Firdaus Wong Wai Hung Telegram @brofirdauswong Channel on Telegram

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

@brofirdauswong


Channel Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan terhadap Islam, perkembangan dakwah dalam dan luar negara.

Bro Firdaus Wong Wai Hung Telegram Channel (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung! Saluran ini ditubuhkan bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan mengenai Islam, serta memberi perkembangan dakwah di dalam dan luar negara. Bro Firdaus Wong Wai Hung merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang dakwah dan telah membantu ramai individu memahami agama Islam dengan lebih mendalam. Dengan menyertai saluran Telegram ini, anda akan dapat mengakses pelbagai maklumat berguna mengenai ajaran Islam, serta bertanya soalan berkaitan agama yang mungkin anda hadapi. Tidak ketinggalan juga, perkembangan dakwah di luar negara turut dikongsikan untuk memberi gambaran yang lebih komprehensif mengenai isu-isu agama. Jadi, jom sertai saluran Telegram Bro Firdaus Wong Wai Hung sekarang untuk mendapatkan pengetahuan agama yang lebih mendalam!

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

10 Jan, 09:38


Jumpa malam ini di Masjid USM Kubang Kerian, Kelantan.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

09 Jan, 10:56


Permohonan maaf tiada tetapi meminta warganet jangan mempolitikkan? Kalau warganet tidak mengkritik, adakah Menteri akan perbaiki?

Jangan bagi alasan kononnya hanya montaj 41 saat.

Sepatutnya montaj itu dimasukkan elemen-elemen penting. Takkan montaj boleh masuk rumah ibadat lain tapi masjid tiada?

Lepas tu boleh pula video akan dibuat semula dan akan siap dalam seminggu untuk ditayangkan?

Menteri Pelancongan, tak puas hati tetapi dilancarkan? Ini ke tatakelola yang baik?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

08 Jan, 10:31


Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026

Tiada imej masjid di dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan sesuatu yang enteng.

Saya pernah mengendalikan pengiklanan & kreatif Tourism Malaysia maka saya tahu ianya bukan proses mudah untuk mendapat kelulusan kerana mereka akan bertanya tentang warna, susunan imej, kenapa itu & ini sebelum diluluskan untuk iklan.

Ada yang cuba mengatakan Muslim terlalu sensitif bila tiada imej masjid di dalam video promosi tetapi hakikatnya mereka yang berkata begitu yang kurang sensitif.

Saya juga tidak akan bersetuju jikalau di dalam video tersebut tidak melambangkan kemajmukkan Malaysia. Malaysia Truly Asia bukan sekadar slogan.

Agensi iklan mana yang bertanggungjawab memberikan idea dan siapakah mereka yang memberikan kelulusan? Kebiasaannya untuk video promosi Tahun Melawat Malaysia seperti ini akan dipertontonkan kepada Menteri sebelum diluluskan.

Adakah memadai ‘minta maaf’ dan move on, seperti biasa?

Tiada orang akan mengadu andai video tersebut tiada imej mana-mana ibadat tetapi rumah ibadat lain mewakili agama lain tetapi rumah ibadat penduduk majoriti ditiadakan?

Common sense tetapi saya terima hakikat bahawa common sense is no longer common.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

06 Jan, 09:22


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🙌

Sempena menjelang tahun baru ini, kami daripada Sekretariat Rakan Masjid USM akan menganjurkan program

" INSPIRE DAI’E : Dakwah Sebagai Proses Hijrah Spiritual dalam Kehidupan Seorang Muslim🧕🏻👱🏻‍♂ "

Butiran program adalah seperti berikut:

📆Tarikh: 10 Januari 2025
🗓Hari: Jumaat
🕰Masa: 8.30 PM - 11.00 PM
🕌Lokasi : Masjid Mukim USM Kubang Kerian

Maklumat Penyertaan :
📌Terbuka untuk semua pelajar dan masyarakat sekitar 🤩
📌Non muslim boleh turut serta 🤗
📌 Pendaftaran adalah percuma

Sertai kami sekarang dengan mendaftar melalui pautan di bawah:
➡️ https://forms.gle/aMGVGbN3MfPLW36L8

TURUT DISEDIAKAN!!
MyCSD 🎯
MAKANAN PERCUMA TERHAD UNTUK 100 PESERTA TERAWAL 🍽
GERAI JUALAN SEPANJANG PROGRAM 🌮🍦

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
📞 Alif Jefry : 012-6758535
📞 Fadilah Aisya : 017-9572527

Bersama kita memulakan langkah hijrah

#LajnahUsrah&Nuqaba'24/25
#RakanMasjid24/25

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Jan, 08:06


[Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian]

Satu kajian telah dilakukan oleh bIstanbul Kultur University, Department of Psychology, Istanbul pada 2011 tentang bagaimana personaliti dan prestasi pelajar dipengaruhi oleh gurunya.

Kajian itu mendapati jikalau seorang guru itu mempunyai akhlak & sikap yang baik, maka ianya akan memberikan impak yang positif terhadap pembentukan personaliti dan prestasi anak muridnya.

Begitu juga sebaliknya. Jikalau guru itu mempunyai sikap dan akhlak yang buruk, maka ianya akan membentuk personaliti & prestasi anak muridnya.

Perlu diketahui juga ibubapa juga merupakan guru kepada anak-anak mereka.

Guru yang beradab akan menghasilkan anak didik yang beradab demikianlah juga sebaliknya. Jika bukan melalui guru, maka dari manakah lagi para murid akan mempelajari adab? Disebabkan oleh itu, al-Imam Malik (wafat 179H) Rahimahullah pernah berkata:

“Ibuku pernah menyuruhku pergi kepada Rabi’ah (salah seorang guru kepada al-Imam Malik) dan mempelajari darinya adab dan kemudian barulah ilmunya”.
[Lihat Abu al-Fadhl al-Qadhi ‘Iyadh. Tartib al-Madarik wa al-Taqrib al-Masalik, 1/130]

Jikalau ibubapa dan guru bersikap kasar, bercakap kotor, mencarut dan menyumpah, maka sikap begitu juga akan turut diikuti oleh anak muridnya.

Perkara ini saya telah amati lebih 20 tahun. Apabila ada seseorang suka mencarut atau berkata kesat, tidak dinafikan pengaruh rakan sekeliling juga memainkan peranan tetapi sikap ibubapa dan guru memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam membentuk personaliti dan akhlak seseorang.

Dalam aspek pemilih guru, jangan sekadar diukur ketinggian ilmu tetapi dahulukan dengan ketinggian adab & akhlak sesuai dengan ajaran Islam.

Iblis juga sangat berilmu dan warak sehingga dapat menempatkan dirinya di kalangan malaikat di syurga tetapi biadab terhadap perintah Allah.

Imam Abdullah bin al-Mubarak (wafat 181H) Rahimahullah:

“Aku mempelajari adab selama 30 tahun dan kemudian mempelajari ilmu selama 20 tahun. Adalah mereka yang terdahalu mempelajari adab sebelum ilmu”.

Jikalau guru suka mencarut dan berkata kasar, maka perangai itu akan dapat dilihat dari anak muridnya.

Bak kata pepatah, Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian yang sama maksudnya dengan guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Belajarlah dari mereka yang beradab dengan Allah & RasulNya serta orang di sekelilingnya.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Jan, 02:20


“Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!”
[HR at-Tirmidhi (2315)]

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Jan, 01:50


Berjalan kaki ayam di atas rumput itu biasa bagi kita orang dulu-dulu hatta ketika bermain bola pun berkaki ayam. Rupa-rupanya berkaki ayam di atas rumput ada manfaat kesihatannya atau dipanggil sebagai ‘grounding’ (earthing).

Apa manfaatnya?

Mengurangkan rasa lelah & peradangan, menurunkan tekanan darah, meningkatkan imuniti tubuh, menurunkan risiko terkena penyakit jantung selain meningkatkan kualiti tidur.

Ini belum termasuk manfaat sinar matahari pagi (sehingga 10 pagi) yang meningkatkan vitamin D dan banyak lagi manfaat lain.

Cubalah..

*bawa anak bongsu berusia 1 tahun berjemur sekali. Dia geli bila jejak kaki atas rumput. 😅

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Jan, 23:41


Secawan kopi ditemani kicauan burung di pagi yang indah.

Jangan takut untuk bersendirian dalam kehidupan berprinsip mentaati perintah Allah sedangkan mereka yang mensyirikkan Allah tidak takut disoal bersendirian oleh Mungkar & Nakir.

Jalan terus ☝🏻🔥🔥🔥🤜🤛

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Dec, 08:35


"Siapa menang dia kalah"

Semasa kecil dahulu, anak sulung saya Aiman Wong sering ungkapkan ayat ini kepada adik-adik & kawan-kawan dia;

"Siapa menang dia kalah."

Saya dan isteri tergelak besar mendengar ungkapannya itu. Aiman pula dia akan ulang lagi lain kali, "Siapa menang dia kalah."

Masa berlalu dengan cepat, Aiman sedang berusaha untuk ulangkaji & tuisyen sebagai persiapan untuk menduduki SPM pada Januari 2025.

Bila saya renung kembali kepada ayatnya, rupa-rupanya Allah sedang mendidik saya. Memang ada benarnya ayat Aiman dulu, "Siapa menang dia kalah"

Kenapa?

Berdasarkan pengalaman khususnya dalam pertembungan antara ego, siapa yang mengalah itulah pemenangnya dan siapa yang menang dalam pertembungan ego dialah yang kalah.

Simple sahaja ayat dari Aiman tetapi Allah mendidik saya menerusi anak sulung saya itu.

Bukankah iblis 'memenangkan egonya' dengan ungkapan 'aku lebih baik dari dia (Adam)' manakala malaikat taat dan sujud hormat pada Nabi Adam Alaihi Salam?

Bukankah tercatat di dalam Al-Quran bagaimana Qarun 'memenangkan egonya' dengan mengatakan 'semua kekayaannya adalah usaha dia semata-mata?'?

Selain itu bukankah Firaun 'memenangkan egonya' dengan 'mengakui dirinya sebagai tuhan' walhal dia manusia yang sangat lemah?

Bagaimana pula dengan musyrikin Quraish seperti Abu Lahab & Abu Jahal yang 'memenangkan ego' mereka dan enggan tunduk kepada kebenaran Islam walaupun mereka sedar dan tahu bahawa Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam adalah Nabi yang sebenar.

Ego itu bukannya sesuatu yang negatif kerana manusia memerlukan ego untuk terus hidup dan berjuang tetapi ego yang sederhana mengikut syariat Islam dan tidak menolak kebenaran.

Jazakallahu Khairan anak daddy, Aiman kerana mendidik Daddy & Umi akan falsafah 'Siapa menang dia kalah' yang memang sangat benar. Ayat yang pendek tetapi maknanya mendalam.

Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala melindungi & merahmati semua anak-anak Daddy. Allahuma Ameen

#SHIFT #shiftyourmindset #Shifting #SHIFTbyFW

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Dec, 04:58


Memecahkan Konsep Banyak Tuhan Secara Logikal

https://youtu.be/d2o2lLC6JHo

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

29 Dec, 13:54


"We would like to offer you a senior management position in our organisation"

Sebelum Maghrib, seorang sahabat saya dari luar negara menghubungi saya;

"Assalamualaikum Brother Firdaus. How are you doing? How is your family?"

Setelah berborak seketika, dia tahu karektor saya yang suka 'straight forward' lalu dia memaklumkan niatnya menghubungi saya;

"I was having discussion with my team here and they asked me do I have a candidate to fill up this position. Without hesitation the first person who come to my mind is you and that's why I call you. Will you be interested to consider joining and leading us full time and bring your family over here?"

Tanpa ragu-ragu, saya membalas;

"I'm so honoured that you think about me and offer me that position in your esteem organisation however I have to apologise that..."

Belum sempat saya menghabiskan ayat saya, dia mencelah;

"You don't have to decide now. You can take your time to consider first."

Saya membalas;

"I appreciate that but you know me, I am not that kind of person who will answer In Sha Allah and give you false hope while knowing I have decided. I am running 1 dawah organisation here and 2 of my own business and In Sha Allah in 2025 I will expand into corporate training. I truly appreciate the offer but I'm afraid I have to decline your offer. Let me know if there is anything I can help your goodself and organisation."

Hhmmmmm.. Saya dapat mendengar hembusan nafas nada kecewa dia tetapi saya bukanlah manusia yang suka memberikan harapan palsu kepada orang lain dengan memberikan jawapan In Sha Allah walaupun hakikatnya saya tahu apa keputusan saya.

"OK Firdaus, if you know any candidate that is like you. Not only someone who know how to do dawah but also know how to train and manage people and run an organisation, just like you. We will cover his and his family living expenses here. Visa, accommodation for the entire family.", sambung beliau.

"OK. If the candidate asked me about the remuneration?", soal saya untuk kepastian.

Sahabat saya menjawab, "It will be in US Dollar XXXX with flight tickets. We will consider increasing it depend on the experiences of the candidate."

Gaji yang agak masyuk dan peluang yang sangat bagus tetapi saya sangat jelas tentang halatuju dan perancangan saya sehingga 2035 dan ini bukan sebahagian daripada apa yang saya rancang.

Namun ianya adalah penghormatan buat diri saya yang kerdil ini untuk ditawarkan jawatan memimpin sebuah organisasi dakwah antarabangsa.

Budak berkelulusan SPM ditawarkan memimpin organisasi dakwah antarabangsa?

Jikalau ini adalah pengiktirafan & penghormatan, maka pengiktirafan & penghormatan ini juga milik sahabat semua yang mendoakan serta menyokong saya selama ini.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

29 Dec, 00:48


Sambung belajar..

MBA atau tunggu setahun dua lagi untuk PHD?

Istiqarah..

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Dec, 07:41


Mereka Tak Pernah Rujuk Kitab, Kenapa Kita Pula Yang Mahu Rujuk?

https://youtu.be/18FPUQVSrDg

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

23 Dec, 03:14


Tidakkah Kamu Merindui "Kehidupan Malam"?

https://youtu.be/hMzZNszdG8c

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

21 Dec, 13:05


Dalam perjalanan ke Perlis.

In Sha Allah kita jumpa di Perlis untuk Forum Dhuha, Tajdid : Zakat & Dakwah bersama CEO MAIPs Ustaz Mohd Nazim & IMAM MUDA Asyraf di Masjid Al-Mursyid, Guring, Pauh, Perlis.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

21 Dec, 11:24


Berakhir sudah Mega Street Dakwah kali ke-11 yang berlangsung di seluruh negara.

Tahniah kepada semua sukarelawan yang hadir menjayakan Mega Street Dakwah kali ini.

Agak mendukacitakan juga apabila ramai yang mendaftar dan makanan telah disediakan tetapi mereka tidak hadir serta tidak langsung memaklumkan kehadiran mereka.

Mindset seperti ini perlu diubah.

Jangan dianggap hanya kerana ianya adalah sukarelawan maka suka hati mahu datang atau tidak & tidak memaklumkan kepada penganjur boleh menyebabkan pembaziran makanan.

Jazakumullahu Khairan kepada pihak yang menaja makanan & minuman serta mereka yang banyak menyumbang kepada usaha dakwah kami di MRM.

Sesuatu yang membanggakan saya adalah melihat bagaimana team MRM sudah mampu untuk bergerak & menganjurkan Mega Street Dakwah tanpa penglibatan saya. Alhamdulilah.

Sudah tiba masanya saya membuka arena dakwah yang lain untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang akan meluaskan lagi dakwah.

Saya akan bertolak ke Perlis malam ini untuk forum Dhuha di Perlis esok.

“Siiru Ala Barakatillah” kepada team MRM & semua sukarelawan dakwah di seluruh negara.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

21 Dec, 06:07


Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

Seorang warga emas berusia 101 tahun telah memeluk Islam sebentar tadi di Shah Alam. Allahuakbar.

Saya dihubungi sahabat saya yang merupakan seorang peguam, Dato Mohd Daud Leong untuk membantunya mengIslamkan ibunya yang telah dia dakwahi selama ini.

Setelah bertahun-tahun lamanya Dato Mohd Daud Leong berdakwah kepada ibunya, akhirnya ibunya bersetuju untuk menerima & memeluk agama Islam.

Kami bertutur dalam dialek Kantonis,

“Aunty, ada Chai Chai (panggilannya kepada Dato) paksa aunty masuk Islam ke?”, saya cuba dapatkan pengesahan lerana tiada paksaan memeluk Islam.

Aunty menjawab dengan tenang, “Takde la. Mana ada. Saya sendiri mau masuk Islam.”

Senang hati saya mendengar jawapan dari aunty. Saya membantu Aunty untuk melafazkan syahadah dalam Bahasa Arab satu demi satu & disusuli dengan terjemahan maksud syahadah di dalam dialek Kantonis.

Selesai sahaja syahadah, Dato Mohd Daud Leong terus memeluk & mencium ibu tercintanya. Ya saya faham perasaan itu. Seolah olah saya mengimbas kembali pada 2019 ketika mengIslamkan ibu saya sendiri.

Anak mana yang tidak mahu melihat ibubapa mereka turut memeluk Islam & bersama mereka di Jannah. Mereka hanya mampu menyampai & mengajak tetapi tidak boleh sesekali memaksa.

Bertuahnya Aunty yang Allah kurniakan hidayah buatnya pada usia 101 tahun.

Dah hampir pukul 1pagi. Masa untuk pulang ke rumah untuk bersiap sedia dengan jadual yang padat pada Sabtu dengan berlangsungnya Mega Street Dakwah di seluruh negara anjuran MRM.

Sokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

21 Dec, 06:07


CABARAN ALLAH KEPADA PENYEMBAH MAKHLUK!

Katakanlah: “Wahai semua manusia! Sekiranya kamu masih ragu-ragu tentang kebenaran agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk- makhluk yang kamu sembah selain Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu dan aku diperintahkan supaya aku termasuk dalam golongan orang yang beriman”.

Di dalam sambungannya, Allah memerintahkan kepada orang yang beriman agar tidak menyerupai penyembah makhluk.

“Dan Tetapkanlah wajahmu (dirimu dalam melaksanakan) agama dengan tulus dan ikhlas serta janganlah engkau termasuk dalam golongan orang yang musyrik.”

Selanjutnya, Allah melarang orang beriman dari menyeru kepada yang lain selain dari Allah Subhana Wa Ta’ala yang apa yang disembah itu tidak dapat memberikan manfaat mahupun kemudaratan kepada kita.

“Dan janganlah kamu menyeru yang lain dari Allah,; apa yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (syirik).”
[Surah Yūnus 10:104-106]

Mudahnya konsep tauhid di dalam Islam yang tiada bengkang bengkok & mudah difahami sebagaimana firman Allah;

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”
(Al-Kahfi 18:1)

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

20 Dec, 09:49


“Abang, Ammar ada banyak anugerah hari ni”, Cikgu Ikmal bisik kepada saya.

Saya dengan nada terkejut bertanya, “Ha? Banyak anugerah?”

Secara spontan Cikgu Ikmal membalas, “Ya bang. Dia deserve atas usaha dia selama ini.”

Tanpa disangka, anak ketiga saya Ammar Wong dipilih untuk menerima

1. Anugerah Pengawas Sukan
2. Tokoh Kepimpinan Pengawas
3. Terbaik Kelab & Persatuan (Matematik & Sains)
4. Terbaik Sukan & Permainan (Bola Baling)

Selain menjadi Bendahari Persatuan Matematik & Sains, Ammar juga dipilih sebagai kapten ragbi sekolah, ketua pembentang Inovasi sekolah yang memenangi Perak Petaling Utama on Innovation & Education, peserta terbaik Perkhemahan Unit Beruniform selain turut terpilih sebagai Olahragawan SK Bandar Sri Damansara.

Dengan bantuan Allah selain usaha dia yang disokong oleh Uminya telah melangkaui pencapaian saya pada umur 12 tahun.

Semua anak-anak berusaha dengan sebaik mungkin. Tiada paksaan kerana yang ada hanya galakkan untuk mereka berusaha dan menikmati proses itu.

Keputusan, anugerah & kejayaan belum pasti tetapi belajar dari setiap usaha itu. Tiada kekesalan setelah berusaha sebaik mungkin.

Jazakumullahu Khairan kepada semua guru-guru & jurulatih yang membimbing Ammar.

Tahniah Ammar, tahniah semua anak-anak Daddy. Semoga berjaya dunia & akhirat. Allahuma Ameen

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

20 Dec, 06:31


As human, we have the freedom of choice but not freedom of consequences from the choices that we make.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

19 Dec, 04:42


Semua orang sambut krismas, kenapa Muslim tidak?

https://youtube.com/shorts/DEPNloGy6sc

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

18 Dec, 06:47


Bila saya mengatakan kecacatan cara berfikir, ianya bukan teori yang dipetik entah dari mana tetapi ianya adalah satu fenomena yang benar-benar berlaku!

Uthaya Sankar memberikan amaran kepada Bukan Islam agar tidak terpedaya dengan mana-mana pendak*ah konon mahu membimbing anak muda tetapi mahu puaskan nafsu.

Well, on one side saya bersetuju dan konsisten untuk tidak mengkuduskan (mensucikan) mana-mana agamawan kerana mereka juga manusia yang tidak terlepas dari kelemahan, salah dan silap.

Tetapi untuk cuba memberikan indikasi seolah-olah semua pendakwah mempunyai tujuan yang sama adalah contoh kecacatan cara berfikir yang sangat kronik.

Kenapa?

Kalau digunakan prinsip yang cuba diketengahkan oleh Uthaya ini, apakah Uthaya juga akan memberi amaran kepada semua penganut Hindu untuk berhati-hati dengan sami H!ndu hanya kerana ada sami H!ndu yang merogol kanak-kanak?

Kes penganut H!ndu dan sami Hindu mer0gol & memb*nuh mangsa bukan sahaja berlaku di India tetapi juga berlaku di luar negara.

Saya sebagai Muslim tidak akan menyalahkan agama H!ndu kerana itu kesalahan individu melainkan ianya memang diajar dalam kitab agama mereka. Adakah begitu ajarannya? Sekadar persoalan.

Penganut agama lain yang cuba menangguk di air yang keroh pun tak perlu bersorak gembira dan cuba menyindir Islam. Selagi bergelar manusia, selagi itu terdedah kepada kelemahan dan kesilapan.

Adakah mana-mana penganut agama lain yang berani mendabik dada bahawa di dalam agama atau kepercayaan mereka tiada individu yang melakukan kesalahan? Ada berani?

Islam mengajar Muslim untuk berfikiran logikal dan rasional. Perbuatan individu tidak mewakili ajaran agama maka oleh itu agak sukar untuk melihat Muslim menyalahkan sesuatu agama kerana perbuatan beberapa individu dalam agama tersebut.

Kalau dilihat di tulisan Uthaya, kita akan dapat memahami cara berfikirnya dan barangkali perasaan yang terpendam di dalam hatinya.

*Tidak perlu memaki hamun dia dan pergi ke level dia. Agama Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi dari Islam. Akhlak kita lebih baik dan tidak perlu mengikuti akhlak buruk yang lain.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

17 Dec, 14:40


Syukur Alhamdulilah..

Mereka membuat banyak laporan polis terhadap saya walaupun apa yang saya petik adalah berdasarkan fakta.

Saya dipanggil untuk soalsiasat & memberikan kerjasama kepada PDRM. Saya kongsi semua bukti-bukti bahawa ucapan dan tulisan saya adalah berdasarkan sumber yang sahih.

Mereka tidak puashati lalu membuat permohonan untuk membuat pendakwaan persendirian terhadap saya & Zamri.

Mereka berusaha dari Mahkamah Majistret kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Wendy Ooi berkata tiada merit dalam rayuan dikemukakan Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF), S Shashi Kumar terhadap pendakwa raya.

Mereka meneruskan usaha kepada Mahkamah Rayuan untuk mengheret saya ke mahkamah. Namun sekali lagi Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Datuk Ahmad Zaidi mendapati rayuan mereka tiada merit.

Ini bukan penamatnya bagi mereka. Mereka tidak akan berputus asa.

In Sha Allah saya juga tidak akan berputus asa.

Jikalau orang lain boleh berdegil, kenapa pula saya tidak boleh BERDEGIL dengan kebenaran?

Tahun 2025 akan lebih mencabar. Perbicaraan saman Atomy terhadap saya akan berlangsung dari Januari sehingga bulan Ramadhan pada March selain kes saman 8 individu berbangsa India terhadap saya.

Penat? Cukuplah firman Allah menjadi motivasi;

“..sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(At Taubah 9:120)

Kami di MRM telah membelanjakan hampir RM400,000 hanya untuk kos guaman memperjuang & mempertahankan kebenaran selain membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://themerdekatimes.com/news/2024/12/mahkamah-tolak-rayuan-dakwa-firdaus-wong-zamri-vinoth-hina-agama-lain/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

17 Dec, 02:58


Nama Yesus Lebih Banyak Disebut Dalam Al-Quran

https://youtu.be/y1NE2PMQu_s

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

07 Dec, 01:34


Bagaimana nak berdakwah dengan egois?

https://youtu.be/aWY9CRKcy8E?si=NugNRMKRLKYckAMB

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

06 Dec, 23:19


The Arena | Challenge Islam | Defend your Beliefs

Hamza Den | Subhoor Ahmad | Wesam | Firdaus Wong

https://www.youtube.com/watch?v=mMh2oSKnTVk

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

06 Dec, 14:46


Temui Brother Firdaus Wong esok (Sabtu, 7 Disember) di Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh Melaka, dari jam 5.30 petang hingga 10.30 malam.

Dengan tajuk "Ancaman Fahaman Sekular dan Feminis" dan forum "Memperkukuhkan Keyakinan"

Insya-Allah, jumpa di sana!

Admin

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Dec, 09:14


Kalau Tuhan itu satu, kenapa ada banyak agama?

https://youtu.be/OW6uH17aDGU

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

04 Dec, 12:46


Seorang penjual es teh dihina seorang pempengaruh agama, Gus Miftah di Indonesia dengan panggilan ‘goblok’. Ramai netizen marah dan tidak kurang juga ramai asatizah mengkritik Gus Miftah.

Agama Islam yang saya belajar adalah agama yang menitikberatkan adab & akhlak apatah lagi mereka yang suka mencela orang lain. Allah berfirman,

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela”
(Al Humazah 104:1)

Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga bersabda,

“Seorang Mukmin bukanlah orang yang banyak mencela, bukan orang yang banyak melaknat, bukan pula orang yang keji (buruk akhlaknya), dan bukan orang yang bercakap kotor.”
[HR. Tirmidzi, no. 1977]

“Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin selain akhlak yang baik. Sungguh, Allah membenci orang yang berkata keji dan kotor.”
[HR. Tirmidzi, no. 2002]

Saya mengambil kata-kata Imam Malik,

“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”

Kita marah apabila Gus Miftah mencela penjual es teh dengan panggilan goblok dan merasa itu sangat keterlaluan tetapi sayangnya kita sikap yang sama tidak ditunjukkan kepada mereka yang suka mengungkap perkataan ‘bodoh’ dan ‘membodohkan’ orang lain di pentas ceramah.

Bukan sahaja tidak disanggah malahan disanjung dan dipertahankan. Saya tidak boleh menerima alasan kononnya itu adalah cara orang tempat tertentu bercakap.

Orang barat terbiasa dengan perkataan F hampir dalam setiap ayat mereka tetapi kenapa tidak nampak pula asatizah dari negara Barat sering mengungkap perkataan F di dalam ceramah mereka?

Adakah kita boleh menerima jikalau asatizah berkata kotor dan suka mencela?

Lisan adalah curahan apa yang di dalam hati sebagaimana gelas hanya menumpahkan apa terisi di dalamnya.

Jikalau isi hati baik, maka baiklah lisannya. Jikalau kotor hatinya, maka kotorlah lisannya.

Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda,

“Sesungguhnya ada seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikirkan lalu Allah mengangkat darjatnya disebabkan perkataannya itu. Dan ada juga seorang hamba yang berbicara dengan suatu perkataan yang membuat Allah murka dan tidak pernah memikirkan bahayanya lalu dia dilemparkan ke dalam jahannam.”
[HR. Bukhari, no. 6478]

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

04 Dec, 02:35


18 DAYS TO GO – 21 DECEMBER 2024

Mega Street Da’wah across Malaysia with the theme of Brothers in Faith

Introducing our collaborators for this year:

1. International Islamic Information & Dawah Centre (IIDAC)
2. Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) , Terengganu
3. Komuniti Dakwah Ipoh, Perak
4. Islamic Propagation Society International (IPSI), Pulau Pinang
5. Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ)
6. Haluan, Negeri Sembilan
7. Yayasan Kebajikan At-Tibyan, Kuantan
8. Perlis Centre Of Wisdom (PCW), Perlis
9. Quranic Youth Club (QYC), IIUM
10. Sultan Abdul Samad Jamek Mosque, Kuala Lumpur
11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) PERKIM
12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), PERKIM

Al Qur'an was revealed to all of humanity. It is every Muslim duty to convey the Message to all Mankind. Rasulullaah s.a.w said "Convey! Even if it's one ayat"!

Let's boost our Imaan by following the sunnah of the Prophet (peace be upon him) in doing da'wah!

Scan the QR code to register or click the link below

https://bit.ly/MSD_2024

Last registration on 19th December 2024, 12pm.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Dec, 12:58


Tadi seorang usahawan mengadu kepada saya,

"Bro, saya dah masuk banyak seminar, bengkel dan 'coaching'. Semua bagus. Tapi end up saya berhenti hadir semua tu."

Saya tertanya-tanya, "Kalau semuanya bagus, kenapa berhenti hadir semua tu?"

Dia menjawab, "Semuanya bagus tetapi staf tak selari dengan apa yang saya belajar walaupun saya dah ajar & latih mereka."

Saya bertanya kepada mereka, "Adakah mereka terlalu bodoh sehingga tidak berubah walaupun telah diajar atau kita yang tak tahu teknik mengajar?"

Matanya tajam melihat saya tetapi kosong tenungannya. Dia sedang berfikir lalu dia bertanya,

"Ok. Betul juga. Ada kemungkinan. Macam mana nak atasi semua tu? Saya nak masuk training dan coaching yang Bro buat untuk company boleh?"

" إن شاء الله boleh cuma kena tunggu tahun depan.", balas saya.

Dia pula menjawab, "Make sure saya jadi first ya."

Saya menjawab, "Sorry tuan. Dah ada company 'book' saya dah untuk train staf syarikat dia. Kiranya syarikat tuan adalah yang kedua la ok?"

Dengan gembira dia menjawab, "Nombor dua pun dua la. Beres."

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Dec, 02:59


Pendekatan Emosional Dibenarkan Dalam Dakwah

https://youtu.be/4uHeFNcph4w

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

02 Dec, 11:02


Buku sampai di pejabat malam semalam. Hari ini kami bertungkus lumus untuk memproses buku pra pesan sebanyak 1,000 naskah.

Saya perlu tandatangan 1,000 naskah buku sebagaimana dijanjikan. Mohon maaf di atas kelewatan penghantaran buku Cina Kiasu Atau Kiasi?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

02 Dec, 07:24


“Thank you for sharing...help me better understand Muslims”

Semasa saya scroll TikTok, ternampak ada ‘live’ dimana sekumpulan kaum Cina sedang berdiskusi dalam Mandarin tentang sekolah venakular.

Pengakhiran diskusi ini sangat di luar jangkaan.

Saya masuk untuk mendengar diskusi mereka. Sangat matang & objektif. Tiba-tiba, mereka menjemput saya untuk menyertai diskusi mereka.

Alamak. Saya hanya nak mendengar diskusi sahaja tak bersedia untuk masuk diskusi.

Ok la. Alang alang mereka dah jemput, saya masuk je la. Mereka tanya,

“Adakah ini Firdaus Wong ‘tu’? Firdaus Wong yang sebenar? Ustaz Firdaus Wong tu ke?”😬

Saya menjawab; “Ya, saya ‘LAH’ Firdaus Wong tu.”

Mereka mengalu-alukan kehadiran saya di dalam ruang diskusi mereka tetapi saya memilih untuk mendengar dan beberapa kali juga mereka meminta saya bagi pandangan tetapi saya menolak dengan alasan saya masih ingin menikmati diskusi antara mereka.

Setelah 20-25 minit mendengar diskusi mereka, mereka sekali lagi meminta saya memberikan pandangan saya tentang sekolah vernakular & kali ini saya setuju memberikan sedikit pandangan saya yang konsisten dengan pandangan saya selama ini di medsos.

Selepas itu untuk 2 jam berturut-turut dari 12.30 - 2.30pagi, mereka mengambil giliran bertanya soalan bertalu-talu kepada saya! Wahhhh..

Cara mereka bertanya sangat beradab dan sopan. Setelah mereka bertanya, mereka juga memberikan ruang secukupnya untuk saya menjawab tanpa mereka cuba mencelah.

‘Struggle’ sikit la bila kena terangkan dalam Mandarin yanv menyebabkan saya menyelitkan Bahasa Melayu, Inggeris dan dialek Kantonis juga.

Dua jam, tanpa henti sesi soal jawab!

Saya meminta izin untuk mengundur diri tetapi ada yang masih ingin bertanya. Saya layan lagi dua tiga soalan sebelum saya terpaksa berundur.

Cuma sebelum saya keluar, sebagai tanda persahabatan, saya menawarkan kepada mereka semua buku terbaru saya, Cina Kiasu Atau Kiasi? sebagai hadiah buat mereka semua.

Saya meminta mereka membaca & kemudian kritik buku sayabitu berdasarkan fakta jikalau di dalam buku itu ada kesalahan fakta.

Ramai yang ‘dm’ saya dan antara mesej yang diterima dari mereka ialah;

“Thank you for sharing...help me better understand Muslims”

Saya telah berkongsikan no telefon peribadi saya & mereka juga telah berkongsikan nombor mereka dengan saya. Saya juga akan menghantar buku saya dengan berjumpa beberapa mereka.

Mereka juga berminat untuk mengajak saya mengadakan diskusi ‘live’ di TikTok pada masa hadapan dan saya bersetuju dengan syarat, maklumkan lebih awal agar saya boleh lapangkan masa saya.

Soalan akhir dari salah seorang;

“Bagaimana kita ingin bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih baik di sebalik terdapatnya perbezaan agama, kaum dan budaya selain politik?”

Ini jawapan saya;

“Kita telahpun bermula tadi. Ya kita telahpun bermula tadi apabila kita berdiskusi secara terbuka untuk mendengar terus dari perspektif masing-masing dan tidak bergantung kepada naratif ahli politik atau media yang mempunyai agenda tersendiri. Suara kaum Cina bukan Muslim yang rasional & objektif seperti anda perlu diarusperdanakan. Kita bina dari sini.”

*Beli buku Cina Kiasu Atau Kiasi? di sini > https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

01 Dec, 04:09


Jumpa di Selangor International Book Fair di Setia City Convention Centre nanti.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Nov, 14:40


Dapatkan buku terbaru Brother Firdaus Wong, ‘Cina Kiasu Atau Kiasi?’ di reruai P34, Selangor International Book Fair di Setia City Convention Centre.

Sesi ‘Meet & Greet’ akan diadakan di reruai sama pada 1hb Disember dari jam 2.30pm - 4.30pm serta 2hb Disember pukul 2.30 - 3.30pm & sesi terakhir 8pm-9pm.

*Buku baru siap dicetak oleh kilang pencetak maka semua pesanan ‘Pre-Order’ akan diproses & dipos bermula esok bersama hadiah ‘Planner’ bernilai RM25 serta tandatangan Bro. Firdaus Wong.

Kami memohon maaf di atas kelewatan yang di luar jangkaan kami.

(Admin)

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Nov, 00:22


Segala ‘kelajuan’ yang dirasai sekarang akan ‘diperlahankan’ apabila kita semakin menghampiri ‘destinasi’ kita.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

29 Nov, 00:13


Kenapa Saya rasa Sukar untuk Sampaikan Kebenaran?

https://youtu.be/TM9E2I60ClQ?si=X3KicgeQ4GmPeI8V

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

27 Nov, 08:04


The food was good but the 2 hours conversation was even better. Alhamdulilah.

Hamza Andreas Tzortzis Nouman Ali Khan Fahad Tasleem

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

27 Nov, 01:40


https://youtu.be/rqkV9jT_ovo?si=uFpkBUCrcVpSNO4t

Buktikan Kewujudan Tuhan Gunakan Sains dan Matematik

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

26 Nov, 11:43


Allah pun cipta babi juga..

Daddy : “Mei Mei nak makan apa?”

Anak : “Mei Mei nak makan panas panas pedas pedas.”

Daddy : “Panas panas pedas pedas macam apa? Samyang & Ramyeon?”

Anak : “Semua tu mana boleh. Daddy tak bagi Mei Men makan kan? Daddy tak bagi makan tapi suggest tu kenapa? Ish daddy ni..”😢

Daddy : “Ala, Allah pun ciptakan babi tapi Allah tak suruh makan pun.” 😬

Anak : “Hahahaha 😂😂😂

Itu dialog antara saya dengan anak perempuan saya sebentar tadi.

Namun begitu juga dalam kehidupan kita sebagai manusia & Muslim. Dalam setiap situasi kehidupan, kita pasti akan dihadirkan dengan beberapa pilihan yang baik & buruk.

Kewujudan pilihan tidak bermakna kita wajib memilih yang buruk lalu diletakkan kesalahan itu kepada situasi dan pilihan.

Kita sebagai manusia tidak dihukum di atas pilihan yang wujud tetapi kita dihukum di atas keputusan dan tindakan yang diambil.

Allah memberikan pilihan antara yang halal dan haram serta antara tauhid & syirik. Manusia tidak boleh menyalahkan Allah kerana wujudnya pilihan untuk melakukan sesuatu yang haram & melakukan kesyirikkan kerana di situ juga wujudnya yang halal dan tauhid!

Jadi berbalik kepada dialog antara saya dengan anak perempuan tadi. Maka kami bersepakat untuk makan ‘shellout’ kerana itulah yang panas panas dan pedas pedas yang boleh diluluskan oleh daddy dan diterima olehnya. 😜

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

26 Nov, 04:46


Di India, mereka sesuka hati ‘claim’ masjid dibina di atas bekas kuil dan adakalanya masjid akan dirobohkan kerana ‘claim’ tersebut dan kuil baharu akan dibina sebagaimana yang berlaku kepada Masjid Babri.

Seseorang juga boleh dibelasah & dib*n*h hanya kerana ada orang ‘claim’ individu tersebut menjual, memiliki atau memakan daging lembu.

Di Asia Barat, ada juga sebuah negara yang ‘claim’ mereka adalah The Chosen People. Mereka juga ‘claim’ tanah itu milik mereka walaupun sejarah membuktikan sebaliknya.

Mereka juga ‘claim’ Humus bina terowong dan b*n*h bayi tetapi bekas PM mereka, Ehud Barak memecahkan tembelang sehinggakan wartawan CNN, Christiane Amanpour terkejut dengan pengakuannya bahawa mereka yang bina terowong itu.

Dengan ‘claim’, puluh ribu telah dib*nuh.

Jangan lupa, AS juga pernah ‘claim’ Iraq memiliki WMD - Weapon Of Mass Destructions tetapi setelah Saddam & lebih setengah juta rakyat Iraq dib*nuh, masih tidak dijumpai WMD.

Yang dunia jumpai hanyalah WMD yang lain iaitu Weapon of Mass Deceptions!

Itulah bahaya budaya ‘claim’ tanpa bukti & tabayyun (siasat).

So next time, sesiapa yang ‘claim’ sesuatu, pastikan kita meminta bukti dari mereka. Jangan terpengaruh dengan status, reputasi & permainan air mata buaya mereka.

Di Malaysia, pihak berkuasa juga perlu tegas bertindak membanteras budaya ‘claim’ dan pacak sesuka hati di tanah orang lain kemudian ‘play victim’. Without fear and favour!

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

26 Nov, 00:52


Realiti atau persepsi?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

25 Nov, 03:58


Are There Limits to Rationality?

Join us for an exclusive session with Sheikh Fahad Tasleem this Thursday, 28th November 2024 at 8:30 PM, as we delve into the intriguing question: "Are there limits to rationality?"

As a Daei, have you met a prospect driven by logic and reason? Is rationality a good tool for da’wah? How far can every decision, every emotion, and every aspect of human experience be neatly categorized and explained through rational thought?

Sheikh Fahad Tasleem will dissect the boundaries of rationality, and it's complexities!

Don't miss this opportunity! Mark your calendars and join us for a captivating evening of ilm!

Register now;
https://bit.ly/SheikhFahadTasleem

We look forward to seeing you there!

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Nov, 00:47


Don’t marry someone you can live with but marry someone you can’t live without.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

19 Nov, 02:53


Orang Kafir Masih Kafir Kerana Selesa Dengan Kekufuran

https://youtu.be/spSuRvYfLCw

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

16 Nov, 15:32


Lebih baik kehilangan sesuatu kerana Allah daripada kita kehilangan Allah kerana sesuatu.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

16 Nov, 05:36


Melalui pengamatan Peter T. C. Chang, kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi mulai mencetuskan kebanggaan terhadap peradaban Cina dalam kalangan masyarakat Cina di luar negara, termasuk orang Cina di Malaysia.

“Banyak syarikat dari luar negeri yang berniaga di sini melihat orang Cina lebih baik berbanding kepada kaum lain. Bila mereka memilih pekerja, mereka lebih suka orang Cina sebab sentiasa menganggap orang Cina mempunyai ciri-ciri yang bagus seperti sentiasa ingin belajar pengetahuan baru dan kemahiran baru, lebih progresif dan ingin memperbaiki diri. Bangsa lain tidak sebaik orang Cina walaupun ada juga antara mereka mempunyai ciri dan kualiti seperti orang Cina.”
(Lee Fook Yee, (2014). Identiti Cina Malaysia: Elemen dan pembentukan. Penerbit Universiti Malaya, hlm 101)

Buku Cina Kiasu Atau Kiasi? yang bakal menyingkap mitos di sebalik sikap “kiasu”, “kiasi” dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina.

Fakta yang bakal membuka mata & membina persefahaman tentang masyarakat Cina!

Tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

Boleh buat pesanan di shop.themerdekatimes.com

**Contoh iklan untuk Cina sahaja di Malaysia berbanding dengan Chinese Speaking.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

14 Nov, 22:46


Alhamdulilah, pra-pesan buku Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? Telah terjual sebanyak 825 naskah setakat jam 2.30 petang semalam. Alhamdulilah.

Tahukah sahabat bahawa ada tawaran eksklusif untuk Pra-Pesan;

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

Boleh buat pesanan dengan tekan butang dibawah
👇🏻👇🏻👇🏻
https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

14 Nov, 07:27


“Saya nak bagi kamu bangunan…” - Tun Daim

Saya berjalan menuju ke lobi Menara Ilham dan disambut oleh seorang kakitangan,

“Ini Tuan Firdaus Wong ke?”

“Ya”, saya menjawab ringkas.

“Tun Daim sedang menunggu di atas”, sambung kakitangan tersebut yang kemudian menemani saya menaiki lif khas ke pejabat peribadi Tun Daim.

Keluar sahaja dari lif khas, saya diminta menunggu sebentar di ruang menunggu yang luas sambil saya menikmati pemandangan KLCC dari situ. Canggih pejabatnya tetapi pada masa yang sama, beberapa lukisan menghiasi dinding-dindingnya.

Sejujurnya, saya tidak tahu ‘what to expect’ kerana PA Tun yang menghubungi saya memberitahu saya bahwa Tun Daim ingin berjumpa dengan saya. In juga kali pertama saya akan bertentang mata dengan Tun Daim.

Tatkala saya sedang menikmati pemandangan dari pejabat Tun, satu suara yang agak ‘familiar’ memberikan salam,

“Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam”, saya menjawab sambil menoleh ke belakang dan melihat Tun Daim lalu beliau menjemput saya ke dalam pejabatnya. Hanya kami berdua sahaja di dalam bilik itu.

Tun bertanya khabar dan rupa-rupanya, banyak juga info saya yang dia dah tahu. Hebat pasukan ‘perisikan’ Tun. Saya tidak perlu menerangkan sangat kerja-kerja dakwah saya dan MRM. Suaranya lembut seperti seorang ayah tetapi boleh merasai aura kritis dan tegasnya. Tiba-tiba Tun bertanya,

“Firdaus, apa yang saya boleh bantu dakwah kamu?”

Saya terkejut dengan soalannya yang spontan itu lalu saya menerangkan kepada Tun aktiviti-aktiviti dakwah yang kami lakukan sebelum ini dan yang telah kami rancang untuk laksanakan dalam beberapa tahun akan datang. Tun Daim mencelah dan berkata,

“Begini Firdaus, saya nak bagi kamu bangunan 3 tingkat di KL dan saya mahu kamu buat program bagi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.”

Saya terkejut dengan tawaran dari Tun. Saya tidak menyangka Tun akan menawarkan sebuah bangunan di KL untuk kami. Saya membalas,

“Tun, terima kasih banyak-banyak atas tawaran Tun untuk memberikan kami bangunan untuk kami laksanakan program makanan untuk gelandangan. Saya sangat menghargai kepercayaan Tun ini. Cuma Tun…”

Belum saya menghabiskan ayat saya, Tun mencelah,

“Segala kos perbelanjaan untuk program ini saya akan biaya. Firdaus dan team tak perlu risau pasal duit untuk projek ini.”

Saya menghabiskan ayat saya,

“Terima kasih Tun cuma kami adalah sebuah NGO yang sangat fokus kepada usaha dakwah kami kepada Muslim untuk merasa bangga dan mulia dengan Islam, berdakwah kepada yang Belum Muslim serta menangkis naratif anti Islam. Apa yang kami buat ini adalah sangat niche. Kami juga ada buat sedikit kebajikan tetapi itu bukan fokus utama kami kerana dah banyak sangat NGO terlibat dengan kebajikan. Tidak ramai yang buat dan fokus apa yang kami buat sekarang ini. Andai ada pun teramat sedikit jumlahnya.

Kami ingin terus fokus dengan kepakaran dan kemahiran kami ini, Tun. Saya sangat menghargai tawaran dari Tun. Saya percaya bangunan yang Tun ingin berikan kepada kami untuk tujuan program gelandangan itu boleh dimanfaatkan lebih baik oleh NGO kebajikan yang lain. Kemahiran dan kepakaran kami boleh dimanfaatkan untuk bidang fokus kami yang tak ramai buat.”

Sejujurnya, saya sedikit berdebar kerana risau Tun akan marah apabila saya menolak tawarannya itu tetapi Tun tidak marah malahan menjawab,

“Ok takpe. Bagus Firdaus nak fokus kepada kepakaran Firdaus dan NGO. Saya hormat keputusan Firdaus. Biasanya bila saya tawarkan macam ini kepada orang lain, depa akan terima walaupun itu bukan bidang fokus depa tapi Firdaus tolak sebab nak fokus. Bagus.”

Saya ada berkongsi kisah saya menolak tawaran Tun ini tetapi ada yang membalas,

“Alahai Bro, kenapa tak terima je tawaran dari Tun tu. Lagipun projek gelandangan itu dia juga akan biayai segala kosnya. Bila dah jadi milik MRM, terpulanglah kepada MRM untuk teruskan dengan projek gelandangan atau jadikan office atau jual.”

Maaf, saya tak pernah dan tidak akan buat begitu.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

14 Nov, 07:27


Di Padang Mahsyar, Tun Daim dah terlepas dari tanggungjawabnya terhadap bangunan tu kalau kami terima tetapi apa saya nak jawab di depan Allah bila Allah tanya kenapa saya khianati amanah Tun dengan menjual bangunan tu.

Walaupun secara undang-undangnya dah menjadi hakmilik NGO dan kami boleh menjualnya tetapi yang saya utamakan sebagai Muslim adalah amanah dan akad sesama kita! Saya keluar dari pejabat Tun tanpa saya merayu beliau untuk berikan bangunan lain atau merayu beliau untuk sumbangkan duit untuk dakwah kami.

Saya merayu kepada Allah dan Allah yang akan gerakkan hati hamba-hambaNya. Kerja dakwah, kerja para anbiya yang mulia. Kami akan membuka ruang untuk masyarakat untuk turut sama menyokong tetapi untuk merayu-rayu, mungkin itu bukan apa yang saya fahami.

Beberapa minggu selepas itu, PA Tun menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Tun ingin menjemput saya memberikan kuliah bulanan di surau banglo rumahnya di Taman Melawati. Dia sendiri akan menghadiri setiap kuliah saya tanpa gagal dan selepas selesai kuliah dan solat Isyak, kami akan duduk semeja untuk makan bersama dan Tun seorang yang banyak bertanya soalan-soalan yang kritis.

Soalannya kritis tetapi andai jawapan saya itu ‘make sense’ dia akan terima. Sepanjang setahun dua saya berceramah di banglonya, hampir setiap kali saya ceramah pasti akan ada individu yang hadir membawa proposal untuk mendapatkan dana dari Tun. Saya?

Saya tak pernah bawa sebarang proposal kepada beliau kerana saya menghormati hubungan kami dan tidak mahu mengambil kesempatan. Selama ini saya yakin Allah yang akan mengerakkan hamba-hambaNya untuk menyokong usaha dakwah kami, keyakinan itu tidak pernah pudar.

Saya tidak lagi berkuliah di banglonya setelah beliau dilantik sebagai ‘Council of Elders’ oleh Tun Mahathir setelah PRU pada 2018.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Tun, memberatkan timbangan amal solehnya berdasarkan sumbangannya kepada dakwah & kebajikan selama ini selain sumbangannya sebagai negarawan. Allahuma Ameen

*Ingin menyokong usaha dakwah MRM?

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0WZ5MKbGoEamdWjp28GTnJnp3LZ58dJHh4hnVeUYC9ApbkpN8eQNnUdP96XZqvW75l&id=100044182431632

*** Beli buku Cina Kiasu Atau Kiasi?
Klik link di bawah
👇🏻👇🏻👇🏻
https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

14 Nov, 02:46


Sampaikan kebenaran tanpa buatkan non muslim tidak selesa, boleh ke?

https://youtu.be/GlSub6rqfmo

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

12 Nov, 17:18


Wanita Cina ini telah menghadiri kelas Fardhu Ain dalam Bahasa Mandarin yang dikendalikan oleh Bro Adam Tan buat satu tempoh dan akhirnya memilih untuk memeluk Islam bersama Bro Adam Tan ketika Street Dakwah minggu lepas. Alhamdulilah.

Jom sokong dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

12 Nov, 01:52


Siapa pernah makan mee goreng ‘bodoh’ aka Mee Goreng Hasan di Melaka?

Simple tapi sedap, and yes murah juga..

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

11 Nov, 02:05


Dakwah yang muda sebelum yang tua

https://youtu.be/zi5NLl04b9c

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

10 Nov, 11:25


Saya pergi menghantar Halal ‘Lap Cheong’ dan juga dua pek Mochi kacang kepada guru saya, Dato Sheikh Hussain Yee di Al-Khaadem.

Dia pula baru pulang dari Uzbekistan malam semalam dan terus mengendalikan kuliah Ahadnya di markas Al-Khaadem.

Tak sangka pula dia bawa balik Samarkhand Bread, roti Uzbekistan untuk saya, siap hantar video tutorial macam mana nak makan roti Uzbekistan ini.

Macam mana tak sayang guru kalau macam ini! 😜

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

09 Nov, 04:34


SCAMMER ALERT!

Saya tidak pernah membeli apa-apa dari kedai ini dan share story tentang mereka. Ini adalah SCAMMER!!!

Jangan tertipu dengan mereka. Siapa yang pernah membeli dari mereka dan mempunyai slip pindahan wang, sila buat laporan polis.

**Pre-Order buku Cina Kiasu Atau Kiasu? telah mencapai lebih 500 naskah dalam 7 hari dan itu bukan scam tapi legit! Anda belum membeli? Boleh beli sekarang dengan klik link di bawah

👇🏻👇🏻👇🏻
shop.themerdekatimes.com

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

08 Nov, 07:25


Alhamdulilah. Terima kasih atas sokongan sahabat semua.

Pra pesan 500 naskah buku Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? terjual dalam 7 hari. Alhamdulilah.

Sahabat yang lain dah pra pesan? Jikalau belum, jom pra pesan Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? yang bakal menyingkap mitos di sebalik sikap “kiasu”, “kiasi” dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina.

Fakta yang bakal membuka mata & membina persefahaman tentang masyarakat Cina!

Tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

Pra pesan sekarang dengan tekan pautan di bawah!
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
shop.themerdekatimes.com

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

08 Nov, 01:56


“Mengapa orang Cina bangga berasimilasi di Barat tetapi tidak di Malaysia?” - Prof. Datuk Dr Teok Kok Seong

Persoalan yang dilontarkan oleh Prof. Datuk Dr Teo akan dijawab dengan tuntas di dalam Cina Kiasu Atau Kiasi? berdasarkan kajian oleh ahli akademik & pakar sosiologi.

Tawaran menarik untuk pembeli Pre-Order Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? Pre-Order sekarang dengan menekan pautan di bawah SEKARANG… 🫡

shop.themerdekatimes.com

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

07 Nov, 06:47


Menurut Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, orang bukan Melayu memandang rendah terhadap orang Melayu. Apakah benar kenyataannya & adakah terdapat sebarang kajian akademik bagi membuktikannya?

Jom dapatkan jawapannya dan juga beberapa statistik lain yang pasti mengejutkan anda di dalam buku terbaru saya, CIna ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? yang bakal menyingkap mitos di sebalik sikap “kiasu”, “kiasi” dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina.

Fakta yang bakal membuka mata & membina persefahaman tentang masyarakat Cina!

Tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

PRE ORDER SEKARANG!
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

06 Nov, 02:19


Berdosakah Kalau Saya Tak Sampaikan Islam kepada Jiran Non Muslim?

https://youtu.be/YY8O2fB-RM0

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Nov, 07:11


UPDATE KES TOK KADI & SAKSI BULI PENGANTIN!

30 minit selepas saya kongsikan tentang tok kadi dan saksi membuli pengantin, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Kuala Muda, Sungai Petani Kedah iaitu Tuan Nasyarudin telah menghubungi saya.

Semua bukti video dan gambar mereka yang terlibat telah saya berikan kepada beliau dan beliau kenal kesemua mereka iaitu Tok Kadi adalah Imam Masjid, saksi yang membuli pengantin lelaki adalah muazzin manakala lelaki yang masuk menghalau wanita ke kawasan wanita yang sempit pula adalah AJK masjid.

Perkara yang sama juga telah saya panjangkan kepada SS Mufti Kedah, Dato Sheikh Fadzil Awang.

Tahniah atas tindakan yang proaktif.

Pengantin lelaki juga telah membuat aduan rasmi semalam dan abang kepada pengantin lelaki juga akan membuat aduan rasmi hari ini. QadarAllah, ketika insiden berlaku, kakak dan kakak ipar pengantin lelaki ada membuat rakaman dan juga telah diserahkan kepada pihak pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.

Ramai yang tertanya-tanya di masjid manakah kejadian ini berlaku. Kakak ipar pengantin lelaki telah 'spill the bean' di ruangan komen medsos saya dengan menamakan Masjid Kariah Matang Gedong, Sungai Petani.

Yang mengejutkan saya adalah, ramai 'mangsa-mangsa' telah tampil berkongsikan pengalaman mereka dibuli di Masjid yang sama! Allahu Musta'an.

Jikalau benar apa yang dikongsikan oleh netizen, maka 'pembulian' seperti ini telah lama berlaku dan biasa berlaku!

Aduan telah dibuat dan tindakan perlu diambil agar tiada lagi bakal pengantin akan dibuli atau dimalukan ketika hari pernikahan mereka. Kami hanya ingin hentikan pembulian ini untuk membantu orang lain yang bakal bernikah bukan membantu diri kami andai mahu bernikah, lagi!

**Buku terbaru saya, Cina Kiasu Atau Kiasi? yang bakal menyingkap mitos di sebalik sikap “kiasu”, “kiasi” dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina.

Fakta yang bakal membuka mata & membina persefahaman tentang masyarakat Cina! Tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

PRE-ORDER SEKARANG
👇👇🏻👇🏼👇🏽👇🏾👇🏿
https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

04 Nov, 03:14


Kenapa Pendakwah Cina Tak Ramai?

https://youtu.be/VGE7_HMYG2I

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Nov, 12:13


Tok Kadi pula bersuara, "Apa saya cakap tadi? Saya kata JANGAN SESIAPA BERSUARA KETIKA MAJLIS BERJALAN!"

Saya menjawab; "Haji, dah nampak apa dia buat tak betul tu kita tak boleh bersuara untuk betulkan kah?"

Tok Kadi menjawab: "Saya dah buat benda ni 10 tahun dah."

Dah buat 10 tahun ke 20 tahun ke bukan penanda benda yang dibuat tu betul!

"Kalau awak tak puashati, saya boleh je batalkan majlis pernikahan ini dan suruh depa pi nikah kat pejabat agama je."

Wahh.. Main ugut-ugut pula. Saya yakin ini bukan prosedur yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Saya kenal dengan Mufti Kedah, Dato Sheikh Fadzil Awang yang suka memudahkan urusan orang. Kami menunaikan Haji bersama pada 2018.

Saya sendiri juga bernikah di Kedah dan menghadiri banyak majlis pernikahan di Kedah. Tiada adegan buli. Tidak perlu memecat tetapi menegur mereka agar mengikut prosedur dan jangan menyulitkan urusan orang lain.

Saya keluar dari bilik. Rupa-rupanya, isteri saya dan beberapa tetamu telahpun keluar lebih awal sebelum saya menegur lagi kerana mereka juga tidak puas hati dengan pembulian yang berlaku.

Selepas majlis, saya mendekati ibu pengantin lelaki dan ayah pengantin perempuan untuk meminta maaf kepada mereka. Saya ingatkan mereka marah tapi mereka jawab;

"Takpe. Ini orang lama dah buat style gitu lama dah. Takde orang berani nak teguq depa selama ini tu yang depa buat pesyen tu juga. Saya ok je tadi Firdaus tegur dia sebab saya pun dah habaq toksah tanya lagi dah tapi dia nak tanya lagi."

Sahabat semua, ingatlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam;

"Barangsiapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat."
(HR. Muslim, no. 2699)

Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi telah sempurna dan memudahkan untuk semua orang. Adakalanya yang membuatkan agama Islam ini rumit dan hodoh bukan kerana ajaran Islam tetapi penganutnya yang baru sahaja diberikan sedikit kuasa suka menyusahkan orang lain untuk menunjuk kuasa yang dimiliki.

Benarlah apa yang Adi, abang pengantin beritahu kepada saya; "Tengok peel depa tu, sebab tu orang muda malas nak mai masjid. Depa tu kadang-kala ingat masjid tu bapa depa yang punya. Tak mesra pastu bengis."

Laporan akan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah agar imej agama Islam tidak dicemari karektor pembuli seperti itu.

**Buku terbaru saya, Cina 'Kiasu' Atau 'Kiasi' telah dibuka untuk pre-order dengan tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

Boleh buat pesanan dan pembayaran di link di bawah👇👇🏻👇🏼👇🏽👇🏾👇🏿
https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Nov, 12:13


TOK KADI PEMBULI PENGANTIN

"Apa saya cakap tadi? Jangan keluarkan suara ketika majlis berjalan. Kalau awak tak puas hati, saya boleh batalkan dan minta mereka pergi nikah di pejabat Jabatan Agama je."

Kami sampai lebih kurang 12.45pm di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah untuk penikahan sepupu (sebelah isteri). Beberapa jemaah menyapa mesra kehadiran kami bila diketahui kami ini bersama rombongan pengantin lelaki.

Isteri saya, ibu saudara (ibu pengantin), tetamu dan anak perempuan saya berada di luar ruang solat terpinga-pinga mencari di manakah tempat solat Muslimah sebab kali pertama di situ.

Tiba-tiba datang seorang lelaki tua menaiki motor. Isteri saya ucapkan salam dan bertanya dengan nada yang sopan;

"Pakcik, di mana tempat solat Muslimah ya"

Tanpa sebarang provokasi, pakcik itu meninggikan suara,

"BUKAN SINI. MASUK HAT SITU. INI RUANG SOLAT LELAKI!"

Rupa-rupanya, dia muazzin masjid dan kemudian dia pula menjadi imam. Selepas solat Zohor, dia tanya kepada abang pengantin;

"Ada apa?"

Abang pengantin menjawab; "Ada akad nikah sat lagi."

Pakcik tu menjawab, "Nikah? takde siapa habaq pun. Takde dalam rekod."

Tiba-tiba seorang lelaki masuk menyapa, "Tok kadi pi kenduri. Lepas kenduri dia mai"

Pakcik tu pula menyampuk;

"Nikah tu buat kat dalam bilik mesyurat. Hat sana tu."

Takpe la. Janji pun pukul 2pm.

Kami masuk ke dalam bilik mesyuarat, masuk pula lelaki lain dalam pertengahan usia,

"Perempuan pi duduk sana. Ini bahagian lelaki. Tu perempuan duduk sana"

Menghalau pula. Dia tak nampak ke bahagian perempuan tu dah penuh dengan 20 lebih orang manakala lelaki tak sampai pun 10. Tok kadi melangkah masuk dalam 2 lebih. Lewat, takde minta maaf atas kelewatan apa, terus bagi tazkirah.

Bagi tazkirah bukan kepada pengantin tetapi kepada tetamu. Antara yang dia sebut,

"Semasa majlis berlangsung, jangan ada sesiapa bersuara kah apa. Biar ja kami buat kerja kami. Jangan ada yang nak menyampuk."

Lepas itu dia baca Surah Al-Isra 17:32 dan kemudian Surah An-Nisa 4:1. Kemudian Tok kadi serahkan kad pengenalan pengantin lelaki kepada pakcik tu. Ya pakcik tu. Dia jadi saksi dengan lelaki tadi yang halau perempuan tu.

Dalam hati saya kata; "Jangan dia cuba nak buli pengantin"

Kebimbangan saya menjadi realiti. Bertalu-talu soalan ditanya sedangkan semua soalan itu telah ditanya oleh ayah kepada pengantin perempuan. Siap tanya;

"Set salinan pakaian ada berapa? Ada berapa? Bila pi kursus kahwin? Kenapa 3 bulan bukan sekali. Baca syahadah, baca fatihah, selawat. Baca kuat sikit tak dengaq"

Saya dah tengok wajah ibu pengantin lelaki menahan geram. Mengeleng kepala beberapa kali. Dialah antara wanita yang kenali yang sangat penyabar tetapi dapat melihat reaksi kekecewaan dan geramnya. Saya memanggil abang pengantin yang bertindak sebagai jurugambar;

"Adi, apa benda saksi tu tanya benda macam tu? Bapa pengantin perempuan dah tanya semua tu dah. Habaq kat bapa pengantin perempuan suruh saksi tu berhenti la buli pengantin lelaki."

Dia menjawab dengan suara yang kuat sikit agar mereka dapat mendengar; "Tak patut buat begitu." Lalu dia pergi mendekati bapa pengantin lelaki sambil bapa pengantin perempuan mengangguk-angguk kepada tanda setuju.

Bapa pengantin perempuan mencuit saksi yang buli pengantin lelaki tu sambil berkata,

"Toksah dah tanya. Nikahkan je."

Pakcik tu pula menjawab;

"Takpe ah. Hang sabaq sat. Aku nak tanya sikit je lagi."

Maaf la. Waktu itu hati saya dah sangat panas tapi saya tahan lagi. Dia suruh pengantin lelaki ulang lafaz nikah.

"Kena ada terima nikahNYA. Ada NYA kat situ. Tau? ada NYAAAA. Hat tak boleh setakat aku terima nikah je.. Kena ada NYAAA."

Saya terus menyampuk,

"Pakcik, dia belum habis cakap pakcik asyik menyampuk. Pakcik nak buli dia pasaipa. Pakcik tanya soalan yang bakal bapa mertua dia dah tanya. Bakal bapa mertua dia pun dah minta pakcik toksah tanya dah. Bagi nikah je. Awat pakcik nak buat susah benda yang mudah? Tadi Tok Kadi habaq kita mudahkan benda yang halal ni hat pakcik susahkan."

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Nov, 07:35


“Suami saya suka tengok ceramah Ustaz la”

Bersama dengan saudara Sattis, seorang usahawan yang memiliki syarikat pembersihan dan bisnes panipuri serta tosai di PARC setiap Sabtu & Ahad.

Fasih berbahasa Melayu, Inggeris & Cina selain Tamil. Ketika Sattis sibuk di gerainya melayan pelanggan, isterinya datang bercakap dengan saya;

“Suami saya suka tengok ceramah Ustaz la”

Selepas bergambar, saya memintanya untuk menghantar gambar itu kepada saya di WhatsApp dengan scan QR code saya, isterinya seperti terkejut dan berkata;

“Ustaz ok ah bagi orang scan QR WhatsApp. Ada orang tak suka dan tak mahu bagi.”

Belum sempat saya membalas, Sattis membalas bagi pihak saya;

“Itu kalau orang tak pernah jumpa dan tak kenal Ustaz memang cakap begitu. Ustaz ok. Dia friendly je.”

Sebelum saya pulang, Sattis berkata;

“Ustaz, nanti kita keluar makan Indian Cuisine ya. Saya belanja. Saya akan bawa sekali Chai Masala yang Ustaz suka tapi kami sudah habis jual hari ini.”

Saya membalas;

“Takpe, first round saya belanja Sattis dan family. Lain kali baru Sattis belanja saya pula.

Sattis menjawab; “OK set Ustaz.”

Lalu dia meminta anak perempuan sulungnya berusia 7 tahun salam dengan saya tapi anak perempuannya pula kata, “Lain kali saya buat tosai untuk uncle.”

Ada tawaran eksklusif untuk pembeli pre-order;

Jom beli buku terbaru saya, Cina ‘Kiasu’ Atau Kiasi’? dengan klik link https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Nov, 03:40


“Tak payah pening kepala bro. Guna je Google Translate. Xia Meng University tu ‘made in China’. Mana boleh harap sangat.”

Kenapa ramai Cina yang sentap?

Beberapa hari lepas saya kongsikan petikan dari buku terbaru saya, Cina 'Kiasu' Atau 'Kiasi'? yang diambil dari sebuah kamus yang diterbitkan oleh Xiamen University Press dari China!

Ada yang menuduh saya sengaja memburuk-burukkan Cina sedangkan itu adalah fakta yang ditulis di dalam kamus Xiamen University Press dari China.

Terang-terangan saya tulis di situ rujukan dari Xiamen University halaman 137 tapi saya dah jangka ramai orang bukan masalah penglihatan tetapi masalah hati.

Takkan mereka nak menuduh Xiamen University Press dari China kurang Cina dan ingin memburukkan orang Cina?

Setelah saya balas di komentar bahawa itu adalah definisi yang dipetik dari Xiamen University Press, ada yang terus kona baring kata kamus made in China tak boleh pakai, guna Google Translate je. 😅

Ada pula selepas didedahkan kebodohan mereka, tukar topik dan membuat serangan peribadi yang saya juga telah jangkakan. Tak boleh lawan hujah dan fakta, main serang peribadi.

Salah seorang yang membantu saya menulis buku ini adalah Bro Adam Tan yang mendapat gred A (Cemerlang Tinggi) untuk subjek Bahasa Cina dalam SPM.

Mereka yang kutuk penggunaan definisi Bahasa Cina tu apa pula gred subjek Bahasa Cina mereka ya? Majoriti mesti malu nak share keputusan subjek Bahasa Cina mereka.

Itu baru satu fakta yang saya petik dari buku terbaru saya. Di dalam buku Cina 'Kiasu' Atau 'Kiasi'? penuh dengan rujukan lebih dari sinologist, sejarawan Belum Muslim, kajian serta jurnal akademik dari universiti seluruh dunia tentang Cina.

Saya telah menjangkakan sikap 'denial syndrome' (sindrom penafian) ini akan berlaku. Sebab itu buku saya ini penuh dengan rujukan akademik, kajian, buku dari pakar.

MALAHAN ADA YANG TELAH MEMULAKAN KEMPEN MENGHARAMKAN BUKU SAYA WALAUPUN BELUM DITERBITKAN! 😬

Ada keseluruhan 13A bab di dalam buku Cina 'Kiasu' Atau 'Kiasi'? dan Pre-Order telahpun dibuka. Tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

Boleh buat pesanan dan pembayaran di link di bawah

PESAN DI SINI 👇👇🏻👇🏼👇🏽👇🏾👇🏿
https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

01 Nov, 09:50


汉奸Hànjiān Pengkhianat C1na?

Cina bukan Muslim seperti mendiang Tan Sri. Prof. Dr. Khoo Kay Kim & Prof Dato Dr. Teo Kok Seong yang patriotik pun dilabel sebagai 汉奸Hànjiān (pengkhianat C1na) hanya kerana mereka mengungkapkan fakta yang tidak disukai mereka.

Saya juga difahamkan, sahabat saya yang belum Muslim, Ulasan Apek Cina juga diserang dari semua penjuru kerana berkongsikan fakta tentang kaum Cina.

Maka saya juga berbangga dilabel pengkhianat Cina seperti mereka bertiga seandainya pengkhianat Cina itu bermaksud Cina yang patriotik, bercakap benar dan menyampaikan fakta yang tidak mereka sukai.

Ramai Cina belum Muslim yang saya temui juga bersetuju dengan fakta-fakta yang saya sampaikan tetapi sayangnya, sikap 贪生怕死
Tan Sheng Pa Si (Tamak hidup takut mati) menghalang ramai mereka bersuara kerana mereka juga risau dilabel sebagai pengkhianat bangsa!

Kenapa ada segelintir masyarakat Cina berfikiran begitu dan sanggup melabel sejarawan dan kaum Cina sendiri yang patriotik?

Saya ada kupas tentang cara fikir Cina dan banyak lagi di dalam buku terbaru saya yang telah dibuka untuk Pre-Order di sini > https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

01 Nov, 01:40


Menyingkap mitos di sebalik sikap "kiasu", "kiasi" dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina.

Fakta yang bakal membuka mata & membina persefahaman tentang masyarakat Cina!

PRE-ORDER DIBUKA SECARA RASMI!

Tawaran eksklusif untuk Pre-Order :

* PERCUMA hadiah misteri bernilai RM25
* ⁠Tandatangan Bro. Firdaus Wong
* ⁠Cop Mohor Tradisional Cina Bro. Firdaus Wong

Tunggu apa lagi? Jom buat pesanan anda di pautan di bawah dan menjadi antara penerima awal buku ini.

PESAN DI SINI 👇👇🏻👇🏼👇🏽👇🏾👇🏿
https://tinyurl.com/BukuCina

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Oct, 22:24


https://themerdekatimes.com/news/2024/10/atm-sahkan-kes-kadet-ditekap-seterika-dalam-siasatan/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Oct, 11:43


Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, dipercayai dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

https://themerdekatimes.com/news/2024/10/eksklusif-lagi-kes-kadet-ditekap-seterika-di-upnm/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

30 Oct, 06:07


Belajar Dari Falsafah Cina

Antara falsafah Cina di dalam kehidupan seharian adalah konsep 关系 guān xì (Hubungan) & 面子 miàn zǐ (Reputasi/Maruah).

Kedua-dua konsep ini memainkan peranan yang sangat penting yang kerapkali menentukan berjaya atau gagalnya sesuatu usaha mereka.

Bagaimana masyarakat Cina mengamalkan konsep 关系 guān xì, 面子 miàn zǐ di dalam kehidupan yang semua orang boleh belajar dari falsafah Cina ini?

Konsep ini akan diulas panjang lebar di dalam buku "Cina 'Kiasu' Atau Kiasi'? : Tamak Hidup Takut Mati?" Bab 10 - Falsafah & Peribahasa Cina oleh sejarawan dan pakar akademik.

Pre-Order buku "Cina 'Kiasu' Atau Kiasi'? : Tamak Hidup Takut Mati?" akan dibuka pada 1 November 2024.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

29 Oct, 05:52


"Sesiapa sahaja yang tidak mengikut ‘cara hidup Cina’ dianggap sebagai orang gasar iaitu orang yang tidak bertamadun. Dalam dialek Hokkien, mereka menggelarkan orang asing sebagai 番 (huan), iaitu orang yang tidak bertamadun."
(林宝卿. (2007). 普通话闽南方言常用词典. Xiamen University Press, hlm 137.)

Di dalam dialek Hokkien juga mereka memanggil orang Melayu sebagai Huan Na manakala mereka yang memeluk agama Islam dipanggil sebagai Jip Huan.

Apakah asal usul perkataan 番 (huan) ini dan bagaimanakah penggunaannya di China, Taiwan, Singapura, Filipina hatta di Malaysia?

Ulasan pada sejarawan Cina dan pakar sinologi akan dikupas di dalam buku "Cina 'Kiasu' Atau Kiasi'? : Tamak Hidup Takut Mati?" secara tuntas di dalam Bab 11 - PANDANGAN ORANG CINA TERHADAP IDENTITI CINA.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

28 Oct, 23:15


"Saya dah meluat dengan 'ustaz' itu, apa patut saya buat?"

https://youtu.be/Acm_ActKgH4?si=NCaFcjxhQtu-SU9V

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

28 Oct, 15:08


Pendaftaran Ejen ‘Affiliate’

Sebagaimana dijanjikan.

Pendaftaran menjadi ejen ‘affiliate’ kini dibuka buat sahabat yang berada di dalam group Telegram ini dulu.

Komisen lumayan sehingga 45%!

Pre-order akan mula dibuka dari 1 November sehingga 17 November 2024.

Daftar sekarang di link di bawah👇👇👇

https://shop.themerdekatimes.com/daftar-affiliate/

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

28 Oct, 09:08


Link pendaftaran ejen ‘affiliate’ akan dibuka pada malam ini. Secara lebih tepat, 9.30malam.

Adakah sahabat telah bersedia untuk mendaftar sebagai ejen dan menjana pendapatan sambil berdakwah dengan mempromosi buku saya?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

28 Oct, 05:57


Susah payah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam berdakwah bagi membezakan tauhid & syirik dan Allah turunkan Surah Al-Kafirun bagi membezakan prinsip serta cara beragama antara Muslim & kafir, ada yang dengan mudahnya menjawab;

"Ala, kami sambut Hallowen, Krismas, Bon Odori, pakai topi Santa Claus, pasang Dreamcatcher dalam kereta bukannya percaya pun. Saja. Suka-suka."

Persoalan pertama yang perlu kita jawab dengan ketaqwaan, adakah itu cari Nabi dan sahabat?

Persoalan kedua, apa beza jawapan di atas dengan alasan yang diberikan musyrikin yang menyembah berhala tetapi tidak percaya berhala itu adalah Tuhan tetapi hanya kaedah mendekati/mendampingi Allah?

Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya"
(Az-Zumar 39:3)

Persoalan ketiga, adakah itu cara yang diajarkan dan ditunjukkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam serta para sahabat Radiyallahuanhum dalam mendekati/mendampingi Allah?

Agama bukannya sekadar ikut-ikutan apatahlagi mengikut hawa nafsu semata-mata. Agama Islam juga logikal dan praktikal. Agama Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Agama islam itu mudah bukannya diambil mudah sesuka hati nafsu kita.

"...bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya"
(Al-Jaathiyah 45:23)

Jangan sampai satu masa akan ada pula ikut trend memakai tangkal & meminta pada pokok kemudian memberikan alasan, ikut-ikut suka suka je. Tak percayapun tangkal dan pokok boleh bantu.

Allahu Musta'an

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

27 Oct, 07:19


[Kenapa Orang Cina Membakar Kertas Sembahyang?]

Di dalam masyarakat Cina, terdapat kepercayaan terhadap membakar wang dan replika kertas samada berbentuk duit atau barangan kegunaan harian untuk disampaikan kepada roh si mati di alam kematian.

Sejak dari zaman dahulu sudah wujud dua jenis kertas yang digunakan dalam tradisi ini. Salah satunya adalah kertas yang pada bahagian tengahnya berwarna keemasan (Kim Cua) dan satu lagi kertas yang di bahagian tengahnya berwarna perak (Gin Cua).

Menurut ritual kaum Cina, Kim Cua (Kertas Emas) digunakan untuk upacara sembahyang kepada dewa-dewi, manakala Gin Cua (Kertas Perak) digunakan untuk upacara sembahyang kepada para nenek moyang dan arwah-arwah orang yang sudah meninggal dunia.

Mereka yang mempercayai tradisi ini beranggapan bahawa dengan membakar kertas emas dan perak itu bermakna mereka telah memberikan kepingan duit emas dan duit perak kepada para dewa atau nenek moyang mereka yang sudah meninggal.

Sepertimana diketahui bahawa pada zaman dahulu masyarakat menggunakan kepingan emas dan perak sebagai nilai mata wang.

Inovasi mata wang pada hari ni telah bertukar kepada bentuk wang kertas. Malah setiap negara pada hari kesemuanya telah berubah kepada wang kertas.
Yang membezakannya adalah, sekiranya pada wang kertas terdapat gambar ketua negara atau pahlawan, tetapi pada wang kertas yang akan dikirim kepada nenek moyang yang telah meninggal ini terdapat bergambar Yen Lo Wang (Giam Lo Ong) atau dikenali sebagai Dewa Yama, penguasa alam neraka, dan tertulis di wang tersebut “Hell Bank Note” (Wang Neraka).

Mereka percaya dengan mengirim duit ini kepada orang yang telah mati dapat membantu mereka di alam sana. Begitu juga perkara ini menerima inovasi dengan wujudnya pembakaran replika kertas seperti rumah, kereta, kipas, orang gaji (kertas) dan lain-lain.

Apakah asal usul pembakaran duit kertas ini? Terdapat dua versi mengenai asal usul pembakaran duit kertas ini yang akan dikongsikan di dalam Cina 'Kiasi' Atau 'Kiasi' yang bakal diterbitkan pada bulan November nanti.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

27 Oct, 03:20


Adakah kita sanggup?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

27 Oct, 01:25


Soalan Buat Muslim Yang Rasa Meluat Pada Agama

https://youtu.be/pPVy0yi0PtU

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

25 Oct, 09:29


MENGANDUNG 81 TAHUN!

“Menurut lagenda, ibu Lao Zi mengandung selama 81 tahun sebelum melahirkan Lao Zi. Dikatakan Lao Zi telahpun beruban, berjanggut & cuping telinga yang panjang serta berusia 62 ketika dilahirkan.”
(Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’)

Banyak lagi kisah & fakta menarik tentang falsafah, agama, perayaan, pemikiran & perspektif masyarakat Cina dalam buku Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’ yang bakal diterbitkan pada bulan November nanti.

Pra-pesan akan bermula 1 November dengan hadiah menarik dalam tempoh pra-pesan nanti.

*Sahabat semua juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan mendaftar sebagai ejen ‘affiliate’ di mana komisen sebanyak 40% 🤑🤑🤑bakal menjadi milik anda!

Cara pendaftaran sebagai ejen ‘affiliate’ akan dikongsikan di Telegram saya terlebih dahulu.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

25 Oct, 07:25


Takde dalam tentatif tetapi penganjur tidak menghalang mereka yang mengibarkan bendera China?

Takpe. Buat lepas tu minta maaf. Dah biasa dah.

Jangan risau, mereka yang kurang rasional pula akan komen,

‘Lu olang kibar bendera 🇵🇸 boleh je takkan kibar bendera China tak boleh? Sensitif tak bertempat la lu olang.’

Nak tahu kenapa ada yang berfikiran begitu? Saya akan ulas dalam buku Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’ yang akan terbit bulan Nov nanti.

*polis baru mengesahkan perarakan ini diadakan tanpa permit polis

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Oct, 13:37


Ejen ‘Affiliate’

Ada sahabat yang berminat untuk menjadi ejen ‘affiliate’ buku terbaru saya?

Saya akan buka pendaftaran menjadi ejen ‘affiliate’ kepada sahabat yang berada di dalam group Telegram ini dulu..

Komisen lumayan sehingga 40%!

Ada yang berminat?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Oct, 12:58


🔴 LIVE TENGAH MALAM INI BERSAMA DAIE DARI SPEAKERS CORNER!

🎓Live Q&A - Engage, Challenge, Clarify
📅Friday, 25th October, 2024 at 12am (Msia)

👥 Panel:​⁠ @FirdausWong, Brandon @MercifulMessage, Ibn Hazm, Muris @DawahDigest with the ​⁠#DawahWise Team: @MansurXAhmed and Hashim @DawahWise

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Oct, 10:17


Ajaran Konfusianisme amat menekankan konsep Etika Timbal Balik. Contohnya:

己所不欲,勿施于人
jǐ suǒ bù yù wù shī yú rén

“Layanilah orang lain sebagaimana kita ingin mereka melayan kita dengan baik. (Kitab Analek Konfusius, 15:24)

Apa lagi ajaran Konfusianisme yang mempengaruhi cara fikir masyarakat Cina?

Akan dikupas lebih lanjut di dalam buku terbaru "Cina 'Kiasu' Atau 'Kiasi' : Tamak Hidup Takut Mati" yang bakal diterbitkan bulan November ini.

Pra pesan (pre-order) akan dibuka tidak lama lagi dengan hadiah istimewa untuk pembeli pra pesan. Nantikan pengumumannya di semua laman medsos saya dalam waktu terdekat.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Oct, 06:55


Kenapa jurang perbezaan haq & batil itu tidak jelas?

https://youtu.be/ggxEb2tZHGg

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

24 Oct, 03:04


“Agama bukannya pendidikan. Asas pendidikan adalah bukti, logik & penaakulan yang memerlukan seseorang bertanya & berfikir”

Saya tertarik dengan satu komen ini yang memberikan isyarat bahawa agama tidak memerlukan bukti, logik & penaakulan yang tidak memerlukan penganut agama bertanya & berfikir.

Saya tidak mahu mengkritik komen itu tetapi saya ingin bersetuju dengan komen itu.

Kenapa?

Kerana menurut Islam terdapat dua jenis ‘Deen’ (agama) iaitu Deen yang benar (3:19) & Deen yang palsu (3:83/85).

Deen yang benar memerlukan bukti, logik, penaakulan yang memerlukan penganutnya bertanya & berfikir. Perkataan berkaitan bertanya disebut lebih dari 20 kali manakala perkataan berkaitan berfikir & merenung disebut lebih dari 30 kali di dalam Quran.

Saya setuju dengan komen di atas kerana komen di atas merujuk kepada Deen yang palsu bukannya Deen yang benar.

Tidak dilupa kerapkali cara manusia berfikir juga berdasarkan ‘pre conceived notion) & pengalaman yang pernah mereka lalui.

Jikalau mereka pernah berhadapan atau mengalami suatu pengalaman tidak dibenarkan bertanya & berfikir dalam didikan agama mereka, maka kebiasaannya mereka akan membuat ‘assumption’ bahawa agama lain juga begitu walaupun mereka tidak pernah mengkaji tentang kepercayaan lain.

Maka komen di atas hanya menyingkirkan Deen palsu bukannya Deen sebenar. 😉

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

23 Oct, 02:14


MELUDAH KE DALAM MAKANAN UNTUK MENJADIKANNYA HALAL?

Saya tiada masalah untuk mana-mana kumpulan untuk menganjurkan kempen mengutamakan kumpulan bangsa atau agama mereka. Itu adalah hak sebagai seorang pengguna.

Saya tiada masalah untuk Arun Dorasamy menyeru orang Hindu membeli dari orang Hindu. Sekali lagi, hak dia sebagai pengguna.

NAMUN, kenyataannya;

"Also avoid non Hindus restaurants for 2 reasons"
"1. They spit into the food to make it halal"

[Juga elakkan restoran-restoran bukan Hindu atas 2 sebab]
[1. Mereka meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal]

Ini adalah satu tuduhan yang biadab. Siapakah 'MEREKA' yang Arun maksudkan? Yang mementingkan HALAL adalah Muslim! Adakah Arun ingin menuduh kesemua restoran Muslim meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal?

Jikalau Arun sangat yakin dengan tuduhannya, kenapa padamkan posting ini?

Ini bukan kali pertama individu yang sama membuat tuduhan & kemudian memadamkannya. Ini juga individu yang sama yang mengaku di dalam mahkamah bahawa dia tiada bukti yang membuktikan fitnahnya terhadap seorang pendakwah!

Seorang individu telah membuat laporan polis terhadap Arun Dorasamy dan saya juga ingin menyeru orang ramai juga untuk membuat laporan polis terhadap individu ini.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

23 Oct, 02:14


Sahabat saya Sh@un King ditahan sejurus sahaja tiba di lapangan terbang JFK. Alhamdulilah setelah hampir sejam ditahan, beliau telah dilepaskan.

Bukan mudah untuk memperjuangkan sesuatu prinsip yang kita yakini adalah benar. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. ☝🏻💪🏼

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

22 Oct, 08:43


"Siddharta Gautama Buddha bukannya seorang vegetarian."
(Venerable Faxun)

Jikalau pengasas agama Buddha bukannya seorang vegetarian, mengapa ada penganut Buddha yang menganjurkan memakan vegetarian?

Akan dikupas & diulas di dalam buku terbaru saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi, "CINA 'KIASU' ATAU 'KIASI'? : TAMAK HIDUP TAKUT MATI?"

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

22 Oct, 02:32


Hanya Ulamak Ingat Mati & Masuk Syurga? 🤔

https://youtu.be/3tn0d2zH8FA

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

22 Oct, 00:46


Ramai kafir bagai kera mendapat pisang apabila membaca tajuk berita ini walhal kesemua portal berita hanya melaporkan separuh kebenaran seolah-olah kemenangan mutlak telah dicapai mereka.

Saya telah menurunkan video tersebut sebagai menghormati perintah mahkamah setelah mereka memfailkan permohonan injuksi ex-parte (sebelah pihak) tanpa kehadiran kami kerana permohonan ex-parte memang tidak akan dimaklumkan kepada pihak lawan sehinggalah mahkamah membuat keputusan dan setelah keputusan dibuat, maka dokumen perintah mahkamah perlu diserahkan kepada defendan iaitu pihak yang dinamakan.

Ex Parte injunksi hanya untuk tempoh 21 hari sahaja dan mahkamah akan menetapkan tarikh bicara untuk permohonan inter parte injunksi dan pada masa yang sama pihak kami akan menfailkan afidavit Jawapan bagi melawan permohonan Inter parte injunksi tersebut.

Maka setelah menerima dokumen yang mereka serahkan, peguam saya telah hadir & memaklumkan niat kami kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas (17/10/2024) bahawa saya sebagai Responden membantah permohonan inter parte injuksi.

Apa maksudnya?

Maksudnya adalah saya melawan permohonan injuksi sebelah pihak mereka dan akan MELAWAN PERMOHONAN 8 INDIVIDU BERBANGSA INDIA YANG MEMFAILKAN PERMOHONAN ITU DI MAHKAMAH SECARA TERBUKA.

Peguam saya akan memfailkan afidavit pada minggu ini sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah untuk mencabar permohonan mereka.

Kami akan lawan di perbicaraan penuh yang akan ditentukan oleh mahkamah kelak setelah menerima afidavit saya minggu ini.

Sahabat yang ingin menyokong dakwah & perjuangan kami, boleh salurkan sokongan anda ke;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Al-Anfaal 8:60)

☝🏻☝🏻☝🏻

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

21 Oct, 01:52


"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Adakah anda juga mempunyai niat mahu berdakwah tetapi tidak tahu, takut atau malu?

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau klik link dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024

(Anda juga berpeluang menjadi sebahagian dari skuad dakwah kami)

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

20 Oct, 15:59


Dinner with Shaun King..

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

20 Oct, 04:39


“Sejak satu abad, dua jenis cara hidup dan corak pemikiran telah bersaing untuk mempengaruhi orang-orang Cina. Satu daripadanya ialah cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari Barat.

Satu lagi ialah cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang orang-orang Cina. Seratus tahun yang lepas, setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran nenek moyang orang-orang Cina.”
[Dr. Lok Chong Hoe]

Adakah kini orang Cina masih kekal memilih cara hidup & corak pemikiran nenek moyang orang-orang Cina?

Dapatkan jawapannya dalam buku terbaru saya yang bakal diterbikan tidak lama lagi.

“Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? : Tamak Hidup Takut Mati?”

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

19 Oct, 08:05


"Di antara semua kumpulan Cina (Buddhist, Dao, Confucian, Kristian, Muslim, Ateis) di Malaysia, masyarakat Cina Muslim merupakan kumpulan paling dipinggirkan oleh masyarakat Cina secara umum."

Kenapa Cina Muslim boleh menjadi kumpulan yang paling dipinggirkan oleh masyarakat Cina?

Kupasan & ulasannya di dalam buku terbaru saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

"CINA 'KIASU' ATAU 'KIASI'? : Tamak Hidup Tapi Takut Mati?"

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

18 Oct, 07:17


"...tiada konflik dilaporkan antara orang-orang Cina terhadap agama Islam secara keseluruhannya, melainkan orang Cina yang beragama Kristian."

Kenapa kajian mengatakan tiada konflik dilaporkan antara orang-orang Cina terhadap Islam MELAINKAN orang Cina beragama Kristian?

Akan dikupas lanjut di dalam buku terbaru saya yang bakal diterbitkan bulan depan, In Sha Allah.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

17 Oct, 04:22


Dia mengaku dia ‘muallaf Cina’. Korang kenal? Atau dia ni impostor?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

15 Oct, 14:00


Saya sedang menghadiri kursus keusahawanan dan kepimpinan. Kami semua telah diberikan satu tugasan & tugasan ini memerlukan respon jujur dari sahabat semua.

Mohon jasa baik sahabat untuk komen/respon secara jujur mengikut apa yang sahabat tahu/kenal tentang saya.

Boleh kongsikan 3 nilai kepimpinan yang sahabat nampak pada diri saya? 🫣

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

14 Oct, 11:42


Sahabat yang berada di Melaka.

Sesiapa yang berkelapangan, kita boleh jumpa sembang santai di Nasi Lemak Kg Morten, Melaka jam 8.20pm.

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

10 Oct, 23:36


Ini Caranya Elakkan Kita Meluat Dengan Agama

https://youtu.be/xpktFu34Nwo?si=r-4t0QuI5ZKYFnzF

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

10 Oct, 06:53


The Bigger PIcture : Kenapa Muslim Gembira Ketika Kristian Menang?

Allah Subhana Wa Ta’ala berfirman;

“...dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira, dengan kemenangan yang diberi Allah.”
(al-Rum 30:4)

Mengapa Muslim bergembira ketika Rom yang beragama Kristian menewaskan Parsi sedangkan kedua-dua mereka adalah dari golongan yang mensyirikkan Allah?

"Pada hari kemenangan Kerajaan Rom ke atas Kerajaan Parsi, kaum mukmin bergembira dengan kejayaan mereka ke atas Parsi meskipun kedua-dua kerajaan tersebut pada hakikatnya kufur kepada Allah SWT, akan tetapi sebahagian keburukan itu lebih buruk berbanding keburukan yang lainnya, dan pada hari tersebut kaum musyrikin berduka cita."
(Lihat Tafsir al-Karim al-Rahman, hlm. 536)

Saya mengikuti dengan rapat apa yang berlaku di Asia Barat & juga ulasan-ulasan wargamaya.

Saya sedang membayangkan jikalau Allah memberitahu kepada kita bagaimana orang beriman bergembira dengan kemenangan Rom (Kristian) ke atas Parsi (Majusi) walaupun kedua-duanya kufur, kenapa kita sebagai Muslim tidak bergembira dengan tindakan 'NARI' yang menyerang SETAN YAHU?

Ada yang secara sinis mengatakan itu hanya wayang Syiah sahaja dan sebagainya. Sampai bila kita hendak menyempitkan perjuangan hanya kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sahaja?

Bila sebut ASWJ, kita mahu sempitkan lagi kepada geng yang mana, aliran yang mana, guru yang mana, negara & negeri yang mana pula.

Andai Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam boleh memuji Suhail Ibn Amr yang ketika itu masih belum Muslim tatkala Suhail mengungkap perkataan yang benar, kenapa masih ada di kalangan kita begitu kedekut menzahirkan pujian kepada mereka yang menyerang musuh kita yang sama?

Jangan pula tersalah anggap hanya kerana kita memuji dan menyokong tindakan 'NARI' maka dibuat kesimpulan simplistik bahawa kita pula menyokong Syiah. Kena bezakan menyokong tindakan dengan menyokong akidah.

Jikalau yang jelas kafir seperti Rom pun Allah sebut Muslim bergembira di atas kemenangan mereka, takkan dengan 'NARI' kita mengkritik mereka? Adakah objektif cara berfikir begitu?

Saya tidak berminat untuk berbicara isu sektarianisme tetapi saya hanya ingin mengajak Muslim melihat 'The Bigger Picture'. Saya bukan mengajak kita bersatu dalam segala perkara tetapi bukankah tujuan musuh Islam adalah terus menerus mencerai beraikan kita agar kita mudah diperkotak-katikkan?

Tanya soalan ini kepada diri sendiri. Adakah pengganas bernama Brendan Tarrant bertanya kepada setiap mangsanya, 'apakah mazhab kamu?' 'apakah tarikat kamu', 'siapakah guru kamu' , kamu ini Asyairah Maturidiyah atau salafi?', 'adakah kamu sunni atau syiah' sebelum Brendan Tarrant membunuh 52 Muslim di Christchurch?

TIDAK!

Betapa naifnya kita tatkala musuh-musuh Islam melihat kita semua sebagai musuh yang satu tetapi kita pula sesama Muslim melihat satu sama lain sebagai musuh-musuh yang perlu diperangi dan tidak boleh diberikan kredit di atas usaha mereka yang bagus walaupun dari aliran yang berbeza.

Tugas saya hanya memberikan nasihat & peringatan untuk saya berlepas diri dari dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar kelak. Renungkan amaran keras dari Allah Subhana Wa Ta’ala ini;

"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)."
(Al-An'aam 6:159)

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

10 Oct, 02:53


“Genosid itu berlaku di zaman kamu, kenapa kami berdiam diri tidak melakukan apa-apa?”

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

08 Oct, 23:22


Sucikah Orang Bergelar 'Ustaz'?

https://youtu.be/JIQ_3lTipHI?si=0CAPROQDcU16-SOH

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

08 Oct, 06:23


"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Adakah anda juga mempunyai niat mahu berdakwah tetapi tidak tahu, takut atau malu?

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau klik link dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

06 Oct, 07:07


Allah mengumpamakan mereka yang menjadikan agama Islam sebagai ejekan & permainan sebagai kaum yang tidak berakal.

Ramaikah orang yang tidak berakal seperti yang difirmankan oleh Allah Subhana Wa Ta’ala?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Oct, 09:45


Bayangkan di dalam sebuah WhatsApp group yang mempunyai Muslim pun mereka tanpa segan silu tulis begini. Takpe, saya faham. Nanti mungkin keluarlah kenyataan,

“Saya tak benci Islam tapi benci mereka je”

Jarang mereka berani cakap & tulis begini di depan pelanggan Muslim mereka. Hanya berani tulis di WhatsApp group sahaja.

Sukahati anda untuk suka & benci sesiapa. Kebencian anda pada saya menjadi pembakar semangat untuk saya lebih agresif dalam usaha dakwah saya.

Eik? Mana pergi slogan sebahagian manusia yang kata kita jangan ajar kebencian eh? Atau prinsip berubah kepada saya buat takpe orang lain buat tak boleh?😝

Lain kali mungkin buat group T8 Non Halal sahaja. But wait? Mana tau mungkin Belum Muslim yang rasional dalam group yang share dengan saya?

Semoga Allah kurniakan hidayah buat kalian untuk berani kembali kepada kebenaran.

Firman Allah ini jadi peringatan untuk saya. Non Muslim tak suka ayat ini? Ada saya kisah? Ayat ini peringatan untuk orang BERIMAN SAHAJA bukan untuk orang belum & tak nak beriman. 😉

“Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”
(Ali Imran 3:118)

*Apa khabar Bobby Ang & Jeremy?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

05 Oct, 04:12


Karya terbaru saya akan diterbitkan tidak lama lagi.

Mana satu pilihan anda?

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Oct, 23:30


Lelaki Cina-British Yang Dekat Dengan Islam Tetapi Sangkut Di Triniti

https://youtu.be/lygzVM4d2nk

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

03 Oct, 05:39


Saya hanya tahu tentang saman ini oleh sekumpulan ibubapa Belum Muslim terhadap saya setelah ada yang kongsikannya di WhatsApp group. Saya masih belum menerima sebarang dokumen.

Saya akan tunggu serahan dokumen perintah mahkamah & berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya tetapi yang pasti, kita akan lawan!

“Sediakanlah untuk menentang mereka dengan semua jenis kekuatan yang termampu daripada pasukan berkuda yang diikat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.”
(Al-Anfaal 8:60)

Teruskan menyokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353