Nota Parenting Taufiq Razif @notataufiqrazif Channel on Telegram

Nota Parenting Taufiq Razif

@notataufiqrazif


Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Nota Parenting Taufiq Razif (Malay)

Nota Parenting Taufiq Razif adalah saluran Telegram eksklusif yang menyediakan maklumat berguna mengenai parenting dan kekeluargaan. Dikelolakan oleh Taufiq Razif, saluran ini menyediakan panduan, tips, dan cerita-cerita pengalaman untuk membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan betul. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan mendapat akses kepada artikel-artikel terkini dan pengetahuan yang berguna dalam membesarkan anak-anak anda. Jadi, jom sertai Nota Parenting Taufiq Razif sekarang untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik!

Nota Parenting Taufiq Razif

12 Jan, 01:03


๐Ÿ™‹ Anak ada Fear of Abandonment? ๐Ÿ™‹

Apa nak buat?

Ok anak yang ada Fear of Abandonment ni dia perlukan :

โœ… Rasa disayangi
โœ… Rasa diperhati
โœ… Rasa dilindungi

Buatkan dia rasa 3D di atas tau

D-sayangi
D-perhati
D-lindungi

Cuma fear of abandonment ni biasanya dah berakar umbi dalam diri dia jadi kenalah ambil masa sikit untuk "rawat" ketakutan tu.

Jangan pernah mengalah. Teruskan berusaha untuk buat yang terbaik wahai emak ayah โค๏ธ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

10 Jan, 01:04


๐Ÿ™‹ Anak terlalu clingy? ๐Ÿ™‹

Anak terlalu clingy atau asyik nak melekat je 24 jam tu normal

Cuma ada yang agak tak okay bila dia jadi :

โŒ people-pleaser
โŒ sembunyikan emosi dia
โŒ terlalu bergantung pada kita
โŒ terlampau cemas bila rasa kita tak sayang dia

Ni semua antara tanda-tanda anak ada FEAR OF ABANDONMENT

Biasanya terjadi pada anak yang :

- selalu ditinggal masa kecil dulu
- kita selalu sibuk dengan kerja
- kita banyak tinggal dia dengan pengasuh
- kehilangan mak ayah di awal usia

Apa nak buat dengan anak yang ada Fear of Abandonment ni?

Ok nanti esok atau lusa kalau free saya jawab soalan ni ya dengan syarat bagi tanda โค๏ธ banyak banyak ๐Ÿ‘Œ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

07 Jan, 01:03


๐Ÿ™‹ Nak kenal anak dengan lebih mendalam? ๐Ÿ™‹

Salah satu cara nak kenal anak kita dengan lebih mendalam adalah dengan cara :

๐Ÿ‘‰ Kita kena kenal ketakutan (FEAR) yang ada dalam diri anak kita

Jenis fear yang boleh ada dalam diri anak kita :

โ€ข fear of abandonment
โ€ข fear of failure
โ€ข fear of dissaproval
โ€ข fear of showing emotions & weakness

Semua ni membentuk siapa anak kita sebenarnya

Dari fear ni lah terbentuk personaliti, cara pandang, perangai dan siapa diri anak kita yang kita tak pernah tahu sebelum ni

Cuba bagi โค๏ธ kalau nak belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu ni

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

05 Jan, 01:00


๐Ÿซค Anak macam jauh hati je? ๐Ÿซค

Ni ilmu penting ni. Tolong baca sampai habis

Nak ikat hati anak jangan ikat dengan :

โŒ fizikal semata
โŒ emosi semata

Ikatlah hati anak dengan :

โœ… Rohani kita juga

Macam mana nak ikat hati anak dengan rohani kita?

๐Ÿคฒ Selalu doakan anak kita
๐Ÿคฒ Sebut nama dia dalam doa kita
๐Ÿคฒ Bayangkan wajah anak kita tu dalam doa kita

Yang penting, sayang dia bukan cuma untuk dunia mereka tapi sayang tu sampai akhirat sana juga

insyaAllah kita dengan anak kita akan ada "bonding hati" yang sangat kuat.

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

02 Jan, 01:00


Dah dibukaโ€ผ๏ธ

3 pembeli terawal akan dapat hadiah wang tunai RM70.00

Jualan ini dibuka selama 3 hari sahaja. Selepas itu akan ditutup. Jadi dapatkan segera di sini sebelum terlambat ๐Ÿ‘‡

rahsiadidik.com

p/s : Susah nak ajar anak bab iri hati ni. Lepasni tak risau dah sebab bagi je anak baca buku digital ni insyaAllah dia terus faham cara nak urus sikap iri hati & jadi lebih bahagia dan bersyukur insyaAllah

Nota Parenting Taufiq Razif

02 Jan, 01:00


๐Ÿ˜“ Anak lost contact dan putus silaturrahim sesama mereka

๐Ÿ˜“ Anak jadi musuh sesama mereka dan selalu bertengkar

๐Ÿ˜“ Anak jadi simpan dendam sesama mereka

3 perkara di atas ni lah yang paling kita takuti bila anak tak ada ilmu untuk urus IRI HATI yang berlaku sesama mereka

Kadang kita dah buat macam macam dah tapi yelah benda ni tak nampak, terpendam jauh di lubuk hati anak anak kita ๐Ÿ˜ญ

Sebab tu saya hasilkan buku digital Maryam & Si Iri Hati ni supaya anak kita :

โœ… tahu cara nak urus iri hati bila ianya mula muncul dalam hati
โœ… tahu apa tanda-tanda iri hati nak datang
โœ… tahu cara nak halau iri hati dari dalam diri
โœ… tahu cara nak jadi lebih bersyukur

Tak perlu susah-susah nak ajar anak ilmu ni semua. Bagi je anak baca buku digital Maryam & Si Iri Hati ni ya

Dapatkan di sini cepat cepat sebab saya buka selama 3 hari sahaja dan 3 pembeli terawal akan dapat wang tunai RM70

Beli di sini ๐Ÿ‘‡

rahsiadidik.com

rahsiadidik.com

rahsiadidik.com

Nota Parenting Taufiq Razif

01 Jan, 13:24


Standby siap siap pukul 9 pagi esok tau.

3 pembeli terawal akan dapat hadiah wang tunai RM70.00

Yang lebih penting, kita nak didik anak kita untuk urus sifat iri hati dia.

Susah nak didik bab nak urus iri hati ni tapi jangan risau, bagi je anak baca buku digital Maryam & Si Iri Hati ni tau

Jumpa esok pukul 9 pagi ๐Ÿ‘‹

Nota Parenting Taufiq Razif

01 Jan, 01:05


โ€ผ๏ธBerita Gemparโ€ผ๏ธ

Saya menghadapi masalah teknikal. Buku Digital Maryam & Si Iri Hati terpaksa ditunda pelancarannya pada besok hari pukul 9 pagi.

Sebab rasa bersalah sangat pada yang dah tunggu nak beli pada pagi ni, saya up hadiah wang tunai kepada RM70.00 pada 3 pembeli terawal esok

Standby dan jumpa pukul 9 pagi esok ya semua ๐Ÿ‘‹

Nota Parenting Taufiq Razif

31 Dec, 01:02


Ni lah Buku Digital Maryam & Si Iri Hati tu. Nanti bagi anak baca tau

Besok akan dilancarkan pukul 9 pagi tau. 3 pembeli terpantas akan dapat hadiah wang tunai RM60.00 ๐Ÿ‘‹

Cepat cepat beli pukul 9 pagi esok ya

Nota Parenting Taufiq Razif

31 Dec, 01:00


๐Ÿฅต Risau anak bermusuh bila dah dewasa? ๐Ÿฅต

Sebenarnya tak ramai mak ayah sedar anak-anak pendam iri hati sesama mereka sejak dari kecil

Iri hati ni kalau tak diurus dengan baik akan berkembang menjadi :

๐Ÿคฌ Hasad (feeling)
๐Ÿคฌ Dengki (feeling + actions)

Itulah kenapa bila kita dah tak ada nanti atau anak anak dah dewasa akhirnya mereka jadi :

๐Ÿ˜ข Saling tak bertegur sapa
๐Ÿ˜ข Buat hal sendiri je
๐Ÿ˜ข Lost contact
๐Ÿ˜ข Bermusuh sesama mereka
๐Ÿ˜ข Saling dengki

Esok pukul 9 pagi saya akan lancarkan Buku Digital Maryam & Si Iri Hati untuk ajar anak kita urus iri hati dan hasad dengki sejak dari awal lagi.

Mak ayah tak perlu nak cakap banyak. Cuma perlu bagi anak baca je. insyaAllah anak kita terus tahu CARA NAK URUS dan HALAU perasaan iri hati, hasad mahupun dengki yang mungkin dia rasakan tanpa sedar.

Tunggu esok pukul 9 pagi ya. 3 pembeli terawal saya akan bagi hadiah RM60 ๐Ÿ‘‹

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

30 Dec, 01:00


๐Ÿฅฒ Spoiled child? ๐Ÿฅฒ

3 tanda Spoiled Child yang mak ayah kena hati-hati :

i. Jadi biadap bila tak dapat apa dia nak
ii. Rasa dia layak dapat semua dia nak
iii. Mudah dengki & iri hati dengan adik beradik yang lain

Ada 5 perkara yang boleh rosakkan anak hingga dia jadi Spoiled Child tanpa kita sedar :

1. Bagi semua dia minta
2. Tak pernah tolak langsung permintaan dia
3. Takut sangat bila anak sedih tak dapat apa dia nak
4. Tak ajar anak untuk berdepan dengan rejection
5. Tak ajar anak untuk bersyukur dengan apa yang dia ada

Anak yang tak mampu bersyukur ni mudah jadi anak yang spoiled, dengki dan iri hati dengan orang di sekelilingnya ๐Ÿ˜ˆ

Didik anak untuk urus perasaan iri hati dengan ajar dia untuk bersyukur tau

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

29 Dec, 01:02


๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Anak macam tak cukup kasih sayang? ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Kadang pelik juga. Dah peluk cium dan buat macam macam tapi anak macam masih kurang kasih sayang

Sebab apa?

Ada anak ni dia TAKKAN rasa puas selagi mana dia tak rasa dia 1 benda ini ๐Ÿ‘‡

โœ… Dia nak rasa dia LEBIH DISAYANGI oleh mak ayah dibandingkan adik-beradik yang lain

Anak macam ni kita kena :

โ˜‘๏ธ ajarkan dia erti syukur
โ˜‘๏ธ ambil masa 'dating' berdua dengan dia
โ˜‘๏ธ buat dia rasa dia paling special di hati kita. Tapi jangan pilih kasih (favouritism) pula di depan anak yang lain

Kalau tak buat semua ni ditakuti rasa tak disayangi tu akan develop menjadi iri hati & dengki pada adik-beradiknya yang lain ๐Ÿ˜ข

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

27 Dec, 01:01


๐Ÿซจ Penyakit anak yang tak ramai mak ayah tahu ๐Ÿซจ

Sakit pada fizikal anak ni kita boleh nampak, contohnya :

๐Ÿ’ฅ kudis
๐Ÿ’ฅ luka luka
๐Ÿ’ฅ demam๐Ÿ’ฅ dll

Tapi sakit pada kejiwaan anak ni tak ramai mak ayah ADA ILMU nya sebab sakit ini TAK KELIHATAN di mata kasar kita

contohnya :

๐Ÿ”ฅ panas baran
๐Ÿ”ฅ terlalu materialistik
๐Ÿ”ฅ depressed & anxious
๐Ÿ”ฅ dengki & dendam pada adik beradik sendiri
๐Ÿ”ฅ dll

Sebab tu lah saya nak mak ayah belajar juga ilmu untuk rawat penyakit yang tak kelihatan ni sebab impaknya lebih besar pada anak kita

Nanti slowly kita belajar lebih mendalam ok. Stay tuned tau ๐Ÿ‘Œ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

24 Dec, 01:00


๐Ÿ˜ˆ Anak saling dengki? ๐Ÿ˜ˆ

Tak ramai mak ayah perasan bila DENGKI mula berakar umbi dalam jiwa anak anaknya

Ni saya nak cerita sikit proses terjadinya DENGKI dalam diri anak-anak (mak ayah kena tahuโ€ผ๏ธ)

Fasa PERTAMA : IRI HATI

- Anak mula iri hati dengan adik-beradik
- lagi lagi bila yang lain dapat perhatian lebih sikit
- atau yang lain dapat hadiah atau benda yang dia tak dapat
- fasa ni masih okay jika diuruskan dengan baik sejak dari awal

Fasa KEDUA : HASAD

- anak mula ada perasaan negatif pada adik-beradik sendiri
- cuma dia tak zahirkan, dia simpan je dalam hati
- fasa ni dah agak tak okay. Kena cepat uruskan dengan baik

Fasa KETIGA : DENGKI

- kesakitan dalam diri anak dah mula meluap
- dia mula zahirkan dendam & dengki melalui PERBUATAN!
- di sini banyak pertengkaran, perbalahan dan tarik muka berlaku ๐Ÿ˜ข

Dah tahu ni terus ajar anak anak cara nak urus iri hati sejak dari awal ya. Boleh?

Bagi โ™ฅ๏ธ sikit kalau nak belajar lebih mendalam lagi

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

22 Dec, 01:01


๐ŸฅดAnak asyik gaduh je?๐Ÿฅด

Ada anak-anak ni memang kadangkala sangat suka bersaing (competitive) ๐Ÿ’ข

Biasanya terjadi pada anak sulung dan kedua. Dan boleh jadi juga pada semua anak sebenarnya.

Sebab tu ada satu cara mak ayah kena buat untuk kurangkan persaingan & pergaduhan antara adik beradik (sibling rivalry)

๐Ÿ‘‰ Neutralise negative assumptions

Ya, bantu anak kita untuk saling memahami & bersangka baik

Contohnya :

๐Ÿ™‹โ€โ™€๏ธ " Abang long awak tu sayang je awak. Dia marah sebab dia nak protect awak sebenarnya"

๐Ÿ™‹โ€โ™‚๏ธ "Kak Cik tu sebenarnya sayang sangat kat angah. Dia ada bagitahu Ummi dia sayang angah cuma dia tak reti nak cakap"

p/s : Nampak kan apa nak buat lepasni? Kalau nampak dah apa nak buat klik icon '๐Ÿ‘'

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

20 Dec, 01:01


๐Ÿซจ Iri Hati Sesama Adik-Beradik? ๐Ÿซจ

Ya, iri hati sesama adik beradik ni memang benar-benar adaโ€ผ๏ธ

Biasanya ia diistilah dalam ilmu parenting sebagai..

1. Sibling Rivalry
2. Sibling Jealousy
3. Sibling Envy


Rivalry - lebih kepada persaingan yang negatif ๐Ÿ˜ 

Jealousy - Perasaan cemburu dengan adik-beradik disebabkan perhatian yang tak seimbang ๐Ÿ˜ค

Envy - lebih kepada perasaan ingin dapat apa yang adik-beradik lain dapat ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Kesian kalau tak ajar anak anak untuk uruskan sifat hasad & iri hati ni

Takutnya melarat & pendam sampai umur dewasaโ€ผ๏ธ

Sebab tu pentingnya ajar anak untuk :

โ™ฅ๏ธ Urus sifat iri hati
โ™ฅ๏ธ Kenal & halau sifat hasad & dengki

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

18 Dec, 01:03


๐Ÿฅฒ Anak suka jeles? ๐Ÿฅฒ

Saya baru sampai Malaysia ni. Jadi harini saya baru free sikit nak menulis

Bab anak jeles ni normal je tapi akan jadi tak ok bila dah jadi HASAD & IRI HATI

Apa itu Hasad & Iri Hati ni?

Tak boleh tengok orang lain dapat nikmat dan nak nikmat tu hilang daripada diri orang tuโ€ผ๏ธ

Ini yang bahaya. Sebab ianya buatkan hati anak kita jadi sakit dari dalam.

Lagi lagi kalau hasad & iri hati sesama adik beradik sendiri ๐Ÿ˜ข

Sebab tu kita kena ajar anak kita :

๐Ÿค— Cara kenal sifat iri hati
๐Ÿค— Cara halau sifat iri hati

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

14 Dec, 02:10


sekarang baru nak subuh. Ni saya belanja suasana di kawasan perkarangan Masjidil Haram. Nak masuk dalam tapi dah penuh

Nota Parenting Taufiq Razif

14 Dec, 02:09


Maaf tak dapat nak post sangat di sini beberapa hari ni sebab saya sekarang berada di Masjidil Haram.

Saya doakan semua mak mak yang ada di sini diberikan rezeki oleh Allah untuk ke sini dalam masa terdekat

Amiin ๐Ÿคฒ

Nota Parenting Taufiq Razif

13 Dec, 01:16


๐Ÿซค Rasa diri LOSER? ๐Ÿซค

Kadang mak mak ni rasa dirinya LOSER sebab :

๐Ÿ‘‰ Stuck & terperangkap di takuk yang lama

Sebab tu walaupun surirumah sepenuh masa sekalipun tetap kena buat Daily-Self Improvement contohnya :

๐ŸŒฟ Baca buku setiap pagi
๐ŸŒฟ Tambah hafalan Al-Quran
๐ŸŒฟ Mengaji agama secara online
๐ŸŒฟ Menulis & buat konten baikยฒ di medsos

dan banyak lagi. Yang penting kena tetap GROW & IMPROVE setiap hari. Deal? ๐Ÿค

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

11 Dec, 01:02


๐Ÿฅด Anak Moody? ๐Ÿฅด

Jangan risau jika ada anak yang mudah berubah emosinya & selalu Moody

Boleh jadi dia sedang membentuk Emotional Intellect yang tinggi

Cuma anak yang Moody ni perlukan 5E ini dari kita :

E1 - Emphatize emosi yang dia rasakan contohnya :

"Mama faham awak tengah marah"

E2 - Encourage expression - Galakkan dia luahkan emosi dia melalui perbualan, lukisan dll

E3 - Establish Routine - kadang moody anak ni datang daripada rutin yang selalu berubah-ubah

E4 - Empower with Choices - kadang kena bagi mereka buat pilihan sendiri

E5 - Engage in Play - kadang kena banyak bergurau senda dengan mereka. Jangan terlalu serius ok? ๐Ÿ˜ฌ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

10 Dec, 01:01


๐Ÿฅต Anak strong-willed? ๐Ÿฅต

Mak ayah semua kena tahu 3 tanda utama anak strong-willed

1. Susah dengar cakap

2. Kemahuan dia sangat kuat. Susah nak ubah dah kalau dia nak sesuatu

3. Dia susah nak mengalah kalau dia nak capai sesuatu

Jangan risau, anak yang ada karakter introvert & ada sense of leadership yang tinggi memang kebanyakan agak Strong-Willed

Anak strong-willed ni perlukan 5R dari kita :

R1 - Respect their opinions
R2 - Reasoning kena lebih banyak daripada arahan semata
R3 - Remain consistent. Jangan banyak ubah ubah sangat rules
R4 - Redirect energy. Kena halakan kemahuan dia yang kuat tu pada sukan dll.
R5 - Recognize their strength. Jangan berhenti gali potensi dia

Best tak kalau saya share lebih banyak ilmu macam ni? Kalau best bagi ๐Ÿ‘ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

08 Dec, 01:03


๐Ÿ˜ Nak jadikan keluarga lebih harmoni tak? ๐Ÿ˜

Suami paling kena tahu ilmu ni sebenarnya.

Antara rahsia keluarga harmoni yang tak ramai praktikkan adalah :

๐Ÿ‘‰ Family meeting

Faham kadang kita nak buat semuanya sendiri tapi dengan berbincang & bermusyawarah dengan pasangan ianya akan buatkan si dia rasa dirinya :

๐Ÿฅน rasa dirinya berharga
๐Ÿฅน rasa dirinya penting
๐Ÿฅน rasa dirinya dihormati

Contoh Family Meeting yang saya maksudkan adalah :

๐Ÿค Berbincang secara agak formal
๐Ÿค "Sayang jom meeting kejap. Jom kita bincang pasal anak-anak jap"
๐Ÿค Saling minta pandangan pasangan
๐Ÿค Hargai pandangan & idea pasangan

Mahal tau ilmu ni sebab bermusyawarah ni adalah salah satu Sunnah Baginda Nabi SAW yang tak ramai perasan ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

06 Dec, 01:02


๐Ÿคท Risau dengan perangai anak remaja? ๐Ÿคท

Ya, fasa remaja ni adalah fasa yang mencabar.

Anak remaja kita kena berhadapan dengan isu :

- Body image
- Peer pressure
- Academic pressure
- Identity formation
- Visual Stimulation

Dan macam macam lagi. Sebab tu mak ayah kena buat 1 benda ni walau apa pun terjadi pada anak remaja :

๐Ÿ™… Elakkan communication breakdown ๐Ÿ™…

Walau apa pun terjadi jangan sampai :

๐Ÿ™… tak bersembang dengan dia
๐Ÿ™… tak bertegur sapa
๐Ÿ™… buat hal masing-masing
๐Ÿ™… anggap anak dah tak perlukan kita

Lepasni boleh ke cuba jadi kawan pada anak remaja masing-masing?

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

04 Dec, 01:01


๐Ÿ˜… Pening bila anak selalu BERGADUH? ๐Ÿ˜…

Anak selalu bergaduh ni sebenarnya menunjukkan mereka ada STRONG PERSONALITY yang cuba untuk hidup bersama

Cuma mereka ni perlukan PERHATIAN yang cukup je supaya dalaman mereka rasa CONTENTED (rasa cukup, damai dan tenang)

Itulah kenapa anak anak ni perlukan :

๐Ÿ‘‰ Individul Attention

๐Ÿ’ฅ Cari masa bersembang berdua
๐Ÿ’ฅ Cari masa dating berdua
๐Ÿ’ฅ Fokus satu persatu anak kita seolah olah ada waktu giliran

So dah tahu la kan nak buat apa lepasni? ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

03 Dec, 01:02


๐Ÿง Anak ROSAK ke bila kita bagi kasih sayang? ๐Ÿง

Anak TAKKAN rosak dengan banyaknya kasih sayang yang kita berikan pada dia

TAPI..๐Ÿค”

Dia boleh rosak bila kita..

๐Ÿ’ฅ Bagi semua yang dia nak lagi lagi bila dia TANTRUM

๐Ÿ’ฅ Kita lebih pilih untuk penuhi hati dia dengan hadiah dan mainan padahal dia perlukan QUALITY TIME & PERHATIAN kita

๐Ÿ’ฅ Kita hanya nak bersama dia bila dia behave semata sedangkan dia juga nak kita ada ketika dia bergelut dengan emosi yang lain

Belajar sesuatu yang mahal tak harini? ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

02 Dec, 01:01


๐Ÿ˜’ Taknak anak yang tak reti bersyukur? ๐Ÿ˜’

Anak ni bila kita tak ajar dia untuk bersyukur dia akan mudah :

โ›” Merungut
โ›” Banding-bandingkan
โ›” Nak lebih lagi
โ›” Selalu rasa tak cukup
โ›” Tak pandai hargai penat lelah orang lain

Sebab tu lah saya sendiri jadikan rutin anak anak untuk sebut 3 perkataan ni :

i. "Terima kasih Allah"
ii. "Terima kasih Ummi"
iii. "Terima kasih Abi"


Dan saya pun akan selalu sebut perkataan terima kasih ni pada anak anak bila dia dah tolong saya buat sesuatu

Jom mulai harini jadikan perkataan ni sebagai Family Culture kita semua boleh? ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘Œ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

01 Dec, 01:01


๐Ÿฅน Solo Mother walau masih bersuami? ๐Ÿฅน

Ya, zaman sekarang ni sangat ramai ibu ibu yang seolah solo mother walau masih punya suami

๐Ÿคฌ Suami tak menafkahi
๐Ÿคฌ Suami lupa diri
๐Ÿคฌ Suami abaikan anak isteri

Dan paling teruk anak-anak kehilangan Father Figure dalam hidup mereka walaupun masih punya bapa. Kesannya :

๐Ÿ˜ค Anak jadi liar
๐Ÿ˜ค Anak hilang hormat
๐Ÿ˜ค Anak ada kemarahan terpendam

Kesian anak-anak kan? Wahai bapa. Kembali pada anak isterimu.

Kerana mereka adalah tanggungjawab dunia akhiratmu ๐Ÿฅฒ

p/s : Tolong ajar anak urus kemarahan dalam diri mereka dengan Buku Digital Ali & Sang Marah ini ya ๐Ÿ‘‰ https://rahsiadidik.com/

Nota Parenting Taufiq Razif

28 Nov, 01:02


๐Ÿ˜ก Ni 6 sumber KEMARAHAN TERPENDAM anak yang tak ramai tahu ๐Ÿ˜ก

1. Pilih kasih (Favouritism)
2. Anak selalu dalam Survival Mode sebab selalu dimarahi
3. Tak diajar cara nak bertenang
4. Tak diajar cara betul untuk salurkan kemarahan
5. Banyak sangat hukuman (Authoritarian Parenting)
6. Takut/tak sampai hati nak tegur anak (Permissive Parenting)

Jangan risau.

Esok saya lancarkan buku digital Ali & Sang Marah pukul 9 pagi, terus beli dan bagi anak baca ya

p/s : Saya nak bagi hadiah RM60 pada 3 pembeli terpantas besok. Jadi standby siap siap pukul 9 pagi

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

27 Nov, 01:02


๐Ÿคฌ Anak tak boleh kawal emosi? ๐Ÿคฌ

Di Barat sebenarnya generasi pemarah ni dah jadi kronik, kebanyakannya akibat :

๐Ÿ˜ข Tak ada father figure
๐Ÿ˜ข Tak ada moral compass
๐Ÿ˜ข Parenting kacau bilau
๐Ÿ˜ข Keluarga berpecah belah

dan banyak lagi penyebabnya.

Di Malaysia pun generasi pemarah ni dah mula tumbuh tapi tak ramai yang sedar lagi

Jadi tolong :

๐ŸŒŸ Tambah ilmu parenting
๐ŸŒŸ Ajar anak kawal emosi
๐ŸŒŸ Ajar anak kawal baran
๐ŸŒŸ Ajar anak ilmu agama yang baik

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

25 Nov, 01:02


๐Ÿ˜ฐ Anak remaja TERTEKAN? ๐Ÿ˜ฐ

Tak ramai mak ayah tahu ramai anak remaja sekarang mudah tertekan dalam diam

Kebanyakannya disebabkan oleh :

๐Ÿ‘‰ Peer Pressure (tekanan dari rakan sebaya)

Peer pressure ni menyakitkan bagi anak remajaโ€ผ๏ธ

Kita takkan faham kesakitan tu sebab kita tak berada di zaman mereka.

Peer pressure anak remaja ni muncul bila..

๐Ÿ˜ฉ Tengok kawan bercuti
๐Ÿ˜ฉ Tengok kawan bergaya
๐Ÿ˜ฉ Tengok kawan ada hp baru
๐Ÿ˜ฉ Tengok kawan jadi terkenal
๐Ÿ˜ฉ Tengok kawan score exam

Dan bermacam lagi. Apa pun kena belajar Didik Anak Remaja ya mak ayah semua

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

22 Nov, 01:01


๐Ÿฅต Anak kurang ajar? ๐Ÿฅต

Anak kadang jadi kurang ajar & tak ada common sense yang baik bila :

โŒ Dia tak melalui proses Ta'dib (ajarkan dia akhlak & adab) โŒ

Ada juga yang dah ajar anak adab & akhlak tapi lupa nak ajar satu benda PALING PENTING dalam ta'dib anak iaitu :

๐Ÿ‘‰ Ajar anak beradab dengan Penciptanya iaitu Allah

Ajarlah anak kita untuk :

โœ… Minta pada Allah
โœ… Tak syirik pada Allah
โœ… Berterima kasih pada Allah

Penting sangat ilmu ni. Nanti ajaklah pasangan join belajar sekali dengan bagi link untuk dia join Telegram kita dengan bagi link ni ๐Ÿ‘‡

t.me/notaTaufiqRazif

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

21 Nov, 01:01


๐Ÿ˜ฉ Tak selamat dengan ayah? ๐Ÿ˜ฉ

Salah satu penyebab Father Wound & rasa tak selamat dengan ayah sendiri adalah :

๐Ÿ‘‰ Unpredictable Father ( roller coaster of emotions )

Contohnya :

๐Ÿฅต Kadang penyayang tapi TIBA-TIBA je jadi bengis

๐Ÿฅต Kadang lemah lembut tapi tiba-tiba je mencarut

๐Ÿฅต Kadang baik hati tapi boleh tiba-tiba bertukar Abusive

Dan bermacam lagi turun naik emosi si ayah yang tak boleh dijangka oleh si anak ๐Ÿ˜ญ

Emosi yang tak konsisten dan berubah-ubah dalam masa yang singkat ni boleh buatkan anak trauma tau

Jadi tolong bagitahu si ayah ada masanya emosi kita boleh berubah tapi carilah cara untuk tetap konsisten menyayangi & mencintai anak tanpa syarat

Belajar sesuatu? ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

20 Nov, 01:01


๐Ÿฅบ Anak sulung suka marah adik-adik? ๐Ÿฅบ

Ya, anak sulung ni memang Natural-Born leader

Iaitu dia ada sifat tegas dan sifat kepimpinan yang agak tinggi

Cuma kadang dia boleh jadi bengis & agresif bila dia rasa adik-adik dia :

- ancaman pada dia
- rampas kasih sayang ibu
- rampas perhatian ibu ayah


Sebab tu kena adil pada anak dari segi :

๐ŸŒŸ Pujian
๐ŸŒŸ Eye-contact
๐ŸŒŸ Belaian & peluk cium

Belajar sesuatu berharga tak? ๐Ÿซฐ

p/s : Lupa nak bagitahu saya baru restock 1000 buku Rahsia Didik Anak Sulung. Memang restock je terus menderu kena borong. Cepat dapatkan di sini sebelum habis ๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSjujQFbU/

Nota Parenting Taufiq Razif

18 Nov, 01:02


๐Ÿฅฒ Anak asyik merajuk je dengan kita? ๐Ÿฅฒ

Memang kuat merajuk ni memang datang daripada personaliti dia sendiri yang agak sensitif

Tapi kadang tu perangai kuat merajuk ni datang bila dia rasa :

๐Ÿซค Tak disayangi
๐Ÿซค Tak diakui
๐Ÿซค Tak dilihat
๐Ÿซค Tak dicintai

Kadang dah buat macam macam tapi tak jadi apa juga mungkin sebab kita lupa nak zahirkan kasih sayang kita melalui :

- bagi kejutan
- bagi hadiah
- belikan dia cenderahati bila pergi bercuti
- dan apa sahaja yang membuatkan dia rasa kita ingat dia

Ya, memang ada anak macam ni lagi lagi bila Love Language dia adalah Receiving Gifts

Tapi janganlah melampau sangat layankan desires anak ya. Bersederhana itu paling utama โค๏ธ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

17 Nov, 01:01


๐Ÿฅบ Anak remaja macam tak puas hati? ๐Ÿฅบ

Kadang dalam kita sibuk mendidik & mengasuh anak anak yang lain kita TERLUPA anak remaja kita pun nak juga rasa :

- diperhati
- disayangi
- diperlukan
- dicintai

Kadang kita dah korban macam-macam pun anak still tak boleh rasa dia disayangi sebab kita lupa nak zahirkan kasih sayang kita melalui perkataan (words of affirmations) contohnya :

โค๏ธ "Ya, mama sayang sangat Along. Jangan sedih sedih lagi tau"

โค๏ธ "Siapa cakap tak sayang. Awak tu special sangat dalam hati Mama"

Boleh ke buat gini harini pada anak remaja kita? Kalau boleh bagi โค๏ธ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

14 Nov, 01:02


๐Ÿคฒ Doa ibubapa sangat makbul pada anak anaknya sendiri ๐Ÿคฒ

Ya Allah jadikan anak anak kami anak yang baik ๐Ÿคฒ

Baik budi pekertinya
Baik hatinya
Baik jiwanya
Baik otaknya
Baik kesihatannya
Baik akademiknya
Baik perangai & sikapnya

Makbulkan doa kami Ya Allah ๐Ÿคฒ

p/s : Boleh dapatkan ebook 20 Solusi Ubah Anak Jadi Baik yang ditulis oleh sahabat saya, Ustaz Firdaus Mokhtar

Dapatkan di sini : https://thesolusi.onpay.my/order/form/anakjadibaik/74

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

11 Nov, 01:02


Eh saya terlupaโ€ผ๏ธ

Mungkin ada mak ayah tertanya-tanya macam mana nak buat Deep eye-contact dengan anak

Caranya macam ni :

1. Tenangkan diri dulu
2. Letak handphone dan segala benda yang mengganggu
3. Hadirkan kasih sayang dalam hati walau apa pun perangai anak (unconditional love) ๐Ÿซฐ
4. Pandang ke anak mata anak
5. Tengok apa warna anak mata anak kita dan rasakan cinta dan kasih sayang mereka
6. Cuba dengar apa anak kita cakap sambil tatap matanya ๐Ÿฅน

Ok dah tahu ni terus buat ya. Boleh?

Kalau boleh bagi โค๏ธ sikit


#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

10 Nov, 01:02


๐Ÿง Anak tak puas? ๐Ÿง

Kadang kita dah bagi macam-macam tapi anak masih buat macam macam perangai

Seolah-olah dia TAK PUASโ€ผ๏ธ

Kita pun jadi bengang dengan si anak ๐Ÿ˜ก

Rupanya kita lupa buat 1 perkara ni, iaitu :

๐Ÿ‘‰ Deep eye-contact

Ya, kadang dengan deep eye-contact je mampu puaskan kehausan & kelaparan anak pada perhatian & kasih sayang kita โค๏ธ

Ajar la ilmu ni pada pasangan kita sekali

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

08 Nov, 01:02


๐Ÿ˜ฉ Anak asyik sakit-sakit tanpa sebab? ๐Ÿ˜ฉ

Kadang kita kena periksa satu perkara ini juga iaitu :

๐Ÿ‘‰ Parental Stress

Ya, ibubapa yang dalam tekanan yang besar boleh efek kesihatan anak anak juga

Lagi-lagi jika ianya dilampiaskan & disalurkan pada anak anak

Mungkin dah sampai masa mak ayah semua fokus 3S ini :

i. Spirituality
ii. Self-care
iii. Social-support

Belajar sesuatu yang penting?

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

07 Nov, 01:01


๐Ÿ˜ฉTaknak anak memberontak?๐Ÿ˜ฉ

Memang akan ada fasa dalam hidup anak remaja ni dia akan bersikap sedikit rebellious

Sebab tu lah bila anak dah masuk fasa remaja ni kita kena :

๐Ÿ‘‰ Bagi sedikit Autonomy pada anak kita

Antaranya :

โŒ Jangan terlalu Perfectionist
โŒ Jangan terlalu kongkong dia
โŒ Jangan ugut-ugut dia dah
โœ… Cuba dengar suara hati dia
โœ… Ajar dia buat keputusan sendiri
โœ… Guide anak remaja buat keputusan hidup dia

Jangan lepaskan 100% juga sebab kita masih bertanggungjawab didik anak kita sampai bila-bila cuma bersederhanalah dalam mendidik mereka ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘Œ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

05 Nov, 01:01


๐Ÿง Nak anak SEMANGAT belajar? ๐Ÿง

Ilmu ni tak ramai tahu.

Untunglah keluarga besar Telegram kita di sini ๐Ÿคญ

Okay, untuk anak jadi semangat belajar, kita kena naikkan INTRINSIC MOTIVATION anakโ€ผ๏ธ

Anak kuat Intrinsic Motivation ni akan semangat belajar tanpa perlu disuruh-suruh ๐Ÿซฐ

Salah satu cara terbaik untuk naikkan intrinsic motivation anak adalah :

๐Ÿ‘‰ Buat bedtime story atau bersembang dengan anak tentang tokoh, saintis, innovators & public figure hebat sepanjang zaman. Contohnya :

Medical : Ibnu Sina
Matematik : Al-Khawarizmi
Fizik : Al-Haitam
Geografi : Abu Al-Rayhan

Dan boleh juga cerita tentang tokoh-tokoh & saintis moden sekarang. Cubalah cerita pada anak nanti ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

04 Nov, 01:01


Merisaukanโ€ผ๏ธ

Mak mak semua kena perhati anak ada tak 3 tanda REDFLAG ni bila anak main handphone :

๐Ÿšฉ Main hp dalam bilik
๐Ÿšฉ Letak password
๐Ÿšฉ Chatting keterlaluan

Bila ada je 3 ๐Ÿšฉ ni terus limitkan atau tarik terus kemudahan smartphone pada anak

Zaman sekarang exposure anak anak kecil pada benda yang merosakkan diri dia sangat tinggi

Memang di luar jangkaan kita yang generasi lama ni ๐Ÿ˜ฉ

Jadi boleh tak kita janji pada diri untuk terus protect & guide anak kita untuk dia lepasi ujian akhir zaman ini? ๐Ÿ™‹

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

03 Nov, 01:02


Pentingโ€ผ๏ธ

๐Ÿง 3 Tanda kita kena kurangkan Screentime anak kita ๐Ÿง

Perhatikan anak kita ada tak 3M ni :

M1 - Makin kurang fokus
M2 - Makin lewat tidur
M3- Makin mudah meragam

Kalau ada 3M ni terus kena cari jalan untuk kurangkan screentime tak kisahlah TV, laptop atau handphone

Boleh ke tak ni? Kalau boleh bagi โค๏ธ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

31 Oct, 01:01


๐Ÿฅบ Anak remaja macam degil? ๐Ÿฅบ

Semalam ada sorang bapa ni suruh saya nasihat anak remaja lelakinya

Saya bagitahu umur remaja macam tu kadang :

โŒ Tak jalan dah kalau bebel pun

๐Ÿซฐ Umur remaja begitu, anak remaja lelaki perlukan INSPIRASI dari orang sekelilingnya

Siapa?

โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ Kawan setaman
โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ Jiran
โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ Pakciknya
โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ Kawan ayahnya
โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ Lelaki di sekelilingnya

Jadi apa nak buat?

Tugas kita lah cari kejiranan & circle yang baik untuk anak kita membesar

Belajar sesuatu kan?

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

29 Oct, 01:02


๐Ÿค Anak remaja makin pendiam? ๐Ÿค

Kadang bila anak remaja makin pendiam dan makin jauh hati ni kita tak perlu pun tarik perhatian mereka dengan :

โŒ bebel
โŒ cari salah diorang
โŒ suruh itu ini

Ada satu benda yang kita boleh buat dengan anak remaja kita ni iaitu :

๐Ÿ‘‰ Togetherness

Contohnya :

๐Ÿ’ž Makan BERSAMA
๐Ÿ’ž Lepak BERSAMA
๐Ÿ’ž Main game BERSAMA
๐Ÿ’ž Makan angin BERSAMA
๐Ÿ’ž Keluar BERSAMA

It's okay kalau anak remaja agak sukar nak bercakap asalkan kehangatan kasih sayang kita tu dia rasai melalui aktiviti bersama ( togetherness)

Itu yang akan jadi core & significant memories pada anak remaja kita ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

25 Oct, 01:00


โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ Terbakar hati dengan kenakalan anakmu? โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ

Wahai ibu, tegurlah anakmu, marahlah jika perlu..

Tetapi jangan sampai ia merosakkan ikatan hati (attachment) antara dia dan kamu โค๏ธ

Walau semarah mana pun si ibu pada anaknya jangan sampai anak :

๐Ÿฅด rasa jauh hati
๐Ÿฅด rasa dibenci
๐Ÿฅด rasa tak dipeduli

Anak perlukan kehangatan cinta dan kasih sayangmu wahai ibu.

Ketatkanlah kembali bonding yang makin longgar, rawatlah kembali tautan hati yang makin pudar

Semuanya masih belum terlambat โค๏ธ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

24 Oct, 01:02


๐Ÿ˜” Maniskan wajahmu wahai ibu ๐Ÿ˜”

Kadang tekanan membuat mimik wajahmu masam mencuka dan bengis pada anak-anakmu

Ketahuilah wahai ibu..mimik wajahmu itu merupakan :

๐ŸŒฟ Sumber ketenangan anakmu
๐ŸŒฟ Sumber kebahagiaan anak, pasangan dan seluruh keluargamu

Kadang ada emosi negatif di dalam diri anak-anakmu

Mencair & leburlah segala emosi negatif itu tatkala melihat senyum dan tawamu โค๏ธ

Sungguh anak-anakmu perlukan wajah manismu lebih dari yang engkau tahu ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

23 Oct, 01:02


๐Ÿคฌ Janganlah lepaskan semua emosimu ๐Ÿคฌ

Wahai ibu, wahai bapa

Ada ketikanya kita kena belajar Ilmu Ketap Bibir

Tak semua perlu kita ucapkan pada anak kita

Tanpa kita sedar ucapan kita boleh jadi :

๐Ÿฅถ Self image anak kita
๐Ÿฅถ Bentuk peribadi anak kita
๐Ÿฅถ Menjadi doa yang diangkat ke langit

Faham, kadang kita geram. Kadang kita marah.

Tapi belajarlah untuk hanya melepaskan yang baik baik sahaja untuk anak. Contohnya :

"Ishhh bertuah betul anak aku ni!"

"Geramnya! Mak doakan kau jadi anak soleh!"

Belajar sesuatu? ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

22 Oct, 01:07


๐Ÿฅน Jangan terlalu sorok deritamu wahai ibu ๐Ÿฅน

Kadang anak kita perlu lihat betapa kita "struggle" membesarkan mereka

Dari situ anak kita akan belajar tentang :

๐Ÿคพ Grit - kemampuan untuk bangkit walaupun jatuh beratus kali

๐Ÿคพ Real word preparation - latih anak untuk berdepan dengan dunia yang sebenar

Perjalanan dalam parenting ni panjang dan sunyiโ€ผ๏ธ

Kadang kita perlu juga anak-anak kita memahami & empati pada kita untuk kita teruskan perjalanan kita ini ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

21 Oct, 01:00


๐Ÿ˜Ž Apa tanggungjawab bapa yang tak ramai tahu? ๐Ÿ˜Ž

Tak ramai yang tahu antara tanggungjawab seorang bapa yang merupakan ketua keluarga adalah :

๐Ÿ‘‰ Pastikan setiap anak itu BELAJAR & KUASAI ilmu Fardhu 'Ain

Kalau tak mampu ajar sendiri?

๐Ÿ“š Hantar ke sekolah
๐Ÿ“š Upah guru agama
๐Ÿ“š Bantu anak skor KAFA
๐Ÿ“š Bawa ke masjid untuk belajar melalui kuliah agama

Dah tahu ni terus bagitahu suami masing masing tau

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

20 Oct, 01:01


๐Ÿฅต Anak mudah marah bila kita marah? ๐Ÿฅต

Anak akan jadi mudah marah bila :

๐Ÿ‘‰ Kita tak buat mutual agreement dengan anak kita

Contoh mutual agreement dengan anak ๐Ÿ‘‡

๐Ÿšฅ Anak tahu rules dalam rumah
๐Ÿšฅ Kita bagi penjelasan dahulu
๐Ÿšฅ Anak setuju dan dimaklumkan dulu dengan denda & hukuman yang bakal diterima jika langgar rules tersebut

Yang penting adalah kefahaman & persetujuan bersama, barulah anak anak tenang & faham bila didisiplinkan ๐Ÿฅฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

18 Oct, 01:01


๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Anak jadi membatu & diam sangat bila dimarah? ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Anak jadi membatu dan diam seribu bahasa bila dimarah :

๐Ÿ‘‰ Bila kita selalu aktifkan Frozen State anak kita

Contohnya macam mana?

๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita selalu jerkah dia
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita selalu takutkan dia
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita suka prank dia
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita marah melampau bila anak tunjuk emosi dia contohnya kita makin tengking bila anak menangis

Jadi hati-hati ya. Jangan selalu sangat buat semua ni. Kita takut Frozen State anak jadi parut dan susah nak dihilangkan

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

17 Oct, 01:03


๐Ÿ˜˜ 7 Tanda anak mula pandai kawal emosi marah dia ๐Ÿ˜˜

Ni 7 tanda anak dah mula pandai emosi marah dia :

1. Dah tak pukulยฒ dah
2. Dah kurang jeritยฒ tinggi suara
3. Dengan tenang dia bagitahu yang dia sedang marah
4. Dia boleh rasa kawanยฒ makin suka berkawan dengan dia
5. Dia tahu cara nak salurkan emosi marah dia
6. Dia dah kurang bergaduh dengan adik beradik
7. Suasana rumah jadi makin harmoni

Ini semua perubahan yang insyaAllah kita boleh lihat berlaku pada anak kita bila dia belajar cara untuk jinakkan emosi marah dia daripada buku digital Ali & Sang Marah.

Yang berminat nak anak baca buku digital Ali & Sang Marah tu bagi โค๏ธ sikit boleh? ๐Ÿฅฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

17 Oct, 00:59


๐Ÿ™‹ Ada anak darjah 1-5? ๐Ÿ™‹

Mak ayah yang ada anak darjah 1 hingga 5 kena tonton video ni kejap. Lagi-lagi nak nak exam UPKK/KAFA tu

Dan dapatkan bahan rujukan untuk anak masing-masing di sini ya ๐Ÿ‘‡

https://pesanabi.onpay.my/order/form/videosilibuskafa/88

Nota Parenting Taufiq Razif

16 Oct, 01:01


๐Ÿ˜ฐ Apa jadi bila kita selalu marahยฒ anak? ๐Ÿ˜ฐ

Nak tahu tak apa akan jadi pada anak bila kita marahยฒ anak selalu dan tak cuba ubah perangai suka marahยฒ kita tu?

Boleh jadi anak kita akan alami 4 jenis keadaan ini (4F trauma responses)

1. Fight
2. Flight
3. Freeze
4. Fawn


Panjang kalau saya nak hurai satu persatu ni. Cuma konklusinya anak boleh jadi terlampau pada 4P ini :

pendiam
penakut
people-pleaser
pemarah

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

14 Oct, 01:02


๐Ÿค• Anak-anak kita dalam Survival Mode? ๐Ÿค•

Kadang kita tak sedar anak kita berada dalam Survival Mode selama ni.

๐Ÿซจ Mudah triggered
๐Ÿ˜ก Selalu marah adikยฒ
โ˜น๏ธ Selalu sedih & moody
๐Ÿ˜ถโ€๐ŸŒซ๏ธ Dia tak jadi diri sendiri
๐Ÿฅณ Jadi people-pleaser
๐Ÿ˜ถ Banyak pendam & pendiam
dan banyak lagi

Lagi kita tak sedar yang anak jadi begitu kebanyakannya disebabkan oleh kita sendiri juga sedang berada dalam Survival Mode ๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ

Ya Allah jadikan kami ibubapa yang pandai kawal emosi kami dalam mendidik anak anak ๐Ÿคฒ

Jadikan juga anak anak kami anak yang pandai mengawal emosi marahnya Ya Allah ๐Ÿคฒ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

13 Oct, 01:01


๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Anak mudah melenting? ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Anak akan jadi mudah melenting & mudah marah-marah bila :

๐Ÿ‘‰ Bila kita selalu aktifkan Fight State anak kita

Contohnya macam mana?

๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita selalu sakat dia
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita selalu peranjatkan dia
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita suka tengok dia menangis
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kita rasa comel bila berjaya buat dia marah

Jadi hati-hati ya. Jangan selalu sangat sakat anak. Kita takut Fight State anak jadi terlampau aktif dan susah nak diredam

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

11 Oct, 01:02


๐Ÿคพ Nak otak anak berkembang lebih baik bila bersama kita? ๐Ÿคพ

Mak mak kena tahu

Otak anak kecil ni sensitif dengan 2 benda :

1. Suasana hati
2. Suasana rumah

Sebab tu mak mak kena sediakan buat anak anak :

๐Ÿ‘‰ Low-conflict Home

Rumah yang low-conflict adalah rumah yang :

๐Ÿก Harmoni
๐Ÿก Tenang
๐Ÿก Kurang jerit-jerit
๐Ÿก Kurang tengkingan
๐Ÿก Kurang pergaduhan
๐Ÿก Kurang marah-marah

Faham tak mudah bila suasana tegang dah jadi 'family culture' tapi insyaAllah semuanya boleh diubah sedikit demi sedikit asalkan terus belajar dan praktikkan๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

10 Oct, 01:02


๐Ÿ˜ก Anak jerit bila bergaduh dengan adik-beradik? ๐Ÿ˜ก

Kadang anak jadi terjerit & terpekik bila bergaduh bila dia :

โŒ Tak tahu tandaยฒ dia sedang marah
โŒ Tak tahu cara nak regulate emosi dalam diri

Sebab tu kalau boleh ajar anak kita :

๐ŸŒฟ Kenal tandaยฒ emosi marah tu nak datang
๐ŸŒฟ Buat deep breathing
๐ŸŒฟ Tahu reward bila dia berjaya tahan emosi marah
๐ŸŒฟ Jadikan berjaya tahan marah sebagai suatu achievement pada diri anak

Susah nak ajar semua ni satu persatu pada anak.

Sebab tu semua ni saya dah compile dan masukkan dalam buku digital
Ali & Sang Marah ๐Ÿ“š

Nanti bagi je anak baca. insyaAllah dalam masa sehari je anak dah faham ๐Ÿซฐ

#comingSoon
#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

09 Oct, 01:00


๐Ÿ˜ค Anak lelaki baran? ๐Ÿ˜ค

Anak lelaki ni tinggi hormon testosterone

Kalau tak dididik dengan baik, sifat marah yang biasa boleh bertukar menjadi BARAN & AGRESIF

Sebab tu dari awal usia lagi kena didik anak kita :

๐Ÿ”ฅ Cara bertenang
๐Ÿ”ฅ Cara kenal tandaยฒ marah nak datang
๐Ÿ”ฅ Cara nak regulate emosi marah

Saya ada tulis buku cerita digital bertajuk Ali & Sang Marah untuk anak kita.

Jadi tinggal nak bagi anak kita baca je cerita tu supaya anak dapat semua ilmu yang saya sebut di atas.

Cuba bagi โค๏ธ sikit kalau rasa nak bagi anak baca buku cerita digital tu

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

08 Oct, 01:01


๐Ÿ˜ Nak ubah perangai anak? ๐Ÿ˜

Antara cara termudah & berkesan untuk ubah perangai buruk anak adalah :

๐Ÿ‘‰ Bacakan pada anak kita Bedtime Story

๐Ÿ“š Malapkan lampu
๐Ÿ“š Anak bersiap untuk tidur
๐Ÿ“š Suhu bilik kena selesa
๐Ÿ“š Pilih cerita yang ada pengajaran & mesej untuk tanam perangai dan sikap baik pada anak kita

p/s : Isteri saya biasanya bacakan kisah Sirah Sahabat & Kisah Para Nabi pada anak anak sebelum tidur. Memang banyak sungguh kesan pada anak anak. Cubalah sendiri ๐Ÿ˜‰

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

07 Oct, 01:02


๐Ÿ˜ค Susahnya nak ubah anak? ๐Ÿ˜ค

Tak ramai mak ayah tahu ada 1 tool yang paling hebat untuk :

i. Didik anak
ii. Ubah anak

Apakah tool itu? ๐Ÿค”

Tool itu adalah Storytelling! Yup, bercerita!

Nak anak jadi lebih bersabar? Kena berceritaโ€ผ๏ธ

Nak anak jadi kurang marah-marah? Kena berceritaโ€ผ๏ธ

Anak yang dididik dengan cerita ni :

๐Ÿƒ Senang ingat & faham
๐Ÿƒ Senang masuk ke hatinya
๐Ÿƒ Senang berubah

Jadi jom didik anak kita dengan banyakkan bercerita pada dia lagi lagi bedtime stories. Boleh?

Kalau boleh bagi โค๏ธ sikit


#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

06 Oct, 01:01


๐Ÿค” Anak perempuan perlu ayahnya tak? ๐Ÿค”

Anak perempuan pula perlu sangat RASA 6 hal ini daripada ayahnya :

๐Ÿ’— Rasa difahami
๐Ÿ’— Rasa didengari
๐Ÿ’— Rasa dicintai
๐Ÿ’— Rasa dilindungi
๐Ÿ’— Rasa diakui
๐Ÿ’— Rasa dibimbing

Anak perempuan ni banyak bermain dengan emosi & kasih sayang

Boleh tegas tetapi perlu dibuat dengan sangat berhikmah ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

04 Oct, 01:00


๐Ÿ˜Ž Anak lelaki perlu ayahnya tak? ๐Ÿ˜Ž

Anak lelaki perlu sangat RASA 5 hal ini tentang ayahnya :

โœŠ RASA dilindungi
โœŠ RASA disayangi
โœŠ RASA diperhati
โœŠ RASA berfungsi
โœŠ RASA disanjungi

Anak lelaki lain sikit dengan anak perempuan.

Anak lelaki memang kadang boleh kita keras & tegas sikit berbanding anak perempuan

Nanti kita belajar bab anak perempuan pula okay? ๐Ÿซฐ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

03 Oct, 01:02


๐Ÿฅฒ Anak hilang Father Figure? ๐Ÿฅฒ

Kadang orang ingat bila bercerai hidup ni maka hilanglah Father Figure seorang anak

Salah tuโ€ผ๏ธ

Ex-husband masih boleh jadi Father Figure pada anaknya

Yang sedihnya bila 'cerai mati' bila kematian pasangan ๐Ÿฅฒ

Tapi jangan risau, ini 5 orang yang boleh jadi Father Figure buat anak anak :

1. Pakcik-pakciknya
2. Atuknya
3. Bapa tiri
4. Gurunya
5. Kaum kerabatnya

Nabi Muhammad SAW juga mengalami kematian ibu & ayah dan menjadi yatim piatu di awal usia ๐Ÿ˜ญ

Atuk & pakciknya lah yang menjadi Father Figure baginda.

Jadi jangan sedih sedih ya ibu ibu yang kematian pasangan. insyaAllah semuanya akan baik baik sahaja โค๏ธ

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

02 Oct, 01:02


๐ŸคฌAnak makin biadap?๐Ÿคฌ

Banyak dah kes anak jadi biadap & tak dapat kawal emosi sebab dia..

๐Ÿ‘‰ Dia kehilangan Father Figure dalam hidup dia

Father figure ni kadang wujud tapi tak berfungsi bila :

โŒ Tak bimbing anak
โŒ Terlampau sibuk
โŒ Tak tegur anak
โŒ Tak bersembang
โŒ Terlampau bengis
โŒ Terlalu lepas tangan pada si ibu

Kepada para ayah & bapa semua, ketahuilah..anakmu perlukan dirimu

Lebih daripada yang kau tahu ๐Ÿซฐ

Nota kaki : Forward pada pasangan masing-masing ya

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

01 Oct, 01:02


๐Ÿ™… Rasa bersalah pada anak? ๐Ÿ™…

Kalau nak perkembangan otak & minda anak hebat kena buang 3 jenis RASA BERSALAH ini :

1. RASA BERSALAH kalau anak bosan hingga kita..

โ›” sogok anak dengan TV
โ›” bagi anak main hp je
โ›” bagi anak tengok tiktok & youtube short

2. RASA BERSALAH tak bagi semua yang anak nak hingga kita..

โ›” Bagi semua dia nak
โ›” Tunduk pada anak
โ›” Jadi permissive parents

3. RASA BERSALAH bila tak protect anak setiap masa hingga kita..

โ›” Kurung anak dalam rumah
โ›” Tak bagi dia melasak
โ›” Nak dia depan mata kita je 24 jam sehari semalam

Dah tahu ni terus kurangkan rasa bersalah tu ya. Boleh tak ni mak mak semua?

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

30 Sep, 01:01


๐Ÿคฌ Anak taknak dengar CAKAP? ๐Ÿคฌ

Kadang mak mak ni jadi geram sebab dah berpuluh kali CAKAP tapi anak tak gerak-gerak

Bila dah cakap banyak kali, ibu yang penyayang pun kadang jadi naik hantu ๐ŸงŸ

Bila dah jadi hijau kita juga yang sedih nanti kan? Menyesal pula marah marah anak ๐Ÿ˜ข

Cuba sesekali tukar cara CAKAP kita kepada ayat MINTA โœ…

Cuba kurangkan guna ayat PERINTAH โŒ

Contoh :

PERINTAH : "Along, cepat pergi mandi sana!" Tengok dah pukul berapa ni

MINTA : "Along, tolong mandi boleh? Mama nak cepat ni

Banyak lagi mak mak boleh belajar ilmu BERCAKAP dengan anak ni dalam buku CAKAP yang ditulis oleh Puan Zuraida Shahime

Boleh dapatkan di sini. Cepat sebelum naik harga๐Ÿ‘‡

https://whitecoat.onpay.my/order/form/CKP01/152

#notaparentingTaufiqRazif

Nota Parenting Taufiq Razif

26 Sep, 01:09


๐Ÿคฉ Ajar anak DEGIL kita jadi PEMIMPIN? ๐Ÿคฉ

Setiap anak ada kualiti & potensi terpendam yang tersendiri

Anak degil ni kadangkala bukan degil sebab nak melawan tapi 'degil' sebab :

๐Ÿ‘Š Ada cara fikir berbeza
๐Ÿ‘Š Ada kemahuan yg kuat
๐Ÿ‘Š Ada semangat yang tinggi

Kita boleh tengok yang biasa jadi pemimpin tak kisahlah pemimpin organisasi ke, tempat kerja ke atau pemimpin pada rakyat biasanya dia ada sifat DEGIL

Nanti lepasni kita belajar cara nak asah leadership pada anak 'degil'

on? Kalau on bagi โค๏ธ sikit

#notaparentingTaufiqRazif