Astro AWANI @astroawani Channel on Telegram

Astro AWANI

@astroawani


Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com

Astro AWANI (Malay)

Astro AWANI adalah saluran Telegram rasmi bagi stesen berita terkemuka di Malaysia. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan mendapat akses terus ke berita terkini dari dalam dan luar negara. Astro AWANI menyediakan liputan yang luas mengenai politik, ekonomi, sukan, hiburan, dan banyak lagi. Dengan hanya satu klik, anda boleh kekal terkini dengan perkembangan semasa tanpa perlu mengemaskini diri sendiri. Saluran Telegram ini memastikan anda sentiasa berada di garis hadapan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.

Ikuti kami di grid.astroawani.com untuk mendapatkan liputan berita yang lebih terperinci dan luas. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang berinformasi dan terkini. Sertai Astro AWANI di Telegram hari ini!

Astro AWANI

18 Feb, 15:48


Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, menegaskan bahawa AS dan Rusia komited untuk mengakhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian yang adil dan boleh diterima oleh semua pihak berkepentingan.

Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

"Untuk mengakhiri sebarang konflik, semua pihak perlu membuat konsesi. Kami tidak akan menentukan terlebih dahulu apa konsesi tersebut.

"Tetapi yang penting di sini adalah matlamatnya, dan kami telah mencapai persetujuan mengenai matlamat itu. Matlamatnya adalah untuk menamatkan konflik ini dengan cara yang adil, berkekalan, mampan, dan boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat," katanya kepada Reuters.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 15:25


Jiran kepada Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa bahawa dia tidak pernah melihat kanak-kanak autistik itu bermain di taman permainan berhampiran Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.

Saksi pendakwaan ke-16, Rashidah Rajali berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal, membabitkan ibu bapa kanak-kanak tersebut, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.

Rashidah, 37, berkata, sepanjang 10 tahun tinggal di Blok R pangsapuri berkenaan, anak-anaknya juga tidak pernah bermain dengan Zayn Rayyan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 14:36


Mahkamah Persekutuan pada Selasa diberitahu bahawa sabitan serta hukuman mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, adalah tidak selamat dan seharusnya diketepikan.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib dalam hujahnya berkata keterangan terhadap perayu ketiga tiada kes prima facie bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan apatah lagi bagi kesalahan membunuh.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan ke-27 (SP27) iaitu pemilik seterika.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 14:05


Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendedahkan beliau sudah melakukan rundingan sebanyak lima kali dan menghantar surat maklumat balas kepada kerajaan berhubung perkara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 12:33


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan jumlah wanita di negeri berkenaan yang berkahwin dengan lelaki warga asing dari Thailand dan Pakistan menunjukkan trend peningkatan sejak dua tahun lepas.

Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata data itu diperoleh berdasarkan jumlah permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang dibuat oleh warga asing dari kedua-dua negara berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 11:37


Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah dengan rampasan bernilai RM4 juta susulan tangkapan seorang lelaki tempatan di sebuah pusat perniagaan di Sungai Petani, Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu yang berperanan sebagai transporter ditahan polis ketika sedang menunggu transporter lain datang untuk mengambil dadah berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 11:28


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Feb ini.

Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut kenyataan itu, kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 10:54


Polis menahan pasangan suami isteri merupakan pemilik gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis, manakala isterinya yang juga warga Indonesia berusia lingkungan 50-an telah direman mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 10:48


Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bangga dengan prestasi yang diperagakan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang membaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Malah Pengarah Teknikalnya, Robert Ballard percaya pelari berusia 21 tahun itu berupaya untuk melakar catatan masa yang lebih baik pada masa depan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 10:06


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/4gLOfrr
πŸ”ΈIsteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
πŸ”ΈSuspek kes tembak di Setia Alam sempat lakukan lima jenayah sebelum sembunyi di Pulau Ketam
πŸ”ΈKim Sae-ron alami kemurungan, masalah kewangan, sempat tukar nama sebelum ditemui mati

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

18 Feb, 09:36


Pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di Seremban yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan Ogos tahun lalu, telah menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Selasa.

Tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 21, menukar pengakuan ketika prosiding mendengar keputusan representasi di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Datin Surita Budin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 08:33


Pendapatan hasil pelancongan pulau peranginan, Pulau Langkawi meningkat sebanyak RM2.4 bilion atau 34.9 peratus bagi tempoh 2022 hingga 2024, berikutan peningkatan pelancong seramai 323,115 orang atau 11 peratus dalam tempoh tersebut, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata berdasarkan data terkini, kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat sebanyak RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari tahun 2022.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 07:04


Majikan sektor swasta atau awam perlu melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai pemberhentian atau kematian pekerja mereka bagi memudahkan urusan percukaian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pungutan Hasil LHDN Azharuddin Mohd Ali berkata pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta) sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pemberhentian kerja, atau tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan tentang kematian bagi membolehkan pihaknya mengeluarkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 05:36


Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 24.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di Kulai pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 7.15 apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 05:30


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media berikutan kejayaan pihak polis dalam menyelesaikan kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor pada 8 Februari lalu.

Suspek maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis di Pulau Ketam, Klang Selatan, pada awal pagi Selasa

πŸ“Έ: Astro AWANI / @shahiromar

#AWANInews

Astro AWANI

18 Feb, 05:17


MOF menjelaskan tawaran sukarela oleh konsortium yang dianggotai KWSP untuk mengambil alih semua saham MAHB yang belum dimiliki pada harga RM11 setiap saham merupakan pelaburan baharu jangka masa panjang KWSP.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 07:04


Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur, pada Isnin atas pertuduhan membuat kenyataan yang menghina agama Islam, tahun lepas.

Lim Kim Teng, 70, didakwa membuat penyataan yang melukakan perasaan berkaitan agama orang Islam dan perbuatan itu dilihat di Pejabat Pasti, Gombak, pada 8 malam, 4 Jun 2024.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 06:38


Elon Musk kini mengumumkan akan memperkenalkan Grok-3 secara rasminya pada 12 tengah hari Selasa ini, 18 Februari 2025, termasuk memperlihatkan keupayaan penawaran model kecerdasan buatan berkenaan kepada umum.

Elon Musk turut mengatakan Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran jikalau dibandingkan dengan pelbagai penyedia lain.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 06:10


Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Silibin di Ipoh, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berkenaan insiden itu pada 8.38 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 06:03


Seorang wanita warga emas yang tular di media sosial baru-baru ini kerana disyaki mencuri wang RM2,500 pada majlis perkahwinan di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan di Pasir Mas, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman hingga 20 Feb terhadap wanita berusia 61 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret di Pasir Mas, pada Isnin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 05:35


Thailand terus memperkukuhkan nama selaku pasukan gergasi Asia Tenggara selepas melonjak ke kedudukan ke-97 dunia sekali gus meninggalkan skuad negara di ranking ke-132 dunia.

Berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Vietnam (114) sebagai pencabar terdekat diikuti Indonesia (127) melengkapkan pasukan yang berada dalam tiga kelompok terbaik di Asia Tenggara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 05:06


Sesi persekolahan 2025/2026 melibatkan hampir lima juta murid dan pelajar daripada Kumpulan B di semua sekolah di 11 negeri hari ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 04:43


KDNK dah cantik, jadi apa strategi pelabur sekarang?

Kalau kita tengok, KDNK direkodkan 2024 cukup mantap, 5.1%. Tapi dengan ketidaktentuan global, apa yang pelabur kena fokus? Mungkin perlu ada strategi baru. Jadi, Nina Rozman #TanyaPakar untuk jawab kebimbangan ini.

#NiagaAWANI
#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 04:19


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan lawatan mengejut beliau ke Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu, Kuala Lumpur, pada Isnin, bagi meninjau dan melihat suasana hari pertama sesi persekolahan tahun 2025/2026.

Dalam lawatan berkenaan, Anwar sempat berinteraksi dengan para guru dan meluangkan masa bertanyakan khabar murid sekolah berkenaan di hari pertama sesi persekolahan mereka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 04:05


Tindakan pantas anggota polis yang terlibat dalam kemalangan antara sebuah kereta dan trak polis di Jalan Bukit Cherakah, Klang awal pagi tadi berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa daripada terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata empat individu termasuk tiga anggota polis terlibat dalam kejadian tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

17 Feb, 03:38


Keputusan guru bersara awal adalah pilihan peribadi yang perlu dihormati dan dipertimbangkan dengan teliti, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurutnya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keputusan guru untuk bersara awal termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

17 Feb, 03:34


Tingkah laku rasis, kenyataan diskriminasi dan retorik yang memecahbelahkan, tidak sepatutnya ada dalam masyarakat kita, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Gobind dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tindakan sedemikian, bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

17 Feb, 03:33


Hari ini 57 tahun yang lalu, bangunan Angkasapuri secara rasminya dibuka.

Pembinaan bangunan Angkasapuri bermula dengan rasmi pada 16 Disember 1966 dengan upacara peletakan batu asas oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga merangkap Menteri Penerangan & Penyiaran ketika itu.

Bangunan setinggi 10 tingkat itu dibina di atas tanah seluas 33 ekar di Bukit Putra, Lembah Pantai berdepan Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya, menelan kos $35 juta (dalam Dolar Malaya & Borneo British).

Ia dibina untuk menjadi ibu pejabat kekal Perkhidmatan Televisyen Malaysia (TV Malaysia) yang ketika itu berpangkalan di Dewan Tuanku Abdul Rahman (kini dikenali sebagai MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur sejak ia dilancarkan pada Disember 1963.

Bagaimanapun TV Malaysia, yang kemudian berkembang menjadi RTM, tidak memulakan operasinya di kompleks itu sejurus ia siap dibina & dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, tetapi hanya berpindah & mula bersiaran dari Angkasapuri pada 6 Oktober 1969.

Bangunan utama Angkasapuri dengan reka bentuk unik itu menempatkan pejabat pentadbiran & perancangan penerbitan. Dewan serta studio penyiaran & rakaman pula terletak di bangunan 2 tingkat di sebelah selatan bangunan utama.

Kedua-dua bangunan utama serta bangunan penerbitan & penyiaran ini dihubungkan dengan sebuah anjung & sebuah balai sambutan, menjadikannya salah satu kompleks penyiaran yang terbesar di Asia Tenggara.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, RTM

#PeristiwaHariIni

Astro AWANI

17 Feb, 03:32


Suasana hari pertama sesi persekolahan tahun 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi, di Semenyih, pada Isnin meriah dengan kehadiran ratusan ibu bapa dan penjaga yang mengiringi anak-anak mereka.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, seawal 6.45 pagi, maskot Bank Simpanan Nasional (BSN) muncul bagi menceriakan suasana terutamanya bagi anak-anak yang menjejakkan kaki ke sekolah buat kali pertama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

17 Feb, 03:28


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Persidangan China Asia Tenggara 2025 yang diadakan di ibu negara pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Naib Pengerusi, Chinese People's Political Consultative Conference, C Y Leung; Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, John KC Lee dan Setiausaha Keadilan, Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Paul Lam Ting-kwok.

πŸ“Έ: Astro AWANI / @shahiromar
#AWANInews

Astro AWANI

17 Feb, 02:36


Orang ramai berkumpul di luar Ocean Park Hong Kong tiga jam sebelum pembukaan pada Ahad untuk melihat pasangan kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, yang kini berusia enam bulan dan membuat penampilan pertama mereka, lapor Xinhua.

Sepasang panda betina dan jantan itu dilahirkan pada 15 Ogos tahun lalu daripada induk bernama Le Le dan Ying Ying, yang diberikan sebagai hadiah oleh kerajaan pusat kepada Hong Kong.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

16 Feb, 04:05


Meta sedia melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan model kecerdasan buatan mereka tersendiri dinamakan Llama, serta penawaran kepada umum dinamakan Meta AI. Selain daripada itu juga, Meta turut memfokuskan pembangunan peranti realiti-terimbuh melalui kaca mata pintar dan lain-lain.

Tidak setakat itu, kini hadir laporan mengatakan Meta sedang merancang untuk memasuki kategori baharu, iaitu pembangunan robot berbentuk manusia. Bahagian memfokuskan robot ini akan dibentuk dibawah Reality Labs yang sedia membangunkan beberapa perkakasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

16 Feb, 03:59


Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pemilihan pada Sabtu.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan Pengerusi Pemilihan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah pada Perhimpunan Agung Ke-16 PBB hari ini, Abdul Karim yang merupakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak meraih 669 undi, sekali gus meletakkan beliau di tempat ke lima dari enam calon bertanding.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

16 Feb, 03:36


Sebuah ladang ganja di Pattaya, Thailand dilaporkan terbakar menyebabkan penduduk sekitarnya khayal akibat menghidup asap kebakaran terbabit.

Menurut akhbar Thai Matichon, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

16 Feb, 02:36


Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa pentadbirannya akan meneruskan dasar hiliran yang dirintis oleh Presiden Ketujuh, Joko Widodo (Jokowi), dengan melaksanakan 15 projek bernilai tinggi tahun ini.

"Kita akan terus menggerakkan aktiviti hiliran. Tahun ini, kita akan memulakan usaha ini dengan sekurang-kurangnya 15 projek mega bernilai berbilion dolar. Perlu diingat, kita tidak akan bergantung kepada pelaburan asing," katanya di Bogor, Jawa Barat, pada Sabtu, lapor ANTARA.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

16 Feb, 02:05


Satu notis berunsur perkauman yang tular di media sosial, memaparkan sikap tidak sensitif seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini, telah mendapat kecaman.

Notis itu mula tular selepas video kejadian itu dirakam seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan terlihat gerai tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANIlive

Astro AWANI

16 Feb, 01:01


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.

Sumbangan wang tunai itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada ibu bapa bayi berkenaan pada Sabtu bagi mengurangkan beban keluarga itu.

Mutasi genetik SCN8A, satu penyakit jarang jumpa yang memberi kesan kepada sistem saraf bayi itu menyebabkan gangguan serius pada otak dan saraf, mengakibatkan sawan berterusan, kesukaran bergerak, serta pelbagai masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan tinggi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

16 Feb, 00:34


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 6,000 liter minyak petrol ke negara jiran selepas menahan sebuah bot pam membawa muatan bahan api itu diperairan Kudat, awal pagi Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar, berkata pihaknya yang bertindak atas maklumat telah mengesan sebuah bot pam pada kedudukan 2.8 batu nautika barat laut Pulau Mandi Darah pada pukul 4 pagi ketika menjalankan Op Sejahtera, Op Tiris, Op Pluto Timur dan Op Cegah PATI.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 23:35


Hari ini 66 tahun yang lalu, Fidel Castro menjadi pemimpin no.1 Cuba.

Lahir pada 13 Ogos 1926, Fidel Alejandro Castro Ruz mula menceburi politik ketika menuntut di universiti. Pada 1951 beliau bertanding untuk kerusi di Dewan Perwakilan namun berlaku rampasan kuasa oleh Fulgencio Batista sebelum pilihan raya dapat diadakan.

Castro memimpin sekumpulan penentang Batista menyerang & menawan Berek Moncada pada 26 Julai 1953, namun ia gagal & beliau dipenjarakan. 2 tahun kemudian, beliau dibebaskan lalu pergi ke Mexico & membentuk β€˜Gerakan 26 Julai’ yang disertai Ernesto β€˜Che’ Guevara.

Pada 2 Disember 1956, Castro & pengikutnya mendarat di pantai tenggara Cuba, kemudian membina pangkalan gerila di hutan pergunungan Sierra Maestra & merekrut lebih ramai pengikut untuk berperang dengan rejim Jeneral Batista yang dibelakangi A.S.

Menjelang pertengahan 1958, A.S. menamatkan bantuan ketenteraannya terhadap Batista & Disember tahun itu, Guevara memimpin serangan terhadap Santa Clara yang berjaya melumpuhkan angkatan rejim & memaksa Batista lari ke Republik Dominika pada 1 Januari 1959.

Seminggu kemudian, Castro & angkatannya memasuki Havana & mengisytiharkan kemenangan mereka. Fidel mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Cuba pada 16 Februari 1959, memperoleh kuasa penuh kepimpinan negara itu dari kerajaan sementara.

Castro memiliknegarakan segala aset A.S. di Cuba, melancarkan program reformasi pertanian, menghapuskan diskriminasi kaum dalam undang-undang, membawa bekalan elektrik kepada luar bandar & memajukan sektor pendidikan serta kesihatan.

Begitupun, pelbagai sekatan dikuatkuasakan antaranya mengharamkan akhbar pembangkang, mengehadkan pemilikan tanah & menghapuskan perniagaan swasta, menyebabkan ramai rakyatnya khususnya profesional & pakar berhijrah keluar dari Cuba.

Selepas 49 tahun memimpin Cuba, Castro melepaskan jawatan secara rasmi kepada adiknya, RaΓΊl pada 2008. Ikon revolusi itu meningga l dunia pada 25 November 2016 di usia 90 tahun.

Sumber: History, Yousuf Karsh

#PeristiwaHariIni

Astro AWANI

15 Feb, 23:31


Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital itu pada minggu lalu akibat komplikasi jantung, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 6.45 petang di Unit Rawatan Koronari.

Ketika sedang menerima rawatan Allahyarham turut disahkan mengalami beberapa komplikasi lain termasuk hati dan buah pinggang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 23:03


Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin, (WAFA).

Pembebasan itu membabitkan 183 tahanan, menurut Persatuan Tahanan Palestin dan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Pihak Berkuasa Palestin.

Tahanan yang dibebaskan termasuk 36 tahanan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup serta 333 tahanan dari Gaza yang ditahan selepas 7 Okt 2023. Persatuan Tahanan Palestin menyatakan bahawa 29 daripada mereka berasal dari Tebing Barat, manakala tujuh dari Baitulmuqaddis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 22:02


Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.26 pagi dan kemudian polis bergegas ke lokasi.

kuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 15:33


Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.

Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran berkata, kebimbangan semakin meningkat apabila masih terdapat kedai yang berdekatan dengan sekolah yang menjual vape secara terbuka dengan pembungkusan yang menarik perhatian remaja.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 14:32


Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta semua pihak untuk tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti pakar kanak-kanak, baru-baru ini.

Beliau berkata tidak wajar untuk kes itu diperbesarkan dengan pihak terbabit membuat tohmahan dan menyebarkan kenyataan tanpa memeriksa latar belakang perkara terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 14:01


Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau di Kampung Kolam Limbongan sejak empat hari lepas, seperti tular di media sosial pada Sabtu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata dakwaan tersebut agak berat sedangkan MAIM mempunyai pelbagai jenis bantuan yang sedia diberikan kepada pemohon khususnya golongan asnaf.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 13:36


Beberapa buah bas dilihat membawa tahanan Palestin yang dibebaskan. Ketibaan mereka disambut oleh rakan-rakan dan keluarga dengan penuh semangat.

Kira-kira 369 tahanan Palestin dibebaskan pada Sabtu selepas Hamas bersetuju menyerahkan 3 orang tebusan Israel kepada pasukan palang merah. Ini dikatakan usaha mediasi oleh negara Mesir dan Qatar dalam membantu mengekalkan gencatan senjata yang dilihat semakin rapuh antara Hamas dan Israel.

#AWANInews

Astro AWANI

15 Feb, 13:03


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.

Sejak pembukaannya pada 2021, RMH-HTA telah memberi manfaat kepada lebih 4,000 keluarga dengan menyediakan penginapan sementara yang selesa dan berdaya mampu kepada ibu bapa pesakit pediatrik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANIlive

Astro AWANI

15 Feb, 12:34


Ramadan dan Syawal tahun ini lebih bermakna dengan kempen β€˜Menang Macam-Macam dengan Astro One’, yang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif bernilai sehingga RM200,000.

Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada yang menaik taraf ke Astro One untuk menikmati ganjaran hebat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews

Astro AWANI

15 Feb, 12:19


Enam bintang program hiburan popular Korea Selatan, Running Man berjaya memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man β€œRun 2 U” Live In Kuala Lumpur pada Sabtu.

Seawal jam 12 tengahari, ribuan peminat mula menanti kehadiran Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon atau HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

#AWANInews

Astro AWANI

15 Feb, 11:05


Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara dalam satu kenyataan pada lewat Jumaat memaklumkan kumpulan itu terdiri daripada tujuh warga Thailand dan 22 warga Myanmar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

11 Feb, 07:51


Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Erdogan kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Mej Khairul Fakhzan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

11 Feb, 07:43


Elon Musk mengetuai sekumpulan pelabur membuat tawaran bernilai $97.4 bilion untuk beli OpenAI, syarikat induk ChatGPT.

Tetapi Sam Altman cakap β€œno thank you”.

OpenAI dikendalikan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang mengawal entiti OpenAI LP iaitu sebuah syarikat berasaskan keuntungan yang wujud dalam struktur syarikat yang lebih besar.

Syarikat ini telah berkembang daripada hampir tidak bernilai kepada penilaian sekitar $100 bilion dalam tempoh beberapa tahun sahaja dan Altman dianggap sebagai perancang utama kejayaan tersebut.

#AWANInews

Astro AWANI

11 Feb, 06:56


Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.

Kedudukan terbaharu itu diperoleh hasil daripada sembilan tinjauan berbeza bagi mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam di 180 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Menurut Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) dalam kenyataan hari ini, walaupun Malaysia berada di kedudukan yang kekal dan memperoleh skor sama, kerajaan perlu menyedari bahawa negara mempunyai visi mencapai kedudukan antara 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

11 Feb, 06:34


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi peringatan, 'segala malapetaka akan tercetus' jika pasukan pejuang Palestin, Hamas tidak membebaskan tebusan sebelum Sabtu tengah hari ini.

Sehubungan itu, Trump pada Isnin menggesa Israel untuk membatalkan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas jika pasukan pejuang Palestin itu tidak memulangkan tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Peringatan Trump menyusul selepas Hamas mengancam untuk menangguhkan pembebasan tebusan seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu β€œsehingga diberitahu kelak,” dengan menuduh Israel melanggar perjanjian gencatan senjata.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

11 Feb, 06:13


Pakar perubatan kecemasan bertugas di sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Dr Nabil Muhammad Al Kuddoos menasihatkan orang ramai yang berada di lokasi mengambil langkah berjaga dan tidak tolak-menolak antara satu sama lain.

β€œJangan bertolak kerana kawasan sangat sesak terutama di pintu masuk utama.

β€œPastikan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Saya faham ada nazar dan sebagainya, kalau penat ambil masa rehat sebentar,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

11 Feb, 05:36


Singapura mengusir seorang wanita Iran dan suaminya yang merupakan warganegara Malaysia serta melarang mereka daripada memasuki negara itu selepas didapati terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Singapura.

Menurut laporan The Straits Times (ST) yang memetik kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin, Parvane Heidaridehkordi, 38, dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling, 65, kehilangan status penduduk tetap.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

09 Feb, 03:31


Brighton bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menyingkirkan Chelsea dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Amex awal pagi Ahad.

Dalam pertemuan itu, Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Selepas dibelasah Nottingham Forest 0-7 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, pasukan bimbingan Fabian Hurzeler itu mempamerkan persembahan berbeza, sekali gus menafikan pemburuan trofi domestik pertama Enzo Maresca bersama Chelsea.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

09 Feb, 02:59


#SecretCollab!🀫

Mesti korang tertanya-tanya Siapakah gerangan yang nyanyi lagu tema Keluang Man ni?! πŸ€” πŸ”₯

#KeluangMan #KeluangManFilm
#AstroShaw
#WONDACoffee

@nvst1
@remyishak
@iamrosyamnor
@anwaarmoghal
@halimothmanho
@dennisyin
@shweta_sekhon_
@anwariashraf
@gscinemas
@tgvcinemas

Astro AWANI

09 Feb, 02:34


Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.

Ini susulan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu melaksanakan janji membanteras pendatang haram dengan pantas dengan menugaskan tentera AS menjaga keselamatan sempadan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

09 Feb, 02:02


Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu, dengan menekankan komitmen terhadap reformasi dan pemulihan ekonomi negara yang tenat, lapor agensi berita Jerman.

Ketua Setiausaha kerajaan Mahmoud Maakiyeh mengumumkan barisan Kabinet yang terdiri daripada 24 anggota, kebanyakannya pakar dan teknokrat.

Kabinet itu tidak melibatkan anggota daripada Hezbollah atau sekutunya, Parti Gerakan Amal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

09 Feb, 00:59


Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata inisiatif dikenali Program Insan Rabbani yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu akan dilaksanakan dalam empat fasa selama dua tahun.

Beliau berkata program itu meliputi fasa pemulihan serta pengukuhan masing-masing berjalan selama enam bulan, diikuti pemantauan menerusi fasa pascapemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan.

"Proses pemulihan akan menggunakan Modul Istitabah untuk peringkat umur dewasa dan Modul Pendidikan Islam Insani kepada kanak-kanak dengan pendaftaran boleh dibuat di Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Ia akan dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar pusat pemulihan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

09 Feb, 00:29


Kurang dua bulan sebelum kempen kelayakan Piala Asia bermula, bekas pertahanan negara, Razman Roslan, menyambut baik prinsip jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Pengendali dari Australia itu menegaskan setiap pemain berpeluang mewakili negara menjelang pemilihan pemain untuk perlawanan pertama bertemu Nepal, 25 Mac depan.

Reaksi Cklamovski dalam temu bual media pertamanya seolah-olah membayangkan tiada layanan istimewa buat mana-mana pemain, sebaliknya peluang sama rata akan diberikan buat semua pemain mempamerkan keupayaan masing-masing.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 22:59


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, 1,837 titik akses wi-fi dipasang di empat fakulti dan satu kolej kediaman di Universiti Malaya, manakala bakinya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

"Jumlah kos yang telah diperuntukkan ialah RM11.6 juta dan semua titik akses di kesemua universiti yang terlibat dalam fasa pertama ini telah disiapkan pada 5 Feb seperti yang disasarkan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 22:59


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook sempena mengenang ulang tahun keputeraan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada Ahad berkata beliau bertekad meneruskan perjuangan negarawan ulung berkenaan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.

Beliau berkata nama Almarhum tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni.

"Sumbangan Almarhum Tunku pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai-nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 21:59


Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah keseluruhan mangsa turut meningkat kepada 111,163, dengan ramai lagi yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera.

Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan dalam usaha mencari mangsa yang masih berterusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 16:13


Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 14:29


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok Barisan Nasional berhubung isu perintah larangan bersuara (gag order), selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

β€œPeraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili (subjudis) dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 13:59


Menurut laporan Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu, seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini. Daripada jumlah itu, kira-kira 1,000 individu yang tidak memiliki dokumen sah telah dihantar pulang selepas ditahan di Islamabad dan Rawalpindi, Pakistan.

Sejak pelaksanaan Pelan Penghantaran Pulang Warga Asing Tanpa Izin oleh Kerajaan Pakistan, lebih 825,600 rakyat Afghanistan telah kembali ke negara mereka, sejak 15 Sept 2023.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 12:59


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus di Pulau Pinang, Pahang, Kota Kinabalu, Batu Pahat dan yang terakhir di Terengganu pada minggu depan bagi mendengar pandangan semua pihak.

"Kita mengambil pandangan, maklum balas daripada semua pihak. Izinkan kami (KKM) mengadakan semua libat urus ini dulu dan saya sendiri pun sudah nampak kecenderungan, permintaan dan tuntutan mereka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 12:59


Program Assalamualaikum RaRa (Ramadan dan Raya) 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (Madad), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.

Program anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) yang membawa tema 'Meriah Lain Macam', jelas mampu menarik perhatian pelbagai lapisan usia bukan setakat penduduk setempat di negeri Jelapang Padi malah ada yang datang dari Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, selain Kelantan dan Terengganu bagi menyaksikan artis dan susunan program dengan lebih dekat.

Dua duta yang diketengahkan pada sesi jelajah ke Kedah, Mierul Aiman dan Meerqeen jelas mampu menarik pengunjung terutama golongan belia ke Masjid Madad yang padat dengan program-program Ramadan yang ada di Astro Oasis terutamanya Tazkirah Malam Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 12:29


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata penubuhan pusat AI itu juga selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, selain melengkapi kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di negeri itu.

Beliau berkata NADI ialah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan jurang digital rakyat dengan meningkatkan kebolehcapaian dan penggunaan teknologi khususnya untuk berhubung, melakukan urusan transaksi secara dalam talian serta mengakses pelbagai maklumat.

"Selain menyediakan akses Internet dan ketersambungan, pusat NADI juga menawarkan program-program sokongan seperti keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri dan kesedaran kesihatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 11:59


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, mengingatkan bahawa sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya menganuti pelbagai agama dan kepercayaan, toleransi dalam beragama seharusnya tidak dikompromi.

Sultan Sharafuddin yang juga ketua agama Islam di Selangor berpandangan cadangan garis panduan itu dibuat pada waktu yang tidak bersesuaian iaitu ketika rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah pelbagai kaum dan agama demi mengukuhkan perpaduan nasional.

"Islam menerusi Al-Quran dan Sunnah adalah garis panduan terbaik sejak zaman berzaman dan diperkuat dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah umat Islam di Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 11:29


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu atau memulakan perusahaan sendiri.

"Kerajaan sedang memberikan tumpuan terhadap perkara ini, supaya apabila mereka masuk umur berpencen, mereka boleh dapat pekerjaan yang baik, sesuai dan munasabah. Kita tidak mahu mereka hanya bergantung kepada pencen semata-mata.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 11:03


Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) baru-baru ini untuk arahan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek wanita itu kini ditahan reman di Sabah untuk siasatan kes penipuan lain disyaki membabitkan suspek itu di negeri berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 10:01


Selepas dua minggu kerajaan Madani mengumumkan peruntukan RM100 juta yang terbesar melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI dan SPUMI Goes Big) di Bawah TEKUN Nasional bagi tahun 2025, sebanyak RM3.6 juta telah diagihkan kepada seramai 143 usahawan India.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional melalui program SPUMI dan SPUMI Goes Big selepas diumumkan pada 14 Januari lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

08 Feb, 09:32


Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pempengaruh tempatan yang menghasilkan kandungan media sosial, mendakwa seorang rakan mereka 'hilang' dalam hutan di Indonesia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 11:07


Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.

Peguam Daniel Farhan Zainul Rijal yang mewakili kerajaan negeri berkenaan mengesahkan tarikh baharu itu ketika dihubungi Bernama. Tarikh pendengaran yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 20 Feb, telah dibatalkan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 10:04


Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, pada Khamis.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata serbuan menerusi Op Taring Landai Khas Tahun Baharu Cina pada 10 pagi itu dilakukan bersama penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wilayah Selatan, yang turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 46 dipercayai pengusaha premis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 09:31


Grab & GoTo gabung: Peluang atau ancaman?

Bila dua gergasi e-hailing dari Singapura dan Indonesia bersatu, apa nasib rider & pengguna? Adakah harga akan jadi lagi mahal atau lebih murah?

#NiagaAWANI #AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 09:19


Kesihatan berkualiti: kenapa perlu jadi β€˜pilihan’?

Penjagaan kesihatan bukan kehendak, sebaliknya keperluan ketika ini. Tapi apa pilihan yang kita ada? Apa pertimbangan dalam pilihan rawatan? Kos? Perkhidmatan? Ease of mind?

#NiagaAWANI #AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 08:37


Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Kangar, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, pada 19 Jan.

Nor Zainab Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 08:04


Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dan menyimpan 180 gambar serta video penganiayaan kanak-kanak, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Kharulnizam Muslin, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 08:02


Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 07:04


Kaedah komunikasi yang efektif untuk berbicara dengan golongan pelbagai generasi, termasuk Generasi Z, perlu diamalkan agar persefahaman dapat dibentuk.

Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, pendekatan itu berupaya membina keharmonian sekali gus menghindari salah faham antara generasi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 07:03


Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 06:33


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.

Ketua Pengarah LLM Datuk Sazali Harun berkata jajaran lebuh raya berkenaan adalah di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 05:04


Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Perkhabaran duka itu dikongsikan anaknya, Farahanis Roslan, dalam satu catatan di laman media sosial Facebook.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 05:04


Permohonan kemasukan pelajar bagi sesi akademik 2025/2026 melalui platform UPUOnline akan dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat, Fasa Kedua pula akan dibuka dari 14 April hingga 18 Mei 2025.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 04:03


Orang ramai di Jepun diperdaya dengan jumlah wang tertinggi dalam penipuan cinta dan pelaburan di media sosial pada 2024, dengan jumlah kes meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, lapor data polis yang dikeluarkan pada Khamis, menurut Kyodo News.

Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023, menurut angka awal yang dikeluarkan oleh Agensi Polis Nasional.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 03:32


Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di Ipoh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, larangan itu julung kali dilaksanakan susulan aduan dalam kalangan penganut dan pengunjung semasa sambutan di lokasi berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 02:37


Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza, dengan menyatakan kepada BBC rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana wilayah itu bukan milik Israel untuk diserahkan kepada sesiapa.

Dalam program World News America di BBC, Olmert berkata, beliau menyambut baik bantuan AS untuk membina semula Gaza, tetapi hanya jika ia dibina oleh dan untuk rakyat Palestin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 02:36


Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau, lapor Agensi Berita Emirates (WAM), memetik saintis Kesatuan Eropah pada Khamis.

Ini berlaku walaupun terdapat jangkaan bahawa keadaan La Nina yang lebih sejuk mungkin dapat meredakan gelombang panas yang memecahkan rekod.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 02:34


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 02:04


Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penutupan jalan tersebut bertujuan memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan, berikutan kehadiran ramai pengunjung ke kuil itu sepanjang sambutan tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

07 Feb, 01:03


Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.

KumparanNews menerusi laporan mereka pada Khamis mengesahkan siasatan polis mendapati ia adalah cerita palsu.

"Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi 'pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal'. Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

06 Feb, 23:54


Hari ini 19 tahun yang lalu, legenda pop 60-an, S. Jibeng meninggal dunia.

S. Jibeng atau nama sebenarnya Jaafar Sidek, dilahirkan pada 1942 di Singapura. Di usia 2 tahun, beliau diserang penyakit campak & disebabkan perubatan yang terhad ketika itu, ia melarat hingga menyebabkan matanya buta.

Beliau mula menyanyi di majlis-majlis perkahwinan sejak berusia belasan tahun hinggalah ketika di pertengahan 20-an, beliau dilamar oleh sebuah syarikat rakaman. EP sulungnya pada 1966 menampilkan lagu yang melonjakkan namanya, β€œMusafir di Aidilfitri.”

Kemudian beliau hadir dengan lagu hit β€œSelamat Tinggal Pujaan” menerusi EP keduanya, β€œDendang Merindu.” Kejayaan 2 lagu itu menambat hati penulis skrip, Omar Rojik untuk menampilkan beliau dalam filem β€œA-Go-Go ’67” arahan Nordin Arshad.

Beliau turut menghasilkan runut bunyi/lagu tema untuk filem tersebut berjudul β€œNasib Si Buta.” Selepas itu, beliau membuahkan satu lagi lagu hit, β€œInai di Jari” dengan keluaran EP ketiganya dengan dibantu kugiran 'The Mountaineers'.

Bagaimanapun namanya kian pudar tatkala arus muzik baharu mengambil alih pop yeh-yeh bermula lewat 70-an. S. Jibeng meneruskan hidup dengan persembahan atas jemputan ke majlis-majlis korporat & perkahwinan, serta konsert-konsert amal.

Semakin lanjut usia, beliau menghidap kencing manis & lemah jantung. Satu hari di awal 2006, sekembalinya dari membuat persembahan pada satu majlis anjuran FAMA di Seremban, beliau dimasukkan ke Hospital Batu Pahat selepas mengadu sakit dada.

Kemudian beliau dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut. Namun di sana pada jam 7.30 pagi 7 Februari, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di usia 64 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, JB.

Permata istimewa dunia seni tanah air itu pulang ke negeri abadi meninggalkan seorang balu, 5 orang anak & 7 cucu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia, Utusan Malaysia, Psyche Oh! A Go Go (Obscura/Sputnik Rekordz, 2020)

#PeristiwaHariIni

Astro AWANI

02 Feb, 05:01


Bilionair Elon Musk telah membelanjakan lebih daripada AS$290 juta (RM1.3 bilion) untuk Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024, menurut fail yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC).

Musk membuat β€˜pelaburan’ berkenaan sebagai tanda sokongan kepada Presiden Donald Trump dan parti Republikan dalam usaha luar biasa yang telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu.

Pemfailan hujung tahun yang merangkumi lima minggu terakhir tahun ini, turut mendedahkan perebutan pengaruh ketika pentadbiran baharu bersiap sedia untuk mengambil alih kuasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 04:37


Jumlah kematian akibat nahas pesawat ambulans udara yang membawa seorang kanak-kanak Mexico pulang dari hospital di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada tujuh orang, kata jurucakap pasukan keselamatan pada Sabtu.

Dalam masa sama, 19 lagi mangsa lain dilaporkan mengalami kecederaan.

Nahas ini yang merupakan bencana udara besar kedua di AS minggu ini – berlaku pada Jumaat apabila pesawat jet berkembar enjin Learjet 55 terhempas ke sebuah kawasan perumahan yang sibuk di Philadelphia meletup dan menyebarkan serpihan ke rumah-rumah berdekatan dan kenderaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 04:31


Dua beranak bukan sahaja disamun oleh pekerjanya sendiri malah cedera parah akibat ditikam menggunakan besi mengangkat kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kebun persendirian di Kampung Napagang Entilibon, Tongod pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita yang memaklumkan suami dan anaknya cedera akibat ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai besi untuk mengangkat buah kelapa sawit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 04:03


Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dicadang menyertai Pas sekiranya beliau mahu kembali aktif dalam arena politik kerana UMNO kini didakwa sudah tiada masa depan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim turut menolak idea jika bekas Menteri Kesihatan itu mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

"Pada saya Khairy sepatutnya masuk Pas sahaja walaupun dia hanya ada dua pilihan lain iaitu pertama menubuhkan parti sendiri atau bertanding atas tiket Bebas," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 03:31


Kakitangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) kini bertungkus lumus memadam istilah transgender dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada laman web mereka.

Beberapa pekerja dari agensi berkenaan memberitahu penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.

Selain itu, arahan persekutuan menetapkan bahawa tandas di agensi kesihatan hanya boleh digunakan mengikut jantina biologi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 02:31


Benjamin Netanyahu akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Washington, pada Selasa ini, menurut pengesahan dari Pejabat Perdana Menteri Israel.

Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya.

"Kedua-dua pemimpin akan membincangkan isu Gaza, tebusan, cabaran yang ditimbulkan oleh semua elemen paksi Iran serta isu-isu utama lain," kata pejabat Netanyahu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 02:04


Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah pada Sabtu menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Dalam satu kenyataan bersama, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Mesir, Pihak Berkuasa Palestin dan Liga Arab menyatakan sokongan penuh terhadap keteguhan rakyat Palestin di tanah air mereka serta hak sah mereka selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Negara-negara peserta menegaskan penolakan mereka terhadap sebarang pelanggaran hak-hak yang tidak boleh dinafikan itu, sama ada melalui aktiviti penempatan, pengusiran, perobohan rumah, perampasan tanah atau pemindahan paksa rakyat Palestin dalam apa jua bentuk atau alasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Feb, 01:04


Moscow menegaskan bahawa misi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) perlu diteruskan sehingga penyelesaian damai muktamad dicapai dalam konflik Palestin-Israel, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berhubung larangan terhadap aktiviti UNRWA.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 23:34


Wakil Malaysia Dr Shalini Devi Ramachandran merangkul dua anugerah berprestij pada pertandingan Mrs World 2024 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Mewakili negara sebagai Mrs Malaysia World 2024, Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 23:02


Singapura menjangkakan Nvidia dan syarikat Amerika Syarikat (AS) lain mematuhi kawalan eksport AS serta perundangan domestik negara itu, susulan laporan bahawa syarikat pemula China, DeepSeek, mungkin memperoleh akses kepada cip Nvidia yang dikawal eksport melalui perantara di republik itu.

Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura pada Sabtu menegaskan bahawa negara itu sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 22:04


Pihak berkuasa Venezuela dijangka membenarkan Amerika Syarikat (AS) menghantar pulang pendatang tanpa izin yang telah diusir terus ke negara itu, lapor Bloomberg pada Sabtu, memetik sumber yang mengetahui perkara berkenaan, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas. Menurut sumber, dalam pertemuan itu, Maduro bersetuju untuk menerima beberapa penerbangan membawa pendatang merupakan rakyat Venezuela yang dihantar pulang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 15:34


Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 14:56


Penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut selepas menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua dan layak dengan agregat 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, hari ini.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada 17 Jan lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 14:38


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diminta menyiasat tindakan seorang khatib di Parit Buntar yang didakwa membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata hal itu kerana ia menimbulkan keraguan dan ada sesuatu yang tidak kena mengenai tindakan khatib terbabit apabila tidak membacakan teks khutbah yang disediakan oleh JAIPk.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 14:07


PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 13:06


Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 12:35


Tentera Darat sedang meneliti untuk memberi kelonggaran syarat pengambilan perajurit muda yang mempunyai kelebihan dalam bidang sains dan teknologi serta teknikal, menyertai perkhidmatan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata pihaknya kini berdepan cabaran untuk memperolehi calon berkualiti dan berkelayakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 12:30


Program Assalammualaikum RaRa 2025 Astro kembali dengan kempen istimewa bertemakan β€œMeriah Lain Macam” kali ini.

Selebriti dan pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad, yang dilantik sebagai Duta RaRa Astro 2025, berkongsi keterujaannya menyertai program tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 12:28


Jelajah Assalammualaikum RaRa 2025 Astro kembali lagi dengan misi menyatukan masyarakat dalam suasana penuh keceriaan menjelang Ramadan dan Syawal.

Dalam temu bual bersama Astro AWANI, selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program berprestij ini.

Menurut Zizan, program ini bukan sekadar satu acara biasa, tetapi juga platform yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan dalam suasana yang harmoni.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Feb, 11:03


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakapnya Stephane Dujarric berkata semasa sidang akhbar bahawa "rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal juga bergerak dari utara ke selatan, walaupun dalam jumlah yang lebih kecil."

"Sehingga hari ini, kira-kira 8,500 orang telah menyeberang dari kawasan utara Gaza ke bahagian selatan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 12:59


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang mempertikaikan usaha kerajaan dalam membantu membangunkan semula Gaza.

Beliau berkata tindakan menentang usaha membangunkan Gaza itu tidak selaras dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya sentiasa menghulurkan bantuan terutama kepada saudara seagama mengikut keupayaan.

Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 12:29


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

"Kalau banjir di Perak kita bagi satu keluarga RM1,000. Di Sabah, Sarawak pun saya ada minta NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) segera luluskan dalam kadar segera RM1,000 bagi setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran (dan) tanah runtuh.

"Kemudian kita siapkan beberapa puluh juta, katanya perlu RM20 juta atau RM24 juta segera untuk perbaiki kerosakan-kerosakan besar, kita luluskan. Ini pandangan yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim, tetapi ikut tanggungjawab, jadi kita lakukan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 11:29


Weststar-GAP, kerjasama antara Weststar Aviation dan syarikat minyak Timor Leste Petroleo (Timor GAP) menandatangani perjanjian kontrak bersama Santos Limited.

Kerjasama dengan syarikat minyak dan gas dari Australia itu dimeterai di Dili, di sini, pada Jumaat.

Dalam perjanjian berkenaan, Weststar-GAP akan menyediakan dua helikopter Leonardo AW189 menerusi kontrak bernilai AS$40 juta (RM175.6 juta) selama 12 bulan dengan pilihan dua lanjutan selama enam bulan, setiap satu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 11:05


Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.

Izzuddin Md Salim, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, S Mageswary.

Mahkamah memerintahkan lelaki yang masih bujang itu, dipenjara bermula tarikh tangkap 24 Januari lalu, dan sekiranya gagal membayar denda, dia dikehendaki menjalani hukuman penjara tambahan selama dua bulan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 10:01


Bekas jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina buat semua masyarakat khususnya yang menyambut perayaan itu.

Beliau dalam nada gurauan turut mengucapkan: "Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular," menerusi laman Facebook miliknya.

"Selamat Tahun Baharu Cina, mari kita cipta lebih banyak kenangan manis bersama pada Tahun Ular ini. Selamat maju jaya untuk tahun yang penuh harapan ini," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 08:45


Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.

Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai. Jom datang!

#AWANIPagi
#AWANInews #AssalamualaikumNegeriSembilan #MeriahLainMacam

Astro AWANI

31 Jan, 08:41


Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-23 berkuat kuasa hari ini pada Majlis Pemakaian Pangkat Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.

πŸ“·: Astro AWANI/ Shahir Omar

#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 08:35


Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya turut merampas 18 helai pakaian yang dilengkapi lencana atau lambang bersama aksesori pakaian berkenaan.

Katanya, pemeriksaan dilakukan di sebuah premis di Bandar Pinggiran Subang, di mana beberapa barangan yang dipercayai milik individu pertubuhan tersebut dirampas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 08:05


Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui persiapan pasukan sedikit terjejas apabila tiga tonggak utama tidak dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam Sabtu.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Badrul Afzan berkata Akinade dan Rahadiazli terpaksa direhatkan akibat kecederaan ketika perlawanan Liga Super baru-baru ini manakala Muhammad Akram pula menerima dua layangan kad kuning.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 07:05


Perintah gaji minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai 1 Februari 2025, menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.

Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan, bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 07:02


Sekumpulan 29 banduan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel tiba di Genting Gaza lewat Khamis sebagai sebahagian daripada kumpulan ketiga dalam perjanjian pertukaran banduan di bawah perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengangkut banduan berkenaan melalui Pintu Masuk Kerem Shalom di timur Rafah, selatan Gaza, menurut wartawan Anadolu.

Mereka kemudian dibawa ke Hospital Eropah Gaza di Khan Younis, selatan Gaza, untuk pemeriksaan perubatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 06:56


Visual kegirangan dan laungan semangat dari orang ramai yang bersorak ketika menyambut sebahagian daripada 110 banduan Palestin yang dibebaskan secara berperingkat dari tahanan Israel di Ramallah, Tebing Barat.

Reaksi sayu dan terharu terpancar pada wajah tahanan dan keluarga yang menyambut kepulangan ahli keluarga tercinta. Ini adalah rentetan daripada perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui setelah 15 bulan peperangan.

Antara banduan yang dibebaskan adalah Zakaria Zubeidi, seorang bekas pemimpin dalam kumpulan bersenjata di bandar Jenin, Tebing Barat, yang terlibat dalam serangan maut dua dekad lalu.

#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 06:53


Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), usaha memperkasa penabungan merupakan agenda utama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Agenda tersebut bertujuan mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

Bagi meningkatkan minat untuk menabung bersama Simpan SSPN, PTPTN menjanjikan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1.5 juta untuk kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN tahun ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 06:30


Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori tentera dalam kemalangan di Kem 96 Pangkalan Peluru, Masjid Tanah pada awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata dalam kejadian pada 2.24 pagi itu, kereta dipandu mangsa Manisya Azlin Ishak, 25, dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.

"Akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang bekerja sebagai operator pusat panggilan syarikat telekomunikasi itu tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 06:30


Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada ahli Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI) dan Partai Buruh serta kumpulan hak asasi manusia dilaporkan membaling telur ke arah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pada Khamis.

Menurut media tempatan, tindakan itu merupakan satu bentuk protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu, sehingga menyebabkan seorang terbunuh dan empat lagi cedera.

Salah seorang ahli turut menuntut siasatan tegas dijalankan terhadap anggota yang terlibat dalam insiden tersebut termasuk dengan memenjarakannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 05:33


Mark Zuckerberg membuat perkongsian bahawa Meta akan memberikan lebih perhatian kepada Facebook.

Bercakap mengenainya, pada tahun ini keutamaan Meta ingin mengembalikan pengalaman 'OG Facebook'.

Walaubagaimanapun, Mark Zuckerberg tidak mengulas lanjut berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan 'OG Facebook'.

Untuk makluman, pada awalnya Facebook memfokuskan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Jan, 05:05


Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.

Lapan negara lain yang menyertai persidangan itu ialah Belize, Bolivia, Chile, Colombia, Honduras, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan.

Susulan mesyuarat itu, kumpulan berkenaan dijangka membentuk Kumpulan The Hague dan akan mengumumkan langkah-langkah undang-undang, ekonomi serta diplomatik yang terselaras bagi memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk tindakan berterusannya di Gaza.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Jan, 03:38


Pas Selangor menyokong penuh pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk beragama Islam seperti dicadangkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Setiausahanya, Zurk Ahmad berkata, langkah itu bukan sahaja menghormati sensitiviti masyarakat Islam, malah turut membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan minuman keras.

"Hakikatnya, dasar ini sangat bertepatan dengan aspirasi negara yang sebenar iaitu 'Masyarakat Madani' yang lebih beretika dan sejahtera," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Jan, 03:07


Pemain Itali, Jannik Sinner mengukuhkan kedudukannya sebagai raja gelanggang keras tenis lelaki dengan merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev dari Jerman dengan keputusan 6-3, 7-6 (7-4), 6-3 di Arena Rod Laver, sekali gus menjadikannya pemain Itali pertama, lelaki atau wanita, memenangi tiga kejuaraan perseorangan Grand Slam.

Sinner tidak pernah tewas dalam perlawanan di gelanggang keras pada kejohanan utama sejak kekalahannya kepada Zverev pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat 2023, sebelum menambah gelaran juara sulungnya di Melbourne tahun lepas dengan kejayaan di New York.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Jan, 02:56


Perhimpunan lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara diteruskan di pekarangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) susulan lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan pesawah ini akan berkumpul di PMO, Putrajaya dan merancang untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bagi menuntut kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,800 per tan metrik.
#AWANInews

πŸ“Έ: Abdul Wafi Norazmi

Astro AWANI

27 Jan, 02:33


Polis Daerah Sepang mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan seorang wanita warga tempatan ditampar seorang lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Kota Warisan, Sepang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.

Katanya, lelaki yang bertindak menampar mangsa dikenal pasti sebagai suami mangsa yang berumur sekitar 50 tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Jan, 02:03


Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di Malaysia bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada pukul 5.50 pagi Isnin.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad hadir bagi menyambut ketibaan Prabowo bersama delegasinya, yang terdiri daripada beberapa menteri Kabinet Indonesia dan pegawai kanan kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Jan, 00:59


Beliau berkata ini adalah satu daripada aspek yang perlu terus dijulang sehingga hari ini, dan ia telah diketengahkan dalam beberapa buku yang ditulis oleh ilmuan negara Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

"Ini adalah satu aspek yang perlu terus dijulang, terutamanya pada ketika ini, dan bukannya masih khayal dengan 'Melayu hilang kuasa' atau mendabik dada dengan 'Ketuanan Melayu'," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Jan, 00:29


Pendidikan yang hanya mengajar ilmu tanpa menyemai nilai-nilai murni akan melahirkan individu yang berpotensi menjadi korup dan tidak bertanggungjawab, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah keadilan menuntut penyemaian ilmu yang benar, manakala ilmu yang palsu dan menyesatkan akan membawa kepada ekstremisme dan ketidakadilan.

"Justeru, ilmu kebenaran adalah amat penting dan diperlukan untuk menjamin masa depan manusiawi yang lebih baik," titah Seri Paduka Baginda pada Persidangan Diraja Berkenaan Islam dan Kemanusiaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Kuala Lumpur pada Ahad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Jan, 23:29


Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi Ahad, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Nanta menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihak berkuasa akan cuba membuat laluan alternatif secepat mungkin setelah melakukan beberapa penilaian terhadap keadaan tanah runtuh itu.

Bagaimanapun, beliau berkata lencongan telah dilakukan dan kerja-kerja membaik pulih bakal dijalankan bagi memastikan jalan berkenaan selamat digunakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Jan, 23:24


Bayangkan…

Ketika anda terpaksa keluar dari tanah air untuk berlindung, anda hanya pulang dengan keadaan struktur rumah yang ditinggalkan menjadi sebegini rupa.πŸ₯²

Inilah situasi di Homs, Syria yang teruk terjejas akibat serangan udara serta letupan bom dalam perang saudara yang tercetus lebih 11 tahun lalu.

#Syria2025
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 10:04


Di sebalik ketidaktentuan global, ada keperluan mendesak untuk Malaysia memperkukuhkan kekuatan dalaman, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan, serta kecerdasan buatan (AI), jika tidak mahu negara terus ketinggalan.

β€œDan sekarang ini dengan dasar Amerika Syarikat tak menentu, kita harus bina kekuatan dalaman, yang bagi saya sangat mendesak, sangat asasi dan saya juga tumpukan untuk perkukuhkan semula dengan ASEAN sebagai kekuatan," jelas Anwar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 09:34


Bermula pada 1 Feb ini, semua anggota bomba yang bertugas melalui sistem syif 12 jam atau 24 jam akan mendapat hari rehat mingguan (HRM) sebanyak 26 hari setahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.

Nor Hisham berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta sesi libat urus bersama Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 08:05


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meminta Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan harga minyak selain menuntut global menurunkan kadar faedah.

Ketika berucap kepada pemimpin perniagaan dan politik di pentas maya Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, Trump turut memberi amaran kepada mereka bahawa mereka akan dikenakan tarif jika mereka menghasilkan produk di luar AS.

β€œSaya akan menuntut (pemotongan) kadar faedah serta-merta. Dan begitu juga, ia sepatutnya turun di seluruh dunia," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 07:35


Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025.

Keputusan memberikan diskaun 50% dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 07:31


Masjid Umayyad, juga dikenali sebagai Masjid Besar Damsyik, berdiri megah sebagai salah satu masjid tertua dan terbesar di Syria.

Dengan sejarahnya sebagai gereja semasa zaman Rom sebelum diubah menjadi masjid, ia menjadi simbol perpaduan sejarah Islam dan Kristian di Syria.

Masjid ini juga merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang kini giat menjalani proses naik taraf.

πŸ“Έ Astro AWANI / Hilal Azmi
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 07:22


Rakaman dari Zoo Houston menunjukkan haiwan-haiwan di zoo itu 'teruja' bermain salji buat pertama kali semasa fenomena salji yang jarang berlaku melanda kawasan Selatan AS.

Fenomena ini dijangka berlarutan sehingga 26 Januari, membawa cuaca sejuk melampau dari Houston ke New Orleans dan Panhandle Florida, hingga ke pantai Carolinas. #AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 07:19


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyantuni dan makan tengah hari bersama para pelajar dan kakitangan di Anjung Dengkil, UiTM Dengkil sebelum menunaikan solat jumaat di Pusat Islam UiTM Dengkil.

πŸ“Έ : Firdaus Mohari

#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 07:07


Seorang pengarah dan syarikat pastrinya dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di Petaling Jaya pada Jumaat masing-masing atas enam pertuduhan menggunakan logo halal tanpa kelulusan pada 366 unit sandwic pelbagai jenis yang tular sebelum ini.

Tertuduh, pengarah Shake and Bake Cafe Sdn Bhd, Ewe Sarn Yeun, 65, dan syarikat itu selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh dan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor. #AWANInews

πŸ“·: Astro AWANI/ Shahir Omar

Astro AWANI

24 Jan, 07:03


Jersi rasmi baharu yang bakal digunakan skuad bola sepak Indonesia mencuri tumpuan dengan kerana menggunakan jenama sukan tempatan negara itu.

Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan menggunakan warna ikonik skuad Garuda iaitu merah dan putih.

Jenama Erspo itu menjalin kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) selama dua tahun dengan jersi itu mengenakan tema Pusaka: Semarak Kebanggaan Indonesia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 06:36


Jaringan dramatik Bruno Fernandes dalam minit kecederaan memacu kemenangan Manchester United mengatasi Rangers 2-1 dalam saingan Liga Eropah (UEL) di Old Trafford, awal pagi Jumaat.

Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan hingga tamat 45 minit pertama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Jan, 06:23


Seorang pengarah dan syarikat pastrinya dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di Petaling Jaya hari ini masing-masing atas enam pertuduhan menggunakan logo halal tanpa kelulusan pada 366 unit sandwic pelbagai perisa yang tular sebelum ini. #AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 22:05


Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata tebusan, yang akan dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata dalam perang Gaza selama 15 bulan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 15:39


Henti melabel kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai sebuah badan pengganas, radikal atau penderhaka.

Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Kamaruzzaman Yusoff berkata, perjuangan Hamas berjaya memberi satu gambaran baik kepada organisasi kemanusiaan di seluruh dunia bahawa punca tercetus keganasan sebenarnya adalah daripada pihak rejim Israel.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 14:36


Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan di Johor Bahru pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata mangsa lelaki berusia 68 tahun cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 14:06


Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dan merampas pelbagai jenis dadah dan sitaan bernilai lebih RM1.3 juta dalam dua siri serbuan di negeri itu bermula Jumaat lepas hingga hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata dalam kes pertama, polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam dalam serbuan di Butterworth bermula 7 pagi hingga 5 petang semalam, hasil risikan dan intipan yang dijalankan pihak polis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 14:06


Kapten Buriram United dan bintang Thailand, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berikutan kekasaran tidak masuk akal dilakukannya ke atas pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Dalam pertemuan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di antara JDT dan Buriram di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri bulan lalu, Theerathon dilayangkan kad merah selepas lensa video bantuan pengadil (VAR) mengesan pertahanan sayap itu memicit kemaluan Arif Aiman sehingga bintang tuan rumah itu terbaring.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 14:03


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Belgium, untuk meneruskan lawatan kerja dua hari ke negara itu.

Di Belgium, Perdana Menteri dijadual bertemu rakan sejawatannya, Alexander De Croo.

Kementerian Luar memaklumkan pertemuan tersebut bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Belgium dan mempergiat usaha kerjasama, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

πŸ“Έ: Afiq Hambali / @malaysiapmo

Astro AWANI

19 Jan, 13:04


Bukit Bintang bertukar menjadi medan penuh aksi pada Sabtu malam apabila gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua berjaya memukau orang ramai.

Bertemakan β€œaction to live,” elemen dramatik yang dipersembahkan mencetuskan debaran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 13:01


Pelancaran One Cent Thief musim kedua pada Sabtu mencipta sejarah sebagai salah satu acara terbesar Astro Originals, dengan elemen kejutan dan aksi mendebarkan yang berlangsung di Bukit Bintang.

Bermula pada tahun 2022 di Menara Kuala Lumpur, namun kali ini lebih dramatik dengan watak utama Iman Shah memeriahkan malam melalui aksi terjunan ekstrem dari bangunan Yayasan Selangor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 12:32


Beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.

Gandingan nombor dua dunia itu menguasai penuh pertarungan dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sejak dari awal sebelum meraih empat mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 21-15.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 11:38


Polis mengesan terdapat unsur penipuan berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata siasatan juga mendapati pemilik syarikat terbabit mempunyai rekod lampau membabitkan kes penipuan berkaitan pelaburan di Johor tahun lepas, yang masih dalam siasatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 11:05


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di Ipoh, Jumaat lepas.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata laporan berhubung serangan haiwan pemangsa itu dibuat oleh penduduk kampung kira-kira 12 tengah hari.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 09:49


Perjanjian gencatan senjata di antara Israel dengan Hamas bermula di Gaza, hari ini pada jam 9.15 pagi.

Perkara itu diumumkan Israel selepas hampir tiga jam daripada masa yang dijadualkan, susulan penangguhan saat akhir diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 09:47


Rakyat Gaza di Bandar Gaza meraikan gecatan senjata walaupun berlaku kelewatan.

Kelewatan dalam pelaksanaan gencatan senjata berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, meminta Hamas, satu jam sebelum tarikh akhir untuk menyediakan nama tiga tebusan yang akan dibebaskan pada hari Ahad sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Kumpulan itu kemudian menamakan tiga wanita Israel yang akan dibebaskan di Gaza, dan pejabat Netanyahu berkata gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 09:32


Video ini berkongsi Trak yang penuh dengan bekalan bantuan sedang menunggu di sebelah sempadan Rafah, Mesir. Pembukaan semula sempadan yang dijangka sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 09:07


Hamas mengeluarkan senarai tiga nama tebusan warga Israel yang akan dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata.

Perkara itu disahkan seorang jurucakap sayap tentera Hamas dalam hantaran di Telegram memetik Reuters.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Jan, 08:30


Insiden tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highlands, Bentong pada Jumaat lepas dan masih ditutup pada orang ramai bagi kerja pembersihan, bukan laluan utama ke pusat peranginan Tanah Tinggi Genting.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata akses ke peranginan tanah tinggi itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas dengan kejadian tanah runtuh itu.

"Ramai yang keliru, ada yang tanya dalam media sosial, sama ada boleh ke taman tema Genting Highlands, GHPO (Genting Highlands Premium Outlets), atau First World Hotel. Sebenarnya, tidak ada masalah untuk ke sana kerana ia tidak melalui jalan tanah runtuh itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 08:35


Terengganu memerlukan lebih RM2.4 bilion bagi membina benteng pemecah ombak di 34 lokasi pantai untuk mengatasi masalah hakisan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana) negeri Hanafiah Mat berkata jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer (km).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 08:21


Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 08:03


Keputusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP.

Aktiviti dagangan ini menyokong matlamat pelaburan KWSP yang lebih luas dan bertujuan untuk menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu, kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 07:06


Baru beberapa bulan berlalu, lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris terpaksa dikembalikan semula akibat kerosakan yang berlaku pada permukaan yang semakin lusuh.

Kemerosotan yang ketara membuatkan setiap atlet tertanya-tanya dengan kondisi serta mempersoalkan ketulenan pingat itu.

Pemain papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston, memuat naik gambar pingatnya, hanya beberapa hari selepas memperoleh gangsa dalam perlawanan akhir yang kompetitif di ibu negara Perancis itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 06:38


Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai antara 105.8 juta hingga 112.9 juta pada tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata demikian pada sidang media prestasi trafik penumpang dan kargo Malaysia bagi tahun 2024 serta unjuran bagi tahun 2025 di Kementerian Pengangkutan.

πŸ“· Astro AWANI / Shahir Omar

#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 06:35


Beberapa syarikat di Jerman mengupah detektif atau penyiasat persendirian untuk menyiasat sama ada kakitangan mereka benar-benar sakit atau memohon cuti sakit (MC) palsu.

Agensi detektif, Lentz Group yang terletak berhampiran stesen kereta api di Frankfurt dikatakan 'membuat untung besar' selepas syarikat terbabit mengupah mereka melakukan perkara tersebut.

Pengasas agensi itu, Marcus Lentz mendedahkan syarikatnya menerima kira-kira 1,200 komisyen pada tahun 2024, peningkatan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 05:32


Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menyerbu lokasi memproses bahan terlarang itu di Kampung Belukar, Pasir Mas, Kelantan pada Isnin.

Dalam serbuan jam 3 petang menerusi Op Taring Wawasan itu PGA turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 280 bungkus air ketum dan 528 bungkus daun ketum.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 05:05


Seorang penarik kenderaan berhadapan situasi luar daripada kebiasaan apabila dia dibacakan surah Yasin ketika mahu menarik sebuah motosikal yang tertunggak bayaran ansuransnya.

Media tempatan melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Menerusi klip yang tular, pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 04:02


Uzma Berhad mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melancarkan satelit pemerhatian bumi pertama miliknya UZMA SAT-1 pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Vandenberg Space Force Base, California, Amerika Syarikat menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.

Ketua Pegawai Eksekutif Geospatial AI Mohammad Fadhli Jamaluddin berkata UZMA SAT-1 yang kini berada di orbit rendah bumi pada ketinggian sekitar 500 kilometer adalah satelit yang dapat menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan kemampuan resolusi ruang 50 hingga 70 sentimeter yang mampu mengesan objek kecil seperti kenderaan dengan jelas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 02:56


Pihak berkuasa Korea Selatan telah menahan Presiden Yoon Suk Yeol hari ini atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu.

Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.

Kediaman itu dilindungi dengan kawat berduri dan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan peribadi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 02:49


Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol, ditahan pada Rabu, menurut kenyataan agensi antirasuah yang menyiasat tindakan beliau melaksanakan undang-undang tentera pada 3 Disember lepas.

Sebuah konvoi dilihat meninggalkan pintu pagar kediaman Yoon di kawasan berbukit, tempat beliau bersembunyi selama beberapa minggu.

Sebelum itu, lebih daripada 3,000 anggota polis dan penyiasat antirasuah berkumpul di situ seawal subuh, merempuh kumpulan penyokong Yoon dan ahli Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memprotes usaha untuk menahannya.

#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 02:34


Polis di Kerala, selatan India menahan 44 lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam tempoh enam tahun.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu mendakwa kira-kira 60 lelaki telah melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Polis pada Selasa memaklumkan, pihaknya kini sedang memburu lebih ramai suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di daerah Pathanamthitta, Kerala.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 02:01


Pelaksanaan platform digital "Pertukaran Suka Sama Suka" oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka dapat direalisasikan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 01:54


Pesawat khas yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Stansted pada pukul 10.50 malam Selasa waktu tempatan (6.50 pagi Rabu waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan kerja sehingga 19 Januari ini.

Ketibaan beliau disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar dan Atase Pertahanan, Datuk Brigedier Jeneral Safwan @ Asri Ismail.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Wakil Khas Setiausaha Luar Negeri UK, Richard Wildash dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, David Wallace. #AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 01:35


Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja bermula hari ini sehingga 19 Januari ini.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Lapangan Terbang Stansted pada pukul 10.50 malam Selasa waktu tempatan (6.50 pagi Rabu waktu Malaysia).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 01:34


Mesir menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza, susulan jangkaan tercapainya perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Mesir bersedia, apabila keadaan mengizinkan selepas gencatan senjata di Gaza, untuk menganjurkan persidangan antarabangsa bagi pembinaan semula wilayah itu," kata Menteri Luar Badr Abdealatty pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Luxembourg, Xavier Bettel, di Kaherah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

15 Jan, 01:02


Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya ketika dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong.

"Pemandu lori mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.

"Pemandu terbabit kemudiannya bertindak terjun keluar dan hanya mengalami luka ringan, manakala lori yang dipandu hangus terbakar," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 05:07


Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, diangkat selaku gandingan pertama negara kategori tersebut selepas terus mempamerkan persembahan terpuji selain menonjolkan prestasi konsisten sejak kembali digandingkan semula.

Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia, sekali gus menyamai rekod pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebelum ini.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 04:06


Pertahanan muda kental Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin, terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada baki saingan Liga Super Malaysia, musim ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemain berusia 24 tahun itu menerusi kenyataan di laman Instagramnya yang menimbulkan pelbagai spekulasi apakah perkara sebenar yang terjadi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 04:04


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi 2024/2025 akan diagih bermula 13 Januari, Isnin ini.

Pada masa sama, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan bermula 16 Februari ini.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 03:05


Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.

Memetik laporan Times of India, mendiang menghembus nafas terahir pada jam 7.55 malam waktu tempatan atau waktu Malaysia 10.25 malam, Khamis ketika sedang menerima rawatan di hospital itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 02:34


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.

Dalam catatan Facebook semalam, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 02:14


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri sebagai perintis pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 02:01


Video menunjukkan situasi di Pacific Palisades, Los Angeles asap tebal akibat kebakaran hutan besar. Sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan terbunuh, hampir 180,000 penduduk diminta berpindah bersama 200,000 amaran lain untuk berpindah. Selain itu kebakaran ini juga memusnahkan ratusan bangunan dan mengakibatkan kekurangan sumber air bersih.
#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 01:26


Hari ini 79 tahun yang lalu, berlangsung Perhimpunan Agung pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selepas Perang Dunia I, Liga Bangsa ditubuhkan untuk menyelesaikan konflik antara negara. Namun inisiatif itu gagal apabila meletusnya Perang Dunia II, menyerlahkan bahawa perlunya pembentukan organisasi global baharu yang lebih tersusun.

Dikepalai A.S., U.K., Rusia & China, wakil 26 negara Bersekutu bertemu di Washington, D.C. pada 1 Januari 1942 untuk menandatangani Deklarasi PBB yang menggariskan objektif perang pihak Bersekutu & seterusnya mengembalikan keamanan dunia.

Tatkala tumbangnya kuasa Paksi & kuasa Bersekutu di ambang kemenangan, pada 25 April 1945, delegasi dari 51 negara berkumpul di San Francisco, A.S. untuk merangka Piagam PBB yang ditandatangani pada 26 Jun & secara rasminya sah pada 24 Oktober.

Persidangan Agung pertamanya diadakan pada 10 Januari tahun berikutnya di Methodist Central Hall, Westminster, London, disertai 51 negara. Paul Henri-Spaak dari Belgium dilantik sebagai Presiden pertama untuk mempengerusikan Perhimpunan Agung itu.

Seminggu kemudian, Majlis Keselamatan PBB bertemu & pada 24 Januari 1946, Perhimpunan Agung menerima pakai resolusi pertamanya, langkah gesaan untuk kegunaan tenaga atom bagi tujuan keamanan & penghapusan sebarang bentuk senjata pemusnah besar-besaran.

Beberapa edisi seterusnya diadakan di bandar-bandar berbeza - sesi ke-2 di New York & ke-3 di Paris. Ia diadakan secara tetap di Ibu Pejabat PBB di New York City di edisi ketujuhnya pada 14 Oktober 1952. Ia diadakan setiap tahun serta pada sesi-sesi khas.

Pemilihan Presiden Perhimpunan Agung PBB yang baharu dibuat setiap tahun dari 5 kumpulan negara serantau. Setakat hari ini, Perhimpunan Agung PBB dianggotai oleh 193 buah negara.

Sumber: History, Britannica, UN #PeristiwaHariIni

Astro AWANI

10 Jan, 01:15


Jasad bekas Presiden Jimmy Carter yang dibawa ke Plains, Georgia untuk upacara pengembumian.

Pemergian Jimmy Carter diberikan penghormatan negara di atas jasanya dalam kepimpinan Amerika Syarikat serta gerakan kemanusiaan yang diusakan sepanjang pemerintahannya.

#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 01:02


Ringgit bergerak dalam hala tuju yang betul, mencerminkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan negara untuk beberapa tahun akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata beliau percaya ringgit akan terus disokong oleh penurunan berterusan perbezaan kadar faedah dengan Amerika Syarikat dan negara lain serta keyakinan pelabur yang semakin meningkat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

10 Jan, 00:36


Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata projek yang telah siap adalah kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air, baik pulih longkang sekeliling, baik pulih sistem pelongsor dan baik pulih bumbung pasar kuih.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

09 Jan, 23:33


Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata tinjauan awam dilakukan Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS) yang melibatkan seramai 3,092 responden itu, menunjukkan golongan ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mempunyai arah yang jelas dalam kehidupan mereka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

09 Jan, 23:32


Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah menyatakan visinya untuk mengubah Phuket, sebuah wilayah di selatan negara itu, menjadi destinasi pelancongan premium yang mampu menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

Semasa lawatan kerja sehari ke Phuket, Paetongtarn memuji pemulihan pasca-COVID-19 di wilayah itu, dengan menyatakan bahawa sektor pelancongan hampir mencapai tahap sebelum pandemik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

09 Jan, 23:14


Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah. #AWANIpagi #AWANInews

Astro AWANI

09 Jan, 22:03


Parlimen Lubnan pada Khamis memilih ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun, sebagai ketua negara.

Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

09 Jan, 15:42


Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 07:06


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan memohon sokongan tambahan daripada kerajaan untuk lebih bersedia menghadapi sebarang gelombang susulan banjir.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, sewaktu gelombang pertama melanda jajahan itu November lalu, setiap seorang anggotanya perlu mengendalikan 1,000 orang mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 05:37


Peningkatan penggunaan media sosial dan daya tarikannya hingga menyebabkan ketagihan telah dikaitkan dengan penurunan tabiat membaca dalam kalangan individu dewasa.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan ke atas kemahiran kognitif dan kesejahteraan mental.

Kajian dan pandangan pakar baru-baru ini menunjukkan satu trend membimbangkan - semakin kurang orang cenderung dalam pembacaan mendalam, dengan ramai beralih kepada kandungan pendek dan ringkasan buku.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 05:16


Ketua Polis Selangor , Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPK Selangor berikutan kejayaan Polis DiRaja Malaysia menumpaskan sindiket dadah di sekitar Klang Utara, Shah Alam dan Ampang Jaya.

πŸ“Έ Astro AWANI / SHAHIR OMAR

#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 05:06


Vietnam selangkah untuk merampas semula kejuaraan Piala ASEAN 2024 apabila menundukkan juara bertahan Thailand 2-1 pada aksi final pertama di Stadium Wilayah Phu Tho malam tadi.

Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Babak pertama menyaksikan Vietnam seakan memberi amaran dengan melakukan beberapa percubaan termasuk rembatan Fernandes pada minit kesembilan namun tersasar ke sebelah kanan pintu gol.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 04:06


Mana-mana pihak yang ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini berikutan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 04:04


Malaysia perlu mencadangkan langkah lebih tegas dalam menangani isu hak asasi manusia yang berlaku di peringkat negara-negara anggota ASEAN.

Profesor Madya Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Khoo Ying Hooi berkata isu-isu yang berbangkit ini tidak hanya memberi kesan kepada negara individu sebaliknya bersifat rentas sempadan sehingga menjejaskan negara-negara jiran.



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 04:02


Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) hari ini membidas kenyataan yang dibuat Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengenai cadangan import beras dari Pakistan.

Menerusi satu kenyataan, BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama, selain Thailand, Vietnam dan India.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 03:33


Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub berkata Thaksin mempunyai rekod pelaksanaan dasar menaiktaraf kehidupan rakyat yang memberangsangkan dan boleh dipelajari untuk kepentingan bersama.

β€œApabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan nama bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN, sesetengah pihak melihat satu aspek daripada keperibadian Thaksin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 02:34


Tesla melaporkan penurunan pertama penghantaran tahunan apabila pembuat kereta itu menyerahkan kenderaan elektrik (EV) yang kurang daripada jangkaan pada suku keempat.

Manakala insentif gagal meningkatkan permintaan untuk barisan model yang semakin berusia.

Saham syarikat itu jatuh 3.5 peratus sebelum dagangan, sebagai tanda kebimbangan pelabur terhadap cabaran yang dihadapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, yang menjangkakan promosi, termasuk pembiayaan tanpa faedah untuk menggerakkan sedikit pertumbuhan dalam penghantaran pada 2024.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 02:02


Purata suhu di China pada 2024 mencatatkan paras tertinggi sejak 1961, apabila negara itu mula merekodkan pemerhatian meteorologi lengkap, lapor agensi berita Xinhua memetik Pusat Iklim Kebangsaan pada Khamis.

Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2023 iaitu 10.71 darjah Celsius.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 01:32


Hari ini 101 tahun yang lalu, sarkofagus Firaun Tutankhamun dibuka buat pertama kali.

Selepas menemukan makam Firaun Hatshepsut & Thutmose IV di awal 1900-an, ahli arkeologi British Howard Carter dikomisyen untuk meneroka Lembah Raja-Raja di Luxor, Mesir untuk mencari makam seorang firaun yang β€˜dilupakan’ bernama Tutankhamun.

Tutankhamun dimahkota pada 1333 SM ketika berusia 9 tahun namun mati 10 tahun kemudian, tak sempat meninggalkan impak besar dalam sejarah. Seabad kemudian, makam Ramses VI dibina & tak sengaja mengambus laluan ke makam firaun muda itu.

Pencarian intensif dimulakan selepas tamat Perang Dunia I, akhirnya Carter menemukan anak tangga ke pintu makam tersebut pada 4 November 1922 sebelum memasukinya pada 26 November itu & memulakan penerokaan terhadap 4 bilik di dalamnya.

Selepas menemukan ribuan khazanah berharga merangkumi emas permata, patung, pakaian, pedati, persenjataan & pelbagai lagi, Carter membuka pintu bilik makam terakhir pada 16 Februari 1923 di mana tersimpan sarkofagus tempat Tutankhamun bersemadi.

Hanya pada 3 Januari 1924, barulah sarkofagus diperbuat daripada batu kuarzit dengan penutup batu granit merah dicat kuning itu dibuka selepas lebih 3,000 tahun tak terusik, mendedahkan keranda kayu yang disadur emas & ditatah batu permata.

Di dalamnya ada satu lagi keranda jenis sama sebelum sampai ke keranda ketiga yang terdalam & terakhir diperbuat daripada 110.4 kg emas tulen ditatah batu permata, yang menempatkan mayat mumia Tutankhamun bersama 143 barangan perhiasan.

Pada mumia Tutankhamun itu tersarung topeng emas, yang menjadi antara artifak Mesir purba paling ikonik di dunia. Selepas selesai diperiksa, mumianya disimpan semula di dalam keranda paling luar & dikembalikan ke dalam sarkofagusnya pada 23 Oktober 1926.

Pada 4 November 2007, 85 tahun selepas penemuan Carter, mumia Tutankhamun dipamerkan di makamnya apabila ia dikeluarkan daripada keranda & diletakkan di dalam kotak kaca dengan iklim terkawal.

Sumber: History, Khan Academy, National Geographic
#PeristiwaHariIni

Astro AWANI

03 Jan, 01:04


Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan penerbangan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka itu, berikutan kemalangan maut minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ketua Pejabat Sokongan Pengurusan Jeju Air Song Kyung-hoon dalam satu taklimat media berkata syarikat itu "bersedia untuk melaksanakan pengurangan operasi penerbangan domestik seawal minggu depan, dengan laluan antarabangsa bermula pada minggu ketiga bulan ini."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

03 Jan, 00:31


Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) telah menyerahkan hasil pemeriksaan laporan siasatan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Melaka yang mengorbankan tujuh nyawa, kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata laporan berkenaan yang dihantar pihaknya pada Khamis, hanya merangkumi pemeriksaan kenderaan sahaja kerana tayar yang tertanggal daripada kenderaan terbabit tidak dapat diperiksa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Jan, 23:30


Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh berkata Mohd Azizulhasni masih belum mengesahkan keputusan beliau kepada badan itu dan Majlis Sukan Negara (MSN) setakat Khamis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Jan, 23:02


Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun pada Khamis.

Perkembangan sedih itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC Stanley Bernard ketika dihubungi Bernama.

"Beliau merupakan bekas pemain KL yang dipinjamkan pada tahun 2019 ketika di bawah bimbingan Yusri Che Lah. Kami di pihak KL City FC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Jan, 22:03


Jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk pada Khamis menuduh Presiden AS yang bakal tamat perkhidmatan, Joe Biden melakukan pengkhianatan berhubung penjualan bahan yang dimaksudkan untuk pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"100% Pengkhianatan," kata Musk di platform X, mengulas hantaran yang menuduh pentadbiran Biden secara sengaja membuka sempadan kepada pendatang dengan menjual bahan binaan dan memusnahkan pagar kawat berduri di sepanjang sempadan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 16:30


Explore the wisdom of Jalaluddin Rumi and dive into the life and philosophy of the renowned scholar through his timeless words.

β€˜RUMI’ coming soon on @501Awani. Don't miss out on this!

#TurkishAirlines

Astro AWANI

01 Jan, 16:04


Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Rabu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 15:29


Seorang lelaki warga emas dan pasangannya wanita warga Thailand ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sempena sambutan tahun baharu di sebuah hotel di bandar Melaka awal pagi Rabu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, peniaga berusia 60 tahun dan pasangannya berusia 42 tahun yang bekerja sebagai tukang urut itu antara tujuh pasangan berusia 21 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 14:29


Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 13:59


Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina pada Rabu melaporkan sebanyak 340 kecederaan akibat mercun direkodkan di seluruh negara sepanjang sambutan Krismas dan Tahun Baharu, lapor Xinhua.

DOH menyatakan jumlah keseluruhan kecederaan yang dicatatkan dari 22 Dis 2024 hingga 1 Jan 2025 adalah 34 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 12:59


Lelaki warga emas yang hilang selepas jatuh daripada perahu di Sungai Benatu, Punan Bah, Belaga ketika dalam perjalanan mencari durian di kebun Isnin lepas, ditemukan lemas pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mayat Micheal Sait Lanyau, 60, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung pada 9.10 pagi kira-kira 1 kilometer di hilir lokasi kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 12:29


Dua lelaki warga asing ditahan berhubung kes kematian seorang wanita dipercayai dibunuh di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan dalam kenyataan pada Rabu berkata kedua-dua suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada 3 pagi Rabu di sekitar kawasan Bukit Puchong.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 12:12


Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggunaan kod QR di kawasan ketibaan serta pelepasan KLIA T1 dan KLIA T2 itu merupakan langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara termasuk di KLIA terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

Beliau berkata antara kelebihan penggunaan kod QR adalah tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa yang singkat iaitu antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 12:09


Menurut MCMC, X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan Google, yang mengendalikan YouTube setakat ini masih belum mengemukakan permohonan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, X memaklumkan bahawa jumlah penggunanya di Malaysia tidak mencapai nilai ambang iaitu 8 juta pengguna.

β€œKetika ini, MCMC sedang meneliti kesahihan jumlah pengguna seperti yang dinyatakan oleh X itu dan akan meneruskan sesi libat urus untuk menilai kedudukan X,” menurut kenyataan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 11:29


Sekurang-kurangnya 13 orang cedera di Seoul selepas sebuah kereta merempuh pasar tradisional, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik agensi berita Yonhap.

Kejadian itu berlaku pada Selasa apabila seorang lelaki berusia 73 tahun memandu sedannya merempuh orang ramai di Pasar Mokdong Kkaebi di barat daya Seoul, kata polis, sambil menambah bahawa saksi melaporkan bahawa kenderaan itu bergerak kira-kira 330 kaki ke dalam pasar sebelum berhenti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 10:05


Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta berpangkalan di Selangor direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah kononnya bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri daripada sebuah negeri kira-kira dua tahun lepas.

Sumber berkata suspek lelaki berusia 62 tahun sebelum itu ditahan pada 5.35 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 09:38


Pereka grafik dan juga aktivis, Fahmi Reza yang direman polis pada Selasa telah dibebaskan dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton yang memaklumkan aktivis itu telah pun dibebaskan pada hari yang sama.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 08:37


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang merangkumi aktiviti percukaian termasuk pelaksanaan e-invois.

Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan ia adalah selaras dengan pengumuman oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 08:04


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selesai mengambil keterangan semua individu yang berhimpun dan melakukan zikir secara pelik serta kuat di sebuah tanah perkuburan Islam di Setapak, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata satu laporan dihasilkan daripada keterangan itu, dan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 07:08


Separuh daripada sasaran pelancong yang ditetapkan sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 yang bermula hari ini, melibatkan daerah-daerah di tanah besar negeri ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin.

Sementara itu, baki 3.5 juta lagi pelancong yang dijangka berkunjung ke negeri jelapang padi ini adalah melibatkan Pulau Langkawi.

Beliau menzahirkan keyakinan jumlah berkenaan mampu dicapai, berdasarkan persiapan yang dilakukan, selain data-data yang dikumpul, khususnya melibatkan kemasukan pelancong ketika musim cuti persekolahan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 07:04


SPRM menyerahkan kepada JPJ untuk menjalankan siasatan terhadap kenderaan yang tidak mematuhi standard tetapi diluluskan PUSPAKOM.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Jan, 06:23


Malaysia secara rasmi menjadi Pengerusi ASEAN untuk tahun 2025. Apa komitmen, wawasan dan cabaran bagi kepengerusian blok ekonomi terbesar dunia ini? #ASEAN25 9 malam ini #AgendaAWANI

Astro AWANI

01 Jan, 06:21


Tahun 2025 menyaksikan reformasi ekonomi diteruskan dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95, gaji minimum dinaikkan RM1700 dan gaji progresif dilaksanakan sepenuhnya, selain tumpuan ekonomi digital, teknologi hijau dan Ai. Diskusi 8.30 malam #AgendaAWANI

Astro AWANI

01 Jan, 05:37


MCMC mengumumkan syarikat induk platform media sosial TikTok, Bytedance dan Tencent bagi WeChat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan beroperasi di Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 11:24


Walaupun banjir sudah semakin surut di pantai timur, warga Rantau Panjang masih menyambut kedatangan tahun baharu dengan air yang masih bergenang di paras kaki. Ikuti siaran khas #AWANI745, Sinar AWANI dan Agenda AWANI malam ini bersama Luqman Hariz dari lapangan di Kelantan.

#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 10:59


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan kepada penduduk di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang bahawa isu berkaitan lif diberi perhatian yang amat serius dan tindakan segera dilakukan bagi memastikan lif kembali beroperasi terutamanya di blok D.

PA Desa Rejang itu mempunyai 38 unit lif dengan18 daripadanya sedang dalam proses penggantian manakala bagi baki 20 unit lif yang sepatutnya beroperasi, hanya 14 unit lif sahaja yang boleh beroperasi setakat ini.

"Ekoran kejadian lif "overshoot" yang berlaku baru-baru ini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah membuat pemeriksaan di tapak pada 18 Dis lepas dan mengarahkan dua unit lif di Blok D ditutup dan satu unit lif dalam pelaksanaan penggantian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 10:44


Hari kedua β€˜The Collision Room’ terus meriah dengan input daripada peserta Gen Z tentang gaya penyampaian berita yang menarik perhatian mereka.

The Collision Room adalah sebahagian daripada Project Sigma, sebuah inisiatif global oleh Google News Initiative dan disokong oleh Kementerian Komunikasi Malaysia.
#ProjectSigma #AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 10:24


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*

πŸ”— https://bit.ly/3Dy5fUe
πŸ”ΈAnita Sarawak mohon maaf tolak undangan konsert, selesa berdiam diri selepas bersara
πŸ”Έ2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
πŸ”ΈMayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang di Kajang

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

31 Dec, 10:00


Kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu berkuat kuasa Rabu.

ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan Shamsul Azri, 55, mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam selain pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.

"ST mengalu-alukan kepimpinan Shamsul Azri untuk membawa agenda ST ke tahap yang lebih tinggi," menurut suruhanjaya itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 09:59


Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 (Akta 861) dan Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 akan berkuat kuasa esok, sebagai usaha merealisasikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan Akta 861 yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dan diwartakan pada 26 Nov lepas itu, akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih mampan tenaga.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 09:29


Peringatan itu ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi kenyataan di media sosial Kementerian Kesihatan (KKM), Shamsul Azri mengingatkan perkara itu ketika Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.

"Pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 08:29


Penemuan mayat reput di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Selangor pada Sabtu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang remaja berusia 15 tahun, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya percaya mayat reput itu milik remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor pada 22 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis sudah menahan tiga individu berusia lingkungan 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 08:29


Geoffrey Hinton menerima gelaran β€œBapa Kecerdasan Buatan” kerana kajian beliau membina rangkaian neural seakan otak manusia menggunakan komputer adalah asas kepada AI yang digunakan sekarang.

Oktober lalu, beliau memenangi Hadiah Nobel Fizik bersama dengan John Hopfield. Dalam temu ramah dengan BBC Radio 4 baru-baru ini, Hinton meramalkan terdapat kebarangkalian di antara 10% dan 20% manusia pupus dalam masa 30 tahun disebabkan oleh AI.

Ini kali kedua Hinton memberikan amaran yang sama. Tahun lalu, amaran diberikan selepas beliau meletakkan jawatan daripada Google kerana risau dengan pembangunan AI yang dikatakan tidak selamat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 07:21


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap tahun 2025 akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran kepada semua.

Baginda bertitah demikian menerusi titah perutusan tahun baharu yang dimuat naik dalam laman facebook Selangor Royal Office.

Sempena tahun baharu ini, baginda menyeru agar sekalian rakyat tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik, menanam azam baharu untuk lebih fokus kepada usaha membangun ekonomi dan bekerja lebih kuat demi memajukan negara dalam semua bidang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 06:59


Rokok membahayakan kesihatan dengan ia menyebabkan penyakit jantung, emfisema dan kanser.

Kajian terkini daripada University College London kini mengatakan setiap kali sebatang rokok dihisap, ie memendekkan purata jangka hayat sebanyak 20 minit. Oleh itu sekotak 20 batang rokok memendekkan hayat penghisapnya hampir 7 jam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 04:59


Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengarahkan blogger kontroversi, Papagomo menurunkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong membenarkan permohonan Razarudin untuk mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang blogger itu selaku defendan daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Pada 26 Disember lalu, Razarudin memfailkan notis tuntutan saman bernilai RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah yang melabelkannya sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 04:05


Permohonan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mendapatkan pasport antarabangsa sementara bagi menunaikan umrah, diluluskan.

Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas meneliti permohonan peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan itu selain tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 03:59


Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, laluan Xi'an-Pulau Pinang itu adalah hasil kerjasama erat antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Laluan baharu ini adalah antara strategi Loong Air untuk memperluaskan capaian antarabangsa serta hasil daripada usaha Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa lawatan rasminya ke China.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 03:59


Dalam tempoh kurang 12 jam, bukan sahaja kalendar yang akan berubah, tetapi Malaysia juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara.

Selain perubahan dalam geopolitik, ekonomi, sosial, dan hubungan antarabangsa, beberapa dasar dan peraturan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025. Pastikan anda ketahui apa yang akan berlaku bagi mengelakkan anda terlepas maklumat penting.

Antaranya, esok Malaysia secara rasmi akan mengambil alih jawatan selaku Pengerusi ASEAN, setelah Laos menyerahkan tanggungjawab berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 11 Okt lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 03:59


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah.

πŸ“Έ: Astro AWANI/Shahir Omar

#AWANInews

Astro AWANI

31 Dec, 03:52


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, sekali gus peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 13:01


Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui Tahun Melawat Selangor 2025, kata Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim.

Beliau berkata sasaran itu boleh dicapai mengambil kira persiapan rapi dari segi perancangan aktiviti, program dan infrastruktur pelancongan sekali gus mampu menerima kehadiran lapan juta pelancong sebagaimana sasaran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 12:30


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang, Jumaat.

Di Perak, kawasan terlibat adalah Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu), Johor (Segamat dan Kluang), Sarawak (Limbang) dan Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 11:30


Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian 1.48 tengah hari itu daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemandu kereta berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 11:30


Pempengaruh yang popular dengan perkongsian kandungan suasana kampung, Muhammad Nazirul Hakim Arman meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman pada malam Khamis.

Berita pemergian personaliti media sosial berusia 29 tahun itu dikongsi rakannya, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi hantaran di Facebook.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 11:02


Tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini di blok kerajaan diubah ke blok pembangkang, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Ibrahim Durum.

Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam PAS susulan pengumuman Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 16 Julai.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 10:01


Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

Menurut kenyataan penganjur, seorang kru kapal layar Flying Fish Arctos dan seorang pelayar dari kapal Bowline maut akibat terkena tiang layar kapal masing-masing.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 09:31


Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.

Majistret Chia Huey Ting menjatuhkan hukuman itu terhadap Koay Lian San, 45, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyimpan bahan lucah berkenaan, pada Isnin lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, jurutera itu didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak dan dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 08:25


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 4 Februari sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa mencederakan seorang pelajar junior menggunakan seterika wap panas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 08:00


Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Sebatan syariah yang hanya mengambil masa dua minit dilaksanakan pegawai sebat daripada Penjara Marang, Terengganu.

Seramai 90 individu termasuk Exco kerajaan negeri turut menyaksikan pelaksanaan sebatan yang diadakan di Dewan 'AAsim masjid berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 07:34


Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, di Pendang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua mangsa yang maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.20 malam itu berusia 14, 34 dan 52 tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 07:33


Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak akan membebankan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta Timbalannya, Datuk Seri Fadillah Yusof agar pihak TNB tampil memberi penjelasan supaya rakyat kebanyakan tidak keliru.

#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 07:30


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.

Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan perbincangan panjang lebar terkait beberapa perkara penting termasuk peranan Thaksin selaku penasihat tidak rasmi kepada pengerusi ASEAN.

Menurut Anwar, perbincangan mereka menyentuh beberapa isu kritikal serantau, merangkumi usaha melonjak ekonomi, perkembangan teknologi baharu, merintis usaha damai di Selatan Thailand dan merungkai krisis di Myanmar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 07:02


PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk β€˜Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.

Budaya Peranakan di Malaysia lahir daripada perkahwinan campur antara masyarakat Cina dan penduduk tempatan, melahirkan identiti unik yang menggabungkan elemen Cina, Melayu, dan pengaruh kolonial.

Pakaian tradisional kebaya Nyonya, makanan seperti kuih-muih Nyonya, serta bahasa Baba Melayu merupakan antara elemen budaya Peranakan yang turut diserlahkan dalam filem ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 06:31


Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet pada 26 Dis yang dilaporkan melibatkan penumpang dari beberapa negara termasuk Malaysia.

Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa laporan awal menunjukkan penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 05:50


Hari ini 45 tahun yang lalu, Kesatuan Soviet menguasai Afghanistan.

Pada April 1978, kerajaan moderat Afghanistan pimpinan Mohammad Daud Khan ditumbangkan oleh para pegawai tentera berhaluan kiri diketuai Nur Muhammad Taraki. Kuasa kemudian dikongsi oleh 2 kumpulan politik komunis, iaitu Khalq & Parcham.

Kerajaan baharu itu, yang menjalin hubungan erat dengan Kesatuan Soviet, melancarkan reformasi & pembersihan para penentangnya. Ia mencetuskan kebangkitan kumpulan Muslim anti-komunis yang menggelarkan diri mereka sebagai Mujahidin.

Kebangkitan Mujahidin, bersama pergelutan dalaman antara puak Khalq & Parcham (Nur Muhammad Taraki dibunuh atas arahan Hafizullah Amin) menggesa Soviet campur tangan lalu mula menceroboh Afghanistan pada malam 24 Disember 1979.

Unit tentera khas Soviet tiba di Kabul pada 27 Disember itu & menyerbu Istana Tajbeg lalu membunuh Hafizullah Amin yang hanya beberapa bulan menjadi presiden. Kejayaan operasi itu menandakan bermulanya pendudukan Soviet di Afghanistan.

Soviet kemudian mengangkat Babrak Karmal dari puak Parcham sebagai Presiden Afghanistan yang baharu & bonekanya, namun tidak mendapat sokongan popular. Dibelakangi AS, pemberontakan Mujahidin berkembang ke seluruh negara.

Ketika lebih 100,000 tentera Soviet menguasai kawasan bandar, mereka membedil kawasan luar bandar yang dikuasai pengaruh Mujahidin. Akibatnya, kira-kira 2.8 juta penduduk luar bandar lari ke Pakistan sementara 1.5 juta lagi mencari suaka di Iran.

Pelbagai sekatan & embargo dikenakan komuniti dunia terhadap Soviet atas pencerobohan itu. AS memulakan boikot terhadap Sukan Olimpik 1980 di Moscow, yang dibalas Soviet dengan gerakan boikot terhadap temasya Olimpik 1984 di Los Angeles.

Gagal membentuk pentadbiran yang kukuh di Afghanistan, Soviet akhirnya memanggil pulang tenteranya & menyempurnakan pengunduran dari negara itu pada 15 Februari 1989.

*Gambar: Pemandangan bahagian barat Istana Tajbeg ketika serangan pada 27 Disember 1979.

Sumber: Britannica, History

#PeristiwaHariIni

Astro AWANI

27 Dec, 05:30


Tindakan Pas mempolitikkan majlis Sambutan Hari Natal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Tiga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dalam kenyataan bersama hari ini menyelar tindakan Pas yang sepatutnya mempertahankan serta mendukung hak dan kepentingan semua kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya memecahbelahkan masyarakat dengan politik sempit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 05:00


Siasatan Kazakhstan masih belum membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu, kata Pendakwa Raya Pengangkutan Wilayah Mangystau, Abylaibek Ordabaev, pada Khamis.

Sebelum ini, empat sumber yang mempunyai pengetahuan tentang penemuan awal penyiasatan Azerbaijan berhubung kejadian itu memaklumkan kepada Reuters pada Khamis bahawa pertahanan udara Rusia menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, menyebabkan 38 orang terbunuh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 04:52


https://youtube.com/shorts/-IMvY2EeFcU?feature=share

Tasik Chagan adalah salah satu tasik air tawar terbesar di China dengan sumber perikanan yang melimpah. Penduduk tempatan yang tinggal di kawasan Tasik Chagan telah mengekalkan tradisi 'memancing ais' dengan cara menggerudi lubang melalui ais tebal dan melemparkan jaring ke dalam air beku untuk menangkap ikan.

Memancing pada musim sejuk yang telah lama dipraktikkan telah tersenarai dalam 'Warisan Budaya Tidak Ketara Kebangsaan' dan telah menjadi tarikan pelancongan ikonik di bandar tersebut.

#AWANInews

Astro AWANI

27 Dec, 04:00


Penyampai Berita Astro AWANI, Nursyazwani Saiful Sham pada Khamis berjaya mencipta rekod dengan membaca buletin secara langsung selama setengah jam pada ketinggian 104 meter dari aras laut.

Rekod dicipta apabila beliau membacakan Buletin AWANI jam 12 tengah hari dari pelantar terbuka menara Kuantan 188.

Selama 30 minit dan bersiaran secara langsung, Nursyazwani membacakan berita-berita tempatan dan antarabangsa berlatar belakangkan pemandangan serta alam semula jadi ibu kota Pahang itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 15:52


Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia 2 Divisyen pada Selasa, kejadian berlaku pada 10.15 malam (Ahad) ketika pasukan operasi sedang melakukan rondaan di kawasan Sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

"Pasukan yang melaksanakan rondaan telah mengesan tiga lelaki berada di tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia yang cuba menyeberangi sungai tersebut menuju ke arah Thailand.

"Seorang daripada lelaki tersebut berjaya melarikan diri dengan menyeberangi sungai tersebut manakala dua lagi tidak sempat melarikan diri kerana bersama-sama mereka terdapat beg pakaian serta beberapa barangan milik peribadi," menurut kenyataan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 15:33


Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya memandang serius trend kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain dan akan melipatgandakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan terutamanya berkaitan kesalahan teknikal.

"JPJ akan menambah kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkaitan pemeriksaan penyalahgunaan dadah oleh pemandu, serta akan menyemak dan memeriksa prosedur pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan yang dilakukan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) atau pusat pemeriksaan kenderaan yang dilantik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 14:33


Sehubungan itu Fahmi berkata Kementerian Komunikasi sekali lagi menggesa semua penyedia platform dalam talian agar lebih proaktif menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang undang.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan media sosial kanak-kanak terutama yang di bawah umur, bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

"Sama-sama kita melindungi generasi muda daripada segala bentuk ancaman dan eksploitasi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 13:52


Seorang peniaga berkata pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca lembap berpanjangan di beberapa kawasan negara pengeluar utama getah asli, termasuk Malaysia dan Thailand.

"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh dagangan kecil menjelang cuti Krismas dan konflik di Timur Tengah yang berterusan," katanya kepada Bernama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 13:13


Pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa syukur dan bangga apabila filem Baik Punya Ah Long berjaya terpilih untuk mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Januari 2025.

Menurut Afdlin, kejayaan ini sedikit sebanyak dapat mengubati dukanya selepas filem tersebut kurang mendapat sambutan di Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 12:56


Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sempena Hari Krismas yang bakal disambut penganut agama Kristian esok, Anwar berkata semua rakyat Malaysia saling memerlukan dan melengkapi, terutamanya dalam usaha membina identiti negara bangsa yang berjaya dan berketerampilan.

Beliau berkata Malaysia tidak seharusnya gagal dan dilumpuhkan hanya kerana kepentingan beberapa kelompok.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 12:52


Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa merakam video rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang juruwang, di dalam tandas di premis itu di Jalan Ampang Hilir, Hulu Langat di sini pada 8.23 malam, 20 Dis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 12:33


Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas di musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini sempena sambutan hari Natal.

"Orang ramai dinasihatkan memastikan suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti," menurut ST dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 12:00


Hello semua, tak tahu nak kemana pada tahun 2025 ? Sini saya kongsikan empat pulau menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan pada tahun 2025.

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 11:36


πŸŽ„ Selamat Hari Natal!

✨ Raikan dan nikmatilah masa ini dengan keluarga dan kawan-kawan tersayang.

🎁 Semoga perayaan ini diisi dengan kegembiraan, gelak tawa dan pelbagai kenangan manis untuk anda semua tahun ni!

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 11:33


Ketua Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tom Fletcher memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan menyifatkan kawasan itu sebagai tempat paling berbahaya untuk penghantaran bantuan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

"Kami sering berhadapan dengan kawasan yang sukar untuk penghantaran bantuan kemanusiaan. Tetapi Gaza pada masa ini adalah yang paling berbahaya dalam setahun di mana lebih ramai pekerja kemanusiaan terbunuh berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 11:04


Lanjutan pengumuman oleh Nissan dan Honda, Mitsubishi Motors kini menyatakan bahawa mereka akan membuat keputusan sama ada menyertai integrasi perniagaan Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025.

Perkongsian ini adalah lanjutan daripada pengumuman Nissan dan Honda mengenai penggabungan syarikat mereka, dengan sasaran untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 09:32


Kehilangan status pembekal itu berlaku selepas Cadbury diambil alih oleh pesaingnya dari Amerika Syarikat, Mondelez dan dakwaan seterusnya bahawa Cadbury "mengkhianati warisannya" dengan memperkenalkan resipi baharu yang dianggap pelik serta memindahkan pengeluaran coklatnya ke luar negara.

Menurut laporan itu, Ratu Victoria kali pertama menganugerahkan "Royal Warrant" kepada Cadbury pada 1854.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 08:31


Kedutaan Malaysia di Tehran menganjurkan majlis resepsi durian pada Ahad (22 Dis), menonjolkan kepentingan budaya, daya tarikan global dan nilai ekonomi buah itu kepada hadirin yang terdiri daripada para diplomat, penggemar makanan, dan wakil perniagaan.

Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar berkata majlis itu yang memberi tumpuan kepada durian "Musang King", eksport paling ikonik negara yang bukan sekadar meraikan buah digemari ramai, tetapi juga satu usaha mempamerkan keunggulan pertanian Malaysia, bukti kejayaan globalnya dan kegembiraan yang dapat dinikmati bersama melalui makanan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 08:04


Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan akan menjalankan siasatan terperinci dengan segera berhubung punca kemalangan yang mengorbankan tujuh nyawa di persimpangan tol Ayer Keroh pada Isnin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, selain itu JPJ juga akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap syarikat lori treler serta bas yang terlibat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 08:03


Konsert genKRU yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei depan nyata menerima sambutan luar biasa apabila tiket untuk hari kedua persembahan habis terjual dalam tempoh 45 minit sahaja selepas jualan dalam talian dibuka pada 3 petang pada Isnin.

Penganjurnya ICON Entertainment menyifatkan sambutan itu sebagai satu fenomena yang mencerminkan penghargaan dan rasa sayang peminat terhadap kumpulan trio adik-beradik tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 07:03


Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 74 tahun itu diberkas menerusi Op Pedo Bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijalankan serentak kira-kira pukul 9 malam di 18 buah premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 05:31


Capital A Bhd sedang mengadakan perbincangan dengan pengeluar pesawat Airbus, Embraer dan Comac untuk membeli pesawat baharu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan bagi operasi syarikat penerbangannya di bawah jenama AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes mendedahkan rancangan itu semasa majlis Sambutan Krismas AirAsia MOVE dan Pengumuman Khas, di Sepang, pada Isnin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 05:26


Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) akan mentransformasi sektor air sebagai industri yang mampan, dinamik serta bernilai tinggi, sekali gus menyumbang kepada produktiviti negara.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, AIR 2040 juga memperkukuh pengurusan air negara melalui pendekatan yang lebih sistematik dan bersepadu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

24 Dec, 05:19


Puncture Proof Self Healing Tyre diumumkan sebagai pemenang pada minggu keempat program Innovathon musim ke-2.

Inovasi tersebut menghasilkan tayar motorsikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya tertusuk benda tajam seperti paku atau jalan berlubang.

Kumpulan yang diketuai oleh Prof Raa Khimi Shuib, memperkenalkan 'self healing rubber' yang dimasukkan dalam lapisan tayar untuk menyembuhkan kebocoran pada tayar tersebut dengan segera.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 23:01


Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada 1 Julai tahun lepas.

Pesawat yang membawa Xanana Gusmao bersama delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.16 malam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 22:01


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan supaya gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey di laluan yang terputus hubungan membabitkan kawasan terjejas akibat banjir di seluruh negara disegerakan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 16:02


Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam bagi memudahkan mereka menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu bermula Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Amzan Abd Malek berkata pihaknya mengaktifkan Ops Payung susulan banjir di Raub, Jerantut dan Lipis, namun daripada tiga daerah yang terkesan dengan bencana itu, hanya calon SPM di Raub yang terlibat setakat ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 16:01


Dengarkan ucapan eksklusif untuk semua calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia 2024 daripada Khairul Aming!

All the best untuk kalian semua. 🫰🏼🫰🏼🫰🏼

#SPM2024
#StayStrong

Astro AWANI

01 Dec, 15:58


Angka kematian akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada enam orang hari ini, dengan kejadian terbaharu melibatkan dua lelaki warga emas yang lemas ketika memantau haiwan ternakan di Machang, Kelantan petang tadi.

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam ini berbanding 148,024 orang pada 4 petang tadi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 15:32


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan pihak berkuasa terlibat lebih kerap mengemas kini data ramalan cuaca dan kejadian banjir yang berlaku di negara ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah maklumat terkini itu amat penting kepada rakyat terutama mereka yang tinggal di lokasi berisiko dilanda bencana tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 15:17


Ini keadaan di sekitar Gunung Keriang, Kedah.

Sawah bendang kini menjadi β€˜lautan’ susulan banjir yang berlaku.

#BanjirKedah2024

Astro AWANI

01 Dec, 14:33


Hujan lebat berterusan menyebabkan ratusan rumah penduduk di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh pada Ahad dinaiki air setinggi kira-kira 1.2 meter.

Kejadian sekitar jam 1 petang itu disifatkan penduduk sebagai di luar jangkaan apabila kali pertama berhadapan banjir dalam tempoh 28 tahun mendiami perumahan terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 14:02


Sebanyak 230 pencawang elektrik di Kelantan membabitkan lapan jajahan dihentikan bekalan susulan banjir, setakat 6 petang tadi.

Jajahan terlibat ialah Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok dan Kuala Krai.

TNB Careline menerusi laman Facebook memaklumkan langkah itu adalah demi keselamatan pengguna setempat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 13:04


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah bersiap siaga menangani konflik hidupan liar semasa bencana banjir yang ketika ini melanda negeri itu.

Pengarahnya Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihak Perhilitan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab bagi memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 11:56


Kedudukan kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Januari 2023.

Bendahari Agung Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia merupakan cabaran paling besar yang perlu dihadapi dan berikrar akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 11:52


Dua kematian akibat lemas di daerah Machang, hari ini menjadikan korban banjir seramai lima orang di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua mangsa adalah lelaki warga emas berusia 72 dan 78 tahun

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 11:32


Pantas mendapat perhatian penerbit dan pengarah di Indonesia, bintang berusia 24 tahun itu diberi kepercayaan membawa peranan utama dalam dua filem berbeza.

Salah satunya ialah filem seram, Lembayung arahan bintang popular Indonesia, Baim Wong. Menjayakan watak hantu bernama Tantri, kejayaan Anna menterjemahkan karakter itu dengan cukup baik telah membuka mata ramai orang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 11:28


Jumlah mangsa banjir di 10 negeri kini seramai 143,552 orang daripada 43,018 keluarga yang ditempatkan di 670 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 malam.

Ini menunjukkan penurunan berbanding jam 6 petang, di mana jumlah mangsa adalah 144,387 orang daripada 43,225 keluarga yang ditempatkan di 669 PPS.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 11:01


"Apabila saya lihat Bang Med (Wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani), dia sudah mulai menangis, tidak dapat mengawal diri saya ketika itu kerana cuma dia seorang yang rapat dengan saya sejak saya masih junior.

"Dan ketika saya berhenti daripada pasukan kebangsaan juga, dia sentiasa ada dan mengetahui segala yang terjadi dan apa yang telah saya lalui," katanya dalam satu temu bual bersama Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 10:04


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*

πŸ”— https://bit.ly/3B4r1hq
πŸ”ΈBanjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
πŸ”ΈWarga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
πŸ”ΈBanjir: Peperiksaan SPM diteruskan, keputusan dibuat tanpa ihsan - Siti Zailah

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

01 Dec, 10:00


Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di kawasan perumahan Rancangan Rumah Murah Kuang, Sungai Buloh pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa, Mohd Nazri Hasan yang merupakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang itu dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 09:45


Taman Fairpark di Ipoh Perak juga dilaporkan dinaiki air banjir. Difahamkan, kejadian tersebut belum pernah berlaku di kawasan tersebut. Berdasarkan visual yang dikongsi oleh warga taman itu, situasi terkini menunjukkan keadaan air banjir termenung. Beberapa anggota bomba dan polis turut dilaporkan sedang memeriksa kawasan dan warga di sekitar taman berkenaan.

#Banjir2024 #AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 09:35


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengaktifkan Ops Payung untuk memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dapat menduduki peperiksaan dengan lancar esok.

Pengarahnya Jelani Sulong berkata pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 1,734 calon SPM daripada 20 buah sekolah di enam daerah yang terjejas akibat banjir besar kali ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

01 Dec, 09:31


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Alor Setar dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.

TNB dalam hantaran di Facebook memaklumkan 11 pencawang di Alor Setar dan satu di Sik tidak mendapat bekalan elektrik susulan penutupan bekalan kira-kira pukul 1 petang tadi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 16:05


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tiga portal berita susulan isu tunggakan gaji petugas media, pada Khamis.

Beliau yang melahirkan rasa terkilan berhubung isu itu berkata akan memantau perkara itu bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja termasuk wartawan terbela.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 16:01


Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di Kota Bharu yang telah melepasi paras bahaya, malam ini mula melimpah ke kawasan menempatkan premis gerai makanan berdekatan.

Tinjauan Bernama malam ini mendapati, rata-rata peniaga bertindak mengemas dan memindahkan kerusi dan meja makan serta barangan perniagaan masing-masing bagi mengelakkan dihanyut arus deras.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 15:33


Anak penyanyi sebuah kumpulan terkenal era 90-an dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu atas pertuduhan mencuri sebuah kereta mewah milik seorang ahli perniagaan wanita, dua minggu lepas.

Norqyyum Zainori, 29, dan anak penyanyi itu Mohd Aliff Naim Mohd Azmir, 38, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, mencuri sebuah kereta Ferrari bernilai RM300,000 milik seorang wanita berusia 53 tahun di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Hillview, Hulu Kelang pada 11.08 pagi, 17 Nov.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 14:46


Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu terus memburuk dengan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat permindahan sementara (PPS) meningkat mendadak, selain telah meragut dua nyawa, setakat 4 petang ini.

Kedah dan Perlis menjadi negeri terbaharu dilanda banjir manakala situasi di Perak dan Johor masing-masing tidak berubah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 14:32


Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan pertemuan dengan kesatuan jururawat bagi mendapatkan input selain mengenal pasti perkara berbangkit yang berkaitan dengan penambahan waktu kerja profesion itu daripada 42 jam kepada 45 jam seminggu, berkuat kuasa 1 Disember ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pertemuan esok itu akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berbincang dan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 14:03


Legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David hari ini berkongsi rasa bangga dan gembira, apabila berjaya menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus "Power and Influence for Positive Impact."

Nicol berkata selama bertahun-tahun beliau merasakan tidak akan dapat mengakses bentuk pendidikan seperti ini atau berjaya mencapainya, setelah mengabdikan seluruh kehidupan profesionalnya di dalam gelanggang skuasy dan tidak hadir ke universiti demi memberikan tumpuan 100 peratus dalam sukan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 12:32


Syarikat penyiaran terkemuka Malaysia, Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah menerima ganti rugi berkanun pertamanya bagi satu kes pelanggaran hak cipta membabitkan sebuah pub tempatan, sekali gus menetapkan tanda aras baharu dalam hal ehwal penguatkuasaan harta intelek di negara ini.

Mahkamah Tinggi Malaya telah memerintahkan Brew Nation (M) Sdn. Bhd. membayar RM75,000 kerana menstrim kandungan premium Astro secara haram. Ini merupakan kali pertama Astro menerima ganti rugi berkanun di bawah Seksyen 37 Akta Hak Cipta 1987.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 12:31


Seoul diliputi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu, mencatat rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907, menurut agensi cuaca negara.

Agensi berita Yonhap melaporkan setakat 7 pagi waktu tempatan, Seoul menerima 16.5 cm salji, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 12.4 cm pada 28 Nov 1972, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 11:32


Seorang penghantar makanan dihukum penjara enam tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di Kuala Lumpur, pad Rabu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan anak kandungnya dengan menikam mereka menggunakan pisau.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Syarifuddin Agussalim, 34, dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 28 Julai.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 10:37


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/415Xdvn
πŸ”ΈAmaran hujan lebatβ›ˆ berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
πŸ”ΈKes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
πŸ”ΈKes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
πŸ”ΈBanjir: Mekanik maut terkena renjatan elektrik
πŸ”ΈVideo tular: Ular sawa🐍 lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
πŸ”ΈSatu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
πŸ”ΈGencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

27 Nov, 10:25


Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau mpox varian clade II pada 25 Nov lepas, membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 10:01


Biarpun segelintir pihak mempersoalkan pemberian gelaran Biduanita Negara kepadanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin lebih memilih untuk tidak mengendahkan sebarang kecaman negatif.

Menganggap anugerah itu sebagai antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya, penyanyi berusia 45 tahun itu mahu lebih fokus kepada perjalanan kerjaya seninya serta berazam untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri seni tanah air.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 09:46


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan seorang penganggur menjalani pemeriksaan mental, sebelum lelaki itu dijatuhkan hukuman kerana membunuh ibu dan bapanya, yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, tahun lepas.

Hakim K. Muniandy berkata Afendi Muhammad Agus, 43, perlu membuat pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bagi memastikan pengakuan bersalah yang dibuat pada 6 Sept adalah dalam keadaan waras serta sukarela.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 09:31


Pengusaha kantin sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah serta wakil Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan sebelum menaikkan harga jualan makanan di kantin sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, namun pengusaha kantin tertakluk kepada perjanjian tender yang mereka tandatangani dengan pihak sekolah dan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan.

β€œBerdasarkan buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang terkini terbitan tahun 2011, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengetua atau guru besar memastikan pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga," jelasnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 08:30


Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Masai setelah polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 59 tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 08:00


Polis menahan 361 individu disyaki terlibat dalam kegiatan 'ah long' atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen menerusi operasi khas serentak di seluruh negara selama sembilan hari bermula 4 Nov lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 77 tahun itu berperanan sebagai pemberi pinjam wang, pemungut hutang, pegawai khidmat pelanggan, ejen pengeluar wang, pemilik akaun keldai, ejen simbah cat dan pengedar risalah serta banting iklan.

"Hasil serbuan, polis merampas barangan dan dokumen disyaki berkaitan dengan aktiviti 'ah long' antaranya komputer, lesen perniagaan syarikat, 1,439 keping kad pinjaman, cop syarikat, 247 fail maklumat peminjam dan wang tunai RM12,994," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 07:01


Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas terpegang jeriji besi pintu rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Banir Belikong, Selising, pada Rabu.

Mangsa, Tuan Mohd Zakaria Tuan Ismail, 35, yang merupakan seorang mekanik meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi.

Adik ipar, Siti Nur Aziana Bidin, 18, berkata, kejadian yang menimpa bapa kepada dua anak itu sempat dilihat oleh anak lelakinya berusia sembilan tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 06:57


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di tiga negeri Pantai Timur sehingga Jumaat (29 November).

Amaran itu melibatkan keseluruhan Kelantan dan Terengganu serta Jerantut dan Kuantan di Pahang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Nov, 06:14


Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melancarkan buku Idealis: Syed Hamid Albar di Lake Club Kuala Lumpur.

Idealis: Syed Hamid Albar mengisahkan sebuah kisah perjalanan kehidupan Tan Sri Syed Hamid Albar dan keterlibatan diri beliau dalam dunia politik tanah air.

#AWANInews

πŸ“·: Shahir Omar

Astro AWANI

26 Nov, 08:47


"Saya mempunyai keyakinan dan harapan yang sangat tinggi terhadap generasi muda untuk hargai nilai-nilai kemanusiaan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberi ucapan khas bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.

Katanya lagi, kejayaan boleh dicapai dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.

πŸ“·: SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 08:30


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mendapati MARA Inc telah melakukan pembelian hartanah yang terlebih nilai di London, United Kingdom dan di Melbourne, Australia.

Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014, yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 08:27


Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegasan berkenaan adalah berteraskan prinsip memelihara keamanan serantau dan tidak bertolak-ansur terhadap sebagai cubaan mencetus ketidakstabilan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 08:23


MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran itu turut dikeluarkan bagi Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) serta Mersing, Johor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 08:00


Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri di Pasir Gudang, 16 Nov lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Nageshvaran Sangaram, 34, didakwa memandu sebuah kenderaan jenis Proton Alza dengan kandungan alkohol dalam badan sebanyak 170 miligram per 100 mililiter darah, melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Linda Mohd A Aziz.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu kenderaan yang sama dengan kandungan alkohol yang sama sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Mohamad Redzwan Mohd Rudi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 07:00


Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM1,008,771,447.78 setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 06:31


Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan berhubung perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata justeru itu, majikan yang ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat, boleh dikenakan tindakan.

"Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 05:06


Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh dan menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku, tiga tahun lalu.

Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, N. Deanesh, 53, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ke atas ibunya, Catherine Daniel, 77.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 05:00


Penganjuran Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (NWICE 2024) menjadi platform kepada perkongsian kepakaran, pengalaman dan teknologi terkini dalam membangunkan infrastruktur air dan pembetungan negara ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Ir. Ts. Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata NWICE 2024 turut menjadi platform untuk mempamer dan mempromosikan produk dan perkhidmatan melibatkan sektor air dan pembetungan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 04:01


Seorang wanita berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Liu menemui ajal selepas 10 hari menjalani beberapa siri rawatan untuk menghilangkan bintik dan tanda lahir pada badan di sebuah hospital swasta terletak di utara China.

Liu didiagnosis penyakit neurofibromatosis dan bintik cafe-au-lait mendapatkan sembilan rawatan laser untuk membuang bintik atau tompok besar dengan kos berjumlah 100,000 yuan (RM61,650).

Ibu Liu pernah mendedahkan anaknya pernah menghentikan rawatan ini akibat terlalu sakit kerana penggunaan ubat anestetik atau ubat bius yang tidak teratur.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 02:29


Tiga orang murid dibuang dari tadika akibat menjadi mangsa 'permainan politik' sekolah, apabila ibu bapa mereka mempunyai pilihan berbeza dengan pemilik sekolah, sempena pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024.

Murid-murid tersebut, Icha, Bian dan Chaca dari Tadika Darul Fiqri Dukuh Cikalan, Rembang, Jawa Tengah, itu dikenakan tindakan itu selepas ibu bapa mereka enggan menyokong calon Bupati dan Timbalan Bupati Rembang yang sudah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Menurut ibu Icha, Ambarwati, dia tidak dapat memenuhi arahan tadika itu kerana sudah mempunyai pilihan calon pemimpin yang sesuai dengan dirinya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 02:19


Negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) sedang mencari pendirian bersama mengenai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Mmenteri Luar Itali, Antonio Tajani, berkata perkara itu dibincangkan pada sesi kerja pertama Mesyuarat Menteri Luar G7.

Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 02:00


Bekas pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Persis Solo menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi Selasa.

Perkembangan itu sekali gus menjawab desas-desus berhubung hala tuju Kim Swee yang turut dikaitkan dengan struktur baharu skuad Harimau Malaya sebelum ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 01:01


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di Gua Musang, Jumaat lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata operasi pemindahan mamalia besar berkenaan dibuat selepas Perhilitan menerima aduan daripada penduduk pada 11 Nov lepas bahawa haiwan itu berkeliaran dan memusnahkan tanaman kebun di Lojing.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

26 Nov, 00:30


Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan adalah daripada semangat yang sama ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan yang bersedia untuk bertolak-ansur demi mencapai cita-cita negara yang lebih besar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 08:31


Kejohanan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) baru-baru ini bukan sahaja menjadi tumpuan peminat sukan permotoran global, tetapi juga menandakan kejayaan besar buat PETRONAS sebagai penganjur acara bertaraf antarabangsa.

Sebagai syarikat tenaga global yang berperanan penting dalam penganjuran acara tersebut, PETRONAS turut memberi perhatian besar terhadap pembangunan bakat muda dalam sukan permotoran, terutamanya bagi melahirkan generasi pelumba baharu yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 08:05


Kalau anda terima video berkaitan kejadian jenayah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, jangan panik!

Itu merupakan Latihan Ex-Gempar PIA 2024 yang dianjurkan oleh Polis Daerah Barat Daya.

Objektif latihan ini adalah untuk menguji tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan koordinasi antara PDRM, pihak AVSEC, dan agensi berkaitan dalam menangani situasi kecemasan di lapangan terbang.

#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 08:01


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pentadbirannya yang memasuki usia dua tahun sebagai masih baharu dan terlalu awal untuk menilai keseluruhan pencapaian Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai gred D yang diberikan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Beliau bagaimanapun optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 07:01


Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di sini, pada Khamis sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan To Lam jam 11.50 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

To Lam kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja diketuai Mejar Mohamad Fikri Senan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 07:01


Seorang pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 06:31


Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, cadangan itu susulan pelaksanaan cuti hujung minggu di negeri ini kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan.

"Sekiranya usaha-usaha penambahbaikan itu berjalan lancar, Insya-Allah, kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja kepada empat hari setengah tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja bagi sektor awam," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 06:21


Laporan awal bedah siasat ke atas mayat seorang wanita warga emas yang disumbat ke dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, minggu lalu mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada dada akibat dihentak objek tumpul.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis bagaimanapun masih menunggu laporan penuh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 05:43


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Bukit Gambir pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam nahas kira-kira 2.40 petang itu, pemandu treler berkenaan dipercayai terlelap sebelum hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya.

"Pada masa sama, telah datang sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki lapan sekeluarga merempuh sisi kanan hadapan treler terbabit," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 05:39


Malaysia, Brazil dan Afrika Selatan telah mengadakan perbincangan untuk merangka pendekatan baharu dan menuntut agar reformasi dilakukan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan bersama Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa di luar sidang Sidang Kemuncak G20.

Anwar menambah, dalam perbincangan tersebut antara yang disuarakan adalah perluasan kuasa veto kepada wakil Amerika Latin iaitu Brazil, manakala Afrika Selatan mewakili Afrika.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 05:34


Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat (AS) atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran.

Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai AS$265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Kedua-duanya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Adani Green Energy, Vneet Jaain, menghadapi tuduhan penipuan sekuriti, konspirasi penipuan sekuriti dan konspirasi penipuan dalam talian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

21 Nov, 05:01


Inisiatif KITA GEMPUR yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumpul 4,633 aduan dalam tempoh sebulan pelaksanaannya.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, ini merupakan peningkatan sekitar 23 peratus berbanding sebelum kempen ini dijayakan yang menggembleng penyertaan orang awam.

"Statistiknya secara umum, sebulan sebelum kita lancarkan KITA GEMPUR kita terima 3,764 aduan. Selepas sebulan kita lancarkannya, aduan itu meningkat kepada 4,633 sebulan. Peningkatan 23 peratus," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 12:31


Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia sentiasa menggunakan pendekatan menerusi saluran diplomatik dalam menghadapi cabaran melibatkan tuntutan bertindih.

"Kesan daripada Filipina yang keluarkan petanya, saya percaya keperluan untuk (Malaysia) keluar peta baharu adalah bergantung kalau kita rasakan ada perubahan pada peta lama," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 12:06


Ujian urin bukan sekadar boleh mengesan dadah yang diambil secara konvensional malah dapat mengesan bahan terlarang yang terkandung dalam rokok elektronik (vape).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengesanan di peringkat awal boleh dilakukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), khususnya selepas pelaksanaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 diluluskan Dewan Rakyat Ogos lepas.

Beliau berkata dadah yang menjadi ancaman, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah bukan lagi jenis konvensional sebaliknya jenis sintetik yang mempunyai pelbagai bentuk serta nama dan dianggap sangat dinamik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 11:30


Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sumber tersebut sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekomoni negara dan agihan pendapatan bagaimanapun sumber kini hanya ada di Sabah serta Sarawak.

β€œDi sebelah Semenanjung, kita memang semakin kehabisan minyak dan gas, lima hingga 10 tahun lepas, jumlah pengeluaran minyak kita ialah sebanyak 700,000 tong sehari, sekarang dalam 350,000 tong sehari," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 10:50


Visual satelit ini menunjukkan beberapa jenis taufan yang bergerak melintasi negara FIlipina. Salah satu taufan yang dipanggil Man-yi atau 'Pepito' oleh orang tempatan sedang bergerak dan juga merupakan siklon tropika keenam yang memasuki Filipina.

Pada Oktober, Ribut Tropika Trami dan Taufan Kong-rey membawa banjir yang teruk, mengakibatkan tanah runtuh dan menyebabkan seramai 162 orang terkorban.

Pihak berkuasa Filipina telah mengevakuasi puluhan ribu orang awam dari rumah mereka dan membatalkan puluhan penerbangan pada Sabtu.

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 10:03


Sebanyak 532,125 nahas jalan raya direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut, dan 68 peratus daripada kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata situasi itu menunjukkan penekanan terhadap keselamatan jalan raya perlu diperkukuh secara berkesan dan berterusan di setiap peringkat lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan penunggang serta pembonceng motosikal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 09:32


Mahkamah Majistret di Dungun diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, 9 Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai, Johor Bahru bagi pemerhatian kesihatan mentalnya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya merangkap Pengarah Pendakwaan Negeri, Azizan Abdullah pada sebutan kes ke atas tertuduh, Norizan Ismail, 49, di hadapan Majistret, Nur Amira Fatihah Osman, di Dungun, pada Ahad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 08:12


Old City ini masih dihuni lebih 3,000 orang juga menempatkan Istana Shirvanshahs dan juga Maiden Tower. Lokasi ini merupakan destinasi pertama yang wajib dikunjungi pelancong ke Baku.

Ada di antara pernah sampai ke Baku? Kongsikan pengalaman anda

COP29 #TurkishAirlines #AwaniNews

Astro AWANI

17 Nov, 08:03


Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek keluar, dalam kejadian di Jalan Ara Kuda di Tasek Gelugor, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan susulan pergaduhan pada kira-kira 2 petang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 07:07


Bakat β€˜maestro’ industri hiburan tanah air, Allahyarham Datuk Hashim Said yang lebih dikenali sebagai S. Atan begitu gah, hingga dicemburui seorang lagi β€˜maestro’, iaitu Datuk M. Nasir.

M. Nasir, yang terkenal dengan julukan β€˜sifu’ dalam mencipta lagu-lagu pelbagai genre mengakui beliau kadang-kadang cemburu dengan kebolehan S. Atan dalam menghasilkan karya yang sentiasa relevan dan mendapat tempat di hati pelbagai generasi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 07:04


Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

Keputusan dijangka diumumkan oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin pada pukul 9 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 07:01


SPRM memanggil lima ADUN Sabah yang disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 06:49


Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Kontinjen Sarawak di Samarahan, Sarawak, pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 05:08


Antara langkah menangani jenayah rentas sempadan, termasuk aktiviti penyeludupan adalah pembinaan tembok sempadan Kelantan-Thailand.

Justeru menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, kos projek pembinaan tembok sempadan dianggarkan 445.748 juta ringgit, termasuk kos pengambilan tanah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 05:02


Pertarungan antara legenda tinju, Mike Tyson dan bekas YouTuber, Jake Paul, mencipta rekod yang cukup menakjubkan.

60 juta isi rumah di seluruh dunia menonton secara langsung pertarungan Paul lawan Tyson.

Acara mega sukan tinju itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara langsung menerusi penstriman.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 04:04


Jenazah β€˜maestro’ industri hiburan tanah air Datuk Hashim Said, yang lebih dikenali sebagai S. Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada jam 11 pagi Ahad.

Terdahulu jenazah Allahyarham disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Bandar Kajang.

Turut menghadiri perjalanan terakhir beliau selain ahli keluarga ialah rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan termasuk Datuk M Nasir, Datuk Ramli MS dan Datuk Fauzi Marzuki.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 04:03


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, dari Lima, Peru, untuk lawatan rasmi dan juga menghadiri sidang kemuncak G20 atas jemputan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Selain Malaysia, 16 negara lain, termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam adalah antara negara yang dijemput untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 03:32


Program MyLesen B2 ialah satu daripada usaha kerajaan dalam melahirkan penunggang motosikal yang kompeten dan celik undang-undang keselamatan jalan raya sekali gus mengurangkan bilangan nahas motosikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang mendapatkan lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima untuk tahun ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 02:31


Jabatan Muzium Malaysia (JMM) sedang giat melaksanakan inisiatif untuk membawa pulang koleksi artifak sejarah tanah air yang kini berada di luar negara sebagai langkah melindungi dan memelihara warisan budaya serta sejarah Malaysia.

Ketua Pengarah JMM Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata pihaknya dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara sedang mengenal pasti pelbagai koleksi penting seperti dokumen sejarah, manuskrip serta bahan arkeologi termasuk rangka manusia purba yang berada di negara seperti United Kingdom dan Belanda.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 02:03


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkeyakinan BN di Perlis mampu bangkit semula menguasai negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau yakin bahawa rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini berserta pimpinan parti itu di Perlis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

17 Nov, 01:02


Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata lawatan kerja tersebut terdiri daripada dua komponen utama: pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula Da Silva, pada 17 Nov 2024 dan kedua, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil pada 18-19 Nov /2024.

"Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turkiye, selaku Pengerusi ASEAN ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 15:32


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelaksanaannya memerlukan pelaburan dibuat oleh syarikat minyak kerana perkara ini langkah berterusan untuk menaik taraf spesifikasi bahan api selain menjaga kualiti udara negara.

"Tetapi harga bergantung kepada sistem pada waktu itu yang kerajaan nak laksanakan iaitu penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 14:33


Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk lelaki meningkat kepada 17.9 juta daripada 17.6 juta pada suku ketiga 2023 dan populasi wanita bertambah kepada 16.2 juta daripada 16 juta dalam tempoh sama.

"Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 14:16


Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Nooh Gadut berkata sesuatu tauliah atau lantikan yang membenarkan amil atau ejen mengutip zakat di luar sempadan negeri adalah tidak sah mengikut hukum syarak serta bercanggah dengan undang-undang berkaitan zakat yang berkuat kuasa di negeri-negeri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 14:01


Letusan berlaku pada 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah, lapor Xinhua.

Penduduk telah dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan radius lima km dari kawah dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka apabila melakukan aktiviti di luar rumah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 13:53


Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memberi manfaat kepada lebih 28,350 individu dari 635 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Kempen kali ini dijangka melibatkan 425 kanak-kanak dari enam NGO sekitar Lembah Klang dengan menyediakan 76,500 hidangan berkhasiat juga enak.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 13:04


"Saya duduk di sini, saya sudah kumpulkan semua itu, cuma saya tengah tunggu hujahan daripada kedua-dua pihak. Tak perlu ulang-ulang soalan terutama sekali isu tentang ahli perniagaan G. Gnanaraja sebab sekarang ini kita dalam prosiding perbicaraan utama, jadi kita fokus pada pertuduhan.

"Peguam Haijan Omar pun sudah tanya panjang lebar tentang isu bayaran kepada Gnanaraja. Kita dah ada jawapan kan, kenapa nak kena tanya mengenai kes Gnanaraja lagi," tegas Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 12:33


β€œSaya ingin menyeru agar agensi-agensi TVET dapat menganjurkan pertandingan kemahiran di peringkat institusi masing-masing agar kita dapat memilih bakat terbaik untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 11:31


Kaotim, jenama dan platform digital yang diuruskan oleh Takaful Malaysia menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian yang komprehensif dan mampu milik.

Langkah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin celik digital dan mengutamakan kemudahan serta keselamatan dalam mendapatkan perlindungan insurans.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, sebagai perintis dalam industri insurans patuh syariah, Takaful Malaysia memperkenalkan platform digital Kaotim sebagai inisiatif strategik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran insurans digital.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 11:00


Pemandu treler membawa muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang pemandu wanita dalam kemalangan di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah direman empat hari bermula Khamis sehingga 17 November ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Khamis.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 10:53


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis, dan Bencana Nasional (NCEMA) Emiriah Arab Bersatu (UAE), Obaid Rashid Al Hassan Al Shamsi pada Khamis di Abu Dhabi bagi membincangkan peluang kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA) dan NCEMA UAE.

#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 10:15


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/4ewcFUP
πŸ”ΈPemilik Warung Pok Nong Celup Tepung meninggal dunia
πŸ”ΈRizalman Ibrahim dilantik Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
πŸ”ΈMKI sahkan ajaran GISB, Nasiruddin Ali sesat dan menyeleweng - Nooh Gadut
πŸ”ΈKhazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
πŸ”ΈMCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
πŸ”ΈIsu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
πŸ”ΈShuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

14 Nov, 10:02


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih diteruskan ketika ini dan pihak SPRM sudah merakam percakapan 14 individu sebelum ini.

"Siasatan masih diteruskan dimana setakat ini sudah 14 orang sudah dirakam percakapan. Jangkaan ada empat lagi percakapan," katanya kepada Astro AWANI.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 09:56


Pemain yang berada di ranking ketujuh dunia itu terlebih dahulu memimpin permainan 15-12 sebelum wakil dari Taiwan itu mengikat kedudukan 15-15 dalam aksi penuh debaran itu.

Atlet kelahiran Kedah itu kemudiannya mendahului semula 18-16 tetapi kebangkitan segera yang dipamerkan pemain ranking ke-34 itu jelas menutup ruang buat Zi Jia meraih kemenangan di set pertama susulan tumpas 19-21.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 09:46


Selain itu, mesyuarat juga bersetuju memasukkan citra Sabah dalam kurikulum dan dasar pendidikan negara serta satu tututan baharu dikemukakan kerajaan Sabah berkaitan fleksibiliti dan autonomi dalam penggunaan peruntukan bencana berdasarkan keperluan sebenar atau kesegeraan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 09:30


Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tiga bulan, minggu lepas.

Ng Gwan Ho, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berkenaan bagi tujuan seksual di sebuah sekolah renang di Taman Sri Bintang, Sentul di sini pada 5.40 petang, 7 Nov lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 08:31


NordPass iaitu perkhidmatan menyimpan kata laluan di bawah syarikat sama dengan NordVPN berkongsi yang terdapat 3,018,050 orang menggunakan 123456 sebagai kata laluan.

Data ini adalah untuk pengguna dari 44 negara dan dikumpul dari sumber yang terbuka kepada awam dan juga dalam dark web tanpa melibatkan data peribadi atau pembelian data.

Malaysia termasuk dalam senarai di mana terdapat 14,396 orang menggunakan kata laluan 123456 dan 5,368 yang menggunakan "qwerty123".

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

14 Nov, 08:02


FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengadakan program bersama media bagi mempamerkan usaha-usaha kelestarian yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut dalam menetapkan penanda aras baharu industri sawit dan pertanian mampan.

Melalui lawatan menyeluruh itu, FGV memperlihatkan pelbagai inovasi di pusat penyelidikan dan ladang mereka, termasuk penggunaan teknologi genetik, penghasilan produk lestari, serta pemanfaatan sisa sawit kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kelestarian FGV, Nurul Hasanah Ahamed Hassain Malim, komitmen terhadap kelestarian menjadi tunjang utama dalam menjalankan operasi syarikat secara mampan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 15:32


Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera selepas terjatuh dari bumbung sekolahnya di Kangar, dipercayai akibat khayal selepas menghisap vape.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Ariffin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di bangunan sekolah berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 15:16


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.

Lawatan rasmi ini merupakan lawatan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara pada tahun 2024 selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Oktober tahun lalu. #AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 15:11


Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook hari ini, beliau bagaimanapun bukanlah melakukan aktiviti itu di trek sebaliknya di atas jalan raya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 15:09


Muzium di Malaysia boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Grand Egyptian Museum di Giza semalam membuka peluang untuk mendalami keunikan dan kekayaan warisan budaya masyarakat Mesir terdahulu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 14:49


Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Beliau menerima anugerah itu dalam majlis penuh gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan kepada legenda muzik tanah air itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 14:03


Tahun ini, Ronald McDonald House Charities (RMHC) menyambut jubli emas kewujudannya membawa sinar harapan kepada anak-anak di seluruh dunia, serta 34 tahun di Malaysia.

Keraian tidak sekadar mengenang jejak cemerlang masa lalu, melihat ke hadapan mereka komited untuk terus dedikasi menyokong kanak-kanak kurang bernasib baik dan keluarga mereka menerusi program-program yang memberi tumpuan kepada kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

Sejak Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia yang juga dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia ditubuhkan pada 15 Februari 1990, ia telah membantu mengubah nasib lebih 250,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 13:03


"Saya nak bertaubat, nak kembali kepada ajaran sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya mahu tinggalkan ajaran yang menyalahi agama Islam dan ingin taubat nasuha".

Demikan rayuan seorang mudir sebuah madrasah yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Rabu atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di madrasah terbabit sejak tiga tahun lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 12:31


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada, khususnya dalam menghadapi persaingan sengit daripada pekerja asing.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa sikap terlalu memilih bukan sahaja merugikan diri graduan sendiri tetapi turut memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 11:26


Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 sebentar tadi.

Lebih 500 termasuk ahli keluarga, kenalan rapat, pemimpin-pemimpin negara serta orang awam hadir memberikan penghormatan terakhir.

Bacaan talkin diketuai oleh Imam Kanan Masjid Wilayah, Muhamad Afandi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 11:06


Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihak berkuasa terbabit kemudian akan menentukan seseorang itu layak atau sebaliknya untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta itu.

"Contohnya, kalau kes rasuah, pemberi maklumat kena beri maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dahulu. Kemudian agensi itu akan terima laporan dan membuat siasatan dan keputusan sama ada individu itu dilihat layak sebagai pemberi maklumat atau tidak. Itu prosedurnya," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 10:42


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/3YPK9HR
πŸ”ΈMengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
πŸ”ΈTan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
πŸ”ΈAnak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
πŸ”ΈPolis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
πŸ”ΈPekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
πŸ”Έβ€˜No pork, no alcohol’ tidak semestinya halal, kerajaan galak premis mohon SPHM
πŸ”ΈAura Ina Naim menyerlah, 22,000 tonton pasangan pengantin baharu

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

13 Nov, 10:02


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh pada Rabu.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor di kampus induk UiTM di sini sempena Istiadat Konvokesyen kali ke-100 universiti tersebut.

Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 09:31


Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.

Ronaldo, yang telah menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah, masih membintangi Al-Nassr di Arab Saudi dan menjadi pemain utama dalam barisan Portugal bimbingan Roberto Martinez.

Bekas bintang Real Madrid itu akan mencecah umur 40 tahun pada Februari depan walaupun kariernya tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan dan sudah menjaringkan 10 gol untuk kelabnya musim ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 08:52


Berkongsi kesedihan tersebut, Ahli Parlimen Muar itu berkata, Allahyarham Tun Daim adalah mentornya ketika awal penglibatan dalam arena politik.

β€œSaya kehilangan seorang mentor di mana Malaysia kehilangan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara tercinta.

β€œSaya terhutang budi kepada Tun Daim kerana banyak membimbing dan mendidik, serta sentiasa bersama apabila saya jatuh dan bangun,” kata Syed Saddiq ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Persiaran Bukit Tunku pada Rabu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 08:48


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah terhadap pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata, kerajaan mengiktiraf sumbangan Allahyarham kepada negara.

β€œSalam takziah buat keluarga Allahyarham. Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah,” katanya pada Rabu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 08:30


Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupanmigran warga Indonesia menerusi satu operasi khas pada Isnin lepas di sekitar Kajang, Selangor.

Operasi yang bermula pada 6 petang itu melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan mengekori sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

13 Nov, 08:01


Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia pada Selasa.

Menurut kumpulan berkenaan dalam kenyataan hari ini, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Sebelum menceburi bidang perniagaan, Ahmad Zaki berkhidmat dalam pelbagai jawatan di syarikat milik kerajaan negeri di Pahang dan Terengganu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 16:25


Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau menyifatkan ia sebagai kemenangan bersejarah buat Malaysia kerana keputusan penting itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir iaitu Malaysia perlu membayar pampasan kira-kira US$15 bilion tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 14:32


Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan badan penguatkuasa terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 14:24


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang, FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Pembekuan itu adalah susulan daripada siasatan dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 14:09


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Menurut sumber, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 14:02


Syarikat penyelesaian automasi dan penyedia perkhidmatan kejuruteraan berpangkalan di Pulau Pinang, 3REN Berhad, secara rasminya disenarai dalam Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Rabu.

Ia dibuka pada harga RM0.335, mewakili premium 19.6 peratus berbanding harga terbitannya RM0.28 dengan jumlah pembukaan 11.7 juta saham - pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 13:02


Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard dijangka akan dikongsi bersama pemegang taruh berkepentingan pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 12:46


Selepas mengisytihar kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024, pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 12:42


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.

Dalam hantaran di media sosial, Anwar berkata kemenangan itu bakal membawa lembaran baharu dalam hubungan kerjasama antara dua negara, selain menyemarakkan lagi penglibatan AS dalam kerjasama di rantau Asia Tenggara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 12:33


Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu.

Menurut Perdana Menteri, kecenderungan tersebut disifatkan sebagai satu perkembangan yang sangat positif.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 11:01


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua bekas Menteri Kewangan bagi melengkapkan prosiding berkenaan komitmen pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, dua bekas menteri tersebut, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Lim Guan Eng dijangka dipanggil pada minggu ketiga bulan ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 10:03


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*

πŸ”— https://bit.ly/4fCE9ZR
πŸ”ΈPulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
πŸ”ΈAktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
πŸ”ΈKeputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
πŸ”ΈSkandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
πŸ”ΈApabila anda ada Ferrari, anda perlu ada Schumacher - TMJ
πŸ”ΈACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
πŸ”ΈA.S. Memilih: Trump berterima kasih kepada rakyat Amerika "dipilih sebagai presiden ke-47"

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

06 Nov, 10:02


Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," seorang daripada defendan utama dalam skandal rasuah terburuk dalam sejarah Angkatan Laut AS dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, menurut Pejabat Peguam AS di Daerah Selatan California pada Rabu.

Leonard Glenn Francis, dalang di sebalik skim rasuah dan penipuan yang menyasarkan Angkatan Laut AS, telah dijatuhi hukuman di mahkamah persekutuan hari ini selama 180 bulan penjara dan diperintahkan membayar pamopasan sebanyak US$20 juta kepada Angkatan Laut serta denda sebanyak US$150,000.

Francis juga diperintahkan untuk menyerahkan hasil haram berjumlah US$35 juta hasil jenayah yang dilakukannya," menurut kenyataan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 09:31


Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut terhadapnya berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada Julai tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin, hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

06 Nov, 09:26


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyampaikan ucapan di Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Penghantaran Kumpulan Pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 ke Lubnan.

Majlis tersebut diadakan di Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang.

πŸ“Έ: Astro AWANI / @shahiromar

Astro AWANI

05 Nov, 13:04


"Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan you nak 'rujuk', malulah," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau turut menyifatkan pintu rundingan berhubung MoU itu sudah ditutup.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 12:31


Seorang kakitangan sebuah universiti tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Selasa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 11:01


Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

Jumlah itu adalah daripada keseluruhan 34,714 cerun yang dipantau menerusi Peta Bahaya dan Risiko Cerun yang dibangunkan Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi 26,722 cerun di Semenanjung, selain Sabah (4,178), Sarawak (3,633) dan Labuan (181).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 10:09


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/48Sf0Ix
πŸ”ΈMungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
πŸ”ΈDewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu
πŸ”ΈMekanik mengamuk di plaza tol positif dadah, ada 17 rekod jenayah
πŸ”ΈDua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
πŸ”ΈKes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
πŸ”ΈAksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
πŸ”ΈKampung halaman Kamala Harris di India berdoa kemenangannya dalam pilihan raya

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

05 Nov, 10:01


Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), lapor PA Media/dpa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes strain mpox Clade Ib yang disahkan di negara itu meningkat kepada tiga.

UKHSA memaklumkan bahawa risiko kepada populasi UK "kekal rendah" dan dua pesakit terbabit kini berada di bawah jagaan pakar di Guy's and St Thomas' NHS Foundation Trust, London.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 09:32


Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pencarian itu di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip β€˜tidak jumpa, tiada bayaran’ atau β€˜no find, no fee’.

Katanya, mengikut prinsip β€˜no find, no fee’, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat tersebut sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 08:35


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan suami isteri pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, bagi membantu siasatan membabitkan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Rakaman dipercayai dilakukan di bangunan SPRM di Putrajaya, Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 08:31


Peranan Institut Integriti Malaysia (IIM) akan diperluaskan sebagai pusat rujukan utama di peringkat nasional bagi membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan tatakelola yang baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia selari dengan keperluan mendesak yang menyaksikan cabaran yang semakin kompleks.

Kata beliau, institusi itu juga perlu diperkasa sebagai sebuah pusat kepakaran yang menyediakan panduan dan sokongan kepada agensi kerajaan, sektor swasta, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan amalan integriti diterapkan secara konsisten dan berkesan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 08:04


Seorang kakitangan sebuah universiti tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Selasa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, dia telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun pada waktu kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 08:01


Parti Demokrat dan Republikan dijangka tidak memperoleh majoriti besar dalam Kongres semasa pilihan raya legislatif pada Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laporan media tempatan.

Di Dewan Perwakilan, terdapat kemungkinan parti majoriti akan mempunyai margin yang lebih tipis berbanding dengan kedudukan semasa 220-212, termasuk tiga kekosongan, menurut perkhidmatan berita Washington State Standard.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 07:57


Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kaedah itu masih dalam pertimbangan sebelum sebarang ketetapan diambil.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 07:39


Wukang Mansion atau Bangunan Wukang, dahulunya dikenali sebagai Pangsapuri Normandie atau Pangsapuri Persatuan Simpanan Antarabangsa, merupakan bangunan pangsapuri bersejarah yang dilindungi di bekas kawasan Konsesi Perancis di Shanghai.

Bangunan ini direka oleh arkitek Hungary-Slovak LΓ‘szlΓ³ Hudec dan siap pada tahun 1924

Sehingga kini bangunan ini masih berdiri tersergam indah di Shanghai dan menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. #AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 07:02


Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengundi untuk menaik taraf status Palestin secara rasmi daripada "gerakan pembebasan" kepada "negara pemerhati bukan anggota," menurut laporan agensi berita Palestin, WAFA.

Keputusan itu dicapai semasa Persidangan Agung Lembaga Pengarah ILO yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Palestin (PGFTU), Shaher Saad bersama wakil-wakil kesatuan Arab dan antarabangsa.

Resolusi akhir persidangan, iaitu Resolusi 352 mengesahkan penerimaan Palestin oleh Lembaga Pengarah ILO.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 06:31


Sanggar Puisi Perpaduan 2024 bertemakan "Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni" bertujuan untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya, di mana genre puisi dipilih kerana ia merupakan wadah bagi pembentukan identiti, budaya dan jati diri bagi sesuatu bangsa.

Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi, serta memupuk benih perpaduan melalui keindahan bahasa dan sastera dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 05:31


Neymar sekali lagi mengalami kecederaan apabila terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika Al-Hilal menewaskan Esteghlal 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Kingdom Arena, Riyadh awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Aleksandar Mitrovic muncul pemain paling menyerlah dengan menjaringkan hatrik.

Pemain kebangsaan Brazil itu, yang baru sahaja menjalani rehat panjang selama lebih setahun gara-gara kecederaan lutut serius, terpaksa dikeluarkan lebih awal dan kelihatan mengalami kecederaan pinggul.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 05:02


Hanya kerana ditegur mengetuk tempat kad Touch n Go dengan kuat, seorang lelaki menghambur kata-kata kesat terhadap jurutol serta menendang dinding kaunter tol di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9, Kajang, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata bertindak atas maklumat tersebut, polis menahan seorang mekanik berusia 31 tahun bersama sebuah kenderaan jenis Perodua Alza di sebuah taman perumahan di kawasan Hulu Langat kira-kira pukul 7 malam Isnin.

Naazron berkata, pemeriksaan ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain turut mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 04:00


Penggunaan bunga api tanpa kebenaran dipercayai telah menyebabkan Dewan Arena Square, Jalan Raja di Teluk Intan terbakar, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian 11.18 malam itu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkenaan satu insiden kebakaran itu, sebelum polis dan pihak bomba segera ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

Beliau berkata siasatan awal yang dijalankan bersama pihak forensik bomba daerah Hilir Perak mendapati, kebakaran kemungkinan berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan, lalu mengakibatkan kebakaran berlaku di bumbung dewan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 03:31


Bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, menyeru perubahan besar dalam strategi untuk menangani krisis berterusan di Gaza, termasuk tindakan ekonomi yang lebih tegas dan sekatan terhadap rejim Zionis.

Beliau berkata, situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 03:15


Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Seremban, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, dalam kejadian itu kedua-dua mangsa Lim Ka Sing dan Liew Choon Seng, masing-masing berusia 64 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

05 Nov, 03:12


Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dan rangka kerja serantau berasaskan rangka kerja inklusif sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 15:33


Kadar gaji permulaan terendah bagi jawatan ditawarkan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dikemas kini pada 1 Dis, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Beliau berkata perkara itu selaras dengan tarikh mula penguatkuasaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang menetapkan gaji pemulaan terendah ditingkatkan kepada RM1,500.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 14:03


Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti sebanyak 1,577 cerun di bawah kategori sangat berisiko tinggi di seluruh negara.

Menerusi Peta Bahaya dan Risiko Cerun yang dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), jumlah tersebut adalah daripada keseluruhan 34,714 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 13:32


Karnival Jom Masuk TVET Zon Selatan yang diadakan tiga hari bermula semalam sehingga Ahad diharap memberi impak positif penyertaan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Zuleah Darsong berkata, penganjuran karnival itu juga mampu menyebar luaskan lagi maklumat berkaitan program TVET di 1,400 pusat tauliah awam dan swasta kepada masyarakat.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 13:09


Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam, kerana disyaki terlibat menawarkan khidmat pelacuran secara dalam talian di ibu negara menerusi serbuan Op Noda.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kesemua individu berumur dalam lingkungan 31 hingga 61 tahun itu, ditahan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur pada 5 petang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 12:57


Nasib malang menimpa pelumba wildcard negara Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman selepas kedua-dua pelumba itu terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 di MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Dalam sesi kelayakan tersebut, kedua-dua pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW terlibat dalam insiden itu apabila jentera Helmi hilang kawalan di selekoh lapan sebelum dilanggar oleh Khairul Idham, yang lebih dikenali sebagai 'SuperKIP', yang pada ketika itu mengekori rapat di belakang.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 12:34


Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680 dalam serbuan di Gelugor, George Town.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di kawasan parkir kenderaan dalam serbuan yang dijalankan antara pukul 4.45 petang hingga 12 tengah malam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 11:32


Kementerian Minyak Iraq pada Jumaat mengumumkan bahawa negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya kepada 3.3 juta tong sehari, selaras dengan komitmen terhadap perjanjian OPEC+ mengenai pengurangan pengeluaran.

"Kami mengesahkan bahawa Iraq menurunkan pengeluaran minyak dan mengurangkan eksport kepada 3.3 juta tong sehari, serta mengehadkan penggunaan domestik," menurut kenyataan kementerian itu.

Menurut data rasmi, jumlah eksport harian minyak negara itu dianggarkan sekitar 3.43 juta tong pada awal tahun ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 11:03


Purata suhu bulanan di seluruh Jepun melebihi suhu biasa pada Oktober sebanyak 2.21 darjah Celsius, menurut data yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat.

Suhu di utara Jepun meningkat sebanyak 1.9 darjah, manakala bahagian timur dan barat mencatat peningkatan suhu sebanyak 2.6 darjah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 10:02


Ledakan penggunaan kecerdasan buatan janaan, kini Mark Zuckerberg menyasarkan perkembangan seterusnya dalam arena media sosial adalah kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) sendiri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 09:33


"Ketika zaman Zack dan Azura, saya baru berusia 23 tahun, dan sekarang sudah 65 tahun. Nak kembalikan zaman itu mencabar juga, tapi insya-Allah saya akan ikut tema itu dan peminat juga disarankan berpakaian era 1980-an kerana itulah tema pakaian yang ditetapkan," kata Datuk Jamal Abdillah .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 08:32


β€œLegenda K-pop, G-DRAGON, telah mendapat sambutan hebat di seluruh dunia selepas menandatangani kontrak dengan label milik warganegara Palestin untuk kemunculan semula yang paling dinantikan selepas berehat selama 7 tahun,” kata seorang individu dan pemilik syarikat rakaman itu sendiri yang bernama Ghazi Shami menerusi platform X.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 08:03


"Bila kita guna telefon dalam keadaan baring, mata kita akan fokus kepada skrin pada jarak dekat dan tempoh lama itu menyebabkan ketegangan mata atau digital eyestrain. Secara tak langsung, mata boleh kering, penglihatan kabur serta sebabkan sakit kepala kerana otot mata kita terjejas," kata Pakar Optometri Klinikal, Muhammad Adam Zakaria .
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 07:06


Ketua Audit Negara diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berkuat kuasa semalam.

Jabatan Audit Negara menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaklumkan, perkara itu berdasarkan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 331/2024] yang diwartakan pada 31 Okt, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 07:02


"Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.

"Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 06:27


"Sekarang heboh isu Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Walaupun ia badan yang bebas, tapi ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Baru-baru ini juga ada kes Khazanah Nasional Bhd, yang mana pengerusinya adalah Perdana Menteri.

"Tapi, saya tidak akan halang siasatan kalau ada laporan. Kalau salah, siasat. Kalau salah, dakwa. Kalau salah, hukum," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 05:33


"Premis ini beroperasi secara bersembunyi dan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menutup pintu hadapan premis dan hanya membuka pintu belakang sahaja kepada pelanggan tetap, muslihat itu bagaimanapun berjaya dihidu polis," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 04:02


Inisiatif yang bertujuan menyokong pendidikan kanak-kanak di wilayah itu dibiayai dana wakaf Oman untuk pendidikan jarak jauh dan dilaksanakan Persatuan Kebajikan Wafaa Al Mohsenin.

Menurut ahli persatuannya, sekolah itu menggunakan khemah sebagai bilik darjah yang mampu menempatkan sehingga 1,800 pelajar dari darjah satu hingga empat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 03:31


Kritikan tidak mengambil masa lama untuk muncul di media sosial. "Bayangkan anda telah menghabiskan beberapa jam di dalam pesawat ke Rom untuk melihat Air Pancut Trevi, kemudian mendapati diri anda di sebalik pagar di hadapan kolam kanak-kanak," kata seorang pengguna secara berseloroh.

Seorang lagi pengguna di platform X menulis: "Apakah yang mengarut ini? Ia kelihatan seperti sebuah kolam yang dipam dengan angin."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 02:32


β€œLebih teruk apabila ia akan membentuk algoritma yang mengikat pemikiran kepada sesuatu hal terutama bab negatif sehingga menimbulkan rasa obses. Ini boleh terjadi sebab hari-hari kita lihat kandungan ke arah yang sama kerana kecerdasan buatan (AI) itu mula mengenali kecenderungan pemikiran kita sehingga disajikan sentiasa,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

02 Nov, 02:20


Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap kes buli dan dera membabitkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi memberitahu, mangsa yang berusia 20 tahun itu membuat laporan pada pukul 8.23 malam Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 09:32


Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing mengemukakan tawaran baharu yang lebih baik kepada ribuan pekerjanya, termasuk kenaikan gaji sebanyak 38 peratus dalam tempoh empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman.

Kesatuan sekerja Association of Machinists and Aerospace Workers (IAM) pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.

Tawaran baharu itu dibuat selepas mogok berlarutan selama tujuh minggu sejak 13 Sept lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 08:32


Data daripada penjejak Election Lab Universiti Florida menunjukkan seramai 62,725,685 orang mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi.

Tidak seperti 2020, ketika AS berada di tengah-tengah pandemik COVID-19, lebih ramai pengundi memilih untuk mengundi secara fizikal berbanding melalui pos pada pilihan raya presiden kali ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 08:02


Jelas Ina, kehadiran bakal suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor diharapkan dapat membantu meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya.

"Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa mereka. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 07:34


Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurutnya, pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku hujan lebat ialah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 07:22


πŸ’₯RM1 JUTA KUTIPAN!!πŸ’₯

Alhamdulillah 🀲🏻. Baru sahaja ditayangkan Filem #DonDukun berjaya meraih kutipan RM 1 JUTA! Kami dukun-dukun semua nak ucapkan terima kasih atas sokongan korang yang padu!

Siapa yang nak dapatkan bantuan Don Arif untuk #KecutPerutPecahPerut, jom book tiket korang sekarang!

Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa di pawagam sekarang! πŸ‘»πŸͺ„

#DonDukun 
#AstroShaw

Astro AWANI

01 Nov, 07:16


β€œKita kena faham dalam konteks UPNM… dia ada dua institusi iaitu pertama, UPNM dan kedua, ALK.

β€œYang berlaku ini adalah di akademi (ALK) itu sendiri. Namun kita tidak boleh melepaskan (perkara sedemikian)," kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 07:03


Ketiadaan kesedaran tentang persaraan ini turut dicerminkan dalam kajian lain berhubung sikap pekerja Malaysia, bukan hanya penjawat awam. Survei oleh Bank Pembangunan Asia-Universiti Malaya yang diterbitkan pada 2023, menemukan hampir dua pertiga rakyat Malaysia tidak mengutamakan simpanan bagi persaraan, dengan 26 peratus berkata mereka mungkin perlu bekerja sampai mati.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 06:32


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, budaya buli perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penganiayaan kepada mangsa.

β€œItu urusan polis… saya cuma boleh nasihatkan kepada umum. Jangan berlaku di sekolah, sekolah menengah, sekolah maahab tahfiz, dan semua (sektor)," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 05:32


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pihaknya kini dalam fasa peralihan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai khususnya warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

β€œDalam tempoh peralihan sehingga akhir tahun ini, kaunter-kaunter tiket masih menerima transaksi tunai. Pelbagai medium dan hebahan juga dilaksana bagi menguar-uarkan kempen," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 05:03


Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berkata, kebakaran berlaku di geladak tengah β€˜KM Stapa’.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 04:02


"Projek itu bukan sahaja bermanfaat kepada penduduk Pulau Pinang yang setiap hari berulang-alik ke tempat kerja masing-masing tetapi dapat mengurangkan kesesakan trafik di laluan berkenaan pada musim cuti dan perayaan.

"Bagaimanapun, diharap kerajaan Pulau Pinang akan terus komited meningkatkan
kebolehcapaian pengangkutan awam di kawasan berkenaan," kata Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Nur Sabahiah Abdul Sukor .

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 03:33


Pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perlindungan haiwan liar termasuk memperketat prosedur pemeriksaan dan pemantauan di lapangan terbang.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata mesin pengimbas di pintu masuk negara perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan mesin beroperasi dengan optimum.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 02:49


Tikus besar ini, yang dikenali secara saintifik sebagai Cricetomys ansorgei, menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.

Detektif hidupan liar ini mampu mengesan barangan haram seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling dan kayu hitam Afrika.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 01:01


Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Perbincangan yang berterusan itu bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan serta objektif semua pihak di samping memelihara pengaturan kontrak sedia ada, kata syarikat minyak dan gas negara melalui satu kenyataan hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

01 Nov, 00:31


Menyeberang jalan tanpa menggunakan laluan lintasan jalan tidak lagi akan dihukum di Bandar Raya New York bermula Februari, lapor United Press International.

Majlis Bandar Raya New York pada September lepas meluluskan rang undang-undang yang menjadikan menyeberang jalan tanpa menggunakan laluan lintasan jalan bukan lagi satu kesalahan apabila langkah itu berkuat kuasa kelak.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Oct, 23:31


Dua wartawan dan seorang pemandu daripada sebuah stesen televisyen berpusat di Jakarta Timur, tvOne, maut dalam kemalangan tragis awal pagi Khamis ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan di Gresik, Jawa Timur.

Menurut kenyataan tvOne, sebuah lori merempuh kenderaan pelbagai guna yang membawa pasukan penerbitan program siasatan "Fakta" dari belakang di Lebuhraya Tol Jakarta-Pemalang, Jawa Tengah, pada pukul 6.45 pagi waktu tempatan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Oct, 23:01


Sebanyak 95 peratus kawasan kebakaran di sebuah tapak pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini telah berjaya dikawal dan dijangka selesai sepenuhnya hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Penguasa Kanan Bomba Khairul Ariffin Che Ramli berkata operasi yang memasuki hari kelima itu turut menggunakan sebuah jentera dengan dua pancutan air dan dua jengkaut dari pemilik syarikat terbabit.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Oct, 22:02


Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menerima β€˜ahli baharu’ dengan kelahiran seekor anak badak air
(Hippopotamus amphibius), pada 5 Jun lepas.

Zoo Taiping & Night Safari dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan badak air itu dilahirkan oleh induknya bernama 'Lek'.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Oct, 16:00


Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah pada Khamis untuk membincangkan larangan Israel terhadap aktiviti Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di wilayah Palestin yang diduduki.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

31 Oct, 15:33


Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.

Menurut Mohd Faizal, penyokong bimbang peletakan jawatan Nidzam Jamil akan menjejaskan momentum pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 15:04


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 14:33


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai menggunakan awak-awak warga Myanmar tanpa dokumen sah.

Pengarahnya Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata bot itu ditahan pada pukul 11.20 pagi pada kedudukan tujuh batu nautika dari perairan Kemaman ketika pihaknya menjalankan rondaan menerusi Op IMAN.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 14:03


Polis menahan 10 wanita warga Indonesia dipercayai pelacur dalam serbuan di dua buah premis di kawasan Jalan Petaling dan Jalan Lebuh Pudu menerusi Op Noda.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 13:04


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kempen RFC MADANI Care For Nature di Taman Eco Rimba Kledang Saiong di sini, yang bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar.

Kempen itu adalah sebahagian daripada usaha Rainforest Challenge (RFC) menerap dan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar dan semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan masyarakat, sempena Hari Alam Sekitar Negara 21 Okt lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 12:32


Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Beliau berkata wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai berhubung perkara terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 11:33


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur memberi amaran kepada warga asing terutama pendatang tanpa izin supaya tidak mengambil kesempatan bekerja, atau berniaga secara haram sepanjang musim perayaan Deepavali.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pihaknya akan melakukan pemantauan bagi memastikan pendatang tanpa izin tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan ini yang boleh menjejaskan pendapatan warga tempatan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 11:02


Kumpulan Noah saat ini diketahui sedang berehat daripada aktiviti persembahan termasuk berskala kecil dan besar.

Keputusan berehat diumumkan kugiran tersebut pada tahun lalu sebelum Noah tidak lagi membuat persembahan bermula Januari 2024.

Kini selepas 10 bulan berehat, vokalis Noah, Ariel memberitahu dia masih mengelak untuk menyanyi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 10:42


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/48mbXaW
πŸ”ΈPolis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
πŸ”ΈThe Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
πŸ”Έ'Nama saya hanya Hasmah, bukan Siti Hasmah'
πŸ”ΈPeniaga khemah biru diarah henti operasi di pantai Port Dickson mulai 18 Nov
πŸ”Έ'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
πŸ”ΈRahang terkehel, gigi hancur akibat ditumbuk Khamzat
πŸ”ΈQue Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

27 Oct, 10:00


Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mendedahkan 'rahsia' namanya yang sebelum ini dikenali sebagai Siti Hasmah.

Menurut Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, nama sebenarnya tidak mempunyai 'Siti' sebaliknya hanya Hasmah.

Jelasnya, 'gelaran' tersebut diberikan selepas beliau dan Dr Mahathir berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 09:32


Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.

Faris Zahim Farizan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Dia yang bertugas di Balai Polis Chukai didakwa telah mencuri enjin motosikal milik seorang wanita di tepi bangunan pejabat pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira antara jam 12.45 tengah malam hingga 1.15 pagi pada 20 Julai lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 08:31


The Greater Kedah yang dilancarkan hari ini tidak bercanggah dengan penubuhan 'State Goverment 4' (SG4) pada September lalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan The Greater Kedah adalah kesinambungan kepada perancangan dalam SG4 untuk memajukan empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 08:02


Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata perhimpunan yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.

"Berdasarkan kesalahan tersebut, kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita akan memohon kebenaran untuk menyiasat daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan pihak yang terlibat akan dipanggil untuk merakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 07:01


Empat lapangan terbang di Vietnam akan menggantung operasi buat sementara waktu susulan Taufan Trami, menurut arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV).

CAAV mengumumkan penutupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Bai dari 6 pagi hingga 10 malam pada 27 Okt, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang dari 6 pagi pada 27 Okt hingga 4 pagi pada 28 Okt, Lapangan Terbang Dong Hoi dari 6 pagi hingga 7 malam pada 27 Okt, dan Lapangan Terbang Chu Lai dari 10 pagi pada 27 Okt hingga 10 pagi pada 28 Okt.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 06:30


Atlet seni bela diri campuran (MMA) kelahiran Gvardeyskoye, Chechnya, Khamzat Chimaev simpati dan memohon maaf kepada Robert Whittaker kerana mencederakan petarung asal New Zealand itu semasa kedua-duanya berentap di pentas UFC 308 pada awal pagi Ahad.

Dalam pertarungan kelas middleweight yang berlangsung di Arena Etihad, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, Khamzat tampil dominan dan memanfaatkan skil gustinya untuk mengalahkan Whittaker pada minit ketiga, 34 saat dalam pusingan pertama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 06:00


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa mengunjungi tapak pameran serta menyantuni para peserta dan pempamer selepas menyempurnakan perasmian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 05:57


Sistem Kesihatan KPJ yang dilancarkan pada Sabtu adalah simbol transformasi kepada landskap sektor kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, model bersepadu itu bermanfaat dalam menguruskan keperluan penjagaan kesihatan dengan berasaskan nilai.

β€œSistem ini mencipta model penjagaan kesihatan berasaskan nilai. Ini bermakna ia beralih dari model fee-for-service tradisional kepada satu modul yang mempromosi penyampaian tadbir urus lebih efektif,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 05:31


Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan bahawa kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

"Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat dan terus menjalankan tugas penting mereka.

"Saya menyeru agar berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan bahan nuklear dan bahan radioaktif lain," kata Grossi menerusi platform media sosial X pada Sabtu malam, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 05:01


Pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti mengatur perlawanan.

Beliau yang berpasangan dengan Lai Pei Jing itu menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.

β€œSaya mahu menjelaskan bahawa saya 'bersih'. Saya tidak pernah terlibat dengan aktiviti mengatur perlawanan sepanjang karier saya dalam sukan badminton," jelasnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 04:00


Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati Batu 5, Tawau tengah malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.55 tengah malam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

27 Oct, 03:30


Iran mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis Israel ke atas beberapa lokasi ketenteraannya pada Sabtu dan menegaskan bahawa mereka "berhak dan wajib" untuk mempertahankan diri sambil terus memikul tanggungjawab ke atas keamanan dan keselamatan serantau.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iran menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya prinsip yang melarang ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah dan kedaulatan negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 16:37


Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (uk) yang meletakkan bayi yang baru dilahirkan ke dalam kotak bijirin sejurus selepas kelahiran pada Mac tahun ini dan menyembunyikan kotak itu dalam sebuah beg pakaian, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 16:05


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan penggunaan CTR itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing dan surat edaran mengenai perkara itu sudah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 15:32


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar percaya usaha menambah baik kemudahan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 14:33


Sebanyak 253 wanita yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah berjaya dipulihkan setelah mengikuti program pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sepanjang tempoh lima tahun sejak 2019.

MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelatih yang berumur 13 tahun dan ke atas, datang dari dalam dan luar Selangor dengan latar belakang berbeza, telah pulih sepenuhnya dan kembali ke jalan yang benar serta diredai Allah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 14:03


Deretan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam rosak dihempap papan tanda ketika ribut dan hujan lebat pada Jumaat.

Melalui perkongsian di laman Facebook Kuala Selangor Official kejadian itu berlaku antara jam 2.30 hingga 3 petang pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 13:04


Polis menutup sepenuhnya laluan di Kilometer 43.4 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands bermula hari ini susulan insiden tanah runtuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penutupan jalan di kedua-dua arah bermula 5 petang ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 11:24


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, Putrajaya bagi memeriksa infrastruktur kemudahan tandas dan surau orang awam.

Anwar yang tiba dilokasi berkenaan turut diiringi β€˜bodyguard’ cilik sambil melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 11:02


Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia hari ini memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan pada Khamis.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden terbabit dan akan meneliti segala aspek yang perlu dibaiki demi menjayakan program itu," katanya menerusi laman Facebook persatuan berkenaan pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 10:03


Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Khamis di Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nardeep Kaur, 38, daripada ibu saudara wanita itu pada 11.21 pagi pada Khamis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 10:00


Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, Britain atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.

Memetik laporan BBC, wanita itu telah memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan menyembunyikannya di dalam beg pakaian.

Menurut pejabat pendakwaan Crown Prosecution Service (CPS), Jia Xin Teo, 22 tahun, mendakwa dia mendengar suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 09:59


Rang Undang-Undang (RUU) baharu mengenai hukuman tahanan di rumah bukan untuk β€˜membebaskan’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau orang kenamaan lain.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, niat utama RUU itu adalah untuk menukar konsep β€˜punitive justice’ yang diamalkan sebelum ini kepada β€˜restorative justice’ atau keadilan pemulihan kepada banduan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 09:30


Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Belimbing pada Khamis.

Mangsa, Ahmad Al Mahdi Sihabuddin merupakan murid darjah tiga di Sekolah Ugama (A) Rahmaniah, Kampung Paloh, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah pada jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Perodua MyVi dipandu seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 08:30


Cip Apple M4 telah pun digunakan pada iPad Pro baharu tahun ini menyebabkan ramai pengguna menantikan pelancaran MacBook dengan cip terkini.

Menurut laporan terkini Bloomberg, MacBook Air M4 akan dilancarkan sekitar Januari hingga Mac 2025.

Ini adalah beberapa bulan selepas MacBook Pro, Mac Mini dan iMac baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 08:02


Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, pada Khamis.

Ketua Polis Port Dickson Supt. Maslan Udin berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira pukul 7.10 pagi.

Beliau berkata kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berumur 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 07:48


Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, bermula Jumaat.

Karnival yang julung kali diadakan ini merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia dengan tema β€˜Crafting Holidays’, menawarkan pelancong peluang merasai pengalaman pelancongan yang unik sambil terlibat dalam aktiviti seni, kraftangan, dan warisan budaya.

Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, tema ini ini bukan sahaja memanifestasikan kerjasama erat antara Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia, tetapi juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merancang percutian mereka sambil menikmati pengalaman pelancongan secara langsung dalam aktiviti seni, kraf tangan, budaya serta warisan tempatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 07:01


Tiga sekeluarga berusia lapan dan sekitar 30-an berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kebakaran di tingkat dua sebuah pangsapuri di Taman Sentosa, Klang awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas ke lokasi kebakaran.

Ahmad Mukhlis berkata operasi pemadaman dan menyelamat turut melibatkan dua jentera masing-masing sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Light Fire Rescue Tender (LFRT) serta dua kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 06:30


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 11 individu warga Korea Selatan, termasuk lima wanita dalam serbuan Op Gegar di sebuah pusat hiburan tanpa lesen, di Kuala Lumpur awal pagi Jumaat.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, dengan seorang daripada wanita tersebut dipercayai bertindak sebagai pengurus premis berkenaan.

"Pusat hiburan ini dipercayai eksklusif untuk warga Korea dan berselindung di sebalik perniagaan restoran. Premis ini menawarkan perkhidmatan karaoke dalam bahasa Korea, dan pelanggan juga boleh membuat tempahan awal melalui telefon," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 05:30


Cuaca panas Tahap 1 yang berlaku di tujuh kawasan di Semenanjung disumbang oleh dua faktor.

Felo Akademi Sains Malaysia, Dr Fredolin Tangang berkata, kawasan Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian (MJO) yang mana keadaan ini menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

β€œPengurangan litupan awan meningkatkan pancaran matahari dan meningkatkan jumlah haba yang diserap oleh permukaan bumi dan ketiadaan hujan mengurangkan kesan penyejukan,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 05:01


Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali tiba di Malaysia pada Jumaat bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, yang merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini.

Pesawat yang membawa Abiy, bersama Wanita Pertama, Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.

Antara yang menyambut ketibaan beliau adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Datuk Yubazlan Yusof.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

25 Oct, 04:02


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

"Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda," menurut hantaran itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 23:30


Agenda keamanan BRICS perlu direalisasikan penting demi menamatkan konflik di Palestin, Lubnan dan Ukraine.

Presiden China, Xi Jinping berkata, ini termasuk inisiatif Kumpulan Rakan Keamanan (FPG) yang diterajui oleh China, Brazil dan negara-negara selatan global.

β€œAdalah penting untuk memajukan agenda keamanan BRICS demi mempertahankan keselamatan bersama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 23:01


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 1 di Parlimen Kuala Krau termasuk pembinaan dua menara baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak dan satu di DUN Jengka juga telah siap serta kini beroperasi.

Beliau berkata pembinaan dua menara di DUN Kerdau iaitu di Kampung Tanjung Danolang dan Kampung Teluk Sabak sudah selesai manakala kerja-kerja sambungan gentian optik serta bekalan elektrik dan pemasangan peralatan elektronik sedang dilaksana.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 22:00


Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, pada Rabu menggesa negara BRICS untuk melaksanakan penyelesaian kewangan menggunakan mata wang tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Mesir menegaskan kepentingan memajukan kerangka kerjasama dalam bidang penyelesaian kewangan menggunakan mata wang tempatan, dan memanfaatkan kelebihan perbandingan yang dimiliki oleh negara anggota untuk melancarkan projek ekonomi, pelaburan, dan pembangunan bersama," kata Sisi dalam ucapan di sidang kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 16:23


Sekurang-kurangnya tiga maut dan 14 lagi cedera dalam satu serangan letupan dan berbalas tembakan di ibu pejabat syarikat Industri Aeroangkasa Turkiye (TUSAS) berhampiran Ankara, pada Rabu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 14:32


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 4,043 kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

"Pihak Bukit Aman telah menyahut kebimbangan (Perdana Menteri) dan kita mengadakan operasi khas kemalangan jalan raya dengan memberi fokus kepada penunggang motosikal kerana ia merupakan antara penyumbang kemalangan jalan raya paling tinggi berbanding kenderaan lain," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 14:02


Sumber SPRM berkata kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan pada 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari 2021 hingga 2024.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 13:33


Jom beramai-ramai ke Karnival Cuti-Cuti Malaysia pada 25-27 Oktober depan bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay. Banyak aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk tawaran diskaun pakej pelancongan dosmestik sehingga 50 peratus dari lebih 100 pempamer.

#MOTAC #TourismMalaysia #MalaysiaTrulyAsia

Astro AWANI

23 Oct, 13:03


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita profesional negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100, Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata bantuan berkenaan diberikan melalui Institut Sukan Negara (ISN) berdasarkan keperluan atlet tersebut.

Hannah berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menawarkan bantuan proses pemulihan selepas pembedahan kepada atlet berusia 24 tahun itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 11:47


Pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani, atau lebih dikenali sebagai Alif Teega, hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyalah guna lebih RM60,000 wang yang diperoleh daripada kutipan program infak tahun ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 11:02


Naskhah William Shakespeare Life of King Henry the Fifth dikembalikan ke Perpustakaan Awam New Jersey selepas 101 tahun dipinjam.

Menurut laporan United Press International (UPI), pegawai di Perpustakaan Awam Paterson berkata Cynthia Delhaie menemukan buku itu ketika mengemas barangan milik arwah neneknya, Arlene Delhaie dan menyedari bahawa buku itu dipinjam pada 1923.

Delhaie kemudian menghubungi perpustakaan dan membuat persiapan untuk memulangkan buku itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 11:02


Seorang pelajar lelaki 14 tahun menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan membabitkan sebuah kereta semasa melintas jalan di KM 29 Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Taman Pemarak Tanjung Ipoh pada 18 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata kemalangan itu berlaku apabila pemandu warga emas lelaki berumur 68 tahun sedang membawa kereta jenis Proton Saga FL dalam perjalanan dari Melang ke Seremban.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 10:31


Jom sertai Astro AWANI sebagai Penyampai Berita!

Anda berbakat dan berminat dalam bidang penyiaran? Ini peluang untuk anda membina karier bersama Astro AWANI!

Jumpa kami di #JiwaSME untuk sesi uji bakat bersama Astro AWANI di Central i-City, Shah Alam pada minggu ini 25-27 Oktober!

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my

#JiwaSME2024 #JelajahJiwaSME

Astro AWANI

23 Oct, 10:02


Bahasa Melayu harus diangkat sebagai 'pemain utama' dalam pelbagai sektor bagi meningkatkan nilai ekonomi dan komersial bahasa kebangsaan di negara ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata bagi meningkatkan taraf dan peranan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, setiap penjawat awam perlu menggunakan bahasa kebangsaan yang berkualiti dalam penyediaan dokumen rasmi, sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan, negeri atau pihak berkuasa awam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 09:32


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membentangkan kajian menimbang dan memutuskan pandangan hukum berkaitan ajaran diamalkan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) kepada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 Sept lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata keputusan pandangan hukum berkenaan telah diperkenankan oleh Pengerusi MKI Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan seterusnya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja yang dijadual bersidang hari ini dan esok.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 08:31


Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 22 individu daripada 60 yang ditahan sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 08:02


Hospital Al-Awda di utara Gaza kini kehabisan bekalan perubatan dan makanan akibat pengepungan berterusan oleh Israel, termasuk bekalan bahan api yang semakin kritikal, kata pengarah hospital Mohamed Saleha pada Selasa.

"Kami hidup di bawah pengepungan sepenuhnya kerana pihak pendudukan Israel memperketat cengkaman mereka terhadap hospital sejak Isnin. Kakitangan perubatan tidak dapat bergerak atau menerima sebarang sokongan luar," katanya kepada Agensi Anadolu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 07:02


Isu-isu kritikal negara selatan global bakal menjadi fokus Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada 23 dan 24 Oktober ini.

Rafizi yang akan menyampaikan kenyataan negara pada sidang kemuncak itu akan memfokuskan kepada pembangunan mampan, pembaharuan sistem tadbir urus global dan situasi geopolitik di Timur Tengah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 06:32


Aset ketenteraan usang berusia lebih 30 tahun berisiko melemahkan sistem pertahanan negara, menurut Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) Datuk Mohd Arshad Raji.

Bimbang dengan keadaan usang aset ketenteraan negara, Arshad menegaskan, pemodenan diperlukan bagi mengekalkan keupayaan pertahanan yang kukuh dalam menghadapi ancaman semasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

23 Oct, 06:01


Jom sertai Astro AWANI sebagai Penyampai Berita!

Anda berbakat dan berminat dalam bidang penyiaran? Ini peluang untuk anda membina karier bersama Astro AWANI!

Jumpa kami di #JiwaSME untuk sesi uji bakat bersama Astro AWANI di Central i-City, Shah Alam pada minggu ini 25-27 Oktober!

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my

#JiwaSME2024 #JelajahJiwaSME

Astro AWANI

22 Oct, 14:33


Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan logo dan tema, dengan memilih bunga raya sempena Kepengerusian ASEAN pada 2025.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bunga raya membawa signifikan yang besar kepada Asia Tenggara memandangkan ia banyak terdapat di negara-negara di rantau tersebut, sekali gus selari dengan tema "Keterangkuman dan Kelestarian".

"Semua warna bendera negara ASEAN ada iaitu empat warna. Ini merupakan mesej yang kita nak tunjukkan kepada masyarakat di rantau Asia Tenggara betapa keperluan untuk terus bersama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 14:04


Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos bagi memastikan setiap perancangan dapat memberi manfaat kepada rakyat.


Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ini juga penting supaya golongan rakyat berhak menerima subsidi yang diperuntukkan secara saksama.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 13:04


Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan terus mengekalkan kedudukannya di selatan Lubnan walaupun berdepan cabaran dan tekanan yang berterusan, kata Ketua Misi dan Komander Pasukan, Aroldo Lazaro.


Ketegangan yang semakin memuncak serta pertempuran sengit yang berlaku baru-baru ini telah menguji ketahanan pasukan pengaman yang ditempatkan di kawasan terbabit, katanya dalam satu hantaran di platform X.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 12:33


Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di peringkat perwakilan tetap, bertempat di ibu pejabat Sekretariat Agung Liga di Kaherah, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, mesyuarat tergempar Majlis Liga Arab itu diadakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel.



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 11:29


Polis telah menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 44 ekor kambing yang dianggarkan bernilai RM55,000 di Kampung Repek, Pasir Mas, semalam.


Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan selepas anggotanya menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 20 dan 55 tahun semasa menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 12.30 tengah malam.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 11:01


Cadangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala, dengan kaedah penetapan melalui undang-undang mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini, wakil rakyat MUDA itu berkata, peningkatan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) itu boleh dilakukan dengan mengambil kira kedudukan ekonomi, termasuk kadar inflasi negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 10:06


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/3BUzKCP
πŸ”ΈParlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
πŸ”ΈPenggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar
πŸ”ΈPolis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
πŸ”ΈRemaja maut terperosok bawah MPV di Tambun
πŸ”ΈTasbih, buku doa peneman Yahya Sinwar sebelum syahid diserang Zionis
πŸ”Έβ€œSaya ada jumpa Fatima cuma keadaan dia tak sama” - Fattah Amin
πŸ”ΈJurulatih Gwangju terkejut JDT dibarisi ramai pemain import

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astro AWANI

22 Oct, 10:02


Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Tertuduh, Amran Yap, 24, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 09:31


Bedah siasat ke atas anggota One Direction, Liam Payne, menemukan pelbagai jenis dadah dalam sistemnya semasa terjatuh dari balkoni sebuah hotel di Argentina, minggu lalu.

Laporan beberapa media antarabangsa menyebut, laporan toksikologi awal mendedahkan koktel dadah yang dipanggil pink cocaine, antara lain mengandungi methamphetamine dan ketamin, ditemui semasa bedah siasat.

Payne, 31, sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan yang dialami susulan kemasyhuran yang diperoleh bersama kumpulan One Direction.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 08:31


Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan era tadbir urus lebih baik, selain untuk memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu juga selari dengan hasrat untuk memastikan syarikat kerajaan diurus mengikut mandat sebenar khususnya demi kesejahteraan ekonomi rakyat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 08:02


Kementerian Pertahanan memaklumkan kesemua 41 pesakit rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia bagi tujuan perubatan telah menerima rawatan sewajarnya.

Menurut jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen Malaysia, kementerian itu memaklumkan kesemua mereka menerima rawatan daripada doktor pakar dan staf perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan membabitkan Bahagian Ortopedik, Pediatrik dan Obstetrik dan Ginekologi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 07:20


Raikan usahawan dan bisnes tempatan bersama #AstroAWANI October ini! Sertai #JelajahJiwaSME yang akan berlangsung di Central i-City pada minggu ini, 25 - 27 October (Jumaat-Ahad).

Bersiap sedia untuk ketahui pelbagai solusi perniagaan terkini, penyelesaian untuk transformasi digital dan segala maklumat tentang pemasaran bersama usahawan dan pemimpin industri. Para usahawan PMKS jangan lepaskan peluang untuk β€œlevel up” bersama-sama! Jumpa di sana!

Untuk maklumat lanjut layari www.jiwasme.com.my

#JiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:18


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City, Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan wakil syarikat penyelesaian kewangan digital iaitu Kalyana 'Mohan' Teagarajan, Ketua Pegawai Eksekutif, Swipey @swipey.co

Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:16


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City, Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan perkongsian oleh usahawan tempatan seperti Henry Ting, Ketua Pegawai Eksekutif TTRacing @ttracing_co

Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:14


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City,Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan perkongsian oleh wakil daripada syarikat platform perniagaan digital seperti Loqman Firdauz, Pengurus Pendidikan Penjual daripada TikTok Shop Malaysia @tiktokshop_malaysia

Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:12


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City,Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan perkongsian oleh usahawan F&B seperti Foo Kuan Liang, Pengarah Urusan Big Onion Food Caterer Sdn Bhd
@bigonion_foodcaterer_sdn_bhd

Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:06


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City,Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan perkongsian pakar modal teroka dan equity crowdfunding dari Bikesh Lakhmichand, Rakan Kongsi & Ketua Pegawai Eksekutif, 1337 Ventures! @1337.ventures

Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:04


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City,Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan perkongsian oleh usahawan tempatan seperti Nini Tan, Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif dobiQueen
@dobiqueen


Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

22 Oct, 07:02


Pendekatan kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar adalah tanpa mengira kaum, dengan semua warganegara yang memerlukan bantuan akan disokong tanpa diskriminasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, walaupun majoriti penduduk miskin di negara ini terdiri daripada masyarakat Melayu dan Bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

22 Oct, 07:02


Mari bersama-sama memeriahkan #JiwaSME pada 25-27 Oktober (Jumaat-Ahad) ini di Central i-City,Shah Alam, Selangor.

Lonjakkan bisnes anda dengan perkongsian oleh pencipta kandungan media sosial seperti Rhys William, Pengasas MSCM Studios @mscm.my

Pelbagai aktiviti menanti anda pada hujung minggu ini. Jom jumpa kami di Central i-City, Shah Alam!

Layari www.jiwasme.com.my untuk info lanjut.
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024

Astro AWANI

20 Oct, 01:01


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan masih melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti kemungkinan harimau yang ditangkap hari ini adalah harimau yang sama menyerang dua lelaki hingga maut di Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata harimau yang ditangkap itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.

"Ketika tangkapan dilakukan harimau belang tersebut dalam keadaan sihat dan berdasarkan pemerhatian awal haiwan itu berusia lebih kurang lapan hingga 10 tahun," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 23:30


Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 98,054 notis melibatkan nilai kompaun RM24.5 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun ini bagi kesalahan merokok di tempat larangan.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

"Data berkenaan membuktikan kami serius menjalankan penguatkuasaan dan dakwaan bahawa petugas KKM tidak lagi menguatkuasakan peraturan larangan merokok adalah tidak benar...mereka (penguat kuasa) sering jalankan operasi setiap hari," katanya kepada pemberita.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 23:02


Iran memilih untuk keamanan tetapi ia juga bersedia menghadapi sebarang senario, kata Menteri Luar Abbas Araghchi pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

"Perluasan konflik di rantau ini adalah ancaman serius; kami menyokong keamanan, tetapi kami juga bersedia untuk sebarang senario," katanya dalam sidang media dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Hakan Fidan di Istanbul.

Walaupun bantahan antarabangsa dan usaha untuk menamatkan konflik, Israel meneruskan serangan udara dan darat di Lubnan dan Gaza.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 22:01


Pakistan mendakwa Israel sedang memusnahkan keseluruhan konsep "kedaulatan undang-undang" di peringkat antarabangsa melalui konflik di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap pada mesyuarat Jawatankuasa Keenam pada Jumaat, wakil Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Munir Akram menyatakan bahawa tindakan seperti pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta hak orang di bawah pendudukan asing, pembatalan perjanjian untuk kawalan senjata dan pelucutan senjata, keganasan dan diskriminasi terhadap agama, serta pembunuhan terancang di negara ketiga adalah pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 15:30


Sabah mampu dibangunkan dengan baik secara bersama apabila tiada ketirisan berlaku terutama dalam pelbagai bentuk bantuan dan projek pembangunan yang disalurkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, terutama menerusi perpaduan kukuh rakyat Sabah yang berbilang latar belakang, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Kita hentikan amalan buruk... ada tanah nak curi, ada balak nak rompak, ada kontrak nak sapu," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 15:29


Perdana Menteri berkata, beliau dan Prabowo yang bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia akan bekerjasama dengan lebih erat dalam suasana persahabatan.

Anwar menambah, kerjasama tersebut tidak hanya di peringkat peribadi tetapi juga negara.

Ujar Perdana Menteri, beliau percaya hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia akan memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 14:31


Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah, akan menunjukkan lokasi di mana dia didakwa dikurung selama kira-kira sebulan.

Ketua Polis Negara, Tan Razarudin Husain berkata, wanita berusia 41 tahun itu akan ke sebuah perkampungan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, yang terletak di Batu Hampar, Perak pada Ahad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 13:46


Syarikat Telekomunikasi Palestin (Paltel Group) mengumumkan gangguan sepenuhnya perkhidmatan internet di wilayah utara Semenanjung Gaza yang telah mengalami pembunuhan beramai-ramai berterusan dan pemindahan paksa oleh pasukan pendudukan selama 15 hari, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya, dengan menyatakan bahawa kru syarikat sedang bekerja keras untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin," jelas syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 13:14


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta bersempena lawatan kerja dari 19 hingga 20 Oktober atas undangan Kerajaan Indonesia untuk menghadiri Majlis Pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presiden kelapan dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden.

#AWANInews

πŸ“· : Sadiq Asyraf / PMO

Astro AWANI

19 Oct, 13:02


Peruntukan RM15 juta kepada pasukan Harimau Malaya, pasukan bawah 18 dan bawah 13, tidak boleh dibelanjakan sesuka hati atau untuk pembayaran gaji, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Sebaliknya Hannah berkata peruntukan tersebut khas untuk mendapatkan jurulatih bagi memperkasa skuad Harimau Malaya dan pasukan yang berkenaan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan akan memantau penggunaan peruntukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan dana hanya digunakan bagi peningkatan prestasi oleh barisan kejurulatihan dan bukan untuk kegunaan lain.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 12:30


Sempena sambutan Deepavali tahun ini, pelanggan Astro bakal menikmati pengalaman istimewa menerusi saluran pop-up khas, Astro 210, RUSI selama dua minggu, yang menampilkan pelbagai program masakan.

Ditayangkan tanpa sebarang caj tambahan, saluran itu akan bermula pukul 12.01 tengah malam, Isnin ini, hingga 11.59 malam, 3 November depan.

RUSI, yang bermaksud 'rasa' dalam bahasa Tamil, direka khusus untuk menceriakan sambutan Deepavali dengan menyajikan pelbagai program masakan tradisional dan moden.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 11:31


Data yang tepat dan menyeluruh adalah asas penting dalam memastikan setiap dasar dan program kerajaan memberi manfaat terbaik kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia, Nazaria Baharudin.

Menurut beliau, statistik nasional memainkan peranan kritikal dalam perancangan dan pelaksanaan dasar yang berkesan.

β€œKadar pengangguran, kemiskinan, penyertaan tenaga buruh, serta indikator demografi semuanya bergantung kepada maklumat daripada penduduk. Oleh itu, pengumpulan data ini amat penting sebagai asas kepada perancangan,” jelas Nazaria.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 11:03


Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 disifatkan sebagai memenuhi keperluan semua segmen pelajar dan mampu mengangkat martabat rakyat melalui pendidikan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata komitmen besar daripada kerajaan itu adalah inklusif yang bermaksud tiada anak-anak yang akan terpinggir serta semua segmen pelajar mendapat manfaat daripada peruntukan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 10:03


Untuk kali kedua, wajah dan nama Ernie Zakri dipaparkan di papan iklan ikonik Times Square, New York.

Pengiktirafan berprestij ini datang dari EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia, sekali gus mengangkat Ernie sebagai duta seni muzik Malaysia di pentas antarabangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Astro AWANI

19 Oct, 09:32


Perintah Gaji Minimum (PGM) sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa Februari tahun depan terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.

Menurut soalan-soalan lazim (FAQ) PGM yang disediakan Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan selaras Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang diratifikasikan oleh Malaysia pada 1997.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews