Nota Firdaus Mokhtar @notafirdausmokhtar Channel on Telegram

Nota Firdaus Mokhtar

@notafirdausmokhtar


Tips kekeluargaan; tentang rumah tangga dan kewangan keluarga.

Dihoskan oleh Firdaus Mokhtar. Founder page The Solusi dan penulis buku - Saya Imam, Awak Makmum.

Nota Firdaus Mokhtar (Malay)

Nota Firdaus Mokhtar adalah saluran Telegram yang menawarkan pelbagai tip berkaitan kekeluargaan, terutamanya tentang rumah tangga dan kewangan keluarga. Dihoskan oleh Firdaus Mokhtar, seorang tokoh yang juga merupakan pengasas laman The Solusi dan penulis buku yang terkenal dengan karya 'Saya Imam, Awak Makmum'. Saluran ini menyediakan panduan, nasihat, dan perkongsian pengalaman mengenai bagaimana untuk memperkasakan hubungan keluarga serta menguruskan aspek kewangan dalam kehidupan seharian. Dengan menyertai Nota Firdaus Mokhtar, anda akan mendapat akses kepada informasi berguna yang dapat membantu meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga anda. Jadi, jom sertai saluran ini hari ini dan mulakan perjalanan ke arah kehidupan keluarga yang lebih bahagia dan stabil!

Nota Firdaus Mokhtar

19 Jan, 23:02


Kadang kita merasakan diri sudah mendapat hidayah hingga kita lupa untuk menjaganya agar tidak hilang. Kita mula mengumpul segala penyakit hati bermula dengan merasa diri baik.

Akhirnya kita melihat orang lain banyak sahaja salahnya. Kita sahaja yang betul dan kurang salah.

Hati-hati.

Hidayah itu hadiah buat kita. Jaga sungguh-sungguh ya. Dia boleh hilang tanpa kita duga.

Begitulah.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

19 Jan, 04:35


Kita cuba uji hafazan Khalilah.

Agak agak dapat jawab tak?

Jom tengok video penuh dekat sini 👇🏻

https://vt.tiktok.com/ZS6VEJJQV/

Ok go!

Nota Firdaus Mokhtar

18 Jan, 23:11


Pagi ini, tarik nafas dan lahirkan rasa bersyukur. Lepas nafas, ucap Alhamdulillah.

Syukur kerana Allah masih beri hari baru. Bukan untuk menambah dosa, tapi untuk teruskan taubat dan menambah amalan.

Begitulah.

Selamat pagi semua.

Nota Firdaus Mokhtar

17 Jan, 01:50


Berterusan dalam dosa, meletakkan kita dalam keadaan tidak tenang. Taubatlah selalu, hidup kita belum tentu sampai bila. Bila-bila masa sahaja Tuhan boleh ambil kita kembali.

Moga kita tenang di negara akhirat sana.

Amin.

Salam Jumaat ya.

Nota Firdaus Mokhtar

16 Jan, 01:14


Usah mudah mengeluh dengan setiap ujian yang datang.

Cubalah untuk diam dan renungkan baik-baik. Apa yang Tuhan nak kita faham sebalik ujian itu. Kerana Allah hadirkan sesuatu bukan tanpa alasan.

Begitulah.

Selamat pagi semua. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

15 Jan, 10:58


Webinar percuma malam ni. Bermula jam 9:00.

Nak ikut sama wajib ada dalam group Wasap ini 👇🏻

https://chat.whatsapp.com/Bl1q9qhhSRNJrraxXodZBW

Join sekarang!

Nota Firdaus Mokhtar

14 Jan, 23:07


Rasulullah dah pesan ke kita;

"Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, pasti Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (HR Ahmad dan al-Hakim)

Maka, apa pun kesulitan kita, kesedihan yang kita rasa, serabutnya kita memikirkan banyaknya masalah dalam kehidupan, antara solusinya - istighfar.

Bahkan dalam urusan berharapkan rezeki daripada Allah juga antara tipsnya adalah dengan banyaknya istighfar.

Istighfar ini mendekatkan kita dengan Allah. Menghapuskan dosa kita juga yang kadang mencari sebab untuk Allah uji kita dengan banyak jenis ujian.

Jadi tenanglah dengan istighfar ya. 🤲🏻

Selamat pagi.

Nota Firdaus Mokhtar

14 Jan, 10:08


Ada anak-anak yang dapat tawaran MRSM 2025?

Tahniah ye!

https://vt.tiktok.com/ZS6Qr8DUU/

Nota Firdaus Mokhtar

13 Jan, 23:07


Sesekali kita kena fikirkan tentang ini;

“Nanti setelah aku tiada, sebagai apa kalian akan mengenangkan aku?”

Begitulah sekali sekala kita memulakan hari. Jadi kita terus fikir apa yang kita nak buat hari ini, supaya nanti kita dikenang sebagai orang yang baik-baik. InsyaAllah.

Itulah.

Selamat pagi semuaaa.

Nota Firdaus Mokhtar

12 Jan, 23:04


Perubahan itu memang menyakitkan. Memang akan buatkan kita rasa tak selesa, tak tenang dan mungkin buatkan kita cepat marah-marah.

Iyalah benda baru yang kita nak cuba.

Kita nak keadaan seperti yang dulu. Cara hidup lama yang kita selesa. Rasa mudah.

Inilah hal yang akan berlaku bila kita nak berubah. Daripada free hair kepada bertudung. Daripada pakai baju ala kadar ke baju yang betul-betul menutup aurat bukan membalut aurat.

Namun, ingatlah.

Atas setiap keresahan dan kesusahan berubah ke arah kebaikan itu ada nilai pahalanya. Memang tak mudah, tapi berbaloi.

Pahala pun dapat, dosa kita juga diampunkan.

Kena istiqamah lah. InsyaAllah, dihujungnya pasti ada hikmah. 🤲🏻

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

12 Jan, 05:37


Tanda istidraj.

Aib sendiri langsung tak nampak. Tak terasa diri berdosa. Rasa diri baik sahaja.

Tapi aib orang lain asyik dicari. Lebih daripada itu, hari hari sebarkan aib orang lain.

Moga kita dijauhkan.

Amin 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

11 Jan, 23:30


Taubat menghubungkan kita dengan Allah.

Dengan cara meletakkan hati dalam rasa bersalah, rasa lemah, rasa berdosa dan rasa hamba. Akhirnya kita berjanji tidak mengulangi lagi dosa yang kita pernah lakukan.

Begitulah.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

10 Jan, 23:32


Ramai ustaz ustazah pesan, “apa pun jadi solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.”

Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.

Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.

Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.

Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.

Berat!

Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.

Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.

Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.

Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.

Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.

Begitulah.

Selamat pagi ya 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

10 Jan, 12:20


Kita dengan dosa ini ada 3 kumpulan. Maksudnya begini.

Bila kita kaitkan kehidupan harian kita dengan perlakuan dosa, kita akan terbahagi kepada kumpulan ini;

1. Bila terbuat dosa, rasa macam nak kena hempap dengan gunung yang besar.

Mereka ini akan rasa takut selepas terbuat dosa. Iyalah, manusia mana lah akan terlepas daripada dosa. Tapi saat dia terbuat dosa, timbul rasa takut yang amat sangat dalam diri dia.

Bayangkan kita di sebuah rumah yang cuma ada dinding, tak ada pintu dan tingkap. Dinding yang tinggi. Kita nak panjat tak lepas. Atap tak ada. Kita nampak langit daripada dalam rumah tadi.

Atas kepala kita ada sebuah gunung yang sangat besar. Sedang jatuh ke arah kita. Dekat dah gunung tu. Kita tahu tak boleh lari ke mana dah.

Sikit lagi kita akan ditindih kuat dengan gunung tadi. Ketakutan. Menggigil. Rasa berdosa. Menyesal dah lalukan dosa.

Terus bertaubat dan berjanji takkan ulangi lagi. Menangis atas setiap dosa yang dibuat.

Perasaan ini boleh menjauhkan kita daripada dosa. Kalau pun terbuat, kita akan cepat bertaubat. Untuk mengulanginya semula sangatlah payah.

2. Bila berbuat dosa, rasa seperti kena ganggu dengan lalat sahaja.

Mereka yang rasa begini, akan rasa biasa sahaja buat dosa. Macam kena hurung dengan lalat, tepis tepis aja dah terbang lalat tu.

Saat buat dosa, rasa itu benda kecil. Tak membebankan, tak meresahkan. Tepis tepis sikit, rasa dosa boleh berterbangan begitu sahaja.

Dengan perasaan ini, kita akan mudah terjebak dengan dosa. Kerana kita tak merasakan beban setiap kali berdosa.

3. Ini kumpulan yang paling kita takuti. Bila berbuat dosa, rasa seperti makan madu. Makan manisan yang sangat disukai.

Haa! Ini ngeri. Buat dosa, rasa seronok. Siap sebarkan lagi dosa sendiri.

Berbuat dosa, bangga. Fikir dah nak kena buat lagi. Nak ulang banyak kali pun tak apa. Rasa dosa sikit pun tak memudharatkan diri. Rasa selamat sahaja walau pun berbuat dosa besar.

Dengan perasaan ini, kita sebenarnya sedang bermusuhan dengan Tuhan. Berlawan dengan Tuhan. Sengaja melanggar larangan Tuhan. Lebih teruk suka pula berbuat dosa. Moga kita dijauhkan.

Kawan-kawan sekalian;

Kita dengan dosa ini tak boleh berpisah. Sebab kita manusia biasa. Yang membezakan cuma apa perasaan kita terhadap dosa, atau apa perasaan kita bila terbuat dosa.

3 kumpulan tadi ada perbezaan. Kita tak lari daripada salah satu kumpulan tadi. Maka, muhasabahlah diri sendiri.

Nilai apa perasaan kita terhadap dosa yang kita buat. Berdoalah selalu, moga kita jadi manusia yang benci dengan dosa. Kerana dosa ini, jika kita kekalkan, ia menjarakkan kita dengan Tuhan kita.

Menjauhkan kita daripada rahmat Tuhan. Membuatkan kita hidup tanpa keberkatan dan keselamatan yang hakiki.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Dosa sendiri, simpan sendiri. Taubat juga untuk setiap satunya.

Nota Firdaus Mokhtar

10 Jan, 07:04


Masa program dekat Genting Highland hari tu, adalah beberapa orang datang ke saya. Senyum daripada jauh, mendekat dan ajak ambil gambar.

“Mak saya follow dekat fb. Nak ambil gambar ni tunjuk dekat dia.”

Dekat 3 orang juga bagi ayat sama gitu. Nampak gayanya ramai mak mak lah ye yang dok follow saya ni.

Cuma saya raihan, anak mak mak yang jadi ejen sama macam saya semua dekat agensi lain. Bukan dalam agensi saya.

Jadi saya nak seru untuk mak mak dekat luar sana yang ada anak tengah cari kerja atau yang nak cari peluang bisnes, suruh jumpa saya.

Mana tau, lepas ni takyah suruh anak je selfie kalau jumpa saya. Kita pun boleh jumpa lepas anak jadi kawan dalam bisnes saya.

Haa gitu. 😂

Ok, bukan anak-anak je, kalau kalian sendiri nak join pasukan saya, mari. Latihan disediakan. Boleh buat part time atau full time terus.

InsyaAllah, rezeki Allah tu luas. Yang penting kita cuba dan usaha.

Ok go!

Nota Firdaus Mokhtar

10 Jan, 00:18


Bila hati lapang, segala yang berat terasa ringan. Bila hati lapang, rumah yang sempit pun boleh rasa luas. Bila hati lapang, dalam kesempitan kewangan pun boleh merasa kaya.

Bahkan, bila hati lapang kita tetap rasa sihat ketika sakit. Bila hati lapang, dalam tiada apa pun masih rasa memiliki nikmat. Haaa begitu.

Namun andai sebaliknya, hidup berkawan dengan kekayaan pun masih merasa papa kedana. Sibuk menjatuhkan orang lain yang dia rasa lebih daripada dia.

Tak boleh betul nak tengok orang lain dapat macam-macam. Hati seolah dirobek-robek melihat kelebihan orang lain.

Kawan-kawan, berlapang hatilah. Jangan kecil dan sempitkan hati.

Itulah.

Selamat pagi semua.

Nota Firdaus Mokhtar

09 Jan, 09:21


Jom join team saya 💪🏻

Nota Firdaus Mokhtar

09 Jan, 07:57


MACAM MANA NAK JADI SHARIAH ASSET CONSULTANT⁉️ 🤔

Macam mana nak jadi consultant takaful?
Susah dak?
Modal berapa?

Boleh buat part-time dak?

Ok mai nak share.

Modal RM80 sahaja.

Ambil exam-lulus.

Pilih nak part-time atau full-time.

Submit contract.

Training disediakan. Online/Offline.

Dengar dan buat. Commit!

Rajin hasilnya berbaloi.

Setahun ‘kenaikan komisyen’ based on usaha anda. Unlimited.

Kalau buat rilek rilek income berapa?
Rilek rilek dapatlah income 2k-5k sebulan.
Okaylah kerja cara rilek rilek.

Takkan kot?!
Ya lah tak percaya mai lah office kita sembang.

Ada client-client / sahabat-sahabat nak cuba?

Tak rugi pun mencuba.

Rezeki Allah kan luas.

Allah ada.

www.wasap.my/60123770412/NakJadiConsultantTakaful

Nota Firdaus Mokhtar

09 Jan, 03:21


Yang berminat nak belajar buat sampul raya sendiri dan jana pendapatan tambahan, daftar sini:

https://templatemudah.com/order/form/SAMPULRAYA/fmejen

Nota Firdaus Mokhtar

08 Jan, 23:08


Kata ummi;

“Berjuang itu macam berjalan atas batu kerikil. Berpijak atasnya melukakan kaki. Pedih dan boleh berdarah. Lagi laju melangkah bertambah sakit dan pedihlah kaki.

Sebab itu ramai yang berjuang separuh jalan. Atau paling sedih ada yang tak nak langsung berjuang kerana tak mampu menanggung sakit yang sedikit.”

Rumah tangga juga sebuah perjuangan. Betul sungguh kata ummi. Memang ramai yang bertahan separuh jalan.

Kadang cuma kerana sakit yang sedikit. Ujian yang cuma berpunca daripada tiada komunikasi yang tepat.

Kadang ujian kecil ini, kita tak selesaikan secara tuntas diperingkat awal, pun jadi punca. Dia jadi tersimpan dan terkumpul. Sebab itu usah lari daripada masalah, tapi atasi sama-sama.

Moga kita semua menjadi pejuang yang kuat, tabah, penuh kesabaran, redha dan kita bertahan sampai syurga.

Amin.

Selamat pagi ya!

Nota Firdaus Mokhtar

07 Jan, 06:36


Usah letih berdoa. Teruskan berdoa sampai bila pun.

Kerana atas setiap doa yang belum Tuhan qabulkan permintaan kita, Tuhan ganti dengan banyak pahala.

1. Pahala beribadah. Iya doa itu ibadah. Berdoa sahaja terus dapat pahala.

2. Tuhan latih sifat sabar. Sabar menanti sesuatu yang pasti daripada Tuhan.

3. Pahala kita terus bersangka baik dengan Tuhan. Sebab kita sangat tahu, Tuhan tak pernah mungkiri janji. Atas setiap yang kita minta pasti Dia bagi.

Cuma masa yang menjadi ukuran. Kalau bukan di dunia ini Tuhan bagi, di akhirat sana lebih daripada apa yang kita perlu Tuhan beri.

4. Pahala yang membawa kepada kita dapat sifat redha. Redha ini atas daripada sabar. Kan kita biasa cakap sabar ada had.

Betul lah tu. Atas daripada had sabar iyalah redha. Setelah kita pinta dan usahakan segalanya, Tuhan bagi atau tidak itu kita redha dan serah semuanya pada Tuhan.

Itu tempat paling tinggi daripada sifat sabar.

Begitulah kawan-kawan. Teruskan berdoa ya!

Firdaus Mokhtar,
Belajar juga.

Nota Firdaus Mokhtar

06 Jan, 22:58


Di syurga nanti orang kaya ada, orang miskin pun ada. Pengarah syarikat ada, pengemis jalanan pun ada. Orang duduk bandar ada, orang kampung pun ada. Yang ada degree boleh masuk syurga, yang tak ada degree pun boleh masuk syurga.

Semua golongan ada. Apa pun kedudukan kita di dunia tetap melayakkan kita ke syurga sana.

Begitu juga dalam neraka. Semua golongan yang ada dalam dunia ini boleh ada dalam neraka.

Maka yang membezakan kita cuma iman dan taqwa. Baik iman kita, ke syurgalah. Jika sebaliknya, ke nerakalah.

Jadi, kenapa perlu pandang rendah pada orang lain? Jangan-jangan yang kita rendahkan itu ahli syurga kerana iman dia lebih baik daripada kita.

Kawan-kawan, berbaik sangka lah. Nasib kita sendiri belum tahu.

Selamat pagi ya. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

06 Jan, 07:14


Ramai hari ini membina rumah tangga daripada saki baki perasaan yang ada. Baki sayang yang ada, itu yang dia guna untuk rumah tangga dia.

Baki perhatian yang ada, itu yang dia beri pada pasangan. Lebihan kata-kata indah yang dia dah beri punya banyak pada orang lain, itu yang dia ungkap pada pasangan.

Senyum kita banyak kita habiskan dengan kawan-kawan. Sedikit kita bawa balik rumah.

Bergelak ketawa pun sebanyaknya kita tumpahkan di luar rumah. Terkenal lah kita sebagai seorang yang riang dan sentiasa gembira. Balik rumah dah tak ada modal nak ketawa dengan pasangan.

Kita pulang ke rumah, yang tinggal cuma muka yang masam. Dahi yang berkerut. Mulut yang asyik nak marah. Mata yang penuh penat, merah dan menunggu masa untuk lelap tak pedulikan mata pasangan kita yang tunggu untuk ditatap.

Kawan-kawan yang baik,

Selepas kita berumah tangga, fahamlah keutamaan kita adalah rumah kita. Bukan kehidupan di luar rumah.

Hidup di rumah ini dah tentu bersama suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Bukan keutamaan di luar dengan kawan-kawan atau kenalan.

Maka usahlah di luar dia hero, di rumah dia cuma jadi tunggul kayu. Ada macam tiada. Tak ada peranan. Tak memberi apa-apa melainkan sedikit sahaja.

Nyatakan sayangnya sedikit, perhatiannya macam tak ada, kata-kata indah dah bertahun tak terucap dan ketawa pun terpaksa.

Allahu.

Berubahlah. Sedar yang tanggungjawab utama kita di rumah. Apa yang ada di luar adalah alat dan bahan tambah untuk kita suburkan kasih sayang di dalam rumah.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Berjela pula orang yang mesej cerita hal rumah tangga terbiar. 😔

Nota Firdaus Mokhtar

04 Jan, 22:50


Bila hati berkerut, kesan dia sampai ke muka. Selagi hati tak tenang, selagi tu muka masam.

Tenangkan hati ni dengan istighfar. Sebab memang biasa hati tak tenang sebab ada dosa. Itulah.

Selamat pagi ya semua. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

03 Jan, 23:37


Kenapa Allah selalu uji kita dengan perkara yang kita takut?

Supaya kita cuma takut akan Dia sahaja. Tak ada perkara lain dalam dunia ini yang akan mampu melebihi takut kita kepada maha kuasa dan azab hukuman Allah itu sendiri.

Kenapa pula Allah selalu uji kita dengan orang yang kita cintai?

Kerana Allah nak kita faham dan bezakan cinta yang kita rasakan itu adalah untuk tempat yang selayaknya. Dan semua perasaan cinta itu tak menandingi cinta kita pada Dia.

Kawan-kawan,

Sebab itu sering kali terjadi, apa yang kita takutkan betul-betul berlaku pada kita. Takut yang buatkan kita sampai hilang keyakinan pada Allah. Sedangkan Allah boleh sahaja jauhkan kita daripada semua ketakutan dunia.

Begitu juga yang kita sangat cintai. Kita tak nak kehilangannya. Tapi takdir Allah itu yang pergi dulu. Itu yang hilang dulu. Lebih awal daripada yang kita jangka.

Semuanya supaya kita belajar, yang kekal itu cuma Allah. Yang layak dicintai hingga tak ada yang kurang itu hanyalah Allah.

Begitulah.

Selamat pagi ye semua.

Nota Firdaus Mokhtar

02 Jan, 23:56


Berjuang itu mengajak manusia ke arah kebaikan. Ke arah utamakan taqwa dan meninggalkan dosa.

Dalam masa yang sama, diri pejuang tak berhak merasa selamat. Atau lebih direct tak berhak merasa mereka ahli syurga. Dan meletakkan manusia yang belum menerima kebaikan sebagai ahli neraka.

Moga kita menjadi manusia yang selamat menjaga hati. Amin. 🤲🏻

Begitulah.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

02 Jan, 00:04


Andai kita sebelum ini tak sempat atau tak mampu untuk berbuat baik pada ibu bapa saat mereka hidup, hari ini kita masih lagi boleh usahakan sesuatu.

Banyakkan bersedekah atas nama mereka. Niatkan usaha sedekah kita khusus untuk ibu bapa kita yang telah tiada.

Selain itu kita terus meneruslah mendoakan mereka. Saat teringat, terus doakan.

Moga kita nanti dikumpulkan bersama mereka di syurga sana. Amin. 🤲🏻

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

01 Jan, 08:37


Menjadi bintang itu bukan semata-mata atas pentas. Tuhan bagi kebolehan yang pelbagai, kita mampu untuk hiburkan manusia lain dengan nyanyian dan suara.

Sekali lagi itu bukan satu-satunya bintang yang ada.

Menjadi anak yang soleh buat ibu bapa, itu juga bintang pada hati ibu bapa. Menjadi ayah yang sangat sabar buat anak-anak, tak jemu mendidik, itu pun bintang.

Seorang ibu yang selalu menjadi tempat bermanja anak-anak, lagi lah umpama bintang di hati anak-anak. Suami yang sangat cintakan isteri, melayani bahkan menjaga kesetiaan rumah tangganya, ini bintang pujaan hati setiap wanita bergelar isteri.

Lebih daripada itu, menjadi hamba yang sangat taat hingga selalu menjatuhkan air mata di malam hari, ini bintang yang sejati.

Iya kawan-kawan, sekarang ramai yang nak menjadi terkenal. Nak menjadi bintang di hati rakyat Malaysia khususnya.

Namun mereka lupa, mereka sebenarnya boleh menjadi bintang-bintang yang sangat istimewa cukup sekadar di hati insan yang berada di sekeliling mereka.

Begitulah.

Nota Firdaus Mokhtar

31 Dec, 22:58


Nafsu itu, sifatnya degil dan jahat. Kemahuannya dahsyat. Tarik tali antara hati dan nafsu berlaku setiap hari dalam diri kita.

Namun kita yang lemah ni selalu kalah dengan nafsu. Sedangkan kita tahu kembalinya kita nanti ke negara yang kekal abadi itu mesti dengan nafsu yang dikalahkan.

Bermula hari baru, bulan baru dan tahun baru, merupakan hari kita diberi ruang untuk terus membaiki diri. Untuk kita terus bertaubat.

Banyakkan berdoa. Doakan diri sendiri, pasangan dan keluarga kecil kita. Doakan anak-anak kita jadi anak-anak yang bertaqwa.

Hidupkan al-Quran dalam rumah. Itulah panduan untuk kita dan keluarga berdepan kehidupan dunia ke depan nanti. Memang tak mudah, nak didik anak-anak sekarang pun semakin mencabar.

Maka, berusahalah untuk tingkatkan keimanan. Tambahkan rasa cinta dan rindu pada Rasul. Moga kita dibantu untuk semua urusan kita dunia dan akhirat. 🤲🏻

Kembalilah.

Selamat pagi ya semua.

Firdaus Mokhtar,
1 Rejab 1446 / 1 Januari 2025

Nota Firdaus Mokhtar

31 Dec, 07:20


Assalamualaikum.

Malam tahun baru 2025 ini jatuh sama tarikh dengan malam 1 Rejab 1446H.

Malam 1 Rejab adalah malam yang mustajab doa. Ambil peluang ini untuk kita sama-sama menadah tangan dan berdoa kepada Allah. Berdoa dan berazam untuk mengisi masa-masa yang akan kita lalui dengan amal yang dapat menyinari kubur kita di barzakh nanti.

Juga kita doa semoga hidup kita penuh dengan amal yang menyebabkan ruh kita mendapat husnul khatimah insyaAllah.

اَللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Terima kasih,
Firdaus Mokhtar

Nota Firdaus Mokhtar

30 Dec, 23:05


Hari terakhir untuk 2024. Kalau setiap hari dalam hidup kita ni macam sebuah buku, hari ini adalah helaian paling akhir.

Tak ada muka surat baru dah. Tinggal kulit buku sahaja.

Hari ini juga jadi bab penutup untuk cerita tahun ini.

Maka apa pun jadi tahun ini, kita suka atau tidak, esok kita mulakan buku baru. Bina cerita baru.

Semua tajuk yang ada dalam buku tahun ini kita simpan elok-elok. Jadikan pengajaran. Esok kita mulakan langkah baru.

Hokeh?

Selamat pagi!

Nota Firdaus Mokhtar

30 Dec, 00:39


Untung Allah panjangkan umur. Hari ini masih boleh bernafas.

Tapi rugi kalau dengan umur itu kita penuhkan dengan dosa yang tak bertaubat.

Maka hari ini, selepas bersyukur kita bertaubat pula. Istighfar minta Allah ampunkan dosa kita yang banyak.

Begitulah.

Selamat pagi semua! 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

24 Dec, 23:05


Iya, kita memang pernah buat silap. Sebab kita bukan manusia yang bebas daripada dosa.

Maka rendahkanlah diri, minta maaf. Mengaku diri salah dan tersilap.

Meminta maaf itu salah satu sifat mahmudah. Sikap yang terpuji.

Allah sayang orang yang suka meminta maaf.

Begitulah.

Selamat pagi semua.

Nota Firdaus Mokhtar

23 Dec, 23:18


Untuk perempuan, ini pesanan.

Jika kalian ada lelaki yang menegur cara pakaian kalian, hargailah. Baik dia seorang ayah, abang, adik mahu pun seorang suami. Santuni dia sebaiknya.

Dia pasti menegur kalian kerana dia tahu bagaimana mata lelaki itu selalu melihat.

Begitulah.

Selamat pagi ya semua. ☺️

Nota Firdaus Mokhtar

22 Dec, 23:00


Kita tidak punya apa. Usah rasa memiliki, kerna kita bakal kecewa saat pulang ke kampung akhirat nanti.

Kita cuma hamba yang meminjam. Diberi setiap satunya dikepil tanggungjawab dan amanah. Bukan sepenuhnya untuk diri kita semata, tetapi untuk ditebar bahagi sama merasa.

Kawan-kawan yang baik;

Kita akan kembali muflis dan sepi. Jika tidak bersiap bekalan untuk kembali ke alam sana.

Begitulah.

Selamat pagi ya 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

20 Dec, 23:17


Saat ini pesan pada diri sendiri.

“Jangan mengeluh atas setiap permintaan kau yang belum dimakbulkan.

Tetapi bersyukurlah atas apa yang kau dah dapatkan tanpa kau perlu memintanya.”

Itu lebih mendekatkan kita dengan sifat redha. 🤲🏻

Begitulah.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

19 Dec, 23:19


Kita sangat nak menunjuk kebaikan sebab kita sendiri tahu betapa banyak keburukan kita yang telah Tuhan sembunyikan.

Maka kita sehabis baiklah membuktikan yang kita ini baik.

Sedang kalau Tuhan bongkarkan semuanya, entah berani atau tidak kita nak angkat muka.

Jadi kawan kawan, tidak mengangkat diri sendiri itu yang lebih baik. Dan sebaiknya saat melihat orang lain berbuat salah kita tidak lebih-lebih komen atau mengata.

Sebab kita selalu ingat, buruk kita ada. Jahat kita pun ada. Cuma Tuhan simpan.

Begitulah.

Salam Jumaat ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

16 Dec, 23:08


Rasulullah nak semua orang masuk syurga. Sekali pun manusia yang memusuhi Rasulullah.

Kita mendoakan orang yang memang dah baik, itu biasa. Tapi mendoakan syurga untuk orang yang berbuat jahat pada kita, itu susah. Tapi itu kesukaan Rasulullah.

Ulang lagi, itu kesukaan Rasulullah. 🥰

Allahu.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

15 Dec, 23:08


Mazmumah ni kalau tunjuk dekat orang lain, dapat malu je.

Tapi kalau tak tunjuk pun Allah tetap tahu.

Mazmumah tu kena lawan, bukan simpan dalam diri. Kalau ada, kita sedar yang mazmumah melekat dalam diri, usahalah untuk kita ubah.

Mazmumah ini racun dalam hati. Dikumpulkan lama lama jadi barah.

Yang akan keluar jadi perangai buruk kita. Jadi busuk hati, buruk sangka, cepat marah, menipu dan banyak lagi.

Maka kalau ada mazmumah dalam diri, belajarlah untuk kurangkan. Memang tak mudah.

Namun usaha untuk kurangkan tu yang Allah pandang.

Itulah mujahadah melawan nafsu. Yang itu dikira. Ada nilaian dia. Ada pahala dia.

Itulah.

Teruskan berjuang ya! 💪🏻

Nota Firdaus Mokhtar

14 Dec, 22:53


Ketika kita dilukai oleh manusia lain, Allah lah yang menjadi punca untuk kita bangkit.

Ketika kita disakiti oleh orang lain, Allah juga lah yang berikan kita bahagia.

Tapi dalam banyak keadaan, kita tak bersyukur pada Allah bila kita dalam tenang. Kita rasa diri kita sendirilah yang mencipta tenang. Bukan dari Dia.

Begitulah kita. Dasar manusia. Cuma ingat Allah waktu susah dan sakit.

Allahu. 😞

Moga kita menjadi hamba yang pandai selalu bersyukur. 🤲🏻

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

12 Dec, 23:21


Ada banyak perkara yang akan membuatkan kita rasa lemah. Terutama tentang rezeki dan apa yang kita minta tapi belum Allah izinkan untuk kita dapat.

Pandanglah pada apa yang kita dah ada. Selama yang telah Allah beri bersama kita.

Pada saya ada isteri dan anak-anak. Ini kekuatan dan harapan. Inilah anugerah dan rezeki yang sangat indah telah Allah diberikan.

Kalian pun sama. Pandanglah apa yang telah Allah beri saat kita berasa lemah menanti apa yang belum lagi jadi milik kita.

Nikmat yang telah Allah beri pun tak dapat kita syukuri. Atas sebab lagi Tuhan nak bagi lebih ye dak?

Ok. Mari bersyukur dulu. 🤲🏻

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

10 Dec, 22:41


Pesan guru saya;

“Betulkanlah sembahyang, urusan lain dalam hidup kita akan dapat dibetulkan.”

Kadang kita berhadapan banyak ujian kehidupan. Kita rasa kita mampu atasi, kita mampu baiki, kita mampu untuk adjust apa yang patut.

Tapi makin kita cuba, makin menjadi-jadi. Ujian tak juga berkurang. Ada saja ujian yang datang. Yang buatkan kita rasa makin lama makin lemah.

Dalam mencuba tu kita sampai abaikan perkara utama dalam hidup - sembahyang.

Kita cepat-cepatkan sembahyang, laju laju saja. Iyalah, yang sedang diuji bisnes kita, staff kita, pasangan kita. Jadi kita bagi lebih masa pada hal bisnes, sampai 2-3 pagi tak tidur cuma untuk cari apa salahnya kita dalam bisnes.

Kita buat program untuk staff, nak staff faham arah tuju syarikat.

Kita bawa pasangan pergi bulan madu yang entah kali ke berapa. Tapi balik terus berperang lagi. Macam tak boleh nak sefahaman.

Dalam pada semua tu kita culas tentang soal sembahyang. Rupanya ini yang menjadi punca kepada tak teraturnya hidup kita keseluruhannya.

Jadi guru saya selalu pesan, bila kita rasa tak tenteram tentang soal kehidupan harian kita, baiki sembahyang kita dulu. Terutama tentang masa yang kita peruntukkan untuk kita sembahyang.

Kenapa?

Kerana sembahyang ini ibu segala ibadah. Sembahyang jadi punca kepada segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah.

Maka betulkanlah sembahyang kita, insyaAllah segala urusan kehidupan menjadi tenang. Kita cuba ya sama-sama. InsyaAllah. 🤲🏻

Begitulah.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

09 Dec, 23:55


Nama Kuching sebenarnya tak asing daripada saya dan keluarga. Sejak kecil, memang saya biasa dengar cerita tentang Kuching di Sarawak.

Sebabnya cuma satu. Arwah nenek saya belah ayah (kami panggil tok) berasal dari sini.

Kisahnya Tokwan (atuk) saya dulu polis. Pernah berkhidmat di sini lah masa bujang. Rezeki jumpa jodoh dekat Sarawak, maka sebab tu lah arwah Tok saya tu orang Sarawak.

Berkeluarga dan dihijrah ke semenanjung. Bertugas dan pencen akhir di Perlis sana. Sampai sekarang Tokwan saya di Kangar.

Keluarga arwah Tok yang masih di Sarawak pun ada yang dah berhijrah ke semenanjung. Yang di Kuching masih ramai. Kalau jumpa pun masa kenduri besar macam kenduri kahwin.

Sambung 👇🏻

Nota Firdaus Mokhtar

08 Dec, 23:14


Menjadi manusia yang penuh sejarah dosa kadang lebih baik. Sebab rasa diri tak baik dan tak layak untuk dimuliakan itu ada.

Berbanding jadi manusia yang tak pernah rasa salah. Rasa diri mulia. Rasa tak pernah buat dosa. Rasa setiap hari dia sahaja yang betul.

Habis semua orang lain dikutuk perlinya. Lagi lah yang tak sehaluan dengan dia. Berjalan pun letak tangan ke belakang. Mendongak langit.

Maka elok lah kita rasa kita ada dosa. Lebih mudah nak bermasyarakat. Sebab sama-sama rasa berdosa.

Iyalah, kita kan manusia biasa-biasa.
Mesti sedar kita pasti akan ada dosa.

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

07 Dec, 23:15


Ingatlah selalu, bumi yang kita pijak ini Allah yang punya. Jadi, sedar diri tu selalu. Kita cuma seorang hamba.

Selalulah rendah diri, tidak sombong dan rasa diri baik. Malulah dengan Allah.

Apa yang kita makan dan minum, itu semua rezeki dari Allah. Ada baju yang bagus, dapat pula tutup aurat dengan elok itu semua anugerah Allah buat kita.

Allahu. Sungguhlah kita kena selalu bersyukur. Sebab kita ini hakikatnya tak ada apa-apa.

Semua yang kita ada itu pula, bila-bila masa saja Allah boleh ambil semula.

Begitulah.

Selamat pagi 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

04 Dec, 23:09


Saat kita asyik merasakan kita dah buat yang terbaik. Kita akan sering diganggu dengan fikiran yang pasangan kita tak berbuat apa-apa untuk kita.

Hati-hati ya semua.

Selepas akad nikah kita sah, iblis dan syaitan menangis. Bermula saat itu, mereka bersungguh-sungguh mahu kita bercerai dan terpisah jauh.

Bukan berpisah yang baik, tapi berpisah penuh kemarahan dan kebencian. Berpisah yang sampai jadi bermusuh. Iya, banyak berlaku. Semuanya bermula dengan bersangka-sangka.

Ingat, buruk sangka yang kita layan hari-hari itu mainan mereka. Demi supaya kalau pun kita tak sampai bercerai lahir, kita terpisah hati.

Duduk serumah, tapi macam tak pernah jumpa. Nama suami isteri, tapi hati macam tak pernah bercinta.

Allahu. Minta dijauhkan. 🤲🏻

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

03 Dec, 23:16


Kita diberikan nikmat mata, untuk melihat macam-macam perkara.

Termasuklah untuk kita menilai orang lain dengan mata. Bukan semata-mata dengan telinga.

Haa! Begitulah.

Selamat pagi gaisss.

Nota Firdaus Mokhtar

03 Dec, 03:24


Masa di SMK Kemena Bintulu minggu lepas, selain program motivasi untuk pelajar SPM, ada ramai ibu bapa yang hadir untuk majlis restu ilmu.

Motivasi dan restu ilmu dalam 1 majlis yang sama. Jadi saya dan tat Abu Hurairah Roslan kena bercakap dengan pelajar dan ibu bapa sekaligus.

Jadi kami buat susunan konten bermula daripada pelajar, di pertengahan isu kekeluargaan dan hujungnya gabungkan terus pelajar dan ibu bapa.

Sambung 👇🏻

Nota Firdaus Mokhtar

02 Dec, 23:06


Kalau nampak satu kesalahan di depan mata, ingatlah kita, anak-anak dan cucu cicit kita boleh jadi terlibat kesalahan yang sama.

Kalau nampak satu kesusahan di depan mata, ingatlah kita pun boleh berada dalam keadaan itu nanti.

Kalau nampak satu kesenangan di depan mata yang bukan kita punya, ingatlah nanti Tuhan boleh beri yang sama buat kita.

Setiap yang kita nampak, semuanya boleh berlaku pada kita juga. Hidupkan macam roda. Kadang yang berlaku pada orang lain, berpusing dan berlaku pada kita pula.

Maka,

1. Elakkan mengata atau menghina mereka yang bersalah tetapi doakan. Doakan juga kita dan keluarga tidak terlibat dosa yang sama akan datang. Ketenangan akan hadir dalam doa kita.

2. Bantulah sekali pun kita dalam keadaan tak cukup. Bahagia itu datang setiap kali kita membantu orang lain.

3. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana apa yang ada ini lah yang sangat sesuai untuk kita buat masa ini. Berbahagialah.

Begitulah hidup ini. Kena sentiasa bersederhana.

Selamat pagi kawan-kawan semua. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

01 Dec, 22:49


Isteri dan anak-anak adalah insan-insan yang sangat penting dalam hidup kita. Kalau mereka baik, baiklah kita. Kalau mereka sihat, sihatlah kita. Kalau mereka suka, sukalah kita.

Sebaliknya kalau mereka sakit, sakitlah kita dan kalau mereka rosak, rosaklah kita. Sebab jiwa mereka ini sangat terkait dengan kita.

Kerana itu Allah perintahkan mereka ini wajib kita bentuk lahir dan batinnya. Dosa dan pahala mereka diambil berat. Ajarkan tentang agama kita, ibadah yang wajib ditunaikan, hak agama atas diri mereka.

Inilah peranan utama seorang suami. Membentuk cara hidup isteri dan anak-anaknya.

Begitulah.

Selamat pagi semua.

Nota Firdaus Mokhtar

30 Nov, 23:06


Hari itu ada kawan pesan ke saya.

Kalau waktu dapat sesuatu dan waktu kita memberi sesuatu itu sama perasaan, itu tandanya dunia tidak di hati kita.

Contohnya, waktu dapat duit RM100 kita gembira. Waktu nak beri ke orang lain RM100 perasaan tetap sama. Tenang sahaja. Tidak terkesan ke hati.

Itu tandanya dunia tak melekat pada hati.

Tapi kalau masa dapat RM100 punyalah suka. Bila kena memberi berat ya ampun. Teragak-agak. Bila dah bagi menyesal pula. Lama sikit siap mengungkit lagi.

Maka itu tanda ada dunia dan sedikit melekat pada hati.

Haa.. begitu. Saya sampaikan pula ke kalian pagi ini.

Selamat pagi gaisss.

Nota Firdaus Mokhtar

28 Nov, 23:02


Sweet di dunia tak mesti sweet di akhirat.

Kalau sama-sama sampai ke syurga nanti, iya sweet sangat. Tapi kalau sama-sama ke neraka, tak sweet mana bang. Ya ampun ngerinya.

Tuhan pesan dalam Quran;

“Selamatkan diri kamu, dan keluarga kamu dari api neraka.”

Maksudnya memang ada yang akan ke lembah kehinaan sekeluarga. Allahu. Daripada suami, isteri dan anak-anak semuanya ke tempat yang Tuhan murka.

Maka sebab itu kita kena selamatkan semuanya. Jaga semuanya. Ambil tahu tentang semuanya daripada keluarga kita.

Suami itu ketua keluarga. Kita membentuk dan mencorak rentak arah keluarga kita.

Moga akhirnya nanti, semua Tuhan kumpulkan semula di syurga.

Amin. 🤲🏻

Selamat pagi semua!

Nota Firdaus Mokhtar

27 Nov, 23:19


Ummi pesan;

“Ujian itu nikmat untuk orang mukmin. Sebab orang mukmin tahu, dengan ujianlah mereka rasa dekat dengan Allah.”

Orang mukmin tahu yang ujian itu perhatian Allah buat manusia. Bila kita disusah-susahkan, kita akan selalu minta Allah bantu. Minta Allah tolong kita.

Tambahan kita akan cepat-cepat nak bertaubat. Mengaku kita salah, berharap pada Allah keluarkan kita daripada masalah kita.

Inilah nikmat. Nikmat terasa rapat dengan Tuhan.

Berbeza dengan kita yang biasa ini. Sekadar muslim yang bukan mukmin ini.

Sebolehnya janganlah diuji. Kita takut. Nak yang sedap, yang senang senang sahaja.

Bila diuji rasa Allah benci ke kita.

Sudahlah diuji, kita marah-marah, tak puas hati pula.

Allahu.

Beza sungguh. 😭

Itulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

26 Nov, 23:07


Setiap kita diuji. Orang lain juga diuji. Ketika ujian orang lain dibentang depan kita, jangan cepat melatah. Jaga kata-kata. Jaga mulut kita.

Kita juga boleh diuji yang sama. Kalau bukan kita anak juga keturunan kita boleh diuji hal yang sama.

Banyakkan berdoa. Taubat atas dosa kita. Ujian kita belum tahu.

Begitulah. 🤲🏻

Selamat pagi ya gais.

Nota Firdaus Mokhtar

26 Nov, 03:17


Bila ajak meeting tak ada makan makan, mula lah dia pening. Padahal tadi baru keluar daripada kedai mamak, dah makan sepiring kari kambing. 🙄

Awak nak makan apa lagi Abu Hurairah Roslan?

Esok malam kami ada sesi online, itulah kena meeting sekejap ni. Bincang susun atur nak bercakap apa esok.

Sesi ni kami dah buat awal bulan itu hari tapi tajuk lain. Tapi fokus pada kekeluargaan terkait pendidikan sahsiah anak-anak. Masa tu lebih 280 orang yang masuk sesi tu. Ramai juga. Iyalah, percuma kan. Siapa tak nak masuk.

Esok pun kami buat percuma. Jom lah sama-sama.

Kita kasi ramai lagi, bagi lebih 300 orang untuk malam esok.

Cara nak join saya letak dekat komen. Ingat, percuma hokeh.

Ok go!

Nota Firdaus Mokhtar

25 Nov, 23:05


Bila ada hari yang kau berperasaan berat dan gelisah, mulakanlah istighfar. Istighfar dengan hati betul betul mahukan pengampunan.

Kedua cari kepada siapa kita nak bersedekah. Bagilah berapa yang mampu. Sikit pun tak apa.

Tengok nanti perasaan kita akan subur kembali. Fikiran kita akan segar. Yang utama segala urusan kita akan dimudahkan untuk hari itu nanti.

Cubalah. 🤲🏻

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

22 Nov, 22:51


Tahu tak kenapa kadang-kadang kita nak berkawan dengan orang, tapi hubungan kita dengan kawan tak boleh nak jadi betul-betul rapat?

Atau kita cuba nak jadikan hubungan itu macam bersih dan jernih, tak ada apa-apa yang tersembunyi. Tapi tak menjadi.

Mungkin juga nak berkawan lama, tapi sudahnya sekejap sahaja. Tak boleh pergi orang kata.

Haa, salah satunya berpunca daripada kita sendiri.

Kita berkawan sebab ada kepentingan. Kita kawan dengan orang sebab nak dapat manfaat. Nak ambil kesempatan atas kelebihan yang ada pada orang lain.

Bila kelebihan tu dah tak ada, atau kita rasa tak boleh nak pakai, kita yang menjauh. Kita yang mengundur ke belakang dan menghilang.

Nampak?

Segalanya akan kembali kepada niat kita berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kalau kita jujur dengan kawan, berkawan sebab memang kita nak ada kawan. Berkawan sebab nak mengasihi orang lain, atau nak bantu orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hubungan kita dengan kawan kita.

Kita dah jauh berjaya macam mana pun, kita takkan lupakan kawan. Dan sebaliknya kalau pun kawan kita berjaya jauh lebih daripada kita, kita akan turut sama gembira.

Begitulah.

Selamat pagi semua kawan kawan yang baik hati. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

21 Nov, 23:30


Menangis bukan tunggu ada kematian. Menangis bukan tanda lemah. Menangis bukan juga lambang kecewa. Menangis bukan menjatuhkan wibawa lelaki.

Bahkan menangis besar daripada itu.

Menangis boleh menghapuskan dosa. Air mata itu boleh jauhkan kita dari api neraka. Air mata itu juga tanda kita mahu kembali kepada Allah.

Sebab itu ingatlah pesanan;

“Menangislah selalu. Nasib kita belum tahu.”

Maka menangislah tanpa ada orang lain yang tahu. Menangis dengan hati. Moga kau diberkati.

Selamat pagi ya semua. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

19 Nov, 23:19


Rasulullah (selawat) sangat setia dengan kawan-kawan. Bahkan kepentingan dan keperluan mereka baginda dahulukan.

Termasuk hal makan minum mereka baginda ambil tahu.

Ini juga kita nak tiru juga. InsyaAllah 🤲🏻

Selamat pagi semuaaa.

Nota Firdaus Mokhtar

18 Nov, 23:19


Khas untuk mak mak yang pentingkan pendidikan KAFA anak-anak
(darjah 1-5)

Sekarang dah ada cara mudah dah nak anak skor KAFA ni. Bagi je anak belajar Bahasa Arab, Sirah Nabi & Ibadah dalam bentuk video gini.

Lengkap A-Z & ramai dah anak skor KAFA lepas tengok video ni.

Murah sangat rm20/subjek je. Boleh dapatkan video tu di sini 👇

https://anakhebat.onpay.my/order/form/videosilibuskafav3/fmejen

Nota Firdaus Mokhtar

17 Nov, 23:11


Manusia mencari bahagia dengan pelbagai cara. Merata tempat. Ada yang masuk hutan, keluar dari kampung, panjat bukit, pergi ke lautan dan ada yang dari bandar balik ke kampung.

Tapi bahagia dicari tak juga ditemui.

Bahagia itu sebenarnya sangat dekat. Cuma perlu melihat pada diri sendiri. Ada begitu banyak anugerah yang Tuhan telah beri.

Cukup makan minum, ada tempat tinggal, ada keluarga, sihat dan masih mampu melakukan amal ibadah. Itulah bahagia.

Berhenti bandingkan dengan orang lain. Apa yang ada pada kalian, itulah kebahagiaan yang istimewa khas untuk kalian. Dan iya kena selalu ingat itu semua daripada Tuhan.

Begitulah.

Selamat pagi semuaaaa! (Dijerit)

Nota Firdaus Mokhtar

16 Nov, 23:22


Bahagia itu maknawi. Sangat tersirat. Tak nampak di mata namun terasa di hati.

Kadang mereka yang miskin harta lebih bahagia daripada yang punya harta. Kadang yang cacat anggota lebih bahagia daripada yang lengkap anggota.

Kadang yang buta lebih bahagia daripada yang celik. Kadang yang sakit lebih bahagia daripada yang sihat.

Pelik kan?

Sebab itulah semua mencari bahagia. Bahagia itu istimewa. Bahagia itu anugerah.

Carilah Allah. Datanglah kepada Allah. Kerana cuma pada Dia sumber kebahagiaan.

Begitulah.

Selamat pagi kawan kawan. 😊

Nota Firdaus Mokhtar

16 Nov, 06:44


Baiknya Tuhan kita, berkali-kali kita memberi taubat palsu, tetap Dia mengasihi kita.

Taubat palsu? Iyalah. Taubat tapi langsung tak tinggalkan dosa yang kita buat. Sesal sekejap, taubat. Beberapa hari kemudian buat lagi.

Itu pun Tuhan kita masih sayangkan kita.

Kita ini bukan setakat taubat palsu, kita juga manusia yang paling banyak menabur janji palsu.

Sehari paling kurang 5 kali kita berjanji depan Tuhan. Dalam doa iftitah semasa kita solat, kita berjanji solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita cuma untuk Allah.

Tapi sebaliknya berlaku. Kita hidup dan buat semua semata-mata untuk kepentingan lain. Bukan untuk Tuhan.

Maka kita hidup dalam kepalsuan. Allahu.

Ngeri juga. 😔

Nota Firdaus Mokhtar

16 Nov, 00:23


eBook ni saya tulis fokus pada senarai apa kita kena buat (to do list) yang ringkas, mudah faham dan praktikal.

Nak ubah anak jadi baik, ini solusi kita kena buat.

Jom dapatkan sekarang.

Ada harga promosi. Tengok sini 👇🏻

https://thesolusi.onpay.my/order/form/anakjadibaik/fmejen

Nota Firdaus Mokhtar

14 Nov, 23:06


Realitinya kita takkan pernah sempurna.

Tapi untuk jadi yang terbaik, itu tidak mustahil. Maka usahakan untuk jadi yang paling baik buat pasangan kita.

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

14 Nov, 13:11


Ini cubaan pertama saya untuk buat iklan dalam bentuk video. Saya tak pasti kesan dia macam mana.

Jadi minta kawan kawan tolong komen boleh?

Nota Firdaus Mokhtar

14 Nov, 02:43


Ada anak darjah 5 yang nak ambil UPKK nanti?

Tengok video ini ya!

Nota Firdaus Mokhtar

13 Nov, 23:09


“Selamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka.”

Begitulah yang disarankan. Atau lebih nyata dan hakiki, begitulah yang diwajibkan ke atas setiap kita.

Selamatkan dan bawa jauh-jauh, jangan dibawa hampir kepada api neraka.

Kerana api neraka itu bukan api mainan, bukan api masak-masak, bukan api ditiup-tiup boleh padam. Neraka tempat hukuman, tempat yang sangat dahsyat.

Sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada dosa. Namun pintu taubat juga Allah buka luas.

Bertaubatlah.

Menangislah kerana dosa kita. Mengaku berdosa itu tidak salah, bahkan baik kerana akan menjadikan kita cepat bertaubat.

Sekali lagi, bertaubatlah.
Selagi usia masih ada.

Begitulah.

Selamat pagi semua 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

12 Nov, 23:16


Belajarlah menjadikan Tuhan itu kawan. Didiklah hati menjadikan Tuhan itu teman. Paksalah jiwa jadikan Tuhan itu tempat rujuk kita.

Kita tidak akan sepi. Kita tidak akan sunyi. Kita tidak merasa keseorangan.

Kerna Tuhan itu kawan yang ada setiap masa.
Teman yang sangat menghiburkan. Juga Dia adalah tempat rujuk yang paling setia.

Begitulah.

Selamat pagi kawan-kawan.

Nota Firdaus Mokhtar

12 Nov, 09:48


Abidah sedang minggu peperiksaan percubaab UPKK. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.

Jadi masa untuk ulangkaji nak exam belah petang tu singkat. Tapi syukurnya sebab saya jumpa kaedah ulangkaji mudah subjek KAFA ni.

Tengok Youtube saja. Sambil makan, dia bersiap, tengah tunggu van, buka saja youtube. Boleh dengar penerangan semua subjek. Ikut bab dan darjah pula tu.

Macam petang ni kertas Akhlak. Jadi tengahari tadi masa balik rumah, siap dah dia buka video Pesan Abi untuk subjek Akhlak.

Pada saya berkesan sebab penerangan video memang tersusun dan ikut silibus.

Kalian ada anak darjah 5 yang nak ambil UPKK nanti?

Boleh cuba pasang juga video ni. Semua subjek ada. Saya letak di komen ya.

Nota Firdaus Mokhtar

11 Nov, 23:11


Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.
Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

Selamat pagi semua 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

11 Nov, 03:12


“Kandungannya mudah difahami untuk dipraktikkan oleh ibu bapa yang inginkan anak yang baik, soleh dan solehah.” (Dr Taufiq Razif)

The Solusi lancarkan Ebook 20 Solusi Ubah Anak Jadi Baik

Dapatkan promo harga pelancaran di sini: https://thesolusi.onpay.my/order/form/anakjadibaik/fmejen

Nota Firdaus Mokhtar

10 Nov, 23:16


Kadang kadang orang yang banyak senyum dan ceria itu, sebenarnya orang yang pernah melalui satu peristiwa duka dalam hidup dia.

Kerana sabar dan tabahnya dia sebelum ini membuatkan hari ini dia mampu membalas setiap senyum manusia lain buat dia.

Iya, dia pernah menangis. Yang tak ada siapa tahu.

Begitulah.

Selamat pagi gais.

Nota Firdaus Mokhtar

09 Nov, 23:08


Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

Bukan setakat melihat alam, melihat apa yang terjadi pada manusia di keliling kita juga boleh mengajar kita.

Begitulah.

Selamat pagi semuaaa.

Nota Firdaus Mokhtar

08 Nov, 23:18


Jom niat buat kebaikan hari ini. Kebaikan kecil yang tak perlu keluarkan kos yang banyak pun.

Kita susun 10 dulu;

1. Bagi salam pada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
2. Hadiahkan senyuman kepada siapa pun.
3. Asingkan duit kecil, jumpa anak kecil sedekah pada mereka.
4. Ziarah anak yatim.
5. Kutip dan alihkan halangan atas jalanan.
6. Santuni orang tua.
7. Mengadap badan pada orang yang bercakap dengan kita.
8. Tolong isteri buat kerja rumah.
9. Ziarah kawan yang sakit.
10. Memaafkan kesalahan orang lain.

Begitulah.

Selamat pagi ya. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

07 Nov, 23:07


Orang merungut tak bersyukur. Dan orang bersyukur takkan merungut.

Fahamkan?

Bangun pagi ini tengok barang dekat dapur tak ada nak buat sarapan, nak sarapan dekat luar tak rajin pula. Nak merungut ke bersyukur?

Bersyukurlah sebab ada orang bukan setakat tak ada barang dapur, duit pun tak ada. Allahu. Kita masih ada duitnya lagi. Alhamdulillah.

Ok, jom bersyukur. Haa, begitukan lebih indah. 🤲🏻

Selamat pagi ya semua!

Nota Firdaus Mokhtar

06 Nov, 23:06


Kawan-kawan, solat di awal waktu itu adalah kenikmatan. Iya, kenikmatan mendahulukan Tuhan selain daripada urusan lain di dunia.

Benar, dengan menunggu waktu solat, kau siap-siap ambil wudhuk awal, duduk di tikar sejadah, kau selawat dan menumpu perasaan kepada solat yang kau akan buat sekejap lagi, itu sangat mendamaikan.

Maka kau bersolat pun dengan penuh tumpuan. Sebab kau dah bersedia fizikal dan hati untuk bertemu Tuhan.

Inilah solat yang menjadi kerehatan. Menjadi ketenangan dalam setiap ujian hidup kau.

Begitulah.

Kita niat nak solat awal waktu mulai hari ini ya 🤲🏻

Selamat pagi semua.

Nota Firdaus Mokhtar

05 Nov, 06:13


"Alhamdulillah, lepas join webinar ni, sikap anak-anak makin berubah positif. Mereka lebih mendengar kata dan hormat. Sangat puas hati!"
.
Siapa di sini ada impian nak bina keluarga yang lebih tenang dan positif?
.
Jangan risau lagi ibu ayah~
.
Jom sertai Sharing Keluarga dengan tajuk Ubah Anak Jadi Baik bersama Tn Firdaus Mokhtar dan Tn Abu Hurairah.
.
Khas kepada ibu ayah :
Yang nak anak-anak mereka lebih berakhlak baik
Yang nak cari cara praktikal untuk ajar nilai Islam pada anak
Yang nak bina suasana keluarga yang lebih tenang dan positif
.
Webinar ini 100% percuma. Terhad 100 orang sahaja
.
Daftar di sini : https://thesolusi.onpay.my/prospect/form/ujb

Nota Firdaus Mokhtar

04 Nov, 23:16


Di saat orang lain sibuk menghukum, cuba kita jadi golongan yang mendamaikan. Paling tidak pun mendoakan.

Mudah-mudahan kita jadi manusia yang pandai bersyukur.

Begitulah.

Selamat pagi ya 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

04 Nov, 03:09


Ini cerita yang berlaku 2 tahun lepas.

Hari tu ada seorang puan ni mesej ke saya. Nak cari jalan dan panduan macam mana nak teruskan usaha dia nak buat pengesahan perceraian.

Kisahnya begini.

Puan ni berkahwin dengan suami di negara jiran, mana lagi kalau bukan Thailand. Berkahwin di sana sebab suami dia belum selesai urusan perceraian dengan isteri pertama.

Suami dah bercerai dengan isteri sebelum tapi urusan rasmi belum selesai. Jadi nak kahwin baru, dokumen yang mengatakan suami adalah ‘bujang’ belum ada. Untuk elakkan permohonan poligami, lelaki tersebut ajak puan ni tadi nikah di Thailand.

Banyakkan kes macam ni? Iya, sangat banyak kami terima di The Solusi. Boleh kata kategori bersepah. 😔

Baik, urusan nikah di Siam selesai dengan janji nak buat pengesahan perkahwinan lepas balik Malaysia.

Janji tinggal janji tuan tuan.

Sampai beranak pinak, desakan isteri untuk daftarkan perkahwinan di sini tak diselesaikan. Bertahun-tahun isteri ini disembunyikan.

Jadi semua anak yang lahir terpaksa di’bin’kan dengan nama Abdulullah. Sebab tak ada rekod pernikahan dengan ayah di mana mana jabatan agama di negara kita.

Rumah tangga bahagia saja ke? Eh, mestilah tidak. Mana mana pun diuji. Lagilah rumah tangga sembunyi sembunyi begini.

Akhirnya suami puan ini tadi melafazkan cerai. Dan lepas lafazkan cerai, terus tak nak ambil tanggungjawab, semua urusan dia tolak tepi dan tinggalkan puan ini sendirian dengan anak-anak.

Bekas suami tukar nombor telefon, pindah entah ke mana, kawan-kawan bekas suami yang puan ini kenal pun tak tahu ke mana lelaki tu pergi.

Nak buat pengesahan perceraian tak boleh, sebabnya tak pernah daftar pernikahan pun di sini. Jadi macam mana nak buka fail kata dah bercerai. Rekod berkahwin pun tak ada. 😭

Rumit.

Puan ini tak dikenalkan dengan keluarga pun. Sebab perkahwinan rahsia. Jadi tak pernah ada ruang pun bersama dengan keluarga suami. Urusan nak cari suami nak minta kerjasama untuk buat pengesahan cerai jadi terbatas.

Perceraian ini berlaku betul-betul sebelum PKP. Sampai sekarang belum selesai.

Bayangkan macam mana seksanya jiwa puan ini. Iya, memang dia pun silap, mengikut kata lelaki untuk nikah di Thailand. Benda dah jadi bertahun lama dulu.

Isunya sekarang ini dia dibiarkan tergantung begitu.

1. Pengesahan pernikahan dulu belum selesai.
2. Nak tukar nama anak ke nama ayah sebenar pun tertangguh.
3. Selagi tak tukar nama ayah, tuntutan nafkah anak tak boleh dilakukan.
4. Soal mereka ini dah bercerai pun tergendala.

Saya dah dapatkan nasihat daripada Ustaz Anas Jamaluddin. Alhamdulillah, jawapan dah pun kami salurkan pada puan tadi. 🤲🏻

Ustaz Anas pesan begini;

1. Puan ini boleh uruskan sendiri semua prosedur itu. Dengan syarat dia masih simpan semua bukti pernikahan dia dengan suami.

Sijil nikah di Thailand. Cop Konsulat Malaysia di Thailand yang mengesahkan mereka telah bernikah di sana. Gambar semasa ijab qabul dulu. Bukti passport dicop keluar Malaysia dan masuk ke Thailand pada hari bernikah. Ini semua membantu untuk pengesahan perkahwinan di sini.

2. Selesai buat pengesahan dan dapat pengiktirafan di jabatan agama di sini, baru buat pertukaran nama anak.

Maklum yang dulu letak nama anak bin Abdullah sebab pernikahan di luar negara belum direkodkan, jadi sekarang dah direkodkan.

3. Dah tukar nama anak, baru boleh buat tuntutan nafkah untuk anak-anak tadi kepada ayah dia.

4. Sekarang status perkahwinan dah direkodkan di sini, maka boleh lah buat pengesahan perceraian.

Mudah ke semua ni? Sangat susah kalau kita tak tahu.

Pesan saya, fikirlah masak-masak sebelum buat apa-apa keputusan terutama melibatkan perkahwinan poligami yang tidak mengikut prosedur negara kita.

Ada sebab yang penting kenapa negara kita meletakkan syarat-syarat untuk poligami. Nak menjaga banyak jiwa dan nak mengelak masalah akan datang.

Saya yakin ada antara followers saya yang mungkin berada dalam keadaan yang sama. Kalian boleh buat ikut apa yang Ustaz Anas pesan.

Buat satu per satu. Moga urusan kalian dimudahkan, amin. 🤲🏻

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,

Nota Firdaus Mokhtar

03 Nov, 23:17


Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal.

Namun apabila kasih sayang itu lahir kerana keduniaan, pasti susah untuk kekal dan bertahan lama. Boleh jadi ia disudahi dengan permusuhan dan kebencian.

Begitulah selalunya.

Selamat pagi ya 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

03 Nov, 10:17


Hal marah ni memang bukan benda main-main. Kadang kita rasa marah ni biasalah, semua orang pun boleh marah.

Tapi ingatlah, daripada marah yang sedikitlah boleh jadi macam-macam perkara lain.

Sebab itu ada hadis seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah, minta Rasulullah berikan nasihat untuk dia. Rasulullah jawab;

“Janganlah kamu marah.” Membawa maksud tahanlah perasaan marah.

Sahabat tadi tanya lagi, minta lagi Rasulullah berikan nasihat untuk dia. Rasulullah tetap mengulang jawapan yang sama - Janganlah kamu marah.

Pesanan ini kita boleh ambil untuk diri kita.

Marah ini daripada syaitan. Bermula daripada marah yang mungkin cuma bergaduh mulut, akhirnya membawa kepada berbunuhan.

Punca daripada marah juga, ada anak lari tinggalkan rumah. Kerana terlalu marah, ada suami yang pukul isteri. Perasaan marah juga jadi permulaan kepada isteri untuk bertindak nusyuz.

Kerana marah, apa sahaja boleh berlaku. Kepada hal yang kita tak mampu untuk fikirkan logiknya, semuanya boleh jadi.

Apakah kita tak boleh untuk marah?

Boleh. Cuma itulah Rasulullah pesan, marah yang dikawal. Marah atas sebab yang dibolehkan atau marah untuk tujuan kebaikan.

Rasulullah juga ada pesan tips ke kita kalau berdepan dengan kemarahan;

"Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah kamu mengambil wuduk." - (HR Abu Daud)

Kita pernah buat? Jarang. Saya sendiri jarang.

Bercakap senang, buat yang susah. Tapi itulah yang Rasulullah pesan ke kita.

Kita manusia biasa. Kadang terlepas juga.

Andai ini pernah berlaku, cepat cepatlah bertaubat. Minta ampun dengan Allah.

Kalau kemarahan kita mencederakan perasaan orang lain, minta juga maaf daripada orang itu.

Moga ada kebaikan buat kita yang berusaha untuk menjaga marah.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Masih juga belajar.

Nota Firdaus Mokhtar

31 Oct, 22:56


Kadang kena fikir balik, bertuahnya kita masih lagi hidup saat ini. Bukan matinya kita saat kita sedang melakukan dosa.

Iyalah bila kenang balik, mujur masa kita sedang bergaduh suami isteri, kita tak mati waktu itu.

Syukur saat kita sedang beria-ria marah ke anak kita, menengking dan memukul anak, kita tak ditarik nyawa waktu itu.

Masa kita sedang tak berpuas hati dengan mak ayah kita. Merengus-rengus dalam hati, marah dan salahkan mak ayah kita. Syukur juga waktu itu kita tak dimatikan.

Kalau tidak, mahu menyesal sangat. Dah mati ni nak patah balik memang tak lah.

Untuk hari ini juga, kita patut bersyukur kerana kita masih punya semua orang yang sepatutnya ada dengan kita. Masih lagi ada dengan suami, isteri dan anak-anak. Masih lengkap sebagai sebuah keluarga.

Masih punya mak dan ayah. Baik pula hubungan yang tak berjauh hati.

Syukurlah kawan-kawan.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

28 Oct, 23:14


Hari akhirat nanti, sebiji nasi pun yang terkait dengan kita akan ditanya. Lagi lah status panjang berjela-jela. Setiap satunya ditanya dan diungkap erti dan maksudnya.

Dan paling ngeri yang bercakap memberi pengakuan waktu itu bukan lagi mulut kita, tapi anggota yang lain. Makanya tak boleh berdalih atau menipu lagi.

Semuanya Tuhan dedahkan. Allahu.

Maka, tulislah yang kita betul-betul tahu dan faham sahaja. Supaya mudah untuk kita jawab kemudian hari nanti.

Begitulah.

Nota Firdaus Mokhtar

27 Oct, 23:12


Antara perkara yang diperlukan oleh seorang kawan terhadap kawannya adalah doa.

Ya, mendoakan kebaikan buat seorang kawan. Mendoakan kejayaan buat seorang kawan.
Mendoakan ketenangan buat seorang kawan.
Mendoakan kebahagiaan buat seorang kawan.

Moga nanti menjadi teman di syurga. Begitulah harapan kita.

Aminn 🤲🏻

Selamat pagi ya!

Nota Firdaus Mokhtar

27 Oct, 08:32


Rumah tangga itu perjalanan suami dan isteri, bersama-sama mengejar cita-cita.

Pastinya cita-cita yang sama.

Daripada sekecilnya tentang nak makan apa hari ini hingga lah kepada yang paling utama kemuncaknya nak sama-sama dapat redha Allah di akhirat nanti.

Semuanya perlu dilakukan dengan teliti. Perancangan yang rapi, tersusun dan akhirnya dilaksanakan bersama.

Iya, bukan pandai merancang untuk gah dan indahnya majlis persandingan sahaja, tapi kena pandai merancang jalan bersama ke syurga nanti.

Bercerita tentang jalan ke syurga, kita semua tahu dan faham.

Bukan jalan yang mudah. Rasulullah sendiri berhadapan dengan jalan yang penuh sakit dan air mata. Itu Nabi kita, lebih lagi lah kita.

Maka, berpegangan tangan menuju je jalan syurga rumah tangga itu mesti pegang erat dan kuat. Supaya tak ada yang tertinggal di belakang atau seorang yang jauh ke depan.

Sudahnya terlepas, terlerai genggaman tangan.

Terpisah.

Ramai pasangan yang begini. Puncanya tak sama-sama menempuh ujian. Seorang dengan kekuatan sendiri, seorang lagi jatuh dengan kelemahan diri.

Masing-masing tidak kuat menguatkan. Aku aku, kau kau.

Itu bukan rumah tangga, itu acara lumba lari. Bersungguh-sungguh mengatasi pasangan sendiri. Nak menang seorang diri, bukan berpasangan.

Kalian pasangan suami isteri yang baik,

Macam mana pun ujian yang rumah tangga kalian hadapi, kembali lah kepada tujuan asal kalian berumah tangga.

Kalau lah tujuan itu dah samar, tak jelas dan seakan hilang tak tahu ke mana, susunlah semula bersama-sama.

Katakan sama-sama ke pasangan kalian;

“Kita akan sama-sama mencari redha Allah, dalam rumah tangga ini.”

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Suami juga.

Nota Firdaus Mokhtar

25 Oct, 00:31


Ketika kita sangat mengejar kekayaan, kita lupa bahawa hari ini kita masih hidup, itu juga ada sebuah kekayaan.

Ketika kita takut untuk memberi, kita lupa bahawa kita masih hidup ini juga adalah sebuah pemberian. Bukan atas kuasa kita, tapi atas pemberian Allah lah kita masih hidup.

Namun apa pun, itulah kita. Manusia yang sering lupa.

Maka, selalunya bersyukur saat kita sedang sedar dan beringat. Supaya di waktu lain nanti, rezeki yang sedikit ini Allah gandakan buat kita.

Begitulah.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

23 Oct, 23:57


Siapa pun kita di masa lalu bukan bererti kita tak layak untuk jadi yang terbaik hari ini. Begitu juga orang lain di sekeliling kita.

Siapa pun mereka dahulu bukan bermakna mereka tak layak untuk jadi soleh dan solehah hari ini dan akan datang.

Kita berbaik sangka, mereka taubatkan dosa. Kita dan mereka boleh jadi hamba yang bertaqwa.

Begitulah.

Selamat pagi semua.

Nota Firdaus Mokhtar

22 Oct, 23:08


Kita mudah menerima ujian jika ujian itu kita rasakan sesuai dengan kita. Tapi mudah mengeluh bila ujian itu pada kita sangat tidak sesuai.

Kalau kita boleh tanyalah pada diri sendiri;

Siapa kita untuk menilai ujian itu sesuai atau sebaliknya?

Bukankah Tuhan berjanji setiap ujian untuk kita itulah yang paling tepat?

Tenanglah.. Allah tahu.

Kan?

Selamat pagi gais.

Nota Firdaus Mokhtar

21 Oct, 23:26


Syaitan dan iblis takkan pernah mencuri duit, kekayaan, harta, rumah kediaman atau apa yang bersifat material.

Tetapi syaitan akan bersungguh-sungguh setiap hari untuk mencuri dan menggugat keimanan yang ada dalam setiap hati kita.

Pertahankanlah! 🤲🏻

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

20 Oct, 23:14


“Macam mana nak jadikan rumah tangga bahagia?”

“Suami isteri kena bertaubat hari-hari. Ajak sama-sama bertaubat hari-hari. Allah akan beri tenang, Allah akan beri bahagia.”

“Apa kena mengena taubat dengan bahagia?”

“Haa.. bahagia ini maknawi. Dia bersifat rasa. Bukan sesuatu yang kita nampak dan boleh pegang. Orang berharta banyak, rumah dan kereta besar belum tentu dia ada rasa bahagia.

Dengan harta yang dia ada, dia hidup dalam ketakutan. Takut kena rompak. Takut juga orang meminta-minta. Hidup risau sahaja hari-hari.

Dan selalunya dosa ni menjadi sebab kita tak merasa tenang. Ada sahaja lintasan perasaan yang buat kita tak sedap hati. Maka kita hilang bahagia.

Sebab itu kena taubat hari-hari. Sebab kita memang akan buat dosa selalu kan.

Begitulah.”

Selamat pagi ya. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

19 Oct, 23:26


Semua kita nak bahagia. Semua kita nak tenang. Semua kita nak selamat dunia akhirat. Yang mana semua tu cuma akan datang dengan iman. Ada iman bahagialah, tenanglah dan selamatlah kita.

Tapi tukar ganti untuk iman itu ujian. Sebagai pembuktian kerana dengan iman itu ada keselamatan.

Jadi, buktikanlah dengan kita menyantuni setiap ujian yang Tuhan beri. Tanda kita betul-betul mahukan iman yang menyelamatkan hidup akhirat kita nanti.

Haa, begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Terima kasih buat yang selalu tinggalkan pesanan untuk saya. 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

18 Oct, 23:24


Di dunia ini, kalau kita tidak diuji, disakitkan hati dan perasaan untuk kita sungguh-sungguh melawan nafsu, apa nilai kenikmatan syurga nanti?

Setelah bersakit, dihentak, diremuk segala bentuk rasa di dunia ini, yang tinggal cuma pergantungan pada Allah, ketika itulah syurga sangat memberi nikmat dan kerehatan yang abadi.

Begitulah, insyaAllah.

Selamat pagi ya 🤲🏻

Nota Firdaus Mokhtar

17 Oct, 23:22


Di saat semua orang menjauhi mu, percayalah ada Allah yang selalu mendampingi kamu.
Manusia cuma tahu melihat dosa kita, tapi yakinlah Allah selalu melihat taubat kita.

Selamat berjuang semua.

Nota Firdaus Mokhtar

16 Oct, 23:37


Setiap kita diuji. Orang lain juga diuji. Ketika ujian orang lain dibentang depan kita, jangan cepat melatah. Jaga kata-kata. Jaga mulut kita.

Kita juga boleh diuji yang sama. Kalau bukan kita anak juga keturunan kita boleh diuji hal yang sama.

Banyakkan berdoa.
Taubat atas dosa kita.
Ujian kita belum tahu.

Begitulah.

Selamat pagi.

Nota Firdaus Mokhtar

16 Oct, 06:50


Kalau kau berdepan dengan keraguan, bertanya adalah perkara yang kau kena buat. Demi untuk kau dapatkan kepastian.

Sebuah hubungan tidak seharusnya bermula dengan kedanggalan. Iya, ragu-ragu tentang apakah dia perlukan kau atau tidak. Maka kau pun tak berani untuk letakkan sepenuh harapan.

Jujurlah dengan diri sendiri. Kau perlukan jawapan untuk setiap hari yang kau lalui.

Maka bertanyalah. Untuk hati yang bakal kau berikan nanti, apakah dia akan sepenuhnya menghargai atau tidak.

Jika ya, kau teruskan. Jika tidak, kau berhentilah berharap.

Begitulah.

Nota Firdaus Mokhtar

15 Oct, 23:22


Ketika kita kecewa dengan hidup sendiri, di luar sana ramai yang berharap untuk menjadi diri kita.

Kawan-kawan, berhentilah sesalkan apa yang telah hilang dan pergi. Berhentilah juga tangiskan apa yang tidak ada di tangan.

Teruskan bersyukur ya. Banyak lagi hal yang kita kena pandang ke diri sendiri sebelum melihat ke orang lain.

Haa! Begitu.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

13 Oct, 23:17


Rumah tangga itu tapak perjuangan.

Suami isteri itu pejuangnya. Untuk bawa keluarga kecil kita ke syurga atau sebaliknya.

Maka, jangan main main dengan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

10 Oct, 23:06


Matahari bila bersinar, tak memilih tempat. Semua akan terang. Kecuali yang sengaja berselindung dalam tempat gelap di siang hari.

Macam tu dengan rahmat Allah, merata dan untuk semua. Kecuali mereka yang sendiri memilih untuk menjauh daripada rahmat dan kasih sayang Allah.

Maka, kekal lah dalam ketaatan sekali pun perit.

Begitu.

Selamat pagi.

Nota Firdaus Mokhtar

09 Oct, 23:19


Bila kita berbuat baik, lupakan saja kerana amalan kita belum tentu diterima. Kalau diingat sangat, risau kita sibuk mengungkit kebaikan dan asyik menyebut jasa sendiri berulang kali.

Tapi bila kita terbuat jahat, yang ini jangan dilupakan. Supaya kita kerap bertaubat. Mengulang taubat atas salah yang sama tak mengapa. Taubat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Lagi pula kejahatan yang tidak ditaubatkan dengan bersungguh, hukumannya di akhirat nanti. Sangat pedih.

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

05 Oct, 23:03


Di sebalik perkataan istiqamah ada perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak dan doa yang tidak pernah berhenti.

Selamat berjuang semua.

Nota Firdaus Mokhtar

04 Oct, 23:56


Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga. Allah boleh ambil sekelip mata.

Kalau kita orang yang susah, janganlah bersedih. Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.

Semua yang kita ada ini Allah punya, bukan milik kekal kita.

Begitulah.

Selamat pagi ya 😊

Nota Firdaus Mokhtar

03 Oct, 23:13


Tak ada benda dalam dunia ini yang kita tak boleh nak capai.

Semuanya bermula dengan kesungguhan.

Kalau kau betul-betul nak dapatkan sesuatu, kau usahakanlah. Sekali pun kau terpaksa untuk terbang. Dan mungkin akan jatuh laju ke bawah.

Belum juga kau dapat apa yang kau nak, kau terbang lagi.

Bekerja dan usahakan itu seolah kau hidup 1000 tahun lagi ke depan.

Begitulah.

Selamat pagi ya.

Nota Firdaus Mokhtar

01 Oct, 23:14


Ketika kita dilukai oleh manusia lain, Allah lah yang menjadi punca untuk kita bangkit.

Ketika kita disakiti oleh orang lain, Allah juga lah yang berikan kita bahagia.

Tapi dalam banyak keadaan, kita tak bersyukur pada Allah bila kita dalam tenang. Kita rasa diri kita sendirilah yang mencipta tenang. Bukan dari Dia.

Begitulah kita. Dasar manusia. Cuma ingat Allah waktu susah dan sakit.

Allahu. 😔

Moga kita selalu bersyukur ya dalam keadaan apa pun. 🤲🏻

Selamat pagi gais.

Nota Firdaus Mokhtar

01 Oct, 00:03


Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.

Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

Selamat pagi kawan-kawan.

Nota Firdaus Mokhtar

29 Sep, 23:15


Ramai ustaz ustazah pesan, “apa pun jadi solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.”

Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.

Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.

Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.

Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.

Berat!

Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.

Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.

Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.

Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.

Begitulah. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Walid.

Nota Firdaus Mokhtar

29 Sep, 00:00


Ini cerita beberapa tahun lepas. Kisah di hari arwah kawan saya meninggal. Masa ini di hospital Shah Alam.

Sedang kami menunggu urusan forensik kawan saya selesai, datang satu lagi trak biru polis ke bahagian bilik mayat hospital.

Turun daripada trak tadi 2 orang polis memakai uniform polis trafik berwarna putih. Terus ke belakang trak. Mereka tarik 1 beg plastik putih. Ada jenazah rupanya.

Selesai masukkan jenazah ke bilik mayat, seorang daripada polis tadi ke arah abang yang berdiri betul-betul sebelah saya.

“Siapa yang meninggal ni bang?” Polis tadi bertanya sebab melihat kami ramai sangat menunggu dekat situ.

“Oh ini kawan kami,” jawab abang tu ringkas.

“Eksiden ke?” Polis tadi bertanya lagi.

“Haah. Pagi tadi,” pendek jawapan abang sebelah.

“Yang ni pun eksiden juga. Minyak dia habis, berhenti tepi jalan. Dia pergi beli minyak.

Dah beli dia patah balik ke kereta. Tengah tuang minyak tu kena ‘sapu’. Hancur juga kaki dia,” cerita polis tadi bersahaja. Gaya dah biasa uruskan kes kemalangan jalan raya.

Allahu.

Mengucap panjang saya mendengar. Polis bawa ke hospital terus untuk bedah siasat. Waris pun tak dapat dihubungi lagi.

O Tuhan. Ngerinya.

Kawan-kawan,

Saya selalu cakap ke kawan-kawan rapat saya;

“Kita ni keluar rumah pagi pagi, salam anak-anak, salam isteri. Kita peluk isteri. Ucap selamat jalan dan kita pergi kerja.

Senyum dan lambai juga. Tapi belum tentu kita balik rumah kita semula petang tu. Ramai dah keluar pagi, balik terus ke alam barzakh.”

Sekejap sahaja tanpa kita duga kita boleh berjauhan terus dengan isteri dan anak-anak. Selangkah lagi ke hadapan pun kita tak tahu apa yang akan terjadi.

Benarlah, kematian itu tidak jauh. Bahkan sangat dekat dengan kita.

Beringatlah kita selalu. Raikan perasaan dan hubungan yang kita ada. Kalau nak pergi kerja dan ke mana sahaja, minta maaf lah dahulu.

Untuk suami isteri, selalu lah ucap kata sayang dan cinta, tanda kita menghargai setiap jiwa yang selalu ada untuk kita. Yang sanggup untuk hidup bersama dengan kita.

Demi supaya akhir nanti, kita akan pergi tanpa membawa pulang rasa terkilan atas segala yang kita tak sempat untuk lakukan sekarang.

Begitulah.

Alfatihah buat yang telah pergi dulu sebelum kita.

Firdaus Mokhtar,
Teringat selalu.

Nota Firdaus Mokhtar

27 Sep, 23:27


Cara Allah menggantikan sesuatu dengan yang lebih baik itu memang unik.

Kadang kita dibiarkan sedih dengan kehilangan ramai kawan-kawan, tapi cara ini yang membuatkan kita nanti bertemu dengan kawan-kawan yang bersungguh membawa kita kepada Tuhan.

Terus baik sangka dengan Allah.

Segalanya akan jadi baik-baik sahaja.

Selamat pagi ya semua.

Nota Firdaus Mokhtar

27 Sep, 09:09


Semua perkara bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama yang penuh berani.

Biar pun langkah yang kecil tapi tetap bergerak ke depan. Memang kadang kita jatuh, tapi tak apa. Jalan terus. Langkah lagi dan lagi.

Percayalah, lama-lama kita akan pandai berlari. Pandai melompat. Dan bijak juga menduga jarak lubang yang kita nak lompat.

Begitulah dalam hidup ini. Ada benda yang kita kena cuba dulu sikit sikit. Walau pun tak pernah kita buat, cuba dulu. Baru kita tahu, sesuai atau tidak dengan kita.