The Garden of Al-Quran @thegardenofalquran Channel on Telegram

The Garden of Al-Quran

@thegardenofalquran


Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.

The Garden of Al-Quran (Malay)

Selamat datang ke The Garden of Al-Quran! Saluran ini adalah destinasi utama untuk mencari maklumat berkaitan Al-Quran. Dengan nama yang menggambarkan sebuah taman yang indah, kita di sini menyediakan pelbagai info berkaitan Al-Quran untuk memberi inspirasi dan panduan kepada para pencari ilmu. Berikutan tuntutan masa yang semakin sibuk, saluran ini membolehkan anda untuk terus mempelajari Al-Quran tanpa menghadapi kesukaran. Dari tafsir Al-Quran hingga panduan solat, kami menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan dan video yang pasti memberi manfaat kepada anda. Moga dengan setiap maklumat yang dikongsikan di sini, anda akan mendapat berkat dan hidayah dalam setiap langkah pembelajaran Al-Quran. Sertai kami di The Garden of Al-Quran dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang berusaha untuk lebih mendalami agama melalui pembelajaran Al-Quran yang berterusan. Mari sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada taman yang penuh dengan ilmu dan keberkatan!

The Garden of Al-Quran

20 Nov, 06:47


Insya Allah, lebih kurang 99 hari lagi sebelum kita bertemu dengan Ramadan.

Pastikan kita segerakan ganti puasa yang berbaki, dekatkan diri kepada al-Quran, latih diri puasa sunat dan bangun malam.

Allahumma ballighna Ramadan.
Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan.

#99HariMenujuRamadan

The Garden of Al-Quran

20 Nov, 03:31


Antara fitnah dan dusta yang dicela oleh agama adalah kita buat gurauan kepada apa yang tak kata.

Contoh: kita edit gambar seseorang, kemudian letak dialog atau perkataan yang orang itu tak sebut. Sesetengahnya membuat template lagi untuk orang lain edit sama.

Nabi ‎ﷺ pesan:

وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ ‏

"Celakalah seseorang yang menceritakan suatu cerita dengan tujuan untuk membuatkan sesuatu kaum itu ketawa maka dia berdusta. Celakalah buatnya, celakalah buatnya." [HR Abu Dawud]

Walaupun atas dasar 'bergurau saja', tetap tidak dibolehkan.

Letak diri kita pula pada situasi itu. Jika orang lain edit muka kita pula, pasti kita tidak senang. Fitnah ke atas diri kita. Maka jangan buat kepada orang lain.

#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

20 Nov, 01:31


Al-Quran bukan sebatas kita menghadapi kematian atau majlis rasmi sahaja.

Tetapi al-Quran itu untuk sepanjang waktu dan masa. Apabila kita senang, kita baca. Apabila kita berduka, kita baca.

Apabila kita dihimpit masalah, kita baca al-Quran. Apabila kita dilepaskan dari masalah, kita baca al-Quran.

Segala waktu kita yang diisi dengan al-Quran, tidak akan sia-sia.

Jika kita bersama al-Quran dalam keadaan kita berduka, maka ia menjadi penawar. Jika kita bersama al-Quran dalam keadaan kita gembira, maka ia menjadi keberkatan.

Tidak akan ada waktu yang sia-sia jika kita bersama al-Quran.

#FawaidQuran

The Garden of Al-Quran

19 Nov, 11:56


Live stream finished (42 minutes)

The Garden of Al-Quran

19 Nov, 11:14


Live stream started

The Garden of Al-Quran

19 Nov, 04:07


Insya Allah malam ini kita sambung #TadabburXMuzuza pada surah yang seterusnya, surah al-Kauthar, surah yang paling pendek dalam al-Quran.

Jemput semua di X atau di saluran Telegram ini pada jam 7.15 malam.

The Garden of Al-Quran

19 Nov, 00:13


Bacalah al-Quran ketika kita ada masa lapang, nanti al-Quran akan datang ketika waktu kita sempit.

Jika kita abaikan al-Quran pada waktu lapang, maka waktu sempit semakin terasa tidak sempat untuk bersama al-Quran.

#FawaidQuran

The Garden of Al-Quran

18 Nov, 00:19


Jika seharian hidup kita menyebabkan kita tidak sempat membaca, meneliti al-Quran walaupun sekejap, maka mungkin ada permasalahan pada jadual harian kita.

Kita perlu membaikinya. Al-Quran bukanlah hanya dibaca dan diteliti pada bulan Ramadan sahaja. Bukanlah hanya ketika program #QuranHour sahaja, tetapi setiap hari.

Ayuh kita muhasabah diri, bagaimana jarak diri kita dengan al-Quran. Jika renggang, sudah lama tidak membaca, maka gapailah al-Quran walaupun sekejap untuk membacanya dan menelitinya.

#FawaidQuran

The Garden of Al-Quran

17 Nov, 04:43


Alhamdulillah, satu lagi tulisan saya akan terbit pada hujung bulan November.

Tulisan saya bersama Tentang Kita, berunsurkan tadabbur al-Quran. Satu ayat dari setiap juzu’ diambil untuk diperhatikan dan dihayati makna dari sudut mindfulness dan ketenangan jiwa.

Jemput untuk sertai waiting list : ezy.la/emosiquran

The Garden of Al-Quran

17 Nov, 04:07


Antara tembok penghalang untuk kita menghayati al-Quran:

1- Menganggap al-Quran itu terhad kepada zaman tertentu. Lalu manfaat dan pengajaran al-Quran itu terbatas dan disekat dari diri kita yang hidup pada zaman ini

2- Menganggap kisah para Nabi itu hanya ada pengajaran untuk tahap orang seperti Nabi sahaja. Benar, kita bukan Nabi, tetapi pengajaran itu dapat kita ambil sekurangnya untuk mencontohi mereka

#FawaidTadabbur

The Garden of Al-Quran

14 Nov, 14:18


Live stream finished (1 hour)

The Garden of Al-Quran

14 Nov, 12:54


Live stream started

The Garden of Al-Quran

14 Nov, 04:02


Insya Allah 9 malam ini kita akan sambung siri #FawaidSurah dengan tadabbur surah al-Mutaffifin bahagian 2.

Surah yang mencela orang yang curang dalam perniagaan. Jemput untuk sertai di IG live saya: @muzuzxck

Juga di saluran Telegram saya: The Garden of Al-Quran

The Garden of Al-Quran

13 Nov, 12:13


Jangan cela orang yang telah tiada

1- Nabi ﷺ menyebut :

لا تسبوا الأموات فتؤذوا الأحياء

"Jangan kamu mencela orang yang telah mati, sehingga kamu menyakiti orang yang hidup" (HR Tirmidzi : 1982)

2- Hadith ini jelas menyatakan tentang larangan dari Nabi ﷺ mencela orang yang telah tiada sama ada dengan menyebut keburukannya dan seumpamanya

3- Al-Imam al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwadhi menyatakan bahawa "orang yang hidup" di dalam hadith ini bererti orang yang rapat seperti kaum kerabat orang yang telah meninggal

4- Di dalam kitab yang sama, pengarang menyatakan bahawa maksud "orang yang telah meninggal" di dalam hadith itu lebih menjurus kepada golongan muslim, jika tiada keperluan menyebutkan, maka diam sahaja

#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

11 Nov, 12:00


Nabi ﷺ sebut :

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

“antara tanda kebaikan seorang muslim adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya” (HR Tirmidzi)

Kemudian, Nabi ‎ﷺ juga berpesan:

أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟

"Adakah kamu mengetahui apakah itu mengumpat?"

قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

Sahabat-sahabat Nabi ‎ﷺ berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"

ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ

Nabi ‎ﷺ menjawab: "kamu menyebut apa yang tidak disukai oleh saudara kamu"

أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ

Sahabat Nabi ‎ﷺ bertanya: "apa pula pandanganmu jika apa yang aku katakan itu benar?"

إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Nabi ‎ﷺ membalas: "jika apa yang kamu katakan itu benar, maka ia adalah mengumpat. Jika apa yang kamu katakan itu tidak benar, maka ia adalah tuduhan dusta (fitnah)

[HR Abu Dawud]

Masih ramai juga yang masih lagi ambil peduli terhadap gosip perkahwinan/perceraian orang lain seperti penjual pizza & cik buahan.

Tinggalkanlah apa yang tidak penting buat kita.

Wallahu a'lam.
#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

11 Nov, 03:06


Boleh guna kod diskaun saya: muzuza5

The Garden of Al-Quran

11 Nov, 03:06


Jemput untuk sahabat semua dapatkan buku saya di : https://imanshoppe.com/search?type=product&q=muzuza

The Garden of Al-Quran

11 Nov, 03:06


Para ulama' tafsir menyatakan bahawa kalimah من (daripada) dalam ayat ini untuk menyatakan bahawa betapa dekatnya kaitan antara kegesaan dan manusia.

Kita nak semuanya cepat belaka.

Sebenarnya tidak perlu begitu. Usahakan dengan sebaiknya dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Jika Allah kurniakan sebarang pencapaian, kita syukuri. Jika kita tidak mencapai pencapaian seperti orang lain, ingat 2 perkara.

1- Masa kita belum sampai
2- Kita bukan ditakdirkan untuk itu, mungkin rezeki kita berbeza dari orang lain

Maka kuncinya, kita fahami bahawa segala yang Allah kurniakan adalah yang terbaik buat kita.

Tuhan Maha Mengetahui apa peristiwa, milestone, manusia mana dan semua perkara yang sepatutnya & sebaiknya hadir pada waktu yang mana.

Kata para hukama' :

ما قدر الله خير

"Apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik"

Sangat selesa jika kita sentiasa meletakkan sangkaan terbaik kita kepada Allah.

Nabi ﷺ bersabda:

أنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، إِنْ ظَنَّ خَيرًا فَلَهُ، وإِنَّ ظَنَّ شَرًا فَلَهُ

"Aku(Allah) berada pada sangkaan hambaKu, sekiranya dia bersangka baik, maka baik lah buatnya. Dan sekiranya dia bersangka buruk (kepada Allah), maka buruk lah buatnya" [HR Ahmad]

Letakkan bahawa apa yang Allah berikan kepada kita hari ini adalah apa yang terbaik buat kita. Saya ada sebutkan perihal rasa "FOMO" dalam buku saya, Rahmah.

The Garden of Al-Quran

11 Nov, 03:04


Buka media sosial, tengok kawan buat recap bulanan.

Mula bercampur perasaan kita.

Bangga & gembira sebagai seorang kawan + FOMO & rasa kosong dengan diri sendiri.

Bukan sepenuhnya tak gembira, tapi dalam masa sama rasa kita ketinggalan.

Anda pernah alami perasaan ini?

Kita rasa hidup orang lain menarik, kita biasa-biasa saja.

Manusia memang begitu. Kita ada kecenderungan untuk dapatkan segala perkara cepat dan awal.

Bagi kita, kalau lambat, itu gagal.

Al-Quran telah gambarkan manusia dengan sifat ini.

The Garden of Al-Quran

10 Nov, 10:24


Jika kita ada kesukaran untuk berhenti atau mengurangkan berkata lucah atau mencarut, tipsnya adalah perbanyakkan zikir dan baca al-Quran.

Lidah yang menyebutkan perkara yang baik, tidak akan meniti perkataan yang buruk padanya.

Cuba.

The Garden of Al-Quran

10 Nov, 10:10


Berhentilah berkata buruk atau lucah.

Ciri orang beriman itu adalah mereka yang tidak mengaibkan orang, tidak sesuka hati melaknat orang, tidak bercakap lucah & tidak berkata buruk. [HR Tirmizi]

Apatah lagi untuk perniagaan, biarlah dari promosi yang baik.

#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

08 Nov, 09:20


Cara Istiqamah baca al-Quran

1- Rutin - letakkan satu waktu dalam harian kita untuk kita jadikan sebagai waktu membaca al-Quran. Lebih baik dan saya sarankan untuk jadikan waktu itu selepas kita solat fardhu. Setiap kali selepas solat, baca satu muka sekurang-kurangnya. Jika tidak mampu, sebelum tidur. Jika tidak mampu, awal pagi. Jika tidak mampu, selepas maghrib. Jika tiada waktu untuk kita membaca al-Quran dalam masa sehari, mungkin ada yang tidak kena pada jadual kita.

2- Mindset - Dalami dan pelajari sebab kenapa kita perlu membaca al-Quran setiap hari. Pelajari apakah kelebihan jika kita membaca al-Quran setiap hari. Ini akan menjadikan bacaan al-Quran dalam hidup kita menjadi suatu keperluan, bukan sekadar tambahan. Kalau tidak baca, maka akan terasa ralat dan tidak selesa atau tidak kena.

3- Persekitaran - Cari manusia-manusia yang boleh menjadikan kita lebih dekat dengan al-Quran. Orang-orang yang sentiasa ceritakan tentang al-Quran yang sangat hebat. Batasi pergaulan kita dengan orang yang tidak ada al-Quran dalam hari-harinya. Bukan putuskan hubungan terus, tetapi lebihkan bergaul dengan orang yang suka baca al-Quran.

4- Rasa kagum - Pelajari makna al-Quran yang sangat hebat dan mengagumkan diri kita. Dari situ, terbit rasa rapat dan kita tidak boleh berpisah dengan al-Quran. Maka kita akan rasa ralat jika kita tidak membaca al-Quran.

Moga membantu. Insya Allah. Wallahu a’lam.
#FawaidJawab

The Garden of Al-Quran

07 Nov, 10:15


‎Berdoalah untuk orang lain secara rahsia.

‎Nabi ﷺ menyebutkan :

‎دعاء الأخ لأخيه بظهر الغيب لا يرد

‎“Doa seorang saudara kepada saudara yang lain dengan secara tersembunyi/ rahsia tidak tertolak (mustajab)"

‎Hadith dari Ṣaḥīḥ al-Jāmi’ : 3339
‎⁦ #FawaidHadith⁩

The Garden of Al-Quran

07 Nov, 04:05


Alhamdulillah, satu lagi tulisan saya akan terbit pada hujung bulan November.

Tulisan saya bersama Tentang Kita, berunsurkan tadabbur al-Quran. Satu ayat dari setiap juzu’ diambil untuk diperhatikan dan dihayati makna dari sudut mindfulness dan ketenangan jiwa.

Jemput untuk sertai waiting list : ezy.la/emosiquran

The Garden of Al-Quran

05 Nov, 13:40


Live stream finished (49 minutes)

The Garden of Al-Quran

05 Nov, 12:51


Live stream started

The Garden of Al-Quran

04 Nov, 11:39


Selain dari maksud Al-'Asr iaitu perahan, juga kita lihat isyarat bagi kalimah ini adalah 'sebentar'.

Kita lihat waktu asar sangat singkat. Ini sebenarnya suatu motivasi besar dari Al-Quran iaitu masa ini bukan soal lama, bukan soal lapang, tetapi soal kualiti masa.

Sebab itu Nabi ﷺ ungkapkan bahawa 2 nikmat yang sering dilupakan adalah waktu sihat dan masa lapang (HR Bukhari)

Maka nilai semula diri kita. Jangan susun masa, kerana masa tetap berjalan dan tidak boleh diubah, yang boleh diubah adalah diri kita, sikap kita mencermati waktu.

Surah Al-'Asr
#FawaidTadabbur

The Garden of Al-Quran

02 Nov, 09:58


Baru-baru ini ada sahabat kita yang bertanya tentang umur 40, adakah benar dakwaan susah nak berubah?

Saya tuliskan:

Life Begins at 40

Ini adalah apa yang sering disebutkan. Tetapi bukanlah bererti kita kembali menjadi muda, kita menjadi lagha dan lalai seperti waktu muda seseorang.

Golongan salaf al-Soleh menerapkan hidup bermula pada umur 40 tahun ini dengan makna yang membina diri dan akhlak.

Kata Imam Malik RA:

أَدْرَكْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ بِبَلَدِنَا، وَهُمْ يَطْلُبُونَ الدُّنْيَا وَيُخَالِطُونَ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِيَ لِأَحَدِهِمْ أَرْبَعُونَ
سَنَةً، فَإِذَا أَتَتْ عَلَيْهِمُ اعْتَزَلُوا النَّاسَ

“Kami sering berjumpa ahli ilmu di negeri kami, dalam keadaan mereka mencari dunia (bekerja) dan bercampur dengan manusia sehinggalah sampai umur 40 tahun. Apabila sampai umur 40 tahun, mereka mula memisahkan diri dari manusia”

Rujuk Tafsir al-Qurtubi 7/276

Athar ini bukanlah menunjukkan bahawa kita perlu mengubah diri secara 100% apabila sampai umur 40 tahun, tetapi Imam Malik RA memberitahu bahawa ahli ilmu dahulu menjadikan umur 40 tahun sebagai penanda aras yang serius untuk tingkatkan ilmu dan ibadah.

Begitu juga kata tabi’in, Hilal bin Yasaf RA:

كان الرجل من أهل المدينة إذا بلغ أربعين سنة تفرغ لعبادة ربه

“Dahulu, seorang lelaki di Madinah, apabila sampai umur 40 tahun, dia (banyak) menyendiri untuk beribadat kepada Tuhannya.”

Imam Ibn Rajab al-Hanbali رَحِمَهُ الله juga menyebutkan:

وكانَ كثيرٌ مِن السَّلفِ إذا بَلَغَ الأربعينَ تَفَرَّغَ للعبادةِ

“Ramai dalam kalangan salaf, apabila mereka sampai umur 40 tahun, mereka menyendiri untuk beribadah”

Rujuk Latha’if al-Ma’arif 1/663

Bererti, asas ini sudah diterapkan oleh para ulama’ salaf.

Adapun bagi isu “jika tak berubah pada umur 40, susah dah nak berubah”, hal ini adalah kerana kelaziman bagi seseorang yang sudah lama terbiasa dengan sesuatu selama 40 tahun, maka mungkin dia akan mengalami kesukaran untuk berubah.

Tapi bukan bererti mustahil untuk dia berubah.

Sekali lagi, berbalik kepada asas iaitu umur 40 adalah sebagai peringatan dari ulama’ Salaf. Tetapi bukanlah bererti jika belum sampai umur 40, tak perlu bertaubat, itu adalah silap faham.

Wallahu a’lam.
#FawaidJawab

The Garden of Al-Quran

02 Nov, 04:49


Sahabat semua boleh dapatkan buku saya sekarang ya.

The Garden of Al-Quran

02 Nov, 04:48


*BERITA BAIK UNTUK PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI*

Beli mana- mana buku terbitan IMAN Publication di MySiswaPlace, dan anda layak mengikuti cabutan bertuah.

Ada pelbagai hadiah dan wang tunai untuk dimenangi.

Tarikh Sah Penebusan adalah bermula 30 Oktober hingga 31 Disember 2024.

Dah beli jangan lupa join Beli Dan Menang Bersama IMAN @MySiswaPlace

Join cabutan bertuah di sini 👇🏻

https://bit.ly/belidanmenangbersamaimandimysiswaplace

Kongsikan berita gembira ini dengan kawan-kawan, adik-beradik dan semua orang. 😎

The Garden of Al-Quran

31 Oct, 14:44


Doa yang saya sebutkan ketika sesi Fawaid Surah tadi:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

"Ya Allah, ampunilah dosa aku yang telah aku lakukan dan yang aku telah tangguhkan, apa yang telah aku rahsiakan serta apa yang telah aku zahirkan, apa yang telah aku bazirkan, sesungguhnya Engkau lebih mengetahuinya lebih daripadaku. Engkau yang mendahulukan serta Engkau yang mengakhirkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau" [HR Muslim]

The Garden of Al-Quran

31 Oct, 14:10


Live stream finished (1 hour)

The Garden of Al-Quran

31 Oct, 13:09


Live stream started

The Garden of Al-Quran

31 Oct, 09:02


Apa sahaja kesukaran yang anda lalui, saya doakan moga dipermudahkan urusan dan ditunjukkan jalan keluar.

Berpegang kepada jalan taqwa, itu antara solusi jika ada kesukaran.

ومن يتق الله يجعل له مخرجا

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dijadikan buatnya jalan keluar”

The Garden of Al-Quran

31 Oct, 08:01


Insya Allah 9 malam ini kita akan sambung siri #FawaidSurah dengan tadabbur surah al-Mutaffifin.

Surah yang mencela orang yang curang dalam perniagaan.

Jemput untuk sertai di IG live saya: @muzuzxck
Juga di saluran Telegram saya: The Garden of Al-Quran

The Garden of Al-Quran

30 Oct, 10:14


Kalau kita banyak mendengar suatu iklan atau bunyian, lambat laun dengan sendiri kita akan ingat atau mahir menyebutnya. Sebagai contoh mana-mana iklan.

Maka, kita boleh aplikasikan juga dengan al-Quran. Lazimi untuk mendengar al-Quran. Lambat laun, kita sendiri akan terbiasa.

The Garden of Al-Quran

27 Oct, 02:55


Jika lidah kita sentiasa sibuk dengan membaca al-Quran, mengkaji makna dan mengulang-ulang bacaan al-Quran, justeru kita terselamat dari bahaya mengumpat dan berbicara perkara tidak berfaedah.

Ayuh sibukkan lidah dengan bacaan al-Quran.

The Garden of Al-Quran

25 Oct, 04:25


Dahulu ada seorang wanita yang sering menyebut nama Nabi ‎ﷺ kepada anaknya dan selalu mengulang-ulang ajaran Nabi ‎ﷺ kepada anaknya.

Sehinggakan anaknya sangat teringin bertemu dengan Nabi ‎ﷺ. Inilah pendidikan yang terbaik iaitu kita sering mengulang-ulang tentang ajaran Nabi ‎ﷺ.

"Nabi kita ajar begini"

"Rasulullah ‎ﷺ suruh kita buat begini"

"Nabi Muhammad ‎ﷺ tak suka kita buat begini"

Ini semua akan menanam cinta si anak kepada Nabi ‎ﷺ.

Siapakah wanita tadi? Namanya Rumaisa' (رميصاء).
Anaknya adalah Anas bin Malik.

Ya, beliau adalah ibu kepada Sy Anas RA. Lihat bagaimana anaknya sangat mencintai Nabi ‎ﷺ lalu berkhidmat kepada agama.

#FawaidSahabah

The Garden of Al-Quran

24 Oct, 14:22


Live stream finished (1 hour)

The Garden of Al-Quran

24 Oct, 12:48


Live stream started

The Garden of Al-Quran

24 Oct, 06:45


Insya Allah 9 malam ini kita akan sambung siri #FawaidSurah dengan tadabbur surah al-Insyiqaq.

Jemput untuk sertai di IG live saya:
@muzuzxck

Juga di saluran Telegram saya: The Garden of Al-Quran

The Garden of Al-Quran

24 Oct, 03:34


Mohon sahabat-sahabat berhentilah guna lagu Bruno Marikh di mana-mana platform. IG, Tiktok dan semuanya.

Dia jelas-jelas menyokong Z10nis, jadi jangan kita pula sebar luaskan lagu dia sebagai promosi.

Ini usaha yang sangat kecil untuk bantu saudara kita, jadi tolonglah.

The Garden of Al-Quran

22 Oct, 13:28


Live stream finished (45 minutes)

The Garden of Al-Quran

22 Oct, 12:43


Live stream started

The Garden of Al-Quran

22 Oct, 10:45


Insya Allah malam ini siri #TadabburXMuzuza akan bersambung seperti biasa di Space X, jam 8.45 malam.

Kita akan tadabbur surah al-Nasr, surah yang menceritakan kepada kita tentang pertolongan dari Allah.

Jemput.

*Juga bersiaran di Saluran Telegram ini, insya Allah

The Garden of Al-Quran

18 Oct, 09:05


Hari ini hari jumaat, sudah seminggu kita bekerja. Penat, lelah itu kita habisi minggu ini dengan doa selepas asar hari jumaat, apatah lagi jika hujan.

Berhimpun waktu-waktu mustajab doa.

Ya Allah, Engkau berkatilah rezeki yang Engkau berikan buat kami.

#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

18 Oct, 06:52


Doa yang Ghulam dari kisah Ashabul Ukhdud sebutkan semalam, lafaznya adalah seperti dari hadith :

اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ

“Ya Allah, cukupkan aku (dari kejahatan mereka) dengan cara yang Engkau kehendaki”

[HR Muslim]

Doa ini boleh kita amalkan apabila ingin memohon perlindungan atau meminta Allah memutuskan yang terbaik buat orang yang menzalimi atau menganiaya kita.

#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

17 Oct, 14:04


Live stream finished (1 hour)

The Garden of Al-Quran

17 Oct, 12:53


Live stream started

The Garden of Al-Quran

17 Oct, 08:18


Insya Allah malam ini kita akan sambung siri #FawaidSurah dengan perkongsian tentang Ashabul Ukhdud, golongan yang menggali parit.

Kisah ini adalah kesinambungan daripada tadabbur surah al-Buruj pada minggu lalu.

Jemput untuk sertai di IG live saya: @muzuzxck
Juga di saluran Telegram saya: The Garden of Al-Quran jam 9 malam.

The Garden of Al-Quran

17 Oct, 04:22


Jemput sahabat yang berkelapangan Ahad depan.

Kita jumpa di UIAM, insya Allah.

Boleh daftar dengan imbasan kod QR.

The Garden of Al-Quran

16 Oct, 11:30


Esok adalah hari khamis + 14 Rabi’ al-Akhir. Jadi puasa sunat Khamis + sunat hari putih.

Bagus kalau kita sama-sama puasa esok. Pahala berganda insya Allah.

#FawaidFiqh
#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

16 Oct, 03:14


Firaun dahulu membunuh bayi lelaki [al-Qasas: 4]

Arab jahiliah pula menanam bayi perempuan [al-Takwir: 8-9]

Agama Islam menghapuskan segala kekarutan ini.

Islam tidak pernah mengajar kita membunuh anak. Anak adalah amanah, bukanlah bala.

#FawaidTadabbur

The Garden of Al-Quran

15 Oct, 13:54


Live stream finished (53 minutes)

The Garden of Al-Quran

15 Oct, 13:01


Live stream started

The Garden of Al-Quran

15 Oct, 05:00


Solat pada awal waktu, insya Allah semuanya melegakan dan melapangkan waktu kita. Nabi ﷺ pernah ditanya apakah amal yang paling dicintai Allah, Nabi ﷺ menjawab :

‎الصلاة على وقتها

“Solat pada waktunya” (HR Bukhari)

Ayuh solat pada awal waktu.

#FawaidHadith

The Garden of Al-Quran

14 Oct, 04:42


Berbaring atau bercakap ketika azan

1- Nabi ‎ﷺ menyuruh kita supaya menjawab azan apabila dilaungkan dan didengari:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ ما يَقُولُ الْمُ
ؤَذِّنُ

“Jika kalian mendengar seruan azan maka katakanlah seperti mana yang dikatakan oleh tukang azan.” [HR Bukhari]

2- Berdasarkan hadith di atas, ulama’ menghukumkan bahawa menjawab azan adalah sunnah mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut)

3- Merujuk kepada soalan di oleh penanya, bercakap ketika azan tidaklah menjadi kesalahan dan tidaklah menyebabkan seseorang itu tidak boleh mengucap ketika sakaratul maut. Hal ini disandarkan kepada athar yang menyebutkan ada juga sahabat Nabi ‎ﷺ dahulu yang bercakap ketika azan. [Rujuk Muwattha’ Imam Malik: 215]

4- Namun begitu, tidaklah kita katakan bahawa bercakap itu suatu yang digalakkan jika tidak perlu kerana menjawab azan dan diam adalah lebih utama.

5- Berkenaan dengan berbaring ketika azan, di sana ada suatu hadith yang menyatakan supaya kita bingkas bangun jika mendengar azan. Namun begitu, hadith itu dihukumkan palsu.

6- Justeru, tidak tepat untuk menyatakan bahawa sesiapa yang berbaring, jenazahnya akan menjadi berat kerana tiada sandaran kukuh.

Wallahu a’lam.
#FawaidJawab

The Garden of Al-Quran

14 Oct, 04:41


#FawaidJawab Berbaring atau bercakap ketika azan

The Garden of Al-Quran

13 Oct, 08:41


Jemput sahabat semua untuk sertai malam ini, boleh mendaftar dengan En Firdaus.

The Garden of Al-Quran

11 Oct, 15:26


Antara tanda seseorang itu bahagia:

1- Apabila mendapat nikmat, dia bersyukur
2- Apabila diuji, dia bersabar
3- Apabila dia membuat silap atau dosa, dia memohon ampun

Rujuk al-Wabil al-Sayyib karangan Imam Ibn Qayyim رَحِمَهُ الله

#FawaidUlama