Ustaz Wadi Annuar Official @ustazwadiannuar_official Channel on Telegram

Ustaz Wadi Annuar Official

@ustazwadiannuar_official


https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar

📋 Bagi sesiapa yang berhajat untuk sama-sama membantu MediaUWA dalam kos pengurusan dan operasi bolehlah salurkan ke akaun:

MEDIA UWA SOLUTION
Maybank: 5520 5983 4949

Ustaz Wadi Annuar Official (Malay)

Ustaz Wadi Annuar Official merupakan saluran Telegram rasmi yang dikendalikan oleh Ustaz Wadi Annuar. Saluran ini bertujuan untuk menyampaikan ceramah agama, tazkirah, dan panduan kehidupan yang bermanfaat kepada para pelanggan. Dengan kandungan yang berkualiti dan ilmiah, Ustaz Wadi Annuar Official menjadi destinasi utama bagi individu yang ingin mendalami pengetahuan agama Islam serta mencari inspirasi dari ajaran agama. Para pelanggan juga akan mendapat akses kepada bahan bacaan, rakaman ceramah, dan kelas agama yang disampaikan secara eksklusif oleh Ustaz Wadi Annuar. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk memperkaya diri dengan ilmu agama yang bermanfaat. Sertai Ustaz Wadi Annuar Official sekarang dan sertai komuniti yang prihatin dengan perkembangan ilmu agama di kalangan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, layari pautan: https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar

Ustaz Wadi Annuar Official

21 Nov, 04:57


Wakil Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majed Bamya mengkritik tindakan Amerika Syarikat yang sekali lagi menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

"Adakah nyawa rakyat Palestin tidak berharga? Dan adakah Israel akan terus diberikan lesen untuk membunuh?" soalnya dalam persidangan Majlis Keselamatan PBB.

Ustaz Wadi Annuar Official

21 Nov, 03:06


Dalam berjenaka jangan sampai berbohong, apatah lagi menisbahkan sesuatu yang tidak sopan kepada Nabi ﷺ dan keluarganya. Sabda Nabi ﷺ:

‎“Celakalah buat seseorang yang menceritakan suatu cerita dengan tujuan untuk membuatkan sesuatu kaum itu ketawa maka dia berdusta. Celakalah buatnya, celakalah buatnya.” (HR Abu Daud)

#ustazwadiannuar

Ustaz Wadi Annuar Official

21 Nov, 00:12


Assalamualaikum, ikuti instagram backup Ustaz Wadi Annuar.

https://www.instagram.com/ustazwadiannuarofficial/profilecard/?igsh=bnhjMDJra2pvbzhi

Ustaz Wadi Annuar Official

20 Nov, 10:38


PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH ﷺ

Penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ bukan sekadar serangan terhadap seorang individu yang sangat disanjungi lebih daripada dua bilion Muslim di seluruh dunia, tetapi juga merupakan serangan terhadap kepercayaan dan kemuliaan yang sangat dijunjung tinggi oleh umat Islam.

Sungguh, hanya golongan yang mulia akan menyanjung kemuliaan, sedangkan golongan yang menghina kemuliaan tidak lain tidak bukan mereka itu sendirilah yang hina dan tercela.

Allah menjanjikan azab dan seksaan kepada umat para nabi terdahulu atas kebiadaban mereka terhadap nabi-nabi mereka. Perkara ini disebut dalam firman Allah SWT:

وَلَقَدِ ٱسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍۢ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُوا۟ مِنْهُم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu." (Surah al-An’am: 10)

Rasulullah ﷺ juga tidak terlepas daripada celaan, baik semasa hayat Baginda mahupun setelah wafatnya. Sehingga Allah menurunkan wahyu dalam surah al-Hijr ayat 95 untuk menenangkan hati Baginda, dengan firman-Nya:

إِنَّا كَفَيْنَـٰكَ ٱلْمُسْتَهْزِءِينَ

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu daripada kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu." (Surah al-Hijr: 95)

Cukuplah pembelaan Allah secara langsung terhadap Nabi daripada orang-orang yang menghina Baginda menjadi bukti betapa besar kesalahan ini di sisi Allah.

Ingatlah juga pesanan Allah agar beradab dengan Rasulullah ﷺ serta pesanan tentang ancaman-Nya terhadap mereka yang tidak beradab terhadap Baginda melalui firman-Nya:

لَّا تَجْعَلُوا۟ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَآءِ بَعْضِكُم بَعْضًۭا ۚ قَدْ يَعْلَمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمْ لِوَاذًۭا ۚ فَلْيَحْذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: "Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan sampai mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah an-Nur: 63)

Semoga Allah memelihara kita dan seluruh keturunan kita daripada melakukan tindakan yang kurang adab terhadap Rasulullah ﷺ, ahli keluarga Baginda, seluruh keturunannya, serta para ulama yang merupakan pewaris para nabi.

Ustaz Wadi Annuar Official

17 Nov, 14:15


Sirah Rasulullah (EP.27) Ustaz Wadi Annuar

https://www.facebook.com/share/v/foJfCDGtsD69of34/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

17 Nov, 04:22


Assalamualaikum, Pelayaran Islamik 51.0 pada 4 - 7 Disember 2024 bersama Ustaz Wadi Annuar dan juga Syeikh Muhd Zainul Asri. Pelayaran dari PORT KLANG-PHUKET-OPEN SEA-PORT KLANG. Boleh berhubung dengan pihak pelayaran Islamik.

https://wa.link/rmzm9e

https://www.facebook.com/share/v/iT7kQKAjxAHYU8Rd/?mibextid=UalRPS

Ustaz Wadi Annuar Official

16 Nov, 13:36


Sirah Rasulullah (EP.26) Ustaz Wadi Annuar

https://www.facebook.com/share/v/obxNTmsn85aGau4b/?mibextid=KsPBc6

Ustaz Wadi Annuar Official

16 Nov, 03:06


Maaf live terganggu, link live terbaru 👇🏻
https://www.facebook.com/share/v/2EacEV3Xpo6BJEGP/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

16 Nov, 02:24


🔴Live UWA • Ceramah Duha Perdana | Ustaz Wadi Annuar
Tarikh : 16 Nov 2024
Tajuk : Mahsyar
Live di Akademi Darul Ilmi

https://www.facebook.com/share/v/zKWnZR8CzRLtiCHs/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

16 Nov, 02:13


https://vt.tiktok.com/ZSjPqX25v/

Live Now 🛑 Jenis - Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar - Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar Official

15 Nov, 14:02


Ikuti live Ceramah Duha Perdana : Mahsyar, pada jam 10.30 pagi esok (15 Nov 2024) di facebook rasmi Ustaz Wadi Annuar.

Ustaz Wadi Annuar Official

15 Nov, 13:04


Sirah Rasulullah (EP.25) Ustaz Wadi Annuar

https://www.facebook.com/share/v/zaMSY4Cr4QyeDge1/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

14 Nov, 22:54


Jagalah aurat sebaiknya.

Sebagaimana Allah memerintahkan wanita untuk menutup aurat, begitulah juga lelaki.

Dosa lelaki mendedahkan auratnya sama seperti dosa wanita yang tidak menutup auratnya.

Semoga bermanfaat.

Ustaz Wadi Annuar Official

14 Nov, 06:29


Mimpi Bertemu Rasulullah ﷺ

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mimpi didefinisikan sebagai sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur. Dalam Islam, mimpi sering terjadi kepada para Nabi dan menjadi mukjizat bagi mereka.

Hal ini tercatat dalam al-Quran ketika Nabi Yusuf menceritakan mimpinya kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Aku melihat semuanya sujud kepadaku." (Surah Yusuf: 4).
Rasulullah ﷺ memberikan jaminan bahawa mimpi melihat Baginda adalah mimpi yang benar, bukan permainan syaitan. Dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي
Maksudnya: "Siapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sungguh dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupa parasku." (HR al-Bukhari)

Mimpi Sebagai Sandaran Hukum

Para ulama bersepakat bahawa mimpi yang baik merupakan satu khabar gembira, manakala mimpi para Nabi pula adalah wahyu yang wajib diamalkan seperti dalam peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan melalui mimpi untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Tidak dinafikan bahawa mimpi melihat Nabi ﷺ adalah mimpi yang benar dan bukanlah mainan tidur atau gangguan syaitan. Akan tetapi menurut Prof. Dr. Ali Jum’ah, ia tidak boleh dijadikan satu sandaran hukum syarak kerana waktu tidur adalah waktu seseorang berada di luar kesedaran penuh dan tidak dapat mendengar ucapan dengan baik.

Para ulama juga sepakat bahawa antara syarat untuk diterima periwayatan atau kesaksian, seseorang itu mestilah berada dalam keadaan sedar atau tidak lalai.

Oleh itu, apa yang didengari daripada Nabi ﷺ dalam mimpi tidak mempunyai jaminan kesahihan daripada Baginda. Berbeza dengan melihat Nabi dalam mimpi, kesahihannya telah dijamin. (Rujuk Mada Hujjiyatu al-Ru’yah ‘inda al-Usuliyyin, hal. 92)

https://whatsapp.com/channel/0029Va5zobQ5kg707J5TSl1Q/701

Ustaz Wadi Annuar Official

11 Nov, 13:13


Live Jualan Pendrive UWA

https://www.facebook.com/share/v/ru8nrg7w4LwyEH9D/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

11 Nov, 08:56


𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗜𝗟𝗠𝗜 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗨𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗟𝗛𝗗𝗡
No. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.8891

Akademi Darul Ilmi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa kelulusan pengecualian cukai LHDN telah diperoleh di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh itu, sumbangan yang disalurkan kepada Akademi Darul Ilmi kini layak untuk pengecualian cukai LHDN dengan nombor rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8891, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.

Dikesempatan ini, ADI ingin mengajak seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W untuk bersama-sama kita mengembleng usaha bagi memartabatkan institusi yang berteraskan perjuangan ini.
Sumbangan dan infak boleh dilakukan ke atas nama AKADEMI DARUL ILMI;

MAYBANK
5520 5989 9184
AKADEMI DARUL ILMI

Dikesempatan ini, pihak ADI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penginfak yang setia sejak awal penubuhan ADI. Marilah kita manfaatkan peluang ini untuk terus menyokong perjuangan ilmu demi masa depan yang lebih cerah. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami selama ini. Semoga segala amal jariah tuan/puan diberkati oleh Allah SWT.

---
Resit pengecualian cukai boleh didapati dengan berhubung dengan Pegawai melalui link di bawah

http://www.wasap.my/60138152060

https://www.facebook.com/share/v/18ysTRFNTV/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

11 Nov, 01:59


Aurat perlu ditutup dengan sempurna, bergaya tidak dilarang dalam Islam tetapi ada syaratnya.

Semoga bermanfaat.