Nik Fatma Amirah @nikfatmaamirah Channel on Telegram

Nik Fatma Amirah

@nikfatmaamirah


Ustazah Nik Fatma Amirah merupakan pelajar PhD dan Pengasas Mutiara Tadabbur serta Dreamteam Tadabbur Centre

Nik Fatma Amirah (Malay)

Ustazah Nik Fatma Amirah merupakan seorang pelajar PhD yang bersemangat dalam berkongsi ilmu agama. Beliau juga merupakan Pengasas Mutiara Tadabbur serta Dreamteam Tadabbur Centre. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ini, Ustazah Nik Fatma Amirah membimbing dan memberi panduan kepada jemaah yang ingin mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Melalui saluran Telegram ini, anda akan mendapat akses kepada bahan-bahan ilmiah berkualiti serta panduan-panduan berguna dalam memahami ajaran agama. Jadi, jom sertai saluran Telegram Ustazah Nik Fatma Amirah, untuk menjadi lebih terdidik dan bermakna dalam kehidupan anda!

Nik Fatma Amirah

19 Feb, 12:17


Assalamualaikum, insyaAllah nantikan pengumuman program My Tadabbur Time (Pra-Ramadan) yang akan berlangsung minggu hadapan.

Jangan lupa follow telegram Mutiara Tadabbur t.me/mutiaratadabbur supaya tidak terlepas info.

Nik Fatma Amirah

18 Feb, 14:07


Saat Nabi Ayub AS mengangkat tangan berdoa, baginda telah kehilangan segala-galanya.

Saat Nabi Yunus AS merintih kepada Tuhan, baginda sedang terperangkap dalam kegelapan.

Saat Nabi Musa AS memohon pertolongan-Nya, baginda diselubungi rasa resah dan gelisah.

Namun, setiap kali mereka berdoa, doa mereka dimakbulkan—cepat atau lambat, pasti ada jawapan daripada-Nya.

Apa rahsia doa para anbia sehingga diperkenankan oleh Allah SWT?

Adakah melalui cara mereka berdoa?

Dan andai kita berdoa seperti mana mereka, mungkinkah doa kita juga akan diterima?

Dalam buku ini, penulis menelusuri 30 doa terpilih daripada al-Quran dan hadis, mengungkap kisah di sebalik setiap doa serta keikhlasan para anbia saat mereka merintih kepada Allah SWT.

Melalui huraian yang penuh makna, kita akan belajar bahawa doa bukan sekadar lafaz kata, tetapi luahan hati yang tulus pada saat keterdesakan.

Dan ketika hampir berputus asa, semoga kita dapat berdoa dengan penuh pengharapan—seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang paling dekat dengan Tuhan.

Buku yang mesti dimiliki untuk kita terokai 30 doa sepanjang 30 hari Ramadan ini.

Jika ada yang berminat nak dapatkan boleh tempah segera di sini 👇

https://www.imanshoppe.com/collections/new-pl/products/30-doa-daripada-al-quran-hadis-saat-hampir-berputus-asa-by-fakhri-fadzli?ref=MadaniBookstore

Atau hubungi 👇
https://www.wasap.my/60183717372/30DOA

Rm32 sahaja (tidak termasuk postage)

Nik Fatma Amirah

16 Feb, 05:55


Jumpa jam 3 InsyaAllah. Kita sama-sama refresh persiapan Ramadan

Nik Fatma Amirah

16 Feb, 05:54


💞 BICARA WANITA: Ramadan & Al-Quran 💞

🌙 Ramadan semakin hampir! Sudahkah kita bersedia untuk menyambutnya dengan hati yang penuh keimanan dan amalan yang lebih bermakna? 

Jom sertai Bicara Wanita
anjuran Wanita IKRAM Kajang bersama tetamu jemputan
🧕🏻 Ustazah Nik Fatma Nik Muhamad (Pengasas Mutiara Tadabbur)
dalam kupasan istimewa: 

📖 Ramadan & Al-Quran
📅 Ahad, 16 Februari 2025 
3.00 - 4.00 petang
📍 LIVE di YouTube Wanita IKRAM Kajang
https://www.youtube.com/watch?v=zvs0wqWGAsk

Ketahui bagaimana Al-Quran boleh menjadi panduan terbaik dalam menghidupkan Ramadan kita dengan lebih berkat!

Jangan lepaskan peluang ini—ajak sahabat dan keluarga bersama!

Nik Fatma Amirah

15 Feb, 09:49


Solat Jamak Qasar Satu Anugerah kepada Hamba-Nya

Solat jamak merupakan salah satu rukhsah atau kelonggaran yangdiberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Namunbegitu, kelonggaran ini mempunyai syarat dan kaedah tertentu yang perlu dipenuhi agar ia selaras dengan ajaran syariat.

Buku ini ditulis dengan terperinci, dari pengertian asas solat musafir sehingga persoalan-persoalan praktikal yang sering timbul dalam kehidupan seharian. Pendekatan langkah demi langkah ini diharapkan dapat membantu pembaca menghayati keindahan Islam yang sentiasa memudahkan urusan hambanya.

Boleh dapatkan buku ini segera. Promosi diskaun 10% dan hadiah istimewa untuk pembeli terawal!

https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuSolatMusafir/3

Nik Fatma Amirah

14 Feb, 05:50


Alhamdulillah My Tadabbur Time Istimewa Ramadan akan memasuki tahun ke empat tahun ini.

Alhamdulillah Allah mudahkan Mutiara Tadabbur menganjurkannya secara tahunan sejak 3 tahun yang lalu.

Perkongsian PERCUMA oleh asatizah dan pentadabbur tentang topik-topik yang menarik berkaitan al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

InsyaAllah tak lama lagi kami akan launch My Tadabbur Time Istimewa Ramadan 2025 pula.

Nantikan insyaAllah.

Pastikan anda follow telegram Mutiara Tadabbur t.me/mutiaratadabbur supaya tidak terlepas info.

Nik Fatma Amirah

13 Feb, 14:41


Panggilan akhir untuk ibu ayah yang nak daftarkan anak-anak ke Seminar Online Pendidikan Seksualiti.

Jemput daftar segera sebelum Jam 12 malam ini‼️

https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/52

Nik Fatma Amirah

13 Feb, 13:08


3 JAM LAGI AKAN DITUTUP PENDAFTARAN

Nik Fatma Amirah

13 Feb, 03:50


Anak-anak nak masuk sekolah minggu depan, ibu ayah jangan lupa 5 pesanan PENTING pendidikan seksualiti sebelum anak melangkah ke sekolah.

1. Anak perlu diajar dan dididik cara urus diri yang betul di tandas. Jadi tak adalah nanti menanggal seluar atau kain di luar tandas dan masuk dalam keadaan berbogel.

2. Anak lelaki dan perempuan perlu dididik lebih awal untuk membiasakan diri memakai seluar dalam. Nampak simple, tapi benda ni penting.

3. Ingatkan anak-anak supaya jaga batas-batas pergaulan dengan rakan. Jangan sekali-kali sengaja menyentuh private part kawan, punggung dan kemaluannya terutamanya. Kadang gurau terlebih pun bahaya.

4. Pesan kepada anak-anak berhati-hati bila ada kawan yang bercerita perkara yang tak elok. Contoh, ada kawan cerita pernah tengok cerita lucah masa cuti sekolah. Kawan begini perlu dielakkan.

5. Beritahu anak-anak jangan mudah terikut perkataan yang nampak cool, semua kawan sebut, tapi maksudnya tak elok. Apa-apa kena bagi tahu ibu atau ayah.

Banyak lagi anak akan belajar bab ini jika tuan/puan menghantar anak-anak ke Seminar Online Pendidikan Seksualiti anjuran Akhi Akhi Fairuz Al-Jengkawi SABTU INI.

Beliau akan kupas bab ni agar anak kita betul-betul faham. Saya rekemen sangat. Anak saya sendiri pun pernah sertai program ini tahun lepas.

Layari : https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/52

Atau hubungi 👇
https://www.wasap.my/60183717372/NakDaftarSeminarAkhiFairuz

‼️Daftar sekarang ya sebelum pembelian tiket ditutup malam ini.

Nik Fatma Amirah

12 Feb, 12:16


Jemput sertai Ahad ini👆

Nik Fatma Amirah

12 Feb, 11:03


💞 BICARA WANITA: Ramadan & Al-Quran 💞

🌙 Ramadan semakin hampir! Sudahkah kita bersedia untuk menyambutnya dengan hati yang penuh keimanan dan amalan yang lebih bermakna?

Jom sertai Bicara Wanita
anjuran Wanita IKRAM Kajang bersama
🧕🏻 Ustazah Nik Fatma Nik Muhamad
dalam kupasan istimewa:

📖 Ramadan & Al-Quran

📅 Ahad, 16 Februari 2025 3.00 - 4.00 petang
📍 LIVE di YouTube Wanita IKRAM Kajang

Ketahui bagaimana Al-Quran boleh menjadi panduan terbaik dalam menghidupkan Ramadan kita dengan lebih berkat!

Jangan lepaskan peluang ini—ajak sahabat dan keluarga bersama!

Nik Fatma Amirah

10 Feb, 05:07


https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/1969-31

Hukum Wanita Hamil Meninggalkan Puasa

Nik Fatma Amirah

10 Feb, 05:04


https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1868-al-kafi-434-hukum-perempuan-hamil-berpuasa

Hukum Wanita Hamil Berpuasa

Nik Fatma Amirah

10 Feb, 02:16


WEBINAR ONLINE CUTI SEKOLAH

Disampaikan oleh Tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi (Penceramah Pendidikan Seksualiti)

Ada 2 siri seminar yang akan dijalankan:

1. Remaja Hebat Jauhi Maksiat (10-18 tahun) | Sabtu 15 Februari 2025 (8.30 am - 12.00 pm) | RM 35

Topik yang akan dikupas: Isu yang membelenggu remaja: Akil baligh, Ketagihan Gajet, Game, Couple, Pornografi, Sexual Grooming di asrama/rumah, LGBT, Buli, Body Shaming & pendidikan seksualiti

2. Kerana Dirimu Begitu Berharga (6-9 tahun) | Sabtu 15 Februari 2025 (12.30 - 2.30 pm) | RM 20

Topik yang akan dikupas: Apa itu private part, sentuhan selamat & tidak selamat, how to react, adab dengan ibubapa, adab di dalam rumah, adab sesama kawan & pantang larang gajet

Ibu bapa boleh daftar ikut kesesuaian umur anak-anak.

Daftar di sini:
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/52

Atau hubungi 👇
https://www.wasap.my/60183717372/NakDaftarSeminarAkhiFairuz

Jemput sebarkan kepada ibubapa dan guru-guru 🌹

Nik Fatma Amirah

08 Feb, 02:02


InsyaAllah Jam 8 malam ini akan berlangsung Seminar Tadabbur Perjuzuk (Juzuk 16-20) bersama Ustaz Muzuza.

Jemput daftar di sini 👇
https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Nik Fatma Amirah

06 Feb, 02:22


Raikan Ramadan Si Cilik dengan Aktiviti Seronok dan Bermakna! 🌙

"Promosi Istimewa Februari! My Ramadhan Sticker Book kini hanya RM22 (harga asal RM44) ‼️
📖 My Ramadhan Sticker Book – Aktiviti interaktif yang membantu anak memahami Ramadan dengan seronok.
📘 Bahagianya Ramadanku – Kisah inspirasi untuk menyemarakkan semangat Ramadan.
🎁 Percuma! My Notebook – Eksklusif untuk mencatat perjalanan Ramadan si manja.

💥 Tawaran hebat ini terhad! Jom jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna untuk anak-anak anda. Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!"

https://www.wasap.my/60183717372/MyRamadanStickerBook

Nik Fatma Amirah

05 Feb, 01:30


25 Hari lagi menjelang Ramadan, kita berlatih awal untuk melazimi tilawah & tadabbur al-Quran, bangun tahajjud, sedekah dan solat awal waktu. Semoga dengan persiapan awal ini akan memudahkan kita di bulan Ramadan nanti.

Nik Fatma Amirah

02 Feb, 14:55


Ada dua program yang yuran early bird akan tamat Jam 11.59 malam ini. Kurang dua jam sahaja lagi ‼️

1- Seminar Tahsin Solat anjuran Faqih pada 15 Feb.

https://abbascentre.onpay.my/order/form/TAHSINSOLAT/3

2- Seminar Kerja Sebagai Ibadah: Ibrah Kisah Nabi Sulaiman AS anjuran Paradigma Ibrah pada 11 Feb.

https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/IBRAHSulaiman/3

Jemput daftar segera.

Nik Fatma Amirah

01 Feb, 11:30


Malam ini insyaAllah kelas saya tentang Tadabbur Perjuzuk. Saya akan berkongsi tentang Juzuk 11-15. Semoga Allah mudahkan.

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Nik Fatma Amirah

31 Jan, 13:23


InsyaAllah esok malam kita akan teruskan Seminar Tadabbur Perjuzuk (Siri 3). Kita akan kupas surah-surah dalam kategori Al-Miin.

Daftar di sini: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Nik Fatma Amirah

31 Jan, 06:40


Semoga Allah beri kita semua kekuatan dan kesempatan untuk baca al-Kahfi pada hari ini.

Banyakkan berdoa terutamanya di penghujung Jumaat, waktu mustajab doa.

Nik Fatma Amirah

31 Jan, 06:39


{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلًا }
[Surah Al-Kahf: 107]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Nik Fatma Amirah

31 Jan, 01:07


Program persediaan menuju Ramadan

https://program.akademisinergi.com/order/form/seribuberkah/285

Nik Fatma Amirah

31 Jan, 00:52


29 Hari lagi Menuju Ramadan

Semoga kita telah memulakan persiapan daripada sekarang.

Banyakkan berdoa.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Nik Fatma Amirah

30 Jan, 23:46


Muhammad Dḥēyf telah diumumkan syāhīd.

Semoga Allah menerima syahidnya.

{ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا }
[Surah Al-Aḥzāb: 23]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Nik Fatma Amirah

30 Jan, 14:53


[3 Persediaan Menyambut Ramadhan]

Oleh: Dr. Ṣāliḥ bin ‘Abd Allāh bin Ḥamd al-‘Uṣaymī

1- Taubat seorang hamba kepada tuhannya

Memulakan bulan Ramadan dalam keadaan kamu sedang bertaubat kepada Allah akan memberikanmu sebuah kekuatan hati yang membuatkan kamu berkemampuan untuk melakukan perkara yang baik, memperbanyakkannya serta menghindarkan diri daripada maksiat dan perkara buruk.

2- Bulatkan niat untuk melakukan amal kebaikan

Bulatkan niat dengan keinginan untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan yang dicintai dan diredhai olehNya pada bulan Ramadan.

3- Bersiap sedia untuk melakukan amalan yang dikhaskan pada bulan Ramadan

Antara amalan yang paling besar pahalanya pada bulan Ramadan ialah puasa dan membaca al-Quran.

Generasi salaf dahulunya memberikan tumpuan mereka kepada mushaf al-Quran masing-masing pada bulan Syaaban, sebagai sebuah latihan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan yang memang merupakan bulan al-Quran itu sendiri.

Jadi bulatkan keazaman di hati kalian dengan tiga perkara asas ini agar perkara ini menjadi sebesar-besar bekalan permulaan sehinggalah apabila kamu sampai kepada bulan tersebut, kamu mendapat kebaikan yang banyak padanya.

(Sumber: Ebook Persediaan Insan Bagi Menyambut Ramadan, ABIM Press, 2023)

29 Hari Lagi Menuju Ramadan.

Nik Fatma Amirah

Nik Fatma Amirah

30 Jan, 14:44


MENGAPA NABI SUKA PUASA BULAN SYAABAN?

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:

قَالَ : "ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ".

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Sumber: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1160-irsyad-al-hadith-siri-ke-52-kelebihan-bulan-sya-ban

t.me/nikfatmaamirah

Nik Fatma Amirah

30 Jan, 14:19


Banyakkan doa.

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان آمين ❤️

Nik Fatma Amirah

30 Jan, 00:25


30 Hari lagi menuju Ramadan.
Kita rancang dari sekarang moga-moga Ramadan jadi bulan kita berbahagia dengan nikmat al-Quran.

Nik Fatma Amirah

29 Jan, 12:32


{ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ }
[Surah An-Naḥl: 128]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Nik Fatma Amirah

27 Jan, 04:23


Sempena Isra' & Mi'raj, dapatkan rakaman kelas-kelas berkaitan peristiwa agung tersebut di stor Seerah Center.

https://yzza.io/e8r7pkcxlkd

Nik Fatma Amirah

27 Jan, 00:27


Ulangkaji tentang Israk Mikraj

Nik Fatma Amirah

21 Jan, 00:14


6 ayat yang bermula dengan wa min aayatihi dalam Surah Ar-Rum

{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ إِذَآ أَنتُم بَشَرٞ تَنتَشِرُونَ }
[Surah Ar-Rūm: 20]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ }
[Surah Ar-Rūm: 21]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ }
[Surah Ar-Rūm: 22]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ مَنَامُكُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱبۡتِغَآؤُكُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَسۡمَعُونَ }
[Surah Ar-Rūm: 23]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ يُرِيكُمُ ٱلۡبَرۡقَ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَيُحۡيِۦ بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ }
[Surah Ar-Rūm: 24]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَن تَقُومَ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ بِأَمۡرِهِۦۚ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمۡ دَعۡوَةٗ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ إِذَآ أَنتُمۡ تَخۡرُجُونَ }
[Surah Ar-Rūm: 25]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

Nik Fatma Amirah

21 Jan, 00:13


Surah Ar-Rum membawa tema Fitnah materialistik yang boleh menimpa apabila terlalu banyak nikmat datang.

Apa akan berlaku jika makan manis byk? tak sangka diabetis akan menyerang.

Rom sebuah kuasa hebat, tetapi mereka tidak menyedari 'penyakit' datang dalam diam, mereka boleh tumpas.

(Ibrah Ar-Rum: Ayat 1-10)

Nik Fatma Amirah

20 Jan, 23:31


Menarik yang ni.

Biasanya lepas huruf muqattaah disebutkan tentang keagungan al-Quran, tapi bagaimana dengan surah arrum, selepas huruf muqattaah tiada disebut tentang al-Quran (secara direct), tetapi disebut tentang Rom.

Jawapan Ustaz Syaari: Allah beritahu tentang masa depan Rom, Allah menyampaikan fakta dari masa depan, ini cara Allah menunjukkan keagungan al-Quran without mentioning al-Quran.

Nik Fatma Amirah

20 Jan, 23:19


Live di TV al-Hijrah pagi ini.

Ibrah Surah Ar-Rum: Ayat 1-10

https://www.facebook.com/share/v/14jRjbRvgM/

Nik Fatma Amirah

20 Jan, 10:16


‼️ [Hebahan terkini Wacana dengan link Zoom yang terkini] ‼️

📢 Siri Wacana ILMAN Sesi ke-2: BEDAH BUKU "Sheikh Abdullah Basmeih: Tokoh Tafsir Malaysia 📢

Pertubuhan Ilmuwan & Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) dengan kerjasama Mutiara Tadabbur berbesar hati menjemput anda ke sesi istimewa bedah buku yang telah menerima Anugerah Buku Negara Kategori Buku Biografi Terbaik DBP Tahun 2020-2021

🗓️ Tarikh: 20 Januari 2025 (Isnin)
Masa: 9.00 malam - 10.30 malam
📚 Tajuk: Sheikh Abdullah Basmeih: Tokoh Tafsir Malaysia
💻 Platform:
📍Zoom:
https://us02web.zoom.us/j/88683985821 **Terhad untuk 100 orang yang pertama. Selebihnya boleh ikuti di FB Live:
📍FB Live: https://www.facebook.com/ilman.my

🧕🏻 Penyampai: Ustazah Dr. Wan Ramizah Hasan
- Penulis buku
- Pensyarah Universiti Islam Selangor (UIS)

🧕🏻 Moderator: Ustazah Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
- Calon PhD bidang Tafsir
- Pengasas Mutiara Tadabbur

📲 Sertai kami di Zoom, atau saksikan secara langsung di Facebook ILMAN!

Nik Fatma Amirah

19 Jan, 11:31


Sebak lihat rakyat Ghāzzāh meraikan kemenangan dengan takbir. Hari Raya buat Ghāzzāh.
سلام عليكم بما صبرتم

Nik Fatma Amirah

18 Jan, 11:16


InsyaAllah akan berlangsung Jam 8 malam ini.

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Nik Fatma Amirah

18 Jan, 06:44


Buku Ustaz Muzuza. Tentang Pesan Seputar Emosi dari 30 Juzuk al-Quran. Rm49 (tidak termasuk postage).

Jika ada yang berminat boleh terus pm saya di sini👇
https://www.wasap.my/60183717372/BukuUstazMuzuza

Nik Fatma Amirah

18 Jan, 06:18


‼️ MALAM INI AKAN BERMULA SIRI 1

Sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi, Mutiara Tadabbur membawakan kepada anda Seminar Tadabbur al-Quran Per Juzuk.

Menerusi 6 siri seminar ini, kita akan sama-sama menelusuri overview setiap juzuk al-Quran dan tadabbur beberapa ayat pilihan daripada setiap juzuk.

Moga menjadi panduan dan persediaan untuk kita melalui madrasah Ramadan dengan lebih baik tahun ini.

SEMINAR MUTIARA TADABBUR: TADABBUR PER JUZUK AL-QURAN
(Overview juzuk & tadabbur beberapa ayat dalam juzuk)

Hari: Setiap Sabtu
Tarikh: 18 Januari -22 Februari 2025 (6 Siri)
Masa: Jam 8-10 malam
Medium: Online Zoom (Rakaman disediakan)

Penyampai:
1- Ustazah Nik Fatma (Pengasas Mutiara Tadabbur)
2- Ustaz Fakhri Fadzli (Penulis Buku Sedikit Tapi Cukup)
3- Ustaz Muzuza (Penulis Buku Al-Quran Untuk Kita)
4- Ustaz Fakhrul Islam (Content Specialist Zikra Sdn Bhd)

Yuran early bird Rm99/6 siri (sehingga 10 Jan 2025)
Yuran biasa Rm109/6 siri (bermula 11 Jan 2025)

Daftar di sini:
https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Jemput sebarkan. 🌹

Nik Fatma Amirah

17 Jan, 23:18


Solat yang berkualiti adalah solat diawal waktu. Jangan lengahkan solat kita.

Nik Fatma Amirah

16 Jan, 23:37


{ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَعۡلَمِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ مِنكُمۡ وَيَعۡلَمَ ٱلصَّٰبِرِينَ }
[Surah Āli-ʿImrān: 142]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Jangan selesa dengan pencapaian kita, orang yang terbaik adalah yang sentiasa memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan terus konsisten "jaahaduu" atau berjihad (usaha yang maximum). (Ustaz Syaari Ab Rahman, 2025).

Nik Fatma Amirah

15 Jan, 04:19


3 Hari lagi akan bermula seminar siri 1. InsyaAllah Sabtu ini Ustaz Muzuza akan berkongsi tentang Tadabbur Juzuk 1-5. Masih sempat jika ada yang nak daftar: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Nik Fatma Amirah

14 Jan, 07:42


8 Tips R.A.M.A.D.H.A.N Tadabbur

Oleh Ustaz Syaari Ab Rahman

R- RECITE (Baca al-Quran dengan tajwid yang betul). Ikuti contoh bacaan Qari yang bagus.

A- ABSORB (Baca dan serap tafsir ayat). Belek tafsir pilihan.

M- MEDITATE (Duduk sebentar dan tekuni sirah). Bagaimana keadaan Nabi semasa ayat ini diturunkan. Lihat Makki Madani juga.

A- ANALYZE (Tadabbur dan analisis ayat pilihan).
Hadirkan perasaan Allah bercakap dengan kita. Setiap ayat Allah tuju kepada kita.

D- DISCUSS (Buat diskusi dalam group, cari kawan untuk berbincang).

H- HAVE TIME (Adakan masa untuk merujuk asatizah atau ulama' untuk lebih faham bahasa arab Al-Quran dan tanasub ayat). Allah sangat teliti menyusun kata, ayat dan surah.

A- ACQUIRE MULTIDISCIPLINARY KNOWLEDGE (A word is A World). Tahu expert dalam bidang tertentu. Contoh ayat tentang perundangan kita rujuk lawyer, ayat tentang embryology kita rujuk gynaecology, ayat psikologi rujuk psychologist.

N- NURTURE (Biasakan menghafaz ayat al-Quran). Ayat Quran mampu dihafaz. Baca dalam solat malam.

Dicatat oleh:
Nik Fatma Amirah
Nota Seminar Ramadan (SINAR)
10 Mac 2024

Nik Fatma Amirah

13 Jan, 13:14


‼️ LIVE

Rahsia Penyusunan Juzuk al-Quran

Speaker: Ustaz Muzuza (Penulis Buku Al-Quran Untuk Kita)

Moderator: Ustazah Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad (Pengasas Mutiara Tadabbur)

Link live: https://www.facebook.com/share/v/189YkSGBx1/

-----
Semak jadual 6 siri Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Perjuzuk Al-Quran (yang akan bermula 18 Januari ini) di sini:
https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/smtperjuzuk

Jemput sebarkan.

Nik Fatma Amirah

13 Jan, 07:02


Jemput sertai.

Seminar akan bermula pada hari Sabtu ini.

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/SMTPERJUZUK/1

Nik Fatma Amirah

13 Jan, 06:10


MALAM INI

Nik Fatma Amirah

12 Jan, 05:26


KELAS PENGENALAN
Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Perjuzuk

Tajuk: Rahsia Penyusunan Juzuk al-Quran

Speaker: Ustaz Muzuza (Penulis Buku Al-Quran Untuk Kita)

Moderator: Ustazah Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad (Pengasas Mutiara Tadabbur)

Tarikh: 13 Januari 2025
Hari: Isnin
Jam: 9-10 malam

Live di fb page Mutiara Tadabbur https://www.facebook.com/mutiaratadabbur?mibextid=ZbWKwL

Tekan link ke group whatsapp ini untuk dapatkan kupon diskaun istimewa untuk pendaftaran Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Perjuzuk Al-Quran 👇
https://chat.whatsapp.com/I2I1xsTMYMt6ZzeALwJPux

Jemput sebarkan 🌹

Nik Fatma Amirah

07 Jan, 14:19


5 Fakta Unik Surah al-Naba'

Nota Kelas Tadabbur Juzuk 30: Surah al-Naba' bersama Ustaz Syaari Ab Rahman, 7/1/2025

1- Kembar Surah al-Mursalaat

2- Surah yang ke empat menyebabkan Nabi SAW beruban.
(5 surah yang menyebabkan Nabi beruban (Surah Hud, Surah al-Waqiah, Surah Al-Mursalaat, Surah al-Naba' & Surah al-Takwir) - surah yang banyak cerita tentang azab Allah.

3- Salah satu surah yang paling banyak soalan tak berhenti, tanpa jawapan.
Non-stop arguments. Mulai ayat 6, Bukankah?... Bukankah?...

4- Antara Surah Mufassal.
Kelebihan umat Nabi SAW disebalik kekurangan. Menggambarkan pendeknya umur umat akhir zaman, maka mesej terpenting daripada Allah tidak perlukan berjela-jela panjangnya, ia perlu disampaikan secara "Short & Precise". Ayat surah ini pendek-pendek juga kerana ramai 'first timer' dengan al-Quran.

5- Surah bermula dengan mereka yang bermulut celupar, mempertikai tentang Hari Pembalasan, berakhir dengan adegan "la yatakallamun" (tidak boleh berkata-kata melainkan diizinkan) dan ayat yang terkeluar dari mulut mereka juga "ya laitani kuntu turaba" (alangkah baiknya kami jadi tanah sahaja).

NFA

Nik Fatma Amirah

04 Jan, 10:39


‼️ 6 HARI LAGI AKAN BERAKHIR YURAN EARLY BIRD

Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Per Juzuk al-Quran
(Overview juzuk & tadabbur beberapa ayat dalam juzuk)

Hari: Setiap Sabtu
Tarikh: 18 Januari -22 Februari 2025 (6 Siri)
Masa: Jam 8-10 malam
Medium: Online Zoom (Rakaman disediakan)

Penyampai:
1- Ustazah Nik Fatma (Pengasas Mutiara Tadabbur)
2- Ustaz Fakhri Fadzli (Penulis Buku Sedikit Tapi Cukup)
3- Ustaz Muzuza (Penulis Buku Al-Quran Untuk Kita)
4- Ustaz Fakhrul Islam (Content Specialist Zikra Sdn Bhd)

Yuran early bird Rm99/6 siri (sehingga 10 Jan 2025)
Yuran biasa Rm109/6 siri (bermula 11 Jan 2025)

Daftar di sini: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/smtperjuzuk

Atau hubungi 👇
http://www.wasap.my/60183717372/SmtPerjuzuk

Jemput sebarkan. 🌹

Nik Fatma Amirah

02 Jan, 23:46


Jemput sertai Jam 8.30 pagi ini Live di IKIM fm.

Topik Jumaat
Menanam Azam Dengan Hidayah Al-Quran: Langkah Menuju Kejayaan bersama Ustazah Nik Fatma Amirah (Pengasas Mutiara Tadabbur)

Live di fb page: https://www.facebook.com/share/xTymCpDMGFuhdpfc/

Nik Fatma Amirah

02 Jan, 03:59


Tips didik anak cinta solat ❤️

Antara tips untuk didik anak cinta solat adalah:

1- Beri reminder awal dan ajak anak-anak ambil wuduk dan ready untuk solat. "Abang, kakak, 5 minit lagi kita ambil wuduk ya".

2- Guna pendekatan ajak solat sama-sama, bukannya hanya menyuruh untuk solat. "Abang, kakak, jom solat sama-sama".

3- Jika kita ada anak yang mencecah umur 7 tahun ke atas dan mereka tanya tentang solat, raikan mereka, jawablah dengan berhikmah, dengar concern mereka dan ceritakan kepada mereka indahnya solat.

4- Ibu ayah boleh appreciate, puji dan ucap tahniah kepada anak-anak kita kerana berjaya solat. "Abang, kakak, bagusnya dah solat".

5- Baca doa ini setiap kali selepas solat kita,

{ رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ }
[Surah Ibrâhîm: 40]

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Semoga kita sebagai ibu bapa, dapat mendidik anak-anak mencintai solat sejak kecil.

Semoga 2025 menjadi tahun keluarga kita semua dapat pertingkatkan kualiti solat.

Nik Fatma Amirah

Nik Fatma Amirah

02 Jan, 01:08


Bismillah.

InsyaAllah memulakan kelas Mutiara Tadabbur bagi tahun baru ini dengan Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Al-Quran Perjuzuk.

Kali ini kami memilih tadabbur per juzuk untuk kita sama-sama telusuri overview, sinopsis dan tadabbur beberapa ayat dalam juzuk yang boleh dijadikan terapi jiwa, penyembuh emosi dan penguat semangat kita untuk tahun baru. Dan yang lebih penting untuk persediaan Ramadan.

Alhamdulillah berjaya menjemput 3 orang ustaz yang ada persamaan antara ketiga-tiganya.

Masing-masing pernah mengkaji dan menulis tentang sinopsis, overview dan juga kupasan tadabbur dalam setiap juzuk.

Ustaz Fakhri Fadzli dengan bukunya Fainni Qarib (Sinopsis 30 Juzuk al-Quran) yang telah menyentuh ramai jiwa-jiwa pembaca, Ustaz Fakhrul Islam dengan bukunya Sirajan Munira (Sirah disebalik Surah) dan Ustaz Muzuza dengan bukunya yang terbaru seputar emosi dari 30 juzuk al-Quran bertajuk Kerana Tuhan Mencintai Kita Sedalam itu.

Alhamdulillah selepas launching semalam, sudah lebih 80 orang mendaftar. Semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada program ini.

Jangan lepaskan peluang menyertai!

Daftar di sini: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/smtperjuzuk

Atau hubungi 👇
http://www.wasap.my/60183717372/SmtPerjuzuk

Nik Fatma Amirah

01 Jan, 03:26


Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan kita dan keluarga dengan al-Quran, rasa seronok mentadabbur al-Quran dan al-Quran menjadi sumber semangat kita dalam hadapi jatuh bangun dalam kehidupan.

Nik Fatma Amirah

01 Jan, 01:25


Jadual kelas

Nik Fatma Amirah

01 Jan, 01:24


PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi, Mutiara Tadabbur membawakan kepada anda Seminar Tadabbur al-Quran Per Juzuk.

Menerusi 6 siri seminar ini, kita akan sama-sama menelusuri overview setiap juzuk al-Quran dan tadabbur beberapa ayat pilihan daripada setiap juzuk.

Moga menjadi panduan dan persediaan untuk kita melalui madrasah Ramadan dengan lebih baik tahun ini.

Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Per Juzuk al-Quran
(Overview juzuk & tadabbur beberapa ayat dalam juzuk)

Hari: Setiap Sabtu
Tarikh: 18 Januari -22 Februari 2025 (6 Siri)
Masa: Jam 8-10 malam
Medium: Online Zoom (Rakaman disediakan)

Penyampai:
1- Ustazah Nik Fatma (Pengasas Mutiara Tadabbur)
2- Ustaz Fakhri Fadzli (Penulis Buku Sedikit Tapi Cukup)
3- Ustaz Muzuza (Penulis Buku Al-Quran Untuk Kita)
4- Ustaz Fakhrul Islam (Content Specialist Zikra Sdn Bhd)

Yuran early bird Rm99/6 siri (sehingga 10 Jan 2025)
Yuran biasa Rm109/6 siri (bermula 11 Jan 2025)

Daftar di sini: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/smtperjuzuk

Atau hubungi 👇
http://www.wasap.my/60183717372/SmtPerjuzuk

Jemput sebarkan. 🌹

Nik Fatma Amirah

31 Dec, 10:34


‼️‼️
5 JAM LAGI SEBELUM PROMOSI BERAKHIR

PROMOSI AKHIR TAHUN

Sempena beberapa hari lagi akan berakhir tahun 2024, Mutiara Tadabbur ingin memberikan diskaun istimewa kepada tuan/puan sempena Promosi Akhir Tahun untuk rakaman Seminar Mutiara Tadabbur.

Dapatkan diskaun RM 20 untuk setiap rakaman Seminar Mutiara Tadabbur.

Masukkan kupon "PROMOYES" sebelum membuat pembayaran.

Kupon ini sah sehingga jam 11.59 malam (31.12.2024).

🎙️Rakaman Seminar Surah al-Talaq dan Surah al-Tahrim 🆕🆕🆕

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamansmttalaqtahrim

🎙Rakaman Seminar Siri Surah Hawamim

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamansmthawamim

🎙 Rakaman Surah al-Sajdah & al-Haqqah

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamankombosajdahhaqqah

🎙Rakaman Seminar Mutiara Tadabbur (Feb 2024)

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamansmtfeb

🎙Rakaman Healing Dengan al-Quran

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamanhealingdenganalquran

🎙Rakaman Seminar Mutiara Tadabbur Disember (2023): Tadabbur Surah al-Kahfi Perspektif Tafsir HAMKA

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamansmtdis

🎙Rakaman Seminar Mutiara Tadabbur November (2023): Tadabbur al-Fatihah & Dhuha

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamansmtnov

🎙Rakaman Seminar Mutiara Tadabbur

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamanseminarmutiaratadabbur

🎙Rakaman Kelas Analogi Qurani

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/rakamankelasanalogiqurani

Atau hubungi 👇
http://www.wasap.my/60183717372/PROMOYESRAKAMANMT

Jemput sebarkan 🌹

Nik Fatma Amirah

31 Dec, 08:42


Guru-guru tadabbur saya sentiasa pesan, apabila belajar al-Quran dan tadabbur, biarlah ada semangat untuk tabligh (menyampaikan), supaya lebih ramai dapat merasai kemanisan apabila memahami al-Quran.

Rasa kerdil untuk berkongsi di IKIMfm lagi. Tapi InsyaAllah demi berkongsi ilmu yang Allah amanahkan ini, insyaAllah gagahkan juga kaki ini melangkah ke konti nanti. Pembuka tirai 2025.

Penerbit minta saya berkongsi motivasi mendepani tahun baru 2025 dengan Ibrah dari Al-Quran.

InsyaAllah, nantikan live di IKIMfm Jumaat ini, Jam 8.30 pagi. https://www.facebook.com/ikimfm?mibextid=ZbWKwL

Doakan saya mampu sampaikan dengan baik.

#Langkah2025
#HidupMatiPerjuangkanAlQuran

Nik Fatma Amirah

31 Dec, 07:37


Bismillah.

InsyaAllah Mutiara Tadabbur akan launch program Seminar Mutiara Tadabbur (Bulan Jan & Feb) bersama 4 orang pentadabbur pada ESOK, 1 Januari 2025 Jam 8 pagi.

Jemput masuk waiting list ini supaya anda tidak terlepas info.

https://chat.whatsapp.com/I2I1xsTMYMt6ZzeALwJPux

Nik Fatma Amirah

30 Dec, 23:47


Output daripada solat mencegah dari (fahsya') iaitu dosa berpunca daripada nafsu seksual sehingga hilang malu, dan (munkar) ialah dosa selain fahsya' dan ia lebih luas, berlaku kerana seseorang mahu mengaut harta dan pangkat, mereka akan buat perkara munkar.

(Ustaz Syaari, Tv Al-Hijrah)

Nik Fatma Amirah

30 Dec, 23:41


Azam tahun baru 2025 dari Surah al-Ankabut Ayat 45.

Berazamlah untuk tingkatkan bacaan al-Quran dan mentadabburnya, meningkatkan khusyuk dalam solat & perbanyakkan mengingati Allah dalam setiap pekerjaanmu. (Ustaz Syaari, Tv Al-Hijrah)

Nik Fatma Amirah

30 Dec, 23:38


{ ٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ }
[Surah Al-ʿAnkabūt: 45]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Nik Fatma Amirah

30 Dec, 03:51


ULANGSIAR : BULAN REJAB DAN ISU-ISU BERKAITAN DENGANNYA

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tahqiq-al-masail/888-tahqiq-masail-siri-ke-3-bulan-rejab-dan-isu-isu-berkaitan-dengannya

Nik Fatma Amirah

06 Dec, 14:20


Webinar MAKNA Siri 1 akan bermula Ahad ini, Jam 8 pagi. Masih sempat jika ada yang nak daftar.👇
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/MAKNAAdamKombo/3

Nik Fatma Amirah

01 Dec, 02:07


InsyaAllah bertemu petang ini Jam 3 di Booth Tadabbur+.

Nik Fatma Amirah

01 Dec, 01:45


Pertama kali diberi peluang mengupas buku di Pesta Buku Antarabangsa Selangor.

InsyaAllah petang ini saya dan Dr Siti Sarah Izham akan mengupas buku kami iaitu Mesej 'Deep' Dalam Surah al-Nur.

Dapatkan juga buku ini di booth Tadabbur+.

Doakan Allah mudahkan. InsyaAllah jumpa petang ini.

Nik Fatma Amirah

28 Nov, 04:46


Suasana di sekitar booth Tadabbur+ semalam.

Ada yang dah ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor?

Atau plan minggu ni nak ke sana?

Jangan lupa singgah Booth Tadabbur+ dan dapatkan karya-karya tadabbur al-Quran.

Bagi yang tak sempat hadir, jangan risau. Anda boleh tempah online 👇

https://abbascentre.onpay.my/order/form/PESTABUKUONLINE/3

Nik Fatma Amirah

28 Nov, 04:44


Dapatkan buku Mesej Deep Surah al-Nur secara online di sini 👇

https://abbascentre.onpay.my/order/form/PESTABUKUONLINE/3

Nik Fatma Amirah

28 Nov, 03:28


[HIMPUNAN DOA-DOA BERKAITAN HUJAN]

Alhamdulillah Tim Mutiara Tadabbur ada menghimpunkan doa-doa berkaitan hujan yang boleh diamalkan semasa musim hujan dan musim banjir yang sedang melanda kini.

Semoga bermanfaat kepada semua dan jemput sebarkan.🌹

t.me/mutiaratadabbur

Nik Fatma Amirah

26 Nov, 14:20


Esok bermulalah Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Setia City Convention Centre 2, Shah Alam.

Jangan lupa singgah Booth Tadabbur+ dan dapatkan karya-karya tadabbur al-Quran.

Semoga membantu persediaan kita untuk tadabbur al-Quran pada bulan Ramadan yang akan tiba kurang 100 hari lagi.

InsyaAllah karya saya Mesej Deep Dalam Surah al-Nur ada di booth Tadabbur+. Dapatkan dengan harga istimewa sempena SIBF kali ini.

Nik Fatma Amirah

20 Nov, 06:11


TADABBUR SURAH AL-NISA'

Sabtu, 23 November 2024 & 21 Disember 2024 (2 SIRI), Jam 9-5 petang akan berlangsung Seminar Tadabbur Surah Al-Nisa' bersama Ustaz Syaari Ab Rahman.

Ini merupakan siri ke 9 & 10 dalam siri Ad-Deenul Haq anjuran Akademi Sinergi Ikhlas. Ini merupakan surah terakhir yang akan dibincangkan.

Boleh hadir secara fizikal di Surau al-Sobah, Bangi (23 Nov) atau di Karangkraf, Shah Alam (21 Dis). Nak hadir secara online di platform Zoom juga boleh.

Yuran ala carte Rm150. Yuran promosi pakej juga disediakan.

Semak silibus, tarikh dan perjalanan kelas di sini👇
https://program.akademisinergi.com/order/form/ibrah2024/285

Atau hubungi 👇
https://www.wasap.my/60183717372/DaftarDHAQAlNisa

Nik Fatma Amirah

15 Nov, 10:53


Jumpa esok InsyaAllah.

Saya akan kupas buku Mesej Deep Surah al-Kahfi Jam 9.30 pagi.

Daftar: https://abbascentre.onpay.my/order/form/WEBKAHFI/3

Nik Fatma Amirah

15 Nov, 05:48


Ucapan pemilik kebun dalam Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita bahawa jangan sekali-kali merasakan harta yang kita ada di dunia ini kekal selamanya.
قَالَ مَآ أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِۦٓ أَبَدٗا
"Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya." Jangan sombong dan sentiasa merendah diri dengan kurniaan yang Allah berikan. (Tadabbur al-Kahfi, Ayat 35)

Nik Fatma Amirah

14 Nov, 03:10


Buku Panduan Meraih Umrah Yang Mabrurah Rm19

http://www.wasap.my/60183717372/BukuUmrahMabrurah

Nik Fatma Amirah

13 Nov, 02:58


Zikir yang Nabi SAW ajarkan kepada Fatimah RA untuk dibaca pada waktu pagi dan petang.

Sama-sama kita amalkan zikir ini.

Kita memohon supaya Allah sentiasa bantu dan pandu kita dalam buat apa jua urusan seharian.

Kita juga memohon supaya Allah tidak membiarkan kita sendirian dalam urusan kehidupan ini.

Kredit: Apps Perisai Muslim (Dato' Dr Abdul Basit)

Download apps: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.abuanasmadani.perisaimuslim

Nik Fatma Amirah

12 Nov, 04:29


Selagi Allah beri kudrat, tidak akan pernah terhenti kembara mencari ilmu.

Semoga semangat Nabi Musa AS dalam menuntut ilmu sentiasa jadi inspirasi kita walaupun memakan masa "huquba" bertahun-tahun.

{ وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِيَ حُقُبٗا }
[Surah Al-Kahf: 60]

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

#PhdJourney
#RabbiYassir

Nik Fatma Amirah

03 Nov, 23:22


Check out
https://s.shopee.com.my/AKJ60zn9Eo

Nik Fatma Amirah

01 Nov, 06:44


https://yaqeeninstitute.org.my/read/books/the-straight-path-how-surah-al-fatiha-addresses-modern-ideologies

Nik Fatma Amirah

31 Oct, 14:28


HARI AKHIR YURAN EARLY BIRD

Hari terakhir untuk yuran early bird Webinar Mesej Deep Surah al-Kahfi Rm45.

Bermula esok yuran biasa Rm60 (2 siri).

Jemput daftar di sini👇
https://abbascentre.onpay.my/order/form/WEBKAHFI/3

Nik Fatma Amirah

25 Oct, 01:26


"Berapa ramai yang membaca al-Quran, tetapi hatinya masih pada notifikasi telefon pintar?

Kita memohon kepada Allah, agar dijauhkan daripada berpisah dengan hati sendiri.

Apabila kita membaca al-Quran, berusahalah menghadirkan hati kita sepenuhnya.

Bawalah diri ke tempat yang sunyi.

Tinggalkanlah segala gadjet dan perkara yang boleh mengganggu kita.

Agar saat itu,

hanya kita dan al-Quran."

Sumber: Nasihat Tentang Al-Quran oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman
https://ikonsyabab.onpay.my/order/form/kedaibukuiks/59

Nik Fatma Amirah

22 Oct, 03:28


Saya senaraikan di sini antara Apps yang boleh dijadikan rujukan tentang tafsir dan tadabbur.

Ada yang dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Semoga membantu untuk kita lebih dekat dengan al-Quran.

t.me/nikfatmaamirah

Nik Fatma Amirah

20 Oct, 15:05


TAHAN DAN KEKAL TENANG, NANTI DATANG SENANG

Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang ini adalah sekuel daripada buku yang pertama: Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (2023).

Buku ini mengandungi kompilasi nota infografik tulisan tangan (Quran Journaling) daripada 30 ayat al-Quran pilihan yang bertemakan ujian kehidupan. Istimewanya buku ini mengandungi ruangan interaktif DIY Tadabbur beserta panduan agar para pembaca dapat berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan seharian.

Jemput dapatkan karya ini di sini👇

https://www.wasap.my/60183717372/TAHANDANKEKALTENANG

RM30 SAHAJA.

Nik Fatma Amirah

20 Oct, 14:15


‼️ 2 JAM LAGI SEBELUM YURAN EARLY BIRD BERAKHIR

https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/IBRAHLuqman/3

Nik Fatma Amirah

20 Oct, 03:37


Surah Luqman bermula dengan babak ayah dengan anak dan berakhir juga dengan hari kiamat yang akan memisahkan seorang anak dengan ayahnya kerana tiada iman. (Buku Kompas 114, Ustaz Syaari Ab Rahman)

-------

Jemput sertai Kelas Pesan Keibubapaan dari Surah Luqman bersama Ustaz Syaari Ab Rahman pada Ahad, 27 Oktober, Jam 8-10 pagi.

https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/IBRAHLuqman/3

‼️ Hari ini last day yuran early bird Rm39. Daftar segera.

Nik Fatma Amirah

19 Oct, 23:37


https://laylio.radioactive.sg/?p=c6aea0550e3335befbe3fecb7c0ce999

Dengarkan siaran ulangan slot saya di IKIM sekarang.

Tajuk: Menghayati Keindahan Al-Quran

Nik Fatma Amirah

19 Oct, 06:27


Alhamdulillah ini antara feedback peserta-peserta dalam Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Surah al-Talaq yang lepas.

Malam ini insya Allah akan berlangsung Tadabbur Surah al-Tahrim pula.

Jom daftar segera.

Anda akan dapat join kelas malam ini dan juga rakaman untuk Tadabbur Surah al-Talaq yang lepas.

Daftar di sini:

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/seminarmutiaratadabbursurahattalaqattahrim

Nik Fatma Amirah

19 Oct, 05:21


Ayuh bersama saya malam ini dalam Seminar Mutiara Tadabbur: Tadabbur Surah Al-Tahrim Jam 8 malam ini.

Surah yang mengandungi 12 ayat ini banyak memberikan kita panduan dalam kehidupan berpasangan dan berkeluarga.

Teguran Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan isteri-isteri Baginda dalam surah ini dapat kita jadikan pedoman dalam mengemudi rumahtangga.

Saya akan kongsikan sekurang-kurangnya 8 ibrah atau refleksi malam ini. Jemput sertai dan daftar di sini👇

https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/seminarmutiaratadabbursurahattalaqattahrim

Nik Fatma Amirah

19 Oct, 04:49


Melepaskan dan Tawakal: Menemui Ketenangan dengan ‘Let Go’

Seni ‘let go’ atau melepaskan adalah langkah penting dalam meraih ketenangan jiwa dan keyakinan kepada kehidupan.

Dalam konteks Islam, konsep ini berkait rapat dengan tawakal kepada Allah, iaitu berserah sepenuhnya kepada kehendak-Nya.

Namun, bagaimana melepaskan secara efektif? Kita akan lihat dari sudut psikologi, sosiologi, dan agama—khususnya melalui panduan Al-Quran dan Sunnah—serta bagaimana ia menghubungkan dengan tawakal sejati.

Insha Allah, ikuti kupasan lanjut di Edisi Khas Terapi Jiwa 🤍

▪️ Tawakkal Mengubat Jiwa
🗓️ 22 Okt 2024 | Selasa
9 pagi - 12 Tengahari
👨‍🏫 Istimewa Gabungan Penyampai :
- Tuan Fazrul Ismail
- Ustaz Dzulkhairi

🔖  Kelas adalah Secara Hybrid (rakaman disediakan)
- Hadir Fizikal di Masjid Seksyen 7, Shah Alam - tempat TERHAD
- Hadir Online di Zoom

Yuran Komitmen : Hanya Rm30

Daftar Segera👇
https://program.akademisinergi.com/order/form/terapijiwa/285

Atau hubungi 👇
http://www.wasap.my/60183717372/KELASTERAPIJIWA22OKT

------
Kelas Terapi Jiwa ini akan berlangsung selama 3 bulan sehingga Disember ini. Jika berminat untuk daftar pakej 3 bulan daftar di sini 👇
https://program.akademisinergi.com/order/form/totQuran/285

Nik Fatma Amirah

18 Oct, 14:16


Alhamdulillah, dengan izin Allah pagi tadi dapat berkongsi dan bersiaran langsung di IKIM fm untuk berkongsi tentang "Menghayati Keindahan Al-Quran".

Dalam slot tersebut saya sempat kongsikan bagaimana Majlis Tilawah & Hafazan Antarabangsa boleh berperanan mendekatkan mesej-mesej al-Quran kepada segenap lapisan masyarakat.

Saya juga sempat kongsikan bagaimana kita boleh seimbangkan antara kesibukan bekerja dan komitmen untuk memahami al-Quran serta beberapa langkah tadabbur yang praktikal.

Terima kasih kepada DJ Suffian, DJ Tyzo serta En Mahathir selaku penerbit Radio IKIM fm.

Terima kasih juga untuk suami tercinta dan anak-anak temankan ke konti tadi.

Semoga apa yang dikongsikan pagi tadi dapat memberikan manfaat kepada para pendengar.

Moga-moga kita dapat menjadikan tadabbur al-Quran sebagai satu agenda yang besar dalam kehidupan kita semua.

Rakaman di Youtube:
https://www.youtube.com/live/D1ZM2KlzXi4?si=0V8w1UEvpS4_n054

Nik Fatma Amirah
Pengasas Mutiara Tadabbur