Seketul Bidadari @seketulbidadari Channel on Telegram

Seketul Bidadari

@seketulbidadari


Sini tempat untuk memahami isi hati kita semua. Halal copy/share with credit. Moga Allah redha dan cinta ๐Ÿ’•

Instagram :
instagram.com/seketulbidadari

Tiktok :
tiktok.com/@seketulbidadari

Seketul Bidadari (Malay)

Seketul Bidadari adalah satu saluran Telegram yang menghendaki untuk menjadi tempat di mana kita semua boleh memahami isi hati kita. Dengan moto 'Halal copy/share with credit. Moga Allah redha dan cinta', saluran ini menawarkan ruang untuk kita berkongsi perasaan dan pemikiran dengan ikhlas. Seketul Bidadari memberikan inspirasi dan motivasi melalui kata-kata yang penuh makna dan menyentuh hati. Melalui saluran ini, kita dapat merasakan ketenangan dan keinsafan dalam setiap perkataan yang disampaikan. Jika anda mencari tempat untuk mendapatkan kata-kata semangat dan motivasi untuk hari-hari anda, Saluran Seketul Bidadari adalah pilihan yang tepat. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini melalui Instagram di instagram.com/seketulbidadari dan Tiktok di tiktok.com/@seketulbidadari.

Seketul Bidadari

13 Feb, 23:09


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

07 Feb, 03:06


Jika dunia terlihat sempit untuk memihak kepadamu,
Yakinlah dengan kesabaranmu kau akan mendapat keluasan nikmat di akhirat.

Masuk pintu Syurga memerlukan kunci. Kuncinya berupa keimanan, kesabaran dan kesyukuran. Allah mentakdirkan hidupmu penuh perjuangan dan pengorbanan untuk memberikan kamu kunci tersebut.

Kesendirianmu akan diisi Allah dengan kekuatan menempuh ujian tanpa pun pertolongan ramai manusia. Kerana ia menumbuh sebuah keyakinan, "Hasbunallah wanikmal wakil".

Cukuplah Allah sebagai penolongnya. Kerendahan dan kekalahanmu didepan manusia memberikanmu satu perasaan bahawa biarlah Allah yang paling atas dan tiada yang lain lebih layak atas daripada-Nya.

Kesendirianmu pula memberi sebuah makna, tiada penolong terhebat, melainkan Allah yang Maha Memberi Pertolongan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

06 Feb, 23:56


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

05 Feb, 08:14


Kita memang bukan insan yang baik. Namun, membiarkan diri sendiri dalam dosa dan kejahatan adalah menzalimi diri sendiri.

Tidak ada manusia baik, yang layak mengaku dirinya baik kerana cuma Allah sempurna baik.

Namun, membiarkan diri sendiri dalam dosa dan kejahatan juga adalah perbuatan yang dicela. Kerana tujuan ditimpa ujian, untuk membuka pintu kebaikan.

Manusia sering merasa ujian adalah beban hidup yang menutup kebahagiaan. Sebenarnya terus dalam dosa yang menyebabkan pintu bahagia tertutup.

Tidak kira kita siapa dan dimana kita diletakkan, ia pasti ada sebab yang Allah tahu kebaikannya.

Cuma perlu sedikit lagi bersabar untuk Allah tunjukkan rahsia kebaikan di akhir episod kesabaran.

Apakah kesudahan episod SABAR? Kesudahannya adalah dengan sabar menunggu Allah tunjukkan jalan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

04 Feb, 13:04


Terkadang tak semua solusi masalah perlu bertindak cepat. Mungkin solusinya perlu mulakan dengan kesabaran dan menerima dahulu.

Semoga hasilnya menakjubkan kerana ia diatur Allah yang hebat. Ia diatur Allah yang hebat. Ia bakal diatur Allah yang hebat. Yakinlah, ia diatur Allah yang hebat. Allah yang hebat akan mengatur segalanya.

Kita kena percayakan Allah yang hebat. Yakinlah, Allah Maha Hebat.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

03 Feb, 06:31


Buat mereka yang asyik berkata;
"Kenapa aku yang asyik diuji? Kenapa bukan orang lain? Kenapa ujian aku berat?"

Bagaimana cara kasih sayang Allah ingin menyedarkan kita tentang sifat "lemah" hamba? Dengan ujian yang tidak henti. Ujian yang mempunyai peringkat yang semakin susah.

Allah meletakkan kita menjadi hamba yang kelihatan lemah dan banyak kekurangan untuk menyedarkan kita tentang hakikat tidak sempurna seorang manusia. Walaupun manusia cuba tutup dan berusaha menjadi sempurna dengan cara apa sekalipun.

Firman Allah dalam Surah al- Ankabut ayat 2 yang bermaksud "patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Manakala, ayat 3 yang bermaksud "dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman serta nyata pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta".

Tidak mungkin kita mampu tahu tahap iman kita dimana, selagi kita tidak diuji. Ujian ada dua rahmat iaitu rahmat ketika menerima hikmah dan rahmat merasa dekat dengan Tuhan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

01 Feb, 04:34


"Jangan buat begini nanti orang mengata..."

Rasulullah SAW pernah bersabda : "apabila ada orang yang mencaci maki kamu tentang apa yang dia ketahui pada dirimu, janganlah kamu mencaci maki dia tentang apa yang kamu ketahui pada dirinya kerana pahalanya untuk kamu dan kecelakaan untuk dia" (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Hiduplah di dunia yang tujuannya mencari cinta Allah dan hal akhirat. Kerana apabila dunia dijadikan tempat untuk mengikut kata manusia, kamu akan merasa sempit dan resah gelisah. Kerana manusia tidak akan pernah berhenti berkata-kata.

Jika kamu memilih jalan A, ada yang meminta kamu memilih jalan B. Pasti ada juga yang meminta kamu memilih jalan C. Sedangkan plan ada A sampai Z. Apa sehingga akhir hayat kamu ingin mengisi waktu dengan penuhi permintaan orang lain?

Semoga fokus kita tetap dengan memilih jalan yang Allah suka. Pilihlah bahagian yang ada Allah didalamnya.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

01 Feb, 01:58


ุงู„ุชู‚ุท ุญุณู†ุงุชูƒ ูƒู…ุง ุชู„ุชู‚ุท ุฃู†ูุงุณูƒ ูˆุงุนู„ู… ุฃู†ู‘ูƒ ุจุญุงุฌุฉ ุงู„ู‰ ุญุณู†ุงุชูƒ ุฃูƒุซุฑ ู…ู…ุง ุฃู†ุช ุจุญุงุฌุฉ ุฅู„ู‰ ุฃู†ูุงุณูƒ ูุฃู†ูุงุณูƒ ุฑุงุญู„ุฉ ูˆุญุณู†ุงุชูƒ ุฎุงู„ุฏุฉ

Kumpulkanlah kebaikanmu sepertimana engkau menghela nafasmu, ketahuilah bahawa engkau lebih memerlukan kebaikanmu berbanding nafasmu, kerana suatu hari nanti, helaan nafas itu akan berhenti dan pergi meninggalkanmu sedangkan kebaikanmu kekal hingga hari nanti

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

01 Feb, 01:57


ูƒู„ ุดูŠุก ุฃูˆุงู†ุŒ ูู„ุง ุชุณุชุนุฌู„

Segala sesuatu ada waktunya, maka janganlah terburu-buru.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

31 Jan, 01:18


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

26 Jan, 12:27


Bahagia itu bukan bila kita ada semua benda. Tapi bila kita tahu hargai apa yang kita ada. Itulah bahagia. Jalan cerita kita dan orang lain tak sama. Belajar untuk hidup cara kita, gaya kita. Hargai setiap apa yang kita ada. Itu lebih membuatkan kita menghargai pasangan kita seadaanya dia.

Kerana ketidaksempurnaan dia menjadi pelengkap ketidaksempurnaan kita hingga akhirnya kita sempurna meskipun hanya bagi kita dan dia. Semoga bahagia tetap milik kita. Aamiin ya Mujib.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Jan, 23:49


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

23 Jan, 14:21


Bukankah dengan kesedihan akan membuatmu lebih khusyuk dalam beribadah? Bukankah dalam kesulitan membuatmu lebih lama duduk di atas sejadah? Begitulah bahasa cinta dari Allah ketika sedang merindukan hamba-Nya.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

21 Jan, 22:59


Moga umur yang semakin meningkat,
Kita dapat jaga diri, jaga solat, jaga aurat, jaga suami, taat suami, jangan merungut, selalu bersyukur dan sentiasa cukup bila suami sediakan macam-macam untuk kita dan anak-anak.

Jangan terikut dengan duniawi dan trend di luar sana. Akhir zaman ni macam-macam boleh terjadi. Kena banyak tarbiah diri sebenarnya. Moga Allah jaga dan redha ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿค

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

21 Jan, 11:45


Apa sahaja yang tersebar dari penulisan kita, biarlah menjadi ladang pahala.
Bukan tempat orang ramai menyebarkan dosa ghibah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

21 Jan, 11:44


Akan tiba masanya kita dilamar malaikat maut, dipertemukan dengan kematian dan dipisahkan dengan dunia yang selalu dirisaukan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

21 Jan, 11:43


Jika dah selawat tetapi akhlak masih buruk, kata ulama' selawat kamu masih sedikit. Tambah lagi selawat hingga hatimu bahagia.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

20 Jan, 06:53


Apa sahaja yang tersebar dari penulisan kita, biarlah menjadi ladang pahala. Bukan tempat orang ramai menyebarkan dosa ghibah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

17 Jan, 04:57


Sungguh untuk menjaga Sunnah tidak semudah yang disangka, wanita yang bermanhaj salaf adalah wanita yang sudah mengerti cara beragama yang benar, mengerti makna dan berjalan di atas tauhid yang benar, menjaga aurat dengan hijab yang syar'ie.

Berilmu dan yang terpenting mereka berpegang dan taat kepada al-Quran dan Sunnah dengan pemahaman para sahabat RA.

Intinya wanita yang bermanhaj salaf di zaman ini bak mutiara di dasar lautan yang sukar sekali menemukannya, moga kita menjadi wanita itu bidadari dunia yang dicemburui bidadari Syurga ๐Ÿฅ€

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

17 Jan, 04:55


Ya! Wanita lebih mudah masuk syurga sekiranya dia melakukan perkara-perkara yang membawa kepada jalan-jalan yang diredhai Allah. Tiada jalan mudah ke Syurga melainkan memerlukan pengorbanan dan keimanan yang kuat selain, mentaati suami dan ibu bapa yang menjadikan jalan mudah membolehkan sampai ke Syurga dengan cepat!

Rasulullah SAW menyatakan, โ€œJikalau seorang wanita solat lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari mana sahaja pintu yang dikehendakinya.โ€ (Hadith riwayat oleh Ibnu Hibban)

Demikianlah kelebihan seorang wanita Islam. Tidak sukar bagi merasai nikmat syurga, asalkan menjaga diri dan menunaikan kewajipan yang ditetapkan agama.

Semoga kita tergolong daripada wanita yang selalu dirindukan syurga ๐ŸŒน

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

17 Jan, 02:03


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

09 Jan, 23:12


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

05 Jan, 06:26


Anak perempuan solehah, doakan ini buat ibunda tercinta kalian. Doa yang terakhir tu yang terpenting.

1. Doalah moga Allah diampunkan dosa ibu kita yang sudah lepas, semasa dan yang akan datang.

2. Doalah moga Allah perkenankan segala hajat ibu kita dunia dan akhirat mereka.

3. Doalah moga Allah permudahkan semua urusan ibu kita.

4. Doalah moga Allah panjangkan umur ibu kita dengan keberkatan.

5. Doalah moga Allah luaskan rezeki ibu kita seluas langit yang terbentang, sebanyak butiran pasir dilautan.

6. Doalah moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat ibu kita.

7. Doalah moga ibu kita dianugerahkan khusnul khatimah, mengakhiri nafas dengan kalimah ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡.

8. Doalah moga kita dapat menjadi anak yang solehah buat ibu kita.

9. Doalah moga ibu kasih kepada kita dan ibu dijauhkan mendapat kerosakan, kesakitan daripada tangan kita.

10. Doalah moga ibu menjadi ibu terbaik, menjadi contoh untuk diri kita, menjadi teladan untuk orang sekeliling.

11. Doalah moga kasih sayang antara kita dan ibu kita terjalin bukan sahaja didunia tetapi berpaut di akhirat.

12. Doa ini yang terutama, doalah moga ibu kita diberikan syurga tanpa hisab. Aamiin ya Mujib.

Banyak-banyak doa yang kita panjatkan kepada ibu kita, doalah moga Allah kurniakan yang lebih baik daripada apa yang kita minta untuk ibu kita.

Begitulah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

04 Jan, 00:39


Teruskan berdoa walau apa jua keadaan dirimu saat ini;

1. Ya Allah, anugerahkan kepada kami kurniaan yang paling baik sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada hamba hambaMu yang soleh.

2. Wahai Tuhan yang Maha membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami agar sentiasa mentaatiMu.

3. Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami perasaan takut yang menjadi penghalang kami untuk melakukan maksiat.

4. Berikan kami kemampuan ya Allah untuk membuat ketaatan yang akan membawa kami ke Syurga.

5. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia sesuatu yang terlalu kami utamakan, namun jadikan keredhaanMu adalah salah satu yang akan kami cari hingga akhir hayat kami.

Bismillah, kami berserah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

03 Jan, 06:29


Cukup jaga diri kita sendiri namun dalam waktu yang sama doa kan wanita lain juga.

1. Jaga amalan kita sendiri. Dakwah orang lain dengan tunjuk contoh kerana ramai yang belajar dari mata berbanding telinga.

2. Jangan kacau 'hak' orang. Apa pun status kamu, jangan luka kan hati wanita yang seagama dengan kita.

3. Dalam doa kita, selitkan juga buat wanita di luar sana.

"Ya Allah, hidup di hujung zaman ini tidak mudah, tolong ya Allah jaga diri ku dan semua wanita di luar sana dalam lena mahupun jaga kami ya Allah."

Jadi wanita solehah akhir zaman ini perjuangan dan susah dicapai, namun paling tidak kita berusaha menjadi wanita yang tidak menjatuhkan wanita lain.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

03 Jan, 02:41


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

02 Jan, 06:18


Doa tentang wanita

1. Ya Allah, jadikan kami salah satu asbab hidayah untuk wanita lain menjadi lebih baik.

2. Ya Allah, takdirkan kami menjadi wanita baik-baik, namun tolong jagakan hati kami agar tidak merasa lebih baik dari wanita lain.

3. Ya Allah, kami memohon belas kasihan dari-Mu, jadikan kami wanita yang mampu mengikut segala aturan dan dijauhkan dari melakukan maksiat.

4. Ya Allah, tolong jauhkan kami dari rasa putus asa, sebaliknya tanamkan rasa mahu terus berjuang menjadi sebaik-baik wanita.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

01 Jan, 05:45


Moga Allah angkat segala doa yang kamu perjuangkan malam tadi, sebelum ini, hari ini, saat ini dan selamanya. Aamiin ya Mujib.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

01 Jan, 05:30


Kita usahakan jadi perempuan seperti ini 2025

1. Meletakkan batas kepercayaan kepada sesiapa pun, paling tidak kalau dikhianati tidak sesakit mana.

2. Sederhana soal perasaan. Sayang berpada-pada, benci ada had. Pengalaman 2024 dah ajar kita yang berlebihan lukanya luar biasa.

3. Kalau masih single, usaha jadi perempuan yang tidak mudah jatuh cinta, lelaki tanya khabar dah perasan, entah kamu wanita ke berapa kamu pun tidak tahu. Halal baru โ€˜jatuhkan hati untuk mencintaiโ€™.

4. Kalau sudah berkahwin, kita usaha jadi yang setia dan taat, juga pandai serta tahu jaga โ€˜maruahโ€™ suami.

5. Apa pun keadaan, perjuangkan rasa tenang. Ada yang kita tak selesa, bagitahu. Kita pun tahu, bila tenang mudahnya kita nak menang.

Akhirnya, tahun 2025 ni soal mengubah diri sendiri bukan orang lain.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

31 Dec, 13:26


Malam tahun baru 2025 ini jatuh sama tarikh dengan malam 1 Rejab 1446H. 

Malam 1 Rejab adalah malam yang mustajab doa. Ambil peluang ini untuk kita sama-sama menadah tangan dan berdoa kepada Allah. Berdoa dan berazam untuk mengisi masa-masa yang akan kita lalui dengan amal yang dapat menyinari kubur kita di barzakh nanti. 

Juga kita doa semoga hidup kita penuh dengan amal yang menyebabkan ruh kita mendapat husnul khatimah In Shaa Allah.

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู† ูˆูŽุจูŽู„ูู‘ุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†


Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

29 Dec, 09:23


๏ทฝ ๐Ÿค
Mari bertemu dalam pertarungan doa 1 Rejab. โ€œAl-Insyirah 8โ€

Save siap-siap, nanti masuk saja 1 Rejab lepas maghrib (31 December) kita boleh baca doa, zikir dan amalan-amalan bulan Rejab.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

27 Dec, 01:35


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

20 Dec, 00:16


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

19 Dec, 13:38


Luka tidak perlu dibalas dengan luka.
Cacian tidak layak dijawab dengan cacian.

Jadilah pribadi yang mulia, bahkan kepada mereka yang tidak memperlakukanmu dengan baik. Bukan kerana kamu lemah, melainkan kerana hatimu cukup kuat untuk memilih jalan kebijaksanaan.

Merawat luka tanpa menambah luka baru adalah kemenangan sejati, kemenangan yang tak semua orang mampu capai. Inilah caramu membuktikan kepada dunia bahawa kebencian tidak akan pernah menguasai hatimu.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

14 Dec, 13:35


Kamu tahu apa yang manusia tak boleh beli?
The answer is waktu.

Keikhlasan seseorang boleh dinilai dari how much time they spend with you, bukan dari how much material things they give to you.

Harta boleh diganti, but time? It's irreplaceable. Sebab itu waktu adalah hadiah paling berharga yang boleh diberikan oleh someone who loves you.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

13 Dec, 04:11


Masa;
Hadiah paling mahal yang kita boleh beri pada seseorang because when you give your time, you're giving a part of your life that you'll never get back.

Appreciate those who appreciate you sebab cara terbaik untuk hargai seseorang adalah dengan membayangkan hidup tanpa mereka.

Kita takkan pernah tahu apa yang kita ada itu berharga until it's gone. So, jangan tunggu kehilangan untuk mula menghargai.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

13 Dec, 00:47


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

12 Dec, 07:05


Sungguh tatkala kita diuji, di masa rasa lemah itu menyapa kita, Allah itu sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya. Cuma terkadang kita sahaja yang jarang berusaha untuk mendekatiNya.

Maka, di saat kita merasa lelah dan tidak mampu, kembalikanlah jiwa kita kepada Allah sepenuhnya dan jangan ditangguhkan lagi. Dari-Nya kamu akan merasakan kekuatan itu akan kembali hadir dan mula bercambah di dalam jiwamu. In Shaa Allah.

Boleh cari buku kat sini ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://vt.tiktok.com/ZSjEEsq84/

Seketul Bidadari

11 Dec, 03:25


Di sebalik senyum seseorang ada rahsia air mata yang jatuh dalam diam. Namun, dia terus berdoa semoga setiap kesabaran itu menjadi penyembuh bagi luka yang tidak pernah terlihat.

Bukan harta, bukan rupa yang dia inginkan tetapi hati yang tahu menghargai. Dia ingin cinta yang sederhana tetapi dalam, yang membuatkan dia merasa cukup walaupun dunia tidak memberi lebih.

Ketika dunia memilih untuk berpaling dari dia, dia tetap di sini menjadi seorang yang terus menyayangi meski hati sendiri sering merasa sepi. Kerana dia percaya cinta bukan tentang menerima tetapi memberi tanpa syarat.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

09 Dec, 13:32


Tetaplah menjadi wanita yang tulus, yang terus berbuat baik meskipun banyak luka yang tersembunyi. No matter how many knives they may throw at you, always respond with kindness. Jadilah pemaaf supaya hati tidak diselubungi rasa sakit yang hanya akan membentuk dendam.

Kecantikan luar memang mudah dilihat tetapi kecantikan hati jauh lebih berharga. A woman with a pure heart will always forgive even when part of her heart has been lost and many traumas continue to haunt her. In the end, true beauty lies not in the face but in the strength of the heart to keep loving and forgiving.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

08 Dec, 13:36


Pendidikan;
Senjata paling powerful untuk seorang wanita. Bukan sebab nak compete dengan lelaki tapi sebab wanita adalah the first teacher untuk anak-anaknya.

Stop the mindset that says, "wanita tak payah belajar tinggi, end up dekat dapur juga".

Remember, girls! Ilmu bukan sekadar hiasan tapi penentu your value and worth. Jadilah wanita yang berpendidikan sekurangnya kita tahu stand value kita.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

07 Dec, 13:43


My Rahsia Tuhan is biarlah menjadi Rahsia Tuhan for whatever gonna happen in 2025. I don't want get high hopes about my life anymore.

I'll just follow the flow. Keep dreaming and praying but don't expect too much. Let Him decides everything.

Just hoping for the good endings โค๏ธ Doakan kami ehek ๐Ÿฅฐ

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

05 Dec, 23:16


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

05 Dec, 13:51


Semoga kita menjadi wanita yang terjaga. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Wanita yang menjaga aib sendiri. Wanita akhir zaman yang taat akan perintah Allah.

Wanita yang menjaga solat. Wanita yang menjaga pandangan. Wanita yang menjaga keistiqomahan. Wanita yang selalu dekat dengan Allah. Wanita yang tidak menormalisasikan maksiat.

Ehmm doakan saya tau ๐Ÿฅนโค๏ธ๐Ÿซ‚

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

04 Dec, 11:29


Hanya dengan adab, engkau akan memahami ilmu.

Sedih dengarnya keluar ucapan yang kasar dari seorang 'pendakwah' kepada orang tua yang sedang ikhtiar mencari rezeki untuk keluarganya ๐Ÿฅน๐Ÿ˜ญ

ุชุนู„ู… ุงู„ุฃุฏุจ ู‚ุจู„ ุฃู† ุชุชุนู„ู… ุงู„ุนู„ู…
Pelajarilah adab sebelum mempelajari ilmu


Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

28 Nov, 23:01


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

26 Nov, 10:26


Kena bangga dengan diri sendiri sebab dah bertahan sampai ke tahap ini.

Tak mudah tapi we did it. Alhamdulillah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

26 Nov, 10:25


If you want to be happy, don't take everything so personal. Learn to let go. Let people be. Focus on your mental health, your spiritual health, your wellbeing, physically and financially. Take care of what's most important, you ๐Ÿค

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

26 Nov, 10:25


You did well today. Although your day was not good, you did well. You got through it well. At least today was a bit better than yesterday. Hoping tomorrow will be better.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

26 Nov, 10:24


Donโ€™t ever give up praying, making duโ€™a and asking Allah, even on days when they feel impossible and far too big for you to be praying for it. Allah SWT hears and he gives.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari,

Seketul Bidadari

20 Nov, 06:36


Tidak perlu menjadi manusia hebat yang penting bermanfaat,
Tidak perlu menjadi pemenang yang penting tenang.

Manusia diciptakan untuk berguna bukan untuk menjadi sempurna. Bersyukur untuk segala apa yang kita miliki.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari,

Seketul Bidadari

14 Nov, 23:04


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

14 Nov, 14:35


Nak jadi isteri yang tenang, kita harus tanamkan pada diri sifat syukur dan redha dengan segala nikmat yang Allah beri. Jadilah isteri yang sentiasa bersyukur, satu demi satu Allah akan tunjukkan nikmat rezeki yang tak akan putus ๐Ÿฅฐ

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Nov, 07:47


Istiqamah itu mahal.

Kerana yang kamu kentalkan itu hati, yang kamu kuatkan itu mental, yang kamu panjangkan itu doa, yang kamu perbanyakkan itu ibadah dan yang kamu niatkan itu hanya kerana Allah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Nov, 07:46


Kadangkala kita masih sibuk bercakap tentang dosa seseorang sedangkan Allah dah lama ampunkan dia.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Nov, 07:46


Kesalahan terburuk kita adalah ketertarikan kita pada kesalahan orang lain

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Nov, 07:37


If rasa nak give up, baca ayat ni:

"Sungguh, aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah." [Surah Yusuf: 86]

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

11 Nov, 11:45


It's okay to grow so much that nobody knows who you are anymore. Don't look to the approval of others for your mental stability.

If you're rejected, move on. Don't shrink yourself to fit the person you've outgrown.

Live for your purpose.
Love in your truth.
Be your higher self.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

11 Nov, 02:43


Pasak niat berkahwin kerana Allah, kita nak sempurnakan iman, kita cintakan sunnah nabi SAW. Perkahwinan ni ibadah terpanjang ya. Perkahwinan tidak kekal atas nama cinta semata. Kerana hati manusia tu mudah bolak balik.

Sebelum kahwin tanya tujuan perkahwinan kalian. Berkahwin kerana mahu bersama-sama mencari keredhaan Allah? Alhamdulillah. Kunci perkahwinan bukan cinta. Tapi sabar dan toleransi.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

07 Nov, 23:19


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

07 Nov, 07:27


Self-belief is the first step towards success. Trust your capabilities. Believe that you are different and you are capable of achieving your dreams.

One who believes in his/her own capabilities should be able to make anything possible.

We see people achieving impossible things. It's the trust, belief, confidence and will to do things that helps them bring impossible things into reality.

You can do it too! Try believing yourself!

Tell yourself that
YOU CAN DO IT! ๐Ÿฅน๐Ÿซถ๐Ÿป

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

07 Nov, 07:26


Bersangka baik. Focus on the good things. Bersederhana in everything. Zero expectations on everything. Youโ€™ll be so much happier.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

06 Nov, 12:09


Walaupun duit dalam dompet kita hampir nak habis, tiba-tiba Allah datangkan rezeki lain untuk kita tanpa disangka-sangka.

Saat itu barulah kita perasan yang mungkin kita ada buat kebaikan atau bersedekah.

Yakinlah dengan rezeki dari Allah and I felt that moments.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

06 Nov, 12:09


The best gift you can give for someone is du'a. Because nothing happens without the permission of Allah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

06 Nov, 12:08


Financial stability yang sebenar adalah apabila kita yakin dengan rezeki Allah.

Allah dah jamin rezeki kita, kita usaha dan tawakal - serahkan segalanya pada Allah.

Amalkan:
Qana'ah - Berasa cukup dengan apa yang ada.
Syukur -  Atas setiap nikmat dan segala hal.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

05 Nov, 07:45


Jadikanlah kematianmu ibarat kamu sedang merencanakan pernikahan, serba indah dan cantik.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

05 Nov, 07:34


Kita semua dalam fasa bermujahadah perbaiki diri dan kehidupan yang bukan di atur oleh dunia tetapi agama. Keep hamasah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

05 Nov, 07:32


Bahagianya seorang wanita selain membawa suami serta anak-anak kepada agama adalah apabila suami bersama-sama fikir risaukan agama.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

05 Nov, 07:28


Yang sudah belajar aqidah dengan benar pun boleh diuji dengan akhlak buruk dan penyakit hati. Yang sungguh-sungguh ibadahnya boleh diuji dengan aqidah yang menyimpang. Yang baik dan santun akhlaknya mungkin diuji dengan meremehkan perintah dan kewajipan agama.

Semoga Allah kurniakan hati kita hati yang bersih, mudah melihat aib dan kesalahan sendiri, mudah menerima, mudah berbaik sangka dan mudah memaafkan orang lain.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

03 Nov, 09:04


Sebaik-baik love yourself adalah "menjaga diri dari api neraka" dan sebaik-baik insecure adalah "merasa jahil dalam urusan agama".

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

03 Nov, 09:02


Segelap-gelap malam hanya sementara, esok masih ada siang yang cerah, Jadi jangan pernah menghina titik hitam seseorang kerana dia masih ada peluang untuk berubah.

Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan sebagai satu pengampunan, manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Mencari keredhaan manusia adalah puncak pengharapan yang tidak boleh digapai dan mencari keredhaan Allah adalah puncak pengharapan yang tidak boleh ditinggalkan, maka tinggalkanlah segala apa yang tidak boleh untuk digapai dan raihlah segala apa yang tidak boleh untuk ditinggalkan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

02 Nov, 10:32


Seiring dengan berjalannya waktu, bukan lagi ingin bahagia. Akan tetapi ingin selalu bersyukur dalam setiap keadaan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

31 Oct, 23:02


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

27 Oct, 07:49


Ya Rabb, lindungilah kami dari rasa putus asa. Kerana sesungguhnya kami tidak ingin menjadi beban kepada sesiapa pun.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

27 Oct, 06:48


Jika semalam kita tidak selawat dan Istighfar, kita mula buat hari ini. Meminta syafaat dan keampunan itu adalah kepentingan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

27 Oct, 06:30


Kasih sayang Allah tidak sebatas hal-hal yang Dia berikan padamu. Kadangkala ia berupa sesuatu yang Dia singkirkan darimu.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

24 Oct, 23:01


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

24 Oct, 06:02


Tidak mudah menjadi wanita solehah. Yang mana penemannya adalah Allah, tempat luahannya Allah, dalam hatinya juga utamakan Allah โ™ก

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

24 Oct, 05:00


Sebelum kamu menghukum manusia, pastikan kamu telah mencapai kesempurnaan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

24 Oct, 05:00


Tanda-tanda harta yang tidak berkat. Kata Nabi ๏ทบ:

‎โ€œSesiapa mencari harta kerana ketamakan/nafsu dunia, maka harta itu tidak akan pernah berkat umpama orang yang makan namun tidak pernah rasa kenyang. Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah.โ€ [Riwayat Muslim]

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:44


Tidak ada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:44


Jagalah solat โ™ก
Cukup kita kalah di dunia, jangan biarkan akhirat kita juga kalah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:44


Hiduplah bersama guru dan sahabat yang belajar ilmu agama,
Agar saat semangatmu meredup, kamu tetap dikelilingi cahaya.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:43


Jangan merasa tinggi bila banyak pengetahuan ilmu. Allah tahu aib kita, kadang-kadang kita tidak sebaik apa yang kita tulis dan sampaikan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:43


Allah tidak mengubah akhir baik dari tujuanmu, Dia hanya memberi jalan yang sedikit berliku agar setelah sampai nanti, kamu punyai cerita tentang perjalananmu.

Di jalani, di nikmati, di syukuri selebihnya biarkan Allah yang mengatur.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:43


Boleh jadi rezekimu bukan pada harta tapi kesihatan yang baik, ditutupi segala aib, memiliki keluarga yang menyayangi atau bahkan lebih hebat adalah keinginan dan kemudahan untuk beribadah.

Jangan membatasi rezeki itu hanya tentang duniawi, Kerana duit dan harta yang banyak tidak dapat membeli kesihatan, apatah lagi membeli keinginan untuk melakukan ibadah kepadaNya.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

23 Oct, 13:42


Pentingnya ada sifat qanaah selagi pasangan taat perintah Allah. Kefahaman agama itu indah, sekufu sefikrah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

22 Oct, 06:33


Wanita akan menjadi pintu dakwah untuk anak-anaknya kelak.

Maka, jadilah wanita yang tidak hanya cantik tapi juga berilmu dan berakhlak.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

21 Oct, 05:30


Terlebih sering. Kita menasihati insan lain bukan semata kerana sememangnya dia salah. Tetapi kerana kita sendiri yang pernah terluka atas kesalahan yang sama.

Justeru itu. Dia tak harus berakhir dengan khilaf yang sama. Kesilapan untuk dipelajari dan diteladani. Bukan semestinya dari kita. Tetapi dari kisah insan lain jua. Kita sedang belajar

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

18 Oct, 01:07


Approach today with gratitude, understanding, openness - knowing that it offers potential and possibilities; knowing that every moment is an opportunity to reflect, reset and move forward with intention.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

18 Oct, 01:03


Ya Rabb, please guide my heart to be seorang wanita yang solehah that i couldn't even imagine.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

17 Oct, 23:43


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

17 Oct, 01:14


Semoga Allah membimbing di setiap langkah sehingga apapun yang dilakukan menjadi berkah dan apapun yang diusahakan berbuah indah.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

17 Oct, 00:41


Tidak ada yang lebih tenang dari hati yang sentiasa bersangka baik dengan Allah dan gembira berjalan di atas takdir yang ditetapkan oleh-Nya.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

16 Oct, 08:34


Doa to be beautiful luar dan dalam

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

14 Oct, 05:37


Kita sedang hidup dengan doa-doa kita. Setiap apa yang kita doa, Allah tengah siapkan untuk kita dapat apa yang kita doa. Kita mungkin tak dapat apa yang kita doa tu on the spot tapi yakinlah dan percaya suatu hari nanti pasti terkabul doa-doa itu.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

14 Oct, 05:31


People talk shit about you? Boleh amalkan doa ni okay.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

14 Oct, 05:31


Minta doa harus spesifik

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Oct, 03:06


Hargailah waktu yang kamu miliki kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat kamu perolehi kembali. Gunakan waktu dengan bijaksana dan nikmati setiap momen.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Oct, 02:55


Ya Rabb, mudahkanlah jalan seorang anak dengan sejuta impian untuk orang tuanya.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

12 Oct, 02:19


Doa-doa harian

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

11 Oct, 03:08


Ya Rabb, tutupkanlah mata kami dari melihat dan ingin tahu aib orang lain. Sesungguhnya diri kami ini juga banyak kekurangan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

11 Oct, 00:33


Infographic khutbah jumaat hari ni bagi negeri Johor โค๏ธ

Seketul Bidadari

10 Oct, 06:36


Matahari bila bersinar, tak memilih tempat. Semua akan terang. Kecuali yang sengaja berselindung dalam tempat gelap di siang hari.

Macam tu dengan rahmat Allah, merata dan untuk semua. Kecuali mereka yang sendiri memilih untuk menjauh daripada rahmat dan kasih sayang Allah.

Maka, kekal lah dalam ketaatan sekali pun perit.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

Seketul Bidadari

09 Oct, 07:30


Berdoalah, bahkan disaat kamu tidak menemukan sepatah katapun untuk dipanjatkan, Allah selalu faham apa yang ingin kamu sampaikan.

Tiktok : @seketulbidadari
Instagram : @seketulbidadari
Telegram : t.me/seketulbidadari

5,072

subscribers

1,616

photos

147

videos