Faedah: Tidak dibenarkan melakukan sujud di luar solat, tanpa sebab.
Dalam Fatḥ al-Muʿīn (1/142):
ولا يحل التقرب إلى الله تعالى بسجدة بلا سبب ولو بعد الصلاة.
"Tidak halal mendekatkan diri kepada Allah dengan sujud tanpa sebab, walaupun di luar solat."
Teks Sh. Islām Zakariyya al-Ansari dalam Asnā al-Maṭālib (1/199):
(وَلَوْ تَقَرَّبَ إلَى اللَّهِ) تَعَالَى (بِسَجْدَةٍ مِنْ غَيْرِ سَبَبٍ حَرُمَ) وَلَوْ بَعْدَ صَلَاةٍ كَمَا يَحْرُمُ بِرُكُوعٍ مُفْرَدٍ وَنَحْوِهِ؛ لِأَنَّهُ بِدْعَةٌ، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ إلَّا مَا اُسْتُثْنِيَ
"Jika seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan sujud tanpa sebab, maka perbuatan tersebut adalah haram, meskipun dilakukan selepas solat.
Sebagaimana haramnya melakukan rukuk semata-mata, atau perbuatan serupa lainnya. Hal ini kerana ia adalah bidaah, dan setiap bidaah adalah sesat, kecuali yang dikecualikan."
Maksud tanpa sebab tersebut adalah tanpa sebab yang syar'i bagi sujud, iaitu sujud tilawah, sujud syukur dan sujud sahwi, sebagaimana yang dijelaskan oleh Bijīrmī/ Bujayrimī dalam Ḥashiyat al-Iqnāʿ (1/437):
قَوْلُهُ: (مِنْ غَيْرِ سَبَبٍ) أَيْ مِنْ الْأَسْبَابِ الْمَذْكُورَةِ وَغَيْرِهَا وَهِيَ سَجْدَةُ التِّلَاوَةِ وَالشُّكْرِ وَالسَّهْوِ.
• • • •
Al-ʿIzz bin Abd al-Salam mengingatkan panjang lebar berkenaan isu ini:
فَإِن الشَّرِيعَة لم ترد بالتقرب إِلَى الله سُبْحَانَهُ بِسَجْدَة مُنْفَرِدَة لَا سَبَب لَهَا فَإِن الْقرب لَهَا أَسبَاب وشرائط وأوقات وأركان لَا تصح بِدُونِهَا فَكَمَا لَا يتَقرَّب إِلَى الله بِالْوُقُوفِ بِعَرَفَة ومزدلفة وَرمي الْجمار وَالسَّعْي بَين الصَّفَا والمروة من غير نسك وَاقع فِي وقته بأسبابه وشرائطه فَكَذَلِك لَا يتَقرَّب إِلَى الله ﷿ بِسَجْدَة مُنْفَرِدَة وَإِن كَانَت قربَة إِلَّا إِذا كَانَ لَهَا سَبَب صَحِيح وَكَذَلِكَ لَا يتَقرَّب إِلَى الله بِالصَّلَاةِ وَالصِّيَام فِي كل وَقت وَأَوَان وَرُبمَا تقرب الجاهلون إِلَى الله بِمَا هُوَ مبعد عَنهُ من حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ
"Syariat tidak pernah mengajar untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui sujud semata-mata tanpa sebab.
Sebaliknya, setiap ibadah memiliki sebab, syarat, waktu, dan rukun yang mesti dipenuhi; jika tidak, ia tidak sah.
Sebagaimana seseorang tidak boleh mendekatkan diri kepada Allah dengan berdiri di Arafah, di Muzdalifah, melontar jamrah, atau bersa’i antara Safa dan Marwah tanpa menunaikan ibadah haji yang sah, pada waktunya serta dengan sebab dan syarat yang ditentukan, demikian jugalah halnya dengan sujud. Sujud hanya dianggap sebagai bentuk pendekatan diri kepada Allah jika diasaskan sebab yang disyariatkan sahaja.
Begitu juga, tidak boleh seseorang mendekatkan diri kepada Allah melalui solat atau puasa pada mana-mana waktu, sesuka hatinya tanpa batasan syarak.
Bahkan, kerap kali orang yang 'tidak tahu' cuba mendekatkan diri kepada Allah melalui sesuatu yang, tanpa mereka sedari, sebenarnya lagi menjauhkan mereka daripada-Nya."
Dinukilkan oleh Abu Shāmah dalam al-Bāʿith (h. 61), dan Ibn al-Subkī dalam Ṭabaqāt (8/254).
Wallahu a'lam.
✍ Musaddad Shaʿlami