Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§† @meimasak Channel on Telegram

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

@meimasak


Kongsi resepi untuk manfaat bersama

Cooking β€’ Tips β€’ Home 🏑🀍

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§† (Malay)

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§† adalah sebuah saluran Telegram yang ditubuhkan untuk kongsi resepi dan tips memasak yang berguna untuk manfaat bersama. Dengan fokus pada pembahagian pengetahuan tentang masakan dan panduan memasak, saluran ini adalah destinasi terbaik bagi sesiapa yang ingin menimba ilmu baru dalam dunia dapur. Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§† menawarkan pelbagai resepi dari hidangan tradisional hingga makanan moden, serta tips praktikal untuk memasak dengan lebih efisien. Selain itu, saluran ini juga berkongsi tips tentang penjagaan rumah dan keselesaan di rumah. Jadi, jika anda mencari inspirasi untuk memasak atau ingin menambah pengetahuan anda dalam seni memasak, Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§† adalah saluran Telegram yang sesuai untuk anda! Sertai kami sekarang untuk kongsi resepi dan tips yang bermanfaat untuk kehidupan seharian anda. Cooking β€’ Tips β€’ Home 🏑🀍

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

09 Jan, 06:38


IKAN SARDIN MASAK LEMAK

β€’ Ikan sardin (gaul kunyit, goreng)
β€’ Santan
β€’ Bawang merah*
β€’ Cili padi*
β€’ Kunyit hidup*
β€’ Daun kunyit (hiris halus)

[Tumbuk halus bahan bertanda *]

1. Didihkan santan dalam periuk. Campurkan sedikit air kalau terlalu pekat. Masukkan bahan tumbuk & kacau sebati. Kalau taknak pedas, guna cili kering pun boleh.

2. Masukkan ikan & tambah garam. Kacau sekejap & biarkan 2-3 minit.

3. Tabur daun kunyit & boleh hidang. Senang amattt. πŸƒ

**Kalau nak tambah sayur pun boleh. Letak daun pegaga, atau kacang panjang pun okkk.

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

24 Dec, 04:28


BUBUR KARI DAGING

β€’ 2tbsp minyak sapi
β€’ 4 ulas bawang putih (cincang)
β€’ 1/2 bawang holland (dadu)
β€’ 2tbsp serbuk kari daging
β€’ Daging lembu
β€’ Telur masin
β€’ Daun ketumbar
β€’ Bawang goreng

1. Rebus daging lembu, air rebusan diambil. Daging yang direbus, potong dadu kecil.

2. Cairkan minyak sapi, tumis bawang putih & bawang holland.

3. Masukkan serbuk kari & kacau rata. Kemudian masukkan beras yang dicuci bersih. Kalau nak guna lebihan nasi sejuk pun boleh, lagi cepat masak.

4. Masuk air rebusan daging ke dalam periuk. Kacau & biarkan hingga beras masak.

5. Tambahkan garam. Kalau bubur terlalu pekat boleh tambah air dapatkan tekstur bubur yang korang nak. Sebelum tutup api boleh masukkan bawang goreng & daun ketumbar. Kacau & siap!

Boleh hidang dengan telur masin. 🌱 Bubur ni sedap sangat korang kena cubaaaaa.

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

07 Dec, 10:02


KUAH KACANG

β€’ 500g kacang tanah
β€’ 3-5 tbsp cili kering kisar
β€’ Gula melaka
β€’ 1 mangkuk kecil air asam jawa
β€’ 2-3 biji bawang merah**
β€’ 5 ulas bawang putih**
β€’ 3 batang serai**
β€’ 2 inci halia
β€’ 1 tbsp udang kering (rendam air panas) β€” optional

Hiris bahan bertanda**

1. Goreng kacang tanah hingga masak. Biarkan sejuk & blend atau tumbuk kasar. Tak perlu buang kulit.

2. Gorengkan bahan hirisan dengan sedikit minyak sampai layu. Kemudian kisar halus bersama udang kering.

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar & cili kering hingga pecah minyak.

4. Masukkan kacang tanah & air secukupnya. Kacau & biarkan mendidih.

5. Masukkan air asam jawa, gula melaka & garam. Kacau sebati. Gula masuk sikit-sikit supaya tak terlajak manis. Bagi secukup rasa je ya. Lepas mendidih boleh tutup api. ☺️

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

25 Oct, 02:35


LEBANESE LEMON CHICKEN & POTATO BAKED πŸ‡±πŸ‡§

β€’ Ayam - potong kecil cepat masak 😬
β€’ Kentang (potong kecil)
β€’ Spices - boleh guna anything. Mei guna blackpepper, paprika, onion & serbuk kunyit sikit untuk warna cantik.
β€’ 2 biji lemon
β€’ 5-6 ulas bawang putih
β€’ Garam
β€’ Olive oil

1. Campurkan ayam & kentang, gaul bersama rempah ratus dan garam.

2. Dalam baking tray, susun kentang di bawah & ayam di atas kentang. Drizzle sedikit minyak ke atas ayam. Bakar 200C selama 30 minit.

3. Sediakan sos lemon. Tumbuk bawang putih & perah jus lemon. Tambah garam, minyak zaitun, 1/4 cawan air. Gaul sebati.

4. Tuang rata sos lemon ke dalam tray ayam yang siap dibakar, sambung bakar hingga ayam golden brown.

5. Dah siap boleh hias ikut suka. Ready to serve. πŸ€—

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

17 Oct, 03:01


SUDANESE: SALATA ASWAD πŸ‡ΈπŸ‡©
(eggplant salad)

Sedap ya, makan dengan roti. Korang kena cubaaa

β€’ 1 terung saiz besar (potong dadu)
β€’ 3 ulas bawang putih (cincang)
β€’ Cili (hiris)
β€’ 2 biji tomato (kisar)
β€’ 2tbsp yogurt
β€’ 1tbsp peanut butter
β€’ 1tsp paprika
β€’ Pepper
β€’ Parsley - hiris
β€’ Kacang tumbuk - hiasan
β€’ 1/2 biji lemon
β€’ Olive oil

1. Panaskan sedikit olive oil, saute terung hingga lembut. Masukkan bawang putih & cili, tumis hingga naik bau.

2. Tambahkan tomato kisar, yogurt & peanut butter. Kacau sebati, masukkan sedikit air kalau terlalu pekat.

3. Perasakan dengan garam, pepper, paprika. Kemudian perah jus lemon tanpa biji. Kacau rata.

4. Tabur parsley & kacang tumbuk kalau suka. Boleh makan cicah roti. πŸ«“

**Mei ganti yogurt dengan cooking cream sebab malas beli. Pun sedap hehe.

**Menu negara sana memang guna olive oil. Korang jangan gaduh ya nak pakai oil apa pun boleh asalkan bukan minyak petrol. 🀣

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

01 Oct, 06:14


Siapa tak pernah try buat honey matcha, please do. Sedap laa korang. πŸ’—πŸ˜«

Especially kalau nak pause minum coffee tu, replace la dengan air ni.

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

30 Sep, 02:00


SMOKED SALMON CUCUMBER SALAD

β€’ 1 batang timun jepun - hiris
β€’ 1 paket smoked salmon
β€’ 1tbsp tobiko atau fish roe
β€’ 1tbsp plain yogurt
β€’ Mayonis
β€’ 1/2 biji bawang besar - hiris halus
β€’ Garam
β€’ Pepper - grind

1. Campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati atau boleh goncang dalam bekas.

Rasa dulu ek! Adjust ikut selera. πŸ˜‹

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

24 Sep, 02:01


CANTONESE STEAMED FISH

β€’ Ikan siakap
β€’ Halia (hiris)
β€’ Daun bawang (hiris)
β€’ Kicap cair atau sos seafood
β€’ Minyak masakan
β€’ Garam

1. Kelar ikan & gaul dengan sedikit garam. Sumbat di perut ikan hirisan halia & daun bawang. Mei letak atas ikan jugak.

2. Kukus ikan hingga masak. Tuang 2 sudu kicap cair ke atas ikan.

3. Panaskan minyak, tuang minyak panas ke atas ikan. Tabur daun bawang. Siap untuk dihidang.

Chili oil is optional.✨

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

18 Sep, 14:00


HOMEMADE PASTA SAUCEπŸ…πŸ

Hi korang. Hari ni nak share resepi homemade pasta sauce, guna bahan segar. Tiada pengawet, artificial flavor & color. Inshaa Allah lebih sihat & better than instant sauce. 😍

β€’ 5-6 biji tomato
β€’ 1 tangkai rosemary
β€’ Smoked/streaky beef (nak guna daging cincang pun boleh)
β€’ 1/2 biji bawang holland (dadu kecil)
β€’ 2-3 ulas bawang putih (cincang)
β€’ Blackpepper

1. Rendam tomato dalam air panas 5-10 minit.

2. Kupas kulit tomato & kisar halus.

3. Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau. Tambah daging & biarkan masak.

4. Masukkan tomato kisar, rosemary & grind blackpepper. Biarkan mendidih. Last boleh masuk garam. πŸ₯° Kalau nak berkuah, boleh masuk air rebusan pasta. Done!

Mei hidang tabur parmesan cheese on top.

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

27 Aug, 10:38


THAI TOM YUM KUNG

β€’ Udang (buang kulit, ambil kepala)
β€’ 4 biji bawang siam (belah 4)
β€’ 2 batang serai (ketuk & kerat)
β€’ 2 inci lengkuas (hiris)
β€’ Cili thai (tumbuk)
β€’ 2-3tbsp pes cili thai
β€’ 3tbsp sos ikan
β€’ 4 biji limau nipis
β€’ 500ml air
β€’ 1tsp palm sugar
β€’ 1/3 tin susu cair
β€’ 3 helai daun limau purut
β€’ 2 helai daun ketumbar jawa (hiris)
β€’ 1 tin straw mushroom (belah 2)
β€’ 4 cili kering (goreng)

1. Sangai hirisan lengkuas, bawang siam & serai dalam periuk.

2. Masukkan 500ml air / 2 cawan, palm sugar & kepala udang. Reneh 5 minit hingga kuah bertukar warna. Keluarkan kepala udang.

3. Masukkan sos ikan, pes cili. Kacau sebati & biarkan mendidih.

4. Tambah cendawan, udang, tomato, cili padi tumbuk & susu cair. Kacau rata.

5. Masuk jus limau nipis (pastikan tiada biji), daun ketumbar jawa, daun limau, garam& cili kering goreng. Kacau & siap!

**setiap 500ml, guna minimum 4 biji limau nipis utk rasa sedap masam. Kalau tambah air, tambah limau juga.

Thai chili paste yg saya guna:
πŸ›’ https://invl.io/cllm5yu

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

24 Aug, 02:02


MINCED CHICKEN WITH BLACK FUNGUS

β€’ Dada ayam
β€’ Cendawan black fungus
β€’ Bellpepper (dadu kecil)
β€’ 2 ulas bawang putih (cincang halus)
β€’ 1 inci halia (hiris halus)
β€’ Bawang holland (dadu kecil)
β€’ Daun bawang (hiris)
β€’ 2tbsp sos tiram
β€’ 1tbsp kicap cair
β€’ Lada hitam

1. Rendam black fungus 15 minit. Tos & hiris halus. Ketepikan. Untuk dada ayam, dadu atau cincang.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga garing. Angkat & ketepikan.

3. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang holland & halia hingga naik bau.

4. Masukkan dada ayam. Kacau rata hingga masak.

5. Tambahkan cendawan, sos tiram & kicap cair. Kacau sebati. Sebelum tutup api, masukkan bellpepper & daun bawang. Kacau rata. Siap!

6. Boleh hidang & taburkan bawang putih goreng. Grind juga serbuk lada hitam on top. Ready to serve.

Mei Masak 🍲πŸ₯—πŸ§†

19 Aug, 02:30


CHINESE STIR FRIED MUSHROOM

β€’ Cendawan shitake (hiris)
β€’ Bellpepper hijau & merah (dadu kecil)
β€’ 2 ulas bawang putih (cincang halus)
β€’ 1 inci halia (cincang halus)
β€’ 2tbsp kicap cair
β€’ 1tbsp sos tiram
β€’ 1tsp kicap pekat/manis

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & halia hingga naik bau.

2. Masukkan cendawan. Kacau rata & tambah sedikit air. Biarkan hingga cendawan masak.

3. Tambah sos tiram, kicap cair & kicap pekat. Gaul sebati.

4. Akhir sekali masukkan bellpepper & tutup api. Kacau rata. Siap! πŸ˜‹