YB VIRAL AND FRIENDS @ybviral Channel on Telegram

YB VIRAL AND FRIENDS

@ybviral


YB VIRAL AND FRIENDS (English)

Welcome to YB VIRAL AND FRIENDS, the most dynamic and engaging Telegram channel you'll ever come across! With a mix of viral videos, entertaining memes, and thought-provoking discussions, this channel is the ultimate destination for anyone looking to have a good time on social media. YB VIRAL AND FRIENDS is the brainchild of a group of young and talented content creators who are constantly on the lookout for the latest trends and hottest topics to share with their audience. Whether you're into funny videos, inspirational stories, or just want to connect with like-minded individuals, this channel has something for everyone. Join us today and become a part of our ever-growing community of viral enthusiasts and friends! Don't miss out on all the fun - hit that subscribe button now and let the good times roll with YB VIRAL AND FRIENDS.

YB VIRAL AND FRIENDS

19 Jan, 14:12


Orang-orang Islam yang menggunakan teropong untuk tengok anak bulan are idiots kata si Tan

YB VIRAL AND FRIENDS

19 Jan, 14:12


https://www.facebook.com/share/p/16CP9pfVSi/

YB VIRAL AND FRIENDS

19 Jan, 13:46


https://vt.tiktok.com/ZS6qUp4xJ/

YB VIRAL AND FRIENDS

11 Jan, 04:04


https://vt.tiktok.com/ZS6HYxdr6/

YB VIRAL AND FRIENDS

10 Jan, 13:38


https://www.youtube.com/live/cXsXjLnISJA?si=0n6OvuNqWpC3F2MM

YB VIRAL AND FRIENDS

08 Jan, 13:07


https://www.youtube.com/live/QFZfCJlVICk?si=jxyuqQbd6xpA53Xw

YB VIRAL AND FRIENDS

06 Jan, 12:57


https://www.youtube.com/live/58LYvjepU4Q?si=XuYFWV1pzTza1fcy

YB VIRAL AND FRIENDS

04 Jan, 07:31


https://www.youtube.com/live/Ux8SBxG89TM?si=cj4Bqg6-_p2f8FV2

YB VIRAL AND FRIENDS

03 Jan, 13:15


https://www.youtube.com/live/VEZd3z3XKx8?si=uJJjW1fsenGEBqZ1

YB VIRAL AND FRIENDS

03 Jan, 09:45


https://vt.tiktok.com/ZS6UshVmq/

YB VIRAL AND FRIENDS

02 Jan, 12:59


https://www.youtube.com/live/vOJnceq1hX0?si=O_HbTSL_bPVk9TLc

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jan, 14:32


https://www.youtube.com/live/wFdhJeGqPyI?si=43On0F_QrqWVcAPn

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jan, 08:45


Kami hampir sudah siap setup untuk Potluck Qaseh Sayang 1.0, mohon doa agar majlis berjalan lancar. Terima kasih sahabat sahabat Demi Negara.

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jan, 05:44


https://www.youtube.com/live/QrsiYxrROag?si=gnLuzlAMGd6tee8y

YB VIRAL AND FRIENDS

31 Dec, 13:38


https://www.youtube.com/live/cU-gsPF9E5I?si=o-luV79NQljqf7VO

YB VIRAL AND FRIENDS

31 Dec, 01:46


https://www.youtube.com/live/h0CR7YZGFow?si=Lv2GhFGBkS3bztjM

YB VIRAL AND FRIENDS

30 Dec, 13:22


https://www.youtube.com/live/WZX4Ox7uWfI?si=O6J5gzgJJ7glJl-k

YB VIRAL AND FRIENDS

29 Dec, 03:10


https://vt.tiktok.com/ZS6kjGgMA/

YB VIRAL AND FRIENDS

28 Dec, 09:07


https://www.youtube.com/live/DGFMD_6SI6k?si=BVlwsAetoR27_0NN

YB VIRAL AND FRIENDS

27 Dec, 14:47


https://vt.tiktok.com/ZS6r7xEpc/

YB VIRAL AND FRIENDS

27 Dec, 13:17


https://www.youtube.com/live/IQrNickDCz4?si=esZIaFax-fGG5_63

YB VIRAL AND FRIENDS

27 Dec, 09:55


https://vt.tiktok.com/ZS6rQBWSb/

YB VIRAL AND FRIENDS

27 Dec, 04:14


JIKA JUMAAT HARI INI SAHABAT SAHABAT INGIN BERSEDEKAH, MUNGKIN BOLEH BELANJA ASNAF DAN ORANG MISKIN MAKAN. EH INI CERITANYA.

HAKIKATNYA BUAT KERJA DAKWAH DAN KEBAJIKAN BUKAN SENANG!

Sudah lama kami dengar mengenai Pusat Kebajikan & Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh (STNQ). Akhirnya bulan lepas saya singgah ke Singgah Teduh. Memang apa yang diceritakan kepada saya itu amat betul sekali. Jasa-jasa mereka ini amatlah banyak.

Buat kali pertama dalam hidup saya, saya menyaksikan seorang insan melafazkan syahadah di Singgah Teduh. Insan yang ke-12 tahun ini. Singgah Teduh sudah menikahkan berbelas pasangan yang besekedudukan sehingga beranak pinak.

Tetapi STNQ ini mempunyai banyak cabaran. Baru setahun jagung buka rumah singgahan. 3/1/25 ini genaplah setahun mereka beroperasi. Selain dakwah STNQ menjaga kebajikan komuniti miskin tidak kira bangsa dan agama di sekitar Chow Kit. Hampir 4000 orang telah dibantu tahun ini. Hampir 600 orang berdaftar sebagai klien individu STNQ tahun ini.

Sebab itu kami di Demi Negara sangat bersemangat membantu STNQ. Dan untuk 1 Januari ini, kami cadangkan kepada Singgah Teduh, apa kata kita buat makan-makan untuk menyantuni Asnaf dan Miskin Kota bersempena setahun STNQ berkhidmat buat masyarakat.

Saya kata Demi Negara akan keluarkan sedikit belanja dan akan ajak sahabat-sahabat Demi Negara untuk turut serta. Kita namakan majlis ini Potluck Qaseh Sayang. Kita sasarkan 300 orang. Semoga jadi asbab untuk memudahkan urusan semua orang tahun depan. Urusan dakwah, urusan kebajikan dan lain-lain.

Majlis akan bermula pada jam 5 petang sehingga jam 7 malam. Kita akan pasang khemah pada awal pagi. Pukul 3 petang kita mula set-up. 4.30 petang kita akan mula goreng popia. Kawan-kawan doktor akan datang buka kaunter kesihatan. Akan ada flea market dan free market.

Bagaimana anda semua boleh turut serta? Anda boleh datang pada hari itu dengan membawa makanan untuk dijamu. Bawalah untuk 10 orang pun kami alu-alukan. Bawalah untuk 100 orang pun kami alu-alukan. Bawalah pisang goreng, cekodok, lempeng atau ubi rebus. Semuanya dialu-alukan.

Jika sahabat-sahabat ingin berinfaq untuk majlis ini juga amat berbesar hati. Jika nak hulur RM10 kami terima, nak hulur RM100 kami terima. Jika ada lebih, kita top-up lauk dan barang basah untuk kegunaan STNQ.

Apa-apapun sila hubungi Ili Athirah di 0196841654. Ili adalah Penyelaras Kanan Komunikasi Dan Komuniti Demi Negara.

Akhir kata, semoga hari Jumaat ini membawa keberkatan, InsyaAllah.

Gambar diambil secara candid semalam semasa mesyuarat tidak berminit untuk membincangkan Potluck Qaseh Sayang.

YB VIRAL AND FRIENDS

26 Dec, 13:12


https://www.youtube.com/live/S7SQzOCQrRs?si=37vyZrPy9d6aWiET

YB VIRAL AND FRIENDS

26 Dec, 10:59


𝗣𝗼𝘁𝗹𝘂𝗰𝗸 Qaseh 𝗦𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 – Jom Belanja Asnaf Dan Orang Miskin Makan.

Sejak akhir-akhir ini, DEMI NEGARA banyak membantu usaha Pusat Kebajikan & Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh (STNQ). Ini adalah kerana kami percaya STNQ perlukan banyak pertolongan untuk memudahkan kerja dakwah dan kebajikan mereka. Tahun ini sahaja STNQ telah memualafkan 12 individu dan membantu begitu ramai komuniti yang memerlukan

Sumbangan yang kami berikan kepada STNQ datang dari hasil jualan atau amanah penyokong kami.

Pada 1/1/25 dari 5.00 Petang ke 7.00 Malam, satu majlis istimewa bakal kami anjurkan dengan STNQ untuk menyantuni komuniti asnaf dan orang miskin di kawasan Chow Kit. Ianya juga bersempena dengan ulangtahun pertama STNQ.

Selain makan-makan, akan ada pelbagai program termasuklah kaunter kesihatan.

Kami ingin ajak anda yang berminat untuk turut serta. Anda boleh turut hadir dengan membawa makanan untuk dijadikan hidangan pada hari itu. Anda juga boleh berinfak untuk majlis ini. Untuk maklumat lanjut bagaimana nak Belanja Asnaf Dan Orang Miskin Makan hubungi Ili Athirah, Penyelaras Kanan Komunikasi & Komuniti, Pasukan Demi Negara di 0196841654.

Semoga sumbangan anda menjadi asbab kesejahteraan golongan ini. Terima kasih dari kami.

YB VIRAL AND FRIENDS

25 Dec, 13:31


https://www.youtube.com/live/Ielyqr1W0gU?si=AgsImLbtQpHV7jTe

YB VIRAL AND FRIENDS

25 Dec, 09:25


https://vt.tiktok.com/ZS66QNpy7/

YB VIRAL AND FRIENDS

24 Dec, 13:32


https://www.youtube.com/live/qrEIcvwLhhI?si=p36RdVA7Zni6giw8

YB VIRAL AND FRIENDS

24 Dec, 01:57


https://www.youtube.com/live/Br7IODWnLsc?si=3zvy8JnA7sr-c69q

YB VIRAL AND FRIENDS

23 Dec, 13:02


https://www.youtube.com/live/hQu2aHOKEnM?si=g6F0nW4ycppz84aX

YB VIRAL AND FRIENDS

10 Dec, 03:10


TIDAK AKAN KAMI ABAIKAN! TIDAK SEKALI-KALI!

Minggu lepas hari Sabtu 7 Disember, adalah kali terakhir Pasukan Demi Negara memenuhi undangan Pembangkang. Selepas ini Pasukan Demi Negara hanya akan berada di persada rakyat.

Kami telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan PAS Kawasan PJ untuk menyantuni miskin bandar di PJ.

Kami telah menyantuni 10 keluarga yang berhadapan dengan pelbagai ujian. Dari 10 keluarga itu kami dapati ada 3 keluarga yang memerlukan perhatian Pasukan Demi Negara melalui inisiatif kami iaitu Projek Komuniti Kita.

Antara 3 keluarga itu, ada seorang nenek yang tidak ada pendapatan, menjaga cucunya yang OKU terlantar. Cucu berumur 19 tahun. Tidak menerima apa-apa bantuan. Baik dari JKM mahupun Zakat. Kami berjanji akan kembali ke rumah nenek itu untuk buat apa yang kami mampu supaya perjalanan hidup mereka dipermudahkan.

Sebelum kami melangkah keluar, si nenek berbisik kepada Ili, Penyelaras Kanan Komunikasi Dan Komuniti kami. Menurut si nenek, dia bersyukur sangat atas sumbangan yang diberikan sebab sudah dua hari terputus lauk.

Ili sampaikan kepada kami apa yang nenek itu cakap semasa kami ziarah keluarga seterusnya.

Kami terperanjat dan kami kembali ke rumah nenek itu. Kami tanya nenek itu jika betul sudah dua hari terputus lauk. Nenek itu jadi segan. Kami agihkan sedikit hasil jualan dari Projek Komuniti Kita. Air mata nenek itu mengalir. Kata nenek itu tidak pernah ada orang lagi datang ke rumahnya menghulurkan sedikit sumbangan seperti apa yang kami buat.

Kami jadi terperanjat dengan apa yang dikongsikan oleh nenek itu. Tidak. Kami bukan ingin membongak apabila kami kongsikan cerita ini. Kami kongsikan cerita ini, kerana kami nak ‘highlight’ bagaimana di negeri maju yang kononnya sudah dibasmi miskin tegar, kes seperti nenek ini masih ada. Kami nak ‘highlight’ bagaimana perkhidmatan kebajikan kita perlu diperbaiki. Kita perlu pastikan tidak ada Rakyat Yang Tercicir.


Hari ini InsyaAllah Pasukan Demi Negara akan melawat nenek itu dan akan cuba membantu apa yang boleh. Kami akan panjangkan kes nenek ini kepada pihak yang berkenaan.

Jika Kerajaan tidak buat kerja, tak mengapa. Biarlah #RAKYATJAGARAKYAT kerana dalam dunia sekarang apabila Politaik berkuasa mereka bukan peduli pun hal kita. Masa nak menagih undi baru nampak batang hidung.

Gambar dari 7 Disember 2024.

YB VIRAL AND FRIENDS

08 Dec, 13:59


https://www.youtube.com/live/-t4kR_xTKTA?si=J2fKnAgu6Niqwwcu

YB VIRAL AND FRIENDS

08 Dec, 02:37


https://www.youtube.com/live/88Q4ktCVJH4?si=4xqkQi_6EX34zDoc

YB VIRAL AND FRIENDS

08 Dec, 02:06


https://www.youtube.com/live/JDYj6Ored_A?si=13tXT5hgiXXzNrYP

YB VIRAL AND FRIENDS

07 Dec, 11:23


https://www.youtube.com/live/7gMwzI8C-y8?si=FCHBjMaFLACFnMoy

YB VIRAL AND FRIENDS

06 Dec, 12:52


https://vt.tiktok.com/ZSjcuFBBt/

YB VIRAL AND FRIENDS

06 Dec, 06:31


Jumpa kami esok di

Selamatkan Malaysia 7 Dec 2024 8am - 11.59pm
Anjuran PAS Petaling Jaya.

Padang Desa Mentari di Block 4, 5 dan 6

8.00am -12.30am
Program Dewan Muslimat

11.00am - Bertemu Mata

11.30am - Sekampit Beras Sekilo Gula Muafakat rehat/solat

1.45pm Bermula busker, booth² Kesihatan, Nasihat Undang2, Khidmat Masyarakat, Jabatan Amal

2.00pm Pendaftaran

2.30pm Buli : 2.30pm Parenting Talk "BULI : JANGAN TUNGGU AIR MATA PENYESALAN" Bersama Olivia

4.00pm Talk Rider

5.15 pm Bersama Papa Berry, Anas Jalil, Ustaz Zubir Embong & YB Viral

Ceramah Perdana 8.50pm ke 11.59pm

Dengan YDP Pas PJ, YB Viral, Tan Sri Noh Omar Timbalan Pengerusi Muafakat National Dan Tuan Hj Kamarudin Ajk Pas Pusat.

YB VIRAL AND FRIENDS

06 Dec, 03:23


https://www.youtube.com/live/J7qZZ7Oth04?si=uYqUmP1QIijeJsfm

YB VIRAL AND FRIENDS

05 Dec, 13:35


https://www.youtube.com/live/ywv0mvsxxCk?si=IZih3NcIy2Qrfgik

YB VIRAL AND FRIENDS

05 Dec, 09:15


https://vt.tiktok.com/ZSj77CLrY/

YB VIRAL AND FRIENDS

05 Dec, 06:14


https://www.youtube.com/live/Ms09YekYMnY?si=WjP_zGr-5GtUnzrL

YB VIRAL AND FRIENDS

04 Dec, 13:18


https://www.youtube.com/live/LJH_ogBRfEE?si=AD6lE-l_KpB61s_u

YB VIRAL AND FRIENDS

03 Dec, 12:33


https://www.youtube.com/live/TWS5Y1L2DWk?si=OTlwMV61WvqT5GCO

YB VIRAL AND FRIENDS

03 Dec, 04:37


https://www.youtube.com/live/JQvv4Mbw0rw?si=FbZsI8ojNmcUEgYf

YB VIRAL AND FRIENDS

02 Dec, 14:31


https://www.youtube.com/live/4FXFIDaphOI?si=rXZs7BLkxKq0wh9J

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Dec, 14:38


https://vt.tiktok.com/ZSjsfp3kv/

YB VIRAL AND FRIENDS

30 Nov, 13:28


https://www.youtube.com/live/1s3xv_kB7ZI?si=yUpyIJixHKtFpLhU

YB VIRAL AND FRIENDS

30 Nov, 10:43


https://www.youtube.com/live/M9Q45V2mz-4?si=asn35qr5pNUBmYBe

YB VIRAL AND FRIENDS

30 Nov, 04:25


https://vt.tiktok.com/ZSjgkLHyb/

YB VIRAL AND FRIENDS

29 Nov, 07:10


https://www.youtube.com/live/7DkIkBS0A1Q?si=z_ESzUyvsncxT6zy

YB VIRAL AND FRIENDS

29 Nov, 01:41


https://www.youtube.com/live/T7C24DNfRMM?si=Uk-9fpfEgWs0IJ9z

YB VIRAL AND FRIENDS

29 Nov, 01:29


CABARAN APA LAGI HARI INI? DUGAAN APA LAGI HARI INI? UJIAN APA LAGI HARI INI?


Soalan soalan di atas akan berlegar di fikiran saya setiap pagi selepas Subuh.


Semalam sebagai contoh, selepas sepanjang hari penat bekerja, saya dapat tahu akaun TikTok ke sepuluh saya YB Viral X tidak dibenarkan untuk buat business. Walhal akaun TikTok saya itu boleh banyak membantu bila ada hasil jualan. Duit itulah yang digunakan untuk membiayai Projek Komuniti Kita dan lain lain.


Marah ada, geram pun ada dengan apa yang terjadi semalam. Tetapi sebaik sahaja kepala saya berlabuh di bantal hati saya akan lapang kembali. Kerana apa? Kerana persoalan di atas.


Soalan soalan di atas muncul di fikiran saya setiap pagi bukan dengan konotasi negatif. Sebaliknya ianya adalah satu proses untuk saya supaya kuat mental dan emosi untuk menghadapi apa sahaja yang akan datang.


Saya sentiasa bersedia untuk diuji. Saya sentiasa bersedia untuk diduga.


Tanggungjawab saya sebagai Ketua Pasukan Demi Negara amat berat. Dan jika saya buat kesilapan, bukan sahaja saya yang akan menanggung, tetapi semua dalam Pasukan Demi Negara turut akan terima padah.


Jadi sejak tahun lepas, selepas tertubuhnya Pasukan Demi Negara saya akan lemparkan persoalan di atas setiap pagi. Dan saya akan menjawabnya. Jawapan saya biasanya begini,

"Aku Aidil dan aku redha dan aku akan sentiasa bersedia kerana aku telah memilih jalan ini 'Demi Negaraku' yang tercinta."


Pagi ini saya akan menemani sahabat baik saya Papa Berry merangkap rakan seperjuangan saya merangkap ahli pasukan saya yang sedang dibuli Madani. Dipanggil ke Bukit Aman. Gara-gara Anwar Ibrahim yang tak reti mengawal mulutnya pasal Israel, maka Madani mahu bisukan rakyat dengan menjadikan Papa Berry sebagai contoh apa akan jadi jika bersuara.


Kepada Nurpais aka Papa Berry, we will always be, you mess with one of us, you mess with all of us.

Semoga hari ini dipermudahkan.

YB VIRAL AND FRIENDS

25 Nov, 03:36


HAPRAKNYA KERAJAAN YANG TIDAK PEDULI SENGSARA RAKYAT! INI ADALAH BERKENAAN ISU BERAS TEMPATAN YANG GHAIB!

1 - Jumaat 22 November, saya umumkan yang Pasukan Demi Negara akan buat 3 Demo di 3 Lokasi untuk memperjuangkan isu beras tempatan yang dah hampir dua tahun hilang dari pasaran. Demo pertama ialah 12 Disember ini di luar bangunan Parlimen.

2 - Ahad 24 November baru Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan buka mulut. Mat Sabu kata baru nak bentuk Jawatankuasa untuk memulihkan bekalan beras tempatan. Baru nak bentuk??

3 - Sebenarnya baik Mat Sabu atau Kerajaan dah umum berkali-kali pembentukan Jawatankuasa bertindak untuk menangani isu beras tempatan yang hilang. Tetapi habuk pun tak ada!!

4 - Jadi kali ini saya yakin Mat Sabu is just paying a lip service. Menggelupur agaknya sebab dengar akan ada 3 demo. Tak baguslah untuk imej dia dan imej Madani kalau rakyat memberontak, bangkit mendesak Kerajaan Madani buat kerja.

5 - Tahun lepas, tahun ini dan tahun depan jadi 3 tahun Kerajaan Madani berkuasa. Masuk tahun depan hampir RM8 bilion duit rakyat dibelanjakan untuk memberi subsidi padi dan insentif kepada pesawah.

6 - RM8 bilion bukan sikit. Diperas rakyat dengan pelbagai cara. Dari cukai pendapatan ke SST. Tetapi RM8 bilion itu dibazirkan begitu sahaja oleh Kerajaan Madani. Beras tempatan tetap tidak ada.

7 - Kita tidak boleh salahkan pesawah. Mereka tidak ada kuasa untuk memastikan yang padi mereka hantar ke kilang akan muncul di pasaran sebagai beras tempatan. Itu tanggungjawab Kerajaan Madani.

8 - Semalam di Tg. Karang dan Sekinchan kami jenguk dekat 20 kedai runcit. Di kawasan yang mana padi ditanam dan ada kilang beras besar gedabak, tidak ada satu dari 20 kedai itu jual beras tempatan.

9 - Setiap rakyat Malaysia memerlukan dalam 80kg beras setahun (ada statistik kata dalam 121kg). Jika sebelum ini rakyat itu bergantung harap dekat beras tempatan, tetapi sekarang terpaksa beli beras import yang harga selalunya RM4 sekilo ke atas, dia terpaksa keluarkan tambahan RM112 setahun.

10 - Keluarga dengan 6 ahli akan terpaksa belanja tambahan RM672 setahun. RM672 itu boleh digunakan untuk bayar bil air yang sekarang tarifnya sudah naik. Atau digunakan untuk membeli makanan berkhasiat. Atau digunakan untuk membeli peralatan sekolah.

11 - Sebab itu ramai yang tertanya-tanya kenapa situasi kewangan mereka menjadi lebih teruk. Di kalangan B40 RM672 setahun itu sangat banyak.

12 - Tetapi Kerajaan Madani yang Menterinya dibayar puluhan ribu buat endah tak endah. Kerajaan Madani yang lantikan politiknya ibarat sekandang babi babi gemuk yang menetek dari kantung kerajaan membiarkan nasib rakyatnya tidak terbela.

13 - Apa guna jadi Kerajaan jika beras pun tak boleh diselesaikan. Apa guna rakyat bayar gaji kamu semua jika benda asas pun tidak boleh diselesaikan.

14 - Atau adakah Kerajaan Madani sengaja bersengkongkol dengan Kartel Beras. Adakah Kartel Beras beri dana politik kepada Kerajaan Madani? Kepada Menteri? Kepada Ahli Parlimen?

15 - Jadi sehingga bekalan beras tempatan pulih di pasaran, saya dan Pasukan Demi Negara akan berjuang berhabis-habisan. Kita ajar Kerajaan Madani!!! Jom turun pada 12 Disember ini 9.00 pagi di luar Parlimen.

Aidil AKA YB Viral
Ketua Pasukan Demi Negara.

YB VIRAL AND FRIENDS

25 Nov, 00:27


Setelah Pasukan Demi Negara umumkan Jumaat lepas yang kita akan turun buat 3 demo untuk tekan Kerajaan supaya KEMBALIKAN BERAS TEMPATAN baru Mat Sabu buat pengumuman semalam.  Lemah!! Tolong share video atas guys!

YB VIRAL AND FRIENDS

25 Nov, 00:26


https://vt.tiktok.com/ZSjCyCdjh/
Download TikTok to enjoy more posts. This post is shared via TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSjCygA7k/

YB VIRAL AND FRIENDS

22 Nov, 09:20


https://www.youtube.com/live/XTYBdgfwIfk?si=29hgQjrEWpSjk-i0

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Nov, 13:43


TERIMA KASIH SEMUA

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Nov, 13:43


Semalam kami hantarkan baju-baju yang merupakan inventori perniagaan kami 'Masih Ranggi' ke Singgah Teduh. Masih Ranggi adalah perniagaan pertama yang kami setup untuk membiayai perjuangan kami sebelum kami beralih kepada perniagaan kami sekarang.

Walaupun Masih Ranggi berjalan okay tanpa memerlukan banyak tenaga, kami buat keputusan untuk 'pause' sekejap dan tumpukan kepada perniagaan sedia ada yang lebih baik. Penat sebenarnya nak memikirkan sampai dua perniagaan sekaligus.

Jadi apabila kami lihat Singgah Teduh memerlukan baju-baju terpakai, kami hantar semua inventori kami yang ada supaya mereka boleh gunakan sebaik mungkin. Selain dari inventori Masih Ranggi kami juga sampaikan sumbangan baju kurung yang masih cantik-cantik kepada mereka.

Hari ini pula kami penuhi permintaan Singgah Teduh yang perlukan beberapa barang untuk memasak seperti bawang putih, bawang besar, santan kotak, gula, cili kering dan lain-lain. Kami hantarkan beserta dengan lampin pakai buang dewasa dan penyangkut baju.

Kami akan singgah lagi ke Singgah Teduh bila sahabat kami Brian Goh datang dengan 500kg ikan tidak lama lagi. Selepas ikan kami InsyaAllah dari hasil perniagaan yang terkumpul kami bercadang untuk hantarkan daging.

Kami rasa bersyukur kerana Jualan Teh Moringa dan lain-lain amat menggalakan. Lebih banyak yang dijual maka lebih banyaklah boleh diperuntukan untuk Projek Komuniti Kita. Selain Singgah Teduh dan individu terpilih, sumbangan juga diberikan kepada Transit Gelandangan dalam bentuk tajaan sarapan 3 kali seminggu. InsyaAllah kami akan meluaskan lagi Projek Komuniti Kita.

Anda yang ingin membeli Teh Moringga dan lain lain boleh

klik pautan whatsapp https://wa.me/601133009817/?text=wbvplt

atau Kedai Online kami di https://kedaiwhybeviral.myshopify.com/collections/all

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Nov, 09:28


https://www.youtube.com/live/ASVP0F3oomU?si=CT1wsO9zOC4Zgl2D

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Nov, 06:50


https://www.youtube.com/live/wFg2rbqCe7M?si=5f5ZQF43UHuUlpUy

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Nov, 02:34


https://www.youtube.com/live/LYAgjBlwQkM?si=5TlWwl1JKtQdWpKr

YB VIRAL AND FRIENDS

18 Nov, 01:48


MACAM MANA MUDA LAGI SUDAH JADI GELANDANGAN?

Mungkin itu soalan yang bermain difikiran jika anda jumpa siapa yang kami jumpa.

Sabtu minggu lepas, kami turun padang untuk Projek Komuniti Kita. Tujuan kami adalah untuk memahami lebih mendalam perihal Asnaf Kota dan mengedarkan Pek Komuniti Kita.

Tempat pertama kami pergi ialah Singgah Teduh untuk menyantuni Asnaf Kota. Alhamdullillah, hubungan antara Pasukan Demi Negara dan Singgah Teduh nampaknya akan berpanjangan. Kami akan bantu Singgah Teduh sedaya yang kami mampu.


Selepas Maghrib kami turun ke Anjung Kembara yang merupakan Pusat Transit Gelandangan. Sejak minggu lepas melalui Projek Komuniti Kita kami mula menyediakan sarapan pagi 4 kali (1 Kali ditaja oleh satu keluarga) seminggu untuk penghuni.


Sampai di Anjung Kembara, saya terus nampak seorang anak muda yang sangat sopan orangnya. Saya panggil dia. Tanya latar belakang dan bagaimana boleh sampai ke situ.

Dia buka cerita. Dari Sabah datang ke Semenanjung beberapa bulan yang lepas. Umur 19 tahun. Ada majikan yang bawa dia untuk bekerja. Tetapi gaji sejak beberapa bulan lepas sangkut. Di bayar sedikit sahaja.


Seminggu yang lalu majikan kata terpaksa hentikan dia dan kawan-kawan yang lain.

Dia guna duit yang masih ada dalam poket untuk beli tiket ke KL. Dia buat keputusan itu kerana tengok di internet ada tempat seperti Anjung Kembara yang boleh dia tumpang sementara mencari kerja.

Dia beritahu saya dah dapat kerja. Hari ini dia akan mula. Tetapi saya tahu dia akan berhadapan dengan masalah. Jadi saya suruh dia ambil nombor telepon Ili dan jangan segan untuk berhubung jika perlukan apa apa bantuan.

Saya dah agak dia akan hubungi Ili. Jangkaan saya tepat, dia tidak ada duit untuk buat modal pergi kerja.


Pada awalnya dia segan untuk berterus terang. Tetapi akhirnya dia beritahu Ili yang dia ingin pinjam RM100 untuk makan dan tambang.

Saya cakap dekat Ili, beritahu dia kita sponsor Pas Bulanan untuk bulan pertama, dan kita akan bagi RM100 untuk duit belanja.

Dia sangat bersyukur. Dia beli Pas Bulanan dan hantar resitnya kepada kami. Jika kami tidak bantu anak Muda ini, kani takut tanpa bimbingan dia boleh ke jalan yang tidak betul.

Inilah masalah golongan gelandangan yang mahu bekerja. Anak muda ini bukan gelandangan pertama yang kami jumpa dengan masalah seperti ini. Kami ada jumpa beberapa kes yang sama dan kami bantu sehinggalah dapat gaji.

Sehingga hari ini mereka masih bekerja dengan majikan yang sama.

Bukan semua yang menjadi gelandangan itu kerana mereka pemalas. Atau kerana mereka penagih atau kerana mereka bekas banduan yang tidak ada hala tuju.

Selalunya mereka ini terperangkap. Dan ini adalah sesuatu yang kerajaan boleh bantu dengan mewujudkan polisi khas.


Gambar adalah slip transaksi bantuan Peluang Kedua Projek Komuniti Kita dan resit pembelian Pas Bulanan.

Semoga anak muda ini, perjalanan hidupnya dipermudahkan.

YB VIRAL AND FRIENDS

17 Nov, 01:00


https://www.youtube.com/live/5WIXJIoAHwU?si=GFs3y3yrzvEu-j6q

YB VIRAL AND FRIENDS

16 Nov, 02:34


https://vt.tiktok.com/ZSjPbALfy/

YB VIRAL AND FRIENDS

15 Nov, 14:13


https://vt.tiktok.com/ZSjPApSY4/

YB VIRAL AND FRIENDS

15 Nov, 14:13


Live baharu - live lama kena benam lagi

YB VIRAL AND FRIENDS

15 Nov, 13:38


https://vt.tiktok.com/ZSjPSAdgK/

YB VIRAL AND FRIENDS

15 Nov, 05:56


JUMPA PASUKAN DEMI NEGARA ESOK DI SINGGAH TEDUH!!



Kenapa Pasukan Demi Negara akan ke Singgah Teduh esok dari pukul 4.30 petang ke 7.00 malam. Ini ceritanya.

1 - Setelah mendengar mengenai Singgah Teduh sejak sebulan lalu, akhirnya semalam Ketua Pasukan Demi Negara, Aidil AKA YB Viral singgah ke Singgah Teduh. Setelah bercakap dengan Puan Nor Akmar yang merupakan pengasas Singgah Teduh, Pasukan Demi Negara melalui inisiatif Projek Komuniti Kita berazam untuk membantu rumah ini sebaik usaha yang boleh.



2 - Singgah Teduh adalah sebuah rumah untuk golongan rentan terletak di 25, Jalan Thamboosamy, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur. Sekarang ada 4 kanak kanak dan 50 dewasa lelaki dan perempuan berteduh di situ.



3 – Selain menjadi tempat berteduh golongan rentan dan menyediakan makanan untuk gelandangan, Singgah Teduh telah memualafkan 11 individu sejak awal tahun ini dan menikahkah pasangan-pasangan yang telah lama bersama.



4 – Singgah Teduh memerlukan banyak bantuan. Sumbangan Ikhlas boleh dibuat melalui Maybank 564294320611 Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab. Mereka sangat memerlukan barang basah seperti ayam, daging dan ikan serta lampin dan susu. Nak tahu lebih lanjut call Puan Akmar di 017 3885161.



5 – Singgah Teduh juga ada tiga peti sejuk beku. Esok, Pasukan Demi Negara akan bawa ayam untuk dibuat lauk. Jadi jika anda yang baru mahu kenal dengan Singgah Teduh, anda boleh lah singgah esok semasa kami ada di sana. Jika nak bawa ayam seekor dua, bawalah sekali. Boleh mereka jadikan stok.



6 – Untuk info pergerakan Pasukan Demi Negara esok di Singgah Teduh anda boleh hubungi Penyelaras Kanan Komunikasi Dan Komuniti Ili Athirah di 019-684 1654. Anda juga boleh minta info lanjut berkaitan Projek Komuniti Kita oleh Demi Negara dari Ili. Esok kami akan agihkan dalam 200 Pek Komuniti Kita mengandungi berus dan ubat gigi, tuala muka, syampu dan gel mandian di hadapan Singgah Teduh dan kemudiannya di satu Pusat Gelandangan.



7 – Projek Komuniti Kita ini telah dimulakan setahun lalu dan kini lebih banyak aktiviti dibuat. Ianya dibiayai oleh hasil Perusahaan Sosial Why Be Viral PLT yang kami mulakan setahun lalu. Ada ramai juga Penyokong Pasukan Demi Negara yang turut menaja. Untuk jenguk kedai online kami boleh pergi ke pautan di bawah.



https://kedaiwhybeviral.myshopify.com/


https://shopee.com.my/kedaidarimalaya



atau klik pautan whatsapp https://wa.me/601133009817/?text=wbvplt



8 – Terima kasih semua yang banyak membantu dan menyokong kami.




Gambar adalah antara item dalam Pek Komuniti Kita yang akan diedarkan esok

YB VIRAL AND FRIENDS

14 Nov, 13:14


https://vt.tiktok.com/ZSjfaHUju/

YB VIRAL AND FRIENDS

14 Nov, 09:36


Tak pasal pasal Anwar Kena Maki!!

https://vt.tiktok.com/ZSjfSRdDs/

YB VIRAL AND FRIENDS

12 Nov, 15:13


https://www.youtube.com/live/kORpO5ZdXug?si=e9-dR8OBnMlK_4Kc

YB VIRAL AND FRIENDS

12 Nov, 07:01


Sidang Media Panas

https://www.youtube.com/live/fmgROuexhuI?si=JO1w2S81TlfLv4gF

YB VIRAL AND FRIENDS

11 Nov, 14:06


https://vt.tiktok.com/ZSjDxfBPL/

YB VIRAL AND FRIENDS

11 Nov, 13:01


Kesiannya Anwar Kena Tibai!!!

YB VIRAL AND FRIENDS

11 Nov, 13:01


https://vt.tiktok.com/ZSjDu51EE/

YB VIRAL AND FRIENDS

11 Nov, 09:17


https://vt.tiktok.com/ZSjDSc7LL/

YB VIRAL AND FRIENDS

11 Nov, 05:33


https://vt.tiktok.com/ZSjD2gJwC/

Video kali ini ceritanya begini.

Setahun yang lalu, Team Demi Negara mulakan Perusahaan Sosial.  Tujuan kami ialah perniagaan itu boleh memberi peluang pekerjaan kepada Rakyat Yang Tercicir.  Antaranya golongan gelandangan.  Dari hasil jualan juga kami gunakan untuk membantu seramai yang boleh. 

Bulan ini, setelah satu tahun berkecimpung dalam Perusahaan Sosial dan mampu membantu seramai yang boleh, bermula hari ini kami sudah boleh menaja makanan 3 kali seminggu untuk golongan gelandangan dan macam-macam lagi.

Kami kini menamakan inisiatif yang kami buat ini Projek Komuniti Kita.  InsyaAllah tahun kedua berkecimpung dalam Perusahaan Sosial ini lagi banyak kami boleh buat. 

Tetapi, kami tidak akan sampai di sini, hari ini tanpa anda semua yang banyak menyokong kami.  Terima kasih kerana sudi membeli dengan kami.  Terima kasih kerana memberi kami peluang.

Ikhlas dari
Keluarga Demi Negara

YB VIRAL AND FRIENDS

26 Oct, 02:55


https://vt.tiktok.com/ZSj8ws2Wy/

YB VIRAL AND FRIENDS

25 Oct, 13:06


BONGOKLAH PENIPUAN PASAL SUBSIDI TINGGI MELANGIT NI https://www.youtube.com/live/6Wz1elRA9Ro?si=m6mrkafuJaBBo4IO

YB VIRAL AND FRIENDS

24 Oct, 12:58


https://www.youtube.com/live/YK6unDIb4Fo?si=H9xhafaiyynwv80J

YB VIRAL AND FRIENDS

22 Oct, 13:29


https://www.youtube.com/live/nLfP93t6vhs?si=apStHIvuH4w53vXK

YB VIRAL AND FRIENDS

22 Oct, 10:10


https://vt.tiktok.com/ZSjdNoPWQ/

YB VIRAL AND FRIENDS

22 Oct, 06:11


KITA DEDAH PEMBOHONGAN MADANI PASAL SUBSIDI DALAM VIDEO ☝️

YB VIRAL AND FRIENDS

22 Oct, 06:10


https://vt.tiktok.com/ZSjeogdV4/

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Oct, 13:02


ANWAR BUKIT MAK! MENIPU! MALAM INI KAMI AKAN DEDAHKAN
ANTARA PENIPUAN BESAR ANWAR PASAL BELANJAWAN!
KONONNYA BILA HAPUSKAN SEMUA SUBSIDI DUIT ITU
AKAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT!
KORANG TAU TAK? KERAJAAN CABUL HAK RAKYAT DALAM LINGKUNGAN RM10 BILLION
TETAPI MEREKA HANYA BAGI BALIK RM3 BILLION KEPADA RAKYAT! SERIOUSLY WHAT THE FUCK!!!
JOM TENGOK LIVE PANAS MALAM INI?
SEPERTI BIASA WALIWAT DAN WALIWATI DIJEMPUT HADIR!!!
https://www.youtube.com/live/MTT_rzyIF2c?si=Z4Q5N4hU7MEBc6ni

YB VIRAL AND FRIENDS

21 Oct, 07:58


https://vt.tiktok.com/ZSjeryLsP/

YB VIRAL AND FRIENDS

03 Oct, 09:09


https://www.youtube.com/live/HWJxqVsHPkA?si=q8dSPKh8zWEE17fP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mohamad Syukry Norhamidi adalah lelaki yang terlantar di dalam video live ini. 7 bulan yang lalu, Syukry kemalangan dan ketika itu Doktor kata peluang untuk hidup hanya 30%.

Alhamdullilah fasa itu sudah berlalu dan Syukry kini masih berjuang untuk kembali pulih. Syukry sebenarnya tidak pernah meminta bantuan mana-mana pihak untuk kutip derma. Tetapi setelah kami ziarah Syukry semalam kami pujuk Syukry untuk terbuka menerima bantuan dari orang ramai.

Syukry perlukan bantuan untuk membeli kaki prostetik, perbelanjaan untuk pergi ke fisio dan lain-lain bantuan perubatan. Syukry ada memohon bantuan dari Baitulmal Kuala Lumpur, dan menerima bantuan lampin dewasa dan sedikit sumbangan tunai.
Untuk pengetahuan semua Syukry kena ambil ubat cair darah, dan doktor yang merawat Syukry mencadangkan Syukry untuk beli di farmasi.

Oleh kerana kekurangan dana, Syukry telah terputus ubat cair darah selama sebulan. Semasa menziarahinya semalam, Team Demi Negara telah menyelesaikan masalah Syukry dengan membeli ubat cair darah untuk sebulan.

Jika anda berkemampuan, bolehlah mmenyumbang ke akaun Maybank: 164052407421 Arimah Muhammad Arif (isteri Syukry)

Terima kasih semua. Salam sayang dari Team Demi Negara

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Aug, 02:32


Gambar adalah sebahagian besar Pasukan Demi Negara yang terdiri dari Penggerak, Penyelaras dan Sukarelawan pada hari Dewan Demi Negara 1.0

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Aug, 02:32


TERIMA KASIH JULAI!! SELAMAT DATANG MERDEKA 67! CATATAN DI BAWAH ADALAH AGAK PANJANG TETAPI IANYA PENTING UNTUK DIBACA OLEH PENYOKONG DEMI NEGARA!

Perjalanan bulan Julai yang baru berlalu adalah amat mencabar tetapi memuaskan. Selepas kejayaan Demo Rakyat Lawan Anwar pada 29 Jun 2024 (Kerajaan sekurang-kurangnya menangguhkan pemansuhan subsidi RON95) kami di Demi Negara ambil maklum yang Julai perlu datang dengan angin perubahan. Maka dari Jalan, kita telah tetapkan 28 Julai untuk ke Dewan!

Tetapi pada 9 Julai, beberapa media melaporkan mesyuarat untuk membentuk Seketeriat Rakyat Lawan Anwar akan berlangsung pada malam itu. Ianya akan antaranya membincangkan Demo Rakyat Lawan Anwar untuk Tambun yang mana Demi Negara telah umumkan akan dianjurkan pada 17 Ogos.

Dan kami juga mendapati mesej whatsapp menjemput pelbagai Parti, NGO dan NGI untuk hadir mesyuarat pada malam itu telah dihantar. Tetapi tidak ada satu mesej jemputan untuk pasukan Demi Negara.

Sudah pasti tindakan Kurang Ajar itu terpaksa diajar dengan cukup-cukup oleh Pasukan Demi Negara di 'Public Domain'. Demi Negara yang mencipta, memulakan dan menganjurkan Rakyat Lawan Anwar. It is very simple, Rakyat Lawan Anwar membawa maksud Rakyat dibelakangnya. Bukan parti politik mahupun 'politicians'.

Alhamdulillah cubaan itu berjaya dipatahkan. Rakyat Lawan Anwar kekal dan tidak diganggu. Walaupun proses kami mengajar itu telah menimbulkan pelbagai fitnah dilemparkan terhadap saya sebagai Ketua Pasukan Demi Negara itu tidak menjadi kudis kepada saya dan kita boleh 'move on' dengan aman.

Selepas itu segala usaha ditumpukan kepada membantu perjuangan Saudara Mike dan PGIRM untuk menjayakan usaha mereka dan juga untuk Dewan Demi Negara 1.0.

Kami telah memberikan yang terbaik setakat kami mampu untuk Saudara Mike dan PGIRM dan ianya akan berterusan.

Sementara itu Dewan Demi Negara 1.0 juga telah kami jayakan dengan sebaik mungkin. Mereka yang terlibat dalam Dewan Demi Negara 1.0 juga memberikan yang terbaik untuk menjayakan program. Majoriti yang hadir sudah mula bertanya bila Dewan Demi Negara 2.0. Kami sedar betapa perlunya rakyat dilengkapi dengan ilmu yang berkait dengan 'public interest' dan kami ambil maklum untuk tindakan susulan.

Julai juga menyaksikan bulan terakhir Armand meluangkan masa sebagai Sukarelawan sepenuh masa bersama Pasukan Demi Negara. Terima kasih Armand kerana telah menyumbang tenaga selama satu tahun.

Setelah Julai malabuhkan tirai, maka hari ini hadirlah Ogos. Hujung bulan ini kita akan menyambut Merdeka ke 67.

Untuk bulan Ogos ini, Rakyat Lawan Anwar tidak akan lagi ke Tambun dan Bagan Datuk seperti yang dirancang. Sebaliknya Demi Negara akan pivot kepada beberapa strategi berbeza untuk memberi impak lebih besar kepada perjuangan kita.

Antara misi utama Ogos ini ialah 'continuation' kepada beberapa tuntutan Rakyat Lawan Anwar.

Antaranya yang kita akan tumpu Ogos ini ialah tuntutan ketiga iaitu Rakyat Yang Tercicir Kerana Impak Covid 19, tuntutan ketujuh iaitu Bebaskan Hak Bersuara dan tuntutan kelapan iaitu Kedaulatan Ekonomi.

Pasukan Demi Negara juga akan mendokong pelbagai inisiatif berkait dengan Palestin untuk bulan ini.

InsyaAllah Ogos ini akan beri impak lebih besar untuk perjuangan kita semua.

Demi Negara ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua yang menyokong dan mendokong usaha-usaha kami. Anda yang menaja kami. Anda yang membeli belah dengan kami. Anda yang sentiasa memanjangkan suara kami. Tanpa anda semua,

Demo Madani Bisukan Rakyat Malaysia pada 7 Jun,

Demo Rakyat Lawan Anwar pada 29 Jun,

Forum Demi Negara 1.0 pada 28 Julai,

Pelbagai inisiatif dan projek bulan Jun dan Julai,

semuanya tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir kata dari saya Aidil Yunus aka YB Viral selaku Ketua Pasukan Demi Negara,

kami berikrar akan terus memberikan yang terbaik kepada Negara. Perjuangan akan kami teruskan dengan semangat yang berkobar-kobar dan jiwa yang kental.

Terima kasih semua. Salam sayang dari Demi Negara.

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 14:24


PROGRAM PROGRAM MENUJU 24/11/24 DEMO RAKYAT LAWAN ANWAR ROUND 2

28/07/24 – DEWAN DEMI NEGARA 1 (FORUM AWAM & PAMERAN) - KUALA LUMPUR
FORUM AWAM
1 - KEBEBASAN BERSUARA SUDAH MATI.
2 - RAKYAT YANG TERUS TERCICIR
3 - ACUAN IMF BAWA BALA
4 - RAKYAT JUARA SEMAK IMBANG

PAMERAN
1 - KENAPA KAMI MASIH PERLU KWSP
2 - 8 TUNTUTAN

17/08/24 PIT STOP 1 TAMBUN
18/08/24 PIT STOP 2 BAGAN DATUK
07/09/24 PIT STOP 3 PANDAN
08/09/24 PIT STOP 4 BANDAR TUN RAZAK

16/09/24 PIKNIK RAKYAT – KUALA LUMPUR

19/10/24 PIT STOP 5 SEREMBAN
20/10/24 PIT STOP 6 KOTA RAJA

03/11/24 DEWAN DEMI NEGARA 2 - KUALA LUMPUR
TOWN HALL - BELANJAWAN 2025 MENGECEWAKAN
FORUM AWAM –
1 - KERTAS PUTIH KESIHATAN BAKAL BAWA BENCANA
2 - JANGAN CABUL DEMOKRASI

24/11/24 DEMO RAKYAT LAWAN ANWAR ROUND 2 (BERSEMPENA DENGAN ULANGTAHUN KEDUA ANWAR SEBAGAI PM) - KUALA LUMPUR

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:07


https://www.utusan.com.my/nasional/2024/07/kami-kesal-kerajaan-terus-guna-polis-untuk-buli-kami/

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:06


https://www.utusan.com.my/terkini/2024/07/bagan-datuk-pandan-seremban-kota-raja-lokasi-himpunan-seterusnya-selepas-tambun/

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:05


https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/07/01/anti-anwar-protesters-say-would-hold-more-demonstrations-unless-concerns-addressed/142397

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:02


https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2024/07/1106498/himpunan-rakyat-lawan-anwar-10-individu-hadir-beri-keterangan

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:02


https://malaysiagazette.com/2024/07/01/yb-viral-kesal-kerajaan-gunakan-intimedasi-untuk-rakyat-bersuara/

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:02


https://malaysiagazette.com/2024/07/01/demonstrasi-rakyat-lawan-anwar-11-individu-dirakam-keterangan/

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:02


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/07/01/despite-police-probe-anti-anwar-rally-organiser-vows-more-protests/

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 12:02


https://malaysiagazette.com/2024/07/01/perhimpunan-rakyat-lawan-anwar-akan-diadakan-ditempat-lain/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR3XrjCvd6_0Q0YI80LezTdkNWNlfFthWL9ZEKURZ4KCSbalw-Drr-fQqUg_aem_tA_xclaFinHUeIQpPDh7jQ#google_vignette

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 08:02


LIVE STREAMING: Sidang Media berhadapan IPD Putrajaya

https://vt.tiktok.com/ZSYxYd5WL/

YB VIRAL AND FRIENDS

01 Jul, 08:02


LIVE STREAMING: Sidang Media berhadapan IPD Putrajaya

https://www.youtube.com/live/0GSL6TIiOGc?si=webVM5t_pJeu-Leu