Tolak WAHABI @tolakwahabi Channel on Telegram

Tolak WAHABI

@tolakwahabi


Membongkar penyelewengan fahaman Wahabi bagi mempertahankan ASWJ.

Tolak WAHABI (Malay)

Menyelidiki penyelewengan fahaman Wahabi bagi mempertahankan ASWJ. Channel Tolak WAHABI adalah tempat untuk berdiskusi, bertukar pendapat, dan mendapatkan maklumat terkini mengenai isu-isu berkaitan fahaman Wahabi dan ASWJ. Dalam channel ini, anda akan mendapati artikel, video, dan ulasan yang membantu anda memahami lebih mendalam mengenai kontroversi ini. Kumpulan ini adalah untuk mereka yang mahu menolak dan memahami dengan lebih jelas mengenai fahaman Wahabi serta mempertahankan ASWJ. Sertai kami sekarang untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyumbang kepada perbincangan yang membangunkan masyarakat. Jom bergabung dengan kami sekarang!

Tolak WAHABI

20 Nov, 09:20


Setelah saya meneliti teks imam An Nawawi ( majmuk syarah muhazzab ) serta disusuli berbagai huraian dan contoh masalah dari beberapa kutub syafiyyah, termasuk juga karya nusantara, maka saya buat kesimpulan bahawa telekung yang digunakan muslimah Malaysia iaitu kain bawah dan telekung atas hukumnya adalah sah.

Penelitian saya yang dhoif ini bertepatan dengan apa yang saya terima ketika mengaji dulu .

Penelitian saya banyak terfokus pada maksud penglihatan aurat :
1. dari arah atas
2. dari sekeliling
3. dari arah bawah

Wallahu a'lam bis sawab .

Ustaz Abdul Rashid Muhammad Akip

Tolak WAHABI

16 Nov, 23:02


Penulis Prof Madya di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


https://www.hmetro.com.my/addin/2024/11/1155563/resolusi-mengenai-asyairah-maturidiyah-athariyyah

Tolak WAHABI

16 Nov, 23:02


4. Pandangan yang menyalahi prinsip akidah Islam akan menyebabkan seseorang itu kafir dan pandangan yang menyalahi prinsip akidah mazhab ASWJ akan menyebabkan seseorang itu fasik atau ahli bidaah. Perbezaan pandangan dalam manhaj istidlal, furuk dan daqoiq (perincian) akidah pula tidak menyebabkan seseorang itu kafir mahupun bidaah. Maka, perbezaan pandangan sesama al-Asyairah, al-Maturidiyah dan Fudola' al-Hanabilah dalam perkara ini tidaklah mengeluarkan mereka daripada Islam mahupun ASWJ.

5. Kaedah tafwid al-ma'na (bukan tafwid al-kaifiyat) dan kaedah takwil (bukan takwil Muktazilah) pendekatan muktabar dalam berinteraksi dengan ayat mutasyabihat. Ia diakui dalam tradisi warisan keilmuan ASWJ apabila tafwid lebih cenderung diguna majoriti ulama salaf manakala takwil banyak digunakan majoriti ulama khalaf dalam menghadapi perubahan zaman dan konteks pemahaman umat Islam.

6. Imam Abu Uthman al-Sobuni adalah seorang mufawwid yakni seorang yang menggunakan kaedah tafwid al-ma'na yang tidak bercanggah dengan silibus al-Asyairah. Tiada tohmahan daripada beliau terhadap Imam al-Asy'ari dan ahli kalam ataupun ahli hadis dalam al-Asyairah. Bahkan Imam al-Sobuni memuji kitab Imam al-Asy'ari dan ulama al-Asyairah. Meskipun terdapat ulama hadis yang menjauhi takwil sifat mutasyabihat, namun mereka tidak menyesatkannya secara mutlak. Ini berbeza dengan Salafi Wahabi yang cenderung menyesatkan takwil dan membidaahkan tafwid al-ma'na.

7. Semua ulama hadis Institusi Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah Syam sejak zaman al-Hafiz Ibn Solah adalah bermanhaj ASWJ. Pewakaf asal institusi berkenaan mensyaratkan bahawa ulama yang mengetuainya mestilah berakidah al-Asyairah. Namun, terdapat ulama yang berakidah Fudola' al-Hanabilah dalam institusi itu, tetapi prinsipnya tidak menyalahi al-Asyairah dan al-Maturidiyah.

Hubungan sesama mereka tidaklah begitu tegang kerana mereka berkongsi prinsip akidah ASWJ yang sama. Ia berbeza dengan Salafi Wahabi kini yang berunsur tasybih, tajsim dan takfir, mereka sentiasa tegang dengan ulama al-Asyairah, al-Maturidiyah dan Fudola' al-Hanabilah.

8. Imam al-Baihaqi ahli hadis yang bermazhab Syafii, berakidah al-Asyairah dan seorang sufi. Antara sumbangan beliau, wujudnya empat elemen terpenting identiti ulama hadis di Nishapur iaitu hadis, fiqh Syafii, akidah al-Asyairah dan tasawuf. Kitabnya mendorong penerimaan akidah al-Asyairah dalam kalangan ahli hadis di pelbagai negeri antaranya berjaya membangkitkan semula pengajian ilmu hadis dan akidah al-Asyairah di Syam, sekali gus meletakkan landasan kelahiran generasi Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestin.

9. Majoriti ulama empat mazhab fiqah bersepakat dengan prinsip akidah ASWJ berdasarkan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah. Mereka menolak bidaah dan menekankan pentingnya berpegang kepada al-Quran dan hadis sebagai sumber utama dalam agama. Pendekatan rujukan nas dan akal yang dibawa oleh Imam al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi telah diasaskan awal yang diwariskan sejak zaman sahabat hingga membawa kepada zaman kegemilangan ASWJ aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah pegangan majoriti empat mazhab fiqah.

10. Majoriti ulama hadis ASWJ berpegang teguh dengan tuntutan hadis Jibril yang masyhur dalam menegaskan keperluan penghayatan tiga rukun agama iaitu Islam, iman dan ihsan. Berkaitan dengan ihsan, didapati begitu ramai ulama hadis terlibat dalam tarikat dan tasawuf yang melibatkan amalan seperti tawasul.

Maka, umat Islam dilarang untuk menyesatkan, membidaahkan dan mengkafirkan ulama hadis yang melakukan amalan berkenaan.
Jika disedari, walaupun hanya disebut al-Asyairah dan al-Maturidiyah tanpa Fudola' al-Hanabilah (atau al-Athariyyah atau Ahl al-Hadith al-Mufawwidoh) sekalipun, ia sebenarnya telah pun mewakili ASWJ secara inklusif. Ini kerana keistimewaan silibusnya mengaplikasikan nas dan akal secara seimbang menyebabkan Fudola' al-Hanabilah akan terangkum sekali. Ia juga bercirikan eksklusif yang mengeluarkan golongan bidaah dolalah daripada ASWJ tanpa mengkafirkan mereka.

Tolak WAHABI

16 Nov, 23:02


Resolusi mengenai Asyairah, Maturidiyah & Athariyyah

Dr Mohd Hasrul Shuhari

Seminar Antarabangsa Ahli Sunnah Wal Jamaah: Manhaj Akidah Majoriti Ahli Hadis 2024 (Aswaja 2024) dianjurkan oleh Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PMUS), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Seminar ini bertemakan 'Manhaj Akidah Majoriti Ahli Hadis Mendepani Cabaran Semasa'.

Artikel ini memaparkan resolusi yang terhasil berdasarkan Pembentangan Ucaptama Khas oleh Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Yang Dipertua Yadim), Ucapan Perasmian oleh Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Dekan FKI UniSZA) dan Pembentangan Ucaptama oleh Prof Dr Mohd Fauzi Hamat (Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merangkap Panel Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia juga mengambil kira Pembentangan Utama oleh Sahibul Fadilah Prof Madya Dr Syed Hadzrullathfi Syed Omar (Timbalan Mufti Negeri Terengganu), Kiyai Nur Hidayat Muhammad (Ketua Jawatankuasa Fatwa Majlis Ulama Indonesia Cabang Sragen, Indonesia), Dr Mohd Khafidz Soroni (Pensyarah Kanan Universiti Islam Selangor merangkap AJK Fatwa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan), Prof Madya Dr Umar Muhammad Noor (Pensyarah Universiti Malaysia Sabah merangkap AJK Fatwa Negeri Sabah) dan Dr Shamsul Mohd Nor (Penyelidik dan Pentadabbur al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah.

Ia juga berdasarkan Pembentangan Utama Dr Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah UniSZA merangkap Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan UniSZA) dan Ustaz Ahmad Azlan Raihan (Penolong Mufti Unit Istiqra', Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, merangkap calon PhD bidang agama dan kefatwaan UKM).

Resolusinya adalah:

1. Perkembangan semasa yang berlaku dalam masyarakat Islam dan kepelbagaian cabaran yang dihadapi sama ada cabaran dalaman mahupun luaran pada era pascamodernisme kini memerlukan idea inovasi dan kreatif bagi menanganinya berdasarkan warisan tinggalan ulama Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ). Kefahaman tentang pandangan alam Islam yang menjelaskan kedudukan Allah SWT, manusia dan alam serta hubungan antara kedudukan tersebut sepatutnya dimasukkan dalam pengajian akidah Islam berdasarkan tafsiran serta rujukan ulama ASWJ.

2. Al-Asyairah, al-Maturidiyah dan Fudola' al-Hanabilah (atau dikenali juga sebagai al-Athariyyah atau ahl al-Hadith al-Mufawwidoh) adalah aliran ASWJ yang menjaga khazanah warisan akidah daripada Nabi SAW, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin sehinggalah sekarang. Dakwaan bahawa aliran al-Hanabilah sahaja yang mewarisi akidah salaf soleh maka tuduhan ini mengandungi implikasi yang sangat bahaya. Ini kerana ia mendorong pihak lain menuduh akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah sebagai akidah sesat, tiada kaitan dengan Nabi SAW, tiada kaitan dengan salaf soleh serta berakidah falsafah Yunani. Ini fitnah kepada akidah majoriti ulama seluruh dunia.

3. Majoriti ulama hadis berpegang dengan akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah. Sebahagian kecil ulama hadis berpegang dengan Fudola' al-Hanabilah yang prinsipnya tidak bercanggah dengan akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah. Namun, terdapat kelompok yang lebih kecil cuba menyelit menerusi al-Hanabilah apabila mereka cenderung kepada tajsim (yakni fahaman yang percaya Allah SWT ada jisim) dan takfir (yakni fahaman yang mudah mengkafirkan umat Islam dalam perkara khilafiyah). Maka, ketika ini prinsipnya menyalahi al-Asyairah, al-Maturidiyah dan Fudola' al-Hanabilah sebenar. Mereka belum terkeluar daripada Islam, tetapi boleh terkeluar daripada ASWJ sebagai golongan bidaah.

Tolak WAHABI

16 Nov, 03:09


*SUNAT* MELAFAZKAN NIAT BAGI IBADAH DI SISI MAJORITI ULAMA’ FIQH

<<<<< >>>>>

Para fuqaha’ berbeza pandangan berkenaan hukum taklifi bagi melafazkan niat bagi melakukan ibadat seperti berikut:

*[Pandangan Pertama]*

*Majoriti para fuqaha’* daripada kalangan Shāfiʿiyyah, Ḥanafiyyah - pandangan al-Mukhtār dan Ḥanābilah pada al-Madzhab berpandangan bahawa:

*melafazkan niat itu DISUNATKAN (SUNNAH),* agar lisan bersepakat dengan hati dan menguatkannya atau membantunya atau mengingatkannya.

[Pandangan Kedua]

Sebahagian ulama’ daripada kalangan Ḥanafiyyah dan Ḥanābilah menyatakan bahawa:

melafazkan niat itu makrūh.

[Pandangan Ketiga]

Ulama’ Mālikiyyah berpandangan bahawa:

harus melafazkan niat di dalam melakukan ibadat, akan tetapi meninggalkannya lebih baik, melainkan bagi orang yang was-was, maka disunatkan untuk melafazkan niat agar hilang gangguan pada dirinya.

*Diringkaskan dari al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah [al-Kuwaytiyyah]*

PENUNTUT ILMU

Tolak WAHABI

16 Nov, 01:53


BENARKAH IMAM AN NAWAWI BERPENDAPAT BABI BUKAN NAJIS MUGHALAZAH ?

Kesalahaan Kongres Athari dalam memahami Pendapat Imam an Nawawi,sama ada Babi itu Najis Mugholazah atau Najis Biasa saja.

Memang dalam sebahagiaan kitab Imam an Nawawi spt Kitab Majmu',Kitab Syarah sahih Muslim yang digunakan dan dibentangkan Kongres "Atsari",
Zahirnya Imam an Nawawi berpendapat Babi ini ,yang mana untuk bersihkan Najis Babi ini jika terkena,maka tak perlu basuh sebanyak 7 kali (sekali dari 7 basuhan,kena Air campur tanah).
Cukup basuh sekali sahaja.

Namun Dalam Kitab kitab Feqoh Imam Nawawi yang lain seperti kitab Tahqiq ,kitab Minhaj at Tholibin,
Imam Nawawi berpendapat,dibasuh Sebanyak 7 kali basuhan jika terkena Najis Babi sebagaimana Najis Anjing.

dan ini jelas Imam an Nawawi Memasukkan Najid Babi dalam kategori Najis Mugholazoh.

Jadi,Di sini Apa kita lihat pendapat Imam Nawawi sendiri bercanggah pada bab Najis Babi ini sama ada kena basuh 7 kaliataupun cukup sekali basuhan sahaja.

Dalam Disiplin Mazhab Syafie sebagaimana diterangkan dalam kitab kitab Yang khusus menerangkan Disiplin Disiplin Mazhab Syafie seperti al Fawaidhul Madaniyyah,al Fawaidhul Makkiyah ,Mukhtasar al Fawaidhul Makkiyah ,
Apabila kitab kitab Imam An Nawawi bercanggah sesama lain dalam satu satu Masalah maka pada Gholibnya,
Dimenangkan dan didahulukan kitab at Tahqiq beliau.Barulah kitab Majmu',then kitab at Tanqih beliau ,then Kitab Roudhoh beliau then kitab Minhaj Beliau Then kitab Fatawa,Then kitab Syarah sahih Muslim then kitab Tasbih Beliau .
Tertib Kitab Kitab Iman An Nawawi ini juga ,ada dijelaskan dalam Kitab Tuhfah al Muhtaj oleh Imam Ibnu Hajar al Haitami Rodhiya Allahu'anhu.

Jadi,secara gholib(kebanyakkan),
inilah tertib pengambilan Fatwa Fatwa Imam An Nawawi sendiri melalui Kitab Kitab beliau apabila berlaku percanggahaan Fatwa Fatwa Imam Nawawi sendiri dalam satu satu Masalah.
Pada Gholib,Pendapat pendapat Imam an Nawawi daalam Kitab at Tahqiq ini,akan didahulukan berbanding kitab kitab Imam An Nawawi apabila berlaku percanggahan percanggahaan pendapat Imam An Nawawi sendiri dalam satu satu Masalah ,perbahasan Feqoh.

Maka itulah ,kitab kitab Para Ulama Mazhab Syafie selepas Imam an Nawawi terutamanya kitab kitab Feqoh Mazhab Syafie Yang jadi Rujukan utama Mazhab Syafie di Era Mutaakhirin ini seperti Tuhfah AL Muhtaj dan Nihayah al Muhtaj,
Mengunggulkan ,memenangkan akan pendapat Imam Nawawi dalam Kitab at Tahqiq beliau kerana Berdasarkan disiplin Mazhab Syafie ini.Iaitu pendapat ,Jika terkena Najis Babi Maka kena basuh 7 kali juga sebagaimana Najis Anjing juga dan Najis Babi Juga ,Termasuk Najis Mugholazoh.
Dan sebenarnya ,inilah pendapat Imam an Nawawi sendiri kerana Kitab at Tahqiq ini Antara kitab terakhir yang Imam an Nawawi karang.Maka itu,Pendapat Beliau dalam kitab at Tahqiq ini kira beliau membatalkan,menukar Pendapat pendapat Beliau sendiri dari kitab kitab beliau yang lain sebelum itu seperti Majmu' dan lain lain.

Kesimpulannya,kongres "Athari"(yang Sebenarnya Bukan Athsari pun.),
salah memahami Pendapat Imam An Nawawi sendiri dalam bab ini hingga Mereka menuduh Golongan Aswaja tidak mahir memahami fiqh Ulama Mereka sendiri .
sedangkan,apa Faktanya ialah mereka yang jahil sebenarnya akan disiplin Mazhab Syafie .Disebabkan Jahil hal ini,
Maka Mereka mula menuduh Aswaja Tak Faham perbahasan Feqoh Ulama Aswaja sendiri ..


Kredit Ustaz Muhammad Anas

Tolak WAHABI

13 Nov, 13:42


Para Fuqaha’ Bersepakat Bahawa Kulit Babi Tidak Akan Menjadi Suci Walaupun Disamak

Ensiklopedia Fiqh Kuwayt menyebut (34/20):

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّهُ لاَ يَطْهُرُ جِلْدُ الْخِنْزِيرِ بِالدِّبَاغِ وَلاَ يَجُوزُ الاِنْتِفَاعُ بِهِ لأَِنَّهُ نَجِسُ الْعَيْنِ،

“Para fuqaha’ (ulama’ fiqh) BERSEPAKAT bahawa sesungguhnya kulit babi tidak akan menjadi suci walaupun disamak, dan tidak harus dimanfaatkan dengannya (kulit babi) kerana ia adalah najis secara ain.”

Bagi ulama’ Malikiyyah yang menyatakan bahawa babi adalah binatang yang tidak najis sewaktu ia masih hidup, kulit babi tetap tidak akan menjadi suci walaupun disamak di sisi mereka.

Ensiklopedia Fiqh menyebut (34/20):

وَوَجَّهَ الْمَالِكِيَّةُ قَوْلَهُمْ بِعَدَمِ طَهَارَةِ جِلْدِ الْخِنْزِيرِ بِالدِّبَاغِ بِأَنَّهُ لَيْسَ مَحَلًّا لِلتَّذْكِيَةِ إِجْمَاعًا فَلاَ تَعْمَل فِيهِ فَكَانَ مَيْتَةً فَلاَ يَطْهُرُ بِالدِّبَاغِ وَلاَ يَجُوزُ الاِنْتِفَاعُ بِهِ.

“Dan ulama’ Malikiyyah mentawjihkan pandangan mereka tentang ketidaksucian kulit babi walaupun disamak kerana ia (babi) bukanlah haiwan yang boleh disembelih secara ijma’, maka proses sembelihan tidak akan berkesan padanya, dan ia dihukum sebagai bangkai, dan ia tidak akan menjadi suci walaupun disamak, dan ia (kulit babi) tidak boleh dimanfaatkan.”

Nota:

Keterangan ini menjelaskan PENIPUAN sebahagian pihak bahawa kononnya KULIT BABI boleh dimanfaatkan di sisi Malikiyyah setelah disamak.

Pandangan yang janggal tentang kesucian kulit babi apabila disamak hanya diriwayatkan (ruwiya) dari Abu Yusuf al-Hanafi dan ‘Abd al-Mun’im Ibn al-Faras al-Maliki. Dan ia merupakan pandangan yang shadzdz (amat janggal dan ditinggalkan para fuqaha').

Golongan yang gemar mengambil pandangan shadzdz dalam agama hanya akan membawa fitnah kepada umat Islam.

PENUNTUT ILMU (Nota lama al-fakir bertahun2 dulu)

Tolak WAHABI

13 Nov, 07:24


Sesi 3 (13/11/2024)
https://www.facebook.com/share/v/ZQwsD1xA2nadNTtg/

Tolak WAHABI

11 Nov, 23:58


Saya sempat belajar tawhīd, tasawwuf dan secebis Riadhus Solihin dengan Mufti Sabah sebelum Sheikh Haji Said, ie Datuk Muhammad Hj Ahmad (1974-1977) di Masjid Jamek Kg Baru KL tahun 1993.

Dato Hj Muhammad orang Melaka. Graduan Universiti Islam Madinah. Beliau beritahu saya bahawa beliau sendiri berbahas dengan Bin Baz mengenai pegangan Bin Baz yang tidak dipersetujuinya.

Semoga Allâh menerangkan kubur Datok Hj Muhammad yang daripadanya saya khatamkan Kitab Hikam Ibnu Ataillah dan Matan Jawharah Tawhīd. Setelah itu belajar Aqidatun Najin tetapi tidak khatam kerana saya berpindah keluar dari Kg Baru hujung tahun 1989.

Semoga Allâh menerangkan tempat rehat serta limpahkan rahmat dan ni'mat abadi kepada semua guru-guru kita.

آمين يارب العالمين

Ustaz Ismail Ahmed