Zamir Mohyedin @zamirmohyedin Channel on Telegram

Zamir Mohyedin

@zamirmohyedin


Zamir Mohyedin (English)

Are you passionate about spirituality, mindfulness, and personal growth? Look no further than the Zamir Mohyedin Telegram channel! Zamir Mohyedin, a renowned spiritual guide and teacher, shares his wisdom, insights, and practices to help you on your journey towards self-discovery and inner peace. This channel is a space for like-minded individuals to connect, learn, and grow together. Whether you are new to spirituality or have been on this path for years, Zamir Mohyedin offers valuable teachings and guidance to support you every step of the way. Join the community today and embark on a transformative journey towards a more conscious and fulfilling life.

Zamir Mohyedin

29 Nov, 04:44


Bila sembang bab movie Interstellar ni, banyak sebenarnya ilmu-ilmu sains yang digunakan dalam ni. Christopher Nolan ni pula memang buat cerita yang buatkan penonton guna kapasiti otak sehabis baik. Kalau bersin semasa tonton movie ni, kebarangkalian anda tak akan faham apa yang berlaku.


Tapi bukan itu yang saya nak cerita. Ada satu babak di mana Cooper masuk ke dimensi lain selepas ditelan Black Hole Gargantua. Ini penjelasan saya.

Baca artikel saya di sini.
https://kosmoskita.com/filem-sains/interstellar-2014-tak-masuk-akal-tapi/

Zamir Mohyedin

28 Nov, 21:43


Orang selalu ingat petroleum yang kita duk isi dalam tangki kereta berasal daripada fosil dinosaur. Walaupun betul bahan bakar fosil (fossil fuel) berasal daripada fosil, ia bukan daripada fosil dinosaur.

Bahan bakar fosil terbahagi kepada tiga iaitu petroleum yang lazimnya digunakan untuk kenderaan, gas asli yang biasa kita guna untuk memasak dan arang yang digunakan untuk jana elektrik.

Arang ini asalnya daripada fosil tumbuhan yang mati ketika Zaman Karboniferus sekitar 300 juta tahun lalu iaitu berjuta-juta tahun sebelum wujudnya dinosaur.

Zaman ini dinamanakan Karboniferus sebab di zaman inilah lapisan arang di dalam tanah mula terbentuk.

Masa zaman ini, banyak paya terbentuk di darata. Apabila tumbuhan mati, ia terus jatuh ke dalam air. Kemudian ia tertimbus selama jutaan tahun dan fosil ini akan tertanam jauh ke dalam sehingga tingginya tekanan. Tekanan yang kuat telah membuatkan tumbuhan ini menjadi arang.

Petroleum dan gas asli pula banyak berasal daripada organisma laut purba, terutamanya plankton dan alga. Sekitar 70% minyak yang dikorek hari ini berasal daripada hidupan laut purba yang hidup ketika Zaman Jura dan Batu Kapur.

Iya, ini merupakan zaman dinosaur sekitar 200 juta hingga 66 juta tahun lalu. Tetapi sumber minyaknya bukan daripada fosil dinosaur. Apabila hidupan laut purba ini mati, ia akan tertimbus di dasar laut. Apabila ia tertimbus selama jutaan tahun, fosil ini akan tertanam jauh ke dalam sehingga tingginya tekanan. Tekanan yang kuat telah membuatkan organisma ini menjadi petroleum dan gas asli.

Fosil dinosaur tak dapat jadi sumber tenaga kerana mereka mati di darat yang penuh dengan oksigen bebas (O²). Oksigen bebas menyebabkan badan dinosaur terurai menjadi karbon dioksida dan air, jadi tiada lagi tenaga yang tinggal. Tulang jelah yang tinggal.

Tak sama macam organisma yang mati tanpa oksigen bebas yang mana sifat organiknya masih terpelihara di dalam timbusan tanah sebelum terurai. Jadi, tenaga itu masih tersimpan yang manusia guna untuk hidup di zaman moden ini.

Zamir Mohyedin

27 Nov, 03:39


Tak tahu lah zaman sekarang makin bertambah atau tidak ahli-ahli yang mempercayai bumi itu rata. Di sini saya ada bagi penjelasan yang menyatakan kenapa bumi berbentuk sfera.

Baca artikel saya di sini.

https://kosmoskita.com/angkasa-kita/kenapa-bumi-sfera-bukan-rata/

Zamir Mohyedin

24 Nov, 04:28


Biasa dengar cerita pasal Tarzan kan? Di mana kanak-kanak yang dibesarkan di dalam hutan dan haiwan.

Tapi kali ini lain pula. Satu eksperimen yang dilakukan oleh manusia untuk ubah cimpanzi menjalani kehidupan seperti manusia.

Baca artikel penuh saya di sini. Ada banyak lagi artikel menarik tentang sains dan kehidupan.

https://kosmoskita.com/kejuruteraan-genetik/cubaan-chimpanzi-jadi-manusia/

Zamir Mohyedin

19 Nov, 09:26


Selain daripada sungai, negeri-negeri Pantai Timur dan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia ini pun terpisah dengan gunung-gunung, terutamanya Banjaran Titiwangsa.

Benda menariknya, adanya banjaran ini menandakan Pantai Timur dan Pantai Barat pernah terpisah suatu ketika dahulu.

Semenanjung Malaysia ini asalnya dua tanah berbeza (Pantai Timur & Pantai Barat) yang terpisah dengan Lautan Paleo-Tethys 400 juta tahun lalu.

Dua tanah ini berlanggar ketika zaman Triassic 250 juta tahun lalu, kemudian terbentuknya Banjaran Titiwangsa.

Kalau kita jumpa mana-mana banjaran, biasanya tanah itu asalnya terbelah dua. Banjaran terbentuk apabila dua plat/tanah ini berlanggar.

Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia misalnya, terjadi disebabkan oleh pelanggarab plat India dengan benua Asia sekitar 50 juta tahun lalu.

Zamir Mohyedin

15 Nov, 07:37


Badak air nampak lunak dan jinak. Tapi saintis anggap badak air sama bahaya dengan singa. Daya gigitannya adalah paling kuat dalam kalangan haiwan darat. Lebih kuat daripada singa & harimau.

500 orang mati diserang badak air setiap tahun berbanding singa (22 orang mati setahun).

Badak air adalah mamalia darat terbesar selepas gajah dan badak sumbu. Beratnya boleh mencecah 1500 kg.

Dalam BI badak air = hippopotamus yang sebenarnya bermaksud "kuda sungai".

Menariknya, susur galur keturunan badak air lebih rapat dengan paus (whale) berbanding badak sumbu. Badak sumbu pula lebih rapat dengan kuda.

Badak air tak ada pemangsa (predator) sebab ia agresif dan saiznya agak besar. Dengan kata lain, di darat singa takut, di air buaya takut dengan badak air.

Zamir Mohyedin

13 Nov, 07:50


Pengangkutan angkasa akan sampai kemuncaknya bukan ketika manusia mencipta roket selaju cahaya sebab selaju cahaya pun sangat lambat untuk bergerak di angkasa yang sangat luas.

Kemuncaknya apabila;

1. Manusia berjaya mengawal dan manipulasi ruang-masa sehingga membolehkan kapal angkasa dibawa melebihi kelajuan cahaya — teknologi "Warp Drive". Rujuk gambar 👇

2. Manusia berjaya hasilkan atau kawal lohong cecacing (wormhole) yang boleh memendekkan perjalanan dengan lipatan ruang-masa.

Kedua-dua ini mustahil lagi setakat ini sehinggalah tenaga negatif dan jirim eksotik ditemui.

Zamir Mohyedin

11 Nov, 13:08


Cahaya merupakan objek terpantas di alam semesta. Dalam masa sesaat, boleh keliling Bumi 7-8 kali. Tapi berapa lama masa diambil untuk kita pergi tempat-tempat tertentu di angkasa dengan kelajuan cahaya?

Rujuk gambar 👇

Kelajuan cahaya ini memang laju berdesup pada mata kita. Tapi kalau pergi ke skala kosmos, sangat lambat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan kelajuan cahaya.

Zamir Mohyedin

30 Oct, 04:37


Sekarang ramai sibuk nak healing sana healing sini. Ada macam-macam cara untuk seorang manusia healing. Tapi tanpa kita tahu rupanya Bumi kita ni pun ada "self healing"

Boleh baca artikel saya tulis tentang bagaimana Letusan Gunung Berapi self healing bumi.

https://kosmoskita.com/sains-teknologi/letusan-gunung-berapi-self-healing-untuk-bumi/

Zamir Mohyedin

27 Oct, 10:15


Anda pernah terfikir tak macam mana para saintis boleh berikan anggaran umur sesebuah rangka atau fossil yang ditemui? Ada kalendar ke? Ada buku log ke?

Atau kita hanya percaya saja apa yang dikeluarkan daripada para saintis ni?
Baca artikel saya di sini. Saya ada terangkan lebih detail

https://kosmoskita.com/sains-teknologi/bagaimana-saintis-meneka-umur-fosil/

Zamir Mohyedin

26 Oct, 14:05


Cerita di sebalik gambar ini benar-benar terjadi. Lucille Chalifoux, seorang ibu kepada 4 orang anak dalam gambar ini terpaksa menjual anak sendiri sebab tak ada duit nak teruskan hidup. Hampir dihalau oleh pangsapurinya.

Kesusahan Lucille mendapat perhatian ramai orang. Jadi, ditawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai untuk menanggung keluarganya. Tapi sayang, masih tak tertanggung. Nak tak nak, memang anaknya dijual.

Mungkin apabila tiada tanggungan, hidupnya mungkin boleh stabil. Tambah lagi, mungkin anaknya boleh dapat kehidupan yang lebih baik dengan orang lain. Tapi sayang betul, anaknya pun tidak membesar dengan selesa.

Rae dan Milton, anak ke-2 dan ke-3 dijual kepada keluarga Zoeteman dengan masing-masing berharga $2. Mereka tidak dilayan seperti anak sendiri, tapi seperti hamba. Jadi buruh di ladang. Itu satu hal dah.

Tidur pun bukan di rumah, tapi di kandang. Mereka menerima penderaan fizikal dan emosi yang teruk. Rae pernah diculik dan dirogol, mengandung pada usia muda.

Lana (anak pertama) dan Sue (anak keempat) tak dapat dipastikan pengalaman mereka membesar. Tapi Sue pernah cakap pasal maknya, “She needs to be in Hell burning.”

Dalam gambar ini ada seorang lagi anak yang belum lahir iaitu David. David diambil sebagai anak angkat oleh keluarga McDaniel dan membesar dengan baik.

Rupanya masa kecil, David selalu datang ke kandang keluarga Zoeteman untuk melepaskan rantai yang mengikat abang kakaknya.

Walaupun adik-beradik lain mempunyai pandangan yang buruk terhadap emaknya, David masih boleh bersangka baik. Dia cuma rasa maknya tersilap, mahu meneruskan hidup dan tidak mahu anak-anaknya mati.

Pandangan berbeza ini sebenarnya tidak dapat dinafikan lahir daripada persekitaran juga. David mungkin senang memaafkan emaknya sebab David membesar dengan baik. Abang kakaknya pula tidak mempunyai kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Tidak dapat tidak, emaknya perlu dipersalahkan.

Di akhir cerita, adik-beradik ini dapat bersatu kembali setelah dewasa kecuali kakak sulung, Lana yang meninggal dunia lebih awal disebabkan kanser.

Zamir Mohyedin

23 Oct, 09:43


Saya baca laporan berita, ada kemungkinan bunyi dentuman kuat di Ipoh baru-baru ini disebabkan oleh runtuhan batu kapur dalam gua. Kemungkinan sahajalah, siasatan sedang lanjut perlu dibuat.

Cumanya bila keluar pandangan itu, saya teringat bunyi yang sangat kuat pernah dikesan di dalam laut masa tahun 1997. Asal-usul bunyi itu pun misteri juga, tak tahu punca.

Tapi disebabkan pada ketika itu manusia baru sahaja meneroka lautan sebanyak 5% (sekarang dah 30%), ada teori yang keluar bunyi itu dihasilkan oleh makhluk gergasi yang sangat besar.

Mungkin ramai yang tak tahu, paus (paus biru terutamanya) berupaya menghasilkan bunyi yang kuat, dapat mencecah sehingga 188 decibel. Kekuatan bunyi ini sebenarnya boleh hancur gegendang telinga kita. Malah, bunyi sekuat ini boleh bergerak lebih 1,000 kilometer.

Kita tak dengar sebab bunyinya berfrekuensi rendah. Saintis guna hidrofon untuk rekod bunyi ini.

Cuma nak beritahu, bunyi kuat yang dikesan oleh NOAA masa tahun 1997 itu dapat didengari sehingga 5,000 km. Sangat jauh dan bermakna sangat kuat. Bunyi yang lebih kuat dari yang dihasilkan oleh puas biru dan mana-mana haiwan pun.

Jadi, ada teori keluar, bunyi ini dihasilkan oleh makhluk gergasi yang saiznya 5-6 kali ganda lebih besar dari paus baru. Untuk pengetahuan anda semua, paus biru ini haiwan terbesar yang pernah wujud di muka Bumi, berganda lebih besar dari dinosaur.

Sama ada makhluk gergasi ini buat bunyi ataupun mungkin haiwan kecil sahaja yang buat bunyi tapi dia ada kotak suara yang padu. Masa itu, idea ini macam tak mustahil sebab manusia tak teroka banyak lagi lautan.

Gambar yang saya tunjuk ini adalah gambaran makhluk tersebut. Tak tahu mana asal-usul gambar ini. Haiwan ini dinamakan "Bloop" sebab bunyi yang dihasilkan itu memang bunyi "bloop".

Misteri dentuman bunyi dasar laut ini selesai pada tahun 2005 apabila NOAA dapat kenal pasti bunyi tersebut datang daripada runtuhan bongkah ais di dasar laut.

Lautan ini memang misteri, lebih-lebih haiwan yang tinggal jauh di dasar laut. Sotong gergasi antara haiwan yang dah banyak kali manusia jumpa tapi susah nak dikaji di habitat semulajadinya sebab tempat tinggalnya di kawasan laut yang dalam dan gelap.

Zamir Mohyedin

22 Oct, 13:57


Antelop saiga, satu-satunya spesis dalam genusnya sendiri. Muncul sekitar 100,000 tahun lalu. Merupakan keluarga jauh bagi spesis-spesis gazel. Hidungnya unik, digunakan untuk menapis pasir dan memanaskan udara sejuk yang masuk ke dalam hidung ketika musim sejuk.

Populasi antelop saiga telah menurun secara mendadak dalam tempoh beberapa dekad ini disebabkan oleh peningkatan perburuan. Tahun 2015 menyaksikan sejenis spesies bakteria telah menghapuskan 200,000 antelop saiga. Pada tahun 2016-2017 turut menyaksikan kematian spesis ini yang banyak, juga disebabkan oleh wabak penyakit.

Populasi mereka mencapai 1.25 juta pada tahun 1970-an. Kini dianggarkan hanya tinggal 50,000 ekor sahaja.

Zamir Mohyedin

15 Oct, 09:56


Adakah teori evolusi benar?
Adakah manusia berevolusi dari beruk?
Apakah bukti evolusi?
Adakah Darwin seorang ateis?
Apa yang pemikir-pemikir Islam bahas tentang evolusi?

Dan banyak lagi persoalan yang mungkin ramai tertanya.

Dalam tempoh 2 jam, kita akan bahas isu seputar evolusi. Itu tempoh yang saya rasa cukup panjang. Biasa 1 jam saja. Saya akan buka juga sesi soal jawab nanti.

Bagi yang berkelapangan jom hadir.

Tarikh: 19 Oktober (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: The Patriots Malaysia, Taman Sri Rampai, KL (Google Map saja terus jumpa).

Jangan benci pada perkara yang kita tak faham. Nilai lepas kita dengar dan renung. Insya-Allah bermanfaat.

Zamir Mohyedin

14 Oct, 09:43


Siapa yang follow tentang teknologi, startup, dan science mesti kenal Elon Musk. Semua maklum beliau mula melibatkan diri dalam pembinaan roket selepas beliau menjual saham beliau di Paypal.

Ramai menentang cadangan beliau bina kapal angkasa yang boleh mendarat dengan sendiri dan telah gagal 3kali percubaan. Percubaan ke-4 beliau berjaya buktikan pada dunia, idea beliau adalah "real"

Dan Elon Musk dan Space X menggemparkan dunia lagi sekali dengan pendaratan roketnya di tapak pelancaran yang hanya disambut tangan besi gergasi.

Baca artikel di sini : https://kosmoskita.com/sains-teknologi/spacex-cipta-sejarah-lagi-sekali/

Zamir Mohyedin

13 Oct, 12:00


Pernah dulu viral tentang gambar matahari yang ada tompok hitam yang sangat besar.

Dikatakan luasnya tompok hitam ni boleh muat 60 buah planet bumi.

Dan menariknya tempat tompok hitam yang anda lihat di permukaan matahari dikatakan mempunyai suhu paling sejuk berbanding permukaan yang lain.

Sejuk tu bukanlah macam aircond. Masih beribu-ribu celcius.

Baca artikel penuh di sini
https://kosmoskita.com/angkasa-kita/gangguan-coronal-hole-terhadap-bumi/

Zamir Mohyedin

11 Oct, 10:49


Ini gambar Taufan Milton dari angkasa lepas. Punya besar taufan ini, kalau sampai Malaysia, boleh meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Kelajuan angin nak cecah hampir 300 km/j.

1. Kejadian taufan, secara umumnya, bermula di kawasan laut yang hangat. Kawasan ini berada di khatulistiwa (equator).

2. Kehangatan kawasan air laut ini membolehkan proses penyejatan (air bertukar jadi wap) terjadi. Wap yang terbentuk akan naik ke atas, kemudian ia jadi sejuk, bertukar jadi air semula. Lalu, terbentuklah awan.

3. Proses ini berterusan sehingga terbentuknya tiang awan yang besar. Awan ini dipanggil sebagi awan kumulonimbus.

4. Apabila banyak wap naik ke atas, kawasan permukaan laut akan jadi kawasan bertekanan rendah. Benda ini menyebabkan udara dan angin di sekelilingnya akan ditarik di kawasan tekanan rendah ini.

5. Disebabkan kesan coriolis putaran Bumi, angin yang ditarik ini akan berpusar sekali dengan awan kumulonimbus tadi, lalu terbentuklah ribut. Disebabkan kesan coriolis ini, taufan lazimnya tak berlaku di khatulistiwa.

6. Bila angin ini cukup laju, bolehlah jadi taufan. Saiz taufan boleh mencecah sampai 2,000 km punya diameter. Kalau nak bayang, dua kali ganda Bornea punya saiz.

7. Kejadian taufan membawa kepada bencana lain seperti tornado, hujan lebat dan banjir.

Lebih 3 juta buah rumah terputus bekalan elektrik. 17 orang dah terkorban.