PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ @pejabatperdanamenteri Channel on Telegram

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

@pejabatperdanamenteri


Saluran komunikasi maklumat umum daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (Malay)

Selamat datang ke Saluran Maklumat Pejabat Perdana Menteri Malaysia! Anda mungkin bertanya, siapakah mereka? Saluran ini adalah platform komunikasi rasmi yang disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan maklumat umum kepada rakyat Malaysia. Dari pengumuman penting hingga perkembangan terkini, Saluran Maklumat PMO adalah sumber yang boleh dipercayai untuk mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan kerajaan dan kepimpinan negara. Dengan akses kepada informasi terkini dan terperinci, anda akan sentiasa dimaklumkan mengenai dasar-dasar kerajaan, program-program penting, dan acara-acara berkaitan Kerajaan Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada saluran yang membekalkan maklumat terkini dan terperinci mengenai aktiviti dan keputusan di Pejabat Perdana Menteri Malaysia! Sertai sekarang untuk mengikuti perkembangan terkini dan terus terhubung dengan urusan kerajaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 Nov, 09:52


Ini jawapan-jawapan saya dalam sidang media di Lima, Peru tatkala menjawab tohmahan pembangkang yang cuba memesongkan kenyataan saya terkait isu negara haram Israel.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Nov, 13:23


National Statement By YAB Prime Minister At The Extraordinary Arab And Islamic Summit, Riyadh, Saudi Arabia

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Nov, 11:24


Remarks By YAB Prime Minister On The Conferral Of An Honorary Professorship By Tsinghua University, Shanghai

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Nov, 02:31


Public Lecture By YAB Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim, Prime Minister, โ€œStronger Together: A Vision For The Muslim Ummah Through Tech, Social And Economic Empowermentโ€ At Al Azhar Conference Centre, Al Azhar University, Cairo, Egypt

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Oct, 08:45


Sempena perayaan Hari Deepavali esok, wakil daripada Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada petugas dan pengamal media dalam meraikan keharmonian dan kesejahteraan pelbagai masyarakat di negara ini.

Moga kehadiran Pesta Cahaya ini membawa sinar harapan yang lebih baik kepada semua yang menyambutnya.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

23 Oct, 06:43


๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น, ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐Ÿ’ผโœจ

Dengan strategi terkini, Perintah Gaji Minimum baharu bukan sekadar membantu meningkatkan pendapatan, tetapi juga mengukuhkan daya saing dan menarik bakat berkualiti ke negara kita.

Langkah ini selaras dengan usaha mewujudkan tenaga kerja yang lebih produktif, progresif, dan berprestasi tinggi. Bersama, kita menuju masa depan pekerjaan yang lebih cerah untuk semua rakyat! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

๐Ÿ”นUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai FAQ PGM, sila imbas Kod QR yang tertera di poster atau klik pautan dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ”— https://www.mohr.gov.my/images/mpgn/FAQ.pdf

#Belanjawan2025 #MalaysiaMadaniโ€

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

19 Oct, 03:23


Ini antara bantuan dan inisiatif yang telah saya umumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam bagi membantu menangani isu kos sara hidup rakyat.

#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Oct, 14:15


Kerajaan konsisten dengan tekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Oct, 14:14


Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Oct, 02:44


Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pastinya akan memberi manfaat buat rakyat terbanyak selain memperkukuh ekonomi dan pembangunan negara, Insya-Allah.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Oct, 01:05


Saksikan Pembentangan Belanjawan 2025 secara langsung oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jam 4:00 petang hari ini di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan semua saluran media utama.

#Belanjawan2025
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Oct, 01:05


Posted @withregram โ€ข @anwaribrahim_my Sewaktu sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan bahawa Malaysia mampu memimpin dan melonjakkan ASEAN sebagai blok ekonomi keempat terbesar dunia.

Beberapa faktor menyokong kesediaan tersebut antaranya faedah ekonomi daripada status Malaysia sebagai pengerusi persatuan rantau itu pada tahun hadapan.

Malah ASEAN 2025 juga istimewa dengan kehadiran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Plus China serta dunia Arab selain perjumpaan dengan rakan dialog dari Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Saya turut maklumkan, tumpuan ASEAN adalah pertumbuhan ekonomi, transformasi digital, termasuk perjanjian rangka kerja ekonomi digital ASEAN, perjanjian perdagangan bebas dan bukannya menjadi gelanggang percaturan, pertembungan kuasa-kuasa besar.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

15 Oct, 09:31


Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima Belas Dewan Rakyat | 14 Oktober - 12 Disember 2024

Saksikan secara langsung menerusi Youtube Rasmi Parlimen Malaysia

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

12 Oct, 06:32


Selamat menyambut Hari Sukan Negara!.

Terus tekad untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan budaya sihat.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

09 Oct, 03:46


YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menduduki tempat ke-15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia, berdasarkan edisi terbaharu The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslim 2025.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Oct, 09:12


YAB Perdana Menteri menyambut baik pengumuman oleh satu lagi syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, terkait pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah US$6.5 bilion.

Keputusan ini mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.

Kejelasan dasar dan pendekatan kerjasama strategik yang dilaksanakan Kerajaan MADANI telah berjaya menarik pelaburan daripada syarikat teknologi utama dunia seperti Amazon Web Services, Microsoft, Google dan terkini Oracle. Keseluruhan projek yang diumumkan oleh syarikat-syarikat ini sehingga kini melibatkan pelaburan keseluruhan yang dianggarkan bernilai US$16.9 bilion (RM70.3 bilion).

YAB Perdana Menteri yakin dengan sokongan semua pihak, matlamat dan sasaran Ekonomi MADANI akan dapat dicapai, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Oct, 07:30


Semalam YAB Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi membaikpulih pasar ikonik Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan sebelum ini. Insya-Allah, YAB Perdana Menteri akan pastikan ia siap mengikut jadual dan para peniaga dapat berniaga dengan selesa.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

27 Sep, 09:58


Kenyataan Media YAB Perdana Menteri berkenaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 Sep, 02:11


Selamat Hari Malaysia 2024!

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian antara kita terus utuh demi masa depan yang lebih cerah. Malaysia di hati kita semua!.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

15 Sep, 12:38


Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M kepada seluruh umat Islam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

#MalaysiaMADANI