CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia @cprckkm Channel on Telegram

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm


Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (Malay)

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dikenali sebagai cprckkm, merupakan sebuah saluran Telegram yang didedikasikan untuk menangani persediaan dan tindak balas krisis di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Saluran ini menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan isu-isu kesihatan awam dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi pelbagai bencana dan kecemasan.

Apakah CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia? Saluran ini adalah platform yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyampaikan maklumat penting kepada orang ramai berkaitan dengan persediaan dan tindak balas krisis di negara ini. Saluran ini juga berfungsi sebagai saluran komunikasi rasmi bagi orang awam untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini mengenai isu-isu kesihatan yang melibatkan negara.

Siapakah yang boleh mendapat faedah dari saluran ini? Semua individu, termasuk orang awam, warga kesihatan, dan pihak berkuasa tempatan, dapat mendapat faedah daripada saluran ini. Dengan mengikuti CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia, anda akan dapat mengakses maklumat penting berkaitan dengan persediaan dan tindak balas krisis yang boleh membantu anda bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi kecemasan.

Apakah maklumat yang disediakan oleh saluran ini? CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan isu-isu kesihatan awam, langkah-langkah pencegahan, penjagaan kesihatan, dan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengendalikan pelbagai bencana dan kecemasan. Anda juga akan mendapat akses kepada panduan kesihatan, statistik kesihatan, serta tips dan amaran kesihatan yang berguna untuk menjaga kesihatan anda dan keluarga anda.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia di saluran Telegram cprckkm. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan dapat memperoleh maklumat penting dan terkini berkaitan dengan persediaan dan tindak balas krisis di negara ini. Bersedia dan bijaklah menghadapi setiap krisis dengan bantuan maklumat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui saluran Telegram ini.

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

22 Jan, 04:07


https://www.facebook.com/share/p/1FHWQJGiPJ/

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

22 Jan, 04:06


5 Tahun Selepas COVID-19
Dengarkan di astro Radio News esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.
#MalaysiaSihat

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

14 Jan, 07:55


RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkinimenunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 15 sehingga 19 Januari 2025.Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di selatan Semenanjung danSabah serta Sarawak dalam tempoh yang berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan AmaranHujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Johor, Sabah dan Sarawakberkuat kuasa pada 16 hingga 19 Januari 2025.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuklaman web www.met.gov.my dan mediasosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumatyang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2:30 petang
Tarikh: 14 Januari 2025

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Jan, 12:09


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Mpox Di Malaysia

Untuk maklumat lanjut, soalan lazim (FAQ) berkenaan mpox boleh dicapai di pautan berikut:

mpox.moh.gov.my/ms/soalan-lazim

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

08 Jan, 07:23


Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.
Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.
Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.
Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.
Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.
Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

06 Jan, 07:47


https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/1006661144829222

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

06 Jan, 02:10


https://x.com/beritartm/status/1875874798481666315

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

05 Jan, 14:27


📌 Saksikan temu bual bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Bahagian Kawalan Penyakit KKM yang akan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan penyakit 'human metapneumovirus' hMPV.

Platform: Selamat Pagi Malaysia RTM 📺
Tarikh: 6 Januari 2025 (Isnin) 🗓️
Masa: 8:15 Pagi
Topik: Wabak hMPV di China, Adakah Sama Seperti COVID-19?

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMadani
#TaatSetia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

29 Dec, 06:29


RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) berkuat kuasa sehingga 30 Disember 2024.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 29 Disember 2024

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

24 Dec, 12:25


‘Microsleep’ 🥱 boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

17 Dec, 06:46


Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.
Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.
Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.
Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

13 Dec, 02:10


Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Dec, 08:27


Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. 🦠
💧Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

10 Dec, 02:21


LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 6:00 AM, 10 Disember 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

09 Dec, 08:33


Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata.
Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir.
Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu 🌊
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

04 Dec, 01:34


⚠️ Orang ramai haruslah sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti yang dikongsikan.
"𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓"
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

03 Dec, 02:12


⚠️ Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir.
“𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑”
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

05 Nov, 08:06


𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐓𝐚𝐡𝐮!!

𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 (𝐌𝐓𝐋) 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

Sumber : Malaysian Meteorological Department

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

22 Oct, 10:34


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan portal rasmi mpox (mpox.moh.gov.my) untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan mpox kepada orang awam dan petugas kesihatan.

Orang ramai boleh merujuk kepada portal tersebut untuk memastikan info yang dikongsi adalah tepat dan benar.

#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

22 Oct, 10:34


https://www.facebook.com/share/p/7BjNMztqKvVmUD2z/?mibextid=xfxF2i

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

24 Sep, 04:51


https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/1222370382137285

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

24 Sep, 04:51


Perspektif Pakar Mpox
📌 Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
📌 Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
📌 Apakah gejala mpox?
📌 Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?
Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

23 Sep, 02:51


Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan
Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Gunakan tisu untuk membuang kahak
Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.
Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
#MalaysiaSihat

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

20 Sep, 02:06


LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 4:00 PM, 19 September 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

13 Sep, 07:34


KAJIAN KECENDERUNGAN TARIKAN MESEJ SARINGAN KANSER PAYUDARA, INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL, KKM

Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Kajian Kecenderungan Tarikan Mesej Saringan Kanser Payudara : Kajian Rentas Masa Di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna media sosial mengenai mesej bagaimanakah yang lebih menarik dan mudah difahami oleh wanita bagi menggalakkan mereka menjalani saringan pemeriksaan kanser payudara.

Klik link ini untuk menjawab survey : https://redcap.crc.gov.my/surveys/?s=MMRDWCEXF7TREAPT

Kerjasama tuan/puan untuk meluangkan masa menjawab kajian ini amatlah dihargai.
Terima kasih.

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Sep, 06:16


Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.
#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

02 Sep, 01:39


KENYATAAN MEDIA
PRESS RELEASE

KELULUSAN KIT UJIAN MONKEY POX YANG BERADA DALAM PASARAN MALAYSIA

Layari media sosial MDA untuk melihat kenyataan penuh.

Instagram MDA : https://shorturl.at/ybJIV
Facebook MDA : https://shorturl.at/R8X3v
Tiktok MDA : https://shorturl.at/E0SIq

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

26 Aug, 12:12


Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#MalaysiaSihat

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

23 Aug, 13:25


Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

20 Aug, 14:39


Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

15 Aug, 09:52


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Kes Monkey Pox (MPOX)

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

26 Jul, 07:13


𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
26 Julai 2024
🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang.
Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES
#MalaysiaMADANI