Karya PiS @karyapis Channel on Telegram

Karya PiS

@karyapis


Kedai Buku Online www.karyapis.com

Karya PiS (Indonesian)

Selamat datang di Karya PiS! Sebuah kedai buku online yang menyediakan berbagai macam buku untuk memenuhi kebutuhan literasi Anda. Channel Telegram kami, dengan username @karyapis, adalah tempat yang tepat bagi pecinta buku untuk menemukan bacaan yang menarik dan bermanfaat.

Karya PiS hadir dengan visi untuk menyebarkan kecintaan pada literasi dan membantu masyarakat Indonesia meningkatkan pengetahuan melalui membaca. Dengan koleksi buku yang beragam dan terupdate, kami ingin menjadi teman setia bagi Anda dalam mengeksplorasi dunia pengetahuan.

Siapa sebenarnya Karya PiS? Kami adalah tim yang berdedikasi tinggi dalam dunia literasi dan senantiasa berusaha memberikan yang terbaik bagi para pembaca. Dibawah bimbingan website www.karyapis.com, kami menyediakan akses mudah untuk membaca dan membeli buku-buku berkualitas tanpa harus meninggalkan rumah.

Apa yang bisa Anda temukan di Karya PiS? Segala jenis buku, mulai dari fiksi hingga non-fiksi, dari buku anak-anak hingga buku pendidikan, dapat Anda temukan di channel Telegram kami. Kami juga menyediakan ulasan singkat, rekomendasi bacaan, serta promo menarik untuk memberikan pengalaman berbelanja buku yang menyenangkan dan berharga.

Jadi, jangan ragu untuk bergabung dengan Karya PiS di channel Telegram @karyapis dan mulailah petualangan literasi Anda bersama kami. Mari bersama-sama menjadikan membaca sebagai gaya hidup yang menarik dan inspiratif. Sampai jumpa di Karya PiS!

Karya PiS

18 Feb, 07:59


Petah bercakap juga ujian

Kata ʿAbd al-Raḥmān al-Awzāʿī (m. 156H):

‌مَا ‌بلي ‌أحد ‌في ‌دينه ‌ببلاء ‌أضر عَلَيْهِ من طلاقة لسانه
Tidak ada ujian dalam agama seseorang yang lebih berbahaya daripada kepetahan lidahnya.

[Rawḍat al-ʿUqalāʾ, hal. 46]

Follow: t.me/karyapis

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

Karya PiS

18 Feb, 02:13


𝐀𝐣𝐚𝐥 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚…

Allah berfirman:

“𝐷𝑎𝑛 (𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡𝑙𝑎ℎ), 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑘𝑎𝑛 (𝑘𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑎𝑛) 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑖𝑏𝑎 𝑎𝑗𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎. 𝐷𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑎𝑛𝑁𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛.”
(Surah al-Munafiqun 63:11)

Kematian tidak menunggu taubat kita, tidak menunggu kita berubah, dan tidak menunggu kita “cukup masa” untuk berbuat baik. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡-𝐥𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡.

Gunakan setiap hari untuk 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐮𝐛𝐚𝐭, 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. Kerana kita tidak tahu, 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚? 💔

Follow: t.me/karyapis

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

Karya PiS

18 Feb, 01:00


Sis rasa macam tak puas lah pula bila dah habiskan. Banyak pengajaran yang sis dapat sepanjang baca buku ni, tentang takdir, penghayatan rukun Islam dll. Respect penulis & team Karya PiS sbb berjaya terbitkan novel yang unik & lain daripada yang lain.” - Ufairah

#KitabTerakhirDiAmbangBara
#KitabDiAmbangBara
#AtTheEdgeOfEmbers

Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8
English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf

Karya PiS

17 Feb, 13:12


Kelas Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis malam ni bermula jam 9.15 inshaAllah.

Untuk sertai, boleh imbas QR dalam buku dan sertai group telegram khas untuk kitab ini.

Karya PiS

17 Feb, 11:49


SEBAIK-BAIK PERSEDIAAN RAMADAN

Kata Imam Ibnu Uthaimin -rahimahullah-:

خَيْرُ مَا يُسْتَقْبَلُ بِهِ رَمَضَان التَّوبَةُ، التَّوْبَةُ النَّصُوحُ مَقْبُولَةٌ مَهْمَا عَظُمَ الذَّنبُ.

"Sebaik-baik cara menyambut Ramadan adalah dengan taubat.
Taubat yang tulus akan diterima, walaupun dosa itu sebesar mana sekalipun.”

[Fatawa Nur 'ala al-Darb 98]

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi -hafizahullah-.

--------------------

📌 Follow:
Telegram Karya PiS: t.me/karyapis
Telegram Ustaz: t.me/mfazilmu

Karya PiS

17 Feb, 11:16


Tidak mengapa jika orang membenci kita kerana menyampaikan kebenaran. Yang penting, kita tetap berpegang kepada prinsip dan tidak membenci mereka membuta tuli kembali.

Kebenaran itu kadang-kadang pahit, tetapi ia tetap kebenaran. Jangan takut dikecam atau dijauhi kerana berkata benar, kerana reda Allah lebih utama daripada reda manusia.

Teruskan menyebarkan kebaikan dengan hikmah dan kasih sayang. Jika orang membenci kerana kebenaran, biarkan mereka. Kita tidak perlu membenci sesiapa saudara kita se-Islam, kerana tugas kita hanyalah menyampaikan, bukan memaksa.

--------------------

📌 #KitabDiAmbangBara

Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8
English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf

Karya PiS

17 Feb, 09:08


Pembangunan Latar Tempat

Antara keseriusan penulis dalam menempa kisah dalam Kitab Terakhir di Ambang Bara adalah pembinaan dan pembangunan latar tempat yang menarik dan merupakan inspirasi penulis daripada sejarah asal dan pengalaman penulis sendiri.

Para pembaca akan dihidangkan dengan pengalaman melalui tempat-tempat menarik dan dapat merasainya melalui perkataan yang diukir dalam Kitab ini. Semua latar tempat yang dibangungkan akan dikembangkan lagi dalam siri ke-2 akan datang Insya Allah, nantikan!

Namun bagi mereka yang masih belum merasai pengalaman ini, anda dijemput untuk mendapatkannya dan merasai sendiri pengalaman yang menarik dalam pengembaraan epik ini.

Kitab Terakhir di Ambang Bara 🔥 menjanjikan pengalaman menarik dengan latar tempat yang menarik untuk diterokai dalamnya!

-Admin M. Faz-

#KitabDiAmbangBara
#KitabTerakhirDiAmbangBara
#AtTheEdgeOfEmbers

--------------------

📌 Tempah di sini:

Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8
English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf

Karya PiS

17 Feb, 07:49


Menerima tetamu

Kata Shaqīq bin Ibrāhīm (m. 194H):

لَيْسَ شَيْءٌ ‌أَحَبُّ ‌إِلَيَّ ‌مِنَ ‌الضَّيْفِ لِأَنَّ رِزْقَهُ وَمُؤْنَتَهُ عَلَى اللَّهِ، وَأَجْرَهُ لِي
Tidak ada sesuatu yang lebih aku sukai daripada menerima tetamu, kerana rezeki dan keperluannya ditanggung oleh Allah, sedangkan pahalanya diberikan kepadaku.

[Siyar al-Salaf al-Ṣāliḥīn, jil. 3, hal. 1126]

Follow: t.me/karyapis

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

Karya PiS

17 Feb, 05:35


Faedah Hadis:

Daripada Abi Malik Al-Asy'ari r.a, katanya Rasulullah ﷺ bersabda:

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا، يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ، يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ، وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ

Sungguh benar-benar akan ada segolongan manusia dalam kalangan umatku yang akan minum arak, mereka menamakannya dengan bukan namanya, dimainkan di atas kepala-kepala mereka alat-alat muzik, dan penyanyi-penyanyi wanita, Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi, dan menjadikan dalam kalangan mereka itu kera dan khinzir-khinzir.

[HR Ibnu Majah no: 4020, sahih, disahihkan oleh Ibnu Taimiyyah Fatawa Al-Kubra 37/6, Ibnul Qayyim dalam Ighasatul Lahfan 1/392, Al-Syaukani dalam Nayl Awtar 8/260, Al-Albani Sahih Ibn Majah 3263 , Ghayah Al-Maram no: 402]

Catatan:

Imam Ibnu Majah rahimahullah meletakkan hadis ini dalam Kitab Al-Fitan bab Al-'Uqubaat (hukuman dan azab Allah). Maksudnya hukuman dan azab yang disebutkan dalam penghujung hadis adalah suatu bentuk amaran keras daripada Rasulullah ﷺ kepada umatnya di akhir zaman. Menjadi kera dan khinzir ada sebahagian ulama menyatakan maskhun (bentuk azab dengan perubahan) itu adalah dengan perubahan tabiat dan perangai seperti kera dan khinzir. Wal'iyazubillah. Tidak sepatutnya seorang penuntut ilmu, ahli agama reda dengan kemaksiatan yang disebarkan melalui penyanyi-penyanyi wanita dengan memberi pelbagai alasan dan masih berhelah menghalalkan sesuatu yang jelas haram.

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi - hafizahullah -.

Karya PiS

17 Feb, 05:03


Mesti beli dan baca. Setiap kita wajib kenal Tuhan Allah, agama-Nya dan Rasul-Nya. Bila dah kenal, wajib dakwah, dakwah adalah tugas kita semua.” - Pembaca

#KitabTerakhirDiAmbangBara
https://my.shp.ee/UeHE2uw

Karya PiS

15 Feb, 09:01


Cara penulis bawa isu agama & kehidupan tu smooth gila. Tak ada rasa macam kena ceramah, tapi tetap buat saya fikir. Banyak part yang tiba2 buat saya terdiam, sebab terasa dekat dengan realiti.” - Komen pembaca.

#KitabTerakhirDiAmbangBara
https://my.shp.ee/UeHE2uw

Karya PiS

14 Feb, 02:00


Tidak boleh berdoa kepada mereka

Kata ibn Taymiyyah (m. 728H):

إنا بعد معرفة ما جاء به الرسول نعلم بالضرورة أنه لم يشرع لأمته ‌أن ‌يدعو ‌أحدًا ‌من ‌الأموات لا الأنبياء ولا الصالحين ولا غيرهم، لا بلفظ الاستغاثة ولا بعيرها، ولا بلفظ الاستعاذة ولا بغيرها، كما أنه لم يشرع لأمته السجود لميت ولا إلى ميت ونحو ذلك، بل نعلم أنه نهى عن كل هذه الأمور، وأن ذلك من الشرك الذي حرمه الله ورسوله.
Setelah mengetahui apa yang dibawa oleh Rasulullah, kita mengetahui dengan pasti bahawa baginda tidak mensyariatkan kepada umatnya untuk berdoa kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, baik nabi, orang soleh, mahupun selain mereka, tidak dengan lafaz istighathah (meminta bantuan) atau selainnya, tidak juga dengan lafaz istiʿādhah (meminta perlindungan) atau selainnya. Sama seperti baginda tidak mensyariatkan sujud kepada mayat atau ke arah mayat, dan sebagainya. Bahkan, kita tahu bahawa baginda melarang semua perbuatan ini, dan bahawa ini termasuk perbuatan syirik yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

[al-Istighāthah fī al-Radd ʿalā al-Bakrī, hal. 411]

Follow: t.me/karyapis

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

Karya PiS

13 Feb, 15:22


Lagi, ulasan pembaca tentang buku novel terbaru PiS, Kitab Terakhir di Ambang Bara, memang deep, mesejnya sampai ke lubuk sanubari, khusus buat sang pembawa mesej tawhid.

#KitabDiAmbangBara
#KitabTerakhirDiAmbangBara

Tempah: https://my.shp.ee/UeHE2uw

Karya PiS

13 Feb, 00:20


Banyak angan-angan

Kata al-Aḥnaf bin Qays (m. 72H):

كثرة ‌الأماني ‌من ‌غرور ‌الشيطان
Banyak angan-angan adalah sebahagian daripada tipu daya syaitan.

[Bahjat al-Majālis, hal. 22]

Follow: t.me/karyapis

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

Karya PiS

12 Feb, 13:52


Alhamdulillah, terima kasih atas ulasan yang dikongsikan oleh para pembaca ❤️

#KitabDiAmbangBara
#KitabTerakhirDiAmbangBara
#AtTheEdgeOfEmbers

--------------------

📌 Tempah di sini:

Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8
English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf

Karya PiS

12 Feb, 13:45


KISAH PERUMPAMAAN (SIMBOLIK): HIKAYAT IMAM IBNUL QAYYIM

Harus menceritakan kisah rekaan yang tidak pernah berlaku, antaranya adalah menceritakan sesuatu yang mempunyai makna simbolik dengan tujuan pengajaran. Hal ini sangat banyak bagi mereka yang rajin menelaah karya Ulama. Antaranya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menukilkan sebuah kisah:

رأتْ فأرةٌ جملًا فأعجبها فَجَرَّتْ خِطَامَهُ فتَبِعَها، فلما وصَلَتْ إلى باب بيتِها وقفَتْ فنادى بلسان الحال: إمَّا أن تَتَّخِذي دارًا تَليقُ بمحبوبِكِ أو محبوبًا يَلِيقُ بداركِ،وهكذا أنتَ: إما أن تَصَلِّيَ صلاةً تليقُ بمعبودِكَ وإما أنَّ تَتَّخِذَ معبودًا يليقُ بصلاتك

“Seekor tikus melihat tali kendali unta, lalu ia berasa kagum dengannya. Maka, ia menggigit dan memotong tali itu. Setelah ia sampai ke pintu rumahnya, ia berdiri dalam keadaan kebingungan dan berkata: Sama ada aku membina rumah yang sesuai dengan apa yang aku cintai, atau aku mencintai sesuatu yang sesuai dengan akalku!”

Ibnul Qayyim kemudian mengulas dan berkata:

“Dan begitulah juga kamu! Sama ada engkau mengerjakan solat yang sesuai dengan Tuhan yang engkau sembah, atau engkau mengambil sembahan yang sesuai dengan solatmu!”

[Badaa'i al-Fawaid 3/217]

Renungan dan Ibrah

Kisah ini adalah amsal (perumpamaan) tentang manusia yang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang, kemudian apabila dia menyedari kesilapannya, barulah dia terperangkap dalam kebingungan.

Kaitan dengan Kualiti Ibadah:

Ibnul Qayyim mengaitkan kisah ini dengan ibadah seseorang. Jika seseorang ingin menyembah Allah dengan sebenar-benarnya, maka solatnya mestilah sesuai dengan kebesaran Allah. Jika solat seseorang dilakukan dengan lalai, asal siap, dan penuh kecuaian, maka seolah-olah dia sedang mencipta Tuhan yang sesuai dengan kualiti solatnya, bukan beribadah kepada Allah yang Maha Agung.

Pesanan yang Mendalam:

1) Jangan sekadar melaksanakan solat sebagai rutin kosong, tetapi hayatilah ia dengan khusyuk, penuh penghayatan, dan sesuai dengan kebesaran Allah.

2) Solat yang tidak sempurna menggambarkan kekurangan iman seseorang. Jika seorang hamba benar-benar mengenali Allah, dia pasti akan berusaha memperbaiki kualiti solatnya dan menjadikannya sebaik mungkin.

3) Kualiti solat menggambarkan hubungan seseorang dengan Allah—sama ada sekadar ritual atau benar-benar menjadi bentuk penghambaan yang tulus.

4) Keharusan menceritakan dan menukilkan kisah rekaan yang tidak pernah berlaku dengan tujuan pengajaran.

Wallahualam.

-M. Faz-

Untuk mendapatkan pengalaman membaca novel yang penuh simbolik dan lebih banyak pengajaran karya M. Faz. Boleh tekan dan dapatkan di pautan di bawah.

Versi Bahasa Melayu:
https://my.shp.ee/haxDfE8

Versi Bahasa Inggeris:
https://my.shp.ee/LJZqGmf

Karya PiS

20 Jan, 13:21


Assalamualaikum wrt.

Kelas pengajian kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis malam ni dah bermula.

Link YouTube (private) telah Ustaz kongsikan dalam group Telegram khas bersama pembaca.

Barakallahu fiikum.

Karya PiS

20 Jan, 12:51


Taubat yang disalahfahami

Kata ibn Taymiyyah (m. 728H):

لَيْسَت التَّوْبَة من فعل السَّيِّئَات فَقَط كَمَا يظنّ كثير من الْجُهَّال لَا يتصورون التَّوْبَة إِلَّا عَمَّا يَفْعَله العَبْد من القبائح كالفواحش والمظالم ‌بل ‌التَّوْبَة ‌من ‌ترك ‌الْحَسَنَات ‌الْمَأْمُور بهَا أهم من التَّوْبَة من فعل السَّيِّئَات الْمنْهِي عَنْهَا
Taubat bukan sekadar dari melakukan kejahatan sahaja seperti yang disangka oleh ramai orang jahil, yang tidak membayangkan taubat melainkan taubat daripada perbuatan buruk, keji dan zalim. Sebenarnya, taubat daripada meninggalkan kebaikan yang diperintahkan adalah lebih penting berbanding taubat daripada melakukan keburukan yang dilarang.

[Jāmiʿ al-Rasāʾil, jil. 1, hal. 228]

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

19 Jan, 14:14


FAEDAH HADIS: HENDAKLAH KAMU MELAZIMI LEMAH LEMBUT (DALAM UCAPAN)

Daripada Aisyah r.a., bahawa sekumpulan Yahudi datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: “As-Saam ’alaikum” (Kebinasaan ke atas kalian). Maka Aisyah pun menjawab: “Ke atas kalian juga, semoga Allah melaknat kalian dan murka Allah ke atas kalian.”

Lalu Nabi ﷺ bersabda:

مَهْلًا يَا عَائِشَةُ، عَلَيْكِ بِالرِّفْقِ، وَإِيَّاكِ وَالْعُنْفَ وَالْفُحْشَ

“Bertenanglah, wahai Aisyah. Hendaklah engkau melazimi kelembutan, dan jauhilah kekasaran dan kata-kata yang keji.”

Aisyah berkata:

“Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?”

Baginda ﷺ menjawab:

“Tidakkah engkau mendengar apa yang aku jawab? Aku telah membalas mereka dengan kata-kata yang sesuai, maka doa aku ke atas mereka akan dimakbulkan, manakala doa mereka terhadapku tidak akan dimakbulkan.”

[HR al-Bukhari]

Hadis ini menekankan kepentingan kelembutan, kebijaksanaan, dan akhlak mulia dalam menghadapi provokasi atau penghinaan daripada orang lain.

Seorang lelaki pernah mencela Imam Waki’ rahimahullah, namun beliau tidak membalasnya.

Lantas, ada yang bertanya:

“Tidakkah tuan mahu membalas kata-katanya?”

Imam Waki’ menjawab:

“Kalau aku balas juga, apa gunanya kita menuntut ilmu?”

[Raudah Al-‘Uqala’, hal. 166]

Catatan:

Demikianlah petunjuk Nabi ﷺ dan Salaf, benar kata Waki' jika kita turut sama memaki hamun, membalas provokasi dengan kata-kata kasar, keji dan buruk apa manfaatnya kita menuntut ilmu?

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah.

Follow Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

Follow Telegram Ustaz: t.me/mfazilmu

Karya PiS

17 Jan, 23:00


Kelas minggu ni DITANGGUHKAN untuk beri ruang kepada Daurah Online “Kisah Nabi Hud & Salih” yang akan dijalankan bersama pembaca inshaAllah.

Kalau nak beli buku ni, boleh ke laman web bukubaru.karyapis.com/nabihud

Karya PiS

16 Jan, 10:27


🤲🏻 Nabi ﷺ bersabda: “Dua [jenis doa] yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika turunnya hujan.” 🌧️

(Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’).

——•———•———

🤲 Doa (ketika azan): bermaksud ketika azan [sedang dilaungkan] atau selepasnya.

(Ketika hujan): bermaksud ketika hujan sedang turun. 🌧️

——•———•———

🤲 Shaykh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Doa dimustajabkan ketika turunnya hujan.” 🌧️

(Majmu’ al-Fatawa, 27/129).

Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

15 Jan, 11:26


𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗙

𝗢𝗹𝗲𝗵: 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝗱𝗵𝗶𝗹 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗟𝘂𝗾𝗺𝗮𝗻𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗮𝗺𝗶𝗹

Umar al-Khattab ada seorang hamba bernama Aslam. Dia pernah bercerita: Satu hari aku bersama Umar di Madinah pada waktu malam. Tiba-tiba kami berhenti di tepi dinding pada pertengahan malam.

Tiba-tiba terdengar seorang wanita berkata kepada anak perempuannya: “Bangunlah wahai anakku, campurkanlah susu dengan air.”

Maka anaknya berkata: “Wahai ibuku, tidakkah engkau tahu apa yang diperintahkan oleh Amirul Mukminin hari ini?”

Ibunya bertanya: “Apa yang dia perintahkan?”

Anak itu menjawab: “Dia memerintahkan supaya tidak mencampurkan susu dengan air.”

Ibunya berkata: “Wahai anakku, bangunlah dan campurkan susu itu dengan air.”

Anak itu menjawab: “Wahai ibuku, demi Allah, tidak patut bagiku untuk mentaati dia di hadapan orang ramai, kemudian aku menderhakainya di belakangnya.”

Umar mendengar kata-kata tersebut, lalu dia berkata: “Wahai Aslam, tandakan pintu rumah ini dan ketahuilah tempatnya.”

Kemudian Umar pergi dari situ. Setelah masuk waktu pagi, Umar berkata: “Wahai Aslam, pergilah ke tempat itu dan lihat siapa wanita itu dan siapakah lelaki yang tinggal bersamanya. Apakah dia sudah bersuami?”

Lalu aku pergi ke tempat itu dan mendapati dia seorang gadis yang belum bersuami. Umar lalu memanggil anak-anak lelakinya dan mengumpulkan mereka. Umar berkata: “Adakah di antara kamu yang berhajat kepada seorang isteri?”

Maka Abdullah berkata: “Aku sudah mempunyai isteri.” Abdul Rahman berkata: “Aku sudah mempunyai isteri.” Maka Asim berkata: “Wahai ayahanda, aku tidak mempunyai isteri, maka kahwinkanlah aku.”

Maka Umar mengahwinkan Asim dengan gadis itu. Lalu gadis itu melahirkan seorang anak perempuan, dan anak perempuan itu melahirkan Umar bin Abdul Aziz.

Rujukan:
(Tarikh Dimashq, 70/153)

__

𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗱𝗺𝗶𝗻:

Kisah ini menceritakan tentang nilai kejujuran, ketaatan kepada perintah pemimpin yang adil, dan keberkatan yang datang daripada sifat-sifat mulia tersebut. Berikut adalah inti dari kisah ini:

1. Kejujuran dan Ketaatan kepada Pemimpin yang Adil:

Anak perempuan dalam cerita ini memegang teguh perintah Amirul Mukminin (Umar al-Khattab), walaupun ibunya menyuruhnya melakukan sesuatu yang bertentangan. Ini menunjukkan sifat amanah dan takut kepada Allah, lebih-lebih lagi dalam urusan yang tidak diketahui oleh orang lain. Dia tidak mahu menderhakai perintah yang benar walaupun tiada sesiapa yang melihatnya.

2. Kepedulian Umar Al-Khattab sebagai pemimpin terhadap Akhlak Masyarakat di bawah naungannya:

Umar al-Khattab bukan sekadar seorang pemimpin yang tegas, tetapi juga sangat mengambil berat tentang kualiti akhlak rakyatnya. Ketika beliau mendengar perbualan itu, beliau kagum dengan keimanan dan kejujuran gadis tersebut. Ini mencerminkan bagaimana pemimpin Islam terdahulu mencari nilai moral tinggi dalam kalangan rakyatnya.

3. Keberkatan Sifat Mulia:

Umar Al-Khattab melihat potensi kebaikan yang tinggi pada gadis itu, lalu beliau mengahwinkannya dengan anaknya, Asim. Hasil daripada perkahwinan ini lahir keturunan yang menjadi pemimpin besar dalam sejarah Islam, iaitu Umar bin Abdul Aziz, yang dikenali sebagai khalifah yang adil dan zuhud. Ini menggambarkan bagaimana sifat kejujuran dan ketakwaan membawa kepada keberkatan dalam keturunan.

Karya PiS

15 Jan, 05:53


🌟 Sesiapa yang meninggalkan petunjuk, dia akan tersesat daripada jalan yang lurus. Dan tiada petunjuk ke syurga, kecuali 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡. Setiap jalan yang tidak disertai petunjuk 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 adalah termasuk jalan-jalan ke neraka dan syaitan yang terkutuk.

———•———•———
📚 Madarij As-Salikin, Ibn Qayyim (2/439)

Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

14 Jan, 09:08


🌟Janganlah kamu merasa lemah, dan jangan kamu bersedih hati.

👉🏻 Jika kata-kata ini diucapkan oleh sahabatmu; ia pasti akan meringankan kesedihanmu…

👉🏻 Dengarlah, Allah ﷻ yang mengucapkannya kepadamu!

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا

Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

13 Jan, 15:15


Kerana inilah, dalam Khutbah Hajah, kita memohon perlindungan daripada Allah daripada kejahatan-kejahatan diri kita sendiri.

Karya PiS

11 Jan, 00:15


Daurah Khas Bersama Pembaca: “Kisah Nabi Hud & Salih”, minggu hadapan inshaAllah, 19 Januari 2025 (Hari Ahad). Nanti admin akan kongsikan pautan untuk akses ke Daurah kepada para pembaca.

Karya PiS

09 Jan, 14:42


🌟 Sesungguhnya 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 adalah kehidupan bersama Pemberi Kehidupan dari awal hingga akhirnya. Oleh sebab itu, disunatkan azan di telinga bayi yang baru lahir ketika ia menangis keluar dari perut ibunya; supaya perkara pertama yang didengarnya adalah: 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 Maha Besar! 📿

———•———•———

🌟 Dan disunatkan talqin kepada orang yang sedang nazak dengan kalimat tauhid ketika ajalnya hampir tiba; supaya perkara terakhir yang didengarnya adalah: Tiada tuhan selain 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡! 📿

———•———•———

🌟 Inilah kehidupan… 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 di awal, dan 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 di akhir…dan di antara keduanya; hidup di bawah naungan 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡! 📿

———•———•———

🌟 “𝐾𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ, 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡𝑘𝑢, 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ𝑘𝑢, ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑘𝑢, 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘𝑢 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑎 𝑎𝑙𝑎𝑚. 𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑢𝑡𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖-𝑁𝑦𝑎. 𝐷𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑚𝑖𝑘𝑖𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑖𝑛𝑡𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑘𝑢, 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎-𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑟𝑖 (𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎-𝑁𝑦𝑎).” 📿

Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

06 Jan, 10:53


Assalamualaikum wrt.

Kelas pengajian kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis malam ni berjalan seperti biasa, pada jam 9.15 malam.

Link YouTube (private) akan dikongsikan dalam group Telegram kelas Ustaz Fashan bila kelas dah bermula nanti.

Barakallahu fiikum.

Karya PiS

05 Jan, 23:21


Apa yang terjadi kalau satu kaum terlalu sombong dan tak nak dengar nasihat? Kisah kaum 'Ad dan Thamud dalam buku ni jawab semuanya! 🏛️ Jom baca dan ambil iktibar. #KisahNabiHudSalih #PengajaranIslam #BukuIslami 👉🏻 bukubaru.karyapis.com/nabihud

Karya PiS

05 Jan, 06:25


[Rakaman] Insan terbaik selepas kewafatan Nabi SAW bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah.

Link: https://youtu.be/eWAAEUaj4jw

Karya PiS

04 Jan, 10:39


𝗡𝗢𝗩𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛

S͟o͟a͟l͟a͟n͟:
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Ustaz.

Apa hukum menyibukkan diri dengan novel dan kisah fiksyen?. Adakah ia dikira bidaah?. Benarkah ia termasuk wasilah dakwah yang diharuskan?.

J͟a͟w͟a͟p͟a͟n͟:
Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

- Asal bagi seorang penuntut ilmu adalah menyibukkan diri dengan ilmu dan wasilah yang membawa kepada ilmu serta menyeru kepadanya. Ini adalah tanggungjawab seorang muslim.

- Namun apabila berbicara tentang wasilah (medium) dakwah. Para Ulama berbeza pendapat adakah wasilah dakwah ini tauqifi (terhenti kepada nas) atau terbuka dengan ruang ijtihad. Yang sahih, ia perlu diperincikan, kerana apabila sesuatu tidak diperincikan maka ia akan terjatuh kepada kerancuan dan kezaliman.

- Antara fiqh yang perlu diperincikan dalam wasilah dakwah adalah kemampuan seorang pendakwah memahami fungsi kisah dan peranannya serta kemampuannya menggunakan keseluruhan jenis kisah untuk menyampaikan dakwah kepada Asnaf al-Mad'uwin (sasaran pendakwah). Ini tidak dinafikan memerlukan kebijaksanaan dan taufiq daripada Allah.

__

Perkara pertama yang perlu difahami adalah pembahagian kisah:

1) Kisah realistik (الواقعية). Ini contohnya adalah kisah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta athar para salaf. Ini adalah prioriti utama bagi seorang pendakwah. Contohnya Kitab Al-Bidayah wa Nihayah oleh Al-Hafiz Ibnu Kathir. Inilah yang telah kita dengan sahabat-sahabat kita berusaha menyebarkan dan menterjemahkannya. Dan ini adalah usul utama yang wajib dikuasai pendakwah. Walhamdulillah tempah dan dapatkan Kisah Nabi Hud dan Soleh a.s yang diterjemahkan oleh Karya Pis di sini:
https://karyapis.com/product/kisah-nabi-hud-salih/?aff=belibuku

2) Kisah fiksyen (الخيالية). Ini contohnya banyak dalam masyarakat kita dan ia telah diterima di seluruh dunia. Ia mempunyai pelbagai tema. Ulama yang mengharamkan kisah fiksyen apabila ia melibatkan penyelisihan terhadap akidah yang sahih, menyeru kepada pengagungan terhadap kesyirikan dan kekufuran (seperti ilmu sihir, astrologi dan seluruh wasilahnya),atau tema cinta yang terlarang, menyeru kepada zina, muqaddimahnya dan seluruh dosa-dosa yang ditegah agama dan fitrah. Adapun jika fiksyen itu mengajak kepada kemajuan urusan dunia seperti sains, fizik dan ilmu-ilmu duniawi yang lain yang ada kebaikan kepada manusia maka ia kembali kepada keharusan. Ini perlu diperincikan.

3. Kisah yang menggabungkan antara realiti dan fiksyen (امتزج فيها الواقع بالخيال). Ini juga hukumnya sama dengan jenis kedua, bagi seorang pendakwah yang telah menguasai ilmu Amsal dan al-Qasas (dalam kategori pertama) insya Allah akan mampu untuk menggunakan wasilah ini. Wasilah ini juga sebenarnya sering disalah fahami oleh segelintir penuntut ilmu dan pendakwah sehingga mereka beranggapan ia adalah sama seperti kisah khurafat dan pendustaan. Namun jika kita meneliti maksud Amsal (perumpamaan) dalam bahasa arab juga mengandungi maksud kisah maka akan jelas bahawa wasilah ini sama sahaja seperti wasilah kedua, bahkan ia dilihat boleh dimanfaatkan apabila seorang pendakwah melihat ada maslahat tertentu untuk menyampaikan mesej dakwah kepada para pembaca secara umum.

__

Saya menasihati penyoal untuk mendaftar di program DPIYT untuk mempelajari subjek tentang ilmu usul dakwah dan wasilah dakwah dengan lebih terperinci. Kerana betapa ramai di luar sana apabila bercakap tentang dakwah, mereka sendiri jahil tentang dakwah, usul dan wasilahnya lalu dengan tanpa rasa malu sering menghukum sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka dalam isu ini sebagai sesat dan menyeleweng.

Wallahualam.

MFAZ.
[𝗔𝗟-𝗙𝗔𝗗𝗛𝗜𝗟 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗦𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗭𝗜𝗔𝗗𝗜]

Karya PiS

04 Jan, 00:41


LIVE sekarang, insan terbaik selepas kewafatan Nabi SAW bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah.

Hari Sabtu | 4 Jan 2025
8.30 - 9.45 pagi

Link: https://youtu.be/BdynhUh-0SA

Karya PiS

03 Jan, 23:04


Kelas pagi ini inshaAllah. Kita akan masuk topik yang baru, tentang insan yang terbaik setelah kewafatan Nabi SAW.

Follow: https://t.me/sharhussunnahustazfashan

Karya PiS

03 Jan, 15:08


“Sesiapa yang tidak mempelajari tauhid, kelak dia akan lihat semua maksiat itu adalah lebih besar dosanya berbanding syirik.”

Satu statement yang teramat benar. Sebab itu ada ulama’ kata pelaku bid’ah lebih sukar untuk bertaubat berbanding pelaku maksiat, kerana apa?

Kerana mereka sudah terkena syubhat pemikiran yang menampakkan seolah ianya satu perbuatan yang baik di sisi agama.

Walaupun ianya dalam konteks bid’ah, namun tidak jauh beza dengan konteks syirik.

Lihat saja fenomena akhir-akhir ini ada segolongan umat islam yang bermati-matian mempertahankan istighasah bil amwat yang jelas-jelas ada unsur syirik akbar di situ dengan alasan ia sama seperti tawassul.

Na’uzubillahi min Dzalik

- 𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻

Karya PiS

02 Jan, 11:23


Bila kita baca kisah kaum Nabi Hud & Salih, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐭𝐮 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐚𝐧𝐜𝐮𝐫 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐭𝐮? Apa silap mereka?

Bayangkan, mereka ni tak kurang hebat. Kaum Ad, fizikal yang kuat macam titan.

Bangunan mereka? Lawa betul, lagi mantap daripada seni bina zaman sekarang.

Kaum Thamud? Mereka ukir gunung jadi rumah. Ukir, bukan main simen-simen macam kita. Tapi akhirnya? Hancur.

𝑻𝒂𝒑𝒊...

Mereka binasa sebab 𝐤𝐞𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐡𝐚𝐧. Tak nak dengar nasihat. Bila Nabi Hud kata jangan sombong, jangan sembah berhala, apa mereka buat? Mereka ketawa dan hina Nabi kita sahaja.

Bila Nabi Salih kata jangan kacau unta betina tu, mereka bunuh pula. Bahkan, mereka merancang untuk bunuh Nabi Salih pula 😱

Kamu rasa zaman sekarang berbeza ke?

Kita mungkin tak sembah berhala batu, tapi kita sembah dunia, sembah duit, sembah pengiktirafan manusia...

Tak salah kerja keras. Tapi, kita kena 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑛𝑐𝑒.

👉 Kita sibuk bina rumah besar, lupa nak bina iman.
👉 Kita sibuk jaga reputasi depan manusia, lupa reputasi dengan Allah.

𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐧𝐢 𝐫𝐞𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚.
Sebab kisah para Nabi bukan sekadar cerita.

📿 Ia ada 𝑝𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡𝑎𝑛 untuk kita.
📿 Ia ada pengajaran yang, kalau betul-betul kita faham, boleh ubah cara dan sudut pandang hidup kita.

Buku ni bukan sekadar bahan bacaan. Dia macam cermin. Baca, dan kamu akan nampak diri kamu di situ.

𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐀𝐚𝐝 & 𝐓𝐡𝐚𝐦𝐮𝐝, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠?

📖 𝐾𝑖𝑠𝑎ℎ 𝑁𝑎𝑏𝑖 𝐻𝑢𝑑 & 𝑆𝑎𝑙𝑖ℎ
💻 bukubaru.karyapis.com/nabihud
💻 bukubaru.karyapis.com/nabihud
💻 bukubaru.karyapis.com/nabihud

Baca sekarang. Sebelum terlambat.

Karya PiS

02 Jan, 09:55


Isu ini agak relevan, ada benarnya bila disebut bahawa ustaz atau pendakwah perlu berhati-hati agar tidak "melampaui batas" dalam usaha menarik perhatian golongan muda.

Dakwah sepatutnya membawa manusia lebih dekat kepada Allah, bukan sebaliknya.

Ustaz atau pendakwah adalah seperti seorang bapa kepada sebuah ummah. Ya betul mereka perlu memahami fitrah manusia, khususnya golongan muda atau orang awam, yang sering kali "membengkok" kerana pengaruh dunia moden. Pendekatan yang bijaksana, penuh kasih sayang, dan tidak melanggar prinsip syarak ialah kunci untuk "meluruskan" mereka tanpa mematahkan semangat atau jiwa mereka.

Namun apa yang lebih penting di sini, jangan sampai "melayan fitrah" itu menjadi alasan untuk mengorbankan prinsip yang hakiki. Fitrah mesti dipandu, bukan dimanjakan.

-𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻

Karya PiS

01 Jan, 07:42


🌟 Para ulama dari Lajnah Daimah lil Iftaa’ menyatakan:
“Shisha, hookah, dan rokok termasuk dalam perkara yang buruk (الخبائث), dan ia adalah haram kerana mengandungi mudarat kepada tubuh badan dan harta. Allah berfirman tentang sifat Nabi Muhammad ﷺ: ‘Dan (baginda) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.’ (Surah Al-A’raf: 157). Telah sahih daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda: ‘Tidak boleh memudaratkan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.’ Maka, tidak dibolehkan menggunakan perkara-perkara ini, menjualnya, atau mempromosikannya.”

———•———
📚 Fatwa Lajnah Daimah (26/351)

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

30 Dec, 06:34


𝗗𝗢𝗔 𝗞𝗛𝗨𝗦𝗨𝗦 1 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕
𝗗𝗢𝗔 𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛

Tukarkan daripada doa khusus awal tahun masihi atau doa khusus 1 Rejab yang tiada asasnya kepada doa yang sahih yang mana ia merupakan sunnah para sahabat yakni doa yang mereka baca tiap-tiap awal bulan Hijriyyah, tidak khusus awal bulan tertentu atau awal tahun semata.

-𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻

Karya PiS

29 Dec, 23:58


𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 1 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕

Mereka bersaing dengan orang barat dalam menyambut ambang tahun baru masihi dengan membangunkan malam tersebut secara khusus disertakan dengan ibadah khusus konon kebetulan dengan malam 1 Rejab yang mana menurut hadis palsu mengatakan ia malam mustajab doa untuk kelihatan islamik.

Sedangkan jika ikut hadis sahih,
𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗢𝗔!

Dan rasanya tiada keperluan untuk mengagungkan apa-apa syiar sempena pertukaran tahun baru masihi dengan mengadakan ritual keagamaan tertentu secara khusus seperti laungan azan, solat hajat atau puasa walaupun diselindung di sebalik alasan kebetulan dengan kemasukan awal bulan Rejab kerana hatta bulan Rejab sekalipun, tiada dalil sahih mengenai ibadah khusus padanya melainkan ia salah satu dari bulan-bulan haram yang digandakan dosa dan pahala menjadi besar nilainya. Itu sahaja.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:
“Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”.
[Tabyin al-‘Ajab, 9]

Imam al-Syaukani pula berkata:
“Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”.
[al-Sail al-Jarrar, 297]

Imam Ibn Rejab berkata:
“Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”.
[Faidh al-Qadhir, 210/4]

- 𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻

Karya PiS

28 Dec, 11:50


📿 Hanya tinggal (doa kamu 🫵🏻) sahaja sebelum kesulitan itu diangkat! 🤲🏻

———•———•———

👉🏻 Mungkin ada antara kita yang berkata kepada diri sendiri:
“(aku hanyalah seorang hamba yang penuh kekurangan), jadi apa gunanya aku berdoa?”

———•———•———

1️⃣ Dalam kisah (𝘈𝘴𝘩𝘢𝘣 𝘢𝘭-𝘎𝘩𝘢𝘳) (penghuni gua), batu besar itu tidak bergerak sehingga ketiga-tiga doa mereka bersatu. Ia berganjak sedikit demi sedikit sehingga akhirnya mereka dapat keluar. 🪨🔓

———•———•———

2️⃣ Doa-doa ibarat batu bata bangunan 🧱
(Doa kamu) adalah salah satu batu bata itu☝️
Fikirkan, mungkin ada seseorang yang sedang sakit dalam keluarga kamu, atau sedang menghadapi kesulitan besar;
Mungkin hanya tinggal satu doa lagi untuk melepaskan mereka 🤲🏻 – dan doa itu adalah (doa kamu) 🫵🏻

———•———•———

3️⃣ Kita tidak tahu doa siapa daripada doa (𝘈𝘴𝘩𝘢𝘣 𝘢𝘭-𝘎𝘩𝘢𝘳) yang paling banyak menggerakkan batu itu 🪨
Tetapi kita tahu bahawa mereka tidak keluar sehingga semua mereka berdoa 🤲🏻

———•———•———

4️⃣ Mungkin hanya tinggal satu doa lagi untuk melepaskan kesulitan (musibah) itu, dan doa itu datang daripada kamu…
Ya, kamu yang meremehkan doamu sendiri 🫵🏻

———•———•———

5️⃣ Allah berfirman: “Sungguh, doa kamu berdua telah dikabulkan” (Surah Yunus: 89)
Nabi Musa dan Nabi Harun memohon kepada Tuhan mereka untuk perkara yang sama, dan Allah memberitahu bahawa doa itu dikabulkan melalui doa kedua-dua mereka bersama 🤲🏻

———•———•———

6️⃣ Setiap kisah dalam Al-Quran tentang doa yang dikabulkan daripada sekumpulan manusia menunjukkan bahawa doa-doa mereka bersatu dan saling menguatkan 🤲🏻

———•———•———

7️⃣ Jangan kedekut berdoa untuk keluarga, sanak saudara, dan umat Islam;
Mungkin hanya tinggal satu (doa kamu) untuk melepaskan segalanya! 🤲🏻

Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية

Follow: t.me/karyapis

Agar Doamu Tidak Tertolak
bukubaru.karyapis.com/acceptmydua

Karya PiS

28 Dec, 10:50


📌 Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله تعالى berkata:

وكثير من المنتسبين إلى العلم يبتلى بالكبر ، كما يبتلى كثير من أهل العبادة بالشرك ، ولهذا آفة العلم الكبر ، وآفة العبادة الرياء ، وهؤلاء يحرمون حقيقة العلم .

"Banyak orang yang mengaku berilmu diuji dengan sifat sombong, sebagaimana banyak ahli ibadah diuji dengan syirik. Oleh sebab itu, penyakit ilmu adalah kesombongan, dan penyakit ibadah adalah riya'. Mereka ini diharamkan untuk meraih hakikat ilmu."

Rujukan:
[Al-Radd 'ala al-Shazhili (halaman 207)]

Karya PiS

27 Dec, 16:15


𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗢𝗔

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا سَأَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيُكْثِرْ، فَإِنَّمَا يَسْأَلُ رَبَّهُ
(صحيح الجامع 591)

“Jika seseorang daripada kamu berdoa, maka hendaklah dia memperbanyakkan (permintaan). Sesungguhnya dia sedang memohon kepada Tuhannya (Yang Maha Pemurah).”

𝙍𝙪𝙟𝙪𝙠𝙖𝙣:
[Sahih Al-Jami' 591]

𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻:

- Maksud hadis ini ialah apabila kita berdoa kepada Allah, kita digalakkan untuk meminta banyak perkara, sama ada perkara duniawi ataupun akhirat. Jangan rasa malu atau segan untuk meminta apa sahaja yang kita hajatkan. Ini kerana kita sedang berdoa kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Kaya, yang mampu memberikan segalanya.

- Ia juga menunjukkan keindahan hubungan hamba dengan Allah, di mana kita digalakkan untuk sentiasa berharap dan memohon kepada-Nya tanpa batasan.

-𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻

Karya PiS

25 Dec, 15:28


𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀: 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝗱𝗵𝗶𝗹 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗮𝘀𝗿𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶

Kau ni, asyik-asyik "Itu syirik, ini syirik..."

Inilah sebahagian orang apabila diingatkan bahaya syirik, dan jangan buka pintu-pintu kesyirikan. Bahkan ada yang sampai kata 'Umat Islam tak adanya yang akan buat benda syirik...'

Sungguh 'over confident' kita ya. Tiada langsung rasa risau diri kita atau keluarga kita boleh terjatuh dalam lembah kesyirikan. Jauh sungguh kita dengan pedoman para nabi.

Nabi Ibrahim 'alaihissalam berdoa:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِيمُ رَبِّ ٱجْعَلْ هَـٰذَا ٱلْبَلَدَ ءَامِنًۭا وَٱجْنُبْنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعْبُدَ ٱلْأَصْنَامَ ٣٥
Dan (ingatlah) ketika Ibrāhīm berkata, "Ya Tuhan-ku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. [Ibrahim : 35].

Ibrahim al-Taimiy berkata:

من يأمن من البلاء بعد خليل الله إبراهيم ، حين يقول: ربّ( اجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الأَصْنَامَ ) .
Siapakah yang boleh merasa aman daripada ujian (kesyirikan) selepas kekasih Allah, Nabi Ibrahim a.s berkata: jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. [Tafsir al-Thabari].

Nabi s.a.w sendiri risau kubur baginda akan dijadikan tempat kesyirikan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " اللهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا، لَعَنَ اللهُ قَوْمًا اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ "
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w: "Ya Allah, janganlah Kau jadikan kubur ku berhala. Allah telah melaknat kaum yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid". [Musnad Ahmad, no: 7358, Al-Arna'ut berkata: Isnadnya kuat].

Lihatlah dalam realiti. Kita sangat sensitif dengan pelbagai dosa lain seperti zina, arak, judi, dan lain-lain. Tetapi sensitiviti ini kurang apabila melibatkan kesyirikan. Sebab itu ada banyak kedai-kedai makan misalnya di negeri tertentu, mereka menggantung gambar seorang sultan yang telah lama meninggal dunia, kerana dipercayai ia menjadi pelaris menarik pelanggan. Syirik yang jijik terus menerus berlaku, dan kita masih kurang sensitif tentangnya.

#MMMR

Karya PiS

12 Nov, 00:20


𝙊𝙡𝙚𝙝: 𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙙𝙝𝙞𝙡 𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙁𝙖𝙝𝙢𝙞 𝙍𝙪𝙨𝙡𝙞
__
Antara kerugian yang berlaku disebabkan pertembungan di antara Al-Hanābilah dan Al-Asyā’irah ialah, kedua-dua pihak terlepas untuk menimba khazanah ilmu yang direzekikan oleh Allah SWT kepada tokoh-tokoh setiap aliran semasa hayat mereka. Ini akhirnya, menatijahkan penyesalan.

Lihat contohnya sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Imām Al-Zahabi (w. 748 h) di bawah :

‎وَبَلَغَنَا أَنَّ الحَافِظ عَبْد الغَنِيِّ المَقْدِسِيَّ بَعْد مَوْتِ ابْن عَسَاكِرَ نَفَّذ مَنِ اسْتَعَار لَهُ شَيْئًا مِنْ (تَارِيْخِ دِمَشْقَ)، فَلَمَّا طَالعه، انْبَهَرَ لِسعَة حِفْظ ابْن عَسَاكِرَ، وَيُقَالُ: نَدِمَ عَلَى تَفويت السَّمَاع مِنْهُ، فَقَدْ كَانَ بَيْنَ ابْن عَسَاكِرَ وَبَيْنَ المَقَادِسَةِ وَاقِعٌ رَحِمَ اللهُ الجميع

Terjemahan : Telah sampai kepada kami kisah bahawa Al-Hāfiz ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi رحمه الله setelah wafatnya Al-Imām Ibn ‘Asākir رحمه الله, beliau mencari seseorang yang boleh meminjamkan kepadanya sedikit dari (kitab) Tārīkh Dimasyq (karangan Ibn ‘Asākir). Sebaik sahaja beliau mentelaah kitab tersebut, beliau berasa begitu takjub dengan keluasan hafalan Ibn ‘Asākir. Dan dikatakan bahawa ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi menyesal kerana tidak sempat untuk mendengar ilmu dari Ibn ‘Asākir. Kerana dahulunya, di antara Ibn ‘Asākir dengan golongan Maqādisah terdapatnya pertelingkahan. Semoga Allah SWT merahmati mereka semua.

Rujuk Siyar A’lām Al-Nubalā’, Al-Zahabi (20/568)

Bahkan Al-Imām Ibn Al-Mulaqqin pernah menyebut :

وكان لا يمر بالمكان الذي فيه الحنابلة ورعًا لئلا يأثموا بالوقيعة فيه، إذ هو أشعري

Terjemahan : Antara sifat warak Al-Hāfiz Ibn ‘Asākir ialah, beliau tidak akan melalui tempat yang terdapat padanya golongan Hanābilah supaya mereka tidak berdosa disebabkan mengumpat dirinya. Kerana beliau merupakan seorang yang beraliran Asy’ari.

Rujuk Al-‘Aqd Al-Muzhab fi Tabaqāt Hamalat Al-Mazhab, Ibn Al-Mulaqqin (Halaman 151).

Demi Allah, pada saya ini suatu kerugian besar apabila kita tidak memanfaatkan para ulama hanya semata kerana berbeza aliran.

نسأل الله التوفيق والسداد

Karya PiS

11 Nov, 23:56


Kalau nak tahu Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis tu macam mana, dapatkan buku karangan Imam Abu Uthman Isma’il al-Sabuno rahimahullah (w: 449H) yg wafat jauh sebelum kemunculan “wahabi”, tempah di sini: bukubaru.karyapis.com/akidahsalaf

Karya PiS

11 Nov, 15:11


𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗞𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗨𝗙𝗔𝗪𝗪𝗜𝗗𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗬𝗔’𝗜𝗥𝗔𝗛?

Ini jelas dakwaan dusta dan melampau serta terdesak datang daripada golongan yang jahil dan tiada rasa malu. Imam Al-Bukhari (wft:256H) akidahnya adalah akidah Salaf dan para Ahli Hadis!

Karya PiS

11 Nov, 05:05


FAEDAH ATHAR: DOA IMAM AHMAD BIN HANBAL AGAR DIPELIHARA ALLAH DARIPADA SUKA MEMINTA DARIPADA ORANG LAIN

Imam Abu Nu'aim al-Asbahani meriwayatkan dengan sanadnya sehinggalah sampai daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal rahimahullah katanya:

 كُنْتُ أَسْمَعُ أَبِي كَثِيرًا يَقُولُ فِي سُجُودِهِ

Aku sering mendengar bapaku (yakni: Imam Ahmad bin Hanbal)  banyak berdoa dalam sujudnya:

اللَّهُمَّ كَمَا صُنْتَ وَجْهِي عَنِ السُّجُودِ لِغَيْرِكَ فَصُنْ وَجْهِي عَنِ الْمَسْأَلَةِ لِغَيْرِكَ

" Ya Allah sebagaimana Engkau telah menjaga wajahku daripada sujud kepada selainMu maka peliharalah wajahku daripada meminta (sesuatu) kepada selainMu "

فَقُلْتُ لَهُ:أَسْمَعُكَ كَثِيرًا تَقُولُ فِي سُجُودِكَ فَعِنْدَكَ فِيهِ أَثَرٌ، فَقَالَ لِي:

Lalu aku bertanya kepadanya: Aku selalu mendengar banyak sekali engkau membaca doa tersebut dalam sujudmu, adakah  engkau (wahai ayahku) ada sandaran (doa tersebut) daripada athar? Maka jawab beliau kepadaku:

نَعَمْ، كُنْتُ أَسْمَعُ وَكِيعَ بْنَ الْجَرَّاحِ كَثِيرًا مَا يَقُولُ هَذَا فِي سُجُودِهِ، فَسَأَلْتُهُ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ: نَعَمْ، كُنْتُ سَمِعْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيَّ يَقُولُ هَذَا كَثِيرًا فِي سُجُودِهِ فَسَأَلْتُهُ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ: نَعَمْ، كُنْتُ أَسْمَعُ مَنْصُورَ بْنَ الْمُعْتَمِرِ يَقُولُ هَذَا كَثِيرًا

Ya, aku telah mendengar Waki' bin al-Jarrah banyak mengucapkan doa ini dalam sujudnya, lalu aku bertanyakannya sebagaimana engkau bertanya kepadaku, lalu dia menjawab: Ya, aku telah mendengar Sufyan al-Thauri banyak mengucapkan doa ini dalam sujudnya lalu aku bertanyakannya sebagaimana engkau bertanya kepadaku lalu dia menjawab: Ya, aku telah mendengar Mansur bin al-Muktamir banyak mengucapkan doa ini (juga dalam sujudnya)"

[ Hilyah al-Awliya' 9/233, Manaqib al-Imam Ahmad Ibnul Jauzi hal 392 ]

Catatan:

1. Doa ini sampai kepada Atba' Tabiiin iaitu Imam Mansur bin Al-Muktamir (wft:132H). Al-Hafiz Al-Zahabi menyebutkan beliau ialah Imam bagi ilmu dan termasuk Kibar Al-Huffaz athbat (sempurna keadilan dan dabitnya). Menunjukkan antara Mazhab Imam Ahmad beliau sangat mendahulukan athar dalam setiap perkara termasuk dalam pemilihan lafaz doa.

2. Bagaimana didikan Imam Ahmad terhadap anaknya agar bertanya sumber athar dalam setiap perkara termasuk dalam lafaz doa.

3. Banyak meminta apa-apa hajat kepada manusia termasuk perkara yang boleh mengurangkan kesempurnaan Tauhid dan boleh menjatuhkan air muka (maruah), kerana asalnya seorang hamba dia wajib meminta hanya kepada Tuhannya.

4. Dalam hadis Nabi  ﷺ antaranya dalam Jaami' Al-Tirmidzi no: 650, 651 dan 681, Abu Daud dalam Sunannya no:1639 dan selainnya disebutkan golongan yang suka meminta harta benda manusia tanpa hak dan hajat yang terdesak atau dengan tujuan untuk bermewah-mewahan (sedangkan dia sudah mencukupi) dia akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan tiada sepotong daging pada wajahnya, juga mencakar wajahnya sendiri. Inilah salah satu hikmah mengapa Salaf meminta dalam doa mereka agar dijaga wajah mereka daripada meminta kepada selain Allah.

Wallahualam.

MFAZ.

Karya PiS

11 Nov, 04:18


Jangan sesekali ambil enteng soal hutang kerana ia melibatkan hal akhirat kita, jangan fikir bila dah lost count dan orang tak minta, kita boleh terlepas, terlepas di dunia mungkin tapi terlepas di akhirat memang tiada harapan.

Selain tekankan soal penghutang, admin juga ingin menghiburkan para pemiutang yang memiliki ihsan yang tinggi di luar sana dengan beberapa hadis dari Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam ini 😊

Tetapi sekiranya dengan memberi hutang membuatkan kita jatuh dalam masalah lain misalnya terpaksa mengemis duit sendiri, atau kita pulak yang terpaksa meminjam rakan lain demi kelangsungan hidup, atau hati menjadi tidak tenang kerana susah nak maafkan penghutang, maka elakkanlah daripada memberi pinjam kepada sesiapa.

Karya PiS

10 Nov, 09:19


BENARKAH KETIKA MENZIARAHI PESAKIT TIDAK BOLEH SEBUT DAN INGATKAN DIA TENTANG DOSA & PAHALA?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz, benarkah dakwaan jika kita menziarahi orang yang sakit jangan sesekali ingatkan dia tentang sakit boleh hapuskan dosa dan mendapat pahala atau sebut tentang syurga dan neraka, kerana takut boleh mengguris perasaannya atau seakan-akan menghukumnya sebagai pendosa ?. Kerana saya pernah dengar kenyataan ini daripada seorang penceramah di tempat saya. Benarkah dakwaan ini? Mohon penjelasan Ustaz.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Tidak benar dakwaan tersebut, Imam Abu Daud rahimahullah dalam Sunannya dalam Kitab al-Janaaiz Bab 'Iyadah an-Nisa' membawakan hadis daripada Ummu al-'Alaa al-Ansariyah r.a katanya:

عَادَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مَرِيضَةٌ، فَقَالَ : " أَبْشِرِي يَا أُمَّ الْعَلَاءِ ؛ فَإِنَّ مَرَضَ الْمُسْلِمِ يُذْهِبُ اللَّهُ بِهِ خَطَايَاهُ كَمَا تُذْهِبُ النَّارُ خَبَثَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ".

Rasulullah ﷺ pernah melawatku dan ketika itu aku dalam keadaan sakit, lalu sabda baginda: " Bergembiralah wahai Umma 'al-'Alaa' kerana sesungguhnya penyakit (yang menimpa) seorang muslim, Allah akan menghilangkan dengannya dosa kesalahannya sebagaimana api menghilangkan kotoran emas dan perak".

[ HR Abu Daud no:3092, sahih, rujuk Al-Sahihah no: 714 ]

Ummu al-'Alaa' r.a termasuk sahabat wanita yang berbaiah kepada Nabi ﷺ sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafiz al-Munziri, hadis ini jelas menunjukkan keharusan bahkan digalakkan untuk mengembirakan hati pesakit dengan kata-kata yang baik antaranya dengan mengingatkan tentang dosa dan pahala sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ, dan hal tersebut bukanlah suatu perkara yang bersifat menghukum atau bersangka buruk dengannya.

Jika dia seorang muslim ingatkan dia tentang perkara tersebut, seorang muslim yang baik tidak akan sesekali akan terasa atau tersinggung jika diingatkan dia tentang dosa dan pahala walaupun apa sekalipun keadaannya termasuklah ketika sakit.

Wallahualam.

MFAZ.

Karya PiS

08 Nov, 13:43


Kelas pagi esok inshaAllah, sambungan bab berkenaan Turunnya Nabi Isa A.S. di akhir zaman yang akan membunuh Dajjal.

Follow kelas pengajian di sini: https://t.me/sharhussunnahustazfashan

Karya PiS

08 Nov, 12:59


KEADAAN AGAMA MANUSIA MAKIN BURUK. KIAMAT MAKIN DEKAT, DUNIA DIKEJAR NAMUN SEMAKIN JAUH DARIPADA ALLAH

Soalan:

Assalamualaikum ust, adakah sandaran yang sahih kenyataan yang menyatakan akhir zaman keadaan agama manusia makin teruk dan buruk?. Adakah maksudnya ramai manusia menjadi jahat dan hanya tinggal sedikit orang beriman?. Adakah ia juga boleh bermaksud ahli bidaah semakin bermaharajalela dan ahli sunnah semakin sedikit?

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Ya. Ia adalah perkataan Nabi kita Muhammad  ﷺ kepada para sahabatnya. 

Seorang tabiin, Al-Zubair bin 'Adi mengatakan:

 أَتَيْنَا أنَسَ بنَ مَالِكٍ، فَشَكَوْنَا إلَيْهِ ما نَلْقَى مِنَ الحَجَّاجِ، فَقالَ: اصْبِرُوا؛ فإنَّه لا يَأْتي علَيْكُم زَمَانٌ إلَّا الذي بَعْدَهُ شَرٌّ منه، حتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ. سَمِعْتُهُ مِن نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ.

Kami mendatangi Anas bin Malik, lalu kami mengadu kepadanya tentang apa yang kami hadapi daripada (kezaliman) Al-Hajjaj, lalu kata Anas: " Bersabarlah kalian, kerana sesungguhnya tidak datang kepada kamu satu zaman melainkan zaman setelahnya lebih buruk daripadanya sehinggalah kalian bertemu dengan Rabb kalian. Aku telah mendengarnya daripada Nabi kalian  ﷺ.

[ HR Al-Bukhari no: 7068 ]

Dalam lafaz yang lain:

لا يأتي عليكم عامٌ ولا يومٌ إلَّا والذي بعده شرٌّ منْهُ ، حتى تَلْقَوْا ربَّكم

Tidak datang kepada kamu satu tahun tidak juga satu hari melainkan tahun dan hari setelahnya lebih buruk daripadanya sehingga kalian bertemu dengan Rabb kalian.

[ Sahih al-Jaami' no: 7576 ]

Penjelasan kepada keadaan ini adalah fitnah-fitnah yang berlaku di akhir zaman termasuklah fitnah tentang agama, tersebarnya bidaah, kesyirikan dan maksiat sebagaimana hadis-hadis akhir zaman yang sangat banyak.

Dijelaskan juga dalam satu riwayat daripada Nabi  ﷺ :

اقتَرَبتِ السَّاعةُ، ولا يَزدادُ النَّاسُ على الدُّنْيا إلَّا حِرْصًا، ولا يَزْدادون مِن اللهِ إلَّا بُعدًا.

Kiamat semakin mendekat, namun tidak bertambah manusia kepada dunia melainkan ketamakan, dan tidak menambahkan mereka daripada Allah melainkan kejauhan.

[ HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no:8130, 7917, Ibn Abi al-Dunya dalam Al-'Uqubat no:286, Ibnu Abi Asim dalam Al-Zuhd no:279, Sahih al-Jaami no:1146, Silsilah al-Sahihah no:1510 ] 

Namun perlu difahami, hadis ini bukan bermaksud tiada langsung orang yang baik atau beriman namun bilangan mereka sedikit jika hendak dibandingkan dengan golongan yang sebaliknya. Demikian juga Ahli Sunnah, jika diteliti athar-athar daripada salaf memang ia merujuk nisbah ahli sunnah jika hendak dibandingkan kepada ahli bidaah dan maksiat lebih sedikit berbanding penentang mereka, namun dalam hadis lain disebutkan jaminan kelompok yang memperjuangkan dan menzahirkan kebenaran tetap akan ada dan mereka mendapat penjagaan dan pertolongan daripada Allah sehinggalah kiamat.

Wallahualam.

MFAZ.

Karya PiS

08 Nov, 11:32


Pendekatan yang paling berkesan untuk menentang ajaran sesat atau kebatilan adalah dengan ilmu syar'i yang berpandukan dalil Al-Quran, Sunnah, dan pemahaman salafus soleh yang tuntas serta konsisten tanpa kontradik.

Percayalah, falsafah atau logik semata-mata mungkin tak cukup kuat untuk menolak syubhat, kerana ia boleh menyebabkan perdebatan yang tidak berkesudahan dan mungkin membawa kepada keraguan yang lebih banyak lagi.

-𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖𝙋𝙞𝙎

Karya PiS

08 Nov, 06:00


𝘼𝙧𝙩𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙚𝙙𝙙𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙠𝙚 𝙄𝙣𝙙𝙤𝙣𝙚𝙨𝙞𝙖?
__
𝙊𝙡𝙚𝙝: 𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙞𝙨𝙮𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙏𝙪𝙧𝙖𝙗𝙞

Tular seorang artis wanita yang buat show menyanyi di Indonesia kerana dikritik suaranya yang tak sedap.

Saya nak respon sikitlah.

Suara tak sedap tu tak kisahlah bukan satu dosa. Lagi bagus pun perempuan buat suara tak sedap supaya orang lelaki tak terngiur.

Firman Allah:

{ یَـٰنِسَاۤءَ ٱلنَّبِیِّ لَسۡتُنَّ كَأَحَدࣲ مِّنَ ٱلنِّسَاۤءِ إِنِ ٱتَّقَیۡتُنَّۚ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَیَطۡمَعَ ٱلَّذِی فِی قَلۡبِهِۦ مَرَضࣱ وَقُلۡنَ قَوۡلࣰا مَّعۡرُوفࣰا }

[Surah Al-Aḥzāb: 32]

Maksudnya:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)".

__
Isunya ialah apakah boleh wanita dalam iddah talak raj'ie keluar rumah?

Jawapannya ialah di boleh keluar rumah dengan izin suaminya. Hal ini kerana status isteri dalam talak raj'ie ialah masih isteri. Suaminya boleh merujuk isterinya bila-bila masa sahaja yang dia mahu dalam tempoh iddah (3 kali suci haid).

Jadi wanita yang telah ditalak dengan talak raj'ie bukan bererti dia sudah bebas sepenuhnya daripada suaminya. Dia perlu minta izin daripada suaminya untuk keluar rumah apatah lagi musafir jauh.

Masih lagi isteri dan suami bukan bekas isteri atau bekas suami.

__
Ibnu Umar berkata:

"إذا طلق الرجل امرأته تطليقة أو تطليقتين لم تخرج من بيتها إلا بإذنه"

Jika seorang lelaki telah menceraikan isterinya dengan talak 1 atau talak 2, maka isterinya tidak boleh keluar dari rumahnya melainkan dengan izinnya.

رواه ابن أبي شيبة في "مصنفه " (4/142)

Moga sampai pengajaran ini kepada kita semua.

Karya PiS

08 Nov, 03:27


𝙊𝙡𝙚𝙝: 𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙖𝙨𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙢𝙡𝙞
__
Imam al-Dzahabi, Imam Abu Uthman al-Sobuni, Imam Ibnu Khuzaimah.

Mereka adalah ulama yang sangat teguh mempertahankan akidah yang mereka percaya sebagai akidah yang benar. 

Daripada sudut mazhab fiqh pula, Ibnu Khuzaimah antara tokoh ulama hadis dalam mazhab Syafie. Imam al-Nawawi dalam al-Majmu' sering nukilkan pendapat Ibnu Khuzaimah. Imam al-Sobuni jua bermazhab Syafie. Imam adz-Dzahabi jua bermazhab Syafie. Jadi, nampaknya ketiga imam ini ada persamaan pada mazhab fiqh dan akidah secara umumnya.

Antara kitab akidah yang perlu dimiliki.
Boleh jadi Imam al-Sobuni akan menjadi imam yang merapatkan jurang antara 'keluarga Sunnah' yang adakalanya berpanjangan pertembungannya, sampai kita pun penat 🙁

Ini kerana Imam al-Sobuni diterima oleh aliran Asyairah, dan aliran Salafiyyah. Sudah pasti ada keistimewaan pada karya imam ini sampai menjadi rujukan kedua-dua kumpulan.

Karya PiS

08 Nov, 03:01


𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗙, 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗜

Dalam teologi Asyairah, salah satu pandangan mereka adalah bahawa kalam Allah itu bersifat qadim (tidak berpermulaan), bukan suara, dan tidak boleh didengar secara literal. Asyairah percaya bahawa kalam Allah adalah sifat yang terdapat dalam zat Allah, tidak sama dengan suara atau bunyi yang didengar oleh telinga kita. Mereka menafikan bahawa kalam Allah berbentuk huruf atau suara yang boleh didengar, kerana bagi mereka, ia bukanlah sesuatu yang bersifat fizikal seperti bunyi. 

Sebaliknya, Asyairah berpendapat bahawa al-Quran yang kita baca dan dengar sekarang ini hanyalah penzahiran kalam Allah yang qadim dalam bentuk bahasa manusia, agar manusia dapat memahaminya. 

Mereka juga mengatakan bahawa apabila Allah berbicara dengan Nabi Musa dalam ayat yang menyebut bahawa "Allah bercakap dengan Musa secara langsung" (Surah an-Nisa, ayat 164), ia bukan dalam bentuk suara yang boleh didengar, tetapi lebih kepada pemahaman langsung yang diberikan Allah kepada Musa.

Pemahaman ini berbeza dengan pandangan Salaf yang percaya bahawa Allah bercakap dengan suara dan kalam-Nya boleh didengar, namun sifatnya atau hakikatnya tetap berbeza dengan makhluk. 

-𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖𝙋𝙞𝙎

Karya PiS

08 Nov, 01:12


𝙆𝙖𝙢𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙯𝙝𝙖𝙗 𝙎𝙝𝙖𝙛𝙞’𝙞 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙠𝙞𝙙𝙖𝙝 𝘼𝙨𝙮’𝙖𝙧𝙞?

Mai baca apa kata imam besar dalam mazhab Shafi’i Muhammad bin Abdul Malik bin Muhammad bin ‘Umar, Abu al-Hasan al-Karaji (الكرجي) al-Shafi‘i yg wafat pada tahun 532H

Karya PiS

07 Nov, 13:13


Kalau nak bina rumah di dunia, kita perlukan simen kan?

Tahukah kalian rumah kita di syurga nanti diperbuat dari “𝙕𝙄𝙆𝙄𝙍”, justeru kena perbanyakkan zikir jika ingin rumah yang mewah di syurga.

Karya PiS

07 Nov, 11:15


Buku terbitan terbaru Karya PiS , 𝘼𝙠𝙞𝙙𝙖𝙝 𝙎𝙖𝙡𝙖𝙛 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙝𝙡𝙞 𝙃𝙖𝙙𝙞𝙨 karya Imam Al-Sābūni

Untuk korang yang tak mampu nak bayar sedebuk dengan harga RM75 tu, korang boleh bayar ansuran taw RM25×3bulan, boleh tekan link wasap:
https://wa.me/60176733432?text=AkidahSalafInstallment

Karya PiS

02 Nov, 00:29


[LIVE] Beriman dengan perkhabaran tentang turunnya Nabi Isa ‘alayh al-salam, dan bahawa baginda akan memerangi Dajjal.

Bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi

Hari Sabtu | 2 November
8.30 - 9.45 pagi


Link: https://youtu.be/WVWiG5NH8RY

Karya PiS

01 Nov, 10:02


𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗗𝗜𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡

Imam Ibnul Jawzi رحمه الله berkata:

"Para wanita adalah amanah bagi orang-orang mulia. Tidak ada yang memuliakan mereka kecuali orang yang mulia, dan tidak ada yang merendahkan mereka kecuali orang yang hina."

[𝙍𝙪𝙟𝙪𝙠𝙖𝙣: Al Mudhish (66)]

___

Ungkapan Imam Ibnul Jawzi ini mengingatkan kita bahawa memuliakan wanita adalah tanda kemuliaan akhlak dan keutuhan peribadi. Seseorang yang benar-benar memiliki jiwa yang mulia tidak akan memperlakukan wanita dengan hina, kerana ia bertentangan dengan sifat luhur yang dituntut oleh agama.

Dalam perspektif Islam, wanita bukan hanya sekadar anggota masyarakat, tetapi mereka adalah amanah yang diberikan oleh Allah untuk dijaga oleh lelaki yang mulia. Sebaliknya, merendahkan atau menghina wanita menunjukkan kekurangan diri dan kelemahan akhlak.

Sebagaimana teladan kita, Rasulullah ﷺ merupakan teladan terbaik dalam memperlakukan wanita dengan penuh kasih sayang, hormat, dan kelembutan. Baginda ﷺ selalu menunjukkan sikap lembut dan menghargai terhadap isteri-isterinya, anak-anak perempuannya, serta wanita-wanita lain dalam masyarakat.

- 𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖 𝙋𝙞𝙎 -

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

01 Nov, 07:45


Please, janganlah pergi berubat dengan bomoh / dukun / pawang.

Kita boleh berubat, tetapi bukan berubat dengan cara yang haram / syirik.

Cara rawatan sihir yang paling ampuh adalah… bangkit 1/3 malam 👉🏻 solat.

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjj45Bdw/

YT: https://youtube.com/shorts/mfjDZaQ7Qec

FB: https://fb.watch/vAgbhpGk89/

IG: https://www.instagram.com/reel/DB0hDFctDAC/

________
Jin & Syaitan menurut kaca mata al-Quran dan Hadis: bukubaru.karyapis.com/terbaik2023

Karya PiS

31 Oct, 03:45


𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗗𝗨𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦

عن بريدة الأسلمي رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال:« نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يُقعَدَ بين الظَّلِّ والشمس »

صحيح ابن ماجه 3013

Daripada Buraydah Al-Aslamiy Radhiyallahu Anhu berkata: Nabi S.A.W melarang daripada duduk di antara teduh dan terik matahari

[Sahih Ibn Majah 3013]

__

Larangan Nabi Muhammad SAW daripada duduk antara teduh dan panas memiliki beberapa alasan atau illat yang dinyatakan oleh para ulama’:

1. 𝙁𝙖𝙠𝙩𝙤𝙧 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣:
Duduk di tempat yang terpapar panas dan teduh secara bersamaan dapat menyebabkan perubahan suhu tubuh yang mendadak, yang boleh membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan, seperti risiko terkena penyakit.

2. 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙝𝙞𝙣𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙖𝙣:
Duduk di posisi tersebut sering kali membuat seseorang merasa tidak nyaman, baik secara fizikal mahupun secara psikologi. Hal ini boleh mengganggu konsenstrasi dan ketenangan.

3. 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙚𝙧𝙪𝙥𝙖𝙞 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝘿𝙪𝙙𝙪𝙠 𝙎𝙮𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣:

Dalam satu riwayat yang mana sanadnya sahih yakni riwayat Imam Ahmad mengatakan bahawa ia adalah tempat duduk syaitan.

روى أحمد (15421) عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم : " أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يُجلس بين الضَّحِّ والظِّل ، وقال : ( مجلس الشيطان ) " قال محققو المسند

Sama hal juga dengan larangan makan dengan tangan kiri kerana ia adalah perbuatan syaitan, kita diperintahkan untuk menyelisihi syaitan dalam segala aspek termasuklah yang kita anggap ia hal yang remeh.

__

𝙍𝙪𝙟𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙙𝙞𝙨:
https://www.google.com/amp/s/islamqa.info/amp/ar/answers/257236

https://www.google.com/amp/s/www.islamweb.net/amp/ar/fatwa/26981/

__

Sebenarnya kita ada bincang tentang ni juga dalam sesi podcast dgn Ustaz Fadzil sebelum ni, kalau belum tonton, jom tonton sekarang:

Sembang Santai: Takut hantu? Lemah...
https://youtu.be/fA5qcq5mRUMl

__

Kalau nak baca banyak lagi tentang Jin & Syaitan menurut sumber al-Quran & al-Sunnah, tempah buku Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka di sini: bukubaru.karyapis.com/terbaik2023

Karya PiS

30 Oct, 14:33


InshaAllah kelas Sabtu ini akan membincangkan perkara seterusnya, Beriman dengan turunnya Nabi Isa a.s., dan baginda akan membunuh Dajjal.

Follow: https://t.me/sharhussunnahustazfashan

Karya PiS

29 Oct, 13:04


Sebahagian orang hari ni allergik bila cerita tentang mimpi.

Mimpe je 👉🏻 ahli bidaah 😧

Antara tanda akhir zaman, mimpi orang beriman itu tak akan tipu.

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjFb3M3J/

YT: https://youtube.com/shorts/2Q4i9WoSY6U

FB: https://fb.watch/vwBF5gp4nz/

IG: https://www.instagram.com/reel/DBtWx4qNveI/

_____
Akidah Salaf & Para Ahli Hadis
bukubaru.karyapis.com/akidahsalaf

Karya PiS

29 Oct, 12:46


🌟 Antara hikmah Allah ﷻ: Dia menciptakan variasi musim, antara sejuk dan panas, kering dan hujan, panjang dan pendek! “Allah menukarkan malam dan siang [bersilih ganti|. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang celik mata hatinya.”

———•———•———

🌟 Perubahan musim ini menunjukkan bahawa dunia berubah-ubah, dan ia bukan tempat tinggal yang kekal! Ibnu Rajab berkata: “Tidak ada yang lebih memburukkan dunia ini berbanding kefanaannya dan keadaannya yang berubah-ubah. Ini bukti paling jelas bahawa ia akan berakhir dan lenyap.”

———•———•———

📚 Latha’if al-Ma’arif (28)

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

29 Oct, 12:45


𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡

Solat dalam Islam bukan sekadar satu ibadah atau kewajiban, tetapi juga satu bentuk kerehatan jiwa dan ketenangan hati bagi orang yang menghayatinya.

Rasulullah SAW sendiri menyebut dalam sebuah hadis,

قُمْ يَا بِلَالُ فَأَرِحْنَا بِالصَّلَاةِ"

"Bangunlah wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat."

[Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya (no. 23003) dan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya (no. 4985). Hadis ini dinilai sebagai sahih oleh ulama’ seperti Imam Nawawi dalam al-Majmu' dan Al-Albani dalam Silsilah Al-Sahīhah.]

Dalam hadis ini, Baginda menyuruh Bilal r.a. mengumandangkan azan dan menyebut bahawa solat adalah kerehatan. Ini menunjukkan bagaimana solat berfungsi sebagai sumber ketenangan dan kedamaian yang menghilangkan kesusahan dan keletihan dunia.

Solat sebagai kerehatan terletak pada beberapa aspek:

1. 𝙆𝙚𝙩𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙅𝙞𝙬𝙖:
Ketika solat, seseorang berhadapan dengan Allah SWT, meninggalkan sementara segala urusan dunia. Ini memberi ruang untuk merenung, menyucikan hati, dan memohon bantuan daripada Allah. Dalam keadaan sujud, seseorang berada paling dekat dengan Allah, tempat segala permasalahan dapat dirungkaikan dan diadu.

2. 𝙈𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙪𝙥𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 𝙁𝙤𝙠𝙪𝙨:
Solat memerlukan konsentrasi dan khusyuk. Dengan memfokuskan diri kepada bacaan dan pergerakan solat, minda dilatih untuk melupakan sementara tekanan harian, seterusnya membawa kepada kerehatan mental.

3. 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙀𝙢𝙤𝙨𝙞:
Ketika solat, kita meluahkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Ini mengurangkan rasa tekanan, kerisauan, dan ketakutan yang sering membebankan emosi. Kepercayaan bahawa Allah mendengar dan memahami setiap permohonan memberikan ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kerehatan yang sebenar datang apabila seseorang menghayati solat dengan sepenuh hati, menghadap Allah dengan penuh keikhlasan, dan menyedari bahawa segala masalah dunia adalah kecil berbanding kebesaran-Nya. Betapa Rasulullah SAW melihat solat sebagai satu kerehatan dan sumber ketenangan, bukan sebagai beban.

-𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖𝙋𝙞𝙎

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

26 Oct, 13:25


Alhamdulillah, buku yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu sudah boleh ditempah!

Jom pre-order Kitab Akidah Ahli Salaf dan Ahli Hadis karangan Imam al-Sabuni untuk kita kenal apakah pegangan akidah para Ahli Hadis.

https://bukubaru.karyapis.com/akidahsalaf

Karya PiS

25 Oct, 05:48


Jika kamu diitimpa musibah..

Kata Wahb bin Munabbih (m. 110H):

‌من ‌أصيب ‌بشيء ‌من ‌البلاء ‌فقد ‌سلك به طريق الأنبياء عليهم الصلاة والسلام
Sesiapa yang ditimpa apa-apa bala, sesungguhnya dia sedang menempuh jalan para Nabi (kerana mereka juga ditimpa bala dan ujian).

[Ḥilyat al-Awliyāʾ, jil. 4, hal. 56]

Telegram karya PiS: t.me/karyapis

Karya PiS

24 Oct, 13:42


Ibnul Qayyim رحمه الله berkata:

«صدأ القلب بأمرين: الغفلة والذنب، وحياة القلب بشيئين: الاستغفار والذكر»

"Hati yang berkarat disebabkan oleh dua perkara: kelalaian dan dosa, dan hati yang hidup disebabkan oleh dua perkara: istighfar dan zikir."

Sumber:
Al-Wabil Al-Sayyib (50)

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

24 Oct, 11:36


Follow: https://www.facebook.com/profile.php?id=61567735317968

Karya PiS

24 Oct, 08:22


Kisah-kisah isyarat mimpi orang soleh.

Antaranya yang masyhur: Imam Ibn Jarir al-Tabari & Imam al-Bukhari - rahimahumallah -.

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjRxGuRr/

YT: https://youtube.com/shorts/TIDXToCxYa8

FB: https://fb.watch/vpLlIhYegn/

IG: https://www.instagram.com/reel/DBf-c5lN4D4/

__________
Tafsir Surah al-Ikhlas (himpunan 3 kitab tafsir ulung: Imam al-Sa’di, Imam al-Tabari, Imam Ibn Kathir)
https://karyapis.com/product/tafsir-surah-al-ikhlas/

Karya PiS

24 Oct, 00:22


Puasa dan al-Quran

Sabda Nabi ﷺ (w. 11H):

الصيام ‌والقرآن ‌يشفعان للعبد يوم القيامة. يقول الصيام: أي رب إني منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه، يقول القرآن: رب منعته النوم بالليل فشفعني فيه، فيشفعان
Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Tuhan, saya telah menghalangnya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka izinkanlah saya memberinya syafaat”. Al-Quran pula berkata: “Ya Tuhan, saya telah menghalangnya tidur malam, maka izinkanlah saya memberinya syafaat”. Lalu Allah izinkan.

[Ṣaḥīḥ al-Jāmiʿ al-Ṣaghīr, no. 3882]

Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

Channel WhatsApp Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

______
Peperangan Badar: Bantuan Allah untuk Umat Islam, karya Prof. Dr. Rozaimi Ramle
bukubaru.karyapis.com/sirahtadabur

Karya PiS

23 Oct, 12:11


Nak faham al-Qur’an, kena faham dengan bahasa Arab yang difahami ketika waktu al-Qur’an diturunkan.

Jangan jadi macam anti hadis sekarang, dah la baca terjemahan sahaja, lepas tu tafsir sesuka hati.

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjdETTSB/

YT: https://youtube.com/shorts/3f_aUh05lRs

FB: https://fb.watch/voEk_z2CYA/

IG: https://www.instagram.com/reel/DBd0DRNtnBz/

______
www.karyapis.com

Karya PiS

23 Oct, 00:45


🌟 Seorang mukmin mungkin tidak mampu untuk melakukan “kebaikan” dalam setiap keadaan, namun dia sentiasa boleh berniat untuk melakukannya!

———•———•———

🌟 Abdullah bin Imam Ahmad pernah berkata kepada ayahnya pada suatu hari: “Berilah aku wasiat, wahai ayahku.”
Lalu, ayahnya berkata: “Wahai anakku, berniatlah untuk melakukan kebaikan; kerana selama engkau berniat untuk berbuat kebaikan, engkau akan sentiasa berada dalam kebaikan!”

———•———•———

📚 Al-Adab al-Syar’iyyah, Ibn Muflih (104).

Follow: t.me/karyapis

Karya PiS

22 Oct, 23:32


Kehidupan yang benar-benar sempurna

Kata Imam ibn Rajab (m. 795H):

فِي الْحَقِيقَة إِنَّمَا ‌يكمل ‌طيب ‌الْعَيْش ‌ونعيمه فِي الْآخِرَة لَا فِي الدُّنْيَا كَمَا قَالَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم: اللَّهُمَّ لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَة
Hakikatnya, kehidupan yang sempurna selesanya dan nikmatnya hanyalah kehidupan di akhirat (syurga), bukan di dunia, bak kata Nabi: “Ya Allah, tiada kehidupan kecuali kehidupan di akhirat” (riwayat al-Bukhārī dan Muslim).

[Sharḥ Ḥadīth Labbayka Allāhumma Labbayk, hal. 58]

Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

Channel WhatsApp Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

__________
Kisah Nabi Nuh & Bahteranya
bukubaru.karyapis.com/nabinuh

Karya PiS

22 Oct, 13:12


Hadis palsu seronok duk ajar ke orang, duit palsu taknak pula 😅

Lepas ni ustaz-ustaz yang suka mengajar hadis palsu ni, elok kita bayar duit jutaria sahaja.

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjdrErXX/

YT: https://youtube.com/shorts/N470DXBxD5E

FB: https://fb.watch/vnnxIucFTV/

IG: https://www.instagram.com/reel/DBbWEDatkCg/

_____
Akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
https://karyapis.com/sharhus-sunnah-al-barbahari/

Karya PiS

22 Oct, 02:09


Kita berbeza dengan mereka

Kata ibn ʿUmar (m. 73H):

خَالِفُوا ‌سُنَنَ ‌الْمُشْرِكِينَ
Selisihilah sunnah (cara hidup) orang-orang musyrik.

[al-Muṣannaf oleh ibn Abī Shaybah, no. 34649]

Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

WhatsApp Channel Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

_______
Kisah Nabi Adam & Nabi Idris
bukubaru.karyapis.com/nabiadam

Karya PiS

21 Oct, 13:06


TAWADUK

Kata Fudail bin 'Iyadh rahimahullah apabila ditanya tentang tawaduk:

أن تخضع للحق وتنقاد له، ولو سمعته من صبي قبلته، ولو سمعته من أجهل الناس قبلته

"Engkau tunduk kepada kebenaran dan menyerahkan diri kepadanya, sekalipun engkau mendengarnya (yakni: kebenaran itu) daripada seorang kanak-kanak engkau tetap menerimanya, dan sekalipun engkau mendengarnya daripada orang yang paling jahil engkau turut menerimanya".

[Al-Tawaduk wa al-Khumul Ibn Abi al-Dunya hal 118, Hilyah al-Awliya' no:11639, Al-Ihya' 3/362]

Catatan:

1. Tawaduk sebagaimana ditakrifkan oleh salaf bermaksud tunduk dan menerima kebenaran walaupun daripada sesiapa pun yang membawa dan mengatakannya tanpa meremehkan kedudukan penyampai kebenaran tersebut. Ada juga ulama yang mengatakan tawaduk itu adalah kesedaran seseorang bahawa dirinya sendiri tidak lebih mulia atau lebih bagus daripada orang lain.

2. Tawaduk hari ini semakin jarang diamalkan apabila manusia menjadikan tembok pangkat, jawatan, harta benda, gelaran, pengaruh dan status sosial sebagai neraca utama untuk menerima kebenaran. Termasuklah dalam jawatan ilmu dan agama, betapa ramai mereka yang bergelar Profesor, Dr, Mufti dan Ustaz yang apabila sampai kepadanya kebenaran daripada mereka yang lebih rendah statusnya daripada dirinya lalu dia menolak kebenaran tersebut. Mereka yang selamat adalah sesiapa yang dirahmati Allah.

3. Tawaduk juga susah diamalkan apabila manusia melihat kebenaran itu hanya dimiliki oleh kumpulannya, partinya, penyokong atau gengnya sahaja. Ini juga menyebabkan ramai yang tidak boleh menerima kebenaran apabila kebenaran itu datang daripada lisan musuh atau seterunya.

4. Tawaduk adalah natijah tauhid dan tahqiqnya. Semakin seorang hamba mentauhidkan Allah maka semakin dirinya akan tawaduk kepada kebenaran. Sebaliknya semakin seseorang meremehkan tauhid dan perhambaannya kepada Allah maka semakin dia akan jauh daripada tawaduk.

5. Perkataan Fudail dan salaf tentang tawaduk ini sebenarnya berlegar kepada hadis Nabi ﷺ yang bermaksud: "Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain". Kerana lawan kepada tawaduk adalah al-Kibr (sombong).

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi.

Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

Telegram Ustaz: t.me/mfazilmu

Karya PiS

21 Oct, 12:38


Merujuk buku juga menuntut ilmu

Sabda Nabi ﷺ (w. 11H):

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا ‌سَهَّلَ ‌اللهُ ‌لَهُ ‌بِهِ ‌طَرِيقًا ‌إِلَى ‌الْجَنَّةِ
Sesiapa yang mengharungi sebatang jalan untuk mencari ilmu, Allah mempermudahkan jalannya ke syurga. (Riwayat Muslim)

Kata ibnu ʿUthaymīn (m. 1421H):

فالذي يراجع الكتب للعثور على حكم مسألة شرعية ‌وإن ‌كان ‌جالسا ‌على ‌كرسيه فإنه قد سلك طريقا يلتمس فيه علما
Orang yang merujuk buku untuk mencari hukum sesuatu permasalahan, dia juga dianggap mengharungi sebatang jalan untuk menuntut ilmu meskipun dia hanya duduk di atas kerusi.

[Sharḥ Riyāḍ al-Ṣāliḥīn, jil. 5, hal. 433]

Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

WhatsApp Channel Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

_______
Ilmu: Jenis & Kedudukannya
https://karyapis.com/product/ilmu-jenis-dan-kedudukannya/

Karya PiS

21 Oct, 09:59


Kisah Ibnu Umar radiyallahu ‘anhu dan mimpi malaikat yang membawanya ke neraka.

Mimpi orang soleh adalah khabar gembira bagi orang mukmin, atau peringatan.

Bukannya membawa syariat baru.

[Part 2]

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjeS5rNC/

YT: https://youtube.com/shorts/OJSKnJR1tE0

FB: https://fb.watch/vlTRpScKYC/

IG: https://www.instagram.com/reel/DBYbjrAPX8j/

________
bukubaru.karyapis.com/sirahtadabur

Karya PiS

20 Oct, 13:10


Mimpi orang soleh adalah khabar gembira bagi orang mukmin, atau peringatan.

Bukannya membawa syariat baru.

[Part 1]

TT: https://vt.tiktok.com/ZSjJpj646/

YT: https://youtube.com/shorts/AM0SGKE0UEg

FB: https://fb.watch/vkKG5MNiZf/

IG: https://www.instagram.com/reel/DBWMVv0NPEB/

__________
www.karyapis.com

Karya PiS

19 Oct, 11:42


MEMBELA DAN MENYELAMATKAN ORANG YANG DIZALIMI ADALAH IBADAH YANG AGUNG

Apabila ada pihak dalam kalangan umat Islam membongkar kesesatan ajaran sesat, membantu orang yang dizalimi dalam kalangan mereka yang terperangkap dalam kesesatan masih ada golongan buta yang mendakwa sebaliknya.

Golongan ini seakan-akan hanya melihat ibadah itu terbatas dengan ritual zikir yang khusus semata-mata. Mungkin bagi mereka zikir "Hu" lebih agung berbanding membantu orang yang dizalimi, atau mencium tangan tuan guru, membaca kisah wali dan bertabarruk dengan jubah dan serban tuan guru itu lebih besar fadilatnya berbanding membantu orang yang dizalimi dan dalam kesusahan.

Lihat sahaja sikap golongan tersebut ketika pihak yang mereka tuduh sebagai "Wahhabi" mula membongkar ajaran sesat ini, mereka pula seperti acuh tidak acuh bahkan masih ada beranggapan isu ajaran sesat ini tidak serius, bagi mereka golongan "Wahhabi" yang mula membongkar kesesatan GISBH ini lebih merbahaya daripada kesesatan GISBH itu sendiri. Wallahul Musta'an.

Kata Sahabat Nabi yang mulia, Al-Baraa' bin ' Azib r.a:

أَمَرَنَا بِاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ، وَعِيَادَةِ الْمَرِيضِ، وَإِجَابَةِ الدَّاعِي، وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ،

Kami diperintahkan (Rasulullah ﷺ) untuk mengiringi jenazah, menziarahi orang yang sakit, menyahut jemputan dan membantu orang yang dizalimi..

[HR Al-Bukhari, no: 1239]

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

مِنْ أعظم العبادات :سدُّ الفاقات ، وقضاء الحاجات ، ونصر المظلوم ، وإغاثة الملهوف.

Antara ibadah yang paling besar: Menutup kesusahan (orang lain), memenuhi keperluan, menolong orang yang dizalimi dan menyelamatkan orang yang dalam kesusahan.

[Majmuk al-Fatawa, 28/243]

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi.

Telegram Karya PiS: t.me/karyapis

Telegram Ustaz: t.me/mfazilmu

Karya PiS

19 Oct, 10:51


Daurah khas Kisah Nabi Nuh bersama pembaca, esok inshaAllah. Sambungan siri ke-2.

Karya PiS

19 Oct, 10:34


Kuliah bersiri ini akan menyentuh secara detail konsep titian al-Ṣirāṭ, satu aspek penting dalam akidah yang menghubungkan padang Mahsyar dan syurga, dengan neraka Jahannam di bawahnya. Perbahasan mengenai al-Ṣirāṭ ini adalah sebahagian daripada tuntutan keimanan terhadap perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya, mengajak kita memahami kehidupan akhirat yang penuh dengan realiti yang tidak dapat dijangkau oleh akal, melainkan melalui pedoman wahyu.

Fokus kuliah ini ialah bagaimana seorang muslim dapat mencapai istiqamah di atas jalan yang lurus, menghindari kesesatan dan penyelewengan dalam akidah dan amalan agar mendapat kejayaan hakiki, iaitu selamat melintasi al-Sirat dan menuju ke syurga abadi.


Ikuti kuliah ini yang akan bermula pada 25 Oktober 2024, setiap hari Jumaat, di sampaikan oleh Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi pada pukul 10.30 pg - 12.00 tgh.

Karya PiS

18 Oct, 01:00


🌟 Nabi Muhammad SAW bersabda: (Sesiapa yang membasuh kepalanya dan mandi pada hari Jumaat, kemudian datang awal ke masjid, berjalan kaki dan tidak berkenderaan, mendekati imam, mendengar khutbah tanpa melakukan sesuatu yang lagha; maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa dan bersembahyang sepanjang tahun untuk setiap langkah yang diambil!)

📚 Diriwayatkan oleh Abu Dawud (345), dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Abu Dawud

———•———•———

🌟 Abu Zur'ah berkata: (Saya tidak mengetahui hadis yang banyak pahalanya dengan amalan yang sedikit; lebih sahih daripada hadis: "Siapa yang datang awal...")

📚 Fath Al-Mughith, As-Sakhawi (4/183)

———•———•———

🌟 Ibn Hajar Al-Haytami berkata: (Tidak ada dalam sunnah, dalam khabar yang sahih; pahala yang lebih banyak daripada hadis ini; jadi ia harus diberi perhatian!)

📚 Tuhfat Al-Muhtaj (2/471)

———•———•———

🌟 Sebahagian ulama berkata: (Kami tidak mendapati dalam syariat ada hadis sahih lain yang mengandungi pahala banyak seperti ini; maka amalan ini perlu diberi penekanan; agar harapan tersebut dapat dicapai!)

📚 Mirqat Al-Mafatih, Ali Al-Qari (3/1035)

———•———•———

🌟 Pahala yang besar ini hanya dapat dicapai dengan melakukan keseluruhan apa yang disebutkan dalam hadis: membasuh kepala dan mandi membersihkan diri, pergi awal untuk solat, berjalan ke masjid, mendekati tempat imam, mendengarkan khutbah dengan dan fokus tanpa melakukan sebarang perkara yang lagha.

———•———•———

🌟 Kebenaran hadis ini bukanlah sesuatu yang ajaib - kerana kurniaan Allah tidak dapat dijangkau oleh makhluk -; tetapi yang ajaib adalah kelalaian kita terhadapnya, walaupun kita tahu ia sahih!

———•———•———

🌟 Kurniaan Allah itu amat banyak. Dia adalah Maha Pengasih yang memberi pahala yang banyak untuk amalan yang sedikit; dan itulah sebabnya dalam sebahagian riwayat hadis ini, disebutkan Nabi SAW berkata: (Dan hal itu adalah mudah bagi Allah). Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdur Razzaq dalam Musannaf-nya (5570).

Karya PiS

18 Oct, 00:36


Su’ul khatimah
(pengakhiran yang buruk)

Kata Imam ibnu Kathir (m. 774H):

إن الذنوب والمعاصي والشهوات ‌تخذل ‌صاحبها ‌عند ‌الموت مع خذلان الشيطان له. فيجتمع عليه الخذلان مع ضعف الإيمان. فيقع في سوء الخاتمة.

Ketika seseorang di ambang kematian, dosa, maksiat dan syahwat akan mengkhianatinya, selain pengkhianatan syaitan terhadapnya. Maka ketika itu berhimpunlah dua pengkhianatan ke atasnya, di samping kelemahan iman. Oleh itu, akhirnya dia terjatuh ke dalam su’ul khatimah.

[al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jil. 9, hal. 183]

WhatsApp Channel Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

_____
Dapatkan buku flagship Karya PiS untuk tahun 2023 dalam “Kombo Muslim Sempurna” sekarang di: bukubaru.karyapis.com

Karya PiS

17 Oct, 14:51


🌟 Ibn Qudamah berkata: (Apabila terlintas dalam fikiranmu sebarang sangkaan buruk terhadap seseorang Muslim, sepatutnya kamu lebih mengambil berat terhadapnya dan mendoakan kebaikan untuknya. Ini kerana tindakan tersebut akan menggusarkan syaitan dan menjauhkannya daripada kamu, sehingga syaitan tidak akan menimbulkan sangkaan buruk lagi kepada kamu; kerana takut kamu akan sibuk mendoakannya dan mengambil berat tentangnya!).

———•———•——
📚 Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin (172)