Prof. Dr. Solehah Yaacob @solehahyaacob Channel on Telegram

Prof. Dr. Solehah Yaacob

@solehahyaacob


Professor,
The Philosophy of Arabic Grammar,
International Islamic University Malaysia

Prof. Dr. Solehah Yaacob (English)

Are you interested in delving deeper into the world of Arabic grammar? Look no further than the Telegram channel of Prof. Dr. Solehah Yaacob! As a respected professor at the International Islamic University Malaysia, Prof. Dr. Solehah Yaacob specializes in the Philosophy of Arabic Grammar. On this channel, you will find valuable insights, discussions, and resources related to Arabic grammar from a philosophical perspective. Whether you are a student looking to enhance your understanding of the subject or simply someone curious about the intricacies of language, Prof. Dr. Solehah Yaacob's channel is the perfect place for you. Join a community of like-minded individuals who share a passion for Arabic grammar and philosophy. Engage with fellow members, ask questions, and learn from the expertise of Prof. Dr. Solehah Yaacob himself. Stay updated on the latest developments in the field and broaden your knowledge in this fascinating area of study. Don't miss out on this unique opportunity to connect with a renowned expert in Arabic grammar and deepen your understanding of this rich and complex language. Join Prof. Dr. Solehah Yaacob's Telegram channel today and embark on a journey of discovery and enlightenment.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

13 Dec, 06:54


Semakin menarik podcast Alam Melayu Arkeologi Sejarah & Kitab ( Bahagian 4)

Nabi Sulaiman a.s bukan Yahudi dipercayai gelaran baginda adalah Raja Shalmanser berdasarkan catatan klasik kuno, adapun inskripsi Shalmanser 1300 BCE mempunyai perkataan 'Calah' . Manakala Ophir & Tanah seri ( Tennaserim) Adalah Cherosen Area atau Semenanjung Emas!
.
.
Jemput tonton :
https://youtu.be/J36yweKpCIg?si=JXoqUsl1PuPKe5VX

Prof. Dr. Solehah Yaacob

26 Nov, 09:22


Part 3

Prof. Dr. Solehah Yaacob

26 Nov, 09:20


Part 2

Prof. Dr. Solehah Yaacob

23 Nov, 07:09


Podcast Alam Melayu Datang lagi!

Podcast terbaru bersama channel logam berharga. Rancangan Alam Melayu ASK ( arkeologi, sejarah dan kitab) mempunyai 8 episod. Setiap jumaat jam 2pm akan disebarkan video2 tersebut selama 8 minggu berterusan. InshaAllah.

Untuk episod 1 Video berdurasi selama 55:39 minit .

Selamat menonton!

Kredit Channel Logam Berharga

https://www.youtube.com/watch?v=UA3vmm6gwWw

Prof. Dr. Solehah Yaacob

21 Nov, 15:51


Tahniah!

Profesor Dr Solehah yang telah dianugerahkan sebagai salah seorang Top Asia Mogul oleh Universal Core Publication atas sumbangan pemikiran dan kajian beliau berkenaan Pemikiran Bahasa Dan Tamadun . Anugerah ini dipilih berdasarkan penyelidikan dan cadangan yang teliti oleh beberapa pihak yang telah diberi mandat. Beliau telah membuat sumbangan yang berkesan kepada masyarakat dan komuniti pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Tunggu sahaja podcast mengenai pencapaian ini yang akan disiarkan melalui rangkaian sosial media milik beliau tidak lama lagi!

https://www.facebook.com/share/p/15djo1V6pL/?mibextid=oFDknk

Prof. Dr. Solehah Yaacob

20 Nov, 14:26


Mabruk, Viva Muhammad Haziq Arifin memperolehi keputusan cemerlang terhadap topik batu bersurat kuno Mesopotamia melalui 4 arah mata angin Iraq, Syria, Palestin dan Yaman.

Tajuk memang tidak pernah ditulis oleh orang Malaysia dan Asia tenggara. Sesungguhnya tesis ini bakal menjadi rujukan dunia dan tanah arab khususnya tentang batu bersurat kuno terawal. Tesis ni bukti kukuh menyokong kenyataan Prof Dr Solehah Yaacob tentang bahasa terawal dunia.

Terima kasih kepada pemeriksa luar Prof Dr Hussein Batainah yang kagum dengan penulisan ini. Begitu juga pemeriksa dalaman Prof Dr Asem Shehadah amat kagum dengan metode yg digunakan dalam tesis ini. Ia bakal menjadi rujukan dunia.

Tahniah Haziq!

https://www.facebook.com/share/p/1VikPbAKjb/

Prof. Dr. Solehah Yaacob

15 Nov, 04:05


KAUM ‘AD

‘Ad merupakan suku kaum Nabi Nuh as yang paling tua setelah generasi pertama kaum Nabi Nuh as pupus. Kaum ‘Ad ini masyhur dengan kekuatan jasmani mereka membelah gunung-ganang dan bukit bukau untuk dijadikan tempat tinggal yang tersergam indah.

Dipercayai kaum ‘Ad mempunyai 13 kabilah. Antaranya termasuklah Rafada, Zamala, Sodda dan al-Ubud. Allah swt mengurniakan tanah yang sangat subur kepada mereka. Sumber airnya dari segenap penjuru tanah sehingga mudah untuk bercucuk tanam bagi menghasilkan sumber makanan dan mencantikkan kediaman dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Dengan berkat kurniaan Allah swt, mereka hidup dalam keadaan bahagia dan makmur tetapi hanya dalam waktu yang singkat. Suku mereka menguasai kebanyakan kawasan di sekitar mereka dan menjadi suku yang paling besar antara suku-suku lain di sekelilingnya.

Terdapat kisah kaum ‘Ad yang menyimpang dari akidah tauhid. Diceritakan terdapat seorang lelaki yang bernama Himyar bin Muwaila’ yang berpaling tadah daripada menjadi hamba yang taat kepada menderhaka kepada Allah swt disebabkan Allah swt telah mematikan semua anak-anaknya.

Oleh sebab tidak dapat menerima keadaan tersebut, maka beliau menyeru kepada kaum ‘Ad supaya menyembah berhala. Maka, mereka membina patung yang dinamai “Shamud” dan “al-Hattar” dan menyembahnya.

Bukan sekadar itu, mereka juga membuat pelbagai dosa dan maksiat serta mendatangkan kerosakan di muka bumi. Oleh itu, Allah swt mengutuskan Nabi HJHud as kepada kaum ‘Ad untuk membetulkan jalan hidup mereka.

Semoga Allah swt sentiasa membimbing kita semua ke arah jalan yang diredhai, meskipun kita ditimpa ujian-ujian yang berat atau kita diberikan kesenangan yang melimpah ruah di dalam kehidupan di dunia ini.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

09 Nov, 07:35


Terhad kepada 40 orang terawal sahaja. Baki tinggal 15 kekosongan saja lagi.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

09 Nov, 07:17


Assalamualaikum wrt wbrt

Alam Melayu telah mempunyai hubungan dengan Khalifah Uthmaniyah sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Manuskrip Melayu banyak tersimpan di luar negara termasuklah di Turkiye dan pelbagai negara lain.

Sertai misi Prof. Dr. Solehah Yaacob, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin dan Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin dalam Menyelusuri Manuskrip Bangsa Melayu di Turkiye dan Iraq pada 19-29 Januari 2025!

Terhad kepada 40 orang terawal SAHAJA!!!

Harga Asal: RM17,400
Harga Early Bird (Sebelum 19/11/2024) : RM14,950

Untuk pendaftaran, sila hubungi MCIO Travel and Tour Sdn Bhd:
01174643234

https://www.wasap.my/601174643234/turki

Perkhidmatan bayaran pemotongan ANGKASA disediakan untuk kakitangan kerajaan.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

28 Oct, 08:36


APA ITU BAHASA ARAMAIK?

Aram (juga dikenali sebagai Iram) merupakan anak Sam bin Nuh yang kelima. Bahasa Aramaik adalah Bahasa yang dinisbahkan kepada Aram dan juga keturunannya. Oleh itu, Bahasa Aramaik berasal daripada Bahasa Arab-Proto kerana Bahasa ini merupakan Bahasa kaum Aram, iaitu cucu Nabi Nuh as.

Meskipun Bahasa Aramaik tidak sama dengan Bahasa Arab yang tercatat dalam al-Quran, tetapi Bahasa tersebut masih tergolong dalam dialek atau lahjah Bahasa Arab kerana kedudukan dialek tersebut masih berada dalam kawasan lembah yang subur di Semenanjung Tanah Arab.

Evolusi tulisan dan kata dalam sesuatu Bahasa berlaku seiring dengan perubahan pemikiran bangsa dan umat pada sesuatu zaman. Identiti bangsa Arab yang paling signifikan ialah bahasanya, meskipun dialek atau lahjahnya berbeza.

Maka, sudah tentu sifat asas sesuatu Bahasa itu mesti berasal daripada induk yang sama meskipun melalui proses yang berabad-abad lamanya dan muncul dari tempat yang berlainan tetapi masih lagi berada dalam kerangka sempadan tanahnya yang asal dan masih lagi dalam keluarga yang sama.

Kajian akademik yang dibuat oleh Barat seolah-olah mengabaikan perkaitan antara sejarah tamadun manusia dengan kisah anbiya, serta Bahasa para nabi pada ketika itu. Bahkan, maklumat dan data sejarah telah diubah dan dicampuradukkan kerana tiada penglibatan dunia Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam setiap keputusan yang dibuat.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

23 Oct, 02:13


AHLI PIDATO DALAM KALANGAN PARA NABI

Nabi Shuib dikenali sebagai Khatib al-Anbiya (ahli pidato dalam kalangan para nabi) kerana kecekapan dan kefasihannya di dalam berdakwah.

Nasab dan nama asal baginda adalah Shuib bin Mikil bin Yasjir bin Madyan bin Ibrahim bin Azar bin Nahur bin Suruj bin Ra’u bin Falikh bin ‘Abir bin Shalikh bin Arfakshad bin Sam bin Nuh. Al-Quran menyebutkan mengenai kisah Nabi Shuib sebanyak 17 kali.

Nabi Shuib dipercayai merupakan seorang lelaki berbangsa Arab yang menetap di sebelah barat Semenanjung Tanah Arab. Kenyataan ini diakui oleh sumber Yahudi tentang bangsa Nabi Shuib dan Bahasa pertuturannya.

Baginda menetap di Laut Merah di tenggara Gunung Sinai. Masyarakatnya terkenal dengan perbuatan buruk dan tidak jujur dalam timbangan ukuran, juga dikenali sebagai kaum kafir yang tidak mengenal Tuhan.

Dirumuskan bahawa Nabi Shuib merupakan seorang lelaki berbangsa Arab yang mahir berpidato. Hal ini membuktikan bahawa pertuturan kaum Madyan yang dipercayai daripada keturunan bahasa Semitik Barat berperanan menyebarkan dakwah Islam melalui khutbah yang hebat dengan menggunakan bahasa daripada keturunan Sam bin Nuh.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

17 Oct, 06:21


SIAPAKAH ZULQARNAIN?

Zulqarnain hidup pada zaman Nabi Ibrahim as. Kisah mengenai Zulqarnain disebut di dalam Surah Al-Kahfi namun tidak disebutkan namanya.

Terdapat banyak pandangan mengenai siapakah Zulqarnain. Ada yang mengatakan baginda adalah Alexander the Great dan Cyrus the Great.

Pada penelitian saya, baginda bukan Cyrus The Great dari Parsi dan juga bukan juga Alexander The Great dari Macedonia.

Beberapa tafsir menjelaskan baginda ini hidup di zaman Nabi Ibrahim as dan telah memeluk agama Hanif atau syariat Ibrahim as. Baginda telah tawaf mengelilingi Kaabah bersama nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as.

Manakala Nabi Khaidir merupakan menteri serta penasihat baginda. Maklumat ini logik apabila penulis mendapati ketiga-tiga watak besar ini berada dalam generasi ummah yang sama di mana Nabi Ibrahim AS dan Nabi Khaidir AS berasal dari jalur keturunan yang sama iaitu dari Arfakshad ( anak Sam yang ketiga).

Adapun Zulqarnain dari jalur Aram ( anak Sam yang kelima). Hakikatnya mereka ini semua mempunyai darah yang sama iaitu dari keturunan Sam bin Nuh. Selain itu mereka ini hidup pada waktu yang sama.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

13 Oct, 00:29


Agama Yang Benar Di Alam Semesta Ini Hanyalah Satu Iaitu Islam

https://www.facebook.com/share/v/1mJy7jBqDhuM7tMh/

Prof. Dr. Solehah Yaacob

11 Oct, 03:18


BANI |SRÆL DAN ¥AHUD¡

Nama lain bagi Nabi Ya’qub adalah |sræl. Bani |sræl adalah keturunan Nabi Ya’qub AS. Israel dalam Bahasa Aramaik bermaksud ‘hamba Tuhan’ seperti mana ‘Abdullah’ dalam Bahasa Arab. Hakikatnya ‘el’ yang bermakna ‘Tuhan yang satu’ bukan hanya terdapat dalam Bahasa Aramaik, bahkan disebut juga dalam Bahasa Kan’an, Phoenician, Akkadi, dan Assyria.

Nabi Ya’qub mempunyai 2 orang isteri iaitu Laiya dan Rahil. Menurut catatan ahli sejarah, cendikiawan Islam serta para rahib Yahudi dan Kristian, Nabi Ya’qub mempunyai 12 orang putera dan seorang puteri.

Dakwaan yang mengatakan anak-anak Nabi Ya’qub berfahaman ¥ahud¡ boleh ditolak kerana nama tersebut ialah hasil ciptaan pendeta ¥ahud¡ yang bertujuan untuk menyebarkan propaganda mendaulatkan ideologi ¥ahud¡.

Perkara ini disebut oleh ramai para pengkaji sejarah dan dokumentasi purba, antaranya termasuklah Sanhedrin dalam bukunya The Babylonian Talmud. Seder Nezekin pula mengatakan bahawa “Musa dan Perjanjian Lamanya benar, adapun mereka (¥ahud¡) itu pembohong”.

Nabi-nabi bukan dari golongan ¥ahud¡. Para Anbiya semuanya berbangsa Arab Proto dan tidak ada nabi daripada orang ¥ahud¡. Kebiasaannya, mereka yang mengatakan Nabi-nabi dari kalangan ¥ahud¡ mengaitkan dengan anak Nabi Ya’qub yang bernama Yahudza. Dalam Bahasa Arab huruf Dal (¥ahud¡) dan huruf Zai (Yahudza) itu memiliki perbezaan yang sangat besar.

Justeru, tidak wajar untuk kita mengaitkan Bani |sræl dengan ¥ahud¡ kerana kedua-duanya adalah golongan yang berbeza.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

10 Oct, 04:11


𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐀𝐒𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐄$𝐓¡𝐍

Penduduk asal yang mendiami Pa|e$t¡n adalah bangsa Kan’an sejak tahun 3500 Sebelum Masihi. Bangsa Ka’an dinisbahkan kepada cucu Nabi Nuh AS yang merupakan anak kepada Ham.

Bangsa Kan’an menetap di bumi Pa|e$t¡n dengan aman sehinggalah kedatangan ideologi atau fahaman ¥ahud¡ yang mengambil segala-galanya daripada mereka. Keadaan ini menyebabkan bangsa Kan’an mendapat pertolongan dari sahabat mereka, iaitu bangsa Phoenic dan Aram.

Banyak batu bersurat dan peninggalan sejarah yang menjadi kebanggaan bangsa Ugarit, antaranya termasuklah penulisan abjad paku (abjad Phoenic) yang dijumpai di sekitar tempat ibadah. Abjad ini mempunyai 22 huruf dan bahasanya menggunakan lahjah Kan’an asli.

Peninggalan sejarah ini membuktikan bahawa kesusasteraan bangsa Kan’an dan Phoenic ini memang hebat. Contohnya, perkataan eil hakikatnya berasal dari nama tuhan bangsa Ugarit yang bermaksud Ilah.

Terdapat juga nama yang diakhiri dengan ‘eil’ seperti Israfil, Jibrail, dan Ismail yang bertujuan untuk mendapatkan keberkatan tuhan seperti menambah sifat tuhan pada nama seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan sebagainya.

Kehebatan ilmu pengetahuan bangsa Kan’an dan Phoenic ini maju sehinggalah kedatangan ¥æhud¡ mengambil hak mereka. Carl Brokelman mengatakan bahawa kebanyakan nasab bangsa Kan’an dihilangkan dari keturunan Sam bin Nuh walaupun mereka mempunyai hubungan yang kuat dari segi Bahasa kerana sikap perkauman ¥ahud¡ yang merosakkan kepentingan ekonomi, politik dan agama.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

08 Oct, 04:07


APA ITU BAHASA SEMITIK?

Bahasa Semitik adalah Bahasa yang dinisbahkan kepada anak Nabi Nuh yang bernama Sam. Di dalam Bahasa Inggeris dipanggil Semitic Language, manakala dalam Bahasa Arab dipanggil al-Lughah al-Samiyyah.

Mengikut pandangan ahli tafsir, anak-anak Nabi Nuh AS yang menaiki kapal ketika banjir besar adalah Sam, Ham dan Yafith. Setelah banjir besar tersebut surut, anak-anak Nabi Nuh bertebaran ke muka bumi untuk meneruskan kehidupan.

Keturunan Sam bin Nuh ini menetap di kawasan lembah Mesopotamia. Ham berhijrah ke Habsyah dan Yafith berhijrah ke kawasan Rom. Di sini lah bermulanya kepelbagaian bangsa dalam kehidupan manusia.

Schlozer (penulis Jerman) mendakwa bahawa kesemua Bahasa Semitik ini berasal dari satu Bahasa yang dinamakan sebagai “ibu kepada semua Bahasa Semitik tersebut” atau disebut dalam Bahasa Jerman sebagai Ursemitisch. Namun, sehingga hari ini, pihak Orientalis masih tidak dapat memberikan jawapan yang tepat berkenaan dengan Bahasa Semitik yang menjadi “induk” kepada Bahasa Semitik lain.

Tanpa kajian yang menyeluruh tentang keturunan Sam bin Nuh dan Bahasa pertuturan Sam dengan ayahnya iaitu Nuh dan keturunannya, sudah tentu tidak ditemukan jawapannya. Sedangkan kajian tentang perkara tersebut hanya boleh dijalankan dengan merujuk kepada al-Quran, hadis, Taurat, Injil dan batu bersurat kuno sebelum zaman Nabi Musa AS.

Prof. Dr. Solehah Yaacob

29 Sep, 09:18


https://www.facebook.com/share/v/YauyBJf1hXa9DFaF/?mibextid=D5vuiz

Temuramah oleh Columnist Mesir dan Yaman

Prof. Dr. Solehah Yaacob

24 Sep, 02:32


Berpuluh Ribu Manuskrip Hubungan Alam Melayu Dan Empayar Uthmaniyyah

Arkib kerajaan Uthmaniyyah, Negara Turkeye telah menyimpan sebanyak 96 juta manuskrip semasa zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyyah dan Empayar Khalifah Uthmaniyah bermula dari 1300 Masihi sehingga 1800 Masihi. Terdapat seksyen-seksyen tertentu di bangunan arkib ini, antaranya seksyen Alam Melayu. Berdasarkan maklumat kurator arkib ini Manuskrip2 ini tidak dibongkar oleh orang Melayu, inilah kali pertama ia dikunjungi oleh orang Melayu iaitu Ustaz Datuk Mohamad al Amin, Prof Dr Hidayah (UM) dan beberapa orang pelajar beliau. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka!

Hampir keseluruhan manuskrip² ini ditulis di dalam bahasa Arab Fushah. Maka dengan ini kita faham apabila Alam Melayu berhubung dengan empayar Uthmaniyyah atau Empayar Abbasiyah hatta Empayar Umaiyyah, Raja-raja Alam Melayu akan menggunakan bahasa Arab tinggi ( fushah). Justeru terdapat manuskrip2 dari kerajaan Kedah Tua, kerajaan Johor Riau, kerajaan Melaka melalui surat2 yang ditulis oleh Sultan Mahmud dan beberapa orang lagi Sultan adalah dalam bahasa Arab tinggi. Adapun penulisan surat sesama Alam Melayu, Raja-raja Melayu akan berhubung menggunakan tulisan jawi ( simbol arab sebutan Melayu).

Untuk makluman pembaca, bidang kajian pembentukan tulisan dan perkembangannya serta pengaruh orientalis ke atas dunia Islam adalah di antara bidang kajian penulis selain dari kepakaran dalam usul Nahu dan falsafah.

Teguran saya kepada pihak yang memperkecilkan dan mempersoalkan kredibiliti saya dalam mengemukakan hujah tentang hubungan Alam Melayu dengan Empayar Islam adalah tidak berasas sama sekali. Ini kerana mempunyai kepakaran dalam memahami struktur ayat bahasa Arab tinggi serta lenggokan uslub metafora serta bentuk simbol tulisan khat yang mempunyai berpuluh-puluh kaedah itu, telah membatalkan tohmahan dan kejian mereka.

Sejarah bermaksud sesuatu peristiwa yang telah lepas. Lingua Franca atau bahasa antarabangsa ketika itu adalah bahasa Arab Fushah atau bahasa al Quran ( bahasa tinggi). Justeru mereka di dalam bidang ini saja mampu membongkarnya. Tanpa kebolehan ini atau tanpa mengkaji manuskrip² rujukan Arab ini, anda gagal memahami situasi yang sebenar.

Harapan saya, fahamilah sejarah itu luas ia bukan milik sebuah golongan sahaja. Sejarah itu sebahagian dari bahasa. Di bawah cabang ilmu bahasa, ia mengandungi bidang² yang lain seperti arkeologi, sejarah, antropologi, geologi, falsafah dan Usuluddin, fiqh usul fiqh dll. Benarlah kata-kata Imam Shafie, "Aku menggunakan ilmu Nahu untuk menyelesaikan permasalahan dalam mengeluarkan hukum usul fiqah bila aku diajukan persoalan, tanpa menggunakan ilmu nahu ini aku tidak mampu membongkar permasalahan isu tersebut", maka belajarlah ilmu bahasa kerana ia mampu membongkar rahsia dan mampu menyelesaikan masalah.

Dilampirkan beberapa manuskrip yang sempat difoto. Gambar manuskrip² ini agak kabur, InshaAllah kita cuba dapatkan salinan dari yang asli tidak lama lagi untuk dipaparkan di media sosial saya.

Profesor Dr. Solehah Yaacob

Prof. Dr. Solehah Yaacob

18 Sep, 02:53


Kita kurang melakukan Kajian Pemikiran dan Falsafah Tamadun Bahasa | Prof. Dr. Solehah Yaacob

Prof. Dr. Solehah Yaacob

06 Sep, 07:27


TIADA GANTI NYA 

      MasyaAllah
     TabarakAllah

Pada kami (Pihak Penganjur : Nur Al-Mustafa Malaysia) beliau seorang wanita yang berani mencabar naratif yang telah lama disalahertikan masyarakat mahupun dunia secara keseluruhannya.

Prof. Dr. Solehah, salah seorang yang arif dalam sejarah dan peradaban Bangsa Melayu, tidak pernah mengenal erti putus asa dalam usahanya membetulkan fakta yang kian lama diputarbelitkan oleh para orientalis.

Dengan dedikasi yang luar biasa, beliau menghabiskan bertahun-tahun menyelidik, mengupas manuskrip-manuskrip lama dan mengangkat kebenaran yang hampir tenggelam dalam arus zaman.

Keberanian beliau bukan sahaja dalam menyelidik tetapi juga dalam menyuarakan kebenaran, walaupun berhadapan dengan kritikan dan cabaran dari pelbagai pihak.

Prof. Dr. Solehah, kami kira merupakan satu dalam sejuta – seorang ilmuwan yang bukan sahaja menjaga ilmu tetapi juga maruah bangsa & agama.

Alhamdulillah, sejarah yang dibongkar secara luas oleh beliau, telah membuka minda & menyedarkan Bangsa Melayu ini dari tidur yang panjang.

In Shaa Allah, bersama Prof.Dr.Solehah dalam program 'Man Ana'. Mengenal 'Siapa Kamu?'  melalui pemahaman sebenar sejarah Bangsa Melayu sebagai antara bangsa tertua di dunia.

Daftar segera sini sebelum pintu pendaftaran ditutup pada bila2 masa.. 👉
https://nuam2u.onpay.my/order/form/mananasept2024
.
.
#nuamm #duam #ampublication #manana #kenaldirikenalilmukenalAllah

Prof. Dr. Solehah Yaacob

05 Sep, 23:43


TIADA GANTI NYA 

      MasyaAllah
     TabarakAllah

Pada kami beliau seorang wanita yang berani mencabar naratif yang telah lama disalahertikan masyarakat mahupun dunia secara keseluruhannya.

Prof. Dr. Solehah, salah seorang yang arif dalam sejarah dan peradaban Bangsa Melayu, tidak pernah mengenal erti putus asa dalam usahanya membetulkan fakta yang kian lama diputarbelitkan oleh para orientalis.

Dengan dedikasi yang luar biasa, beliau menghabiskan bertahun-tahun menyelidik, mengupas manuskrip-manuskrip lama dan mengangkat kebenaran yang hampir tenggelam dalam arus zaman.

Keberanian beliau bukan sahaja dalam menyelidik tetapi juga dalam menyuarakan kebenaran, walaupun berhadapan dengan kritikan dan cabaran dari pelbagai pihak. Prof. Dr. Solehah, kami kira merupakan satu dalam sejuta – seorang ilmuwan yang bukan sahaja menjaga ilmu tetapi juga maruah bangsa & agama.

Alhamdulillah, sejarah yang dibongkar secara luas oleh beliau, telah membuka minda & menyedarkan Bangsa Melayu ini dari tidur yang panjang.

In Shaa Allah, bersama Prof.Dr.Solehah dalam program 'Man Ana'. Mengenal 'Siapa Kamu?'  melalui pemahaman sebenar sejarah Bangsa Melayu sebagai antara bangsa tertua di dunia.

Daftar segera sini sebelum pintu pendaftaran ditutup pada bila2 masa.. 👉
https://nuam2u.onpay.my/order/form/mananasept2024
.
.
#nuamm #duam #ampublication #manana #kenaldirikenalilmukenalAllah