Pertubuhan IKRAM Malaysia @ikrammalaysiaofficial Channel on Telegram

Pertubuhan IKRAM Malaysia

@ikrammalaysiaofficial


Subscribe untuk pelbagai pandangan terkini IKRAM dan berita semasa serta artikel, video dan infografik yang mendidik jiwa setiap hari.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (Malay)

Pertubuhan IKRAM Malaysia, yang juga dikenali sebagai IKRAM Malaysia, adalah sebuah organisasi yang mempunyai cabang di seluruh negara. Dengan komitmen untuk mendidik masyarakat dan membentuk jiwa yang mulia, IKRAM Malaysia menyediakan pelbagai pandangan terkini mengenai isu-isu semasa, artikel berinformasi, video inspirasi, dan infografik pendidikan. Melalui saluran Telegram @ikrammalaysiaofficial, anda boleh mendapatkan akses eksklusif kepada konten-konten yang disediakan oleh pertubuhan ini. Setiap hari, anda akan diberi peluang untuk memperkaya pengetahuan anda dengan pandangan-pandangan unik dari IKRAM Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran ini dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang berfikiran terbuka dan proaktif! Subscribe sekarang untuk mendapatkan maklumat terkini yang dapat membantu anda dalam pembangunan diri dan masyarakat.

Pertubuhan IKRAM Malaysia

15 Nov, 08:03


KENYATAAN MEDIA HIKAM

RUU Mufti Wilayah Persekutuan : HIKAM Gesa Perbincangan yang Konstruktif dan Damai

"HIKAM berpandangan bahawa perbincangan mengenai isu-isu berkaitan aliran akidah tidak sepatutnya dilakukan di ruang awam, kerana ia berpotensi menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat."

Baca kenyataan penuh di pautan ini:
https://ikram.org.my/ruu-mufti-wp-hikam-gesa-perbincangan-yang-konstruktif-dan-damai/

#HIKAM #KenyataanMedia #MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

11 Nov, 07:36


Bersama Tangani Ajaran Sesat dan Penyelewengan Akidah

Islam telah terancam oleh penganut yang mengaku sebagai Islam apabila seruan dan ajarannya diselewengkan daripada ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

https://ikram.org.my/bersama-tangani-ajaran-sesat-dan-penyelewengan-akidah/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

08 Nov, 07:36


Islam Itu Mudah Tetapi Jangan Diambil Mudah

Salah satu prinsip yang menjadi keistimewaan dalam undang-undang syariat Islam ialah terkandungnya nilai memberikan kemudahan dan mengangkat kesukaran.

Baca lagi: https://ikram.org.my/islam-itu-mudah-tetapi-jangan-diambil-mudah/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

07 Nov, 02:36


IKRAM Lancar SBKK 2024 Fokus Kesihatan Mental Keluarga

"IKRAM telah memilih tema berkaitan kesejahteraan mental bagi sambutan bulan keluarga kali ini. Tema ini memberikan tumpuan kepada nilai-nilai murni dalam pembinaan keluarga yang harmoni dan sejahtera dalam masyarakat madani,"

Baca lagi: https://ikram.org.my/ikram-lancar-sbkk-2024-fokus-kesihatan-mental-keluarga/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

06 Nov, 07:56


Diberhentikan Kerja: Apa Hikmah di Sebalik Ujian?

Statistik terkini menunjukkan seramai 293,639 rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan semenjak tahun 2020 sehingga September 2024.

Baca lagi: https://ikram.org.my/diberhentikan-kerja-apa-hikmah-di-sebalik-ujian/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

06 Nov, 01:25


🏕️ PENDAFTARAN XREK 2024
       KINI TELAH DIBUKA!!

Anda remaja tingkatan 3 atau berumur 15 tahun?
Tiada aktiviti cuti sekolah?
Anda inginkan pengalaman tidur di dalam khemah?
Minat aktiviti lasak?
Ingin pelajari cara "survival" di dalam hutan?

💪 Ayuh! Sertai perkhemahan
Ekspedisi Remaja Kental (XREK)
🗓️ 21 - 23 Disember 2024
📍Gopeng Tree Tent Campsite, Perak https://g.co/kgs/VPgsPP6

ISTIMEWA XREK24 😍
🎁 Windbreaker IKRAMTeens
🎁 Sijil Pertolongan Cemas

PENYERTAAN ADALAH TERHAD
Ayuh daftar SEGERA! 👇
https://linktr.ee/xrek2024

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
‼️ 7 DISEMBER 2024 ‼️

Sebarang pertanyaan, hubungi:
🤳🏻 Abdellah https://wa.me/60126847804
🤳 Amani https://wa.me/601169567179

#XREK2024
#ikramteensmalaysia
#menyerlahjauhdaripadabiasa
#handsoffrafah2024
--------------------------
Follow & Like Instagram, Facebook & TikTok IKRAMTeens Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

06 Nov, 01:24


📢 LIVE🔴 Sekarang! Pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan IKRAM 2024! 📢

Rebut peluang untuk mendengar perkongsian hebat dalam Bual Bicara "Cabaran Kesejahteraan & Kesihatan Mental dalam Kalangan Anak Muda" 🎙 bersama panel-panel berpengalaman.

📅 Tarikh: 6 Nov 2024 (Rabu)
🕒 Pelancaran SBKK: 9:00 pagi
🕒 Bual Bicara: 11:00 pagi - 12:30 tengahari

📺 Siaran Langsung:
YT: https://www.youtube.com/live/1XvkHntVSbk?si=eOx44t-fi_5zvWjU
FB: https://www.facebook.com/share/5h6BQfiGzyidjNEz/

Mari bersama kita raikan kasih sayang keluarga, kesejahteraan mental, dan kesejahteraan masyarakat.

Pertubuhan IKRAM Malaysia

29 Oct, 05:53


Pemakanan Prakehamilan Seimbang Kunci Kesihatan Bayi

Kehamilan adalah satu fasa yang penting dalam kehidupan seseorang wanita, bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.

Baca lagi: https://ikram.org.my/pemakanan-prakehamilan-seimbang-kunci-kesihatan-bayi/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

25 Oct, 05:01


Belanjawan 2025 dan Kesejahteraan Ekonomi Keluarga

Belanjawan yang telah dibentangkan dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” dilihat signifikan dengan keperluan semasa rakyat.

Baca lagi: https://ikram.org.my/belanjawan-2025-dan-kesejahteraan-ekonomi-keluarga/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

23 Oct, 08:13


Bersama Atasi Kes Penderaan & Pengabaian Kanak-kanak

Sehingga November 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Baca lagi: https://ikram.org.my/bersama-atasi-kes-penderaan-pengabaian-kanak-kanak/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

22 Oct, 08:39


Aplikasi Schola: Terokai Kecenderungan Kerjaya Anak

Anak-anak muda yang terperangkap dalam kitaran pilihan yang terhad dan membuat keputusan melulu kerana kekurangan maklumat, akan mensia-siakan potensi kerjaya jangka panjang mereka.

Baca lagi: https://ikram.org.my/aplikasi-schola-terokai-kecenderungan-kerjaya-anak/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

18 Oct, 04:46


Krisis Kemanusiaan Gaza Menyingkap Kesedaran Global

Menurut Anas, konflik Gaza telah menjadi cermin yang memantulkan realiti pahit sistem yang dipakai guna kini. "Prinsip-prinsip demokrasi, liberalisme dan hak asasi manusia yang sering dilaung-laungkan hanyalah suatu penipuan semata-mata," ujarnya.

Baca lagi: https://ikram.org.my/krisis-kemanusiaan-gaza-menyingkap-kesedaran-global/

#MalaysiaNegaraRahmah
#PalestinDiHati

Pertubuhan IKRAM Malaysia

18 Oct, 04:20


Jom Mulakan Perjalanan Perkahwinan Anda dengan SMARTSTART 2.0!

Adakah anda individu bujang yang prihatin dan ingin mendalami ilmu perkahwinan sebagai persediaan untuk mendapat kebahgiaan?

SMARTSTART 2.0 adalah program khusus yang dirancang khas untuk anda!

Dalam program ini, anda akan mempelajari ilmu-ilmu penting tentang alam perkahwinan dan perhubungan sosial dalam rumahtangga selama 2 hari.

Anda akan belajar tentang:

Perancangan perkahwinan yang efektif
Teknik komunikasi berkesan untuk mengelakkan konflik
Persiapan mental untuk menghadapi cabaran perkahwinan
Pembinaan sikap positif untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga
Menangani konflik dalam rumahtangga dengan bijak

BUTIRAN:

Sesi 1:
🗓️ 16 November 2024 (Sabtu)
📍Dalam Talian

Sesi 2:
🗓️ 23 November 2024 (Sabtu)
📍HOTEL ALAMIS CITY, Kuala Lumpur

Syarat:
1. Peserta perlu hadir sepenuhnya 2 hari (2 sesi) untuk layak diberikan sijil penyertaan.

Faedah lain:
1. Percuma ( kos biasa RM300 ) istimewa sempena bulan keluarga kebangsaan.
2. Penceramah yang berpengalaman dari LPPKN .
3. Makanan dan tempat bertaraf eksklusif disediakan pada kursus SESI 2; 23 Nov.

Terbuka kepada pelbagai bangsa & agama. Daftar sekarang dan mulakan perjalanan menuju kebahagiaan perkahwinan yang berkekalan!

https://form.jotform.com/advokasinasional/pendaftaran-smartstart-20

Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan perjalanan perkahwinan anda dengan SMARTSTART 2.0!

#smartstart2.0

Pertubuhan IKRAM Malaysia

17 Oct, 06:34


Sibuk Kejar 'Content': Jangan Menyerupai Jantina Lain

Kebelakangan ini menyaksikan satu fenomena yang semakin berleluasa: lelaki Islam berpakaian wanita atau wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki.

Baca lagi: https://ikram.org.my/sibuk-kejar-content-jangan-menyerupai-jantina-lain/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

15 Oct, 03:28


Salahkah Suami Tidak Beri Nafkah kepada Isteri Bekerja?

Dalam situasi isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, sering timbul persoalan: adakah suami masih wajib menyediakan nafkah kepada isteri? Adakah suami bersalah sekiranya tidak memperuntukkan nafkah?

Baca lagi: https://ikram.org.my/salahkah-suami-tidak-beri-nafkah-kepada-isteri-bekerja/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

14 Oct, 03:48


Bahaya Sikap Ghuluw: Bersederhanalah Dalam Beragama

Fenomena ghuluw (melampaui batas) terdapat dalam mana-mana aspek kehidupan. Apa yang saya maksudkan pada pagi ini ialah ghuluw dalam kalangan umat di Malaysia.

Baca lagi: https://ikram.org.my/bahaya-sikap-ghuluw-bersedehanalah-dalam-beragama/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

11 Oct, 06:58


Kes Bunuh: Apakah Punca Berleluasanya Jenayah Ini?

Sejak tahun 2021 hingga bulan Jun lalu, sebanyak 860 kes jenayah bunuh telah dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara. Keadaan ini bermakna sebanyak purata lima kes bunuh telah direkodkan berlaku dalam tempoh seminggu.

Baca lagi: https://ikram.org.my/kes-bunuh-apakah-punca-berleluasanya-jenayah-ini/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

11 Oct, 06:57


Hentikan Budaya ‘Spill the Tea’, Jangan Dedah Aib Orang

Di tengah hiruk-pikuk media sosial, manusia kini terjebak dalam kegilaan mengorek aib orang lain, dengan alasan untuk menghibur atau sekadar mencari sensasi.

Baca lagi: https://ikram.org.my/hentikan-budaya-spill-the-tea-jangan-dedah-aib-orang/

#MalaysiaNegaraRahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

10 Oct, 07:46


6 Langkah Penting Menjadi Mahasiswa Mahawangsa

Konsep Mahawangsa digunakan oleh Profesor Datuk Dr Awang Sariyan (2020), penyandang Kursi Za’ba Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, Malaysia bagi menggambarkan holistik.

Baca lagi: https://ikram.org.my/6-langkah-penting-menjadi-mahasiswa-mahawangsa/

#MalaysiaNegaraRahmah