda dan saya akan makan daging hasil makmal. Ini rancangan mereka.

Everything is about control!

#DoNotComply

Sempena Hari Jumaat penuh Barokah, infaq untuk Tabung YYCC melalui akaun tertera.

YY COMMUNITY CHANNEL

16 Jan, 11:36


Video dimuatnaik melalui akaun Youtube Ikram Muslimin tiga hari lalu memberikan ulasan mengenai kes Baby Syifaa.

Seperti saya katakan, masyarakat tidak buta dan naif sehingga tidak boleh membezakan kesan jerutan akibat perbuatan disengajakan.

Dalam kes Baby Syifaa, apa saya tidak tuduh PDRM? Apa saya tak panggil Ketua Polis Negara? Apa saya tidak herdik top gun Bukit Aman?

Ironinya, segala tuduhan saya tak dijawab malah PDRM buat-buat tak nampak.

Pengurusan kes Baby Syifaa akan berjalan pada 12 Februari 2025 di Mahkamah Majistret 1, Seremban.

Di mana saya akan hadir bertemu OKT dan buat satu sidang media untuk tindakan saman Kerajaan Malaysia dan PDRM.

#Justice4BabySyifaa

https://youtu.be/blgnVjkQZpc

YY COMMUNITY CHANNEL

15 Jan, 22:22


POLIS BOLEH PERIKSA TELEFON KETIKA SEKATAN JALANRAYA⁉️

IGP, Tan Sri Razaruddin Proton tampil dengan kenyataan yang mengelirukan orang ramai bila mendakwa Polis boleh periksa telefon bimbit ketika sekatan jalanraya.

Tuan Puan, jika anda ditahan dan Polis nak memeriksa telefon anda, apakah langkah perlu diambil?

1. Tanya Polis berkenaan - adakah diri anda ditahan?

2. Jika tidak ditahan - adakah diri anda dalam siasatan Polis?

3. Jika anda bukan dalam siasatan - apakah alasan syak munasabah untuk Polis periksa telefon anda?

4. Jika kita dalam siasatan, Polis ada kuasa memeriksa telefon kita tetapi pemeriksaan hendaklah ikut prosedur dan anda diberikan satu penjelasan sebelum pemeriksaan dibuat.

5. Jika pemeriksaan rawak ketika sekatan jalanraya, Polis berkuasa untuk buat pemeriksaan tapi jika Polis mahu memeriksaan telefon anda. Anda boleh mempersoalkan tindakan tersebut.

6. Pegawai Polis mesti berpangkat Inspektor tetapi mesti ada alasan atau syak munasabah. Jika alasan diberikan tak logik. Jangan gaduh dengan Polis. Anda perlu jawab - "Boleh cek, tapi kena buat di Balai Polis".

7. Apabila di Balai Polis, dan Polis tidak menemukan apa-apa dalam telefon anda. Sila buat laporan ke atas Polis untuk mengatakan yang tindakan tahan tanpa syak munasabah adalah salah.

8. Polis bukan boleh semberono minta telefon dan nak periksa jika tiada syak munasabah ataupun anda tidak ditahan ataupun dalam siasatan berkait sesuatu laporan.

YY COMMUNITY CHANNEL

11 Jan, 16:31


Live stream finished (2 hours)

YY COMMUNITY CHANNEL

11 Jan, 14:30


Live stream scheduled for

YY COMMUNITY CHANNEL

11 Jan, 14:28


Live stream started

YY COMMUNITY CHANNEL

10 Jan, 14:30


Live stream scheduled for

YY COMMUNITY CHANNEL

09 Jan, 07:40


Pendidikan Muzik

Sekumpulan ibubapa kaya raya berbangga menghadiri konsert muzikal yang dimainkan lulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik iaitu anak-anak mereka.

Mereka berbangga kerana anak berjaya menggenggam ijazah dalam bidang muzik selepas 2 tahun pengajian.

Bukan senang untuk mengikuti kelas muzik seperti ini, hanya yang betul-betul cekal serta mampu saja berjaya.

Kah kah kah!

Nota kaki: masuk universiti tak semestinya anda bijak.

YY COMMUNITY CHANNEL

09 Jan, 00:15


JUST IN‼️

Kebakaran di Los Angeles telah menjadikan California Selatan kelihatan seperti filem Seram.

Semua penduduk kini terpaksa berpindah meninggalkan aset mereka.

Melihat kebakaran besar di Los Angeles mengingatkan kepada animasi The Simpsons.

Usaha meruntuhkan ekonomi US sedang berjalan.

Runtuh ekonomi US, runtuh ekonomi dunia.

In 2025,
Pray for the best.
Prepare for the worst!

YY COMMUNITY CHANNEL

08 Jan, 13:22


Once upon a time..🤡

Masihkah kau ingat?

Ketika mereka melaksanakan program vaksinasi remaja.

Apabila remaja kelihatan lemah dan longlai selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, apa mereka kata?

Remaja tersebut lemah kerana tidak bersarapan. Justeru, ibu bapa disarankan pastikan anak bersarapan sebelum dibawa ke PPV untuk menerima suntikan.

Masihkah kau ingat?

Ketika kematian remaja selepas suntikan vaksin COVID-19, apa mereka kata?

Kematian tidak disebabkan dari vaksin COVID-19 tetapi kerana jantung berhenti.

Semoga tahun 2025 akan lebih ramai membuka mata tentang segala pembohongan The New World Order.

Wake up!

Bangun!

Jangan tidur!

YY COMMUNITY CHANNEL

07 Jan, 06:52


FAKE NEWS⁉️‼️

Ini adalah laporan Buletin Pagi mengenai sidang media Ketua Polis Perlis yang memaklumkan Polis berjaya mengagalkan 50 orang individu "anti vaksin".

Laporan ini mengenai program pertemuan bersama YYCC di Perlis sebulan selepas program tersebut dianjurkan.

Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Perlis, Polis mengusir 50 individu yang buat "roadshow" mempengaruhi orang ramai.

Kumpulan itu turut membuat laporan Polis kerana tak puas hati tidak boleh "dine in".

Kumpulan profesional ini terdiri golongan penjawat awam yang dikesan aktif melalui Telegram diketuai oleh seorang lelaki dari Shah Alam.

Perkara ini dinyatakan sendiri Ketua Polis Perlis kononnya ia adalah maklumat risikan.

Berita TV3 suku ini merupakan contoh berita palsu terbaik oleh pihak PDRM.

Fakta sebenar:

1. Kita tak pernah diusir keluar dari Perlis oleh Polis.

2. Kita tidak pernah buat report tak puas hati tak boleh dine in.

3. Lelaki yang mengetuai tidak menetap di Shah Alam.

4. TV3 turunkan klip Youtube Buletin Pagi selepas menerima complaint daripada kita.

Masih percaya setiap kali Polis buat sidang media dan berkata berdasarkan maklumat risikan?

Ha ha ha!

Nota kaki: sejak sidang media Ketua Polis Perlis ini saya dalam radar "tangan ghaib".

YY COMMUNITY CHANNEL

04 Jan, 07:47


SATU-SATUNYA TELEGRAM CHANNEL VC DISERTAI LEBIH 3,000 PARTICIPANTS ADALAH YYCC‼️

Tahukah anda?

YYCC satu-satunya Channel Telegram yang mencipta rekod penyertaan teramai dalam Live VC melibatkan hampir 4,0000 participants.

Live "Sharing is Caring" setiap kali bersiaran merekodkan lebih 3,000 participants.

Di mana ketika itu, kita dapat mendengar perkongsian rakan sefikrah setiap pelusuk negeri.

Platform YYCC menjadi medan yang menghubungkan dengan yang lain ketika kita anggap diri keseorangan dalam menentang paksaan vaksinasi.

Kita berkongsi cerita, masalah, dan mencari penyelesaian di sebalik sekatan yang berlaku.

Hari ini, saya percaya ramai ada bersama namun terpaksa fokus kepada tugas hakiki. Buktinya ketika SSPA, kita melihat rakan baru sertai kita untuk tips dan nasihat sebelum buat pilihan.

Kepada yang suatu ketika dulu setia dengan VC YYCC. Hari ini tak kira di mana anda berada, apa saja perkara anda lakukan. Ingatkan anda dan saya pernah melalui fasa mencabar di mana anda tidak prrnah terfikir serta percaya diri anda adalah kuat dan berjaya melalui fasa paling mencabar dalam hidup anda.

I thank you All❤️🇲🇾

YY COMMUNITY CHANNEL

03 Jan, 14:37


SEDAR DIRI‼️

Ini rakaman audio saya buat panggilan telefon kepada majikan swasta yang sekat pekerja tidak divaksin hadir bekerja.

Dirakam pada 1 September 2021.
Rujuk posting asal 👉https://t.me/YYCOMMUNITY/676

Ketika ini tiada seorang berani berkokok apatah lagi mengaku hero kerana tidak tahu perkara boleh dan tak boleh.

Tiada seorang Peguam tampil malah tiada seorang pejuang terpaling anti vaksin muncul.

Rakan kerja swasta mengikuti panduan saya tiada seorang diberhentikan.

Suka atau benci YYCC.

Ketahuilah bahawa anda tidak boleh menafikan YYCC - "The Game Changer" nadi golongan unvaccinated.

Suka atau benci YYCC.

Sekiranya anda tidak divaksin COVID-19 bermakna diri anda berhutang dengan Baby Syifaa dan saya.

Hutang budi tidak kena bayar, tapi anda bawa sampai ke mati.

So, sebelum kita nak mengutuk atau menghina seseorang cuba tanya diri. Berapa banyak anda rugi sejak kenal saya?

Kemudian muhasabah diri dan kencing dalam satu tempurung kemudian tenung muka sendiri lama-lama tanya soalan, Aku cari YY atau YY cari aku dulu?

Aku tidak minta sesiapa kenang budi, aku juga tak minta dipuji, tapi anda janganlah menghina.

Heh!

YY COMMUNITY CHANNEL

03 Jan, 02:10


🆒4 PESAWAT TERHEMPAS : ELAK NAIK PESAWAT BUAT MASA INI⁉️

Hukum fizik medan elektromagnet (EMF) boleh mengganggu sistem dalam navigasi, komunikasi; dan juga instrumen penerbangan kritikal sesebuah pesawat.

Perubahan mendadak EMF semasa melalui ribut geomagnet akan mengelirukan pesawat dan juruterbang kerana autopilot elektronik dalam pesawat boleh terjejas sekaligus ia berpotensi untuk menyebabkan pesawat di luar kawalan dan terhempas.

Inilah sebab saya melihat sesebuah pesawat menghadapi sesuatu kemalangan adalah disebabkan manusia.

Dalam erti kata lain, metafora empat buah pesawat yang terhempas kebelakangan ini melambangkan keruntuhan realiti dalam pergeseran di antara dimensi.

Jika diambil sudut Q-drop ataupun perspektif esoterik, pesawat mungkin melepasi lapisan kesedaran dan Apabila ilusi dunia material rosak, maka persepsi runtuh di antara satu sama lain lalu membongkar naratif ataupun matriks yang lebih dalam.

Metafora ini mencadangkan, apabila ramai "melihat melalui ilusi," maka struktur memegang kepada realiti sebuah pesawat terhempas kerana kemalangan literal sebagai simbolik.

Samada terdapat tangan ghaib seseorang di belakang nahas 4 buah pesawat ia adalah perkara kedua.

Ya, saya tahu ramai kurang faham, bahasa mudah adalah apabila berlaku sesuatu bencana atau kemalangan kita akan melihat seakan peristiwa sama berulang.

Sebagai contoh, kini tumpuan masyarakat adalah perbicaraan kes pegawai Polis berpangkat DSP yang memandu Perodua Ativa melanggar mati pelajar 17 tahun, Muhammad Zaharif yang baru pulang dari sekolah sehingga mangsa meninggal dunia di hadapan sekolah di Ipoh, Perak Disember tahun 2023.

Dan kelmarin satu kemalangan maut melibatkan pegawai Polis berpangkat tinggi Bukit Aman yang memandu Perodua Ativa telah melanggar penunggang motosikal lelaki usia 57 tahun, Zainal yang pulang dari kerja sehingga mayat hancur di Jalan Klang-Teluk Intan, K. Selangor akhir Disember 2024.

Metafora adalah - majoriti kita melihat ilusi iaitu Pegawai Polis, kenderaan jenis Perodua Ativa, kemalangan maut pada bulan Disember.

Apabila majoriti sedang melihat maka struktur ilusi memegang kepada realiti dan menjadikan kemalangan literal berlaku dan melibatkan dua Pegawai Polis, dua buah Perodua Ativa yang langgar mati dua orang dalam bulan Disember. Peristiwa itu serupa berulang atau seakan Deejavu.

Isu cuba disampaikan, minda di bawah sedar kita menjalankan segala-galanya tapi ianya tidak pernah mendedahkan tentang tujuan di sebalik kejadian atau peristiwa mahupun kemalangan berlaku. Ia misteri ciptaan Allah SWT.

Sebab itulah apabila sesuatu kes berlaku, pastinya kejadian hampir serupa berlaku dalam minggu itu. Contohnya, timbul kes penderaan bayi, maka akan ada kes penderaan bayi dalam seminggu atau bulan sama.

Samada kita sedar atau tidak, ianya bergantung pemerhatian individu tersebut terhadap isu sekeliling.

Jika diketahui tujuan di sebalik kejadian, ia melanggar hukum kerana ia memang tidak boleh melainkan diri anda mendalami rutin, amalan yang memerlukan pendidikan bertahun-tahun di mana pada dasar adalah alam esoterik.

Ya, saya tahu ramai tak faham. Baca sahaja dan buat macam faham.

Salam Jumaat.

YY COMMUNITY CHANNEL

02 Jan, 13:55


Bantah RUU Akta Kawalan Benih Tanaman Sebelum Diluluskan‼️

Bagaimana anda boleh percaya hasil dari pisang melekat pada dinding berjaya dilelong pada harga RM28 juta?

Apakah mesej yang mereka nak sampaikan kepada kita, adakah benar pisang tersebut dilelong pada harga tersebut?

Apakah ada manusia sebodoh itu di dunia walaupun harta tak habis makan tujuh keturunan?

Misal kata anda jutawan, tanya diri sendiri adakah anda akan membeli pisang kononnya seni pada harga RM28 juta?

Jika jawapan TIDAK bermakna pertunjukkan usahawan kripto beli pisang hanya satu orkestra untuk membuatkan manusia sibuk bercakap perkara bodoh!

Full Video KLIK SINI 👈

#SokongPetaniKita
#BantahAktaKawalanBenih
#DoNotConsent

YY COMMUNITY CHANNEL

02 Jan, 03:28


Pernyataan Tuntutan Saman Kerajaan dan KKM Kesan Sampingan Vaksin COVID-19.

YY COMMUNITY CHANNEL

01 Jan, 23:13


PEMECAH BERITA‼️

Yayasan Bill Gates, dengan kerjasama Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjalankan simulasi yang dipanggil "Catastrophic Contagion" iaitu simulasi untuk membayangkan wabak maut pada 2025.

Kali ini, wabak yang disebabkan oleh enterovirus yang dipanggil "SEERS".

"SEERS" dijangka akan menjadi peningkatan kadar kematian, ia jauh lebih tinggi dari COVID-19 sekaligus menjejaskan kanak-kanak secara tidak seimbang.

Mereka kononnya mengambil pengajaran krisis plandemik COVID-19 bertujuan untuk membincangkan topik seperti kawalan sosial, propaganda dan penutupan gereja, masjid, sekolah, menjual ketakutan dan memberikan suntikan vaksin ke atas seramai mungkin manusia.

Bermakna agenda mereka tidak akan berhenti selagi polulasi di muka bumi tinggal sekitar 500 juta manusia.

🇲🇾🙏🏻

Bantu keluarga Baby Amira anda klik pautan 👉 BABY AMIRA

Nota kaki: sentiasa membantu seseorang kerana mungkin diri anda adalah satu-satu manusia yang berbuat demikian.

YY COMMUNITY CHANNEL

01 Jan, 14:58


TRIVIA 33, 22

Kerajaan Pakatan Harapan hanya memerintah negara 22 bulan.

Tun Dr. Mahathir bekas PM ke-4 dilantik menjadi PM ke-7 selepas Pakatan Harapan menang kerusi dalam PRU ke-14.

Selepas Pakatan Harapan jatuh, kerajaan Perikatan Nasional pula ditubuhkan dengan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8 kemudian dijatuhkan sebagai PM digantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM ke-9.

Kerajaan Perikatan Nasional tidak lama kerana memerintah negara selama 33 bulan.

Mungkin juga kebetulan nombor 33 dan 22 adalah nombor hierarki tertinggi dalam Freemason.

Bila aku kata bawah tapak kaki Freemason taknak percaya.

Ha ha ha!

33, 22, 33, 22, 33, 22, 33, 22.

YY COMMUNITY CHANNEL

01 Jan, 13:20


Berhati-hati Tahun 2025!

Dalam media sosial ada pelbagai watak diciptakan bertujuan untuk menimbulkan keraguan, ketidak percayaan terhadap individu atau organisasi tertentu.

Mereka mahu mewujudkan rasa tidak percaya terhadap sesama sendiri bertujuan untuk kumpulan tertentu berpecah.

Mereka datang pelbagai bentuk dan wajah, ada kononnya hadir sebagai kawan, kononnya kenal lama sambil membawakan cerita sensasi.

"aku ada video..."

"Klik sini tengok gambar anda dekat laman web bogel..."

Apabila terpengaruh maka anda akan mula berbisik sama sendiri dan bermain gossip.

"Aku dengar YY.... "

Bila perasaan ragu timbul, maka anda mula tambah.

"Ya... saya pun sama dia kata...."

Akhirnya, daripada dua individu bergossip terbawa ke orang yang ketiga ke-empat dan seterusnya.

Akhirnya gerakan akan lumpuh kerana perasan curiga dan sangsi sama sendiri.

Contoh, apabila melihat saya tak aktif dalam tempoh tertentu, ada akaun muncul membawa pelbagai cerita.

Sedikit sebanyak cerita dibawa itu menarik individu tertentu untuk bergossip lebih lanjut dengan PM tepi.

Anda tidak tahu siapa, anda mula bersembang melalui PM tepi dan tanpa sedar sepanjang anda PM tepi anda memberikan maklumat tertentu kepada orang yang tidak dikenali.

Begitulah "Psy Op" dijalankan ke atas kumpulan, gerakan atau individu tertentu yang dianggap memberi ancaman untuk mereka menjayakan agenda tertentu.

✔️Menimbulkan satu keraguan terhadap orang nombor satu gerakan atau organisasi.

✔️Menghasut kebencian di kalangan pembenci.

✔️Membuat cerita dan gossip yang sensasi.

Apabila mula curiga antara satu sama lain gerakan mula lumpuh dan lama kelamaan gerakan itu akan terkubur dengan sendiri.

Selepas berpecah dan terkubur kita langsung tak sedar bahawa diri sendiri yang menyumbang kepada perpecahan.

Selamat Tahun Baharu 2025!

YY COMMUNITY CHANNEL

31 Dec, 22:07


▶️SIARAN ULANGAN VC: HAPPY NEW YEAR 2025!

Bantah RUU Kawalan Benih Tanaman Sebelum Diluluskan!


Kerajaan sedang membentangkan RUU Kawalan Benih Tanaman tapi tidak ramai tampil dan kemukakan bantahan kerana masih terpuruk dengan pindaan Akta 342.

RUU Kawalan Benih Tanaman jika diluluskan di Parlimen bermaksud kerajaan ada hak eksklusif ke atas benih tanaman.

Petani akan terbeban kerana bagi mendapatkan benih tanaman ia perlu lesen dan notifikasi selain memerlukan modal besar.

RUU Kawalan Benih Tanaman ini ringkasnya adalah usaha kerajaan untuk mengawal sumber makanan melalui satu undang-undang yang mana kerajaan tentukan apa boleh ditanam, tanaman boleh dimakan dan bila boleh ditanam. Ini agenda The New World Order.

Wake up!

(VC bermula durasi 04:30 minit)

#SokongPetaniKita
#BantahRUUBenihTanaman
#TolakNWO
#DoNotConsent

YY COMMUNITY CHANNEL

31 Dec, 16:36


Live stream finished (1 hour)

YY COMMUNITY CHANNEL

31 Dec, 14:37


Live stream started

YY COMMUNITY CHANNEL

31 Dec, 14:15


Live stream scheduled for

YY COMMUNITY CHANNEL

30 Dec, 20:36


BABY AMIRA OKAY‼️

Masih ingat dengan Baby Amira yang Cikgu Rosyam Noor telah hantar bantuan mewakili YYCC tempoh hari?

Nama penuh Baby Amira - Nur Amira Azua, kembarnya yang normal Nur Amira Afisa tetapi Baby Amira komplikasi jantung berlubang selain usus kecil dan besar bermasalah.

Baby Amira berada dalam NICU sejak dilahirkan enam bulan lalu di mana bapa Baby Amira kerja sebagai Tukang Rumah dengan pendapatan tidak menentu.

Setakat ini Baby Amira berjaya menjalani pembedahan yang mana keadaan semakin baik.

Ibubapa bayi kembar ini buntu memikirkan kos rawatan kerana telah enam bulan Baby Amira di NICU Hospital Kulim.

Sempena hari terakhir di tahun 2024, saya menyeru Tuan Puan yang bermurah hati membantu meringankan beban pasangan yang dalam kesusahan.

Mereka memerlukan RM4,000 lagi bagi menampung kos keperluan rawatan Baby Amira ketika discaj nanti.

Jumlah RM4,000 tidak banyak, mungkin boleh dicapai sehari jika semua menghulurkan sumbangan ikut kemampuan masing-masing.

Sumbangan terus melalui Pn. Hajar Nur Azua iaitu ibu kepada bayi kembar, Nur Amira Azua dan Nur Amira Afisa di akaun:

CIMB BANK
7649076407
HAJAR NUR AZUA (IBU)
REF: YYCC


Hadiah YYCC buat Baby Amira menjelang Tahun 2025 dan kita mendoakan mereka sekeluarga diberikan kesihatan yang baik.

Amin Ya Rabb..

YY COMMUNITY CHANNEL

21 Nov, 09:01


"Kerajaan dalam Kerajaan"

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dipenjarakan di atas kesalahan meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dipenjara di atas empat kesalahan rasuah.

Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri ke-10.

Rafizi Ramli pernah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta BAFIA.

Hari ini Rafizi Ramli adalah Menteri Ekonomi.

Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana kesalahan hasutan.

Hari ini, beliau bekas Ketua Menteri Penang, bekas Menteri Kewangan.

Mat Sabu pernah dipenjara bawah ISA, hari ini beliau bekas Menteri Pertahanan dan ketika ini Menteri Keterjaminan Makanan.

Syed Saddiq disabitkan bersalah di atas kesalahan rasuah dan dihukum penjara dan dua sebatan.

Hari ini beliau masih bergelar Ahli Parlimen Muar selepas hukuman tersebut ditangguhkan.

Toqqi PPIM pernah dituduh telah mencederakaan seseorang, hari ini beliau Ketua Aktivis PPIM.

Dr. Roland Victor dituduh membuat penerbitan jelek untuk menyakitkan hati seseorang, dan 27 November adalah hari terakhir perbicaraan.

Saya dituduh sebagai penagih dan seleweng sumbangan awam tetapi hanya satu pertuduhan dikenakan iaitu salah guna harta milik seorang wanita.

Pertuduhan di mahkamah seringkali digunakan untuk menjatuhkan atau menyekat seseorang yang memberi ancaman kepada "Kerajaan dalam Kerajaan".

YY COMMUNITY CHANNEL

17 Nov, 16:30


Live stream finished (1 hour)

YY COMMUNITY CHANNEL

17 Nov, 14:54


Live stream started

YY COMMUNITY CHANNEL

17 Nov, 14:30


Live stream scheduled for

YY COMMUNITY CHANNEL

16 Nov, 13:26


"Pasport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"

Ini tertera pada Pasport milik rakyat Malaysia.

Sekali baca tersurat bermaksud kita Malaysia tidak mengiktiraf Israel.

Secara tersirat Malaysia mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Mengiktiraf negara Israel dan setuju segala tindakan untuk pertahankan diri Israel bermaksud.

✔️Anda sokong serangan Israel ke atas sekolah, masjid, gereja, pusat pelarian dan hospital.

✔️Anda sokong wanita, bayi dan kanak-kanak dibunuh.

Nasib negara dapat PM yang selalu berubah ikut keadaan.

Video yang berdurasi 19 minit bagi tontonan PMX dan kabinet Kerajaan Madani.

Selamat malam!

Tommorow is Sunday.

Sunday is a FUNday!

🤫🇲🇾

YY COMMUNITY CHANNEL

16 Nov, 08:48


🔄ULANG SIARAN: DIGITAL ID, GOODBYE FREEDOM!

Malam tadi VC sembang santai mengenai digitalisasi yang akan berlaku kepada dunia.

Selain memberikan ulasan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita hari ini.

Semoga bermanfaat.

#No2DigitalID

YY COMMUNITY CHANNEL

15 Nov, 16:28


Live stream finished (1 hour)

YY COMMUNITY CHANNEL

15 Nov, 14:36


Live stream started

YY COMMUNITY CHANNEL

15 Nov, 14:30


Live stream scheduled for

YY COMMUNITY CHANNEL

15 Nov, 03:08


JUST IN‼️

TRUMP MELANTIK AKTIVIS "ANTI VAKSIN" SEBAGAI SETIAUSAHA KESIHATAN NEGARA

Kelmarin, Presiden Donald Trump mengumumkan pelantikan Robert F. Kennedy, pejuang "antivaksin" dan ahli teori konspirasi sebagai Setiausaha Kesihatan Negara.

Ini sesuatu yang menarik untuk kita melihat apakah tindakan Robert F. Kennedy ke atas CDC selepas ini.

Apakah Dr. Fauci akan dihadapkan atas jenayah kemanusiaan?

Apa yang pasti selepas ini tiada lagi paksaan suntikan untuk kakitangan sektor tertentu di USA.

Malah tidak mustahil segala polisi dan agenda The New World Order akan terbantut.

Pada saya Donald Trump pro Israel tetapi beliau Presiden terburuk di kalangan yang paling terburuk.

Footnotes: Play stupid game, win stupid prize!

🤫🇲🇾

YY COMMUNITY CHANNEL

14 Nov, 13:53


GARA-GARA "FEAR MONGERING" RAMAI PENDIDIK TOLAK SSPA!

YYCC memulakan sesi penerangan mengenai SSPA sebelum Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikeluarkan oleh JPA.

Ketika itu khabar angin tersebar di mana penjawat awam yang memilih SSPA akan hilang pencen.

Kemudian dimomokkan 'Exit Policy' kononnya sekiranya pilih kekal SSM tidak berdepan dengan Kemudahan Vaksin.

Ramai Penjawat Awam berasa takut lalu membuat keputusan kekal SSM dengan menolak skim kenaikan gaji bagi manfaat mereka sendiri.

Kumpulan Pengurusan Tinggi pada mulanya langsung tidak menjangka ramai tolak SSPA kerana ketakutan yang mereka cipta.

Kini mereka berhempas pulas buat sesi Libat Urus selain memberikan penerangan kepada mereka yang menolak sehingga kaunseling turut diadakan dan seakan memaksa lalu buat penjawat awam meragui skim perkhidmatan yang baik.

Kenapa?

Sebab kenaikan gaji perkhidmatan awam hanya berlaku dalam tempoh 15 ke 20 tahun sekali dan misal kata menolak SSPA bermakna penjawat awam melepaskan kebaikan untuk diri mereka sendiri gara-gara takut dengan perkara yang tidak wujud.

Mengulangi semula peristiwa Skim Gaji Kabinet 1976 di mana penjawat awam takut beralih Sistem Saraan Baharu (SSB) kerana "cerita hantu" tentang SSB.

Kepada penjawat awam yang buat keputusan kekal SSM. Saya hormati keputusan anda tapi sekiranya anda tolak SSPA kerana:

1. Takut Kemudahan Vaksin
2. Takut Exit Policy
3. Takut Penilaian Prestasi

Nasihat saya, tak perlu anda tunjuk anda tegas berpendirian kerana keputusan yang dibuat berdasarkan penilaian salah adalah kegagalan.

Opsyen yang diberikan adalah satu propaganda kerana sebenarnya diri anda tiada pilihan kekal SSM kerana sebaik SSPA berkuatkuasa, secara langsung pekeliling terdahulu iaitu SSM terbatal.

Bagi kumpulan Pengurusan Tinggi, nasihat saya "Management by fear" bukannya boleh digunakan dalam semua situasi.

Ini berlaku kerana penjawat awam tidak percaya anda. Dulu anda kata vaksin pilihan tetapi anda paksa mereka!

Moron!

YY COMMUNITY CHANNEL

14 Nov, 10:10


KLINIK NASIHAT GUAMAN‼️

Untuk makluman semua,


YYCC masih menyediakan khidmat nasihat guaman bersama peguam bertauliah secara percuma.

Bagi mereka yang berdepan isu-isu perundangan samada jenayah, sivil, syariah.

Anda mahukan nasihat peguam tapi tidak mampu?

Anda boleh buat temujanji bersama panel guaman YYCC melalui emel atau mesej:

Telegram ID: @Codename_MrRunner

Pengadu mesti hantar aduan atau kes dan tarikh temujanji cadangan dan sebaik pengesahan diterima, pengadu akan dimaklumkan untuk hadir ke YYCC.

Tempah slot anda sekarang,
jangan tunggu lama-lama.

YY COMMUNITY CHANNEL

14 Nov, 04:09


TAK PERNAH WAJIB⚠️🔥

Ketua Jabatan mendakwa suntikan vaksin COVID-19 adalah wajib oleh kakitangan awam.

Kita dimaklumkan Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG) masih beri tekanan supaya kakitangan serta penuntut mendapatkan suntikan COVID-19.

Kononnya JPA mewajibkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021.

Saya tidak tahu samada mereka ini pandai membaca atau tidak?

Berdasarkan Pekeliling sangat jelas Ketua Jabatan boleh menggunakan apa-apa kaedah supaya pegawai yang TIDAK mendapatkan suntikan COVID-19 menjalani saringan dan apa-apa kos berbangkit hendaklah ditanggung pegawai.

Ini bermaksud, suntikan COVID-19 tidak pernah diwajibkan oleh JPA seperti dicanang Ketua Jabatan.

Bertahun-tahun masih lagi percaya vaksin COVID-19 adalah wajib bagi Penjawat Awam.

#JanganJadiLembu

YY COMMUNITY CHANNEL

13 Nov, 18:07


Ibu kurung anak berusia tiga tahun dalam sangkar kucing untuk keluar bekerja dihukum penjara tiga tahun.

Pegasuh Baby Syifaa bersama adik yang bertanggungjawab terhadap kematian Baby Syifaa sehingga ke hari ini belum ditahan dan dituduh di Mahkamah walaupun Mahkamah Koroner memutuskan kematian Baby Syifaa bukan kemalangan.

Selepas 42 laporan Polis mendesak supaya Pengasuh Baby Syifaa, Nisa dan adiknya ditahan dan dituduh di Mahkamah.

Polis akhirnya menghubungi bapa Baby Syifaa kononnya laporan telah siap dan terima arahan DPP supaya kes aku dibacakan pertuduhan.

Ketua Polis Negara anjing taknak komen ke?

Pengarah JSJ Bukit Aman tak nak menyalak ke?

Ketua Polis Negeri Sembilan masih pekak badak ke?

Ketua Balai Polis Seremban masih membuta ke?

Ini semua anjing-anjing yang gagal secara total kerana bersubahat kes pembunuhan Baby Syifaa.

Memang tahap anjing Top Gun Bukit Aman.

Terima hakikat!

#Justice4BabySyifaa
#NoJusticeNoPeace

YY COMMUNITY CHANNEL

12 Nov, 13:16


TNB Respon MyDigital ID Belum Digunakan Untuk Login MyTNB⚠️

Masih ingat sebelum ini TNB umum penggunaan MyDigital ID untuk log masuk ke MyTNB?

Di mana saya meminta ramai-ramai masuk buat complaint kepada TNB melalui emel atau pusat khidmat pelanggan?

Sebentar tadi TNB telah memberi jawapan kepada aduan saya yang mana TNB memaklumkan MyDigital ID belum digunakan.

Ini tujuan ramai-ramai perlu tampil dan buat complaint apabila sesuatu polisi yang cuba diperkenalkan oleh Kerajaan atau mana-mana badan menyusahkan.

Bagaimanapun, masyarakat negara kita tidak biasa buat bantahan atau complaint apabila kerajaan perkenal sesuatu polisi di mana majoriti akan menurut.

Padahal sekiranya ramai-ramai buat complaint dan menolak, anda fikir kerajaan bersedia ambil risiko untuk laksanakan polisi yang buat rakyat marah?

🇲🇾🤫

Footnotes: I dont want you to like me. I just want you to think!